
Actually group kami besaq, lebih kurang 18 orang. Tapi kami lapan orang iaitu aku, Nizal, Shada, Wawa, Adik, Mell dan anak menakan dia dua orang hanya akan join day trip. Manakala yang lain, depa stay dua malam kat sana. So aktiviti depa lagi banyak la, selain berkelah dengan kami kat atas sungai menikmati juadah kampung, depa juga pi tengok ladang kopi, pi sedut madu kelulut, mandi kolam air panas kat Ulu Legong, Baling.

Masa nak pi tudung elok semua. Time baling tudung semua hilang ke mana (aku kata kat aku laaaa...)

Lima buah peti ais naik Bezza. Cukup okay! Dua peti ais industri duduk depan. Kot belakang ada peti ais rumah dua bijik (yang boleh bok keluar ais kot pintu) dan mini bar hotel.
So aku cerita yang aku punya pengalaman la noh. Kami lima orang satu kereta. Pukul 8:00 am kami gerak dari Penang menuju Baling. Tapi aku simpang masuk Bukit Mertajam, pusing masuk celah Mengkuang Dam dan berhenti makan breakfast dengan satu gerai pakcik ni kat celah mana ka. Kami pun makan la nasi lemak dengan nescafe o apa semua sikit. Nizal tak makan, dia kata bukan selera dia. Susah la bawak anak-anak mami ni tak boleh bercampur.....macam mana la nak pi Morocco. Satgi tengok depa duk makan buah zaiton jeruk dengan salad bitrut hang tak leh telan apa. Kuruih 15kg balik Malaysia.
By 9:30 am macam tu kami teruskan perjalanan maju ke Baling. Mengikut tanda arah Google Maps, kami masuk simpang K15 (Kampung Bukit Tok Kaya) dan jalan ini sebenarnya lebih senang sebab tak lalu hiruk pikuk pekan Baling. Kami melintasi kampung legendary iaitu Kampung Siong, kat sini ada tugu gigi siung sebagai pintu masuk kawasan. Hahahah. Hangpa boleh tengok video aku bubuh kat Youtube aku.
By 11:00 am macam tu, kami dah selamat sampai di Dusun Tok Wak Desa Sentosa, Baling Kedah. Actually senang ja nak sampai sini, dia satu jalan menuju Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, jalan tu satu ja kan? So hang jalan ja...nanti hang tengok la papan tanda blah kanan (pemandu). Kat sini ada juga satu lagi cafe atas air yang popular iaitu Cafe Rimba, tapi Dusun Tok Wak Desa Sentosa jauh atas lagi sikit ja.

Kecantikan adalah hak milik setiap insan.



Setibanya di tepian Dusun Tok Wak Desa Sentosa, Baling Kedah. Sungai ni betui betui tepi jalan utama menuju kolam ayaq panaih Ulu Legong tu.
Kami sampai awal kat sini, disambut oleh Pak Long yang peramah nak mampuih. Dia syiok tengok aku mai pakai kain batik. Dia kata "Awat hang tak pakai baju kedah...." sibat Pak Long ni. Satgi aku buat sungguh-sungguh dia syiok la nak buat live untuk tontonan umum.
Satu benda aku nak pesan kat sini, HANGPA KALAU NAK MAI SINI MAKE SURE SALAH SEORANG DARIPADA AMPA ADA LINE TELEFON YANG ADA COVERAGE KAT ULU BANAT. So sapa mai sini, pakai Celcom dan sewaktu dengannya ada lah line boleh call. Kalau pakai line U Mobile macam aku....haram..............................internet janganla berangan.....nak call keluar dan call masuk pun takdak. So amatlah bahaya okay kalau apa-apa kecemasan berlaku.





Keindahan alam.

Keindahan manusia....semuanya indah ciptaan yang Maha Esa.
By 12:00 pm, Ridhwan Shariff dan segerombolan manusia yang lain pun tiba. Kami semua pun bermandi-mandilah dalam air sungai sambil menunggu makanan mai. Untuk pengetahuan hangpa, kalau nak mai makan kat Dusun Tok Wak Desa Sentosa wajiblah buat booking awai. So depa akan booking port sungai untuk group kita dan sedialah kerusi meja apa semua siap. Janganla harap nak mai walk in, hangpa boleh mai mandi-mandi ja la. Tak kena duit pun. Cuma tak boleh la nak order makan.

