Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Survival Skills Untuk Menawan Hati Kawan

$
0
0
Hello u olls semua,

Hari ini akak nak membincangkan topik berjudul survival skills untuk menawan hati kawan.  Tapi bukanlah menawan hati kawan sampai memakan diri sendiri.  Kawan tu kawanla.....kita semua kena ada kawan.  Kalau takdak kawan,  susah kita nak hidup dan susah kita nak majukan diri sendiri.  Dengan kawan kita bergembira dan bersuka ria.  Dan dengan kawan jugaklah kita belajar untuk kecewa dan hati rasa terluka.  Tapi takpaa...hari ini kita nak cakap pasai survival skills untuk menawan hati kawan.



Ada orang yang mengadu,  "Aku ni takdak kawan...takdak sapa nak kawan dengan aku,"  sooo dia just salahkan keadaan sekeliling tanpa cuba untuk perbaiki diri sendiri.  Kadang-kadang kita ni terlalu mudah menuding jari pada orang lain,  hakikat.....diri kita ni langsung takdak perubahan.  So macam mana kawan nak rasa selesa untuk berkawan dengan kita.  Yelah...depa pun maknusia juga.  Kalau boleh depa pun nak sama selesa seperti mana kita.

So akak buat beberapa panduan ringkas berdasarkan apa yang akak tau lah.  Akak amat mengalu-alukan ampa semua berkongsi pendapat ampa semua di ruangan komen.

Kena berdikari
Yes,  untuk menjadi seorang kawan yang baik.  Kita ni kenalah jadi seorang yang berdikari.  Contohnya,   orang ni dia takdak kereta ataupun motor.  Pastu kalau nak ke mana-mana dia asyik nak menumpang dengan orang.  Bukan apa,  asyik harap orang je nak ke mana ke mari....susah u olls!  At least kalau u tak mampu nak ada kereta/motor,  tunjukkan effort sendiri untuk naik pengangkutan awam.  Kawan-kawan pun lebih respect kepada u olls.  Dia tau yang u olls ni jenis yang cekal dan berdikari!

Kalaupun u olls nak tumpang kawan u olls kemana-kemari tak berhenti-henti....pandai-pandaila guna otak untuk share the duit minyak with your friends.  Jangan ikut sedap and diam je.  Kalau dia tak mau amik duit u olls pun,  sekali sekala bila keluar makan...belanja la dia makan u olls.  Jangan duk kede- sangat duit u olls itu.  Dah la menumpangkan.

Dan satu lagi nota tambahan kepada u olls yang dah ada usaha untuk amik lesen dan ada kenderaan sendiri....AKAK SANGAT RESPECT dengan u orang gigih macam ni.  That's why akak panggil survival sebab in the end u olls yang untung sendiri.  So now u dah ada lesen dan ada kenderaan sendiri......so belajarlah tentang selok belok jalan kat tempat tinggal u olls ni.  Saya ada kawan / sedara yang 10 kali duk pi satu tempat tu....26525 kali dia tak pernah ingat jalan nak ke tempat tu.    Dan apabila diberikan peta untuk destinasi tu,  dia boleh cakap pulak....AKU TAK PANDAI BACA PETA.  Hat ini saya tujukan khas untuk Noraslinawati Merican.  Yessss u olls!!  Now u have car...a very nice one....take your time untuk belajar tentang selok belok jalan kat Penang.  Gamble around.  Penang ni adalah sebuah pulau...u pusing macam mana pun....u still dalam pulau itu.  Adalah pelik kalau tiba tiba u boleh tersesat ke Zimbabwe.

