Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Shanell Harun Creations

$
0
0
Hello u olls,

Do you still remember my friend? I selalu cerita pasai dia dalam Facebook and blog by the name of Shanell Harun. He was the one yang design baju kawen kita yang meletops itu. So hari ini akak dengan rasa besar hati ingin menceritakan tentang kisah beliau dan dunia fashionista yang beliau ceburi.



Shanell Harun telah lama menceburi bidang rekaan fesyen walaupun sejak pada tahun pertama pengajian beliau di UiTM Shah Alam dalam bidang seni rekaan fashion. Lebih membanggakan, hasil pengalaman beliau dalam bidang ini sedikit sebanyak telah membantu beliau yang akhirnya berjaya melengkapkan pengajian dengan flying colours malah hasil koleksi rekaan beliau yang bergelar THE BLACK ROSE for final year project terpilih menjadi koleksi TOP 5 dan telah dipilih untuk dipertontonkan dalam KL Fashion Week kelak.

Model wearing The Black Rose collection by Shanell Harun


So here go a simple video yang menampilkan koleksi The Black Rose  :



To read more about Shanell Harun, please click read more  :



Seperti yang diperkatakan tadi, memang sejak di tahun 1 pengajian lagi, Shanell Harun telah menjadi designer pilihan ramai artist tempatan tanah air untuk pelbagai event besar.  Berikut antara koleksi hasil kerja seni beliau.


Marsha Milan Londoh




Stacy


Nadia Aqilah


Zizie Fabulous Cats



Dina Nadzir




Izreen Azminda


Rozita Che Wan



Mas Idayu


And here are some of his creations untuk bridal work.  Oh did i mention before that Shanell design my wedding dress and also my sisters wedding dress :)












Selain daripada kerja kerja fashion creation and styling, Shanell Harun juga mempunyai sentuhan emas dalam bidang solekan. Its a GREAT package for such a fashion design who can also do your make up on your big day.





Hope u olls semua happy apabila melihat hasil hasil karya Shanell Harun.  Berita baik untuk kalian semua,  Shanell Harun kini ingin menawarkan pakej perkahwinan yang amat istimewa sekali!! Siriesly i tengok ni pun merambang mata i.





Oleh itu,  cepat-cepat semua.  Visit Shanell Harun Pages and make your appointment asap  :


Official Facebook Page : Facebook Shanell Harun Creations

Blog :  Shanellharun.blogspot.com

Instagram : Instagram/shanellharun

Email :  shanell.harun@gmail.com

Wassap / Call :  +017 328 5970


Sekian dahulu.  Hope u cepat-cepat view page beliau!  Doa akak agar beliau akan terus maju dalam dunia perniagaan ini.  With and talent and work hard,  nothing is impossible.

ps/  Gambar akak dan Shanell masa amik ukuran baju kawen akak dulu xoxo



Love,
Jumie Samsudin

Everybody Need A Little Time Away

$
0
0
Everybody needs a little time away
I've heard her say
From each other
Even lovers need a holiday oooh
Far away from each other

Berikut adalah petikan daripada sebuah lagu yang berjudul "Hard To Say Im Sorry" daripada Az Yet yang berkata semua orang memerlukan masa peribadi walaupun daripada pasangan yang disayangi.

No matter how in love u are with your husband and your kids,  berapa ramai dalam kalian semua (ibu / isteri) yang mempunyai masa bersendirian?  Masa bersendirian di sini bermaksud kamu terus bebas daripada tanggungjawab seharian sebagai ibu  / isteri.  Tak perlu fikir nak masak apa.  Nak beli apa.  Pukul berapa nak kena siap dan sebagainya.  Dalam erti kata lain,  waktu untuk kamu menjadi seorang 'bujang' kembali sambil melakukan aktiviti yang kamu suka seperti melancong,  spa atau melakukan hobi hobi lain.


Secara peribadi,  saya berpendapat,  setiap lelaki / perempuan yang sudah berkahwin dan bergelar ibu atau bapa perlu mempunyai 'day off' ataupun masa peribadi ini.  Bukan untuk melepaskan diri daripada segala tanggungjawab dan berlibur tanpa batasan tetapi suatu ruang dimana kamu dibenarkan untuk menghargai diri kamu dan pada masa yang sama kamu menghargai dan menghormati pasangan kamu.

Click Read More


Saya baru berkahwin hanya 3 tahun.  Kami belum ada anak lagi.  Dan sebab itu,  kami selalu mempunyai masa-masa 'time off' ini.  I think i had more time off than my husband.  En.  Khafi selalu membenarkan saya keluar makan-makan,  lepak with my friends (tanpa kehadiran dan gangguan beliau).  In fact,  seperti kalian tahu,  saya memang aktif dengan pelbagai aktiviti NGO,  minat dalam business solekan dan persembahan teater,  dia selalu bagi 'green light' kepada saya.  

Suami saya sentiasa memberi kebenaran untuk saya buat apa pun.  Dengan syarat kena bagitau kat mana,  dengan siapa dan pukul berapa nak balik.  Dia bagi saya kepercayaan.  Dia tak pernah lah nak gedik-gedik call banyak kali masa kita bertugas.  Just wassap itu dan ini.

Baru baru ini,  saya dan beberapa teman rapat (kami semua sudah berkahwin).  Two of us dah ada anak,  one is becoming a mother this coming in May.  Kami berempat dibenarkan oleh pasangan masing-masing untuk lepak dua hari satu malam di sebuah hotel di Penang.  Doing what we love,  lepak,  makan,  bergossip.  Sembang puas puas.

Dahulu masa zaman bujang,  every day kami boleh berkongsi kisah dalam emel panjang-panjang just to make sure we are all updated about each other.  Tapi bila dah kawen...kami tukar guna wassap sahaja.  And now...wassap pun susahhhh nak keep up u olls.

Satu tarikh dipilih untuk sesi get together ini.  Bukan senang juga nak pilih tarikh,  terutama sekali I!  Tapi tak mengapa,  bagi I,  kalau dalam masa setahun dapat spend time macam ni dah rasa berbaloi sangat.

Saya rasa masa ini amat berharga untuk kami empat bersahabat.  Selain dapat catch up dengan cerita masing masing,  peluang ini juga kembali mengeratkan silaturahim kami.  Dan apabila hubungan rapat itu terpelihara...maka secara tak langsung keyakinan diri dan juga rasa hormat pada diri masing-masing juga meninggi.  Bagi saya,  alhamdulillah....after all yang dah berlaku dalam hidup kami.  Kami berempat masih have each other.

Dan effect kepada saya dan suami pula,  saya rasa macam kepercayaan yang suami saya berikan kepada saya amatlah besar harganya.  Lebih besar daripada dihadiahkan sebuah cincin berlian.  Balik balik rumah after two days away....rasa macam makin rindu pula kat dia.

Saya kongsikan pendapat ini kerana saya rasa kalian yang sudah berkahwin,  sama ada lelaki atau perempuan perlu ada masa peribadi / time off antara satu sama lain.  Tapi of course,  ada beberapa syarat wajib yang perlu dinilai dan diutamakan sebelum melaksanakan perkara ini.  Here are some of the things yang saya mohon u olls semua fikirkan dan bincangkan bersama pasangan sebelum kedua-dua melakukan aktiviti 'time off' ini  :


  1. Kedua dua pasangan perlu sama sama bersetuju dengan idea ini.  Tidak boleh hanya satu pihak sahaja yang boleh dapat time off sedangkan si dia pula tidak langsung berpeluang untuk melakukan aktiviti kesukaannya.  Kedua dua kena terbuka dan adil.


  2. Kalau pasangan kita seorang yang aktif dan mempunyai pelbagai aktiviti bersama rakan-rakan,  kita juga kena fikirkan sesuatu untuk isi masa lapang kita.  Tak boleh selalu nak ikut dia dan kawan-kawan dia sahaja.  Mungkin dia tak sampai hati nak say NO to you,  but u should be more understanding la.  Bila dia dengan kawan-kawan dia,  mungkin dia lebih rasa relaks dan boleh buat gila gila.  Bila ada u kat situ,  pastinya dia akan rasa macam kena behave sikit.  Bukan sebab dia takut kat u,  tapi dia hormat u.

  3. Kalau kita tak kisah kalau pasangan kita sahaja yang selalu keluar dan buat macam-macam aktiviti dan kita tak kisah duduk rumah mengemas dan menjaga anak-anak.  Its okay!!  Tell your pasangan dengan ikhlasnya.  Cuma jangan kat mulut jer kata okay.  Tapi dalam hati duk pendam.  Jangan buat rasa iri hati memakan diri kamu dan keluarga.  Tak semestinya 'time off' ini memerlukan kamu pergi jauh daripada si dia,  kalau dia benarkan kamu duduk sendirian di rumah,  layan HBO seharian dengan makanan ringan di meja pun dah okay!!  Tak perlu masak dan mengemas.


  4. Tidak semestinya dilakukan pada masa yang sama.  Especially those yang sudah ada anak.  mungkin hari ini,  si dia mulakan dulu dan kita jaga anak-anak.  Esok turn kita,  dia pula yang jaga anak.  Tapi siriesly,  selalunya si ibu tidak akan berenggang dengan anak. :)


  5. Bincangkan apa jenis aktiviti yang kamu ingin lakukan sepanjang sesi 'time off'.  Kamu boleh lakukan secara bersendiri ataupun secara berkumpulan bersama teman-teman.  Kepada kamu yang memilih untuk melancong ke luar negeri,  mungkin kami kena bincangkan tempat-tempat yang boleh dan tidak boleh dikunjungi.  Kedua-dua kena clear tentang syarat ini.  Contohnya,  mungkin kita tak mau kalau pasangan kita (especially jejantans) ke THAILAND!! Choi laaa.....And mungkin juga kita tidak mahu kalau pasangan kita pergi ke disco atau kelab kelab malam.  Contoh lain juga,  mungkin kita tak benarkan pasangan kita melawat tempat-tempat yang memerlukan pasangan menggunakan duit yang banyak (shopping dan spa) kerana nanti ganggu belanjawan keluarga pula.  Semua ni kena discuss bagi clear.


  6. Aktiviti time off ini boleh dilakukan seberapa kerap yang boleh mengikut kemampuan masa dan tanggungjawab / komitmen masing-masing.  Kalau dapat buat sebulan sekali pun bagus.  Kalau dapat buat setahun sekali pun bagus.

Sekian sahaja perkongsian dari saya.  Duduk berkepit 24 jam 7 hari seminggu tak semestinya dapat buktikan yang kamu berdua betul betul cinta kuat. Aktiviti yang dibuat bersama pasangan masih amat diperlukan dalam menguatkan hubungan suami isteri.  Cuma bagi saya,  sekali sekala kena ada juga aktiviti yang dilakukan secara berasingan kerana kita masih seorang manusia dan sebagai manusia,  kita perlukan 'rehat'.

ps/  I ni punya bebas pi sana sini sampai orang selalu ingat i tak kawen lagi....aiiih...susah ni...

Love,
Jumie Samsudin



Kebakaran di Bukit Relau / Bukit Jambul di Belakang USM

$
0
0
Assalamualaikum u olls semua,

Selain kita rakyat Malaysia sedang bersedih dan pasrah menantikan berita terkini mengenai #MH370 kami di USM Penang juga sedang berduka dan tidur dalam kerisauan kerana bukit Relau/Bukit Jambul yang terletak di belakang RST USM mengalami kebakaran hutan sejak Ahad,  9 Mac 2014 yang lalu.

Kepada penghuni Restu,  Tekun dan Saujana dan kawasan sekitarnya,  depa dapat menghidu bau asap yang amat kuat.  Even kalau u olls berjalan di area Stadium dan Aman Damai / Indah Kembara pun u olls dah boleh bau asap kuat tu.  Api kebakaran hutan yang masih lagi menyala pada malam Isnin,  10 Mac kelihatan macam lava gunung berapi u olls.  Siapa yang tengok dari jarak yang dekat akan merasa HORROR okay.


Click read more


Laporan kepada pihak Bomba dan Jabatan Keselamatan USM telah dibuat.  Saya sendiri menelefon pihak BOMBA dan mereka mengesahkan bahawa unit bomba khas telah ditugaskan untuk berjaga di kawasan kebakaran untuk 24 jam.  Buat masa ini,  jarak kebakaran dengan kawasan kediaman terdekat masih lagi dalam jarak (jauh) yang selamat.  Thank god to that.  Tapi asap masih teruk.  Saya tak tau la macam mana students semua tidur malam-malam.  Apatah lagi they olls yang ada masalah asthmatic.

Kepada rakan pelajar dan juga staf,  pihak Jabatan Keselamatan USM sentiasa memantau situasi ini dan sekiranya berlaku sebarang petunjuk / kejadian kecemasan,  terus call 04-653 4999 dengan kadar segera.

I hope kebakaran hutan ini dapat ditangani dengan segera.  And kita semua jom la berdoa untuk hujan.  Please please please.  Rumput rumput kat USM pun dah nampak macam padang savana Africa dah.

