Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Visiting Alor Star, Kedah Part II : Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad

$
0
0

Rumah Kelahiran Tun Dr.  Mahathir Mohamad.  
Gambar dari album Instagram i olls.
Jangan lupa follow i olls di IG  :  http://instagram.com/jumiekhafi

Lagi cerita panjiang...ampa tekan bawah....


Kenduri Nikah and Sanding Arep Kamen and Ain

Pada hari kami pergi melawat macam-macam tempat Alor Star,  tujuan utamanya adalah untuk pergi make up pengantin.  Arep Kamen and Ain adalah bekas pelajar USM.  Arep merupakan pembaca blog JUMIE SAMSUDIN yang teramat tegar.  Tapi dia rajin komen.  Bukan macam ampa.  Suka baca sajiaaa tapi sembunyi tangan tak mau nak komen.  Ain kata memang hajat dia,  kalau depa kawen,  dia nak Kak Jumie juga make up Ain.  Alhamdulillah hajat sampai.  :)  Thank you kepada ampa berdua yang sudi menjemput kami menjadi sebahagian daripada hari besar ampa.

Majlis simple dijalankan Alor Star ini diraikan oleh kawan-kawan dan juga keluarga Ain dan keluarga Arep.  Tapi keluarga Arep yang datang tidak diketuai oleh mak dan bapak Arep.  Bapak dia tak sihat.  Untuk pengetahuan u olls,  seminggu lepas majlis selesai,  ayah Arep telah meninggal dunia.  Takziah untuk Arep dan Ain serta seisi keluarga.  Kepada u olls semua yang baca blog ini,  sedekahkan al fatihah untuk Allahyarham ya.  Semoga beliau ditempatkan bersama insan-insan tercinta.



Saja la nak share gambar akak make up Ain for nikah.  For more info about my make up service,  please click here.  Tempahan tahun 2014 dibuka sekarang.  http://makeup-by-jumie.blogspot.com/



Rumah Kelahiran Tun Dr.  Mahathir Mohamad,  Mantan Perdana Menteri Malaysia
Rumah bersejarah ini merupakan tempat yang MUST DO bila ampa mai Alor Star.  Dibaik pulih dan diletakkan dalam kawasan khas lengkap dengan auditorium,  dewan-dewan pameran,  gift shop,  surau,  wakaf dan lain-lain.  Memang i olls enjoys mai sini.

Pada 20 Disember 1925, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat Malaysia telah dilahirkan di rumah nombor 18, Lorong Kilang Ais, Alor Star, Kedah. Rumah kayu beratap nipah ini dibeli oleh ayah beliau, Mohamad bin Iskandar dari seorang penjual yang masa itu hendak mengahwinkan anaknya. Semasa dibeli, rumah ini tidak dicat dan mempunyai satu bilik sahaja mempunyai serambi tetapi tidak bertangga di hadapan. Rumah ini menggambarkan kehidupan zaman kanak-kanak Tun Dr. Mahathir.

Di sinilah beliau dibesarkan sehingga berkahwin. Walaupun selepas beliau berpindah ke rumah sendiri di Titi Gajah, beliau tetap berkunjung ke rumah ini untuk menziarahi ibu bapa beliau.

Projek membaikpulih Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad ini adalah atas cadangan Lembaga Muzium Negeri Kedah. Dalam mesyuaratnya pada 21 Ogos 1990, Lembaga telah mencadangkan pihak Arkib Negara dipertanggungjawabkan untuk mengambilalih dan memelihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri. Pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah telah mendapat kebenaran bertulis daripada Y.A.B. Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad dan saudara-maranya melalui surat bertarikh 29 Jun 1990 untuk dibaikpulih bagi maksud pemuliharaan. Rumah ini diperolehi oleh Arkib Negara pada Mei 1993. Usaha memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus.
Sumber  :  Arkid Negara Malaysia 

Lelaki berwawasan ini adalah Perdana Menteri kesukaan saya.  Taktaulah u olls bagaimana.  Some non-Malays maybe tidak suka beliau.  I like him and admire him for his vision.  Saya bangga sebab dapat rasa masa beliau jadi PM.

I olls pernah jumpa PM dan bersalaman dengan beliau.  Masa itu beliau baru sahaja meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia.  Dia datang ke USM sempena satu sesi Syarahan Umum yang diadakan di Dewan Budaya USM.  I remember coming early to the office with my boss at the time,  Dr.  Normee Che Sab, kami berjalan kaki awal awal ke Dewan Budaya USM.  Kami nak pastikan dapat best seat in the house.

