Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Drunk In Love di Perhentian

$
0
0
Hello u olls,

YEAH!!   Kami bercuti di Perhentian.  Singkat,  simple tapi best.  Luckily,  i have seorang anak ayam yang mempunyai business travel agent di Perhentian.  So dia yang arranged semua.  Sebenarnya juga,  we olls (me and Khafi) dah feeling nak mai sini dah lama.  Infact before kami kawen (2010),  kami dah minta quotation harga and bayar 50% deposit.  Tapi after 3 years,  baru kami mai untuk holiday ni.  And terima kasih kepada Perhentian Trans Sdn Bhd,  depa tak burn kami punya deposit (tapi untuk we olls je la kot).


Our Journey
Kami naik van dari Penang.  Pukul 5 pagi dari Komtar.  Mamat yang drive kami ni nama dia Ayie.  Budak Bachok Kelantan.  Dia ni kerja dengan travel agent.  Dia pusing mana-mana la angkot passenger.  Baguih mamat ni.  Dia friendly dan bila dia gelak suara dia macam hyina.  Ada dua orang perempuan Swedish (bagpackers) yang naik van dengan kami pi Perhentian ni juga.  Depa dua dua ni mabuk (baru parti tak tiau la kat mana).  So depa naik van ja depa tidok teruih.  I pun naik-naik van (pakai eye mask) teruih tidok.  Macam i,  i mabuk cinta la.   Khafi and Ayie ja duk sembang sepanjang perjalanan.  Depa kata,  I olls duk lawan berdengkur dengan dua minah Swedish tu.  Haree betui

Click Read More



Lepas sampai kat Kuala Besut,  kami terus ke kaunter Perhentian Trans.  Bagi setel payment semua.  At 1 pm,  kami pun naik speed boat untuk pergi ke Pulau Kecil.  But before that,  kami kena bayar RM5 untuk Caj Pemuliharaan.  Caj ini untuk 3 hari stay di Taman Laut Negara ini.  Kena simpan tiket yang depa bagi.


Bila naik boat.  I olls yang perak buih ni pun duduk la kat depan.  Ingatkan bila duduk depan lagi best dan rasa macam secure.  Tapi sebenarnya,  bila duduk depan,  hang akan melambung-lambung sebab boat tu lawan ombak. Rasa dia lebih celaka daripada naik Roller Coaster The Mummy kat Universal Studio.  Mulut i tak berenti duk selawat.  Laut memang agak bergelora sikit.  En.  Khafi kata "Bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa advencer macam ni," Hare betui....Perasaan akak masa tu,  macam nak terpelanting organ-organ dalam badan.  Rahim I kalau lari pun,  i rasa akan terus terletak elok balik.

After almost 30 minutes boat ride,  kami meniba di Coral Beach,  Pulau Perhentian Kecil.  Kami terpaksa turun di sini (walaupun sebenarnya kami stay kat Long Beach) kerana laut di Long Beach adalah terlalu berombak dan tak okay untuk boat masuk.  So kami pun kena hiking lebih kurang 20 minit.  Maksudnya,  kami kena across pulau kecik sebab bilik kami di belah sana.  Memang rasa macam nak terajang semua orang time tu.  Dah la penat travel dari pagi.  Kena hiking pulak.  Pastu tau la cuaca kat pulau lagu mana punya panaih menggelegak.

Tapi sepanjang perjalanan kami merentasi kebun getah (tapi takdak orang menoreh dah) dan hutan ke Long Beach,  kami nampak ada banyak kawasan pembangunan (construction site) yang sedang berjalan.  Keadaan ini mencacatkan pemandangan flora dan fauna kat sini.  And sad to say,  jalan berlumpur dan ada banyak sampah sarap yang dibuang di merata-rata tempat.  I was wondering takkan depa buang sampah ni semua macam ni ja.  Sedihnya.  I think i will write formally kepada Jabatan Pelancongan Terengganu,  share my concern.

The First Night
And akhirnya kami sampai kat Matahari Chalet.  Matahari Chalet terletak betul betul di tengah Long Beach.  Dekat dengan tempat makan,  kedai kedai dan night beach party. Apabila selamat sampai ke bilik,  En.  Khafi mandi dan terus tidur rehat.  I pun keluarlah berjalan-jalan di pantai pada waktu petang.  Tengok gelagat orang dan saja amik amik angin.  Ada ramai orang lani kat Long Beach,  tapi depa kata kalau mai bulan 5 sampai 7,  memang lagi ramai la.

Malam tu,  I dan En. Khafi jalan-jalan kat Pantai lagi.  Ada dua beach party kat Long Beach.  Satu hut ni,  dia pasang lagu relaks slow rock and raggae.  U olls boleh isap sisha,  beli air and lepak keliling unggun api.  Lepak dengan local,  lepak dengan beach boys,  lepak dengan mat mat salleh.  Depa pun buat fire show juga.  And satu lagi party,  dia macam happening sikit.  Lagu house music,  RNB and poco-poco.  Memang huru hara la tengok gelagat orang kat sini semua. Kami tak berparty.  Kami duk perati gelagat orang ja sambil makan burger.  :)

Nothing much to do at night,  kalau u olls mai berdua macam kami.  Bolehla beromen-romen tepi laut.  Kalau ampa yang mai berkumpulan,  haruslah rancang aktiviti berkumpulan yang sihat.

Snorkeling Yebba Ewah
Esoknya,  at 11am.  Kami pun berkumpul kat depan Suhaila Shop untuk pergi snorkeling.  Boat man kami nama Abul.  Orang Bangladesh yang dah kerja kat Pulau ni almost 9 years.  Dia cakap Melayu pun pelat Kelantan sikit.  Hare betui.  Dalam boat kami,  I and Khafi saja orang Malaysia.  Yang lain semua international baby.




Mula-mula sekali,  kami menaiki speed boat (yang lebih kecil daripada boat yang kami naik semalam) ke Turtle Point.  Abul,  seorang boat man yang amat berdedikasi,  dia pun kata "Okay my friend,  i go jump first and find the turtle.  And the u all can jump," gitu!  Kami pun tunggu.  Pastu,  Abul pun bagi isyarat kami semua turun.

"Come come...big one..." kata Abul.  Aku pun apa lagi,  teruih feeling bubuh snorkeling gear and terjun.  Tapi!!  Bila i terjun masuk ja.....ayak masuk dalam hidung and i tak reti nak bernafas kot mulut macam mana ka.  HAHAHAH.  This is not the first time i snorkeling.  Sebelum ni pernah snorkeling kat Phi Phi Island.  Memang i tak reti pun  sebenaknya.  Walaupun pakai life jacket.  I rasa macam nak tenggalam and teruih i gelabah and naik boat.

So,  AsmaAishahNonie bila tau i amik pakej snorkeling kat Perhentian depa kata "Wehs jangan wehs hang buat rugi duit,"

Tapi masa i dah terjun masuk ayak.  I dah gelabah terus macam nak tenggalam.  "Abang...Ya nak naikkk...nak naik..." kata i sambil memaut tangan pada boat.  En.  Khafi kat atas boat lagi masa tu.  "Hang ni bodo......relaksss relaks.......Jangan duk kelang kabut.  Ada life jacket," kata En.  Khafi.  Pastu dia pun terjun mai kat I.  Pastu i pun relaks dulu................dah lama baru i macam terror sikit.  HAHAHAHAHAHHA bodonya i ni.

Pastu Abul duk mai kat i,  tarik tangan I,  "Kakak...mai sini...mai sini...turtle besarrr...." I pun ikut dia.  Pastu dia tanya I "Ada nampak ka?"

I kata "Nampak.................tapi dia sudah pi jauh...." HAHHAHAHA aku tipu.  Sebenanya aku tak nampak apa.  Aku duk gigih prektis breathing kot mulut. HAHAHAHAH

And then,  kami di bawa ke Taman Laut.  Kat sini ada banyakkkkkkk ikan kecil.  Colour colour.  Masa ni,  ampa kena bawa roti.  Kalau ampa sua roti....nenjia ikan semua akan mai banyak kat ampa.  Tapi I olls tak bawa roti.  Tapi ikan ikan kecik,  warna belang hitam putih,  depa duk gigit kat paha and kaki I.  HAHAH depa mesti ingat i macam suatu makanan yang agak menarik.

Shark Point
Lepas semua orang naik boat balik,  Abul bawa kami ke shark point.  Berdekatan dengan Pantai Flora,  Pulau Besar.  Keadaan air pun agak kuat!  Bergoyang-goyang boat kami.  Kedalaman laut kat sini around 8-10 meters.  Abul kata kat sini ada banyak baby sharks.  Sorang mamat Egyptian tanya kat we olls "Are they (sharks) dangerous,"

I terus jawab..."Oh...no....Their vegetarian," pastu semua orang gelak.  Me,  Khafi,  Annakorie (pompuan Swedish yang naik van dengan we olls) and mamat Egyptian tu tak turun.  Kami macam tak larat.  Tapi sebenarnya i takut nak turun.  Nok!! Tak payahlah.  mak dah la tak reti nak snorkeling sangat.  Feeling pula nak tengok ikan jerung kan?  Lagipun,  keadaan air agaklah ganas ketika itu.

Mamat French (tak tau nama apa),  dia mai tepi boat kat i "I saw one shark.  He ask for u.  I told him u are busy," Kelassss mamat French ni duk buat mesra mesra alam dengan I.  En.  Khafi sula hang baru hang tau....

Lepas kami bermandi manda di shark point,  kami di bawa ke perkampungan nelayan,  Pulau Perhentian Kecil.  Kat sinila orang orang kampung semua duduk.  Ada balai polis,  pejabat JKR,  sekolah dan macam-macam lagi.  Kami makan tengahari di Ada Restaurant,  sebuah kedai makan yang dijalankan oleh orang pulau.  Harga makanan seperti biasa double daripada harga biasa kita duk makan,  tapi alhamdulillah rasanya sedap.  Depa juga menghidangkan makanan western.

Masa ni,  we olls semua duduk dan sembang-sembang.  Mamat Egyptian tu duk kongsi pasai keadaan negara dia yang sedikit kucar kacir sekarang.  Hukuman mati untuk pengikut Morsi.  Dia juga menceritakan keadaan pemerintahan yang kini dikawal oleh pihak tentera.  Tapi depa (tentera) cover macam depa tak handle semua.  Dua perempuan Swedish tu macam biasa duk gelak-gelak and buat lawak.  Depa dua orang ni macam ting tong sikit.  Depa kata,  depa dua orang mulanya mai ke Asia berlima.  Semua kawan-kawan dari Sweden.  Tapi 3 orang dah balik,  tinggal depa dorang.  Then,  i tunjuk Khafi kat depa and kata "Welll..lucky u guys..im stuck with him," HAHAHA masa tu kami pun gela-gelak lagi and lebih berkenalan.

Mamat French yang duduk sebelah I tu macam sengap ja.  Dia tanya i banyak benda juga.  Pasal Malaysia dan macam-macam.  Tapi cara dia tanya soalan macam menunjukkan dia langsung takdak apa-apa idea mengenai Malaysia dan negara Asia.  Lebih mengejutkan apabila kami dapat tau,  budak budak ni semua haram sangatlah mudah.  French ni 25 tahun.  Yang Swedish dua orang tu and budak budak Egyptian tu semua 24.  Gila aku rasa sungguh OHFUL.  "Well...this is my last 20's birthday,"

Kecemasan
Lepas siap makan,  Abul bawa kami naik boat ke Blue Lagoon.  Abul kata,  kat sini stop paling lama.  Dia akan lepaskan kami 150 meter daripada pantai,  dan kami boleh berenang,  tengok coral sampai lah ke pantai.  Bila sampai pantai,  kami boleh relaks,  ambil gambar.  Dia kata,  dia akan lepaskan kami kat tengah laut pastu dia akan bawa boat ke pantai.  Dia tunggu kami kat pantai.

