Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Victoria Secret Fashion Show 2013 Part III Exotic Traveler

$
0
0
Exotic Traveler
Cultures collide on a runway bursting with vibrants colors,  unique textures and sparkling jewels.

Inilah satu-satunya segmen unik yang aku suka.  Tajuk dia pun dah menerujakan kepala otak untuk berfantasi secara luar biasa.  Rekaan baju dalam dalam segmen ini terdiri dari warna-warna berani dan berahi seperti merah,  purple,  pink dan kuning.  Tiada sayap yang direka khas untuk segmen ini,  tapi para Angels dilengkapkan dengan jaket atau padanan kostum yang menggambarkan negara-negara eksotik seperti Sepanyol dan lain-lain.


Sangat suka butiran seperti sulaman,  bulu-bulu burung dan manik-manik.  Rekaan kasut untuk segmen ini juga meletops.  Warna-warna terang dan tali-tali halus itu membuatkan rasa seksi sangat.


Ed Sheeran menyanyikan lagu Thinking Out Loud secara live mengiringi para Angels ketika persembahan ini yang keluar sebaik sahaja Fantasy Bras keluar pentas.

Kate Grigorieva


click read more










Isabeli Fontana
Sangat suka jaket matador yang beliau pakai dengan korset merah tu.  Rantai and kasut dia pakai jugak meletops.











Izabel Goulart
Nahareee pompuan ni punyalah kuruih kedekiang.  Sampai rasa badan dia bengkok masa duk ketwok.











Jourdan Dunn
Deni potong rambut pendek teruih nampak muda!!







Enikő Mihalik
Sapa perasan pompuan ni ada tattoo bintang kat pekpek dia.  HAHAHA Boleh nampak kot.








Kelly Gale
Pompuan ni sangat cantek.  Tak tau la jaket and skirt ni inspirasi dari negara apa.  Yang penting skirt itu sangat meletops sebab diperbuat dari material macam plastik lapik meja.









Joan Smalls
Bulu-bulu ni duk mai macam Bird of Paradise tahun lepaih.








Barbara Fialho











Shanina Shaik
Pompuan ni nama surname dia Shaik.  Mesti keturunan orang Penang ni. HAHAH.  Apa pun,  beliau sangat cantek.   Rekaan kasut dia jugak sangat meletopss!












Jasmine Tookes
Pompuan ni muka nak sama macam Lais Ribeiro.











Daniela Braga







Lais Ribeiro
Denilah paling meletops!! Dia penutup untuk segmen ini.  Sekali nenjia dia keluak skirt kepok-kepok macam mana ka.  Siriesly,  raya tahun depan akak nak buat design ni la.  Kerlas sangat keribaih-keribaih depan kibas angin.  






Gambar sumber :  Google

Victoria Secret Fashion Show 2013 Part IV University of Pink

$
0
0
University of Pink
The runwar goes wild for animal prints,  colorful patterns,  puffer paskas and bold grafitti wings.

Tiap-tiap tahun depa mesti kena buat punya segmen PINK sempena untuk cancer awareness.  Kali ini,  untuk segmen ini depa bagi Ariana Grande nyanyi untuk runaway ini.  Pompuan ni 4 buah lagu.  Tapi siriesly,  beliau sangat nampak tak serasi dengan semua para model.  Dia dah la kecik dan pendek.  Pastu duk pakai seksi macam tu.  Encik Khafi pun kata "Awat budak kecik ni duk pakai seluak dalam dengan boot pastu duk menari over-over?"

Jurukamera sempat rakam gambar models nak terlanggar Ariana si kenit itu.


Aku tengok depa (producer) pun sangat struggle nak cari focus point yang sesuai untuk tidak menampakkan dengan lebih ketara yang Ariana ni jauh lebih pendek berbanding dengan para models.

Actually pendek or tinggi bukanlah pengukurnya,  tapi confident hang atas pentas.  Kalau hang pendek pun,  tapi stage appearance hang meletops,  hang boleh compliment ketwok para models yang meletops itu.  

Bercakap pasai rekaan dalam segmen ni,  semuanya seperti biasa FUN and FUNKY!!  And of course,  suka tengok segmen ini sebab dipenuhi dengan para models muda dan baru yang sungguh menyegarkan.  





Elsa Hosk
 Sayap grafiti yang meletops.




Jacquelyn Jablonski





Grace Mahary
Pompuan ni macam Danie Harmizi a.k.a Manyara Sarafina.  Kau mampu??








Ieva Laguna






Josephine Skriver
Pompuan ni sangat cantek!







Yumi Lambert
Pompuan ni pun ekzotik macam mana ka!!



Bregje Heinen








Taylor Marie Hill
Pompuan ni pun lawa nak mampos.  Merinda Kerr semua tolak tepi.  








Imaan Hammam






Sara Sampaio







Ming Xi 
Pompuan ni muka pelik.  Takpalah janji dapat jadi Angels.  Kau mampu?







Maud Welzen





Monika Jagaciak
Pompuan ni pun cantek macam mana ka.



Ariana Grande
Budak sekolah duk feeling menari pakai seluak dalam.  










Victoria Secret Fashion Show 2013 Part IV Fairy Tale

$
0
0
Fairy Tale
Get swept away with romantic,  ethereal creations in earthy tones and glistening gossamer wings.


Yang ni pun adalah satu lagi segmen yang bagi i olls adalah fantasi light-light.  Tema-tema feeling pompuan bak kata Fadzli Zainol.  Siriesly,  tolonglah bagi idea yang pondan-pondan sikit.  Yang va-va-vum gitu. 

Rekaan sayap dalam segmen ni pun,  cantek,  tapi tak berapa nak va-va-vum.  Mungkin sebab pilihan colour-colour earth yang I olls selalu kata "colour orang tua".  Style macam lembut-lembut tapi colour ni macam nak berhabuk macam mana ka.

Baju dalam untuk koleksi ini pulak very the pastel colour yang nampak sweet.  Seorang penyanyi bernama Hozier mengiringi persembahan ini dengan lagu beliau berjudul "Take Me to Church".  What?





Candice Swanepoel
Cantek sangat kasut dia.  Nak tempah la satu untuk kasut raya tahon depan.  









Behati Prinsloo






Jasmine Tookes
Respek kat dia sebab dia bukan ja kena pakai sayap pepatung macam mana ka,  tapi dia kena pakai pokok-pokok yang tumbuh depan perut.  Bukan senang nak catwalk macam ni okay.





Enikő Mihalik









Lindsay Ellingson











Sui He
Pondan sangat deni.







Stella Maxwell








Lily Donaldson








Barbara Fialho






Devon Windsor






Jourdan Dunn








Elsa Hosk








Izabel Goulart



Victoria Secret Fashion Show 2013 Part VI Angel Ball

$
0
0
Angel Ball

Seductive glamour takes center stage at an opulent black and white ball - complete with elaborate wings,  dark bodices, delicate beading and strappy details.

Tema ni menjadi segmen penutup Victoria's Secret Fashion Show London 2014.  Seperti biasa,  bila penutup ni kena la bubuh baju dalam koleksi yang jenis mak-mak duk pakai.  Warna hitam gitu.  Koleksi ini sangat seksi sebab warna hitam,  kain lace yang seksi and korset.  I olls suka dengan koleksi baju dalam ini.  

Rekaan sayap sangat simple and tidak menenggelamkan reka baju dalam.  Maybe itu sebabnya.  Tapi I olls nak jugakkkkkkkkkkk rekaan SAYAP YANG MELETOPS!!  Dalam banyak-banyak baju dalam,  paling meletops sekali adalah baju dalam Karlie Kloss pakai.  Yang tu paling seksi bagi I olls.

Persembahan Taylor Swift untuk yang ini tidak mengecewakan.  Sangat suka set baju dalam yang Taylor Swift pakai.  Very the meletops.  I nak beli la satu macam ni. AHAKS.



click read more


Karlie Kloss
Aiiyo sangat makan hati tengok dia mengeribaih guna mantel yang besak warna hitam tu.  Sangat klasss u olls.  Orang tinggi lampai buat macam ni cantekla.  Cuba suruh manusia Hobbit macam Fathiah Kamal buat.  Mampuih nampak macam orang duk keribaih selimut bagi habuk hilang.










Joan Smalls
Sayap and jaring yang balut baju dia juga menarik.







Kate Grigorieva
Meletops dia sorang ada baju kelawaq dari kain tingkap.  Kau ada?








Lais Ribeiro







Isabeli Fontana
Cantekla dia ni.  Aku suka tengok muka dia.  Badan dia pun tak kuruih kedekiang sangat.  Aku suka.







Maria Borges
Over mak ayam ni.  Dia sorang dapat warna putih.






Cindy Bruna








Adriana Lima
Mak ayam 14 tahun.








Magdalena Frackowiak






Sigrid Agren
Awat deni macam mengandung!!



Lily Aldridge






Doutzen Kroes
Mak ayam ni pun duk mai nampak kertu dah.  Harap ton depan takdak la muka deni dah.  






Constance Jablonski



Martha Hunt








Behati Prinsloo






Alessandra Ambrosio
Deni pun harap ton depan takdak dah la.  Bok mai la muka-muka baru.











Candice Swanepoel







Taylor Swift
Deni terlajak cantek la dalam baju hitam macam ni.  Memang meremang tengok kecantikan dia. Tak taula mak esah mana dia pakai pi perasap satu badan.













