Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Melayu dan Tudung

$
0
0
Hello u olls,

Tengah stalk Facebook sepupu aku Syaz Subhan pastu nampak dia share satu link yang agak menarik.  Sebuah artikel yang ditulis oleh Alicia Izharuddin bertajuk Asal usul Obsesi Melayu dengan Tudung.

Very interesting reading.  Mula-mula baca artikel rasa macam nak marah pun ada.  I was like "Hey bitches...hang tak mau pakai tudung sudah la....duk mai keluar kutuk over-over pasaipa?"

Tapi aku baca lagi sekali,  and cuba la paham dia punya perkataan-perkataan yang penuh dengan teori sosial yang aku tak reti ni,  belajar la slow slow,  baca kat Google and tanya pada kawan-kawan aku yang bijaklaksana.  Then aku paham jugaklah kenapa dia berani untuk mengeluarkan statement Melayu dan obsesi kepada tudung.

Aku rasa aku setuju,  Melayu memang obses dengan tudung.  HAHAHAHA.  Tudung dah jadi macam simbol "Hang Islam atau tidak?" Padahal ini bukanlah satu-satunya cara untuk kita melihat agama kita.

Cuba kita tengok balik kita punya daily conversation,  whenever kita jumpa Muslimah dari luar negara contohnya Uzbekhistan "Wehssss detu Islam ka?" "Yes...she is Muslim," "Wehsss...tapi awat dia tak pakai tudung?"

Kita sebagai orang Melayu Islam pun mempunyai pandangan narrow yang sama.  So jangan salahkan orang kaum lain di Malaysia yang juga tak paham dengan pilihan sesetengah orang Islam yang tidak memakai tudung.

Pada pendapat peribadi aku, menutup aurat,  covering your hair and body parts agar tidak menonjol seksi adalah satu perbuatan fizikal semata.  Tetapi perbuatan fizikal ini adalah melengkapkan dan menyempurnakan lagi kekuatan rohani terhadap agama yang kita anuti.  Buat apa kita pakai tudung tapi kot belakang kita perangai macam anak dara syaitan?

Aku ambil langkah mudah,  why aku pakai tudung?

1.  Aku tau aku dah meningkat umur,  fesyen seksi meksi sudah tidak sesuai untuk manusia berbadan makcik-makcik macam aku.  Tudung and all the fashion that goes along with it really suits my style now.  Aku rasa sangat yakin sebab nowadays,  bila aku pakai baggy blouse,  long skirts and aku pakai dengan tudung terus rasa meletops dan lengkap.  Yes,  ini pilihan fesyen aku dan bila fesyen ni sesuai untuk badan kita,  ternyata diri pun jadi lebih yakin.  Keyakinan ini adalah amat penting untuk wanita over macam aku.


2.  Its easier untuk aku bila nak buat sollat.  Like siriesly,  kalau kena dengan jubah atau baju kurung yang sesuai,  aku tak payah susah-susah nak pakai telekong dah.  Terus dah boleh sollat kat mana pun aku pi.  Tapi yang paling aku suka sekali apabila aku bertudung ni adalah kemudahan diri aku nak masuk mana-mana masjid at any time.  Wehsss...kita nak masuk masjid,  mestilah kena sopan,  pakai tudung baru masuk kan?  Dulu kalau nak masuk masjid,  jenuh nak cari kain selendang apa ka dalam kereta....lani tak payah!!! Masuk terus u olls.


Aku ada pendekatan aku sendiri dengan tudung.  People can say anything about it,  tapi yang paling penting,  kita tau sendiri sudahlah.


Penulis berkenaan memperkenalkan diri dia sebagai seorang feminis (ini satu terma yang kita kena betul-betul faham ya.  Feminis bukan semata benci lelaki,  feminis ada perjuangan yang lebih luas dari itu). Dan atas pilihan itu,  dia tidak memakai tudung.




Dia ada menyatakan yang golongan yang tidak pakai tudung ditindas teruk.  Untuk penyataan ini,  aku rasa ditindas teruk kat laman sosial dan internet sahaja kot.  Sebab kita orang Meleis ni ramai sangat key board warrior,  berani kata kat situ sahaja,  bila depan mata,  depa tak berapa berani bersuara.

Ampa pi la mana-mana Instagram milik artist yang masih tidak bertudung,  mesti ada punya komen-komen jahanam daripada golongan keyboard warriors yang menyelar fesyen-tidak-bertudung yang dikenakan oleh artist berkenaan.

Tapi bak hiang,   cuba kalau si polan tu jumpa artist tu secara LIVE....................aku confirmed dia orang first yang ajak artist tu ambil gambar sekali.  #tepukdahi

Pendek kata,  aku sangat suka perspektif yang dibuka oleh penulis ini.  .  Paham betul betul apa yang dia suruh kita nilai balik.  Adakah tudung ini betul-betul satu pencapaian dan lambang wanita berjaya ? Sejauh mana tudung ini melambangkan keimanan dalam agama kita?  

ps  /  tepuk dada tanya selera

Bacaan tambahan : Asal-usul obsesi Melayu dengan tudung



Di bawah gambar aku pakai tudung dan masih membuat aktiviti-aktiviti yang aku suka

 Gigih naik lori pusing USM 3 kali.  Ni masa persiapan USM Food Fair 2015.


 Pi makan kenduri,  feeling sopan sikit depan mak kawan-kawan.


 Berjumpa mak ayam besar Penang semasa breakfast di Bee Hwa.


 Social gathering dengan anak-anak ayam yang disayangi.



 Tumpang menyanyi dengan gang-gang Dewan Budaya USM masa sambutan Hari Raya USM :)



 Dinner dengan anak-anak.  Pakai selendang sudehhh...



Bersifat haiwan dengan teman-teman pejabat.  Tapi aku tak tau pasaipa Kausi muka siries.  HAHAHAH



Posing supergediks dengan kakak pengantin di photobooth.  This is one of the final last family yang i make up for :(



 Akak dan beer.  Haaaa kerlas noks.  Duduk semeja dengan teman-teman.  Depa nak minum apa pun takpa la kan???  



Mak ayam memake up Geisha.  HAHAH feeling posing gediks dengan students selepas tolong make up depa jadi Geisha.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>