Here i post some of the pictures taken by USM students posted on their Facebook and Twitter!

ps/  cepatlah hujan...selalunya by Mac and April.......USM akan penuh dengan bunga bunga :(

Love,
Jumie Samsudin

Gambar ehsan  Haja Mydin.



Melawat Nattukottai Chettiar Temple (Waterfall Temple), Penang

$
0
0
Hello semua,

Hari ini akak nak cerita kat ampa semua tentang satu pengalaman akak melawat sebuah kuil Hindu di Penang bersama-sama dengan para pelajar Gustavus Adolphus College,  USA yang berada di USM selama satu semester sempena dengan program akademik "Semester in Malaysia : Living in Diversity".  I will tell more about them and the academic program in another article but now i want to share about my experience coming to a temple which is one of the most important Hindu temple (FEELING CAKAP ENGLISH PULAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK) in Malaysia di mana perayaan Thaipusam diadakan malah kuil Hindu ini juga mempunyai tarikan tersendiri iaitu 513 anak tangga (lebih tinggi daripada Batu Caves Temple di Gombak,  Selangor) yang menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. (Haa...awat tulis Melayu pulak....over)

Seikhlasnya,  tak ramai orang Melayu Muslim yang memilih untuk melawat tempat keagamaan seperti ini.  Tanggapan negatif pasti akan timbul dalam kalangan rakan dan keluarga.  Saya pernah post gambar perarakan Thaipusam di Penang dalam Facebook saya dan menerima komen negatif seperti "Perarakan Maulidur Rasul hang tak join....yang ni hang join?"

Well,  firstly,  bapak saya setiap tahun ketika perayaan Thaipusam akan meniaga Milo Ice di hadapan Heritage Club Penang (laluan utama Thaipusam).  So memang saya akan pergi bantu bapa saya.  Bila ada kat saya,  of coursela i akan ambil gambar perarakan kavadi and warna warni saree yang meriah dan share dalam Facebook.  Tak sangka,  boleh jadi offensive pula.  Tapi saya pasti,  perasaan negatif itu timbul kerana tiada perasaan ingin tahu dan hormat menghormati.

Saya juga bertanya pada diri sendiri,  detu yang komen macam anakhar itu,  dia berarak ke sempena Maulidur Rasul?

So let's read more about my experience

Kami tiba di Nattukottai Chettiar Temple atau lebih dikenali sebagai Waterfall Temple,  Penang sekitar jam 5.30 petang dan disambut oleh Dato' Dr.  Anbalakan dari USM dan beberapa wakil daripada persatuan penjaga kuil Nattukottai Chettiar Temple.  Para pelajar diberikan taklimat ringkas dan terus dibawa masuk ke sebuah rumah berhala yang terletak di kaki bukit (berdekatan dengan permulaan 513 anak tangga).

Para pelajar Gustavus membasuh kaki sebelum masuk ke kawasan kuil dan mereka menyaksikan upacara sembahyang yang dilakukan oleh seorang sami sambil penerangan mengenai seni bina dan berhala yang terdapat di dalam kuil diberikan oleh Dato' Dr.  Anbalakan.  Dua orang staf dan seorang pelajar USM beragama Hindu yang bersama-sama trip ini juga menunjukkan cara mereka bersembahyang.  Para pelajar Gustavus memerhati dengan tekun sambil tangan mereka tidak henti mengambil gambar. 

Semasa ucapara sembahyang itu,  sami itu meletakkan abu putih di dahi setiap pelajar.  Tapi bila mai kat I,  dia macam faham,  dia senyum kat I,  I senyum kat dia balik sambil tunduk,  dan dia terus bergerak kepada orang lain tanpa calit abu putih di dahi saya.  Meletops sangat perasaan itu.  Kita tak perlu cakap apa-apa,  tapi dia faham kita :)

Selepas selesai upacara sembahyang,  while para pelajar sedang bebas mengambil gambar di sekeliling kuil,  sami itu mendekati saya dan Visha (USM student).  Dia tanya banyak soalan dalam bahasa Tamil kepada Visha.  Tapi dari lirik mata dan senyumannya,  i faham dia duk tanya pasai I.  Pastu dia tengok I dan kata "U malay arrr?"

I pun jawab "No....im Venezuela...." HAHAHAH gelak tok sami tu kat I.  I tetap nak feeling Latin kan.

So,  sekarang pendakian bermula!!  Untuk sesetengah orang Hindu,  mereka memilih untuk tidak memakai kasut apabila memasuki kawasan kuil.  Saya tanya kat kawan staf saya Miss Kausi,  "Babe,  i pakai slipper naik atas takpa ka...." She said its okay.  No problem.   Ramai juga yang naik anak tangga dengan berkasut.  Tapi yang penting bila u nak masuk dalam kuil / rumah berhala baru u kena buka kasut.  Dan apabila u buka kasut depan kuil,  make sure u susun kasut u di tepi muka pintu berhala,  and not in front of it.  

Para pelajar Gustavus bersama professor mereka,  Prof.  Steve seorang American beragama Muslim terus pantas naik ke atas.  I think depa sangatlah excited nak naik anak-anak tangga itu.  Me,  Visha (USM student),  Jen (Gustavus students) and Ms.  Shirley (wife Prof.  Steve) berada di barisan belakang sekali.  Kami menaiki anak-anak tangga itu dengan perlahan.  Sepanjang anak tangga itu terdapat banyak papan tanda yang menulis beberapa kata-kata semangat kepada para pendaki.  "Semua papan tanda ini disponsor oleh DIGI ya Kak Jumie," kata Ms.  Visha.  WOW...Impressed.

Kami terus mendaki.  Mujurlah anak-anak tangga itu begitu memahami keadaan kami ini.  HAHAHA.  Adakalanya ia landai.  Adakalanya dia macam curam sangat.  Tapi semakin tinggi kami daki,  semakin cantek pemandangan yang kami boleh lihat.  Pokok-pokok besar menjadi lanskap semulajadi di setiap tepian anak tangga.  Yes,  boleh nampak pemandangan Penang island area Gurney and Tanjung Tokong.  Tapi bagi akak tak la cantek sangat sebab cuaca masih berjerebu.  :(

Akhirnya,  selepas beberapa minit, kami sampai ke puncak.  I olls dapati,  beberapa kawasan/ bangunan kuil yang masih belum disiapkan.  Beberapa pekerja kontrak masih berkeliaran menyiapkan kerja kerja kerana hari sudah petang.  Budak budak Gustavus,  depa apa lagi.  Depa duk sibuk berselfie dan berposing la.

Semua pelajar pun masuk ke dalam kuil yang terletak di atas bukit ini.  Sebuah kuil yang besar.  Pagodanya mempunyai hiasan berhala sebanyak 7 tingkat.   Mesti kalian semua wondering,  akak masuk tak dalam kuil.  Sadly,  no.  I didnt go in there because i tak 'suci'.  I think u will understand.  So i just hang around outside with Ms.  Visha sebab dia pun tak 'suci'.

Lama juga la we olls tunggu kat luar.  Dalam kesempatan itu,  Ms.  Visha sempat berkongsi beberapa cerita menarik tentang dewa-dewa agama Hindu.  Antara cerita yang menarik perhatian I adalah kisah kenapa kuil Lord Murugan dibina di atas bukit (seperti yang saya kunjungi ini).

Kisahnya begini,  Shiva dan Parvati ibu dan bapa kepada Murugan dan Ganesh.  Satu hari,  Shiva dan Parvati pegang satu biji buah mangga.  Dia pun kata kat anak-anak dia dua orang ni.  Siapa yang keliling dunia 3 kali dan datang sini paling pantas,  dialah yang akan dapat buah mangga ini.

So,  Murugan dengan pantas naik burung merak dan pusing keliling dunia sebanyak 3 kali dengan harapan untuk mendapatkan mangga itu.

Tapi Ganesh,  anak lelaki tua yang lebih bijak,  dia terus berjalan disekeliling ibu dan bapanya sebanyak 3 kali sambil berkata "Kamulah dunia saya,"

Parvati dan Shiva pun memberikan buah mangga itu kepada anak mereka,  Ganesh.

Apabila Murugan tiba,  dia pun marah la sebab dia macam kalah. So dia pun terus lari naik atas bukit sebab merajuk.

Haa sebab itulah kuil kuil Lord Murugan selalunya terletak di atas bukit.  Manakala kuil Lord Ganesh,  abang yang tua,  selalunya akan berada tidak jauh dari kuil Lord Murugan untuk protect kuil adiknya ini.

Begitulah kisah yang amat menarik sekali.  And Visha menceritakan pelbagai lagi kisah tentang pelbagai berhala yang dibina sepanjang tangga naik ke puncak kuil dan mengapa berhala-berhala ini dibina di sekian-sekian tempat.

Later on,  selepas semua pelajar settle dengan sesi sembahyang dan briefing di dalam kuil,  kami di bawa ke satu dewan makan di belakang kuil.  Katanya,  ada hidangan istimewa disediakan pada hari itu.  Macam kat masjid,  orang selalu sedekah nasi bungkus atau apa sahaja jenis makan untuk kenduri atau moreh,  so samalah kat kuil.  Hari hari ada sahaja orang akan hantar makanan untuk sedekah.  Cumanya,  makanan yang disedekahkan ke kuil selalunya adalah makanan vegetarian.

Hari itu,  kami makan nasi manis (nasi masak dengan susu dan halba),  satu lagi nasi i tak tau nama dia apa tapi macam berempah sikit and kacang kuda rebus dan air teh.  I like the nasi rempah.  Nasik manis tu i tak habiskan.  Sebab macam muak sikit.

Selepas makan,  Ms.  Kausi and Mr.  Balan (rakan staf USM) membawa saya sekeliling kuil dan memberikan saya private tour.  Depa cerita macam-macam.  Kisah-kisah dewa Hindu.  Butiran senibina dan cerita disebalik seni bina itu.  Memang sangat menarik.  Nanti kalau i jalan dengan anak-anak ayam I ka apa ka,  i boleh cerita kat depa semua juga.

At the end of the day,  kami semua sangat happy.  Saya tidak begitu ambil gambar dengan budak budak Gustavus sebab macam segan-segan lagi.  I tak selalu lepak dengan depa lagi.  Tapi i know,  depa ni semua gila gila juga.  Boleh jer masuk dengan kepala i.  Lepas bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada Dato Dr.  Anbala dan pegawai-pegawai kuil, kami semua pergi makan di Passion of Keralla,  New World Park,  Penang.  Oh...sedap sungguhla makan kat sana.  Aku paksa Kirsten makan dengan tangan.  HAHAHA

Kalau ampa mai Penang,  and orang Penang especially,  i sangat mengalu-alukan ampa mai melawat kuil ini.  Sebab selain mai bersembahyang,  ramai juga orang yang datang naik tangga hanya untuk bersenam.  Depa naik pakai kasut sukan lagi. Cuma apa kena pakai decentla.  Janganla naik jogging keliling temple pakai sports bra ADIDAS jer.  Feeling!

Kalau boleh datang dengan rakan beragama Hindu lagi best.  Depa boleh cerita macam-macam kat kita.  The more we know.  The more we can respect each other.

Okaylah,  sekian dahulu cerita I.  Lepas ni,  insya allah i akan ke Kuala Kangsar dengan budak budak ni pulak.  Nanti i story dengan u olls ya.

Love,
Jumie Samsudin

Here some of our pictures!

Yang duk tengah gambar ni,  nama dia Krystal.  Deni ratu selfie.

Miss Kausi yang ayu.





Abang yang berkain kuning tu,  dia la tok sami muda yang sembang dengan I.  :)


Dato' Dr.  Anbalakan baju merah hati di tengah sedang memberikan taklimat.

Kata-kata semangat yang ditaja oleh DIGI.

Selfie with Visha






Inilah kuil asal yang dibina pada tahun 1956.  Kuil ini sudah tidak digunakan lagi.  



























USM Dilanda Kemarau

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hello u olls semua.  Hari ini i nak share dengan u olls semua gambar-gambar yang we olls rakam pada Selasa,  11 Mac 2014 di sekitar kawasan Padang Minden,  Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang yang kini sedang kering dan menguning.  Yelah u olls,  dah berapa lama kita tidak menerima sebarang hujan.  Kalau tak salah saya,  dah hampir sebulan.

Bumi USM yang selalunya hijau dan ala-ala taman botani lani dah nampak macam gurun savana dah.  U olls pun tau kan,  kamilah satu satunya universiti di Malaysia ni yang mendapat gelaran Universiti In The Garden.  Sapa yang pernah mai USM (kampus induk) pasti setuju kenapa kami diberikan gelaran ini.