Penutup









ps/  Harap ampa semua puaih hati la membaca I olls punya ulasan semua dengan gambiak lengkap.  Tambah dosa aku disempena Krismas yang hening ni.  

Gambar sumber  Google.

Selamat Tinggal 2014

$
0
0
Hello semua,

Salam 2015.  Habislah sudah tahun 2014.  Susah dan tak berapa ada mood untuk aku buat tulisan ini.  Tahun 2014 bermula dengan harapan dan doa yang begitu tinggi,  tapi perlahan-lahan kita diduga dengan pelbagai berita dan kisah menyedihkan.  Sebagai rakyat Malaysia,  semestinya perasaan ini merengkam dan mengganggu jiwa jiwa kita.

Masa hari raya Krismas,  aku terputus talian internet.  Celaka nakharam punya Celcom,  langsung tak dapat connection.  Berapa hari aku menjadi bangang di rumah.  Nak update blog apa pun tak boleh.  Sekali sekali dapatlah connection internet yang membenarkan aku menerima beberapa mesej ringkas dalam Wassap yang memanjangkan kisah sedih saudara kita di Kelantan dan beberapa kawasan lagi di Pantai Timur.  Ya Allah,  aku jadi hiba bila dapat tahu ada rumah sahabat aku yang hapus ditenggelami air banjir.  Ada juga rakan-rakan yang bercerita dalam Wassap group mengatakan mereka terputus hubungan dengan sanak saudara dan ibu bapa di kampung.  

Perlukah lagi aku pertikaikan berita yang disampaikan dalam media sosial?  Aku rasa dalam situasi ini,  bukanlah masa yang terbaik untuk kita pertikaikan kisah-kisah yang dipanjangkan dalam media sosial.  Perasaan marah mula menyelubungi diri.  Takkan sampai terputus langsung kaedah perhubungan dan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.  Terlalu daif ke negara kita sampai tidak langsung mempunyai alatan yang termaju untuk handle keadaan alam yang berlaku kepada negeri-negeri ini setiap tahun.  

Emosi aku memang tinggi.  Mood jadi down.  Sebab aku rasa macam shit apa pun aku tak dapat nak buat.  Ada yang mesej aku panjangkan nombor nombor akan teman-teman yang menjadi mangsa banjir.  Seperti biasa depa nak aku tolong panjangkan mesej ini dalam media sosial.  Tapi malangnya aku sendiri terputus hubungan internet.

Tapi dalam keadaan itu,  aku masih mampu bersujud pada sejadah yang aman dan damai.  Kaki sejuk aku masih mampu berlapik selipar menuju ke bilik tidur yang sedia kemas dan nyaman.  Ya,  lepas solat aku masih boleh tidur dan berehat nyenyak di musim cuti ini.  Tapi depa semua macam mana?

Perasaan ini menyesakkan jiwa aku.  Siriesly aku tak tau pasaipa.  Aku rasa aku kena pi jumpa pakar psikologi.  Rasa macam bengong sebab tak pasai-pasai aku yang jadi marah dan buntu sebab aku rasa aku yang pikul semua tanggungjawab ini.

Kepada teman-teman yang terlibat dalam tragedi ini,  aku kirimkan doa untuk ampa.  Bertabahlah.  Apa yang Allah hantar ini jangan anggap sebagai suatu yang negatif tapi anggaplah ini sebagai satu peluang,  peluang untuk kita terus berdoa dan ingat pada Dia dan peluang kepada kita untuk mulakan sesuatu yang baru dan baik.  

Kepada teman-teman yang dalam keadaan selamat hari ini,  syukur buat Allah.  Tapi janganlah lupa untuk panjangkan sedikit sumbangan kepada mereka yang memerlukan.  Insya Allah.  Seringgit di dunia mungkin kecil.

Selamat tinggal 2014.  Welcome 2015.

Salam sayang,

Jumie Samsudin

Ulasan Highlight Jumie Samsudin untuk Tahun 2014

$
0
0
Best ever picture taken with my husband on the Blue Lagoon Beach,  Pulau Perhentian.  #LoveKuatSampaiInfiniti #highlights2014


Hello u olls,


Setiap tahun kena buat review tahunan ni. Kena kira semua benda benda yang harus buat aku rasa terus bersyukur. Harap ampa sudi membaca perkongsian ini.  Petikan dari ulasan tahun lepas and i wanna requote tahun ini  "Bila buat senarai ni semua banyak-banyak, baru I sedari betapa banyaknya benda best yang jadi kat diri I olls selain benda benda tak best. Kita selalunya akan focus kat benda tak bestnya sahaja sampai kat benda best-best ni semua kita lupa. Itulah lumrah manusia."


click read more



Travel


Ampa tau kan I olls sangat suka travelling. Tak kisahla pi mana pun, janji suka jalan-jalan. And bila nak pi berjalan tu I olls bukan suka pi shopping ka apa ka, I olls suka pi tengok tempat-tempat bersejarah, tempat sempoi dan menyelami pengalaman berada di tempat tu. Walaupun tahun ini, I olls tidak pergi ke mana-mana pun ke luar negara, tapi tak mengapa, Insya Allah rezeki 2015 akan menjelma. Tak boleh cerita lani, takut tak jadi. Bila dah settle I will let u olls know.


Drunk in Love in Perhentian


Inilah kenangan percutian tahunan I olls dan suami yang amat meletops untuk tahun 2014. Memang menjadi impian pun nak sampai ke Perhentian ni. Alhamdulillah sampai juga. Walaupun ada pengalaman buruk juga iaitu suami I olls jadi tak sihat dan hampir lemas dan kena carut teruk sebab aku berani mati tayang gambar pakai sumingfu dalam Fesbuk tapi aku juga telah titipkan pengalaman dan tips untuk bercuti di Perhentian and artikel ini juga menjadi antara artikel yang paling tops dalam Google Search. Cayalah. Hope perkongsian ini banyak membantu ampa semua. Tips Kalau Nak Bercuti Di Pulau Perhentian


Lagi cerita pasai percutian di Perhentian  :  Drunk In Love di Perhentian


Road Trip to Ipoh and KL with Kak Edeh and Abang Manap


Percutian Road Trip yang meletops bersama mak dan bapak I olls. Kami ke KL sebab nak hadiri majlis perkahwinan anak menakan (Read here  :  Wedding Shafiq and Ain in Kuala Lumpur) tapi kami singgah di Ipoh untuk ziarah sepupu sepapat di sana. Cerita makan mee kicap  Mee Kicap, Jalan Dato' Onn Jaapar, Ipoh And yes, aku ada feature pasai restoran sepupu I olls yang meletops. Ampa jangan lupa singgah na :  Kafe Rimbunan Serai, Jalan Ampang Baru, Ipoh


Jalan-jalan dengan Gusties


Who is Gusties? Depa-depa nilah anak Amerika yang menjadi anak ayam kesayangan aku dalam tempoh 4 bulan mereka di Malaysia dalam program Gustavus Academic Program "Semester in Malaysia : Living Diversity" program pertama seumpamanya dalam universiti awam Malaysia melibatkan universiti dari Amerika Syarikat. Bila dah join program depa memang macam-macamlah tempat yang I olls sempat lawati. Ampa boleh baca kat sini :


Buddhism Field Trip Around Penang with The Gusties

Kuala Kangsar Field Trip with The Gusties

Melawat Nattukottai Chettiar Temple (Waterfall Temple), Penang


Kami :)


Berkopi di Melaka


Singgah di Melaka tak sampai 3 jam sebelum bertolak ke Penang selepas kami (team USM) menang pertandingan tarian di Universiti Nilai. Ive been in Melaka before but this is the first time aku tiba di Jonker Street. Pengalaman berkopi di Malaysia 13th States Coffee memang tidak dapat I olls lupakan.

Baca cerita jalan-jalan di Melaka  :  Santai di Melaka


True.  Journey are made with the people u travel with.


Melancong dalam Negeri Sendiri

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri. Sebelum ni aku merungut apabila negeri kesayangan ku Penang menjadi sesak setiap kali tiba musim percutian. Sebabnya semua orang duk mai bercuti kat sini. Tapi apa yang ada kat sini? HAHAHAH Lani aku baru tau sebenarnya kat Penang ada banyak tempat percutian yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik yang harus I olls explore. I olls dah sempat buat beberapa aktiviti yang meletops seperti menaiki basikal di Georgetown sambil bergambar pada lukisan mural 3D dan berposing dengan Kak Eder di Interactive Museum Penang. Insya Allah by next year, ehk...this year, I olls nak pi melancong kat banyak lagi destinasi dalam Penang and cerita dalam blog I olls. Sekaligus mengupdate artikel tentang tempat-tempat best yang ampa semua patut buat bila melancong ke Penang. Artikel tu pun antara artikel top di blog I olls jugak.

Cerita ketika mengunjungi Interactive Museum Penang  :  Sesi Berposing bersama Kak Eder di Interactive Museum Penang


Performance

Tahun ini I olls berkesempatan untuk membuat beberapa persembahan teater. Yang bestnya tahun ini, I olls berkesempatan berlakon dengan pelawak terkenal tanah air and tahun ini jugak buat pertama kali I olls telah berjaya menulis sebuah skrip teater. Cayalah!! Tahun depan rasanya I olls nak kurangkan berlakon teater sebab nak sambung belajar. Insya Allah.