Kat sini,  ombak dah tak kuat dah............Akak rasa seksaited nak turun.  Walaupun perut duk sesak dengan nasik dan sup ayam tadi.  Semua orang dah turun.  I tengok kat love I,  "Abiang...tak mau turun ka?"

"Sat abiang turunla...sayang turun la dulu," maka i pun turunla ke laut.  Air sejuk dan damai itu membuatkan kulit-kulit akak yang separa masak ini terasa dingin dan nyaman.  Akak berpusing-pusing tanpa memakai snorkeling gear lagi.  Seronok main main dalam air dalam tanpa ombak yang membadai.  Akak pun feeling Ariel,  ikan duyung Little Mermaid la masa tu.

Pastu macam mana ka,  hati akak terdetik nak tengok balik kat boat.  Nak tengok laki aku kat mana.  Tiba-tiba i baru nak kaleh tengok kat laki i,  i ternampak laki i yang tercinta tu duk menggapai-gapai tangan ke udara "Abul....tolong...tolong," jerit suami I.

Oh maigod!  Suami i kena serangan asthma.  I duk ada lebih kurang 20 meter daripada suami I.  Nak suruh i patah balik memang lambat la.  I bukan terror berenang pun.  Nasib baik suami i pakai life jacket.  Abul berdiri di atas bukit,  dia nampak tenang "Abang...relaks abang.  Saya mai...." kata Abul terus memulakan enjin boatnya.  Perlahan-lahan dia mendekati suami I dan menarik suami i naik ke atas boat.

"Bagi dia i punya bag," jerit akak dari sini.  Jantung akak punyala berdup dap dup dap.  Rasa macam nak menangihla time tu.  Abul dah pass beg I kat suami I.  Nasib baik En.  Khafi masih mampu mengambil gas inhalernya sendiri dari dalam beg.  Pastu dia terus memberikan isyarat lambai dengan tuala putihnya ke arah akak.  Mungkin maksudnya adalah "Hang pi la snorkeling sorang-sorang,"

Blue Lagoon Yang Indah Masya Allah
Abul membawa suami i terus ke tepi pantai Blue Lagoon.  I nampak suami i turun dari boat dan terus menuju ke kawasan teduh (bawah pokok).  Dia terus rebah ke tanah dan baring.  I nampak dia bersembang-sembang dengan Abul seketika.  Siriesly,  hati i rasa macam tak sedap nak snorkeling feeling-feeling.  Suasana air sangatlah tenang.  Rasa macam senang dan yakin nak snorkeling ke sana ke sini.  Tapi hati i duk ingat kat laki i saja.  So i snorkeling straight pergi ke pantai.  Tapi sepanjang perjalanan tu pun,  i sempat tengok macam-macam keindahan coral.  Berwarna warni.  Ikan-ikan.  And tiram besar.  Gamat pun banyak.





Disebabkan i tak berapa terror nak berenang,  so i amik masa yang agak lama jugakla untuk sampai kat suami i.  Bila kaki i jejak je kat butiran pasir pantai yang putih halus itu,  i pun terus berlari ke aras suami I.  Masa tu,  i boleh dengar latar music "Aaaaa...ooo...i love you....Dil mera har baar ye sunne ko bekarar haiKaho na pyaar hai," haaaaa gituuuu!

I pun ala-ala peluk la suami I gitu.  Alhamdulillah,  dia tak dak apa-apa.  Dia okay sangat.  Bila i dah mai kat dia,  dia pun bangun dan ajak i jalan-jalan kat pantai.  And kami pun feeling photoshoot gitu.

Party All Night
Malam itu,  suami i tak mau keluar untuk berjalan-jalan di pantai.  Dia masih lemah.  Dia kata,  dia nak rehat kat dalam bilik.  Actually semalam dia dah janji nak teman i party-party di tepi pantai.  Tapi nak buat macam mana.  So dia kata,  "Hang pi la party party.  Hang pi cari kawan-kawan kat sana.  Tapi jangan duk buat merapu-rapu," pesan suami I.

Maka malam tu,  i pun keluar berjalan.  I jumpa 5 orang Malaysian (budak lelaki) yang tadi duk naik boat sebelah we olls.  We olls pun makan dinner sekali.  BBQ katanya.  Depa tanyala mana suami I,  I kata,  suami i rehat.  So malam tu,  lepas makan-makan we olls pun pergi lepak di party yang hevok-hevok tu.  Depa isap sisha.  Kita boleh order makan dan minum.  Kami pun lepak,  dengar muzik. Melihat telatah manusia malam itu.  Ada yang menari.  Ada yang beromen-romen (mat sallehla...) Pastu yang lawaknya,  malam itu,  i jadi tempat luahan perasaan depa pulak.  Sekok-sekok anak ikan ni duk luah perasaan depa ditinggalkan kekasih.  Ada yang dalam dilema dua budaya.  Ada yang dalam dilema tak boleh let go.  Gitu akak pun feeling OPRAH bagi nasihat kat depa.

Muzik dihentikan lebih kurang jam 3 pagi.  Semua orang dah penat.  Tapi semua orang tak mau balik lagi.  Entah macam mana ka,  sorang ni menyanyi lagu Jepun.  Pastu i sambung lagu tu.  Pastu dua tiga ekor mat salleh mai kat I "Oh my god....was that u singing....." KESIMPULANNYA....malam tu mak buat persembahan acapella unplugged gitu kat tepi pantai depan mat salleh tu semua.

Yang lawaknya,  ada group Arab ni feeling nak amik video i,  I terus berhenti nyanyi "Sorry sorry no video," HAHAHAHAH pastu sambung nyanyi balik.  Haaa...boleh?  Daripada Adele,  ke Mariah Carey,  Celine Dion...sampai Ella Sembilu semua aku goreng.  Memang feeling masa tu.

Kesimpulan
Okaylah,  begitulah antara kisah-kisah menarik yang i olls boleh share dengan u olls.  Insya Allah,  lepas ni i akan share lebih banyak info untuk u olls semua yang berangan and feeling nak drunk in love macam we olls di Perhentian.  I akan cerita pasai boat,  pasai aktiviti,  makan dan segala maknena lain yang u  olls harus tahu.  Tapi kesimpulannya,  we olls berdua TAK PUAS datang sini.  Bukan sebab tak best.  Sebab best sangat dan we olls patutnya kena spend more time and of course more money kat sini.  Insya Allah season depan kita datang lagi.

Love,
Jumie and Khafi
Drunk in Love
March April 2014




 



Jemput tengok album photo I olls di Facebook (Parental Advisory : Album ini mengandungi gambar seksi wanita dugong. Sekian, harap maklum.) :  Perhentian Trip 2014

Tips Kalau Nak Bercuti Di Pulau Perhentian

$
0
0
Dear all,

seperti yang dijanjikan,  berikut adalah beberapa panduan mudah yang kalian perlu ambil tahu untuk merancang percutian ke Pulau Perhentian.  Semua catatan ini adalah berpandukan kepada pengalaman I olls dan juga hasil sembang-sembang dengan beberapa rakan yang amat kerap ke Perhentian.  Diharapkan panduan ini boleh digunapakai oleh kalian semua dalam merancangan percutian yang bersesuaian dengan style u olls,  kemampuan fizikal and of course kemampuan poket u olls.

Tapi nak bagitau siap-siaplah kat ampa,  kalau ampa nak mai bercuti kat Perhentian.  Sama ada Perhentian Kecil atau Perhentian Besar,  ampa mai check it out dengan agen pelancongan ni.  Nama depa Perhentian Trans Sdn Bhd.  Ampa call depa,  ampa bagitau semua benda ampa mau,  depa akan arrange segala benda kat ampa.


Click here to read more


Pengangkutan ke Kuala Besut
Kepada orang luar dari Terengganu dan Kelantan,  i olls amat mencadangkan agar kalian semua mengambil pengangkutan khas untuk datang ke sini.  Kalau u olls nak drive sendiri,  boleh jer!  Tapi kalau ampa boleh ambil bas persiaran atau sebagainya,  ampa boleh rehat di dalam bas.  Ampa takdakla lebih sangat.  Harga bayaran yang ampa perlu bayar maybe jauh lebih menjimatkan.

Tapi kalau ampa feeling nak drive juga,  ampa boleh drive.  Nanti kat kawasan Jeti Kuala Besut,  ada banyak tempat boleh park kereta ampa.  Lebih kurang RM5-7 sehari parking.

Untuk orang-orang Penang,  ampa boleh pi area Perangin Mall,  Chulia Street dan tanya mana-mana agen pelancongan yang menyediakan van persiaran yang boleh membawa ampa dari Penang terus ke Kuala Besut.  Macam we olls hari tu naik van RM70 dari KOMTAR terus ke Kuala Besut.

Luckily,  masa kami naik van ni hanya 4 orang sahaja.  Me,  Khafi and dua Swedish.  Kalau ramai,  ampa kena la berimpit sikit. Maybe 9-10 orang satu van.

Van akan bertolak dari Penang around 5am dan sampai di Kuala Besut jam 10.30 pagi.

Kalau ampa nak naik bus pun boleh.  Tapi bus ekspress selalunya beroperasi pada waktu malam dan akan sampai di Jeti Kuala Besut lebih kurang jam 5.00 pagi.  Harga adalah lebih kurang RM50-70.  Kalau kalian dari Penang- Butterworth,  saya amat mencadangkan kalau kalian naik Mahligai Ekspress.  Bus dia memang cantek, baru,  dua tingkat dan bersih.  Siap ada suis plug untuk caj handphone or laptop.

Untuk u olls yang nak naik flight,  adalah disarankan untuk ke Lapangan Terbang Kota Bharu yang hanya mengambil masa 1 jam untuk sampai ke Jeti Kuala Besut. Berbanding dengan yang ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu yang mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Jeti Kuala Besut. Dari Lapangan Terbang Kota Bharu anda boleh menaiki teksi dengan kadar bayaran RM 78++ untuk perjalanan sehala atau boleh menyewa van dengan kadar RM 400 bagi perjalanan pergi dan balik (lapangan terbang-jeti-lapangan terbang).

Pengangkutan Masuk ke Pulau
Okay,  bila ampa dah sampai kat Jeti Kuala Besut,  ampa boleh approach kat agen pelancongan untuk beli tiket naik boat masuk ke Pulau.  Ampa bagitau ampa nak stay kat mana.  Harga speed boat atau feri adalah berlainan.  Tapi kalau ampa penakut,  ampa better naik feri.  Menaiki speedboat adalah amatlah mengadvencerkan.  Boat ulang alik masuk ke pulau pulau ini adalah antara 8 pagi hingga 4 petang.  Oh ya,  jangan lupa,  ampa juga akan dikenakan bayaran caj pemuliharaan sebanyak RM5 oleh Taman Laut Negara.

Penginapan di Pulau Perhentian Kecil 
Bergantung kepada gaya hidup anda,  Pulau Kecil dan Besar dapat memberikan kepuasan yang berbeza.  Sekiranya ampa jenis relaks-relaks,  bag packer style,  bajet,  ampa disarankan untuk stay dimana-mana dorm,  bilik atau challet di sekitar Long Beach atau Coral Beach di Perhentian Kecil.  Ini adalah kerana,  bilik-bilik yang available kat sini memang jauh lebih murah.  Kalau bilik tanpa aircond ampa boleh dapat semurah RM40.  Manakala bilik dengan aircond lebih kurang RM100 dan ke atas.

Kemudahan tandas dan bilik mandi bergantung kepada bayaran bilik u olls.  Kalau u olls amik RM100 ke atas,  bolehlah dapat tandas sendiri dalam bilik dan mungkin hot shower.  Kalau yang murah tu,  u kena share toilet kat luar.

And sorry,  untuk bilik bilik yang feeling RM100 ke atas tu tak mungkin u akan dapat televisyen,  seterika ataupun cerek air panas ye.  Bilik u pun tidak akan dikemas setiap hari.  No room service.  And yes,  bekalan elektrik akan terputus dari semasa ke semasa kerana memang kat pulau ni dia tak ada 24 jam bekalan elektrik.

