Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Ruby Sebuah Kisah... BAB 38

$
0
0
RUBY 38

Setakat ini sudah tiga album, 1 kompilasi dan beberapa singles telah dilancarkan.
Amir Mirza tidak pernah mengaku kalah rupanya. Dalam suatu majlis anugerah dia dan Ruby terserempak lagi. Kali ini tidak dapat dielakkan, entah apa mahunya jantan ini Ruby tidak mengerti. Dia duduk betul betul di tepi Ruby sewaktu mereka makan makan di ‘post party’ selepas anugerah Muzik berlansung. Wartawan ramai, rakan artis lain juga ramai, kumpulan Tiara berselerak entah ke mana. Tina yang mulanya duduk dengan Ruby membawa diri ke tandas kerana mahu merokok (Tina atas amaran oleh syarikat KPR masih takut untuk merokok di khalayak walaupun sesama teman artis) Jadi mahu tidak mahu Ruby tersekat di meja bersama dengan Amir Mirza. Pelakon aksi yang popular kononnya di era awal 90an.

“Tahniah Ruby!” kata Amir sambil menghulurkan tangannya. Tangannya tidak dibalas tentunya. Amir menarik perlahan lahan tangannya sambil merasakan egonya sangat tercabar.



click read more




Ruby diam tidak mahu berkata apa apa. Amir masih cuba menjual ayat ayat padanya, walaupun Ruby membisu. Dipujinya album kumpulan Tiara, direnungnya wajah Ruby yang katanya semakin jelita. Kerana tidak tahan lagi dengan kenangan kenangan lama bersama Amir dan penderitaan yang harus dia lalui ketika berusia belasan tahun, Ruby mula menunjukkan wajah tidak suka yang bengis. Lantas mengumpulkan tenaganya mengatakan…

“Fuck you Amir, what is it do you want?” dia menengking Amir dengan penuh kawalan supaya tidak didengar oleh orang lain.

“Owh yes baby…that’s what I wanted,” balas Amir menambahkan lagi kemarahan Ruby.

“You tak ingat ka? How we used to stay together? How you long for my company? Where is my old Ruby?” Tanya Amir yang semakin menjengkelkan, digambarkan seolah olah Ruby yang terhegeh hegeh suatu ketika dulu.

“Owh yes I ingat, I ingat semua Amir, I juga ingat pompuan yang you bawa balik masa I tak ada, I tak mau jadi bodo lagi, I went through hell right after that you fucker!” Ruby mengengam kuat gelas yang dipegang, kalau tiada orang mahu saja Ruby menghentak gelas itu ke muka Amir Mirza.
Dalam hati dia berdoa agar Amir tidak bertanya tentang kandungan 9 bulan dulu, tentang pelariannya ke Baling, tentang hatinya yang luluh dan hampir jadi dungu sewaktu di Georgetown. Amir yang tidak pernah muncul langsung mencarinya di tempat kerja lama? Orang begini sememangnya tidak berhati perut. Sepantas kilat wajah Nur Nabilah muncul di mata Ruby, rasa marah, rasa pedih dan paling Ruby takuti di saat ini, sekiranya Amir tahu ujudnya Nur Nabilah, ini tekad rahsia, ianya akan dia gengam rapat dari pengetahuan Amir Mirza. Saat saat begini jangan ada siapa bercakap tentang kemaafan. Ruby tidak mahu dengar.

“I was in hell after all that Amir, so please, take it as.. I am dead, masa aku susah dulu mana muka hang? Mana hang pi? Hang penaya hidup aku!” dengus Ruby sekali nafas.

“Jadi you tidak maafkan I lagi sayang? Come on let’s start new!” suara Amir berbunyi semakin jengkel di telinga Ruby, bagaikan skrip filem yang dihafal.

“Oi! ini bukan drama atau filem yang you belakon ya…get real, hang pi belakon dengan orang lain Amir, I have nothing to do with you anymore! Shooo shoos shooo” kata Ruby sedikit kuat, bagaikan menghalau ayam. Namun memastikan tiada siapapun yang berhampiran mendengarnya.
Dia bingkas bangun dan berlalu, merasa sangat puas kerana dapat melepaskan kemarahannya di hadapan Amir sendiri. Dunia ini kecil, Malaysia lagi kecil rupanya.

Cepat cepat dia menekan speed dial nombor Arman, “ I need to get out fast, let’s go to teh tarik ya..”

Perlahan lahan Ruby, menyisip keluar dari dewan, sambil melambai lambai kecil pada beberapa artis muda dan veteran yang sedang berbual bual dan merokok di luar, untuk ke tempat letak kereta yang berada di tingkat tiga bangunan M Arena yang menepatkan tiga ballroom dan semua kemudahan persidangan dan konsert di Malaysia itu. Arman menyuruhnya untuk ketingkat tiga menanti, agar tidak dihidu oleh mana mana wartawan. Ruby sudah biasa dengan percaturan Arman, dia jejaka yang mudah, itu antara beberapa sebab kenapa Ruby tertarik padanya. Tiba saja di tingkat 3, tiba tiba Ruby merasakan ada tangan yang merentapnya dari belakang, cuba menarik baju malam biru rekaan Bill Keith yang seksi melekap itu..

“Hah, kurang ajar punya betina! Belagak! Dasar Paria! kat sini juga aku kerjakan kau!” Amir bersuara sambil cuba untuk mencekik Ruby sekaligus mahu mencium bibir Ruby. Ruby menjerit kelemasan antara dengar dan tidak.

Amir menolak Ruby ke bahagian depan kereta yang sedia ada, dan merentap bahagian depan pakaian malam yang ditaja itu, tiga butang kristal turut terlerai dengan cengkaman kuat itu. Ruby apabila sempat, menjerit jerit seperti orang kena histeria. Apabila wajah Amir menghampiri wajahnya, Ruby terbau bau arak yang sangat kuat. Tolong! Tolong! Ruby menjerit lagi sedaya upaya dan kebetulan Arman tiba, dia bingkas keluar dari kereta dan menarik Amir dari belakang dan di hentaknya kepala Amir kuat di bahagian tepi kereta putih yang entah milik siapa, bunyi siren keselamatan kereta tersebut mula kedengaran dengan kuat. Arman sempat memberi tumbukan yang padu pada wajah lelaki yang cuba mencabuli Ruby. Segalanya berlaku dengan pantas, dua kali sepakkan diberikan oleh Arman mengena pada tulang rusuk Amir.

“Sorry, sorry aku mabuk….sorry sorry aku mabuk!” Kata Amir merayu antara sedar dan tidak, menangis tersedu sedu terduduk di lantai dengan memeluk kedua dua kakinya.

“Kurang ajar punya jantan! Tunjuk kuat pada perempuan!” Tempik Arman yang hampir hampir mahu memberi tendangan lagi pada Amir. Sewaktu Arman mahu menundukkan badannya mahu mengambil clutch bag hitam Ruby yang jatuh sewaktu direntap awal tadi. Amir kelihatan mengeletar dan membeliakkan mata melihat Arman.

“Kau jangan main main dengan aku! Kurang ajar ya, muka hensem, perangai buruk!” kata Arman sambil menghulurkan tangannya pada Ruby yang masih terduduk dia bahagian depan kereta putih tadi. Ruby melorot mudah ke arah Arman, memeluk Arman yang sememangnya sudah bersedia untuk memenenangkannya. Ruby terkejut sebenarnya, kenapa Amir Mirza sanggup memperlakukannya sebegitu. Apa dia mahu lagi?

“Ni nak buat polis report tak? Ni pelakon popular ni…” kata Arman yang tidak mengingati nama pelakon tersebut pada Ruby.

“No, let’s just get out of here!” balas Ruby yang sempat menoleh melihat Amir yang masih terduduk dan memberikannya satu renungan yang berpuaka. Hati Ruby menjadi bercampur baur, rasa takut, berdebar dan puas!

Sewaktu mereka berdua masuk dalam kereta yang dihentikan di tengah tengah tingkat 3, mereka nampak beberapa orang menuju kearah Amir Mirza, dan terlihat juga kerlipan kerlipan kamera jurufoto dan wartawan. Ruby menjadi sedikit gerun, tapi dia lebih lega kerana Arman tiba tepat waktu.
Keesokkannya dua tiga akbar berbahasa Malaysia melapurkan tentang pelakon aksi meningkat naik Amir Mirza diserang oleh perompak di tingkat 3 letak kereta, Bangunan M. Beliau kononnya tidak sempat dirompak, kerana berjaya menangkis perompak perompak tersebut, berkat pengalamannya sebagai pelakon aksi di Malaysia.
Hebat sungguh lakonan Amir Mirza.




Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 39

Ruby Sebuah Kisah... BAB 39

$
0
0
RUBY 39

Serancak karier dan lagu lagu kumpulan TIARA meningkat naik, begitu juga rancaknya kehidupan ahli ahlinya. Aliya yang dahulu mahu melepak santai sekarang sudah mula menjauhkan diri dari mereka, dia akan ada sekiranya ada proses rakaman sahaja. Baik rakaman studio mahupun rakaman di syarikat penyiaran. Khabarnya dia sedang menjalinkan hubungan dengan anak raja dari pantai timur.Tidak pula mereka tahu akan kesahihannya, kerana cuma terbaca dalam ruangan gossip, tapi kalau dilihat dari penampilan beliau sekarang, hebat. Dia memakai tas tangan yang berjenama selalu, paling terkini dia memakai jenama Charles Jourdan, satu set dari baju sampailah ke celananya jenama Charles Jourdan. Terpekik gembira penata gaya melihat Aliyah sewaktu mereka sedang bersedia untuk tampil dalam rancangan wanita terbitan RTM.

“Wow! the latest CJ ni…hebat you!” kata penata gaya.



click read more




Aliyah tersenyum bangga, namun kembali murung. Tina dan Ruby menghampiri Aliyah, bertanyakan apakah dia okay? Dia mengeleng gelengkan kepalanya, mereka menariknya kesatu sudut yang lebih privasi untuk bertanya lanjut.

“What is it all about dear? You don’t seem happy?” Tanya Tina, “is it about us?”

Aliyah mula membuka cerita, yang dia baru tiga hari mengugurkan kandungan di kelinik swasta di pinggir Kuala Lumpur. Ya, memang betul, dia menjalinkan hubugan dengan Tengku Mohd seorang kerabat dari Pantai Timur. Tina dan Ruby agak terkejut mendengar pejelasan tersebut, mereka mengurut urut bahu Aliyah untuk menenangkan hatinya.

Patutlah dia kelihatan murung. Tanpa dipinta Aliyah mengatakan yang dia rasa tertipu, kerana Tengku Mohd berjanji akan mengahwininya kalau ada apa apa yang terjadi, akhirnya Tengku Mohd tidak muncul muncul, Aliyah hanya dibekalkan dengan wang dan pembantu peribadi Tengku Mohd sahaja untuk melakukan penguguran tersebut. Tidak seperti sewaktu mereka mula berkenalan, setiapkali bertemu, pasti ada saja buah tangan dan wang ringgit untuknya.

Apa yang paling meruntun hati Aliyah adalah apabila Tengku Mohd mengatakan yang dia tidak boleh mengahwini artis yang merangkap pelacur dan meminta Aliyah supaya jangan cuba untuk menghubunginya lagi. Sebak Aliyah, tidak tertanggung lagi, dia meraung menangis dipeluk oleh Tina dan Ruby yang mengurut urut belakangnya. Mereka harus mencari jalan supaya Aliyah dapat berehat. Saat saat begini membuatkan Ruby terkenangkan kisah yang pernah dia alami. Dia jadi heran, apa agaknya yang bersarang di fikiran kaum lelaki, adakah mereka semua hampir sama? Hidup atas dasar nafsu serakah?

“I will inform Arman that Aliyah is with SENGUGUT, so that she is able to rest a little” kata Ruby pada Tina.

“What is that? Tak pernah dengarpun, sakit apa tu?” tanya Tina kehairanan.

“It’s a female thang, losing lots of blood and period discomfort!” Ruby memberi penerangan

Jadi benarlah gossip yang didengar selama ini. Menurut Aliyah dia dan Tengku Mohd menjalinkan hubungan sejak pelancaran album pertama lagi. Hubungan rahsia terpaksa dijalinkan kerana dia orang istana. Ruby pernah diperkenalkan sekali sahaja dengan Tengku Mohd, orangnya tampan kacak dan masih single, menjadi buruan ramai gadis gadis di Kuala Lumpur. Aliyah ketika itu beralih arah selepas dia mendapat tahu yang Azri penerbit album pertama Tiara, tidak mempunyai sebarang perasaan pada wanita.

Patutlah setiap kali cuti panjang, apabila pulang Aliyah akan kelihatan sangat bergaya dengan barang barang mewah. Aliyah juga kerap memberi pose pose dalam penerbitan melayu dengan pakaian yang tidak ditaja oleh mana mana pereka, kerapkali dia menyuarakan harapan agar dia dapat merakamkan album solo lagi. Aliyah pernah ditegur oleh syarikat KPR kerana terlalu kerap tampil solo dalam majalah, ahli lain tidak bersuara kerana takut dikatakan iri hati.

Sifat ke lima lima mereka sepatutnya dipuji kerana mereka tahu mereka tiada ketua, hal peribadi masing masing jangan masuk campur. Mungkin kerana mereka semakin dewasa dan melihat hidup secara berbeza kini.

Sebelum ini ramai orang mengatakan yang menjadi artis di Malaysia adalah umpama menjadi ikan dalam kaca bagi orang orang yang berada. Ruby heran kerana dia setakat ini tidak pernah mendapat sebarang tawaran dari mana mana Dato, Datuk, Tengku atau orang kenamaan. Geli hati dia memikirkan akan hal ini.

Rasa tidak yakin mula menular dalam diri, mungkin dia tidak lawa? Atau berwajah garang? Kalau tidak lawa masakan Arman boleh suka padanya? Ruby tersenyum sendiri mengenangkan semua itu. Dia akan cuba memberi semangat pada Aliyah kerana dia tahu sangat akan perasaan yang dikhianati. Kasihan wanita desa dan kota, diperkotak katik oleh lelaki dalam kehidupan.

Intan Syafinaz yang comel juga kini mempunyai aura yang berbeza, malah beberapa kali Ruby menahan kata kata dari terhambur, Intan mungkin mempunyai penyakit sukakan pada para pelakon drama. Selepas Erwan Mustapa berkahwin, dia semakin rapat dengan beberapa orang pelakon muda yang baru di persada seni. Ruby cuma mengingatinya, bagaimana artis lain boleh menggunakan artis juga sebagai batu loncatan. Demi mendapatkan publisiti mereka boleh berpura pura berkasih dan akhirnya berpisah secara mendapat publisiti juga, ini semua demi memastikan nama mereka kekal di persada.
Alasan biasa yang akan diberikan “tidak sehaluan, tetapi kami masih berkawan,” itulah jawapan skema mereka pada wartawan yang adakalanya seperti orang dunggu, menulis saja tanpa usul periksa.

Intan Syafinaz bukan gadis liar. Dia mungkin hanya mahu melalui waktu mudanya. Pernah dia tersedu sedu membaca kisah perkahwinan antara Erwan Mustapa yang berkahwin dengan wanita bertudung litup dari Sabah dan memberitahu wartawan, bahawa itulah wanita yang dicari carinya selama ini. Intan merasakan yang dirinya dipergunakan. Selepas kejadian itu, Ruby tidak mahu menegur lagi kesan kesan gigitan cinta yang kadang kala terlekat di leher dan dada Intan Syafinaz. Kesian. Membalas dendam agaknya.

Satu saja pesanan untuk Intan Syafinaz setiap kali terlihat gigitan cinta di lehernya, “jangan sampai jeans tiba tiba ketat dan harus memakai seluar getah!”

Terbaru dia intim bersama pelakon yang meningkat naik Suhairi Majid, anak kepada bekas pelakon veteran tanahair. Ruby tidak mahu berkata apa apa, itu pilihan orang, dia harus menghormatinya dan menjaga diri sebaik mungkin. Walaupun Ruby ada

Arman, dia tidak mahu leka.

Rohaina juga semakin langsing dan jelita, orang lama dalam bidang musik, mungkin dia agak matang kerana tahu akan selok belok dunia hiburan di Kuala Lumpur. Dia orang lama dalam bidang seni, paling berbakat di antara kesemua mereka. Dia boleh bermain alat musik, dia boleh menulis skrip dan nyatanya dia tidak terhegeh hegeh untuk kehidupan glamour.

Dia anak jati Kampung Kerinchi, yang mahu mengubah taraf hidup keluarganya. Katanya dia menyanyi di kelab kerana bayarannya lumayan, berbanding kalau dia bekerja sebagai kerani atau jurujual di pusat membeli belah. Dia juga banyak mengajar mereka tentang musik dan teknik teknik memilh lagu yang betul.

Sepatah kata Aina yang masih Ruby ingat, “aku femes tak femes, aku tak peduli, yang penting aku boleh berkarya dan tidak pening pening kepala seperti orang lain yang bekerja, cukup duit aku buatlah apa apa projek yang patut, aku jenis percaya pada diri”.

Kata kata itu masih Ruby ingat sampai kehari ini.
Aina wanita kuat.

Kekasih lamanya juga sudah tiada, mungkin tidak sanggup menunggu agaknya, sewaktu
merakamkan album bersama Tiara, Aina bukan belasan tahun lagi, agak mengkagumkan kerana dia mula menyanyi dikelab kelab sekitar di Kuala Lumpur pertengahan 80an.

Ahli Tiara tahu usia Aina direndahkan sekitar tiga tahun dalam portfolio mereka.

“Aku anak orang KL yang susah ya, anak kawasan setinggan!” Aina berterus terang.

Aina juga menambah, “ korang tak tahu lagi, jantan mereka ada banyak pilihan, aku kerja kelab bertahun aku tengok semua, korang tau tak? Ada ramai lagi anak gadis yang despo menyerah diri, silap silap pondan pun dia orang boleh sapu, owh! jangan main dengan jantan, pijak semut tak mati punya kes semua ni…”

Mereka tertawa apabila mendengar penerangan Aina.

Seperti biasa mereka harus menterjemahkan apa yang mereka ketawakan buat Khartina yang ketawa lewat tentunya.

