Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Ruby Sebuah Kisah... by Regina Ibrahim

$
0
0
Salam to all,

Alhamdulillah,  Mama Regina telah bagi greenlight untuk I olls share novel tulisan beliau yang berjudul "Ruby Sebuah Kisah..."

Kepada u olls yang baru first time baca my blog,  maybe u olls tidak familiar dengan nama ini.  Mama Regina ialah seorang seniman,  anak Pulau Pinang yang berasal dari Bukit Mertajam.  Beliau melukis,  menulis dan menghasilkan pelbagai hasil seni lain seperti aksesori pakaian wanita dan lelaki.  Berdasarkan pengalaman hidup dan pemerhatian,  setiap hari beliau banyak berkongsi mengenai perihal kehidupan dalam bentuk kata-kata melalui Facebook account beliau.  Siapa yang follow atau dalam Friendlist beliau,  pasti dapat baca kata-kata itu.

Saya juga ada segmen khas dalam blog saya bertajuk Dari Hati Regina Ibrahim,  tapi entah kenapa,  saya sendiri dah berhenti share semua itu.  Mungkin sebab ramai kawan-kawan pembaca dah straight baca dari wall Mama Regina sendiri. :)  Buat apa saya nak repost kan?



Click read more


Kalau kalian tengok Facebook account (peribadi) saya,  mesti nampak mother saya REGINA IBRAHIM.  Yes,  dia bukan ibu kandung saya.  Dia mak ayam saya.  Tapi fungsi mak ayam beliau dalam hidup saya tidak melambangkan aktiviti negatif yang selalu disamakan dengan terma itu.  Saya sedang usahakan agar Mama Regina buka laman Facebook page beliau sendiri agar lebih senang kalian follow penulisan beliau setiap hari.


Ruby Sebuah Kisah...hasil penulisan Mama Regina.  Saya banyak belajar daripada membaca penulisan beliau.  Mama ada tulis banyak bahan-bahan yang ingin beliau terbitkan dalam bentuk buku.  Tapi sehingga kini,  dia menghadapi banyak kesukaran untuk terbitkan hasil penulisan ini kerana mungkin latar peribadi mama sebagai seorang transsexual.

Mama ada kongsikan dengan saya sebuah novel mengenai Rozila bertajuk 'Perjalanan'.  Pertama kali baca novel dalam Bahasa Melayu yang membuatkan I olls menitis air mata.  Rozila seorang transeksual yang menjadi Sexual Reassignment Surgery (SRS) dan bagaimana setelah menjalani perubahan paling besar dalam hidup beliau,  tapi deep down inside,  Rozila berjaya kekal menjadi seorang insan manusia yang baik luhurnya.  Dia berpegang kepada prinsip hidup yang mudah,  sentiasa berbuat baik dan tidak mahu membuat haru dalam hidup orang lain.

Berlatar belakang negara Malaysia di awal tahun 90 an,  i think ramai 'adik-adik' yang baca cerita ini pasti dapat relate dengan kisah Rozila.  Penulisan Mama Regina always ringkat,  tepat dan padat.  Tidak meleret-leret dengan ayat bunga dengan penuh pembayang.  Saya rasa bertuah sebab saya dapat baca cerita itu!!

Kerana melalui pelbagai kesukaran untuk terbitkan cerita beliau,  akhirnya Mama Regina mengambil kesempatan untuk terbitkan Ruby Sebuah Kisah...dalam alam maya.  Beliau telah kongsikan dalam facebook beliau secara peringkat.  Dan Mama Regina bagi saya penghormatan untuk kongsikan cerita ini dalam blog saya.

Saya akan terbitkan cerita ini satu demi satu bab,  dan disambungkan dengan link-link yang berkenaan agar memudahkan continuity.

So sit back and relax.  Let's enjoy Ruby Sebuah Kisah...

ps/  Mama Regina juga ada menulis sebuah catatan berjudul "Panduan Maknyah" iaitu sebuah penulisan yang tidak pernah digarapkan untuk tatapan anak muda,  ibu bapa dan pendidik yang berhadapan dengan anak-anak yang menemui perubahan ini. Kepada pihak yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai penulisan Mama Regina, please contact her at regina_ibrahim@yahoo.com.my

Love,
Jumie Samsudin





RUBY ...SEBUAH KISAH

Sukarnya mendapat penerbit tuhan saja yang tahu...email tidak berbalas, syarat syarat ketat supaya bermoral... seolah olah penceritaan harus dari acuan yang sama...aneh dunia penerbitan Malaysia. Penulis Pondan juga menjadi alasan...jadi mama mengambil keputusan untuk berkongsi sahaja Ruby versi yang telah mama edit sendirian hingga tamat. Kalau ada rezeki mama adalah. Bukankah tuhan sudah menyusun segalanya.
Ruby adalah drama PERIOD 80an yang membawa pembaca dari Pulau Pinang hinggalah ke kota Kuala Lumpur yang mecabar, satu fiksyen yang tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati. Ia memberikan info tentang dunia remaja, khayalan, muzik, penerbitan dan percintaan manusia matang. selamat membaca mulai esok ya anak anak semua, anggap ini hadiah untuk kamu apabila menjengah wall mama. Novel sebanyak 40 lebih bab ini tidak banyak sedikit akan memberikan kamu tentang budaya manusia apabila berurusan dengan manusia.

Baca Bab 1 di sini : Ruby Sebuah Kisah....BAB 1

Ruby Sebuah Kisah... BAB 1

$
0
0
RUBY 1

Hujan musim tengkujuh sekarang jadi tidak menentu dan sukar diramal, berterusan dari petang hinggalah ke malam. Jam menunjukkan tepat 9 malam. Ruby mengambil keputusan untuk tidak ke mana mana. Dia malas menonton televisyen. Tidak ada apa rancangan yang menarik. Tidak menarik langsung atau hatinya yang tidak damai.

Sambil duduk di balkoni melihat langit Kuala Lumpur dari apartmen mewah di kawasan mewah Ampang, dia mengimbau kembali kenangan lama, bagaimana dia hadir di kota besar ini. Kota yang tidak pernah kenal erti kasihan pada para penghuninya. Manusia masing masing membawa haluan diri, dia juga mungkin termasuk antara satu dalam beribu ribu warga Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur membuatkan dia jadi berani, orang orang di Kuala Lumpur juga yang mengajar dia jadi begitu. Kehidupannya di Pulau Pinang suatu ketika dulu, tidak pernah sama dengan apa yang dia lalui di Kuala Lumpur. Dia anak desa. Anak orang Kepala Batas, Lahar Ikan Mati, Seberang Prai, nama tempat dia dilahirkan, sehingga kini apabila wartawan bertanya dia orang mana, dia tetap akan berkata, Pulau Pinang.


click read more


“Ya, saya dilahirkan di Penang,” dia akan sentiasa berkata secara selamba

Yang herannya wartawan Malaysia tidak bertanya banyak. Mereka juga tentunya tidak tahu akan pergolakan yang dia lalui sekitar tahun 80an di sana, hingga membawa diri ke Kuala Lumpur. Kalaulah mereka tahu semuanya, mati dia akan dikerjakan oleh mereka. Wartawan hiburan Malaysia mempunyai satu tabiat, menulis sipi sipi apabila mengetahui sifat buruk artis artis Malaysia. Peminat bidang seni juga sukar untuk memaafkan sebarang kejadian. Sehingga kini imejnya bersih di mata pendengar dan penonton Malaysia. Itu merupakan satu hal yang Ruby patut bersyukur.

Kalaulah mereka tahu bagaimana dia pernah tinggal di Georgetown dan melahirkan bayi perempuan, pasti satu Malaysia akan terlopong.

Kalaulah Amir Mirza, kekasih pertamanya tahu tentang bayi itu, dia juga bakal susah. Dia dan Amir bertemu di saat saat dia sedang membina kerjaya di bandar Georgetown. Segalanya berlaku begitu pantas. Amir, jejaka pertama yang berjaya memikat hatinya, juga guru pada keseronokkan, leka, cemburu, kecewa dan luka.

Ruby sewaktu bekerja di Yaohan, Komtar menjual pakaian dan barangan lelaki, sering melihat jejaka berkulit putih brambut ikal itu datang dengan dua tiga teman untuk membeli belah, seperti biasa mengurat nakal, sambil membeli barangan di bahagian tersebut. Perkenalan bermula dan entah bagaimana dia boleh menjadi rapat dengan Amir, dia sendiri tidak ada jawapan, gelojak remaja agaknya.

Amir yang bekerja sebagai pelayan bar ‘bar tender’ di sebuah kelab di Jalan Sultan Ahmad Shah, melayan Ruby dengan baik, sewaktu cuti hari isnin Amir akan membawanya berkaroke, makan makan dan berhibur di Bandar yang penuh dengan kegiatan hiburan itu. Mesra dan romantik gelojak remaja hanya mereka berdua yang tahu.

Amir jugalah orang yang betanggungjawab mengajar dia berpakaian mengikut zaman. Dia tidak ralat mengeluarkan wang untuk Ruby, supaya kelihatan lebih menarik canggih sebagai kekasih untuk bergandingan.

“Malu kalau orang nampak nanti, apa dia orang kata, girlfriend I nampak kampungan.”
Ruby menurut saja, lagi pun dia tidak mempunyai masalah langsung dengan bentuk badan, dia bukan pendek gemok, dia hitam, tapi bukan sebarang hitam, dia hitam manis. Berhidung mancung, anak mami kata ramai orang, padahal dia anak melayu jati, tiada siapapun baik dari pihak ayah dan ibunya berdarah kacukan. Dia dan Amir memang sepadan. Amir tinggi lampai, Ruby juga tinggi, 5 kaki 6 inci untuk perempuan Malaysia Ruby memang tinggi, silap silap berdandan orang nanti kata dia bapok, bapok yang jelita.

Masih Ruby ingat antara helaian pakaian yang Amir beli untuknya, yang paling dia ingat adalah baju kain lycra hitam potongan tarzan ketat sendat, dibeli di sebuah butik di komtar.

“Ini satu saja ada…you bole pakai punia,” kata amoi butik di Komtar yang menjual baju tersebut dengan bahasa melayu yang pelat.

Ruby ambil saja, kerana yang membayar adalah Amir. Amir banyak duit, bar tenderlah katakan. Sehingga kini dia tidak pernah bercerita pada sesiapa pun kenapa, dia sering menolak memakai fesyen yang sama dengan baju tarzan itu. Kerap kali sewaktu sesi fotografi dia akan menolak, datanglah pereka busana mana pun dia akan mengatakan dia tidak selesa. Sebenarnya potongan tersebut mengingatkan dia pada segala punca merana hidupnya di Georgetown.

Amir Mirza Lelaki kurang ajar dan tidak bertanggunjawab itu, tidak pernah dia lupakan hanya kerana pakaian tersebut. Tukarlah bagaimana sekalipun nama pakaian tersebut, ”one shoulder dress?”, “toga dress” ingatan kelat itu tidak pernah pupus. Itu juga baju kegemaran Amir, kerap kali mahu keluar keluar, itulah baju yang dia suruh Ruby pakai.

Dia masih bekerja di Yaohan, sewaktu Amir mencadangkan mereka pindah dan tinggal bersama di Tanjung Bungah. Jangan takut kata Amir, kerana itu kawasan penempatan orang cina, jadi tiada masalah tangkapan khalwat atau tangkap basah. Apartment dua bilik itulah tempat mereka menjalinkan hubungan bagaikan orang yang telah bernikah. Satu bilik lagi disewakan pada kawan sekerja Amir, Balan namanya, yang bekerja sebagai penyelia kelab malam.

Ruby yatim piatu sejak berusia 15 tahun, di Kepala Batas dia diuruskan oleh kakak sulungnya, yang berkahwin dengan pekerja Jabatan Tali Air, kakak sulungnya bukanlah orang yang senang senang, jadi harapan untuk melanjutkan pelajaran adalah satu hal yang tidak mungkin. Malah kakaknya mungkin lebih gembira apabila Ruby sudah boleh berdikari. Ruby sedar, dia tidak berapa digemari oleh kakaknya sendiri, semakin dia dewasa semakin kakaknya menjadi gusar, mungkin cemburu akan sifat abang iparnya yang bermata liar setiap kali melihat Ruby.

Sewaktu bekerja di Yaohan, Ruby tinggal bersama Rahimah, budak baik dari Baling, Kedah, bekerja sungguh sungguh kerana mahu sambung belajar katanya. Apabila pindah tinggal bersama Amir terpaksalah Rahimah tinggal sendirian kerana Kak Nor, yang tinggal di bilik ke dua, Kak Nor jarang ada di rumah kerana sibuk bekerja di sebuat Hospital Swasta, Rahimah agak kesal sebenarnya dengan tindakan Ruby, namun manusia apabila mabuk dilamun asmara, tidak guna dinasihati langsung. Rahmah merelakan saja niat Ruby mahu pindah ke Tanjung Bungah. Ruby keluar dengan elok, Ruby juga merasa kasihan kerana harga bilik tersebut mulai bulan depan akan ditanggung oleh Rahimah secara penuh. Namun tiada pilihan, panggilan cinta mengatasi segalanya.

Sebenarnya setelah dia mengenali Amir, Rahimah dan dia jarang menghabiskan masa apabila cuti hari Isnin. Dia kerap keluar dengan Amir bersantai, ada waktunya Rahimah bila cuti pulang naik bus dan pulang sahaja ke Baling, Kedah.

Apa yang seronok dengan Amir?

Anak melayu dari Perak yang merantau ke Pulau Pinang, berkulit putih, bermata bundar persis anak campuran mat salleh, tapi bila ditanya dia mengatakan dia anak orang Melayu jati, heran juga Ruby. Amir bagi Ruby ketika itu, adalah seorang yang “cool” dia punya aura yang memikat dan tidak sejengkel jejaka melayu lain yang yang pernah dia lihat.

Cara hidup Amir di kelab. Ketampanannya sudah tentu akan memikat hati mana mana anak gadis. Menjadi guru Bahasa Inggeris tidak rasmi pada Ruby, dia banyak menyimpan pita pita rakaman yang dia sendiri beli untuk mempelajari bahasa kedua ini. Sangat berkesan cara tersebut. Menurut Amir, kita di Malaysia, kalau tidak boleh berbahasa Inggeris, siapapun tidak akan pandang. Hendak hendaknya tinggal pula di Penang.

Sudah tentu Amir orangnya romantik dan adakalanya lucu. Ruby masih lagi bekerja di Yaohan, kerana mahu mahu mencari wang sendiri, segan kalau mahu meminta minta terlalu kerap. Usia 18, kederat masih ada, maka usaha sajalah sebaik mungkin.


Ruby Sebuah Kisah... ditulis oleh Regina Ibrahim. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi beliau di alamat emel regina_ibrahim@yahoo.com.my atau Facebook Regina Ibrahim.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 2

Ruby Sebuah Kisah... BAB 2

$
0
0
RUBY 2

Tiga bulan awal tingga bersama,  segalanya jadi baru, Amir merasa lega kerana kerana Ruby boleh juga mengemas rumah bujang yang disewanya. Nampaklah sedikit seperti rumah tempat orang tinggal, bilik bujang dulu tidak lagi bersepah, ada juga sedikit sentuhan kewanitaan, pelayaran hidup menjadi bertambah nikmat, sama seperti pasangan suami isteri. Amir berusia 25 tahun ketika itu.

Segalanya bermula pada suatu pagi selepas mandi, sewaktu Ruby ingin mengenakan celana jeans sendatnya untuk pergi ke tempat kerja, butang tidak dapat dimatikan, ketat! Ada ruang tidak sampai, lebih kurang 2 inchi. Tidak mungkin! Ini jeans kegemaran Ruby. Setelah gagal, Ruby terpaksa mencapai seluar getah. Mustahil, apa yang aku makan? Bila masa aku muntah muntah? Tidak mungkin. Hati Ruby menjadi berdebar, degupan jantungnya terasa laju dan berdegup kecang. Amir sedang tidur, tidur mati kerana letih dan kesan mabuk semalam.


click read more



Sesampai saja di tempat kerja, Ruby terus mendapatkan Rahimah yang bekerja di bahagian kanak kanak.

“Imah ko arini rehat pukul berapa?” Tanya Ruby

“Kenapa Ruby? Ada apa ni? Tak pernah pernah nak belanja arini dapat bonus ka?” Rahimah melawak.

“Taklah Imah, aku belanjalalah, aku ada problem nih!” balasnya kembali.

Di Pulau Pinang siapa lagi untuk dia berbicara hal serius selain Amir, Rahimah dan Kak Nor. Tapi ini hal orang perempuan, yang hampir cuma Rahimah.