Sebanya akak berkata begini adalah.  Akak tak mau bila orang ajak hang lepak "Babe...jom lepak kat Abu kat Jalan Dato'  Koyah..." hang tanya balik "Kat mana tu...aku tak tau la  " Alaa....kat Penang Road...sebelah Nasi Kandar Kayu lama"  Pastu u olls pun "Haa...kat mana tu....aku tak tau,"

WEHSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Lama-lama orang boleh tensyen.  Kalau orang tu lagi maha dahsyat dia terus kata "Dah la...tok sah duk ajak dah minah tu.  Susah babe nak ajak dia pi mana-mana.  Semua tempat dia tak tau...nanti nak kena pi amik dia semua,"  Haaa...begitulah lebih kurangnya.

Dan kalau kita ada kelebihan untuk kenal dan ingat jalan-jalan ni semua,  memang satu bakat yang bagus juga.  Bukan saja kawan-kawan rasa seronok nak ajak u jalan-jalan,  malah kalau u boleh ajar depa short cuts dan jalan pintas yang lebih menyenangkan depa akan rasa lagi respect kat u olls!  And lagi meletops...kalau u pulak boleh cadangkan tempat-tempat jalan yang meletops untuk pergi lepak bersama.

Senang sekali....nenjia mai naik private jet.


Pandai bajet duit
Nak pi mana-mana,  kena always tau simpan duit sendiri.  Siriesly,  akak dari dulu kalau nak berjalan-jalan dengan kawan-kawan,  akak akan make sure akak ada duit sendiri untuk makan-makan tengok wayang dan sebagainya.  Akak ingat lagi masa akak form 1.  Kawan-kawan Senjojes akak semua ajak we olls pergi makan KFC kat Komtar,  depa semua duit banyak bawak duit sendiri.  Akak dan Kak La,  kami tak banyak duit.  Mak bapak kami bagi duit sikit je.  So kami dapat satu kupon KFC ni...kena potong-potong macam mana ka dan sambung balik.  So nanti kami boleh la dapat KFC set dinner percuma.  Tapi,  ada sorang kawan akak ni,  dia macam berlagak sikit la....(ala masa tu budak budak lagi....) dia macam kutuk kami dorang..."Eee...macam orang miskin buat macam ni,  memalukan,"

Semua orang makan.  Depa dua hujung ni tak makan.  Tengok yang pegang jambang kat tepi ni macam tensyen je.


Akak ingat lagi benda tu.  Tapi takpalah......yang penting akak usaha juga u olls.  Daripada akak jadi jenis kawan tak guna...duit takdak tapi gigih nak ikut orang pergi jalan-jalan.  Pastu bila pergi makan,  dia nak share makan dengan orang lain.  Ataupun lebih celaka apabila orang itu....LANGSUNG TAK MAKAN DAN TAK ORDER APA-APA.  Bagi akak kalau macam tu,  baik hang tak payah ikut.  Hang duduk rumah tolong mak hang basuh pinggan.  Kita kawan-kawan mesti rasa tak seronok kalau seorang kawan ni ikat perut sebab tak cukup bawak duit untuk makan.

Jangan KEDEKUT pulak
Yang ni akak tak payah nak cerita panjanglah!!  Sapa kat sini suka berkawan dengan orang kedekut?


Always on time....jangan lambat
Inilah adalah amat penting sekali.  U olls kena jadi seorang yang punctual.  Kalau setakat lewat 5-10 minit masih boleh dimaafkan,  tapi  kalau jenis celaka yang kita dah berkumpul nak pi berkelah pukul 8am,  dia 9am tak bangun tidor lagi.  Itu memang celaka anak haram yang harus kita tak jadikan kawan rapat.  Bukan sebab apa.....sebab dia tak tau menghargai dan menghormati masa orang lain.  Dan bagi akak masa itu adalah emas.  Akak memang paling tak boleh belah dengan orang orang yang tak reti menepati masa.




Memiliki bakat/ilmu/kemahiran yang Membuatkan Orang Suka Kat Kita
Yes! Untuk menawan hati kawan...kita kena at least ada satu bakat/ilmu/kemahiran yang membolehkan orang rasa ingin lebih rapat dengan kita.  Contohnya,  kita pandai masak.  Mesti ramai yang suka nak kawan dengan kita sebab kita suka bagi makan free dan kita suka share resepi masakan kita.  Masakan juga adalah satu skill kehidupan yang penting.