Ruby sendiri apabila ditanya tentang perjalanan seninya, mengatakan ianya tidak seperti yang digambarkan di media. Penuh dengan kerlipan sinaran glamor. Yang dia tahu dia sangat “enjoy” dengan proses proses studio dan proses tataan gaya dan konsep. Mencari konsep itu adalah proses yang paling dia senangi.

Bayangkan dari sebuah rangka lagu yang mudah, bagaimana komposer menjadikannya menarik, gabungan suara mereka dan lapisan lapisan musik yang ditambah.

Inilah jawapan yang selalu dia beri pada Arman apabila ditanya, apakah dia selesa dengan industri hiburan di Malaysia. Peluang peluang lain cumalah bonus baginya. Peluang bertemu bintang bintang pujaannya, mencuba pakaian terkini, kasut terbaru dan hadir ke majlis majlis juga amat menyeronokkan, yang lain sama saja, malah ada yang membosankan, terutamanya bersifat skema terhadap para wartawan.




Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 40

Ruby Sebuah Kisah... BAB 40

$
0
0
RUBY 40

Petang ini Arman meminta Ruby bersedia, pakai tudung kalau boleh, mereka akan keluar ke teh tarik yang istimewa di Shah Alam. Pelik bunyinya. Apa yang istimewa? Teh tarik semua sama saja di Malaysia. Arman ketawa sahaja, mendengar keraguan Ruby.

Pukul 3 tepat dia akan mengambil Ruby di depan Apartment Damansara Jaya. Intan Syafinaz, yang masih tinggal sebumbung masih tidak tahu apa yang membuatkan Ruby memakai tudung apabila dia terserempak dua tiga kali, mungkin ke surau agaknya. Intan juga tidak bertanya banyak kerana di Kuantan memang ramai wanita melayu Muslim yang tutup dan buka tudung mengikut keadaan. Ini adalah fenomena biasa baginya.

Perjalanan dari Damansara ke Shah Alam tidak memakan masa agak panjang. Arman seperti biasa sangat girang melihat Ruby, dia tahu gadis ini tidak akan kekok dalam apa saja suasana.



click read more




Orangnya sangat berterus terang dan sangat santai. Itu antara ciri ciri gadis yang dia suka. Ruby tidak sama dengan gadis gadis lain, yang penting Arman merasa sangat selesa.

“Ini dia tempat teh tarik yang paling best di Shah Alam,” kata Arman apabila mereka tiba di pengkarangan rumah bungalow yang tersergam indah.

Rumah bungalow dua tingkat di kawasan perumahan elit itu rupanya adalah rumah keluarga Arman, hari ini Ruby akan diperkenalkan pada ibubapanya Datuk Ramlee dan Datin Zaidah Johnson, ini adalah permulaan yang serius nampaknya. Ruby merasa sedikit gementar.

“Alahai penonton beribu you boleh handle takkan abah dan mama I you takut?” Usik Arman.

“Itu lainlah you, itu kerja, you nih kenapa tak kasi tau I awal awal!” Marah Ruby dengan nada sedikit manja dan gementar.

“Kalau bagi tau nanti you akan bagi alasan, ha ni kita dah sampai, my parents mereka jenis okay, you jangan risau ya?” Arman menenangkan hati Ruby.

Rumah bungalow dua tingkat itu kelihatan sangat rapi, berhias ala ala Inggeris, sangat menarik, kemas dan cantik. Rumah yang terlalu rapi adakalanya mengundang rasa tidak selesa, memang rumah ini tidak sama dengan rumah orang orang melayu lain, tempat duduk mewah, permaidani gebu putih, sofa besar yang empuk, ini belum lagi melihat dapur Inggeris, malah ada satu sudut mewah yang memaparkan gambar pohon keluarga, gambar anak beranak dan gambar saudara mara mereka. Itulah sudut yang akan digunakan bagi memperkenalkan setiap ahli keluarga Datuk Ramlee apabila ada tetamu bertandang. Ruby diam kerana tidak mahu dikatakan ciwi nanti, jadi dia mengkagumi semuanya dalam diam sahaja.

“Hello there….!” Tiba tiba kedengaran suara wanita campuran Inggeris menyapa.
Datin Zaidah rupanya, dia kelihatan santai tapi tetap terserlah kejelitaannya walaupun sudah
menjangkau usia 58 tahun lebih, orangnya sedikit gempal. Mereka berdua lantas diperkenalkan.

‘This is my lovely girlfriend Ruby,”kata Arman.
Mereka bersalam salaman. Ruby merasa

gementar, bertemu Datin Zaidah dalam keadaan yang tidak dirancang. Dia merasakan ada yang tidak kena dengan blouse sutera putih dan tudung putih dan seluar jeans yang dipakainya, datin Zaidah memeriksa Ruby atas bawah.

“Do you normally wear tudung?” tanyanya tanpa selindung.

“Not really, ini trick apabila keluar dengan Arman, but I am used to it, segan kalau orang tengok kita atas bawah apabila keluar,” balas Ruby lembut

“Men and their changing taste…hmmm,” sepatah kata dari Datin Zaidah mengangguk seolah olah memerli anaknya, sambil melihat wajah Arman.

Arman meninggalkan mereka berdua dan mendapatkan ayahnya Dato Ramlee yang berada di kawasan tepi rumah yang teduh berhampiran dengan kolam ikan koi yang agak besar. Ruby pula mengawal dirinya supaya janganlah terkeluar kata kata yang tidak masuk akal apabila menjawab pertanyaan Datin Zaidah. Datin bertanya tentang latar bekalangnya, adakah dia masih mempunyai keluarga.

“I am basically an orphan Datin, my parents are no longer around, I only have my eldest sister in Kepala Batas, Seberang Prai,” Ruby berterus terang, kerana ini bukan wartawan, tiada imej murni palsu yang harus dia jaga.

Dia membawa Ruby ke sudut gambar gambar ahli keluarganya, diceritakan satu persatu akan anak anak beliau, sifat mereka, diceritakan juga bagaimana anaknya yang bongsu Azri yang bakal mengahwini pelakon wanita popular Malaysia. Ruby secara automatik terfikir, kawin? Bagaimana? bolehkah Azri berkahwin?

Datin Zaidah juga berkias kias, tentang ketidakpastian Arman kerana Azri bakal kahwin, dia merasakan yang itu adalah penyebab kenapa Arman berada dalam ruang kekalutan untuk mencari pasangan bakal isteri. Anak sulung perempuannya juga telah berkahwin dengan diplomat Kanada dan sekarang tinggal di Indonesia. Menurutnya mereka semua anak anak yang baik dan mendengar kata.

Datin Zaidah juga meminta maaf kerana menggunakan Bahasa Inggeris yang banyak, kerana dia beribukan orang Inggeris. Ruby tunduk sopan tanda dia memahami.

“I want the best for my son,” tambah beliau sebelum dia menjemput mesra Ruby untuk keruang al-fresco di tepi kolam ikan koi untuk bersama sama dengan Dato Ramlee dan Arman untuk minum teh petang. Dato Ramlee orangnya lebih santai, dia pandai berbual dan mengambil hati orang.

Dua tiga kali Datin Zaidah cuba menegaskan pada Dato Ramlee yang Ruby adalah anak yatim, dilakukannya secara perbualan orang bijak bijak.

”Ruby is an orphan, so sorry for her….,” diulangnya dua tiga kali sepanjang perbualan dalam nada yang berbeza.

Siapalah yang suka anak mereka berhubung dengan manusia yang tiada kepastian latar belakang, entah entah anak haram?

‘Our poor baby here is an orphan, dear, it must hard on her,” katanya lagi setelah 30 minit berbual, untuk memastikan Dato betul betul peka akan status Ruby.

Akhirnya kerana tidak mahu mengalah Ruby menjawab,”I am fine, throughout my life I met so many nice souls, they helped me to be what I am today, calm, relax and very accepting”.

Membuatkan kesemua mereka yang ada terdiam seketika, lantas beralih pada perbualan tentang kerjaya muzik Ruby.

“You must be really ambitious Ruby?” tanya Dato Ramlee.

“Ya memang, kalau tak, tak sampailah ke sini dari kampung dato, saya tak pernah sampai KL langsung sebelum ni!” terangnya secara tenang.

Ruby bercerita tentang bagaimana dia sampai dan tinggal di dormitori tepi sungai berhampiran dengan PWTC dan dia jarang keluar kemana mana semenjak sampai, kalau keluar sekalipun dengan Arman saja. Dia takut melihat kekalutan bandar Kuala Lumpur. Datuk Ramlee mengangguk angguk, sambil Datin Zaidah mengerutkan kening dan dahinya.

“Very brave, a different kind of girl you are,” tambah Datin Zaidah lagi entah memuji entah mengeji.
Datin Zaidah sebenarnya tidak mahu bermenantukan orang Melayu tipikal. Dia sudah ada calon sebenar buat Arman. Anak sepupunya yang berada di tahun akhir di Kesington, England, dia mahu legasi ini berterusan. Cukuplah Azri yang konon kononnya tidak dapat melupakan Farra Maisarah pelakon muda yang cantik jelita yang juga sedang diasah oleh Azri untuk menjadi vokalis.
Sewaktu pulang Ruby banyak berdiam diri, kerana dia yakin, harapan untuk bersama Arman pasti tidak mendapat restu. Hati wanitanya dapat mengagak yang Datin Zaidah tidak menyukainya langsung. Tidak pula Ruby merasa kesal atau kecewa, kerana dia tahu akan status dirinya. Memang sukar kalau menjadi wanita, bila mahu dikahwini tiada pula rujukkan keluarga yang boleh dibuat, dia juga tahu cinta dan tertarik adalah dua hal yang berbeza, berkahwin pula adalah bab yang lain, ianya melibatkan maruah keluarga juga.

Orang Malaysia kalau berbicara pasti mahu tahu, itu anak siapa? Bapanya kerja apa? Famili mereka dari mana?

Orang tidak akan berbangga mengatakan, “ya, isteri saya anak yatim, dia membesar sendiri sendiri….”




Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 41

Ruby Sebuah Kisah...Rumusan BAB 30-40 (Panduan untuk Editor)

$
0
0


RUMUSAN BAB 30 - 40

Masih berlegar dalam dunia muzik dan persembahan,digambarkan kemajuan setiap ahli, dalam menangani hidup. Diceritakan juga nasib masing masing dalam dunia cinta. Kalau pembaca perasan, watak Ruby cuma disamping sampingkan sahaja untuk menggambarkan sifat Ruby yang matang, hati hati dan mengawal apabila bekerja dan menjalankan tanggungjawab dalam kelompok. Di gambarkan juga perjalanan masa melalui kursus yang Rahimah ambil dan pemilihan fesyen sebagai gambaran dewasa.

bad 40 membawa hubungan serius antara Ruby dan Arman juga penolakkan cara selamat oleh keluarga....selamat membaca.



Capaian penuh  :  Ruby Sebuah Kisah... by Regina Ibrahim



Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim)  
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Ruby Sebuah Kisah... BAB 41

$
0
0
RUBY 41

Konsert besar besaran yang ketiga kumpulan Tiara akan berlangsung hujung minggu ini. Mendapat tajaan syarikat rokok yang gah SALIM, mereka akan digabungkan dengan kumpulan dari England, kumpulan Vanity, bezanya kumpulan Vanity ada empat ahli dan Tiara ada lima ahli.

Minggu ini mereka sibuk mengatur strategi supaya tidak memalukan Malaysia. Membuat konsert bukan kerja mudah, walaupun kedua dua kumpulan tidak menggunakan live band, mereka harus matap walaupun hanya menggunakan musik MINUS ONE. Rakaman promosi juga perlu dirakamkan dengan baik, bukan hanya tangkap muat, ini caranya syarikat rokok tersebut bekerja. Satu lagi pengalaman yang sangat mendebarkan buat Ruby dan yang lain bakal berlaku di Stadium Negara.
Latihan demi latihan, walaupun akan hanya menyampaikan 6 lagu, mereka juga terpaksa mendengar lagu kumpulan Vanity bagi memastikan mereka tahu lagu lagu hits mereka. Walaupun Vanity hanya ada satu album, berbanding kumpulan Tiara yang sudah mempunyai 3 album di Malaysia. Single kumpulan Vanity khabarnya laris di Eropah dan serata benua Asia.



click read more


Ditubuhkan pada tahun 1992 dua beradik Easter dan Vernie, Kelly Thompson dan Louisa Greg mereka sedang popular dan album mereka laris 3 juta unit di England setakat ini. Single pertama mereka Love Me mendapat sambutan hangat, sama seperti single Dansa yang memperkenalkan kumpulan Tiara. Mereka berkulit hitam, cuma Louisa Greg sahaja yang berkulit putih melepak. Menurut majalah di England ini adalah jawapan untuk kumpulan En Vogue Britain.

Penetapan muzik, pakaian, gerak tari dan sidang akhbar membuatkan jadual mereka penuh dan masing masing mempunyai bentuk badan yang sihat dan cantik tanpa perlu bersenam di gym. Pihak KPR hanya meminta mereka semua mendapatkan tidur yang cukup, agar mempunyai stamina lebih di pentas. Ruby awal awal lagi sudah menghubungi Rahimah untuk memberikannya 4 tiket percuma supaya dia dapat datang dengan kawan kawan sekuliah, ahli ahli yang lain ada kekasih dan keluarga juga ghairah mahukan orang penting datang melihat konsert tersebut, siapa lagi yang Ruby ada selain Rahimah, kak Noor dan keluarga Ayah Ad?

Inilah antara pengalaman yang tidak akan dapat Ruby lupakan seumur hidup dalam bidang muzik, stadium yang penuh sesak, penonton yang bersorak riang, sistem bunyi yang tidak memberi sebarang masalah, dan bertemu dengan ramai para artis tempatan lain yang datang memberi sokongan pada kumpulan TIARA.

Mereka juga bakal mendapat liputan meluas dari pihak media berbahasa Malaysia dan Inggeris tempatan dan juga negara jiran. Kumpulan Tiara berharap mereka tidak memalukan negara. 4 lagu original dan 2 lagu saduran yang mereka sampaikan malam itu juga mendapat pujian kumpulan Vanity sendiri. Arman tersenyum sambil memantau mereka di bekalang pentas, dia bangga dengan anak didiknya. Tidak sia sia dia dan pasukan KPR bertungkus lumus mengadakan audisyen di Hotel Merlin tiga tahun dahulu.
Kerana terlalu penat, Ruby tidak menyertai ‘after party’, dia meminta Arman menghantarnya pulang sahaja.

“Penat atau memang malas nak gi party? Party Salim hebat tau!” soal Arman.

“Dua dua, penat sungguh malam ni, tapi puas hati ya…,” balas Ruby sambil menyapu solekan tebal dengan kertas tisu basah sewaktu di dalam kereta.

“Intan tak ikut balik sekali ke?” tanya Arman pula

“Nope, dia enjoy party sekarang, let her have her time, I tak payah party, I ada you!” kata Ruby tertawa sambil melihat wajah Arman.

Mereka terus berbual bual sepanjang perjalanan. Termasuk bagaimana Ruby tidak suka apabila berada di parti parti yang ramai orang. Lemas alasannya. Tidak pula mahu dia memberitahu bagaimana dia sudah puas berparti sewaktu di Pulau Pinang, bersama Amir Mirza.

“I la ni nak kawin saja, nak dok umah nak memasak okay!” Ruby membuat jenaka ringan.

Dalam waktu yang sama mengambil kesempatan mengatakan yang dia tiada harapan untuk bersama Arman, kerana dari lirik mata cara percakapan ibu Arman, Datin Zaidah tempoh hari, jelas menunjukkan yang dia tidak suka pada Ruby. Arman diam dan secara lewa menafikan akan hal itu,walaupun dia tahu akan kebenaran kata kata Ruby.

“Bukan dia yang nak kawin dengan you!” balas Arman bagi menyedapkan hati Ruby.

“Mak you ingat I takda keluarga, 10 kali dia sebut hal keluarga dan latar belakang, dia tak tau, keluarga I di Baling adalah yang paling best sekali di dunia,” kata Ruby, kata kata yang dia sendiri tidak sedar terpacul begitu saja dari mulutnya.

“You biar betul? You bukan orang Penang ke?” balas Arman sambil tertawa

“Memanglah I orang Penang, I anak orang susah di Penang, tapi famili I kat Baling Kedah, you kena jumpa, bukan kaya raya but… these are the best human in my life!” tambah Ruby lagi sambil terkial mencari talipon yang berbunyi dalam tas tangan Guess yang Arman hadiahkan secara senyap senyap pada harijadinya yang ke 23 tahun lepas.

Dicapainya talipon bimbit, Rahimah!
Tidak pernah Rahimah menalipon di waktu waktu lewat begini, jam menunjukkan pukul 12. 45 hampir satu pagi.

Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 42

Ruby Sebuah Kisah... BAB 42

$
0
0
Ruby 42

“Salam Ruby… aku ni, esok aku nak balik Baling, aku segan nak call hang malam malam, tadi takdan nak pi cari hang kat stadium, segan orang ramai sangat!” Rahimah terus bersuara sebaik saja Ruby menjawab.

Bunyinya agak cemas.

“Hang nak balik dengan sapa Imah?” tanya Ruby

“Aku balik soranglah Ruby, aku pagi pagi esok naik bus kat Pudu Raya, Mak Dah sakit, depa call aku tadi, suruh bagi tau kat hang sekali!” kata Rahimah.Ruby menjadi serba salah, apabila talian talipon bimbit terputus. Dia dengar jelas bila Rahimah mengatakan Mak Dah sakit.

“Minggu ni memang takda apa apakan?” tanya Ruby terus menerus pada Arman.

Arman mengelengkan kepala mengiyakan kenyataan Ruby sambil memandu.




click read more


Ruby mula menyatakan keresahan hatinya, bagaimana dia tidak pernah pulang selama hampir 3 tahun lebih sejak dia menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Berpuasa dan berhari raya juga di Kuala Lumpur sendirian. Esok dia harus pulang. Kalau perlu dia akan naik bas bersama Rahimah esok.

