Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Tahniah to Mama Regina Ibrahim

$
0
0

Apa yang u olls lihat di atas adalah muka kulit buku berjudul Perjalanan by Regina Ibrahim.  TAHNIAH MAMA.  Akhirnya cerita ini berjaya dibukukan.  Im speechless actually.  Tak tau nak kata apa.  Tapi aku harap sangat ampa semua pi beli buku ini.  Cerita ini memang best.  Sapa yang tak faham cerita dunia seorang maknyah,  ampa mai baca ni.

Aku percaya lepas ampa baca naskah ini,  persepsi ampa pasai dunia pondan akan berubah.

Thanks to Mama Regina yang telah kongsikan dengan aku naskah ini pada tahun 2010-2011 (i tak berapa ingat).  Aku dah baca cerita ini.  Amik 2 hari untuk bagi settle.  Yes,  ada ketawa,  ada sedih, ada debaran,  tapi akhirnya aku menangis dalam kegembiraan.  Watak Rozila sangat dekat dengan jiwa aku.

Kesimpulan cerita ini,  u can changed anything to your body,  u boleh perm kan rambut,  boleh cukur kening,  boleh bagi kurus,  boleh buat body,  boleh bertudung litup,  boleh memakai tu pis,  boleh buat pembedahan ubah jantina...........TAPI KALAU HATI U TAK BERUBAH,  LUHUR JIWA U MASIH PENUH DENGAN NEGATIVITI,  TIADA GUNA SEMUA PERUBAHAN LUARAN YANG U OLLS BUAT.

Jom dapatkan buku ini segera.  Secara online,  di kedai-kedai buku yang menawarkan naskah FIXI ataupun secara online di sini  :  Google Playbook Perjalanan

ps/  Jangan feeling mintak naskah berautograf dari aku ya!!  Ampa tunggu mama announce dia punya book signing ceremony.


Lelaki Berpakaian Wanita

$
0
0
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 7 November memutuskan bahawa seksyen yang yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan dan terbatal.

Me and Mama Regina (sitting down) semasa sesi perbincangan kami tempoh hari.  Mama Regina ialah seorang wanita maknyah yang banyak memberi inspirasi kepada semua melalui penulisan dan lukisan beliau.  Buku fiksyen pertama beliau berjudul PERJALANAN akan dilancarkan oleh FIXI pada 21 November ini.  Semoga projek Panduan Maknyah berjalan lancar.  U guys can follow her di sini  :  https://www.facebook.com/Regina-Ibrahim


Seluruh Malaysia lani tengah gelabah apabila keputusan ini dibuat. Ada yang kata negara kita ni dah semakin liberal dan semakin menggalakkan hal-hal LGBT dan menganjurkan kehidupan pondan dan maknyah yang dahulunya hanya menjadi latar belakang kisah di lorong belakang.  Lorong belakang yang menjadi kunjungan abang-abang sunyi,  lelaki apom,  abang gersang dan pelbagai jenis abang lagi.  Kalau selama ini,  maknyah terpaksa memilih hidup dalam penyembunyian kerana cara hidup mereka adalah berbeza dan mereka mungkin akan ditangkap kerana berpakaian wanita,  apa bezanya dengan abang-abang sunyi ini?  Mereka juga pasti dalam penyembunyian.  Silap hari bulan,  mereka juga adalah antara mereka yang sibuk memberi lontaran tohmahan dan kejian apabila perubahan akta ini dibuat.

Maaf jika pengenalan ini terlalu panjang dan berbaur emosi.  Saya amat dekat dengan dunia maknyah.  Ada golongan maknyah yang tidak suka dengan cara saya.  Malah memberi amaran kepada maknyah lain "Hang janganla duk rapat dengan Jumie Samsudin tu,  dia nanti rapat dengan hang,  pastu dia korek cerita hang,  and then dia akan cerita dalam blog hang," sila semak dalam blog saya ada ka cerita pasal negativiti maknyah yang saya garapkan.  

Mungkin,  si polan berkenaan ada sebab peribadinya sendiri mengapa dia menyebar cerita palsu begitu kepada saya.  Atau mungkin kerana secara umumnya,  kita,  manusia sempurna (heteroseksual) terlalu banyak menindas,  diskrisminasi dan meletakkan golongan ini pada taraf yang jauh lebih rendah.  

Tapi,  kenapa ini berlaku?

click read more

Saya mempunyai seorang rakan maknyah ni.  Dari kecil memang dia berpakaian perempuan.  Dia tidak mendapat semangat dan sokongan hidup dari keluarga beliau sendiri walaupun dia mempunyai kerjaya yang baik dan pendapatan yang kukuh.  Keluarga sering memberikan 'treatment anak tiri' kepada beliau dalam apa jua hal.  Tapi apabila kakak dan abangnya memerlukan khidmat butik pengantin,  hal hal seni dan masakan,  mereka akan sembah ratu dengan kawan I.  Kasihan kawan saya terpaksa layan apa yang diminta oleh keluarganya.  Hati mereka perlu dijaga.  Hati dia?

Seorang teman maknyah lagi pernah menceritakan satu kejian yang dia tak akan lupa sampai bila bila.  Sebagai seorang pekerja kilang,  dia ada membuat business sampingan membuat manisan seperti kek kepada rakan pekerja yang lain untuk menambah pendapatan.  Namun,  ada seorang rakan senior yang mengherdiknya "Ish aku tak akan beli kek dari hang.  Hang tu pondan.  Geli aku makan air tangan seorang pondan,"

Buat kerja baik pun salah.  Buat kerja salah apatah lagi.

Oleh itu,  saya menyambut baik pindaan yang dibuat ini.  Sebelum ini,  lelaki Melayu yang berpakaian wanita akan ditangkap dan dikenakan denda dan disebagainya.  Disebabkan itu,  ramai maknyah dan pondan terpaksa memilih kerjaya malam.  Menjadi pekerja seks adalah kerjaya berisiko tinggi yang terpaksa mereka lakukan.  Apabila sudah masuk dalam kancah itu,  ada juga yang terperangkap dalam dunia dadah.  Kerana sudah tidak tahan dengan tohmahan dan kejian orang,  so baiklah depa jadi jahat kan? Itu yang mereka rasa selama ini.

Saya tidak menyuruh anda semua menyokong apa yang menjadi nilai hidup saya,  tapi cukuplah kalau sudi memahami dan menghormati.  Dunia ni kecik sahaja.  Apa salahnya kita berkongsi.  Menidakkan hak orang lain dengan harapan untuk meletakkan diri sendiri pada tempat yang lebih suci adakah itu jawapan kepada kesengsaraan orang lain?  

Saya ingin menyeru kepada anda semua,  janganla takut dan hidup dalam persembunyian lagi.  Jadilah diri sendiri.  Jaga peribadi.  Earn an honest living.  

Nantikan project saya dan Mama Regina untuk menerbitkan buku PANDUAN MAKNYAH.  Sebuah garapan bukan komersial yang boleh dijadikan rujukan baik terutama kepada adik-adik,  pengamal perubatan,  golongan akademik dan penyelidik.

ps/  Pondan / Maknyah dah boleh pakai pompuan ampa nak menggelitis.  Selama ni Jep Sepah pakai jadi Ustazah Bahiyah ampa tak tangkap pulak?  Dunia dunia.


Saya Sayang USM by Kontinjen Tampung Bajau Hari Warga Staf USM 2014

$
0
0

PEMENANG TEMPAT KEDUA

Persembahan Kontinjen Hari Warga Staf sempena Malam Kebudayaan Hari Warga Staf USM 2014 di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal.

Nama kontinjen : Tampung Bajau
Tajuk Persembahan : Saya Sayang USM
Pengarah Persembahan : Jumie Samsudin
Pengarah Teknikal : Dr. Mohd Hafizal Mohd Isa

Skrip Dasar :
Lagenda cerita rakyat Sumpahan Mahsuri dan Kecantikan Puteri Gunung Ledang sering menjadi bualan. Kisah ini bermula dengan persoalan. Benarkah kekuatan Mahsuri pada sumpahannya? Benarkah syarat yang dikenakan oleh Puteri Gunung Ledang menggambarkan kecantikan yang selama ini menjadi bualan? Melalui semangat SAYA SAYANG USM, seorang warga USM yang berusaha untuk mengupas kisah-kisah ini.

We Won More Than That

$
0
0
Hello u olls,

Ampa dah tengok ka akak post semalam video persembahan drama muzikal 30 minit oleh kontinjen Tampung Bajau dalam temasya Hari Warga Staf USM 2014 yang berlangsung di Kampus Kejuruteraan USM,  Nibong Tebal?

Ampa boleh tengok kat sini  :  Saya Sayang USM by Kontinjen Tampung Bajau Hari Warga Staf USM 2014

Ini adalah pencapaian yang amat lebih baik berbanding persembahan kami tahun lalu.  Kami tak dapat apa-apa nombor.  HAHAH CHOIII.  Tapi tak mengapa, yang penting,  kami amat berpuas hati dengan pencapaian kami tahun ini.  Yes,  kami berlatih memang banyak juga.  Scene by scene.  Alhamdulillah,  dapat menang nombor 2!!  And keseluruhannya,  kontinjen kami menang tempat ke tiga.



Makcik menang motor!!!!



Anyway,  here are some of the trivia akak nak share dengan u olls.

  • Kamilah satu-satunya kontinjen yang meng-incorporate tema Hari Warga Staf iaitu SAYA SAYANG USM dan juga tema yang diberikan untuk malam kebudayaan iaitu CERITA RAKYAT.

  • Cerita asal dari Dr.  Mohd Hafizal Mohd Isa a.k.a Hang Tuah dan digarapkan dalam bentuk skrip lengkap oleh yang lain tak bukan I OLLS!!  Yeahh!  Dr.  Hafizal kata,  kalau kita guna idea cerita rakyat yang lain mungkin akan tersama dengan kumpulan lain.  So dia kata baik kita gabungkan cerita-cerita puteri ni semua.  Tapi kami hanya pilih dua puteri sahaja iaitu Mahsuri and PGL.

    click read more

  • Pegawai kebudayaan DIHARAMKAN untuk menyertai persembahan malam itu,  tetapi DIHALALKAN untuk menjadi tulang belakang kepada mana-mana pasukan produksi dari team yang berkaitan.  Saya menyokong semangat ini kerana menggalakkan knowledge transfer dan memberikan pendedahan kepada kakitangan yang tidak pernah membuat persembahan pentas.  Tapi kalau tahun depan depa bagi balik Pegawai Kebudayaan masuk semula pun takpa,  i teringin nak tengok ABANG ZUL DEWAN BUDAYA BERGOLEKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK.  Rugi tahun ni dia takdak.

  • Pelakon yang memegang watak Mahsuri dan Dr.  Chombi iaitu Puan Shukriyah dan Dr.  Faradina baru first time berlakon!!  Sebab tu akak sangat respek keselesaan depa di atas pentas.  Sangat meletops sekali.
  • Puan Shukriyah yang memegang watak Mahsuri adalah rakan pejabat saya.  Dia duduk sebelah cubicle saya pun.  Kami semua panggil dia Kak Shuk.  Pada mulanya Kak Shuk sangat segan silu apabila berlakon.  Tapi lepas training dari sehari dan sehari,  Kak Shuk mulai selesa.  Dan apabila ada atas pentas,  nenjiaa naik shehhhhhhhhhhhhhhhhh teruih improvise style teruk. SYABAS KAK SHUK!!

  • Sebelum persembahan bermula,  Dayang- Dayang Gustri Putri kena marah dengan I sebab depa lambat make up.  HAHAHA hampun mahap ya Puan Putri Dahlia and Puan Faridah.
  • Most of the pelakon dan penari dalam cerita kami terdiri daripada senior officer dalam USM tetapi supporting gila!!! Ampa tengokla gambar kami semua dibelakang pentas.  Dah macam students dah we olls semua.

  • Prof.  Dato' Ahmad Shukri Mustapa Kamal iaitu Timbalan Naib Canselor HEAA USM,  ketua kontinjen kami dan ini adalah kali pertama beliau berlakon!!  Actually beliau fly ke German pada malam persembahan dan sebab itu kami buat video untuk scene beliau.  Idea ini tentunya dari Dr.  Hafizal yang sungguh terror dalam bab-bab idea ni semua memang serah kat dia la.