Ruby sewaktu bekerja hari itu merasa tidak senang hati. Diraba rabanya perut secara kerap, dia berlari ke bilik persalinan pakaian dan dia melihat betul betul pandangan dari sisi, tiada perbezaan ketara. Waktu rehat dia dan Rahimah, berjalan cepat keluar dari pintu belakang dan mereka berjalan menujuk ke kedai kopi SengTat depan pasaraya Gama. Tempatnya dekat. Mudah dan harga nasi tengahari yang dijual murah berbanding dengan kedai kedai nasi di dalam bangunan dalam Komtar sendiri.

‘Aku takut sangat imah,” Ruby memulakan bicara setelah mereka mengambil nasi masing masing.

“Awat? Takut kena tinggai dengan Amir ka?” ya Rahimah.

“Yang ni lagi teruk dari tu Imah….,” kata Ruby serba salah, tiada pilihan pada Rahimah dia berterus terang.

Rahimah mengucap panjang mendengar penerangan Ruby dan berdoa agat ianya tidak betul. Ruby mula bertanya hal hal tentang klinik. Terlintas untuk memeriksa samada betul atau tidak, dia mengandung? Dan tentunya sebagai wanita biasa dia takut dan malu untuk menyatakan hasrat untuk menggugurkan saja kandungan itu awal awal.

Rahimah mencadangkan dia tanya Suziela, yang bekerja di bahagian barangan “make up”, kerana dia pernah mendengar khabar angin yang Suziela juga pernah mengandung tahun lepas, tapi Ruby kena tanya sendiri, Rahimah mengatakan yang dia tidak berani bertanya hal hal peribadi orang tidak tentu hala.

“Hang pi lah buat buat nak beli makeup, kemudian pandai pandai hanglah untuk bertanya klinik mana nak check,” saran Rahimah.

“Kalau betui Ruby, hang nak buat apa?” Terus Rahimah bertanya kembali pada Ruby yang diam menyepi kerana leka mendengar ataupun dia mungkin terlalu resah.

Seharian Ruby merasa kurang enak, bukan tidak sihat fizikal, tapi kepalanya berputar putar, memikirkan pelbagai kemungkinan. Malam itu juga dia memutuskan untuk tidak ke kelab bagi menemani Amir walaupun esok hari minggu. Dia merasa lemah dan mahu berehat rehat saja, menanti Amir pulang, mendengar musik, memang dia sukakan musik, tapi keadaan musik disko sebegitu akan membuatkan dia lebih pening nanti, tunggu Amir balik sajalah nanti, baik dia habiskan waktu malam dengan mendengar pita belajar ‘Bahasa Inggeris perbualan pertengahan’ dari dibiarkan ianya mengumpul habuk.

Sewaktu awal awal dulu, apabila Amir pulang dalam separa mabuk, Ruby mendapati diri Amir agak seksi, dia agak suka pada layanan Amir yang tahu membelai tubuh badannya sebagai wanita, kenikmatan itu tidak akan dapat dia lupa. Kalau benarlah dia hamil, minta minta Amir gembira dan sudi menerimanya sebagai isteri, tidak apalah kalau hanya mahu ‘kawin koboi’, Ruby akan sudi dan rela. Esok hari Ahad, dia bekerja dia akan mencari jalan bertanyakan pada Suziela, selembut yang mungkin, di mana klinik untuk membuat pemeriksaan.

Ruby tertidur dengan lampu yang terbuka. Amir pulang sekitar 6 pagi, seperti biasa, kali ini mulutnya berbau arak yang sangat kuat. Ruby tidak pasti samada itu merupakan derianya yang baru atau selama ini Amir sememangnya berbau demikian. Amir memadamkan lampu dan merangkak menggagahi tubuh Ruby dan bertindak kasar bila Ruby mengatakan dia penat dan mengantuk.
“Aaahhh! Kejap jer yang…,” kata Amir separa sedar.

Ruby mati akal, dia hanya berserah .Amir tidur mati seperti biasa setelah melunaskan kepuasan lelakinya, sehinggalah Ruby siap berdandan dengan memakai seluar getah yang sama untuk ketempat kerja pada pukul 9 pagi. Dia menanti bus biru dari Teluk Bahang menuju komtar bersendirian, sambil di mindanya berpusar pusar akan kehidupannya selama ini dengan Amir. Muzik, arak dan hiburan tanpa henti, untuk wanita muda berusia 18 tahun tentulah ianya menyeronokkan, tapi sampai bila?


Ruby Sebuah Kisah... ditulis oleh Regina Ibrahim. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi beliau di alamat emel regina_ibrahim@yahoo.com.my atau Facebook Regina Ibrahim.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 3

Ruby Sebuah Kisah... BAB 3

$
0
0
RUBY 3
Siap menyelengarakan stesen bahagian pakaian lelaki di Yaohan, dia berjalan perlahan lahan dengan mata yang tajam, nasib baik Suezila ada. Dia jarang berbual dengan anak mami yang satu ini, kerana ramai orang mengatakan Suziela agak jengkel sifat dan kasar bahasanya. Namun hari ini dia harus memberanikan diri, akan berpura pura girang dan berbual mengenai disko dan kelab, kerana ramai pernah bersembang tentang Suziela yang kaki kelab. Belum sempat Ruby memulakan bicara Suziela terus menyapa

“Amboi dia, makin berseri la ni…,” kata Suziela

Ruby tersenyum sahaja mendengar pujian itu, entah benar entah palsu.

“Awat tak berseri hero dia punya lawa….aritu nampak hang kat Club 99, yang tu hero hang ka? Yang keja bar tender tu? Alah yang muka macam mat salleh tu,” tanya Suziela girang.

Ruby mengangguk kepalanya dan berpura pura melihat pengilat bibir, dia membelek belek warna yang ada dalam kotak tester

“Yang tu kalau hang ambik aku boleh bagi staff price, yang baru mai tu tak boleh lagi sebab stok baru,” tanpa mengesyaki apa apa Suziela bersuara. Ruby mahu cepatkan saja niat di hati. Dia memberanikan diri bertanya Suziela.

“Suzie, hang tau dak klinik mana orang check mengandung?” Ruby bertanya sambil memastikan dia menyebutnya perlahan tapi jelas.

Suziela ketawa mengilai.




click read more



Ruby bertambah sedikit ketakutan. Manalah tahu, ini melibatkan maruah orang nanti apalah kata teman teman sekerja. Dia takut kalau Suziela terfikir dia mahu perli. Lantas Ruby mereka kisah palsu, kisah adik angkatnya di Batu Feringghi yang konon kononnya sedang takut, takut kalau mengandung, dia masih tinggal dengan keluarga dan meminta tolong Ruby.

“Awat bodo sangat?” Jawab Suziela seolah olah marah.

“Pi lah farmasi, belambak ada jual ‘Pregnacy test kit’, ambik jenama LOVE TEST, suruh dia pi beli, tak sampai pun 15 ringgit,” tambah Suziela seolah olah pakar.

Suziela juga bercerita tanpa diminta, tambahnya apabila masuk bab klinik, maksudnya sudah peringkat mahu gugurkan anak. Yang itu bahaya! Kena pergi dengan teman lelaki, lantas memberi lokasi lengkap klinik yang berada di Hutton Lane.

“Alah yang tepi pokok ketapang tu, sebelah kedai borong batik, ramai orang pi situ, aku pun dulu pernah pi dua kali, jantan sial, nasib baik aku ugut dia minta duit,” kata Suziela perlahan tapi penuh emosi yang marah.

Ruby menyimpan segala maklumat dalam minda fikirnya betul betul. Dia berpura pura berkenan dengan pengalit bibir yang berwarna merah muda pudar. Dia mengambil satu, sambil berpura pura merungut tentang adik angkat ciptaannya itu,

“Entahlah budak budak la ni Suzie, nak tegoq sat lagi depa kata kita pandai pandai,” katanya pada Suziela dan menghulurkan lip gloss merah muda, sambil sambil menulis resit dan mencatatkan harga pekerja pada Ruby, Suziela bersuara…

“Aku la ni senang…boyfriend? boyfriend apa? Aku pakai sarung la ni…penatlah melayan depa yang jiwang jiwang ni, mai bab boroi, jiwang depa pun hilang, la ni malam sabtu, pakai lawa lawa keluaq lepaih duit minum lepaih makan, tak payah keluar seduit pun, omputih juga yang best Ruby, cukup time chow, dapat tip lagi kot ataih hang tau?” Kata Suziela, sambil memuncungkan mulutnya mengarahkan Ruby membayar sendiri dan membawa resit sekali ke kaunter pembayaran.

Kembail ke stesen kerjanya, Ruby cepat cepat menulis atas kertas, LOVE TEST dan Hutton Lane, sebelah pokok ketapang dan kedai borong batik, dia sebenarnya ketakutan di dalam hati. Kenapalah di usia 18 dia harus lalui ini bersendirian, dia cuma ada Rahimah sahaja sekarang.

Amir? Ruby tidak mahu hidup dalam penafian, dia mula nampak yang Amir hanya ingin berseronok seronok bersamanya, tidak pernah sekali pun Amir melafaskan kata cinta, kahwin atau keluarga. Bertanyakan asal usulnya juga Amir tidak pernah apabila mengajak Ruby tinggal bersama. Memang betul kata Suziela, BODOH, aku yang bodoh.

Ruby menetapkan hari ini juga dia akan pergi sendirian ke farmasi dan mendapatkan LOVE TEST. Bagaimana pula dengan klinik di Hutton Lane? Oh! pening dia memikirkan sendirian, siapa mahu menemani dia kesana? Amir? Rahimah? Sewaktu begini, di usia 18 tahun Ruby mula terfikir akan kehidupan, bagaimana dengan cita citanya mahu ke depan? Mahu membentuk dirinya agar maju? Akademik dia sudah tidak mampu.

Dalam diam diam dia berdoa, “Ya Allah tolonglah aku…aku tidak mampu lalui segala ini sendirian, kau tunjukkanlah keajaibanMU ya Allah”




Ruby Sebuah Kisah... ditulis oleh Regina Ibrahim. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi beliau di alamat emel regina_ibrahim@yahoo.com.my atau Facebook Regina Ibrahim.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 4

Ruby Sebuah Kisah... BAB 4

$
0
0
RUBY 4

Ruby seperti orang takut takut tadi, sewaktu dia membeli ‘love test kit’, hinggakan apek farmasi depan komtar yang bertanya biasa pun dia merasakan seperti apek itu mahu membahamnya. Dia cuba bertenang kerana ini semua salah sendiri.

“Do you have that love test kit? I want to buy it for my sister in law.” Penerangan palsu dari Ruby bagi mengelakkan rasa bersalah berpanjangan.

Apek farmasi terus saja ke rak penyimpan dan mengambil dan memberitahu Ruby yang harganya adalah 16 ringgit.

“This one ahh? You have to do properly, don’t let any elements get into it ah…,” Kata apek tersebut, yang mungkin juga seorang farmasis.

“Oh! Not me, my sister in law,” Ruby membalas, nampak sangat, ketakutan dirinya yang tidak bertempat



click read more



Selepas kerja dia sebelum pulang, dia sempat berhenti di kaunter Rahimah, untuk memberitahu yang dia telah bertemu Suziela yang sangat membantu. Rahimah menarik nafas dalam dalam, dia risau sebenar dalam hati, mengenangkan perilaku bekas teman sebiliknya ini. Semalam selepas makan tengahari bersama Ruby, Rahimah terfikir, dia jatuh kasihan pada Ruby, dia tidak pernah mendengar lansung akan niat niat sambung pelajaran dari Ruby, yang dia tahu Ruby mahu menjadi penyanyi, mahu mengumpulkan wang untuk ke Kuala Lumpur. Memanglah suara Ruby sedap didengar, tapi menjadi penyanyi bagi Rahimah adalah mimpi sahaja, mimpi kebanyakkan anak anak muda. Rahimah sendiri sudah menetapkan, setahun bekerja dan mengumpul wang dia akan mula menggunakan sijil SPM gred duanya untuk ke ITM. (bekalan sebelum mendapatkan biasiswa). Ruby pula apabila ditanya tentang keluaga, sentiasa saja menggelak.


Kerana Baling, Kedah tidak mempunyai tempat untuk Rahimah bekerja, dia terpaksa ke Pulau Pinang. Baling cuma pekan kecil yang mempunyai kemudahan asas, dia bertemu Ruby sewaktu dia mahu menghantar borang minta kerja, orangnya kelihatan baik, maka Rahimah terus merancang tinggal dengan Ruby di minggu yang sama apabila permohonan bekerja di Yaohan berjaya. Kebetulan ada iklan di 7 eleven, yang diiklankan oleh Kak Nor. Nasib mereka berdua amat baik ketika itu. Urusan tempat tinggal dan kerja lancar.

Dia juga ingat Ruby akan kekal bersama menyewa bilik 250 ringgit di Jalan 5, Pengkalan Weld. Enam bulan selepas itu Ruby keluar memberi alasan telah bertemu teman lelaki. Kalau dulu mereka berdua cuma berjalan kaki sahaja ke Komtar dari kawasan jalan 5 melintasi rumah rumah kedai, tidak jauh dan tidak pula dekat, yang penting jimat duit bas. Ruby keluar membawa barang barang penting sahaja.

Keadaan Ruby yang sedang berperang dengan dirinya itu tidak digemari oleh Rahimah sebenarnya. Dia sendiri pernah mempunyai kawan sekelas yang tidak dapat menduduki SPM sewaktu di Baling, kerana mengandung. Kisah gempar di sekolah menengah tempat Rahimah menamatkan persekolahan. Sama seperti Ruby, ini kisah cinta buta atau cinta koboi! Rahimah tidak mahu bersoal lebih lebih, entah orang suka atau tidak. Ibunya telah melatih dia supaya diam sahaja kalau tidak memahami apa apa isu, cakap banyak nanti orang salah anggap.

“Imah, aku dah beli alat ukur mengandung atau tidak tadi,” kata Ruby.

“Malam ni aku kena check betul betul dan baca arahan di kotak alat tersebut,” dia menambah apabila dia melihat Rahimah kelihatan seperti terkejut.

Ruby juga meminta kerjasama Rahimah, untuk menemaninya ke Hutton Lane, esok tengahari kalau perlu, dia akan cuba mengajak Amir dahulu untuk ke sana. Amir setakat ini tidak tahu apa apa lagi, dia tidak tahu bagaimana juga mahu membuka mulut menceritakan tentang keraguan ini.

“Takpalah Ruby, kalau ada apa apa hang bagi tau kat aku, hang jangan risau aku ada, aku kawan hang,” kata Rahimah kerana mahu memastikan Ruby rasa selesa untuk hari ini.

Dalam hati, Rahimah sendiri sebenarnya kecut perut mendengar tentang hal hal seperti ini. Dia juga tahu Ruby pastinya lebih resah dan takut.

Ruby menaiki bus biru dan berjalan sedikit untuk sampai ke flat yang di sewa bersama Amir, hari ini dia merasa sangat lemah, emosi lemah dan badan juga tidak bertenaga. Rumah sewa sunyi sepi dan dia tidak merasa bahagia dan ceria lagi. Di bukanya kotak LOVE TEST dan dibacanya berulang kali arahan yang ada di atas kertas panduan. Merah tanda tiada apa apa, manakala biru pula tanda ada kesan kesan hamil. Ada juga penerangan bagaimana dalam air kencing ada kesan hormon dan tanda kandungan. Ada cetakan ucapan tahniah, di kertas panduan itu.”Good luck for being fertile,” Ruby mengerut dahinya.

“Ini ucapan tahniah pada suami isteri yang mendambakan anak ni, “ Ruby berfikir sendirian.
Penuh hati hati Ruby, menanggalkan pakaiannya dan masuk ke dalam tandas, sebelum mandi ujian ini harus dia lakukan. Dia kencing dalam satu bekas dan menitikkan sebanyak 6 titisan atas batang LOVE TEST dan meletakkan di luar, di tempat yang kering. Masuk semula untuk menyegarkan diri, sambil merasa berdebar, dia berdoa dan berharap ianya tidak menjadi nyata yang dia sedang hamil. Nafasnya turun naik.

Sambil mengeringkan dirinya dia menghampir sudut tempat dia meletak batang love test tadi, dia menarik nafas panjang. BIRU! Terlopong mulut Ruby sendirian. Masih ada dua batang love test untuk dicuba. Esok pagi dia akan melakukan ujian yang sama lagi, menurut kertas panduan, air kencing pagi lebih sesuai untuk ujian ini. Dia masih diuliti oleh penafian.