“Kenapa nak naik bas Ruby? Think straight, esok pagi pagi I ambik you dan Rahimah, terus ke Subang, naik MAS turun Penang, from there dekat sikit nak ke kedah, jauh ke tempat tu?” Saran Arman.

“Kalau macam tu Alhamdulillah, I nanti call Rahimah balik, kesian juga dia nak balik sorang, if only you know how I miss Mak Dah, mak angkat I, raja manusia tu!” Balas Rahimah.

Pulang saja ke apartment yang sunyi sepi, Ruby menalipon Rahimah dan meminta dia ikut serta, naik kapal terbang sahaja. Dia mengemaskan barang dua tiga baju asas, termasuk tudung dan baju kurung yang akan dia pakai esok. Dia akan bertudung kerana tidak mahu perjalanan ini terganggu dengan hal hal yang berkenaan dengan dirinya sebagai artis yang sudah mula dikenali orang. Itu waktu promosi album, ini masa untuk hal peribadi.

Dia merasa bebas kalau begini, beberapa kali dia dengan Arman terlepas, mereka bebas membeli belah dan menikmati minuman di tepi jalan tanpa gangguan dengan memakai tudung. Ini sebenarnya yang membuatkan dia lebih menghargai Arman, dia tidak seperti lelaki lain yang hanya mahu bergandingan dengan artis untuk tujuan dilihat sebagai ‘prize possession’, sifat yang satu inilah membuatkan Ruby tabik hormat. Ianya juga juga adalah latihan untuk memijak bumi nyata. Pentas lain, pentas tempat kita menjual impian.

Pagi pagi lagi mereka sudah tiba di depan pagar pekarangan ITM Shah Alam, untuk mengambil Rahimah. Sesampai saja di Subang, kawasan penerbangan domestik, Arman cepat cepat menghala ke tempat membeli tiket, penerbangan pukul 7.45 pagi untuk mereka berdua. Penerbangan yang akan mengambil masa 45 minit itu nilainya cuma 120 ringgit, tentunya dibayar oleh Arman. Mereka harus segera masuk, sempat Rahimah mengucapkan terima kasih buat Arman.

“Ruby, seminggu saja ya. Balik nanti ada projek rakaman ya, ingat tak 5 lagu solo dan 5 lagu berkumpulan?” kata Arman pada Ruby.

“I ingatlah, itukan kerja I sayang,” jelas Ruby manja.

Mereka tidak berpelukan, kerana menghormati suasana Malaysia , cukup saja lambaian dua tiga kali yang penuh bermakna.

Alhamdulillah, tidak siapapun yang mengenali Ruby sebagai ahli kumpulan Tiara. Dia malas untuk menjawab hal hal remeh album dan lagu, kalau di luar waktu kerja.

Apabila bersama Rahimah dia merasakan yang dunia ini sangat nyata. Rahimah juga tidak ghairah bertanya tentang dunia artis, dia kurang minat agaknya. Mereka berbual kecil dalam penerbangan, Ruby sengaja mahu menghilangkan rasa resah Rahimah terhadap Mak Dah.

“Kak Noor tunggu kita di Bayan Lepas tau Ruby, tapi hang jangan tanya pasal teman lelaki Cina dia ya,” kata Rahimah.

“Awat? Pasai apa pulak tak boleh tanya?”
Rahimah menerangkan yang teman lelaki Cina Kak

Noor sudah meninggal. Mereka sememangnya sangat rapat dan betul agaknya kata kata orang, manusia yang baik akan pergi awal. Lim Ah Chong meninggal dengan mudah, sakit dada, masuk hospital dan meninggal keesokkannya. Paru paru berair. Seminggu juga Rahimah pulang ke Pulau Pinang untuk menemani Kak Noor yang kesedihan. Dia dan Kak Noor pergi berziarah dan duduk sampai pagi di tempat pembakaran mayat di Batu Lancang, Pulau Pinang.

Saudara mara Ah Chong, agak terkejut melihat dua wanita bertudung ada di sana duduk sampai pagi ke esokannya. Rahimah menurut saja, tiada masalah akidah baginya, kerana mereka berdua tidak membakar colok atau menyembah apa apapun, mereka berada di sana dengan satu tujuan, mengucapkan selamat jalan pada kawan yang baik dan memahami. Seminggu Kak Noor menangis sampai bengkak mata, terpaksa ambik cuti.

“Aku takmau bagi tau kat hang sebab hang sibuk, aku tau hang takdak masa untuk semua ni, lama lama sampai aku lupa nak cerita, maafkan aku Ruby,” Rahimah menutup bicara tentang kak Noor.

Ruby terdiam, terkejut mendengar berita tersebut dari Rahimah. Sendirian dia terfikir, lama sungguh dia di Kuala Lumpur sibuk dan hilang dalam muzik dan kerjaya ini. Dia dan Rahimah berdiam diri sehingga kapal terbang mendarat.

Apa khabar agaknya kak Noor?

Cepat cepat mereka keluar dari balai ketibaan di Bayan Lepas, kelihatan Kak Noor melambai lambai girang sebaik sahaja melihat kelibat mereka berdua. Suasana ini sangat menyentuh perasaan Ruby. Dia mula teringat akan ikatan Kak Noor, Rahimah dan dia yang bergerak seperti adik beradik. Dia tidak merasakan yang dirinya artis langsung apabila berada dalam keadaan seperti ini.

“Mereka inilah keluarga aku sebenarnya,” dia berbisik di dalam hati.

Ketiga tiga mereka, tidak mahu melengahkan masa, terus melangkah ke pakir kereta.

“Kita sat lagi singgah kat pekan Tasik Gelugor saja untuk makan kalau lapaq,” saran kak Noor yang masih memandu kereta Toyota starlet ‘second hand’ yang sama.

Mereka berbual bual dalam kereta tanpa henti, kerana terlalu banyak yang hendak disoalkan pada diri masing masing. Mereka masih berjenaka sesama mereka. Kak Noor meminta Ruby bercerita tentang kisah hidup artis di Kuala Lumpur.

“Kak Noor beli tau kaset album Tiara, tiga tiga kak Noor ada kat bilik, ceritalah Ruby, mesti seronok,” kata Kak Noor.

“Sebenaqnya takdak apa yang hebat pun Kak Noor, kerja sama macam orang lain, cuma pakai make up, baju lawa, kasut tinggi!” jawab Ruby merendah diri.

Rahimah pula cuma tinggal lagi setengah tahun tamat pengajian. Dia akan menjalani latihan di Utusan Malaysia bulan depan. Tanpa diminta Kak Noor dengan tenang mula bercerita pada Ruby tentang kisah kematian Lim Ah Chong.

“Sedih, awat tak sedih, Kak Noor hilang kawan yang baik, bukan sedih macam kekasih hilang teman lelaki. Ni tahun terakhir Kak Noor kerja di hospital Adventist,” Kak Noor membuka cerita.
Dengan wang yang dikumpulkan nanti Kak Noor akan membuka kedai makan kecil di Langkawi. Ruby dan Rahimah sehingga kini masih belum pernah menjejak kaki ke Pulau Langkawi mula memasang impian.

“Nanti bila bila kita pi langkawi, kita mandi laut puas puas,” kata Ruby.

Mereka bertiga ketawa dengan hilaian yang masih sama, tiada apa apa perubahan. Kerana memakai tudung bawal biasa, tidak ada sesiapapun yang perasan akan kehadiran Ruby Tiara, sewaktu mereka makan makan di gerai mee sup Tasik Gelugor sebelum bertolak ke Baling.

Suasana ini yang amat menyenangkan.





Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 43

Ruby Sebuah Kisah... BAB 43

$
0
0
RUBY 43

Dari Tasik Gelugor mereka berbual lagi, terlalu banyak sebenarnya untuk mereka kongsikan, mereka berbicara mengenai kenapa Ruby harus memakai tudung untuk mengelakkan dari dikenali, bagaimana Kak Noor tidak ralat lagi akan hubungan lelaki wanita, hatinya sudah damai diberi kesempatan mengenali lelaki yang baik walaupun hanya seketika, bagaimana Rahimah menyuarakan rasa ragu ragunya untukmeneruskan kursusnya hingga ke peringkat ijazah bila tamat diploma UITM nanti. Mereka juga sempat bertanya pada Ruby siapakah jejaka yang bertahta di hatinya sekarang?
Dengan kedua wanita ini, agak mustahil dia mahu berahsia, tidak adil, kerana mereka berdua kenal siapa dirinya.

“Kak Noor tengok Ruby takda gossipkan? Ruby bersih di Kuala Lumpur kak Noor!” Ruby membuka bicara tentang pertanyaan mereka.

“Manalah tau kot kot ada anak dato mana mana ka…? Orang glamor cantik macam Ruby sapa tak mau?” Balas Kak Noor yang matanya masih bertumpu di jalan raya.




click read more


Ruby tertawa lantas menceritakan bagaimana selesanya dia dengan Arman, pengarah syarikat KPR productions. Dia juga memuji Arman kerana tidak bersifat remeh temeh dalam perhubungan, dia jugalah yang membawa Ruby ronda ronda Kuala Lumpur bila ada kesempatan dan dia juga tidak ada masalah apabila Ruby memakai tudung bawal setiapkali keluar.

“Nak kawin Ruby tak pastilah kak Noor, sebab kalau nak kawin, Ruby kena habaq semua kat dia kisah kisah lama Ruby, hari tu hampir hampir nak habaq dah….eh! Kak Noor tak tau ka jantan celaka tu la ni dok belakon drama dan filem?” jelas Ruby panjang lebar hingga tertukar topik pengkisahan, Rahimah hanya diam mendengar khusyuk.

‘Tau Kak Noor tau, hari tu Imah tunjuk kat kak, masa dia keluar dalam Tv!” kata kak Noor
Kak Noor sempat menasihati mereka berdua, supaya berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan orang itu orang yang baik. Persahabatan yang baik, kalau tiada jodoh kasih pun tidak mengapa menurutnya. Dia juga bercerita bagaimana indahnya persahabatan dia dengan Lim Ah Chong, sehinggakan keluarga Lim naik takut kalau kalau Lim akan memeluk Islam untuk mengahwininya. Dia bercerita sambil mengelengkan kepalanya sambil tertawa kecil.

“Pelik sungguh putaran dunia!” Kak Noor mengomel sendirian sambil memandu menuju pekan Baling.

“Kak Noor redha akan semua kejadian, andartu pun andartulah Ruby, tak haru orang sudahlah!” Tambahnya lagi

Berbual dan asyik berbual, sampailah mereka ke simpang memasuki pekan Baling. Ruby menyarankan mereka membeli makanan makanan kering supaya ada bekalan di dapur Mak Dah. Mereka turun untuk membeli barang keperluan dapur di kedai runcit kecil yang berhampiran dengan sungai menuju taman permainan kanak kanak.

Atas arahan Ruby, mereka membeli pelbagai jenis biskut, ikan kering, sardin dalam tin, rempah kari dan kebetulan ada juga sayur yang dijual juga.

“Ambik banyak sikit, sat lagi ramai kat rumah Mak Dah!” tegas Ruby

Pekan Baling yang kecil dan kemas teratur itu menyambut mereka dengan mesra. Setelah puas melihat kota batu Kuala Lumpur, pemandangan yang damai dan segar sebegini sememangnya dinanti nantikan, apatah lagi bila menyusuri jalan memasuki kawasan Banggol Lada. Hati merasa damai dan tenang.

Sesampai di perkarangan rumah, hanya Ayah Ad saja yang menyambut mereka.
Memang mak Dah sakit, dia terbaring lemah. Apabila melihat saja Ruby, Noor dan Rahimah dia merasa sangat gembira. Dia tidak boleh bangun sejak tiga hari lepas. Terbaring, kerana katanya apabila dia berdiri dia akan terasa seperti mahu pitam. Ayah Ad mahu membawanya ke hospital saja, tetapi seperti orang tua lain Mak Dah berkeras, tidak mahu. Sakit orang tua katanya. Dia tahu, dia pasti akan dihantar ke hospital Sungai Petani atau hospital Bukit Mertajam nanti, ini semua bakal menyusahkan jadual anak.

“Hang cari yellow pages kejap, aku nak cari doktor yang paling dekat dengan Baling,” pintanya pada Rahimah.

“Ruby, manalah ada ‘Yellow Pages’ di rumah ni? Talian telefon pun takdak, apa kata try guna telefon bimbit, cari operator tempatan tapi kena check dulu signal ada tak kat sini,” balas Rahimah.

Mereka berjaya mendapatkan Dr Heng yang kebetulan membuka klinik di tengah tengah pekan baling. Baru setahun setengah beroperasi di sini. Ruby meminta Dr Heng datang terus ke Banggol Lada, dengan alasan ibunya tidak boleh bangun. Sewaktu menalipon, Dr Heng meminta Ruby untuk melihat keadaan ibunya, adakah dia panas? Matanya kuning atau tidak? Bibirnya kering atau tidak? Ruby menurut sahaja dan memberikan semua maklumat pada Dr Heng.

Dr Heng akan sampai di Banggol lada pukul tiga petang nanti, dia juga mengingatkan Ruby yuran perjalanan “travelling fees” adalah 100 ringgit, ini tidak termasuk harga ubat ubatan. Semua bayaran perubatan Mak Dah akan Ruby tanggung. Tidak mungkin ianya akan mencecah ribuan ringgit. Ingatan pada budi Mak Dah yang tidak ternilai dahulu sentiasa bermain di minda Ruby.

Tiba tepat seperti waktu yang dijanjikan Dr Heng memeriksa Mak Dah, kurang air katanya, tekanan darah rendah dan terlalu banyak berfikir. Di bekalkan ubat untuk seminggu dan ditulisnya preskrispi sekiranya memerlukan ubat tambahan. Dr Heng meminta Mak Dah menelan dua jenis ubat dan diberikan suntikan supaya dapat berehat, Ruby berdiri sambil melihat semua proses ini dengan Ayah Ad. Ayah Ad mengurut gurut bahu Mak Dah, mereka berdua kelihatan seperti kekasih tua yang saling menyayangi, hati Ruby jadi tersentuh.
Keseluruhan perubatan hanyalah 300 ratus ringgit. Ruby cepat cepat menlunaskannya dan diberi resit oleh pembantu yang merangkap pemandu Dr Heng.

Dr Heng rupa rupanya anak kedah yang pulang ke Baling untuk berkhidmat, Ruby terdengar Ayah Ad berbual bual dengan Dr Heng menggunakan dialek kedah yang sangat pekat. Rasa malu pula kerana tadi sewaktu di talian Ruby menggunakan Bahasa Inggeris untuk berurusan dengan Dr Heng.

Kak Noor dan Rahimah sibuk di dapur menyiapkan makanan untuk makan malam. Ruby berdebar kerana abang Azman dan Kak Rubiah akan tiba malam nanti membawa bersama Nur Nabilah. Dia memang tidak tenang kesana kemari seperti kucing mahu beranak. Sekejap dia ke dapur, sekejap dia ke depan melihat Mak Dah dan masuk ke bilik lama Rahimah yang digunakan dulu.

Apa gantinamanya nanti pada Nur Nabilah? Adakah budak itu akan mesra dengannya? Apa kata kalau budak itu melarikan diri dan tidak suka padanya?

Sedang Ruby sibuk memikirkan semua ini, talipon bimbit berbunyi, itu pasti Arman yang sudah mula merinduinya.



Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 44

Ruby Sebuah Kisah... BAB 44

$
0
0
RUBY 44

Melihat nombor yang tidak dikenali muncul di skrin, Ruby fikir itu mungkin Arman, siapa lagi yang mahu menalipon dia.

“Hello… hai there Arman ek? Assalamualaikum!” Spontan Ruby menjawab.

“Hello there, Datin Zaidah here, we need to talk!”

Ruby menjadi sedikit terkejut. Apa yang terjadi dengan Arman sehingga ibunya menalipon aku? Fikirannya menjadi sedikit kalut. Ruby mengumpulkan semangatnya dan bertenang.

“Yes datin ada apa tu?” Ruby cuba berbunyi tenang dan sopan.



click read more


Datin Zaidah dalam Bahasa Inggeris yang jelas, menerangkan yang Arman telah menceritakan segalanya pada beliau tentang Ruby, termasuk keinginannya untuk memperisterikan Ruby. Hati Ruby berbunga untuk beberapa saat, memikirkan Datin Zaidah suka dan bersetuju mahu bermenantukan dirinya.

Datin Zaidah juga mengambil beberapa saat untuk meneruskan kata katanya. Datin Zaidah dengan penuh diplomasi menerangkan yang dia harap Ruby tidak memberi kesan berat pada Arman. Datin Zaidah sudah ada pilihan yang lain, sudah dirancang awal awal atas urusan keluarga dan legasi familinya di England.

Ruby terdiam sambil menelan air liur.
Demi anak lelaki sulung kata Datin meneruskan penjelasannya, dia mahukan yang terbaik, dari keluarga yang pasti pasti sahaja, dia juga menambah, kalau Ruby tidak faham sekarang, dia akan faham kemudian nanti apabila dia menjadi ibu kelak. Ini perasaan yang sukar, tambah Datin Zaidah bagi menguatkan lagi hujahnya.
Ruby terdiam lagi, cuma mengangguk sendirian dan mengatakan, “yes datin”

Datin Zaidah tidak berbunyi jengkel, dia orang yang ada pelajaran dan adab, dia tidak menjerit seperti ibu ibu dalam drama melayu yang menyerang dan memaki bakal menantu yang mereka tidak suka.
Dia sebenarnya risau, kerana Arman asyik menyebut nama Ruby sahaja setiapkali berbicara tentang jodoh dan perkahwinan. Azri juga bakal berkahwin nanti, tapi Datin Zaidah mahukan Arman didahulukan. Dengan damai, Datin Zaidah menamatkan perbualan dengan bertanya samada Ruby faham atau tidak akan permasalahan ini?

“I understand it fairly well datin, don’t you worry, thanks for informing,” balas Ruby sopan.
Terduduk Ruby setelah mematikan talian. Dia menarik nafas dalam dalam, memikirkan perbualan tadi. Orang tidak suka, apalah ertinya mahu dibentak bentak menuntut ruang? Ruang apa? Hak apa?