Saya dah kerja USM hampir 9 tahun,  kalau ada anak dah darjah 3 okay.  I dah faham sangat tentang pemandangan dan pokok-pokok yang hidup bersama kami kat sini.  Setiap hari saya masuk kerja melalui pintu Minden,  saya akan disambut oleh pepohon angsana,  semarak api dan cendana.  Bila masuk bulan 3,  pokok-pokok besar ini akan berbunga dengan banyaknya.  Tapi kali ini,  entahlah bila akan berbunga.  Air hujan pun takdak.  Macam mana putik putik bunga nak keluak.  :(

Tapi walaupun dilanda kemarau,  pemandangan USM masih indah untuk dilihat.  Jom tengok gambar-gambar yang dirakam oleh saya,  Chin Chin and Visha Logan.  Semua gambar dirakam menggunakan Canon Powershot A2200 dan bantuan monopod.  (I will review about monopod dalam artikel lain).


Click read more





Gambar Padang B Minden USM yang menguning.





Padang A Minden yang sedikit hijau kerana depa duk sprinkle air hari hari.  





Bukit di antara swimming pool USM dan Anjung Budi Cafe.



Jalan belakang Muzium USM.




Kasihan rumput rumput ni.  (Rumput di padang depan Gate Minden)





Kalau ampa buang perkataan USM tu and kata ni kat Africa mesti orang percaya.  



Selfie sat....#ehhhkkk




USM Hill.  Pokok-pokok ungu yang ditanam huruf-huruf USM ini disiram dengan air setiap hari.  Air yang meleleh jatuh ke bahagian bawah huruf-huruf itu membuatkan rumput di situ hijau.  The rest of the rumput kering.  :(



Rumput kat sini lebih kering (Lokasi depan Rumah Tetamu).




Pemandangan dari Rumah Tetamu USM.  



Pose meletops me and Chin Chin.  



Pokok angsana yang selalunya akan menguning dengan meriahnya bila menjelang April setiap tahun.  Tahun ni,  maybe tak sempat kot. :(



Keringnya......



Queen Visha ( deni pun wanita yang dipondankan juga).



The shadow.


Selfie menggunakan monopod.  Weeehuuu! Nanti i bagitau kat u olls monopod tu.


Kering kontang u olls!





Fierce Visha posing guna monopod aku.




Ehkkkk .....



OKay,  kami akui.  Memang terasa sedikit gatal apabila duduk di atas rumput kering yang tajam ini.



Rumput dwiwarna.  Satu dapat air.  Satu tak dapat air.


Sekali lagi kami pose dengan menggunakan monopod.



Chin Chin yang pasrah.






Oh langit...bila nak turun hujan?




Pompuan ni pun feeling nak pose jugak....(Menggunakan monopod juga)


Okaylah,  sedih kan tengok gambar-gambar ini.  Ini baru pemandangan area Bukit USM.  Belum lagi area RST dan area-area utama lain dalam USM.  Hope kita semua sama-sama berdoa agar bumi Malaysia dan terutamanya bumi Penang dan USM dilimpahi hujan untuk semua flora dan fauna yang hidup di sini.  Here are the screen capture dari laman web Jabatan Kajicuaca Pulau Pinang yang meramalkan hujan akan turun bermula Isnin sampai Khamis minggu hadapan.



Sekian,  jangan lupa doa ya!

Love,
Jumie Samsudin

Bomoh MH370

$
0
0
Assalamualaikum semua,

Kita mulakan dahulu artikel hari ini dengan memperingati saudara saudara kita yang masih hilang dalam pesawat MAS MH370 yang sudah hampir 5 hari hilang.  Macam-macam usaha yang telah dilakukan.  Macam-macam cerita yang disampaikan.  Macam-macam spekulasi yang ditimbulkan.  Tapi bayang MH370 masih tiada.

Masa nilah Allah uji kita semua. Sapa yang beriman dengan Tuhan pastinya dia berusaha dan bertawakal dengan ujian ini.  Bukan sahaja kepada mereka yang terlibat dengan usaha pencarian (pihak MAS,  kerajaan Malaysia dan lain-lain) dan keluarga penumpang,  kita semua yang menantikan kesudahan cerita ini juga sedang diuji oleh Allah.

Bercakap tentang kisah dan spekulasi,  saya berterima kasih kepada pelbagai pihak (u olls u olls) yang banyak menghubungi I kat wasssap dan FB untuk berkongsi teori dan macam-macam info berkenaan MH370.  Tapi saya memilih untuk mendiamkan diri dan tidak sebarkan maklumat-maklumat itu dalam FB and blog. Takut tersalah cakap,  ada hati hati yang terluka.  Paling takut,  satgi orang kata kita buat pandai pulak.


Tapi hat ni...............akak nak share jugak.  Dan akak nak kupas juga.  Pasai apa?  HAAAAAAAAAAAA!! PASAI BOMOH MH370.

Click Read More



Pagi,  Selasa 11 Mac.  Akak sibuk kat office.  Tapi sekilas lalu,  akak mengambil kesempatan membaca FB and Twitter notification.  Semua duk sibuk cakap BOMOH MH370.  Apa tu?  And then i saw the video on Youtube.

)

Teruih i post dalam FB I dengan status  "Sebagai rakyat Malaysia,  saya amat malu dengan perkara ini.  Sekian."

Ramai orang yang bersetuju dengan pendapat I olls.  Namun ada juga yang berpendapat bahawa,  at least lelaki yang dikenali sebagai Ibrahim Mat Zin,  Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP,  memberikan inisiatifnya sendiri untuk membantu.

Tapi,  kalau dia betul dia ikhlas nak membantu kerana Allah,  kenapa dia perlu buat kat KLIA?  Kenapa dia tak buat kat rumah dia,  mana-mana lokasi tertutup,  mana-mana lokasi dekat dengan laut ke apa ka untuk buat ritual ini.  Jauh dari orang ramai.  Jauh dari pihak media.  And bila dia dah ada maklumat terkini,  pi la share dengan pihak PDRM / TUDM / TLDM.

Pasaipa nak kena buat depan orang ramai macam ni?  Ini semua sebab nak publisiti murahan u olls.  Cara bomoh ni bercakap masa diwawancara amatlah yakin dan jelas.  Dia macam nak promot diri dia.  Orang Malaysia memang suka cari bomoh u olls.  So pakcik sah sahla nak dapatkan iklan percuma.

En.  Khafi ada tengok wawancara yang dibuat oleh TV3 dengan seorang pakar dalam misi pencarian dan insan ini terlibat dalam pencarian helikopter NURI yang terhempas di Malaysia dahulu.  Sorry i tak tau apa nama orang tu sebab masa i tulis blog ni En.  Khafi takdak and i malas nak call dia and tanya.  Tapi dalam wawancara itu,  komander (yang terlibat dalam misi pencarian helikopter NURI) itu mengakui yang mereka menggunakan khidmat 'halus' sebagai bantuan.


Bantuan 'halus' dalam erti kata lain adalah dengan menggunakan ilmu ilmu 'putih' yang berlandaskan agama Islam.  Memang dalam agama kita ada cara rawatan bomoh bomoh ni.  Tapi kena betul betul guna ayat Al Quran.  Sebarang tambahan unsur seperti buah nyok dan teropong alfonso tu semua dah kira kurafat.

I tulis balik dialog ni (berdasarkan yang Khafi cerita kat I) "Kami lalu kat kawasan tu lebih dari 3 kali.  Tapi kami tak nampak apa-apa pun.  Tapi lepas kami berdoa kepada Allah dan meminta sedikit 'bantuan',  barulah Allah 'buka' mata kami dan akhirnya kami jumpa mangsa helikopter tu...."

Untuk pengetahuan kalian semua, helikopter NURI yang hilang tu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sungai Besi nak ke Kuantan,  ambil masa 5 hari untuk jumpa dalam ketebalan hutan di area Genting Sepah.  Dengan bantuan-bantuan cara halus ni baru Allah izinkan untuk kita hulurkan bantuan.

Inikan pula kapal terbang besar gedabak yang hilang di tengah tengah laut!!!  Ni semua Allah nak duga kita.  Kita baguih punya duk bangga dengan kecanggihan Google Street and Google Maps yang boleh tengok sampai orang duk berak tepi kereta api.  Nenjia,  dia bagi hilang SEKELIP sahaja,  kita langsung tak boleh buat apa dah.  Pusing sana sini,  teleskop UN semua habis tengok apa pun tarak. Dah terbukti dah siapa lani paling berkuasa kat bumi Dia ni?

Jauhnya aku terpesong,  motif aku kaitkan cerita ini adalah,  tak salah kalau kita nak gunakan bomoh dalam usaha pencarian ini.  Memang terbukti orang lain pun dah pernah buat.  Dengan syarat kita kena buat dengan ikhlas dan kita buat dengan cara yang betul.

Okay dah dah!  Aku tak mau dah tulis benda benda siries ni semua.  Satgi aku silap cakap mampuih kena maki ka apa ka.  Tapi harap sangat ada pihak berwajib ambil tindakan sikit kat geng geng pakcik BOMOH VIP ni. Gila buat malu wehssssssssssssssssssssss!!

Aku macam bangga bila semua rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama bersama-sama menjalankan doa beramai ramai untuk membantu pencarian ini,  Muslim,  Sikh,  Buddha.  Bangga kot nak tunjuk kat dunia,  negara kita punya diversity!  Tapi bila mai buah nyiok ni....aku jadiii serr teruih.

Tapi ni ada beberapa point penting aku nak kutuk kat gang depa ni  (HAHAHAH stail mengaku nak kutuk teruih)  :





  • Pasaipa orang Melayu kalau nak convince orang kena pakai kot? Makcik tu pun feeling pakai kot.
  • Please jangan kaitkan labu sayung yang depa gunakan ini dengan  labu sayung yang i olls letak dalam blog akak tidak lama dulu.

  • Mamat yang duk belakang sekali atas tikar tu muka dia siki sikit macam Saiful Bukhori.
  • Kalau ampa semua tanya,  sapa yang bagi idea ni semua?  Akak rasa,  idea ni semua mai dari makcik yang pegang labu sayong tu.  Dia sengap saja.  Tapi orang yang sengap ni kita tak boleh percaya.

  • Pakcik ini menggunakan buah nyok (kelapa) kerana teka teki yang amat popular iaitu dunia apa yang lautnya di dalam.  Jawapannya  :  kelapa la.  
And here i want to share some of the FUNNIEST pictures i found on internet when i googled "BOMOH MH370 PARODY".

KOMIK




DO RE MI



PENTIRU


 




INI GAMBAR BETUL (BUKAN EDIT)



.
.
.
.
.
.
.
.
dan yang ni paling lawak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Anyway,  sebelum i akhiri artikel ni,  i nak minta maaf kepada hati hati yang mungkin tersinggung dengan penulisan ini.  Hala.....sedang satu Malaysia bersedih,  sedang semua menteri duk raplah,  kita duk gelak gelak  kat tok moh.  

Sudah sudah.  Kita focus balik u olls.  Perbetulkan saf.  Sucikan diri dengan wuduk.  Kita teruskan berdoa.  Jangan persoalkan benda benda yang kita tak pernah buat.  (Ini untuk orang yang duk kutuk kata kerajaan kita bodoh dan tak reti buat pencarian).  Terima kasih kepada semua orang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pencarian ini.  Kepada keluarga MH370,  dont lose hope.

Love u olls,
Jumie Samsudin
10.10 pm on 13 March 2014

Ake Kholi Ho Ya Hopen........

Kuala Kangsar Field Trip with The Gusties

$
0
0
Hello semua,

Kalau ampa baca blog akak tempoh hari,  i ada pi Waterfall Temples bersama-sama dengan para pelajar Amerika dari Gustavus Adolphus College Minnesota.  Dua hari lepas,  sekali lagi saya berkesempatan untuk join mereka ke lawatan kerja lapangan  di Kuala Kangsar Perak.

Lokasi yang kami lawati adalah Win Craft,  Kampung Kuala Bendang,  Sayong untuk melihat usaha pembuatan labu sayung,  Galeri Sultan Azlan Shah untuk melihat dan mempelajari tentang institusi Kesultanan Perak,  Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom di mana bangunan pentadbiran sekolah ini pernah menjadi rumah penulis / komposer Anthony Burgess dan akhir sekolah melawat MCKK.

Lokasi yang dipilih untuk lawatan kerja lapangan ini adalah berdasarkan kepada penulisan Anthony Burgess dalam The Malayan Trilogy yang digunakan oleh para pelajar Gustavus dalam modul Living Diversity.