Suasana rumah sewa semakin sepi, alat pemain kaset, dia memasukkan pita kaset Aishah “Asia sedunia” dan mendengar lagu lagu mendayu di dalamnya, sambil berbaring, lagu Selanjur Bercinta, membuatkan dia merasa ralat dengan segala perilakunya selama ini. Bait bait lirik lagu tersebut menghantuinya,” bukan aku memaksa, tapi selanjur bercinta…biar sampai berumah tangga. ” Kaset ini tidak akan dimainkan kalau Amir ada, kerana Amir lebih gemar pada lagu lagu inggeris sahaja.
Dalam melayari keresahan hati dia terlelap. Terlelap hingga ke pagi, Amir tidak pulang lagi
walaupun jam sudah menunjukkan 7.20 pagi. Dia bergegas mencari kotak Love Test dicapainya satu lagi, dia terus ke bilik air. Dia memastikan bekas untuk menampung air kencing itu bersih dan kering. Seperti malam tadi, dia menitikkan 6 lagi titisan air kencingnya dan membiarkannya di luar, tempat yang kering seperti arahan di atas kertas love test. Mandi mandi dengan cepat untuk bersiap keluar kerja nanti, setelah ujian kedua juga sama, masih berwarna biru dia mendapatkan kotak tersebut dan membuang kesemuanya kedalam tong sampah yang ada di dapur bujang rumah sewa tersebut. Membuang love test sama juga seperti dia membuang penafian yang dia sedang hamil. Dia memakai seluar pinggang getah seperti kelmarin lagi dengan otak yang kosong. Amir masih lagi belum pulang.


Ruby Sebuah Kisah... ditulis oleh Regina Ibrahim. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi beliau di alamat emel regina_ibrahim@yahoo.com.my atau Facebook Regina Ibrahim.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 5

Ruby Sebuah Kisah... BAB 5

$
0
0
RUBY 5

Sewaktu bergegas mahu menunggu bus 9 pagi di tempat menunggu 50 meter dari flat sewaan, Amir kelihatan masuk dengan motosikal besarnya. Rozila melambai mesra dan memberi senyuman manis.

“Sorry Yang, I tidur rumah kawan semalam, I mabuk flat, customer yum seng….opened bottle,” tanpa dipinta Amir memberitahu Ruby.

“I risau ingatkan apa apa jadi kat you, I pi kerjalah dulu you rehat rehat okay?” Katanya pada Amir. Terbantut niat dia mahu memberitahu tentang ujian ‘love test’ pada Amir.

Selesai mengemaskini stesennya dia cepat cepat mendapatkan Rahimah, dia harus melalui kaunter make up Suziela, kelibat Suziela yang seksi kelihatan jelas, sedang mengelap almari cermin kaunter menjual alat makeup, ternampak saja Rahimah dia terus menyapa dengan suara yang agak kuat.

“Ni ada stok baru ni! lagi menarik, warna warna menarik!” kata Suziela.

“Aku nak pi tandas ni,” balas Ruby.

“Adik hang dah pi beli ka benda test tu...?” tanya Suziela lagi..

“Dah aku dah habaq kat dia…depa pi test sendirilah…aku taknak campoq!” Ruby menjawab dan terus berlalu.


click read more


Kebetulan Rahimah ada, dia juga shift pagi, sedang mengemas pemainan kanak kakak, dia kelihatan aysik menyusun kotak kotak pemainan. Ruby segera mendapatkan Rahimah dan mengkhabarkan berita menakutkan itu. Sekali lagi dia mahu Rahimah menemaninya waktu makan nanti untuk pergi ke klinik di Hutton Lane. Rahimah menarik Ruby ke tepi agar tiada siapa melihat atau mendengar perbualan itu…

“Masa rehat kita tak sampai satu jam Ruby, hang pun tahu, aku bukan tak mau tolong hang pi klinik tu,” kata Rahimah.

Lalu dia mencadangkan agar Ruby, mengambil cuti sekerat hari, balik atau talipon saja Amir untuk membawanya ke klinik di Hutton Lane, mudah, kalau ada apa apa nanti Amir boleh uruskan. Rahimah juga mengingatkan Ruby yang mereka berpakaian seragam kerja, kalau ke sana nanti jadi apa apa, tidak elok. Ruby terdiam sebentar mendengar pejelasan Rahimah.

“Bagus juga idea hang, aku kena pergi berjumpa HR, ambik cuti sekerat hari, lagi pun Molly (rakan sekerja di stesen yang sama), masuk pukul 1 petang nanti,” balas Ruby bersetuju dengan rancangan tersebut. Dia bergegas ke pejabat HR dan mengisi borang untuk bekerja separuh hari.

Sebelum menaiki bus pulang, Ruby cuba menalipon Amir dari talipon awam, tiada jawapan atau talian talipon itu rosak dia tidak pasti, talian 018 motorola itu tidak berjawab. Dia lantas mengambil keputusan untuk menaiki bus sahaja. Jalan raya tidak sesak, maka dalam tempoh 30 minit dia sampai tepat pukul 2 petang di flat rumah sewa. Di membuka pintu dan terlihat ada kasut wanita, bersaiz lebih kecil dari kasutnya, kekasih balan agaknya, tapi Balan tidak ada kekasih setahu Ruby, perlahan lahan dia berjalan menuju bilik utama, dia mendengar ketawa riang Amir dan suara wanita, yang merengek rengek manja, hatinya menjadi panas dan sangat kecewa, nafasnya turun naik, tidak tahu mahu berbuat apa, dia membuka bilik yang tidak berkunci itu, sah Amir dan wanita cina berkulit putih gebu dalam keadaan bogel di atas katil, katil tempat dia tidur, tempat tidur dia dipergunakan oleh Amir rupanya.

Ruby sendiri merasa panik melihat mereka berdua tanpa seurat benang, hingga tidak terkeluar suaranya, dia menutup kembali pintu itu dan kembali ke ruang tamu dan duduk di situ seperti tunggul kayu. Nafasnya menjadi sesak. Dia terdiam membisu, hatinya merasa sangat marah dan luka, namun dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. 10 minit kemudian perempuan cina putih gebu tersebut keluar tanpa melihat wajah Ruby, dia memakai kasutnya dan menolak pintu yang dibuka oleh Amir, Ruby terdengar perkataan “sorry,” keluar dari mulut perempuan cina gebu itu, ucapan untuk dia atau Amir, Ruby tidak pasti.

Agak lama dia duduk membatu di ruang tamu, memeluk dirinya sendiri, tidak tahu apa yang mahu disuarakan kepada Amir yang juga diam berdiri di tepi pintu rumah. Amir menghampirinya cuba mahu memeluknya yang sedang murung, keliru bersama airmata di pipi. Dia menempis tangan Amir, dia bangun ke dapur lalu membuka tong sampah, dan mengeluarkan Kotak Love Test yang di buang pagi tadi, dia membalingkannya pada Amir.

“I mengandung anak you Amir, I balik ni nak ajak you ke klinik, patutlah call tak dapat,” kata Ruby dengan suara yang bernada sangat aneh, garang marah dan juga sedikit mengeletar.

Amir masih mendiamkan diri, mungkin kesal kerana tindakkan dia bersama Renee Lim tadi telah terbongkar. Semenjak dia tinggal dengan Ruby ini merupakan kali yang entah keberapa kali dia meniduri Renee Lim, gadis yang dia kenal di club 99 yang juga tinggal di kawasan Tanjung Bungah. Amir membaca kertas panduan Love Test dan melihat ada dua batang yang terpakai dan satu batang ujian yang baru.

Suasana masih sepi, yang kedengaran hanyalah dengusan nafas sesak Ruby. Sememangnya Ruby sekiranya marah tidak pandai bertindak, itu sifatnya sejak kecil, dia akan menangis tanpa bunyi atau lari saja mengurungkan diri. Inilah kejadian yang paling sebak dalam hidupnya setakat dia berusia 18 tahun. Pedihnya hanya Tuhan saja yang tahu. Ruby duduk membatu, buntu tidak bergerak, dia tidak tahu apa lagi yang harus dilakukan. Setiap kali Amir cuba merapatinya dia akan mengangkat tangan memberi signal JANGAN! Amir kemudian masuk ke bilik, mandi mandi dan bersiap dengan segera, dan bersiap untuk keluar, jam menunjukkan pukul 5.30 petang.


Ruby Sebuah Kisah... ditulis oleh Regina Ibrahim. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi beliau di alamat emel regina_ibrahim@yahoo.com.my atau Facebook Regina Ibrahim.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 6

Ruby Sebuah Kisah... BAB 6

$
0
0
RUBY 6

Sebaik sahaja Amir melangkah keluar dari bilik, dengan gaya rangginya seluar jeans levi’s dan baju tee hitam dan berkaca mata hitam Rayban, membawa helmet canggih motosikal besar, Ruby mula bersuara.

‘Bak 300 ringgit, I nak ke klinik,” dengan suara yang terketar ketar.

Amir mencapai dompet dan mengeluarkan kepingan duit 50 ringgit dan meletakkan atas meja di hadapan Ruby, dia berlalu dan menutup pintu dengan perlahan lahan. Ruby masih duduk kaku di kerusi yang sama, dia merasakan seperti wanita malang yang dihempap batu dari gunung atau baru saja dilanda puting beliung yang kuat. Ada suara dalam hatinya menyuruh dia kuatkan semangat dan terus melangkah, ini baru ujian awal dalam hidup, kata suara itu lagi.

Ruby bangun dan terus ke bilik stor kecil tempat simpanan beg hitam sederhana yang dia bawa sewaktu berpindah ke sini. Dia menyapu semua habuk yang ada di bahagian tepi beg, warna hitam memang mudah menampakkan habuk, ditariknya ke bilik, dan bermulalah sessi mengambil semua barangan yang menjadi miliknya,tidak banyak, beberapa seluar jeans ketat, baju tee, alat alat solek yang sememangnya tersedia dalam beg solek dan dia ke bilik mandi mengambil dua tiga barangannya, dia berdiri, dan melihat semula semua susunan dalam beg tarik tersebut, dia terkial kial mencari baju toga hitam, tangan sebelah berwarna hitam, dia bawanya ke dapur, baju toga hitam mahal yang dibeli oleh Amir dari butik di Komtar, dicapainya gunting lantas diguntingnya baju tarzan hitam itu sepuas puas hati, lambang kehancuran harapan agaknya.


click read more



Di menukar pakaian, memakai baju tee yang lebih segar, mengikat rambutnya kemas kemas dan sudah membuat keputusan, keputusan muktamad untuk berambus saja dari rumah sewaan Amir. Dia menutup semua suis lampu dan tidak mengemaskan katil yang berselerak akibat peperangan nafsu antara Amir dan perempuan cina tadi. Dia menarik beg ke ruang tamu untuk keluar, behenti untuk mengambil wang yang ditinggalkan oleh Amir, di kiranya wang tersebut 350 kesemuanya, diletakkan di tempat selamat dalam beg tangan hitam jenama Bonia yang sudah lama dia pakai. Jam dinding menunjukkan 8.45 malam, dia menarik beg keluar dan menguncinya semula, melalui gril pintu dia mencampakkan kunci rumah dan kunci bilik sewaan ke dalam biar jatuh di lantai, agar Amir tahu dia tidak mahu tinggal di sana lagi. Cukup sudah semua ini. Penamat hubungan yang sangat melukakan. Curang dan perut yang membesar.

Dalam hati dia sebenarnya bersyukur, tidak mengeluarkan jeritan histeria melihat perilaku Amir tadi, mungkin tuhan juga mahu dia melihat apakah sebenarnya. Dia juga tidak teringin untuk bertanya dan mencari di mana perempuan cina itu tinggal dan di mana dia bekerja. Untuk apa? Mereka tetap sedap melayari hubungan seks tanpa pengetahuan beliau. Drama drama sebegini bakal meyesakkan nafas Ruby lagi. Dia menarik beg hitam itu ke jalanraya, dan menahan teksi dan terus memberi tahu pemandu yang dia mahu ke Jalan 5, Pengkalan Weld. Dalam taksi dia berdiam diri membatu juga, kepalanya ligat memikirkan apalah yang harus dia lakukan, apa yang akan Rahimah fikir nanti, janganlah jadi seperti dalam drama drama melayu yang dia tonton dulu, lari dalam hujan? tidur di kaki lima kedai. Hujan renyai renyai di Jalan 5 Pengkalan Weld di waktu malam kelam seolah olah mengerti akan jiwa kusut yang dilaluinya dia menarik beg menuju lift untuk ke tingkat 4

“Balik kampung ahhh?” Tanya apek yang kerap melihat dia dengan Rahimah dahulu.

“Aah ya, baru balik kampung!” Balas Ruby, seakan tersentak dari lamunan.

Dari luar dia nampak Rahimah yang sedang santai menonton telivisyen, Rahimah tanpa tudung kelihatan sangat remaja, tudung bawal belit yang dipakai seharian di tempat kerja membuatkan dia tampil dewasa. Ruby berdiri lama di pintu depan rumah sewa lamanya, flat tiga bilik yang menempatkan dia dan Rahimah sebilik dan kak Noor orang Langkawi yang bekerja sebagai tukang masak di Hospital Adventist Pulau Pinang, manakala bilik kecil digunakan oleh tuan punya rumah, seorang andartu untuk menyimpan barang barangnya dan berkunci. Kerana asyik menonton telivisyen, Rahimah tidak perasan yang Ruby ada di depan pintu.

“Assalmualaikum! Imah oh imah….,” Ruby menguatkan suaranya

“La hang ka, sorry aku tak perasan, tengok rencana seronok!” Balas Rahimah apabila dia meluru untuk membuka gril pintu besi.

“Aku ingat Kak Noor balik tadi,” Rahimah memulakan bicara, dia sebenarnya nampak beg hitam sederhana besar milik Ruby yang ditarik masuk kedalam rumah.

Setelah pintu gril dikunci semula dan pintu kayu ditutup, Rahimah menjemput Ruby duduk.
“Hang nak minum ka? Makan dah?” Tanya Rahimah yang sedang bersarang dengan persoalan.
“Apapun aku tak mau imah, aku nak duduk balik sini saja,” kata Ruby.

Ruby mula menceritakan segalanya pada Rahimah, matanya berair dan dia tidak dapat membendung lagi perasaan hibanya. Rahimah cuma memeluknya dan mengurut gurut belakangnya, sambil meminta Ruby mengucap dan beristigfar banyak banyak. Rahimah juga beristifar sama.

“Ingat tuhan banyak banyak Ruby,” bisiknya pada telinga Rahimah.

“Hang duduk dengan aku anytime! barang barang hang, katil semua ada lagi, aku tak buang aih, toksah risau,” Rahimah cuba melawak dan meredakan suasana.

Malam itu juga dia meminta Rahimah untuk menemaninya ke klinik pagi esok, Rahimah kebetulan cuti mingguan esok dan Ruby akan menalipon HR untuk meminta cuti kecemasan awal awal pagi untuk menamatkan segala keresahan ini.


Ruby Sebuah Kisah... ditulis oleh Regina Ibrahim. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi beliau di alamat emel regina_ibrahim@yahoo.com.my atau Facebook Regina Ibrahim.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 7

Ruby Sebuah Kisah... BAB 7

$
0
0
RUBY 7

Rahimah tidak mahu menyebut langsung nama Amir pada Ruby, kerana kalau benarlah kisah yang Ruby ceritakan padanya semalam, itulah lambang jantan tidak berguna. Bukan salah jantan sebenarnya, tidak guna pula menyalahkan mereka, ikan di depan mata, mana ada kucing mahu melepaskan? Dia tidak mahu Ruby terkenang kenangkan Amir lagi.

Dari Jalan 5 mereka berjalan perlahan lahan melalui pasar Ujung Pasir, merentasi Jalan Kimberly dan merentasi Jalan Campbell yang dikelilingi rumah kedai lama yang sangat menarik, jarang mereka berkesempatan berjalan di kawasan ini, sehinggalah mereka menemui kedai pemborong batik di Jalan Hutton mereka terlihat papan tanda, Klinik Keluarga Dr Lee.

Mereka tiba di klinik agak awal pagi, mengambil nombor dan duduk menanti waktu untuk mereka masuk. Dua wanita muda, pergi ke klinik yang menjalankan proses mengugurkan anak, adalah hal yang berat untuk wanita berusia 18 tahun, mereka tiada pengalaman langsung. Saat ini tidak mungkin akan mereka berdua lupakan begitu sahaja sepanjang hidup mereka.


click read more



Kedua duanya masuk sekali apabila nombor dipanggil, ? Dr Lee mengarahkan mereka duduk di hadapannya, lantas bertanya apakah sakit mereka, siapakah yang sakit?

“Doktor, saya mahu tanya dan minta doktor check kalau kalau kawan saya ini sedang hamil,” kata Rahimah sambil menunjukkan jari telunjuknya pada Ruby.

