Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Saksikan Akak Dalam Teater Muzikal Lawak Utagha pada 16 Feb 2014 @ DTSP USM

$
0
0
Hello u olls semua,

Tak sangka cempedak jadi nangka (style orang dulu dulu bila kata tak sangka),  akak mendapat offer untuk menjadi salah seorang pelakon dalam pementasan teater muzikal anjuran Pusat Pengajian Seni Universiti Sains Malaysia,  Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang.



Mula-mula dulu,  pihak produksi adala contact I.  Nak suruh i jadi make up artist depa.  Masa tu,  akak sengap dulu tak mau bagi jawapan sebab tarikh tu i ada event kat office.  Dah lama lepas tu,  boss besak depa,  Mr.  Lanun menge-call akak.  Akak ingat dia nak suruh akak make up lagi.  Kisahnya,  dia nak suruh akak berlakon pulak kali ni.  Sebab penulis skrip kata,  depa nak kena ada watak perempuan yang boleh menyanyi.  Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh teruih tak pikiak panjiangg terus kata yes.  Tamaknya i.

Click more 


Teater muzikal ini akan menampilkan ramai pelawak yang sedang popular kat Malaysia buat masa ini.  Tapi semua pelawak ni....semuanya orang UTAGHA.  Kecuali Najua P Ramlee.  Tapi kita boleh count her in as utara sebab legasi tok dia iaitu Mendiang Tan Sri P Ramlee merupakan anak watan Penang.  Sekampung dengan I u olls.  Ada Mamak and Shazli Cuit,  Ajo and Abu Mamu,  Daniel Bintang Mencari Bintang,  Shuk SYJ,  Ropi and Pak Yus Jambu.  Kira dalam list ni...i sorangla yang bukan artist...........................................(i retis USM sahaja).

Watak I ialah sebagai Teacher Fatimah.  Cikgu muzik!!  Hahahaha kerlas dak u olls?  Okay u olls.  Tak mau berletiak panjang.  Jom baca press release yang disediakan oleh pihak produksi untuk dipost-kan dalam blog akak yang meleps ini.

But before that,  pesanan penting untuk ampa semua.  Pakat ramai-ramai mai support kami berlakon teater di USM. Ampa duk bising kata rugi tak mai tengok i berlakon...haaa...maila.  Kali i berlakon dengan retis lagi.  Lagi meletopsss!  Bubuh siap siap tarikh ni dalam diary ampa :

Tarikh                 : 16 Februari 2014 (Ahad)
Masa                   : 8.30 malam
Tempat               : Dewan Tuanku Syed Putra USM
Harga Tiket       : RM 50, RM 40, RM 30 & RM 20

Hubungi Skuad Tiket : Hasrol 012-5618434 & Halimantoro 017-4571837 untuk sebarang pertanyaan. Kalau ampa tak larat nak keluar rumah, takpa!! Depa akan mai kat ampa!!


Salam seni kepada seluruh aktivis seni Pulau Mutiara. 
Pengisian Istana Budaya dengan pementasan Lawak Ke Der memperlihatkan trend persembahan lawak semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia apatah lagi dengan kemeriahan Mahajaralawak Mega yang sedang berlansung panas di Astro. 
Lima malam pementasan Lawak Ke Der di Istana Budaya juga penuh dengan gelak ketawa melihat Johan , Zizan and the gang ! Dan kini pentas di Dewan Syed Putra USM dengan usaha ligat Persatuan Teater Resdong's, Pusat Pengajian Seni dan Dewan Budaya USM bakal menguji kesetiaan penonton di Utara Semenanjung untuk mengangkat sebahagian pelawak-pelawak dari utara dalam pementasan Lawak Utagha The Musical dua minggu lagi.  


Jika Lawak Ke Der mampu secara sihat dan profesional dengan set pelawak yang hebat menggegarkan Istana Budaya, mengapa tidak Lawak Utagha The Musical diberi peluang dan ruang mengisi trend rekreasi santai ini beraksi di pentas, bukan Istana Budaya tetapi Dewan Tuanku Syed Putra... Kita percaya para pelawak artis utara juga mampu beraksi mewarnakan suasana... dan tentunya para penonton di Pulau Mutiara akan memberi sokongan padu memartabatkan artis-artis Utara dengan penuh bangga ! Siapa lagi kalau bukan kita !Kita bertemu di Dewan Tuanku Syed Putra USM !

Sebuah teater bercorak muzikal  ini memaparkan percintaan tiga penjuru di alam persekolan antara Zamri ( Shuk SYJ), Hamdan ( Yus Raja Lawak ) dan Che Embun (Najua P.Ramlee). Antara yang menarik yang bakal diangkat dalam teater ini ialah babak-babak di dalam kelas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan kelas PendidikanAgma  Islam. Lawak Utagha The Musical mengembalikan nostalgia pelajar sekolah menengah dengan mengimbau isu-isu yang menarik tentang kehidupan pelajar di sebuah sekolah sehinggalah berakhir dengan pertemuan kembali mereka dalam ‘re-union’.
Artis Raja Lawak yang lain yang turut menjayakan teater muzikal ini ialah Ropi ( Pengetua), Shazli Cuit  (Ustaz Ramli), Mamu Abu ( Abu), Mamu Ajo ( Husin), Mamak Cuit ( Ismail ) dan Daniel Bowl Bintang Mencari Bintang ( Sulaiman ). 
Turut diundang ialah komposer terkenal tanahair Azmeer sebagai Pengarah Muzik dan Jumie Samsudin seorang pelakon berbakat dan penyanyi bersuara emas Bintang USM sebagai Teacher Fatimah.  (Kerlasssssssssssssssssss depa!!)
Idea asal pementasan ini lahir dari Prof . Madya Mohamad Omar Bidin Dekan Pusat Pengajian Seni USM  yang  melihat beberapa buah pementasan teater komedi dipentaskan oleh Persatuan Teater Resdong’s di Dewan Budaya USM sebelum ini mendapat sambutan amat menggalakkan. 
“ Jika pementasan ini berjaya, kita bercadang untuk mengangkat teater ini ke Istana Budaya ujarnya lagi.

ARTIS-ARTIS PELAWAK MALAYSIA POPULAR YANG TERLIBAT 
       
Mamak and Shazli Cuit 

Ajo and Abu Mamu



Daniel Bintang Mencari Bintang

Shuk SYJ


Ropi 


Pak Yus Jambu

Najua P Ramlee (Penampilan Istimewa)

Jumie Samsudin (Sila ambil perhatian gambar ini dirakam pada tahun 2009) 

PENAJAAN :
Penajaan dipelawa kepada syarikat-syarikat swasta, badan berkanun, organisasi-organisasi dan individu tertentu yang berminat untuk mengiklankan setiap produk atau sebagainya yang berkaitan dalam bentuk promosi, berita, publisiti ( banner, poster, streamers, flyers atau vedio klip )     
Penaja Utama :
Menaja sebuah motorsikal sebagai grand prize untuk cabutan tiket bertuah.
Penaja utama yang menaja sebuah motorsikal untuk tiket cabutan bertuah sebagai grand prize akan dicatat sebagai penaja rasmi dalam setiap promosi
Sumbangan Wang Tunai/ Cek atas nama Persatuan Teater Resdong’s Pulau Pinang
Akaun Nombor : 557063320985 May Bank.
 Tajaan berbentuk barangan/ produk/ t/shirt untuk penonton/tenaga produksi.
 Menaja penginapan / makan/minum  artis yang terlibat
Menaja bahan-bahan promosi/ publisiti.
Menaja hadiah-hadiah cabutan bertuah, cenderamata, hamper atau barangan.
Bahan berita ( khusus untuk media massa )
KEISTIMEWAAN KEPADA PENAJA-PENAJA  YANG TERLIBAT
Berpeluang membuka booth di foyer Dewan Tuanku Syed Putra USM secara percuma untuk menjual produk pada hari pementasan.
Memperkenalkan/ memasarkan  jenama / barangan kepada umum.

Saksikan Jumie Samsudin Dalam Teater Muzikal Lawak Utagha pada 16 Feb 2014 @ DTSP USM

$
0
0


Tarikh : 16 Februari 2014 (Ahad)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Tuanku Syed Putra USM
Harga Tiket : RM 50, RM 40, RM 30 & RM 20

Hubungi Skuad Tiket : 
Hasrol 012-5618434 
Halimantoro 017-4571837 

Dear Kak Jumie : Haruskah Saya Terima Cinta Lelaki Gay?

$
0
0
Dear Kak Jumie, 
I just read your blog regarding gay issue.  Sebenarnya I tak tau dengan siapa saya harus share this problem.  Bila bercakap soal dunia gay,  I would say that I know their world.  My BFF is one if the community.  I jenis yang senang berkawan with them all since I was in university.  Saya tidak pernah rasa kekok dan sentiasa menerima mereka dengan hati tanpa prejudis.   

Gambar sumber  :  Citizenwarrior.com

But what I’ve been facing lately really drag me into a confusing and awkward life phase kak.  Saya mengenali seorang lelaki.  Dari awal perkenalan dia macam okay sahaja.  Tapi hinggalah satu hari,  dia confessed dekat saya yang dia ialah seorang gay.  Dia juga confessed dengan saya tentang hubungan dia dengan bekas kekasih (seorang lelaki gay juga) yang menyebabkan dia mula-mula menjadi gay.  Dulu zaman sekolah menengah,  dia kata dia tak pernah ada hubungan dengan mana-mana lelaki ataupun perempuan.  Tapi bila masuk zaman universiti,  dia temui perasaan ini apabila didekati oleh seorang lelaki gay.  
CLICK READ MORE


Mula-mula hubungan sebagai teman rapat,  lama kelamaan perasaan sayang dan akhirnya membawa kepada hubungan seksual.  Perhubungan mereka sebagai pasangan kekasih kekal bertahun lamanya.  
Namun,  selepas beberapa lama itu,  hubungan mereka terputus kerana masing-masing ingin membuat haluan sendiri.  Tapi sejak itu,  dia dapati dia sudah tidak ada nafsu dengan prempuan.  Dia cuba pelbagai cara untuk stimulate dirinya.  Ada juga dia cuba tengok porn lelaki perempuan.  Tapi tiada rangsangan.  Tapi bila dia tonton porno gay,  baru dia akan teruja.  
And then,  he met me!!  Perasaan dia untuk mencintai seorang perempuan timbul.  Sejujurnya,  saya pun pelik kenapa dia tertarik pada saya.  Saya bukannya hot dan seksi.  Im a typical Muslim girl with hijab.  He told me that he fell in love with at first sight.  I tak tau kenapa and he also doesn’t know why.  Dia cakap dia memang dah sayang and dia bukan main-main lagi.  Dia pun dah bukan anak-anak muda lagi.  
Sebagai perempuan of course kita ada 6 sense bila orang tu betul2 or tak.  Yang menyangsikan saya ialah apabila dia kata,  dia nak uji sama ada he was fully recover or not.  Maksudnya,  dia nak tau sama ada bila dia dengan saya,  Dia boleh jalankan tanggungjawab batinnya sebagai seorang lelaki.  
Dia takut bila kawin, perkara ini menjadi masalah and dia taknak sia-siakan masa depan I.  Regarding that, he asked me to be with him in a 1 room not for making love.  He just wanna test yang dia ni normal or not;  by watching him masturbating in front of me.  Saya agak terkejut dan agak marah dengan permintaan dia ini.  Saya seorang wanita beragama dan saya ada maruah.  Tapi saya juga sudah ada perasaan sayang kepadanya.  Saya nak tolong dia.  Tapi kenapa dia minta saya buat macam tu?
Lebih menyedihkan,  dia kata,  kalau ujian ini tidak berjaya.  Dia kata,  better putuskan hubungan ini.  So what will happen to me?? Just kick me out?
Saya seorang wanita yang positif tapi bila dalam situasi ini saya rasa sangat sedih sangat. Pandangan saya terhadap golongan LGBT menjadi celaru.  Adakah mereka semua macam ni?  Sehingga kini dia masih bertanya dan meminta pertolongan saya.  Dia kata,  dia nak sangat berubah menjadi normal.  
Saya sayang dia kak.  Saya nak tolong dia.  Tapi apa saya harus buat sekarang kak?
Yang benar,
Gadis Raplah





Dear Gadis Raplah,

Thanks sebab email ni kat saya. Saya akan cuba jawab sebaiknya.  

