Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Pengantin Ku Naik Kuda

$
0
0

Hello u olls,

Seperti yang u olls tahu,  tahun ini 2014,  akak begitu mengurangkan aktiviti make up pengantin.  Bukan sebab akak dah nak berhenti daripada mencari rezeki dari bakat dan ilmu yang Allah berikan kepada akak ini,  tapi honestly,  akak rasa akak nak slow down sikit untuk tahun 2014 ini dan akak nak buat lebih utamakan kepada aktiviti bersama keluarga dan kawan-kawan.  Alhamdulilah,  akak rasa happy sebab tahun ini akak berkesempatan untuk berjalan-jalan dengan lebih jauh lagi dan mempunyai ruang masa yang lebih banyak untuk diri akak sendiri.

Tapi nak share dengan u olls antara customer make up akak tahun ini,  nama beliau ialah Illyani Latif dan suami beliau Rafael Rizal.  Depa dua book akak make up untuk sesi majlis bertandang di Penang.  Menariknya,  pada hari perkahwinan mereka ini yang bertemakan Inggeris,  depa berdua naik kereta kuda.

Gambar i olls make up Illyana.

click read more



Siriesly kereta kuda ini sangat cantek dan memang feeling-feeling Puteri Diana u olls.  Akak telah mendapat kebenaran untuk share gambar they olls kat dalam blog akak.

Akak tanya kepada Rafael,  apa perasaan u olls naik kuda?  Dia kata "Sama ja macam naik kereta.  Cuma lain sikit sebab kuda yang bawak kereta ni," HAHAH biasalah kalau tanya kat lelaki mesti bagi jawapan yang takdak perasaan.

Kepada Illyani and Rafael,  thank you so much sebab sudi beri kepercayaan kepada I olls untuk mencantikkan ampa berdua pada hari besar u olls ini.  Semoga u olls berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

















Sesi Berposing bersama Kak Eder di Interactive Museum Penang

$
0
0
Hello u olls, hari ini I olls mengambil cuti rehat. Sebab ada urusan yang telah dirancang (nanti I olls akan cerita dalam blog juga okay). I olls pun memang nak perabih cuti tahunan kalau dak nak kena foward setakat sehari dua macam takdak apa sangat. Oleh itu, secara otak seminit, I olls pun berkata kepada mak I olls iaitu Kak Eder untuk mengajak beliau melawat Interactive Museum Penang atau lebih dikenali sebagai Muzium 3D. Mak I olls memang super cool and sangat selamber gila. Walaupun tidak membuat sebarang planning, dia kira nak JOIN SAHAJA! Steady Kak Eder.

Muzium ini adalah sebuah muzium interaktif yang mempunyai banyak gambar-gambar 3D yang memaparkan keunikan negeri Pulau Pinang di mana pengunjung boleh bergambar dengan membuat gaya meletops pada gambar 3 D itu. Hasilnya, kelakar tapi fun!!

Setelah penat berposing,  kami pun lepak minum kopi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang,  Encik Lim Guan Eng.



click read more




Alamat :   No.3 Pengkalan Weld,  10300 George Town,  Malaysia



Waktu operasi  : 9 pagi hingga 6 petang (DIBUKA SETIAP HARI)

Laman web  :  http://www.madeinpenang.my/

Facebook  :  https://www.facebook.com/MadeInPenang

Bayaran masuk ke muzium ini adalah RM30 untuk pelancong asing. RM15 untuk rakyat Malaysia (kena tunjuk MyCard) and untuk warga emas macam mak I olls hanya RM10 sahaja. Umur mak I olls adalah 61 tahun. Kerlas tak beliau?



Lukisan di luar Muzium yang menunjukkan efek 3D.  
Siriesly, ampa kalau mai Penang, ampa kena mai bawak anak-anak ampa semua mai sini. Here are the tips yang I olls nak bagitau kat ampa kalau ampa nak mai sini :


  • Definitely ampa kena mai secara berkumpulan. Paling best dua orang. Tapi kalau tiga orang ke atas lagi best. Sebab lagi macam-macam gaya yang ampa boleh buat masa bergambar. Kalau ampa mai sorang, sangat pelik!!!  MONOPOD TIDAK SESUAI UNTUK SESI INI.
  • Be spontaneous, creative and mampuih pi kat orang yang duk tengok ampa posing. Tengok macam mak I olls, walaupun ramai budak sekolah masa tu kat galeri, tapi dia nak heran apa, dia pi posing style relaks sahaja. Ada gambar 3D yang mengkehendakkan u olls berbaring dan sebagainya. JUST DO IT. Budak budak kecik tu pun lepas tu tiru mak I olls punya posing. Kalau ampa masuk muzium ni, duk posing macam lagu Negaraku sahaja, baik ampa pi amik gambar kat Padang Kota saja.
  • Kat setiap gambar, ada cerita dan gambar contoh posing. Itulah yang mak I olls buat sebelum beliau pergi buat pose.
  • Bawak camera yang cun. Tak semestinya DSLR. Camera phone yang mempunyai pixel yang besar sudah memadai.
  • Jadilah pengunjung yang berhemah dan beradap. Jangan suka-suka hati potong line bila nak bergambar dan elakkan mengganggu positioning orang lain yang sedang bergambar.


Okay jom tengok gambar I olls dan mak I olls.

 Dua dimensi.  Jumie dan Kak Eder.  Dua dunia.  *macam-manalah wanita penuh kelembutan macam mak I olls ini boleh melahirkan wanita gergasi macam I.


Dainesoooooooooooorrrrrrrrrrrrrr jangan makan aku!!!



Mengait buah pinang.  Sangat suka gambar ni.  Buah pinang yang jatuh tu nampak sangat timbul.


Ini pose paling susah sekali.  Kena stay in character lebih kurang dua minit sementara mak I olls sedang figure out macam mana nak picit butang untuk capture gambar ini dan orang ramai terdiri daripada pelajar sekolah rendah sedang melihat kelakuan aku.  Sampai monyet tu pun terkejut tengok aku.


 Udang yang sangat besiak.  Panaih nak pegang.


 Mak I olls lapak so dia telah menghirup semua mee dalam mangkuk ini.  HAHAHA


 Serving fruits to the king of fruits.  DURIAN!!


 
 Aku harap mak aku tidak dihalau oleh ketua kampung selepas beliau melihat gambar ini.  HAHAHA yalah,  mak aku orang kuat BN and UMNO kat kampung.  Amik gambar dengan orang kuat DAP.  Takpaaa bosss....kita minum minum kopi sahaja.  RESPEK!




 Mak saya sedang membubuh inai kat seorang ponu. (Ponu ialah pengantin perempuan).


 Kau mampu angkat guni macam ni?

 Ahpek....mau pi Kontohol.  Dua ringgit!!

 Mak I olls sedang memberi arahan kepada orang kampung untuk memindah rumah.

Kak Eder sedang memekap pelakon opera Cina.   


"Pambeeee....pambeeee...." jerit Kak Eder.



 Kak Eder sedang menghalau kura-kura yang cuba memakan kangkung di dapurnya.




Memang best sebab dapat meluangkan bersama mak I olls.  Beliau sangat suka berkepit dengan boifrennya,  bapak I olls,  so sekali sekali dapat culik beliau dan keluar berdua as single ladies memang best sekali.  Cuaca Penang amat panas tapi tak mengapa.  Hope dapat keluar dengan mak macam ni lagi.  :)




Ps/ Dah makin banyak aktiviti pelancongan di Penang yang terbaru dan lebih best. Nanti I olls akan buat updated artikel “Tempat Best di Penang by Jumie Samsudin

Hulurkan Bantuan untuk Qysstina Syafieka

$
0
0
Qysstina Syafieka binti Erman Shah


Bismillah.

Kali pertama menatap wajah adik Qysstina Syafieka Bt Erman Shah (7 tahun) hanya Allah S.W.T sajalah yang tahu betapa pilunya hati mengenangkan insan sekerdil itu harus menjalani nasib yang sedemikian. Tidak terjangkau akal saya untuk menggambarkan betapa sengsaranya dia menahan kesakitan yang Allah S.W.T turunkan sebagai ujian untuknya dan kedua ibu ayah.

Bibirnya tidak putus-putus merintih dalam esak tangis "Tak selesa badan ibu..tak selesa badan ibu....lenguh ibu....."

Kerapkali juga dia memanggil ibunya dan meminta dipeluk ibu. Seketika dalam pelukan ibu, dia pun terlelap dan pelukan pun terlerai. Dia mula mengidap luekimia atau kanser darah pada usia 4 tahun. Bermula saat itu., kedua ibu ayah yang berniaga barang-barang mainan di pasar malam tidak pernah jemu berusaha. Berkorban segalanya atas impian ingin melihat anak tersayang pulih seperti sediakala.

 Puan Natipah bersama adik Qysstina.





 





Sumber gambar :  Facebook Natipah Abu.


Kalau dahulunya ketika berniaga semua anak-anak di bawa bersama ke tapak niaga tapi kini mereka hilang mata pencarian kerana menumpukan sepenuh masa untuk menjaga Qysstina. Segala apa yang ada habis dijual satu demi satu demi menampung kos perubatan.

Selagi ada peluang mereka sanggup mencuba apa saja. Mereka melengkapkan semua kaedah yang disarankan hospital termasuklah menjalani proses kemoeterapi.

Ketika usia 5 tahun, adik Qysstina menjalani pembedahan pemindahan sum-sum tulang yang didermakan oleh adiknya Rayyan Hezri yang ketika itu berusia 4 tahun. Namun kita manusia hanya mampu merancang Allah juga menentukan segalanya. Selepas dua tahun pemindahan sum-sum tulang itu, hari ini pihak hospital tidak mampu mencadangkan sebarang kaedah lagi selain memberikan morfin untuk membantu mengurangkan kesakitannya.

Bermula dengan telinga, gusi, kuku dan akhirnya mata, insan terpilih ini mula mengalami pendarahan. Matanya sudah terkatup. Tidak tahu apakah mata itu masih sempurna atau sudah rosak. Ibu dan ayah takut untuk "menyentuh" mata itu. Bimbang akan meyakiti atau bimbang dijangkiti kuman. Sekadar mencuci dengan cecair yang dibekalkan pihak hospital.

Manakala tangannya sentiasa menekup sebelah telinga yang sudahpun mengalami pendarahan. Dia yang masih mampu berbicara memberitahu " Sakit telinga ni."

Ayah beliau ternyata tidak dapat menyembunyikan kesedihannya mengenangkan satu masa lalu Qysstina adalah anak emas yang sangat rapat dengan beliau. Anak sulung dari tiga adik beradik itu sangat manja dengannya.

Hari ini, anak kesayangannya itu enggan didokong atau diuruskannya kerana sentuhannya dirasakan kasar untuk tubuh yang hanya tinggal tulang dan kulit itu.

Alhamdulillah...adik Qysstina masih mampu makan dan minum seperti biasa walaupun tidaklah sebanyak mana walaupun sambil berbaring sahaja. Putu mayam, itulah sahaja selera makannya setiap hari sekarang.

Kebelakangan ini, dia mula meminta buah manggis. Di manalah hendak dicari hajatnya ini kerana sekarang bukanlah musimnya. Namun si ayah sudah berpesan kepada semua sahanat khusunya pemandu lori atau bas, kalau ada ternampak buah manggis, tolonglah belikan untuk menunaikan hajat anak kesayangannya.

Meminjam kata-kata sahabat saya..Allah memilih kita untuk membantu seseorang bukanlah kerana kita baik atau mereka perlukan bantuan kita. Tetapi Allah ingin memberi kita peluang untuk membantu diri kita.

Barakah adalah rahsia Allah S.WT. Kepada anda yang ingin menyumbang membantu meringinkan beban keluarga ini silalah hubungi saya atau bank in terus ke “Tabung Qysstina”

"Tabung Qysstina"
No akaun Maybank Natipah Abu 
152108065353 

atau

No Akaun Public Bank Erman Syah Yahya 
4753230306


Nukilan Puan Natipah Abu. Atas permintaan keluarga, mereka mewakilkan Puan Natipah untuk urusan sumbangan dan sebagainya. Ibu bapa Qystinna ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada urusan menjaga kesihatan dan kesejahteraan anak mereka, oleh itu mereka juga mahu agar alamat rumah mereka tidak diberikan kepada pihak umum. Namun sumbangan dan doa dari kalian semua kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Kembalikan Rani #ReturnRania

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sayang untuk semua pembaca blog,

Hari ini saya ada benda penting nak share dengan ampa secepat mungkin.  Thanks to Ms.  Nurazreena dan Ms.  Nunu yang mesej saya dan mohon saya buat paparan pasai isu ini dalam blog saya secepat mungkin.


When Rania asks, "Ibu mana?" what do you tell her Azam? Please don't tell Rania that I abandoned her. Please don't tell Rania that I left. Please don't teach her to hate. Azam you can lie to Rania now, but one day she will know the truth. That it was YOU who deprived her of her mother's love.#returnrania - Sumber Facebook RETURN RANIA


Harap ampa semua lepas baca kisah ini secara ringkas,  ampa tolong sebarkan kisah ini dan kita jadikan VIRAL.  Bila dah jadi viral,  kita harap pihak berkuasa Polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak NGO yang berkenaan ambil tindakan pantas dan cepat dan tepat untuk selesaikan hal ini.

Secara ringkasnya,  seorang ibu muda bernama Yasmin Karim telah terpisah dengan anak kandungnya Rania sejak Ogos 2014.  Anaknya telah dilarikan oleh suami beliau seorang Co-Pilot di syarikat penerbangan AirAsia bernama Azam Bin Abdul Manaf.  Walaupun hak penjagaan telah disahkan untuk Ms.  Yasmin Karim setelah penderaan oleh suami terhadapnya,  namun Azam telah melarikan anak mereka tanpa sebarang perasaan belas kasihan.  No calls.  No SMS.  No Wassap.