Kat tepi sungai port kami nak makan, ada hutan kopi. Kat sini ada banyak pokok kopi. Aku first time tengok pokok kopi secara dekat dan pokok-pokok dia tumbuh dengan elok, subur.


Buah-buah kopi macam berry punya banyak merah-merah.


Hangpa boleh petik yang warna dah mai gelap, pastu ampa boleh gigik makan pulp dia manih sangat. Macam berries! Pastu kot tengah tu la ada bijik kopi dalam selaput macam telapak tangan aku tu. Aku habaq kat budak-budak ni, "Insat aku ti telan bijik-bijik kopi ni bisok aku nanti berak nanti terkupas la selapot dia. So ampa kutip la taik bijik kopi aku...ampa goreng pastu hangpa blend....jadilah neskepe....."

Okay jom layan gambaq aku kat IG. Hangpa jangan lupa follow aku and like gambaq aku selalu tau!


Thank you Pak Long bagi kami port tengah-tengah siap ada banner-banner macam ni. Design meletops Pak Long ni pandai cari orang buat design sangat international level. Bukan poster-poster kampung bubuh gambaq muka orang penuh-penuh pastu tulisan kecik-kecik dan tulis karangan semua ataih tu.






Elok ja aku amik gambaq Wawa.

Tapi bila aku suruh Wawa amik gambaq aku teruih nampak macam gambaq IC...haram deni takdak nilai seni langsung.
1:00 pm, tunggu punya tunggu makanan tak mai-mai lagi. Kami semua duk mai lapaq tapi nasib baiklah kami semua duk dalam ayaq so sejuk. Semua tak bertukaq menjadi haiwan buas yang kelaparan. And aku pulak, sebab dah banyak kali duk maki Nizal jangan duk bawak MAKANAN BUNGKUS sebab aku tak suka deni suka bawak makanan bekal dari rumah macam 200 orang makan so last-last nanti membazir. Last-last dia tak bawak apa, sebijik asamko pun takdak. So aku macam sedih sikit bab ni. Tapi aku tak mau tunjuk yang aku menyesal dengan keputusan aku. Aku kena firm dengan pemakian yang aku dah buat.
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()





Time ni kami semua duk start mai lapaq dah. Duk tunggu nasik group kami tak mai-mai lagi.

Ni gambaq masa mula-mula masuk ayaq....tak lapaq lagi. HAHAH semua masih ceria.






Mak ayam duk bara dah...bila nasi aku nak maii....


Tak tau pasaipa yang gemok-gemok ni jugak berkenan nak main indoi.



Depa pun time ni la nak bercinta..... (Yes, that's my Teacher Wanda)


Nahariam lapaq laa...bila makanan nak mai.....
Rupanya hari tu ada banyak group, so kami kena tunggula group lain semua dah dapat makan, barulah group kami dapat makan. Haram betui la.....the moment kami semua dapat makanan hang bayanglah semua jadi sengap teruih berdisplin makan dengan sengap tak bercakap.
Bab makana ni pun satu jugak lawaknya. Dah la makanan mai lambat, dihantar oleh pakcik-pakcik staf Dusun Tok Wak Desa Sentosa menaiki motor, kami kena sambut kat tepi sungai dan pass melalui human train ke meja buluh di tengah sungai. Last-last makanan mai....YA ALLAH AWAT SIKIT SANGAT? BETUI KA UNTUK 18 ORANG NI? Aku dan Nizal mula bertanya tanpa segan silu.
Ridhwan Shariff yang berlagak kata lani dia pondan yang mempunyai keyakinan yang tinggi sebab ada Blog Mak Ang, Penang Sempoi dan blog sendiri telah menjadi kecik muka dia. Teloq dia pun dah masuk dalam menjadi fefek, sebab aku tau dia tak berani nak cakap banyak dengan aku dan Nizal. Dia teruih pi duduk meja jauh-jauh dan buat makan asing. Aku dan Nizal pun start pass nasik dan lauk untuk semua orang.