Dia tidak mahu bercakap banyak tentang hal ini, lagipun setakat ini hubungannya dengan Arman tidak diketahui oleh sesiapapun di Kuala Lumpur. Hadir tiada yang tahu, beredar juga tiada siapa yang bakal hirau dan pertikai.

Ditariknya nafas dalam dalam lagi, dihelanya perlahan lahan, sambil mengucap panjang, disapunya air mata yang mengalir, sambil memandang keluar jendela bilik lama Rahimah, melihat kehijauan kampung Banggol Lada walaupun suasana gelap menjelang maghrib.
Mak Dah semakin segar. Dia gembira kerana semua sudah mula berkumpul, kecuali dua orang anaknya yang berada di asrama penuh. Pertemuan kali ini akan menjadi lebih bermakna, kerana Ruby juga turut serta. Sambil mengurut urut betis Mak Dah, mereka berbual bual perlahan

“Sat lagi Nur mai, Ruby mesti seronok, budak tu dah boleh bercakap tau…” kata Mak Dah.

“Dia okay ka dengan famili abang Azman?” tanya Ruby.

“Okay, okay sangat…dia panggil Man, ayah dan Rubiah, ibu, kat Ruby nanti nak panggil apa kat Ruby?” Tanya Mak Dah.

“Panggil aunty pun takpa mak, chek tak mau keadaan jadi haru, dia budak lagi, toksahlah bagi jiwa dia kacau,” Ruby menerangkan isi hatinya sambil menyapu minyak angin lagi di betis mak Dah.

Rahimah dan Kak Noor masih sibuk di dapur, meja besar di ruang makan, dikemaskan oleh Ruby. Lain suasana di kampung. Dari peralatan rumah sampailah ke pinggan mangkuk, tidak seragam berbanding dengan rumah orang kaya kaya, bukan daif, tapi ini hanya lumrah biasa. Suasana ini kalau diamati betul betul, ada juga nilai estetikanya.

Assalamualaikum!

Terkejut Ruby mendengar suara orang memberi salam melalui tingkap rumah. Rupa rupanya Kak Esah, yang mengambil keputusan untuk mengintai dari tingkap di ruang makan. Memang betul kata Mak Dah, Kak Esah adalah pemberita kampung.

“Aku nak pi kedai…saja singgah sat, hang lama tak nampak Ruby?” tanya Esah.

“Tulah chek kerja Kuala Lumpur, ni balik sebab Mak sakit!” balas Ruby.

“Mak Dah hang sihat dah ka?” tanya Esah yang matanya meliar memerhatikan apa yang boleh dilihat melalui tingkap dari luar.

“Mak sihat dah, kemarin doktor mai, cucuk ubat semua dia sihat dah Alhamdulillah,” jelas Ruby.

“Baguihlah lagu tu, aku nak pi kedai sat…aku lupa, hang anak Amran kan?” Tanya Esah yang masih terbeli dengan skrip lama mak Dah dan Ruby dahulu.

“Ya, chek anak Amran….,” jawab Ruby tersenyum.

Selepas waktu Isyak, seorang demi seorang mula masuk, perasaan berdebar Ruby yang bakal melihat Nur Nabilah menjadi semakin kencang. Abang Azman masuk dulu memberi salam dan memeluk ayah Ad dan terus menyapa Ruby.
“Apa habaq orang Kuala Lumpur?” katanya penuh mesra seperti orang orang Kedah lain.

“Chek baik sihat, alhamdulilah! Mana depa?” balas Ruby

“Tu ada tu, dok ambil barang dalam kereta, kak Rubiah hang masak sikit,” balas Abang Azman yang lantas mendapatkan Mak Dah di meja makan.

Rubiah masuk dengan menjinjing dua beg plastik, satu lagi dibawa oleh anak lelakinya Khairul dan seorang budak 3 tahun 6 bulan yang sangat comel berambut ikal. Owh! Nur Nabilah! Ruby tersenyum melihat mereka bertiga. Ruby mengangkat tangan melambai lambai mesra.

Khairul yang mula mula menyapa, “Aunty Ruby! Aunty Ruby!”

“Salam cepat, salam ni orang jauh nih!” arah Rubiah pada anak anaknya, tanpa menyebut sebarang gantinama, kerana takut tersilap nanti. Begitu beradap sekali isteri Azman menghadapi keadaan ini.

Ruby memeluk khairul mencium pipi anak lelaki yang berusia 5 tahun itu. Nur Nabilah seolah olah bersedia untuk dipeluk oleh Ruby, berdiri tegak di hadapannya.

Ruby pura pura bertanya, “yang comel cantik ni nama apa?”

Dengan bahasa kanak kanak dia menyebut,”Nabila, saya nama Nabila!”

Nur Nabilah menghulurkan dua tangannya yang kecil untuk bersalaman dan mencium tangan Ruby. Ruby memeluk Nur Nabilah penuh dengan debaran dan kasih sayang. Sepantas kilat, dia jadi terkenang susuan badan, kesakitan melahirkan dan air susunya yang mengalir sewaktu awal di Kuala Lumpur, Ruby hampir mahu menitiskan air mata namun dia tahan.

“Lawanya anak aunty, Nur Nabilah….bila nak sekolah?” Kata Ruby sambil melihat kedalam mata anak yang comel itu.

Nur Nabilah tersenyum apabila dipuji, dia membalas dengan bahasa kanak kanaknya,”aunty cantik juga”

Semua sudah berhimpun di meja besar makan. 9 orang mereka kesemuanya. Suasana sangat bahagia. Mak Dah dan Ayah Ad kelihatan berseri seri wajah mereka, walaupun yang dua lagi anak mereka berada di asrama. Ini perhimpunan yang sangat membahagiakan.

Terlupa sejenak Ruby akan panggilan meruntun hati dari Datin Zaidah yang bakal mengundang satu lagi dugaan.



Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 45

Ruby Sebuah Kisah... BAB 45

$
0
0
RUBY 45

Apabila abang Azman dan keluarganya pulang, Mak Dah bertanya pada Ruby samada dia selesa dengan segala galanya malam ini? Ruby mengangguk. Dia merasa sangat bahagia dapat bertemu Nur Nabilah dan merasa sangat bertuah dan bersyukur, kerana Nur Nabilah hidup dalam keadaan yang penuh kasih sayang. Rasanya bagaikan baru kelmarin dia dan Rahimah tercari cari alat pengukur hamil dan klinik penguguran bayi.

“Ya tuhanku ampunilah dosaku,” dia terpikir sejenak

Sambil mengurut betis Mak Dah dia berkata,”baguih macam tu mak, chek takut dia kena lalu hidup macam chek, apapun tak ingat tentang mak dan ayah, yang chek sedaq bila chek besaq depa kata kedua duanya sudah arwah, chek pun duduklah dengan famili kak sulung yang tak berapa nak suka kat chek! Chek jadi beban!”



click read more


Kak Noor dan Rahimah duduk di luar rumah, besembang sembang dengan ayah Ad. Entah apa yang mereka bicarakan tidak pula Ruby ketahui. Terasa anih pula, seolah olah Kak Noor dan Rahimah adalah tetamu manakala dia pula anak kandung Mak Dah dan Ayah Ad. Pelik.Tersenyum Ruby mengenangkan keadaan ini.

Talipon bimbit mula berbunyi. Ruby merasa malas mahu menjawab, tapi dia berlari lari anak masuk ke bilik lama Rahimah.

“Assalamualaikum!” kedengaran suara Arman.

“Waalaikumsalam!” jawab Ruby agak lemah.

“Datin ada call tadi, dia dah ceritakan semua, I rasa sangat ralat dengan semua ini, macamana ya kedudukan kita?” Ruby menyambung perbualan.

Arman kedengaran resah cuba menerangkan,”I know! I know Ruby, let me handle it, after all it’s my life”

“I rasa malu tau, I rasa kecik sangat dan I tak tau nak marah pada sesiapapun,” balas Ruby.

“I am still with you Ruby, I miss you and will always want to be with you,” Arman cuba menyakinkan Ruby. Mungkin kerana tidak tahu apa lagi yang harus dibincangkan dalam talifon.

“You jaga diri and have a good time dengan family you okay? Jangan fikir banyak banyak ya sayang…,” tambah Arman lagi.

“Hmm… you too, I okay, family I semua okay, thanks for your call,” jawab Ruby kerana tidak tahu apa lagi yang harus dikatakan.

Malam ini Ruby tidak dapat melelapkan mata. Ada rasa bahagia, ada rasa sedikit ralat dengan sifat manusia, dia berpusing kiri dan kanan cuba melelapkan mata.

Talifon bimbit berbunyi lagi.
Tiada siapa lagi, kalau bukan Rozie atau Arman. Sah itu Arman.

“I cannot sleep Ruby, so many things on my mind!” Terus Arman berkata tanpa sempat memberi salam atau berbasa basi seperti biasa.

“Me too, I been tossing and turning here, tak tau nak fikir apa dear,” balas Ruby dengan suara yang lemah dan mengantuk.

“Esok I gi cari you kat Balinglah, I jumpa family you senang, I nak cakap terus terang bagi pihak I sebagai lelaki,” Arman menambah.

“Huh? Jumpa famili I? you biar betul dear!” Tanya Ruby

“Yup, I serious ni, I nak jumpa mereka dan bawa you balik sekali, biar benda jadi mudah, okay?” saran Arman lagi.

Ruby tidak tahu apa lagi yang mahu dikatakan. Secara spontan dia berkata, “okay, datanglah famili I pun ada tanya pasal you, mai lah, tahukan jalan ke Baling Kedah? Jangan sesat nanti”

“Okay okay, you tidur dulu, esok I call you kalau ada apa apa,” kata Arman mematikan perbualan lewat pagi itu.





Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 46

Ruby Sebuah Kisah... BAB 46

$
0
0
RUBY 46

Selepas subuh rumah mak Dah jadi meriah, kak Noor dan Rahimah pun ada, mereka duduk 5 beranak di pangkin luar untuk minum pagi. Kak Noor dan Rahimah awal awal lagi sudah menyediakan karipap dan cucur keria.

“Lama tak makan pagi lagu ni,” kata Mak Dah.

“Makanlah ni chek dengan Imah buat, ayah Ad nak kopi ada, teh pun ada,” kata Kak Noor, sambil menuangkan kopi kampung untuk Mak Dah.

Ruby mengambil kesempatan untuk memberitahu berita tentang Arman yang mahu datang bertemu Ayah Ad dan Mak Dah.



click read more


“Dia nak mai juga ayah, sebab dia takut chek cari orang lain, mak dia ada talipon kemarin, dia suruh chek tinggai Arman, tak sama darjat katanya” terang Ruby, supaya ke lima lima mereka tahu tentang berita dan keadaan tersebut.

“Kalau dia mai, chek amanah kat ayah supaya cerita semua benda benda betui kat dia, takpa, kalau dia tak mau kat chek lepaih ni pun takpa, chek redha,” tambah Ruby

“Ruby tak habaq kat dia ka masa mula kenai dia dulu?” Tanya Ayah Ad.

Ruby cuma menggelengkan kepalanya. Dia sebenarnya hampir hampir mahu bercerita pada Arman, tapi tidak tahu bagaimana mahu mencari ruang. Mungkin tidak ada keberanian.

Apa yang menjadi aneh, pagi ini Ruby tidak merasa gementar langsung akan semua ini, mungkin kerana dia sudah bersiap sedia, untuk berterus terang pada Arman apabila tiba masanya kelak. Atau dia mungkin sudah menjadi wanita lain yang lebih kuat, yang ada cita cita mahu ke depan walau apa sekali pun? Atau mungkin juga dia tidak mahu lagi berkisah tentang pengiktirafan moral manusia? Dia diam sahaja sambil berfikir.

“Baguihlah dia nak mai, mak teringin nak jumpa, mak tau Ruby tak mungkin akan pilih yang pelik pelik lagi dalam hidup, kalau dia mai nak bincang apa apa, kita bincanglah elok elok. Dia lelaki Ruby, kalau mak dia tak suka pun takpa, dia tak payah cari wali wali,” terang Mak Dah.

“Chek habaq dak kat mak yang mak dia campuq orang putih? Tu yang jadi susah tu mak…dia tak suka melayu!” Terang Ruby supaya didengari oleh semua walaupun ianya ditujukan pada Mak Dah

“Depa orang orang senang senang ka Ruby?” Tanya Mak Dah lagi

“Orang orang KL mak, ayah dia Dato mak dia Datin, chek jumpa depa pun chek naik segan! Ayah dia baik,” balas Ruby.

“Chek kalau dia tak mau pun takpa, chek nak kerja saja, kerja elok elok, esok esok chek balik sini ka apa ka…tengoklah lagu mana,” tambah Ruby lagi.

“Ish…awat tak mau pulak, aku tengok dia baik
sangat Ruby,” Rahimah pula menambah

“Jodoh Ruby, jodoh kalau ada dia tak lari mana, kalau tuhan kata Ruby punya Ruby punyalah,” Kak Noor pula menambah sambil menghulurkan sepiring karipap yang masih panas.

“Mak rasa rasa dia mau ka? Kalau dia tau semua kisah Ruby?” ditanya pula pada Mak Dah yang bersandar di kerusi kayu.

“Allahai, kisah apa pulak Ruby? Chek bukan jahat mana? Chek buat silap sikit saja….,” Mak Dah cuba menenangkan keadaan.

“Takpalah apa apapun kalau dia mai, ayah uruskan nanti…orang jantan depa pikiaq lagu lain Ruby,” Ayah Ad memberi kata pasti.

Sarapan pada pagi itu sangat bermakna. Segalanya menjadi sangat santai walaupun mereka semua berhadapan dengan persoalan yang sangat serius. Ini untungnya mempunyai keluarga, semuanya dikongsi sebaik mungkin.

Mak Dah, Rahimah dan kak Noor beralih pula pada menu apa yang mereka mahu masak tengahari ini. Tentunya kena masak lebih kalau kalau Arman jadi datang hari ini.

“Ikan keli kering ada atas almari dapoq tau Imah, perabih daging yang ada dalam peti ais tu buat gulai ka apa ka, sayoq kita buat masak lemak pucuk periya pantai, belambak kat belakang sapa tak kutip,” kata Mak Dah.



Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 47

Ruby Sebuah Kisah... BAB 47

$
0
0
RUBY 47

Setelah check-in di rumah rehat Baling yang berlatar belakangkan bukit hijau dan anak sungai, Arman terus menalipon Ruby. Bertanyakan bagaimana jalan mahu ke kampung Banggol Lada. Ruby yang kurang arif terpaksa memberi talipon bimbit pada Rahimah. Tidak sukar sebenarnya, cuma jangan terlepas simpang yang membahagikan Banggol Lada dan Banggol Derdap. Nampak saja sekolah pondok Al- Inssaniah di tepi jalan, belok kanan dan terus saja sampai nampak rumah yang berbumbung hijau depan sawah padi.

Ke empat empat wanita dalam rumah itu sibuk di dapur menyiapkan makanan tengahari, sayur lemak pucuk periya pantai, gulai daging rebung madu, sambal belacan dan ikan keli dan ikan haruan kering masin. Mak Dah hanya duduk duduk bersembang sambil memberi arahan apa apa rencah yang harus dimasukkan.


click read more


“Noor kalau bukan restoren esok esok ni laku Noor!” kata Mak Dah pada Kak Noor yang tergelak kecil.

“Alahai Mak Dah, ni benda biasa Noor hari hari duduk di dapur di Hospital Adventist, situ masak lagilah susah, mana nak jaga orang kencing manis, orang sakit jantung, resepi dia kena ikut aturan Mak Dah, ni kira takdak apalah aih…senang!” jawab Kak Noor panjang lebar.

Rahimah memerhati gerak kak Noor di dapur, dia kagum dengan wanita yang satu ini. Kental dan kuat, apatah lagi dia mengenali Kak Noor dan kisah hidupnya yang sangat pedih. Suatu hari nanti mungkin tuhan akan menghadiahkan Kak Noor lelaki atau suami yang baik, Rahimah berdoa dalam diam.

“Hang tengok tu Imah, Kak Noor hang, cekap tak cemerkap langsung!” kata Mak Dah pada Rahimah dengan tujuan memuji kak Noor.

Suasana di ruang tamu sunyi sepi, Mak Dah mengarahkan Rahimah supaya pergi memantau, takut ada orang masuk nanti, disuruhnya juga Rahimah tengok tengokkan Ayah Ad sedang buat apa, kerana senyap sepi ruang tamu.
Rahimah segera berlari lari anak dan berlari pula kembali ke dapur

“oh oh oh oh…,” katanya melawak kecil.

“Ayah dok menyembang….kat pangkin, menyembang dengan siapa? Dengan bakal menantu dialah….!” Rahimah bertanya dan menjawab secara sendiri.

“Hang biaq betui? Cepatnya sampai si Arman tu?” balas Ruby sedikit cemas.

“Chek nak kena pi ka tengok dia mak?” tanya Ruby pada mak Dah.

“Pi lah tengok sat, lepaih tu biaq depa dok menyembang, ajak mai makan ramai ramai sat lagi,” saran Mak Dah.

Ruby sebenarnya berdebar. Perlahan lahan dia bergerak ke ruang tamu dan terus ke luar rumah. Melambai lambai kecil pada Arman dari jauh, dan bergerak menuju ke arah mereka yang sedang duduk duduk di pangkin.

“Assalmualaikum, cepatnya sampai, nilah Ayah Ad, ayah Ruby satu satunya yang ada!” Ruby terpaksa berkata demikian kerana tidak tahu apa yang harus diucapkan.

Arman tersenyum melihat Ruby yang sangat santai, memakai baju tee lengan panjang besar dan seluar getah labuh hitam. Arman juga tidak tahu apa yang harus dia ucapkan pada Ruby di hadapan Ayah Ad.

“Kejap lagi kita ready makan tengahari, makan sama sama okay? Lauk lauk kampung orang Baling, sedap! Sambung sembang ya,” cepat cepat Ruby meminta diri dan berlalu meninggalkan mereka berdua.