Mesej dari Ms Yasmin Karim sendiri "Sekarang kes di peringkat komital.  Azam boleh dikomitkan ke penjara kerana ingkar perintah mahkamah.  Tetapi nak tunggu tarikh bicara komital tu mungkin Februari atau Mac tahun depan.  Saya kena ikhtiar cara lain untuk dapatkan anak sebab saya tak sanggup nak terpisah lama lagi daripada anak.  Ini pun dah 4 bulan lebih.  Saya tak nak anak lupakan saya,"

AirAsia Co-Pilot, Azam Bin Abdul Manaf has disobeyed a Custody Court Order to return Rania to the child's mother. Since 29 July 2014 Azam has forcefully separated Rania, a two year old breastfeeding toddler from me. He has barred all contacts between my daughter and I and didn't even permit a phone call. Tearing a child from the mother is cruel Azam! Return Rania!#returnrania - Sumber Facebook RETURN RANIA


Ms.  Yasmin Karim telah buat pelbagai cara untuk cuba mendapatkan Rania namun segala usaha beliau akhirnya dihalang oleh keluarga Azam sendiri.  Dalam paparan yang saya baca dalam Facebook beliau sendiri,  Yasmin Karim pernah pergi ke rumah kakak kandung Azam, namun kakak Azam dan suaminya menyatakan Azam tidak berada di rumah walaupun kereta Azam ada di halaman rumah mereka.  Yasmin Karim bukan sahaja pulang dengan kekecewaan,  malah esoknya dia dimaklumkan bahawa pihak kakak Azam telah membuat laporan polis menyatakan bahawa Yasmin Karim cuba membuat gangguan dirumah mereka.

Yasmin Karim juga pernah pergi ke rumah ibu bapa Azam di Alor Star bersama dengan pegawai polis,  namun usaha ini juga dihalang oleh sikap agresif bapa Azam.  Pihak polis juga tidak dapat membuat apa-apa tindakan walaupun surat mahkamah semuanya sudah diperoleh dengan sah.






Pada 4 Disember 2014 saya telah pergi ke Alor Setar untuk mengambil Rania dari rumah ibu dan bapa mertua. Ini merupakan percubaan kali ke-6 untuk mendapatkan Rania sejak mahkhamah memberikan hak jagaan sementara anak kepada saya selaku ibu. Tetapi sekali lagi saya gagal mengambil Rania kerana dihalang keluarga Azam. #returnrania - Sumber Facebook RETURN RANIA



Kalian boleh tengok lebih banyak cerita dan juga paparan di sini.  RETURN RANIA  Tolong like page ini dan juga sebarkan kepada orang awam.  Kita jadikan VIRAL.  kita jadikan VIRAL.

Tak boleh nak bayangkan perasaan Yasmin Karim buat masa ini.  Aku tidak anak.  Aku mungkin tidak boleh faham apa yang dia rasa.  Tapi aku maknusia.  Bagi aku,  kalau mak bapak bergaduh,  nak bertendang ka apa ka,  itu settle ampa dorang.  JANGANLAH GUNA ANAK SEBAGAI ALAT PERANG.  Saya tak faham kenapa pihak keluarga Azam sanggup bersekongkol dalam rancangan ini?  Ibu Azam,  kakak Azam,  kalian juga ibu kan?

Rasanya ini bukan kes pertama seumpamanya dalam Malaysia.  Dah banyak kali jadi.  Tapi kali ini,  dengan kecanggihan dan kebijaksanaan Yasmin Karim berkongsi kisah beliau dalam bentuk media sosial.  Bayangkan ibu ibu yang teraniya dan tidak tahu bermain internet.  Mana tempat mereka sekarang?  Mana anak mereka sekarang?  Dalam isu ini,  aku rasa memamg patut ibu bapa Malaysia yang kena tangkap di Sweden sebab disyaki mendera anak mereka sendiri.  At some point,  kita kena ada satu kuasa mutlak yang boleh take over dan handle semua kes ini.

Tak mau cakap banyak!  Ampa semua tolong share this around!

CASE CHRONOLOGY

29 July 2014: Rania Zulaikha who was then 2 years and 7 days was forcefully separated from her mother. Themother pleaded with Azam and his family to let her see the child. She was not only denied her right as a mother to be with Rania, she was not even allowed to speak to Rania over the phone.

10 September 2014: The Wilayah Persekutuan Syariah Court gave temporary custody of Rania to her mother.

However despite 6 attempts by the police, lawyer and the mother to execute the court order, Azam and his family refused to comply.

To this day, it has been more than 4 months since the mother last saw her child.




Beberapa gambar dari album Facebook Yasmin Karim




Day 97: When I was finally allowed into our marital home after being locked out for weeks i was despaired to see the house was hollow and emptied. All that's left was my clothes hanging in the closet and books on the floor. I couldn't bring myself to stay too long. The thought of whoever that was with Azam going through my belongings were too painful. What made thing even more difficult was that all of Rania's toys, her books, photo albums were gone.
If Allah wills, Rania will finally be coming home with me at the end of November. In anticipation of her return, I have slowly started a collection of new toys and books for her. I keep everything on my bed so I have something to look forward to when I wake up every morning. I hope time will pass really quickly because I miss her too much. - Posted on 26 November 2014
 on Yasmin Karim Facebook.



Alhamdulillah on 9 sept, I was awarded hak jagaan sementara of Rania by the Syariah Court. When the judge read the verdict, my sister and i couldn't help crying thinking, finally I will be reunited with my child. That night accompanied by the Ketua Polis Bangi I went to Azam's sisters house. His car was parked outside. But my sister in law and her husband said he was not there and claimed they don't know his whereabouts. The following day I got to know that his family had lodged a police report claiming I had tried to serve Azam with a fake court order. Today it has been 60 days since Azam has denied me the right to speak, let alone see my daughter. Azam took Rania away too hurt me. But he is hurting Rania too. - Posted on 26 September 2014 on Yasmin Karim Facebook.




Assalammualaikum. 

It’s been 37 days now since I last met Rania. When I look at Rania’s videos and photos, it seem unreal that I have a daughter yet I cannot get to her. I try to keep myself busy but every time I pause, I think of my baby. Not a day goes by that I don’t do something, anything that could bring me a little closer to Rania although I cannot disclose the details here. There are some things I know now that I only wish I knew back then. And in time I will share in hope that other women won’t have to go through the same. I continue to make Doa to Allah and I’m comforted by something I read - that Allah S.W.T responds to our Doa in three possible ways.

1. Yes

2. Yes, but not yet.

3. No, because I have something better in store for you.

I just have to have faith that with this test come blessings.

Posted on 4 September 2014 on Yasmin Karim Facebook


This was the first police report I lodged in 2012. That evening, Azam punched me in the face witnessed by his mother and father, just over an issue of what baby oil to use on Rania. His parents did nothing to stop him. They went into their bedroom, and closed the door behind them. I ran down the stairs holding Rania, our newborn who was then just over a month old. I managed to lock myself in a room. But I didn’t realise a window to the room was unlocked. Azam climbed through the window, pushed me onto the bed while I was holding Rania and continued to slap me. I screamed a for his parent’s help. But they didn’t come to my rescue. When Azam finally calmed down, I left the room and knocked on his parent’s door. From the outside I could hear Quranic verses playing on his father’s IPad. I asked his parents to send me back to my family. Later that night to justify the bruise on my forehead, Azam’s father told my dad, “Yasmin tu meroyan agaknya. Bawak dia pegi hospital jumpa psychiatrist”. Instead my dad sent me to the police station. When Azam found out he cried and pleaded me to withdraw the police report. He asked for a second chance to be a better husband. He also said a criminal record would compromise his job as an airline pilot. I thought of Rania, this baby who just came into this world. I thought, it would be selfish of me to deprive Rania of a father figure. So I decided to give our marriage a second chance, believing he was truly sincere when he said he will never ever hit me again. I thought wrong.


Posted on 21 August 2014 on Yasmin Karim Facebook



Doa saya agar Yasmin Karim dapat bertemu dengan Rania secepat mungkin dan segala isu ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak keluarga.  Amin.

Promo Iklan Blog Jumie Samsudin 2014 Year End!!

ANTM Cycle 21 Episode 6 : Lenox Yang Meletops

$
0
0

Hello u olls.  Thanks to Syahmi Ibrahim sebab telah memberi peringatan kepada I olls untuk buat review ini. Baru I olls perasan bahawasanya I olls terlupa untuk buat review episod 6. I duk feeling apa tak tau, duk rasa macam dah buat review tu. Tapi tak buat lagi rupanya. Baiklah, hari ni ampa akan baca dua review sekaligus. I olls dah setting review episod 6 dan 7 dipublish pada hari yang sama. So enjois!



Will Dapat Best Photo

I olls duk ingat dia nak ajak Matthew duduk sekali dalam Tyra Suite tapi kisahnya dia bawak Raelia untuk duduk sebilik dengan dia. Mak sedih sikit sebab kalau dia duduk dengan Matthew mesti nanti akan ada story meletops.

click read more


Love Suite

Kalau selama ni kat ANTM ada Tyra Suite sahaja, tiba-tiba cycle ini depa ada Love Suite. Ini adalah rekaan gentislina 2 pasang merpati sejoli iaitu Keith, Kari, Marijana and Denzel. Depa amik tilam and susun macam mana ka, satu bilik tu depa duduk empat orang. Kira dah love kuatlah.

Tapi Keith and Kari dari awal depa memang dah feeling flingfling macam mana ka, tapi depa cool. Tapi Denzel and Marijana Sundalina tu aiyo very the!! Duk gedik la dua dua ekok. Hang cium aku aku cium hang. Siriesly, kita mesti ada kawan jenis macam ni kan? Punya nak tunjuk la macam depa cinta kuat sangat. Sampai orang lain naik rimaih.

Memang satu rumah duk berbulu tengok permainan cinta depa dorang ni. Aku confirm semua penonton termasuk peserta dalam rumah tu semua duk sumpah agar salah seorang depa kena balik rumah sebab kalah. Tapi nakhare depa dorang ni bila shoot memang meletops dalam gambak. Apa pun, aku haram nak tergelak bila ada satu pondan antak video kat Tyra dia kata nama Marijana is MARJAINA....hahaha nakharam.



Cabaran Buat Iklan Earphone Nick Canon

Cabaran untuk minggu ini adalah depa dipecahkan kepada 3 team and depa kena produce gambar untuk iklan earphone Nick Canon menggunakan tablet sahaja. Group Ben memang sangat merepek. Boring kot idea party tepi kolam mandi. Sangat Majalah Mangga. Group Adam adalah baguih juga, tapi sayangnya pose Marijana and Raelia yang mempunyai ekspreasi wajah yang boring. Tapi Adam memang nampak macam dia bersungguh buat the best untuk team dia. Baguih la deni. Team Lenox aku paling suka sebab gambar depa produced sangat lain dari yang lain. Idea minimalist tapi ada message. Memang patut depa menang.



Pakai Wig

Tema photoshoot depa minggu ini adalah menggayakan rambut pelasu a.k.a wig. Nampaknya semua peserta lelaki memang struggle gila bila depa pakai rambut pelasu yang panjang-panjang. Tapi lepas mendapat penasihatan daripada Yu Tsai, semua peserta lelaki boleh pose dengan meletops sekali dalam image bergerak yang dirakam. Kecuali Ben, dia punya pose macam keraih sikit. And sebab tu lah dia balik minggu itu yalah u olls vote pun kuranglah.





Adam Makin Improving

Minggu lepaih aku puji dia. Minggu ni aku nak puji dia lagi. Baguihlah deni. Yu Tsai pun puji dia sebab dia sangat focus dan dengar cakap Yu Tsai bila tengah shooting. Tapi walaupun dalam gambar dia sangat meletops and yes, dia memang kendu jugak....DRESSING DIA MACAM KAMPUNG!!! Haraplah Marhayam Tyra tegur dressing dia sikit lepas ni. Minggu ni jugak, Adam and Ben feeling buat lagu untuk ANTM. Adam macam cute duk rapping macam mana ka. Lagu tu pun best.



Lenox Yang Meletops

Minggu lepas Lenox kena carut teruk sebab dia langsung tidak berusaha untuk menjadi seksi (cabaran pembelajaran minggu lepas). Namun, Tyra kekalkan dia dalam pertandingan kerana Romeo kena buang akibat perbuatannya seperti haiwan. Syarat untuk Lenox, untuk photoshoot kali ni dia dapat buat 5 shot sahaja.

Dia nak buat yang the best. Ini menyebabkan dia jadi sangat pressure. Ditambah pulak dia kehilangan bapanya beberapa minggu before dia masuk ANTM Cycle 21. Gila.....mestilah efek. Aku respek sebab masa dia nak nangis tu, dia lari pi belakang and cuba untuk lawan tidak menangis. Dia dipujuk oleh kawan-kawan dan Yu Tsai. Dia sebenarnya tak mau attention, aku suka pompuan macam ni.

Dia takut orang ingat dia nangis sebab dia lemah. Tapi lepas sembang dengan Yu Tsai semua lepaih tu dia rasa lega macam mana ka. And nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa minggu ini dia menang best photo!! Cayalah Lenox!

Jom tengok gambar shot depa.  Tapi ini adalah still photo.  Sebenarnya depa rakam moving image untuk tengok kepandaian depa keribaih rambut.  Susunan gambar ini berdasarkan gambar yang paling I olls suka kepada yang I olls paling tak suka.  :)

Lenox

Adam

Keith


Denzel

Marjaina....HAHAHA

Shei

Kari

Raelia

 Matthew

 Will

Ben

ANTM Cycle 21 Episode 7 : Adam Yang Mencairkan

$
0
0


Cabaran lakonan

Akak rasa nak lempang la bila tengok sifat si sundalina Mirjana tu. Walaupun dia sah-sah duk isap kote Denzel dah, tapi mai time cabaran dia nak kapel dengan Keith. Dia kata, dia pilih Keith sebab Keith lebih berbakat la (bagi dia). Tapi aku rasa dia memang saja nak try Keith jugak. Biasalah, dasar “penyerah puki” macam ni memang pandai manipulasi strategi. In the end macam manaka, lakonan Denzel dan Shei adalah lebih menonjol sampai Denzel menang cabaran ni. Pastu tak pasai-pasai si Mirjana ni feeling nak jeles pulak. Memang sesuai aku panggil dia Sundalina.