  • U seorang yang berhati baik. Tidak memilih kawan dan Allah sayang orang macam u. Bukan semua orang boleh terima dan terbuka dalam persahabatan. I respect u tu. Teruskan sikap macam ni. 
  • Bercinta dengan lelaki gay memang susah. Saya pernah baca dalam blog "Hidup Mesti Diteruskan - Naj Mi pasai satu pasangan yang mana perempuan itu heteroseksual, lelaki itu gay. Tapi depa kawen atas dasar cinta dan persabahatan. Bukan sebab tuntutan nafsu seksual. So depa tetap happy as satu hubungan suami isteri. Always appreaciate each other. Tapi of course, kesukaran depa hanyalah.....hubungan seksual. Suami tak dapat puaskan kehendak isteri. Tapi depa dorang kekal positif. Depa anggap ni sebagai cabaran and depa selalu usaha and berdoa kepada Allah untuk tangani masalah ini. 
  • Tapi keperluan seksual untuk semua orang adalah berbeza. So maybe depa dorang punya sex drive tak berapa besar. So depa boleh saja hidup 3 bulan tanpa seksual. And depa okay. Sebab itu ada orang yang hidup berjauhan dengan suami. Tapi depa kekal bahagia. Ada orang yang perlukan seks 3 kali sehari. Kawen 4 masih tak cukup. Yang tu penyakit juga. Kena jumpa doktor. 
  • Jangan keliru antara cinta dan seksual. Saya tidak setuju apabila lelaki tu ajak u duduk berdua-duakan dalam bilik untuk test kejantanan dia. What the hell? Dia ingat u apa? Kalau dia nak test betul betul suruh dia pi jumpa doktor. Bukan dengan U. 
  • I cannot say yes or no to this relationship. U sendiri kena buat pilihan yang mana terbaik untuk diri dan hidup u. Bukan hanya sebab dia gay, u nak kawen dengan mana-mana lelaki pun u kena pikiak panjang.  Mana-mana perempuan pun, kalau nak bernikah, kena pikiak panjang and siasat betul betul dan buat pertimbangan yang sewajarnya sebelum memilih seseorang lelaki itu sebagai teman hidup. Susah sama-sama. Sakit sama sama. Bahagia pun kena bersama. 
  • Takdak sapa kat dunia ni yang boleh jaga hati u dan diri u selain diri u sendiri.  Sayang tetap sayang.  Tapi kena jaga hati dan diri u dulu.  Memang ada kawan-kawan dan keluarga. Tapi kalau u sendiri pi telan racun. U sendiri la mampuih. 
I think inilah point point terbaik yang i boleh kongsikan bersama u. Ikhlas dari hati. Kadang-kadang jawapan tu semua dah ada depan mata kita. Tapi kita sendiri pilih untuk melihat dari kaca mata yang berlainan.

Love,

Jumie Samsudin

Wanita Sebagai Bahan Ujikaji

$
0
0
Hello u olls,

Sanggupkah u olls menjadi bahan ujikaji?  Bukan bahan ujikaji untuk buat produk kecantikan / solekan,  tapi bahan ujikaji untuk hidup seseorang.

Baru-baru ini,  seorang teman saya (perempuan) datang berkongsi kisah.  Dia mengenali seorang lelaki hampir 2 tahun.  Atas desakan keluarga,  dia memberitahu teman lelakinya bahawa family beliau suruh depa percepatkan hasrat untuk berumahtangga.  Biasalah,  kita orang Melayu.  Nak kawen ada macam-macam prosedur.  Semua prosedur ni,  seperti merisik,  perbincangan dua belah pihak,  pertunangan dan segala yang lain dulunya dijalankan oleh ibu bapa.  Tapi zaman sekarang,  all the preasure diletakkan atas kepala kita sebab kita sendiri yang lebih mengenali keluarga bakal pasangan kita itu.

Proses untuk memastikan kedua-dua pihak keluarga mendapat persetujuan yang baik sebelum perkahwinan ini dijalankan memang memberikan sesuatu cabaran kepada kedua-dua pasangan ini.  Of course akan ada selisih faham,  miscommunication and macam-macam hal lagi kerana kedua-dua keluarga mempunyai latar belakang yang berbeza.

Gambar Ehsan  :  wallsfeed.com

Saya juga melalui pelbagai masalah masa nak kawen dulu.  Belah kita kata lagu ni.  Belah sana nak lagu tu.  Tapi semuanya membuatkan kita lebih mengenali pasangan kita dan keluarganya malah pada masa sama kita mungkin boleh lihat their 'true colours'.


Click read more




Berbalik kepada cerita teman saya tadi.  Lepas family dia minta pihak lelaki masuk meminang,  dia dan BF pun membuat pelbagai perancangan untuk bertunang dan bernikah.  Tapi dalam proses ini,  teman saya seringkali 'makan hati' dengan tindakan dan juga kelakuan kekasihnya.

Siapa tak sayang family?  Siapa yang tak sayang keluarga?  Tapi dalam kes kawan saya ini,  si lelaki itu rasanya macam lebih menyanjungi keluarganya sampaikan tiada rasa hormat kepada keluarga si perempuan.  Dalam hati yang sendu,  kawan saya pun berkata "Adaka patut,  dia kata,  kalau family u tak mau beralah dengan duit hantaran,  i bawak balik ja family I....I tak akan beralah la..."

Maybe kata-kata itu sebagai satu gurauan.  Tapi come onlah....bergurau apa lagu tu?

Depa sama-sama simpan duit untuk persiapan kawen. Untuk beli barang hantaran dan sebagainya.  Tapi bila si perempuan nak pinjam sedikit duit untuk tujuan peribadi (nanti gaji bayar balik),  si lelaki ada ja alasan tak mau bagi duit.  Tapi bila adik si lelaki nak pakai duit untuk tujuan tertentu,  senang-senang sahaja dia bagi pinjam tampa bagitau kepada kawan I.

Ada lagi beberapa perkara yang membuatkan kawan i 'makan hati'.  I dengar dengan hati yang tenang.

"So lani macam mana?  Hang tetap nak kawen ka dengan dia?" tanya I.

"Tak tau la Jumie.  Mak bapak aku semua dah tau benda ni.  Macam mana aku nak bagitau kat mak bapak aku.....Lagi aku takut kalau mak bapak aku carikan jodoh untuk aku.  Depa akan piliah ustaz-ustaz.  Aku tak kisah,  tapi zaman sekarang pakai serban or kepiah belum tentu ustaz di hati..."

"Hang ni duk buat macam cerita drama Melayu. Tula duk tengok Ariana Rose banyak sangat.  Hang ada pelajaran, ada kerjaya.  Tinggal sendiri.  Financially independent.  Awat kalau mak hang paksa kawen,  hang teruih stuck tak boleh pi mana mana ka? Hang ingat hang duduk kat Pakistan ka?  Ni Malaysia la..." akak pun memulakan leteran.

"Tapi macam mana aku nak cakap dengan keluarga aku.  Ataupun aku bertunang dulu dengan dia.  Kalau tak okay,  lepas ni kami putus tunang," kata teman I.

I tercengang dan terus berkata "Hang gila ka!! Hang ingat hidup hang ujikaji untuk dia ka?  Kalau okay hang teruskan.  Kalau tak okay hang dibuang macam tu ja.  Pasai family hang tu,  aku kenal family hang macam mana.  Depa semua orang baik-baik.  Depa sayang hang.  Kakak hang and kakak ipar hang semua baik baik.  Aku rasa kalau hang berdepan dan cakap elok elok pasti depa akan terima alasan hang.  Hang dah dewasa.  Hang kena treat diri hang macam dewasa.  Bila hang tangani benda ni dengan cara profesional barulah family hang akan respect hang,"

Dipendekkan cerita.  Lepas perbualan ala-ala Oprah Winfrey,  kawan i pun pulang.  Lepas sehari. I dapat SMS daripada beliau.

"Jumie thanks sebab hang bagi aku kata-kata semangat hari tu.  Aku dah berdepan dengan bf aku.  Aku bagitau semua perasaan aku.  Aku kata kat dia,  aku tak mau kat dia.  Kalau dia betul nak aku.  Dia kena usaha dengan lebih baik.  And aku dah bagitau family aku juga.  Depa semua okay.  Depa kata,  depa ikut sahaja apa pun pilihan aku.  Thanks again Jumie sebab bagi aku semangat,"

Akak tersenyum membaca SMS itu.  Tapi akak tak balas apa-apa- kat dia sebab fon i rosak macam babi.  And i baru beli fon baru (LENOVO....ituje mampu).  Tapi fon pulak kena barred.  Babilah Celcom ni.  Berkira macam tahi!!

Cerita ini adalah satu contoh macam mana wanita selalunya secara perlahan-lahan membiarkan diri kita menjadi bahan ujikaji kepada lelaki lain.  Sedari atau tidak.  Ada yang sanggup menerimanya dan membiarkan dirinya hidup dalam kongkongan dan juga dominasi.  Selagi dia tidak bersungut dan tidak memberikan sebarang alasan untuk tidak bahagia,  it's okay with me.  Tapi kalau dia bersungut dan sering berkata dia tidak bahagia.....then i will tell u now.  U ARE BULSHIT!!

Kalau hang dah tau hang tak bahagia dan hang masih mau bersama dengan lelaki macam itu,  itu bukan salah lelaki itu.  Tapi masalah u sendiri.

Ada satu lagi kes yang berlaku kepada teman i.  Wanita ini mempunyai suami yang bermasalah.  Selepas bernikah 1 tahun yang lalu,  mereka dikurniakan dengan seorang puteri.  Masalahnya sekarang,  si suami tidak mahu bekerja,  membebankan isteri dengan tanggungjawab fizikal (kewangan) dan lain-lain,  no contribution in their family,  anak dia pun tak mau tolong jaga.  Si suami hanya duduk di rumah dan berikan alasan itu dan ini,  tidur memanjang dan paling menyedihkan ada ambil sejenis dadah untuk enjoy-enjoy!

Akhirnya,  kerana tidak tahan lagi,  si isteri telah menghalau suami keluar daripada rumah itu.  Masa tu,  memang we olls semua kawan-kawan respect gila kat si isteri.  I know its not easy for u to do that to your own husband (Sapa tak sayang suami kan..........) tapi at certain point in life,  kena ambil tindakan drastik macam ni untuk kepentingan diri sendiri dan anak.  Kami memang respect gila kepada kawan kami ni.  Dia memang berpewatakan lembut dan walaupun dari dulu kami tak suka kat suami dia (sebab suami dia ada banyak kes tahi sebelum they olls kawen),  tapi bila dia ambil tindakan drastik macam ni.  Kami memang respect gila kat kawan kami tu.

"Tak sangka kan?  Ingatkan dia tu lemah lembut.  Tak akan buat macam ni," kata we olls sambil bergosip.

"Yela u olls...orang macam ni la bahaya.  Diam diam berisi u olls," kata i olls.

Sehari lepas si suami kena halau daripada rumah,  Dia cerita kat kami yang dia dapat bunga daripada suami dia.  Happy belated birthday katanya!!!

"Mak ang punya buto...bila birthday hang?"

"2 bulan lepas 12 haribulan,"

"Lani berapa hari bulan?"

"Lani tahun 2014..," kata teman I itu.

Kawan i tak layan. Kawan i kata,  memang dia memang nak ajar sikit suami dia.  Dia kata,  dia berhasrat untuk pergi ke mahkamah untuk dapatkan sesi kaunseling dan failakan kes ini.  I lagi respect la kat kawan i ni.  Memang bagus semua dia buat sendiri.  Urus anak, urus perniagaan and urus kes ini!!