Kalau u rasa u tak tau apa -apa.  Takdak benda yang menarik pun tentang diri kamu tu.  Haruslah u olls usaha.  Tapi kena usaha yang ikhlaslah.  Bukan membuat-buat.  Apabila u usaha untuk cari satu benda yang boleh menarik diri kamu seperti kamu belajar ambil gambar cantek-cantek ke,  pandai pasai memancing ke,  pandai make up ke......of course kawan-kawan pun rasa suka dan teringin nak kongsi ilmu dengan u olls and at the same time meningkatkan keyakinan diri sendiri.

Tapi kalau dah rasanya takdak bakat sangat dah...dah habis bodoh sangat agaknya.  Cukuplah sekadar menjadi seorang kawan yang amat baik hati dan rajin menolong apabila bila memerlukan.  Akak rasa bakat itu adalah paling penting sekali dalam hati seorang kawan.


Kalau dua dua ada minat yang sama....boleh buka business sendiri.  

Jangan Terlalu Perahsia
Betul,  kita ada hak untuk menyimpan rahsia diri kita apatah lagi kalau rahsia itu melibatkan maruah dan harga diri sendiri dan keluarga.  Yes,  akak setuju dengan u olls.  Tapi ada juga sesetengah orang tu....terlalu berahsia sampai orang boleh wujudkan spekulasi tentang diri dia.  Yelah,  bila kita berkawan dengan seseorang.....kawan kita to expect kita share semua benda dengan dia.  Bukan soal KEPOCI ke apa apa.  Tapi contohnya macam akak,  akak amat terasa kalau ada kawan akak yang nak kawen........DIA DIAM JERRRR!  Tak cakap apa-apa pun kata dia ada BF ke apa ka.  Tup tup dia cakap dia dah nak kawen.  Ehk noks!  Sejak bila hang ada laki dalam hidup hang?  Tiba tiba nak kawen kan?  Tak sentap ke kita?


Satu lagi yang ini khas untuk 'adik-adik' yang akak sayangi.  Yes....sesetengah daripada kamu amatlah merahsiakan status diri kamu sebagai seorang gay ataupun kita sering sebut PLU. Akak mengerti u olls rasa kekok dan tak mau identiti u olls itu menjadi bualan masin orang ramai.  Dan u olls rasa status GAY itu adalah satu 'kekurangan' pada diri u olls.  Its okay,  itu hak u olls untuk merahsiakan (ada juga bagusnya untuk merahsiakan perkara ini) tapi..................satu je akak pesan.  Kalau pun u olls nak 'play straight'..........janganlah terlalu propa sangat deknon.

Contohnya :  Hamid adalah seorang PLU.  Tapi dia tak pernah declare bahawa dia PLU dengan kawan-kawan rapat dia di asrama.  Walaupun Hamid tak pernah mengaku dia PLU tapi kawan-kawan rapat yang menjadi pilihan dia adalah budak budak PLU.  Daripada kelakuan,  gaya pakaian,    status FB dan ngomelan di Twitter....memang sah sah sangatlah si Hamid ini adalah seorang PLU.  Tapi,  apabila rakan-rakan PLUnya mengusik dan bergurau manja dengan Hamid sambil berkata "Hamid elok......dia tak taste kat Abang A...dia taste kat Abang B...,"  Hamid terus menolak kasar dan membuat muka kekwat sambil berkata "Please jangan duk kutuk-kutuk aku macam ni...aku bukan PLU macam korang,"

Gitu............tak ke kecik hati kawan-kawan u olls tu semua.  Sedangkan depa bergurau je dengan u olls.  Kan lebih bagus kalau terus u olls bergurau manja balik dengan kawan-kawan u olls tu "Aku mana elok...ampa lagi elok dari aku,"

Haa......takdak pun statement menunjukkan u olls PLU kat situ kan?  Tapi of course kawan-kawan rasa sangat sangat selesa nak bergurau dengan u kan?