“Okay, kita boleh buat pemeriksaan sekarang, pergi dan baring di katil” Dr Lee mengarahkan Ruby sambil menunjuk katil yang berhampiran dengan tempat mereka duduk.

“3.5 bulan, sihat dan sedang aktif mahu membesar, congratulations!” Kata Dr Lee.

“Kalau mahu buang macamana doktor?” Ruby sendiri terpacul pertanyaan spontan tanpa ragu ragu.

“A little dangerous ya…the procedure is tedious,” kata Dr Lee dalam Bahasa Inggeris sambil mengerutkan keningnya yang tebal dan beruban itu.

Melihatkan Ruby berkerut dahi juga, dia menerangkan satu persatu tentang cara untuk membuang bayi, seolah olah Ruby adalah wanita dewasa, mungkin Dr Lee membuat kesimpulan, kalau para wanita boleh mengandung dan berseronok dengan teman lelaki mereka hingga mengandung, mereka adalah dewasa. Ini proses yang sangat rumit, Dr Lee menegaskan, kerana ubat pelali tidak boleh diberikan untuk proses penguguran, 3.5 bulan adalah berbahaya kerana janin bayi sudah terbentuk.

Rahimah yang mendengar perbualan itu juga merasa ngeri. Bagaimana kemampuan Ruby untuk melalukannya tanpa sebarang ubat pelali? Dr Lee pula menegaskan prosedur untuk proses itu secara keseluruhannya termasuk ubat ubatan bernilai 450 ringgit.

“Tak apa kita bincang dulu dengan dia punya boyfriend,” Rahimah menyampuk cepat kerana merasa sangat takut. Dr Lee menangguk dan memberi isyarat sila bayar di kaunter.

Ruby terdiam kerana tidak tahu apa yang harus dia lakukan, dia terduduk dan diam, kalaulah Dr Lee boleh melakukan segalanya dalam tempoh dua minit tanpa rasa sakit, 500 ringgit pun dia akan sanggup bayar.

“Bayar apa pulak?” fikir Ruby.

Sewaktu dia dan Rahimah ke kaunter, pembantu klinik Dr Lee, seorang wanita india tersenyum menanti mereka. Rahimah terus bertanya, kenapa mereka harus bayar?

“Owh! itu duit konsultasi 15 ringgit,” kata pembantu klinik.

Fikiran Rahimah berputar ligat memikirkan bagaimana harus ditangani masalah Ruby yang satu ini. Mereka membayar duit konsultasi tersebut dan Ruby berdiri seperti orang bodoh tidak bernyawa. Setelah membayar wang, Rahimah menarik tangan Ruby keluar.

“Jom kita pi makan dekat kedai di Chowrasta, hang ikut aku pi beli barang barang dapur sikit nanti,” saran Rahimah.

Mereka berdua melangkah kembali dari jalan kecil Hutton Lane yang merentasi Penang Road menuju pasar Chowrasta yang betul betul berada di hadapan panggung wayang Cathay.

Cuaca yang panas terik di Georgetown hari itu membuatkan mereka berdua berpeluh peluh. Rahimah kelihatan tenang dalam baju kurung kain kapas dan tudung putihnya. Mereka singgah di pasar Chowrasta membeli buah buah jeruk yang boleh dimakan sambil menonton telivisyen malam nanti. Mereka naik ke bahagian atas tempat menjual buku buku dan majalah lama, Rahimah kerap ke sini, manakala ini kali pertama Ruby menjejakkan kaki, mereka membelek belek apa yang ada, Rahimah akhirnya membeli tiga buku tulisan penulis kegemarannya Amy Tan dan Catherine Lim, dengan harga yang bukan separuh malah satu perempat sahaja dari harga asal. Ruby membeli dua majalah Vogue isu tahun lepas dan satu majalah InStyle 3 bulan lepas dengan harga dua ringgit sahaja. Makan tengahari di aras yang sama, kerana cuaca panas, setelah membeli barangan keperluan dapur, mereka mengambil keputusan untuk mengambil beca sahaja, beca dari Chowrasta ke Jalan 5 hanyalah berharga 6 ringgit. Ruby kelihatan sugul, fikirannya dan cuaca yang panas membuatkan dia bertambah kusut tentunya.

Malam itu mereka duduk duduk di ruang tamu, sambil menonton telivisyen, Kak Noor juga ada sama, wanita yang berusia 38 itu orangnya lembut dan berbudi bahasa, bekerja keras dan kuat di Pulau Pinang. Apabila berbicara tentang langkawi, yang belum pernah Ruby dan Rahimah sampai, kak Noor meceritakan kisah dukanya yang membawa dia ke Pulau Pinang. Kisah silam yang kelam membuatkan dia serik dan takut untuk menjalinkan hubungan dengan mana mana lelaki Melayu lagi.

“Cukup cukup kak Noor kena…serik, tak mau dahlah, tapi hampa muda muda janganlah jadi macam Kak Noor,” katanya lagi.

Kak Noor tidak bercerita banyak, cukuplah dengan menceritakan bahawa semua simpanannya sewaktu bekerja di Hotel Langkapura Resort di langkawi habis dan licin, begitu juga dengan barang kemasnya, gara gara perilaku tunangnya yang mempunyai teman wanita lain.

“Nak berkisah banyak pun sat lagi orang meluat dengar, Kak Noor simpan sajalah dalam hati, sama macam hampa dua orang, Kak Noor lepas sekolah terus kerja ‘house keeping’ di langkawi, sedih tau jadi perempuan macam Kak Noor, rupa paras takdak, orang penaya pulak kot ataih,” cerita Kak Noor dengan penuh perasaan.

Ruby mengambil peluang ini untuk bercerita pada Kak Noor kenapa dia kembali mahu tinggal bersama Rahimah. Kak Noor yang lemah lembut mendengar penuh teliti, dia mengerti akan perasaan yang sedang Ruby alami, namun masih tidak tahu akan hal kandungan 3.5 bulan tersebut.


Ruby Sebuah Kisah... ditulis oleh Regina Ibrahim. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi beliau di alamat emel regina_ibrahim@yahoo.com.my atau Facebook Regina Ibrahim.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 8

Ruby Sebuah Kisah... BAB 8

$
0
0
RUBY 8

Tidak dapat melelapkan mata dan terlalu banyak berfikir membuatkan badan Ruby menjadi panas, macam demam panas, dia cuba bangun, tapi tidak berdaya, kerana badan lemah. Rahimah yang awal awal lagi sudah bersiap sedia selepas subuh, membiarkan saja Ruby tidur, dia pasti Ruby letih dengan segala yang dia tanggung dan cuaca panas kelmarin. Mereka berdua sepatutnya shif pagi hari ini. Apabila jam menunjukkan 8.30 pagi, Rahimah menggerakkan Ruby dari tidur, dia mengoncangkan kaki Ruby

“Imah aku demam ni, badan tak larat,” kata Ruby lemah.

“Aah aah panas ni, panas sangat, demam panas, kepala pening tak?” Tanya Rahimah, setelah meletakkan tapak tangannya di leher dan kepala Ruby.


click read more


Rahimah mencadangkan Ruby berehat, dia terus ke dapur mencari ‘Panadol’ yang ada.

“Nah telan ni dua biji, ko selimut biar keluar peluh, nanti aku bagi tau Penyelia yang engkau tak sihat,” kata Rahimah yang akan berjalan kaki ke Komtar pada pukul Sembilan pagi. Dia juga menulis nota untuk Kak Noor yang masih tidur, Kak Noor mungkin kerja shif petang nanti, minta kak Noor tengok tengokkan Ruby. Belum sempat dia melekatkan nota di pintu kak Noor, Kak Noor rupanya sudah bangun untuk ke tandas.

“Kak Noor, kak kerja shif petang ka?” tanya Rahimah

“Awat Imah? Kak Noor cuti hari ni, sebab kemarin overtime 12 jam,” balas kak Noor.

Rahimah dan kak Noor berjalan, menuju bilik, sambil kak Noor masuk melihat keadaan Ruby. Dia menyuruh Rahimah pergi saja kerja, kerana dia sepanjang hari akan ada di rumah, tidak payah risau kerana setakat demam seperti ini, dia boleh jaga. Dia juga tahu ini sebenarnya demam tidak cukup tidur dan akibat tekanan hidup. Kak Noor dulu juga masa putus tunang, sakit lebih dari demam panas

“Imah pi lah kerja, sat lagi lewat pulak, Ruby kak Noor jagalah, toksah risau!” Kak Noor bersuara.

Selepas makan malam, mereka bertiga duduk di ruang tamu sambil menonton telivisyen, suhu panas badan Ruby menjadi reda, tapi dia masih dalam keadaan yang lemah. Rahimah dari dapur membawa sedulang teh panas dan tiga cawan kosong untuk mereka.

“Maaf Imah kena tutup Television sat kak Noor, sebab ada benda penting nak bagi tau,” terang Rahimah.

Maka dia menceritakanlah keadaan yang sebenar, situasi Ruby sejelas jelasnya pada kak Noor, yang terlopong mendengar, manakala Ruby menundukkan wajahnya kerana merasa malu dengan keadaan dirinya.

Petang tadi Rahimah menalipon ibunya di Baling Kedah. Dia menceritakan tentang Ruby. Ibunya Hajjah Paridah bersetuju sekiranya Ruby dibawa tinggal sahaja di Kampung Banggol lada, Baling untuk sementara waktu hingga dia melahirkan, itupun kalau dia mahu. Hajjah Paridah, cuma berkata dengan tegas, kalau untuk ke Baling dengan tujuan untuk gugur dia tidak sanggup, Ruby boleh menggunakan bilik Rahimah kalau dia tinggal di sana, lagi pun dua adik beradiknya tiada di rumah, mereka bersekolah di Asrama. Kak Noor, yang diam sejak dari tadi, mengatakan ini hal berat, memang dia tahu ada bomoh melayu yang boleh menyediakan “Sireh Piang” untuk membersihkan kandungan, tapi dia tiada pengalaman dalam hal itu semua,.

“Nak kena balik tanya mak bapa Kak Noor di Langkawi pulak, satu hal lagi nak terangkan pada mereka,” jelas Kak Noor yang mula membayangkan kesukaran tentang hal hal penguguran.

“Ruby sendiri macamana sanggup ka nak buang janin macam tu saja?” Soal Kak Nur lagi.

Ruby menggelengkan kepala, mungkin tanda tidak mahu anak, entah tidak bersetuju dengan hal hal membersihkan kandungan. Dia buntu.

“Kak Noor, perut Ruby kalau nak besar antara bulan berapa ya? Imah tak tau hal hal macam ni,” tanya Rahimah pula.

‘Tak taulah kak Noor, dia ikut orang imah, kalau la ni 3 bulan setengah tak nampak apa lagi, Kak Noor rasa masuk lima bulan akan nampak okay lagi, awat Ruby nak kerja sampai perut besar baru nak pi duduk Baling ka?” tanya Kak Noor pula pada Ruby.

Menurut kak Noor, kalau Ruby setuju, bolehlah dia dengan Rahimah merancang hari cuti, bila abis saja bulan ke empat, dia dan Rahimah boleh membawa Ruby untuk ke Baling. Kerana kak Noor yang paling berusia, kak Noor akan bercakap sendiri dengan ibu Rahimah nanti. Dia faham kedudukan Ruby yang yatim piatu dan mempunyai keluarga yang tidak boleh diharap, kalau mereka tahu pula, mungkin bakal memberi masalah besar apabila menerima perkhabaran sebegini.

“Ruby betul betul buntu, tolonglah Ruby buat keputusan,” katanya sambil menangis teresak esak pada Rahimah dan Kak Noor.

“Takpalah, kami ada jangan risau,” kata Kak Noor

“Ini kesilapan manusia, asalkan mahu insaf dan tidak mengulanginya Tuhan pasti akan memaafkan,” pujuk kak Noor perlahan lahan, sambil mengurut urut belakang dan kepala Ruby yang duduk menongkat dagu sambil menangis.

Malam ini malam yang sangat menyedihkan, Kak Noor melihat mereka berdua di hadapannya, seorang sangat membantu dan berusaha. Seorang lagi lambang wanita yang alpa dan leka, dia mengeleng gelengkan kepala kerana merasa sayu, akan nasib dan permasalahan wanita, kenapalah wanita yang harus berhempas pulas sendirian, apabila berhadapan suasana tipikal sebegini? Soalnya dalam hati.

“Sudahlah Ruby, Rahimah, kita usahalah dengan cara yang kita mampu, Ruby makan ubat, esok pergilah kerja, sementara boleh kerja, tidur dan rehat, tak ada masalah yang tidak dapat kita selesaikan, Tuhan pasti tolong kalau hati kita tiada niat jahat,” katanya manamatkan malam yang sedih ini.

Malam itu mereka tidur dengan pelbagai andaian dalam kotak fikir mereka. Ruby terlelap kerana demam dan letih. 

Rahimah, terfikir apakah langkah meminta tolong ibunya Hajjah Paridah itu betul? 

Manakala Noor, sambil memanjatkan doa pada Tuhan agar mereka bertiga ditunjukkan jalan, dia lelap sambil mengenangkan nasibnya yang dahulu terlalu berharap, sambil minta agar dia dan dua anak muda serumah ini dilidungi.



Ruby Sebuah Kisah... ditulis oleh Regina Ibrahim. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi beliau di alamat emel regina_ibrahim@yahoo.com.my atau Facebook Regina Ibrahim.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 9

Ruby Sebuah Kisah... BAB 9

$
0
0
RUBY 9

Genap 4.5 bulan, Ruby membuat keputusan untuk menghantar surat berhenti kerja pada pihak Pusat Membeli Belah Yaohan. Gaji 950 ringgit tidak termasuk bayaran komisyen itu harus dilepaskan. Ruby masih sihat dan kelihatan sedikit berisi sahaja. Dia pandai memilih pakaian, membeli baju tee berbentuk A line berwarna gelap dari Reject Shop, untuk pakaian harian dan pakaian seragam yang tidak ketat itu membuatkan tidak ada siapa yang mengesyaki dia hamil.

Rahimah yang banyak membaca mencari panduan panduan untuk ibu muda yang hamil, itu sajalah perbualan mereka saban malam apabila berkumpul di rumah. Kak Noor yang bekerja di Hospital Adventist juga membawa balik risalah pemakanan dan penjagaan untuk bacaan Ruby.



click read more



Dengan penuh teliti setelah merancang cuti, esoknya mereka bertiga bertolak ke Baling Kedah. Kak Noor memandu kereta Toyota Starlet ‘secondhand’ putihnya, memastikan Ruby membawa segala kelengkapan untuk tinggal di Baling dan mungkin melahirkan di sana. Dalam perjalanan Kak Noor, berpesan pada Ruby supaya menjadikan ini sebagai pelajaran terbaik dalam hidup, tidak guna untuk disesali lagi, kerana manusia sebenarnya dalam banyak hal, ada pilihan. Dia dan Rahimah mengatakan mereka gembira kerana Ruby memilih untuk tidak mengugurkan janin.

Amir tidak muncul mencari Ruby langsung, Amir jejaka tampan dari Perak, ‘bar tender’ yang GAH terkenal di kalangan kelab kelab di Pulau Pinang ketika itu.

Kak Noor memandu sambil sambil bercerita, namun dia dan Rahimah memastikan mereka tidak berbicara lagi hal hal yang negatif yang lepas, tidak guna mencari salah, sebagai mengisi waktu memandu Kak Noor juga bertanya apa rancangan mereka masing masing dalam hidup.

“Kak Noor sampai tualah kerja memasak, balik kampung langkawi esok kak Noor bukalah kedai kecik kecik,” dia membuka kisah.

“Hampa dua masih muda, banyak lagi kerja boleh buat, Ruby pun, lepas lepas ni hidup baru dan jangan toleh toleh belakang lagi, ada sebab tau Ruby, tuhan bagi kisah awai awai dalam hidup, toksahlah sedih sedih dan marah berpanjangan,” katanya panjang lebar sambil memandu.

Dalam perjalanan mereka mendengar rangkaian biru, Ruby bernyanyi nyanyi kecil, suaranya antara keluar atau tidak pada lagu lagu Inggeris yang diputarkan oleh DJ, dalam hati dia berdebar mahu bertemu dengan Hajjah Paridah, takut nanti akan diseranah oleh orang tua itu, dia juga memikirkan apa yang bakal dia buat sewaktu menanti waktu lahir, dia bukan tidak pernah bertemu Hajjah Paridah, dia pernah ikut Rahimah pulang ke kawasan pendalaman itu.