Apa pun, lakonan Mirjana and Keith memang sangat boring. Shei and Denzel memang nampak meyakinkan. Adam and Lenox pun baguih, ramai puji Adam jugak. Matthew and Raelia aku tak berapa nak dapat sangat sebab banyak scene depa kena potong. Will and Kari, WILL BERLAKON SANGAT POMPUANNN. Deni sangat kakak-kakak. Siap pose balerina lepas habis berlakon. Harems.

click read more




Denzel vs Will

Ada kejadian yang menggemparkan dalam rumah ANTM minggu ini. Will terdengar percakapan Denzel yang menyatakan bahawa dia tak mau kalah dahulu sebelum Will. Sebab dia kata, nanti kawan-kawan dia kutuk dia because dia kalah dengan lelaki yang pakai kasut tinggi.

Will terasa gila dengan kata-kata Denzel. Dia nangis. Masa ni, berlaku sesuatu yang membuatkan semua geboi-geboi dan pukimawatis yang menonton episod ini terasa cayaqqqqqq dengan Adam. Sebab dia pujuk Will. Aiyooooo!! Akak respek gila dengan Adam. Ampa dengarkan pasaipa dia sangat faham keadaan Will, sebab dulu dia pernah buat kesalahan macam Denzel and dia menyesal sebab perbuatan dia tu. Tapi I olls tak cayaqq dengan dia langsung sebab dia tetap lelaki-ejakulasi-3-saat dalam senarai akak.

Masa sesi bersama judging panel, Denzel haruslah kena carut secara akademik dengan Marhayam Tyra Banks. Marhayam Tyra kata kat Denzel “Bayangkan 50 puluh tahun dulu, Will kata kat hang...Aku malu kalau Denzel yang menang sebab dia kulit hitam. Aku tak mau orang kata aku kalah dengan orang kulit hitam,”



Ice Photoshoot

Photoshoot ini sukar kerana dishoot dalam cuaca yang sejuk. Mental kena kuat. Aku rasa Tyra saja tiru sesi photoshoot Asia Next Top Model Cycle 2 yang depa buat kat I City Shah Alam. Tapi aku tak suka lah shot kat ais ni, dia punya visual tak cantek. Rasa macam gambar amatur gila. Tak nampak macam high fashion langsung. Baju pun merepek semuanya. Make up pun tak meletops. Tapi ampa tengoklah gambar-gambar depa semua. Mana paling ampa suka? Ini adalah susunan berdasarkan kesukaan dan pilihan I olls. Dari yang I olls paling suka kepada paling tidak suka.

Lenox

Marjaina

Denzel

Matthew

Will

Raelia


Adam

Shei

Kari

Keith






Kari Terkeluak

Sedihnya mak ayam muka unik ni keluak. Salah posing sikit ja!! Mesti Keith akan sedih sebab dia dah takdak teman tidok.

Sumbangan untuk Sekolah Damai (Sekolah Anak-Anak Rohingya di Pulau Pinang)

$
0
0

Assalamualaikum u olls semua,

Semuanya bermula apabila Prof Zam menjemput aku menjadi pengacara majlis merangkap penyanyi selingan untuk Konsert Perdamaian USM pada September 2013 yang lalu.  Datuk Ramli Sarip,  bapa ROCK MALAYSIA dijemput sebagai penyanyi utama.  Konsert yang diadakan di Dewan Budaya USM ini terbuka kepada orang ramai dan tiket adalah percuma.  Terdapat pelbagai pengisian sepanjang konsert itu yang merupakan sebahagian daripada Peace Week USM.  Aku sangat bertuah kerana pada malam itu juga,  aku berpeluang untuk berduet dengan Datuk Ramli Sarip secara akustik. YEHA!  Read here  :  THE USM Peace Week 2013 dengan tema "Peace is Our Culture" : Pengalaman Menyanyi Dengan Ramli Sarip


Okay, dah tersasar sikit daripada cerita utama.  Pada malam konsert itu juga, pihak penganjur turut menjemput beberapa anak pelarian Rohingya untuk membuat persembahan nasyid. So, Kak Ina (pembantu Prof. Zam) menyerahkan budak-budak ni kat aku masa di back stage.


”Jumie, hang tolongla depa suruh prektis nyanyi dulu sebelum naik pentas. And bagitau and ajak depa satgi nak buat macam mana”


5 orang anak Rohingya join aku di bilik persalinan. Depa berpakaian biasa, sedikit lusuh. Yang lelaki pakai seluar dengan T shirt atau baju kemeja dan bersongkok, manakala yang perempuan berbaju kurung dan bertudung. Kalau anak-anak kita, pakat nak naik pentas, mesti dah berbling-bling baju kan?


Depa mudah mesra dengan aku. Selepas depa dah faham apa nak kena buat bila aku jemput depa naik pentas nanti, aku pun melayan kerenah depa. Si Jamaluddin yang paling heboh sekali. Dia sibuk suruh aku amik gambar dia menggunakan camera telefon. Posing mengalahkan guru silat, silang panggung atas kerusi. Dia seronok tengok gambar dia sendiri dalam camera phone aku. Yang perempuan, bernama Sabikanur turut ambil kesempatan. Dia posing 1 Malaysia, sambil jari telunjuk di tuju ke atas. Aku duk terbayang kenangan dengan depa lagi.


Itu setahun yang lalu, tahun ini sekitar Julai 2014, Kak Ina jemput aku untuk menghadiri majlis perasmian Sekolah Damai. Sekolah yang ditubuhkan atas inisiatif kemanusiaan oleh Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian (REPUSM a.k.a Peace Unit USM) dengan kerjasama dari Kelab Perdamaian Universiti Sains Malaysia (KeDAMAI-USM) dan Rohingya Society Malaysia (RSM) bagi membantu anak-anak pelarian terutamanya Rohingya bagi mendapatkan asas pendidikan.


“Kak Ina....sorry. I busy tak boleh nak singgah pi kat program U,” majlis perasmian diadakan pada waktu kerja. So I tak sempat la nak pi.


“Takpa Kak Ina, nanti Jumie cari masa, Jumie pi sendiri sekolah tu. Bawak makanan ka apa apa la. Nanti Jumie buat review bubuh dalam blog. Kita boleh warwarkan kepada orang awam,” kata aku lagi.


Ting tong tiang. Cepat masa berlalu, nenjia pada 10 Disember 2014 yang lalu barulah aku berkesempatan untuk melawat Sekolah Damai. Pada hari istimewa itu, aku bawak Kak Eder (my mother) untuk bersama melawat Sekolah Damai.


Sekolah ini telah didaftarkan dibawah UNHCR (United Nation High Commissioner for Refugees),  bahagian pendidikan.  Pelajar-pelajar ini juga telah didaftarkan di bawah UNHCR di Kuala Lumpur.  Bermula dengan sekolah hujung minggu dengan dibantu oleh pelajar-pelajar kelab Perdamaian USM (KeDAMAI-USM), kini sekolah tersebut telah dibuka sebagai sekolah harian dari Isnin hingga Jumaat dengan menempatkan seramai 60 orang pelajar dengan dibantu oleh 3 orang guru sepenuh masa.  Atas permintaan,  jumlah pelajar akan ditambah sehingga 120 orang pada tahun hadapan.  Buat masa ini,  operasi sekolah ini dibiayai sepenuhnya oleh rakan-rakan dan orang luar yang bermurah hati membantu dalam aktiviti kemasyarakatan ini.



Kami tiba lebih kurang 10 pagi,  ditemani oleh Faiz and Naim,  rakan pelajar USM yang rapat dengan aku.  Depa yang tunjuk jalan.  Setibanya kami di Sekolah Damai, kami disambut oleh beberapa pelajar dari KeDAMAI-USM.


Sibuk kami mengangkat makanan dan hadiah masuk ke dalam sekolah yang merupakan sebuah rumah 2 tingkat, si anak-anak pelajar yang tadi belajar tiba-tiba jadi eksaited. Mereka berlari-lari, menjerit-jerit dan melompat-lompat. Cikgu-cikgu terpaksa mengawal pergerakan anak-anak ini semua. Kak Ina pula dah macam cikgu besaq, dia yang paling garang sekali.


”Jumie...sorryla depa bising sikit. Selalu depa behave. Maybe hari ni sebab ampa mai kot. Depa eksaited lebih,”


Semua pelajar diminta berkumpul dan membuat bulatan, aku memang tak ada apa-apa perancangan pun. Ikut jer apa yang Kak Ina nak buat.


”Murid-murid, hari ini kita ada tetamu iaitu Aunty Jumie and Nenek Eder, depa bawak makanan untuk kita semua dan juga hadiah. Cikgu tengok cupcakes pun ada. Baiklah, sebelum kita semua makan, cikgu nak jemput Nenek Eder untuk bagi sepatah dua kata,” tiba-tiba Kak Ina suruh mak I bagi ucapan.


Cupcake yang sedap dari Rina's Bake With Love



Mak I terkedu, pastu dia kalih kat aku “Jumie....Mak tak boleh cakap...satgi mak nak nangeh,” bahagian atas mulut mak aku mula nak jadi panjang sebab tahan menangis. Apala punya turr. So I pun bercakaplah.


”Assalamualaikum murid-murid semua. Terima kasih semua kerana sudi menjemput kami ke sekolah kamu semua hari ini. Bersempena dengan itu, Aunty ada berita gembira untuk semua, Aunty bawak nasik dengan ayam masak kurma. Kawan Aunty masak...sedappp....” aku nampak muka budak budak tu duk eksaited. Ada yang duk goncang badan kawan depa kat sebelah sebab seronok.


”Aunty juga bawak hadiah untuk semua, ada alatulis, pencil box dan buku. Bila kamu semua dah dapat hadiah, Aunty nak kamu semua belajar rajin-rajin dan dengar cakap cikgu. Tadi Aunty tengok semua orang tak tau duduk diam. Tak dengar cakap cikgu. Lepas ni, kalau kamu nakal, cikgu-cikgu kamu akan report kat Aunty...lepas ni Aunty tak mau datang sini dah,” gituuu akak membuat ucapan ala-ala Cikgu Sekolah Rendah di hadapan perhimpunan. Suasana riuh dalam kalangan pelajar-pelajar semua. Ada yang buat muka-muka macam takut reaksi kepada peringatan garang I. Comels sungguh depa ni.


Sesi memberi ucapan ala-ala cikgu sekolah.






Selepas beratur, kami pun mengagihkan hadiah-hadiah kepada para pelajar. Setiap pelajar yang nak ambil hadiah, aku tanya “Nak pencil box colour apa?” sajalah bagi depa seronok boleh pilih. Hati aku tersentuh bila seorang tu kata kat aku “Cikgu...cikgu...terima kasih!! Saya punya pensel memang sudah pendek,” dia tunjuk ukuran penselnya menggunakan jari. Aku macam nak menangis. Tapi aku sambung buat lawak kat dia “Haa...kamu dapat pensel baru jangan duk gerumit (sharpen) banyak-banyak. Nanti pendek lagi cikgu tak bagi dah,” budak itu tersengeh dan berlalu.

Berpeluh-peluh I olls dan Faiz duk membagi hadiah.  Habis dah semua rambut blow kepok-kepok semua.  LOL


Masa makan menjadi riuh. Depa seronok makan nasi putih, ayam masak kurma dan sayur ubi yang kawan I olls masak khas untuk depa. Depa duk pi kat mak I, “Nenek...nenek....sedap......” Mak aku duk mai nak sebak dah. Tapi syukur mak tak menangis. Ish tak maula nangis depan depa kan. Kita kena happy happy.


Thanks Nizal sebab sponsor kami makan meletops.  U olls semua boleh tempah catering for mesyuarat,  kenduri dan lain-lain dengan Nizal di Barak's Best.  Specialty MURTABAK and NASIK TOMATO!!  Sila layari  :  Barak's Best






Usai makan, tanpa kami suruh dan bagi arahan, semua pelajar cuci pinggan mereka sendiri dan pulangkan kepada meja kami. Masa rehat yang terluang ini, depa juga ambil kesempatan untuk bersembang dengan aku.


Jamaluddin, yang dulu menyanyi nasyid dengan aku adalah yang paling eksaited.


”Cikgu dulu menyanyi USM kan....haa...saya ingat,”


Aku gelak sambil menggosok-gosok kepala dia. Gigi arnab dia tersembul keluar sebab senyuman dia tak berenti.


”Cikgu...nanti saya mau pi US,”


”Hang nak pi US? US apa?” tanya I lagi.


”Saya sudah dapat card. Saya satu family semua dapat pi USA. Nanti saya duduk sana la cikgu...” WOHHHOO! USA bak hiang.


Untuk pengetahuan kalian, RePUSM bekerja rapat dengan United Nation dan mereka membantu untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang berpotensi untuk dihantar ke Amerika Syarikat sekaligus mendapat kerakyatan.


Satu usaha yang sangat bagus, sekurang-kurangnya kita tau masa depan depa ni terjamin. UN dah target ada 2-3 family untuk dihantar ke Amerika Syarikat pada awal tahun hadapan. Malaysia tidak mempunyai kuata untuk menerima kerakyatan daripada pelarian perang. Tapi, negara kita melalui NGO dan juga badan kerajaan tertentu bekerja untuk memastikan kebajikan pelarian perang di Malaysia terjaga.


“Haa.......bestlah hang pi Amerika. Nanti mesti hang akan kawen Negro...HAHAHA,” usik aku pada Jamaluddin.


”Takdak la cikgu....hahahaha....” kami gelak seronok.



Sesi membeli hadiah dengan kawan-kawan.  Suhaila,  Yana,  Kak Shuk and Faridza.  Kami nak bawak Nurul tapi kereta I besak sangat so tak cukup untuk dia.





Lebih kurang 1130 pagi, sesi kelas bermula. Buat masa ini, mereka mempunyai dua kelas utama iaitu kelas asas yang mengajar membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, asas matematik seperti tambah dan tolak, kiraan masa dan wang dan pada setiap Jumaat, kumpulan pelajar PRO M USM datang ke Sekolah Damai untuk memberikan pelajaran agama Islam.


Sekolah mereka dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari. Mereka tidak ada sukatan pelajaran khas. Tapi pihak Sekolah Damai ingin wujudkan silibus pembelajaran oleh itu mereka mengalu-alukan pihak yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini untuk berkongsi pengalaman dan memberi maklumbalas agar sistem pembelajaran yang anak-anak ini lebih teratur. Target jangka panjang, depa nak pastikan agar pelajar ini dapat menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM sebagai calon persendirian. Insya Allah.