    I olls bersama dengan Dr.  Hafizal dan beberapa rakan lain ketika sesi rakaman video.  Kami agak terkesima sebab Prof.  amatlah supporting and at the same time beliau melafazkan skrip dengan baik sekali.  Tak perlu banyak take.  Buat dua kali sahaja itu pun sekadar untuk bagi ada banyak choice for editing later.

    I olls amat terharu kerana Prof.,  walaupun sibuk tapi dia ambil masa untuk teliti dan baca semua skrip dan mengubah suai dan meng-improvise sendiri skrip Sultan Melaka.  Yes!!  Idea Kayu di Breakfast,  No Worries dan ucapan Inggeris lain semuanya dari Prof sendiri.  CAYALAH.
  • Cik Farah ditugaskan sebagai penjaga slides dan lain-lain.  Kami berjanji tahun depan kami akan bagi lebih banyak back up crew members untuk bantu Cik Farah lagi.  Cayarahhh!
  • Cikgu Mat a.k.a Seni Bayan,  pegawai kebudayaan dari Dewan Budaya mai menyaksikan persembahan kami semua walaupun hakikat beliau baru pulang dari lawatan kebudayaan ke Thailand.  Dia Facebook kat saya dan berkata ""Saya terkesima dan teruja...sangat baik plotnya" Thanks Cikgu Mat.  Walaupun Lola menang pelakon terbaik,  saya tak kisah janji saya tetap pelakon IDOLA Cikgu Mat. Ahaks.
  • Encik Zamzani Rasidi yang melakonkan watak Datuk Pakerma Jaya (yang mai nak hukum Mahsuri bertemu dengan Dato NC beberapa hari selepas malam persembahan.  Encik Zamzani quoted "Semalam dinner dengan VC bersama pemimpin persatuan pelajar kat DUD RST, dia kata persembahan group kita paling berkualiti cuma terlebih masa..." Takpalah Encik Zam,  tak kisahlah kita tak menang.  TAPI VC INGAT PERSEMBAHAN KITA.  Gilaaa epik.

Okay dah.  Kita tengok gambiak pulak.

Belakang Pentas

Team bunga yang comels.  Kausi,  Kak Sarah Romzi,  Nur Faridza and Cik Syahnaz.


Cute dak????? Erm....officer ni. Nama beliau Encik Hazran.


Paling kiri,  Cik Farah bersama  Dayang-Dayang,  Hulubalang and Deramang (baju grey)


Yang kanan sekali tu,  Encik Zamzani.  Gila sporting lukih misai macam tu.  HAHAHA


Pasangan bermukah.  HAHAHAHAH Kak Shuk and Encik Deen.  Setiap kali tengok scene depa terlupa buka on mic aku gelak tersembur air liur.


Mahsuri bersama Panglima Hitam yang dilakonkan oleh En.  Subramaniam.  Baguih betui En.  Subra.

Kak Shuk and Cik Syahnaz.  Depa dua ni ialah orang kuat UUA USM.



Gusti Putri Gedempol Retno Jumizah

Sempat mengepose walaupun tengah sibuk duk susun props.  



Bersama Hulubalang and Deramang.



Pose kekwat bersama Deramang.

Bersama Dr.  Hafizal a.k.a Hang Tuah




Bersama dayang dayang yang cute!!




Nenjiaaa







After show








Kemenangan










So,  ampa pendapat ampa tentang persembahan kami?  Sapa-sapa yang tengok LIVE...silalah komen!!!

Surat Mah untuk Abiang

$
0
0
Assalamualaikum Abiang,

Luluh hati Mah masa membaca surat dari Abiang.  Sampai hati Abiang buat macam ni kat Mah?  Pasaipa Abiang tak berani kan diri dan bercakap dengan Mah sendiri?  Kenapa Abang perlu tulis surat sahaja?  Abang takut untuk berdepan dengan Mah ka?

Tak mengapalah.  Mungkin Abiang takut Mah kerat telok Abiang dengan pisau potong kulit ubi kalau Abiang buat konfesyen depan Mah.  So Abiang pun pilih untuk tulih surat sahaja.  Maka,  Mah pun memilih untuk membalas surat Abiang melalui surat jugak sebab Mah rasa Mah tak akan mampu berdiri depan Abiang lagi.  Tidak mampu untuk berdiri sahaja di depan Abiang kerana hakikatnya kalaulah Mah ada sahaja di depan Abiang the only thing yang Mah nak buat adalah membenamkan parang tumpul kat badan Abiang.

Abiang,  masa Abiang tulih surat bodoh piang tu,  Abiang terbayang dak apa perasaan Mah ketika membaca surat tu?  Mah confirm Abiang tak terpikiak langsung sebab orang IQ rendah memang lagu tu sikit.

Bagi Mah,  bila Abiang kata Abiang terlanjur dengan Zulaikha sebab Abiang tak lalu dengan diri Mah sebab Mah dah gemok,  busuk dan tak bergetah lagi,  itu semua hanyalah alasan.  Alasan Abiang untuk meletakkan kesalahan diri Abiang kat Mah.  Pasaipa tiba-tiba Mah pulak yang dipersalahkan?  Sedangkan memang Abiang yang bodoh piang,  Abiang ambil tindakan ikut kepala kote bukan kepala otak Abiang.  Abiang biak setan dan nafsu jadi raja,  pastu tiba-tiba Mah pulak yang dipersalahkan?


click read more



Okay fine,  Mah gemok,  Mah busuk,  Mah tak bergetah,  tapi macam mana kalau selama ni,  walaupun Mah sibuk dengan urusan anak-anak dan rumah kita,  Mah tetap maintain cantek anggun macam Mah yang dulu.  Mah yang dulu yang Abiang damba damba kan. Tapi,  sebab kurangnya iman,  Abiang tetap nak bermukah dengan Zulaikha.  So kalau macam tu,  apa pulak alasan Abiang?

Semua ni hanyalah alasan.  Alasan nak pelepaih ayak kote Abiang yang duk tendang kat kepala.

Tidak cukupkah Abiang duk tuduh dan salahkan Mah,  pastu bila Abiang kononnya merayu nak Mah balik,  Abiang letak syarat.  Abiang nak Mah kembali macam Mah yang dulu.  Pasaipa Abiang tak boleh ka nak terima Mah yang sekarang?

Sebenarnya Abiang ni memang dah betul betul terperangkap dalam permainan setan dan nafsu.  Permainan yang memerangkapkan Abiang ini bukan sahaja membuatkan Abiang jadi bodoh piang malah buta tuli sangat.  Mah ingat,  dah umur kita makin meningkat,  kita dah menjadi manusia yang lebih berpengalaman,  matang dan lebih bijak,  tapi tidak sekali untuk Abiang.  Abiang hanya nampak kebahagiaan rumah tangga ni hanya pada kesedapan di atas katil,  kepuasan di ranjang.  Betapa ceteknya pandangan Abiang tentang seksualiti.

Abiang,  kepuasan seksual bukan terletak pada fizikal tetapi kepada mental kita.  Kita yang reka dia nak jadi lagu mana.  Bukan semata-mata sebab tengok tuboh badan yang meletops.

Kalau Abiang anggap bahawa kepuasan seksual terletak pada tubuh badan yang wangi,  putih,  gebu dan mugil macam Zulaikha,  sumpah Mah cakap,  sampai bila pun Abiang tak akan pernah puas.  Mungkin sebab tu,  tiba-tiba Abiang heges nak mai balik dengan Mah (walaupun bersyarat) sebab Abiang dah bohsan dengan game Zulaikha?  Mana tak bohsan,  6 tahun tu agak lama la jugak.  Kalau asah pisau pun lama-lama pisau tu boleh nipis.

Takpalah Abiang,  Mah tak mau nak tulis banyak-banyak dah.  Abiang tak payah susah payah nak cari Mah kat rumah mak ayah Mah.  Mah dah ceritakan semua kat depa.  Depa memang nak jumpa Abiang sangat-sangat.  Tapi Abiang jangan harap Abiang boleh jumpa Mah lagi.  Apa-apa lepas ni,  Abiang boleh berhubung dengan lawyer Mah.

Abiang takpayah susah kepala otak nak pikiak pasai Mah lagi.  Mah boleh jaga diri Mah dan anak-anak.  Mah kuatkan ikhtiar hidup,  duduk bawah batu pun Mah rasa Mah boleh hidup.  Mah syukur Abiang,  sebab kalau Mah buang Abiang,  buang rumah kita,  buang kereta,  buang barang emaih,  buang pakaian cantek-cantek,  Mah tetap Mah.  Mah ada harga diri!

Abang tanpa kami semua?  Apa Abiang ada?

Menyesai pulak tulih surat panjiang-panjiang kat Abiang.  Memang betui kata kawan Mah sebenarnya mau kata satu benda ja kat muka Abiang.  "BUTOH".

Yang benar,

Mah



Artikel berkaitan  :  Pengakuan suami curang - Sinar Harian

Kami Johan di Universiti Nilai

$
0
0
Hello u olls,

Baru baru ini,  akak dan team pejabat kami telah mengiringi kumpulan pelajar antarabangsa di Universiti Sains Malaysia untuk menyertai pertandingan 1 World Culture A Celebration of Dance di Universiti Nilai.  Alhamdulillah,  selepas berlatih bagai nak rak selama 2 minggu semua anak-anak ayam mat salleh mak telah berjaya merangkul anugerah juara.  Sungguh berbaloi penat jerih kami.  Bukan jer they olls yang menari,  we olls yang duk arrange macam-macam from day one pun rasa kegembiraan dan kepuasaannya.

Kami berkampung ni Kajang dan berulang alik ke Nilai University pada hari pertandingan.  Usai juara,  kami bawa anak-anak mat salleh ni semua ke Putrajaya makan satay di Kampung Budaya.  Esoknya,  before balik ke Penang,  kami singgah di Melaka dan bersuka ria.

Jom tengok gambar-gambar we olls sambil membaca cerita akak yang pastinya tidak pernah putus.

Bacaan tambahan  :  PELAJAR ANTARABANGSA JOHAN PERTANDINGAN TARIAN KEBUDAYAAN


Gambar kami semua.  Semua seronok penuh dengan kegembiraan.  Tapi budak BORAT yang paling depan kiri tu bukan USM ya,  dia tiba tiba mencapap dalam gambar kami.  


click read more


PULAU PINANG, 11 November 2014 - Sekumpulan 14 orang pelajar antarabangsa di bawah Program Pertukaran Pelajar telah berjaya mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia (USM) setelah dinobatkan menjadi Johan dalam pertandingan tarian 1 World Culture Festival bertemakan A Celebration of Dance di Universiti Nilai,  Negeri Sembilan Sabtu lalu. 
“Kejayaan manis ini telah mengubati segala penat lelah pelajar yang komited dalam latihan dan pencapaian ini amat membanggakan warga USM  terutamanya seluruh kakitangan Pejabat Antarabangsa dan USM Buddies yang bertindak sebagai tulang belakang dalam menguruskan pasukan ini,”  kata Penyelaras Program Mobiliti Pelajar merangkap ketua pasukan USM, Dr.  Mohd Hafizal Mohd Isa.  
“USM memenangi pertandingan ini adalah buat kali kedua  setelah enam tahun penganjuran pertandingan ini.  Sebelum ini USM pernah merangkul anugerah tempat ketiga ketika penganjuran tahun 2009,” tambah Mohd Hafizal. 
Kumpulan yang terdiri daripada 14 pelajar dari negara Jerman,  Finland,  Switzerland,  Sweden, China dan Korea ini, telah berjaya mengalahkan 13 institusi pengajian tinggi lain dan merangkul hadiah wang tunai berjumlah RM 1500, trofi dan sijil penghargaan.  Tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknologi Petronas (RM 1000, trofi dan sijil) manakala Universiti Putra Malaysia telah berjaya mendapat tempat ketiga (RM 500, trofi dan sijil).  UiTM telah merangkul anugerah khas juri dan UniMAP berjaya merangkul anugerah kostum terbaik. 
USM juga berbangga Pegawai Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar yang juga pereka tari bagi kumpulan tersebut, Mohamad Al-Hafiz Md. Sani kerana dianugerahakan Best Choreographer. 
“Idea beliau menggabungkan seni tari Wau Bulan dalam persembahan tarian negara Tibet yang membawa mesej keamanan dan kedamaian mendapat pujian ketua juri yang juga Presiden Malaysian Performing Arts Society Ravi Shanker Rama Murthy,” ujar Mohd Hafizal. 
Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia, Ibrahim Ali dan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Nilai Micheal Yei. 
Upacara penutup telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Nilai, Profesor Datuk Dr. Megat Burhainuddin. Teks dan foto sumbangan Pejabar Antarabangsa.