Tapi baru-baru ini,  i contact kawan i.  Sajala tanya khabar.  Dia dah pi report pejabat agama?  Alangkah terkejutnya apabila dia bagitau yang dia dah dalam proses untuk berbaik-baik dengan suami dia.  Dia kata dia nak bagi chance kat suami dia.  Demi anak,  dia kata dia yakin yang laki dia akan berubah.  And dia kata dia tak pi pun pejabat agama.

Respect akak yang tadi duk ada kat tangga ke no 1 carta,  terus jatuh ke tangga ke 26518.  Akak pun katalah,  hang ni apa dia lembut sangat.  Tak sampai 2 minggu hang test laki hang.  Lani hang dah feeling nak bagi chance semua.

"Hang ni apa dia wehs.  Hang kata hang nak uji laki hang.  Dah 2 minggu hang dah lentok pi kat laki hang dah...."

"Hang nak suruh aku buat apa?  Hang nak aku bercerai ka dengan laki aku?"

"Wehs. Aku memang perempuan cukur kening dan berambut oren.  Aku dye rambut aku sebulan sekali sebab uban.  Tapi aku bukan jenis perempuan yang nak suruh orang cerai berai.  Hang kena la ajar sikit laki hang tu.  Hang tengok la...bila hang halau dia sat ja terus bagi bunga.  Dia bukan betul betul  belajar dari kesilapan lagi," kata akak tegas kepada kawan akak itu.

"Hang tak faham.  Hang takdak anak," kata kawan I.

Okay that's it.  Okay fine.  Mak mengaku mak takdak anak lagi.  Mak terus macam tersentap macam mana ka.  Start dari saat itu,  akak tidak mahu memberi apa-apa komen kepada kawan akak ini langsung.  Rasanya,  dia lebih tahu dengan apa yang dia nak dalam hidup dia.  Kita sebagai kawan-kawan ni seringkali terbawa-bawa dengan emosi kerana rasa sayang kita kepada kawan-kawan membuatkan kita tidak mahu tengok kawan kita merana.

Inilah dua kisah yang boleh kita jadikan tauladan.  Seorang wanita yang rela dirinya dijadikan ujikaji dan satu lagi wanita yang tidak sanggup untuk menjadi ujikaji lagi.  Bukan ujikaji solekan ataupun produk kecantikan.  Tapi ujikaji kehidupan.  Memang betul,  hidup ini penuh rintangan dan halangan.  Masalah dan salah silap.  Semua ini perlu kita pertimbang segala risiko yang ada sebaiknya.  And yes,  saya pernah katakan perkara ini sebelum ini,

Kejayaan suatu rumah tangga, tidak boleh diukur dengan berapa jumlah anak yang telah dilahirkan oleh si isteri, berapa biji rumah yang telah dibeli, berapa banyak kali depa pi honeymoon, berapa besar kereta yang suami depa beli kat depa, berapa bijik berlian mastora yang suami depa beli kat depa, berapa ribu juta ringgit yang telah dikumpulkan... 
Tapi bagi saya, kejayaan suatu rumah tangga itu adalah diukur dengan macam mana orang menghormati hubungan kita suami isteri dan kita sebagai satu unit keluarga.

Wanita kena ada pendirian dan keyakinan dalam hidup.  Saya faham,  keyakinan diri memang boleh turun dan naik.  Wanita yang mempunyai kisah lampau yang menyedihkan mungkin boleh memberikan impak tidak baik kepada keyakinan diri.  Mungkin pernah telanjur dengan bekas kekasih,  dirogol oleh saudara sendiri,  dianiaya oleh rakan-rakan,  seorang yang liar pada zaman remaja dan macam-macam lagi.  Tapi dosa-dosa semalam tidak boleh dijadikan batu ukur kepada personaliti kita hari ini.

Bukan untuk menipu,  tapi kalau kita sendiri menilai diri kita dengan cara yang rendah siapa lagi yang nak jaga martabat kita?  Adakah kerana kita tidak dara sebelum kahwin,  maknanya harga diri kita adalah jauh lebih rendah dengan isteri-isteri orang lain yang dinikahkan ketika masih dara?

Pikir baik-baik apa saya kata.  Jangan duk buat macam kita ni loiii sangat.

Kepada wanita-wanita yang membaca blog saya,  yang dah kawen ataupun tidak,  renunglah apa yang saya kata ni.  Rumahtangga yang sepi tanpa sebarang masalah pun tak best juga.  Kena ada konflik sana sini. Daripada kesilapan kita akan 'grow'.  Tapi janganlah duk biarkan diri kita dalam belenggu masalah itu tanpa penyelesaian.  Makan diri u olls.

Sebagai perempuan,  siapa kata hak rumahtangga ni hanya kat tangan lelaki.  Kita perempuan pun ada hak yang besar.  Kita punya peranan pun sama penting.  Jangan jadi takut kalau kita tidak salah.  Dan jangan pula terlalu berani sampai kita jadi bodoh.  At the end of the day,  if you know what u want,  just stand for it.  Jangan biarkan kita hidup dalam sendu dan lama kelamaan memakan diri.

ps/  cinta biarlah besederhana!

Love,
Jumie Samsudin

Busy Busy Week

$
0
0
Hello u olls,

Mintak maaf malaikat 44 kita tak update lama dalam blog ini.  Hope u olls semua tetap menyinggah blog i olls hari hari dan membaca artikel - artikel lama yang sangat banyak.  Bagi rating akak tinggi maintain u olls.  Tak komen pun tak apa.  Sebab nanti orang orang sewa iklan kat blog akak marah pulak kan.

"Suka Sgt tgk Jumie Samsudin nyanyi...berlakon...Sgt best...so sweet sgt2...tq dear" - Arissa Watie Penang MUA.


Anyway,  kenapa akak busy ?





1.  Akak kan baru kerja kat International Office USM.  So akak bantu my boss handle satu group of students from Minnesota,  USA.  Depa ni nak mai Malaysia untuk belajar tentang living in diversity.  Different religious,  different races,  different looks and macam macam lagi.  Mereka akan duduk di USM selama 6 bulan (1 semester) dan mereka akan belajar tentang religious experiences,  living diversity,  Bahasa Malaysia dan tropical ecology. Selain masuk masuk kelas,  depa juga akan buat macam macam aktiviti kerja lapangan.  Disebabkan depa adalah first batch so akak macam raplah jingga sedikit la.  Pi beli selimut la,  press conference la apa la,  dan macam-macam mak nena lagi.  This is the first ever kind of program yang dianjurkan oleh USM dengan usahasama Gustavus Adolphus College.  Kami harap agar program ini menemui kejayaan dan kami akan terima lebih ramai lagi mat salleh yang teringin nak mai belajar tentang living in diversity di Malaysia.


Apa?  Mat salleh elok dak?  Erm....10 pompuan.  2 lelaki.  Yang laki tu ...ampa mau ka?  Anak-anak mak ni noks.  Tak leh buat pasai.

2.  Baru baru ini akak terlibat dalam pementasan teater Lawak Utagha.  It was a great experience.  Tapi akak akan cerita panjang lebar dalam blog akak nanti.  Ampa tunggu na.

3.  Akak pun baru terima tawaran berlakon teater iaitu Dalam Kehadiran Sofea.  I will tell u more about it dalam artikel lain.  Ampa nanti baca tau.

So far,  itu itulah yang membuatkan akak sedikit busy.  The rest...akak okay.  Kesihatan alhamdulillah okay.  Letih letih tu biasa la.  Ampa semua jaga diri and kalau ada apa-apa nak share,  please email or FB akak ya.

Love u olls,
Jumie Samsudin


Nuance of Rebab Fantasy (Mengadap Rebab)

$
0
0

Aku tak pernah terbayang macam mana jadinya apabila mak yong bergabung dengan opera.  So here is, Nuance of Rebab Fantasy (Mengadap Rebab) oleh Rosnan Rahman, Syafinaz Selamat dan Koir Kebangsaan Malaysia sempena Konsert Kembara Muzikal Teater dan Filem yang berlangsung pada 23 & 24 November 2013 di MaTiC. Thanks Mama Regina for sharing this!! I want to share it with all of u. Memang kagum sangat!!

Post by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Memperkena Kawan di Pejabat (Office Prank)

$
0
0
Sapa pernah memperkena kawan di pejabat?  Ataupun mat salleh kata 'office prank'? Ataupun orang Penang kata membuat dajai kepada rakan pejabat.

Saya telah membuat banyak kali.  Tapi ini paling cute.  Kepada rakan kerja saya.  Nama dia Zack.  Dia seorang yang popular juga kat Penang ni sebab muka dia banyak kali masuk Astro.  Sebab itu dia suka bersikap berlagak dan sombong ketat dengan I olls.

Oleh itu,  ketika ketiadaan beliau di pejabat,  saya membuat sesuatu.  Apa yang i olls buat?



Click untuk tengok gambar penuh

I beli biji biji mata pelastik and lekat kat semua barang di meja dia.  HEHEHEHEHE.  Jenuh nak pasang mata ni wehs.  Kami duk tahan kencing sebab nak tergelak.  Dajey betul la.  Apa pun,  kawan kami ni balik muka macam toyes jer sebab marah.  HAHAHA.  Ada aku kesah?
















 Cuba ampa buat kat kawan ampa lak!


Mohon Jutaan Maaf untuk Jega dan Keluarga

$
0
0
Salam hormat to all,

Saya dengan rasa rendah diri ingin mengucapkan jutaan maaf kepada keluarga Saudara Jega dan Dr.  Santhi atas paparan cerita dalam blog saya yang bertajuk "Benda Baik Masih Berlaku".

Tujuan saya menulis kisah ini adalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan tentang kekuasaan Tuhan dan janji Nya kepada kita agar terus membuat baik sesama manusia tanpa perlu mengharap pada balasan.

Selepas mendapat kebenaran daripada saudara Jega,  saya memutuskan untuk menulis cerpen ini dan memaparkannya dalam blog saya untuk dikongsikan bersama kalian semua.

Namun,  ada pihak yang tidak selesa dengan perkongsian ini.  Saya menghormati keputusan ini dan telah mengeluarkan artikel berkenaan dari laman blog saya atas permintaan saudara Jega sendiri.

Sekali lagi saya mohon maaf kepada saudara Jega dan Dr.  Santhi.  Saya harap kalian tahu yang saya tidak pernah berniat untuk membawa kesusahan kepada kedua dua pihak dan sentiasa mendoakan semoga kalian dan keluarga akan terus diberkati kebahagiaan dan rezeki daripada Allah SWT dan kekal bahagia hingga selamanya.

Yang benar,
Jumie Samsudin

Pengalaman Berlakon dalam Teater Lawak Utagha

$
0
0
Pengalaman ini memang berbeza daripada pengalaman-pengalaman lakonan saya lain yang terdahulu.  Sebagai seorang yang amat baru dalam dunia lakonan teater,  saya rasa jemputan untuk menjadi pelakon dalam pementasan ini saya terima dengan rasa yang gembira tapi pada masa yang sama saya tetap feeling kekwat 'diva'.


"Kalau takdak poster bubuh muka saya...saya nak tolak tawaran ni," boleh tak sikap I ni?  Begitulah kekekwatan akak yang mulanya disunting oleh stage manager,  Mr.  Lanun Resdong sebagai make up artist.  Pada mulanya,  pementasan ini hanya melibatkan pelawak lelaki sahaja.  Tetapi Cikgu Mat a.k.a Senibayan yang terkenal dengan otak 2 minitnya tiba tiba ingin memasukkan dua watak wanita.  One is Najua P Ramlee sebagai Che Embun (watak utama a.k.a heroin) dan aku sebagai Teacher Fatimah,  watak sampingan.

