Yo people! Aku kan takdak TV kat rumah (geng al Arqam) so aku hari2 layan Youtube. Time bersiap pi kerja, time kat opis, time duk kemaih rumah, time basoh pinggan, time nak tidoq...time tulih blog pun pasang Youtube (bagi kecik screen pakai Youtube Vance).
Ada banyak Youtube channel yang aku follow, aku suka jenih video yang ada information. Cerita pasai jenayah, sejarah, penyiasatan, misteri, keluarga diraja. Hat Youtuber duk cakap merepek, tunjuk diri sendiri pastu review-review benda ataupun jenih buat lawak-lawak slapstik ni semua aku tak berapa minat nak tengok. So ada satu Youtube channel ni orang Malaysia punya aku sangat suka. Hangpa mesti tau sebab dia dah masuk platform Facebook Video and IGTV juga. Yaitu ML Studio.
Pasaipa aku suka ML studio sebab video dia pendek-pendek, setiap video dia kupas satu topik secara ringkas tapi padat. Dan pengupas isu ni pulak adalah remaja dari millenial sampailah awal 30an. Aku tak nampak pun muka tua kecuali John Bear yang suka kupas cerita hantu dan jugak sorang brother yang selalu cakap pasai isu dunia grafik design. So maksudnya, ML Studio ni tidak menampilkan seorang vlogger sahaja tetapi dia ada ramai contributor/tukang ulas dalam video video depa. Dan setiap pengulas ni pulak bagi aku memang hebat dalam bidang masing-masing. Boleh tengok dari cara depa cakap, boleh tau depa ni semua ada satu ketersamaan iaitu budak2 nerd, rendah diri and sempoi, dan objektif depa nak share ini adalah untuk share the love ...bukan nak timbulkan kontroversi. Tu aku suka. Ini amatlah penting dalam dunia internet yang semakin sampah lately.
Antara contributor dalam ML Studio yang aku minat/suka dan follow depa dengan agak religiously adalah
1. #amirulmukminin88 -- Abang politik dunia
Aku suka deni akan bagi ulasan pasai politik dunia, hubungan-hubungan antarabangsa. Dalam loghat Perak. Cara penyampaian dia mudah nak faham sebab dia akan samakan dengan situasi harian (perumpaan) supaya kita lebih paham tentang pergolakan politik yang ada ni, pasaipa sejarah dia lagu tu? Sebab 1 buah negara tu juga melambangkan 1 unit manusia juga, lebih kurang la. Semua ada perangai masing-masing. Banyak isu dia kupas dan ringkaskan, paling AKU SUKA, baru-baru ni aku emel ke MLstudio. Dan minta depa ulas PASAIPA NEGARA CHINA NAK SEKSA DAN HAPUSKAN PUAK URGHYUR. Sebab kalau nak pikiaq, orang Islam kat China tu berlambak malah jumlah orang Muslim kat China lagi besaq daripada negara-negara besaq lain.
Aku tak tau la MLstudio baca emel aku tu ka tak, tapi aku rasa depa baca cuma depa tak balaih. Tapi baru-baru nenjia Mr. #amirulmukminin88 telah membuat ulasan.
Aku tak tau la MLstudio baca emel aku tu ka tak, tapi aku rasa depa baca cuma depa tak balaih. Tapi baru-baru nenjia Mr. #amirulmukminin88 telah membuat ulasan.
Depa dorang ni memang tengok pun tau dah....muka-muka ulat buku ni belajaq pandai. Sebab tu la depa pakar dalam bidang-bidang yang orang pandai ja masuk. Iaitu #hekalium selalu cakap pasai marin biologi dan #zamirmohyedin cakap pasai fizik. Aku suka. Sebab walaupun kita ni bodo-bodo tak tau nak paham bahasa Sains tapi kita kena ambil tau juga, pasaipa hutan kat Australia tu terbakaq? Pasaipa kita kena stop gunakan straw?
3. #johnbearsinakal - Cerita Hantu
Deni sebenarnya aku suka sebab dia sorang pengulas ML Studio yang cakap utara, pastu dia macam pak lawak. Sekali-sekali dia akan terlepaih lawak kata dia duk layan "daun gajah" semua hahah. Bengong deni. Aku rasa John ni, aku boleh duduk dengan dia berjam-jam sembang tak habih punya. Satu kepala. Dalam ML Studio dia banyak kupas cerita hantu. Memang lawak cara dia cerita. Tapi lawak-lawak dia ni, jangan disangka air yang tenang takdak buaya, deni orang hebat. Dia penyanyi berbakat ada band ala-ala ska band juga. Ampa boleh check out IG dan dalam Youtube.

4. #syahirsulaiman - Ekonomi Malaysia
Bagi aku brother ni dia bukan cakap ekonomi Malaysia semata-mata dia punya sembang lebih kepada sosio-ekonomi Malaysia. Macam mana ekosistem politik, pemerintahan kerajaan, dasar-dasar negara efek isu-isu negara. Aku suka cara penyampaian dia, tenang, relaks dan humble. Tula aku suka ML Studio, depa pilih pengulas yang nampak dan rasa ikhlas kepada penonton yang depa nak berkongsi. Aku suka brother ni buat ulasan pasai laporan ekonomi dunia semua.

5. #nur_shamira18 - Hikayat Melayu
Adik ni antara contain contributer terbaharu di ML Studio. Dia baru ada dua video satu pasai sumpahan ikan tapah dan sumpahan Mahsuri. Aku kagum sebab dapatan yang dia ceritakan kepada kita tentang cerita-cerita sumpahan ini sangat terperinci dan kita tak pernah terbaca pun kat mana-mana. Aku memang suka pulak cerita-cerita lama macam ni. Membuatkan kita bangga dengan leluhur kita.
Hat lain2 pulak aku tengok tajuk, kalau aku berkenan aku tekan. Dan cuba dengar. Itulahnya ML Studio, u never know what u gonna get. Hang rasa hang dah tau habih dah pasai satu2 perkara, tapi bila hang dengaq video depa rupa rupanya banyak benda baru yang pengulas tu akan habaq dan hang akan rasa wow.
Aku harap ML studio teruih berkembang. Macam sekarang ni aku nampak, penambah baikan yang ML Studio sedang buat adalah memperbanyakkan contain distributor dalam kalangan non-Malay. Ini adalah satu pendekatan yang amat baik. Selainnya, mungkin buat tour ala ala Ted Talk Teh Tarik Style, bawak semua contributor ni jumpa budak budak sekolah dan ajak budak2 untuk jadi lebih berminat untuk menjadi seorang yang mahir dalam pengetahuan am. Tak tau la...ini ja otak boomer aku boleh pikiaq setakat ni. Tapi aku percaya, Mat Lutfi Youtuber terkenal Malaysia yang juga founder ML Studio ni ada idea lagi hebat untuk benda ni.
Okaylah aku harap ampa pun sama-sama support channel ni. Memang baguih. Selain pengulas kat ataih, ada ramaiiiiiiiiiiiiii lagi contributor yang bagus-bagus ampa boleh check it out.
Aku akan terus sokong.
ML Studio
Website: https://mlstudios.my/
Instagram: https://www.instagram.com/mlstudiosmy/?hl=en
Facebook: https://www.facebook.com/mlstudiosmy/
Twitter: https://twitter.com/mlstudiosmy