Kebanyakan yang mai duduk kat Pulau Perhentian Kecil saya ulangi adalah bag packers.  Depa tak kisah bayar murah kerana pada masa yang sama,  depa akan memastikan bilik depa selalu bersih dan upon checking out,  depa digalakkan untuk kemas bilik sebaik mungkin.  Sorry to say,  ini adalah input daripada beberapa pengusaha challet yang akak bersembang-sembang di sini,  depa kata,  pelancong MALAYSIA adalah pengotor.  Especially anak-anak muda lelaki yang datang berkumpulan.

Mereka suka mengotorkan bilik.  Isap rokok merata tempat.  Cucuh puntung rokok pada perabot.  Dan bila depa check out,  depa tidak ambil kisah untuk membersihkan bilik terlebih dahulu.  Oleh kerana itu,  ada segelintir pengusaha challet di Perhentian Kecil tidak mahu menyewakan bilik mereka kepada pelancong tempatan.  Bukan sahaja kerana kebanyakan pelancong Malaysia bersifat sedemikian,  malah kalau ambil mat salleh adalah lebih menguntungkan kerana mereka selalunya akan sewa seminggu atau lebih.  Pelancong Malaysia selalunya 3 hari dua malam je.

Pada mulanya bila dengar cerita pengusaha challet tu,  i rasa macam "KEKWATNYA BELIAU NI! MEMILIH CUSTOMER. TAK BAIK!" tapi bila pikiak balik dari perspektif dia,  rasa malu pula bila memikirkan sifat-sifat kurang sivik rakyat Malaysia yang segelintir ini.

So kepada adik-adik yang nak pi buat group trip ke Perhentian atau mana-mana pun kat dunia ni,  jagalah adap masuk keluar hotel u olls ya.  Walaupun u bayar hotel tu,  tapi apa salahnya bersifat tidak binatang?

Oh ya,  one more thing about penginapan di Pulau Perhentian Kecil,  u olls tak boleh booking ya!  U olls kena datang sendiri ke receptionist dan terus check in (kalau u suka bilik depa).

Penginapan di Pulau Perhentian Besar
So kepada u olls yang ala-ala Dato Siti Liza,  takdak maknanya u olls nak duduk kat Pulau Perhentian Kecil.  Kalau u nak feeling-feeling orang greet u kat kaunter,  bagi welcoming drink,  angkat luggage u,  haaa silalah ke Pulau Perhentian Besar.  Kat sini adalah lebih banyak pilihan-pilihan shalet yang menawarkan perkhidmatan 5 bintang.  And most of the bilik-bilik mempunyai private beach sendiri.  Haaaa gituuu!! Maka oleh itu....ampa pila contact Perhentian Trans untuk buat tempahan.

Pakej Pelancongan
Kepada u olls yang ingin datang ke sini menggunakan pakej-pakej pelancongan,  memang lebih senang dan lebih mudah.  MALAH LEBIH MURAH.  Kalau ampa nak mai secara group memang lebih berbaloi la.  So apapun,  ampa kena selalu check out page Perhentian Trans untuk tengok depa punya latest offer  :  https://www.facebook.com/perhentiantrans?fref=ts

Aktiviti di Pulau Perhentian Kecil
Since i duduk kat sini sahaja during my visit,  i can only share a few activities yang boleh dibuat kat sini sahajalah.

  • Beach Party :  Di Long Beach,  Perhentian Kecil terkenal dengan 'beach party' depa.  Tiap tiap malam kat sini ada party.  Tapi bak kata teman-teman di sini,  kalau peak season iaitu bulan 5-6 (di mana laut paling cantek,  jernih,  biru masa tu,  dan mat salleh akan berlambak-lambak berpusu-pusu kat sini),  maka night party akan jadi lebih banyak.  Masa i olls datang ni,  ada dua party ya.  Ala-ala clubbing tepi pantai la.  Satu pasang lagu slow slow,  satu lagi pasang lagu rancak.  Tiap tiap party ada jual minuman,  and sisha.  Sekali sekala nanti depa buat pertunjukan api.  Sapa-sapa yang duduk kat Coral Beach pun,  sanggup redah hutan malam-malam semata-mata nak mai berparty kat sini.  Ada satu minah German yang lepak dengan I olls,  punya semangat mai sorang-sorang okay!  I kata "Hang tak takut ka?" Dia kata "Tak takut apa la...mana ada apa," Haree betui German ni.  Satgi JU ON mai urung kat kaki hang baru tau.
  • Mandi Laut  :  Kalau cuaca mengizinkan,  kita boleh mandi kat pantai Long Beach.  Laut dia panjang.
  • Sunbathing  :  Perluke orang Malaysia nak sunbathing?
  • Snorkeling :  Ampa boleh book siap siap dengan pihak Perhentian Trans untuk snorkeling trip.  Segala gear yang diperlukan akan disediakan dalam pakej ini seperti google,  fin dan life jacket.  Terpulang kat ampa nak amik pakej long trip,  short trip atau sebagainya.  Tapi kepada u olls yang nak feeling-feeling sahaja snorkeling dengan damai,  i olls amat mencadangkan agar u olls buat plan macam ni.  Suruh depa arrange boat ke Blue Lagoon ataupun Pulau Rawa,  suruh boat lepas u kat pantasi sana pagi pagi.  U pi sana dengan snorkeling gear semua,  bawak makan semua,  pastu u duduk la sana satu hari.  Snorkeling.  Swimming.  Makan-makan.  Buat photohoot ka apa ka.  Petang,  boat man mai amik u.

    Macam we olls hari tu feeling amik long trip.  Kunonnya boleh tengok sharks,  turtle bagai.  Tapi ikut nasib juga.  Macam we olls haritu,  lagilah tak turun sebab ombak deras.
  • Scuba diving :  Sapa ada lesen bolehla feeling scuba diving.  Kalau takat nak bernafas kat hidung pun susah macam I,  takpayah la feeling.
  • Tengok matahari terbit dan terbenam :  Yang ni memang satu aktiviti yang amat wajib untuk pasangan pasangan cinta.  Untuk tengok matahari naik,  ampa tunggula kat Long Beach.  Nenjia 5am dah penuh mat salleh tepi laut.  Bila matahari naik,  depa nanti cium mulut la semua.  Pastu kalau nak tengok matahari terbenam,  ampa kena pi kat Coral Beach.



  • Hiking ke Kincir Angin :  I olls pun baru tau bahawa kat Pulau ni ada kincir angin.  Kalau ampa berdiri di persisiran pantai Long Beach ampa akan nampak kincir angin ni.  Kita boleh hiking menaiki tangga-tangga mengambil masa 30 minit ke atas (ikut stamina u olls) untuk naik ke puncak kaki kincir angin.  Dari sini,  boleh tengok pemandangan yang amat cantek.










Makan Minum
Kepada u olls yang makan banyak dan sangat suka berkudap seperti I dan En.  Khafi,  disarankan anda membawa banyak tidbit sendiri.  Macam we olls,  bawa segala maknena Super Ring,  Coco Crunch dan macam-macam lagi dalam satu beg recylcing Tesco yang agak besar itu.  Sebab makan minum kat sini adalah subhanallah mahal.  Of coursela u olls!  Standard la kat mana mana tempat pelancongan pun.  Masalahnya,  ini kat pulau.  Hang kalau nak makan tempat yang bukan pelancong pun,  hang nak kena naik boat keluar pulau.  MAMPU?  So,  untuk setiap kali makan kat sini lebih kurang RM20-30 satu kepala.


Keperluan dan Peringatan Lain

  • Minum banyak air masak.  Sebab kat pantai adalah amat panas.

  • Sunblock adalah amat penting!  Siriesly.  Make sure ampa pakai SPF 40 dan ke atas.  And make sure ampa apply more than one time.  Kesalahan i olls adalah sebelum nak pi snokeling,  i olls dah sapu sekali,  lepas tu tak bawa dah (sebab takut leceh).  Sunblock dia ada tahap tahap masa dia. Selalunya lepas 1 jam setengah,  ampa kena apply yang baru!  Yang ni.......apply sekali.  Tapi berjemur dari pagi sampai petang bawah matahari.  Hareeeee....

  • Jangan lupa bawa sunglass baru ampa akan nampak ala-ala JLO gitu.

  • Jangan duk feeling pakai heels atau kasut.  Mai pakai slipper sudah.  Sini pantai kot.  Silap silap satgi kena terjun dari boat dengan ada ayak semua.

  • Jangan lupa bawa camera.  Kalau ampa ada camera boleh masuk ayak lagi baguih.  Tapi kalau ampa pi kat Suhaila Shop,  di Long Beach,  ampa boleh sewa camera ayak ni.  RM100 tak salah I.  Dia akan burn semua gambar dalam CD.



  • Masa naik boat,  jangan feeling pakai topi ala-ala Sofea Jane.  Takdak maknanya.  Angin kuat okay.  Telinga hang pun boleh melayang.  Kalau panas sangat,  bawa tuala.  And cover your head.  That's the best i guess.

  • Bawaklah minyak gamat,  minyak cap kapak and panadol.  Simple things kalau kalaula nanti kaki terpijak terumbu karang ka.

  • Plan your acitivity dengan baik.  Kalau u mai seorang diri takpa,  boleh ikut kepala u.  Kalau u mai dengan kumpulan atau kapel,  make sure ampa satgi tak boring.  Sebab bila duduk dalam pulau ampa tak boleh pi mana dah.


Be Open
Kepada u olls yang mai secara berkumpulan / berkapel / sendiri,  be relaks and open.  Dont be afraid untuk bersembang dengan local dan juga pelancong luar.  Usually pelancong luar negara (european / arab / indian / japanese) depa adalah sangat mesra alam.  U tak pandai English sangat pun takpa.  Depa pun bukan pandai sangat pun.  U belasah saja.  Tunjukkan depa kita rakyat Malaysia yang baguih.

Cumanya yang i olls tak boleh belah adalah sikap sikap pelancong Malaysia especially MELEIS,  baru sekali pakai tupis dah feeling jalan angkat dagu depan mak.  Aiiiiiyooo.  Pehlis okay. Hang pakai tupis pun,  hang pernah masuk VOUGE ka?  Haaaa!

Siriesly kebanyakan pelancong Malaysia adalah sangat STUCK UP.  Depa rasa macam depa sangat baguih daripada orang orang lain semua.  Orang relaks tepi pantai,  dengar muzik,  cium cium dengan marka ka apa ka.....depa ni style feeling duduk tepi laut,  pakai Dr.  Beat pastu duk gigih main tablet.  Apala serrr....hang mai tepi laut semua tapi duk hambakan diri pada gajet.  Aku ni handphone pun tinggai kat bilik.  Kata holideeeeeeeeeee.....

Mak malas la nak layan kimaks macam ni.  Masa kat sini,  at first i try be friendly dengan semua.  Untuk group pelancong Malaysian,  i made new friends with 5 good Malaysian gentleman.  Memang kepala gila tapi cool sahaja.  Ada juga kumpulan Meleis pakai tupis yang macam kimak.  Apa salahnya ampa senyum balik kat aku?  Bukan aku suruh ampa bayar hotel aku pun.

Tapi ada satu group budak Malaysia,  depa ni macam budak budak sikitla.  Macam 21-24 macam tu.  Depa ni baik baik juga.  Tapi yang lawaknya,  depa duduk sebelah bilik kami.  Boleh dengar semua depa sembang apa.  Depa bajet nak mengurat mat salleh saja.  HAHAHAh hare betui la niat depa.  Bila mat salleh pompuan lalu depan bilik kami,  depa akan tegur "Hello Hai..." HAHAHAHAHAH gila sampai lani aku ingat kat depa.


 I olls bersama-sama dengan Yoe Cr.  Dia nila bapak ayam besar kat Perhentian.  

