Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Visiting Alor Star, Kedah Part IV : Universiti Kemanusiaan, Albukhary International University

$
0
0
Hello u olls,

Cerita seterusnya,  kalau ampa mai Alor Star,  mesti u olls akan lalu dan akan tengok satu masjid yang amatlah cantik berwarna putih dan berkubah biru.  Senibina masjid itu juga tidak sama macam masjid yang sedia ada di negara Malaysia.  Nampak macam more kepada seni bina Turki dan negara Arab yang menghampiri Eropah.

Disitu jugalah terletaknya Universiti Kemanusiaan atau The Humaniversity iaitu Albukhary International University.


Jom baca lagi!



Pertama kali I olls dan En.  Khafi datang ke AIU ni,  kami datang begitu sahaja. Kerana kami tidak ada sticker masuk dan tidak mempunyai sebarang temujanji dengan mana-mana kakitangan AIU,  maka kami tidak dibenarkan masuk.  Tapi I olls pujuk dan pujuk pak guard tu.

"I pun kerja Universiti.  USM.  From Penang.  I nak masuk tengok bangunan dan ambil gambar sahaja,"

Tapi berkali-kali itu juga abang Pak Guard dari Nepal itu tidak membenarkannya.  Tapi mungkin sebab kesopanan kami memujuk,  akhirnya Pak Guard itu membenarkan kami masuk, dengan syarat dia masuk naik kereta dengan kami,  dia bawa pusing-pusing tapi tak boleh ambil gambar.  :(



I olls ambil gambar pak guard tu je la buat tanda peace.  Sedihhh!!

Minggu hadapannya,  I olls dan rakan-rakan office datang lagi ke Alor Star.  Tapi kali ni,  kami pi jauh sikit ke Pokok Sena untuk memakan nasik kenduri Cik Farah Man.  Seronok berkonvoi dengan semua rakan-rakan staf IO dan juga bekas staf kat situ.  Memang nampak sangat kakitangan office baru I ni sangatlah semangat kekeluargaan.  Dah pindah office dan yang dah berpencen pun sanggup datang lagi beramai-ramai untuk kenduri ni.



Haruslah kita melaram u olls.  Dress akak ni actually tiru bentuk baju kurung modern.  Tapi daripada buat baju kurung modern dua lapis (baju dan kain) akak buat dress terus.  Kain kat bawah tu terus dijahit sambung buat kepuk-kepuk.

Handbag daripada Charles and Keith.  Kasut straps emas daripada Fioni (Payless).

Ini pose we olls ramai-ramai menunggu ketibaan pengantin.  

Ini I olls bersama Cik Syahnaz (one of my bosses) yang turut meng-glam-kan diri beliau dengan mendapatkan hasil solekan daripada I olls.  Haruslah smokey eyes u olls.  Yang kiri tu duk sengih sengih adalah Mira.  

And this is our beautiful Cik Farah and her husband.  Oooh....Puan Farah la kan?
Lepas beriuh rendah dirumah pengantin,  kami beramai-ramai pun beredar daripada rumah kenduri.  Oh ya.....rombongan 10 buah kereta kami juga dilengkapkan dengan kehadiran satu bas pelajar-pelajar antarabangsa USM (exchange student) yang berminat nak tengok Malay Culture iaitu wedding.  Kerlass Cik Farah potong seekor lembu memnyambut kami gitu... :)

Okay,  habis kenduri kendara....Me,  Cik Syahnaz,  Kak Ja,  Nurul and Shafiq beredar balik ke Alor Star.  Akak pun buka mulut dan tanya Cik Syahnaz pasai Albukhary International University.  Akak pun ceritalah yang haritu akak nak datang sini tapi tak dapat kebenaran sebab tak kenal orang dalam.

"Laaaa........Jumie nak masuk ka?  Saya ada sticker!  Jom kita masuk!," kata Cik Syahnaz.  Rupa-rupanya ayah Cik Syahnaz merupakan seorang profesor yang berkhidmat dalam UIA.  Malah most of the officer kat sini merupakan bekas staf di International Office USM (my office now).  Seronok bukan mainlah I olls bila dapat masuk ronda-ronda dan ambil gambar.  Tapi tak banyak pun....sebab kami duk eksaited bercerita pasai UIA.


Cantek kan seni bina bangunan kat dalam universiti ni?  Pokok-pokok kurma yang ditanam disekeliling bangunan melengkapkan lagi seni bina ala-ala Morroko dan Arab ini.

One of my friend,  bekas pensyarah di PP Sains Kemasyarakatan USM (office lama I olls) merupakan pensyarah di AIU sekarang.  Namanya Prof.  Madya Dr.  Salfarina Abd Gapor.  Dia pernah cerita kat I olls tentang mengapa Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary,  one of richest Malay in Malaysia membuka universiti wakaf ini.  Semuanya datang daripada ibunya,  Sharifah  Rokiah.  Mak beliau yang menyuruh beliau buka universiti tapi bukan untuk menjana lebih banyak keuntungan tetapi untuk bersedekah dan beramal jariah.

Universiti kemanusiaan ini adalah universiti percuma untuk anak muda Islam daripada seluruh dunia yang ingin belajar tetapi tidak mampu.  Pemilihan / kemasukan ke AIU bukan mudah.  Seseorang itu kena betul betul buktikan yang dia miskin dan tidak mampu.  Pegawai khas daripada universiti dilantik khas untuk menyiasat setiap aplikasi yang masuk.  Kawan saya yang pernah bantu pelajar USM untuk mendapatkan kemasukan ke AIU berkata, sampai gambar bumbung rumah pun diambil untuk membuktikan yang kita benar-benar miskin dan daif.

Dan apabila u olls masuk ke universiti ini,  bukan sahaja pengajian adalah percuma,  pelajar akan dapat duit belanja,  makan,  minum (kantin adalah percuma) malah akan dapat pakaian yang diperlukan.

Amat bangga dengan apa yang diusahakan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.  Semoga Allah terus merahmati rezeki yang diberikan kepada beliau serta keturunannya.

For more info about this universiti,  ampa baca kat sini  :    http://www.aiu.edu.my/

Tiba-tiba akak pose di pokok kurma.

Depa dalam kereta ni suruh ambil gambar depa macam ni...gatai depa ni bukan nak turun.
Later on,  kami pun pergi memakan Mee Abu seperti yang dicadangkan oleh Cik Syahnaz.  Boleh tahan juga sedapnya Mee Abu ni.  Petang-petang ni,  walaupun tadi dah makan nasik kenduri nalarekek punya,  tiba tiba jadi lapak balik.



I olls makan mee rebus.  Kawan i olls makan mee goreng.  

Harga  :  
RM3.50 - RM 5

Lokasi  :
Jalan Teluk Wan Jah,  Alor Star.

Sekian sahaja catatan hari ini,  akhir kata,  terimalah gambar mee rebus Abu yang meletops.

Sekian,
Love 
Jumie Samsudin



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>