Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800

Ulasan Filem Animasi Inside Out

$
0
0
Hello u olls,

Lamaaa tak tengok cartoon best (the last cita cartoon best yang aku tengok adalah How To Train Your Dragon 2, cerita tu best nak mampus...tapi aku malaih nak buat review kat ampa), so baru-baru ni aku tengok satu cerita kartun yang sumpah best dan aku rasa cartoon ni adalah lebih sesuai untuk orang orang besaq berbanding orang kecik.

Cerita itu adalah Inside Out.



Sinopsis

Cerita kartun ini mengisahkan tentang empat ‘perasaan’ penting yang mengatur perjalanan emosi dalam hidup kita dan sekali gus menjadi penyebab utama kepada beberapa tindak tanduk penting dalam hidup kita. Empat perasaan penting ini adalah “Joy”, “Fear”, “Sadness”, “Disgust” dan “Anger”. Depa ni semua duduk kat HEAD-Quaters iaitu kepala kita. So setiap kali apabila kita buat apa-apa atau something terjadi kat kita, depa lima orang ni la yang akan tentukan perasaan kita. Setiap perasaan yang di-projek oleh lima orang ni akhirnya akan tersimpan dalam bola-bola memory dan bola bola memori ini akan mengikut warna perasaan kita. Joy colour cahaya something like kuning bercahaya, fear warna kelabu, disgust warna hijau dan anger of course warna merah.

Sekali sekala bila something penting berlaku, bola memori asas (core memory) akan terhasil dan menjadikan pulau-pulau perasaan utama dalam hati kita.

So perjalanan kisah-kisah perasaan ini adalah berdasarkan seorang budak perempuan bernama Riley yang berasal daripada Minnesota dan terpaksa berpindah ke San Francisco bersama ibu bapanya. So dalam proses perpindahan ini, ‘perasaan-perasaan’ dalam head quaters Riley jugak sedang mengalami konflik sebab Joy macam nak control everything (That’s what i see) dan menyebabkan keadaan menjadi huru hara. Sebab itu, Riley akhirnya jadi sedih, jadi buntu dan akhirnya membuat keputusan untuk lari rumah.





Why I love This Story

I always wonder apa sebenarnya yang duk berlaku dalam kepala otak aku sebab aku sendiri akui aku bukan jenis manusia yang mempunyai peraturan emosi yang stabil. At one point di kala orang bersedih, aku boleh relaks nak mampus. Di kala orang sedang relaks, aku pulak gabra lebih sampai jadi migraine. Di kala orang tengah gabra, aku pulak boleh jadi naik angin sampai apa kerja pun tak boleh buat dan paling tak best apabila orang semua tengah eksaited tentang sesuatu, aku pulak duk rasa down nak mampus sampai tak mau keluar rumah.

Kalaulah aku boleh tengok apa yang sedang berlaku dalam Head Quaters aku kan best. Aku nak tengok sangat sapa yang tengah handle perasaan-perasaan aku ni. Tapi aku rasa yang duk control hidup aku adalah ANGER dan SADNESS and FEAR. Tapi kalau tengok dalam head quaters Fan, mesti yang jadi kepala dalam head quaters dia adalah DISGUST.



Cerita ini membuatkan kita sangatlah senang nak memahami bagaimana perasaan perasaan dalam kepala tak kita berfungsi. Adakah perasaan ini normal? Adakah perasaan ini tidak normal? Apakah perasaan ini tidak penting dan perasaan manakah yang paling penting sekali?

Disamping jalan cerita yang menarik, aku jugak suka skrip dalam filem ini yang of course sangat lawak pandai. Sesuai untuk orang IQ tahap 23892 macam aku.


Fakta Menarik Tentang Filem ini (Diambil dari IMDB)


  • Pada awalnya penulis skrip mengenal pasti 27 perasaan dan emosi tetapi akhirnya depa hanya pilih 5 perasaan utama sahaja.
  • Kalau ampa perasaan dalam HQ Riley, Joy yang mengawal segalanya. Ini menunjukkan sifat utama seorang kanak-kanak sebab nak seronok sahaja sampai tak mau nak dengar perasaan dan kata-kata orang lain. Kalau tengok HQ mak Riley, yang menjadi ketua adalah Sadness. Sadness adalah perasaan yang penting kepada di kala bersedih kita menjadi lebih jelas kepada keadaan sekeliling dan akan membantu kita untuk mencari sesuatu yang menggembirakan dan mencapai jalan penyelesaian. Inilah kematangan.
  • Menurut pengarah filem, Pete Docter. Setiap watak perasaan ini adalah mengikut bentuk tertentu. Joy adalah bentuk bintang. Sadness adalah berbentuk titisan air mata. Anger adalah bentuk batu bata. Fear adalah mengikut bentuk sel saraf dan discust pulak adalah dalam bentuk broccoli sebab Riley tak suka broccoli.
  • Pakar psikologi dijemput khas untuk memberikan penasihatan kepada penulisan skrip dan jalan cerita filem ini untuk memastikan agar jalan cerita ini bertetapan dengan teori psikologi sedia ada.
  • Filem ini mengambil masa 5 tahun dan 6 bulan pembikinan.
  • Antara nama yang dicadangkan untuk filem ini sebelum depa decided to go with Inside Out was Joy, State of Mind, Mind, Joyless, Troubles in Mind, Life of Riley, Out of Our Mind, Down in the Dumps, HQ! and HeadQuaters. Aku rasa HEADQUATERS adalah lebih sesuai untuk tajuk filem ini.




Read more  :  http://www.vox.com/2015/6/25/8840945/inside-out-mind-memory

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1800


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>