Yus Jambu in the house u olls!




Pengalaman Manis


Pengalaman manis yang I olls pilih untuk tahun 2014 adalah seperti berikut :)


Blog Jumie Samsudin


Alhamdulillah,  blog I olls sekarang makin mendapat ramai pembaca.  Siriesly I olls sangat happy.  Happy sebab peluang ini actually kalau dilihat secara positif adalah I olls boleh bantu ramai orang dengan menyampaikan mesej-mesej yang bagus dan betul.  Blog I olls bukan main copy paste yang tuan-tuan dan puan-puan.  Walaupun yes,  penulisan blog adalah tidak konsisten seperti yang dicarut oleh Mama Seth yang meletops iaitu Puan Nonie Suliaman namun kalau aku konsisten pun macam haram yang duk baca blog aku beribu sehari pun harap baca and stalk diam diam saja.  Ampa bukan reti nak komen.  Pastu,  harap aku post kat Facebook and Twitter sahaja apa yang aku publish hari ni.  If not ampa takdak mungkinnya nak bukak blog aku secara sendiri.  KEN!!!!  Takpalah,  apa pun thanks ampa semua.  Pembaca lama,  pembaca baru,  pembaca rajin komen seperti SYD dan pembaca yang haram tak pernah komen,  THANKS SANGAT SANGAT.  Apa pun,  yang penting,  Kak Senduk kata dia suka baca blog I olls.  Yebba!!!


Office yang Best

Sudah genap 1 tahun I olls di Pejabat Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa USM.  Secara keseluruhannya SAYA SANGAT HAPPY.  Banyak benda baru yang I olls belajar and paling best sekali kawan-kawan dan rakan pelajar yang jumpa I olls lani pun kata "Kak Jumie nampak lebih ceria kat sini.  Maybe tempat ini lebih sesuai untuk jiwa kak Jumie," Mana tak sesuainya u olls.  Asyik duk berjalan and buat macam-macam aktiviti.  Paling aku tak boleh lupa adalah menaiki rakit di Tasik Bukit Merah.  Gila horror noks tapi mak mampu lakukannya.  And of course,  apabila team USM menang no 1 di Nilai Universiti and team Tampung Bajau kami menang second place dalam persembahan kebudayaan di Hari Warga Staf. Back to back experience dalam tempoh 2 minggu.  Thank you to all my fabolous bosses and of course my kawan-kawan office baru.


Kulit Yang Cantek

Yes,  aku sangat happy sebab tahun 2014 ini I olls tidak mempunyai masalah kulit yang tidak senonoh.  I am so happy.  Bila kulit sihat,  no jerawat,  tidak berjerawat secara kilang minyak dan tidak kering,  maka senanglah nak tonyoh make up apa pun.  Muka i olls tak perlu make up banyak pun setiap hari.  So bila sekali sekala feeling make up tebai macam mana ka,  orang tiba-tiba tak kenal I.  Sebab yalah,  bila tenyeh make up lebih sikit ja orang dah ingat I models mana ka masok office.  Orang cantek pakai apa pun elok.  Sekian.  I am so happy!!


My First Barlian


Oh,  tahun ini I olls telah membeli dengan DUIT SENDIRI sepasang subang berlian yang sangatlah comels dan cantek.  Inilah berlian pertama dalam hidup I olls.  Sorry takdak gambar untuk ditayangkan sebab I olls simpan barang kemas I olls dalam safe box berdaftar ya (KERANA FOBIA DULU ORANG PECAH MASUK RUMAH AND CURI SEMUA BARANG EMAS I OLLS).  So,  I olls Google Search la gambak ni yang lebih kurang sama macam sepasang subang barlian yang I olls beli tu.  I never put in on my Facebook or blog,  sebab rasa macam poyos pulak duk tayang-tayang ni.  Lagipun,  barlian I olls bukanlah besak tera mana pun.  Tapi apa pun,  i olls sangat happy sebab akhirnya yes,  MAK ADA BARLIAN dah.



Pengalaman Pahit


Untuk balancekan hidup ni,  lepaih banyak yang manis-manis tu,  kena mai la jugak yang pahit pahit ni kan.


Himpunan Cerita Hantu USM diminta untuk dibuang dari blog JS


Kalau ampa perasan mula-mula I olls ada minta kawan-kawan share pengalaman cerita misteri dan seram di USM and terbitkan dalam blog I olls.  Tak sampai 2-3 penerbitan cerita ini,  kisahnya I olls dihubungi oleh seorang pegawai USM yang memohon jasa baik agar I olls membuang artikel berkenaan kerana cerita ini 'mencemarkan nama baik Universiti' dan I olls secara tidak langsung menyebabkan warga USM menjadi takut untuk berada di dalam kampus yang tercinta ini.  Sekiranya I olls tidak mahu bekerjasama,  depa kata depa terpaksa proceed untuk hubungi Timbalan Naib Canselor HEAA (yaitu Boss I olls) mengenai hal ini.

Tidak mahu perkara ini diperbesarkan lagi,  I olls mengambil keputusan untuk membuang semua artikel di blog I olls dan semua paparan mengenai kisah ini di status Facebook dan Twitter I olls jugak telah dihapuskan.  Lepas itu,  I olls telah mengambil inisiatif untuk menulis emel rasmi kepada ketua pusat tanggungjawab berkenaan memaklumkan bahawa artikel berkenaan telah dilupuskan dan memohon maaf atas perkara ini kerana seikhlasnya I olls langsung tidak ada niat untuk memburukkan nama Universiti sekadar berhibur dengan penceritaan yang I olls anggap hanya pengkisahan santai.

Alhamdulillah ketua pusat tanggungjawab berkenaan memberikan respon yang SANGAT POSITIF dan memberikan beberapa idea bernas agar I olls teruskan idea ini.  Insya Allah,  I olls akan sambung,  tapi Ive been wondering la........... "BERAPA RAMAI PROFESSORS DAN DOCTORS YANG DUK BACA BLOG I OLLS NI HARI HARI?  BANYAK NYA MASA DEPA NAK KEROBEK BLOG PICISAN AKU NI."


Dicarut MAKE UP ARTIST KL


Ini adalah cerita bangang bin bodoh lazoh.  I olls dah lama tidak terlibat dalam pergaduhan KEYBOARD yang bodoh dan bangang ini.  Tapi sekali sekala kena la pi korek-korek jubur orang kan,  sajala bagi berapi sana sini sikit.  HAHAHA.  Malaih nak cerita panjang,  ampa boleh baca cerita bodo bangang ni kat sini  :  Lyana Dee, Make Up Artist Pereng


MH17


Aku tak akan tambah banyak lagi cerita tentang pengalaman ini.  Semoga Allah rahmati jiwa jiwa yang terkorban dalam nahas ini.  Jemput baca sekali lagi,  kalau ampa sudi catatan dari saya  :  Rindu Awak Berjuta Juta Persen


What Ive Learnt?
Selepas tengok balik semua benda yang I olls dah lalui dan alami,  of course I olls telah belajar banyak benda baru dalam hidup ini UNTUK TAHUN INI.


Dunia Kamu Tidak Terhenti Kan?


Tidak ada satu jiwa pun di dunia ini selain jiwa u sendiri yang layak MENGHIDUPKAN atau MEMATIKAN perjalanan dunia u.  Pengajaran ini adalah satu noktah penting yang mengajar I olls untuk berhenti berharap pada manusia lain.  Berharap apa?  Berharap pada pengiktirafan.  Siapa yang berhak untuk bersama dengan U dalam hidup ini akan berusaha untuk kekalkan perhubungan itu dan siapa yang tidak berhak pastinya akan mensia-siakan perhubungan itu.  Dan kita?  Teruslah berniat baik dan tidak membuat haru pada siapa-siapa,  Insya Allah semuanya akan jadi okay.


Dont Let It Go Into Your System


Kita kena ada sistem hidup yang kuat.  Sistem ini dibina dari rangkaian nilai-nilai positif yang kita harus pegang berdasarkan ajaran agama dan budaya bangsa kita.  Bila kita dah bina sistem yang kuat ini,  pastinya kita maintan agar sistem ini jadi kuat.  And when ever kita rasa down dan tak betul,  sebenarnya anasir negatif sedang masuk dalam sistem hidup u.  Contohnya,  I olls tidak apa niat buruk selain perkongsian dalam kisah Rindu Awak Berjuta Juta Persen tapi akhirnya aku jugak yang dihimpit tohmahan dan komen yang menyatakan bahawa I olls hanya nak tumpang glamour atas tragedi yang berlaku kepada sahabat baik I olls sendiri.  Thanks to Asmaa Aljuned sekali lagi,  dia yang pesan kat I olls banyak kali "Jumie.  Aku tak pernah anggap hang macam tu.  Hang tau pasai pa.  And aku tau pasaipa.  So dont ever let it go into your system,"


Kau ada?