Tiada skrip yang diberikan
Yes, tiada skrip yang diberikan kepada para pelakon. Cuma jalan cerita 'storyline'.  Maknanya para pelakon kena improvise sendiri berdasarkan situasi.  Untuk otai otai teater dan nama besar dalam Maharajalawak seperti Ropi Comey,  Yus Jambu dan Shuk SYJ pastinya ini bukan sesuatu yang sukar.  Antara pelakon hebat lain yang amat popular dalam pementasan team teater Resdong seperti Shazli,  Mamak, Mamu Raja Lawak pastinya mereka tidak ada masalah dengan assignment ini.

Aku terima cabaran pementasan yang hanya memberikan 3 hari kerja ini.  Jumaat production meeting.  Sabtu practice and rehearsal.  Ahad siang technical running dan penambahan last last minute and malamnya pementasan.  Kau mampu?




Muka muka penat masa taklimat diberikan oleh pengarah.  Akak dan Abu Mamu duk gelak saja.  HEHEHE
Credit photo  :  Helimantoro Kak Limah
Click read more 


Kisah percintaan Che Embun dan Zamri (Shuk SYJ) membuatkan seorang budak nakal dalam nakal iaitu  Hamdan (Yus Jambu) rasa iri hati.  Dia juga ada hati dengan Che Embun.  Oleh sebab rasa tak puas hati,  Hamdan telah menfitnah Zamri mempunyai affair dengan Teacher Fatimah (yaitu I olls).  Che Embun percaya kepada fitnah itu dan memilih Hamdan sebagai cinta hatinya.  After 8 years,  mereka semua bertemu dalam reunion sekolah.  Zamri ingin meluahkan rasa cintanya pada Che Embun lagi.  Tapi pada ketika itu,  Hamdan dengan megahnya menceritakan yang dia akan berkahwin dengan Che Embun tidak lama lagi.  Akhirnya?  What happen?

Akak tak mau cerita!! Sapa suruh ampa tak mai tengok.

Siriesly akak rasa a little bit sedih jugaklah kerana ramai teman-teman rapat akak yang tidak kelihatan pada malam itu.  Ada yang kata depa terlupa dan ada kerja kerja yang menghalang.  Tapi tak apa.  Akak pun terlalu sibuk dan kalut ke sana sini,  tak dapat nak wassap semua orang untuk remind betul betul.  Takpalah,  nanti keluar DVD Lawak Utagha ampa beli na.

Teacher Fatimah
Inspirasi watak ini datang daripada seorang insan yang bernama Teacher Fatimah iaitu cikgu Bahasa Inggeris untuk anak Cikgu Mat (Seni Bayan).  Watak ini adalah watak sampingan yang pada saya ialah 'watak bahan' untuk para komedian untuk "goreng dan makan".  Dalam erti kata lain,  watak saya,  tidak boleh nak buat lawak sangat tapi boleh membuatkan orang lain tertawa apabila watak-watak lain berdialog dengan saya.
Teacher Fatimah yang Tembun
Saya pernah bekerja dengan produksi Resdong's sebagai make up artist pementasan mereka.  Memang semuanya bikin pecah kepala.  Tiga hari tak boleh tidok duk teringat gelak gelak dengan depa di belakang pentas.  Tapi kali ini kena beraksi dengan depa di atas pentas sebagai salah seorang pelakon.  Dengan tambahan beberapa komedian otai.


Pada hari latihan,  akak memang gelak banyak dan tak boleh berhenti sehingga ditegur oleh producer.  "Jumie boleh senyum dalam watak bila diperlukan.  Tapi tak boleh gelak banyak," Yalah u olls.  Mana boleh kita gelak pada lawak sendiri kan?  Alhamdulillah pada malam pementasan.  Akak boleh control!

Here are the trivia yang i olls nak kongsikan dengan u olls berkenaan dengan pengalaman ini  :
  • Pak Yus ialah seorang yang series di belakang pentas.  Tapi kadang-kadang dia macam juah jugak.  Setiap kali dia jumpa akak dia kata "Jumie,  nak taik,".  Ada kisah di sebalik mengapa dia kata macam tu.  Gang-gang Resdong's boleh faham.

  • Shuk SYJ ialah seorang yang amat putih melepak.  Dah la gemok gemok.  Memang comel macam gula gula kapas.

  • Achan yang menjadi pembuka pementasan muncul dengan pakaian ala mamak India.  Untuk pengetahuan u olls,  dia ialah seorang Melayu Mamak Penang yang berasal dari Kampung Dodol.  Nama betul dia,  Mohd Asrar.

  • Mamak PiMaiFM terkena pukul dengan baseball bat masa training yang menyebabkan dia sesak nafas dan....menitiskan air mata.  Alhamdulillah tiada perkara series berlaku.  After 5 minutes dia dah pulih dan boleh bangun tergedik-gedik dan mengusik Jumie Samsudin di belakang pentas.

    Mamak PiMaiFM a.k.a Non tak puas hati dengan Teacher Fatimah sebab dapat 2 bintang.  
  • Babak Pengetua Haji Sood dan Teacher Fatimah bercinta ditambah ke dalam cerita hanya 5 jam sebelum pementasan.  Bak kata Abu Mamu "Impian menjadi kenyataan," HAHAHAHAH.


  • Ini kali pertama saya bekerja dalam produksi 95% lelaki.  Dan biasalah u olls lelaki kan?  Semua otak kuning taik anjing punya.  Kotiok.  Ada saja depa nak buat lawak yang melibatkan aktiviti kelucahan dan kepornoan.  Sebab itulah saya pesan siap siap kat budak budak Make Up Artist,  "Kena supporting kerja dengan depa.  Jangan amik ati,"
  • Kumpulan muzik ialah daripada team Dewan Budaya dan dipimpin oleh Azmeer.  Memang sangat happy bekerjasama dengan beliau.  Walaupun sakit dikutuk 'tak cukup untuk TV' masih lagi segar dalam ingatan but saya amat terharu kerana Azmeer sudi bersama-sama dengan kami sampai habis show.

  • Semasa latihan pertama untuk babak 'kelas muzik bersama Teacher Fatimah',  scene latihan kami ini mengambil masa 40 minit!! Sebab semua pelawak terlalu seronok untuk membuli 'Teacher Fatimah' di dalam kelas.  Paling kuang ajak ialah Abu Mamu sebab dia suka mai kat meja cikgu dan buat buat nak sapu sampah.

  • Watak Hussein Pengawas yang dilakonkan oleh Daniel Bowl (Bintang Mencari Bintang) mempunyai 'kenan' ialah berdasarkan watak seorang teman Shazli PiMaiFM yang betul betul mempunyai 'kenan'.  Dalam keadaan biasa,  tiba tiba dia akan tarik ala-ala sawan.

  • I olls memakai kasut Abu Mamu dan dia memakai kasut i olls untuk pementasan ini.

  • After make up artist memake up Shazli PiMaiFM menjadi tua,  i olls terus berkata kat dia "Wehs..haree muka hang tak elok," HAHAHA style tak cover.  Dia bara kat I sampai lani.

  • Semasa babak histeria dalam asrama,  Tok Moh a.k.a Toyol telah hilang.  Jenuh semua tenaga produksi cari dia keliling DTSP.  Akhirnya tiba tiba dia muncul di tangga pentas.  Memang betul dia jadi toyol malam tu.

  • Walaupun pada scene majlis perkahwinan,  akak masih mampu menyarungkan baju kurung modern yang dipakai pada hari pertunangan akak 4 tahun yang lalu,  tapi hakikatnya akak memang telah menggemokkan diri dengan begitu banyak sekali.  Arghsss tensyen!



  • Akak mendapat gelaran 'ROKOK DAUN' dan juga "Kelempong' hasil daripada mulut Yus Jambu yang hareee itu. Kenapa? Erm ampa tengok DVD la nanti.
  • Lagu pembukaan untuk teater ini ialah Sweet Child of Mine yang dinyanyikan oleh I olls.  Tapi i olls adalah semput.  Entahlah mungkin sebab gemok sangat kot.



  • Najua P Ramlee mempunyai suara yang amat sedap.  Asalnya,  lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti dimasukkan dalam scene pementasan ini kerana ada rakan Cikgu Mat yang datang masa kami training berkata "Kenapa Cucu P Ramlee tak nyanyi lagu P Ramlee?" And when she sang this song.....siriesly akak rasa meremang bulu roma!!!!!  Suara dia memang sedap.

  • Pementasa teater muzikal ini mengambil masa 3 jam.  Rata-rata penonton amat terhibur dengan pementasan ini.  Bagi depa tiket yang dibayar untuk menonton cerita ini amat berbaloi sekali.
  • 5 orang Make Up Artist ditugaskan untuk pementasan ini.  Mereka ialah make up artist yang akak kenal melalui Facebook Group Nothern Region MUA.  Akak amat salute kepada mereka kerana menjalankan tugas dengan begitu baik sekali.  Walaupun tidak pernah ada pengalaman dalam pementasan teater tapi depa amat alert dan tak perlu bagitau banyak banyak kali.  Depa juga bertanggungjawab menjadi costumier pada pementasan ini.  Kepada Syafawani Othman,  Dayang,  Arissa Watie,  Syikin dan Shahila.  Salute u olls!

  • Scene paling lawak sekali bagi i olls ialah scene Hamdan nak menikah dengan Che Embun.  "Aku nikahkan dikau Hamdan dengan Che Embun dengan mas kahwinnya 5 kilo kelempong...." cimibaimai betul.

  • We were so happy that isteri kepada Naib Canselor USM,  iaitu Datin Noraizan Jamaludin sudi meluangkan masa untuk menonton pementasan kami.

  • Pihak produksi sedang berusaha untuk membawa pementasan ini ke Alor Star tak lama lagi.  Nantikan annoucement baik dari pihak kami ya :)
Ada satu lagi kenangan manis untuk pementasan teater ini.  Saya minta maaf sebab tak boleh nak kongsikan.  Tapi saya nak ucapkan ribuan ribuan terima kasih untuk team produksi Resdong's,  Lanun,  Cikgu Mat dan juga Abang Reezal the producer.  Kalau ada sumur di ladang,  boleh saya menumpang mandi.  Kalau ada umur yang panjang,  boleh kita berlakon bersama lagi.


ps/  Semua gambar ehsan kepada my talented friend Ibrahim Isa.

Yang benar,
Jumie Samsudin a.k.a Teacher Fatimah a.k.a Rokok Daun a.k.a Kelempong

Penceraian Erra Fazira dan Engku Emran

$
0
0
Akak menerima mesej daripada seorang anak ayam "Wahai perempuan sihir yang agam.. tahukah anda kenapa erra vercheraikan? #mohon pencerahan mak hayam. Tq."

Cerita keretakan rumahtangga Erra Fazira menjadi gossip hangat sejak dua tahun yang lalu.  Tapi masing-masing merahsiakan kisah kenapa dan mengapa.  Ketika menjadi pengacara Primadona,  Erra Fazira pernah terkeluar beberapa statement yang menunjukkan dia bakal menjadi janda tak lama lagi.  Sorry i tak ingat kata-katanya,  tapi masa dengar apa yang dirakam dalam rancangan itu memang i rasa macam sesuatu yang ikan di situ.


Engku Emran on the other hand bukanlah calang-calang lelaki.  Seorang rakan saya pernah bermeeting dengan Engku Emran.  Habih dia duk wassap kat i tak berenti "Wehss aku tak boleh focus dalam meeting.  Engku Emran ni gila emsem nak mampuih.....aku rasa kejang lutut sat,"

Berbalik kepada soalan anak ayam kita,  why depa bercerai?  Jawapannya.  Mana I olls nak pi tau.  Even if i ialah kawan baik kepada Erra Fazira,  bukan hak i olls untuk tahu dan membuat story kepada semua.

Penceraian adalah sesuatu yang amat memedihkan.  I pernah tulis beberapa artikel tentang penceraian dalam blog i ini.  Rajin-rajinlah kalian selak-selak artikel lama dalam blog ini.

Memang seronok bergossip dan bercerita pasai penceraian artist.  Apatah lagi apabila artist itu ialah seseorang yang sangat cantek dan popular.  Dalam kes ini,  lebih hangat jadinya kerana beliau sudah bernikah dua kali.  Sebelum ini dengan Yusry Halim.