Jom baca cerita penuh.  Click read more


Win Craft,  Kg.  Kuala Bendang,  Sayong,  Kuala Kangsar
  • Abang Win atau nama sebenarnya En.  Ridzuan merupakan generasi ketiga dalam keluarganya yang mengusahakan kraf labu sayong secara tradisional.
  • Perusahaan Labu Sayong menurut kajian telah dimulakan sejak kurun ke 15.
  • Tanah liat untuk membuat labu Sayong diambil dari kawasan tebing sungai di Kg.  Kuala Bendang ini sendiri.  Satu guni tanah liat boleh dibeli daripada pemilik tanah lebih kurang RM6.
  • Tanah liat dari kawasan lain tidak sesuai digunakan untuk pembuatan labu sayong ini kerana kualitinya.
  • Tanah liat di Kg.  Kuala Bendang mempunyai COP SIRIM kerana kualiti tanah liat yang amat baik.
  • Kami memang suka mai kat sini sebab Galeri Win Craft terletak di tengah Kg Kuala Bendang.  Kena lalui kawasan perkuburan dan beberapa rumah kampung baru jumpa galeri.  Untuk orang-orang bandar dan juga orang Amerika,  ini adalah satu peluang yang menarik.  Bas rombongan pun boleh masuk sampai dalam.
  • Selain labu sayong bentuk tradisional dengan warna hitam/cokelat,  Win Craft juga menjual pelbagai jenis pasu hiasan yang cantek cantek dengan harga yang amatlah murah. Labu sayong tradisional berharga RM12 sahaja (yang besar).  The rest of the pasu pasu adalah dari RM5 ke atas.
  • Saya beli satu labu sayong warna hitam size 2 litre.  Saya nak buat bekas minum air kat pejabat.  Biar orang tengok saya rasa bergerun sikit dan berkata "Giler Kak Jumie minum air guna labu sayong...ni dah tahap Mona Fendi ni,"
  • Nota kaki  :  Sebelum nak guna, kena rendam dulu selama 3 hari.  Lepas tu baru boleh bubuh air utk diminum.  Jangan ambil yg warna tanah tu sbb airnya nti terasa tanah.  Ambil yang hitam kerana sudah dibakar dalam sekam padi. - Sumber deekuntum.blogspot.com
  • Para pekerja / pembantu Abang Win memang mesra dan boleh cakap basic English.  Abang Win pun baik dan mesra orangnya.
  • Kata Abang Win,  dia tak perlu tutup dan simpan semua pasu pasu yang disusun di galeri terbukanya.  Tidak ada orang kampung yang pernah mencuri pasunya.  Gila meletops kot real kampung life.
  • Win Craft juga menyediakan kemudahan kepada para pengunjung untuk memcuba membuat pasu secara percuma.  Saya cuba untuk buat satu pasu.  GILA SUSAHHHHHHHHHHHHHHHHHH.......okaylah...i redha la gunakan jari jari i ni untuk keyboard laptop sahaja.
  • I olls berkesempatan membawa Provost,  Gustavus Adolphus College,  Prof.  Mark J.  Braun berjalan-jalan ke beberapa kawasan berdekatan dengan galeri Win Craft.  Saya tunjukkan beberapa jenis pokok kampung yang tumbuh dengan subur di sepanjang jalan itu.  Dia macam pelik sebab i tau banyak benda "Are u a botanist Jumie?"
  • Untuk kalian yang berminat untuk membuat lawatan ke Win Craft sila hubungi  : 
Win Kraf
117, Kg Kepala Bendang
Sayong, Kuala Kangsar, Perak.
No. Tel: 012-561 5524 (Wati) atau 012-561 5581 (Win)








Galeri Sultan Azlan Shah

  • Galeri diraja ini menempatkan barangan,  gambar dan juga cenderahati koleksi DYMM Sultan Perak dan keluarga untuk tontonan para pengunjung.  
  • Boleh baca pasai sejarah bangunan yang digunakan untuk Galeri ini di sini  :  GALERI SULTAN AZLAN SHAH
  • Saya sangat bangga untuk share info dengan para pelajar Gusties bahawa DYMM Tuanku Siti Bainun binti Mohd. Ali ialah seorang Georgian.  Yes,  dia pergi ke sekolah St George Girls's School macam saya :)
  • Untuk kalian yang berminat untuk membuat lawatan ke sini,  boleh hubungi maklumat berikut untuk perancangan seterusnya  :
    Galeri Sultan Azlan Shah
    Alamat:Bukit Chandan , 33000 Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan
    Telefon:605-777 5362
    Fax:05-7774957
    Email:gsas@perak.gov.my
    Website URL:http://gsas.perak.gov.my/





Lunch di Riverview Cafe @Resthouse Kuala Kangsar

  • Kami makan lunch kat sini.  Pemandangan dia memang cantek iaitu boleh nampak sungai.  Sebab tu la nama dia Riverview Cafe.
  • Ada kemudahan tandas dan juga surau.
  • Masakan dia oleh Chef Mohd Azmir Zainal adalah amatlah sedap.  Siriesly,  memang tepat sungguh pilihan Dr.  Rashidi and Mr.  Balan.  Menu yang disajikan adalah makanan kampung,  rendang ayam,  gulai daging,  ikan masak sweet sour,  kerabu perut lembu and tauge  sayur goreng,  ulam ulaman,  sambal belacan,  nasi putih,  air ais kosong,  air sirap,  coffee,  tea,  pudding roti and castard.  Semua Rm20 je satu kepala.  Puas hati sangat.
  • Ampa boleh buat tempahan kat sini  :
Riverview Cafe @ Resthouse
Jalan Bukit Kerajaan
33000 Kuala Kangsar Perak
05-776676- / 012-5399760

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom
  • Sekolah menenangah (all girls) ini adalah salah satu sekolah berprestij di negeri Perak.  
  • Bangunan utama untuk pentadbiran sekolah ini digunakan pada zaman dahulu sebagai asrama MCKK (Malay College Kuala Kangsar).
  • Bangunan ini juga pernah dijadikan residen untuk Anthony Burgess,  pernah menjadi seorang guru di MCKK and dia seterusnya menjadi penulis dan komposer terkenal di England.
  • Ampa boleh baca pasai Anthony Burgess kat sini  :  http://en.wikipedia.org/wiki/Anthony_Burgess
  • Kami beramai-ramai dijemput oleh para guru yang menyambut kami untuk naik ke menara tinjau di atas sekolah tersebut.  Menara tinjau ini merupakan puncak tertinggi di Kuala Kangsar.  Memang best naik atas ni.  Walaupun panas tapi kami sakan duk selfie.
  • Orang ramai juga boleh meminta kebenaran pihak sekolah untuk naik ke menara tinjau ini.  Boleh hubungi pihak sekolah untuk makluman awal. 

SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM
33000 KUALA KANGSAR, PERAK
No. Telefon: 05-7761516    
No. Faks: 05-7777458
Alamat e-mel: AEE4071@1bestarinet.yes.my




Malay College Kuala Kangsar

  • Destinasi terakhir kami untuk hari ini disambut oleh guru-guru dan para pelajar MCKK yang segak berbaju Melayu warna hitam.
  • Emcee untuk majlis taklimat kami hari itu ialah seorang pelajar form 3 berusia 15 tahun.  Nama dia Aniq.  Dia cakap English memang best gila.  I rasa terpegun.
  • Para pelajar membuat persembahan slide show video yang menarik menceritakan latar belakang dan kejayaan sekolah berprestij ini.
  • Upacara petang itu juga disertai oleh Dato Arif yang juga seorang alumni MCKK.  Dato Arif bersekolah di MCKK pada zaman Anthony Burgess menjadi guru di sini.  Beliau menceritakan pelbagai kenangan pahit manis yang boleh dikongsikan bersama kami semua.
  • Para pelajar Gustavus amat berminat dengan kunjungan ini dan mereka membuat banyak pertanyaan kepada para guru,  Dato' Arif dan para pelajar.
Di akhir taklimat ini,  akak pergi bersapa dengan Dato' Arif.  Dia pun terkejut dan kata "Laa u Melayu ka? I thought u are American Samoans," GITUUUUUUUUUUUU!






Okay,  so ampa boleh tengok gambar-gambar kami semua kat Facebook saya di sini  :  

Love,
Jumie Samsudin

Monopod Camera with Handphone Holder

$
0
0
Hello u olls,

Just nak share dengan ampa gadjet paling bagus yang akak beli tahun ni and akak sangat sangat rekemen untuk ampa semua beli.  I olls beli benda ni sebab ujung bulanni nak pi bercuti dengan En.  Khafi.  Bukan sahaja untuk memudahkan selfie malah memudahkan kami berdua untuk ambil gambar tanpa susah susah suruh orang tolong ambil.

Me in action. Gambar ehsan : Jenna King

Specification and Features

  • Self - Takung Camera Stand
  • Hassie-free solution to narrow lens or self taken photography
  • Take couple/ group shots without the need for passerby's help and as much as you like
  • Portable-lightweight,  retractable.
  • Easy mount on.
  • Adjustable angle and lenght
  • Compatible with standard digital compact cameras
  • Approximate specifications  :
  • Lenght 22-94 cam (adjustable)
  • Weight 110g
  • Available : Black Colour
So lepas dapat benda ni akak pun dah pakai la.  Untuk camera digital and also handphone.  Ampa skru gadjet ampa kat monopod ni and set timer.  Satgi ampa hulok ja ke depan.  Pastu taraaa.......dapatlah ampa amik gambar cantek siap nampak pemandangan lagi.

Ini beberapa gambar yang akak amik dengan monopod!








 Memang berbaloi beli Monopod ni.  Hanya RM60 termasuk penghantaran.  Kalau ampa berminat,  boleh PM kat sini  : Facebook Noor Jennita Jeune or call / Wassap to +60 18 403 0699

Buddhism Field Trip Around Penang with The Gusties

$
0
0
Hello semua,

Semalam saya bersama-sama pelajar Gustavus melawat 3 lokasi penting untuk penganut agama Buddha di Pulau Pinang. Kuil Mahindarama yang terletak bersebelahan dengan Kolej Han Chiang Penang, sebuah kuil Buddha Sri Lanka. Kemudian kami pergi ke Kek Lok Si Penang dan terpana dengan kuil Dewi Kuan Yin yang terbesar di Asia Tenggara. Kami juga berpeluang untuk melihat kecantikan Pulau Pinang dari puncak Pagoda. Dan akhir sekali kami melawat sebuah sanctuary untuk sami Buddha untuk bermeditasi dan belajar di sebuah lokasi yang amat terperosok di Bukit Erskine.



Jom baca cerita penuh



Mahindarama Buddhist Temple
  • Kuil Buddha Sri Lanka ini terletak di 2, Kampar Road,  10460 Penang, Malaysia dan terletak amat dekat dengan kawasan kampung Kebun Lama yang terletak di Langkawi Road Penang iaitu kampung saya dibesarkan.  Dah berpuluh tahun akak duduk situ,  akak tak pernah masuk dan tengok pun kuil Buddha ini dari dalam.
  • Pokok Bodhi yang terletak di hadapan kuil ini dikatakan tumbuh daripada hasil benih pokok Bodhi yang menjadi tempat Buddha menerima 'enlightenment' nya yang pertama di Bodhgaya,  India.  Namun,  pokok Bodhi yang wujud hari ini mungkin berbeza dengan pokok yang menjadi tempat Buddha bermeditasi 2500 tahun yang lalu.
  • Lukisan dalam kuil ini semuanya cantek-cantek dan dilukis oleh para sami yang dibawakan khas daripada Sri Lanka.
  • Nama kuil Mahindarama diambil daripada dua perkataan Pali iaitu Mahinda dan Arama.  Mahinda ialah nama salah seorang putera Raja Asoka India yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran agama Buddha di sekitar Sri Lanka (dahulunya Tambapanni) lebih kurang 2 ribu tahun yang lampau.  Manakala perkataan Arama pula bermaksud tempat suci ataupun sanctuary.  
  • Kuil Mahindarama ditubuhkan oleh ketua sami dari Sri Lanka bernama The Venerable A. Pemaratana Thero.  Dia mengumpulkan beberapa pengikut agama Buddha kawasan Batu Lanchang dan dengan bantuan seorang lelaki Sinhala bernama M.V. Gregory,  mereka membeli sebuah tanah di kawasan Counter Hall (Area Jalan P Ramlee sekarang).  
  • Namun,  akibat daripada masalah banjir yang sering berlaku di kawasan Counter Hall ini (sampai lani kot),  kuil ini berpindah ke Kampar Road pada tahun 1921 dan siap dibina dan dirasmikan pada hari Wesak tahun 1933.  
  • Sumber  :  Penang-traveltips.com