Bila kita 'tak ada', Tuhan duga kita.
Bila kita 'ada', pun Tuhan duga kita.
Oleh itu kena hargai semua nikmat 'ada' dan 'tak ada' ni.
Kalau dulu pernah rasa 'tak ada', janganlah jadi bongkak sangat bila sudah 'ada'. Nak balas dendam kat sapa sangat aih??
Kepada yang 'tak ada' lagi tu, harus rasa bersyukur sangat sebab dalam keadaan inilah kita akan betul-betul hargai hidup.
Sebab depa yang selalu 'ada' dan tak pernah rasa 'tak ada' takkan faham apa yang kita rasa.
Akhir kata, kau 'ada'?


Its Okay Allah Ada


Mama Regina kata kat I olls "Sebab kita orang Melayu,  kita orang Islam,  semuanya jadi mudah Jumie.  At the end of the day,  kita serah semua pada dia yang maha Esa and everything is going to be okay," Serahkan semuanya pada yang Maha Esa kerana at the end of the day kalau u serahkan semua pada Allah,  everything is going to be OKAY.  Keterbukaan hati, jiwa dan minda untuk membenarkan kita menyerahkan segalanya kepada yang Maha Esa,  untuk mengakui kesalahan diri,  untuk terima kelemahan diri,  untuk belajar dari kesilapan dengan hati yang terbuka,  untuk bersyukur seikhlasnya bukan satu yang mudah malah keterbukaan ini bagi I olls adalah satu tahap kematangan yang amat tinggi.


Berhenti Merungut


Ini adalah pengajaran yang I olls pelajari dari menonton cerita The Devil Wears Prada.  Walaupun filem ini bukan filem baru,  tapi baru baru ini I olls tonton filem ini berulang kali di Astro and kebetulan ada beberapa event dalam hidup I olls yang sesuai dengan kata kata ini.  Yes,  sedar atau tidak,  kita suka merungut dan komplen.  Apa sahaja kesusahan yang kita lalui dalam hidup kita tempis dengan pelbagai alasan dan paling sedih kita tunding jari pada orang sekeliling.

Padahal diri sendiri tidak mahu berusaha untuk berubah.  Pengalaman ini amat menyedihkan tapi menjadi iktibar untuk I olls dan rakan-rakan.  Sapa yang tak mau berubah?  Mampuih pi la kat hang.  Sampai bila pun hang akan duduk macam tu ja la.


Azam 2015


Kalau tengok kepada azam I olls pada tahun 2015 kebanyakkan or i can say ALL OF IT adalah pencapaian fizikal.  Nak sambung belajar,  nak beli kereta baru,  nak beli rumah.   BLA BLA BLA. Not for this year.  Bukan untuk tahun ini.  Bagi I olls pencapaian dan azam  untuk tahun ini seharusnya seimbang secara fizikal dan spiritual.  Not only nak sambung belajar,  pi melancong,  bla bla bla.  I olls ingin seimbangkan pencapaian tahun ini dengan pencapaian ilmu pengetahuan dan pengalaman yang bukan boleh dapat dalam segulung ijazah.  Apa guna ada degree dan sambung master bagai tapi nak tulis sepucuk surat rasmi pun terkial-kial?  I olls nak penuhi jiwa dengan ilmu-ilmu jiwa yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.  Ya Allah harap doa aku ini termakbul.


Ucapan Untuk Semua


Terima kasih untuk semua yang terlibat dalam produk hidup saya bagi tahun 2014.  Yang menyusahkan,  yang menyenangkan,  yang memudahkan,  yang menyukarkan,  aku tak kisah.  Semua itu membentukkan siapa aku hari ini.  Ya Allah ampa tak tau betapa aku bersyukur pada setiap pengalaman yang ampa bagi kat aku tahun ini.  To all my anak-anak ayam JS,  ampa tau ampa sapa,  thank you so much for always being there for me.

Love u olls semua,

Jumie Samsudin

Lakar Impiran Perkahwinan Mu bersama Syurga Cinta Abadi Penang

$
0
0
Lakar Impiran Perkahwinan Mu bersama Syurga Cinta Abadi Penang


Services that we offer

Engagement / Wedding Pelamin and decorations





























Hantaran Decorations
























Photo Booth





Candy Buffet













Custom made wedding dresses, Baju Kurung and others

















Fresh Flower Arrangements and Decorations










Kepada 10 PEMBACA BLOG JUMIE SAMSUDIN 
yang terawal membuat tempahan dengan pihak kami akan menerima 
1 fresh hand bouquet PERCUMA 
*terms and conditions apply

Kod redeem : 
Bunga Untuk Pembaca Blog Jumie Samsudin

*siapa cepat dia dapat :)







Kami menanti bakal-bakal pengantin dari Seluruh Penang / Sungai Petani / Kulim


Untuk tempahan, sebarang pertanyaan atau sesi konsultansi sila hubungi (We accepts all calls, text and Watsapp) :


0124760334

0127270334

0124720334



Email : syurgacinta.abadi@gmail.com


Syurga Cinta Abadi Penang



Follow us





Instagram : @syurgacintaabadi

Facing Up with Fazura

$
0
0
Sapa duk tengok rancangan ni kat E Channel? So far baru 3 episod, and masa masih sempat nak keep up balik. Ini adalah rancangan realiti pertama dalam kalangan artist Malaysia yang I olls tengok. Tapi I olls pernah follow Kimora Lee Simmons punya realiti show.  Memang seronok tengok mak ayam tu duk buat gila kat depan camera.  Dia suka mengamuk,  buat drama and kadang-kadang dia sangat nice especially bila dengan anak-anak dia.  Yes,  memang rasa macam dia bising and feeling DIVA lebih tapi sebenarnya banyak benda jugak aku belajar dari memerhatikan cara dia lalui kehidupannya setiap hari.


click read more




Antaranya macam mana dia sentiasa tegas untuk pastikan dia dapat apa yang dia nak dengan cara divaliciousnya.  Yes,  memang menyeksakan melihat telatah belia tapi sifat-sifat DIVA ini sebenarnya kita boleh ambil and apply sikit dalam hidup kita agar  kita (bukan sahaja) boleh dapat apa yang kita nak dalam hidup tapi sebenarnya kita boleh "PUSH SEDIKIT" orang disekeliling kita untuk deliver lebih dari kemampuan diri depa.

Tapi dalam banyak-banyak rancangan realiti yang i olls rasa paling berjaya kat Amerika tu adalah Keeping Up with Kardashion.  Tapi I olls tak berapa tengok sangat depa tu semua.  Sebab merapu sangat and depa takdak apa sangat pun nak tunjuk selain kegilaan depa semua.  Keluarga Kardashian tu sebenarnya kampung sangat tapi duk buat class.

Tapi show depa tetap bersambung sampai sekarang.  For me why boleh berjaya?  

1.  SEBAB SIFAT DIVALICOUS FABOLOUS MAK AYAM KIMORA LEE SIMMONS YANG TIADA TANDINGAN.  Orang tak mau tengok pompuan pose-pose ayu dan cerita benda benda sopan dan biasa.  Orang nak tengok kegilaan and sesuatu yang larger than life gitu.  Sebab itu jugaklah Keeping Up with Kardashian boleh pi sampai 9 musim sebab depa sat family semua lagi la gila and depa bukan normal.  Orang memang nak tengok tu.


2.  Script dan susunan cerita yang menarik.  Yes,  memanglah kata realiti story.  Tapi semua tu scripted la u olls.  Depa kena susun betul betul jalan cerita agar sesuai dengan perjalanan produksi dan juga menaikkan rating penonton.  

So adakah Facing Up with Fazura boleh berjaya?

Bagi I olls,  yes.  Why YES,  sebab Fazura adalah retis yang paling laku di Malaysia sekarang ini.  Sejak beliau putus dengan bekas kekasih beliau TMJ,  nenjia mana-mana sahaja muka beliau yang keluar.  Encik Khafi pun kata "Dulu apa kes sangat dia nak gadoh-gadoh dengan Emma Mak Embong tu semua?  Hang tengok lani dia dah keluar nama-nama artist lain terus tenggelam!" 

"Sejak bila dia gadoh dengan Emma Mak Embong?"

"Eh....haritu kan ada.  Hang cerita dalam blog,"

Tu bukan Emma Mak Embong.  Dia gaduh dengan Hani Suraya.  Susah betul la ada laki yang feeling Perez Hilton ni.  Anyway,  I olls setuju dengan kata-kata suami I olls itu.  Fazura memang ada class dia yang tersendiri.  Cara pakaian,  cara bercakap and yes,  dia ada bakat.  Paling suka lakonan beliau dalam drama yang pasai ajaran agama sesat tu yang dia jadi peguam.  Tahajjud Cinta. 

And now,  baru nak masuk minggu ke 4 penyiaran,  semua blog gossip duk bercakap pasai kes Fazura dan Sara Ali.  Haa.......gila meletops la show ni kan?

Apa pun,  I olls akan terus berFacing Up with Fazura.  But before that,  berikut adalah beberapa komen I olls mengenai show ini  (setakat episod 3):

  1. Disebabkan rancangan ini dalam Bahasa Inggeris tak semua bersama dengan Fazura dalam rakaman realiti ini banyak bersuara atau bercakap.  Adakah mereka dihalang oleh produser sebab nak kawal perjalanan cerita atau depa tak berapa selesa nak cakap orang putih di depan camera sebab satgi tersalah tatabahasa mampuih kena carut satu Malaysia?  Akak harap lepas ni nak tengok orang-orang lain disekeliling Fazura lantaklah ampa cakap pi la dalam Bahasa Melayu pun,  nanti depa pandai-pandaila bubuh English translation kat bawah tu.

