Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Dia Bukan Hipokrit, Dia Just Bitom

$
0
0



Hello u olls,

Ampa tajuk kat atas tu mesti dah seronok gedi nak tau apa la gossip aku nak ajaq ampa kan? And those kawan-kawan aku yang paranoid melebihi pondan on pill hormon pulak akan bergetar rasa dan berdebar hati nak baca apa yang aku nak tulis dalam artikel ni sebab takut aku tercarut kat ampa.

Relaks-relaks, aku nak share dengan ampa satu pendapat sahaja. Actually benda ni di tanya oleh seorang anak ayam aku ni.

Lebih kurang macam ni ;

Dear Kak Jumie,

Kami nak bagi idea untuk hampa tulis blog. Kami yakin ampa pandai kupas. Kami macam nak sangat tahu pasal manusia yang jenis ni. Kami pun tak tau dia ni jenis apa. Contohnyanya kehidupan dia yang sebenarnya biasa-biasa ja. Tapi cara dia bergaya nak haram macam anak-anak tan sri. Yang nak jadi cerita is that dia jenis malu nak ngaku mak pak dia. Macam kalau boleh nak sorok mak bapak dia dalam lemari. Ni kiranya hipokrit lah kan?



Okay girl!!

Dalam kamus online yang aku check, hipokrit bermaksud "a person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess, especially a person whose actions belie stated beliefs."

Maksudnya, seseorang yang menunjukkan nilai-nilai diri yang baik di mata orang ramai, tetapi hakikat di belakang orang ramai dia sebenarnya telah mengisi borang untuk mendapatkan membership card ke neraka.

Contohnya, seorang pakcik ni alim nak mampus, ahli jawatankuasa surau, always duk bagi ceramah agama apa bagai, tapi kisahnya dia didapati pengsan ketika sedang membuat seks di sebuah rumah pelacoran. (Saja tiru kes Lamar Odom).

But this is another story.

Aku mempunyai beberapa contoh manusia yang aku kenal dan mempunyai perwatakan begini. Orang macam ni bagi aku depa bukan hipokrit. Orang macam ni aku panggil 'bitom'.  Dia feeling dalam dunia dia sendiri.  Tapi dia actually baik hati sangat dan seronok kalau dijadikan kawan.  Very interesting personality.


Depa ni bila ada dengan kita, depa just macam kita jugak. Kita buat jahat, depa pun buat jahat. Contohnya, kita bincang pasai orgy sex, dia pun boleh sembang juga topik yang sama. Kalau kita cerita pasai dulu kat sekolah kita selalu ponteng sekolah, dia pun ada pengalaman yang sama.


TAPI, this is a big TAPI, ada benda yang sangat kepelikan untuk orang macam ni.


Nombor 1. Dia macam berlagak sikit dengan kawan-kawan. Dia akan suka bercerita tentang kemewahan hidup dia, how dia hanya suka dan memilih benda-benda yang original dan branded. Macam mana family dia dari dulu memang always ada peraturan tertentu tentang tempat makan yang they olls nak pi. Benda-benda yang sebenarnya macam nak tunjuk sangat yang dia ni berasal daripada keluarga yang berada.


Hakikat, kalau anak orang kaya sungguh ni, depa paling cool nak mampus and depa tak pernah pun nak cerita pasai bapak dia geli nak makan makanan yang disentuh oleh orang gaji because that is not about being anak orang kaya, that is just showing how ass hole your father is.


Orang macam ni akan sedaya upaya bercerita tentang kisah depa dengan semangat dan riyaknya....tanpa kita soal!


Nombor 2.  Tapi macam mana dia bercerita rancak pasai 'kekayaan' family dia, dia tidak pernah sekali-kali-never-ever tunjuk gambar terkini dia dan keluarga dia. Apatah lagi pulak gambar rumah dia. Kita kan lani, kalau mother's day ka, father's day ka, birthday mak pak kita ka...always feeling nak tunjuk gambar kita posing dengan orang tua kita yang comels tu kan?