Namun, buat masa ini tenaga pengajar tidak lupa untuk menfokuskan kepada pembelajaran agama dan akhlak selain pendidikan asas iaitu kebolehan tulis, baca, kira dan faham Bahasa Melayu dan Inggeris.  Pihak Sekolah Damai juga membuat lawatan ke rumah keluarga pelajar selain untuk mendapatkan maklumbalas depa juga nak tau kebajikan para pelajar.  Yalah, takut satgi kat rumah ada masalah apa ka. Satu mesyuarat PIBG antara ibubapa dan pengurusan sekolah juga akan diadakan pada 28 Disember 2014 ini. Kak Ina kata, satu dia puji dengan sikap ibu bapa pelajar ini, depa memberikan kerjasama yang sangat baik kepada pihak sekolah. Depa tau, sekolah ini atas ehsan kemanusiaan. Depa ikut sahaja apa yang terbaik.


Sekolah tamat jam 1 tengahari. Sebelum semua balik, kami memberikan cupcakes seorang satu. Ya Allah bukan main eksaited depa semua dapat cupcakes yang comels berperisa cokelat. Masa tu, aku rasa sangat KECIK DI DUNIA YANG FANA INI. Hari hari kita komplen dengan kehidupan kita, tidak tahu bersyukur. Depa ni dapat cupcake sebijik pun rasa macam dapat jongkong emas.

Sopi yang tengah,  Jamaluddin yang kanan sekali.  Yang pak gemok comei ni tak ingat pulak nama dia.


Semua pun berjalan berpimpin tangan untuk menuju ke stesyen bas. Pelajar-pelajar ini semuanya datang dari rumah keluarga mereka yang terdapat di sekitar Pulau Pinang. Ada yang duduk di Jelutong, Bayan Baru, Bukit Gedong dan Bayan Lepas. Depa naik Bus Rapid setiap hari untuk datang ke sekolah. Duit bas adalah atas belanja pelajar sendiri. Ada juga yang tinggal berdekatan Taman Tun Sardon. Depa ni mai la jalan kaki sahaja.


Sopi dan Jamaluddin tidak terus bergegas balik. Depa macam syiok melayan aku dan Nenek. Depa tolong kami kemas barang makanan.


”Nenek sorrylah sudah cuci tapi sabun takdak...takdak bersih,” jelas Sopi kepada mak aku.  Kami tak suruh pun depa cuci.  Tapi depa sendiri yang cuci.  Depa pun tolong kami angkat pinggan and tray masuk dalam kereta.  Depa tau,  orang dah memberi,  depa tau nak layan balik dengan elok.  Tahniah pihak pengurusan Sekolah Damai,  ampa didik depa jadi manusia.  


Ish baguihlah depa ni. Aku macam nak hantar depa balik tapi masalahnya aku kan pakai POLO SPORT (EHKK HEMMMM....) soo seat belakang and bonet dah penuh barang. Depa takdak tempat nak duduk.


”Okay bye bye Jamaluddin, minggu depan-depan kita jumpa lagi. Cikgu bawak kawan Cikgu. Kita belajar tarian Hindustan,” Pada Januari 2015 nanti, Jamaluddin dan 5 orang rakan pelajar Sekolah Damai akan menyertai pertandingan tarian anjuran UNHCR untuk wakil sekolah-sekolah pelarian di Malaysia. Pertandingan ini melibatkan 120 buah sekolah.


Kak Ina kata kat aku masa bincang tentang pertandingan tarian, “Kami bukan nak menang pun Jumie....tapi kami nak bagi exposure kepada pelajar ni and at least biar orang nampak, kami buat aktiviti macam-macam untuk pelajar,”


“Cikgu....tak mau la itu lagu Boley Chudiya....saya mau itu lagu Chamiya Chamiya....” celah Sopi. Dia pun duk menari step patah pinggang ala-ala Salman Khan depan aku. Memang dari tadi, dia tak puas hati bila aku kata aku cadang nak menari lagu Boley Chudiya.


“Hang nak pi KL dak? Kalau mau...kena ikut cakap cikgu,” hahah aku saja buat garang. Depa ni memang macam nakal sikit. Budak-budak biasalah.


Dari dalam kereta, aku nampak Sopi dan Jamaluddin berjalan bersaing.  Depa galas beg sekolah dan beg plastik berisi makanan kami yang ada belen tadi. Balik rumah satgi,  si Sopi akan tolong mengemas surau dirumahnya.  Nanti ada la sikit upah dari kariah masjid.  Duit upah tu untuk bantu keluarganya.  Jamaluddin pulak,  bila balik rumah nanti dia akan tolong bapak dia yang bekerja di kedai menjual nasi di Bukit Gedong.

Sama macam anak-anak Rohingya yang lain dalam Sekolah Damai.  Ada juga yang bekerja menjual sirih.

Aku teringat kata-kata Kak Ina tadi, “Jumie...harap sangat lepas orang baca blog Jumie...orang ramai bagi derma kat kami. Sebab terus terang Kak Ina cakap. Lani duit dana belanja sekolah ni tinggal untuk cover sampai Februari 2015 sahaja. Kalau lepas ni kami takdak dana dah. Kami terpaksa katop sekolah ni Jumie. Dan budak-budak ni nanti takdakla aktiviti depa kat rumah kenalah tolong bapak depa bekerja. Jaga surau, kerja kedai, jual sirih....tapi Kak Ina paling tak mau....depa buat balik aktiviti lama depa sebelum mai sekolah dulu....MINTAK SEDEKAH,”


Aku tutup cerita aku hari ini.  Dibawah, aku share beberapa maklumat lagi tentang Sekolah Damai. Aku menggesa orang ramai untuk membuat sumbangan kepada pihak Sekolah Damai. Kalau nak bagi sumbangan selain kewangan, ampa boleh contact pihak pengurusan sekolah. No problem. Depa ni kira macam kecik tapak tangan, talam masjid depa tadahkan.


Salam terima kasih buat keluarga dan sahabat handai ku yang bersama memberikan sumbangan kewangan, tenaga dan juga masa untuk kita menjayakan lawatan mesra ini :

Encik Nizal Ashrif, Barak’ Best atas sumbangan jamuan tengahari
Puan Noreena Rosdi, sumbangan manisan
Kak Julie
Kak Ita
Abang Budie
Surianie
Mak Edeh and Pak Manap
Kak Ara a.k.a Kak Nab
Lenny Zaini
Ezal
Kak Shuk
Faridza
Suhaila and Yana
Faiz and Naim
Dewi Karina and friends


Trivia Sekolah Damai

  • Sekolah ini merupakan sekolah pertama yang diwujudkan di bahagian Pulau dalam membantu anak-anak pelarian. Terdapat 3 buah sekolah seumpama ini di bahagian Seberang, Penang.
  • Sekolah Damai dalam proses mendapatkan status sekolah NGO berdaftar. Masih dalam perbincangan dengan pihak peguam dan mungkin mengambil sedikit masa.
  • Terdapat NGO yang datang untuk memberikan perkhidmatan seperti klinik bergerak percuma pada setiap Ahad minggu pertama untuk keluarga pelajar sekolah ini.
  • Mengalu-alukan pihak media, orang persendirian, persatuan, kelab, NGO untuk datang ke Sekolah Damai untuk melihat sendiri pengurusan sekolah, mengadakan sebarang aktiviti yang membawa faedah kepada para pelajar disamping membangkitkan kesedaran masyarakat umum supaya lebih peka akan permasalahan dialami masyarakat pelarian supaya turut sama membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.
  • Sekolah Damai telah dapat kelulusan bagi pemberian fidyah dari Pusat Urus Zakat Selangor.



Jumlah Murid dan Agihan Kelas

Jumlah keseluruhan murid adalah seramai 60 orang
Linkungan usia murid: 5 tahun sehingga 16 tahun
Kelas Tahap Satu: 20 orang.
Kelas Tahap Dua : 25 orang.

Kelas Tahap Tiga : 15 orang







Perbelanjaan Bulanan

Sewa premis (sekolah) RM1,850.00 sebulan

Gaji tenaga pengajar RM3,000.00 (untuk tiga orang guru)

Bil air dan elektrik RM300.00

Perbelanjaan lain (alatan dan perkakas persekolahan) RM300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 5,450.00 sebulan


Sekolah Damai turut memerlukan kos-kos lain seperti perjalanan sara hidup dimana guru-guru dan wakil dari pihak sekolah perlu menghadiri latihan yang disediakan oleh pihak UNHCR bertempat di Kuala Lumpur. Selain itu, kos pengangkutan barang-barang, komunikasi, bahan-bahan mentah seperti pembaikan, buku-buku bagi aktiviti pembelajaran dan lain-lain peralatan mengajar.



Contact Info

Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah terus menghubungi wakil SEKOLAH DAMAI seperti berikut :

Puan Norazrina Md Jabrullah / Ina : 012-551 6891/ 04-6532123

Prof. Kamarulzaman Askandar : 012-423 5327

Cikgu Ratna : 017-827 3643




Alamat Sekolah

Sekolah Damai-School of Peace
No 56, Cangkat Minden Jalan 12
11700 Gelugor
Pulau Pinang

Google Maps  :  Sekolah Damai Minden


Gambar Sekolah Damai.  Yang biru tu la POLO SPORT I.  HAHA




Facebook Sekolah Damai

Sekolah Damai Minden




Maklumat Akaun

Nama Bank : Bank Islam Cawangan Butterworth
Nama pemegang akaun : NORAZRINA MD JABARULLAH
No akaun : 07016020737991


Nama Bank : CIMB
Nama pemegang akaun : NORAZRINA MD JABARULLAH
No akaun : 7604388289

Catatan : Buat masa ini Sekolah Damai terpaksa menggunakan akaun peribadi untuk urusan pengumpulan dana. Akaun menggunakan daftar NGO masih dalam proses. Resit akan dikeluarkan kepada penderma.


Jom tengok gambar-gambar 

 click read more untuk lihat gambar-gambar anak Rohingya












Jamaluddin yang paling depan dalam gambar ni,  memakai jersey QATAR. 










Perhatian dan kerjasama kalian semua untuk share link ini saya dahului dengan ucapan terima kasih.

RM1 mungkin kecik di dunia,  tapi besaq di akhirat.

Be kind to one another.

#SekolahDamai

Hati Perempuanku Hanya Untuk Perempuan

$
0
0
Sumber gambar  : www.forwallpaper.com


Salam Kak Jumie,


Kak Jumie pekabo? Harap sihat walafiat dan ceria selalu.


Saya ada 1 masalah yang bagi saya sangat berat untuk saya tanggung dan saya memerlukan nasihat dari akak. Saya merupakan seorang anak gadis yang di besarkan dalam keluarga yang biasa seperti orang lain dan diberi didikan agama yang baik dari orang tua.


Ketika umur saya mencecah 22 tahun saya merasakan ada suatu yang tak kena pada diri saya iaitu saya lebih tertarik pada kaum sejenis. Saya cuba abaikan namun makin lama perasaan ni seolah-olah cuba membunuh saya dari dalam.


Keluarga saya pulak biasalah, sibuk bertanya pasal dah ada boyfriend ke belum? Mak nak sangat timang cucu sulung. Nak aje saya menjerit bagi tau keadaan sebenar. Saya rasa macam dah takde sapa-sapa dalam hidup saya untuk berkongsi masalah saya sebab kesemua diorang hanya tahu judge tapi tak tahu menilai.


Pernah bebrapa kali saya terfikirkan suicide. Astagfirullah, semoga dijauhkan dari saya. Ada orang kata suicide tu sebab bacul nak hadapi masalah sendiri. Tapi kadang-kadang orang suicide bukan nak lari dari masalah tapi nak kesakitan itu lenyap.


Saya tak cuba untuk berbincang dengan keluarga kerana saya tahu mereka conservative dan bukanlah senang untuk saya mengakui keadaan ini. Sekarang umur saya sudah memasuki 30 dan saya dah tak boleh sembunyikan lagi perasaan.


Saya ada lah bagi-bagi hint pada family kekonon bertanya pasal LGBTQ ni, tapi jawapan mereka sangat menakutkan. Saya ada confess dengan few friends yang rapat dengan saya, namun mereka seolah-olah mengatakan ini cuma fasa dalam hidup saya, nanti tiba masanya boleh la ubat apa yang saya alami ni.


Hello korang ingat aku bangun memalam tadah tangan dekat Tuhan mintak aku jadi lesbian pagi esok? Lesbian ni penyakit? Ko ingat kurap ke apa ni? Saya pernah cuba nak jadi straight tapi memang tak boleh. Bagilah gambo jantan sesegak mana pun, bagilah gambo jantan bogel sekalipun, nafsu tertarik memang tak de langsung.


Tapi kalo gambo gadis-gadis, haa tudia nafsu lain macam betul. Dup dap dup dap hati gitu. Bab-bab mimpi-mimpi tu toksah tanya la, dah banyak kali saya alami.

Apa yang saya perlu buat Kak Jumie ? Adakah saya perlu stay saja dalam lemari dan berpura-pura normal macam orang lain? Atau perlukah saya keluar dari lemari tersebut dan mencanang pada 1 donia seperti mana Ellen Degeneres buat walaupn saya tahu saya bakal dihencap? Dan kenapa saya? Saya tak mampu lagi nak hadap masalah ni sorang-sorang. Jika saya mati, saya nak semua yang mengenali saya tahu siapa saya sebenarnya.


Thanks Kak Jumie sebab sudi membaca email saya.

Princess Charming




click read more



Wasalam u olls,



Alhamdulillah, akak sihat. Hidup biasa-biasa sahaja tapi bersyukur sebab penuh dengan kasih sayang. Thanks sebab hang sudi emel kat akak. Sorry juga akak amik masa yang sedikit lama untuk membalas emel hang.



First of all, tahniah kepada u olls sebab berjaya memberanikan diri untuk hubungi akak dan at least luahkan apa yang u olls rasa selama ini. Bukan senang kan nak come out like this? Ingatlah, Allah tak akan uji hambanya yang lemah. Dia hanya akan uji mereka yang betul-betul kuat. Bertuahnya kamu sebab kamu adalah insan yang terpilih untuk mendapat ujian sehabat ini.