    Macam Vee hari tu dia bersuara jugak cakap kan?  Rizman and Ruzaimi and Kheme just pose pose manja sahaja.  CAKAP la something u olls.  Kami duk follow IG ampa...cakap la sikit kami nak ikut.

  2. Episod 3,  bila dia kata dia nak jumpa bekas kekasih dia,  HARAMMMMMMMMMMM AKU DAH KETAK INGAT DIA NAK JUMPA TMJ.  Gila TMJ dah kawen kot.  Takkan nak jumpa.  Sekali dia nak jumpa Shaheizy Sam.  Maka aku kecewa.  Maybe ada arahan larangan ka apa ka aku pun tak tau la,  tapi dalam WIKIPEDIA Nur Fazura pun takdak langsung cerita beliau dan TMJ.  Mampuihlah.  Aku satgi nanti kena saman pasai ni.

  3. Beliau sangat cantek.

  4. Beliau adalah seorang yang POSH dan ada tertib (I rasa) sebab bila sekali sekali tengok Faz duk buat aksi macam ALL OUT dan GILA GILA nampak agak fake.  Masa dia pi shopping kat Farah Khan dengan Vee.  Dia duk main try topi and cakap cakap English.  Rasa macam tak best sedikit.  Sebab i dont think she is naturally like that.  
Apa pun,  tak sabar nak tengok rancangan minggu-minggu depan.  Harap ada aksi and cerita gaduh gaduh and Fazura maki orang.  BESTNYA!!

ps/  Macam makin minat kat beliau sekarang.  She is a GO GETTER GIRL.

Ulasan Perkahwinan Dingdong Dantes dan Marian Rivera Part I

$
0
0
Hello semua,

Setelah mendapat informasi daripada Pojie Pooh hanya satu,  kawan blogger I olls dari dulu yang sangat baik dari dulu,  dia suruh I olls buat review pasai perkahwinan meletops Dingdong Dantes dan Marian Rivera iaitu dua pelakon popular dan disayangi rakyat Filipina.  "Marian Rivera ni macam Erra la u olls......" yes,  terbayang Erra Fazira dulu kawen.  Gempak satu Malaysia.

Actually before this I olls tak kenal pun dua nama ini.  Dah lama nama DING DONG...dah macam keropok Mat Sentul,  DENG DANG DATANG LAGI DENGAN KACANG DISALUT COKLAT.

Ikhlasnya i olls tak pernah tengok drama / filem Filipina secara penuh sebab cerita depa semuanya kisah kisah cinta leleh,  kena dera,  kena tipu,  terinaya,  semua templet cerita yang tidak ke mana haluannya.  Mak tak suka cerita leleh macam tu.  Tak membina semangat diri u olls.  Sampai bila duk nak feeling jadi mangsa keadaan?  Stand up and take what you want you life.  Stop complaining.

Ehk... tiba tiba semangat pahal?

So,  lepas tengok beberapa gambar perkahwinan depa dua ni yang sangat gempak.  Akak mengambil kesempatan untuk mengbuat research sebaiknya bagi mengulas majlis perkahwinan DongYan yang meletops ini.  Lagipun lama tak tengok perkahwinan orang yang buat gila gila grandes macam ni.

Okay jom kita bacia!!





Perkahwinan diraja ini telah berlangsung pada 30 Disember 2014 di Immaculate Conception Cathedral,  Cubao dan diikuti dengan majlis resepsi.  Event bermakna ini dinamakan Royal Wedding oleh rakyat Filipina sebab dua-dua maknusia ini adalah ratu dan raja drama TV di negara depa.  Bukan sebab depa royals blood Tengku Jalil.

Pre wedding video dan photos telah dirakam oleh Nice Print Photography di Dubai.  Pakaian Marian adalah dari koleksi Michael Cinco.  Pakaian pengantin lelaki I takdak info.


 Meletop la depa terbang-terbang kena angkat dengan laki depa.




Tajuk gambiaq ini adalah "kerana cinta kami sanggup tidok ataih pasiak...susah kita makan pasiak saja pon sanggup"










Video lebih kurang 3 minit ini actually takla meletops sangat sebab bagi I olls video ini tidak mempunyai latar belakang cerita yang jelas.  Baik bagi videographer Malaysia lagi meletops hasil video depa I olls rasa.

Ulasan Perkahwinan Dingdong Dantes dan Marian Rivera Part II

$
0
0




Dress and Suit

Dress perkahwinan Marian direka oleh seorang fashion designer dari Filipina yang amat terkenal iaitu Michael Cinco.  Sesuai dengan tema 'Spanish Wedding' dress yang menampakkan bahu ini diperbuat dari kain renda solstiss dan disulami dengan kain labuci French, manik sequins dan mutiara Swarovski.  Dress perkahwinan meletops ini juga ditatahkan dengan 100 ribu kristal Swarovski berwarna putih dan jernih.




click read more





















Michael Cinco juga dipertanggungjawabkan untuk costomized mahkota untuk pengantin perempuan. Diinspirasi dari reka bentuk mahkota puteri Eropah, mahkota bertatahkan real mother of pearls dan batu-batu permata ini ditempah khas di Italy dan Lebonan.


Make up dan hair do dibuat oleh artist tempatan Filipina iaitu Ms. Bambbi Fuentes and Jay Wee.











Kasut untuk pengantin pompuan harusnya dari koleksi Christian Louboutin.









Suit pengantin lelaki pula ditempah khas oleh pereka fesyen kesukaan Dingdong iaitu Randy Ortiz.  Dingdong mengenakan dua pasang suit pada hari besar itu,  satu suit putih untuk majlis I Do I Do di gereja manakala suit hitam untuk majlis resepsi.





























Pada hari bahagia ini,  Marian telah menghadiahkan sebuah jam tangan Roleh Sky Dweller berharga $39, 550 untuk putera hatinya.




Video Kahwin

So ini adalah video perkahwinan depa.  Yang ni nampak sweet sikit.  Memang nampak keserasian depa dorang ni.  And dari postur badan Dingdong,  dia memang sayang bini dia.  Tengok la cara dia letak tangan and kiss bini dia.  Nampak macam dia nak conquer territory dia.  Inilah bukti bahawa mandrem kuat Marian menjadi u olls.  Meletops mak esah dia.

But then again,  susunan editing scene dalam video ini adalah berceramok.  Tak tersusun.  Kalau tersusun adalah lebih bagus.

Ulasan Perkahwinan Dingdong Dantes dan Marian Rivera Part III

$
0
0
Kek Kahwin





Kek kahwin depa dorang ni memang meletops gila.  Aku mula-mula tertarik nak tengok kawen depa ni adalah kek depa.  Gila kek besak lagu ni.  Tinggi 13 kaki and seberat 120 kilogram.  Kira macam sama dengan berat akak tengah dukung kampit beras 20kg.  Tapi yang meletopsnya,  depa pasang pancaran laser kat atas kek so nampak macam kek tu colour-colour and meletops.  Akak rasa inilah first time akak tengok kek design macam ni.



click read more















Kad Kahwin



Kad kahwin depa taklah meletops sangat.  Design dia simple.  Warna hitam,  merah,  sedikit putih dan warna tanah iaitu cokelat.  Tapi mesej and juga input dalam kad kahwin depa adalah sangat meletops sekali.  First,  sticker dengan imej rama-rama yang sealed kad kawen depa adalah sama dengan tattoo rama-rama yang ada di bahu Marian.  Tattoo itu telah dibuat ketika pertama kali Dingdong melamarnya di Butterfly Dome in Macau pada Ogos 2012.  





Lepaih tu bila masuk dalam ada poket yang mengandungi beberapa keping kad yang tertulis tarikh dan butiran perkahwinan.  Yang comelsnya,  tertulis yang perkahwinan ini akan diadakan di Immaculate Conception Cathedral of Cubao pada hari Selasa 30 Disember 2014 pada jam"twenty-eight minutes past two o'clock in the afternoon." Why 2.28 pm i olls tak tau.....




Lepaih tu depa siap tulih semua nama saksi,  sponsors (bukan sponsor majlis perkahwinan ya...tapi orang-orang tua yang sort of approve dan restui perkahwinan ini),  nama-nama maid of honor,  best men,  flower girl.  Gila meletops.  Satu lagi aku suka pasai wedding depa ni adalah,  semua orang yang sekeliling dia adalah family dia sendiri.  Tak perlu nak amik PELAJAR AF jadi pengapit.  #carutan





Pastu bila angkat kad tu semua bok keluar,  ada peta yang tulis belah kiri dan kanan "This is a story of a girl born in Madrid""and a boy who hails from Manila..." Comelsnya u olls.  And kat tengah-tengah tu ada sajak pulak.  Memang touching sungguh.


Mesej kat tengah kad.




Satu lagi butiran meletops dalam kad kawen ini adalah depa meletakkan satu kad mesej yang menggalakkan para jemputan untuk menderma kepada sebuah organisasi kebajikan yang diasaskan oleh Dingdong sendiri iaitu YesPinoy.org.  



Untuk pengetahuan ampa,  Dingdong dan Marian banyak buat charity work untuk rakyat susah di Filipina sebab tu peminat dia semua sayang kat dia.  And bila HATERS duk kutuk DongYan teruk-teruk di laman sosial maka peminat dia semua akan mai sokong DongYan kata dia deserve buat apa yang terbaik untk kepuasan diri sendiri sebab dia pun dah derma and sedekah banyak kat orang lain.  BETUL!!