Harga Kami Spent
Here are the details harga bayaran yang kami dah buat sepanjang percutian ni.  Tolak pi tolak mai kami habis cukup cukup SERIBU.  Ampa boleh tengok list i buat ni  :

Van Penang-K.  Besut  : RM70 x 2 = RM140
Bus K.Besut - Penang : RM50.5 x 2 = RM101
Hotel  :  RM160 x 2  = RM320
Snorkeling  :  RM40 x 2  = RM80 (harga spesyel kat i)
Boat ride Jeti-Pulau = RM50 x 2 = RM100 (harga spesyel kat i)

Altogether  :  RM741

Perhentian Trans
Okay takmau cerita banyak dah.  Lani ampa semua mesti teruja kan lepas tengok semua gambar dan juga cerita-cerita we olls.  So harap u olls semua cepat-cepat buat tempahan dengan Perhentian Trans secepat mungkin.  And please bagitau "AMPA BACA DARI BLOG JUMIE SAMSUDIN" mana nak tau....depa ada bagi special special sikit.



Perhentian Trans Holiday Sdn Bhd
B9,  Plaza MARA Kuala Besut,
22300 Kuala Besut,
Terengganu,  MALAYSIA
Phone  :  09 690 3269 / 012-964 9797
Faks  :  09 690 3269
Email address  :  enquiry@perhentiantrans.com



Sekian, love u olls semua!

ps/  So far kami spend RM1000 termasuk dengan duit beli benda benda merapu dan sebagainya.  Kalau nak ikutkan harga tiket
Jumie Samsudin

Also read :  Drunk In Love di Perhentian

Ipoh Sand Art And Inflatable Bouncer

$
0
0
Ipoh Sand Art And Inflatable Bouncer berpusat di Shah Alamdan mempunyai cawangan di Ipoh dan Pulau Pinang.




Mempunyai  3 corak inflatable sebagai pilihan untuk memeriahkan majlis anda. 


Tidak terhad kepada majlis hari jadi semata,  kami pernah menerima tempahan untuk majlis kenduri kahwin, Hari Keluarga dan pelbagai festival/karnival.


Beberapa artis juga telah menggunakan perkhidmatan kami seperti Yatt Hamzah dan Shazleen Shahbi. Namun, harga kami tetap sama! :)




Sangat sesuai untuk dijadikan aktiviti kepada anak-anak dalam keadaan selamat dan terkawal disamping kita bersantai bersama tetamu dan jemputan.  

Antara perkhidmatan lain yang disediakan :
  • Inflatable Bouncer
  • Sand Art
  • Candy Buffet
  • Goodie Bag







Untuk harga dan sebarang pertanyaan, boleh PM kami laju-laju atau call/sms/whatsapp 012-5071701


Free transportation charges sekitar Shah Alam, Ipoh dan Georgetown, Penang.

Visit our Facebook and website :  

Jangan Paksa Orang Lain Untuk Memaafkan

$
0
0
Catatan ini saya tujukan untuk wanita-wanita yang telah memaafkan bekas teman lelaki,  bekas suami,  bekas pasangan dan juga untuk wanita-wanita yang telah memaafkan teman lelaki,  suami dan pasangan.

Perhubungan cinta,  kasih sayang yang terbentuk dalam satu hubungan especially hubungan rumah tangga adalah amat kompleks berbanding hubungan kapel-kapel ni.  Hubungan rumah tangga antara seorang suami dan seorang isteri menjadi amat kuat kerana telah berlaku hubungan kelamin dan lebih erat hubungan ini apabila kedua-duanya mempunyai zuriat bersama.  Namun,  hubungan yang terlalu kompleks ini ada kalanya mengalami konflik dan menjurus kepada salah faham dan lambat laun menuju ke arah penceraian.


Apabila berlaku konflik,  almost semua wanita akan cuba untuk mendapatkan bantuan dan perhatian daripada semua pihak yang terlibat.  Acapkali keluarga dan teman rapat.  Of course kita sebagai orang yang paling rapat dengan mereka,  apa lagi yang kita boleh buat?  Kita pinjamkan telinga.  Telinga kita menjadi tempat luahan.

Click Read More



Dan kita bukan manusia kayu.  Setiap ayat dan kata-kata pasrah yang diluahkan itu sedikit sebanyak menggangu perasaan kita.  Kita juga dapat rasakan kesedihan,  kepasrahan, pedih,  geram,  dan segala maknena perasaan negative yang ada dalam kepala otak kita.  Sebab kita juga wanita.  Dan sebab kita sayangkan wanita yang bercerita itu.  Dia mungkin saudara kita.  Dia mungkin kawan kita.

Masa yang kita peruntukkan untuk mendengar kisah luahan ini kita tak minta balasan wang emas.  Kita tetap ikhlas mendengar dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk sahabat/saudara kita itu.  Kita tak mau tengok dia menderita.  Kita tak mau tengok dia bersedih lagi.  Kita tau,  dia berhak untuk bahagia macam orang orang lain.

Tapi entah kenapa,  dalam banyak-banyak pilihan hidup yang ada di hadapan matanya.  Kawan/saudara wanita kita itu tetap memilih untuk kembali kepada pasangan hidupnya yang selama ini membuat pelbagai onar dalam hidup dia.  Tak cukup dengan membuli secara emosi,  kewangan dan fizikal.  Malah senang-senang meletakkan kawan/saudara kita ini sebagai sebahagian daripada pilihan hidup si lelaki durjana itu.  Tapi kini,  setelah apa yang telah dilalui oleh wanita itu,  setelah apa yang kita lalui bersama dengan wanita itu,  senang-senang dia memilih untuk kembali kepada suami/pasangannya.

Berapa ramai antara kalian yang membaca artikel  ini pernah melalui perkara yang sama seperti yang saya ceritakan di atas?

Marah?

Sedih?

Benci?

Pedih?

Marah,  tidak ada.  Sedih,  ada sedikit.  Benci,  langsung tidak ada.  Pedih,  ada sedikit.

Begitulah perasaan saya.

Sekali lagi saya nyatakan di sini.  Artikel ini saya tuliskan untuk wanita-wanita yang telah memaafkan bekas teman lelaki,  bekas suami,  bekas pasangan dan juga untuk wanita-wanita yang telah memaafkan teman lelaki,  suami dan pasangan walaupun setelah selama ini meluahkan pelbagai kesengsaraan dan kesedihan yang kalian hadapi dengan lelaki durjana itu.

Alasan kamu pilih?

Anak-anak.

Sudah tiada siapa lagi yang membantu kamu selain suami.

Dia masih suami aku.

Dia sudah berjanji ingin berubah.

Aku sudah sembahyang istiqarah dan inilah jalannya.

Inilah yang terbaik buat kami berdua.

Kalian boleh pilih semua jawapan-jawapan di atas.  Tapi siriesly i cakap,  kalau boleh,  biarlah ini sahaja jawapan dan alasan yang keluar daripada mulut kalian tentang kenapa kalian memilih pilihan ini.  Tak perlu kalian nak perdalamkan dan perincikan lagi jawapan-jawapan kalian.  Tidak perlu kalian nak kisahkan lagi hal hal yang melibatkan kisah-kisah cinta kalian yang sudah berputih kembali.  Kerana sesungguhnya kalau kalian sudah boleh memaafkan dia,  tidak mungkin saya dapat memaafkan dia juga.  Dan mungkin,  kalau saya sudah boleh memaafkan si dia itu (walaupun dia tidak ada kena mengena dengan hidup saya),  tidak mungkin saya dapat melupakan begitu mudah segala onar yang dia telah lakukan kepada kamu,  sahabat yang aku cintai.

Kamu faham aku?

Sudah tentu tidak.  Kamu sekarang sudah bahagia.  Kamu sekarang sudah gembira dengan hidup kamu yang baru.  Segala dulu yang nampak hitam kini sudah bercahaya.  Kamu rasa lebih yakin untuk berpimpin tangan dan ingin bercanda bersama.  Kamu berdua sudah saling memaafkan.  Kamu berdua sudah tekad mahukan untuk mulakan hidup baru.

Kamu tidak perlu faham aku.

Cuma satu sahaja yang aku pinta dari kau wahai sahabat/ saudara wanita ku.  Jangan paksa orang lain untuk memaafkan hanya kerana kau telah memaafkan.  Jangan paksa orang lain melupakan hanya kerana kau telah melupakan.

Kerana selepas ini,  kalau dia kembali dengan sikap anjingnya,  melayan wanita lain,  membazir wang untuk dadah,  mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga,  memukul kamu,  memukul anak-anak............................................itu bukan pengajaran untuk kau lagi.  Itu pengajaran untuk aku.

Kenapa aku katakan pengajaran itu untuk aku?

Kerana kali ini,  aku tidak mungkin akan berada di sini untuk pinjamkan telinga dan memerihkan air mata.  Bukan aku nak berkira kira dan bersifat kejam.  Tapi sekurang-kurangnya,  fikirkanlah hati hati kami ini juga.  Kami kakak,  ibu,  adik,  sahabat wanita yang amat sayang pada kamu.  Bukan menyalahkan pilihan hidup mu.  Bukan menidakkan jodoh mu.

Tapi kalau inilah yang paling terbaik buatmu,  buatlah apa yang kamu rasa yang kamu harus lakukan.  Dengan syarat,  jangan cerita apa-apa lagi pada kami.  Setiap kata-kata pujian,  aturan cinta,  metrai janji sumpah bahagia antara kamu dan dia seolah olah panah yang menusuk terus ke benak hati kami.  Sudah,  kami tak mau dan tak perlu dengar itu semua.  Kalau itu cinta sejati mu,  tak perlu diungkap dengan kata-kata.  Takperlu dimetrai dihadapan dunia.  Cukuplah antara kamu,  dia dan Tuhan.  Suatu hari nanti,  kalau ternyata cinta kamu dan dia kekal bersama,  segalanya akan terbukti dan kami di sini akan terus memerhati dan tumpang bahagia.

Tidak apa perumpamaan lain yang aku boleh letakkan di sini untuk membayangkan situasi hati hati kami.

Luahan dari hati seorang saudara/sahabat wanita yang sudah memaafkan suami/pasangannya.  Kami bukan jahat.  Tapi kami juga manusia.

Dalam Kehadiran Sofea (Teater)

Poster Dalam Kehadiran Sofea

$
0
0
Hello u olls,

Sajia la nak share dengan ampa semua poster terkini sempena pementasan teater Dalam Kehadiran Sofea yang I olls akan berlakon pada 9 dan 10 Mei 2014 ni.  Lani duk gigih( gigih la sangat kan.....nasib baik la ampa dapat Pengarah punya baik macam Intan) berlatih lagi.

Saja nak share jugak kat sini,  teater ini telah disahkan dan diluluskan untuk mendapat rating 18SX.  Oleh itu,  u olls yang nak mai tengok teater kami tidak digalakkan untuk membawa masuk anak-anak sekolah apatah lagi anak kecil ya.  Kerana dialog percakapan para pelakon semuanya pasti menyundalkan.


Gambar JULIA tu akak la u olls.  Kelasss takkk???  Siap pose nampak celahan ketiak sikit.  Tapi...nak bagitau mai,  memang gambar akak tu telah diedit ya bagi nampak kurus sikit.  Hakikat akak tidaklah begitu kurus sangat.  HAHAHAH

Dalam lakonan kami ni juga,  ada 3 orang mak nyah.  Depa dalam gambar ni.  Ampa pilih la yang mana antara 3 tu adalah maknyah tu.

Akak harap sangat ampa semua mai support pementasan tu nanti.  Ampa mai follow kat sini  :  Dalam Kehadiran Sofea (Teater)


Love,  
Jumie Samsudin a.k.a Julia Busuk

Pengalaman Menjual Suara

$
0
0
Hello u olls,

Saja nak share dengan ampa hari tu akak berpengalaman menjual suara untuk satu pembikinan video yang diterbitkan untuk tujuan maklumat kesihatan.  Akak disunting oleh Martin Tang,  seorang pelajar USM yang juga kenalan i olls la.  Dia terlibat dalam pembikinan video ini yang diedit dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.  So untuk bahasa Malaysia,  dia jemput akak untuk buat voice over.  Yang bahasa mat salleh punya,  orang putih mana ka yang buat la.  Kerlass tak?  I feel international sangat.