Alhamdulillah juga sebab u olls masih mau teruskan hidup. Suicidal thoughts memang mengerikan. Sapa yang pernah lalui fasa itu sahaja yang faham. Akak harap satu sahaja, next time hang rasa macam tu lagi, please call Befrienders di talian atau laman web depa



BEFRIENDERS MALAYSIA
Call us at 03-79568144 or 03-79568145
E-mail us at sam@befrienders.org.my

Address:
95 Jalan Templer
46000, Petaling Jaya
Malaysia
http://www.befrienders.org.my/



Mungkin hang skeptikel untuk call line pertolongan macam ni, tapi atleast hang ada tempat nak luah hati hang dan yang paling penting depa yang cakap phone hang bukan Kak Senah sebelah rumah yang hanya pikiak nak korek cerita dalam kain hang, depa yang jawab phone hang ni semua adalah terlatih dan profesional.



Perasaan itu (suicidal) memang mengerikan. Kita rasa takut, geram, marah pada diri sendiri, marah pada Tuhan dan macam-macam lagi perasaan gila yang orang-yang-tidak-pernah-lalui-perasaan-ini tidak akan faham. Rasa macam kita sahaja kat dunia ini yang duk rasa macam ni and takdak sapa pun yang boleh tolong kita.



Hakikatnya, bumi Allah ni sangat luas. Hang bukan bersendirian. Apa yang hang rasai ini sebenarnya dirasai oleh 32098434 orang yang sama macam hang di luar sana. Cumanya, ampa pilih untuk simpan sorang dalam hati and merengkam seorang-seorang. Bayangkan kalau hati hati ampa semua disatukan, mesti ampa semua akan jadi kuat dan ada semangat untuk terus hidup. Aku doa, satu hari hang jumpa hati yang faham apa yang hang lalui. Fitrah manusia memang kena berpasangan dan berteman, harap peneman hang nanti bukan ada bersama hang susah dan senang.



Tapi mencari teman hidup bukanlah satu-satunya tujuan utama hidup di bumi Allah ini. Ada banyak lagi tugas dan tanggungjawab yang kita kena pikul sebagai khalifah di bumi Allah ini.



Aku cakap kat hang ni secara Ustazah Bahiyah dah, ni mai aku nak cakap style JUMIE SAMSUDIN.



Apa yang akak nak kata adalah, hang toksahlah duk pening dan serabotkan kepala dengan pilihan seksualiti hang ni.



Awat hang jadi raplah sebab hang duk rasa tak normal sebab hang perempuan, tapi hang hanya terangsang bila tengok perempuan lain? Awat hang rasa diri hang tak normal sebab bila tengok jantan elok hang tak stim langsung?



Mai sini aku nak bagitau kat hang, 34907437 perempuan kat dunia ini, perempuan straight, tapi rasa stim bila tengok perempuan lain telanjang? Hang tau dak kat dunia ini juga ada 34876436 orang yang terangsang nafsu seksual apabila tengok pokok atau objek tidak hidup yang lain? Tu normal ka?



Definasi seksual normal ini hanya dicipta oleh orang-orang sempurna yang tidak akan pernah dan akan mengerti.



Asas carutan aku adalah, persetankan pilihan seksual hang? Itu semua tolak tepi. Lani...hang cari fokus lain dalam hidup.



Ada banyak lagi benda yang hang boleh isi dalam hidup hang selain pilihan seksualiti. Letakkan target dalam hidup, buat list of impian hidup, rancang projek kemanusiaan, hobi atau apa-apa sahaja aktiviti yang boleh memberikan kepuasan hidup. Penuhi hidup hang dengan pelbagai warna. Maybe mak bapak hang duk sibuk tanya cucu sebab depa tengok hidup hang macam takdak apa kot, so depa nak pikiak la nak suruh hang kawen! Cuba kalau hang sibuk join PUTERI UMNO ka apa ka (Contoh hahahah) mesti mak hang akan kata “Dia tu nak kawen apa dia...duk sibuk bersidang dengan Dr. Mashitah sahaja,” giccuuuu.



Nasihat ini akak bagi kat hang bukan sebab hang lesbian, nasihat ini akak dah banyak kali kongsi dan bagi kat dalam blog akak. Untuk straight, untuk gay untuk semua.



Kita ni manusia terlalu sibuk nak pi cari maksud hidup teruk-teruk, tapi kita lupa, kadang-kadang bila kita tolong mudahkan hidup orang lain, kat situ kita akan jumpa apa purpose kita kat dunia ini dan di situ kita jumpa maksud hidup kita.



Baru-baru ni akak jumpa kawan akak, dia duk frust sebab dah habis degree, tapi kerja tak dapat yang tetap dan sesuai dengan kelulusannya. Pi kerja kebun buah, pi jadi pembuat senwic. Hang ingat dia tak down ka? Family duk kutuk. Kawan-kawan pula lain pulak dah bekerja tetap, ada kereta dan nak kawen. Dia?



Dia ada duit RM50 sahaja. Hang tau apa dia buat? Dia pi kedai mamak, order roti canai 30 bijik. Buat 15 bungkus. 1 bungkus ada 2 bijik roti canai. Pastu dia jalan kaki satu Georgetown and pi bagi roti canai kat orang-orang homeless.



Balik buat kerja tu, dia mai jumpa akak. Dia bagitau apa dia buat. Akak yang tengah melantak nasi dalca pun berkata “Lepas hang buat benda tu apa hang rasa?”

”Aku rasa ringan kepala otak. Selama ni aku tak pernah bersyukur pun,” kata kawan I olls tu.



So kesimpulan untuk hang yang akak sayangi, hidup hang tak FUCK UP hanya sebab hang suka kat secangkir puki. Hidup hang akan FUCK UP kalau hang sendiri yang tak tau nak isi hidup hang dengan warna-warna indah. Dah nak masuk 2015 kan? Pi keluak, beli diari kosong, and buat senarai TARGET DAN IMPIAN 2015! Penuhi list dengan benda benda positif, pi belajar menari ballet ka, pi amik kursus menguruskan jenazah ka, pi daki gunung-gunung di Indonesia ka, apa sahaja lah!! Tapi hang janganla duk ikut cadangan ekstrem akak. Kalau akak, akak nak bagi paling simple hang kat hang. PI BERCUTI :)



Dengan niat baik, insya Allah Tuhan akan mudahkan urusan hang selagi hang tak mengharukan hidup orang lain.

Peluk hang kuat kuat,

ps/  Akak suka Ellen Degeneres punya tag line "Be kind to one another"

Jumie Samsudin

BFF Yang Over Clingy

$
0
0
Sumber gambar  :  https://www.flickr.com/photos/chr15u/

Salam Kak Jumie,


Nak mintak advice dari akak if u dont mind. I cut things short. I have a bestfriend. Kami dah berkawan sejak we were 20 years old and she was my roomate masa di college and we were really close back then. Memang kami BFF sangatlah. Tapi now both of us dah kawen and she has 2 beautiful kids which I adore and love so dearly macam anak sendiri. Saya pula, baru ada seorang anak. And yes, dia sayang anak saya sangat-sangat.


Beliau adalah suri rumah sepenuh masa. Even after college dia terus menikah dan tak pernah kerja langsung till now. So basically her life is her husband and her kids. Berlainan dengan saya yang bekerja di sebuah syarikat multinasional dan saya mempunyai jadual tugas dan kerja yang padat. Dan apabila saya dapat rezeki naik pangkat baru-baru ini, workload saya amatlah banyak sampai kadang-kadang tu takdak masa pun nak mesej dengan kawan baik saya ni.


Yang menyedihkan, I notice shes very clingy dan langsung tidak memahami kerja saya. She would call, text and Watssap me all the time. Even I tengah meeting die call. If I dont answer her, she will text me sampai die penat. I did told her my work load and my work environment camner and I told her I’m working and bukan housewife cam die yang ade free time.


She did understand at first. And when Im free I do take a day off and drive to her place. Spend time with her and all. Tapi bile I da lame tak datang jumpa and layan call and her text, die mule buat perangai.


I told her again the same thing and she couldn't accept it. This time alasan die, husband die pun engineer ade jugak masa tuk family.


Now I da fed up and I dont know what else to do. I love her dearly. And she is my bestfriend. She always ask me to put her in my priority list. But then I have my own family, husband dan anak-anak juga kan?


Lagi satu I tak berape suke perangai dia is bile die gaduh dengan husband die, she will drag me into it as well. Tak pasal-pasal kadang-kadang saya nak kena jadi orang tengah kepada dia dan suami. Macamlah rumah tangga saya ni perfect sangat.


So now I nak mintak pendapat and nasihat akak. If akak rase tindakan I ni salah then I will take ur advice and try to improve.


Yang benar,

BFF Yang Raplah

click read more

Assalamualaikum u olls,


Actually dalam hal ini, akak nampak kesalahan ada pada dua dua orang. Kawan awak pun salah. Awak pun salah.


Kawan awak salah sebab dia sendiri tidak cuba memahami diri awak kerana situasi diri awak sudah berubah tambahan awak sudah berumahtangga.  Dia juga salah sebab dia tidak langsung cuba untuk menjadi seorang yang berdikari dan sangat pentingkan diri sendiri.

 
Sebab bagi akak, once u dah kawen, u mesti kena focus pada keluarga u sendiri. Who is your keluarga? Of course ur suami and anak-anak. Yes, u can have support system dari teman rapat dan saudara lain tetap ada batasnya.


Saya rasa kawan awak tak faham konsep itu. Dia terlalu mementingkan diri sendiri. Asalkan ada orang yang sudi berada dibelakangnya apabila dia ada masalah.  Tak mau usaha langsung untuk settle hal sendiri.  Berdikari la u olls.

 
Sedangkan, kalau u ada masalah, adakah u buat macam tu juga dengan dia? Adakah u meronta ronta agar dia dengar dan selesaikan masalah u? Adakah u menarik dia masuk dalam masalah dia dan suami? 

 
Kesalahan u di sini pula adalah u membenarkan dia menjadi clingy pada diri u. Yes, dalam teknologi modern macam zaman sekarang, u ada Facebook, u ada wassap, u ada telefon, u ada segalanya. Sehingga kita lupa nak letak keutamaan kepada perhubungan manusia yang sebenarnya.
Apabila u sentiasa membalas SEGALA mesej dia kepada U, itu adalah signal bahawa u MEMBENARKAN dia masuk dalam hidup U.


Why do you have to explain berkali-kali apabila ada message breakdown, bagi i, i hanya kena jawab sekali sahaja dan dia kena faham. Kalau lepas itu dia nak ungkit bahawa u bukan seorang kawan yang baik, u cannot help to stop her from saying that. U tau la, mulut bila orang dah marah. Dia tak fikir segala kebaikan kita sebelum ini.


I think u have to discuss this with your husband. Ampa berdua kena put a stop to this. Caranya, ampa sendiri kena fikir macam mana. Bukan nak ajar u olls jadi kiasu, tapi come on la........


Duk buat clingy teruk teruk sangat sampai jadi haru hidup orang buat apa? Hidup kena mudah u olls.

Love u olls and please JAGA kesihatan!!


Ingat balik u olls guna terma BFF.  BFF bermakna best friend forever.  Sebagai BEST FRIEND tak semestinya kena peluk dan pegang tangan 24 jam.  


Kak Asmaa yang kehilangan suami dalam MH17 pun tak over macam tu?  Takdak pun mesej aku 3847347 jam sehari untuk luah rasa sedih dia.  Relaks sahaja dia walaupun dah berapa bulan aku tak pi jumpa dia langsung kat KL tu.  Hang ingat dia tak sedih ka?  


Faham balik terma BFF tu.  Best friend forever bukan BAFI FUNYA FUKIMAK duk menyemak hidup aku.  

ps/  Dahlah jangan buang masa bergaduh dengan dia.  Pi berjimak dengan suami lagi bagus dapat pahala.

Love,
JS




Berani atau Desperate ?

$
0
0




Hai Kak Jumie


Saya ada baca blog akak pasal Lelaki Kura-kura dan Perigi Cari Timba. Kalau pasal cinta mesti nak dengar pendapat Kak Jumie jugak. Hehee.


Masa saya handle program dekat universiti, saya tercrush dengan seorang lelaki. Dia muda 2 tahun tapi saya tak pernah kesah pasal umur, dia biasa-biasa tak hensem sangat tapi ada rupa dan style macam tak ada hati dan perasaan sebab saya tengah berbincang dengan anak buah dia pun die nak tak nak cakap. Dari situ saya macam suka tapi saya penuh confident rasa dia mungkin ada someone dah. Jadi saya pun diam macam tu jugak.


Dalam 6 bulan macam tu saya join program lain dan kawan satu program saya rapat dengan lelaki tu. Kawan saya bagitahu lelaki tu single lagi dan agak kaya. Bab kaya tu risau juga sebab saya ni non hado tapi itu hal lain lah dan sedikit terbuka jugak hati saya bila dapat tahu dia single. Start dari situ saya suruh kawan saya kirim salam. Semua kawan program saya kata saya main-main tapi senang cerita saya memang suka dia.


Saya cari dia kat Facebook dan Twitter. Dalam masa tu saya confius nak bagitahu atau tak tapi saya memang betul-betul suka dia. Boleh kata lelaki pertama di U saya suka. Saya cuma sampaikan salam dan ayat-ayat je dari kawan.


Entah macam mana saya berani gila saya tegur die kat Facebook dan saya cakap saya suka dia. Saya bagitau kalau ada siap-siap or tak suka cara saya just bagitahu. DIa kata mana ada tak selesa dan saya memang nak dia cakap dia nak bagi peluang atau tak pada saya. Tapi tak tahu sama ada dia paham atau buat-buat tak paham. Sebab dia kata setakat ni dia tak nak ada apa-apa jenis hubungan. Dia jugak cakap dia takut mainkan perasaan perempuan. Bagi saya, saya nak the answer direct. Yay or Nay. Tak ade lah macam orang bodoh dok berangan tunggu dia at the end nothing kan. Tapi dia macam tarik tali.


Sebab saya ada tanya suka sangat ke main tarik tali then dia kata best main tarik tali. Saya rasa dia, rasa macam market dia tinggi bila orang perempuan syok kat dia. Sebab tu dia dok main tolak tolak. Memang dia ada kata kenal-kenal dulu. Tapi cara dia tu saya tak pasti sama ada kalau kenal-kenal tu ada peluang ke hubungan seterusnya atau saja-saja je nak kenal-kenal dulu .


Saya sangat confius Kak Jumie. Saya dah start dulu, walaupun kawan rapat kata gila berani dan macam desperate. Saya tak tahu sama ada saya nak terus push tanya dia atau terus blah jangan harap kat dia. Nak move on pun hati memang suka.