But orang-orang macam ni tak akan dan never will. Well...mungkin ada! Tapi gambar style zaman bapak depa muda muda dan depa pun style baby lagi di mana masa tu kita pun tak tau nak bezakan bapak dia cool ka dak?


Aku ada contoh beberapa cerita pasai manusia macam ni. Cerita ni adalah dari pengalaman aku dan dari pengalaman yang diceritakan oleh para teman kepadaku.


Cerita 1.  Ada satu student ni, dia macam diceritakan kat atas. Dia tak akan mengaku dia MELAYU, padahal muka dia style sah-sah Melayu Proto tahap 1. Kulit sawo matang, rambut kerinting, mata bundar. You know? Itu tak kisahlah. Aku pun suka feeling yang aku Venezuela. One more thing pasai dia, dia selalu cerita kat roomate dia yang dia ni pakai barangan yang sangat-sangat branded sahaja. From shampoo ke perfume hinggalah ke pencuci pepek. Semuanya kena branded.


Tapi sepanjang dia duduk dengan roomate dia, roomate dia tak pernah tengok pun almari dia. Tak tau dalam tu ada apa. Dia selalu kunci dan tutup. Dia pernah kata, dia kena selalu kunci sebab banyak barang berharga dalam tu. Takut nanti orang masuk bilik ka bila kita terlupa kunci dan curi perfume collection dia semua.


Nak dijadikan cerita, yang di roomate ni jenis relaks and lepak sahaja. Dia tak pernah kunci pun lemari dia. And dia perasan perfume Siti Nurhaliza dia ni selalu habis. Sekali nenjia, entah macam mana satu hari dia busted roomate dia tengah pakai perfume dia.


Termalulah si polan ni pun. Dia kata sorry dan dia kata sebenarnya perfume dia dah habis dan dia nak pakai perfume. So dia nak pakai jer la dulu. Roomate dia sangat baik hati dan kata "Takpalah...aku tak kisah hang nak pakai pun perfume aku. Tak sangka pulak kulit hang tak allergic pakai perfume Siti Nurhaliza aku ni, sebab aku tau hang hanya pakai perfume level-level Channel No 5 sahaja,"


Cerita 2.  Ada sorang kawan ni dia ada housemate, selepas depa dapat kerja kat tempat yang sama, entah macam mana depa pun jadi kenal dan sejak tu depa pun sewa rumah sekali. Nak dijadikan cerita housemate dia ni memang mai daripada ulu banat celah hutan negara mana ka. TETAPI roomate dia tak pernah pun mention kata dia balik kampung untuk jumpa family. Dia always kata dia balik KL sahaja. Why KL? Sebab situ adalah rumah family BF dia. Boleh kata macam dia sangat-sangat rapat dengan always baik dengan family BF dia sahaja. Oh ya, untung nasib dia berkapel dengan anak-anak orang berada yang ala-ala duduk kat TTDI tu. Depa pun selalu pergi melancong sana sini. Always show off gambar percutian dia dan keluarga family BF dia dalam laman social. Tetapi tak pernah pulak si roomate dia cerita dia balik kampung dan bercakap pasai khabar berita ibu dan bapa dia di kampung. Kalau dia tanya kepada roomate dia, cepat-cepat si roomate akan tukar cerita.


Pastu nak dijadikan cerita, satu hari, si roomate balik kampung secara terkejut, dia langsung tak dapat dihubungi selepas itu. Mau jugak seminggu dia ambil cuti kecemasan. Lepas dia balik semula bertugas, baru dia ceritakan yang mak dan bapak dia meninggal dunia. Dua dua meninggal dalam tempoh yang dekat, dan dia pun kena balik untuk settle everything. Tapi bila orang-orang office dan roommate dia sendiri bertanya khabar dan lokasi kampung semua di mana, dia terus mengelak dan sampai last cerita pun tertutup. Dia pun play-play poker face macam takdak apa pun terjadi dalam hidup dia.


And sejak mak bapak dia kat kampung tu dah tiada lagi di dunia ini, so si roomate ni pun entah macam lagi rancak lah dengan keluarga family BF dia. Depa pun akhirnya menikah dan sampai lani, kawan dia ni tak tau langsung pasai cerita latar belakang dia. Yang dia tau hanyalah kisah-kisah dia dan keluarga mentua dia sekarang. Apa kerja dan business mereka? Mereka duduk mana? Mana depa pi untuk melancong.