Ini merupakan keadaan yang sangat menguja diri, entah apa agaknya perasaan lelaki apabila mendapat tahu wanita yang dipuja tidak suci lagi dan pernah melahirkan. Ruby pasti, Arman akan terfikir yang dia tidak bermoral atau mungkin ‘bohsia’ sewaktu bekerja di Pulau Pinang. Lelaki mahunya yang terbaik sahaja. Mereka lupa wanita adakalanya tertipu dengan cinta, janji dan keadaan, kerana lelaki juga. Tidak adil. Mengenangkan ini semua, Ruby menjadi bertambah kuat dan santai, dia sekali lagi berkata pada dirinya, kalau mahu ambil, kalau tidak mahu tolak saja ke tepi agar semua jadi mudah. Apa lagi mahu dianalisa pada hal hal hitam yang berlalu?

“Aku sendiri harus memaafkan diri untuk terus mengharungi hidup, kemaafan orang? Untuk apa? Penting sampai bagaimana kemaafan mereka? NO I am not going to cry over this anymore!” Ruby berkata pada dirinya sendiri sambil melangkah masuk untuk ke dapur semula.

Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 48

Ruby Sebuah Kisah... BAB 48

$
0
0
RUBY 48

Arman dan Ayah Ad dengan mudah duduk santai setelah memperkenalkan diri masing masing. Orang lelaki mungkin lebih mudah sesama mereka agaknya. Arman tidak perlu mengawal apa apa kerana dia sememangnya lelaki yang beradab sopan juga matang, bidang kerjayanya memperkenalkan dia dengan manusia dari pelbagai ragam. Cuma dia kekal berdialek seperti orang Kuala Lumpur dan Ayah Ad dengan dialek Kedah Baling yang mudah difahami.

Ayah Ad pula bukanlah orang kampung yang biasa sahaja, dia pernah mejawat jawatan kerani Polis AC di zaman 50an di Butterworth, dia juga orang kuat masjid di Banggol Lada, bersara dan pulang ke Banggol Lada dan mengerjakan beberapa ekar tanah milik keluarga. Menguruskan hal hal masyarakat di kampung yang kecil ini. Banyak permasalahan orang kampung sudah dia tangani sepanjang usianya. Kedua dua mereka tidak menemukan jalan buntu apabila berbincang.  Setelah tahu latar belakang masing masing serba sedikit, mereka mula berbicara tentang Ruby.



click read more


“Saya kalau boleh mahu mengahwini dia sekarang juga pakcik,” kata Arman apabila Ayah Ad bertanya bagaimana tahap ikatan mereka. Arman tidak perlu takut, kerana dia dan Ruby tidak pernah terlanjur laku selama perhubungan mereka di Kuala Lumpur malah dia tidak pernah terniat langsung mahu menaniaya Ruby sepanjang keintiman tersebut.

Ayah Ad, berkisah pula tentang kedudukan Ruby sebagai anak yatim piatu yang malang. Bagaimana dia datang ke Banggol Lada dengan masalah peribadi yang rumit. Dengan Arman dia bercerita bagaimana dia sendiri membuat penyiasatan di mana keluarga sebenar Ruby, minggu pertama Ruby datang untuk tinggal dengan mereka anak beranak. Keluarga Ruby hilang entah kemana, kawasan Lahar Ikan Mati di Kepala Batas, tapak rumah kakak sulungnya sudah dijual. Kawasan itu sekarang sudah menjadi kawasan perumahan kos rendah dan rumah kedai. Ruby sendiri tidak tahu menahu akan hal ini. Dia sememangnya anak Yatim Piatu yang membawa diri.

Diceritakan juga bagaimana afdalnya kalau Arman dapat membantu Ruby untuk memulakan satu institusi keluarga yang lebih bermakna.

“Ruby adalah satu kisah yang sedih dan kasihan,” tambah Ayah Ad tanpa ada sebarang niat mahu memancing simpati.

Ayah Ad tidak merasa berat mahu berkisah tentang kejadian bagaimana Ruby boleh sampai ke Banggol Lada. Semuanya diceritakan satu persatu, kerana dari rentak gaya Ruby memberi kebenaran pagi kelmarin padanya, dia tahu Ruby juga sudah matang dan kuat, dia sudah mula kenal erti hidup. Cuma nama Amir Mirza tidak keluar, kerana dia sendiri tidak kenal siapakah pelaku kejam terhadap Ruby.

Berulang kali Ayah Ad mengatakan yang manusia tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan dan semuanya atas kita yang berurusan dengan manusia tersebut untuk memberi ruang peluang sekaligus ruang kemaafan.

Arman sebagai manusia biasa pada mulanya agak terkejut, mendengar kisah sebenar Ruby, tetapi dalam hati dia cepat cepat mengucapkan kalimah Astgrafirrullahhalazim dan dua kalimah syahadah. Kini dia lebih mengerti kenapa Ruby tampil lebih matang berbanding dengan semua mereka anak gadis kumpulan Tiara.

Arman sendiri sebagai manusia tidak terlepas dari hal hal khilaf manusia sewaktu zaman remajanya di Australia, malah perilaku intim ketika bersama kekasih Melayu pertamanya Norbahiyah, dari Johor Bahru yang juga terpaksa dia lepaskan akibat sifat menolak ibunya Datin Zaidah. Ini tidak akan dibenarkan belaku lagi. Dia juga faham dan percaya pada gerak hatinya yang dewasa.

“Dia memang nak bagi tau kat hang semua, dia bukan jenis sorok sorok Arman, tapi hang sendiri tau bagaimana sukarnya bila masuk bab kasih sayang ni, manusia kalau sudah suka, dia akan tunjukkan hal hal yang baik sahaja!” Ayah Ad mengukuhkan lagi hujahnya.

“Bab rumahtangga hang tak payah risau, Mak Dah hang dah training dia cukup cukup masa dia mai sini dulu, lama juga dia duduk dengan kami sampai dia melahirkan cucu kami Nur Nabilah, la ni semua ataih hang, hang jantan, hang kenalah buat keputusan Arman” katanya meneruskan perbualan.
Arman mendengar dengan teliti, dia kenal gerak hatinya sendiri. Di usia matang 30an dia tahu hati dan perasaannya tidak dapat dibohongi oleh sesiapapun. Dia juga bukan jenis manusia yang suka menghakimi manusia yang lain.
“Jomlah kita pi makan tengahari Arman, lepaih Zohor kita bolehlah duduk dengan Mak Dah, hang dan Ruby sekali,” kata Ayah Ad menamatkan perbincangan awal.





Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 49

Ruby Sebuah Kisah... BAB 49

$
0
0
RUBY 49

Selepas waktu Zohor.

Ruby sendiri menyediakan dua bekas teh o dan kopi o kampung juga sepinggan biskut kering manis. Diletaknya di meja pangkin yang berada di laman rumah. Arman yang sudah sedia duduk di situ melihatnya dengan satu perasaan. Sukar mahu digambarkan apakah perasaan itu. Sewaktu makan tengahari tadi mereka berenam duduk semeja, masing masing mencuri padang wajah.

Meja makan bukan tempat untuk beremosi, selain dari menjamah makanan. Ruby nampak Arman sangat berselera menjamu selera, tidak seperti dirinya yang cuma menjamah sedikit lauk pauk kampung yang mereka perempuan berempat sediakan.


click read more



Ruby sendiri merasa agak kekok ketika itu, tetapi dia menghadang air mukanya dengan kesibukan menyediakan minuman dan pura pura bergerak sibuk.

Ketika itulah Arman mengambil kesempatan memegang tangan kanan Ruby dan berkata,”hey …no matter what it is, we are still together!”

Genggaman terpaksa Arman lepaskan sebaik sahaja Mak Dah dan Ayah Ad menyertai mereka, Ruby tidak sempat meluahkan apa apa. Maka duduklah mereka berempat bertentangan mata, Ayah Ad mengadap Arman, Mak Dah mengadap Ruby.

Kak Noor dan Rahimah bersantai di bilik, mereka juga berdebar dengan apa yang akan belaku. Kak Noor selepas solat Zohor menadah tangan memohon agar apa saja keputusan, biarlah ianya yang elok elok sahaja.

“La ni kita semua ada di sini, senang, kita rancanglah apa yang patut,” kata Ayah Ad, manakala Mak Dah cuma mengangguk.

Mereka saling berpandangan, suasana agak aneh jadinya.

“Ruby chek lagu mana?” Tambah Mak Dah

“Chek tak tau nak kata apa mak, chek serah kat ayah dengan Arman saja,” jawab Ruby menundukkan wajahnya.

Mereka jadi terdiam seketika.

Ayah Ad menambah,”Arman lagu mana?”

“Saya minggu ni free, kalau Pakcik boleh tolong uruskan esok juga saya akan menikah dengan Ruby, saya akan talipon adik saya di Kuala Lumpur tapi tanpa adat istiadat Melayu sempurnalah, bolehkah Pakcik tolong uruskan?” Terang Arman secara jelas dan jujur.

Mendengar penerangan Arman, Ruby menjadi sebak, dia cuba mengawal sebaiknya, tapi air mata itu mengalir juga. Arman tanpa merasa apa apa, tidak menghiraukan kehadiran Ayah Ad dan Mak Dah mengenggam lagi jari jemari kanan Ruby yang berada di sebelahnya di pangkin halaman rumah. Angin sepoi sepoi bahasa dari sawah bendang di hadapan rumah juga seolah olah mengerti akan suasana yang gembira dan sayu sekaligus ini.

Mak Dah dan Ayah Ad juga terdiam seketika jadinya.

“Kalau macam tu, kita uruskanlah yang ringkas ringkas sahaja, esok terlalu suntuk Arman, lusa kita langsungkan akad nikah di Masjid Banggol Lada, sempat aku panggil kadi dan dua tiga orang kuat kampung” kata Ayah Ad memecahkan hening suasana.

Arman mengangguk, sambil berkata,”saya nak sediakan apa ni? Mas kahwin, hantaran apa? Saya kurang arif semua ni Pakcik?”

Ayah Ad melihat pada Mak Dah yang berada di sisinya.

“Tak susah aih, Arman. Chek petang ni balik pi pekan Baling, chek beli telekung putih, Al quran satu, duit hantaran Makcik dengan Ayah Ad hang bincang, ataih hanglah, berapapun Ruby setuju,” kata Mak Dah.

“Jangan lupa hantaq benda benda tu kat kedai pengantin di Pekan, upah saja, depa taulah apa nak buat, eh la ni berapa mas kawin kawasan kita ayah hang?” kata Mak Dah menambah, sambil bertanya pada Ayah Ad.

“$22.50 kot,” jawab Ayah Ad.

Mendengar semua ini Ruby meluru masuk ke dalam rumah untuk mengambil pen dan kertas untuk diberikan pada Arman supaya dia menulis semua keperluan untuk pernikahan ringkas ini, kalau di Kuala Lumpur PA KPR Kak Azizah yang uruskan, kali ini Arman harus bergerak sendiri.

“Ringkas ringkas takpalah, kita buat yang wajib wajib saja Arman, esok esok ada rezeki kita buatlah kenduri kendara besaq sikit,” Ayah Ad bersuara dan kesemua mereka mengangguk tanda setuju.

Mereka bersurai dalam keadaan yang damai,bersalam salaman sesama mereka penuh sopan, walaupun suasana ini tidak pernah mereka masing masing alami. Ianya aneh, ianya penuh persoalan dan pelik, namun tidak ada masalah yang tidak dapat dileraikan.

Rahimah dan Kak Noor menanti penuh debaran, Ruby masuk dengan senyuman paling manis membawa perkhabaran yang sangat membahagiakan. Mereka bertiga berpelukan dan masing masing hampir menitiskan airmata.

“Aku nak talipon kak Rubiah, baju kurung putih menikah dia ada lagi kot, tak payah sewa sewa, solek solek kita pi salon cina yang ada di pekan, hang artis hidup penuh rahsia, kalau pi kedai pengantin Melayu habislah bocor segala rahsia hampa,” cadang Rahimah.

Malam ini juga Arman akan menalipon Azri adik bongsunya untuk datang ke Baling, secara rahsia tanpa pengetahuan sesiapa termasuk ke dua dua ibubapanya. Dia juga akan mengarahkan Azri untuk membawa bersama sepasang baju melayu putih bersampin lengkap. Lusa segalanya akan jadi nyata, dia dan Ruby akan bersatu dalam ikatan yang sah.




Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Sambung baca di sini  :  Ruby Sebuah Kisah... BAB 50

Ruby Sebuah Kisah... BAB 50

$
0
0
RUBY 50

Berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak $22.50 tunai, hantaran sebanyak 5000 ringgit, telekung dan senaskah Al Quran maka selesailah majlis akad nikah di pagi yang berbahagia itu. Rubiah binti Abdul Karim dan Arman bin Dato Ramlee, sah menjadi suami isteri.

Kenduri kecil untuk orang orang kampung diadakan selepas Zohor, kenduri arwah, jawab Ayah Ad dan Mak Dah, apabila orang kampung bertanya. Kenduri arwah sudah tidak asing lagi di Banggol Lada, majlis makan makan bagi meraikan hal hal kesyukuran adalah hal yang biasa. Keseluruhan mereka tidak bertungkus lumus, Mak Dah ada sepupu di Sungai Patani yang berniaga makanan katering, cuma dia meminta mereka menyediakan masakan masakan orang Baling. Masak pesamah daging kerbau dan gulai batang pisang adalah sesuatu yang wajib ada.


click read more


Hanya Arman dan Azri merupakan orang luar di Majlis tersebut. Azri lengkap dengan kamera semi automatik menjadi teruja sejak awal pagi tadi merakamkan akad nikah di Masjid dan suasana majlis makan makan orang kampung di Banggol Lada. Ini suasana yang eksotik untuk dilepaskan begitu sahaja, ia harus dirakamkan.

Kak Esah wartawan kampung menjadi sedikit keliru, siapa orang luar berdua itu? Kenapa anak Ruby, Nur Nabilah diusung kesana kemari oleh Rubiah dan Azman? Dia mahu bertanya secepat mungkin pada Mak Dah bila tamat majlis ini, yang penting makanan sedap dan mereka tidak payah bertungkus lumus memotong bawang dan daging. Nasib baik Kak Esah bukan orang yang arif dalam industri muzik dan dunia pop.

Pulang ke Kuala Lumpur Ruby dan Arman masih di dalam kawalan. Pergerakkan mereka harus dijaga, tetapi mereka semakin intim, Arman juga memberitahu yang dia sudah menyediakan apartmen untuk Ruby tinggal bersama sebagai keluarga sebaik sahaja tamat rangka promosi 6 bulan album terakhir kumpulan Tiara. Album ini akan diusahakan dengan sebaik mungkin. Biar album terakhir jadi penamat yang hebat, bukan penamat yang lesu, tangkap muat dan gagal. Keuntungan syarikat masih menjadi kayu pengukur dan tunggak utama keseluruhan proses. Ruby adalah orang pertama yang tahu tentang pembubaran kumpulan Tiara yang akan belaku. Warga Kuala Lumpur masih belum mengetahui status mereka sebagai suami dan isteri.

Proses rakaman album terakhir ini menjadi sangat lancar, kerana mereka masing masing sudah tahu di mana kelemahan dan kekuatan vokal. Selain Ruby, tidak ada sesiapapun yang tahu ini adalah album terakhir mereka. Namun sesama mereka, mereka tahu masing masing semakin maju, Tina mendapat kontrak sambungan sabun kecantikan PRIME dan akan berkahwin selepas ini, dia penat berahsia tentang kekasihnya di England, Intan Syafinaz sudah mula belakon dua tiga drama tempatan, dia disenaraikan antara pelakon baru yang cantik dan berpotensi. Aliyah sudah memberi gambaran yang dia kini sedang menjalinkan hubungan dengan seorang penerbit muda dan dia membayangkan karier solo yang mantap. Aina pula semakin maju, dalam album kumpulan Tiara terakhir ini dia menerbitkan 3 buah lagu, dia kenal semua mereka dan akan memanipulasi kekuatan kelima lima mereka dalam tiga genre berbeza balada, pop r & b dan dangdut pop. Aina akan selamat sebagai penerbit dan pengubah lagu di waktu mendatang.

“and you Ruby?.....what about you?” Tanya Tina

Kesemua mereka melihat ke arah Ruby sambil mengangguk anggukkan kepala seolah olah bertanya serentak tanpa suara.

“Aku takda apalah…aku tak lawa macam korang!” katanya sambil tertawa dengan penuh pengertian.

T A M A T




Penulis adalah seorang seniman yang berkongsi suka duka, pahit manis, dan nilai-nilai yang dikutip sepanjang melalui perjalanan yang bernama kehidupan.
Sebagai menghargai karya yang digarap oleh beliau, kami amat mengalu-alukan sumbangan ikhlas kepada penulis melalui akaun bank seperti berikut  : 
MAYBANK 157018801720 (Mohd Rejab bin Ibrahim) 
Sumbangan ikhlas ini dapat memberikan suntikan semangat kepada beliau untuk terus menulis. Perhatian dan kerjasama daripada semua saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Selesai sudah kisah Ruby.  Jemput beramai-ramai kongsikan perasaan,  komen,  anda dengan Regina di sini  sini  Regina Ibrahim Facebook atau pun komen di post ini.  Thank you semua!

Saya Yang Paling Beruntung

$
0
0
Sudah hampir 1 bulan artikel saya "Rindu Awak Berjuta-Juta Persen" diterbitkan dalam blog saya.  Memang dari dulu saya suka menulis cerita dan dimasukkan dalam blog saya yang sendu ini.  Macam diari.  Tapi diari yang semua kawan-kawan boleh baca.  Kalau sapa-sapa kenai saya personal,  saya ni memang 'BANYAK CERITA' (banyak cakap).  Dari zaman sekolah sampai lani dah nak tua.

Tapi pengalaman dengan Asmaa memang amat besar dalam hidup saya.  Memang saya kena tulis dalam diari saya ini.  Tapi dalam hati,  perasaan memang ada macam takut dan tak yakin.  Satgi Asmaa tak suka pulak.  Ish,  takpalah,  kali ni aku tulis,  kalau Asmaa tak suka,  aku simpan untuk bacaan aku,  Asmaa,  Nonie dan Aishah sajia.

Lepas buat first draft,  aku pun email kat Asmaa.  First draft ini saya catatkan beberapa minggu lepas hari raya.

