Hello u olls,
Okay, hari ini nak cerita pasai hari tu I olls pi Muzium Padi di Gunung Keriang, Kedah Darul Aman. Terletak lebih kurang 30 minit drive daripada Bandar Alor Star betul-betul di sebalik Gunung Keriang yang tersergam megahnya.
Sepanjang perjalanan kita akan melalui banyak petak sawah padi. Sayangnya masa kami pi, banyak padi dah dituai. Banyak sawah kosong dan ada juga yang masih baru nak tumbuh. Warna pucuk padi hijau floresen gitu. So at first i wonder why Muzium Padi ini terletak jauh dari Kota Alor Star, now i understand and sangat bersetuju. Barulah feel u olls! Sebelum kita pi Muzium Padi...kita lalu dulu semua jalan-jalan yang kiri kanan ada sawah padi.
Kepada u olls cikgu-cikgi yang nak bawa rombongan Cik Kiah, memang sesuaila datang ke sini. Untuk u olls yang minat tentang agrikultur pun boleh la mai. Macam i olls ni yang suka tengok benda-benda yang rare pun sesuai juga. Tapi i have to say something la pasai lawatan I olls ke sini.
Marilah kita menampi padi...lenggok ke kanan lenggok ke kiri
Tua dan muda turutla serta...
Itulah amalan yang mulia
Tampilah tampi segera....dengan lenggok yang sama...
Cepatlah cepat semua
Bekerjalah bersama.....
- Lagu Menampi Padi daripada zaman akak sekolah rendah dulu :)
Waktu Operasi :
View Larger Map

Posing sendu di hadapan bangunan Muzium Padi yang cantek dan sangat saintifik u olls. |
Jom baca lagi cerita kat bawah.
Seperti yang kita tau, negeri Kedah dikenali sebagai periuk nasi negara kerana negeri ini merupakan pengeluar padi terbesar di negara kita. Tahukah u olls juga, pada masa dahulu masa Malaysia baru nak dibangunkan berdasarkan Dasar Ekonomi Baru kita nak bangunkan negara dengan pertanian kan? So ramai orang daripada negeri Kedah diimport khas ke negeri-negeri lain terutamanya negeri Johor untuk mengajar penduduk kampung di Johor untuk bersawah padi. GITU!! Yang ni fakta yang bukan direka-reka ya. Akak tengok Majalah 3 dulu.
Muzium Padi terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandaraya Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1425.
Bangunan yang berbentuk gemai padi ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya. Muzium yang berlatar belakangkan Gunung Keriang ini kelihatan seperti berada di tengah-tengah hamparan hijau, jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.
Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.
Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini ialah 12,000 meter persegi dan mempunyai tiga aras.
Dipetik daripada Lembaga Muzium Negeri Kedah
Kepada u olls cikgu-cikgi yang nak bawa rombongan Cik Kiah, memang sesuaila datang ke sini. Untuk u olls yang minat tentang agrikultur pun boleh la mai. Macam i olls ni yang suka tengok benda-benda yang rare pun sesuai juga. Tapi i have to say something la pasai lawatan I olls ke sini.
- Banyak ruang kosong yang tidak dipenuhi dengan pelbagai infomasi mengenai padi lagi.
- Banyak pameran diberikan secara one way. Kalau ada pameran yang ada interaksi sikit dengan pengunjung like games ka, skrin sentuh-sentuh ke, mesin padi yang boleh pengunjung try ka, ataupun bagi kuih kuih daripada beras secara free ka best la....
- Kebersihan di luar muzium amat menyedihkan. Pokok-pokok hiasan nampak tak bermaya. Ada banyak sampah dalam kolam perhiasan depan muzium.
- Toilet awam di belakang Muzium adalah amat menyedihkan! Kalau disuruh bayar RM1 pun saya sanggup kalau bersih. Bekas tuala wanita yang tersumbat di lubang lantai tandas dan mangkuk tandas yang berdaki amatlah menggelikan saya untuk membuat apa-apa di dalam itu. Takpa, saya halalkan bayaran 30 sen itu.
- Muzium ini tidak mesra OKU. Tangga nak naik ke pintu depan Muzium adalah amat tinggi dan curam. Saya tak nampak pun ram untuk pengujung yang berkerusi roda. Kalau ada, tak nampak pun.
- Tangga bulat ditengah Muzium yang menuju ke tingkat atas amat mengecewakan. Tangga bulat, curam dan gelap membahayakan pengunjung terutamanya warga emas. Dan apabila naik ke atas, penonton hanya boleh tengok pemandangan negeri Kedah melalui LUKISAN STATIK. Saya akui lukisan tu cantek dan nampak 3D effek tapi rasanya macam nothing yang menyeronokkan.
So, here are some of the pictures taken kat Muzium Padi, Kedah. I still had so much fun :)
Petak sawah yang menghijau floresens. |
Mari belajar Bahasa Kerbau!!
Bahasa Kerbau / Cattle Language
1. Haih - menyusuh kerban berjalan
2. Chah - mengarah kerbau ke arah kanan
3. Sok - mengarah kerbau ke arah kiri
4. Diam - mengarah kerbau berhenti
5. Serot - menyuruh kerbau undur ke belakang
6. Paling Chah - Menyuruh kerbau pusing ke kanan
7. Paling Sok - Menyusuh kerbau pusing ke kiri
Ini bukan rekaan ya. Akak salin daripada dalam Muzium!!
Tangga yang curam dan tak mesra OKU. |
Posing angkat kaki di alatan tumbuk padi yang disediakan untuk pengunjung macam I yang suka berposing. |
Meletops tak akak jadi Senah Penanam Padi |
Marilah kita menampi padi...lenggok ke kanan lenggok ke kiri
Tua dan muda turutla serta...
Itulah amalan yang mulia
Tampilah tampi segera....dengan lenggok yang sama...
Cepatlah cepat semua
Bekerjalah bersama.....
- Lagu Menampi Padi daripada zaman akak sekolah rendah dulu :)
En Khafi pun menjadi abang penjaga kerbau yang tekun...hahaha |
Peliknya apabila pekerja USM disambar dikepala oleh sang Helang. |
Kat luar Muzium ada patung ni. Tak tau pasai pa ada patung ni....Mungkin kat sini dulu ada Singa kot. |
Gunung Keriang yang tersergam indah. |
9:00 pagi - 5:00 petang (setiap hari)
Lokasi : Buka setiap hari - 9.00 pagi hingga 5.00 petang
(kecuali Jumaat tutup sementara - 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang)
Tutup:
Hari Raya Aidilfitri
Hari Raya Aidiladha
(hari raya pertama sahaja)
Bayaran Masuk :
Talian Untuk Dihubungi
Hubungi Muzium Padi di talian +604 735 1315
atau Lembaga Muzium Negeri Kedah di talian +604- 733 1162.
Anda juga boleh menghubungi Pejabat Tourism Malaysia Kedah di talian +604-731 2322 / 730 1322 atau
Pusat Penerangan Pelancongan Bukit Kayu Hitam di talian +604-9222 078.
Dewasa- RM 5.00 seorang
Kanak-kanak / Rombongan Sekolah (Beruniform)- RM 2.00 seorang