
Diyana Yang dan pinata-pinatanya.
Hello u olls,
Oleh kerana pengaruh Amerika yang amat kuat dalam kalangan masyarakat Malaysia, sekarang ni kalau nak birthday kita mesti nak kena ada PINATA (bunyi dia pin-ya-da. Sebut betul betul ya....jangan duk kampong sangat bunyi PI-NA-TA). Apa benda alah piñata ni?
Pinata ni adalah sejenis hiasan yang diperbuat daripada kotak / kertas yang dihias dalam bentuk haiwan selalunya kuda yang di dalamnya berisi gula-gula. So masa hari birthday, birthday boy/girl akan dikatop matanya dan diberikan kayu. So dalam keadaan mata tertutup, birthday boy/ girl tu kenalah pukul piñata tu sampailah semua gula-gula keluar daripada piñata tu. And dikutip oleh kawan-kawan yang mai birthday party dia.
Dulu masa birthday anak menakan aku, nama dia Iffan aku buat la piñata ni. Tapi aku style tak creative langsung, aku hanya balut kotak bentuk petak dengan keras pastu gantung kat pokok. Pastu aku bagi cota (cota betul yang laki aku simpan dalam kereta – KANTOL kereta ada senjata) kat anak menakan aku untuk dia pukul piñata tu. Itulah satu-satunya pengalaman aku dengan piñata.
Okay ampa dah tau kan piñata tu apa?
Hari ni aku nak share dengan ampa satu kakak meletops ni from KL yang membuat perniagaan mereka bentuk piñata customized yang sangat cantek dan meletops. Aku sangat suka dia update macam-macam kat Facebook beliau kerana hasil kerja piñata beliau sangatlah cantek, bewarna-warni yang terang dan hasil kerjanya bagi aku adalah kemas dan halus. Tak hairan apabila banyak syarikat korporat yang menempah piñata daripada beliau untuk majlis-majlis rasmi depa. Antaranya IKEA dan juga TM.
Menurut Kak Diyana Yang, yang juga blogger di www.diyanaazman.com , harga sebijik piñata adalah daripada RM100 dan ke atas mengikut saiz dan design. Kalau u olls nak tempah, selewat-lewatnya kena tempah 2 minggu lebih awal.
Okay tak mau cerita panjang dah. Ampa tengok gambar-gambar piñata from Pinata Party KL.
Piñata Party KL
1st Designer Piñata crafter in Malaysia! Make your party amazing! We custom made your piñata for any occasion. You think it! We make it!
Contact : 012-230 0107
Facebook : Pinata Party KL
Instagram : @pinatapartykl
Website : http://www.pinata.my/