Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Resepi Laksa Johor versi Chef Eiyzall Eizhann Azami

$
0
0
Hello u olls semua,

Hari ini we olls nak share resepi laksa johor versi Chef Eiyzall Eizhann Azami yang pernah memaparkan resepi Resepi Mee Kari Meletops by Chef Eiyzall Eizhann Azami nya dengan kita tidak lama dulu.  Resepi ini adalah terjemahan hasil Chef Eiyzall sendiri.  Mungkin orang Johor Bahru khasnya lebih pakar dan memegang kuat pada resepi asalnya.  But......siriesly u olls harus try resepi ini.  Memang sedaplazahh gila.  Akak makan sampai kuah tu dah nak basi pun akak makan juga,  last sekali akak demam tak berbau.

Laksa Johor adalah kuah berasaskan ikan dan menggunakan asas rempah rendang.  Yang menariknya,  Laksa Johor tak menggunakan laksa beras seperti resepi laksa-laksa Utara.  Ini adalah pengaruh kuat Inggeris dalam budaya orang Johor Bahru yang sejak dulu memang merupakan golongan Melayu elit.  Betulkan akak kalau akak salah ya.

So,  jom study the resepi dan cara-caranya.  Enjois juga gambar yang diambil oleh anak ayam Vicknabhavani.

Bahan utama  :
2kg ikan kembung / ikan kayu (Ikan kayu adalah pilihan utama Chef Eiyzall)

Ikan direbus dengan sedikit garam dan asam keping.  Kalau ikut petua,  letakkan 1 atau 2 camca makan cuka untuk mengelakkan ikan hancur ketika direbus.
Cara-cara menyediakan rebusan ikan  :
1.  Tapis ikan yang telah direbus.  Jangan buang air rebusan itu.  Masukkan ke dalam bekas berasingan.

2.  Asingkan isi dan tulang ikan yang telah direbus tadi ke dalam dua bekas yang berasingan.

3.  Kisar tulang ikan (dengan sedikit air) sehingga lumat.  Tapis hasil kisaran tulang ikan itu untuk mendapatkan jus kisaran tulang ikan.  Jus kisaran tulang ikan itu boleh dicampur dengan air rebusan ikan yang pertama tadi.  Ulang proses ini sehingga tulang menjadi putih.


4.  Kisar isi ikan dan campurkan dengan air rebusan ikan + jus tulang ikan tadi.




Bahan kisar  :
4-5 cm  halia
3cm  lengkuas
15-20 tangkai cili kering
7-8 ulas  bawang merah ,
5-6 ulas  bawang putih
9-10 batang  Serai
3 kuntum bunga kantan
Daun kesum (diasingkan dari batang)


Bahan-bahan siap untuk dikisar.

Bahan tumisan / rebusan :
3 paket kecil rempah kari daging/ikan (jenama pilihan kami adalah Baba's Extra Hot)
1-2 kuntum bunga kantan
Segenggam daun kesum
7-8 keping asam keping
½ kilo santan
1 tin susu cair


Tips untuk kisar cili kering.  Rebus/rendam cili kering dalam air panas.  Blend dengan air dan sedikit minyak masak. Kisaran akan lebih halus dan berkilat cantek.

Bahan sampingan  :
Sambal belacan  (cili hidup + belacan dibakar + gula + garam ditumbuk)
Kacang panjang
Timun jepun
Limau nipis
Tauge (tak perlu celur)
Spaghetti  (direbus)


Cara-cara:

1.   Tumis serai yang diketuk sehingga naik bau.  Masukkan rempah dan tumis seketika.

2.  Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi.  Tumis dan kacau hingga pecah minyak.




3.  Masukkan isi ikan dan air rebusan ikan yang telah ditapis. Masukkan asam keping, garam ,gula, daun kesum, bunga kantan yang dibelah.




4.  Tunggu kuah mendidih.  Masukkan santan dan susu, kecilkan api. Tunggu sehingga kuah mereneh dan tutup api.



5.  Rebus spaghetti dan gaulkan dengan minyak.

6. Laksa johor boleh dinikmati dengan bahan sampingan.  Sila tengok gambar-gambar di bawah untuk melihat cara hidangan laksa Johor.

Lucah sangat gambar pompuan yang sedang mengulum lolipop tu.
Kami undang khas seorang pompuan bernama Faridah Merican untuk memotong sayur sayuran.
Inilah cara potongan kami.  Maybe u olls ada cara sendiri.  Terpulang.
Kuah laksa Johor yang telah siap (NOHOROMM LA BUAT ARTIKEL NI DUK TEINGAT BALIK!!)
Perbincangan meja bulat antara ahli Persatuan Nyi Roro Kidul,  Pulau Pinang.
LAPIAKKKKKKKKKKKKK TENGOK GAMBAK NI!
Ahli Persatuan Nyi Roro Kidul.
AKU TAK SUKA BUAT ARTIKEL NI.  AKU JADI LAPAK.  OKAY BYE SEMUA!  SELAMAT MENCUBA!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>