Cerita 3 Cerita ini adalah berdasarkan satu drama Melayu yang aku tengok kat Astro Ria. Tak salah aku tajuknya adalah Sorok Bau Budu. Dilakonkan oleh Sabri Yunus, Zul Huzaimy, Mustapha Kamal.  Menceritakan tentang seorang pemuda Kelantan yang berhijrah ke KL untuk mencari rezeki. Disebabkan satu insiden yang memalukan apabila orang tau yang dia ni berasal daripada kampong, maka mulai itu dia langsung tak menceritakan yang dia berasal dari Kelantan. Sampaikan housemate dia sendiri, seorang lelaki Kelantan sendiri tak tau yang dia ni berasal dari Kelantan juga.


Yang roommate dia bangang ni pun style eksaited bercerita pasai makanan orang Kelantan, budaya orang Kelantan, seni tarian dikir barat dan macam-macam lagi.


And nak dijadikan cerita one day, mak bapak dia nak datang dari kampong. So si budak Kelantan yang poyo ni sampai sanggup pi sewa rumah asing untuk mak bapak dia tinggal dan tipu bahawa itu adalah rumahnya. Padahal, dia ada rumah sewa yang lain.


Dipendekkan cerita, roommate dia sendiri terjumpa dengan berkenalan dengan ayah mamat Kelantan ni sebab actually bapak dia adalah seorang penggiat seni dikir barat yang popular kat Kelantan dan segala cerita pun terbongkar.



Golongan Bitom

Begitulah beberapa contoh cerita yang aku boleh gambarkan untuk golongan macam ni. Aku sure ampa semua pun mesti ada macam-macam cerita yang sama juga, kalau sudi share la kat komen area. Aku boleh baca nanti.


So apakah yang sebenarnya melambangkan golongan macam ni?


Seorang kawan aku ni psychology student dia kata, orang macam ni depa macam ada something yang traumatic happened kat diri depa, benda yang memalukan, menakutkan, sampai akhirnya depa memang tutup terus dunia sebenar itu dan akhirnya depa escape dan cari dunia baru yang depa cipta sendiri. Dunia baru ini mungkin juga dunia fantasi yang depa create dalam kepala otak depa sahaja. Atauapun benda tu adalah reality contohnya dalam cerita nombor dua kat atas, si polan itu menemui ‘ideal family’ yang dia banggakan.


Cara Yang Harus Di buat apabila bertemu dengan golongan macam ni?

Personally aku bukanlah nak kata aku ni baik ala-ala ahli syurga. Aku pun dah ada membership neraka okay. Tapi siriesly kalau jumpa gang ‘bitom’ macam ni, aku suka layan depa. HAHAHA. Benda ni aku belajar daripada seorang teman aku yang juga marhayam besar bernama Zoeysabella Fara Jannah Mohd Akhir. Perempuan pondan ni kalau dia jumpa golongan bitom ni dia akan seronok u olls. Seronok membuat bahan.


Dia kalau jumpa golongan bitom ni, dia akan panggil, ajak-ajak sembang, lepak, pastu buat buat tanya pasai dunia fantasi dia tu. Pastu si bitom ni excited la bercerita u olls sebab sememangnya takdak kawan or spisyis manusia dan mergastua yang lain yang sebelum ni menunjukkan minat untuk nak tau cerita dia. Dia akan seronokla bercerita. Yang kami-kami pondan sendu kat sebelah terpaksa layan buat buat dengar. Babi sungguh Zoeysabella tu.


Tapi macam aku pulak, bukan kata aku melayan, and kata nak menyombong pun tak. Bagi aku, aku layan biasa sahaja dengan golongan ni. Seikhlasnya aku kesian kat golongan macam ni, dan takdak apa yang hang boleh buat untuk dia, kecuali untuk respek orang tu seadanya. Golongan bitom macam ni sebenarnya menduga kita untuk menjadi orang yang kuat.