And aku nak tambah satu lagi benda yang membuatkan aku betul-betul respek kat depa dua ni adalah PERKAHWINAN MELETOPS INI DIBAYAR SENDIRI OLEH DINGDONG DANTES.  Yes,  memang ada orang sponsor tapi tak sampai 5% harga sepenuhnya kos perkahwinan ini.  Hal ini disahkan sendiri oleh Teena Barretto,  wedding planner depa.  Dia kata,  memang ada ramai orang nak sponsor tapi depa tolak secara baik.  GILA MAK TABIK RESPEK.



 Ini komen balasan Ms.  Teena kat laman sosial.  Gila meletops.  





Dekorasi Majlis Perkahwinan

Dekorasi majlis perkahwinan depa di gereja dipenuhi dengan bunga-bunga putih manakala untuk majlis makan malam depa bubuh banyak bunga warna merah. Cuma untuk meja pengantin yang warna colour-colour.  Jom kita tengok.  Meletops sangat.















































Sangat suka dekorasi bunga kat meja makan depa.  Tak tau la ni bunga betui ka tipu ka.  Tapi yang penting ada buah mata kucing tergantung lagu tu.  Yang tu memang meletops.  Tak payah buat ukiran buah bubuh ataih meja dah.  








 Kesimpulannya  

Bagi I olls,  wedding ini takdakla gila gila gempaks sangat pun.  Tengok pentas depa menari tu takdak banyak bunga apa pun.  I olls pernah tengok wedding kat Malaysia ni lagi banyak kot yang gempak-gempak,  maybe untuk orang Filipina depa jarang tengok wedding besak gabai macam ni.  So bagi depa ini kira dah besak gila gila dah.  

Bagi I olls,  Dingdong and Marian adalah simple.  Tapi dari gambar depa and riak wajah depa bila bersama,  Ya Allah depa sangat sweet bersama and kegembiraan depa adalah sangat ikhlas.  Tengok muka Marian tu Ya Allah punyalah berseri.  Dah memang dia lawa kan?

Kemeletopan dan kemeriahan pengantin dan perkahwinan bukan semata-mata datang dari majlis yang besak gah tetapi dari doa-doa baik dari orang tersayang disekeliling kita.  Like i said in my blog,  perkahwinan yang meletops kena start dari niat yang baik.  

I olls dulu kawen pun mendapat ramai sponsors dari pelamin, baju pengantin, dekorasi, kek kawen. Tapi memang sebab kami tak mampu pun. Kami niat nak buat kenduri kecik sahaja ikut kemampuan kami, tapi dah rezeki orang nak tolong sponsor. Rezeki kami dan juga pahala untuk kawan-kawan yang tolong sponsor. Tapi kalau dah kaya sangat sampai beli kereta Audi kat anak, pi London macam balik Alor Staq, pakai pun semua barang branded ...TAPI TETAP NAK DISPONSOR MAK TAK MAU KATA APA LA NA...................beranak pun orang sponsor bagai........... #EH!!

Sekian.

Gravity (2013)

$
0
0

Sapa sini cita cita nak jadi angkasawan?  Mesti semua orang pernah ada cita-cita nak jadi angkasawan sebab angan-angan nak terbang pi kat alam semesta.  Tapi lepaih ampa tengok cerita ni mesti ampa akan tukak cita cita dalam biodata ampa daripada nak jadi angkasawan teruih kepada hairstylist sebab gila nak mampus sebenarnya nak duduk kat angkasa lepas yang tidak ada daya tarikan graviti dan oksigen yang membenarkan manusia bernafas dan expose dalam keadaan vakum itu.

baca cerita penuh 


Filem ini actually cerita very simple.  Takdak alien workshop mai serang-serang ka apa ka semua.  Cerita tentang bagaimana seorang angkasawan berusaha untuk mencari ikhtiar hidup apabila kapal misi angkasalepas depa terlibat dengan kemalangan di angkasa raya.  (Angkasaraya....macam perkataan orang dulu-dulu).





Mula-mula kawan dia semua mati,  pastu dia dan seorang angkasawan lagi lakonan George Clooney depa terselamat.  Tapi akhirnya depa terpisah.  Pastu angkasawan ni terpaksa usaha pi kapal angkasan Russia,  pastu kapal tu pun tersangkut.  Lepas tu terbakak.  Tapi last sekali before dia nak bunuh diri kat atas tu,  dia dapat mimpi macam mana ka dia pun dapat idea macam mana nak selamatkan diri dia dan terbang balik masuk ke lapisan ozon bumi dan akhirnya bila dah ada dalam lapisan tarikan graviti bumi dia pun berjaya landing ke atas dunia.




First time I olls rasa filem angkasa lepas yang siriesly rasa macam real.  Aku rasa sesak nafas duk bayangkan macam mana kita nak bergerak dengan pakai suit tebal tu and then kalau silap step nenjia terlepas teruih hanyut ke ANGKASARAYA yang sebesak alam hanya Allah yang tau luasnya.  


Tapi at the end of day,  adakah GRAVITI bumi yang sebenarnya menarik dia kembali ke dunia?  Nope.  Sebenarnya daya graviti yang paling kuat yang membawa dia kembali ke bumi adalah keinginan dia sendiri.  Keinginan untuk terus hidup!  Itulah graviti yang sebenar. 


ps/  Dulu kecik-kecik cikgu kata tarikan graviti di Bulan adalah 1/4 daripada di bumi.  So kalau berat badan kita 40kg di bumi,  so kat bulan kita akan mempunyai berat badan 10 kg sahaja.  So aku pernahlah berangan nak jadi angkasawan sebab aku rasa itulah satu-satunya tempat aku boleh kurangkan berat badan.



Ulasan Trilogy The Hobbit

$
0
0

Usai menonton semua filem trilogy yang diadaptasi daripada bapa penceritaan novel fantasi JRR Tolkien iaitu The Hobbit.  Lani barulah akak makin faham tentang cerita Lord of the Rings.  Semua soalan dalam cerita Lord of The Rings terjawab dalam trilogy The Hobbit.  Jangan harap lah aku nak pi baca buku-buku  tulisan JRR Tolkien tu,  bahasa dia style orang dulu-dulu punya.  MAK TAK PAHAM U OLLS.

Takpalah,  apa pun berikut adalah ringkasan pengajaran yang I olls pelajari selepas menonton trilogy The Hobbit.


click read more




1.  Jangan pandang rendah orang kerdil kerana depa ada Hati yang besar and berani.

Orang yang kecil yang aku maksudkan adalah Bilbo Baggins yang merupakan seorang Hobbit.  Dia ni kecik dan actually sangat simple hidup dia.  Dia tak kejar harta,  tak kejar pangkat,  tak kejar dunia.  Bagi dia menghisap curut di taman bunga depan rumah (Lubang dalam tanah) itu adalah kepuasan hidup yang sebenar.  Tapi seorang yang penuh dengan kesederhanaan itu yang akhirnya mencapai pelbagai benda besak dalam hidup.  Berlawan dengan Orc,  menyelinap dalam penjara Elf,  berbicara dengan Naga Smaug dan banyak lagi.


2. Orang besar macam Giant selalu end up mati dulu. Kena cucuk sikit teruih mampuih.


Ampa tengok la bila time perang sahaja,  depa yang kecik-kecik macam Hobbit dan Dwarf semua tak mampuih mampuih lagi.  Tapi Giant yang besak besak duk mai hempok kepala dengan batu,  style kena cucuk sikik mati teruih.  Nahariam.........aku terasa.



3. Satu bangsa sahaja tak boleh hidup kuat kat dunia ni. Kena ada sokongan dari bangsa-bangsa lain.


Ini adalah satu falsafah hidup yang dibawakan oleh JRR Tolkien kalau sapa yang tak faham lagi tak tau la.  Dalam The Hobbit: The Battle of the Five Armies pun menunjukkan bagaimana apabila Dwarf dan Elf dan Manusia bergabung baru depa kuat ntuk melawan anasir jahat.  Sama macam dulu dalam cerita The Lord of the Rings: The Return of the King pun,  berapa batalion bangsa bergabung baru jadi kuat.  Sampai last sekali Aragorn pi cari hantu join dengan dia baru jadi lagi kuat.  

Ini menunjukkan mana - mana kaum atau bangsa tak boleh stand sendiri and claim yang dunia ini milik depa seorang.  Kena ada sokongan dan bersepaduan dengan kaum-kaum lain di dunia ini dan barulah depa boleh jadi bangsa yang kuat dan terus maju.  


Actually bukan untuk kumpulan besar seperti kaum sahaja,  tapi seorang individu juga kena ada fikiran begitu.





4. Jangan hidup bertuhankan duit.


Sapa hidup bertuhankan duit memang susah nak tidok malam.  Sebab tu depa kata harta dalam Lonely Mountain adalah berhantu tapi actually bukan berhantu tapi memang sifat dalaman seseorang itu yang akan terserlah apabila depa betul betul dapat rasa takluk harta yang maha banyak.


5. Kalau nak pi mana-mana adventure ka apa la....bagitau orang.  Jangan tak bagitau.  Nanti orang ingat kita mati depa lelong barang kita.