Dalam hati dia bertekad mahu berterima kasih banyak banyak pada mereka semua yang sudi membantu dalam keadaan sebegini. Dari awal lagi Ruby cuma memastikan mereka tahu yang keluarganya yang ada di Kepala Batas, tidak berminat untuk mengetahui apa apa hal pun mengenai dia, hidup atau mati. Kak Noor dan Rahimah sudah arif tentang hal itu sejak mula mereka kenal Ruby, walaupun dia sering menggelak bila berbicara tentang keluarga. Dia juga sudah mengeluarkan semua wang tunai yang ada dalam bank, Seluruh jumlah terkumpul adalah 3,500 ringgit tidak termasuk duit yang diminta dari Amir 350 ringgit, yang masih ada diselitkan di tepi beg hitam kulitnya itu, baki dalam bank sekarang cuma ada 500 ringgit sahaja. Biar saja, takut nanti nanti sekiranya ada kecemasan.

Mereka tiba tepat 9.30 malam di Kampung Banggol Lada, Baling. Suasana gelap dan sepi dengan rumah yang jauh jauh di antara satu sama lain. Ini bukan tanah lot, ini kawasan tanah pusaka Hajjah Paridah. Rumah besar itu kelihatan bercahaya dari jauh. Hajjah Paridah sudah menunggu di hadapan bersama suaminya Haji Saad. Mereka orang orang yang mudah dan tidak cerewet. Sudah dua kali mengerjakan haji tanpa Umrah. Bersalam salaman, mereka seperti satu keluarga yang besar pulang untuk beraya pula kelihatannya. Hajjah Paridah selesa membahasakan dirinya sebagai Mak Dah apabila berbicara, manakala suaminya Haji Saad pula bergantinama Ayah Ad.

“Chek nak habaq pun susah Mak Dah, chek rasa Mak Dah pun tau keadaan yang sebenar, cuma chek takut Mak Dah kata chek tak reti jaga depa,” kata kak Noor apabila mereka duduk duduk di meja makan sambil minum kopi panas.

“Takpa aih, mak faham, depa muda, Noor pun bukan 24 jam dok jaga tepi kain depa,” balas Hajjah Paridah.

Hajjah Paridah memberi arahan pada Ruby untuk tinggal di bilik Rahimah, buatlah seperti rumah sendiri, sementara di sini, bolehlah dia belajar dari Haji Saad dan dia sendiri, belajar sembahyang dan belajar mengaji sedikit sebanyak sampailah dia melahirkan. Hajjah Paridah sudah mempunyai rancangannya sendiri.

“Tok sah dok risaulah, Mak Dah akan jaga Ruby sampai semuanya selamat,” dia memberi jaminan pada mereka bertiga.

Rahimah anaknya cuma diam dan senyum pada Ruby, sambil memegang tangan Ruby. Esok mereka akan memasak sama sama dengan Hajjah Paridah dan pulang petang ke Pulau Pinang, meninggalkan Ruby untuk jangka waktu yang panjang.

“Baguihlah juga Ruby ada sini temankan Mak Dah, rumah ni takdak sapa, sunyi sepi kadang kadang, Mak Dah duduk Ayah Ad hang saja..,” katanya lagi.

‘Hang kerja semua okay ka Rahimah?” Tanyanya lagi pada Rahimah anaknya sendiri.

Apabila tiba giliran Rahimah bercerita tentang kerjaya dan kehidupannya di Pulau Pinang, dia memastikan ibunya tidak risau, Hajjah Paridah tahu Rahimah anak yang baik, jenis yang kuat berusaha dalam mengejar cita cita. Memang tidak ada apa yang harus dirisaukan pada anak perempuan bernama Rahimah ini. Hajjah Paridah nampak jelas berbezaan tiga tiga wanita yang ada di hadapannya. Inilah dikatakan warna warni dunia.

“Hang Noor, kalau nak menikah habaq mai kat Mak Dah, ada aih dua tiga, bujang telajak kat Baling ni, Mak Dah boleh kira kat hang…,” katanya menutup bicara malam mereka.




Ruby Sebuah Kisah... ditulis oleh Regina Ibrahim. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi beliau di alamat emel regina_ibrahim@yahoo.com.my atau Facebook Regina Ibrahim.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 10

Ruby Sebuah Kisah... BAB 10

$
0
0
RUBY 10

Sebelum bertolak pulang ke Pulau Pinang, Rahimah menunjukkan rak rak buku dalam biliknya pada Ruby, bacalah apa yang ada di situ. Rahimah wanita kampung yang bersistematik, buku cerita di rak lain, buku akademik di tempat lain, buku agama di rak yang lain. Sistem itu penting, untuk kemudahan kalau mencari nanti.

“Nih, ada ni, tape recorder player buruk, boleh pakai lagi, ni kotak tape bahasa Inggeris permulaan, aku tau hang nak belajar sangat bahasa ni kan?” Rahimah cuba membuatkan Ruby ceria.

Rahimah tersenyum gembira, kerana tahu Ruby, tidak akan merasa bosan, banyak buku dan yang penting keadaan sunyi dan damai di Baling akan menjadi lebih kondusif untuk ilmu cepat masuk.
“Mak aku jenih okay Ruby, dia kuat melawak juga…kalau hang pandai ambil hati dia, ayah aku pendiam tapi dia pun pak lawak juga kalau kena gaya!” ditambahnya lagi pernyataan tentang ibubapa untuk memastikan Ruby tidak gusar tinggal dengan keluarganya.



click read more


Tepat tiga petang kak Noor dan Rahimah harus pulang, mereka besalaman berpelukkan dan membisikan di telinga Ruby kata kata peransang, sambil Kak Noor berterima kasih kerana mereka masak masak makanan kampung. Hajjah tersenyum bahagia melihat semua ini, Haji Saad awal awal lagi sudah keluar ke Masjid.

“Terima kasihlah Mak Dah, chek lama tak makan gulai umbut pisang, rasa puas sangat makan tadi, bila bila chek rajin, chek mai lagi na…, ” ucap Kak Noor pada Hajjah Paridah.

Dalam perjalanan pulang dua wanita desa ini, berbicara sesama sendiri, mereka masing masing menyatakan ini adalah dugaan untuk mereka lihat di depan mata mereka. Akan kesal seumur hiduplah kalau mereka membiarkan Ruby terkontang kanting sendirian, jangan lupa ramai wanita lain yang hidup tidak bahagia seumur hidup kerana peristiwa seperti yang di alami oleh Ruby. Mereka tahu Ruby tidak seliar mana, dia cuma cepat terpesona kerana membesar tanpa kasih sayang yang bulat dan padu.

“Hang boyfriend dah ada ka Imah?” tanya Kak Noor.

“Oh! Chek masa sekolah pun takdak, la ni pun orang tak mau….malaslah melayan semua ni kak Noor!” pintas Rahimah.

Kak Noor pula bercerita, sejak dia gagal cinta di Langkawi dan kehilangan semuanya, dia hampir gila memikirkan nasibnya. Dia pindah ke Pulau Pinang dengan tekad memulakan hidup baru. Bekas tunangannya bukanlah setampan mana pun, tapi itulah sifat manusia, mereka tidak tahu bersyukur. Pernah bekas tunangannya itu datang mencarinya di Pulau Pinang untuk memulakan semula hubungan. Kak Noor menolak mentah mentah, tidak mahu pisang berbuah dua kali, begitu juga sewaktu dia berusia lewat 20an ada lelaki lain yang mahu berkawan serius, namun Kak Noor takut. Bukan fobia atau menolak jodoh, dia cuma selesa hidup begini. Dia sekarang berkawan dengan seorang jejaka cina, yang sangat ‘gentleman’, dari Tanjung Bungah, jejaka yang juga hadir dari kisah putus cinta berat, demi Allah, kata Kak Noor mereka cuma berkawan dan tidak mahu menipu keadaan. Dengan Ah Chong dia akan tengok wayang, keluar makan makan dan kemana saja yang mereka mahu pergi. Yang paling membuatkan kak Noor bahagia adalah kerana Ah Chong tidak memberi tekanan seks atau cinta pada beliau.

Dia jarang bercerita kerana malu pada kisah cinta wanita berusia 38 sepertinya yang berkawan dengan jejaka cina berusia lebih kurang dengan dia, Ah Chong mungkin 39, kak Noor malu dan tidak mahu lebih lebih, kerana itu dia mahu menjaga persahabatan ini, dia berjanji pada diri dan pada tuhan supaya jangan lebih lebih, berharap keterlaluan dalam hubungan sebegini.

“Kak Noor pun sedaq Kak Noor tak secantik mana, cantik takat kesihatan tuhan bagi pun allhamdulillahlah Imah oi….,” dia terus berkisah.

Rahimah mendengar dengan penuh prihatin dan mula mengerti yang perjuangan wanita tidak semudah yang disangkakan, bukan kisah seindah pelangi yang dia tonton dalam filem, kisah cinta kasih penuh harapan yang sering wanita tontoni.

Rahimah sendiri setakat ini hanya mahu menumpukan pada kerja dan simpanan untuk dia melanjutkan pelajaran nanti, dia tahu dan kenal bagaimana sukarnya mencari wang, kemampuan keluarganya sewaktu dia bersekolah dahulu bukanlah semudah mana, membayar wang menduduki SPM dengan biasiswa kecil persekutuan. Itu pun harus bertungkus lumus memohon, dengan menyertakan slip keputusan peperiksaan semester sekolah menengah di Baling. Dia bertekad bekerja keras dalam hidup, Ruby hanyalah kisah yang bertandang untuk menguji tahap bagaimana dia menjadi manusia dan kawan yang baik perihatin, di usia 18. Rahimah percaya, banyak lagi kisah yang bakal dia hadapi, mengenangkan semua itu semua dia kembali menjadi tenang.

Maka bermulalah hidup Ruby di Kampung Banggol Lada di Baling, yang bersuasana sepi dan damai, jauh dari hiruk pikuk kenderaan, digantikan dengan bunyi kicauan burung burung hutan, dia berdoa semoga dia beroleh tenang dan damai sahaja dengan kehidupan baru ini, buat masa ini dia tidak mahu meminta lebih lebih lagi, suasana ketika ini adalah rahmat baginya.



Ruby Sebuah Kisah... ditulis oleh Regina Ibrahim. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi beliau di alamat emel regina_ibrahim@yahoo.com.my atau Facebook Regina Ibrahim.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 11

Ruby Sebuah Kisah...Rumusan BAB 1-10 (Panduan untuk Editor)

$
0
0



RUBY RUMUSAN 1 - 10 (panduan untuk editor).

  1. Proses awal pengenalan watak di pertengahan 80an. Naif, sepi, matang, tenang.
  2. Lima watak ini akan kekal disebut sampai tamat novel
  3. Penggunaan dialek utara sesuai lokasi. Bahasa Inggeris telah dicondongkan dalam teks asal.
  4. Lokasi lokasi realistik untuk watak watak fiksyen itu ujud selaras pergerakkan manusia dalam penceritaan.
  5. Tinggal serumah, set semakan hamil, kondom, naik bus, jurujual, talipon bimbit motorola ada disebutkan dalam penceritaan.
  6. Dititipkan kekesalan dan kegusaran watak utama yang yatim, buntu, tertipu supaya dia bangkit dihujung cerita. Diujudkan juga dua watak bagi menggambarkan ada orang yang baik dan manusia tidak boleh hidup secara sendiri sendiri.
  7. Watak watak sampingan juga diperkenalkan latar belakang mereka secara mudah.
  8. Watak utama tidak akan ditonjol tonjolkan secara terlalu, sesuai dengan sifat penulis yang tidak percaya pada sifat tersebut. kalau ada pujian sekalipun ianya tetap dari watak watak sampingan sahaja.

Ruby Sebuah Kisah...Rumusan BAB 20-30 (Panduan untuk Editor)

$
0
0



RUMUSAN 20 - 30

Penulis membawa pembaca supaya lebih matang dengan perjalanan kerjaya pelontar suara, artis atau pelakon.

Ada hal hal yang kita tidak arif kenapa itu? kenapa nafi? kenapa tipu umur? dibentangkan juga sifat sifat kita terhadap media, orang dalam media dan objek penyeri yang bekerja.

Di sentuh juga watak watak sampingan sebagai gambaran sifat. Perbualan masih ditahap realistik, tidakada orang Melayu Malaysia yang bercakap menggunakan bahasa Malaysia seratus peratus dan kedengaran seperti perbualan palsu Drama Minggu ini.

Dua tiga bab ini juga ditaggedkan pada anak anak saya yang berada dalam kerjaya Pentas sebagai panduan. Diceritakan juga perihal kagum, idol atau starstruck...hati hati.

Bidang pentas bukan untuk si Lembut Lembai yang berwatak mulus. Apa apapun ini adalah untuk menjana pemahaman kamu pembaca tentang dunia hiburan ketika itu dan masih berterusan hingga kini. Itu semua fomular asas...ada rahsia sebenarnya untuk kekal menjaga seri pentas....

Capaian penuh  :  Ruby Sebuah Kisah... by Regina Ibrahim



Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim)  
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Ruby Sebuah Kisah... BAB 31

$
0
0
RUBY 31

Hari ini hari yang sangat menyedihkan.

Ruby mengamuk di apartmen setelah terlihat, kesan gigitan cinta di leher dan dada Intan Syafinaz. Sewaktu mereka di dapur untuk minum pagi, Intan memakai singlet dan seluar pendek santai sahaja. Ruby seperti dirasuk hantu ketika memarahi Intan Syafinaz. Terhamburlah kata kata nista terhadap lelaki dan kebodohan wanita. Intan Syafinaz terdiam sepi sambil menangis teresak esak. Intan, budaknya baik dan tidak tahu menjawab. Kemarahan ini kalau dilihat, kelihatan seperti seorang kakak sulung yang kesal dengan adiknya yang lalai dalam hidup.



click read more

Kata kata nista dalam dialek utara yang pekat dan tajam keluar dari mulut Ruby tanpa dipaksa paksa.
“Hang ingat hang sapa Intan? Hang tak malu ka kalau orang tengok semua ni?”

“Dibuatnya hang boroi, hang nak buat apa? Hang tak pikiaq ka?”

“Hang ingat depa artis artis ni serious nak buat hang bini depa ka? Oi! depa ada peminat nak jaga dik!”

“Awat, dia kata dia nak menikah dengan hang ka Intan? Sampai gigit gigit lebam ni?”
“Ingatlah, Tuhan bagi mak bapak kat hang intan, kalau hang takdak sapa sapa sorang, pun hang nak buat apa nanti?”

“Jangan ingat nak seronok saja adik oi! Pikiaq famili la, famili kat kampung tau….esok esok hang nanti haru orang!”

“Sabaq sabaqlah sat…hang bukan buruk mana pun, sampai pelakon drama haprak tu pun hang nak sariap”

“Hang jangan lupa ya, kerja kita makin dok banyak ya, sat lagi keluaq berita pelik pelik hang tanggunglah Intan oi!”

“Sampai satu tahap nak pakai jeans, tak boleh zip hang taulah…mendapatlah Intan, toksah dok giang sangatlah na….”

“Esok esok orang tinggai seketoi! baru hampa dapat jawapan, masa seduit pun tak guna dah”
Segala kata kata itu dihamburkan secara spontan lancar pada Intan Syafinaz yang menangis tersedu sedu sendirian di sofa. Ruby masuk ke biliknya, kerana kalau lagi lama dia di luar lagi banyak nanti hamburan kata kata nista yang keluar dari hatinya yang panas.

Di dalam bilik, Ruby beristigfar banyak banyak. Sambil menenangkan diri. Dadanya turun naik, menahan kemarahan, dia memohon supaya reda. Dia memarahi dirinya sendiri atas tindakan dirinya yang menghamburkan kata kata kesat tadi. Entah bagaimana dia boleh bertindak sebegitu? Intan sudah dewasa, anak orang pula. Kasihan Intan. Ini tidak lain tidak bukan kesan kepahitan sejarah peribadi yang dilepaskan pada silap orang.

Dia kemudiannya keluar kembali mendapatkan Intan yang masih duduk bingung di sofa. Lantas memohon maaf padanya. Di peluknya Intan, kerana dia sememangnya sesal akan hamburan kata kata tadi. Kedua mereka menangis kerana merasa terharu. Intan mengerti, yang Ruby mengambil berat akan dirinya, manakala Ruby mula mengerti akan kenapa kemarahan itu ujud, dia juga perlu belajar melepaskan duka secara peribadi, bukan dihamburkan secara melulu.

“Dah tu, aku sayangkan kau Intan, aku takut ko kena tipu, aku minta maaf sangat sangat,” katanya pada Intan yang cuma setahun mudah darinya, yang masih tersedu sedu kesedihan.
Intan mengangguk angguk kepalanya tanda mengerti namun tidak mengeluarkan sebarang kata kata. Kini baru dia tahu garangnya Ruby, sempat pula Intan terfikir tentang sifat Ruby.