Okay makanan mai...kami pun buat human train untuk pass makanan.
![]()

Aku suruh sambut makanan bukan sambut tangan aku la nohorom......hellooooo mak bukan lessbooo k.....
Kami order nasi putih, nasi buluh (dibalut dalam daun lengkuas aku rasa dan dibakar dalam buluh), gulai daging batang pisang, ayam goreng berempah, sayur kampung (syahdu wehssss sayur bayam masak ayaq.........suurr), ikan pekasam sungai (aku rasa depa buat pekasam ni sendiri...fresh haramm...), daging pekasam (aku suka ni gilaaa), ulam-ulaman kampung, sambal belacan, buah tembikai, air sirap madu kelulut dan kopi madu kelulut.
Sorry aku tak dan nak amik gambar satu-satu macam mana aku selalu review makan kat hotel sebab aku sibuk duk ceduk nasik. AKU SURUH EJUMP AMIK GAMBAQ TAPI AKU TAK TAU PASAIPAAAAAAAAAA AKU NAMPAK MACAM DIA AMIK GAMBAQ MAKANAN TAPI BILA AKU SURUH SHARE GAMBAR....TAKDAK PUN GAMBAR MAKANAN DIA AMIK. SIBATTTTT MANUSIA KELAPAQ DARI BORNEO NI.........
Tapi siriesly.....................aku sangat suka juadah yang kami pilih. Walaupun duk risau kata tak cukup...rupanya cukup nak mampuih. Semua orang dapat rasa nasi tambah. Gulai batang pisang dia surrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr pekat dengan isi daging dan batang pisang pastu dia bubuh banyak kerisik. So kampung style. Bukan mami style. Pastu, pekasam ikan dan pekasam daging. OMG!!!!!! Aku makan ni saja dengan nasi kosong pun boleh. Last but not least, kami pekena kopi o dengan madu kelulut. NAHARIAMMMMMMMMMMMMM PUNYA SEDAP KOPI DIA YA ALLAH.
Bayangkan lepas kena kopi o dia...aku punya bersembang rancak dekat meja makan. Duk buat lawak, menghiburkan warga meja buluh. Depa semua duk gelak macam aku buat show Maharajalawak Mega (tapi peserta yang bestlaa)........aku sampai kata "Kopi ni betui ka buh madu kelulut? Ka depa bubuh daun gajah kot dalam." 🌿🌿🌿🌿 (sorry aku tak jumpa emoticon yang betui untuk Cannabis sativa indica. HAHAHA

Ni makanan dah mai. Detu yang muka dia ada dalam gambaq tu.....dia paling syiok la. Tapi aku suruh amik gambaq makanan takdak pun dia amik. Gambar makanan kat bawah lauk satu-satu ni la yang aku amik sendiri.



Haa cedok!!





Sorry aku tak dan nak amik gambar satu-satu macam mana aku selalu review makan kat hotel sebab aku sibuk duk ceduk nasik. AKU SURUH EJUMP AMIK GAMBAQ TAPI AKU TAK TAU PASAIPAAAAAAAAAA AKU NAMPAK MACAM DIA AMIK GAMBAQ MAKANAN TAPI BILA AKU SURUH SHARE GAMBAR....TAKDAK PUN GAMBAR MAKANAN DIA AMIK. SIBATTTTT MANUSIA KELAPAQ DARI BORNEO NI......... Ni gambaq kat ataih ni la sikit aku amik dari camera aku. Aku la sendok nasi...aku la amik gambaq...sibat semuaaaa....

By 3:00 pm, kami gerak ke Homestay yang diduduki oleh puak-puak yang overstay untuk program ni. Lokasi berdekatan dengan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong. Homestay kami betui-betui dapat tepi surau. Begitu meng-insaf-kan. Semua kami mandi dan rehat-rehat kena aircond dulu. Sebab kat luaq panaih gila.

Muhammad (seluaq oren)...hang duk parr juboq Nizal ka....hahahaha kantoi.

Awat depa buang peti ais ni kat tepi pokok buluh...hahahaha
By 6:30 pm kami bergerak ke Pekan Baling untuk experience dia punya pasar malam. Pasar malam Baling ni setiap hari Sabtu u olls. So kalau hangpa mai hari lain takdak la. Terletak betui-betui kat tepi stesyen bas pekan Baling yang ada Pizza Hut dan KFC apa semua tu. Senang juga nak cari parking sebab kami mai awai. Tapi nak habaq mai...........................BEST GILA PASAR MALAM BALING NI. Aku berapa kali duk mai Baling tapi tak pernah mai dia punya pasar malam.

Suka pokok ni!

Senja di Baling. Sekitar 7 pm! Kami memulakan ekspidisi ke Pasar Malam Baling.











Depa pakat beli anak ketam ni, pastu duk semawa kat aku. Aku makan sekoq ja. Aku ada sejarah hitam dengan ketam ni. Tak percaya baca sini: Akak, En. Khafi dan Jamban



Tapai pulut....dappppp nak hariammm...setangkai RM1.