Cerita Lebih...Please Click More


Ada satu perkongsian dari Mama Regina Ibrahim untuk renungan kita bersama ;


As promised...here you are girls and boys...some reality check on holy matrimony. Thanks to life. We don't have to wonder anymore why some people want to remain SOLO. 
HEALTHY DIVORCE 
1.     Learning the fact that to move on together is impossible. 
2.     Respecting each other decisions to quit.
3.     Avoiding messy feud in court that will eventually broke each other. 
4.     Understand that the love was once there and accepting the fact that it is not working anymore. 
5.     Providing space to both parties to move on. No matter how angry and bitter you are. 
6.    Meeting counselor to ensure welfare are carefully taken care of, with or without children. 
7.    Decisions of two matured human with no hidden revenge. 
8.    Acceptance of fate purely at the highest level. 
9.    Avoiding as much as possible emotional and physical pressure that will lead to worldly sickness. 
10.   Redha.
UNHEALTHY MARRIAGE
1. Not happy and not wanting to take any action. 
2. Afraid of what others will judge (pity you).
3. Taking children/custody as prime reason not to.
4. Suffer emotional and physical abuse on and on just to stay married. 
5. Each day lashing out anger to suppress that unhappy married life. (worst barking to a wrong tree) 
6. Refused to associate physical sickness fever, lethargic, flu to that horrible institution (denial) 
7. Putting a double act each time when there is gathering and being in public (tiring or not?) 
8. Having no ability and energy to go on, but forcing your already tired body and soul. 
9. Suffocating your freedom. 
10. Living on Non Redha mode in your entire marriage life.
And the list went on and on my love. Words like these coming from a post opt ts like me, might sounds weird, but trust me it’s a guidance and I've been through similar predicaments. You are demanded to KENAL DIRI and respecting your entire body and soul. To love and be loved, required some smart level of understandings. Each layer is complicated. Check out if you are just into that Cloud 9 moment only. That so called commitment is indeed a heavy one to be carried. Can you?

Tips daripada Mama Regina ini ialah simple dan mudah.  Tapi tak semua boleh ikut.  Saya amat suka dan respect dengan rakan-rakan yang melalui tempoh penceraian dengan tenang dan mendiamkan diri.  Tanpa Facebook status yang mengundang fitnah dan syakwasangka.

Ive been through that stage. Saya anggap kesilapan diri saya ketika itu sebagai seorang yang tidak fikir panjang,  terlalu sombong dengan kejayaan diri yang ntah apa-apa.  Kita tidak boleh terlalu bongkak dengan rezeki yang Allah bagi kat kita.  Kerana belum tentu dia bagi rezeki itu lama-lama.  Esok lusa dia boleh tarik begitu sahaja.

Saya harap Erra Fazira mendiamkan diri buat seketika dan focus kepada dunia kerjaya.  Dont ever let your anger and sorrow tentang penceraian ini dipaparkan dalam dunia laman social internet.  Hodoh sangat seperti mana yang berlaku pada artist-artist lain.  I dont want to name names.  Ampa pun tau kan.

Kita takpayah la feeling feeling sedih apa sangat.  Doakan yang terbaik untuk Erra dan hati hati wanita lain yang sedang melalui fasa yang sama.

What ever happen pun.  Hanya Allah yang maha tahu.  Kita yang duk ada laki bini ni?  Baguih sangatka kita duk jaga laki / bini kita?

Sekian.

Love,
Jumie Samsudin

Candy Crushing

$
0
0
Siapa sini main Candy Crush?  Candy Crush adalah sebuah aplikasi permainan dalam talian “online game” yang memerlukan kita menyusun atur gula gula yang pelbagai bentuk dan warna untuk mengumpul markah tertentu.  Setiap peringkat mempunyai halangan dan cabaran tersendiri.  Permainan ini memerlukan pemain untuk menyusun atur strategi,  membuat perkiraan dan percaturan dengan baik agar sebuah cabaran itu dapat diselesaikan. 

Gambar ehsan  :  Zaraterez / Instagram

Click Read More



Apabila kita dapat lalui cabaran itu,  keluarlah perkataan CANDY CRUSH dan kita pun akan diterbangkan ke peringkat yang lain. 

Saya tidak suka main online game.  I think the last time i played online games was back in 2008.  It was Farmville.  Kita bermain kebun kebun tipu.  Tanam jagung,  terung dan artichoke (sebelum ni aku tak tau pun apa bahananya sayur bernama artichoke itu).  Memang kebun itu kebun tipu.  Dalam internet sahaja.  Tapi setiap kali kita menuai hasil tanaman kita,  tak tau pasaipa kepuasan tu rasa macam kita betul betul tanam pokok betul.


Saya pun buat artikel tips untuk dapat markah banyak dalam permainan Farmville.  And boleh dikatakan atas dorongan saya dalam blog ini,  ramai staf USM yang main Farmville.  Faezah dan suami siap buat fake account dengan nama anak-anak semata mata untuk dapat banyak kebun.  Dan akhirnya,  disebabkan staff USM kebanyakannya masuk office at 8.10 am dan terus got online dan angkat tanaman,  maka,  aplikasi permainan ini disekat.  Sejak itu,  kita semua tidak main Farmville lagi.

Read the article i wrote about Farmville here  :



Saya memulakan minat untuk bermain game Candy Crush ini ketika berada di kampung halaman suami saya.  Ketika itu,  ibu mertua saya baru meninggal dunia.  Walaupun penat seharian membantu hal hal kenduri tahlil dan lain-lain.  Tapi malam,  saya sukar untuk melelapkan mata.  Entah bagaimana,  saya download aplikasi game ini.  Dan sejak itu,  saya terikat dengan permainan ini.

Suami amat marah dengan addiction saya pada permainan ini.  Bayangkan dalam masa beberapa minggu sahaja,  saya sudah sampai ke tahap 150 dan ke atas.  Tapi lama kelamaan,  entah bagaimana saya dapat control addiction ini.  Kadang-kadang saya main.  Kadang-kadang saya lupakannya untuk beberapa hari.


Tapi baru baru ini,  saya baru tahu yang rakan sepejabat saya,  Abang Burn,  memang OTAI dalam permainan Candy Crush ini.  Pada ketika saya baru dapat tau dia suka main Candy Crush,  dia sudah sampai ke tahap 498.  Tahap paling tinggi dalam Candy Crush.  Dan sebab dia dan beberapa gamers lain yang dah sampai ke tahap tertinggi ini,  Candy Crush bina tahap 499 dan seterusnya.  Sekarang Abang Burn dah masin tahap ke 500.

"Abang Burn dah lama ke main game ni?"

"Baru sahaja.  I think 2 months ago."

"Mesti dapat banyak nyawa?"

"Taklah,  Abang Burn tak pernah minta nyawa.  Kalau habis tu,  habislah.  Tunggu esok baru main lain (bila nyawa dah penuh)." *Satu nyawa akan diterima setiap 30 minit.

So,  kalian pula macam mana?  Dah main sampai tahap mana?  Saya percaya keseronokkan dan keasyikkan dalam permainan ini sebagai satu aktiviti 'escapism'.  Semua orang ada cara escapism yang tersendiri.  Kalau seharian deal dengan kerja yang berlonggok,  masalah rakan-rakan dan keluarga,  tanggungjawab itu dan ini,  10 minit Candy Crush mungkin tidak harus dijalankan kesalahan.

Love,
Jumie Samsudin

Aku Sebagai Julia

$
0
0
Tidak lama dulu,  saya ada buat annoucement yang saya akan berlakon dalam sebuah teater. Akak Dapat Tawaran Berlakon (lagi)  Dalam Kehadiran Sofea adalah sebuah karya hasil nukilan Razali Ridzuan dan skrip ini pernah dipertandingkan dalam arena teater negeri Pulau Pinang dan peringkat kebangsaan sekitar 1 dekad yang lalu dan telah mendapat kemenangan yang membanggakan.  Hasil skrip ini sebentarnya dihasilkan melalui jalan cerita yang ringkas dan di improvise oleh para pelakon secara bersahaja.  Catatan dialog yang dilontarkan inilah yang dikumpulkan dan digilapkan menjadi sebuah skrip.


Click Read More



This is Intan.

Intan Farhanim Othman,  pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sarjana Lakonan dan Pengarahan USM mengambil skrip ini sebagai pertaruhannya untuk dinilai sebagai seorang pengarah dalam projek pementasan tahun akhir. Mungkin kerana keserasian antara dia dan Razali dalam pementasan Bisikan Cinta yang menjulang namanya dalam pertandingan teater Pulau Pinang pada tahun lalu,  sekali lagi Intan memilih Razali dan produksi Kersani sekali lagi.

Yasmin,  pelajar tahun II dipilih untuk memegang watak utama iaitu Sofea.  Dan aku,  dipilih untuk watak Julia.  Julia ialah seorang perempuan jalang yang bekerja di tempat yang sama dengan Sofea.  Mereka bermusuhan.  Lebih membuatkan Julia lebih rasa tercabar bukan sahaja sebab Sofea lebih laku malahan semua maknyah-maknyah yang bekerja di pusat itu juga amat sayang dan menjaga Sofea. 

#selfie


Tapi kenapa Julia amat marah dengan Sofea? Kenapa dia terlalu iri hati? Adakah kerana Julia sekarang sudah tidak laku? Ataupun kerana ada sesuatu yang Julia tahu tentang diri sebenar Sofea.  Ampa kena mai tengok teater ini nanti pada 9 dan 10 Mei 2014 (Jumaat dan Sabtu).   Lokasi dan harga tiket akan saya update selepas ini.

So far latihan kami masih lagi ringan.  Masih peringkat skrip reading dan memahami dialog.  Saya sendiri belum rasa di'arah' oleh Intan lagi.  



Tapi saya pasti kalau ampa mai tengok pementasan teater ini ampa akan rasa puas hati dan seronok.  Jalan cerita skrip ini (realism) adalah kuat dan menarik untuk dipertontonkan.  Ada kelakar,  ada yang menyedihkan,  ada yang menggeramkan.

Please book yourself on this date.  Mai tengok aku sebagai Julia.  

Love,
Jumie Samsudin

Perhentian Getaway 2014!

$
0
0
Insya Allah tahun ini kami akan ke Perhentian untuk honeymoon 2014.  Tahun tahun dulu (first year kawen),  kami pi Cameron Highland.  Second year kami ke Terengganu - Kelantan trip with my parents.  And this time,  kami akan ke Perhentian.  

Macam mana sibuk pun,  setahun sekali kena pi bercuti mana-mana and really spent time together.  I really love the experiences we had in Cameron Highland.  Memang mendamaikan.  Sepanjang jalan aku tergedik-gedik kat dalam kereta sebab nak pi honeymoon katanya.  


Ampa boleh baca cerita Cameron Highlands kat sini  :




Click read more  



I ada seorang anak ayam yang menjalankan business traveling agency di sana.  Tajuk syarikat dia ialah Perhentian Trans.  Dah lama dia mengajak we olls ke sana.  Tapi masih tiada kesampaian.  Untuk pengetahuan u olls,  sebenarnya memang before kami kawen pun,  kami dah tulis Perhentian untuk list percutian kami.  

I really love pantai.  Perhentian ialah sebuah destinasi yang cantek.  Ditambah pula dengan kehadiran anak ayam tercinta iaitu Yolanda Adams pastinya dia akan sajikan kami dengan pelbagai rahsia Perhentian yang mungkin tidak dapat dirasai oleh pelancong yang lain.

I memang dah bagitau kat husband I,  i feeling nak pakai tupis.

“Kalau hang rasa hang elok pakai macam tu...hang pakailah,” begitulah dorongan dari suami saya.

Kami akan looking forward to this holiday.  Tak sabar nak feeling Ka Ho Na Pyar Hai di tepi pantai bersama suami ku.  Setelah lalui pelbagai halangan dan kisah duka bersama pada tahun yang lalu,  tapi saat-saat macam ni,  walau macam mana pun,  aku tetap ingin bersama suami aku.

