Hello u olls semua,
Resepi seterusnya diajar oleh kawan I olls iaitu Chef Dr. Hafizal Kun. HAHAHAh kerlass dah Dr....chef pulak. Diala duk ajar buat benda ni kat I olls. Idea resepi ini amatlah mudah sesuai untuk makan-makan di rumah ataupun bawak pi picnic.
Apa itu tortilla?
Tortilla adalah sejenis roti leper yang diperbuat daripada bijiran tepung gandum. Ada juga resepi asal yang menggunakan tepung jagung. Asal usul roti ini adalah dari Mexico. Ampa jangan duk samakan dengan capati pulak. Sebab capati diperbuat dari tepung attha dan dia lembut dan lemak rasanya. Tortilla ni rasanya macam kering sikit dan kenyal.
Cara menyediakan tortilla bread ni senang sangat sebab kat Malaysia ni memang dah ada tortilla wrap yang dah siap bertajuk Mission. Kita balik dan bakar sikit atas kuali leper / tempat masak burger tu. Tak perlu tambah minyak / butter. Just bakar atas kuali tu sampai sedikit brown. VOILA. Dah siap!
Pelbagai jenis wrap oleh jenama Mission.
Nak makan dengan apa?
Apa yang Chef Dr. Hafizal Kun ajar I olls adalah, basic sekali kena ada cream cheese spread dan sos cili jenama Lingam. Sayur dan isi-isi lain kita boleh reka ikut kesukaan kita sendiri. Kadang-kadang lauk-lauk semalam yang tak habis pun kita boleh improvise bagi jadi isi untuk tortilla wrap kita.
Jom baca ideas Tortilla Wrap untuk ampa semua menerai.
click read more
Bawang. Yang ini i hiris halus-halus (taklah haluih mana pun) pastu i tabur sedikit gula dan perah sedikit perahan lemon. Kacau sebati. Buat macam ni untuk bagi hilang sikit dia punya pedas.
Ambil jagung segar. Potong bijinya dan rebus (atau steam). Ikut mana ampa rajin. Pastu gaul dengan sedikit mayonis. Jangan lupa garam dan lada hitam sebagai perisa.
Cara nak balut :
1. Sapu cheese cream kat atas tortilla.
2. Bubuh sayur-sayur dan juga hotdog.
3. Pastu gulung la.
Yang ini, i bubuh salad dan sardin dan sedikit bawang. Dapppp!!
S E L A M A T M E N C U B A