Kek Lok Si Temple,  Penang
  • Kali terakhir saya mai Kek Lok Si adalah ketika berusia 10 tahun.  Mak aii after 19 tahun baru mai balik walhal rumah saya sangatlah dekat dengan Kek Lok Si (rumah saya area Chung Ling High School).
  • Kek Lok Si dalam bahasa Hokkien (dialek Cina yang digunakan di Penang) bermaksud "Temple of the Supreme Bliss".
  • Kalian yang ingin berkunjung ke sini boleh mendaki ke puncak temple dengan berjalan kaki ataupun menaiki kereta.  
  • Kuil ini adalah lokasi MUST VISIT locations in Penang and merupakan lokasi kuil Buddha terbesar di ASIA TENGGARA.
  • Sebuah patung tembaga Dewi Kuan Yin siap dan dibuka untuk orang ramai pada tahun 2002.  Ketinggian patung ini adalah 30.2 meter.  Memang sejak dahulu lagi,  orang Penang memang tahu kat situ memang terletak sebuah patung Dewi Kuan Yin yang bewarna putih.  Saya ingatkan mereka salut patung itu menjadi tembaga.  Tetapi tidak,  akibat daripada kebakaran yang berlaku tidak lama dulu,  patung Dewi Kuan Yin berwarna putih itu (diperbuat daripada batu simen) telah digantikan dengan patung tembaga ini yang jauh lebih besar.  Bahagian patung yang lama masih diletakkan berdekatan dengan patung tembaga yang baru.
  • Kalau nak naik Pagoda,  ampa kena bayar RM2.  Memang cantek taman bunga kat sini.  Macam kat Cameron Highlands i rasa.
  • Kalau nak naik tengok Dewi Kuan Yin kena bayar RM5 dan naik lift.  Kalau nak hike,  tak payah bayar.  
  • Seni bina Kek Lok Si Temples menggabungkan pelbagai seni bina agama Buddha serta elemen kepercayaan masyarakat Tiong Hwa.  Di taman berdekatan Dewi Kuan Yin,  terdapat patung patung mewakili zodiak Cina.  Mr.  Hor,  guru agama Buddha untuk module ini bertanya kepada akak "Jumie,  what year you born in?" I pun jawab "Ox sir," And he replied "WOW...u are hardworking person,".  Pastu Prof.  Steve pun terus sambut dan berkata "Yes,  she is very hardworking...." AKAK PUN RASA MACAM KEMBANGGGGGGGGG SETAMAN!
  • Sumber  : Penang-traveltips.com









Boddhi Heart Sanctuary

  • Boddhi Heart Sanctuary adalah sebuah lokasi meditasi dan pusat pengajaran dan pembelajaran untuk sami sami Buddha.  Namun,  segala kemudahan yang terdapat di sanctuary ini juga dibuka kepada orang ramai dari agama yang berlainan juga dibenarkan untuk membuat aktiviti pembelajaran dan meditasi di sini.
  • Mr.  Hor,  pensyarah jemputan untuk topik Buddha dalam modul Religious Experience merupakan salah seorang pengurus di Boddhi Heart Sanctuary.
  • Untuk masuk ke kawasan Boddhi Heart Sanctuary ini,  kita perlu melalui kawasan perkuburan yang usang dan agak menakutkan.  Tapi bila sampai kat pejabat urusan BHS,  ampa akan terpana dengan kecantikan susunan pokok dan alam floranya.
  • Oleh kerana kecantikan pemandangannya,  ramai juga photographer yang ke sini untuk ambil gambar pengantin.  Tapi pengantin Melayu tak ada lagi,  mungkin lepas ni pasti akan ada.  Depa tak kisah :)
  • Para pelajar termasuk saya mengambil kesempatan untuk berehat di sini setelah seharian berjalan ke sana sini dalam cuaca yang amat panas.  Memang best!
  • Sumber  :  Penang-traveltips.com






Okay,  so ampa boleh tengok gambar-gambar kami semua kat Facebook saya di sini : Buddhism Field Trip Around Penang with The Gusties

ps/ In case ampa wondering awat gambar orang putih yang banyak...depa duk main camera aku sebab suka monopod aku pakai.  Kalau berminat nak beli monopod, boleh contact kat sini : Monopod Camera with Handphone Holder

Love,
Jumie Samsudin

Big Bad Wolf Coming to Penang Again! (2014)

Jambatan Kedua Pulau Pinang

$
0
0
Hello semua,

Orang Penang dan kawasan yang sewaktu dengannya, sapa yang dah try naik jambatan ni? Jambatan yang menjadi kebanggan orang Penang ini mula dibina pada tahun 2007 dan siap pada tahun ini.  Dirasmikan oleh PM Najib pada 1 Mac 2014.

Sebelum jambatan ini dirasmikan dan dibuka untuk orang ramai,  saya tengok ramai kawan-kawan saya duk pi kat sini malam-malam and pose gambar elok elok bubuh kat FB and IG.  Jeles okay.  So akak pun feeling la tulis kat Facebook,  saya yang sudi bawak akak pi amik gambar kat atas jambatan tu?  Sekali nenjia,  salah seorang kenalan akak yang bekerja dengan syarikat JK2PP terus faks akak jemputan ke majlis perasmian jambatan tersebut.  GILAAAAAAAAAAAAA!  Akak rasa separas dengan Datin Seri Rosmah Mansor terus.  *cium pipi 2 kali

Gambar ehsan  :  http://www.mauhorng.com/

click to read more


Tapi akak tidak attend majlis perasmian itu kerana pergi berjimba dengan rakan-rakan akak (reunion gitu).  Tapi after a few weeks later,  on the weekend,  akak dan En.  Khafi pun membawa anak menakan kami pergi naik JK2PP.  Sayangnya dah tak boleh berhenti dah untuk bergambar kat atas tu.  Melainkan hang ada Agong ataupun Sultan Brunei.

Nama rasmi untuk jambatan ini ialah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bersempena nama Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sepatutnya,  dalam perancangan awal,  depa nak bina satu kawasan rehat (berbentuk bulatan) and menara tinjau untuk para pengunjung yang menggunakan jambatan ini,  tapi sebab nak cut cost,  ciri ciri ini tidak dibina pada jambatan tersebut.  Kos untuk membina seluruh projek ini adalah RM 4.5 bilion.

Jambatan ini adalah sepanjang 24 km ataupun 15 batu lebih kurang dua kali ganda daripada jambatan pertama.  So,  memang akan amik masa yang agak lama sedikit la kalau naik jambatan ini.  And i have to say,  dua lane di atas sebelah jalan jambatan ini rasa macam kecik sahaja.  Tapi ia memiliki lane asing untuk penunggang motosikal.

Okaylah jom tengok gambar akak ambil  :


Fathiah muka suuurr....

















Review Movie : Silver Linings Playbook

$
0
0
Hello ampa semua,

Dah lama i olls tidak membuat review pasai movie best yang i olls tengok.  Yes,  i suka tengok movie.  Tapi not pergi tengok kat wayangla.  I dont really suka pi tengok tengok wayang ni.  Kecuali movie yang i memang suka nak follow la.  Macam Hobbit.



Selalunya i akan suka tengok filem best best dalam HBO dan Fox Movies.  Dengan kemudahan Astro yang boleh merekod ni.  I rasa macam lebih best dan mudah.  Boleh rekod bila bila pun nak tengok balik.

So hari ni I nak share dengan ampa cerita yang mendapat banyak anugerah dalam Oscar untuk tahun 2013 iaitu Silver Linings Playbook.  Jom baca panjiang panjiang.

Click Read More

Sinopsis Cerita
  • Pat Jr.  (Bradley Cooper) baru keluak daripada hospital gila.  Dia kena duduk dengan mak dan bapak dia dalam tempoh percubaan ini.  Sebenarnya,  dia tak berapa sihat pun lagi.

    Pakcik yang jadi doktor dalam cerita ni selalu berlakon gambar Hindustan jadi bapak Shah Rukh Khan.

  • Dia masuk hospital gila sebab dia ada penyakit bipolar disorder.  Orang yang bipolar ni kalau dia bercakap dia tak berhenti.  Actually dalam kes Pat Jr ni adalah dia telah memukul seorang lelaki yang berasmara dengan isterinya sampai laki tu setengah mati.

  • Selepas kejadian itu,  Pat Jr.  kena masuk dalam hospital gila dan dia tak boleh dekat dengan isteri dia lagi.  Isteri dia pun dah blah dah dari rumah depa.


  • Bila dia balik duduk dengan mak dan bapak dia,  dia actually masih nak cuba untuk berbaik dengan isteri dia iaitu Nikki.  Dia eksesais hari hari dan dia baca buku buku yang digunakan oleh isterinya (seorang guru) untuk kelas di sekolah.  Macam-macam lagi yang dia buat yang menunjukkan yang dia masih tak boleh lupakan isterinya.

  • Then one day, melalui kawan baik dia,  dia mengenali Tiffany (Jennifer Lawrence).  Tiffany ni pun ting tong juga.  Dia baru kehilangan suaminya dalam satu kemalangan jalanraya.  So dia jadi macam sunyi macam mana ka,  dia pernah buat sex dengan 17 orang.  Gila dak??


  • Tifanny pun duduk dengan family dia (tapi rumah berasingan) sebab setiap hari dia perlukan perlindungan kerana ramai lelaki akan mai cari dia kat rumah.  Sebabnya,  bila Tiffany sunyi,  dia akan main SMS dengan lelaki lelaki yang tak dikenali.  Luahkan perasaan rindu dan berbaur seks,  so lelaki tu semua akan mai cari dia.  Padahal dia takdak perasaan apa pun kat depa tu.  Tapi memang kalau silap hari bulan,  Tiffany memang mampu membuat seks secara rambang dengan mana-mana lelaki.



  • Pat nak berkawan dengan dia sebab Tiffany janji nak tolong pass surat dia kat isterinya Nikki.  Dan kalau boleh Pat nak tunjukkan yang dia betul betul dah berubah dan kembali hidup bersama.  Oleh itu,  Tiffany buat satu perjanjian,  kalau dia nak Tiffany pass surat kat bini dia,  dia kena masuk pertandingan menari dengan Tiffany.  Tanpa fikir panjang,  dia pun terima tawaran itu.

  • Setiap hari depa praktis.  Pat pun memang sedikit sebanyak banyak habiskan masanya untuk focus pada training sampai bila balik rumah dia jadi letih dan tak buat benda benda merepek.


  • Pada suatu hari,  Pat minta kebenaran kat Tiffany untuk keluar pi tengok game football dengan family dia.  Dia kata dia tak mau praktis menari la hari tu,  Tiffany pun membenarkan.  Tapi apa yang berlaku,  Pat dan abangnya terlibat dengan pergaduhan.  Benda ni kiranya membuatkan keadaan jadi lagi teruk la.




  • Masa depa semua duk bergaduh kat rumah,  Tiffany pun mai menyampuk.  Dia buktikan kat mak dan bapak Pat bahawa Pat adalah lebih GOOD LUCK kalau dia bersama dengan Tiffany.  Dia bagi banyak point dan contoh.  Dari situ,  bapa Pat terus yakin dan membuat perjudian parlay.


  • Parlay ialah perjudian yang melibatkan dua pertaruhan.  So dua pertaruhan itu adalah,  pada perlawanan football akan datang,  pasukan kegemaran depa akan menang lagi,  dan Pat dan Tiffany perlu dapat markah at least 5/10 untuk pertandiangan tarian yang depa masuk.  Kalau dua dua pertaruhan itu mengena,  bapa Pat akan menang besar.  Dan kalau salah satu tidak mengena,  bapa Pat akan kerugian besar juga.



  • Tibalah pada malam pertandingan menari itu,  Pat dan Tiffany pun dah ready semua.  Nikki,  isteri Pat pun dah janji nak mai tengok pertandingan itu.  Oleh itu,  masa depa sampai kat dewan,  Pat terus hilang pi cari Nikki bila dia ternampak kelibat isterinya itu.
  • Masa tu,  Tiffany frust gila la.  Dia terus rasa macam tak mau masuk pertandingan tu dah.  Masa tu boleh nampak muka dia macam frust gila kat Pat.



  • Tapi macam mana ka,  Pat mai pujuk Tifany and depa pun menari.  Depa menari macam serr ja pun.  Macam lawak pun ada.  Tapi yes!  Depa dapat 5/10.  And malam itu,  pasukan football kesukaan depa pun menang!  Maknanya,  bapa Pat menang besar malam itu!

Watak-watak

  • Bradley Cooper as Patrick "Pat" Solitano, Jr.
  • Jennifer Lawrence as Tiffany Maxwell
  • Robert De Niro as Patrizio "Pat" Solitano, Sr.
  • Jacki Weaver as Dolores Solitano
  • Anupam Kher as Dr. Cliff Patel
  • Chris Tucker as Danny McDaniels
  • Julia Stiles as Veronica
  • Brea Bee as Nikki Solitano
  • Shea Whigham as Jake Solitano
  • John Ortiz as Ronnie
  • Paul Herman as Randy
  • Dash Mihok as Officer Keogh

Why i Like This Story?
  • Dah lama tak tengok cerita cerita cinta komedi yang betul betul umphhss!  Memang patut lah drama ni menang banyak anugerah.



  • Lakonan Jennifer Lawrence and Bradley Cooper memang best.  Dua dua orang mempunyai rupa yang handsome dan cantek tapi cara depa bawa watak tu,  depa langsung ketepikan rasa lawa/kacak depa.  Depa memang let go perasaan itu.  Orang cantek,  dia memang ada attitude dia.  Sebab tu,  ada setengah orang dia tak cantek,  tapi kita suka tengok dia dan kita rasa dia cantek.  Betul tak?  Yang tu ampa kena mai berguru dengan I.



  • Lakonan realism depa memang menjadi.  Tak taula berapa kali depa praktis untuk dapatkan perasaan itu.  I memang suka.  Especially bila ada scene depa kelangkabut kat rumah.  Memang rasa macam betul betul kat rumah.  Cakap tunggang tebalik.  Hang nak cakap,  aku nak cakap.  Bukan macam drama RTM.  Hang cakap dulu...baru dia cakap.  In real life mana ada lagu tu kan!