Make Up Session
Penari semua 13 orang.  9 perempuan,  4 lelaki.  Persembahan kami adalah pada jam 2 petang,  maka kami memulakan sesi make up kami pada jam 8.30 pagi.  Tapi bukan akak make up sorang,  akak kerah beberapa student Buddies and staff akak untuk belajar pakaikan foundation and bedak.  Baguslah budak budak ni cepat belajar.

Untuk penari lelaki,  semua disettlekan oleh Buddies and kawan akak.  Muka-muka pompuan semua,  akak yang warnakan.  Muka they olls semua,  mat salleh memang dah cantek terletak.  Mak tonyoh sikit-sikit ja dah jadi Adele,  dah jadi Jennifer Lawrence kan?  Lepas tu,  Nato kami punya koreografer and beberapa Buddies lain bertanggungjawab pasang costume dan eksesori.  Proses yang panjang sejak pagi.  Siap semua orang,  terus naik bas ke Nilai.  Sampai jer lebih kurang 15 minit,  kami terus perform.  Kau mampu?

Penat tau berdiri dari pagi memekapkan they olls semua.  Yang pompuan mulanya they olls macam feeling-feeling kekwat sikit,  tapi lama-lama depa macam suka pulak.  Maybe depa tengok mak make up depa letos-letosan.  Yang si jantan pulak,  ada yang suka,  ada yang tak suka.  Yang suka tu...ko paham paham la kan pasaipa dia suka dimekapkan kan?



I olls dah macam wanita Afrika dah dengan rambut dah serabut duk buat kerja.  HAHAH kerlas dak mak ayam?  Lengan akak dah la bermasel u olls.



Barang make up dan lain-lain yang bersepahan.



Yang ni nama dia Yu Yu.  Dia from China.  Dia jadi penari Wau Bulan.  Comels gila budak ni.  Umur 18 tahun.  Baru sampai USM 2 minggu.  Masih dalam kelas intensif Bahasa Inggeris.  So tak paham cakap omputih lagi,  apatah lagi cakap Malaysia.




Akak sedang menyental wajah Rebecca.  Gadis dari Finland.  Mata dia hijau nak jadi biru macam mana ka.  Akak buat make up soket kat depa semua sebab aiyoo mata semua besar bersoket elok dah.  


Tengok muka dia,  elok dak??????? Buat light-light dah jadi meletops macam mana ka.



Mr.  Nato sedang memakaikan eksesori kepada para penari kami.



Ini Yohan dari Korea.


Dalam ramai-ramai yang belajar make up,  mak paling saspek kat Naim ni.  Pandai dia sapu foundation.  Kerlasss u olls.  Takpa,  ni semua ilmu.  Nanti ampa nak perform apa-apa for dinner / event USM ampa dah tau nak buat macam mana kan.




The Proud Moments
Saat yang paling menerujakan adalah kami diannounce sebagai pemenang no 1.  Akak punya seronok syukur Ya Allah.  Kaki yang duk sakit tang buku lali terus rasa hilang kebas semua.  Seronok u olls.  Dah lama akak tak rasa menjadi pemenang.  Selalu duk rasa pengalah sahaja.

Apa pun,  akak nak ucap terima kasih kepada semua team USM yang menjerit punyalah kuat macam sundel.  Sorak punya sorak sampai rasanya dalam dewan tu kita jer yang paling bising.  Katanya Dr.  Pitt (our boss) yang duk pesan "Jumizah satgi hang mai duduk depan stage aku nak hang jerit kuat kuat.  Aku nak suara hang," last sekali bila datang suara gabungan akak dan Yoe CR Pondan Boat Laju Perhentian punyalah kuat sampai Dr.  Pitt kata "Wehs ampa dua diam sikit boleh dak?  Aku malu,"

Tahniah juga kepada pasukan dari IPT lain yang turut memberikan persembahan yang tidak kurang hebatnya.  Dengan costume yang sangat meriah.  Akak terharu sebab salah seorang teman dari Asia Pasific University mai tegur akak "Akak ni Jumie Samsudin kan?" HAHAHAHAH aiiiyooooooooooooooooooooo haruslah mak feeling teruk u olls!  Thanks adik sebab tegur akak dan membuatkan akak rasa retis selama 5 minit.



Fariza duk feeling touch up muka Tonni.  Nak amik kesempatan la tewwww...Dasar wanita bertudung ni.



Kami duk touch up muka depa lagi sebelum nak iring depa pi belakang pentas.




Sebelum pergi belakang pentas,  Nato tetap nak suruh depa try menari satu round.  Kejamnya koreografer ni.  



Sempat memberikan pose terakhir sebelum pergi ke back stage.



Tengah menunggu turn.  Time ni we olls dah tak ganggu depa dah.



They olls masa membuat persembahan yang meletops.  Seni tarian mereka adalah berbeza dari team-team lain.  Instead membuat format showcase,  dimana kumpulan penari membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan represent tarian dari pelbagai tradisi di dunia.  

Walhal,  kumpulan kami membuat seni tari yang mempunyai cerita yang menarik.  Menggabungkan lagu dan tarian tradisi Wau Bulan dari Malaysia dan tarian dari Tibet,  kisah di sebalik seni tari ini begitu menarik perhatian.

Menurut Nato,  pegawai kebudayaan USM selaku koreografer kami berkata,  dia mengambil inspirasi kisah MH17.  Wau bulan itu menggambarkan kapal terbang yang tiba-tiba hilang,  berlaku kekacauan dan akhir sekali,  wau bulan itu ditemui,  dalam keadaan sayu,  seorang penari memeluk wau bulan itu menandakan mereka menerima kembali MH17 dengan penuh rasa hormat.  Akhirnya,  martabat mangsa MH17 disanjung agar terus dihormati oleh semua rakyat kita dengan semangat yang satu.

Touching okay!!

U olls boleh tengok video tarian penuh di sini.




Hope u olls like our performance.  Kalau mungkin mesej yang disampaikan dalam tarian ini tidak sama macam yang akak ceritakan,  please maafkan kami ya.  Tidak berniat untuk menyinggung hati mana-mana pihak.  



Dr.  Pitt yang sempoi sedang menerima hadiah saguhati.


Nato sedang menerima anugerah best choreography.



Bila we olls menang no 1,  nenjia semua berlari naik ke pentas. Bersama nak ambil hadiah.



Tiba-tiba aku jadi wau bulan gemok kat atas ni kenapa nyahhh???



Bergambar dengan semua pasukan dari semua IPT yang mengambil bahagian.




Akak Mengepose
Setelah menang,  we olls semua macam dirasuk hantu.  Duk posing sana sini.  Akak feeling nak amik gambar dengan piala kemenangan.  Tapi haram nak tunggu turn punyalah lama macamnak beli nasi kandar beratur.  So akak hanya feeling amik gambar dengan mock cheque and then akak bersama Yoe CR Pondan Boat Laju Perhentian pun membuat tour untuk bergambar dengan penari dari kumpulan lain.  Tapi Yoe CR Pondan Boat Laju Perhentian punya celaka,  bila nak amik gambar dia akan kata kat orang tu "Please come take picture with her....she is journalist from Penang," HAHAHAH terusss photographer dari Nilai University pun feeling amik gambar I semua dah rasa macam meletops sangat.  


#selfie with Yoe CR Pondan Boat Laju Perhentian



Makcik menang motor.



Akak dan Visha.



Bersama dua Panglima Hitam.




Meletops baju depa ni semua.  


Team dari Unimap.  Baju depa sangat meletops.  Ingat tahun ni,  baju raya i nak buat yang macam warna biru ni la.



Meletops kan raja Siam pakai abang-abang hitam lani sebagai pak guard Istana. Kau mampu?  Sawadikap.





Makan Satay dan Otak Otak

Lepas kami dah menang semua,  malam itu Dr.  Pitt bawak kami semua pi makan Satay Kajang Haji Sahmuri kat Putrajaya.  Memang enjoy la kami semua malam tu.  Tapi juga singgah di Putrajaya and bawa students ni semua masuk Masjid Putrajaya.  Tapi akak dan staff USM tak turun bas la.  Satu,  sebab dah tak larat.  Kedua,  sebab punyalah ramai orang kat dataran depan masjid tu.  Ketiga,  kami semua dah pernah mai sini.






Masa tengah dinner,  akak amik gambar dengan Didi,  seorang pelajar dari German.  Dia kebetulan makan sebelah akak.    Ini picture we olls.


Akak hantar gambar ni kat suami akak.

"Abiang....ini date I malam ni.  Jangan jeles,"

Pastu suami I balas.

"K"

Begitulah kesentapan suam-suam kuku dari suami I.  Sekian sahaja cerita we olls.

Santai di Melaka

$
0
0
Sebelum we olls balik ke Penang,  Dr.  Pitt bawak kami semua satu bus ke Melaka.  Seperti mesej akak kepada suami sebelum bertolak balik.

"Abiang,  hari ni kami dari Kajang.  Kami lunch kat Melaka dulu,  pastu terus gerak balik Penang,"

Pastu suami akak menjawab  "Awat ampa tak dinner kat JB dulu,  pastu baru balik Penang,"

Sesungguhnya suami akak juga mempunyai mulut rempang persis seorang pondan.  Takpalah,  jomlah tengok gambar we olls berjalan-jalan di Bandar Melaka lebih kurang 3 jam.  From 12 pm sampai 3 pm.  Lepas lunch kami pun bertolak balik ke Penang.

Kami sampai di Penang lebih kurang jam 12.30 malam.

Ini kali kedua akak ke Melaka.  Walaupun rumah keluarga mentua akak dekat sekentut dengan Melaka,  tapi tak pernah mai sini just jalan-jalan dengan suami.  Suami akak tidak suka orang ramai.  Dia akan rasa rimas.  Akak pulak,  memang suka orang ramai.  Lagi ramai orang tengok akak,  lagi akak bertenaga.

Haaa...jom tengok gambar akak posing maut bersama teman-teman di Kota Melaka.


click read more





Sosok hitam di belakang beca itu adalah akak ya.



Kau mampu ketwok macam tu tepi jalan? Kate Moss tengok akak pun menangis.



Membuat aksi pendidikan jasmani bersama rakan-rakan.



Marry Poppin baru turun dalam gambar kami.



Muka akak close up.  No editing ya.  Yes,  muka akak memang tanned lani.  Ramai yang tanya kenapa muka akak tanned lani.  Tak mengapa janji kulit akak dah sangat elokkkkkkkkkkk berbanding dulu.  No jerawat,  no white or black head!!  Ko tengok la sendiri.


Sapa berminat?  Tunggu akak open order this Disember.




We olls posing di atas batu bekas tambak Portugis.  Haruslah akak ON TOP!!




#bossaku #sentap #takmaukalah



 

Kau mampu,  aku tetap maintain pose walaupun....




Masa berjalan-jalan di Jonker Street,  we stumbled across this young musician.  Playing traditional Chinese instuments depan rumah dia.  Kotak derma dia tertulis 100% TRUST YOU BECAUSE I AM BLIND.  Tersentap akak membaca statement beliau.  Akak terus menghulurkan sedikit sumbangan.  Thanks adik sebab mencelikkan akak ketika itu.





















Semua gambar kat atas ini adalah ketika kami berhenti mengopi di Malaysia 13th States Coffee.  Memang sangat best.  Perhiasan dan dekorasi dalam cafe ini menggunakan bahan-bahan kitar semula dan antik.  Menggunakan sistem aliran angin semula jadi,  kami semua terasa amat tenang duduk sambil lepak di sini.  Rasa macam mai melepak kat rumah Pak-Pak Long mana ka.  kan?











Tembunnya.  Sekian.




Pokok ini kelihatan sangat aneh.