Intan Syafinaz tidak pernah menceritakan pada sesiapa akan latar belakang keluarganya di Pahang. Dia segan dan malu, kerana apabila diperhatikan latar belakang ke empat empat ahli kumpulan, dia tidak ada apa apa. Ibunya menjual kuih berhampiran perhentian bas di Kuantan, manakala ayahnya pula cuma pemandu teksi sapu. Hidup sangat keras dan kemahuan yang kuat membawa dia ke sini. Dia juga tidak pernah menceritakan tentang kisah dia dan teman lelaki di Kuantan, Intan tidak pasti itu teman lelaki betul atau tidak, kerana sewaktu di sana dia kerap keluar makan makan dengan Ridhuan, Ridhuan juga tidak pernah melafaskan kata cinta atau rindu. Ridhuanlah yang memberikan wang 100 ringgit untuk dia naik bus ke Kuala Lumpur untuk audisyen di Hotel Merlin dan tidur menumpang ruang tamu rumah kakak saudaranya di Kampung Baru. Mungkin kerana Ridhuan hanya mahu berkawan dan tiada pernah meluahkan rasa rindu, segala kerinduan ini dilepaskan pada Erwan Mustapa, yang berwajah hampir hampir seiras Ridhuan. Sama seperti Ruby, Intan tidak tahu apa yang bakal mereka lalui dalam mengejar kehidupan di Kuala Lumpur. Intan Syafinaz juga sebenarnya merasakan hidup ini kosong.

Ruby anak ahli perniagaan dari Pulau Pinang, Tina anak orang kaya campur mat salleh, Aliyah pula bekas penyanyi yang beralbum, Aina pula penyanyi kelab yang luas pengalaman. Itu gambaran yang Intan Syafinaz dapat, lantas dia banyak berdiam diri selama ini, kerana merasa sangat rendah diri. Dia takut, takut nanti dia mengeluarkan kata kata janggal dan akan diketawakan oleh ahli ahli Tiara yang lain.

“Aku ada apa?” Tanya Intan Syafinaz dalam hati, tanpa mengetahui yang Ruby juga tiada apa apa, dalam mereka mengejar cita cita di Kuala Lumpur.


Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim)  
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 32

Ruby Sebuah Kisah... BAB 32

$
0
0
RUBY 32

Album penuh telah siap. 8 lagu tambahan, telah mereka rakam minggu lepas. Mereka semua bakal sibuk dan menanti tarikh pelancaran yang sesuai sahaja. Menurut Arman, mereka akan menanti, demam Sheila Majid reda, dia sedang hangat dengan irama R and B dan single keduanya di Jepun. Fairuz Hussien juga sedang merangka promosi besar besaran, sebagai cakera padat Melayu pertama di dunia terbitanSony Music. Pihak KPR harus hati hati kerana irama “Rhythm and Blues” dan dance music, setakat ini cuma mempunyai pendengar di bandar sahaja. Arman mahu mereka menawan seluruh Malaysia tanpa mengira siapa pendengar, kampung atau bandar kalau boleh, tawan kedua duanya sekali.



click read more



Promosi syarikat besar dan kecil tidak sama. Arman juga mahukan imej bersih untuk kelima lima mereka. Dia tidak mahu mereka mendapat publisiti murahan, kerana ianya akan merugikan kerana mereka semua boleh menyanyi dengan baik. Minggu yang tidak sibuk ini, akan mereka gunakan untuk menyelesaikan semua hal hal passpot, hal hal kiraan elaun dan gaji yang dijanjikan. Mereka diberi kelepasan untuk bercuti. Cuma satu permintaan dari pihak KPR, “tolong jangan terlibat dengan apa apa gossip yang tidak elok, ini Malaysia, bukan Amerika. Di Malaysia, sekali mereka meluat, mereka akan ingat sampai bila bila”

Kelmarin apabila Ruby menalipon Rahimah, dia mendapat berita yang Rahimah akan ke Shah Alam, dia bakal melanjutkan pelajaran di ITM jurusan kommunikasi. Ya mereka akan kerap dapat bertemu, Rahimah juga mengkhabarkan yang Mak Dah dan Ayah Ad sihat, Nur Nabilah sudah boleh berjalan dan bercakap. Ruby menutup rapat matanya cuba membayangkan Nur Nabilah sewaktu berada di pangkuannya di Baling Kedah. Ada suatu perasaan bermain di kepala Ruby, sayu dan gembira tentunya. Semoga Nur Nabilah, dijaga elok oleh abang Azman dan kak Rubiah. Apa apapun Ruby memohon supaya Nur Nabilah dewasa dengan baik, ada kasih sayang dan dilayan molek, jangan jadi seperti dirinya yang tidak sabar sabar mahu dewasa lepas dari belenggu kemiskinan dan kesusahan hidup di Kepala Batas, Seberang Prai. Hidup jadi tidak menentu dan akhirnya menumpang kasih pada yang silap.

Malam ini se awal pukul 9 malam Ruby akan bertandang ke rumah Zakiah Anum di Ampang. Rozie akan mengambilnya dan mereka akan bersantai di sana menemani Zakiah bintang dangdut 70an yang sudah pudar itu.

“Ko belilah apa apa kejap lagi ya. Mama Zakiah suka minum milo, dia juga suka buah strawberry tau, nanti kita singgah kat mana mana, makayam turun beli okay?” kata Rozie sewaktu dia menalipon Ruby.

“Ko tak boleh turun sekali, nanti orang nampak tak elok, Arman dah pesan kat aku awal awal lagi!” kata Rozie apabila Ruby bertanya kenapa dia tidak boleh turun sama?

Arman yang prihatin, menalipon Ruby, bertanyakan apakah rancangannya minggu senggang ini? Ruby mengatakan yang dia akan bersama Rozie, kerana Intan Syafinaz balik bercuti ke Pahang. Arman menambah yang mereka berdua ada banyak masa untuk teh tarik minggu ini. Ruby menjerit manja keseronokkan.

“Jangan seronok sangat Yang… kita keluar pun macam pencuri, takut orang nampak, sekarang baru awak tahulah, macamana bosannya hidup sebagai artis di Malaysia,” tambah Arman

Sempat Ruby mengelamun sendirian, kehairanan kenapa orang taksub pada artis? Itu cuma kerja sahaja? Tapi ada betulnya juga, kalau sering orang lihat di tepi jalan dan di gerai gerai pasti hilang seri pentas.

Arman orang yang berbeza apabila mereka bersama, ini bukan suasana kerja. Dia melayan Ruby selayaknya sebagai seorang kekasih, melayani wanita yang dia cintai. Tapi Ruby, bukan tidak pernah terkena musibah. Ruby hati hati, dengan Arman dia tetap mesra, tapi kemesraan yang tidak mahu ditunjuk tunjukkan secara terlalu. Rasa takut dan serik masih bersarang di benak hatinya. Apatah lagi sakit beranak yang dia tanggung di usia 18 tahun. Dia tidak mahu jadi bodoh lagi, namun tidak juga dia mahu menutup pintu hati manusianya secara total.

Dia dan Rozie tiba di rumah Zakiah Anum, Zakiah sedang menonton telivisyen di ruang tamu, mereka berdua memberi salam, Rozie mengendeng barang barang yang dibeli di Cold Storage.

“Alahai Rozie malunya mama, ko bawak artis datang…aku pakai baju kusam ni!” Kata Zakiah seperti marah.

‘Ah! artis artis apalah mama, kita datang nak santai santai dengan mama saja,” balas Ruby.

“Eh! Ruby kalau engkau femes esok, jangan benarkan sesiapa tengok ko tanpa makeup dan pakai baju kelawar ni ya…ini pesan mama awal awal, hilang seri!” Zakiah bersuara sambil dia melihat Ruby yang tinggi lampai dan cantik memakai jeans dan baju tee sahaja tanpa sebarang solekan.

Malam itu Ruby, sambil sambil minum milo panas berbual dengan penuh terbuka, Zakiah membenarkan Rozie mengeluarkan album gambar yang tersimpan di bilik stor, untuk dilihat sambil Zakiah Anum menceritakan satu persatu kisah hidupnya, yang bermula di Singapura, bersama kugiran kecil Muhabatt, menyanyi di majlis perkahwinan, sehinggalah dia merakamkan EP dan LP bersama band tersebut pada lewat tahun 60an. Menurut Zakiah Anum, musik dangdut pop dan pop yeh yeh ketika itu sangat rancak.

Zakiah Anum, walaupun kusam, masih lagi ada kesan kesan jelita di wajahnya. Apabila Ruby bertanya apa rahsia kecantikkannya, dia jadi malu sendiri, dia menepis soalan tersebut, katanya masa muda semua orang lawa dan jelita.

Senang saja alasannya, jangan gemok, kalau gemok pakai baju apapun tidak cantik. Kesihatan harus berada di tahap teratas, kerana sebagai penghibur kita perlu tenaga untuk bersuara bagus dan kelihatan menarik di pentas. Ruby mendengar penuh teliti, mungkin kerana nasihat datang dari Zakiah Hanum yang lagenda.

Zakiah menceritakan bagaimana di zamannya tiada sesiapa yang menjaga makan pakai artis, semua sendiri sendiri, maka dengan itu adalah tidak adil kalau anak anak muda mentertawakan dirinya sekarang, kalau mereka menyemak semua album album lagunya yang lama. Semua pakaian dan dandanan adakalanya adalah ikhsan dari teman teman penari dan juru solek yang sedia ada pada waktu itu. Bukan macam sekarang, banyak syarikat baju yang mahu menaja para artis. Sebab itu penting katanya untuk bintang sepertinya berbaik baik dengan sesiapa sahaja. Berbuat baik tidak pernah rugi.

Semua orang boleh menyanyi, tapi bagaimana mahu membuatkan orang mahu mendengar? Satu hal yang silap menurut Zakiah di zaman ini, penerbit mementingkan rupa paras sahaja. Peminat juga sudah dipesongkan dengan susuk tubuh yang cantik dan jelita. Mereka jadi lupa pada perasaan dalam lagu dan keberkesanan cara nyanyian. Selalunya artis sebegini tidak tahan lama.

“Omputih kata, NO SOUL!” Tambah Zakiah

Zakiah ketawa apabila Rozie yang suka menyakat, mengatakan yang ada orang Malaysia mengatakan irama dangdut adalah irama kampungan.

“Ye lah kampungan, kampungan tulah yang membuatkan orang penuh padang setiapkali aku, naik pentas, menyanyi depan menteri, menyanyi di majlis majlis besar dan funfair hebat dari Johor sampai Perlis, kampungan konon,” Zakiah berbunyi agak marah.

Dia kemudian, berdiri, dan menunjukkan liuk tubuhnya, sambil memandang Ruby dan mengalunkan lagu tanpa musik dia juga berpusing pusing, melihat empat penjuru di depannya persis wanita yang sedang berhadapan dengan ribuan penonton.

“Ha… Ini tekniknya Ruby!” Zakiah seolah menamatkan demonstrasi pentas, tapi menyambung semula.

“Ko tengok ni, jari jari ni, bukan main main ya…ada makna ni…liuk liukkan masa seruling berbunyi, pusing belakang, curi nafas….pusing depan senyum balik, tak apa walaupun senyum palsu,” tambahnya lagi, yang kemudian kembali duduk di kerusi, sedikit tercungap cungap.

“Kampung konon, kalau kampungan aku tak akan ada 8 album solo Rozie,” nadanya agak marah seolah olah membalas balik kata kata Rozie yang sememangnya sengaja menyakat.

‘Alah mama, bukan Rozie yang kata, kawan kawan Rozie, Roziekan peminat setia mama, takkan mama tak tahu?” Rozie cuba mengambil hati Zakiah Anum kembali.

Ruby memerhati, mendengar tingkah dan segala ucapan Zakiah Anum dan dia merasa ada suatu suntikkan semangat baru dalam dirinya. Zakiah bertanya kenapa Ruby diam saja? Ruby mengatakan dia kagum dengan apa yang telah Zakiah Anum lalui, gembira dapat bertemu secara dekat dan mahu menimba sebanyak mana ilmu yang ada, walaupun dia tidak menjadi penyanyi dangdut.

“Esok esok ko nak buat lagu dangdut ko panggil aku, semua aku ajar ko Ruby!”

Apabila menyentuh segmen cinta, menurut Zakiah Anum secara terus terang, semua sejarah cintanya agak sedih dan memilukan. Dia asyik bercerita, bagaimana dahulu dia tergila gilakan lelaki yang seringnya lebih muda . Berkali kali menurut Zakiah, dia tidak pernah serik. Sehingga yang terakhir sekali dengan angota Polis dari Johor, dia sudah tidak mahu lagi terlibat dengan perasaan cinta. Semua adalah pendusta.

Awas! Katanya pada Ruby, sebagai artis, banyak yang hadir adalah mereka yang terbeli dengan imej yang mereka lihat atas pentas dan telivisyen, apabila menjalinkan hubungan lain pula jadinya. Kalau berharta pula, jangan, jangan sekali kali memanjakan kekasih dengan harta, kamu akan mati dalam kemiskinan nanti.

“Itu yang aku kena Ruby, orang tua kaya mahu, aku tolak, yang umur sebaya pun aku tolak, tak minat konon, sekarang kau lihatlah apa jadi pada bintang dangdut 70an?” Zakiah seolah olah sesal dengan segalanya.

Ruby tidak mahu bertanya lebih lajut, takut nanti membawa kenangan pahit, separuh cerita Zakiah sahaja sudah Ruby fahami tentang penderitaan wanita pentas ini. Malam itu mereka indahkan dengan kisah kisah lucu yang Zakiah ceritakan. Ini adalah pengalaman yang indah dan bermakna bagi Ruby, bertemu penyanyi yang dia hanya dengar melalui corong radio sewaku zaman kanak kanak dahulu.

Sewaktu dalam perjalanan pulang, Rozie bercerita lanjut, bagaimana genre dangdut mati apabila masuk era 80an. Nasib baik juga, Mama Zakiah masih mendapat royalti dari syarikat rakaman, 8 album solo bersama syarikat besar yang masih kukuh sekarang. Dia cuma perlu membuat penampilan khas dalam program program muzik sahaja. Hidupnya selepas ditipu oleh Polis muda dari johor, tidak semudah dulu lagi. Sekarang hanya cukup cukup makan.

“Nanti bila bila, makayam bawa ko lagi ek jumpa Mama Zakiah, nak tak?” kata Rozie sambil memandu.

Ruby mengangguk, dia malam ini pulang dengan semangat yang baru, dia tahu dan dapat merasakan kumpualan TIARA akan popular dan dia juga tahu, kerana mereka adalah lima orang, banyak masalah bakal timbul dan dia harus bersedia, walau apa cara sekalipun, lantas dia mendial nombor Arman.

“Hai, buat apa tu? I on the way balik dari rumah Mama Zakiah, it was fun, we had a great time and I think she is fantastic! Remember our teh terik session tomorrow ya…” katanya pada Arman.

“Amboi anak mak, dah ada bomfren ek? Omputih ker Ruby?” Tanya Rozie

“Taklah makayam, orang Malaysia, baik orangnya,” jelas Ruby tanpa menyebut sebarang nama.

Ruby tidak akan menceritakan pada sesiapa tentang Arman,kecuali perlu, dia banyak tertawa dalam perjalanan pulang ke Damansara kerana Rozie orangnya lucu.






Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim)  
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 33

Ruby Sebuah Kisah... BAB 33

$
0
0
RUBY 33

Minggu ini adalah minggu yang sangat membahagiakan. Arman, benar benar mengambil kesempatan masa luang ini untuk melayan Ruby sebaik mungkin. Mereka semakin intim, Ruby tidak menceritakan apa apa pada Arman, dia cuma bercerita yang dia terpaksa berbohong tentang ayahnya yang kononnya seorang ahli perniagaan, kerana tidak tahu apa lagi jawapan yang terbaik sebagai portfolio sewaktu ditemuduga oleh wartawan. Dia sebenarnya yatim piatu.

Nur Nabilah dan kisah hitamnya masih kekal rahsia, kerana itu melibatkan maruah dan kecuaian bodoh yang lalu. Bagaimana kalau mahu diceritakan? Di mana harus dia bermula? Ruby sama seperti wanita lain, sebenarnya takut ditinggalkan.



click read more




Mereka memandu jauh sampai ke Kajang dan singgah di gerai gerai kecil di tepi jalan. Lama sungguh Ruby tidak dibawa bersantai sebegini. Mereka juga langsung ke Port Dickson, tidak ramai yang kenal dengan pasangan ini. Jadi mereka masih bebas, berlibur, lepas pelancaran album pertama nanti, kegiatan sebegini akan jadi mustahil. Jadi Ruby mahu mengambil kesempatan ini puas puas bersama Arman. Seharian mereka berada di Port Dickson, tinggal di chalet yang sangat cantik walaupun kecil. Arman tidak mengambil kesempatan dan sangat menghormatinya sebagai wanita. Orangnya sangat santai dan bijak melawak, menyenangkan.