I really need some advise dari Kak Jumie kot-kot menyedarkan saya ni.


Yang benar,


Darina



click read more



Wasalam Darina,


Pertama sekali akak nak ucap tahniah kat hang sebab hang sangat berani and yakin macam mana ka untuk mulakan perhubungan dengan lelaki ini. Akak rasa, wanita yang betul-betul yakin pada diri sendiri sahaja yang berani buat macam ni. Teruih akak feeling lagu “You Dont Know My Name” nyanyian Alicia Keys. Yang dia berlakon dalam video clip jadi waitress, pastu dia taste kat satu laki yang duk mai makan kat tempat kerja dia hari hari. Then one day, dia beranikan diri telefon and ajak lelaki tu pi dating. Kau mampu? Yes! Kau mampu dik.


Secondly, thanks sebab hang membuat rujukan pada surat-surat jawapan akak kepada para pembaca yang meluahkan masalah depa yang macam-macam. Catatan Perigi Cari Timba tu amat baik sekali. Bangganya akak yang tulis sendiri. Sebab dalam tu ada banyak nilai positif tahap angkasalepas yang memang akak amal dalam hidup akak pada zaman cekcurina dahulu.


Thirdly, tapi, despite of keberanian dan kegilaan hang ini, akak telah membaca kisah hang dan akak rasa HANG PATUT TARIK DIRI AND BLAH. Why?


1. Budak laki tu kata dia tak ready nak ada hubungan siries.


Lelaki / perempuan, bila dia nak reject satu-satu proposal, cara yang paling MANEH (manis) untuk dia jawab kat hang apa? “Sorrylah U. I tak ready lagi nak siries. Mak dia punya puki tak ready. Aku bagitau kat hang, mau nak kata 3 saat lepas dia kata tu kat hang, dia jumpa satu pompuan yang dia memang betul-betul taste and mau, nenjia esok jugak dia sanggup ronggah mak dia suruh beli cincin nak menikah dengan pompuan tu. So sebelum hang makan hati baik hang BLAH!


2. Dia sendiri mengaku yang dia suka main tarik lagu.


Apa dia feeling Ellyana? Main tarik tali? Ampa ingat dak lagu tu? HAHAHA lagu tu cute sangat. Sapa yang suka main tarik tali ni semua haru. Pembawa bala. Sah-sah dia memang tak mau nak siries dalam hubungan, sebab tu dia sanggup main-main tali ni semua u olls. Orang nak siries. Tak dak masa nak main tarik-tarik tali ni semua. Orang nak main bukak-bukak baju buat anak gitu (secara halal ya). So, baik hang BLAH u olls. BLAH!! Biak pi la dia main tarik tali sorang sorang. Silap hari bulan, esok lusa biak dia terjerot sorang-sorang.


Akak harap hang sudi banyak catatan balasan emel akak yang lain-lain especially kat tips wanita dan tips cinta. I’m sure u olls wanita yang berIQ tinggi dan pasti boleh terus nampak apa yang terbaik dalam hidup U. Bagi I olls u bukan desperate, cuma u duk jadi nak terjerat macam mana ka dengan kata-kata MANEH jantan musibat tu. Awat dia ingat dia elok sangat ka orang nak kena pi sembah-sembah dan tabur bunga kat dia?


Habis baca jawapan akak ni kat blog. Akak harap mulai saat ini jugak HANG BLAH DARI HIDUP DIA. Bagi silence mode tahap vakum kat dia. Lepaih tu, hang tengok, dia mesti merangkak guna lidah mai kat hang balik. Time tu hang pulak jual mahal balik la kat dia.

Ps/ Bestnya zaman-zaman feeling macam ni.


Love,
Jumie Samsudin

Akhir kata,  terimalah gambar sepupu akak Beyonce pose meletops untuk u olls siap dengan jejanstan merangkak sebelah dia.  

Gambar milik time.com

Kami Johan di Universiti Nilai

$
0
0
Hello u olls,

Baru baru ini,  akak dan team pejabat kami telah mengiringi kumpulan pelajar antarabangsa di Universiti Sains Malaysia untuk menyertai pertandingan 1 World Culture A Celebration of Dance di Universiti Nilai.  Alhamdulillah,  selepas berlatih bagai nak rak selama 2 minggu semua anak-anak ayam mat salleh mak telah berjaya merangkul anugerah juara.  Sungguh berbaloi penat jerih kami.  Bukan jer they olls yang menari,  we olls yang duk arrange macam-macam from day one pun rasa kegembiraan dan kepuasaannya.

Kami berkampung ni Kajang dan berulang alik ke Nilai University pada hari pertandingan.  Usai juara,  kami bawa anak-anak mat salleh ni semua ke Putrajaya makan satay di Kampung Budaya.  Esoknya,  before balik ke Penang,  kami singgah di Melaka dan bersuka ria.

Jom tengok gambar-gambar we olls sambil membaca cerita akak yang pastinya tidak pernah putus.

Bacaan tambahan  :  PELAJAR ANTARABANGSA JOHAN PERTANDINGAN TARIAN KEBUDAYAAN


Gambar kami semua.  Semua seronok penuh dengan kegembiraan.  Tapi budak BORAT yang paling depan kiri tu bukan USM ya,  dia tiba tiba mencapap dalam gambar kami.  


click read more


PULAU PINANG, 11 November 2014 - Sekumpulan 14 orang pelajar antarabangsa di bawah Program Pertukaran Pelajar telah berjaya mengharumkan nama Universiti Sains Malaysia (USM) setelah dinobatkan menjadi Johan dalam pertandingan tarian 1 World Culture Festival bertemakan A Celebration of Dance di Universiti Nilai,  Negeri Sembilan Sabtu lalu. 
“Kejayaan manis ini telah mengubati segala penat lelah pelajar yang komited dalam latihan dan pencapaian ini amat membanggakan warga USM  terutamanya seluruh kakitangan Pejabat Antarabangsa dan USM Buddies yang bertindak sebagai tulang belakang dalam menguruskan pasukan ini,”  kata Penyelaras Program Mobiliti Pelajar merangkap ketua pasukan USM, Dr.  Mohd Hafizal Mohd Isa.  
“USM memenangi pertandingan ini adalah buat kali kedua  setelah enam tahun penganjuran pertandingan ini.  Sebelum ini USM pernah merangkul anugerah tempat ketiga ketika penganjuran tahun 2009,” tambah Mohd Hafizal. 
Kumpulan yang terdiri daripada 14 pelajar dari negara Jerman,  Finland,  Switzerland,  Sweden, China dan Korea ini, telah berjaya mengalahkan 13 institusi pengajian tinggi lain dan merangkul hadiah wang tunai berjumlah RM 1500, trofi dan sijil penghargaan.  Tempat kedua dimenangi oleh Universiti Teknologi Petronas (RM 1000, trofi dan sijil) manakala Universiti Putra Malaysia telah berjaya mendapat tempat ketiga (RM 500, trofi dan sijil).  UiTM telah merangkul anugerah khas juri dan UniMAP berjaya merangkul anugerah kostum terbaik. 
USM juga berbangga Pegawai Kebudayaan, Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar yang juga pereka tari bagi kumpulan tersebut, Mohamad Al-Hafiz Md. Sani kerana dianugerahakan Best Choreographer. 
“Idea beliau menggabungkan seni tari Wau Bulan dalam persembahan tarian negara Tibet yang membawa mesej keamanan dan kedamaian mendapat pujian ketua juri yang juga Presiden Malaysian Performing Arts Society Ravi Shanker Rama Murthy,” ujar Mohd Hafizal. 
Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa Kementerian Pendidikan Malaysia, Ibrahim Ali dan Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Nilai Micheal Yei. 
Upacara penutup telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Nilai, Profesor Datuk Dr. Megat Burhainuddin. Teks dan foto sumbangan Pejabar Antarabangsa.



Make Up Session
Penari semua 13 orang.  9 perempuan,  4 lelaki.  Persembahan kami adalah pada jam 2 petang,  maka kami memulakan sesi make up kami pada jam 8.30 pagi.  Tapi bukan akak make up sorang,  akak kerah beberapa student Buddies and staff akak untuk belajar pakaikan foundation and bedak.  Baguslah budak budak ni cepat belajar.

Untuk penari lelaki,  semua disettlekan oleh Buddies and kawan akak.  Muka-muka pompuan semua,  akak yang warnakan.  Muka they olls semua,  mat salleh memang dah cantek terletak.  Mak tonyoh sikit-sikit ja dah jadi Adele,  dah jadi Jennifer Lawrence kan?  Lepas tu,  Nato kami punya koreografer and beberapa Buddies lain bertanggungjawab pasang costume dan eksesori.  Proses yang panjang sejak pagi.  Siap semua orang,  terus naik bas ke Nilai.  Sampai jer lebih kurang 15 minit,  kami terus perform.  Kau mampu?

Penat tau berdiri dari pagi memekapkan they olls semua.  Yang pompuan mulanya they olls macam feeling-feeling kekwat sikit,  tapi lama-lama depa macam suka pulak.  Maybe depa tengok mak make up depa letos-letosan.  Yang si jantan pulak,  ada yang suka,  ada yang tak suka.  Yang suka tu...ko paham paham la kan pasaipa dia suka dimekapkan kan?



I olls dah macam wanita Afrika dah dengan rambut dah serabut duk buat kerja.  HAHAH kerlas dak mak ayam?  Lengan akak dah la bermasel u olls.



Barang make up dan lain-lain yang bersepahan.



Yang ni nama dia Yu Yu.  Dia from China.  Dia jadi penari Wau Bulan.  Comels gila budak ni.  Umur 18 tahun.  Baru sampai USM 2 minggu.  Masih dalam kelas intensif Bahasa Inggeris.  So tak paham cakap omputih lagi,  apatah lagi cakap Malaysia.




Akak sedang menyental wajah Rebecca.  Gadis dari Finland.  Mata dia hijau nak jadi biru macam mana ka.  Akak buat make up soket kat depa semua sebab aiyoo mata semua besar bersoket elok dah.  


Tengok muka dia,  elok dak??????? Buat light-light dah jadi meletops macam mana ka.



Mr.  Nato sedang memakaikan eksesori kepada para penari kami.



Ini Yohan dari Korea.


Dalam ramai-ramai yang belajar make up,  mak paling saspek kat Naim ni.  Pandai dia sapu foundation.  Kerlasss u olls.  Takpa,  ni semua ilmu.  Nanti ampa nak perform apa-apa for dinner / event USM ampa dah tau nak buat macam mana kan.




The Proud Moments
Saat yang paling menerujakan adalah kami diannounce sebagai pemenang no 1.  Akak punya seronok syukur Ya Allah.  Kaki yang duk sakit tang buku lali terus rasa hilang kebas semua.  Seronok u olls.  Dah lama akak tak rasa menjadi pemenang.  Selalu duk rasa pengalah sahaja.

Apa pun,  akak nak ucap terima kasih kepada semua team USM yang menjerit punyalah kuat macam sundel.  Sorak punya sorak sampai rasanya dalam dewan tu kita jer yang paling bising.  Katanya Dr.  Pitt (our boss) yang duk pesan "Jumizah satgi hang mai duduk depan stage aku nak hang jerit kuat kuat.  Aku nak suara hang," last sekali bila datang suara gabungan akak dan Yoe CR Pondan Boat Laju Perhentian punyalah kuat sampai Dr.  Pitt kata "Wehs ampa dua diam sikit boleh dak?  Aku malu,"

Tahniah juga kepada pasukan dari IPT lain yang turut memberikan persembahan yang tidak kurang hebatnya.  Dengan costume yang sangat meriah.  Akak terharu sebab salah seorang teman dari Asia Pasific University mai tegur akak "Akak ni Jumie Samsudin kan?" HAHAHAHAH aiiiyooooooooooooooooooooo haruslah mak feeling teruk u olls!  Thanks adik sebab tegur akak dan membuatkan akak rasa retis selama 5 minit.



Fariza duk feeling touch up muka Tonni.  Nak amik kesempatan la tewwww...Dasar wanita bertudung ni.



Kami duk touch up muka depa lagi sebelum nak iring depa pi belakang pentas.




Sebelum pergi belakang pentas,  Nato tetap nak suruh depa try menari satu round.  Kejamnya koreografer ni.  



Sempat memberikan pose terakhir sebelum pergi ke back stage.



Tengah menunggu turn.  Time ni we olls dah tak ganggu depa dah.



They olls masa membuat persembahan yang meletops.  Seni tarian mereka adalah berbeza dari team-team lain.  Instead membuat format showcase,  dimana kumpulan penari membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan represent tarian dari pelbagai tradisi di dunia.  

Walhal,  kumpulan kami membuat seni tari yang mempunyai cerita yang menarik.  Menggabungkan lagu dan tarian tradisi Wau Bulan dari Malaysia dan tarian dari Tibet,  kisah di sebalik seni tari ini begitu menarik perhatian.

Menurut Nato,  pegawai kebudayaan USM selaku koreografer kami berkata,  dia mengambil inspirasi kisah MH17.  Wau bulan itu menggambarkan kapal terbang yang tiba-tiba hilang,  berlaku kekacauan dan akhir sekali,  wau bulan itu ditemui,  dalam keadaan sayu,  seorang penari memeluk wau bulan itu menandakan mereka menerima kembali MH17 dengan penuh rasa hormat.  Akhirnya,  martabat mangsa MH17 disanjung agar terus dihormati oleh semua rakyat kita dengan semangat yang satu.

Touching okay!!

U olls boleh tengok video tarian penuh di sini.




Hope u olls like our performance.  Kalau mungkin mesej yang disampaikan dalam tarian ini tidak sama macam yang akak ceritakan,  please maafkan kami ya.  Tidak berniat untuk menyinggung hati mana-mana pihak.  



Dr.  Pitt yang sempoi sedang menerima hadiah saguhati.


Nato sedang menerima anugerah best choreography.



Bila we olls menang no 1,  nenjia semua berlari naik ke pentas. Bersama nak ambil hadiah.



Tiba-tiba aku jadi wau bulan gemok kat atas ni kenapa nyahhh???



Bergambar dengan semua pasukan dari semua IPT yang mengambil bahagian.