  • Cerita ini memberikan pengajaran kepada kita,  sometimes kalau kita gila dan kita nak jadi tidak gila,  kita perlukan orang yang gila bersama-sama dengan kita.  Baru kita boleh jadi tidak gila.  Orang zaman sekarang,  bila dia gila dan dia tak mau jadi gila,  dia akan bersungguh sungguh untuk cari orang yang tidak gila.  Dan keadaan itu akan menyusahkan lagi keadaan kerana hanya orang gila yang boleh faham orang gila.  U faham bahasa bangsawan i?

  • Orang gila pun ada perasaan.



  • Ini adalah teori kisah cinta yang biasa kita dengar tapi kita tak boring untuk kita ulang banyak kali,  kadang-kadang kita tak perlu kejar cinta kerana cinta yang sebenarnya ada depan mata kita.  Gitu!

  • Kadang-kadang kita rasa kita cinta seseorang tu,  kita buat macam-macam usaha untuk buktikan yang kita cinta kat dia.  Tapi kalau dia tak cinta kat kita,  macam mana hang buat pun tak akan menjadi!!  This is always happen dalam dunia kita.  Ramai wanita yang sanggup buat macam macam pengorbanan untuk si lelaki.  Korban keluarga.  Hilang kawan-kawan untuk bersama dengan lelaki tu.  Tapi one day,  laki tu akan tinggal dia macam tu sahaja.  Kalau orang tu dah memang meant to be for u.....hang buatla apa pun...jodoh tu akan tetap ada kat situ.


  • Cerita ni best.....sebab i menangis!  HAHAH okay thanks bye.
Itulah sahaja yang i nak share dengan ampa semua.  Please please please ampa yang tak tengok lagi cerita ni pi beli DVD ataupun download cerita ni.  Sapa sapa yang ada Astro Movie,  pi check Astro Guide.  Sediakan keropok ubi pedaih dan tuala.  Kot kot la ampa pun menangis.

Love,
Jumie Samsudin

Catatan Malam Ini

$
0
0
Nak catat apa malam ini?

Hanez Suraya
Tak baik nak kata ni.  Tapi nak kata jugak.  BARU ADA AKAI!!  Dia telah dilucutkan daripada menjadi duta produk Aura White.  Bagi akak,  ini tindakan yang amat bagus yang dilakukan oleh syarikat ini.  Pi mana-mana laman sosial / website,  semua orang duk kutuk Hanez Suraya.  Aurawhite pun kena tempiasnya.  Kalau i jadi big boss Aurawhite,  i pun jadi radang apabila orang tulis "AUTAWHITE" kat muka Hanez Suraya.  Akak tidak mempunyai sebarang perkataan akademiah yang sesuai diberikan kepada Hanez Suraya mangkok memalukan jenerasi wanita ini.  Kita just wait and see la.  To Aurawhite,  sorryla i terpaksa tolak pelawaan dan offer u olls untuk bagi contract duta AuraWhite kat i.  Sebagai wanita Venezuela,  i bangga dengan warna kulit ala-ala tanned ni.




Click here to read more


#PrayforMH370
Ketika menulis artikel ini,  kita masih tidak tahu sama ada debris lebih kurang panjang 24 meter yang berada di lautan Hindi itu adalah milik MH370.  Sehingga kini saya masih tidak pernah tertinggal untuk berdoa yang terbaik untuk MH370.  Ramai orang duk kutuk kerajaan Malaysia dan MAs dan semua pihak yang terlibat dalam operasi pencarian dan penyemalatan ini.  Dalam 9GAG,  banyak kot komik yang mengutuk kejadian ni.  "U can find a lost Iphone,  but u cannot locate a Boeing 777".  Ungkapan sinikal ini pastinya boleh membuatkan orang orang yang berusaha keras dalam pencarian penting ini menjadi lemah semangat.  One thing for sure,  setiap kali saya ingat tentang MH370 dalam kepala dan hati saya,  saya tak pernah terbayang kita terjumpa kapal ini terjunam,  meletop atau apa-apa yang teruk.
Begitu juga pihak media barat yang membuat pelbagai spekulasi mengenai kapten MH370.  Depa kaitkan beliau dengan DS Anwar Ibrahim dan PKR.  Kalau saya jadi anak beliau,  tak taula macam mana sedihnya perasaan ini.  Dahla bapak kita hilang.  Kalau ada kubur,  bolehlah kita bersedih di situ.  Ini apa pun kita tak tau.  Ditambah pulak dengan tuduhan tuduhan macam tu.

Keluarga MAS yang mengenali kapten depa semua menolak tohmahan itu bulat bulat.  "Saya harap nanti Kapten Zaharie akan pulang ke Malaysia dengan selamat sebagai seorang HERO,"

Tapi saya selalu terbayang,  semua penumpang dan anak-anak kapal MH370 kembali dengan selamat sambil berpelukan dengan ahli keluarga dan mereka yang disayangi.

U all boleh kata akak feeling.  Tapi i always try my best untuk jadi paling positive dalam hal ni.



Keputusan SPM dan STPM
Baru duk feeling nak jadi positive kunon.  Bila tengok budak budak zaman sekarang amik SPM dan STPM semuanya luluih style baguih punya i rasa macam ...WOW!! Macam tak boleh percaya pulak.  Adakah kerajaan kita menurunkan standard pemarkahan?  Sorrylah kalau i bagitau sesuatu yang membuatkan orang jadi marah ka apa ka.  Tapi siriesly,  awat budak budak lani makin pandai ka semuanya?  HAHAHAH.  Soalan aku sungguh tak boleh diblahkan.  Bukan apa.  Baguihlah kalau ampa semua lani pandai-pandai.  Belajar semua dapat 400A.  Tapi jangan duk jadi pandai saja tapi ampa tak bijak.  Nak buat pilihan hidup pun tak reti.  Pi belajak Ostolia ja dah culture shock buka tudung and dye rambut semua bagai.  I dont say perbuatan itu salah.  Tapi hidup ini amat besar dan kompleks berbanding hanya mendapat A dalam peperiksaan.  Okaylah,  tahniah kepada ibu bapa dan guru yang berjaya melahirkan cerdik pandai ini.






Che Ta Mengandung
Tahniah laa dah mengandung.  *muka sentap...........................






Aidil Zafuan dan Zarema
Tahniah jugala depa dua ni dah kawen.  Its good that Aidil Zafuan dah move on dan nak mulakan hidup baru.  Tapi ampa dorang jangan la duk puji puji sangat sesama ampa.  TOO SOON.  Tunggula tak cium lagi bau kentut tu.  Lani semua duk nampak elok.  Anyway,  Zarema ni lawa and classy.  I suka tengok dia.





Dalam Kehadiran Sofea
Ampa ingat dak akak pernah cerita pasai teater yang akak akan berlakon Mei ni.  Well kami duk praktis lagi.  Tapi kami ada gap besar baru baru ni sebab produksi Kersani pun terlibat dengan satu persembahan lagi.  So,  minggu ni baru kami nak start prektis teruk teruk balik untuk pementasan ini. I dah hafal most of my skrip.  Tapi tak dapat berlakon puas puas lagi la.  :(  Ampa semua dah JOIN dalam Facebook group kami dak??? Dalam Kehadiran Sofea (Teater)



Show Kecik Show Besak
Baru baru ni saja buat buat meroyan dalam Facebook "Show kecik kecik semua hegeh la cari aku. Show besak besak, ampa tayang ampa jala bai....takpala. I sedak la i sapa.....kita bukan jeles ja apa. Kita tolong selama ni pun tak pernah minta sekupang pun. #Okaythanksfliphairandblah! — feeling whatever." Lama i olls tak buat status over over macam ni. Sekali sekala kena jugak tulih.  Ada juga yang mai kata kat I,  "Awat hang tak pi komfront ja depa?" Nak pi komfrant apanya.  Bukan berebut show sejam RM25 ribu pun.  Benda ni hanyalah satu luahan hati.  Yes i rasa sedih dan i rasa macam bersalah pun ada sebab tulis benda ni.  Sebab pi kot mana pun,  nampak macam i yang serr dan tak immature.  Tapi what everla.  Semua ni pengajaran hidup.





Lagi 9 Hari
Nak pi holidayyy bersama En.  Khafi.................arghssssssssssssss bestnya.  Baru baru ni duk tunjukla kat Google.  Baju baju mandi dan plus size beach fashion yang i teringin nak pakai masa kat Perhentian nanti.  En.  Khafi buat macam senyum senyum malaih layan ja kat I.  "Abang ni tak bangga ka kat ya?  Ya ni komfident.  And ya tak payah teruk teruk nak buat lawa ka apa semua.  I em necerel beauty!" Pastu ampa tau laki aku kata apa?  "Erm...bangga la jugak.  Tapi kadang-kadang malu jugak," OHHHHHHHHHHHHHHHH FAINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN!  Malam tu kami tak cakap sampai subuh.

Itu sahaja recap untuk minggu ini.  Dont stop #prayforMH370

Love,
Jumie Samsudin

Review Moview : Dallas Buyers Club

$
0
0
Hello u olls,

Mungkin u olls tidak perasan,  atau perasan,  entahlah.  Sebenarnya sekarang saya dah banyak kurangkan aktiviti business make up make up ni.  Kalau dulu almost every weekend i akan keluar rumah untuk pergi make up orang.  Dari pagi sampai petang.  Sabtu dan Ahad.  Tapi sekarang,  kita dah kurang ambil tempahan.  Bukan kiter nak kekwat awak,  tapi i rasa inilah masanya untuk kita rehat dan hargai masa kita dengan cara yang berbeza.

Alhamdulillah,  aktiviti business make up memang banyak memberikan kita pengalaman hidup,  mengajar kita tentang dunia business,  berkenalan dengan ramai orang dan pada masa yang sama kita pun dapat tambah extra income,  tapi at this point,  i sedar sampai bila i nak terkejar-kejar pi cari duit lagi.  I nak relaks dan refleks pada diri i sendiri.  Sebab itu,  i memang dah kurangkan banyak tempahan make up kita.

Kita banyak isikan aktiviti hujung minggu kita dengan pelbagai aktiviti peribadi bersama kawan-kawan,  family dan buat kerja kerja lain yang kita dahulunya tak berkesempatan nak buat sebab kita sibuk pi make up.  Bukanla kita nak withdraw langsung diri kita daripada benda yang kita minat,  make up dan buat duit memang minat kita.  Tapi pada masa yang sama,  I olls dapat rasakan apa yang i olls buat ini memang betul dan yang terbaik untuk diri i olls dan suami.  Memang i rasa sangat happy dan sedikit lega sekarang.

Hidup ini hanya sekali.  U kena buat yang terbaik yang u mampu.  Jangan cari pasal.  Jangan buat haru.  Because at the end of the day, u tanya balik diri u.....apakah erti 'kemewahan hidup' yang kita cari.

Hari ini i olls nak ceritakan dengan u olls semua tentang cerita yang melayakkan Matthew McConaughey dan Jared Leto mendapat anugerah pelakon lelaki terbaik dan pelakon pembantu lelaki terbaik dalam anugerah Academy Awards ke 86 tahun ini.  Suatu penceritaan mengenai insan yang berusaha untuk mencari 'kemewahan hidup' setelah mengetahui yang beliau menghidap HIV AIDS.


Click read more


Sinopsis

  • Ron Woodroof adalah seorang cowboy yang digambarkan sebagai ganas,  jantan,  suka berjudi dan berfoya foya dengan perempuan.  Permulaan filem ini pun membuatkan akak tersentak dengan suara dengusan ganas dua orang perempuan yang sedang bersenggama dengan Ron Woodroof dibelakang kandang lembu cowboy.  (I tengok DVD with uncensored scene).

  • Pada suatu hari,  Ron Woodroof yang pekerjaan utamanya ialah seorang juruteknik telah terkena kejutan elektrik.  Dia dibawa ke hospital.  Semasa mendapat rawatan di hospital ini,  dia dimaklumkan oleh dua ornag doktor bahawa dia mempunyai virus HIV dan sudah mempunyai AIDS.  Depa kata,  jumlah sel darah sihat dalam badannya amatlah rendah.  Depa kata dia hanya ada 30 hari untuk hidup.

  • Doktor bertanya kepada Ron Woodroof adakah dia pernah mengadakan hubungan intim homoseksual? Pertanyaan ini membuatkan Ron berang dan terus meninggalkan doktor dan pihak hospital.  Dia rasa sangat offended dengan soalan ini (yelah...dia kan cowboy jantan u olls!  Feeling la sat.  Actually cara dia reflek dengan soalan itu betul betul menggambarkan Ron seorang homophobic).


  • Malam itu,  selepas mengetahui yang dia mempunyai HIV AIDS,  instead of fikirkan apa yang terbaik untuk dirinya,  ampa tau dia buat apa?  Dia berfoya foya dengan perempuan dan kawan lelakinya.  Depa minum,  sedut kokain dan seks rambang. Tapi masa dia duk tengok kawan dia duk meng-romen dua perempuan itu,  di tepi dinding rumah 'trailer'nya dia ternampak kalendar yang tercatat July 1985.  Dan dia nampak 30 haribulan.  Terus dia tak lalu nak bersenggama malam itu.