Aku ada satu pengalaman sedih yang aku lalui sendiri. Aku ada seorang teman yang boleh dikatakan bitom begini. Cerita dia lebih kurang contoh-contoh di atas, tapi yang obvious sekali adalah walaupun dia sudah kembali duduk di Malaysia, tapi apa yang dia post kat Facebook dan dan segala maknena lain macma nak tunjuk sangat yang dia masih berada di luar Negara. Aku ni takdak masa pun nak pi tengok Facebook orang orang macam ni. (Aku pi check it out Facebook orang-orang yang close and aku sayang sahaja).


Tapi teman-teman lain memang hari hari akan pi stalk FB dia and menjadikan apa yang di post sebagai bahan umpatan. Aku macam kesian kat kawan aku tu. Aku pun macam wondering, pasaipa dia macam nak portrait yang dia masih ada kat Luar Negara sedangkan dia sudah ada di Malaysia? Adakah something kat Negara luar tu yang membuatkan dia rindu? Adakah dia tak happy duduk di Malaysia, mungkin dia ada masalah besar dan sebagainya.


So nak dijadikan cerita, aku pun macam post satu status provoking kat Facebook yang sebenarnya menujukan kepada dia. And guess what? Dia memang mesej aku balik. Dia kata dia terasa dengan status aku dan dia tanya pasaipa aku tulis macam tu?


So aku pun explain panjang lebar kat dia, aku kata aku bukan nak judge dia, aku just concern, hang sunyi ka? Hang lonely ka? Kalau ada apa-apa bagitau la kat aku. Aku tanya direct kat hang sebab aku tak mau tanya kat orang lain and benda ni akan jadi tak elok. (aku masih ada semua mesej tu)


Tapi later lepas tu, kawan aku ni posted kat Facebook dia dan tulis “Some people are just love leaving in people’s pocket” maksudnya memang dia camdek kat aku lah iaitu “ada orang ni kepoci besaq sangat nak tau semua benda tentang hidup dia,”


Siriesly aku memang tersentap besaq lepas kejadian tu. Aku baca semua komen-komen orang yang menyokong dia kat status dia tu. Siap orang-orang yang duk kutuk dia kau-kau pun tiba-tiba duk bagi sokongan palsu apa semua. Secara tak pasai-pasai aku pulak yang menjadi ‘watak antagonis’ kat sini dan manakala bitches yang duk mengutuk dia kat belakang macam kudapan harian di hari raya diangkat sebagai sahabat sejati yang paling memahami.


And start dari situ aku memang terus stepped out dari semua golongan ni, gang-gang bitom dan gang gang wanita bitches. I don’t want to join the circus anymore.  Dan dari situ juga aku belajar satu benda BESAR dan sangat penting dalam hidup aku iaitu, macam mana fuck up pun hidup seseorang tu, WHO ARE WE TO CORRECT IT?


Life aku bukan perfect mana pun, dan apabila aku mengoffer diri aku untuk bertanya dengan dia macam tu, langsung tidak membuatkan aku adalah lebih tinggi tarafnya dari dia. Aku betul-betul menyesal dengan cara aku hari itu. Aku mengaku, kekangan emosi ni tak akan berlaku kalau aku just play cool dan biarkan dia dengan life dia J


Adalah tidak fair langsung untuk kita membetulkan hidup dia dengan cuba mengoffer help tanpa diminta, dengan cara bertanya-tanya lebih tentang benda yang dia tak suka, dengan cara membuka kisah sebenar dia, dengan cara mengutuk dan mengadili dia, dengan cara memalukan dia dikhalayak ramai.


Sapa kita nak betulkan hidup orang tu?


Selagi si bitom ini happy dengan life dia, tak kacau hidup orang, tak mencuri, tak menipu duit anak yatim, tidak mengambil duit kut dan tak bayar balik (AHAHAHAHA), aku rasa biarkan la dia sorang-sorang asalkan dia bahagia.


Dan bila kita boleh bersabar dengan orang macam ni, kita tak mengutuk dia, tak mengata dia, tak kacau hidup dia, kat sinilah kekuatan diri kita akan terbukti.


ps/  bitom :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>