Alhamdulillah,  dalam kesederhanaan ini.  Aku masih dengan dia dan dia masih bersama aku.  Syukur kepada Allah,  walau apa juga tohmahan dan pandangan negative yang kami terima,  tapi aku tetap berada di belakang dia dan dia masih berada di belakang aku.  Mungkin hari ini ialah hari dia,  esok esok mungkin hari aku pula.

Feeling pulak di malam hari ini. 

Ampa janganla nervous dan tertanya tanya apakah gerangan masalah yang kami hadapi.  Biasalah,  rumah tangga mana yang sepi tanpa gelora.  Kami masih loving each other very much.  Cara hidup kami dorang mungkin berbeza.  Dan apabila orang lain cuba menambah nilai nilai mereka dalam hidup kami,  kami ada sedikit gundah dan terkadang itu melantunkan emosi yang tidak sepatutnya.

Pernahkah kami merungut? Pernahkah kami gelabah? Pernahkah kami jadi tidak waras kerana sikap sikap tidak adil antara kami? Pernahkah kami tiba tiba hilang dalam percaturan? Selama ini,  biar apa juga halangan kami.  Kami dua yang tahu apa rasanya. Sakitnya,  pedihnya,  manisnya,  wanginya.

Kami juga tidak pernah mengharukan orang orang lain.  Walaupun ada pernahnya kami terduduk menangis mengenang kisah kami sendiri,  tapi kami tidak pernah menggunakan kesedihan ini untuk menagih simpati keluarga dan sahabat terdekat.  Mungkin ya pernah sekali,  tapi hanya kepada dia yang aku betul betul percaya dan cepat cepat aku perbetulkan langkah dan mara ke depan. 

Tapi mengapa dalam ketenangan dan kesederhaan ini,  kami sering disogok dengan perbandingan. Orang lain dah ada anak? Orang lain dah beli rumah? Orang lain dah tukar kereta? Orang lain dah pergi Umrah? Kenapa timbul kekurangan ini sedangkan kesederhaan ini menjadi pilihan kami sendiri?
 
Amat memenatkan.  Kita cuba untuk bina dunia sendiri.  Tapi orang sekeliling kita meletakkan ekspektasi yang membuatkan kita tidak yakin pada asas yang kita bina.  Gentle la wa cakap,  selama ni inilah masalah paling besar dalam rumah tangga kami.  Ekspektasi orang tersayang. 





Sudahlah,  cerita sekarang tak guna.  Takdak modal nak lawan balik.  Biarlah aku nak angan-angan posing pakai tupis dan kain jarang hitam sambil pegang piala di tepi pantai pada malam hari sambil bergelek Drunk In Love.  Dan biarlah dia jadi Jay Z ku.

Love,

Jumie Samsudin

Adam Smith (ANTM CYCLE21) Malaysian mixed American

$
0
0
Hello u olls,

Kecoh akak dapat wassap dari seorang anak ayam yang baru mendapat berita terkini tentang pencarian finalist untuk America's Next Top Model Cycle 21.

"Jumie......katanya mamat ni Malaysian + American,"



Click to read more  



Akak pun cepat cepat download image dalam Wassap dan apalagi..................merembeslah.



Lelaki berusia 26 tahun ini berasal daripada Memphis, Tennessee.  Dalam video rayuan kepada penonton di Amerika untuk start voting dia,  dia ada bagitau "Mom Malaysian dad's Arkansas," Tapi tak tau la mak dia Melayu or China.  Tak kisahlah janji dia mengaku mak dia Malaysian u olls.  

Tak sabar nak tengok ANTM Cycle 21!

Love,
Jumie Samsudin

Rendezvous bersama Datuk Ramli Sarip dalam Blues untuk Teman 2014

$
0
0
Kalian ingat aku pernah nyanyi dengan dia bulan September yang lalu di Dewan Budaya USM sempena dengan Konsert Perdamaian ? Kalian boleh baca di sini  :  THE USM Peace Week 2013 dengan tema "Peace is Our Culture" : Pengalaman Menyanyi Dengan Ramli Sarip  Untuk para peminat rock di Malaysia, tak kira Melayu,  India atau Cina..pasti mereka kenal dan amat meminati insan ini.  Peluang yang diberikan untuk menyanyi bersama beliau akan aku kenang sampai bila bila.

Dalam catatan ku yang lalu,  aku ada catatkan satu penyesalan tak sudah selepas persembahan iaitu aku tidak berkesempatan untuk bergambar dengan Datuk Ramli Sarip.  Oh mengapa? Oh mengapa?



Click Read More


Beberapa minggu lalu,   saya mendapat call daripada Abang Rudy dari Harian Metro.

"Jumie free tak 23 Feb?  Kita nak jemput buat review event Ramli Sarip kat Hard Rock Cafe.  Hope u boleh review in your blog,"

Sebagai seorang penulis blog yang aktif di Utara,  siriyes aku habak kat hang.........PELUANG MACAM NI MEMANG AKU JARANG-JARANG DAPAT.  So bila dapat jemputan macam ni,  terus aku feeling Hanis Jalika.  Ken!

Invitation rasmi diterima melalui pihak Hard Rock Cafe yang menguruskan concert Blues untuk Teman 2014 Datuk Ramli Sarip di Penang.  Tibanya aku di sana,  pihak PR HRC menjemput ku dengan bicara perkenalan penuh mesra.  Aku juga mengambil peluang ini untuk memberikan penerangan lebih lanjut mengenai blog aku.  Mana tau esok esok,  HRC jemput aku buat review lagi.

Seterusnya,  aku diperkenalkan dengan Ms.  Mala,  production manager untuk concert ini.

"Hello...saya Jumie Samsudin,  blogger," sambil menghulurkan name card ku.

Wanita agam yang ranggi berturban itu menerima kad aku dengan senyuman mesra.

"Ehk...u!! Jumie Samsudin.  I tau!  I follow u kat Facebook and blog!"

Oh mai gooddddddddddddddddddddd!! Mak rasa macam kembang setaman.  Terus rasa macam Jessica Alba macam mana ka.  Tapi peliknya pasaipa tadi dia tak kenal aku?  Bila tengok name card baru dia kenal?  HAHAHA mungkin sebab indah khabar dari rupa.  (Pada name card aku memang ada gambar profile Google yang meletops itu.  Dirakam pada tahun 2008!)

Aku melangkah masuk ke ruang dewan "Hall of Fame".  Orang semakin ramai memenuhi dewan.  Aku keseorangan malam itu.  Suami aku?  Dia pilih untuk bersama teman-teman lama di HRH lounge.  Biar la pi kat dia.

Tengah-tengah dewan dibiar kosong.  Beberapa baris kerusi banquet disusun ditepi dewan.  Aku pilih untuk duduk di kerusi yang dibarisan tengah.  Ada seorang lelaki tua bertubuh kecil duduk disebelah aku.  Dia juga keseorangan.  Aku pun perkenalkan diri. Begitu juga dia,  abang tu pun berasal dari Penang juga.

"Last time i tengok Ramli Sarip masa dia dengan Sweet Charity.  Masa tu kat Singapore lagi.  Tiket masuk nak tengok konsert dia 3 kupang saja,"

HOOOO berapa umur pakcik ni!  Aku yang tadi macam panggil dia nama abang rasa macam janggal pulak.

Emcee memeriahkan majlis dengan membuat quiz rambang dengan para tetamu yang berada di dalam dewan.  Tak lama selepas itu,  muncullah Datuk Ramli Sarip.  Dia memberikan salam dengan suaranya yang garau dan dalam.  Dia memulakan persembahan malam itu dengan sebuah lagu yang aku tidak pernah dengar.  Tapi tetap menghiburkan.  Teriakan dan sambutan suara daripada peminat membuatkan suasana lebih meriah.  Begitulah gamatnya untuk 1 jam 30 minit yang seterusnya.

Aku kagum dengan kehandalan pemuzik muda yang mengiri persembahan malam itu seperti Tom Anuar, Fauzie Zain, Roza Rasul dan Paang Zaman.  Man Kidal pun ada,  tapi dia datang sekerat jalan.  Sebab dia mai dari KL u olls.








Selesai majlis, aku berkesempatan bertemu dengan Datuk Ramli Sarip sekali lagi. Walaupun dalam kepenatan beliau masih mengambil kesempatan untuk bersama para peminat. Aku tidak mahu ambil masa yang lama. Aku pasti dia pun sudah tidak kenal aku siapa.

Tapi tak apalah,  kenangan ini aku simpan sampai bila bila.  

Malaysian Papa Rock!


Me and Datuk Ramli Sarip.

Untuk peminat-peminat Datuk Ramli Sarip,  jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan beliau dalam tour ini di lokasi berdekatan anda  :

Terengganu 
Gong Badak Indoor Stadium, Kuala Terengganu 
Fri, 7 March 2014 8.45 pm 
RM50, RM80, RM100
Kindly contact +6013 9823 386(Zul) OR +6013 9226 007(Din)

Melaka 
Hatten Hotel 
Sat, 15 March 2014 8.45 pm 
RM153 
Kindly contact +6013 222 2522 (Zizi) OR +6012 267 9672 (Afez) 


Perak 
Kinta Riverfront Hotel 
Sat, 22 March 2014 8.45 pm 
RM55 
Kindly contact +605 241 2287 OR +6019 492 0512 (Ida) OR +6012 577 7889 (Syed) 

Johor 
Persada Johor 
Fri, 28 March 2014 8.45 pm 
RM65 TBA 


Kelantan 
TBA 
Fri, 4 April 2014 8.45 pm 
Price,  venue TBA 

See more at  :  http://www.ilassotickets.com/event/view/475

Sharnaaz Yang Panas Baran

$
0
0
Hello u olls,

Akak macam kesian baca kisah pergaduhan antara Sharnaaz dan juga pelakon Nisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi.  Akak kesian kat Sharnaaz sebenarnya. Ampa dah baca ka pasai kisah ni? Kalau sapa sapa yang tak mengikuti kisah depa dua ni,  mai sini i bagi simple recap pasai kisah pergaduhan para pelakon drama yang sedang popular sekarang kat TV iaitu Bukan Aku Tak Cinta.




Kisahnya,  secara tiba-tiba Nisdawati buat statement kat para wartawan bahawasanya dia telah dimaki hamun oleh Sharnaaz Ahmad di set lakonan.  Bukan sekali,  tapi dua kali.  Oleh itu,  dia pun mereport perkara ini kepada suaminya iaitu Fauzi Nawawi.  Apabila Fauzi mengetahui tentang kisah isterinya dimaki hamun,  maka dia menghubungi Sharnaaz dan ajak berbincang tentang hal  ini.  Lepas tu,  Sharnaaz pula tampil membuat statement kepada pihak media bahawa ada reason kenapa dia bertindak memarahi Nisdawati dan juga tidak memberikan respons yang baik kepada suami beliau iaitu Fauzi Nawawi.  And story goes on and on....

Click to read more


Orang Panas Baran
Memang kesian kat Sharnaaz.  Dalam kisah ini nampak sah sah (bagi saya) dia menjadi mangsa keadaan.  Saya (sebagai panas baran) juga,  saya faham perasaan dan keadaan beliau.  Dalam family,  saya memang dikenal sebagai adik beradik yang paling kepala angin.  Jangan silap tune,  semua orang aku boleh maki punya.  

Tapi in most situation,  aku naik angin ada sebab.  Bukan saja-saja,  bukan tak pasai-pasai aku nak maki orang lagu tu saja.  Pasti ada sebab dan musababnya.  Dalam erti kata lain,  kalau takdak angin,  masakan pokok bergoyang.

Kami bukan over sensitif ataupun emotional,  kami boleh melawak dan juga bergurau senda.  Even most of the people lebih mengenali aku sebagai seorang wanita yang periang.  Tapi,  janganlah sampai terlebih batasnya.  Kalau salah ayat,  salah topik,  salah cara dan memang betul betul nak cari pasal la dengan kita,  maka ketika itu,  hang terimalah padahnya.