Akak Mengepose
Setelah menang,  we olls semua macam dirasuk hantu.  Duk posing sana sini.  Akak feeling nak amik gambar dengan piala kemenangan.  Tapi haram nak tunggu turn punyalah lama macamnak beli nasi kandar beratur.  So akak hanya feeling amik gambar dengan mock cheque and then akak bersama Yoe CR Pondan Boat Laju Perhentian pun membuat tour untuk bergambar dengan penari dari kumpulan lain.  Tapi Yoe CR Pondan Boat Laju Perhentian punya celaka,  bila nak amik gambar dia akan kata kat orang tu "Please come take picture with her....she is journalist from Penang," HAHAHAH terusss photographer dari Nilai University pun feeling amik gambar I semua dah rasa macam meletops sangat.  


#selfie with Yoe CR Pondan Boat Laju Perhentian



Makcik menang motor.



Akak dan Visha.



Bersama dua Panglima Hitam.




Meletops baju depa ni semua.  


Team dari Unimap.  Baju depa sangat meletops.  Ingat tahun ni,  baju raya i nak buat yang macam warna biru ni la.



Meletops kan raja Siam pakai abang-abang hitam lani sebagai pak guard Istana. Kau mampu?  Sawadikap.





Makan Satay dan Otak Otak

Lepas kami dah menang semua,  malam itu Dr.  Pitt bawak kami semua pi makan Satay Kajang Haji Sahmuri kat Putrajaya.  Memang enjoy la kami semua malam tu.  Tapi juga singgah di Putrajaya and bawa students ni semua masuk Masjid Putrajaya.  Tapi akak dan staff USM tak turun bas la.  Satu,  sebab dah tak larat.  Kedua,  sebab punyalah ramai orang kat dataran depan masjid tu.  Ketiga,  kami semua dah pernah mai sini.






Masa tengah dinner,  akak amik gambar dengan Didi,  seorang pelajar dari German.  Dia kebetulan makan sebelah akak.    Ini picture we olls.


Akak hantar gambar ni kat suami akak.

"Abiang....ini date I malam ni.  Jangan jeles,"

Pastu suami I balas.

"K"

Begitulah kesentapan suam-suam kuku dari suami I.  Sekian sahaja cerita we olls.

Surat Mah untuk Abiang

$
0
0
Assalamualaikum Abiang,

Luluh hati Mah masa membaca surat dari Abiang.  Sampai hati Abiang buat macam ni kat Mah?  Pasaipa Abiang tak berani kan diri dan bercakap dengan Mah sendiri?  Kenapa Abang perlu tulis surat sahaja?  Abang takut untuk berdepan dengan Mah ka?

Tak mengapalah.  Mungkin Abiang takut Mah kerat telok Abiang dengan pisau potong kulit ubi kalau Abiang buat konfesyen depan Mah.  So Abiang pun pilih untuk tulih surat sahaja.  Maka,  Mah pun memilih untuk membalas surat Abiang melalui surat jugak sebab Mah rasa Mah tak akan mampu berdiri depan Abiang lagi.  Tidak mampu untuk berdiri sahaja di depan Abiang kerana hakikatnya kalaulah Mah ada sahaja di depan Abiang the only thing yang Mah nak buat adalah membenamkan parang tumpul kat badan Abiang.

Abiang,  masa Abiang tulih surat bodoh piang tu,  Abiang terbayang dak apa perasaan Mah ketika membaca surat tu?  Mah confirm Abiang tak terpikiak langsung sebab orang IQ rendah memang lagu tu sikit.

Bagi Mah,  bila Abiang kata Abiang terlanjur dengan Zulaikha sebab Abiang tak lalu dengan diri Mah sebab Mah dah gemok,  busuk dan tak bergetah lagi,  itu semua hanyalah alasan.  Alasan Abiang untuk meletakkan kesalahan diri Abiang kat Mah.  Pasaipa tiba-tiba Mah pulak yang dipersalahkan?  Sedangkan memang Abiang yang bodoh piang,  Abiang ambil tindakan ikut kepala kote bukan kepala otak Abiang.  Abiang biak setan dan nafsu jadi raja,  pastu tiba-tiba Mah pulak yang dipersalahkan?


click read more



Okay fine,  Mah gemok,  Mah busuk,  Mah tak bergetah,  tapi macam mana kalau selama ni,  walaupun Mah sibuk dengan urusan anak-anak dan rumah kita,  Mah tetap maintain cantek anggun macam Mah yang dulu.  Mah yang dulu yang Abiang damba damba kan. Tapi,  sebab kurangnya iman,  Abiang tetap nak bermukah dengan Zulaikha.  So kalau macam tu,  apa pulak alasan Abiang?

Semua ni hanyalah alasan.  Alasan nak pelepaih ayak kote Abiang yang duk tendang kat kepala.

Tidak cukupkah Abiang duk tuduh dan salahkan Mah,  pastu bila Abiang kononnya merayu nak Mah balik,  Abiang letak syarat.  Abiang nak Mah kembali macam Mah yang dulu.  Pasaipa Abiang tak boleh ka nak terima Mah yang sekarang?

Sebenarnya Abiang ni memang dah betul betul terperangkap dalam permainan setan dan nafsu.  Permainan yang memerangkapkan Abiang ini bukan sahaja membuatkan Abiang jadi bodoh piang malah buta tuli sangat.  Mah ingat,  dah umur kita makin meningkat,  kita dah menjadi manusia yang lebih berpengalaman,  matang dan lebih bijak,  tapi tidak sekali untuk Abiang.  Abiang hanya nampak kebahagiaan rumah tangga ni hanya pada kesedapan di atas katil,  kepuasan di ranjang.  Betapa ceteknya pandangan Abiang tentang seksualiti.

Abiang,  kepuasan seksual bukan terletak pada fizikal tetapi kepada mental kita.  Kita yang reka dia nak jadi lagu mana.  Bukan semata-mata sebab tengok tuboh badan yang meletops.

Kalau Abiang anggap bahawa kepuasan seksual terletak pada tubuh badan yang wangi,  putih,  gebu dan mugil macam Zulaikha,  sumpah Mah cakap,  sampai bila pun Abiang tak akan pernah puas.  Mungkin sebab tu,  tiba-tiba Abiang heges nak mai balik dengan Mah (walaupun bersyarat) sebab Abiang dah bohsan dengan game Zulaikha?  Mana tak bohsan,  6 tahun tu agak lama la jugak.  Kalau asah pisau pun lama-lama pisau tu boleh nipis.

Takpalah Abiang,  Mah tak mau nak tulis banyak-banyak dah.  Abiang tak payah susah payah nak cari Mah kat rumah mak ayah Mah.  Mah dah ceritakan semua kat depa.  Depa memang nak jumpa Abiang sangat-sangat.  Tapi Abiang jangan harap Abiang boleh jumpa Mah lagi.  Apa-apa lepas ni,  Abiang boleh berhubung dengan lawyer Mah.

Abiang takpayah susah kepala otak nak pikiak pasai Mah lagi.  Mah boleh jaga diri Mah dan anak-anak.  Mah kuatkan ikhtiar hidup,  duduk bawah batu pun Mah rasa Mah boleh hidup.  Mah syukur Abiang,  sebab kalau Mah buang Abiang,  buang rumah kita,  buang kereta,  buang barang emaih,  buang pakaian cantek-cantek,  Mah tetap Mah.  Mah ada harga diri!

Abang tanpa kami semua?  Apa Abiang ada?

Menyesai pulak tulih surat panjiang-panjiang kat Abiang.  Memang betui kata kawan Mah sebenarnya mau kata satu benda ja kat muka Abiang.  "BUTOH".

Yang benar,

Mah



Artikel berkaitan  :  Pengakuan suami curang - Sinar Harian

Tak Sabar Nak Tengok Cinderella 2015

$
0
0


Apakah cerita paling dekat dengan hati budak pompuan?  Of course Cinderella.  KECUALI BUDAK BUDAK YANG LAHIR PADA TAHUN 2010 DAN SETERUSNYA DEPA SEMUA SUKA ELSA PROZEN.  Kalau pompuan zaman-zaman kita semuanya feeling Cinderella kan?

Kecik-kecik bapak kita beli video tape cartoon Cinderella dari Disney.  Ampa tau dak?  Disney akan buat cerita Cinderella versi maknusia.

I olls memang super expecited dengan info ni and tak sabiaq gila nak tengok Cinderella maknusia ni.  Lily James akan berlakon sebagai Ella atau Cinderella.  Kalau dak,  Emma Watson (Hermoine Granger) yang berlakon jadi Cinderella tapi dia tolak tawaran meletops ni.  Tak tau la pasaipa).  Richard Madden yang berlakon sebagai Robb Stark dalam Game of Thrones berlakon sebagai putera.  And dua marhayam besar,  pemenang Oscar Cate Blanchett akan berlakon jadi mak tiri and Helena Bonham Carter akan berlakon sebagai fairy god mother.

click read more




 Nakhare muka Cate Blanchett punya kekwat.  I olls pasti persembahan beliau sebagai mak tiri pasti meletops hingga merengkamkan jiwa jiwa para penonton especially those yang mempunyai jiwa Cinderella secara semulajadi.





Baju mak tiri pun dah meletops.  Mesti baju baju and costume watak lain meletops jugak!





Nila Fairy God Mother.  Dalam filem ini,  Fairy God Mother akan menyamar jadi nenek tua dari awal movie.  Dia selalu mintak tolong dengan Cinderella and akhirnya dia meng-reveal diri dia siapa.  Meletops nya.





Sepatu kaca Cinderella.





Cinderella duk pusing dengan baju yang dimejikkan oleh Fairy Godmother.



NAK MENANGEHHHHHHHHHH TENGOK KERETA KUDA DEPAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.......................






 Masa Cinderella jumpa Prince dia :)



I tak sabak nak tengok full movie.  Tengok trailer pun i rasa macam nak menangis dah.






Nanti kita tengok and review sama-sama okay!

Ps/  Lagi 20 tahun,  depa akan buat cerita Prozen versi maknusia pulak.

Jangan Lupa Victoria’s Secret Fashion Show 2014

$
0
0

The annual Victoria’s Secret Fashion Show, one of the biggest, most-anticipated events on U.S. network television, showcases one of the world’s most unique and recognizable brands. This one-hour extravaganza packed with supermodels, like Cara Delevingne, Alessandra Ambrosio and Adriana Lima, and star musicians, is seen by more people than all other fashion shows combined. 

Join in on the “secret” with television’s sexiest special of the year – the Victoria’s Secret Fashion Show 2014!

Premiere on Wed, December 24th @ 7.50pm
Encore airing on Thu, December 25th @ 8.45pm

ps/  Actually depa dah buat show ni kat London last 9th December,  tapi akak nak tunggu keluak show ni kat Malaysia dulu baru kita buat review okay!  MUAH

ANTM Cycle 21 Episode 8 : Lenox Rocks!

$
0
0

Denzel Drama

Lepas kena maki dengan Tyra Banks last week,  Denzel mai bersembang dengan Will.  Tak taula deni ikhlas ka dak?  Bagi aku deni adalah spisyis douchbag yang sangat typical dalam kalangan jantan.  Kalau bukan sebab nak rancangan ni,  aku tak rasa dia ikhlas betui nak mai cakap dengan Will.  

Samala dengan cerita dia dengan Marjaina,  depan sundalina tu dia feeling tunjuk macam cinta kuat segala.  Tapi apabila depan kawan-kawan lain dia style tak mengaku yang dia suka kat Marjaina,  dia just kata dia main-main sahaja.  Bila Lenox menyampai apa yang dia kata kat Sundalina tu,  Marjaina mengamok gila and 'DUMP' dia.  

Tapi lepas tu,  baru dia jadi macam menyesal and mai pujuk Marjaina balik.  Pastu Marjaina macam bodo gila,  dia boleh mau balik kat deni.  Memang spisyis puki duk muik muik.  Bagi aku depa dua dua ni memang sesuai.  Sangat bangang dua dua ekok ni.  Baguih la.  Tapi bila depa nak terkeluak aku tak tau la.  


Photoshoot bersama Kelly Cutrone

Sesi photoshoot ini agak mencabar.  Depa kena pikiak konsep,  bagi nasihat pasai make up,  total look and gaya shooting nanti.  Ini first time Marjaina amik Denzel bagi satu team dengan dia.  Dia takut kalah la tu macam hari tu.  Aku rasa semua team buat dengan best.  Depa semua macam dah ada vision of what depa nak buat untuk photoshoot ini.  

Tapi yang aku tak suka adalah Kelly Cutrone tu sendiri.  Well sapa yang suka pompuan ni?  Since dia masuk dalam ANTM,  semua orang ada reason untuk kutuk dia.  Cara dia komen,  cara dia duk buat best,  like who are u?  

Dalam task ni,  aku rasa cara dia interfere budak budak ni buat kerja adalah sangat tak semulajadi.  Dia macam saja-saja ja mai kacau takdak sebab musabab.  Yes,  itu baju hang,  your design,  tapi dah hang sendiri nak tengok depa berkarya,  hang biaq ja la depa nak buat macma mana pun.  Ni benda kecik-kecik ja hang duk mai kacau.  Macam fake.


Menjadi Robot Bersama Corrie

Sekali lagi Lenox menang first photo challenge.  Gila la pompuan ni.  Sangat meletops.  Aku sangat bara Matthew keluak!!! Wehs dia siriesly sangat elok.  Bangang betul la Marjaina tu boleh stayed in the competition.  Aku sedihku.  Takpalah,  kita tengok minggu depan sapa yang akan divote masuk ke dalam ANTM semula!!



Gambar paling I suka kepada I olls Paling tak suka











Ulasan BB Cream by Seqy Beauty

$
0
0


Hello and Assalamualaikum to all,

Hari ini I olls nak memperkenalkan satu produk kosmetik yang direka, dicipta dan diedarkan oleh anak Bumiputera, seorang blogger yang meleps juga iaitu Sepet a.k.a Zuhana.  Thank you kepada beliau and team kerana sudi memperkenalkan produk ini kepada I olls.  Bukan sebab I olls dapat PERCUMA and I olls feeling nak buat review ini,  I olls buat review ni sebab I olls sendiri amat suka dengan produk ni and I olls sangat-sangat suka nak share dengan orang ramai.