Samala macam cerita 72 Hours.  Nak pi mana pun kena bagitau orang.


6. Bela lah burung helang. Bila susah dia boleh angkot kita. 


I want to write something funny here tapi aku takut nanti jadi lawak bodoh dan disumpah seranah oleh seluruh rakyat Malaysia.  So aku simpan lawak bodoh itu untuk diri sendiri dahulu.


7. Cinta yang paling sakit kenapa? Sebab itulah cinta sejati.

Omaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii nak nanges laaaa dengar statement ini.  Yes,  pasaipa kita menangis kuat kuat sangat apabila orang yang kita sayang buat bagi kita sakik hati?  Sebab rasa sayang itu lahir dari cinta sejati.  Hanya cinta sejati yang boleh bagi kita sakik hati teruk celaka macam tu.

Gambar sumber IMDB.Com.

Baca ulasan lain  :


The Curious Case of Benjamin Button

$
0
0


Dah lama nak tengok gambar ni akhirnya lepas almost 6 tahun filem ini diterbitkan baru aku berkesempatan untuk tonton filem gandingan pelakon elllllllooooksss nak mampus iaitu Brad Pitt dengan pelakon wanita yang sangat hebak iaitu Cate Blanchett.


Kisah perjalanan hidup seorang yang sangat unik bernama Benjamin Button.  Beliau dilahirkan di dunia ini menjadi seorang yang sangat-sangat tua tapi semakin lama beliau menjadi muda dan akhir sekali di akhir hayatnya dia mati sebagai bayi.  Pelik kan?  Pelik dan macam aku duk mereka cerita kat ampa tapi memang betul pun jalan cerita dia macam ni.  Tapi cerita ini bukan betul pun la.  Mana ada orang yang dilahirkan macam ni.  Tapi yes,  memang ada sindrom orang yang dilahirkan dengan simpton yang mereka suka jadi tua tapi depa tak end up last sekali jadi baby pun.


Cerita dia macam ni.......
click read more



Ada sat perempuan tua ni dia dah nak mati dah,  as dia duk tidok sakik atas katil hospital,  dia suruh anak dia baca diari seorang yang bernama Benjamin Button.  Anak dia pun bacalah diari tu.  Diari itu menceritakan kisah hidup Benjamin Button yang dilahirkan macam orang tua.  Bila dia dilahirkan,  mak dia mati and bapak dia Mr.  Button seorang pengilang butang baju yang kaya rasa macam tak boleh terima tengok anak dia macam monster sebab mengerekot macam orang tua,  so dia pi buang kat tangga rumah orang.




Actually rumah itu adalah pusat penjagaan orang-orang tua,  dan Benjamin dijumpai oleh wanita yang merupakan caretaker di rumah itu.  Walaupun baby Benjamin nampak macam asam ko yang kerdut tapi dia amik baby itu dan bela baby itu macam anak sendiri.




Benjamin pada zaman kanak-kanak mempunyai perwatakan macam orang tua,  pendek,  tak boleh berjalan,  tapi pelan-pelan dia pakai tongkat.  Dia duduk lah kat rumah tu dengan orang-orang tua lain.  And dia berkenalan dengan cucu kepada salah seorang orang tua yang duduk kat rumah tu bernama Daisy.








Lama - lama,  dia tengok semua orang kat rumah orang tua tu duk mampuih sekok sekok.  Tapi dia tak mati pun lagi.  And perlahan-lahan dia tengok diri dia duk jadi makin muda.  Dia kerja jadi kelasi kapal.  Merantau ke luar negeri.  Lepas beberapa tahun dia kembali ke rumahnya balik.  Mak dia terkejut bila tengok anak dia dah jadi lelaki yang hemsem dan tampan.






Masa tu dia jumpa balik dengan Daisy and cinta depa berputik.  Daisy juga menyedari keadaan diri Benjamin yang sebenarnya semakin lama akan menjadi semakin muda.  Percintaan depa akhirnya menyebabkan Daisy mengandung dan disebabkan itu Benjamin berhasrat untuk memutuskan perhubungan depa.  Sebab dia tau,  dia tak boleh bagi masa depan yang baik kepada Daisy dan anaknya sendiri.



Okay dah aku tak mau sambung cerita ni.  Ampa pi carik dan tengok sendiri pengakhirannya.



Pengajaran untuk cerita ini adalah,  kadang-kadang dalam hidup mungkin pengaturan hidup kita terbalik dan terpusing daripada norma sebenar.  Contohnya ada orang yang kawen dulu baru beranak,  ada orang yang beranak dulu baru berkawen. Tak pa aih.  Keterbalikkan dan keterpusingan atau kesongsangan ini tidak membawa apa pengertian pun yang u olls salah selagi u olls tahu bagaimana untuk carry yourself dan teruskan hidup dengan niat tak mau harukan hidup sapa-sapa yang lain.  Selagi hang tak give up dan hang biarkan masa yang mengubati segalanya.



Apa pun,  bestnya dapat tidok macam ni ataih Brekpit....... #untunglah




Sumber gambar IMDB.

Laga

$
0
0

Sapa kata aku tak suka gambak Melayu? Aku suka okay. Aku suka semua gambak semua cerita. Kantonis, Tamil, Hindi, Meleis, French, English semua aku layan asalkan jalan cerita dan lakonan menarik perhatian aku. Aku ikut petua otai teater Abang Lee Kandak "Kalau 10 minit pertama cerita tu hang rasa boring, hang katop teruih tak payah tengok"


Lepas 10 minit tonton filem Laga aku masih nak tengok lagi. Plot dia dalam tempo yang laju. Ringkas tapi padat. Menceritakan pasai orang-orang kampung yang suka berlaga ayam. Aku ada pakcik yang sangat gila berlaga ayam sabung. Macam mana dia berhabis duit beli baka ayam yang bagus-bagus dan aku sendiri pernah tengok macam mana pakcik aku operate kepala ayam yang cedera akibat laga dengan menjahit luka itu dengan jarum dan benang jahit kain yang mak kita duk pakai.

click read more



Obsesi pelaga ayam memang dahsyat. Tapi ketaksuban pelaga ayam dalam cerita LAGA ini adalah amatlah teruk sampai sanggup gadai bini sendiri demi menjaga maruah. Gila babis u olls.


Syazwan Zulkifli sebagai Sabri.

Para pelakon dalam cerita ini adalah hebat-hebat belaka. Tapi aku paling tertarik kepada lakonan baru bernama Syazwan Zulkifli yang melakonkan watak Sabri seorang pemuda kampung yang terperangkap dalam konflik pelaga-pelaga ayam yang tegar. Actually dia ni elllokkk jugak, tapi dalam cerita ini dia bagi serabai muka dia memang nampak macam budak budak kampung lah. Ucapan dialog dia jelas, mimik muka dia ikhlas dan paling penting aksi dan postur masa dia bersilat memang meletops. Bila dia berganding dengan Eman Manan memang aku rasa sangat bergerun tengok depa dua dua ni.


Lately, banyak sangat pelakon lelaki baru muda muda Meleis yang muka jambu jambu. Tapi muka macam Syazwan Zulkifli ni la yang siriesly Malay Kampung Boy yang mak taste.




Anyway, cerita ni aku suka sebab latar cerita dia simple, kisah orang kampung, orang miskin, orang kaya. Tapi asas cerita Laga ni sebenarnya bukan sahaja bermaksud melaga AYAM. Sebenarnya obsesi depa pada laga ayam ni akhirnya masok dalam diri depa sekali sebab akhirnya bila ayam depa semua dah menang habis dalam pertandingan laga, last sekali Hassan Laga ni pi lagakan anak-anak buah dia. Dia hasut Seman macam tu, dia hasut Sabri lagu tu, last sekali dua dua tu bergaduh. Padahal dua tu dah rapat macam adik beradik sendiri and depa anggap Hassan macam bapak depa.


Last sekali, Hassan terperangkap dalam permainan Laga dia sendiri dan mati tertikam diri sendiri dengan parang kat leher dia.


TEPOK TANGAN KUAT KUAT untuk Ismail Yaakob, pengarah filem ini. Harap filem ini dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia ke 27 kelak. Ada can nak menang jugak ni!



Bacaan tambahan dan sumber gambar : http://www.ohbulan.com/

Ulasan ANTM Cycle 21 Episod 10 : Denzel and Marijana Finally Down

$
0
0
Hello u olls semua,


Akhirnya minggu ini dua ekok yang I olls paling tak suka dalam competition ini telah pun terkeluak.  Baguih sangat sangat.  Marijana tak boleh focus langsung bila Denzel dah takdak.  Tak pasai-pasai dia macam anjing takdak tuan,  dia pi jilat and pi sondoi semua orang dalam rumah tu.  Gila pathetic.  Orang lain perasan kot sebab dia FAKE.


Ini adalah contoh yang tak baik.  Dia sendiri yang memilih untuk jadi clingy dan akhirnya dia tak boleh jadi berdikari.  Sebab itu dia boleh terkeluar.  Dia rasa macam tanpa orang dibelakang dia,  dia tak boleh hidup.



click read more




Dalam semua budak kat situ aku rasa paling baguih perangai adalah Lenox.  Ampa perasan dak dia akan pujuk sapa-sapa saja yang tengah down and tak happy throughout this competition.  Respect.