Ramai yang mai dengar syarahan Dr.  Mahathir hari tu.  Memang best dengar cara penyampaian beliau.  Frasa mudah,  pendek-pendek tapi berisi.  Diselang seli dengan cerita mencuit hati yang kadangnya disampaikan dalam loghat UTARA.  Salah satunya saya ingat dia kata dalam syarahan beliau hari itu

"Dulu saya nak buat jambatan masuk Penang,  saya suruh arkitek buat jalan yang lebar 3 lane.  Tapi depa tak bagi.  Depa kata buat apa nak buat jalan besak-besak.  Sapa yang nak mai naik jambatan ni.  Ferry pun ada lagi.  Lani depa sendiri duk pebesak Jambatan Pulau Pinang jadi 3 lane.  Lagi baru.....depa minta pula jambatan kedua....." ceritanya berseloroh.  Satu dewan gelak."

Kepada kalian yang tak tau.  Dulu jambatan Pulau Pinang yang sepanjang 13.5km ini mempunyai 2 lane sahaja di kedua-dua side (masuk dan keluar pulau).  So bila ada kemalangan jalan raya,  memang akan jadi jam teruk gila babi dan seperti biasa ramai warga USM akan masuk kerja lambat hari itu.  Hari JUMAAT from 5pm-9pm adalah masa yang paling neraka untuk semua pengguna Penang Bridge pada ketika itu kerana jem yang teramat teruk.  Semua orang berpusu-pusu nak tinggalkan dan masuk Penang for the weekend.    U olls boleh tengok gambar dan infomasi mengenai projek pelebaran Jambatan Pulau Pinang di sini  :  Pelebaran Jambatan Pulau Pinang

Lepas Tun Dr.  Mahathir selesai berucap di podium atas pentas,  dia pun nak berjalan semula kembali ke tempat duduk VVIP,  kami yang duduk kat kerusi paling hujung (tepi tangga) adalah yang paling bertuah sebab tak payah susah-susah berjengket dan menghulurkan tangan untuk bersalam.  I olls menanti dengan penuh hiba dan excited!

Tiba-tiba ada satu makcik ni,  dia duduk di kerusi opposite dengan i olls,  bila mai turn dia nak salam,  dia bukan sahaja salam,  malah cium tangan dan kedua-dua pipi Dr.  Mahathir sambil berkata "Sayang kat Tun....terima kasih...terima kasih...." gitu taksubnya makcik itu macam jumpa malaikat.  I olls tergamam sebentar.  OVERNYA MAKCIK NI!!

Tahukah u olls bahawa ketika Tun Dr.  Mahathir mengaji di kolej,  beliau rajin menulis dan menyumbang banyak artikel untuk The Straits Time dengan nama pena C.H.E Det.  Banyak artikel dari keratan akhbar itu dipaparkan di dalam rumah kelahiran ini dan di beberapa dewan pameran yang disediakan.  U olls boleh baca kat sana.  I carefully read a few.  Ada yang more kepada political issue dan ada juga yang menceritakan tentang cara hidup orang Melayu.  Penulisan beliau menunjukkan signifikansi yang jelas iaitu RINGKAS dan MUDAH.

Lani kalau nak baca penulisan Tun,  baca lah blog beliau.  http://chedet.cc/

Okay so here some of the pictures.  With me in all the shots :)  AHAX


Mohon maaf atas kelebaran perut saya sehingga butang sedikit terbuka.


Boleh ambil gambar sampai sini sahaja ya.  Masuk dalam tak boleh ambil gambar.  Sorry!

Pusing keliling rumah depa betul kekalkan butiran rumah kampung.  Jamban kat luar.  Oh...haruslah I olls pose-pose sakik perut tahan nak terberr.  Tapi tetap kelas kan espressi wajah I? 

Di tengah-tengah kawasan rumah kelahiran Tun.  Kat belakang saya itu adalah dewan-dewan pameran yang menempatkan pelbagai barangan dan gambar yang menceritakan kehidupan Tun masa di kolej dan di hospital.

Posing yang amat perlu.

Adalah sangat cool apabila pihak Muzium Negara yang membaikpulih Rumah Kelahiran Tun ini turut mengambilkira untuk mengekalkan struktur dan bangunan asal KILANG AIS seperti mana yang tercatat pada alamat rumah ini iaitu No 18 Lorong Kilang Ais, off Jalan Pegawai, Alor Star Kedah.



Bayaran / Tiket  :
Masuk adalah percuma.

Masa lawatan adalah seperti berikut  :

Selasa - Ahad          : 10am - 5pm
Jumaat                   : 10am - 12 tengahari
                             : 3pm- 5pm

Ditutup pada hari Isnin (Kecuali Cuti Am dan Cuti Sekolah)

Lokasi  :  
No 18 Lorong Kilang Ais, off Jalan Pegawai,  Alor Star Kedah.


View Larger Map



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800