  • Esoknya dia pi Library dan membuat research tentang HIV dan AIDS.  Dia pun mengetahui tentang bagaimana penyakit ini  boleh berjangkit dan rawatan yang terdapat untuk pesakit-pesakit HIV AIDS.  Dan dia mengetahui tentang satu program penyelidikan ubat untuk virus ini iaitu AZT.


  • Esoknya dia pi balik hospital dan dia bagitau kat doktor yang dia nak try masuk dalam program AZT ni.  Tapi bukan senang nak masuk dala program ini.  1,  program ini masih dalam proses penyelidikan.  2,  dan mereka yang dari awal dipilih sahaja mendapat access kepada ubat ubatan AZT.

  • Tapi,  Ron telah merasuahkan seorang pekerja di hospital untuk curi ubat AZT untuk dia makan.  Tapi deni macam bodo piang apa ka,  dia duk makan ubat AZT ni sambil isap dadah kokain.  Perbuatan ini membuatkan dia jadi lebih lemah dan makin teruk.


  • Dalam tempoh ini juga,  kawan-kawan cowboy dia juga dah buang dia.  Depa tuduh dia sebagai
    "GAY FAGGOT" dan depa tak mau kawan dengan dia.  Zaman ini (80an) orang tak berapa nak amik tau lagi pasai HIV AIDS.  Orang ingat sakit HIV AIDS ni hanya boleh dikaitkan dengan mereka yang mempunyai hubungan sama jantina sahaja.  Tapi actually,  perbuatan seks rambang tanpa perlindungan juga membuatkan risiko kita untuk menghidap virus ini adalah amat tinggi.


  • And then one day,  dia mengetahui tentang seorang doktor di Mexico yang mempunyai bekalan AZT dan dia pi sana untuk mendapatkan rawatan dan ubat daripada doktor itu.  Doktor itu ialah seorang American yang dilucutkan lesen menjadi doktor.  Dia pi Mexico dan buka pusat rawatannya secara haram.

  • Apabila Ron pi jumpa dia dan bagitau keadaan dia,  doktor tu kata,  AZT adalah tidak bagus.  AZT membuatkan mereka yang mempunyai virus HIV AIDS menjadi lebih lemah kerana ubat AZT tu lebih banyak mematikan semua sel sel darah baik dalam badan.  Doktor itu kemudiannya mengesyorkan Ron untuk mengambil rangkaian supplement vitamin dan zat protein untuk membuatkan badannya lebih sihat.

  • Ron rasa amat yakin dengan program rawatan yang doktor ni tawarkan kat dia,  and u olls tau apa?  Dia bawak seludup semua ubat ubatan tu bawa masuk Amerika dan jual ubat ubat tu kepada para penghidap HIV AIDS di negeri Dallas.



  • Ubat ubat tu semua semuanya tidak mempunyai kelulusan FDA (USA punya jabatan ubat dan makanan).  So apabila Ron nak bawak masuk mai USA,  of course dia mempunyai masalah.  Tapi dia dapat buat juga.

  • Masa mula mula dia nak jual ubat ubat ni,  dia berkenalan dengan Rayon,  seorang maknyah.  Mula mula Ron amat takut dan tak suka kat dia.  Sebab Ron adalah homophobic.  Tapi lama kelamaan,  Rayonlah yang membuatkan business beliau makin okay dan hubungan persahabatan mereka makin kuat.

  • Ron dan Rayon buat Dallas Buyers Club,  dimana pesakit HIV AIDS boleh mai amik supply ubat ubatan yang dia import bukan sahaja daripada Mexico malah daripada macam-macam negara yang menawarkan ubat ubatan alternatif untuk rawatan HIV AIDS yang masih tidak mendapat kelulusan FDA USA.  Setiap ahli kena bayar USD400 untuk sebulan dan depa akan dapat supply.




  • Satu hari,  Ron yang mencuba satu ubat baru dari Jepun terkena serangan sakit jantung (kesan dari ubat).  Dia dibawa ke hospital.  Dan disebabkan oleh itu,  pihak hospital tahu tentang perniagaan yang Ron dan Rayon jalankan dan depa sangat berang.  Sebab actually pihak hospital rasa macam depa pun rugila orang dah tak mau beli ubat AZT depa.


  • Esoknya,  pihak hospital buat report kat FDA dan semua ubat ubatan yang dimiliki oleh Dallas Buyers Club telah dirampas.

  • Business depa pun macam kacau la sikit kan?  Rayon mengambil langkah berani untuk berjumpa dengan bapa kandungnya yang merupakan seorang ahli perniagaan ternama.  Dia berterus terang yang dia mempunyai HIV dan AIDS dan dia minta tolong bapanya untuk bagi duit.  Duit itu Rayon bagi kat Ron untuk perbaiki perniagaan depa.  Dan Rayon bagitau yang duit itu dia dapat daripada menjual insurance hidupnya.  Dia tipu.



  • Selepas itu,  Ron masih mencuba untuk buat yang terbaik untuk businessnya.  Pada ketika ini,  dia bukan buat business semata-mata untuk duit,  tapi dia buat ni untuk bantu pelanggannya yang mempunyai nasib yang sama dengannya.  Dia juga dah lebih open dengan orang-orang LGBT.  Malah pada ketika ini,  ada satu couple gay yang juga merupakan pelanggan Ron telah meng-offer rumah mereka untuk dijadikan pusat perniagaan Dallas Buyers Club.


  • Satu hari,  Ron pi Mexico lagi untuk dapatkan stok ubat ubatan.  Masa tu,  Rayon jatuh sakit.  Dan dia dikejarkan ke hospital dan diberikan AZT.  Rayon tak dapat diselamatkan dan mati.  Bila Ron balik,  dia terkejut,  marah dan amatlah sedih.




  • Sejak itu,  Ron menjadi lebih agresif dan lebih berani untuk membuat hebahan kepada orang awam terutamanya penghidap virus HIV dan AIDS tentang bagaimana pihak FDA sebenarnya lebih mementingkan keuntungan daripada betul betul ingin membantu mereka yang sakit.  Dia juga telah membawa kes ini ke mahkamah untuk saman FDA.

  • At the end of the movie,  dia terus tunjukkan yang mahkamah meluluskan Ron untuk gunakan ubat-ubatannya untuk tujuan peribadi.  Dan dia hanya mati 7 tahun selepas dia di-diagnosed sebagai penghidap HIV AIDS. 


Why I like this Story

  • Saya sangat suka cerita ini kerana cerita ini adalah cerita betul.  Seorang journalis daripada Daily Dallas telah menceritakan tentang kisah Ron Woodroof.  Cerita ini membuatkan penulis filem ini membuat research yang lebih mendalam mengenai cerita ini dan membina skrip dan jalan cerita untuk dijadikan sebuah filem.

  • Pada mulanya,  depa nak bagi cerita ni kat Brad Pitt.  Tapi sebab Brad Pitt sangat sibuk so skrip ni pun jadi macam delay punya lama. (Dari tahun 90an-2000-an)  Then akhirnya,  depa pilih Matthew McConaughey.  Keluarga Ron Woodroof amatlah setuju dan depa kata Matthew McConaughey adalah lebih sesuai untuk memegang watak Ron Woodroof.

  • Cerita ini mengajar kita tentang kesungguhan untuk mencari ikhtiar hidup.  Macam mana kita susah pun,  kalau kita bersungguh dan sanggup berusaha,  pastinya apa yang kita capai tu terasa lebih berharga.

  • Walaupun kita terpaksa melalui pelbagai kesusahan dan pengorbanan,  tapi Tuhan akan tunjukkan suatu kepuasan yang kadang kala itu tidak memberikan kesan mendalam kepada kita tapi kepada mereka yang hidup disekeliling kita.

  • Lakonan dua watak utama iaitu Matthew McConaughey dan Jared Leto memang memberikan kesan kepada I olls apabila menontonnya.  Rasa macam marah,  geram,  geli,  takut,  bingung sentiasa bertukar-tukar dalam hati I olls ketika menonton cerita ini.  I have to say,  sepanjang 116 minit I olls menonton filem ini,  I olls tidak pernah merasa gembira langsung!!

  • Sebuah filem yang bagus dapat memberikan impak yang amat besar kepada kita walaupun selepas kita habis menontonnya.  Begitulah apa yang i olls rasa selepas menonton filem ini.  Seperti yang i olls cakapkan tadi,  i tak rasa gembira langsung.  Selepas menonton filem ini, perasaan,  pandangan dan juga sikap I olls terhadapat penghidap HIV dan AIDS telah berubah.  I keep asking myself, kalau aku ada HIV AIDS adakah aku akan menjadi berani seperti ini?

  • Ron Woodroof mengajar kita,  walau apa pun terjadi,  tidak ada sapa sapa kat dunia ni yang boleh mengadili dan menghukum kita.  Ubat sebenar yang membuatkan Ron Woodroof hidup jauh lebih lama daripada yang dijangkakan adalah dirinya sendiri.  Hati yang cekal,  mental yang kuat,  membuatkan Ron kuat untuk mencari ikhtiar hidup.  Kekuatannya ini juga telah membantu jiwa jiwa lain.


Weight Loss
Selain lakonan yang mantap,  apa yang membuatkan i olls rasa amat respek dengan Matthew McConaughey adalah bagaimana dia kehilangan berat badan yang amatlah banyak untuk mendokong watak ini. Dia hilang 23 kilo!!

Sebelum


Selepas



Kesungguhan beliau untuk betul betul komit dalam menjiwai watak ini memang selayaknya diberikan anugerah pelakon terbaik dalam Academy Awards.

From the reading i did here and there,  Matthew McConaughey makan amat sedikit untuk kurangkan berat badan dia.  Dia hanya makan ikan dan sayur sayuran.  Pengambilan air juga dikurangkan kerana kalau terlebih air pun u boleh jadi gemok.  Dia kata dia pernah puasa tak minum dan makan langsung untuk jadi lebih kurus.  Pada mulanya dia banyak buat exercised untuk kurangkan berat badan.  Tapi bukan semua exercise yang boleh dibuat untuk dia jadi kurus.  Sesetengah senaman boleh membuatkan muscle dia jadi lebih besar.  Dia kata antara rutin exercise dia adalah angkat berat dan tahan selama lebih dari 15 minit.  GILA OIII kalau aku pening dah!!

Sampai satu tahap,  bila dah kurus sangat,  badan dia pun jadi tak kuat.  Dia juga mengalami sedikit masalah penglihatan.  Dia sampai cedera masa buat exercise.  Even nak buat sit up biasa biasa pun dia rasa sakit badan.  So dia focus kepada diet sahaja.  Tapi dia kata,  bila perut always kosong dan lapar,  otak dia lebih terbuka dan luas untuk dia muhasabah diri.  Dia kata dalam tempoh ini dia telah belajar untuk menjadi seorang yang lebih 'wise'.

Trivia

  • Bajet filem ini adalah sangat rendah.  Hanya 5 juta USD sahaja.  Tapi so far depan dah untung lebih kurang 33 juta USD.
  • Bajet ini sangat rendah dan bajet untuk make up hanya 250 USD sahaja.  Lebih kurang 827 ringgit.  Bayaran make up satu session dari Ayangkamell adalah lebih mahal dari ini.  Tapi,  depa tetap menang best make up untuk ACADEMY AWARDS!  Meletops.




  • Jared Leto yang berlakon watak Rayon sudah 5 tahun menyepi daripada bidang seni ( taktaula apa maksud ni).  Dia juga telah kehilangan banyak kilogram untuk memegang watak Rayon,  seorang maknyah dalam cerita ini.  Saya sangat respek beliau kerana,  bukan senang nak berlakon jadi maknyah ya.  Jangan hanya fikir, bagi wig (rambut palsu) kat mana mana laki dan nah...dia jadi maknyah.  U kena betul betul ada jiwa yang tepat untuk capai penghayatan itu.

Kesimpulan
I bagi 8/10 bintang!  Ampa semua patut tengok cerita ni.  Hargai hidup ini.  How u cari 'kemewahan hidup'?

Alfatihah untuk MH370

$
0
0
Kesedihan menyelubungi semua rakyat Malaysia dan dunia.

Al Fatihah untuk semua penumpang dan anak kapal MH370.



This Is Sad : Flight MH370 'Suicide Mission'

$
0
0
Hello all,

My boss in Paris now and she sent me this picture.  Front page untuk surat khabar The Daily Telegraph.  Akak rasa sangat sedih.  Pihak media barat (i say sekutu sekutu US) dari awal lagi memang nak menyalahkan pilot dan co pilot.  Dari awal lagi (Australia) dah buat laporan bodoh yang mengatakan pembantu pilot seorang playboi dan bawak masuk perempuan dalam cockpit dan sebagainya.  Bodohnya laporan itu adalah rakaman gambar antara dia dan perempuan itu telah dibuat 3 tahun yang lalu.  Kenapa sekarang baru over over nak papar semua kat media?  