Makan tengahari di Johny's tak ingat nama Mall tu.  Kami mai sini sebab ada aircond.  Aku duk mai migrain teruk dah.  Time ni jugaklah jumpa Jah,  dalam banyak-banyak tempat kita terjumpa kat sini na.




Motip depa ni boria kat sini?

ANTM Cycle 21 Episode 4 : Abang Janggut

$
0
0
Hello u olls,

Mak sangat sentap minggu ini kerana Chantelle boleh terkeluar minggu ini.  Dah la akak dah bubuh dia pilihan nombor satu paling akak suka yang dijangka akan menang title America's Next Top Model cycle ini.  Kisahnya dia pulak yang terkeluar.  Adakah mandrem serapah Romeo di manusia bertatu itu memang benar-benar mujarab?

Mak rasa ini semua hanyalah satu kebetulan.  Setakat sihir witchcraft baca buku macam Romeo tu tok sah ampa duk takut sangat.  Satgi aku antar saka aku pi duduk atas bahu dia,  mampuih 4 hari tak boleh dia nak bercakap.

I olls tak berapa suka Romeo tu.  Sebab dia ada banyak negative vibe.  Dia suka macam cari pasal dengan orang.

Takpalah,  harap Chantelle buat yang terbaik untuk pastikan dia dapat masuk balik dalam minggu COMEBACK nanti.  Ampa dah boleh follow dia kat IG,  akak dah :)  http://instagram.com/winnieharlow




click read more


ANTM MAKE OVER

Akak sangat suka episod make over.  Memang suka la tengok depa ubah style rambut apa semua ni.  And of course nak tengok drama pompuan and pondan ni semua.  Memang macam celaka sangat lah.  Berbanding cycle yang dulu-dulu,  akak rasa peserta kali ini lebih cool.  Kari,  si pompuan hot yang disukai oleh ramai jantan dalam cycle kali ini yang menjadi mangsa drama.  Tapi dia control jugak.  Takdak la teruk sangat.

Bila pikiak balik awatla depa ni rasa teruk sangat bila orang ubah penampilan depa.  "Oh...sebab depa rasa insecure sebab depa rasa depa tak cantek?" Aiiyo.  Sedihnya hidup depa kan.  Tapi betul juga,  Kalau depa tak cantek...sapa nak hire depa jadi model??

Sebab tula jugak akak dah pikiak banyak-banyak,  akak pun berhenti jadi model dah sekarang.  Stress u olls hidup sebagai model ni,  makan pakai make up penampilan semua kena jaga.  Jadi pompuan agam tulis blog macam ni sudah la...HAHAHA




Actually make over yang paling akak suka untuk lelaki adalah Adam.  Mak rasa lepas depa kerat pendek rambut dia jadi macam Abang Askoker (abang askar) macam mana ka....teruih muka dia elokkkkkkkkkkkkkkkkkkk!  Mak taste teruih.  Kalau dak,  dengan rambut panjang dia tu,  nampak macam lelaki kampung feeling simpan rambut panjang bagi nampak cool.

Make over untuk lelaki paling ser adalah Denzel.  APA YANG DEPA PIKIAK APABILA PI SURUH DIA PAKAI JANGGUT MACAM TU?  I DONCH UNDERSTAND.



Adam yang sangat elllsss selepas potong rambut.  Kejang otot kakak-kakak di Tasik Taiping lepas tengok Adam potong rambut cam ni kan.  Ahaks.




Janggut dan seluar dalam memang tidak sesuai diperagakan serentak.  Sapa setuju sila angkat tangan!



Make over untuk perempuan yang paling i suka adalah Kari.  Yes,  bongok punya Kari pi nangis lebih lebih sebab dia rasa diri dia macam alien lepas depa colour rambut dia jadi blonde macam tu.  Kalau I jadi dia,  aiiyooo i suka kot.  Teruih nampak dia macam pompuan mahal macam mana ka.  Kalau dengan rambut kepok-kepok tu,  dia nampak sama macam pompuan video klip hip hop biasa saja.

Make over untuk perempuan yang paling i olls tak suka adalah Rhaelia.  I rasa macam kampung buat rambut kerinting macam tu.  Dia nampak sangat tidak model.  Nampak macam Whitney Houston tahun 80 an.


Macam dua orang yang berbeza!!



I tanya laki I "Boleh dak aku buat rambut macam ni?" Laki aku kata "Hang nanti nampak macam Aso Aso baru set rambut nak pi kenduri," Aso merujuk kepada makcik dalam Bahasa Cina.





Berikut gambar make over bagi peserta lain  ;




Will:
Pompadour style



Keith:
No makeover 




Ben:
Buzz cut



Romeo:
Dyed ice blonde, grey contacts




Matthew:
Shaved sides




Lenox:
Dyed dark brown




Mirjana:
Blunt bob cut





Shei:
Half platinum blonde, half jet black




Chantelle:
Ombre style long weave





PHOTOSHOOT TUNGGING TEBALIK

Nampak macam senang tapi siriesly sangat susah nakhariam oi.  Si models yang nak dishoot kena ada vision dia sendiri.  Dia kena boleh bayang dah macam mana dia nak dilihat dalam gambar.  Barulah pose dia dapat dipelbagaikan.  Photo shoot paling boring I olls rasa adalah Romeo sebab dia nampak macam dia tau apa dia nak buat,  tapi sebenarnya dia pun duk merapu macam orang lain.  Personally i paling suka photoshoot Lenox.  Dia nampak cool and dia dah composed betul betul apa dia nak buat.
So here goes gambar hasil photoshoot depa yang I olls susun ikut dari paling I olls suka kepada yang paling I olls tak suka.

1




2



3



4



5





6





7




8



9




10


11



12



13






MARIJANA SI SUNDALINA

Pedih ulu hati akak melihat cara Marijana duk melayan jejanz.  Kalau minggu terdahulu,  dia duk feeling kat Matthew,  tapi minggu ni dia feeling pi kacau Denzel pulak.  Duk peluk pegang tangan semua.  I olls yang tengok dalam TV pun rasa rimas,  apatah they olls yang duk ada kat lokasi.  Suami akak pun pereng katanya apabila tengok Denzel dengan mudahnya menerima kegelentisan pompuan kuat menyerah tu.

I kata kat laki I "Jantan nak ingat apa.  Dia layan saja.  Tapi kalau dia pi layan and harap macam-macam dari pompuan ni dia sendiri bodo la.  Kalau dia nak fling-fling sahaja memang dia untung la.  Dia memang tau kot,  Mirjana ada laki kat rumah," explained I olls kepada suami.  Deni pun feeling layan ANTM.

Dalam hidup kita,  mesti kita ada kenal sundalina macam Marijana ni.  Dia akan serah ja kat sapa-sapa yang duk ada.  Buffet spread katanya.  Wanita macam ni dia sunyi.  Dia just nak drama dalam hidup dia.  Sebab dia hanya nak raikan moments yang ada.





MATTHEW DI-JUDGE

Tengah depa semua seronok mabuk-mabuk,  kisahnya berlaku satu perkara yang sering berlaku apabila semua orang sudah HIGH iaitu penciuman GAYLES.  Sapa pernah pi party / clubbing mesti pernah tengok fenomena ini.  One time kiss macam itu tidak membuatkan seseorang itu secara otomatik bertukar menjadi GAY / LESBIAN.  Hang kalau dah mabuk bukan hang sedak apa pun kan.  Oleh itu adalah tidak adil apabila semua orang meng- JUDGE Matthew atas perbuatan dia mencium Will di bibir.  Penyataan Will menyatakan yang dia kesian melihat Matthew di-judge sedemikian kerana adalah sama dengan perasaan beliau sepanjang hidupnya sejak kecil sebagai seorang GAY.  Omai.

Jantan Pengorek Lubuk

$
0
0
Salam Jumie,

Thanks for reading my email. I ada benda nak tanya tentang hal kawan I ni. I dah nasihat dia banyak kali, tapi dia tetap dengan cara dia. I nak u tolong publish emel ni kat blog and biar dia baca sendiri. Dia memang duk baca blog u pun.

Kawan I ni, dia kawan dengan mamat ni. Baru 6 bulan. Tapi tiba-tiba mamat ni minta putus. Haya sebab alasan tak call dia hanya 1 hari sahaja. Member saya pun salah la juga sebab tak balas balik WeChat dia. And mamat ni call pun dia tak jawab. Tapi bersebab la dia tak jawab and text balik mamat ni.

Tiba-tiba semalam mamat ni minta putus. Tapi walaupun baru kapel 6 bulan kawan mamat ni, kawan I dah pinjam duit dekat dia beberapa kali dah. So member saya tak boleh terima alasan mamat ni.

Tolong bagi pendapat sat macam mana nak bagi kawan saya a bit cool. Duk meroyan sahaja. Kesian pula tengok dia. Tapi memang bodoh dia juga sebab pi bagi pinjam duit semua kat laki tu. Katanya hati dah sayang, nak buat macam mana kan? Tak masuk akal juga mamat ni bagi alasan untuk putus.

Waiting for your reply,

Sahabat



sumber nevada-outback-gems.com

click read more



Salam Sahabat,


Obviously, memang laki tu dah tipu kawan u. Dia dah kikis semua habis. Lani mungkin dia dah ada lubuk duit yang meletops maka dia pun terus tinggalkan kawan u. For no reason at all.

Come onlah, takkan pasai sehari tak jawab phone terus nak putus.

Tidak ada ayat penyedap yang boleh membuatkan hati kawan u sedikit tenang, kecuali GET UP AND MOVE ON.

Jadikan ini sebagai satu pengajaran hidup.

Bagi saya, kita boleh bagi BADAN U kat seribu jantan, tapi jangan senang-senang bagi hati.  Bila u bagi hati, its like u bagi segala-galanya. (boleh tak ampa faham secara mendalam bila aku kata boleh bagi BADAN)

Love,

Jumie

Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih atas Sumbangan Darah

Repeat Order Disember 2014 | Dermalite Comedone Control Essence

$
0
0



Dermalite Comedone Control Essence 

Produk yang saya pakai sendiri sejak dua tahun yang lalu.  Berkesan untuk kulit yang berminyak dan berjerawat.  Hasil pemakaian berterusan dalam jangka masa panjang membuatkan kulit saya sudah tidak berjerawat,  kurang berminyak dan tidak mempunyai black head.  Malah white head juga amat kurang.  

Sejak menggunakannya,  saya promote untuk jualan dalam blog saya kerana produk ini sukar didapati.  Hanya ada dua official distributor di Malaysia,  satu di Kuala Lumpur (tapi i tak tau di mana) and satu lagi di Penang.  




Cara Pakai Yang Sangat Mudah

  1. Basuh muka dengan pencuci muka dan pakaikan toner / penyegar kulit. (Produk pilihan peribadi pengguna).
  2. Titikkan 2 - 3 titik Dermalite Comedone Control Essence pada tapak tangan yang bersih.  Menggunakan jari,  sapukan Dermalite Comedone Control Essence pada bahagian bermasalah seperti tepi hidung (kawasan yang sangat banyak white head),  kawasan T zone,  dagu dan kawasan yang selalu ditumbuhi jerawat.  Kalau ada jerawat baru nak tumbuh / pecah,  sapu juga kat situ.
  3. Biar for 30 seconds to 1 minute untuk pastikan Dermalite Comedone Control Essence  menyerap ke dalam kulit.
  4.  Teruskan dengan pemakaian krim pelembab / pelindung sinaran UV atau BB Cream.
  5. Ulang step ini setiap kali u olls basuh muka.  Paling bagus pakai 3 kali sehari.  Selepas nampak perubahan,  boleh kurangkan penggunaan kepada 2 hari sekali,  kemudian sehari sekali dan akhirnya sehari sekali hanya pakaikan apabila memerlukan (apabila jerawat tumbuh).
  6. Satu botol kecil (15 ml) boleh bertahan hingga 4 bulan.  Bergantung kepada kekerapan penggunaan.




Harga  

RM160 untuk size 15 ml
RM269 untuk size 30 ml 

(termasuk penghantaran seluruh Malaysia)





Cara Pembelian  

  • Watsapp ke +6012-413 0060 (Nama,  no telefon dan alamat penghantaran).  PLEASE DO NOT CALL.
  • Maklumat no akaun akan diberikan untuk tujuan pembayaran.  Hantarkan bukti pembayaran melalui Watsapp untuk tujuan semakan.
  • Tarikh tutup untuk pembelian / pembayaran adalah pada 15 Disember 2014.