"Asmaa,  sila baca cerita aku ni.  Kalau hang izinkan aku nak bubuh dalam blog," itula catatan dalam emel saya.

Tak lama lepas itu,  Asmaa balas emel saya.





"Aku dah baca..." hati aku berdebar.  Apala mak ayam ni nak kata kat aku.

"Komen aku sebagai pembaca,  awat hang punya cerita tergantung.  Hang mai jumpa aku? Pastu that's it?  Kalau aku jadi pembaca aku rasa tak puas baca," kata Asmaa dalam emel beliau.  Cerita asalnya,  aku catat dari saat aku tau berita ini sampai aku jumpa Asmaa di Hotel Sama Sama.  And dia sambung lagi,

"Aku tau hang macam takut nak tulis lebih lebih satgi aku terasa ka apa ka.  Hang tulis la semua yang hang rasa nak tulis.  Aku tau hang boleh buat.  Jangan risau kat aku.  Aku okay," kata-kata Kak Asmaa membuatkan aku rasa semangat.

Malam itu,  aku bancuh ayak kopi cap kapal layar satu jag.  Aku pasang laptop kat living room.  Pastu aku bagitau kat laki aku "Abiang...malam ni Ya nak tulih cerita Asmaa.  Abang teman ya tidok kat sofa ni,"

Maka malam itu aku bersengkang mata menulis cerita Asmaa.  Untuk pengetahuan u olls,  draf pertama cerita ini,  sampai takat saya jumpa Asmaa di Hotel Sama-sama sahaja.  Lepas tu habis.  Tapi lepas dapat kata-kata semangat dari Asmaa,  aku terus dapat semangat puting beliung halilintar ribut Katrina dalam hati aku terus nak tulis malam tu juga cerita sepanjangnya.  Tak boleh tangguh nanti idea tu hilang.

Catatan siap seelok-eloknya lepas waktu Subuh iaitu lebih kurang 6.15 pagi.  Aku pun terus email draf kedua itu kepada Asmaa,  Nonie dan Aishah.  Lepas mandi dan bersiap,  aku pun terus pergi kerja.  Semasa aku sibuk dengan urusan kerja di pejabat,  tapi tak berapa penat maybe kesan coffee masih kuat dalam saluran badan aku,  Asmaa replied email aku dan berkata,

"Jumie...naisssssssssssssssssss...ilevyu...u no i olweiswilll" maksudnya JUMIE,  NICEEEEEEEEEE,  I LOVE YOU. YOU KNOW I ALWAYS WILL

Saya sangat gembira.  Dia juga mencatatkan yang dia sangat setuju apabila aku kata nak terbitkan artikel ini pada 22 Ogos sempena hari berkabung Malaysia.

Artikel tersebut diterbitkan pada 22 Ogos 2014 jam 7.00 pagi.  Kawan-kawan Facebook,  kawan-kawan blog dan juga kawan-kawan USM,  adik beradik saya semua duk tunggu dah cerita tu. Saya pun excited nak share dengan depa.  Dipendekkan cerita,  nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa pada hari hari biasa orang akan baca blog aku dalam 3000-4000 hit sehari.  So far paling tinggi aku catat dalam satu hari adalah sebanyak 8000 hit,  sebab aku share gambar-gambar wedding Rozita Che Wan.  Tapi bila aku post cerita "Rindu Awak Berjuta Juta Persen" teka berapa hit masuk dalam blog aku pada hari itu?

202,807 hit

GILAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.  Sekali nenjia.......sampai New York pun bacia blog aku.  Siriesly memang tak expect sampai tsunami pembaca.

Tak cukup itu juga,  cerita saya juga diplagiat masuk dalam laman website popular tanpa kebenaran saya.  Saya memang amat sedih apabila benda tu terjadi.  Saya sedih bukan sebab depa tak amik kebenaran dari saya,  tapi saya sedih kerana apabila membaca komen dan pendapat negative daripada para pembaca yang tak mengenali saya.

Yala u olls,  kalau saya yang share,  kalau saya sendiri yang kongsikan dalam Facebook saya dan Twitter saya,  maka saya tau siapa yang sedang membacanya.  Saya tau siapa yang kongsikan.  Dan mereka yang membaca blog saya tau....SAYA ADA DI SITU.  Makanya apabila artikel saya diplagiat dalam blog dan laman web berkenaan,  orang orang diluar sana tidak kenal saya siapa.  Maka pelbagai komen negative,  tohmahan dan juga fitnah yang saya sempat terbaca.

Sedih u olls.  Sebab itu saya mintak pihak pihak berkenaan buang sahaja apa yang telah dikongsikan itu.  Alhamdulillah,  mereka padamkan semua kandungan tersebut dalam website depa termasuk dengan semua komen-komen negative itu.

Sebenarnya I olls buat catatan ini adalah untuk mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga tersangat sangat kepada semua rakyat Malaysia yang duk mesej saya dan dari 22 Ogos sampai la hari ni.  Memang saya amat terharu sampai lani pun kalian semua duk mesej I olls tak berenti lagi.  Ada yang saya dah balaih dan ada yang I olls tak sempat nak balaih.

Dan saya catatkan penulisan ini pada malam ini untuk kalian semua adalah untuk bagitau tiga soalan utama yang sering kalian tanya.

Soalan 1  : Apa habak Asmaa dan Abderrahman?

Jawapannya  :  Alhamdulillah depa dua beranak okay.  Dikelilingi oleh insan-insan yang baik yang selalu sayang dan lindungi depa.  Baik dari pihak keluarga Asmaa dan keluarga Arwah Kimi juga.  Semua jaga Asmaa dan Abderrahman dengan baik.

Soalan 2  :  Boleh dak sekali sekala updatelah pasai Asmaa dan Abderrahman?

Jawapannya  :  Insya Allah kalau diizinkan saya akan share.  Tapi lani memang takdak apa nak share sebab I olls dan Asmaa pun dah nak masuk 2 bulan tak jumpa.  Kami duk mesej dalam Wassap sahaja.  Pastu ada la sekali tu Asmaa call.  Kita tak berani nak kacau dia sangat.  Dia ada banyak urusan nak bagi settle.

Oleh itu,  saya harap ampa janganla marah dan berasa kecewa apabila I olls tak update apa apa kat blog tentang Asmaa dan Abderrahman.  Saya mintak mahap la kalau ada pihak yang masuk blog saya ni dengan harapan nak baca macam-macam update pasai Asmaa dan Abderrahman.  Saya tak mau nak reka-reka cerita sekadar nak amik kesempatan atas peristiwa ini and at the same time saya rasa lebih baik bagi ruang yang secukupnya untuk beliau dan keluarga.

Blog saya kena teruskan.  Saya teruskan macam biasa.  Kalau sapa-sapa yang tak kenal saya sebelum ni,  marilah kita berkenalan.  Blog saya ada macam-macam.  Kami kat sini suka cerita gelak-gelak,  lawak-lawak,  cerita semasa,  cerita orang perempuan,  cerita orang lelaki.  Kalau tak cukup,  boleh mesej saya kat Facebook or Gmail.

Asmaa dan family dah teruskan hidup mereka.  Pasai pa kita pula perlu masih menangis setiap hari mengenang apa yang sudah lepas?  Bukankah lebih baik kita terus berdoa yang baik baik untuk Kimi dan kita semua?

Saya hentikan di sini.  Selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua. Terima kasih kepada semua yang mesej kat saya.

Ampa semua duk kata,  Asmaa sangat beruntung sebab ada kawan macam saya.  Siriesly?  Saya rasa saya yang beruntung ada kawan macam Asmaa.  Sebab melalui Asmaa,  Allah temukan kita semua hari ini.

Peace out.

Jumie Samsudin

Kembara Cuti Hari Malaysia 2014 (Pekan Baling, Kolam Air Panas Ulu Legong, Air Terjun Lata Bayu dan Kampung Dalam Wang)

$
0
0
Otak Seminit

Sampai rumah.  Mandi.  Dan buka laptop.  BELOGGINGG U OLLS.  I memang dah plan nak duduk rumah,  masak-masak and menulis blog sempena cuti ini.

Wawa mai rumah.  Dia kata esok cuti Hari Malaysia,  so dia nak pi jalan-jalan.  I tanya,  hang nak pi mana?  Dia kata,  pi la mana-mana aku nak pi.  Wawa ni memang suka buat ayat-ayat sendu dan pasrah.  I kata,  jom esok kita pi mandi laut.  Pastu Wawa kata,  JOM KITA PI MALAM NI.

Wawa ni memang ting tong.  Tiba tiba nak pi mandi laut malam-malam.  Dia ingat ni apa?  Video clip Beyonce Drunk In Love ka?

Pastu I kata,  jom kita pi kolam ayak panaih nak?

Wawa kata,  JOM!

Pastu i pun mesej dalam group wassap eksklusif ANAK AYAM JS,  "Sapa free malam ni jom kita pi mandi kolam ayak panas," Mamu,  Ezal dan Shuk bersetuju.

Saya cium Khafi.  Malam itu dia tak ikut sebab dia ada kerja esok.  Lagipun dia bukan suka pi tempat ramai-ramai orang ni semua.  Haritu dah bawak dia mai sini,  dia tak enjoy langsung.  Menyesal sahaja drive berejam pi tempat tu.

Me and Wawa sampai kat rumah Mamu,  Ezal dan Shuk.  Depa dah siap dengan bag pack semua.



click read more




Baling Here We Come

Kami betul-betul ada atas Jambatan Pulau Pinang. Destinasi,  Baling,  Kedah.

Kami berlima selamat tiba di pekan Baling.  Kami berhenti di sebuah restoran tomyam yang masih beroperasi.  Kena lapik perut.  Satgi berendam dalam ayak panaih lapak pulak.  Order nasik putih 6,  tomyam ayam,  telur dadar dan sambal belacan sahaja.  Selesai makan,  kami berlima meneruskan perjalanan.  Oh lupa nak bagitau,  i la yang tukang drivenya dari Penang.

Dah lama I olls tidak pegang stereng untuk perjalanan yang jauh-jauh.  Selalunya En.  Khafi yang akan drive.  Dia tak trust bila i drive.  Detu suka buat teruk.  Padahal driving aku okay ja.  tapi takpalah,  dia nak drive sangat pun baguih jugak.  Bolehlah aku mengeruh kat sebelah.  Memang kalau balik Johor pun,  Khafilah yang drive.  I olls tunggu dia kata ni ja "Sayang tak mau tidok ka?" bila dia tanya ja soalan tu,  maka i pun buatlah persembahan simfoni kasih.  Kroh....kreh....(berdengkur u olls)


From left,  Ezal,  Shuk,  Wawa,  haiwan terpelihara,  Mamu. 




Simple eat before merendamkan diri.







Kolam Air Panas Ulu Legong

Kami teruskan perjalanan ke destinasi utama iaitu Kolam Air Panas Ulu Legong.  Last time i mai sini adalah lebih kurang 2 tahun yang lalu.  I mai dengan Khafi dan adik ipar I.  Depa dua dua tak enjoi langsung mai sini.  Duk pose sana pose sini.  Tak berendam dalam kolam ayak panaih pun.  Buang masa ja bawak mai sini.

Orang suka pi mandi kolam ayak panaih time malam-malam.  Orang tak pi kolam ayak panaih time tengah hari nanti ampa masuk dalam kolam time siang,  ampa jadila bakso.  So sebab tu orang akan pi malan-malam.

Tapi bila nak drive malam ni satu bab la pulak.  Perjalanan masuk ke Kolam Air Panas Ulu Legong ini adalah agak gelap dan berliku.  Dan boleh jugak dikatakan agak horror.  Dahla kita nak pi ni waktu malam.  Saya harap kalau ampa nak drive ke sini secara satu kumpulan atau berkonvoi,  lantiklah pemandu yang berhemah dan juga kuat semangat.

Contohnya seperti saya,  masa malam tu,  bila nak masuk ja kat pintu pagar utama Kolam Air Panas Ulu Legong,  nenjia 100 meter lagu tu kat depan i nampak orang naik basikal kat depan.  Orang tu duk tunggu tepi jalan.  Bila dia nampak kereta duk mai,  orang itu pun pusing basikal dia dan masuk ke dalam hutan di belah kanan.  Tapi bila i drive dekat kat kawasan tu,  nenjia kat tepi tu memang hutan style ada bukit kat tepi.  MEMANG MUSTAHIL ADA ORANG BOLEH MASUK NAIK BASIKAL KAT SITU.  Nakharommmmmmmmbetuilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........................I punya kecut.  Teruih tak tengok tepi dah.  Dalam hati duk istighfar dan sebut Allah banyak banyak kali.

Mamu duk mengeruh.  Wawa diam macam batu.  Ezal duk mengomel.  Shuk diam duk scan handphone dia.  Biasalah dah masuk kawasan kan?

Dulu,  masa aku mai dengan suami aku,  masa kami melalui kawasan kampung selepas Pekan Baling,  ni kira nak masuk simpang pi Ulu Legong dah.  Khafi duk drive.  I duk tengok tepi (kiri kereta la).  Pemanduan suami I tak berapa laju,  standard ja.  80km/j gitu.  Tiba-tiba,  i nampak ada lelaki duk dalam parit and duk panjat nak naik.

Pelik dak?????  Sapa yang masuk parit malam-malam lagu tu?  Dia jatuh motor ka?  Dia duk tangkap ikan ka?  tapi nasib baik malam itu i sengap saja.  Tak berani pulak nak tegur benda benda choi di waktu malam begitu.  Lepas dah balik semua,  baru I cerita kat Khafi.  Khafi kata dia pernah terbaca dalam satu artikel pasai kisah misteri di Baling,  and orang selalu ternampak lelaki duk panjat naik parit.  FCUUUUUUUUUUUUUUKKKKKKKKKKKKKKKK pasaipa aku duk nampak benda benda ni semua.

Okay kembali kepada kisah kami,  alhamdulillah,  kami berlima selamat tiba di lokasi dengan Dorie ku.  Dorie ialah nama  timangan kereta Viva warna biru milik saya.

Jam menunjukkan lebih kurang 2.00 pagi.  KAMI TERLUPA SANGAT SANGAT YANG MALAM INI ADALAH MALAM CUTI UMUM.  Maka, lebih kurang 300 meter daripada pagar utama masuk ke Kolam Air Panas Ulu Legong ni dah jem gila babi punya.  Maka kami stuck dalam jem for about 15 minit sehinggalah kami dapat parking yang terletak di deretan rumah inap yang terletak di sebelah Kolam Air Panas Ulu Legong.    Dari tempat kami parking,  kami terpaksa berjalan lebih kurang 10 minit jugaklah baru dapat sampai kat pintu masuk utama.

Bila tengok deretan rumah inap kat sini,  kami macam feeling pulak nak stay kat sini saya bila selesai mandi.  So esok baru balik Penang katanya.  Tapi bila kami call semua no telefon yang tertera di papan-papan tanda kat situ,  semuanya bagi jawapan yang menghampakan.  Of courselah u olls.  Cuti sekolah.  Pastinya orang dah booking dah lama dah nak stay kat rumah-rumah ni semua kan?  So takpalah,  kami teruskan niat untuk pergi berendam di dalam kolam air panas.

Bayaran masuk ke Kolam Air Panas Ulu Legong  adalah RM6 untuk dewasa.  Tapi kena tunjuk MyKad.  Nasib baik masa nak masuk tak perlu beratur panjang.  Tapi orang tetap banyak.  Bila masuk sini,  kami pusing jalan-jalan dan tengok kawasan dahulu.

Kebetulan depa ada buka booth urutan refleksologi dari OKU penglihatan,  so kami pun amik kesempatan untuk berurut dulu.  30 minit hanya RM20.  Lebih kurang jam 3 pagi,  barulah orang semakin berkurangan.  Semuanya sudah mulai balik.  Barulah kami dapat berendam dalam kolam air panas.

Lebih kurang 5.00 pagi.  Kami bersihkan badan,  mandi,  dan tukar baju.  And merambuskan diri dari tempat itu.



Mamu sedang mengurut kaki.  



Akak dan Wawa.




Orang punyalah ramai.  Elakkan datang pada musim cuti sekolah or cuti umum.  Tapi kalau u olls nak datang scan,  why not.




We olls memposing.  Shuk amik gambar.  Sorryla ehk,  akak kalau dapat camera memang macam khayal sedikit.  Kalau sapa-sapa yang rasa macam nak termuntah tengok akak,  silalah stembai cuka satu telaga untuk kumur mulut u olls siap siap.  Harap maaf.  PG13.


















Kuih 4 Seringgit

Disebabkan kami tidak dapat bilik untuk rumah inap,  maka kami pun mengambil keputusan untuk drive naik semula ke Pekan Baling.  I olls masih lagi teringat kelibat orang naik basikal tadi,  tapi tak mengapalah,  dah nak masuk subuh,  jin dan syaitan pun dah nak blah dah.

Kami tiba di depan Masjid Ridzwaniah Pekan Baling seeolok-eloknya masuk waktu subuh.  Lepas selesai subuh,  suasana masih lagi gelap.  I olls,  Mamu dan Wawa tidok dalam kereta.  Manakala Shuk dan Ezal baguih punya duk beli nasik lemak dan duk makan kat luar kereta.  I olls memang tidok lena dah tak ingat apa.

Pukul 7.30 pagi kami semua bangun.  Sebelah kereta kami ada orang meniaga nasi lemak dan kuih muih.  Arrrrhh patutlah meriah.  Kakak tu jual nasik lemak sebungkus seringgit dan RM1 untuk setiap empat bijik kuih.  Kami punyalah borong. HAHAH lapakkkkkkk lapakkkk lapakkkkkkkkkkk.

Selepas selesai memborong,  kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang juga terdapat dalam Daerah Baling.....



Menara jam depan masjid.  Kat bawah ni kami lena.  Gambar ni Ezal yang amik.




#FirstTimeInMyLife bangun tidok sebelah tu ada orang jual kuih muih Malaysia.  Apa lagi, penyepit! Serang!!!





Empat seringgit.  






Mata saya berpinar.







Sempat pose lagi dengan perut berlapih.  Perut ka,  te@#$ ka aku pun tak tau beza dah.  