Saya tidak bangga dengan keadaan diri saya apabila sedang marah.  Saya tak kenal saudara ataupun siapa,  kalau saya boleh maki,  saya akan maki orang itu.  Tapi percayalah,  sebab musabab saya boleh marah dan naik angin selalunya amat relevan.  

Dalam situasi macam itu,  orang akan kata "Jumie la jahat. Naik angin tak tentu pasal.  Nak mengamuk semua.  Padahal takdak apa pun,"

Tapi kalau ada orang yang sudi dengar kisah (pihak saya),  pastinya orang itu akan mengerti "Ohhhh...patutlah hang marah.  Kalau aku pun aku marah,"

Tapi kebiasaannya,  orang yang tidak panas baran macam kami tidak akan memberikan respons yang agresif macam kami lakukan.  Depa mungkin akan hanya pendam dan duduk diam diam.  Mungkin terus pasrah kepada nasib.

Keburukan Orang Panas Baran
Sekali lagi saya kasihan kepada Sharnaaz.  Kelemahan diri beliau begitu ketara sekali.  Dia mengamuk dan membuatkan banyak pihak salah sangka terhadap peribadi sebenarnya.  Apabila pertama kali akak membaca cerita ini dalam Beautifulnara,  akak terus terfikir "Erm...ampa pi kacau anak hantu ni pasaipa....kenalah!!"

Well,  bagi akak pasti ada sebab mengapa Sharnaaz boleh mengamok macam ni.  Nisdawati,  unfortunately pun adalah seorang aktres yang 'kaya' dengan pengalaman bergaduh dengan teman teman artist yang lain.  Bukan suatu yang baru.  Sudah sudahla akak,  kata dah bertudung bagai.  Buang buangla sikap nista ni.  Kesianla kat orang lain juga.

Yang si suaminya pula,  erm...malasla nak cakap.  Semua statement yang beliau keluar dalam pergaduhan ini lebih menampakkan yang kedua dua pasangan ini bukanlah orang yang positif.  



Kepada Sharnaaz,  seorang pelakon yang tampan dan berbakat,  i really hope that dia mengawal sikap panas barannya ini.  Tak boleh nak buat besar kepala selalu.  Macam parang,  lama-lama pakai pun tumpul juga.  Kena simpan sekali sekala pakai baru la berhantu.

Kesimpulannya,  i tak sokong Nisdawati.  I sokong Sharnaaz.

Sekian.

ps/  Sorry akak take time sikit nak buat review fesyen OSCAR 2014 sebab akak nak buat the best untuk u olls!

Love
Jumie Samsudin

Hanez Suraya, Liyana Manan dan Mr. R

$
0
0
Kecoh di internet tentang kisah retis suam suam kuku Hanez Suraya yang dikatakan merampas suami orang.  Aku tau,  ampa mesti tak baca dan tak tau pasai kisah ni kan?  So mai sini i cerita secara ringkas untuk ampa semua.

  1. Seorang wanita,  Liyana Manan telah mendedahkan bahawa suaminya Mr.  R telah dirampas oleh Hanez Suraya.  Wanita itu menyatakan bahawa,  dia dan suaminya masih tidak bercerai.  Kes cerai mereka masih belum selesai.  Dia masih isteri yang sah.  Tapi Hanez dengan bangganya memberitahu umum bahawa kekasihnya adalah seorang duda dan Hanez Suraya dengan bangga menayang gambar posing anak-anak Liyana dan Mr.  R dalam IG nya.  
  2. Later on,  Hanez Suraya tampil bersama Mr.  R dan para peguam dalam satu press conference menyatakan bahawa segala tuduhan wanita itu adalah pelasu.  Dia juga berkata,  gambar percutian ke Bangkok antara Hanez dan Mr.  R itu adalah percutian secara beramai-ramai dengan para rakan.  Bukannya percutian berdua.
  3. Hanez Suraya dalam press conference itu menyatakan yang dia hendak pihak Liyana Manan memohon maaf kepadanya.  
  4. Lani,  satu Malaysia pereng dengan Hanez Suraya sebab cara dia pertahankan kisah cinta dia dan Mr.  R adalah amat mengrengsakan.
So apa kata I?

Hanez Suraya

Click read more

Lani semua orang duk marah dengan Hanez Suraya.  Bagi akak,  they always two sides of stories.  Sebelum ini kita pernah lalui macam-macam saat retis-retis yang bercerai berai.  Antara penceraian paling sensasi (bagi akak) adalah penceraian Norman Hakim dan Abby Abadi kerana kehadiran orang ketiga iaitu Memey Suhaiza.  masih ingat lagi video khas dalam Melodi menunjukkan Abby Abadi pi serang Norman Hakim di lokasi penggambaran.  Lepas tu,  Norman Hakim kena tangkap basah dengan Memey Suhaiza.  

Satu Malaysia mencerca Memey Suhaiza pada ketika itu.  Mama Regina Ibrahim menegur sikap akak apabila memberikan tohmahan tanpa lapik kepada Memey Suhaiza kerana merampas suami Abby Abadi.  U can read my bitter writing here  :  Norman Hakim kencing 'bertabur'

Kata Mama Regina (saya olah kepada cara yang paling saya ingat),  tak baik kita menuduh orang tak tentu pasal kerana they always two sides of stories. 

Maybe Mama Regina boleh nampak sesuatu yang aku tidak nampak.  Memang betul,  selepas kes tangkap khalwat itu,  Memey dan Norman Hakim memilih untuk mendiamkan diri dan hanya gambar tangisan dan sendu sendan mereka terpapar di laman-laman blog.  Orang masih tidak percaya dengan cara mereka sendu mereka itu.  Orang masih tidak mahu membeli cerita air mata mereka.

Tapi lama kelamaan,  Norman Hakim dan Memey bernikah.  Abby Abadi diceraikan secara elok.  Dan perhubungan mereka dua belah pihak menjadi semakin baik.  Dan lawaknya,  tiba-tiba Abby Abady berubah menjadi wanita PAS,  Mencari Redha Allah katanya. 

Haaa...the rest of the stories mak tak payah sambung.  Ampa pun tau sendiri kan.  Tak payah kita point out sapa baik sapa jahat.  Kita tengok sudah.

Liyana Manan

Dalam kes Hanez Suraya dan Mr.  R,  bagi akak,  adalah satu tindakan yang bodoh untuk si Hanez dan Mr.  R untuk tampil bersama-sama peguam dan membuat statement-statement yang menyedihkan.  Siriesly,  bagi akak,  semua penyataan Mr.  R dan Hanez Suraya langsung tidak menunjukkan yang mereka mempunyai perasaan hormat kepada diri mereka sendiri pun.  

Kalau depa dah takdak rasa hormat pada diri depa sendiri,  so macam mana depa nak hormat kepada diri insan lain.  Dalam kes ini kepada Liyana Manan.

Dari Facebook I : Membaca kisah Liyana, Mr. R dan Hanez Suraya. berada di bawah. Alahai nak amik laki orang pun amikla paras-paras Abang K, Abang Pandi or Abang Bung. Setakat Abang R ni....mak rasa hang punya mandrem tak kuat sangatla.... — feelingbeautiful.


Depa menafikan yang depa pergi bercuti secara berdua-duaan.  Depa kata,  depa pi bercuti secara beramai-ramai.  Aiyo,  hang kalau bercakap benda ni kat makcik duduk Kampung Ulu Bernau mungkin makcik tu akan percayalah "Dak aih...Hanez tu baguih.  Dia pi bercuti ramai-ramai dengan kawan-kawan dia.....laki duk bilik lain...pompuan duduk bilik lain,"

HAHAHAHAH.......hang mai cerita kat kami semua.  Duk buat macam kami ni semua bodo-bodo. Sia sia duit kerajaan selama ni bagi pendidikan secara murah kepada rakyat Malaysia yang kini rata-rata pun ada Diploma noks!

Bercinta dengan suami orang,  benda ini bukan baru.  Mana la kita nak pi tau.  Ini soal hati.  Tapi kalau kita dah terjatuh hati dengan suami orang,  apa pun harga diri kita kena letak nombor satu dulu.  Kalau betul lelaki tu sayang kita setulus hati,  minta dia selesaikan hal hal rumahtangga dia dahulu secara elok sebelum dia datang pada kita.  Di situlah terletaknya harga diri kita.  Kalau dia tak mau melepaskan isteri pertamanya,  pasti ada sesuatu yang tidak kena (bukan pada wanita itu) tapi pada lelaki itu!

Kita jangan jadi buta kerana cinta.  

Akak saja nak share statement lahar mak hayam besar,  Chef Wan yang memaki secara terang-terangan kepada Hanez Suraya ini.  
Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini. Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak kali and i loved the honesty of his wive.
Mana yg suka berfoya foya lagi tu tak usah la berumah Tangga lagi.Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak dalik macam main Drama minggu ini jugak for what?
These is the sad world today where there is no respect for others.. Many times i come across so many of my close friends going to the same shit over and over again. Tambahan anak2 muda sekarang pantang ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup senang.
I am always a shoulder for them to cry on and share their problems. My advice is always the same. Cerai kan and Move on as no one deserved to live unhappy and worst to be treated mcm sampah and worst physically abused.
I also have noticed that what goes around will come back in this world.Jantan2 yg jahat juga kebanyakan akan nanti bertemu dgn betina2 yg tak senonoh juga. Kawin la 10 kali pun jika perangai kita tu macam musibat juga as i have adviced both my children too in the end will all end up to a unhappy marriage. Yang menjadi Mangsa anak2 la yg have to suffer.
Kesimpulan cerita ini,  Liyana Manan,  kuatkan hati la noks.  Allah ada. Biak pila depa nak panggil Karpal Singh jadi wakil peguam depa.  Hang buat relaks sudah.  Lepas Mr R sah ceraikan hang,  pasti banyak produk kecantikan akan offer hang jadi duta itu ini.  Haaa.....hang cari duit banyak-banyak.  U deserve a better life noks!


Sekian.

Love,
Jumie Samsudin

Together We Pray for MH370

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua,

Hari ini pasti perasaan sedih menyelubungi hati hati kalian yang membaca blog saya hari ini.  Ya,  begitu juga akak.  Hari minggu yang akak spend bersama suami di rumah (selepas sekian lama tidak dapat berehat di rumah) akhirnya dihabiskan dengan menonton dan membaca berita berita terkini mengenai kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines yang membawa 239 penumpang dan juga kru kabin yang berlepas dari KLIA pada awal pagi Sabtu dan hilang entah apa terjadi.




Antara insan yang paling aku ingat pada ketika mendengar berita ini ialah my beautiful best friend,  Asmaa kerana suaminya ialah seorang juruterbang MAS.  Lebih luluh hati aku apabila membaca status Asmaa di Facebook malam itu  yang berbunyi "ironing his uniform has never felt this long and heavy.. my heart goes out to the families and the loved ones of those involved.."

Ini ialah luahan hati luhur seorang wanita yang terpaksa merelakan suaminya meneruskan tanggungjawab sebagai juruterbang.  Hati hati mereka yang suami / isteri / anak / ibu / bapa yang juga memikul tanggungjawab sebagai anak-anak kapal terbang juga entah bagaimana sayunya pada saat-saat ini.

Aku menangis teresak-esak masa mendengar laporan Astro Awani yang menunjukkan tulisan wassap seorang anak yang ibunya berada di dalam MH370 yang hilang itu.  Antara bibit tulisannya "Mama....u promised to acompany to untuk ambil result SPM...."

Tapi ada juga akal akal dangkal yang membuat tohmahan dan statement bodoh dalam saat genting ini tanpa menghiraukan hati hati lain.  Zed Zaidi pada awal ada mengatakan "Macam mana kapal besar macam tu boleh hilang?" (something like that).  Bodohnya akal yang berkata tanpa berfikir itu.  Kalau kita rasa Boeing 777 tu sangat besar,  kena ingat Maha Kuasa Allah lagi besar dari segala di dunia ini.