And then,  sampai sekarang seluruh rakyat Malaysia masih lagi berduka lara.  Depa ni senang senang la macam memerah air limau di luka yang berdarah.

Saya ada duk baca satu kakak ni di Facebook.  Dia selalu share macam-macam artikel dalam timeline dia yang memaparkan segala benda yang mengaitkan kejadian MH370 dengan 9/11 dan segala bana salah silah Amerika Sarikat.

At first saya rasa macam bangangnya teori ini.  Kenapa semua benda nak dikaitkan dengan Amerika Sarikat?  Mengapa kita macam nak kena paranoid sangat?

Tapi lama kelamaan selepas membaca makin banyak artikel artikel dalam timeline kakak tu,  dan melihat gelagat media Amerika Sarikat dan sekutunya ni semua,  i rasa macam semakin benar pulak all those things yang diceritakan dalam teori teori itu.

Ampa kalau rajin rajin,  ampa pi la google sana sini and baca apa yang patut.  Kejadian ni mungkin macam nak mengaburi sesuatu benda besar yang lebih menakutkan.  At the same time,  kita sebagai Rakyat Malaysia kena bersatu.  Janganla kerana kejadian ini kita semua berpecah belah dan saling menyalahkan sana sini.  Duk salahkan kerajaan.  Duk salahkan pihak MAS.  Kita kena bersatu bersama-sama kaji balik kejadian ini dan kenal pasti apa yang kita boleh pelajari daripadanya.

Cannot write more about this matter.  Saya tak mahir dalam perkara ini.  Saya hanya tahu berdoa.  Lindungilah bumi Allah ini.  Ya Allah.

Amin.

I love U B - catatan isteri pramugara #mh370

$
0
0

Hello u olls,

Luluh hati ku apabila membaca catatan isteri Hazrin Hasnan yang juga salah seorang pramugara MAS yang bertugas di dalam pesawat MH370.  Intan Maizura menulis catatan ini dalam laman sosialnya dan telah membuatkan ramai hati hati rakyat Malaysia yang meruntun apabila membacanya.  Untuk bantu kalian baca dengan lebih jelas,  i type balik apa yang Intan Maizura seperti di bawah.  

Assalamualaikum sayang, 

On the 8th memang mami dah jangka that uare already in heaven but on the next day  I still want to keep my mind positive and hoping that u are still alive and will come back home to us.  Day pass by and there's still no nws from anyone untull last night March 24th 2014,  at 2130 I received an unwanted news saying that u and the rest are resting in deep deep deep sea,  Indian Ocean.  Wow its shocking to me bu Allah love u more.  I redha dengan pemergian mu B.  All that happened is so mysteriously insane.  But who am I to question Allah the Almighty.   He got a better plan for me and u.  Indeed I have to be a bionic women to face reality today.  I will gradually tell Iman that she have lost her papa.  And Muhammad will be my pillar to move on.  Insya Allah Iman and Muhammad wont let u down.  My love for you will stay forever hingga ke Syurga.  Remember I told you i want to be a leafer of all the Angels in heaven??  Im so jealous now that u are now with them but  never mind I will join u someday.  Kan Allah dah janji.   

"Mati itu pasti".   
You are the best husband and papa i could ever ask for.  Allah is great to lend you as a gift to me even for a short period of time but its all good and sweet memories.  Semoga Allah tempatkan u ditempatkan orang-orang yang beriman.   
I love u B.  

Terima kasih kepada Intan Maizura kerana sudi berkongsi kisah hati mu dengan kami.  Berat mata memandang,  berat lagi bahu memikul.  I cannot imagine how am I going to respond this if i am in her position.  Mampukah aku menulis?  Mampukah aku berkata-kata?  Mampukah aku jadi sekuat Intan untuk meredhakan semua ini?

To Intan,  dan juga mereka yang turut merasakan kehilangan ini.  Aku doakan kepada Mu yang Allah kuatkanlah hati hati mereka.  Amin.

#prayforMH370

$
0
0
Dilema saya ketika menulis blog minggu ini adalah apabila semua orang duk bercakap pasai MH370.

On Twit, FB and ramai blogger pun tulis tentang MH370. Sangat menyedihkan dan meruntun hati-hati kita yang sediakala sayu.

Saya ada banyak benda nak tulis tentang perkara selain MH370. Tapi saya takut orang kata saya tak cukup sensitif tentang MH370.

Pada masa yang sama, i dont know what to write (more) about MH370. Takkan saya nak create cerita atau lebih merumitkan, memanjangkan khabar-khabar yang tidak enak untuk dibaca. Hal hal 'konspirasi' tu semua bukan kepakaran saya.

Oleh itu, izinkan saya untuk teruskan menulis catatan blog saya selain MH370.

Semoga kalian memahami.

Love,
Jumie Samsudin

Orang Kaya Jadian

$
0
0
Hello u olls,

Before i say anything,  please let me share this first.


Click to read more

I totally agree dengan apa yang Mama Regina catatkan sebagai balasan dengan Ms.  Siti Mariam.  Every word of it.  Kalau Ms.  Siti Mariam mai tanya kat I,  pastinya i akan jawab pendek dan pundek sahaja "Mampuih pi la kat depa nyah.  Hidup depa sepi selain bag bag Channel depa,"

I tulih balik apa yang Mama Regina tulih.


Selalunya orang kata keturunan ini cara hidupnya tidak sama dengan kita,  tapi mereka sudah diberi latihan secara langsung atau tidak (finishing school) untuk berhadapan dengan dunia.  Mereka tidak tahu pun mereka kaya.  New Money generation atau kaya mendadak melalui penjualan harta atau durian runtuh pula berbeza,  ada gabungan sifat kampungan mereka dan sifat tamak,  bongkak,  balas dendam baru.  Mereka tampi jengkel.  Malah ada yang tidak berbudaya.  Mereka baik diingatkan tentang asal usul atau diketepikan saja.  

Ingat kaya melena mana pun,  Tidak akan dapat hidup kalau orang sekeliling memandang dia sepi.  Dia pasti ramai kawan dengan duit yang dia ada,  tapi lama lama orang akan belah kalai dia tiada budi pekerti. - Regina Ibrahim

Dalam setiap gang gang kita,  pasti ada seekor dua yang terkategori diri mereka dalam ciri ciri orang kaya jadian ni.  Pastinya dia ni akan jadi bahan stalk and kutuk kutuk kita semua.  Of course semua benda dia beli,  dia buat,  dia makan,  dia pakai dia akan pose ala-ala model Vouge dan bubuh kat IG dia.  Shared kat Facebook.  

Takdak orang like sangat pun picture picture dia ni.  Selalunya paling banyak pun 8 sahaja.  Tapi i berani yakin,  kalau kita ada software untuk tau berapa lahanat duk pi stalk gambak dia setiap satu,  i berani potong rambut I jadi macam Judi Dench untuk mengatakan yang at least 6 juta orang view gambar-gambar dia tu.

Kasihan juga bila kita tau kawan-kawan kita spisyis ni jadi mangsa stalker and bahan untuk dibual senda apabila bertemu.  

Sekali lagi i nak ulang setuju dengan apa yang Mama Regina kata,  "Ada gabungan sifat kampungan mereka dan sifat tamak,  bongkak,  balas dendam baru,"

I like Mama kata balas dendam.  Usually daripada pemerhatian I olls,  those yang duk feeling tayang sana sini ni semua sebab dulu depa tak pernah berkesempatan nak pakai pun benda benda ni semua.  Beg sekolah Swan yang pakai pi sekolah pun hands-down daripada kak or abang depa.  Kalau orang kaya betul,  depa takdak nak tayang apa aih.  U nak kata beg Burberry?  Tok I pakai beg tu untuk Tesco je nok.  Handbag pasar katanya.

Tapi kalau tengok secara positive pula,  macam I,  i tak pernah kisahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh langsung bila tengok orang - orang yang suka share kemewahan hidup depa kat Facebook ni.  Memangla ada jeles sikit.  Tapi takdakla i rasa rimaih sampai i jadi gila duk stalk hari hari Facebook kawan tu and nak tengok apa beg baru dia beli.  Nok tu semua habis energy nok.  Mak,  sebagai lambang kecantikan,  tak akan habiskan masa masa emas mak untuk stalk orang.  Selalunya orang stalk I,  i tak stalk orang.  Gicuuuuuuuuuuu

Berbalik berbalik.  Ha nak kata ni.  I tak pernah ada masalah dengan depa depa yang suka duk share gambar shopping,  makan hebat and pelancongan luar negara ni semua.  Bagi i,  when u work hard,  u betul betul usaha untuk capai apa yang u nak (duit / gaji besar / pangkat/ pendidikan) sampai u mampu nak pakai seluar dalam bertatah rubi jenama VS pun,  i say, WHY NOT? 

I bukan dilahirkan dalam keluarga kaya harta.  Keluarga i adalah kaya kasih sayang dan gelak tawa.  So kalau kata satu hari,  Tuhan nak bagi i rezeki gedebak kat I,  blog i yang sendu ni disponsor beribu ribu pound sterling untuk tujuan pengiklanan,  WHY NOT?  Mak pun akan feeling pakai handbag mahai semua tayang semua kot.  I rasalaaaa!! Adakah i dikira sakik otak untuk berfikir cara ini?  

Entahlah,  maybe i ni cakap je kot macam feeling.  I tau hati i salju.  Mana la nak tau,  kalau i kaya nanti,  i tetap stay humble gitu.  Amin.  Kita doala kita kekal macam tu.

Satu lagi i macam tak kisah pasal hal hal show off ni semua nok sebab siriesly,  ada la seorang lady friend we olls ni.  Dia memang mangsa stalk oleh puak puak we olls la.  Apa sahaja dia beli,  dia pakai,  dia share kat FB dia semua.  And puak puak i ni semua akan  pi stalk la.  Pastu gossip dalam Wassap semua.  

So nak jadi cerita,  selama ni i duk feeling dengar cerita ja la.  Last sekali macam mana ka,  i boleh terSTALK facebook dia juga.  La.....................kisahhhhhhhhhhhhh!!! LV,  Channel,  bersepah u ollls.  Kau ada?  Memang meriahla mak tengok koleksyien sopping dia noks.  

Tapi,  macam mana meriah pun nok,  kalau handbag hang sama dengan Milla Kunis pun tapi style gabungan warna baju,  tudung dan eksosori hang tahap tahap Ramlah Ram.  Takpayahla noks.  Mak sikit pun tak tersentap.  

U can always buy a Channel.  But u can never buy style.  

Lepas mak stalked Facebook kawan we olls tu,  mak mengigau tiga malam.  Siap En.  Khafi kena selawat kat telinga mak 3 kali baru mak boleh sengap sat.  Ha begitulah effeknya apabila melihat gaya gaya Ramlah Ram berbeg Channel.

Berbalik berbalik.  Kata mama Regina "Ingat kaya melena mana pun,  tidak akan dapat hidup kalau orang sekeliling memandang dia sepi.  Dia pasti ramai kawan dengan duit yang dia ada,  tapi lama lama orang akan belah kalai dia tiada budi pekerti,"

There were times in my life,  now many time ago,  i was being very insecure.  Rasa rendah diri yang teramat sangat sampai i jadi sedikit paranoid,  dengki dan pelbagai rasa negative lain apabila melihat pada diri sendiri yang masih berada di takuk yang menyedihkan.  I olls ambil sedikit masa,  peristiwa,  a few good nasihat,  dan akhirnya I olls telah berjaya menghapus sifat sifat sedih ni dalam hati.  I belajar untuk bersyukur pada diri sendiri dan now i sangat yakin dengan diri I.

So kepada u olls semua yang membaca blog akak hari ini,  biak pi la kat depa duk tayang tayang ni semua.  Sebelum kita duk sibuk nak ubah sikap sikap kawan kita ni,  apa kata kita perbetui sifat kita dulu.  Kalau terasa macam duk mai nak jadi dengki,  khianat,  cepat-cepat muhasabah balik diri u olls.  Why u nak sakik hati?  Why u nak ambil kisah?  Why u nak kena susah payah susahkan diri u sendiri?

Orang orang tua kata,  kalau kita duk kata kat orang,  esok lusa,  kita pun akan jadi lagu tu.  Silap haribulan lagi buruk perangai kita.  Maksudnya,  kalau hari ni kita miskin,  kita duk kutuk la kawan kawan kita yang dah berjaya dan kaya beli macam-macam hadiah bubuh kat Facebook.  Kita kutuk and hina depa.  Kita fitnah depa semua.  

Esok lusa,  kita kaya,  kita senang,  nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kita lagi menunjuk style lagi teruk punya.  Sampai orang lagi menyampah gila gila kita.  Sapa nak peringat kat diri kita time tu?  Kawan - kawan tak akan tegur punya la,  depa akan biar ja u jadi lagu tu.  Barulah depa ada bahan nak stalk.

Akhir kata,  biak pi la kat depa.  

Love,
Jumie Samsudin
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>