Ku Lihat Hijau

Kami melalui jalan kampung.  Kami berlima punya duk gelak dalam kereta.  Punyalah seronok.  Rasa macam tak penat langsung.  Kami ada berhenti kat satu tempat untuk mengambil gambar pemandangan hijau yang sungguh indah sekali.




Dorrie ku memang banyak memberikan jasa.  Kereta ni dah pakai 6 tahun.  masih dalam keadaan baik.




Sayang gambar ni i bergegar.  Tapi takpa,  walaupun i blur dalam gambar ni,  tapi kejelitaan i tetap terpancar.



Tangan I tu sibuk sangat.



Dia duk buat dah...................pose Beyonce dia.



Tak taula apa aku duk buat time ni.  Nasib baik takdak kereta yang lalu lalang kat sini time ni.







Air Terjun Lata Bayu

Kami tiba di pintu pagar Air Terjun Lata Bayu pada jam 8 pagi.  Apa lagi,  kami pun sambung mandi lagi sekali.  Pagi-pagi lagu tu,  memang takdak sapa-sapa lagi kat ayak terjun tu.  Memang best gila.  Rasa macam private ayak terjun kami.  Tapi,  dia punya sejuk hanya Allah yang tahu.  Aku punya menggigil masa mula-mula masuk.  Pastu kami berlima makan nasik lemak kakak tadi kat kaki ayak terjun.  Ini adalah kali pertama dalam hidup i olls makan nasik lemak kat kaki ayak terjun.  Gila nikmat u olls.  Makan dua bungkus rasa tak cukup. HAHAHA.  Lepas makan nasik lemak baru badan rasa macam panas sikit.

Kami mandi lebih kurang 2 jam.  Around 10 am,  bila pengunjung mulai tiba di kawasan itu,  kami pun berangkat pergi.  Memang seronok datang bermandi diwaktu takdak orang.  Lain kali memang nak buat macam ni lagi la.



Subhanallah.  Bak kata Asmaa,  kita tak perlu cari ikan ada tulisan Allah pada sisiknya,  tengok sahaja sekeliling kita,  bukankah ini semua kebesaran Ilahi?







Sempat lagi pose Beyonce sebelah Wawa.  Kau mampu?




Seronoknya berenang time ni. Takdak sapa pun.



Tengok tu akak kat belakang?  Sempat lagi nak pose Beyonce.  #walaupun



Nak mai sini lagi.............................................#nangih



Ni #selfie Shuk before dia hampir hampir lemas hanya 2 meter depan kitorang.  Dah la bonsai,  tak berapa tau berenang,  tiba tiba nak feeling melawan arus.  HAHAHA sampai lani aku duk terbayang macam mana rupa Shuk masa nak tenggelam.  Lawak gila.




Kami berposing sebagai pasangan pengkid di era 90 an.  HAHAHAHAH






Laksa Kedah Wafi Ramli

Lepas kami siap,  kami berlima telah dijemput oleh rakan dari USM juga,  Wafi Ramli yang memang anak watan daerah Baling.  Rumah ibu bapanya terletak di Kampung Dalam Wang.  Kerlas nama kampung dia.  Macam orang kaya-kaya gitu.

Wafi kata,  dia dah siap masak laksa untuk kami.  Actually perut I masih lagi penuh dengan butiran nasik lemak.  Tapi takpala.....laksa Kedah tidak boleh ditolak ya u olls.  Keenakannya mempunyai nilai yang tersendiri.

Setelah bergaduh dan memaki hamun Shuk yang pernah beberapa kali datang rumah Wafi,  tapi masih tak ingat jalan,  akhirnya kami sampai juga kat rumah Wafi.  Keluarganya menjemput dan melayan kami dengan baik sekali.  Wafi memang seronok sangat kami mai rumah dia.  I olls rasa macam Beyonce sangat dilayan dengan begitu baik sekali.

Wafi kata,  lepas ni dia ajak kami pakat-pakat untuk berkelah di air terjun Lata Celak and hiking Bukit Baling untuk melihat Gua Kelambu Pulai atau lebih dikenali sebagai Gua Puteri.  Kata Wafi,  ada cerita meletops disebalik gua itu.  Dahulu ada seorang puteri,  entah mengapa seluruh orang kampung tidak suka pada beliau,  maybe puteri tu kekwat ka apa ka.  Atau tolak cinta pemuda kampung ka.  So dia kena fitnah ka.  So akhirnya,  akibat terlalu pereng,  maka puteri itu mengsumpah gajah,  harimau dan macam-macam binatang lain.  Dalam gua itu juga ada tempat yang menyerupai tempat beradu puteri itu,  lengkap dengan kelambu.

Persoalannya,  kalau pereng kat orang kampung,  kenapa gajah yang disumpah menjadi batu?  Diskriminasi kepada haiwan gemok betul.  Puteri zaman dulu kala mesti macam ting tong sikit kan.

Lepas makan dan gelak ketawa,  we olls pun amik kesempatan untuk terlelap seketika.  Nak amik energy before drive balik Penang u olls.  Yelah,  tadi we olls tidok 2 jam je. Bila berjaga,  Wafi dah siap bungkuskan I olls buah-buahan seperti duku langsat,  jambu ceri,  buah berangan dan juga serai untuk dibawa balik.  Kerlas Wafi,  mak-mak sangat hang kan!!  Anyway thank you so much Wafi.  Nanti u olls mai rumah I pulak k.




Wafi kata "Sorry takdak telok.....so tak lengkap la Laksa Kedah hari ni," Takpa aihhh Wafi.  ni pun dah meletops dah.  Laksa bubuh daun selom.





Aku dah menyerupai cucur badak dah dalam gambar ni.  






Nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......



#selfie




Bergambar sebelum mengakhiri perjalanan kami.





Thanks Wafi,  nanti kita buat bakar-bakar ayam kat Lata Celak ya.




Semoga u olls terhibur dengan gambar-gambar posing I.  HAHAHAH





Kesimpulan

Bila plan teruk-teruk nak pi bercuti,  ada sahaja masalah dan halangan.  Tapi bila buat benda adhoc macam,  alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Memang seronok percutian ini.  Hope dapat buat lagi. Oh ya,  satu lagi kesimpulan,  I SHOULD LOOSE SOME WEIGHT.  Sekian.

Saloma by Melissa Saila

$
0
0
Pengenalan

Tayangan istimewa Saloma di Astro First telah bermula sejak 28 Ogos 2014.  Tapi disebabkan oleh kerana tiada kelapangan,  baru dua tiga hari lepas aku berpeluang untuk menonton cerita ini.  Sejak tayangan bermula,  ramai kawan-kawan sudah menitip pujian di telinga aku untuk pergi beli tayangan Saloma di Astro First membuatkan aku rasa begitu tidak sabar.

Jemput baca komen ringkas dari saya.




click read more


Lakonan dan Casting
Saya sangat berpuas hati dengan semua lakonan yang dipersembahan dalam cerita ini.

Untuk Nabila Huda,  saya berikan tanda hormat yang tinggi atas hasil kerja beliau.  Bukan senang nak pegang watak yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia di seluruh dunia.  Tapi,  bakat beliau memang tidak dapat disangkal lagi.  Sangat suka cara beliau bercakap seolah-olah sedang melihat Saloma sendiri sedang berucap.  Dia rendahkan suara agar sama laras dengan cara Saloma yang mempunyai suara yang jelas,  rendah dan strong.  Suara seorang penyanyi.  Cuma gaya lip-sync beliau yang masih belum kejab.  Kena belajar dengan kakak-kakak drag show baru leh buat lip-sync yang cantek.  Tapi overall,  Nabila Huda telah membuatkan saya sayang pada Saloma.



Pujian tinggi juga harus diberikan kepada pemegang watak P Ramlee iaitu Tony Eusoff yang sangat bersahaja dan tidak terlalu over telah mencantikkan lagi lakonan Nabila Huda yang memegang watak utama iaitu sebagai Saloma.


Pujian paling tinggi saya bagi kepada Azhan yang memegang watak AR Tompel.  Dengan pasung gigi palsu,  ketinggian dan juga cara percakapan,  aku duk gelak berguling-guling duk rasa macam AR Tompel dah hidup semula membuat lawak kat kita walaupun dalam keadaan kisah hidup sebenar.  Dia betul-betul buat research untuk pegang watak ini.


Photo courtesy / www.medialah.com


Juga kepada pelakon kanak-kanak yang memegang watak Saloma semasa kecil,  ya Allah cute gila adik tu cakap macam orang dulu-dulu.  Saya sangat suka lakonan beliau.  Petah sungguh dia bercakap.

Kepada barisan produksi semuanya,  saya amat puji dengan pemilihan para pelakon yang saya rasa semuanya amat tepat sekali. Sazzy Falak, Julie Ziegler, Sharifah Amani, Lydiawati, Hasnul Rahmat dan ramai lagi memang bagus sekali.  Lakonan tu memang sah-sah lah bagus,  tapi rupa wajah depa juga lengkap dengan make up effect dan costume memang meletops sekali.

Oh ya,  juga kepada para pelakon sampingan dalam cerita ini.  HAHAHAHAHAHA tak sangka sungguh ramai kawan-kawan I olls ada dalam ni.  Depa ni semua memang penggiat teater kat USM.  Paling bangga apabila melihat Azhar Jalil,  my sifu,  my brother.



Costume dan Gaya Solekan
Memang sangat suka tengok semua penggayaan rambut,  solekan dan juga costume dalam cerita ini.  Mak I pernah kata,  Saloma punya fesyen dulu memang meletops.  Orang lain tak pakai,  dia pakai dulu.  Tapi dalam banyak-banyak baju yang digayakan oleh watak Saloma dalam cerita ini,  paling I olls suka adalah dress putih longgar ala-ala toga dengan kain songket terlilit di pergelangan tangan.  Siriesly,  classy gila!!  Kepada team make up artist,  hair stylist dan juga pereka costumer,  NORA BAGI 4 JUTA BINTANG!!





Sinematografi
Penang menjadi lokasi utama penggambaran cerita ini.  Pemilihan lokasi dan juga focus pada screen juga dilakukan dengan amat berhati hati agar latar belakang 50an- 60an menjadi lebih jelas.  Tahniah kepada pengarah dan semua produksi seni.



Nyanyian dan Lagu
Nyanyian semula orang Liza Hanim memang sangat sedap.  Liza Hanim pernah berlakon sebagai Saloma dalam persembahan teater muzikal.





Kesimpulan  

Cerita ini memang best sebab penceritaan yang simple tapi membawa kita dekat dengan Biduan Negara Saloma.  Selama ini kita sering dengar kisah P Ramlee sahaja,  tidak pernah saya mendengar kisah yang lebih terperinci mengenai Saloma.  Satu penghargaan buat insan ini dari kita semua sebagai rakyat Malaysia.  Tahniah Malissa Saila.  Teruskan martabat nama pengarah wanita!  Sempena cuti hari minggu ini,  saya amat mencadangkan u olls semua membeli Saloma di Astro First!



Bacaan lain  :


In Saloma’s shoes by KENNETH CHAW

Nantikan...Saloma di Astro First Eksklusif

Saloma remembered

Makan Sushi dengan Chin Chin

$
0
0
Kali ini dia punya turn melanja i makan sushi.  Kami memang suka makan sushi.  Ya,  seperti i selalu bagitau kat ampa semua.  Setiap kali saya tengok sushi,  mata saya bercahaya macam bintang.

Chin Chin pun sangat suka memakan sushi.  Sebab senang nak dia makan sendiri.

Ampa semua kena berkenalan dengan kawan I olls bernama Chin Chin ni.  Beliau ialah OKU Celebral Palsy pertama yang menang Anugerah Emas Naib Canselor USM pada tahun 2006.  Kau mampu?  Now she's working in USM (dah almost 6 tahun sudah) dan setiap hari kami pi kerja sekali.
Ampa boleh berkenalan dan baca catatan peribadi beliau tentang asesibiliti sebagai seorang OKU di sini  :  Suka Duka Kehidupan Chin Chin

Sebelum ni ada banyak i duk cerita pasai Chin Chin,  ampa carila sendiri dalam blog ni.  (:P) Tapi post ini adalah semata-mata untuk promote blog Chin Chin kat ampa.







Ekspidisi Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang

$
0
0
Pada awal September  yang lalu,  I olls telah menyertai program ekpidisi ke Pantai Kerachut bersempena dengan minggu orientasi untuk pelajar pertukaran universiti dari luar negara ke USM bagi bagi Semester I,  Sidang Akademik 2014/2015 (Fall Semester).

Sebagai tuan rumah,  USM Student Buddies telah menjadi pengelola utama sepanjang 7 hari pertama para pelajar antarabangsa yang akan berada di USM selama satu semester ini.  Pebagai aktiviti yang they olls rencanakan,  seperti biasa,  briefing,  welcoming dinner and sebagai penutup aktiviti ekspidisi Pantai Kerachut.

Walaupun I olls tidak kena mengena secara langsung dengan sambutan pelajar exchange kat USM,  tapi since ini adalah aktiviti pejabat,  maka boss kami memberikan kerahan mandatori kepada kami semua kakitangan untuk sertai ekspidisi hiking ke Pantai Kerachut.  Boat disediakan untuk mengangkut peralatan dan juga AJK yang perlu tiba awal di Pantai Kerachut sebagai persiapan awal.  Tapi i dan beberapa rakan staf lain menyahut cabaran untuk hiking ke Pantai Kerachut.

Pengalaman ini memang amat menyeronokkan sekali.  Jom baca kisah kami dan tengok gambar-gambar kami.  :)


From left,  Liyana,  Beyonce,  Faridza Garik,  Suhaila,  Diana Sayuti,  Aini.  Yang depan tiga budak tu ialah anak-anak Kak Ja a.k.a Puan Nurhaniza.  Gambar sebelum berhiking.  






Fakta Mengenai Pantai Kerachut dan Taman Negara Pulau Pinang

  • Pantai Keracut adalah salah satu daripada 9 pantai yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang.

  • Taman Negara Pulau Pinang diwartakan pada tahun 2003.  Sesuatu yang amat bagus sekali.  Sebab sebelum itu, pantai-pantai ini tidak mempunyai pemantauan khas seperti ini. Setelah diwartakan pada 10 April 2003 Taman Negara Pulau Pinang diuruskan sepenuhnya oleh Jabatan Perhilitan, jumlah keseluruhan keluasannya ialah 2,562.983 hektar merangkumi keluasan darat 1,181.949 hektar dan laut 1,381.041 hektar.

  • Terdapat sebuah rumah api di Muka Head ataupun Teluk Duyung.  Rumah api ini dibina pada tahun 1883 yang juga merupakan rumah api kedua tertua di Malaysia.  Rumah api paling tua di bina di Malaysia adalah yang terletak di Fort Cornwalling Pulau Pinang.

  • Terdapat perkuburan orang Acheh Indonesia berusia lebih 80 tahun  di sekitar Muka Head.

  • Teluk Kampi iaitu pantai paling panjang di TNPP adalah lokasi yang kontroversi dimana sekumpulan maknusia membuat parti telanjang tidak laman dahulu.  HAHAHA

  • Selain hiking,  camping terdapat beberapa aktiviti lain yang boleh dialami oleh para pengunjung iaitu menaiki canopy walk dan juga melawat tapak pemeliharaan penyu.

  • Di Pantai Kerachut,  ada sebuah tasik.  Tasik ini adalah satu-satunya tasik meromiktik di Malaysia kerana tasik ini mempunyai dua lapisan air.  Bawah air masin (air laut) dan permukaan atas adalah air tawar (dari lima anak sungai yang turun dari bukit-bukit di sekeliling).  Tapi semasa kunjungan akak masa tu,  tasik itu kering.  Tasik ini akan naik mengikut musim tertentu.  Bulan Oktober sampai April,  tasik ini akan kering.  Baca di sini  : Keistimewaan Tasik Meromiktik Telok Bahang, Pantai Kerachut, Pulau Pinang

  • USM menempatkan sebuah pusat penyelidikan di dalam Taman Negara Pulau Pinang iaitu SAMUDERA atau CEMAC.  Baca sini  :  The Centre for Marine and Coastal Studies (CEMACS)

  • Sekiranya anda berminat untuk mengadakan sebarang aktiviti di sini,  sila layari laman web ini  :  Pulau Pinang National Park

Gambar ehsan Tukka Harmala.




My Hiking Experience

Hiking kami bermula seawal 9am.  I olls tidak mempunyai kasut hiking.  Memang dari dulu teringin nak beli kasut hiking.  Tapi tak kesampaian lagi.  Nanti la nak beli saja-saja pakai pi kenduri.  Pakai dengan baju kebaya,  why not?  Haaa dah hang tanya kan soalan tu?

Kalau ampa nak tau, pagi 6 September 2014 (Sabtu) memang hujan lebat gila sejak subuh.  Tapi menjelang 8 pagi,  hujan sudah berhenti dan matahari pun keluar memberikan sinaran sunshine kat kami.  Ini membuatkan perjalanan kami sepanjang sesi hiking adalah amat mencabar.  Banyak lopak air,  selut, permukaan licin.  Tapi nasib baik,  di Taman Negara Pulau Pinang,  mereka tidak ada PACAT.  Disahkan oleh renjer.  Sujud syukur.

Selepas menerima briefing ringkas daripada pihak renjer,  apa boleh buat,  apa tak boleh buat,  maka kami pun memulakan perjalanan.  Akak dan Zack (salah seorang staf) duduk di barisan paling hadapan sekali.  Di belakang kami ada 120 orang peserta dalam kalangan pelajar USM BUddies,  pelajar antarabangsa dan kakitangan USM International Office.  Barisan memanglah panjang.  Disebabkan oleh itu,  kami mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke lokasi.  Kalau dalam kumpulan kecil ataupun individu,  kita boleh sampai ke Pantai Kerachut lebih kurang 1 jam 30 minit sahaja.

Kami melalui jalan yang berbukit bukau.  Mulanya,  memang ada denai jalan yang elok.  Tapi selepas Sungai Tukun,  kami betul betul melalui jalan hutan.  Kami redah celahan pokok,  tepian sungai,  melihat flora dan fauna.  Ada kalanya kami daki bukit,  ada kalanya kami menurun bukit.  Turun bukit tu yang paling susah sekali sebenarnya.  Silap langkah,  hang akan jatuh tergolek.  Akak rasalah,  akak daki naik turun dua bukit untuk sampai ke Pantai Keracut.