Testimoni

Terdapat banyak testimoni dari saya sendiri dan pengguna lain dalam link blog seperti di bawah.  Tapi berikut saya kongsikan pengalaman seorang pelanggan yang membeli Dermalite Comedone Control Essence pada Jun 2014 yang lalu.





Bacaan :


Sembah Ratu untuk Fynn Jamal

$
0
0
Hari ni nak bercakap dengan u olls semua tentang personaliti internet yang ternama di negara kita iaitu Ms.  Fynn Jamal.  Beliau seorang penulis,  composer,  penyanyi,  selebriti tapi yang penting beliau seorang isteri,  seorang ibu dan seorang wanita.  Pernah terbaca tentang luahan hati seorang peminat yang tidak suka dengan cara Fynn Jamal dalam blog Beautifulnara.

Peminat itu menyatakan ketidak selesaan beliau tentang cara Fynn Jamal yang terlalu terbuka apabila bercakap tentang status anaknya yang dijelaskan secara terbuka sebagai anak tidak sah taraf.  Peminat itu menyatakan bahawa sebagai seorang ibu,  seharusnya Fynn Jamal bertanggungjawab untuk memelihara aib anaknya.  Selain itu,  peminat itu juga berkata yang Fynn Jamal seorang 'defensive mother' dan selayaknya digelar sombong dan bongkak kerana selalu memberikan komen balik negatif kepada peminat yang cuba menasihat.


sumber gambar : rotikaya.com

Kalian boleh baca surat penuh peminat itu di sini  :  Surat Terbuka Seorang Pembaca Untuk Fynn Jamal


click sini


Lagu yang dicipta oleh Fynn Jamal berjudul Arjuna Beta nukilan istimewa untuk anak tunggal kesayangannya,  Bakti Arjuna Fitri atau Juna telah berjaya mendapat tempat dalam barisan finalis Juara Lagu 2014.

Apabila lagu ini diangkat sebagai finalis,  secara tidak langsung mesej yang disampaikan oleh Fynn Jamal telah mendapat perhatian masyarakat.

Saya petik dari RotiKaya.Com;

Fynn Jamal berkata populariti yang beliau kecapi kini akan diambil sebagai kesempatan untuk jadi aktivis masyarakat lebih lebih lagi memperjuangkan hak bagi anak-anak jalanan yang terbiar ataupun bayi tidak sah taraf.

“Saya meletakkan diri saya sebagai seorang ibu di tempat paling atas, kemudian sebagai pendidik dan selepas itu barulah peranan lain. Sebab itulah apabila saya dengar ada kes pembuangan bayi, hati saya cepat tersentuh dan sanggup ketepikan aktiviti seni sama ada sebagai pemuisi atau penyanyi untuk cuba selesaikan masalah yang dihadapi anak yang tidak berdosa itu”

Beliau juga berikrar mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap anaknya, Juna seorang kanak kanak autistik atau austisme yang masih belum mampu berkomunikasi dengan baik.


Benarkah apa yang cuba disampaikan oleh Fynn Jamal seluruhnya negativiti semata-mata?  Adakah kalian merasakan beliau 100 % membawa mesej bahawa TIDAK MENGAPA UNTUK MEMILIKI SEORANG ANAK BERLAINAN TARAF NIKAH?

Sebenarnya,  apabila saya menulis catatan ini,  inilah kali pertama saya mendengar lagu Arjuna Beta dengan penuh konsentrasi.  Sebagai wanita bekas model yang feeling New York City,  makanan harian saya adalah muzik Beyonce,  Rihanna dan they olls they olls yang sama waktu dengannya.  Namun ketika pertama kali mendengar lagu Arjuna Beta,  siriesli ayak mata terus bergenang di bebola mata saya.

Lagu dan lirik Arjuna Beta sungguh indah sekali.  Nukilan yang jujur macam ni memang mudah masuk ke dalam hati.




Surat Terbuka Seorang Pembaca Untuk Fynn Jamal 

Sebenarnya saya tak paham pasaipa si polan ini bersungguh hati menulis sedemikian dan merayu pula blog terkenal untuk published penulisannya.  Dia bagitau,  kalau Beautifulnara tak mau buat ulasan,  dia nak approach blog lain pula.  APAKAH?  Kat situ dah boleh nampak cara si polan cuba untuk menjual nilai diri dia.

Catatan si polan dalam surat terbuka itu adalah nilai peribadi dia sendiri.  Setiap orang mempunyai nilai peribadi tersendiri.  Nilai peribadi ini terbentuk hasil dari persekitaran kita seperi keluarga,  rakan-rakan,  didikan,  cara hidup,  agama,  tabiat,  pengalaman dan lain lain faktor lagi.  Nilai peribadi seseorang tidak akan sama dengan individu yang lain.  Malah si suami dan si isteri juga mempunyai nilai peribadi yang berbeza.

Ternyata si polan mempunyai nilai peribadi yang berbeza dengan Fynn Jamal.  Sebab itu apa sahaja yang menjadi nilai peribadi Fynn Jamal ditolak secara penuh.  Adalah tidak adil kalau dia nak kata Fynn Jamal salah seluruhnya.  Saya ulang lagi sekali,  kita semua ada nilai peribadi yang berbeza.  What ever good for me,  might not be good for u,  vice versa.

That's why saya kata,  apa yang si polan cuba lakukan adalah menjual nilai.  Dia hendak semua orang membeli nilai peribadi nya.



Konsep Menjual Nilai Peribadi

Konsep menjual nilai peribadi ni diperkenalkan oleh seseorang yang sangat saya hormati,  my mentor,  Kak Baby a.k.a Zarina Abdul Rahman.  Dia pegang prinsip ini dalam hidupnya.  Dia tidak suka orang yang suka menjual nilai peribadi.

Apa juga pilihan peribadi seseorang,  pastinya terbentuk adalah sebab-sebab yang paling sesuai dan selesa untuk kehidupan seseorang itu.  Oleh itu,  kenapa kita perlu memberikan pandangan negatif hanya kerana kita tidak selesa dengan pilihan nilai peribadi seseorang itu?

Apa yang berlaku kepada si polan itu adalah satu contoh kecil yang berlaku dalam kalangan pengikut selebriti di Malaysia ini.

Saya perasan,  kalau di Hollywood,  pengikut yang suka memberikan komen negatif dipanggil #haters.  Kerja depa,  hari hari masuk dalam laman sosial selebriti dan kutuklah sehabis yang boleh.  Contohnya,  depa pi kat Youtube sepupu I,  Beyonce,  macam mana meletops pun sepupu aku menyanyi,  depa tetap akan kata sepupu aku fake and tak boleh nyanyi live.  Apa punya bodo aku pun tak tau la.  Tapi,  kita tak boleh nak emosi dengan kata-kata depa sebab inilah haters.

Tapi kat Malaysia,  pengikut yang suka memberikan komen negatif adalah sedikit berlainan sikit dengan haters.  Depa bukan mengutuk secara terang-terangan.  Tapi kutukan depa diberikan dalam bentuk nasihat.  Gitu.  Depa punya style adalah dengan memberikan dakwah dan menjual nilai-nilai peribadi depa.  Ampa pi tengokla laman sosial para retis,  mesti berlambak komen-komen yang suruh artis insaf,  suruh tutup aurat,  suruh pakai tudung dalam contoh contoh lain yang mengharap artis itu berubah ke arah kebaikan.




"Dont ever let them (negativity) get into your system,"

Cabaran alam maya tanpa sempadan ini adalah amat berbeza.  Hari-hari ampa bukak Facebook,  Instagram,  terang tang-tang ampa boleh tengok semua artist pakai apa,  makan apa,  berak kat mana,  lepak dengan sapa,  pi mana.

Bukan kata retis,  jiran tetangga ampa pun boleh tengok.  Kalau dulu,  Kak Yam kena pi buat-buat hantar katalog Avon kat rumah hang walhal dia sebenarnya nak korek cerita hang dengan laki hang sebab semalam dia dengar ampa duk bergaduh.  Nenjia lani,  dia bukak Facebook ja otomatik dia tau ampa gaduh sebab si bini bodo pi tulih kat status "Malam ini sayang tidur dengan air mata.  B dah berubah," gituuu!

Ini menunjukkan betapa senangnya benda negatif nak masuk dalam hidup kita.  Kan?  Kalau dah tengok benda benda ni semua depan mata kita (dalam henfon) takkan dalam hati hang pun tak terdetik untuk kata "Aiiyooooo artist ni hantaran bukan main meletops.  Ni semua sponsor boleh la..." kan?

Sebab itulah I olls pegang nasihat sahabat I olls,  Asmaa Aljuned.  Dia pesan kat I olls "Dont ever let them (negativity) get into your system," Benda ini mudah tapi Insya Allah kalau kita jadikan tabiat lama-lama boleh membentuk peribadi kita untuk jadi seorang yang lebih positif.  Yalah,  lagi banyak kita bercakap pasai positiviti,  lagi baguih!  Haa...akak bukan nak menjual nilai peribadi akak.  Ampa faham dak?

So,  apabila u olls duk tengok FB / Instagram orang lain,  latihlah diri u olls untuk jadi lebih terbuka.  Jangan cepat menilai.  Jangan cuba menjual nilai.

Mama Regina ada sebut kat I olls dalam pertemuan kami Oktober lalu "Semua yang berlaku depan mata kita ni,  betul atau salah,  anggaplah semua ini sebagai santapan hidup kita," Santapan / makanan ni ada yang bagus untuk badan.  Ada yang tak bagus untuk badan.  So ampa pilihlah mana yang palinggg sesuai untuk diri u olls.



sumber gambar : Facebook page Fynn Jamal



Sembah Ratu untuk Fynn Jamal

Sebagai kesimpulan,  akak ingin memberikan sembah ratu 44 step zapin kepada isteri,  ibu dan wanita yang bergelar Fynn Jamal ini.  U olls telah memulakan langkah meredah arus sungai yang deras.  Semoga niat u olls untuk menyemarakkan mesej baik terhadap anak-anak jalanan yang terbiar ataupun bayi tidak sah taraf akan dipermudahkan Allah.  At the end of the day,  Allah saja tau niat kita.  Duk bergaduh dengan manusia,  sampai bila pun tak akan habis. "Tidak relevan sama siapa2. tapi jujur." Allah tau U,  cukupla kan?

ps/  Semoga u olls semua tidak menjadi seperti Si Polan.  Nak susah payah betulkan hidup selebriti.  Kita skroll tengok gambar Nora Danish and Nur Fazura pose-pose manja sudah la dalam IG sudah la.  Habis teruk pun kita LIKE sudeeeeeeee.  Kennnnnnnnnnn!  Shasha Halim,  thanks na bagi aku idea nak tulis benda ni.

Pusat Jualan Perabot & Barangan Hotel

$
0
0
Pusat Jualan Perabot dan Barangan Hotel memasarkan pelbagai jenis perabot dan barangan yang kebanyakannya didatangkan dari hotel 4 dan 5 bintang tempatan yang mana dijamin mutu dan kualitinya disamping rekabentuk yang menarik namun harganya sangat berpatutan.


Perabot-perabot yang dijual juga akan menjalani proses 'retouch' dan baikpulih agar pembeli dapat memiliki perabot seperti 'condition' yang masih baru dan cantik.
Sesuai bagi para pengusaha homestay, hotel budget mahupun pemilik kediaman yang ingin melengkapkan serta menghias rumah anda dengan perabot impian laksana hotel dengan budget yang sangat rendah dan berbaloi-baloi.

Pastinya anda akan berpuas hati.

Memandangkan kebanyakan dari barangan ini stoknya adalah terhad, peminat barangan ini digalakkan untuk datang terus ke pusat jualan kami dan melihat sendiri kualiti semua barangan sebelum ianya kehabisan stok.

Jemput berkunjung ke Pusat Jualan Perabot dan Barangan Hotel di cawangan-cawangan berikut :


Cawangan Bukit Mertajam, Penang

Lot G13, Aras Bawah, 
Kompleks Bukit Mertajam,
14000 Bukit Mertajam, Penang




Cawangan Alor Star

No.7 & 7A, 
Tingkat Bawah, 
Jalan Sg. Korok, 
Bt. 2 3/4, 
Tandop, Alor Setar


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012-511 9531.

