Masa mula-mula nak dapat job ni,  Martin mai jumpa akak and buat recording ringkas.  Dia bagi text video tu dalam Bahasa Malaysia dan suruh akak baca.  Lebih kurang 30 saat.  Pastu suara akak itu dihantar kepada client.  So,  kalau depa suara akak barulah depa pilih and kata YES!

After one week,  akak pun dapat berita gembira daripada Martin.  Dia kata client setuju dengan suara akak.  GITU!!!!  Lepas tu,  Martin pun email kat akak text skrip video tu.  Sebuah video yang menceritakan tentang prosedur rawatan untuk pesakit buah pinggang.  Akak pun retype balik skrip tu agar jadi lebih besar.  Dan perkataan yang susah susah akak study dulu siap siap.

Proses rakaman suara di buat di Studio Gaya Hidup di BJ Complex Penang.  Rakaman mengambil masa lebih kurang 2 - 3 jam untuk satu hari.  Preparation before i olls membuat rakaman adalah first sekali,  baca artiskel banyak kali.  Baca dan faham.  Bukan baca saja saja.  Bila kita faham barulah kita akan buat intonasi yang sesuai dengan ayat tu.  Secondly,  buat exercise mulut macam nak nyanyi,  bubbling and hissing.  Then,  finally masa baca relaks ja. Buat macam nak baca kat orang.

I hope i can share the voice over and video kat ampa.  Tapi sorry tak boleh.  Hak cipta terpelihara.  Tapi tak taula esok esok ampa pi private hospital mana-mana untuk dengar rakaman video ni,  agak-agak ampa boleh perasan tak tu suara I?

ps/  kat bawah gambar I olls dengan Martin.  Muka akak diedit berseri seri jadinya.  Hhahahaha...

Love,
Jumie Samsudin


Cerita Pasai Budak Budak Gustavus

$
0
0
Hello ampa semua,

Hari ni nak cerita kat ampa pasai budak budak Gustavus.  Kebelakangan ni kalau ampa perasan kat FB dan blog akak ada la duk terselit gambar i olls dengan anak-anak mat salleh dari Amerika.  Depa ni semua student daripada Gustavus Adolphus College,  Minnesota,  Amerika Syarikat yang terpilih dan terlibat dalam program akademik Gustavus di USM dari Februari hingga Mei 2014.  Pejabat I olls merupakan penganjur / penyelaras bagi program akademik ini,  maka secara tidak langsung i olls menjadi 'mak ayam' kepada depa-depa semua.

Program akademik Gustavus ini merupakan program pertama seumpamanya di USM.  12 pelajar yang terpilih ini akan berada di USM lebih kurang 1 semester untuk belajar 4 subjek iaitu Bahasa Malaysia and Culture,  Living Diversity,  Religious Experience and Tropical Ecology.  Kelas-kelas ini direka khas untuk depa bersesuaian dengan kehendak kredit universiti depa tapi diajar oleh tenaga pensyarah daripada USM dan beberapa penceramah jemputan dari sekitar Malaysia. Depa juga kena pi beberapa lawatan kerja lapangan.  At the end of the semester,  depa kena buat exam dan semua markah-markah ini akan termaktub dalam kursus liberal arts depa.


Akak agak close dengan depa - depa ni semua sebab secara tak langsung,  akak bertanggungjawab untuk jaga segala maknena keperluan kebajikan depa sepanjang di USM.  But bukan akak buat kerja sorang la, kami ada support team yang sama tolong menolong.  Cumannya,  akak yang lebih banyak mencapap dengan budak budak ni.  HAHAHA.

Hari ni akak nak share kat ampa gambar-gambar depa dan sedikit pengenalan mengenai depa dalam blog i.  I also share link blog blog depa (tapi tak semua ada personal blog).  Salah seorang daripada depa,  nama Haley,  dia tekejut bila i kata i ada 4000 pembaca setiap hari, "Come on Jumie...u gotta share some of your readers to my blog too," katanya dengan pelat US.    Oleh itu,  hari ni i nak share dengan ampa,  ampa click-click la kat blog depa nanti.

Kalau ampa nak tanya apa-apa soalan kat depa pun boleh, ampa komen balik kat blog akak ni,  bagitau ampa tanya soalan kat sapa and apa soalan ampa tu.  Nanti i pass soalan tu kat depa,  and suruh depa answer.  :)

Jom berkenalan dengan depa  :


Click Read More


Haley Coller
Haley ialah satu-satunya student yang mixed race.  Mak dia caucasian,  bapak dia Black American.  Dia ni macam gila gila sikit.  Setiap kali amik gambar,  dia akan nganga mulut macam dalam gambar ni.  So,  bila kami nak amik gambar,  kami akan nganga mulut dan kami akan kata "Haley's look!".  Kat universiti dia,  dia belajar tentang public service (cukai dan etc).  Dia kata lepas ni dia nak sambung belajar jadi lawyer.  Memang sesuai la.  Dia ni suka tanya-tanya dan agak garang bila kita tanya dia balik soalan.
Haley's blog  :  http://haleygoes2malaysia.blogspot.com/




Heather Goff
Heather ni adalah antara pelajar paling tua dalam group ni.  I suka sembang dengan dia sebab i rasa dengan dia boleh sembang macam 'real woman' sikit.  Dia lebih open dan lebih suka untuk mendengar kisah-kisah wanita kita.  Dia suka bertanya tentang isu pendidikan dan wanita kat Malaysia.  And aku sangat happy untuk share jugak mana-mana yang i tau sebab isu isu ini yang aku selalu minat.
Heather's blog  :  http://hgoffabroad.blogspot.com/



Joey Wiley
Joey dan aku mempunyai dua persamaan iaitu bentuk badan dan juga minat kepada makanan.  HAHAHA.  Kami mula-mula berkenalan Facebook Group Gustavus.  Dia kata kat I olls masa mula mula "Jumie,  i remember whenu first wrote about yourself in our Facebook group. And you say.....Hi.  Im Jumie and love food.  And i was like...SHE'S MY GIRL," Oh yes,  dia memang besar.  Memang AMERICAN SIZE.  Aku rasa ketinggian dia lebih kurang 9 kaki.
Joey's blog  :  http://malaysiabound.blogspot.com/




Jena Nutzman
Jena ialah seorang bakal jururawat.  Dia ni sangat pendiam.  Tapi bila hang lepak dan duduk dengan dia,  baru hang tau dia sangat senang nak rapat.  Dia dah ada BF.  :)
Jena's blog  :  http://jenagoestomalaysia.blogspot.com/



Jenna King
Dalam semua semua student Gusties,  Jenna King adalah yang paling lemah lembut dan manja.  Setiap kali jumpa hang dia akan senyum dan kata "Hello Jumie...how are u?  Do have a good weekend?" Rambut dia kerinting kerinting macam karakter Disney.  Dia sangat suka amik gambar.  Ampa harus check out photoblog dia.
Jenna's blog  :  http://jennasmalaysiaphotoblog.blogspot.com/




Theresa Reiser
Nickname dia ialah Kris.  Ini membuatkan kami lebihlah konfuse kerana 3 lagi students perempuan nama depa Kristine,  Krystal dan Kirsten.  Haaaaaa.....Kris mempunyai karakter yang agak series tapi sangat mesra alam.  Dia selalu akan berusaha untuk cuba cakap Bahasa Melayu bila jumpa dengan I olls.  I sangat suka dia sebab muka dia sangat English Classic.
http://malayspring.blogspot.com/




Elizabeth Strom
Liz ialah seorang pelajar yang pendiam juga.  Tapi dia macam aktif dan selalu buat hal dia sendiri.  Apa sahaja aktiviti dalam kampus sure nanti nampak muka dia pi sorang-sorang.  Dia takdak Facebook.  And sorry dia takdak blog sendiri.  Tapi kalau ampa nak tanya soalan kat dia boleh ja.  




Jennifer Geffre
Jen adalah seorang wanita tinggi lampai yang cool.  Dia belajar computer.  So kalau during class,  kalau ada masalah dengan projector or komputer,  dia la yang akan aku minta tolong.  Dia pun takdak blog juga.  Sorry u olls.



Kirsten Larsen
Kirsten adalah seorang pelajar yang supporting.  Dia roomate dengan Kris.  Masa kami semua pi makan kat Passion of Kerala,  dia duduk depan I.  So haruslah dia kena paksa makan guna tangan.  HIHIHI.  Masa mula dia agak kekok.  Tapi lama-lama dia okay. Last sekali dia belajar juga isap jari.




Kory Kolis
Kory ialah 'the other guy".  HAHA.  Sebab dia dengan Joey dua orang ja lelaki.  Kory ni sangat relaks dan suka sembang juga.  Dia ajar I olls maksud sebenar seorang 'HIPSTER'.  Satu benda yang I olls ajar dia bila dah mai Malaysia ni adalah cara-cara nak isap siput sedut a.k.a bah li tong.  And yes! Dia berjaya.  Dia bagitau kat i,  dia rasa sangat kekok duduk kat Penang ni sebab kalau nak ikutkan daripada pekan asal usul dia,  populasi penduduk kat situ hanya lebih kurang 2000 orang untuk sebuah pekan sebesar Penang.  Walhal kat Penang ni,  dah almost 2 million.



Kristine Molde
Dia ni lawa sangat.  Tinggi lampai tapi pendiam.  I olls tak banyak bersembang dengan dia sangat.  So taktau nak cerita apa pasai dia melainkan nak kata dia lawa :)



Krystal Kreutzer
Dia ni pun lawa juga.  Sangat suka selfie.  Hobi dia adalah 'menghantar gambar pelik melalui snapchat'.




Okay u olls,  ampa boleh baca juga depa punya official blog yang ditulis dalam laman web university depa.  Ampa baca-baca catatan kat sini and kalau ampa ada apa-apa soalan nak tanya kat depa,  ampa komen kat post ni,  nanti i boleh suruh depa jawab.

Gusties  blog  :  http://cice.blog.gustavus.edu/category/semester-in-malaysia/

Amat mengharapkan depa tersangat-sangat happy ketika berada di Malaysia ni.  And kepada student-student dan warga USM yang membaca blog i olls hari ni,  kalau ampa ternampak muka muka depa dalam USM,  tegur ja depa.  "Hey gusties..i saw u on Jumie's blog," haa gitu!  Depa mesti suka.

Love,
Jumie Samsudin

Pementasan Teater Muzikal Circle of Life - The Lion King

$
0
0
Hello u olls,

Baru baru ini,  kawan i abang Sendros berkongsi dengan i olls satu video teater muzikal.  Dia kata,  masa dia pi London dengan Asiah,  dia pi tengok show ni.  Dia kata memang dia tak akan lupakan satu pementasan teater muzikal yang paling epik dan paling grandis sekali.

Bukan sahaja sebab suara nyanyian,  tarian malah setting back drop yang betul betul membuatkan semua penonton berasa seperti berada di sahara Afrika.  Mai sini I olls nak tunjuk video kat ampa.




Meletops kan?   Okay kalau ampa rasa pementasan ni best dan dipre-rekod,  well well well,  mai sini I olls nak share dengan ampa betapa gempaknya depa kerana mereka ni semua bukan miming na.  Tapi depa memang nyanyi live and suara depa memang kerlas macam ni.

Ampa click read more



Baru baru ini,  the cast of Circle of Life - The Lion King sedang mengadakan persembahan kembara di seluruh Australia.  Dan dalam penerbangan mereka dari Brisbane ke Sydney,  semua penyanyi penyanyi ini telah menyanyikan secara live di dalam kapal terbang depa.  Nah ampa tengok ni  :



Kalau depa ni buat show kat Malaysia.  Siriesly aku nak pi!!

