Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Kursus Pengucapan Awam bersama Ahmad Fetdri Yahya

$
0
0
Hello u olls,

Semalam saya berkesempatan untuk bertemu dengan seorang yang tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan TV3 iaitu Encik Ahmad Fetdri Yahya.  Nama yang tidak asing dalam bidang pengacaraan formal.  Setelah mendapat perkhabaran bahawa pihak Pusat Transformasi Insan USM akan menganjurkan kursus bersama insan ini,  aku cepat-cepat mendaftar nama dalam sistem online dan alhamdulillah dalam ramai-ramai yang memohon,  aku telah terpilih untuk menyertai program ini.


Gambar sumber IG Azreen Fara





AIIYOOOOOOOOOOOOOOOO!!  Tiba-tiba starting pun nak jadi formal macam mana ka sebab rasa macam aura beliau sangat kuat untuk mengajak saya bercakap dalam bahasa Melayu tersusun dan formal.  (Habislah semua bahasa pondan aku semua mampuih).

Takpa,  kalau ampa nak suruh aku formal.  AKU BOLEH.  Satgi ampa akan terpegun pulak melihat kecantikan dan butir perkataan yang keluar dari mulut aku yang membuatkan rupa aku persis NORMALA SAMSUDIN.  So baik aku cerita style aku lah.  Ampa kan suka carut aku!! *kami tak mau baca blog Jumie dah sebab dia dah tak maki maki

Bahasa menunjukkan bangsa.  Bukan bangsa Melayu,  Cina,  India atau Kadazan.  Tapi bahasa menunjukkan hang ni bangsa kurang ajar ka,  bangsa bodo ka,  bangsa tak boleh diajar ka ataupun bangsa bijak pandai dan bangsawan.  Bahasa boleh menggambarkan keperibadian diri seseorang.

Apabila Ahmad Fetdri Yahya membuka mulut dan menuturkan kata-katanya,  aku terkesima.  Sebab dari cara dia bercakap aku boleh nampak dia seorang yang berilmu tinggi dan luas pengalamannya.  Namun dari pilihan kata dan frasa,  intonasi dan gerak badan,  dia aku nampak sebagai seorang yang sangat rendah diri dan biasa.  Sebab tu aku sangat tertarik untuk dengar apa yang dia nak cakap.  Apa sahaja perkataan bombastik yang keluar dari mulut dia,  aku duk catat atas kertas nota.

Gagasan minda - mind map,  dwipangkah - hashtag,  slash - garis mereng,  infomania,  dosa-dosa dalam pengucapan,  sihir pengucapan,  teknik pelarian dan banyak lagi antara ilmu ilmu yang aku pelajari hari ini.  Tapi seperti yang dia ingatkan,  untuk jadi seorang pengacara / pembicara / penulis yang baik,  ada 5 rukun.  Rukun pertama,  rajin membaca.  Rukun kedua,  rajin membaca.  Rukun ketiga,  rajin membaca.  Rukun keempat,  rajin membaca.  Rukun kelima,  rajin membaca.

Siriesly aku sangat enjoy kursus ini kerana acapkali,  bila kita nak hadiri program perkongsian ilmu dengan nama-nama besar,  tapi pengisian ilmu intelektual yang dikongsikan tidak sama besar dengan nama yang dicanangkan.  Aku selalu kecewa.  Sebab tu aku selalu memilih.  TAK SEMESTINYA NAMA HEBAT,  PENGISIAN TU BAGUS.

Actually sesi perkongsian antara kami warga USM dengan Ahmad Fetdri Yahya boleh berjalan dengan lebih menarik dan meletops lagi tapi tak salah kalau saya cakap,  most of the audience yang hadir pada kursus sebentar tadi tidak bersedia dan hanya hadir atas sebab 'boss suruh' atau sebab 'Ahmad Fetdri Yahya".  Banyak kali peserta tidak bersedia dengan tugasan mudah yang diberikan oleh penceramah dalam sesi perkongsian ilmu ini.  So suasana jadi 'krik krik' dan ilmu yang boleh ditujahkan seolah-olah tersekat oleh respon yang tidak memberangsangkan.

Sekian sahaja perkongsian daripada I olls.  Kepada u olls semua,  kalau nak jemput Ahmad Fetdri Yahya bagi talk...SAYA AMAT MENGREKEMENKAN!!

Nampak dak apom colour hijau and pink?



ps/  seronok jumpa pembaca pembaca blog JS yang selama ni duk jumpa senyum depan PC sahaja...heheeh Ainol...meletops na ampa!



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>