Dia menceritakan segala tentang perniagaan muzik dan hiburan, mengupas setiap satu supaya Ruby faham, yang ini adalah industri bukan untuk hal hal seronok seronok sahaja, ianya penuh dengan halangan, KPR records katanya adalah syarikat bumiputera 100 peratus. Hiburan menurut Arman, dimanipulasi dan dijual sebegitu rupa. Cuma orang yang lalai sahaja akan tenggelam dalam pusaran arus dunia hiburan.

Apabila Ruby menceritakan kisah Zakiah Anum, secara matang, Arman meminta dia mengambil iktibar dari pertemuan tersebut. Katanya lagi Zakiah Anum, hadir dalam industri di waktu yang silap, kalau dia masih muda sekarang, Zakiah Anum akan pasti melangkah lebih jauh. Zakiah Anum, kerap menyanyikan lagu lagu dangdut saduran dari negara seberang dan lagu lagu alih bahasa dari filem filem hindi.

“Wah you tahu banyak tentang Zakiah Anum ya, ingatkan you suka muzik rock!” Kata Ruby yang terkejut dengan penerangan Arman.

‘Inikan bidang hiburan, tiada pembahagian khusus tentang genre musik, di KPR kami sedari awal akan membuat apa saja mengikut kehendak pendengar dan penonton,” balas Arman.

Album pop r&b kumpulan Tiara akan diedarkan minggu kedua setelah, siap 3 video clip lagi yang bakal mereka semua siapkan minggu depan. Minggu depan akan menjadi lebih sibuk menurut Arman.

“Kenapa aritu kami rakam 10 lagu, tapi guna lapan sahaja?” tanya Ruby 

“Kerana yang dua lagi akan disimpan, untuk kegunaan masa depan, lagi pun lebih baik ada lebih lagu, supaya pemilihan boleh dibuat,” jawab Arman, sambil tensenyum menyaksikan kenaifan artis baru dalam industri.

Jauh mereka memandu, bukan kerana mahu melarikan diri dari Kuala Lumpur, Ruby kerana asyik melihat pemandangan di sepanjang lebuhraya, terlupa yang mereka menuju ke selatan, dia memang tidak pernah berjalan jauh sebegini dan melihat Arman, dan menunjukkan wajah keliru!

“I nak colek you, I nak buang you dalam hutan kelapa sawit!” kata Arman berjenaka sambil ketawa, bagaikan anak remaja.

Petang di Port Dickson sangat membahagiakan bagi Ruby dan Arman, mereka akan bermalam di sini, Arman awal awal lagi sudah berjanji pada Ruby supaya jangan risau, dia tidak akan melakukan hal hal yang tidak senonoh padanya. Dia mahu “cherish the moment” yang bakal sukar dilalui lagi nanti sebaik saja album Tiara dilancarkan. Kedua dua mereka perlu bersantai supaya lebih segar nanti.
Sewaktu matahari terbenam, Ruby berada dalam pelukkan Arman dan mereka bercium mesra, seperti dua insan yang saling memerlukan. Angin petang Port Dickson menyaksikan dua insan yang sedang saling jatuh cinta. Ruby merasa sangat bahagia dan merasa dirinya seperti orang yang mati yang hidup semula. Perasaan yang sudah lama mati sebenarnya, bagi kedua dua mereka.

Arman menceritakan serba sedikit latar belakang keluarganya. Emaknya Datin Zaidah Ramlee Johnson berdarah campuran Inggeris. Ayahnya Dato Ramlee adalah ahli perniagaan yang berjaya di Kuala Lumpur. Dia mempunyai tiga orang adik beradik, Azri yang kecil sekali, Aziah kakaknya sudah berkahwin di Indonesia dan dia merupakan anak lelaki yang sulung dalam keluarga. Patutlah Arman orangnya sangat serius apabila bekerja. Ruby tidak bertanya tentang Azri yang pernah dia dengar merupakan seorang Gay. Terlalu sensitif, takut melukakan hati orang nanti.

Arman merupakan jejaka yang santai dan matang, hari ini di Port Dickson dia telah mencuri hati Ruby sepenuhnya. Walaupun berada dalam industri hiburan, Arman tidak berpakaian dan bersifat secara keterlaluan, dia semamangnya jejaka yang mudah dan santai, sangat berterus terang, *direct dan tidak bercakap yang bukan bukan. Apabila Ruby mengenakan dress kain kapas putih, yang di beli dari gerai di Port Dickson, Arman memuji, tersenyum dan mengatakan,”you look gorgeous !, I wish I am married to you now”. 

Ruby tersenyum simpul malu kerana tidak pernah dipuji oleh mana mana lelaki sebelum ini. Amir dahulu tidak pernah memujinya langsung atau mungkin dia terlupa kerana dia sudah menjadi sangat benci pada episod tersebut?



Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim)  
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih..


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 34

Ruby Sebuah Kisah... BAB 34

$
0
0
RUBY 34

Sewaktu di Studio kelima lima mereka, merasa teruja apabila melihat poster dan corak *design sampul CD dan kaset yang sudah siap. Kesemua mereka gembira kerana tiada siapa yang paling menonjol, tiada ketua dalam kumpulan ini. Roy Sebastian adalah orang yang menetapkan segala pergerakkan mereka dalam industri muzik. Roy Sebastian jugalah yang menetapkan siapa penaja. Bukan mudah mencari penaja untuk artis yang tidak mempunyai nama. Penaja juga tidak mahu kerugian apabila mengambil keputusan. Namun TIARA adalah berbeza, mereka punya potensi hebat.

Untuk klip video lagu Hampa berentak balada r & b, sekali lagi 5 orang pelakon dan model lelaki akan digunakan. Setiap seorang mereka dipasangkan dengan pasangan masing masing. Setelah siap sessi solekkan mereka diperkenalkan pada pasangan masing masing. Setiap seorang diperkenalkan pada kumpulan Tiara, Ruby ternganga apabila dia diperkenalkan pada pelakon dan model baru

“Kenalkan pelakon yang bakal mencipta nama!” menurut Roy Sebastian.



click read more



Model yang diperkenalkan bernama Amir Mirza.

Semua ahli kumpulan Tiara menjerit jerit kecil, kerana ketampanan Amir Mirza, kecuali Ruby. Kecil sungguh dunia ini, itulah dia Amir yang dia kenal sewaktu di Georgetown Pulau Pinang. Celaka, kecil betul dunia ini. Air muka Ruby berubah, segalanya seolah olah seperti klip video lama yang berputar kembali di minda. Dadanya berdegup kencang, apa pula dugaan yang harus dia lalui lagi?

Amir dipasangkan dengan Intan Syafinaz, sebagai kekasih yang curang dalam rakaman hari ini. Amir juga tidak lepas memandang wajah Ruby, dicuri curinya pandang ke arah wanita, bekas kekasihnya dari Pulau Pinang ini. Ruby hari ini menjadi kalut menahan perasaan yang sangat menganggu. Dia lantas membuat keputusan, untuk bersifat tidak kenal dan dingin. Dia akan berhati hati, jangan sampai keluar semua kisah lalu dan dia juga tidak mahu Amir tahu akan ujudnya Nur Nabilah. Tidak perlu, kerana semuanya dia tanggung sendiri. Tidak! Jangan sampai dia tahu sama sekali perihal Nur Nabilah.

“Are you alright Ruby? You seem lost!” Sapa Tina.

“I am good, tak selesa, bleeding!” Dijawabnya perlahan.

Sambil mereka rehat rehat menantikan waktu pengambaran, Amir mendekati Ruby dan menyapanya, dia pura pura bermata “ikan kering” dan bergerak mengambil kopi di kawasan yang jauh. Amir tidak mahu mengalah dia bergerak terus meja mesin kopi dan cuba memegang bahu Ruby, Ruby perlahan lahan menolak tangan tersebut, dia mengawal diri supaya tidak terhambur kata kata kesat sewaktu di set pengambaran. Ramai wartawan dan banyak pasang mata yang ada. 

Secara pelan pelan namun tegas, dia berkata, “get away from me, out of my sight please, I got nothing to do with you, I don’t know you at all, get away please!”

“Wo ho ho!… sorry big star!” kata Amir mengangkat tangannya sambil berlalu.

Sewaktu gilirannya untuk berada di depan kamera, dia memberitahu Roy Sebastian, yang dia tidak mahu sesiapa ada dalam set rakaman, kecuali TIARA. Dia memberi arahan secara berbisik sebenarnya pada Roy, takut nanti dikatakan angkuh dan sudah mula besar kepala. Ruby dipasangkan dengan model Malaysia berbangsa India bernama Kumar yang tidak kurang tampannya.

“Where did you get that model?” tanya Ruby yang ingin tahu pada Roy, sambil melihat ke arah Amir.

“Some agency in KL, he is on the verge of becoming action star in KL, why? You fancy him?” balas Roy nakal.

“No no no, Kumar is just fine with me,” kata Ruby girang.

Babak dia dan Kumar bergaduh digarap dengan baik, begitu juga waktu dia harus mengalunkan bahagian solonya, sangat mudah dan cepat. Dia memberi ekspressi yang baik, bait bait lirik, “kenapa aku? Kenapa aku? Kau jadikan mangsa,” seolah olah terkena dengan dirinya. Pengarah memberi “thumbs up” mengatakan itu babak yang terbaik setakat ini.

Pengambaran mengambil masa hingga ke malam, kerana pengarah mahukan ianya dalam beberapa versi, mudah untuk disunting nanti dan sekiranya ada bantahan dari pihak penyiaran kerajaan ianya boleh diubah dengan cepat. Babak terakhir, adalah dimana kelima lima mereka harus berada dalam kolam renang dengan pakaian malam yang basah, Alliyah mula memberi masalah, dia mengatakan yang dia tidak boleh beremdam, dia akan demam. Arman terpaksa turun padang untuk memujuk, melihatkan Aliyah yang manja dengan Arman, tiba tiba membuahkan rasa cemburu dalam hati Ruby, dia kini pasti hatinya semakin jelas yang Arman adalah lelaki yang dia suka dan mahu bersama.

Kembali ke apartment di Damansara, Intan memberitahu yang Amir Mirza seorang lelaki yang romantis dia melayan Intan dengan baik sekali.

“Kau jangan buat hal Intan, abang Erwan Mustapa kau nak letak mana?” kata Ruby cuba menyembunyikan debaran rahsia hidup.

Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata. Bukan kerana rindukan Amir atau cemburu pada tingkah Arman memujuk Aliyah, tapi dia heran kenapa dunia menjadi begitu kecil sekali, kenapa dia harus muncul dengan cara ini? Segala kebodohannya di Georgetown dan pengorbanan masa dan badannya dirasakan sangat menekan jiwanya. Dia benci dan tidak mahu lagi bersemuka degan jantan celaka itu, dia yakin Amir akan tampil lagi di majlis pelancaran album dan klip video nanti. Hati Ruby tiba tiba menjadi resah tidak menentu.






Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 35

Ruby Sebuah Kisah... BAB 35

$
0
0
RUBY 35

Penata gaya sibuk kesana kemari di bilik solekan. Seperti biasa Rozie menangani wajah Ruby, berborak borak kecil sambil memberi tip tip solekan untuk dia dan Intan. Rohaina dan Tina hanya mermerhati sekali sekala. Rohaina gadis yang kool, dia merasa lega kerana menggunakan suara sendiri untuk 8 lagu yang bakal berada di dalam album pertama TIARA. Dahulu sewaktu pelancaran single Dansa, dia kurang enak, kerana terpaksa mimiming suara Rozina, yang sampai sekarang tiada berita.

“Amboi lawa Tina dalam iklan sabun Prime, sapa makeup you?” tanya Rozie.

“Entah, orang putih makeup that day, itu dalam iklan, kat luar tanya Ruby, macamana tebal?” Tina tertawa.

Rozie sambil menyolek, mengatakan memang makeup iklan begitu, mereka menggunakan skrin tapisan filter filem yang banyak, jadi untuk kelihatan natural, makeup memang tebal. Dia juga bercerita bagaimana untungnya Tina memiliki darah campuran, pergi kemana mana pun orang akan suka. Senario industri hiburan di Indonesia juga begitu, lihatlah berapa ramai artis popular di sana, kebanyakkanya berwajah campuran.


click read more


Tiba tiba penata gaya bertepuk tangan, meminta perhatian, dia menunjukkan helaian helaian baju hitam yang siap tiba terus dari Designer MODA collection. 5 pereka muda yang berbakat besetuju menyumbangkan dress hitam untuk mereka bagi sessi pengambaran Poster TIARA dan baju yang sama akan digunakan untuk majlis pelancaran nanti. Semua semua bertepuk tangan tanda kegirangan.

Penata gaya membahagikan pakaian kepada setiap seorang. Katanya dia memilih semua pakaian ini dengan memikirkan setiap seorang mereka di MODA, persatuan pereka pereka fesyen Malaysia. Ruby yang pada mulanya teruja berubah wajah apabila dia melihat dress hitam toga ciptaan pereka Ruben Chong. Memang baju itu cantik, tapi kenangan toga dress, tidak enak langsung. Dia yang mula mula sekali memberitahu yang dia ingin menukar pakaian itu.

“Ruby have you started becoming difficult?” tanya penata gaya secara sinis

“No no no, I am just not comfortable with toga! Period,” balas Ruby sedikit marah.

“Kenapa nok? Pakailah dengan nipple patch, ada mak bawa dalam beg,” saran Rozie pada Ruby
“Kau ni macam macamlah Ruby,” Aliyah juga mencelah.

“Kau pun sama Aliyah…aku tak minat toga cut, itu saja,” Ruby cepat cepat membalas.

Terjadi sedikit kekecohan, penata gaya yang bermulut lancang menyindir, Aliyah yang banyak cakap dan mereka terlupa ada dua tiga wartawan di dalam bilik yang sama merakamkan proses persediaan pelancaran nanti.

“If you want you can take mine, it’s a little low infront,” kata Tina pada Ruby

Penata gaya mengelengkan kepalanya.

“Yes sure, I will take yours, Rozie has that nipple patch!,” balas Ruby tanpa melihat pakaian rekaan Zahir Zubir dari Johor Baru.

Kali ini mereka semua tidak boleh diberikan muka lagi. Ruby semakin kuat mahu mempertahankan kemahuannya, walaupun dia tidak gemar pada sebarang reaksi yang tidak menyenangkan, yang penting dia tidak mahu menyarungkan toga dress, dalam apa bentuk sekalipun, warna apapun dia tidak mahu. Tiada yang pelik, ini kenangan sial dalam hidupnya. Mereka sahaja yang tidak tahu.
Kesemua mereka berdiri dan melihat pakaian masing masing, toga dress yang berada di badan Tina kelihatan menarik tentunya, dia bekas model. Dress hitam belah depan Ruby juga menarik, dengan bantuan nipple patch ianya kelihatan sangat ‘chic’, hampir sama dengan rekaan Gucci.

Rohaina mencadangkan Ruby memakai tube hitam didalamnya, penata gaya cepat cepat membantah mengatakan yang awal awal lagi perekanya sudah memberitahu, “no tube is allowed to go with his dress!”. Sebenarnya mereka semua tahu baju itu cantik berada di badan Ruby, potongan buah dadanya tanpa baju dalam memakai rekaan tersebut sangat menarik. Ini bukan seksi kotor.
Sessi fotografi berjalan lancar, kesemua mereka beralih posisi untuk berada di tengah, ini adalah teknik jurugambar untuk memastikan tiada di antara mereka dianggap ketua. Orang Malaysia mempunyai sifat semulajadi mengaggap sesiapa saja yang berada di tengah adalah orang penting . Pelbagai posisi gaya mereka berikan pada jurugambar dengan arahan dari penata gaya, baju baju tersebut haruslah dijaga rapi, kerana mereka akan menggunakannya sekali lagi malam ini untuk majlis pelancaran album TIARA yang pertama.

Petang nanti mereka akan berlatih sekali lagi dua lagu yang akan dipersembahkan pada para wartawan dan orang orang penting dalam industri musik Malaysia.

Benar sebagai yang dijangka, malam sewaktu pelancaran, Amir Mirza hadir, Ruby semakin kuat menahan perasaannya, dia memberikan mata ikan kering sepanjang malam untuk Amir, dia tidak mahu ada sebarang ikatan lagi, sebagai kawan pun dia tidak mahu, sebagai apapun dia tidak ingin. Amir Mirza boleh pergi mampus, Ruby sudah mempunyai destinasi lain dalam hidup. 