JOM LIKE KAMI DI FACEBOOK AND TENGOK LEBIH BANYAK GAMBAR AND INFO DARI KAMI!!

Klik Sini

Goodbye November

$
0
0


Wohhooo cepatnya dah masuk bulan Disember 2014. Lagi satu bulan kita dah nak masuk tahun 2015. Cepatnya masa berlalu. Cepatnya masa berlalu. Rasa takut pulak nak tengok balik senarai yang aku buat sebagai impian tahun 2014. Takut sebab ada banyak lagi yang aku tak sempat buat. Biasalah, pompuan tingtong macam aku. Banyak benda yang aku nak buat, banyak benda yang aku idamkan. Tapi bila aku jumpa benda baru, aku pun lupa benda yang lama.

Ada satu nama untuk orang macam aku ni. Something ‘disorder’ apa kah. Hang susah nak tumpukan perhatian pada satu benda. Especially bila otak tengah best (seperti tengah happy, excited bila dapat good news atau seumpamanya). Tapi so far, tak pernahlah memudaratkan sapa-sapa sebab kelemahan aku ni. Cuma kerapkali, dalam duk sibuk sibuk dan duk focus buat kerja, at the end of the day baru tersedar ada benda penting yang aku lupa nak siapkan.

Bulan November ini ada beberapa perkara indah yang tercatat dalam diari hidup aku. Selain perkahwinan anak ayam aku Wawa Azwanti pada pengakhiran November ini (akan aku ceritakan dalam blog aku soon) , aku dan pasukan Tampung Bajau berjaya menang tempat kedua dalam pertandingan persembahan malam kebudayaan sempena Hari Warga Staf USM 2014. Memang kenangan yang terindah.


click read more






Walaupun dah berminggu persembahan tu, tapi sampai lani aku suka duk pasang video tu dalam Youtube. Tak tengok gambar pun takpa. Sambil buat kerja, aku duk pasang video tu and gelak sorang sorang dengar suara Mahsuri a.k.a Kak Mah lakonan Kak Shuk membuat lawak jenaka. Hai...dah macam mak-mak zaman dulu duk dengar drama radio sambil buat kerja.

But before that,  satu lagi kenangan yang terindah aku sempat catat dalam diari hidup aku apabila team pelajar antarabangsa USM telah berjaya merangkul anugerah juara dalam pertandingan tarian di Universiti Nilai.  Ampa semua dah tengok ka video video kami?

Tapi satu benda yang aku belajar sepanjang membuat kerja produksi dengan Dr. Pitt, selaku Timbalan Ketua Kontinjen Tampung Bajau and ketua rombongan USM ke Universiti Nilai,  iaitu untuk push orang just a little bit more. Sapa yang tak faham, ketika bekerja dengan Dr. Pitt, depa rasa macam dia ni suka last minit, otak terlalu creative and idea terlalu gila gila. Sesetengah orang rasa Dr. Pitt terlalu suka PUSH and membuatkan urusan kerja kontinjen menjadi a bit tertekan sedangkan tujuan utama kami berusaha dalam Hari Warga Staf ini adalah untuk suka-suka.

Namun, setelah selesai semua pertandingan dan kami mendapat manisan kemenangan, baru kami sedari yang setiap kali Dr. Pitt PUSH kami itu ada sebab and hasilnya. Bukan saja-saja syiok sendiri and nak menyusahkan mana-mana pihak. Kalau kita rancang kerja kita dan kita niat bekerja untuk PASUKAN dan bukan untuk diri sendiri, balasan kemanisan kemenangan itu akhirnya akan membuatkan kita lupa kepada semua kesusahan and ketensyenan yang kita lalui tempoh hari.

Mungkin benar apa yang aku pernah terbaca sebelum ini“Winning is not an achievement but is a habit,” kalau hari hari menang aku tak tau la akan rasa high macam mana!




Bulan November ini juga membawa perkhabaran yang tidak baik untuk warga pejabat aku apabila seorang ahli keluarga kepada pelajar antarabangsa di USM telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya ketika bersiar di bandar Georgetown. Anaknya, pelajar kami, Daniel Lott tidak mengalami sebarang kecederaan namun bapanya Hubert Lott tercedera di bahagian paru-paru. Mengikut perkhabaran, tulang rusuknya patah. Selepas menyampaikan perkhabaran mengenai sumbangan dermaan darah,

Alhamdulillah memang ramai orang awam yang pi derma darah di Unit Tabung Darah Hospital Pulau Pinang. Namun, apabila pembedahan di Pulau Pinang ini terpaksa di batalkan kepada Mr. Hubert dah makin stabil dan pihak doktor dari Jerman telah membawa beliau balik ke negara mereka untuk memberikan rawatan yang selanjutnya.

Dahsyat betui na orang negara Jerman, depa mai antar doktor depa mai cek rakyat depa teruih kat sini.

Tapi, kami keluarga USM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma. Keprihatianan ampa semua hanya Allah yang dapat membalasnya semula.


Kesian kat bapak Daniel.  Memang jalan raya kat Georgetown agak merbahaya.  Ampa ingat dak satu artikel I olls tulis membalas balik kutukan wartawan NST yang kata pemandu kat Penang sangat kurang hajar. If u cannot fight them,  join them.  Memang nasib Mr.  Hubert agak tidak elok la hari tu.  

Bercakap pasai jalan raya di Georgetown,  bulan November ini i olls berkesempatan jugak untuk ronda-ronda menaiki basikal mengikuti Georgetown Heritage Trail.  Ini pun artikel yang saya masih hutang dengan kalian.  



Seronok berbasikal,  selain mengeluarkan peluh dan membakar lemak tepu,  i olls juga dapatlah feeling America's Next Top Model duk posing depan street art.  Bercakap pasai ANTM,  ampa duk baca dak aku buat review pasai ANTM Cycle 21.  Ampa haruslah baca naa!!  I olls akan buat ulasan berdasarkan siaran waktu Malaysia.  So ampa takyahlah feeling-feeling bagitau apa yang dah jadi kat Amerika.  I tau lani,  cycle 21 dah nak habis and Ms Tyra pun dah start buat casting untuk Cycle 22 Short and Tall.

Sapa duk main duit kutu? Atau orang Penang panggil duit kut. Ampa simpan duit dalam lingkaran kumpulan and setiap ahli kumpulan itu akan mendapat duit simpanan secara bergilir. Dah lama (berbelas tahun jugak) aku tak main game ni. Sebab kali terakhir aku main game ni dengan para sepupu and gang gang depa yang aku tak kenai. Nak jadi cerita, lepaih depa semua dapat duit kutu depa, pastu depa tak mau bayar dah duit. 
A photo posted by Jumie Kamarulhafiz (@jumiekhafi) on

 So orang macam aku yang dapat nombor last terus tak dapat bayaran. Masa tu kami kutip duit mingguan. So kalau ikut turn, kali boleh dapat RM150. Haram jadahla depa-depa yang kawan sepupu aku tu. Aku tak kenai depa sampai lani. Tapi depa lah yang membuatkan aku mempunyai ketraumaan dengan permainan feveret mak mak kita ni.

Bila aku masuk kerja kat office baru ni, entah macam mana ka kebetulan, depa baru start main kutu. Sebulan RM100. Aku pun amik la join. 1, sebab aku nak amik hati kawan kawan baru kat sini. 2, sebab aku rasa macam bagus sangat sebab boleh buat menyimpan lebih.

So lepas dapat kutu aku yang pertama ni, aku pun telah membeli handphone baru iaitu Lenovo S860. Sapa sini pakai Lenovo angkat tangan? Siriesly, phone jenama ni sangat bagus kan? Lajiu and tahan lasak. Dahla murah. Lani memang ramai yang pakai Lenovo. Tapi bila nak pi beli handphone ni, tauke kedai phone selalu macam memburuk-burukkan phone jenama ni.

Depa kata, phone ni murah, selalu ada problem, bla bla bla. And depa akan kata “Biasalah...balang (barang) mulah (murah), lu pakai sat sajala laaa...”

Ala Tauke. Hang saja nak suruh aku beli fon mahai. Sudahlah. Aku tetap beli phone ini. So, ampa semua lani kalau perasan awat lani Twitter and Instagram aku tiba tiba aktif semacam, so ampa faham-fahamlah. Sebab aku dah pakai henfon baru la. Yebba!!

One more news untuk aku garapkan sebagai catatan bulan November adalah keputusan aku untuk menarik diri sebagai tenaga pelakon dalam produksi pelajar tahun akhir USM bersama Faezah and Mynn. Aku terpaksa menarik diri sebab kebelakangan ini disebabkan oleh aktiviti pejabat yang agak padat hingga ke hujung minggu menyebabkan masa rehat aku kurang. Aku ambil keputusan untuk tarik diri sebagai pelakon produksi itu supaya aku ada ruang rehat pada malam hari kerja. I really need to rehat. Bila badan pun penat, perasaan and mood tidak begitu menjadi.

Tapi sampai lani, depa semua tak balas apa-apa mesej aku. Aku tau depa marah. Kalau aku kat tempat depa pun aku marah juga. Benda ni bukan main-main sebab ini adalah kerja ilmu depa. Aku harap satu hari depa faham permintaan aku.

So ampa tunggu lagi na catatan-catatan aku lepas ni. Hope ampa semua enjois. Sebab jangan jeles, katanya Fynn Jamal pun buat pengakuan dia pun dah lama baca blog aku. Aiiyoooooooooooooooo!! Tak pernah komen pun. KEKWAT.

Sekian sahaja catatan akak untuk rumusan bulan ini. Welcome Disember!

ANTM Cycle 21 Episode 5 : Baru Romeo Ada Akai Romeo!!

$
0
0
Hello u olls,

Ampa dah tengok ka episod ke lima?  Memang best sangat tengok minggu ini sebab ada beberapa drama yang amat membuatkan jiwa jiwa pondan seperti I olls rasa teruja.  Akak akan kupas satu persatu untuk tatapan u olls semua.







Adam Yang Makin Cool
Kalau dalam minggu-minggu lepas aku rasa macam nak sekeh tengok budak lelaki ejakulasi 3 saat ni,  tapi minggu ini persepsi meluat aku dah makin berubah.  Aku rasa,  Adam dah semakin sedar yang persaingan dalam pertandingan ini semakin sengit dan semua orang sedang berusaha untuk membuat yang terbaik.  Sebab itu dia semakin cool dan tidak membuat aksi keluar lidah bodoh-bodoh dia tu lagi.

And aku sangat respek dia masa Romeo mabuk gila babi and duk mai kacau dia masa dia gosok gigi.  Dia punya sabak sampailah saat Romeo pi tanduk kepala dia.  Dia tak buat apa-apa pun.

Sebenarnya Romeo nakhariam tu nak bagi Adam bengkek and dia nak suruh Adam tumbuk muka dia.  So kalau Adam tumbuk dia,  harapan nanti Adam kena buangla dari pertandingan ni.  Tapi Adam punya sabiak.



Syahbas Adam sebab hang dah makin cool.


click read more



Romeo Kena Buang - Baru Ada Akai

Aku memang tak berkenan dengan deni sejak first week lagi.  Dia memang banyak negative energy.  Aku memang terkejut masa Yu Tsai and Miss J buat announcement bahawa Romeo di-disqualified sebab dia telah bertindak agresif kepada peserta lain.  Satu tindakan yang amat drastik dan sangat bagus sekali.

Romeo ni memang muka bengang gila apabila dia tau yang dia kena buang.  Percubaan dia nak memanipulasikan perasaan orang lain agar depa terus terkeluar tidak berjaya kali ini.  Bongong punya Romeo,  kalau hang nak provok Adam untuk pukul hang,  pasai pa hang nak kena mabuk baru hang berani nak provok dia?  Sangat perangai kampung.

Rasakan nok!! Hang anak ayam Tyra pertama kena disqualified.

Romeo,  mandrem makan tuan.



Rhalea First Fall

Masa cabaran pakai kaki sarkas tu (stilt) aku sangat kesian kat Rhalea sebab dia terjatuh before dia buat catwalk.  Aiiyooo...kalau aku jadi dia aku rasa aku bukan sahaja akan jatuh,  malah background catwalk semua akan jatuh sebab aku tarik.  Habih semua nampak back stage.  HAHAHAH


Rhaelia yang meletops.