Dah la besaq, kawasan makanan dia sahaja hang boleh menangis. Makanan kampung ada, sayoq mayoq, ada makanan bandar seperti corn dog, ada ayam goreng, apom, kek, keropok lekor dan macam-macam lagi. Aku ni bawak RM30 ja dalam poket. Aku pesan kat Wawa, wehs kalau aku tak cukup duit aku pinjam duit hang noh. Kalau pasar malam Taman Tun Sardon dengan RM30 tu boleh beli apa ja?
Tapi sangkaan aku salah!!!! Dengan berbekal RM30 aku boleh beli macam-macam. Siap boleh bekal untuk suami di rumah yang aku tinggalkan demi kebahagiaan diri. HAHAHAH. Yaitu berupa cok peneram dan biskut happy birthday. (Khafi suka biskut ni kalau hangpa nak tau...aku stress...peti ais rumah kami mesti ada biskut ni aku rasa macam happy birthday selalu).
So itulah sahaja aku nak share dengan hangpa. Kat bawah aku share beberapa aktiviti lain hangpa boleh contact dengan Pak Long, pengelola Dusun Tok Wak Desa Sentosa. Hangpa boleh buat group trip mai sini secara besar-besaran ataupun mai small-small group sahaja. Menikmati suasana desa dengan harga yang amat berpatutan.
Tempahan Makanan Untuk Pakej Perkelahan di Dusun Tok Wak Desa Sentosa
Tempahan untuk minimum 15 orang hingga 100 orang.
MENU A RM35/seorang dewasa
- Nasi dalam buluh
- Sup kambing herba madu lebah kelulut
- Sambal tumis udang galah fresh madu kelulut
- Sayur kampung
- Ikan pekasam sungai
- Daging pekasam
- Ulam-ulaman kampung
- Sambal belacan
- Buah tembikai
- Air sirap madu kelulut
- Kopi madu kelulut.
MENU B RM30/seorang dewasa
- Nasi dalam buluh
- Sup kambing herba madu lebah kelulut
- Gulai daging batang pisang
- Sayur kampung
- Ikan pekasam sungai
- Daging pekasam
- Ulam-ulaman kampung
- Sambal belacan
- Buah tembikai
- Air sirap madu kelulut
- Kopi madu kelulut
MENU C RM 25/seorang dewasa
- Nasi dalam buluh
- Gulai daging batang pisang
- Ayam goreng berempah
- Sayur kampung
- Ikan pekasam sungai
- Daging pekasam
- Ulam-ulaman kampung
- Sambal belacan
- Buah tembikai
- Air sirap madu kelulut
- Kopi madu kelulut
MENU BAJET RM15/seorang dewasa
- Nasi putih
- Gulai daging batang pisang
- Ayam goreng
- Ikan masin
- Sayur kampung
- Ulam-ulaman kampung
- Sambal belacan
- Sirap madu kelulut
Perancangan Aktiviti di Dusun Tok Wak Desa Sentosa, Baling Kedah
Hangpa boleh contact dengan Pak Long dan habaq apa aktiviti ampa nak buat. Antara aktiviti yang depa tawarkan adalah seperti berikut:
Game
- Musang berjanggut
- Cari udang sebalik batu
- Pesta tarik tali dlm sungai
Sedut Madu dari Sarang Kelulut
BBQ
Pakej BBQ pada harga yang berpatutan. Menu seperti nasi goreng/bihun goreng, ayam bakar, daging bakar, ikan bakar, sosej, buah tembikai, air oren.
Minum Petang Di Ladang Kelulut
Kopi madu kelulut
Teh tarik madu kelulut
Biskut empat segi
Rasa madu secamca seorang
Aktiviti lain
- Penginapan Rumah ndoi
- Perkhemahan
- Homestay
- Hiking
- River tracking
- Ladang lebah kelulut
- Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
- Kolam udang galah
- Berbasikal
- Game
- Makan dalam sungai
- BBQ
- Karaoke
Jangan lupa tengok Youtube aku tau!
Lokasi: Jalan Ulu Legong, K702, 09100 Baling, Kedah
Contact: Pak Long 019-508 8258
Facebook: https://www.facebook.com/dusuntokwakdesasentosasince2016/
#cafeatassungai #sungaicafe #cafesungai #sungai #kampung #sungaikampung #balingkedah #tahunmelawatmalaysia #visitmalaysia2020 #dusuntokwakdesa #baling #siong #hutankopi #ululegong #mayakarinchallenge