Kebanyakan adik-adik PLU sangat kuat 'straight acting'.  Selagi u olls mampu nak berlakon...berlakonlah.  Tak kisah.  Kami bukan nak tau sangat status u olls tu macam mana.  Jangan sampai terkantoi sendiri depan mata kami kawan-kawan u olls semua.....malu diri sendiri.

Akak ramai je kawan-kawan yang sangat adik-adik dan sangat sangat PLU....tapi dia tak pernah pun declare about pendirian seksualiti dia kat akak.  Akak rasa tak perlu pun.  U olls tak perlu confess kat kawan-kawan semua "Hello people...aku gay. Macam u olls semua...."  Tak perlu.  Itu antara u olls dan Tuhan.  Kalau u rasa tak selesa nak cerita kat sapa-sapa just diam dan sengap.

Yang penting sebagai seorang kawan..........dia buat kita rasa selesa :)  Jangan buat bagi kawan-kawan PLU u olls rasa down dan terhina just because u tak mampu untuk eksperesi diri u olls.

Tau tentang perkembangan semasa
Ini adalah amat penting sekali.  Dulu kat sekolah,  cikgu selalau suruh kita amik tau tentang perkembangan semasa.  Bukan saja pasai retist retist kat Melesia ni,  sapa kawen,  sapa cerai.....tapi kita juga kena tau....negara ni perang dengan sapa.  Pasai pa negara tu punya rakyat duk buat tunjuk perasaan.  Kita juga kena tau,  apa isu yang tengah hot kat negara kita sekarang ni. Di zaman internet,  melalui Twitter dan Facebook.......macam-macam benda yang kita boleh tau dan ambil tau.

Jangan duk jadi macam "Ada teratak di hujung kampung,  Bawah cermin kopak ada kotak,  Tersembunyi dalamnya ada tempurung,  Sembunyi bawahnya katak melalak,"  Maksudnya.....seorang katak yang duk bising dan megah sangat dengan tempurungnya.  Padahalnya tempurung dia tu besak mana sangat?  

Akak ada satu cerita pasai satu kawan akak ni yang boleh dijadikan kepada adik-adik di luar sana,  kawan akak ni dia hari-hari kalau bercakap.........asyik cerita pasai dia main dengan jantan tu.  Main dengan jantan ni.  Main dengan laki tu.  Oh....malam semalam main dengan 3 askar.  GITU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  Kira nak cakap dalam kalangan kami semua,  dialah adik-adik paling cantek dan paling laku di dunia ini (ingat...cantek dan kuat menyerah adalah dua kriteria yang berbeza).

Kami tak kisah pun pasai dia ni u olls.  Hang mainlah pi lah dengan 36562165 jantan pun.  Cumanya yang akak sedih sekali dengan dia adalah,  dia hanya tau tentang keindahan dunia cekcur dia sahaja.  Bila kami cakap pasai GLEE,  dia blur.  Bila kami cakap pasai BERSIH,  dia tak tau.  Bila kami cakap pasai Gaza,  dia sentap.  Bila kami cakap pasai Kim K mengandung....tiba-tiba dia cakap "Haaaa...mak pernah tengok video Kim K main dengan BF lama dia yang negro tu...." GITUUUUUUUUUUUUU!

So sedihkan?  Kuat cekcur dah satu hal.......tapi yang lagi sedih...dia takdak opinion sendiri pun sebab masa dia banyak habis untuk menyembah diri sendiri.



Sekian sahaja leteran akak untuk hari ini.  Buat baik berpada-pada.  Buat jahat,  bila perlu!  HAHAHAHA...sekian.

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>