Arman kelihatan tersenyum kerana dia tahu projek ini akan menaikkan nama KRP records PRODUCTIONS. Ini baru betul betul permulaan baru yang hebat, tidak boleh lengah dan leka lagi.

Wartawan, mengelilingi mereka, berkelip lampu kamera. Kelima lima mereka adalah gabungan yang baik, berbeza penampilan watak mereka. Tina yang elegan, Intan yang comel manja, Aliya yang seksi semulajadi, Ruby yang kelihatan sophisticated, Aina yang kelihatan Rock Chic. Mereka menjawab soalan soalan skema, dengan baik, tersenyum sepanjang masa, ketika inilah baru Ruby sedar yang dunia hiburan ini ada tatacaranya, walaupun penuh dengan kepalsuan.

“Saya tiada boyfriend, kerana sepanjang hidup sibuk mengejar cita cita,” jawapan yang sama diberikan oleh kesemua mereka pada wartawan, susunan ayatnya saja mungkin berbeza.







Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 36

Ruby Sebuah Kisah... BAB 36

$
0
0
RUBY 36

Demi jualan album, mereka harus membuat penampilan di beberapa negeri yang terpilih, jelajah mereka dari selatan tanahair hinggalah ke utara dan berakhir di kawasan tengah Malaysia. Memang memenatkan sebenarnya, tetapi menyeronokkan tentunya. Manusia mana tidak gembira kalau diberi perhatian?

Promosi yang berlangsung selama sebulan ini, memang membuatkan mereka tiada masa untuk hal hal peribadi. Awal awal lagi, mereka sudah diberi penerangan tentang bagaimana mereka harus melayan para peminat di Malaysia. Kekal kelihatan gembira apabila memberi respon, jangan menolak kalau mereka mahu menggambil gambar. Jangan keluar dan membuat agenda sendiri apabila berada di sesebuah negeri. Senyum walau dalam keadaan apa sekalipun dan jangan sekali kali menjawab soalan yang mereka tidak pasti. Katakan saja yang semua rujukan boleh dibuat dengan pengurus.



click read more

“Tina and Aina, no smoking in the public, this country is not that forgiving,” arahan terus terang dan tegas dari Roy Sebastian.

Sabah dan Serawak juga perlu ditawan, mereka juga bakal menjejaki kaki untuk ke negara Brunei Darussalam.

Keseluruhan proses sebenarnya sangat memenatkan, latihan harian, makeup saban hari. Sewaktu promosi di Komtar Pulau Pinang, mereka tiba di tingkat 3, “concourse area” yang betul betul hampir dengan pintu masuk YAOHAN, rangkaian gedung membeli belah jepun yang popular. Orangramai berpusu pusu, Ruby teringatkan Rahimah dan tempat kerja lama mereka. Teringat juga dia pada anak mami Suziela yang mencadangkan LOVE TEST.

Rahimah kini sudah berada di Shah Alam, mereka pasti akan berjumpa nanti. Dia juga tidak pasti samada teman teman sekerja lama tahu akan perjalanan hidupnya di bidang musik. Entah entah mereka ada di kawasan promosi ini, kumpulan Tiara dikawal ketat, oleh pengawal sewaktu sesi menandatangani poster dan kaset kaset yang dibeli oleh peminat. Tidak ramai yang membeli cakera padat ‘Compact Disc’, walaupun mereka ada mengeluarkannya. 50 ringgit untuk satu cakera padat mahal agaknya.

Unit jualan kaset Tiara, meningkat tentunya. Dapat dilihat ramai remaja yang menyukai konsep berkumpulan ini. Arman yang turut serta mereka di Pulau Pinang tersenyum lebar. Dengan latihan yang ketat, setiapkali persembahan secara ‘live’ mereka tangani dengan baik. Malaysia sudah mula mengenali siapa itu Tiara.

Kumpulan Tiara bukan kumpulan wanita yang pertama, sebelum ini ada kumpulan dengan nama VANITA,selepas satu album mereka terus bungkus, kerana terbongkar rahsia mereka menggunakan suara penyanyi wanita lain yang kurang popular untuk proses rakaman, kumpulan Vanita seolah olah sudah terkubur, kerana hanya seorang saja yang masih kekal dengan album solonya, yang lain hilang dan ditenggelami dengan kisah kisah suram di dalam suratkhbar nyamuk.

Arman sendiri memberitahu yang jangka hayat penyanyi berkumpulan sangat pendek, dia mahu TIARA memecahkan tradisi ini, paling paling dengan 3 album dan beberapa kompilasi dan single. Sebab itu mereka tidak digalakkan untuk berkumat kamit ‘mimming’ untuk sebarang penampilan di khalayak ramai.

Maka sebarislah mereka semua ketika itu bersama artis artis besar sekitar lewat tahun 80an antaranya Sheila Majid, Ella and the boys, Fairuz Hussain dan Rohana Jalil. Ada juga syarikat syarikat rakaman kecil yang cuba membawa penyanyi kumpulan wanita, tetapi tidak berjaya, ada yang berkubur hanya dengan satu rakaman album sahaja. Ternyata kerja tangkap muat tidak pernah membuahkan hasil yang baik.

Ruby pada mulanya sangat ghairah mengumpul semua majalah majalah dan akhbar yang menyiarkan kisah TIARA, sudah mula tidak kisah lagi, terlalu banyak rencana mengenai mereka dipaparkan. Arman adalah pengurus syarikat yang baik, dia memastikan mereka mempunyai tugasan sepanjang tahun, kecuali bulan puasa mereka cuma merakamkan rancangan telivisyen diwaktu malam sahaja.
Tina semakin bijak, berbicara dalam Bahasa Melayu, Intan semakin yakin, Aliyah semakin seksi, Ruby pula tidak leka dan Aina pula tahu di mana kekuatan vokal dirinya. Mereka menjadi lebih hangat apabila dijemput membuat persembahan koporat dan persembahan Di raja. Setiap mereka di beri tanggungjawab untuk menghafal lagu inggeris yang sedang top ketika itu. Supaya mudah melakukan persembahan di khalayak ramai.

Tina “I want to dance with somebody”, Intan “I should be so lucky”, Aliyah “what’s love got to do?”, Ruby ‘Say I am your number one” dan Aina “I hate myself for loving you”. Kesemua lagu saduran ini mereka hafal dengan baik, kerana tidak mahu dikutuk bernafas belacan apabila membuat persembahan secara live dan dibantu oleh vokal vokal yang sedia ada, ini adalah kerjasama kumpulan menurut Roy Sebastian. Mereka juga menghafal lagu lagu medley melayu lama yang diberi nafas baru untuk memastikan mereka tampil hebat versatile.

Dengan kerja keras yang sedia ada ini, mereka mula mengenali dunia muzik yang serius, sifat mereka juga berubah. Wartawan media melayu merasa heran kenapa mereka kumpulan ini bersih dan tiada kisah sensasi? Dalam masa yang sama Aliyah masih lagi menaruh harapan untuk merakamkan album solo di masa akan datang. Ruby semakin matang, dia sangat berjaga jaga, lagipun Amir Mirza sudah pun tersenarai dalam 5 pelakon lelaki Malaysia yang harus diberi perhatian. Ruby cuma memantau dari jauh, kerana dia tidak berminat langsung, nama itu akan membuat Ruby tersentak setiapkali dia terbaca atau terdengar orang menyebutnya, namun rahsia ini dia simpan ketat dan rapi. Dia juga berdoa, semoga tiada sessi fotografi yang bakal melibatkan mereka berdua. Intan sudah tiga kali digandingkan dengan Amir Mirza untuk sessi tersebut. Mereka konon kononnya digossip berkawan rapat.

“Betul ker Intan? Ko dengan Amir pasangan?” tanya Ruby sambil melihat akbar tabloid yang memaparkan kisah mereka.

“No such thinglah, keluar makanpun sekali saja, itu untuk press publisiti tu, tolong dia last week!”, jawab Intan selamba.

Apabila santai mereka berlima akan duduk seperti gadis gadis remaja lain, berkisah akan kehidupan mereka. Mereka tahu perbualan ini tidak akan sampai kemulut mana mana wartawan. Setakat ini dia tahu yang Tina merancang untuk berkahwin dengan lelaki dari England yang dicintainya sejak zaman kolej lagi, Aliyah tidak mahu ada apa apa komitment dengan sebarang lelaki, setelah mendapat tahu yang Azri adalah lelaki gay dia kecewa namun masih bersahabat baik, kerana yakin Azri akan bantuan untuk album solonya nanti, Ruby seperti biasa mengatakan dirinya tidak laku dengan rendah diri, Intan pula masih tercari cari setelah kekasihnya di Pahang berkawhin dan Erwan Mustapa juga berkahwin dengan pelakon baru dari Sabah. Aina pula kekal dengan kekasihnya sejak awal penglibatan dalam band di kelab kelab sekitar ibu kota. 

Tidak benar kalau ada yang mengatakan mereka iri hati sesama mereka sewaktu berjuang sebagai TIARA. Berita berita buruk dan negatif adalah berita yang paling ditunggu tunggu oleh para wartawan yang sedia ada.

“Yes we should be proud of ourselves!” kata Tina dan mereka mengangkat gelas gelas yang berisi coca cola sambil menjerit “cheers!” selepas tamat persembahan di stadium Singapura untuk sambutan tahun baru 1990.








Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 37

Ruby Sebuah Kisah... BAB 37

$
0
0
RUBY 37

Rahimah yang berada di tahun ke dua ITM tidak pernah Ruby lupakan, mana mungkin? Ini kali yang ke tiga dia bertemu Rahimah, kesuntukkan masa dan kerjaya membuatkan Ruby terpaksa mencuri waktu. Dia bercadang mahu bertemu Rahimah kerana mahu menghadiahkan Rahimah talipon baru yang lebih ringan. Dia sendiri sudah menukar talipon Motorola yang berat itu kepada yang lebih mudah.

Arman dengan rela hati akan menghantarnya ke Kompleks PKNS, selama tiga jam dia akan bersama Rahimah. Mereka akan bertemu di café Mak Yam yang berada di kompleks tersebut, satu satunya café yang menyediakan juadah melayu.

“Assalamualaikum!” Ruby mencuit bahu Rahimah yang awal awal lagi sudah menanti.

“la hang ka Ruby, cantik pakai tudung macamni…,” balas Rahimah.



click read more




Inilah teknik apabila artis artis mahu keluar dalam khalayak ramai. Mudah dan berkesan, tiada siapa yang akan memberi pandangan dua kali. Kurangkan solekkan, pakai seluar longgar dan blouse labuh sarungkan tudung yang mudah.

“Masih bergaya bukan?” Ruby berjenaka.

Mereka berbual bual, seolah olah tiada rasa penat. Terlalu banyak yang harus mereka kejar, Rahimah dengan kisah kursus kommunikasi, manakala Ruby dengan kisah kisah sebalik tabir industri muzik.

“Mak Dah tanya hang tau…dia rindu kot,” kata Rahimah.

Ruby tunduk sesal, bukan kerana tidak ingat, tapi dia terlalu sibuk, dia berazam akan mencari jalan juga untuk bertemu Mak Dah.

‘Hang habaq kat dia na, kata aku jadual padat, aku segan sangat dengan keadaan macam ni. Sibuk mengalahkan menteri hidup aku sekarang,” Ruby berbicara lembut.

“Hari ni aku nak belanja hang abis abisan, aku kaya la ni tau!” selamba Ruby berkata pada Rahimah dan mereka berdua ketawa.

“Amboi sakan aih artis la ni….sat lagi hang beli kat aku dua tiga buku ok? Kat tingkat atas tu!” balas Rahimah.

“Apa pun takpa, ni ambik talipon ni, sama dengan yang aku pakai la ni, talipon kecik, aku beli dari singapura dapat diskaun, teringat talipon Motorola lama yang kita pakai, berat!” katanya sambil menghulurkan kotak talipon bimbit baru pada Rahimah.

“Ya Rabbi, thanks Ruby!” Jerit kecil Rahimah.
Mereka bebas berbual, kerana tiada siapa yang tahu itu Ruby dari kumpulan Tiara, kalau perasanpun mungkin orang akan mengatakan mereka berwajah seiras. Itulah rahsia “bertudung” ianya lebih mujarab dari memakain topi, tambah tambah kalau topi floppy ala ala artis barat, ianya tidak membantu. Ruby dan Rahimah berbicara pelbagai topik dari Kak Noor sampailah tempat kerja lama dan keluarga di Baling.

“Nabilah dah boleh bercakap tau Ruby…” cerita Rahimah. Membuatkan Ruby terdiam beberapa saat.

“Hang tau dak celaka tu la ni dok belakon la ni, femes dia tau?” Balas Ruby

Maka diceritakanlah kisah kisah bagaimana Amir Mirza cuba untuk merapatkan diri kembali padanya, kadang kadang dapat bunga tak tau dari siapa, tapi tertulis A sahaja dalam kad I MISS YOU, termasuk pura pura rapat dengan teman serumah, Intan Syafinaz. Rahimah tahu semuanya, dia mengikuti semuanya apabila ada kesempatan membaca di akhbar. Dia melihat Ruby yang dihadapannya jauh berbeza, Ruby yang lebih matang dan bijak.

“Depa dua bukan kekasih ka? Aku tengok kerap sangat ambik gambaq dua orang?” Tanya Rahimah.

Maka diceritakan bagaimana itu semua adalah untuk tujuan promosi dari masa ke masa, Ruby juga menceritakan kisah cinta rahsia dia bersama Arman. Rahimah mengangguk dan tersenyum kecil.

“Sapa pun tak tau kisah ni, kalau wartawan tulis aku cari hang!” Katanya sambil ketawa.

Ruby menceritakan serba sedikit tentang perihal artis dan media pada Rahimah, kebetulan ini adalah hal yang perlu diketahui oleh pelajar kommunikasi. Ada banyak halangan apabila menjadi artis di Malaysia, di barat mungkin lebih teruk lagi. Di Malaysia agak mudah, cuma jaga maruah sahaja, semua akan jadi lancar, kalau berbakat, kalau tak berbakat akan berkubur juga karier akhirnya.

Rahimah mendengar dengan teliti kerana ini adalah hal yang baru baginya. Diceritakan juga bagaimana mereka tidak pernah membuka surat surat dari peminat. Segalanya dibalas oleh Kak Azizah yang mempunyai tandatangan kelima lima mereka dalam kumpulan Tiara.

“Sedihkan? Tapi mana ada masa nak membaca surat surat peminat itu semua Imah?” terang Ruby sambil ketawa sinis.

Ruby mengatakan dia akan balik jumpa Mak Dah dengan Ayah Ad, dia mahu Nabilah besar sikit. Dia juga sudah mempunyai rancangannya sendiri apabila kumpulan Tiara dibubarkan nanti. Harus ingat mana ada hal hal yang indah kekal kecuali kasih sayang, itupun kalau kita bernasib baik. Ruby yang berada di hadapan Rahimah sedikitpun tidak berubah, cuma mereka berdua lebih dewasa. Masuk sahaja kedai buku, Ruby mengarahkan Rahimah mengambil apa saja buku yang dia mahu. Ini saja cara terbaik membalas budi seorang teman yang sangat dia kagumi dan sayangi. Wanita desa yang progresif dan tidak menghakimi dunia. Sungguh bertuah kalau sesiapa dapat memperisterikan Rahimah, fikir Ruby dalam hati.

Masa tiga jam itu mereka manafaatkan sepenuhnya.

Sewaktu membeli tudung, untuk dirinya dan Rahimah, dua tiga kali jurujual tak berkerdip mata melihat Ruby.

“Rasa rasa macam kenal, akak kerja dengan RTM ker?” Tanya jurujual yang kecil molek berseluar sendat yang tidak bertudung itu.

“Akak first time kat sini, akak kerja kerani kat SIRIM, ” balas Ruby, Rahimah hanya tersenyum sumbing mendengar penipuan sunat Ruby.

Puas hati Ruby, lima pasang tudung untuk dirinya, lima pasang untuk Rahimah, kain batik sarong dan tiga baju kedah dia belikan untuk Rahimah berikan pada Mak Dah, untuk Ayah Ad dia membeli 3 kemeja lengan pendek baru dan 2 kain pelikat, yang paling istemewa dia membeli 3 helai gaun kembang untuk kanak kanak 3 tahun untuk diberikan pada Nur Nabilah.

“Sakan sungguh hang belanja Ruby…,” Rahimah menegur

“Takpa, ni duit bonus aku, sementara ada Imah, esok esok aku tak laku aku balik baling toreh getah di Baling,” ujarnya kembali.






Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 38
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>