Malam itu,  aku tidur tak nyenyak.  TV aku biarkan terbuka.  Sekali sekali aku terbangun.  Bila check Twitter dan Facebook aku jadi hampa.

Kita teruskan doa.  Kepada Allah kita berserah.

Love,
Jumie Samsudin

Red Carpet Fashion Review for 86th Academy Awards [Part I]

$
0
0
Hello u olls,

Awal bulan Mac ini berlangsunglah event majlis anugerah Academy Awards yang amat meletops.  Tapi akak ada cerita sedih disebalik evenet meletops ini.  Akak dah record dah kat Astro.  Pastu tiba tiba bila we olls balik kerja malam tu,  we olls tengok Astro we olls kena potong.  And then we olls punya recording pun dicancelkan.

Celaka hare betul.  So akak pun malam tu feeling call Astro lah.  We olls dah bayar dah bill bulan itu okay.  Cuma ada la tunggakan sikit.  Dia nak kira juga tunggakan tu kisahkan.  Akak pun kena bayarla lagi sikit supaya cukup bayaran minima tu.  Akak pun bayarla noks.  Akhirnya,  depa pun sambung Astro akak.  Tapi lepas tu,  depa duk mesej akak lagi kata ada tunggakan.  Apa lagi,  akak pun call la depa dan buat drama lakonan tahap Jeniffer Lawrence.

So habislah bab tu,  kesimpulannya akak tak dapat tengok full show Academy Awards.  Tengok sikit sikit je kat Youtube.  Yes of course,  akak sangat suka monolog 9 minit yang dipersembahkan oleh Ellen Degeneres.  Simple tapi lawak.  I suka.  Award show kat Malaysia nak buat ala-ala macam nila.  Tapi kita tak reherse betul betul.  Sometimes,  skrip lawak yang dibuat seolah-olah maki/perli seseorang artist tidak dibincang dan dipersetujui oleh pelakon tu pun.  Sebab tu lepas show boleh jadi issue.  Macam they olls ni,  memang well reherse. Camera pun tau nak tala shot kat sapa.  And of course,  Allen perli cow-cow punya kat orang.  Paling mangkak akak suka dia perli Liza Minelli.  Ampa tengok sendiri.

Bercakap pasal para pemenang,  akak amat suka apabila Matthew McConaughey dan Jared Leto menang anugerah pelakon lelaki dan pelakon pembantu lelaki terbaik.  I nak kena cari la DVD cerita Dallas Buyers Club.  Nak tengok macam mana Jared berlakon jadi ponen.

Okay dah dah dah......seperti yang dijanjikan.  Here are my fashion review untuk moments red carpet!  Khas untuk u olls semua.

Jom tengok.


Click Read More


Kot belakang

Charlize Theron in Christian Dior
Lama tak tengok kakak ni kat red carpet.  Baju ni cantek sangat.  I suka dia punya straps dia buat macam feeling-feeling skin colour.  Simple tapi nampak stunning u olls.



Anna Kendrick in J.Mendel
Baju tak elok.  Nampak macam silap potong kain.  Tiba tiba kot depan macam tak rata macam mana ka.  Kat cut out di perut dia nampak macam tudung saji punya corak.



Emma Watson in Vera Wang
Buat pertama kali i tengok Emma Watson macam nampak tak berapa elok sangat dalam dressing red carpet.  Maybe colour dress ini yang gelap,  menampakkan dia lebih tua.  And design dress ni macam biasa saja.  Baik dress ala-ala seluar tu dia pakai kat Golden Globe lagi kelas.



Anne Hathaway in Gucci
Sebagai pemenang besar tahun lepas,  tahun ini Anne tampil simple sahaja.  I like.  



Chrissy Teigen in Monique L'Huillier
Dress ni lawa tapi dia punya rambut ala-ala gerbang pi pantai (we olls panggil krek-krek iaitu rambut yang silap blow dia jadi kembang dan keras) and muka dia tak berapa nak mekap secara jitu membuatkan wajah modeling ini menjadi Banjar. 



Julia Roberts in Givenchy
Baju ini macam pelik.  Macam tok tok sikit.  Tapi Julia Roberts dressing memang selalu macam pelik sikit.


Heidi Klum in Versace
Okayla.  Pernah tengok dah pesyen pesyen lagu ni.  



Irina Shayk in Versace
Aiyooo seksi sangat baju ni.  Tapi tetek dia kecik saja.  



Angelina Jolie in Elie Saab
Todia mak ayam kita malam ni menang besar dengan Abang Brad.  I sangat suka dress ini.  Angelina Jolie seperti biasa nampak kelas sangat.  Tapi macam first time akak baca Angelina Jolie pakai Elie Saab.  Ezal....Angelina dah tukar sama taste dengan u.  



Cate Blanchett in Armani Prive
Dress ini cantek.  Manik-maik simple.  Tapi siriesly i cakap,  kalau bagi dia bunga tangan dengan veil...memang feeling feeling baju kawen artist Malaysia kan. :)



Lady Gaga in Atelier Versace
Todia mak ayam Monster kita.  Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak tengok dia kat red carpet depa kata dia pun duk stress stress lagu mana ka.  Aiyo sangat.  Takpala.  Dress ni kalau bagi kat retis lain tentu depa akan feeling pakai macam biasa biasa ja.  Tapi bagi kat pompuan terus feeling Marilyn Monroe dengan selendang lagu mana ka....



Naomi Watts in Calvin Klein
Simple ja kakak kita ni.  Erm.  Nak carut apa tak tau.  Semua baju duk elok ja ni.




Jennifer Garner  in Oscar de la Renta
Cantek depa badan sekeping macam biskut mayat pakai dress rambu ramba macam ni.  Cuba bubuh kat aku,  ampa nanti nampak macam lampu tidur zaman 70 an yang depa duk bubuh kat hotel hotel tu.  



Kristin Chenoweth in Roberto Cavalli
Deni kuruih tapi feeling nak pakai ala-ala Beyonce. Aiyo. Tak sesuai sangat u olls.  Tengok kat tetek dia.  Nampak kosong.  Cuba mai pasang kat I...haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....terterap semua motor yang lalu depan International Office!



Kate Hudson in Versace
Dress ni tak elok.  Nampak macam pakai kain murah ja.  



Julie Delpy  in Jenny Packham
Dress ni cantek dan glamour.  Tapi tak tau la pasaipa nampak macam tak kena kat perempuan ni.  Maybe sebab muka dia tak glamour kot.  Muka dia macam baik baik budak asrama kan?



Kelly Osborne in Badgley Mischka
Meletops i dapat gambar ni.  Siap berpayung mak aya Fashion Police kita.  Dress ni simple ja u olls.  Cuma dia tambah veil gold yang dulu popular sangat.  Semua butik pengantin mesti ada satu.  


Giuliana Rancic in Paolo Sebastian
Deni feeling pakai baju pengantin pasaipa?



Maria Menounos in Johanna Johnson 
Dr.  Pitt,  inilah dress I untuk dinner office tahun ni.  FEEELINGGGG.





Penelope Cruz in Giambattista Valli Haute Couture
I tak tau pasaipa deni pilih baju ni.  Kalau buat iklan perfume takpala...betui dak?  Baju ni pun membuatkan dia nampak macma gemok gemok sikit. Deni sikit punya hot ka ??




Camila Alves in Gabriela Cadena
Wanita yang merupakan isteri kepada pelakon lelaki terbaik,  Matthew McConaughey telah memakai rona warna yang sedondon untuk malam besar ini.  I sangat suka dress ni.  Nampak macam kelas sangat.  Tertutup semua tapi still seksi.  And i like this colour,  kalau tak salah ini adalah dusty pink.  



Jenna Dewan-Tatum in Reem Acra 
Dress ni cantek.  Tapi dah biasa kita pakai.  Tapi pompuan ni membuatkan semua orang rasa macam AMARAH sebab tengok laki dia saja.  Gila laki dia elok okay.  Magic Mike.



Sarah Paulson in Elie Saab
Suka juga baju ni.  Simple tapi elegen.  Sarat dengan manik manik.  



Portia de Rossi in Naeem Khan
Baju ni ala-aa baju Beyonce masa Grammy Awards.  Lately,  corak corak besar dan lace tebal macam ni dah in balik.  Tapi untuk corak lace ni,  kalau ampa perasan...nampak macam corak dinding masjid kan.  :)


Sally Hawkins in Valentino
Baju ni macam baju Sarah Paulson kat atas tu.  Tapi rasanya baju ni macam terbesar sikit daripada size badan dia.  So nampak dia macam budak budak kecik duk terai baju mak depa.  




Jessica Biel in Chanel Haute Couture
Dress ni pun simple sangat.  But i like dia punya butang butang kat belakang dia straight sampai bawah.  


Calista Flockhart in Andrew Gn
I sangat suka dress ini.  Sebab dia kurus dan dress ini membuatkan dia tidaklah nampak seperti seorang aneroksik.


  



Kristen Bell in Roberto Cavalli
I like this dress (amboi semua aku suka) tapi ombak ombak kat bawah tu macam tak flairing.....




Sofia Vergara in Roberto Cavalli
Baju ni hot.  Tapi colour ni macam tak best untuk mak ayam latina ini.  

Red Carpet Fashion Review for 86th Academy Awards [Part II]

$
0
0
Hello u olls,

Okay u olls ini fesyen review part II pulak.  Tak mau cerita panjang dah.  Ampa tengok je la.



Click read more




Amy Adams in Gucci
Dress ni simple sangat.  Tapi i suka colour dia.  Kalau royal royal pakai mesti lagi meletops.




Sandra Bullock in Alexander McQueen
Baju ni lagi meletops daripada baju yang dia pakai baru baru ini untuk Golden Globe.  Nampak mahai and very sofistikated.





Lupita Nyong'o in Prada
I have to say this is the best dress untuk malam ini.  Warna....flowwy dia.  Memang i suka.  Menyerlahkan kecantikan wanita Africa ini and dia tetap nampak muda.




Jennifer Lawrence in Dior
I tak suka dress ni.  Macam tua tua la.  Colour dia lawa tapi potongan ni macam tok tok sikit.  And why dia buat rambut macam ni.  





Liberty Ross in _____
I dunno who made this dress.  Dah try cari tapi tak jumpa.  Maybe orang malu sebab dress ni tak lawa.  Siriesly,  perlukah ada poket tu?




Olivia Wilde in Valentino
Fesyen preggy juga menjadi tumpuan pada malam Oscar ini.  Antara yang menjadi tumpuan ialah wanita ini.  Dress hitam putih ini nampak mahal ala-ala dress Audrey Hepburn dalam Breakfast at Tiffany.



Elsa Pataky in Elie Saab
Siriesly dress ini sangat buruk.  Lace dia nampak murah.  And mengapa kena buat kantung perut macam ni?  Nampak macam busong dah.  





Kerry Washington in Jason Wu
My God.  I pun paling suka dress ni.  Simple je nampak macam berkemban.  Tapi still elegan.  Maybe sebab warna kain ni yang polos.  






Glenn Close in Zac Posen
Ramai kata baju ni tak elok.  Tapi bagi i.....i memang suka.  Dia punya potongan and kain ini sangat nampak mahal.  I suka.





Meryl Streep in Lanvin
Macam pernah tengok je dia pakai macma ni sebelum ni.





Bette Midler in Reem Acra
Amboi Better Midler.  I suka perempuan ni.  She can act and sing okay.  Sayangnya lani dia dah tak berapa berlakon.  Anyway,  i tak suka dress ni nampak dia macam terlalu mencuba nak jadi muda.  Colour ni juga tak sesuai dengan kulit dia.



June Squibb 
Comei tok ni......tetap vouge u olls.



Goldie Hawn
Meletops mak ayam ni.  Memang dress dia lagi lawa dari dress anak dia okay!



Anne Sweeney in Armani Prive
Sapa pernah pi jogging kat Jelutong Express Highway.  Ada tong biru tiga tiang tu.  Macam dress deni la.




Jane Fonda in Nicholas Oakwell
Meletops tok ayam ni!   
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live