Love,
Jumie Samsudin

Sentap Kawan Office Tak Ajak Makan

$
0
0
Salam Kak Jumie, 
Saya adalah salah seorang peminat blog akak yang havoc nih, saya merasakan yang saya seperti mendapat spirit baru bila membaca segala yang ada di blog akak.
Saya nak buat luahan dan saya berharap agar akak dapat memberi sedikit kata carutan kepada mereka yang merasa bangsatwan bukan bangsawan yang dihormati.
 
Di opis saya dikelilingi oleh maknusia yang suka sangat makan kuih talam sampai muka pun boleh bertalam-talam.  One day ada satu lady nih dia mengandung dan segala haram markonah pernah meminta saya membeli kowt-kowt anak dalam perut teringin tak dapat meleleh..saya dengan rasa kasihan dan bergumbira tolong beliau sebab saya pun macam akak juga dah kawin tapi belum datang rezeki nak membuntingkan diri. 
Keesokkan harinya, kebiasaan saya akan bertanya pada beliau nak makan apa?  Dan saya tak tau pulak yang dia dah ade hanjing yang mengajak beliau makan dan tidak langsung mengajak mahupun mempelawa..bukan la kata nak sangat mengikut atau apa tapi kalau dah Kak Nam ade kat sebelah meja jak tak kan mulut beliau penuh emas nak bercakap...takut Kak Nam kirimkah, takut Kak Nam ikutkah?? 
Saya harap kak jumie dapat memberi sedikit carutan kepada orang-orang yang dah banyak sangat makan talam nih. 
Sekian
Kak Nam Junior

Click to read more


DearKak Nam Jr,

Hahaha tergelak aku membaca email hang ni. Sah sah hang sentap sebab kawan-kawan office hang tak ajak hang makan.  Pastu teruih hang nak cop depa bangsatwan la apa semua.  Amboi.  Hang ni tak baik hang tau dak.  Kalau betui hang suci murni sebab duk baca blog i olls selalu.....awat hang duk suka suka carut orang tak pasai ni.  Hang tengok akak lani,  hang ada tengok ka akak selalu carut carut kat orang dah?  Dah 3 4 tahun dah akak tak berapa nak mencarut dalam blog akak ni.

Tapi dah hang minta kan?  Mai sini I olls nak carut kat hang dulu.  Lain kali,  toksahlah hang nak sentap sentap sebab kawan kawan hang tak ajak hang makan ka apa ka.  Biak pi la kat depa.  Kalau aku jadi hang,  aku lagi gumbira u olls.  Pi beli makan siap siap masa mai kerja (or bekal dari rumah),  pastu makan kejab kejab je kat office.  

Takdak buang masa pi melepak lama-lama kat luar.  Hang tau la kalau pi beli makan ramai ramai kan nanti amik masa semua.

Toksahla nak sentap sentap dah.  Ingat,  kalau hang betul ikhlas tolong.  Hang tak akan harap balasan.  Malah mengharap esok lusa hang mengandung macam depa pun kira dah macam mengharap balasan.  Kalau hang betul ikhlas,  hang bagi bantuan tanpa mengharap balasan u olls.  Haa.....kan dah kena carut dengan aku?

Tula ampa ni semua duk tengok banyak sangat drama Melayu.  Tula sikap ampa suka nak feeling feeling mangsa keadaan.  Rasa macam menjadi cacian masyarakat.  Rasa macam dipulau komuniti.  Padahal,  semua tu ampa feeling sorang sorang.  Biak pi la depa nak pi makan-makan sekali pun,  janji depa tak suruh hang bayak makanan depa.  And lagi satu,  kalau depa keluak sekali pun sebab depa nak ngumpat hang ka apa ka...biakla....hang kira hot la tu.  Sebab tu depa nak ngata hang.

Dah dah tak mau marah dah apa semua kat hang.  Satgi hang sentap dengan aku tak mau baca blog aku dah.  Dah la ampa ni semua baca ja hari hari satu komen pun tak reti nak bagi.  Janji dengan i olls u olls tak akan sentap untuk benda benda remeh ni semua dah.  Ingat...kita bangsawan.  Kita ada kelas.  Kita tak akan berasa menyingsa dengan sifat sifat negative ni.  Biak pi kat depa.

Love,
Jumie Samsudin

Happy Birthday Jumie and Khafi

$
0
0
Hello u olls,

29 Mac yang lalu maka genaplah umur aku 29 tahun.  Dalam seumur hidup I olls,  inilah satu satu kalinya i olls akan lalui tarikh istimewa ini.  And maybe u olls tak tau,  selang beberapa hari iaitu 2 April adalah hari lahir En.  Khafi yang ke 28 tahun.  Yes,  En.  Khafi muda daripada I.  Dah dah...toksah duk buat terkejut kejut kat sini.  Rimaih aku.

Sebab itulah tahun ini,  kami dorang feeling amik cuti and pi berhanimun di Perhentian Island.  Kami bertolak betul betul pada pagi besde I iaitu 5am.  Tapi malam sebelum birthday I,  iaitu before midnight 29 Mac,  anak-anak ayam I iaitu Ezal,  Mamu and Kudin pun call I.

"Mak ayam ada mana?  Kita ada masalah la nak jumpa," kata Ezal dalam voice note wassapnya.

Akak pun membalas dengan suara pondan akak "Bured la ampa duk berlakon dengan I.  I tau ampa nak mai buat suprise birthday aku.  Tak payah...takpayah...mak nak tidok awai ni.  Esok 5am nak pi Perhentian dah...." konfident dak aku?

Pastu Ezal balas balik dengan voice note  "Mak ayam...kita betul la ada masalah.......kita nak mai ni....."

Lepas pujuk pujuk,  i pun bagila depa mai rumah i yang macam tongkang pecah ni.  Pastu depa pun mai la.  I tengok depa macam feeling nak buat birthday dah.  Saka i duk bisik dah kat i kata depa ni semua duk buat nista ni semua.

"Ampa nak buat birthday suprise kat aku kan?"

"Ehk takdakla mak ayam................" kata penafian depa.  Kudin pun duk buat lemah longlai sambil peluk peluk lengan I "Sorryla Kak Jumie...kami tak beli pun kek kat Kak Jumie...birthday esok ke??"

Bured kan lakonan?

Pastu tiba-tiba.....nenjia....Ezal masuk dari pintu depan dengan sebuah kek dan lilin...."Happy birthday to you....." depa pun nyanyi kat I.

Happy Birthday Jumie Samsudin.  Thanks Ezal,  Mamu and Kudin.  Birthday cake sedap sangat.  


  Click To Read More

Pose ala-ala Sharipah Aini.  "Terima kasih semua...akak terharu,"
 
Pose tiup tiup lilin pulak....gituuu.

 
Dari kiri,  Mamu,  akak,  Ezal dan Kudin.  Sorryla rumah I olls.  Macam hoaders gitu.  HAHAHAH.  Sapa-sapa nak tolong kemaih jemputlah mai rumah.  

Ucapan terima kasih sangat-sangat daripada semua anak-anak ayam I olls,  adik beradik,  saudara mara,  kawan-kawan dan semua semualah yang mengucapkan selamat hari jadi kepada I olls tahun ini.  Semoga semua doa-doa kita yang baik baik ini didengar oleh Allah.  Insya Allah.  I olls juga mendoakan yang terbaik untuk ampa ampa semua.  

Lepas itu,  esoknya me and En.  Khafi pun bertolak la ke Perhentian.  3 hari dua malam di sana.  Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Setakat pening pening kepala,  sunburn dan En.  Khafi diserang asthma la.  I pun balik dah post gambar and tulis kat blog semua.

Pastu masa hari birthday En.  Khafi iaitu 2 April tu,  En.  Khafi dah ada kat Penang.  I pun wish la cium pipi kat dia.  Happy birthday Abiang.  Pastu i pun tanya lat kat dia  "Abiang.....best ka pi Perhentian hari tu?  Ikhlas jawab," 

En.  Khafi mendiamkan diri. 

Kita ni bini depa.  Kita tau la hati depa lagu mana.  Tengok seluak dalam depa pun kita tau seluak dalam tu dah pakai ka belum.  Betui dak?  Sememangnya hati kecil akak berkata,  En.  Khafi tak nampak happy sepanjang dia berada di Perhentian.  I nak tanya dia,  tapi takut dia kata aku ni duk tanya benda merapu rapu.  Tapi come onla.....kita bini dia kan?  Mesti la kita tau.  Lagi satu,  i pun tau,  En.  Khafi duk mai sesak nafas ni semua.  So maybe sebab tu dia macam tak excited sangat ka.  Ataupun dia okayja...aku yang feeling.

En.  Khafi tiba tiba membuka beg dia.  Dari dalam tu dia bok keluar phone Samsung dia yang dah lama dan dah pecah.  Tapi aku tengok fon tu dia duk on lagi.

"Macam mana aku nak happy.  Dua tiga hari ni aku duk tengok ni saja," lantas En.  Khafi pun tunjuk kat aku SMS daripada arwah mak dia pada hari jadi dia tahun lalu.

Assalamualaikum selamat hari lahir untuk anak mak.  Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dari Allah SWT.  Mak selalu mendoakan yang terbaik untuk anak mak.  Jangan tinggal solat.  Mak sayang anak-anak mak semua.  

Ya Allah aku terus peluk suami aku.  Aku menangis.  Dia pun menangis.  

"Abiang.....awat tak bagitau kat Ya......awat abiang pendam sorang sorang,"

"Aku tak mau hang sedih.  Hang duk excited semua....."

"Abiang tak baik......kata kita janji semua rahsia kita sama-sama.  Susah senang kita sama....awat abiang buat macam ni,"

Kami terus berpelukan dan menangis lagi.  Lama juga.  Aku peluk suami aku yang kendu ni erat-erat di hadapan Peti Ais tu.  Ya Allah,  kuatkan lah hati suami aku.  Ya Allah,  letakkan arwah ibu mertua aku bersama orang orang yang solleh.  I miss my mother in law a lot.  Dah hampir 8 bulan dia meninggalkan kami.  

Malam itu,  akak pun buat birthday party kat En.  Khafi.  Saja la simple simple saja.  Masak nasik ayam (feveret En.  Khafi) pastu buat kek (i baked sendiri ya).  Pastu i jemputlah kawan-kawan i yang rapat-rapat.  Depa bawak la macam-macam buah tangan.  

Birthday cake yang dimasak sendiri oleh isteri yang comels.  Masa akak duk gigih bancuh kek ni,  Wawa kata "Jumie hang kena bancuh dengan senyuman sebab baru kek ni akan sedap...." buredyu betui Wawa ni.  Anyway,  thank you Wawa sebab tolong i masak dari pagi.

Tudia Nizal duk hidang kat En.  Khafi.  Ridhuan muka telan ayak liok.  Hare....

 
 
En.  Khafi nak potong kek.  Belakang tu yang duk tersandar kat sofa ialah father I,  abang Manap.

Depa dorang ni...erm....erm....... 


Puding cocktail buah dari Wawa Azwanti.

Puding oreo daripada Nizal.

En.  Khafi punya malu nak tiup lilin.  Sorry takdak gambar yang dia tiup lilin properly.  Sebab dia malu.  Selesai majlis,  esoknya dia call aku kat office.

"Hello....busy ka?"

"Dak.....pasaipa?"

"Saja la nak kata thanks sebab buat birthday party semalam,"

"HAHAHAHAHAH hang macam gatai....." 

"Betui la...cuma lain kali jangan la suruh aku tiup lilin.  Malula..."

"Biak pi la......habih tu nak buat macam mana?"

"Lain kali buat la kenduri doa selamat ka.  Baca-baca doa,"

"HAHAHAh insattt....tahun depan aku panggil orang Masjid Negeri mai......"