Ben Yang Makin Bagus

Dia menang best catwalk.  Bagus budak ni.  Dalam duk diam-diam,  dia duk makin menyerlah.



Ben,  muka sangat anak-anak ikan.





Cabaran Membuat Video

Kalau tak salahlah,  selalunya cabaran untuk buat shooting video ni akan diberikan pada minggu penghabisan bila peserta dah makin kurang.  Tapi kali ni,  depa buat masa awal-awal.  Satu exposure yang sangat bagus untuk anak-anak ayam Tyra Banks.  Tu pun ada juga yang struggle dan langsung tidak berusaha untuk membuat yang terbaik.  Selain Lenox,  Shei juga sangat struggle.  Sungguh sayang sekali sebab Shei mempunyai tubuh badan yang cantek tapi dia punya pergerakan amat keras.

Shei yang meletops.  





Denzel and Marjiana - Cemburu Makan Hati

Aku memang nak ampa semua amik perhatian kepada kes dua anak ayam ni.  Denzel and Marjiana ni duk bermain hati.  Sama-sama duk buat feeling perasaan macam mana ka.  Hang peluk aku,  aku cium hang.  Dah macam couple.

Habih minggu ni,  untuk cabaran buat video,  Tyra sahaja pi bagi depa pusing couple.  Keith pi couple dengan Marjiana and Kari mai berkapel dengan Denzel.  Habih tu,  bila Denzel tengok Marjiana dengan jantan lain,  dia terus tak boleh focus pada task yang diberikan.


Denzel yang kuat feeling.

Marjiana si Sundalina.


Apa yang jadi kat depa dorang ini adalah satu pengajaran yang I olls selalu pesan kat anak-anak ayam I olls.  Ampa nak skendel ka,  nak bercinta ka,  nak beromen ka,  nak berflirting ka,  nak berkingki ka,  AMPA JANGAN DUK PI MENGGARIT DENGAN JANTAN / POMPUAN DARI TEMPAT AMPA CARI MAKAN!!

Sebab apa yang ampa buat tu sama macam ampa tabok pasiak kat periuk nasik ampa sendiri.  Itulah dulu akak masa masuk kerja,  akak tak pernah nak menggarik dengan jantan-jantan dari USM.  Kalau nak berkawan memang berlambak.  Sebab 1,  kita tak tau esok lusa nak jadi apa.  Satgi sakit hati,  esok lusa kena tengok muka tu jugak.  Hang nak lari pi mana lagi?  Hang dengan dia sama-sama carik makan kat situ kan?

Tapi kalau dah jodoh tak boleh nak buat apa la.


Keith,  yang sangat AIIIOOOOYYOOO.

Kari yang HOTNESS.





Will Dapat Best Photos

Kerlas Will dapat best photo.  Ampa rasa sapa dia nak panggil untuk duduk kat Tyra Suite dengan dia?  Akak rasa mesti dia akan panggil Matthew duduk dengan dia.  Habihlaa  u ollss.  Dia akan kalih Matthew bagi habih.  HAHAH  tak sabak nak tengok episod minggu depan.

Will yang sangat cantek.  Aku sangat suka tengok muka dia.  Lembut tapi edgy.


Matthew yang AIIIYOOO





Lenox Tak Reti Nak Jadi Seksi

Aku paling bara tengok Lenox ni dia kata dia tak reti nak jadi seksi.  Aku tak tau la dia nak coverina macam mana lah and awat dia macam kuno sangat.  Dia ingat nak jadi seksi ni,  semata-mata kena buat muka muka #orgasmface and baru jadi seksi?  Sebenarnya,  keseksian adalah dari keyakinan diri.

Masa Tyra Banks duk ajar dia buat pose-pose seksi,  dia terus give up and berlari anak ke dalam barisan.  Muka Tyra sangat pereng masa tu.  Kalau aku jadi Tyra haruslah aku akan carut dia kat situ jugak.  Tapi marhayam Tyra memang baguih.

Masa sesi penilaian,  Tyra amik kesempatan tu untuk carut Lenox kau kau!  Akak suka kata-kata dia ni "You just gave up and to me that is the most unattracting thing about wanting to do anything in life,"


Lenox yang cengeng.

And Tyra bagi dia 1.  The first markah 1,  paling rendah dalam sejarah ANTM.  And hukuman untuk Lenox bukan di situ sahaja,  disebabkan dia tidak meng-eliminate Lenox kerana Romeo telah di-disqualified,  so Lenox memang ternyata masih tidak layak untuk berada dalam pusingan seterusnya.  Oleh itu,  Tyra hanya akan bagi dia 5 shot untuk penggambaran sesi hadapan.

Good luck Lenox.  Harap hang belajar dari carutan marhayam Tyra.  Toksah la duk feeling-feeling cengeng and giving up just sebab hang macam bangang tak tau apa.  Lebih baik hang kecewa sebab hang dah cuba yang terbaik tetapi ada orang yang lebih baik dari hang,  daripada hang tak mencuba langsung and hang kecewa sebab menyesal!


Ulasan Fesyen American Music Awards 2014

$
0
0
Hello u olls,

Dah lama I olls tidak membuat review fesyen.  Kepada u olls yang baru pertama kali membaca kisah-kisah fesyen review di blog I olls.  Selamat datang dan semoga terhibur.  Tapi harap u olls tidak membuat permintaan agar I olls membuat ulasan fesyen bagi event or retis Melesia.  I olls takutlaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak komen.  HAHAHA sapa yang faham tau la.  Anyway,  hari ini I olls ingin membuat ulasan fesyen karpet merah semepan 2014 American Music Awards yang telah berlangsung di Nokia Theatre in Los Angeles, California.

Jom tengok ulasan fesyen by I olls!


Jennifer Lopez In Reem Acra
Yes,  baju ini meletops.  Yes,  marhayam JLO memang harus disembah ratu kerana walaupun usia sudah hampir setengah abad tapi masih mampu memiliki tubuh badan yang very toned.  Tapi u olls,  beliau membawa mesej yang tidak baik.  Beliau seperti berkata, its okay untuk wanita berumur macam beliau untuk memakai dress seksi meksi macam ni.  Sedangkan,  umur-umur beliau ni dah nak kena relaks dah u olls.  Tapi takpalah,  dia pun sama pukul naik macam orang lain.    Sementara muka tak pecah LOBS lagi,  why not.



 click read more





Taylor Swift In Michael Kors
Dress ini sangat edgy.  Biasalah trade mark MK.  Tapi awat Taylor makin kuruih.  Tak eliokkkkkkkkkkkk la.  





Danai Gurira In Naeem Khan 
Colour dress ini tak berapa sesuai untuk beliau.  I lagi suka kalau dia pakai hijau lagi terang seperti hijau floresen atau hijau pucuk pisang.  And please buang tali pinggang itu.  I olls rasa amat mencacatkan.





Giuliana Rancic in Alex Perry 
Dress ni nampak macam sebelah baju untuk lelaki,  sebelah untuk perempuan.  Baik dia make up jadi dua jantina.  





Kate Beckinsale In Kaufmanfranco 
Mak ayam ni pakai apa pun elok.  Teringin nak tengok beliau pakai baju yang merepek.  So far beliau sangat pandai bergaya di karpet merah.  Tidak pernah gagal di mata I olls lagi.





Jessie J
Kerlas Kak Jess,  very simple.






BEST DRESS FOR ME

Fergie In Halston Heritage
Siriesly akak sangat sentap melihat ke-vouge-kan Fergie yang kini sudah beranak satu.  Walaupun dress belah belah kaki ala Angelina Jolie ini sudah boleh dikatakan sebagai boriam already,  tetapi bagi i olls Fergie tetap rocks dalam dress ini.  Bagus u olls.  Tak perlu nak feeling pakai skirt skirt pendek ala paksaan tu semua.  





Nicki Minaj In Alexander Wang
Dress ini sangat edgy.  I sangat suka.  Sesuailah dengan wanita anakonda ini.  I sangat suka details pada tengkok dan tepi pinggang.  Tak banyak tapi meletops.





Khloe Kardashian In Versus Versace
Inilah kelebihan jadi fashion designer yang ternama.  Buat skirt style siap sebelah macam ni pun dah dikira sebagai haute couture dah.  Hang tengok la sebelah terangkat,  sebelah ada details emas macam mana ka.  Macam tak larat nak sambung jahit,  pakai ja macam ni.  Pastu lepaih ni jadi trend.  Gitu.





Kendall Jenner In Yigal Azrouël 
Aku sangat suka Kendall ni aku rasa dia sangat hott.  Tak sabar nak tunggu cerita cerita dia.  Aku rasa dia akan jadi paling cantek dalam legasi Kardashian.  Baju ni pun meletops.  Seksi and sesuai dengan tubuh badan langsing beliau.  Pandai dia pilih baju yang flaunt bentuk badan dia.




Selena Gomez In Armani Privé 
Deni dressing macam orang tua.  NEXT





Heidi Klum In Versace 
Deni satu lagi punya yakpur.  Duk buat rancangan projek Runaway sampai dah berapa season,  tapi bila red carpet baju dia mesti paling serr sekali.  Ni baju apa ni?  Aku pun tau buat baju macam ni.  Beli tube hitam,  beli skirt pastu bagi terkoyak sebelah.  Pastu pi beli ribben glitter pink and balut balut kat badan macam mana ka.  





Charli XCX In Vivienne Westwood
Meletops pompuan BOOMCLAP ni buat macam primadona macam mana ka.





Taylor Schilling In Vionnet 
Kalau skirt untuk baju ini dilabuhkan dan dibuat kepok kepok meleret mesti lebih meletops.





Gigi Hadid In Prabal Gurung
 Baju ni boleh dioffer kepada Petronas kot kot depa nak bagi Gadis Litar Petronas untuk pakai.  Giccu.  (tapi baju ni actually merepek).





Uzo Aduba In Vivienne Westwood
Colour baju ini tidak sesuai untuk beliau.





Dianna Agron In Marchesa
Gaya rambut ini tidak sesuai untuk dress ini.  And I olls rasa dress ini patut dipendekkan lagi sikit ataupun di potong agar jadi pensel skirt pasti lebih meletops.





Lucy Hale In Vera Wang
Lebih baik mai pakai baju tidok macam kakak-kakak Myanmar duk pakai pi kedai siap bubuh bedak Tanaka kat muka.





Meghan Trainor in Ted Baker London
All That Base yang simple.





Diana Ross
Tak tau la berapa ekok ayam piru yang mampuih sebab nak buat dress ni.





Christina Milian
Meletops depa lani.  Buat come back katanya.  Tapi dress ni Kelly Rowland dah pernah pakai dulu.





Kylie Jenner In Alexandre Vauthier Couture
Pompuan ni pun meletops.  I olls suka beliau memilih dress couture ini.  Sangat sesuai dengan personaliti Kylie yang selalu tampak ganas and grunge gitu.  Iolls suka kasut beliau.  Make up dia juga sangat meletops.



Elizabeth Banks In Peter Pilotto
Meletops pompuan Hunger Games ni.  I sangat suka warna dress ini sangat playful.  Beliau nampak muda tapi still maintain relaks and tidak terlalu over.  Tapi paling I olls suka adalah kasut beliau.  Sepsi.





Olivia Munn In Lanvin
Lanvin punya style baju memang lagu lagu ni.  Bagi kat Olivia Munn nampak macam sampah.  Tapi kalau bubuh kat Lady Gaga mesti akan jadi HauteCouture.





Zendaya Coleman In Georgine
Deni serrrrr...sapa dia tak tau.





Jordin Sparks In Halston Heritage
Deni duk feeling feeling laaa.  Dia kan lani dah break up dengan Jason Derulo.






Rita Ora In Zac Posen
Sangat suka colour dress ini!!!  Walaupun bentuk dress ini I olls dah tengok banyak kali,  tapi colour and gaya Rita Ora memang memberikan kelainan.  Sesuai dengan gaya fesyen beliau yang selalu very BOLD.  Sangat suka pompuan ini sebab suara dia hebak.