Jalan berselut kerana hujan yang turun pagi tadi.  So kena berhati hati ketika mendaki dan menuruni cerun bukit.  Ada beberapa kawasan yang disediakan tali untuk berpegang.  Selebihnya tidak ada.

Akak ikut setiap langkah yang Zack jejak dihadapan akak.  Itu cara paling selamat untuk mendaki di belakang seseorang.  Kalau orang tu pijak tu okay,  mesti kita pijak pun okay.  Akak bernafas sedalam yang mungkin.  Hirup oksigen segar yang tidak dapat dihidu dalam kehidupan di bandar Georgetown yang penuh dengan hiruk pikuk kenderaan.

Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 3 jam kerana kami dalam kumpulan yang besar.  Tapi selepas sampai di tempat kejadian akak sangat happy sekali.  Yes,  memang akak menyesal sebab buat aktiviti ini sebab sakit dan penatnya hanya Allah yang tahu.  Tapi yes,  akak dah selamat membuat cabaran ini.

Ada yang perli akak,  depa kata "Alah baru naik Bukit Kerachut dah penat teruk," Hey puki hang noks,  berat badan hang 100 kg macam aku ka?  Tolonglah jangan kutuk orang gemok yang berusaha untuk hidup sihat.  Perangai macam babi manusia bongkak macam ni.  Hang ingat dah 100 kali hang ulang aling hiking pi Pantai Kerachut hang dah kira tahap fit gila babis ka?  Tuhan jentik bulu roma betis hang sekali ja,  nenjia angin ahmar terus.  (SORRY AKAK PERENG).

Akak amat mengalu-alukan kalian semua untuk mencuba aktiviti ini.  Especially orang-orang Penang,  sekiranya sihat tubuh badan dari sebarang penyakit kronik,  bawalah keluarga dan rakan-rakan untuk mencuba cabaran ini.  Pengalaman yang sungguh menyeronokkan.  So kalau orang nak tanya pasai Pantai Keracut,  oh yes,  i have something to share.


Gila muka penat.  Masa ni last stop punya before sampai kat Pantai Kerachut.  I olls duk tunggu kawan-kawan lain yang berada di barisan paling belakang.  Muka aku macam abang aku,  Budie.  HAHAHAH

Mak takdak kasut hiking.  Kasut Justin Bieber pun jadilaa.....



Sujud sukur apabila selamat sampai di Pantai Kerachut dengan kaki sendiri.  SHABASSS BETEEE!!!








Tips kepada Orang Gemok yang Ingin Hiking


  1. Kalau ampa ada asthma jangan berangan.  Sila amik boat.
  2. Pakai kasut yang selesa.  Kasut yang tertutup.  Tidak terlalu kuat.  Kasut yang elok akan support your feet.  Kaki adalah amat penting untuk support tubuh badan u olls.  Pastikan u olls pakai kasut dengan size yang bersesuaian.
  3. Pakailah pakaian yang selesa.  
  4. Jangan makan terlalu banyak sebelum hiking.  Makan buah pisang (1 biji ja jangan satu sikit) dengan air red bull ka apa ka.  
  5. Bawa air masak dan air tenaga seperti R vive ataupun 100Plus.  Tapi jangan minum banyak-banyak.  Setiap setengah jam ke macam tu,  minum satu teguk je.  Sekadar nak basahkan tekak sedikit.  
  6. Kalau ada kayu hiking,  bawaklah.  Pegang kayu masa hiking memang penting dan banyak kegunaannya selain support badan kita bila nak memanjat.
  7. Selepas hiking jangan terus tidok ka apa u olls.  U olls kena banyak jalan-jalan dan bergerak-gerak.  
  8. Jaga breathing.  
  9. Kalau rasa terlalu penat,  jangan terus berhenti berjalan dan duduk.  Instead,  perlahankan langkah u.  Once u berhenti dan duduk,  susah nak start balik.  





Buddies USM Activities

Dikesempatan ini akak nak bagi pujian khas kepada USM Student Buddies.  Akak sangat respect dengan cara kerja mereka,  team work sangat strong.  Setiap ahli pasukan tahu apa yang kena buat and semuanya ada fungsi masing-masing.  Setiap aktiviti yang mereka lakukan,  bukan sahaja bagi peserta enjoy malah rasa begitu mudah sekali.  Depa punya work spirit is about being in one family  tiada unsur unsur politik ni semua.

Untuk event ni,  depa bukan sahaja mai hiking macam kami semua.  Pastu depa yang set up semua acara sukaneka,  tolong kemas tempat dan semua sekali.  Memang bagus sangat depa ni.

Akak sangat respect dengan budak budak ni.  Kepada budak-budak USM,  akak amat mengalu-alukan ampa mai join USM Student Buddies,  banyak pengalaman ampa boleh pelajari.


Gambar ehsan Reezal Al Mufazal




Makan Tengahari oleh Bumbledee's at 1938
Untuk makan tengahari,  kami telah memberi kontrak katering kepada Bumbledee's at 1938,  sebuah restoran yang terletak di dalam kampus Induk,  USM.  Kami order semua kat depa,  depa mai antar kat kami.  Senanglah,  kami mai makan sahaja.  Chef executive,  Abang Madi menyediakan ayam panggang with gravy,  spiral pasta with tomato sauce,  nasi briyani,  garden salad,  oh macam-macam lagi.  I memang makan banyak selepas itu.  HAHAHAH nasib laaa....memang lapakkkk terukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

Apa-apa,  boleh check it out kat sini  :  https://www.facebook.com/Bumbledees.At.1938











Melepaskan Anak Penyu 
Kumpulan ekspidisi kami bernasib baik kerana berpeluang untuk menyaksikan bagaimana anak-anak penyu yang baru menetas dilepaskan ke lautan. Untuk aktiviti ini, kita kena buat tempahan khas dengan pihak Penang Turtle Sanctuary kerana depa akan sediakan anak-anak penyu untuk kita,  pastu pegawai khas iaitu renjer akan bagi penerangan tentang aktiviti konservasi penyu,  penerangan tentang penyu dan juga menguruskan aktiviti pelepasan anak penyu.  Tapi akak tidak membuat aktiviti ini kerana terlalu touching.  Bayangkan dalam 1000 ekor anak penyu yang dilepaskan ke laut,  satu sahaja yang akan survive.  SATU SAHAJA!

Ampa baca pasai turtle sanctuary kat sini  :  Penang Turtle Sanctuary


Gambar ehsan Reezal Al Mufazal

No camping in this area.  Sebab kawasan ini adalah kawasan penyu datang menetas.


Gambar ehsan Reezal Al Mufazal
Gambar ehsan Reezal Al Mufazal




Kesimpulan
Pengelaman ini memang amat menyeronokkan.  Tapi kalau ditanya sama ada saya nak hiking lagi ke Pantai Kerachut....Erm....let me think again.  Maybe yes!! Yes!!  Sebab now,  aku dah lupa macam mana rasa penatnya.  kalau ampa tanya beberapa hari selepas sesi pendakian itu haram aku tak mau buat lagi dah.  


Kami sedang menunggu turn untuk balik.  Balik naik boat pada waktu malam.  Memang best.  HAHAHA.  Suhaila duduk depan sekali.  Baru ada akai.  Gambar ehsan Reezal Al Mufazal.




Kanan dalam gambar tu la Reezal.  Photographer USM yang hemsem dan manis orangnya.  Lani dia pelakon hebak dia ni.  HAHAHA sapa perasan dia berlakon kat mana baru baru ni?  KLU  : SALOMA.  Gambar ehsan Reezal Al Mufazal


Gambar ehsan Reezal Al Mufazal
Gambar ehsan Reezal Al Mufazal


Okay now.  Jom tengok gambar lain.  

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

Gambar ehsan Tukka Harmala.

USM Student Buddies and Admin Staff Team Building di Bukit Merah Laketown Resort

$
0
0
Hello u olls,

Haaa ni nak cerita lagi satu kenapa I olls tak update blog.  Baru-baru ni kami semua (kakitangan dan pelajar) di office telah terlibat dalam aktiviti team building di Bukit Merah Laketown Resort.  Aktiviti kami berlangsung selama 2 hari satu malam.  Ini adalah kali pertama I olls membina rakit menggunakan pelampung dan batang buluh, mendayung rakit dan pertama kali mandi dalam tasik.  Siriesly.  

Ada 77 keping gambar dalam paparan ini. Saya akan bercerita melalui gambar.  Hope u olls enjois.  

"Motivasi yang terbaik untuk para pekerja dalam sesebuah organisasi bukan melalui kenaikan gaji.  Tetapi melalui penghargaan. " 
Dipetik daripada kata-kata Mr. Nashid Abdul Khaaliq dari Saudi ARAMCO dalam Seminar Inovasi Sektor Awam 2014 di INTAN anjuran bersama PiPPA USM baru baru ini.



click read more


Berakit-rakik ke hulu, berenang-renang ketepian.
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.


Ini Dr.  Mohd Hafizal a.k.a Dr.  Pitt.  Beliau ialah Penyelaras Program Mobiliti Pelajar di Pejabat Antarabangsa USM.  Dialah mastermind untuk program team building ini yang asalnya untuk USM Student Buddies.  Tapi last sekali dia create jugak untuk staff IO and HEAA.  Thanks to Dr.  Pitt sebab mai pujuk i kat carpark masa baru sampai kat Bukit Merah sebab pereng takdak sapa angkot botol ayak berkodi-kodi.  HAHAHAHA







Selepas membuat pecahan kumpulan,  kami semua diberikan taklimat untuk membina rakit menggunakan pelampung dan batang buluh.  Kelengkapan disediakan oleh pihak Bukit Merah Laketown Resort.  Kumpulan I olls tekun membuat rakit.  Kami ada 9 orang.  Most of us bersaiz badan gergasi.  Kecuali Lily budak Cina dalam gambar kedua.  Detu sorang paling kancil dalam group kami. Lihatlah betapa tekunnya akak membuat ikatan rakik.  Gila kau kalau terpecah rakit kami di tengah tasik,  kami akan menampung kemaluan yang besar.  







Posing bersama rakit.  Kau mampu??? tiba-tiba GODIVA di tengah.
















Sebelum sesi berakit,  fasilitator dari Bukit Merah Lake Town Resort telah menyuruh kami semua masuk ke dalam tasik dengan memakai lifejacket.  Dia suruh kami semua berendam dan dia ajar kami macam mana nak apungkan diri di dalam tasik.  Inilah kali pertama I olls mandi dalam tasik.  Laut dan sumingfu (swimming pool) dah selalu kan?  Kami pergi tidak jauh dari tebing tasik.  So kedalaman lebih kurang 2-3 meter sahaja.  Memang sedap mandi dalam tasik ni.  Sejuk di dasar.  Rasa macam tak mau naik sahaja.  










Setiap kumpulan sedang memasuki tasik dengan rakit masing-masing. 





Dipertengahan perjalanan kami,  Dr.  Pitt terpaksa menukar tempat dengan saya.  Tempat Lily diduduki oleh Dr.  Pitt.  Ini adalah langkah berani kami kerana Lily kayuh macam tak kayuh ja.  HAHAHAHA











Perasan tak rakit kami senget ke kanan. Sapa yang duduk kat kanan?   OKAYYYY FINEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!! 





Masa kami duk gigih mendayung,  fasilitator akan naik motorboat dan lalu keliling kami.  Ini akan membuatkan ombak besar dan menyukarkan lagi aktiviti kayuhan kami.  Memang kami naik angin sangat time ni.  Masa ombak mai,  u tak boleh nak dayung.  Silap haribulan,  kami boleh tergolek. 







Ini adalah saat turning point antara kumpulan kami SORKO dan kumpulan pemenang pertama iaitu FUAKA.  Kumpulan depa menang nombor satu dalam race ini.  Mana tak menang,  kumpulan depa semua kecik-kecik sahaja.  Kalau ada yang bulat-bulat pun,  jenis bulatan kecik.  Tidak memberikan kesan berat pelampung macam yang kumpulan kami tanggung.

Tahniah la kumpulan FUAKA sebab menang. 










Akhirnya kami tiba di tebing sebagai team kedua terpantas.  STEADYYY SORKOOOo!  Kumpulan kami nama SORKO.  Why sorko? Aku pun tak tau.  Aku yang pilih nama ni.  HAHAHAH.  Depa tanya la "Kak Jumie apa maksud Sorko?" Aku jawab  "Sarkis campur asamko" #makesence tak?





Alhamdulillah sampai jugak isteri Mohd Kamarulhafiz ni ke tebing tasik.  Ikan toman tak lalu nak gigik dan makan dia.  Takut racun.  



Sesi pose lentikan bersama Visha dan yang tengah tu monyet kecik.  Nama dia Arina.  HAHAHA



Kumpulan FUAKA yang menang nombot satu memang macam celaka sikit.  Lepas depa sampai dulu,  depa semua satu kumpulan duduk tepi tasik lagu ni and duk menganjing geng geng yang lambat sampai.  Memang celaka.  Oleh itu,  kami gang gang yang kalah ni,  mai duduk keliling depa pose pose biasa dengan cawan dan air ais and ampa tengok apa kami nak buat.  HEHEHE



Kami baling ayak kat depa! HAHAHAHHAHAHAHAHAHA baru ada akai.  FUAKA kunon.  Kena ayak ais mengerekok.

Akak pun berlalu pergi dengan muka kekwat.



Selepas berdayung,  alhamdulillah semua pasukan selamat sampai di tebing tanpa sebarang kecelakaan.  Cuma ada sorang kawan kami yang terkena batu kat ibu jari kaki dia and luka kecil.  Yang lain okay.  So bila semua dah sampai,  kami pun dikerah untuk membuat pergerakan santai macam loosing up gitu.









Kami ber-group-photo.  Memang best sangat perasaan masa ni.  Ampa nak tanya,  i sakit tangan ka tak?  Jawapan saya,  alhamdulillah tak sakit sangat sebab Dr.  Pitt (ahli kumpulan Sorko) dah ajar kami cara pegang dayung dengan betul.  And i tak rasa lenguh sangat pun.  Tengokla aksi i dalam gambar tu semua. U rasa i letih ka?  Errrmmm.  Sungguh perkara I kan.  Alhamdulillah.  




Latihan Dalam Kumpulan

Kami semua menjalani pelbagai aktiviti dalam kumpulan.  Ada aktiviti yang dijalankan dalam kumpulan campuran pelajar dan kakitangan.  Ada juga aktiviti hanya khas dimana pelajar dan kakitangan dipecahkan dalam kumpulan yang berasingan.  Tapi semua aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menghiburkan malah merapatkan silaturahim sesama kami.  Ramai pelajar USM Buddies yang terkejut tengok betapa meriahnya akak ketika membuat pelbagai aktiviti.  HAAAAAAAAAAAA baru depa tau i ni meriah macam mana.  Yelah u olls,  kat tempat kerja mesti la kita sopan dan profesional kan?  Time buat gila,  kita buat gila la.





Semasa perbincangan dalam kalangan kakitangan,  kami berpecah kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan kena fikir semua masalah yang dihadapi dalam kerja seharian.  I olls pun mempunyai masalah iaitu tempahan kenderaan dan dewan seminar di bawah Pejabat Antarabangsa.  So masa perbincangan ini, I olls telah membuat cadangan inovasi agar perkara ini diuruskan secara online.  Balik dari kursus I olls terus bangunkan website berkenaan.  Dah siap uolls.  Lani sapa-sapa pun jangan bergaduh dah kata tempah-tempah ni semua.  




Aktiviti seterusnya untuk semua pelajar dan kakitangan adalah aktiviti melukis.  Fasilitator suruh kami lukis kambing dan muka sendiri.  Berdasarkan lukisan ini,  fasi telah menerangkan ciri-ciri peribadi seseorang berdasarkan lukisan yang telah dibuat.  Selepas itu,  lukisan kami diedarkan kepada orang lain secara random.  Tak sangka,  Rajveer (Buddies tahun I) yang dapat gambar I.  Dia punya gelak kat I.  Dia kata,  gambar i tak sama langsung dengan rupa I.  KUANG AJAR budak ni. Sampai lani dia kata "Mana anting-anting?" sebab akak lukis muka akak pakai subang.  And yes,  sebab aktiviti ini,  i jadi mesra dengan Rajveer.  





Satu lagi aktiviti creative yang dijalankan oleh fasilitator (Dr.  Pitt dan budak budak Buddies) adalah main teka benda dalam kotak.  Wakil setiap kumpulan ditutup mata mereka and depa kena teka apa binatang dalam kotak tu.  Fasi punya jahat depa duk bisik kata binatang pelik pelik ada dalam kotak.  Padahal semuanya mainan sahaja.  Memang lawak masa tengok setiap wakil style penakot gila gila babi.  Paling ser adalah Arina monyet kecik.  HAHAHAHAH



Membakar Bakar



Selepas makan malam,  I olls mengejoin Buddies dalam sesi bakar membakar.  Depa saja lepak tepi sumingfu and bakar pisang dengan caramel,  mashmellow,  ada keropok,  ayak ges dan kek.  Saja lepak-lepak and makan benda tiada zat ni semua.  Sambil tu kami pun sembang.  Tapi i tak duduk lama-lama dengan depa,  before 1 am i pun naik atas sebab i ada suami.  Yes,  suami i ikut.  Tapi dia duduk dalam bilik sahaja.  



Besoknya,  kami pun bermandi manda di Waterpark.  Sorry takdak gambar kat dalam ni.  Tapi memang best mandi sebab tak berapa ramai orang.  I olls ikut ja budak budak ni pi mandi kat semua tempat.  Kecuali yang boomerang tu,  celaka depa duk suruh aku buat.  Tapi sumpah aku tak mau buat.  Gilaaaaa horror kottttt.  


Begitulah sahaja cerita saya.  Nanti i olls akan cerita lagi macam-macam ya.  MUAH MUAH MUAH kat sumorang.  

Love,
Jumie Samsudin
Wanita Agam Yang Sihat dan Menarik,  Cantek,  Berbakat dan Sporting.
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>