Sekian sahaja la nak share dengan ampa semua.  Sayang En.  Khafi sampai bila bila.  Takpalah,  susah senang Allah ja tau cerita kami macam mana.  

Love,
Jumie Samsudin

Kawan Yang Suka Pompang

$
0
0
Hi jumie, 

Saya ada satu cerita berkaitan bff. Yes dia bff saya 'walaupunnnn'. Mcm2 peel dia saya hadap je atas faktor dah lama kawan kan. Dipendekkan cite, member saya ni seorang yg sentiasa nak jadi no.1. Dia sendiri mengaku tak boleh tgk org lain lebih dari dia. 

Org beli purse lv hari ni, lusa dia pun cakap nak beli chanel maxi uollsss. Tp dok tgk usung coach tu je. Sampai dah lusuh pun. Org beli sehelai fareeda hari ni, lusa dia cakap borong byk fareeda. Tp dok nampak ulang pakai tudung yg sama ja. Org pegi holiday, nt dia pun cakap nak pegi jg nak amik pakej yg paling mahal (sambil buat2 tanya agak2 tau x bpe price pakej tu). Kami yg xamik mana2 pakej ni manala nk tau kan. Tp xpernah nampak pi pun. Bila tanya katala oh sibuk xsempat nak pi. Oh tukaq plan sbb situ bkn ada apa pun. Oh xjadi pi sbb simpan duit nak p umrah.. Ok part ni pecaya la kot. Ikutkan, dia ni benda kecik2 pun post kat fb. Takkan pi holiday tak post kat fb kan. Lagi satu dok bgtau laki dia keja ni, pangkat ni, gaji ni, keta ni. Yg hebat2 la of course. Pastu dok tanya laki kwn tu keja apa ya, gaji bpe. Nak banding2 la jg tu. Padahal tgk pakai waja je. Bila tanya mana bmw tu. Oh simpan kat rumah mak. Malas nak kata pa. Bila ada kwn lain beli rumah. Kawan yg lain ni mmg asal usul org ada duit. Tak lama lps tu dia pun bagitau dalam proses nak beli banglo atas bukit pulaa. Haha.. Bila kami nak pi tgk umah. Ada ja alasan tak bagi pi. Paling terbaru dia dok gebang nak buka old town pulakk.. Agak2 blh pecaya tak? 

Memang org mcm ni ada prob ke tak tau la. Sakit hati nak melayan. Mmg dia selalu jd bahan gosip la bila geng2 berkumpul. Paling sakit hati, dia suka berhutang dgn kami2. Liat nak bayaq pla tu. Tapi dgn slumber dok menayang 'kekayaan'. Lagi la sakit hati. Hutang buat derk makan tahun jg. Mcm2 alasan bagi. 

Mcm mana ye jumie nak buat dgn insan2 yg perangai mcm ni? Nak sound, member pla. Pernah la sekali dua perli2. Tp spesis ni mmg kebal kot. Macam tak rasa pa pun. Dok bersandiwara jg lg. Mcm mana jg nak p minta hutang blk dgn dia ni? Help plz 

Darisahabat meluattttt.


Hello u olls,

Spisyis macam ni,  Mama Regina panggil depa Linda Nyah.  (kalau silap sorry na mama).  Depa ni memang style mimpi di tengahari rembang.  Thank you la sharing stori ni dengan we olls semua.  Im sure,  cerita cerita karekter macam ni memang akan ada dalam circle friendship kita.  Biasalah,  orang orang macam ni la yang mewarnakan hidup kita u olls.  Kalau takdak orang orang yang berkarekter macam ni,  hidup kita tak cerita u olls.  Takdak bahan umpatan.  Takdak bahan cercaan.  Takdak bahan penambah dosa gitu.

Haaaaa?

Siriesly,  akak kesian dengan orang orang macam ni.  Apa yang ada dalam kepala hati depa tak tau macam mana nak describe.  Apa depa pikiak setiap hari?  Apa depa rasa setiap hari?  Berangan memangla boleh berangan u olls.  Sapa tak suka berangan?  I pun suka berangan.  Tapi jangan sampai menipu orang.  Because at the end of the day,  kita macam tipu diri sendiri.

Sampai bila persoalannya?

I olls ada seorang kawan.  Dia pun spisis Mimpi Di Tengahari Rembang ni.  Hidup dia sentiasa meletops.  Facebook dan IG dia semua memang tunjuk hebak.  Ala-ala celebrity gitu.  Tapi bukti nyata tu takdak.  Kadang-kadang rasa macam gambar tu semua macam bukan dia yang amik.  Maybe gambar orang lain,  tapi dia post kat situ.

I pernah la berasa nak buat baik dan pi tanya dia personally kat Facebook.  I tanya,  why hang ni macam merapu?  Hang duk tulis benda benda merapu pasai diri hang,  macam hang hebat?  Tapi sebenarnya hang ni biasa sahaja.  Hang ni lonely kaa?

Mak pun tanya semua soalan soalan pondan tu kat dia.

Nak jadi cerita.  Dia sentap.

Esoknya dia tulis kat status Facebook dia mengutuk tentang orang orang yang kaypo tentang hidup dia.

MAK JUGAK YANG KENA.

Okay fine.  Sejak itu,  i pun tak berani nak tanya apa-apa kat dia.  TAPI....at the same time i kawan dengan dia macam biasa.  I takdak nak pi pikiak pelik pelik,  nak pi siasat teruk teruk pasai hidup dia.  Apa dia buat.  Betul ka gambar tu semua ka apa ka.  I buat tak tau ja.

Sebab,  i pikiak macam ni.  ITU DIRI DIA.  Dia sahaja tau apa yang dia lalui dalam hidup dia,  masalah dia,  jiwa dia,  kegembiraan dia,  kepuasan dia.  Kita tak tau.  Kita ni orang luar.  Macam mana pun kita rasa kita rapat dengan dia,  tak semestinya kita ada hak nak amik tau semua tentang diri dia.  At the end of the day,  i rasa I YANG PATUT UBAH DIRI I.  Iaitu daripada jadi seorang yang suka kaypo,  pandang serong,  suka mengutuk,  menghina orang tak pasai pasai.....baik i jadi seorang yang menghormati hidup orang lain dan lebih positif.

I juga pikiak all the positive and good things about my dear friend ni.  Walaupun hidup dia macam suka buat best dan suka menipu (tapi dia bukan tipu duit orang / curi barang orang ka apa ka),  kawan i ni mempunyai satu sifat yang baik iaitu dia suka membantu orang bila memerlukan.  Dia tepati janji.  Dia selalu mai visit kita.  Dia selalu care pasai kita.  And i think,  cukupla tu!

Inilah satu solution hidup yang i baru pelajari.  Bila i jumpa orang orang yang negative ni,  i akan terus focus kepada kebaikan dia dan fikir kat situ sahaja.  Yang lain lain tu,  selagi dia tak membawa kesusahan dan keharuan kepada diri i,  i okay ja. Contoh keharuan adalah seperti menipu wang ringgit,  mencuri barang,  mencaras laki kita,  suka membawa fitnah,  memutuskan hubungan persaudaraan...haaa benda benda macam tu kita kena buang jauh.

Setakat dia suka pompang sorang-sorang,  biak pi la kat dia.  Kalau itu yang membuatkan dia happy kan.
I olls bukan lahir maksum,  ada juga orang orang dalam hidup i olls yang i dah tak boleh pandang terus dah sebab duk bagi haru sangat hidup i olls.  U olls pun pasti ada.  Cuma dengan syarat,  jangan over membenci.  Biasa biasa sudah.  Kalau nak dengar nama dia pun membuatkan u olls rasa meluat,  takpayah dah cakap pasai dia.  Duduk diam diam.  Cakap pasai benda lain.

Sekian sahaja.  Hope u olls akan cuba berusaha untuk terus hidup dengan positive.  Think positive.  U will be positive.

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan (lama tak guna tag line ni)

*gambar i olls tahun 2009. OKAYTHANKSBYE

Dzu's Lovely Cottage

$
0
0

Dzue's Lovely Cottage adalah sebuah pusat kelengkapan perkahwinan ONE STOP CENTRE yang menawarkan pelbagai perkhidmatan persiapan hiasan perkahwinan / pertunangan / pernikahan dan majlis-majlis lain seperti gubahan bunga, kraftangan, gubahan dan hiasan hantaran dan cenderahati. 

Pihak kami juga menyediakan pelbagai manisan seperti cupcakes, cupcake fondan figurine, cupcake cream, apom polka dot ladybird, bees fondant cakes, cream cakes dan homemade chocolate siap beli atau customized mengikut kesesuaian majlis anda. 

Kami juga menawarkan perkhidmatan penghantaran cenderahati seperti gubahan bunga fresh/artificial untuk orang tersayang pada hari hari istimewa seperti ulang tahun perkahwinan ataupun hari jadi. 

Syarikat usahawan Bumiputera ini terletak di No 105 dan 106,  Jalan Dagangan 4,  Pusat Bandar Bertam,  Belakang Kiosk Bertam.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi melalui fb Dzu's Lovely Cottage, atau call /  WeChat/  Wassap ke 0174224681 untuk tempahan dan sebagainya.  


Cupcakes



Cakes



Cupcake Fondan Figurine



Cupcake Cream

Pudding Dwi Colour

Gubahan Pastry


Jangan lupa follow kami di   :  

Persembahan Amal The Voice of USM

$
0
0
Saksikan mereka beraksi di pentas persembahan amal the voice of usm 2014 pada 20.APRIL.2014 jam 8,30pm bertempat di dewan budaya usm. Tiket rm10. Konsep persembahan "beramal sambil berhibur" untuk tempahan hubungi no.0174699276 - shah


Facebook Cam Muka Akak Macam Patung Buddha

$
0
0
U olls,

Benda ini boleh dianggap sebagai lawak terbaik abad ini.  Semasa lawatan akak ke beberapa tokong Buddha di Penang,  (see this article  :  Buddhism Field Trip Around Penang with The Gusties) so balik rumah kita pun feeling upload gambar kat Facebook.

Pastu kan Facebook dia boleh automatically recognized muka kita untuk tagging kan?

Ampa tengok dia cam muka aku jadi apa nyah?

#sentap



Pementasan Teater 'WANGI JADI SAKSI' 25 dan 26 April 2014

$
0
0
Sebuah pementasan teater sempena Penilaian Projek Tahun Akhir Pelajar Lakonan dan Pengarahan, Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Bakawalee Penang. Pementasan ini juga mengisi slot di dalam program RINTIS iaitu satu program untuk Pelajar Tahun Akhir, Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia yang akan berlangsung dari pertengahan April sehingga akhir Mei.



Lakonan  :  Eyta Laila
Arahan  :  Yusof Bakar
Skrip  :  U-Wei
Genre  : Kontemperori
Klasifikasi  :  PG16
Click Read More

Sinopsis
Apakah benar Jebat dan Tuah bertarung selama tujuh hari tujuh malam? Apakah Jebat benar-benar mahu menuntut bela kematian Tuah? Apakah Tuah yang membunuh Jebat?

Kisah lagenda pertarungan dua sahabat di alam Melayu, ceritera Tuah dan Jebat sering menjadi bualan hikayat agung dari zaman ke zaman.

Kisah tragedi ini telah terakam dalam dua naskah besar Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah. Apakah kisah pertumpahan darah ini diceritakan secara telus? Atau mungkin masih tersembunyi cerita sebenar yang terpaksa disembunyikan demi menjaga kepentingan sesetengah pihak?

U-Wei Haji Saari cuba mengupas cerita lagenda ini di sebalik sejarah yang ditanam difikiran kita melalui pandangan seorang wanita, isteri kepada Hang Jebat, Dang Wangi. Apakah yang telah disaksikan oleh Wangi?