Bleona
Yang ni paling serr.  Sangat publisiti murahan.  Ampa tak payah nak pi Google pasai dia.  Satgi rating dia lagi naik.  Gila buruk dia pakai macam ni.  Pungkok dia dah la macam penyek macam mana ka.  

Mak Su Selera Kampung Ikan Bakar

$
0
0
Hello u olls semua,

Sebenaknya akak mai makan kat tempat sedaplazoh ini pada 16 November yang lalu.  Tapi sorry sangat sangat terlupa macam mana ka,  lani baru akak nak share dengan u olls.

Sebelum apa-apa mai sini akak nak layor gambak makanan yang sedap kepada u olls.  Semoga ketika u olls membaca artikel ini u olls tidak dalam keadaan berpuasa sunat.




click read more




Katanya selepas we olls menang pertandingan persembahan kebudayaan Hari Warga Staf USM yang berlangsung di Kampus Kejuruteraan USM.  So hanya I olls,  Kak Shuk and Faridza yang stayed di Kampus Kejuruteraan to next day,  rakan staf yang lain,  lepas persembahan semuanya balik ke Penang.

So the next day,  Kak Shuk terus balik Sungai Petani.  So tinggal I olls dan Faridza.  Selepas mengemas barang persembahan semuanya,  kami pun contact Naim Isa,  one of USM Students Buddies yang juga student engineering kat kampus USM di sini.  Kami ajak dia makan lunch dan dia pun bawak kami kat tempat ini.

Mak Su Selera Kampung Ikan Bakar.  

Sampai sahaja kat sini sekitar 1pm,  dah boleh nampak orang ramai macam mana.  Tapi bukan susah nak cari parking sebab sini adalah Parit Buntar dan bukan Georgetown ya.  HAHAH kalau kat Penang jenuhlah ampa nak berubut cari parking semua.

Ada macam-macam lauk yang menarik.  Lauk kampung semuanya.  "Who can say no to makanan kampung?" kata-kata Nora Danish dalam Instagram beliau.  Paling menarik sekali adalah pilihan ikan bakar.  Ada macam-macam ikan darat yang dibakar dengan rempah ratus yang meletops.  We olls beli ikan keli bakar dan ikan tilapia.  

Harga,  aku dah lupa berapa harganya.  Tapi 3 orang makan tak sampai RM30 pun.  

Lokasi  :  Jalan Padang, 34200 Parit Buntar, Perak, Malaysia

Kalau ampa pakai Waze,   ampa cari sahaja  Mak Su Selera Kampung Ikan Bakar.  Kalau ampa dari Selatan / Utara,  exit Jawi / Nibong Tebal.  Dari situ dah dekat nak ke lokasi ini.

Kalau tak salah yang tengah tu,  tudung koko.  Tulah Mak Su.



I olls dan Naim.


 
Gambar depan kedai Mak Su.  Memang ada banyak kereta.  Tapi senang nak parking.  Ada bendera Penang dan Perak di depan kedai sebab kedai ini betul  betul terletak di sempadan Penang dan Perak.

Muruku Emosi

$
0
0
Hello u olls,

Kepada rakan-rakan students dan staff USM,  sapa pernah beli Muruku Emosi kat Kedai Koperasi USM yang terletak di belakang Restoran Subaidah?

Siriesly,  kalau ampa pernah beli,  ampa suka dak makan muruku ni?  Akak sangat suka muruku ni and setiap kali pi Koperasi ni mesti nak beli punya.  Rasanya sedap.  Pedas,  berperisa,  rangup dan mengenyangkan.  Bila makan mesti tak mau berenti.  


Tapi pernahkah ampa terpikiak pasaipa nama muruku ini Muruku Emosi?

So satu hari apabila akak boring di office,  akak pun menelipon nombor telefon yang terletak di atas label muruku ini.  Akak bercakap dengan seorang lelaki yang akak terlupa nak tanya nama dia dan siapa dia.
Tapi dia mengaku talian ini untuk Muruku Emosi.

So akak tanyalah,  pasaipa muruku ni nama Muruku Emosi.  Dia kata "Saja la bubuh nama ni.  Takdak sebab apa pun," jawab pakcik itu ringkas.

Begitulah kisahnya.  Akak tetap akan membeli dan memakan muruku yang sedap ini.  Oh ya,  yang pastinya,  anda tidak akan mendapat efek emosi selepas memakan Muruku Emosi ini.





Surat untuk Fynn Jamal

$
0
0


Dear Kak Jumie,

Thanks sebab membuat olahan tentang Fynn Jamal. Dah banyak kali saya baca tentang beliau, tapi cara olahan akak membuatkan saya terpanggil untuk menghubungi akak dan bercerita tentang pengalaman saya. Mohon kongsikan kisah saya ini dalam blog akak agar dapat dimanfaatkan kepada orang ramai.

Actually i admire her (Fynn Jamal). Bagi saya, Fynn bukanlah bangga yang anak dia tu anak tidak sah taraf. Dia cuba memperjelaskan kedudukan Arjuna di mata masyarakat yang selama ini melabelkan anak-anak tidak sah taraf ini sebagai hina. Dan dia ada usahakan bantuan untuk menguruskan gadis-gadis yang bermasalah dan mengandung anak luar nikah ini untuk diserahkan pada pasangan yang memerlukan.

Saya pandang dari sudut yang positif di mana anak-anak itu daripada dibuang lebih baik diuruskan dan diserahkan kepada keluarga yang boleh mendidik mereka untuk menjadi orang yang berguna. Kerana kesalahan itu bukan pada anak ini, dosa itu pada ibu dan ayah mereka sedangkan setiap anak yang lahir itu suci dan bersih.

click read more


Walaupun Islam tidak mengiktiraf mereka namun ini tidak bermakna yang kita perlu meminggir dan menghina sebagaimana yang diperlakukan oleh masyarakat kita. Mencalitkan kekotoran dan merendahkan anak-anak ini. Walhal mereka (anak tidak sah taraf) juga mampu menjadi manusia malah ada yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi.

Maaflah kalau saya sebab menjadi emosi apabila ramai yang tak suka pada Fynn. Sebenarnya, saya sendiri adalah anak tidak sah taraf. Ya, saya ialah anak haram.

Sejak bayi, saya dibesarkan oleh mak dan abah angkat saya. Mereka bukan keluarga kandung saya. Mereka yang bertanggungjawab memberikan saya pendidikan, agama dan kasih sayang. Saya kini bangga dengan diri saya sekarang. Saya sanggup mati untuk mak dan abah saya.

Mak dan abah tidak pernah berselindung tentang status saya. Mereka sentiasa bersifat terbuka dengan saya. Cabaran yang kami lalui memang besar. Untuk saya terutama sekali. Pernah ketika di sekolah, ada rakan yang ludah saya kerana saya anak haram. Saya balik rumah menangis teresak-esak dan merajuk tak mau pergi ke sekolah lagi.

Mak dan abahlah yang pujuk saya. Mereka banyak bagi saya semangat. Sampai saya berjaya hingga ke Universiti.

Saya juga masih teringat satu kejadian masa saya darjah satu, ketika mak saya hantar saya ke sekolah dan kami terserempak dengan seorang kenalan mak, makcik itu berkata kepada saya dan mak saya "Ohhh inilah anak angkat ko yang takder bapak tu...."

Bayangkan walaupun masa tu saya baru darjah 1, tapi saya faham apa yang makcik tu cakap. Dan bayangkan betapa ignorantnya masyarakat kita. Saya pasti zaman sekarang pun masih ada insan seperti makcik itu dalam kalangan masyarakat kita. Mak saya balas pada makcik itu dengan beraninya "Saper takder bapak? Dia anak saya dan suami saya ialah bapak dia,"

Untuk pengetahuan akak, kat surat beranak saya hanya ada nama ibu sahaja.

Melalui sepucuk surat yang mempunyai alamat ibu kandung saya, saya pernah menjejak ibu kandung saya. Pada itu usia baru 18 tahun, baru habis SPM. Berbekal RM50 saya ke Kuala Lumpur. Macam dalam drama TV.

Akhirnya saya menemui ibu kandung saya. Dia seolah tidak selesa untuk bertemu dengan saya. Apabila saya beranikan diri untuk bertanya siapa bapa kandung saya, dengan begitu korang sopan sekali ibu kandung saya menjawab “Entahlah sapa bapak ko. Aku pun tak ingat. BF aku ramai sangat,”

Saya percaya Fynn buat benda yang baik. Fynn macam mak saya. Seorang yang sanggup buat apa sahaja untuk saya.

Sebagai pengakhiran kisah saya ini, ingin saya simpulkan bahawa saya tidak pernah meletakkan apa yang berlaku pada diri saya ini sebagai satu kesilapan atau kesalahan. Saya percaya apa yang telah Allah tetapkan dalam hidup saya ini menjadikan siapa diri saya hari ini. Saya tidak mudah melabel atau menghukum orang lain dalam apa juga situasi kerana itulah yang saya lalui sejak kecil. Mana mungkin saya mahu insan lain merasai apa yang saya alami selama ini.

Kepada mak saya, dan kepada Fynn Jamal, saya doakan agar Allah sediakan syurga khas untuk kalian.

Yang benar,
Ammar Rahim Abdullah (bukan nama sebenar)

* kisah ini digarapkan melalui mesej-mesej Wassap antara saya dan penulis

Roti Canai Shaik Gemas Road

$
0
0

Roti canai kosong 2 biji dengan daging dan bawang mentah.


Hello u olls,

Kepada u olls yang suka makan roti canai,  I olls nak rekemen satu lagi kedai roti canai kat Georgetown yang sesungguhnya lebih sedap dari roti canai Transfer Road or roti canai Argyll Road (at least according to me).

Memperkenalkan Roti Canai Shaik Gemas Road,  tapi kalau tengok kat Foursquare / Waze depa rujuk kepada Roti Canai Fairuz No.1.

Actually Shaik ialah abang sulong dalam keluarga pengusaha roti canai ini.  Fairuz ialah nama salah seorang adik beradik depa.  Tapi sejak dulu memang Abang Shaik yang penguli roti canai.  Daulat a.k.a Tholat ialah adik beradik depa yang bertanggungjawab buat air.  Teh tarik beliau sangat meletops.  Adik beradik lain,  tolong serve tetamu :)

Akak bersama Abang Shaik masa majlis persandingan Zafirah Yusak.  Kat belakang tu,  ada photobomb brother pakai baju hijau itulah Daulat a.k.a Tholat.


Gerai Roti Canai ini terletak di Gemas Road Pulau Pinang,  di tengah kampung Kebun Lama,  iaitu kampung tempat I olls membesar.  Berhampiran dengan Sekolah Menengah Abdullah Munshi dan juga Sekolah Menengah Sri Mutiara.

Akak dua dari kiri.  Gambar ini dirakam pada tahun 2006.  Inilah STARBUCKS untuk akak dan rakan sekampung yang lain.

click read more



Gerai Roti Canai Shaik ini telah dibuka sejak tahun 1994 (masa itu I olls darjah 3).  Dan sehingga kini menjadi tempat kegemaran orang kampung saya dan juga orang-orang Penang.  Tempat ini agak kecik dan sempit,  oleh itu,  kalau mai makan kat sini ampa kena be open untuk share table dengan orang lain and bila dah makan tu cepat-cepatlah bagi settle untuk bagi orang lain makan pula.

Speciality di sini of course is roti canai and teh tarik.


Teh tarik Daulat yang meletops.  Kalau ampa mintak teh ais pun gila sedap berdengung jugak.



Ni gambar mak ayam duk minum teh tarik.  Hiu hiu hiu.




 Akak yang duk minum teh o depan gerai Shaik ni nama dia Khairon.  Beliau ialah lejen dalam kampung kami.  Selalunya beliau akan berjalan berpegangan tangan dengan suaminya.  Depa sangat merpati dua sejoli di kampung kami.  Tapi tak tau pasaipa pagi ni,  Khairon mai minum teh sorang sorang.  Bergaduh kot depa dorang.



Kedai Shaik yang sentiasa dipenuhi orang ramai.



Yana and Su,  depa first time mai makan sini.  Depa ni budak Kokoot. Baca sini  :  Asal usul perkataan koko'ot?







 Location  :  Jalan Gemas (Jalan Gemas), George Town, Pulau Pinang 10460
Waze  Roti Canai Fairuz No.1
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>