Kalau ampa nak tau, I olls memang dapat banyak produk untuk di-review, tapi I olls bagitau dah siap-siap kepada pengsponsor barang, I olls akan bagi review seikhlasnya.




BB Cream by Seqy Beauty

Ampa semua mesti tau apa benda BB Cream kan?  Dulu I olls memang suka pakai BB Cream,   dulu-dulu aku promote kat dalam blog aku Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +), pastu memang berlambak orang duk tanya pasai produk tu kat aku.   Mesti ramai orang suka nak pi beli jugak kan? Tapi lepas tu, aku rasakan Miracle Multiplex BB Cream (SPF 25 PA +) makin lama makin tak best. So aku stop pakai BB Cream and aku cuba beberapa jenis BB Cream lain seperti yang dipromote oleh kawan-kawan tapi takdak pun yang berkenan di hati.  Tapi nenjia, bila dapat this produk I olls falls in love!


Ini gambar i olls masa first time pakai BB Cream by Seqy Beauty.  Gambar amik gambar handphone I olls Lenovo S860.  NO EDITING.  Natural light.  Meletops kan?




Why I Olls Suka BB Cream by Seqy Beauty?

(ini bukan copy paste, mak tulis sendiri berdasarkan pengalaman)


Ampa tengok sendiri perbezaan I olls pakai.  Yes,  warna ini nampak sedikit kelabu sebab muka I olls yang colour tanned.  Tapi lama-lama dia akan blend in and cantek.  And lepas pakai full make up,  warna BB Cream ini akan nampak cantek lagi.  Tak sabak nak pakai BB Cream by Seqy Beauty yang lebih sesuai untuk warna kulit tanned macam I olls.


Senang nak pakai!

Untuk orang yang always busy and mengejar masa, BB Cream by Seqy Beauty adalah jawapannya. Selepas basuh muka, pakai toner and bubuh ubat jerawat sikit. I olls teruih sapu BB Cream by Seqy Beauty kat muka. Pastu make up macam biasa. And of course, lepas make up muka I olls terus berubah jadi Selena Gomez gitu. Produk meletops ini bertindak sebagai pelindung (sebab ada SPF), melembab (takpakai pakai moisturiser) and bedak asas (because of the colour yang ada dalam produk ni).


Ringan,  nipis and NOT CAKEY

Tak payah pakai banyak-banyak.  Semprot sekali ja kat tangan, and that is the only ammount that u need to cover your whole face. Sapukan BB Cream by Seqy Beauty

Ke seluruh wajah dengan menggunakan jari. Pastu picit lagi satu, untuk bubuh kat tengkuk. Kalau pakai tudung pun, bubuh ja kat tengkok, sebab i believe BB Cream by Seqy Beauty merawat wajah and ia merawat dan melindungi semua bahagian kulit yang menggunakan produk ni. So ampa nanti kalau bukak tudung depan suami, takdak la nampak ketara, muka putih lehaq hitam.

And ampa akan rasa sangat best sebab produk ini cover cela-cela di wajah (dark spots, warna tak sama, merah2 akibat jerawat, parut) and at same time ampa rasa sangat ringan tak macam effect pakai bedak.

Ini pun gambar I olls amik pagi-pagi buta masa duk bersiap kat bilik.  Lepas dah make up semua.  No editing pada gambar ya.  I olls just crop sahaja.


Melindungi dengan SPF 30

Sebagai wanita outdoor macam I olls, I olls sangat suka sebab BB Cream by Seqy Beauty mempunyai pelindungai UV SPF 30. Pelindungai UV ke wajah bukan sahaja bagus untuk halang kita jadi lebih tanned, malah pelindungan SPF ini dari kesan UV juga boleh menghalang kepada effek lain seperti jeragat dan juga penuaan. Yes, ampa tak tau ka? Lagi banyak UV light kita kena, kulit lagi cepat tua.


Tidak Berminyak

Kulit I olls adalah berminyak. And yes, I olls pakai ni tapi muka I olls tak berminyak. Cuma there was one time, masa experimentasi, before apply BB Cream by Seqy Beauty I olls pi pakai sejenis pelembab,  nenjia lepas tu jadi berminyak.  So lepaih tu tak pakai dah apa-apa before pakai BB Cream by Seqy Beauty.

Natural oil pada wajah adalah bagus untuk melembabkan wajah and muka kita tak kering. Kulit wajah yang terlalu kering nanti cepat dapat rinkles. I olls suka BB Cream by Seqy Beauty sebab ia masih mengekalkan kelembapan kulit wajah sambil mengawal minyak.


Colour Blend In

I olls mempunyai warna kulit wanita Africa + Latin,  so its not easy to find bedak asas yang sesuai dengan keunikan warna kulit I olls.  So, masa Ms. Syeka bok mai BB Cream by Seqy Beauty kat I olls, the first thing I olls tanya adalah “Warna dia macam mana?”

Syeka kata, depa ada dua colour buat masa ni, nombor 1 is for cerah, and 2 is more natural.  So depa bagi yang natural untuk I olls.  After aplikasi, alhamdulillah, kulit I olls memang mula-mula nampak macam putih sikit, tapi lama-lama, dia macam makin cantek and blend with my natural skin colour. I olls suka.

BB Cream by Seqy Beauty dalam proses nak buat colour yang sesuai untuk wanita berkulit tanned. CAYALAH!! Cepat-cepat i mau.


Specially Designed by Seqy Beauty


Produk ni bukan dibuat di Korea / China / Bangkok pastu buat packaging lain ja.  Produk ni memang di-design khas oleh Ms. Sepeti a.k.a Zuhana because beliau sendiri seorang pencinta kecantikan dan beliau sendiri seorang ahli farmasi.  So dia tau la apa yang baguih and apa yang tak baguih.  Produk ini insya Allah halal.  Tapi yang penting, produk ini adalah buatan MALAYSIA.

Beg make up I olls memang kecik.  Tapi botol BB Cream by Seqy Beauty boleh masuk dengan mejiknya.


Botol Praktikal dan Cantek

Sangat impressed dengan rekaan botol yang minimalist. Kuruih and panjang macam tubuh badan I olls. So senang nak selit kat mana-mana :)


Merawat kulit

Kulit I olls adalah sangat sensitip. Tak boleh pakai apa benda semarang.  Orang tua-tua kata, kulit orang kaya. Gicu.   Lepas pakai produk ni for almost 2 weeks already, I olls rasa sangat puas hati and boleh nampak perbezaan pada permukaan kulit I olls. Bukanlah nak kata lepas pakai produk ni kulit aku terus lembut lincin macam kulit teloq, tapi bila aku pakai ni, memang dah takdak masalah, takdak bintik-bintik, takdak jerewat over-over...so baguih la kan! Sapa yang kulit sensitip macam saya haruslah cuba.




Fungsi dan Kelebihan BB Cream
  • Sesuai untuk semua jenis kulit.
  • Menutupi cela di muka.
  • Sebagai bedak asas.
  • Lebih ringan dari foundation.
  • Sebagai essential cream, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit.
  • Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30)
  • Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya.
  • Wajah tidak berminyak sepanjang hari.
  • Berfungsi melawan sinar violet dan pencemaran udara sehingga endikan kulit sihat.
  • Melambatkan penuaan.
  • Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia.


Bahan-bahan dalam BB Cream by Seqy Beauty
Aqua Cream
Beeswax
Cetyl Alcohol
Octyl Methoxycinnamate
Cyclopentasiloxane
Dimenthicone
Caprylic/Capric Triglyceride
Propylene Glycol
Titanium Dioxide
Iron Oxides
Sodium Chloride
Phenoxyethanol




Cepat-cepat dapatkan BB Cream by Seqy Beauty dengan segera. 

Hubungi pengedar yang sah,  
Ms.  Atikah Syeka Rohaini (Permatang Pauh) 
di talian 013-435 1899.

Sila layari laman web Seqy Beauty untuk semak senarai PENGEDAR SAH dari seluruh Malaysia.

Gambar i olls bersama Ms.  Atikah Syeka Rohaini ketika pertemuan nak pass barang.  Memang lepas ni kena selalu jumpa la,  I olls memang akan beli produk ni selalu.



Harga :

RM55 (Semenanjung Malaysia)

RM60 (Sabah/Sarawak)

Follow  :



Untuk maklumat lanjut sila layari  

Victoria's Secret Fashion Show 2014

$
0
0

Hello ampa semua,

Harap ampa semua sudah menonton rancangan meletops yang dinantikan oleh semua kakak-kakak and adik-adik sepanjang tahun ini iaitu Victoria's Secret Fashion Show 2014.  Pelbagai kelainan yang cuba dibawakan untuk tahun ini,  tapi kesimpulannya bagi I olls,  tahun ini takdaklah meletops sangat berbanding tahun-tahun dahulu.

Victoria's Secret Fashion Show 2014
Lokasi :  London's Earl's Court

Models pun semuanya muka yang sama,  duk ulang hat tu la.  Takdak muka baru yang va-va-vum pun.  Kamonlah,  Adriana Lima,  I olls bukan nak dengki dengan dia ka apa ka,  dia dah jadi Angels for the past 14 years.  Gila babs.  Bagila orang lain pulak u olls.  Muka-muka yang duk keluar dalam ANTM,  The Face tu semua apa jadi?  Betui dak?  Entahlah mungkin i olls seorang yang mempunyai perasaan ini.

Katanya adik Kim K iaitu Kendall Jenner sepatutnya menjadi salah seorang Angels baru dalam fashion ini tapi dia dan Cara Delevigne akhirnya memilih untuk berketwok untuk Chanel Métiers d’Art.  Haruslah depa nak pi ketwok untuk Channel.  Lagi meleps kot.

Ulasan VSFS2014 kali ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian besar untuk senang u olls melayan gambar-gambar sepsi ni semua.  So jom enjoiss!

click read more



Sumbangan Kebajikan Melalui Jualan Tiket

Dikatakan pada malam persembahan itu,  depa berjaya kumpul USD 2.5 juta untuk diberikan kepada American Cancer Society, Pelotonia and Gabriel’s Angels melalui penjualan tiket.  Katanya satu tiket ada yang telah dibida hingga USD 25,000 .  Gila meleps.


Dream Angels Fantasy Bras Berkembar

First time depa buat pertunjukan fashion show yang menampilkan dua pasang Fantasy Bra sekali gus.  Satu warna biru, satu warna merah.  Setiap satu bra tersebut berharga lebih kurang USD 2 juta.  Alessandra Ambrosio dan Adriana Lima telah dipilih untuk menjadi angels yang menggayakan baju dalam mahal nak mampos ini.

Rekaan baju dalam mewah ini ditatahkan dengan 16,000 butir permata rubi,  berlian dan permata biru nilam (sapphires) yang diikat dengan emas 18 karat.  Rekaan ekslusif oleh Mouawad jewelers mengambil masa 1,380 jam untuk disiapkan.

Yes,  baju dalam ini sepsi,  mewah dan mahal nak mampus.  Tapi takdakla beza sangat pun dengan Fantasy Bra yang dolu-dolu..










Apa pendapat ampa?  Boring kan?

Victoria Secret Fashion Show 2013 Part I Gilded Angels

$
0
0
Gilded Angels
The iconic Victoria's Secret Angel comes to life in gold-drenched wings,  crystal-studded corsets and over-the-top touches.

Persembahan segmen Gilded Angels atau Malaikat Bersalut ini dimulakan sebaik sahaja tirai persembahan dimulakan.  Tiada penyanyi yang membuat persembahan secara live,  hanya music dari Bob Seger bertajuk Hollywood Nights,  Is There Anybody Out There? by Bassheads and I Want Your Love by Transvision Vamps yang menjadi lagu latar ketika semua Angels ini membuat ketwok kekwat.

Baju dalam dalam koleksi ini adalah dari warna-warna nude  polos yang seringkali tidak menjadi pilihan wanita sebab terlalu selamat dan tidak seksi.  Tapi koleksi VSFS kali ini menyangkal dakwaan ramai wanita ini.  

Namun rekaan kasut rasanya macam tiada yang baru untuk memuaskan hati penonton.  

Sayap yang direka khas sesuai dengan tajuknya,  bersalut dengan pelbagai rona emas yang menarik perhatian.  Seni reka cahaya LED yang menghiasi lantai dan latar belakang pentas membuatkan para Angels ini bagai benar-benar baru keluar dari tujahan api membara.  

Doutzen Kroes




Click read more



Behati Prinsloo







Candice Swanepoel




Make up yang sangat nude.  Sangat suka!





Karlie Kloss




Lily Aldridge







Lily Donaldson






Cindy Bruna





Sui He





Constance Jablonski







Devon Windsor






Lindsay Ellingson









Victoria Secret Fashion Show 2013 Part II Dreamgirl

$
0
0
Dreamgirl
The boudoir babe beguile with playful looks and push-up silhouettes-all in a powder-puff pallette.


Segmen Dreamgirl actually adalah tajuk yang amatlah boring. I was expecting something yang ver-very kinky, naughty, fierce and briliant. Tajuk Dreamgirl macam no brainer sangat. Bubuh pilah tajuk yang gempak sikit macam wet dream ka, Dream of me ka...hahah gitu. Tajuk aku pastinya akan membawa kepada seksualiti.


Persembahan selingan oleh artist yang merupakan gadis kesayangan Amerika iaitu Taylor Swift adalah agak memboringkan. Lagu Blank Spaces yang dinyanyikan oleh beliau mungkin kedengar meletops di corong radio, tapi di pentas peragaan macam biasa jer u olls.


Now, i faham pasaipa Taylor Swift lately makin kuruih kedekiang persis cikcak kobeng, katanya perhubungan rapat antara beliau dan Victoria's Secret Angels telah memberikan beliau gelaran Honorary Angels. Matilah. Sampai ada rumors mengatakan beliau dan Karlie Kloss adalah berkapel sebab ternampak depa duk cium mulut dalam kelab malam. I olls rasa takdak apa pun, bialah orang putih kalau dah mabok.


Koleksi dalam segmen ini boleh dikatakan boring juga, penuh dengan renda dan rona-rona lembut. Ampa tengok la!





Lily Aldridge








Sara Sampaio





Maria Borges






Romee Strijd






Stella Maxwell






Magdalena Frackowiak






Martha Hunt






Irina Sharipova









Kasia Struss





Sigrid Agren





Blanca Padilla




Doutzen Kroes












Karlie Kloss







Taylor Swift






Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>