Hello u olls,
Aku tertarik sangat dengan kes anak orang Asli yang sesat dan hilang dalam hutan di Gua Musang. Ringkasan cerita daripada apa yang aku baca adalah depa ni semua lari daripada cikgu sebab takut. Cikgu tu larang depa mandi sungai, tapi depa nak mandi juga. So sebab takut, group budak budak ni pun lari and sembunyi dalam hutan. Sekali punya sembunyi after almost 50 hari baru dijumpai. Yang sedihnya ada yang mati dan hanya tinggal rangka, dua orang sahaja yang masih survive.
Itupun dalam keadaan yang amat menyedihkan. Kurus kering dan sakit.
Yang aku pelik adalah, after this long time, bila dah jumpa satu mayat, barulah jumpa yang lain-lain dalam tempoh yang dekat. Bukan kata, jumpa sorang....pastu lepas dah lama baru jumpa yang lain lain.
Sapa lah pawang or bomoh yang depa mintak tolong untuk bukak 'hijab' ni. Sebab im sure depa ni hilang mesti kena sembunyi dengan apa-apa. Even these two yang survived ni pun cerita yang depa dibantu dan diselamatkan oleh tenrog iaitu dalam kepercayaan orang Asli adalah entiti yang hidup di pokok-pokok tinggi dalam hutan. Kita orang Melayu panggil sebagai orang Bunian la.
Depa kata, 'seseorang' ini datang dan bagi depa makan. Sebab tu depa boleh hidup walaupun setelah sekian lama tersesat dan hidup dalam hutan. So adakah memang depa ni kena culik dengan entiti tu? Ataupun depa memang sesat dan entiti tu yang bantu depa?
Kalau nak reka cerita dan teori pasai budak-budak dalam kes ni, macam-macam boleh buat.
Teori rekaan aku adalah, depa ni semua sesat dalam hutan. Pastu orang bunian jumpa depa, and orang bunian nak ambil depa dan tinggal bersama-sama dengan orang bunian. Tapi ada yang mau, ada yang tak mau. Sapa yang tak mau, sebab tu depa tak ambil makanan yang di offer oleh orang bunian dan akhirnya depa pun sakit dan mati sebab keletihan. Manakala dua lagi kanak-kanak ni depa berjaya dipujuk oleh orang bunian tu dan depa pun makanlah sampai depa boleh survive.
Tapi kita kat sini, duk cari anak-anak orang asli ni. Kita hantar rescue mission, kita berdoa, aku rasa ini yang membuatkan orang bunian rasa tak senang and in the end, depa pun 'hantar' balik anak-anak orang Asli ni semua.
Siriesly, kalau aku buat skrip sapa nak beli cerita aku ni? HAHAHA soo kalau ampa lepas ni tertengok movie atau drama yang lebih kurang macam ni. U READ IT FIRST HERE okay! HAHAHA
Dulu masa aku kat POLISAS ada satu kawan aku cerita pasai pengalaman dia di'culik' oleh bunian.
Nama kawan aku ni Ain, budak Melaka. Aku panggil dia Ain Selambaq. Sebab tetek dia besar.
Masa dia kecik-kecik, dia main mandi sungai dengan kawan-kawan dia. Dia main lawan selam, sapa selam and tahan nafas paling lama dia akan menang. So depa pun main la selam-selam. So kawan aku ni pun selam la punya lama. Sekali bila dia naik balik ke permukaan, dia tengok semua kawan-kawan dia dah takdak and hilang.
Dia masa tu kecik lagi, dia tak pikir panjang. Dia tak rasa pelik pun. Dia ingat kawan-kawan dia ni semua macam tipu dia la, suruh dia selam and depa berenang and tinggalkan dia sorang-sorang kat situ.
Dia pun naik sungai, amik baju dia and berjalan sorang diri balik rumah. Tapi dia kata, jalan yang dia lalu macam lain. Tak macam jalan kat kampung dia. Jalan tanah merah itu bersih, tidak berlopak, tiada semak samun di tepian jalan, hanya rumput hijau yang dipotong kemas.
Dia teruskan berjalan hingga dia sampai ke satu perkampungan yang agak asing baginya. Ini bukan kampung dia. Rumah-rumah kat situ macam dalam lukisan, boleh nampak rumah kayu sebuah demi sebuah, setiap rumah pula dihubungkan dengan jalan tanah yang bersih. Keliling kampung itu ditumbuhi rumput yang hijau.
Dia kata, dia nampak orang duk naik basikal, jalan-jalan, sapu sampah, naik motor pun ada! Semua orang macam pelik tengok dia. Macam dia orang asing kat situ.
Tiba-tiba ada seorang perempuan mai tegur dia, kakak tu cantek!! Sahlah kakak tu orang bunian. Kakak tu tanya dia mai dari mana and bawak dia balik rumah. Kakak tu bagi dia minum air and jamu makanan. Tapi dia tak mau makan dan minum langsung sebab dia duk takut dan duk menangis.
Mestilah wehss....budak budak kecik kan. Kalau dah tak jumpa sapa-sapa yang dia kenal standardlah dia akan menangis.
Bila dia start menangis, all the orang kampung started coming to the kakak's bunian house. Kawan aku kata masa ni dia tengok la orang Bunian semua. Dia kata depa ni macam manusia juga, ada kaki, ada tangan, muka, mulut and rambut. Depa pun pakai baju macam orang jugak.
Tapi dia kata, orang Bunian perempuan semua cantek lawa macam puteri kayangan. Tapi orang lelaki Bunian tak elok. Kulit gelap, gemok-gemok dan pendek. Kawan aku kata "Yang lelaki semua pesyen macam Ibrahim Pendek jer....tak hemsem langsung,"
So bila kawan aku duk menangis tak berhenti, ada seorang orang tua Bunian ni dia bagi teguran kat kakak bunian tu. "Hang kena hantar dia balik....kalau tidak, kita satu kampung akan susah,"
So kakak tu pun akur dan dia pun bawak kawan aku berjalan sampai ke sungai tempat dia mandi tadi, bila dah sampai kat tebing sungai, kakak bunian tu pun kata yang dia akan hantar kawan aku balik. Tiba-tiba dia terus tolak kawan aku masuk dalam sungai.
Kawan aku pun tercungap-cungap la.........menggapai-gapai ke permukaan air. Terkejut noks kena tolak masuk sungai tak pasai.
Dan masa tu lah, dia nampak kat tebing sungai penuh dengan orang kampung, masa dia dijumpai, hari dah gelap dan malam. so orang kampung mai pegang torch light dan ada yang pegang unggun api. Semua orang berteriak bila nampak kawan aku. Ada yang terjun dan masuk ke sungai untuk mendapatkan kawan aku. So maknanya, kawan aku pun dah balik ke alam manusia.
Dia pun menceritakan segala-galanya kepada mak ayah dan penduduk kampungnya. And cerita itu sampai lani adalah kenangan dalam hidup dia.
Okay sudahlah, aku stop dulu. Daripada cerita anak orang Asli terus masuk cerita Ain Selambaq. Bye bye semua.