Tiket RM 10.00

Facebook event : Teater Wangi Jadi Saksi

Dress Elsa dari Filem Animasi Frozen

$
0
0
Hello u olls semua,

Sapa dah tengok movie animasi yang menang best animation awards for Academy Award this year?  FROZEN?  Okay,  akak sekarang dah pandai download movie and akak sangatlah happy.  Siriesly, now im more MOVIE person dan BOOK person.  Sebab buku membuatkan akak terlena and movie pun boleh buat akak terlena sedikit tetapi akak lebih suka tengok pergolakan emosi dalam lakonan.  Feeling dak akak?  Yes,   I olls memang feeling.

So okay,  i pun dah tengok filem FROZEN.  And yes,  20 minit pertama akak dah menangis teruk.  HAHAH Disney memang suka membuatkan sapa sapa yang kuat feeling untuk menangis.  Wawa Azwanti mesti akan menangis lebih teruk.  Wawa Azwanti ni kawan akak.  Dia ni memang feeling suka menangis.  Lagi kuat teruk.  Kalau cerita kat dia apa-apa pasai kematian ntah orang mana-mana pun dia tak kenal dia akan nangih.  Selalu kena kutuk dengan aku.

Click here to read more


Back to the story,  so cerita Frozen ni kalau ampa tak tengok lagi,  ampa kena tengok.  Dia cerita fairy tale pasai satu kerajaan di Scandinavia.  So kat kerajaan tu ada raja,  permaisuri dan dua puteri depa yang masih kecik lagi.  Puteri sulong ni ada magic.  Iaitu tangan dia keluak ICE!!  So satu malam,  dua dua puteri ni masuk kat ball room istana and main ice!  Puteri sulong nama dia Elsa,  dia akan bagi salji semua so adik dia akan menari dalam salji semua.  Pastu macam mana ka,  masa tengah main tu,  magic spell Elsa terkena adik dia.  Dan adik dia pun jatuh macam nak mati dah,  bapak and mak depa,  the king and queen pun bawak la depa dorang pi jumpa mountain troll yang ada kuasa healing.  Dan depa pun sembuhkan puteri kecik tu.

Ketua Troll tu suruh Raja sembunyi kuasa puteri sulong tu.  Kerana dalam ramalan dia,  memang puteri ni satu hari boleh membuatkan binasa kepada semua orang.

So mai la part sedih,  sejak itu,  Elsa diminta untuk menyembunyikan dirinya daripada semua orang termasuk adiknya sendiri sebab dia takut kuasa magic dia akan membinasakan semua orang.

Okay bla bla bla bla (ampa pi tengok sendiri nanti),  satu hari Elsa dah tak tahan dah dengan semua penyembunyian ini,  dia lari pi naik atas gunung salji and dia pun nyanyi lagu LET IT GO yang sangat popular sekarang.  And masa dia nyanyi lagu ni,  dia pun bina istana dia sendiri daripada ICE dan dia buat baju baru untuk dia.  Warna biru firus dengan veil panjang kat bahu.  Dia catwalk kat balcony istana dia dengan begitu anggun sekali sambil nyanyi 'the cold never bother me anyway....." memang feeling time tu u olls.  Siap catwalk nampak nampak betis macam mana ka.  Pandai betul dia buat movement katun ni semua.








Filem animasi ini memang dah jadi satu fenomena.  Lagu,  lawak Olaf and the first time i rasa dalam katun katun Disney,  fashion! Ampa tau dak,  lani mak mak and bapak bapak yang ada anak girl yang suka filem ini dah feeling nak pakai baju Elsa untuk hari raya tahun ini.  One of them is Ai Chan anak Dr.  Pitt.  Haaa.....jenuhla Dr.  Pitt and Iryd nak kena siap baju raya untuk Ai Chan tahun ni.

Memang ampa kalau google,  bukan saja budak kecik,  orang besak pun feeling nak pakai dress macam Elsa.  Untuk prom or dinner.  Banyak tailor dan kedai baju berlumba lumba membuat baju replika ini sebab permintaan yang tinggi dalam kalangan pelanggan.  Dan yang terbaru,  Disney dah keluar penjualan baju Elsa secara rasmi dan harganya mencecah ribuan dollar.  Wow!!


I tried cari baju original yang dijual oleh Disney officially,  semua keluar gambar macam kat atas ni.  Kalau baju simple macam kat atas ni depa charge 1000 dollars memang gila babi overrated mahainya. Sebab tengok tailor online lain jual lagi more details and lebih cantek.  Contohnya macam kat bawah ni. 





Ampa boleh baca kat sini  :  Nashcon-castiel.com/Queen Elsa Frozen Dress

Anyway,  ampa semua pun duk feeling la nak pakai baju Elsa ni semua.  Akak dah pakai dah dulu.  Tapi macam lain sikit.  Macam ni......

Ni gambar i dengan baju i masa sanding dulu.  HAHAH kawat dalam bilik pengantin.  


AHAHAHAH okay thanks bye!

Love,
Jumie Samsudin

Belasungkawa Karpal Singh Ram Singh 1940-2014

$
0
0
Hari ini seluruh Malaysia dikejutkan dengan kematian Ahli Parlimen Bukit Gelugor Pulau Pinang, Karpal Singh Ram Singh.  Ketika i olls sedang memandu kereta pagi tadi lebih kurang jam 7.00am,  i dapat notifikasi daripada aplikasi berita Awani di fon.  Hati i rasa amatlah terkejut.  Kematian ini amat mengejutkan.

Karpal Singh meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya yang berlaku di KM306 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Gua Tempurung Kampar,  Perak lebih kurang jam 1.03 pagi.  Kereta Toyota Alphard yang digunakan oleh beliau bersama-sama dengan 3 orang penumpang lain (pemandu,  assistant dan anak lelakinya) telah bertembung dengan sebuah lori dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang dari Kuala Lumpur.

Tanpa fikir panjang,  saya pun cepat-cepat memanjangkan mesej ini kepada rakan-rakan di laman Wassap dan Facebook.  Saya juga mesej kepada boss saya,  Puan Ajindar who is also a Punjabi.  Dia terasa amat terkejut terus dan terus menghubungi saya.  Hari ni my boss cuti sebab nak menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya di Kuala Lumpur. 

Kami bersama berkongsi emosi.  Aku tak tau ampa semua macam mana,  tapi apabila mendengar kematian memang aku akan duduk terdiam sat untuk lebih kurang 5 minit.  


Click read More

Karpal Singh dikenali dengan keberanian dia menyuarakan pendapat dia dalam bidang politik.  Kadang-kadang penyataan beliau membawa amarah kepada sesetengah golongan kerana melibatkan maruah agama.  Inilah yang tidak bagus apabila politik dan agama digabungkan. Tetapi kalau gabungan ini diuruskan dengan rasa hormat yang tinggi dan sifat keterbukaan pastinya satu keputusan yang baik dapat dicapai.

Nama Karpal Singh akan terus dikenali dan dikenang dalam sejarah politik Malaysia.  Sesuai dengan gelaran yang diberikan kepadanya Tiger of Jelutong.  

Karpal Singh dan anak-anaknya juga merupakan peguam yang disegani di negara ini.  Saya pernah berkongsi cerita dengan salah seorang teman yang mempunyai masalah saman dengan pihak bank kerana soal kad kredit.  Teman saya itu pusing satu Penang untuk cari peguam yang sanggup lawan kes dia.  Tapi semua peguam yang dia temui menolak kes teman saya itu.  Tapi bila kawan saya tu pi kat anak Karpal Singh,  dia tidak tolak mentah-mentah.  "U gave me 2-3 days,  i will look into this case first,  and i will tell you what i can do." Lepas beberapa hari,  kawan saya dihubungi oleh anak Karpal Singh itu dan beliau berkata "U have a case.  Lani u nak bagi settle or kita saman balik itu bank.  U boleh menang banyak."

Dalam cerita politik pula.  Anak Karpal Singh yang juga wakil rakyat DAP di kawasan Datuk Kramat Penang.  Bapak dan mak saya yang menetap di area Datuk Kramat Penang mempunyai masalah dengan tuntutan pampasan kerana rumah mereka di tepi sungai (dekat Jalan Langkawi,  Kebun Lama) akan dihapuskan untuk projek pembesaran sungai.  Walaupun mak bapak saya orang kuat UMNO,  Barisan Nasional,  tapi Jagdeep Singh Deo yang membantu dan betul betul memastikan mak dan bapa saya bukan sahaja dapat wang pampasan tapi juga sebuah rumah ganti.  And yes,  dah dapat pun!!

Tolak politik,  agama dan bangsa semua kat tepi,  kalau orang tu betul betul manusia,  dia akan tolong atas dasar manusia.  Itulah sifat yang baik dan harus diteladani.   

Hari ini,  saya berasa angat kecewa apabila membaca timeline rakan-rakan yang beragam Islam di Facebook. Duk kutuk dan menghina Karpal Singh selepas kematian dia.

"Baru ada akai....""Baguihh! Mampuih dah pun,""Jom kita pi langkah mayat dia"

Ada juga yang berkongsi gambar beliau dengan editing bersama kepilan akhbar yang menulis "Kalau mau hudud,  langkah mayat saya dahulu.  Seorang teman yang juga seorang Melayu Muslim mengongsikan gambar itu di laman Facebooknya sambil berkata,  JOM KITA PI LANGKAH MAYAT DIA.

Omaigod!  Sifat apa ni?

Agama apa yang ajar ampa untuk tidak menghormati orang mati? What ever yang dia buat dalam perjuangan politik dia tetap diingati dan menjadi lagenda dalam sejarah di Malaysia. Some may not like what ever yang dia cakap. Tapi ini tak memberikan lampu hijau untuk ampa kutuk dan hina orang sampai macam tu sekali.
“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati).
Lalu diberitahu kepada baginda: “Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

To all my friend,  ingatlah.  Beliau juga seorang suami,  bapa, datuk,  kawan baik kepada seseorang.  Dia pastinya membawa satu makna besar yang murni dalam hidup orang lain.  Salah ka untuk bagi dia penghormatan terakhir dengan doa yang baik baik.

Akhiri artikel ini dengan rasa penuh hormat untuk seorang negarawan yang berani dan kekal berjuang untuk pendirian parti dan rakan-rakan perjuangannya.

Peace out.

Jumie Samsudin

Temuduga untuk Kerja Paling Susah di Dunia

$
0
0
Seen this video dan i olls rasa macam nak menangis sedikit.  Ampa semua kena tengok!  Video job interview (yang sangat common di western) untuk pekerjaan yang paling susah di dunia ini.  Kena berdiri sepanjang masa.  Tidak tidur.  Tiada hari cuti.  Kena kerja lebih pada hari hari cuti seperti Krismas dan lain lain.  Dan gajinya....$0!  Kerja apa ni?  And apakah respon-respon daripada orang yang di-interview ni semua.



Shout out untuk semua ibu ibu di dunia ini.  Kepada ibu saya Idamiah Idris dan Allahyarham Jumanah Hj Azali my mother in law...thank you so much for everything.  Hanya Allah yang balas semua jasa-jasa kalian di dunia dan akhirat.

Dan juga kepada kawan-kawan dan saudara saya yang sudah bergelar ibu......ive seen some of u transformed from the party girl into 24 hours and no pay Director of Operations a.k.a MOM.  Ampa semua the best!! Semoga Allah terus merahmati hidup ampa dengan penuh kebahagiaan.

Please read the full job description untuk menjadi seorang director of operations a.k.a mom dalam website  :  http://rehtom.net/.  Think about it,  REHTOM,  kalau bagi terbalik..It's mother!

Grand Theft Auto di Penang

$
0
0
Pembawak pembawak kereta di Penang dikenali di seluruh Malaysia sebagai paling gangster sekali.  HAHAHAH.  Disahkan oleh satu artikel NST tidak lama dulu.  Ini pula lain ceritanya,  seorang wanita yang bengang sebab suaminya main perempuan bertindak melanggar kereta suami / gf suami dia (kalau silap jangan marah).  Ni dah tahap Grand Theft Auto dah.  HAHAHAH




Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>