Tapi macam mana dia baik pun dia tak boleh stand apabila Chantelle akhirnya dibawak masok balik dalam competition ini.  Depa semua duk kata,  Chantelle ni tak deserve untuk berada di sini.  She acted like she didnt even care to be here.


Bagi aku,  nothing is wrong with Chantelle.  Dia okay sahaja.  Dia work hard as same as anybody else in this competition.  Cuma aku rasa peserta lain rasa sangat down and TERCABAR apabila deni dibawak masok balik dalam competition ini.  Mampuih pila perangai dia macam mana pun,  why itu boleh menjadi effek dalam pertandingan pulak?  Semua orang bekerja secara individu kan?


Cabaran masok and posing dalam rumah hantu itu adalah celaka anak haram menakutkan sekali.  Aku rasa kalau aku yang kena buat cabaran tu mampuihlah aku akan terkencing sebelum depa sempat amik gambak aku.  Tapi celaka punya Will style masok kata Hi ...Hii kat hantu hantu tu semua.  And Adam lawak gila,  strategi dia untuk bagi hantu takut sebenarnya memang menjadi.  Tapi macam mana dia tak takut pun sebenarnya pakaian dia sangat kampung.  Bila dia nak kena dapat REAL TY MAKE OVER ni?


Semasa photoshoot,  semua okay aku rasa.  Takdak la drama yang meletops sangat.  Cumanya Ya Allah aku rasa macam nak penampak Keith.  Deni style TAKDAK JIWA langsung.  Actually lani aku bar perasaan yang dia ni TAKDAK JIWA langsung.  Hangpa perasan cara dia cakap kalau kena interview,  suara dia macam nak tidok and komen dia sangat biasa-biasa sahaja.  Aku harap sangat dia ni terkeluak sebab ANAK AYAM TYRA seharusnya mempunyai personaliti yang meletops okay.


So here are the pictures yang penuh sebab kalau ampa tengok dalam Astro depa katop photoshoot ni kan topless.  Aku susun ikut yang aku paling suka kepada yang aku paling tak suka.


Shei sangat meletops makin lama dia makin baguih.



Gambak ini sangat meletops.





















Okay kita tengok depa semua di Korea minggu depan.

Pengalaman Jadi Pengantin Sekali Lagi

$
0
0
Hello semua,

Beberapa mingg lepaih,  i olls ada tulis kat Facebook yang I olls eksaited nak kawen lagi sekali.  Nahareee semua orang duk mai tanya aku macam-macam secara PM,  depa saspek la,  takdak angin takdak ribut aku nak pi kawen lagi sekali dengan sapa pulak kan?  Sebenarnya aku nak kawen lagi sekali sebab baru-baru ini office I olls telah membuat majlis makan malam dengan tema yang amat gempak iaitu PERKAHWINAN.  Ampa boleh baca kat sini  :  Tema untuk Gala Night USM International Office Autumn Semester 2014



click read more



Setelah membuat survey di sana dan sini,  akhirnya aku mengambil keputusan untuk meminta bantuan kawan baik kakak aku iaitu Abang Inthiran untuk menjadi 'wedding planner' aku dan Khafi.  Why i pilih beliau?  Sebab I memang kenal Abang Inthiran dah lama,  i trust him and yes,  dia ada pengalaman dalam bidang ini kerana beliau sendiri seorang jurulatih tarian kebudayaan India.  Dia ada dance group dia sendiri yang dah menang banyak anugerah dalam pertandingan menari di Astro and selalu mendapat jemputan untuk menari dalam banyak pertunjukan kebudayaan di sekitar Malaysia.  So secara tak langsung dia memang ada banyak eksesori perkahwinan and paling penting dia memang boleh make up and buat rambut and ikat saree semua.

"Abang Inthiran,  boleh dak,  saya buat make up saya sendiri,  nanti abang pasang rambut and saree saja untuk saya?" kata I olls dalam perbincangan itu.

Pastu Abang Inthiran jawab "Hang nayer (anjing),  hang tak payah nak sibuk nak make up muka hang. Hang bagi aku mekap muka hang.  Baru muka hang nanti betul-betul jadi perempuan India gemok,"

Biadap sungguh mulut Abang Inthiran ni.  Takpalah,  I sanggup dicarut asalkan I tahu,  Im in good hands.  Memang tak sia-sia pilih beliau.  Ampa tengok la hasilnya kan?

Masa first kami pi discuss dengan beliau,  i pi dengan suami I,  and anak-anak ayam kesayangan I olls iaitu Fadzli,  Nizal and Azrin.  Seronok la kami semua duk menerai barang-barang kemas dalam koleksi Abang Inthiran.  Punya duk tukak banyak set sampai last sekali aku kata,  tak payahla duk bok keluaq dah,  lagi hang bok keluaq,  lagi cantek aku duk rasa.  Baik simpan buang.





Sesi menerai set set eksesori dengan Abang Inthiran dan kawan-kawan.



Perut tudia nala.


Pose dengan Abang Inthiran kat kedai Saree.



Dia kata,  nanti blouse untuk Saree kami kena pi tempah lain sebab almaklumlah aku kan bersaiz badan models.  Khafi punya baju pun kena pi beli baru.  Saree kahwin,  dia akan pinjam dari seorang kawan.

Sebenarnya untuk ampa yang tak tau,  bagi kaum India,  saree perkahwinan adalah sangat suci dan ekslusif.  Bukan macam orang Melayu or Cina,  kita boleh sewa-sewa je baju kawen kita kan?  Kalau ada bajet jer kita buat baju nikah sendiri.  Tapi untuk orang India,  hang tak boleh sewa saree perkahwinan hang.  Hang kena beli baru untuk hang.

Masa sampai kat temple,  hang akan mai pakai saree yang mak mentua hang beli dulu,  pastu Saree Perkahwinan itu akan disembahyangkan oleh sami.  Selepas tu,  barulah Saree itu boleh dipakai oleh pengantin perempuan.  I pernah pi tengok kawan I kawen kat temple and telah menyaksikan sendiri betapa banyaknya adat dan tertib yang perlu dilakukan oleh pengantin Hindu yang berkahwin di kuil.

Bercakap balik pasai Saree,  so of course Saree perkahwinan ini adalah sangat mahal and dari kualiti yang meletops.    Oleh itu,  atas budi bicara Abang Inthiran,  kawan baik beliau sudi meminjamkan Saree itu kepada I olls.  Tak perlulah I olls nak beli Saree baru.  Nak mampus noks,  Saree Perkahwinan boleh mencecah harga RM2000 dan ke atas.  Gadai bulu ketiak la nak beli mahal-mahal macam tu.  Itu pun kalau bulu ketiak kau keluar dari benang emas.

So i olls kena keluarkan duit untuk buat blouse baru,  baju untuk pengantin lelaki.  Set bunga malai (yang digantung dileher),  bunga tangan dan bunga-bunga di kepala I olls.  And yes,  juga untuk henna design.

Sesi bersiap untuk I olls bermula dari jam 3pm.  Abang Inthiran start dengan make up muka I olls.  Ya Allah punyalah lama dia menenyeh muka I olls.  Memang I olls dapat rasakan dia menempek banyak pondesyen kat muka I olls.  Sampaikan ada beberapa kali,  Abang Inthiran menjerit kat muka I olls "Hey nayerr! Hang tidok ka," HAHAHAH siriesly.  Dahla minggu itu I olls agak sibuk and tidak cukup tidok.

Lepas buat make up,  beliau buat rambut I olls.  Dia pasang rambut palsu yang sangatlah berat.  Seumur hidup I olls,  inilah kali pertama I olls memakai rambut palsu.  Rambut palsu panjang itu didendan agar sesuai dan kuat untuk dipasangkan segala maknena eksesori dan bunga-bungaan,

Selepas rambut,  beliau nak bagi I olls pakai Saree pulak.  Tapi sebelum tu,  Abang Inthiran bagi I olls pi toilet siap-siap.  HAHAH pi bang apa yang patut sebab once hang dah pakai Saree semua.  Bukan senang hang nak pi kencing berak.  Jenoh nak pi selak lagu mana?

Ampa tau dak berapa orang yang diperlukan untuk memasang Saree ke badan I olls?  DUA ORANG.  Abang Inthiran kata,  pemakaian saree memerlukan orang yang berkemahiran.  Sebab itu,  upah yang dibayar kepada si tukang pasang saree boleh mencecah RM150 bagi satu sesi.  Giler noks.

Keseluruhannya,  I olls telah siap sepenuhnya dalam masa 3 jam 30 minit.

Lepas tu,  turn Encik Khafi pulak.  Dia juga dimekapkan.  Meletops noks laki aku pun berfondesyen bagai.  Lepas dah siap semua,  Abang Inthiran tolong bagi pakai vetti iaitu sejenis kain khas yang dipakai hanya untuk pengantin.  Abang Inthiran juga pakaikan sekeping daun emas di dahi Encik Khafi.  Itu memang emas betul ya puan-puan sekalian,  kata Abang Inthiran,  emas itu selalunya akan dipakaikan untuk menandakan status pengantin.  Kepingan emas itu biasanya dihadiahkan oleh adik beradik ataupun pakcik dan makcik,  kepingan-kepingan ini akhirnya akan dikumpulkan untuk dibuat cincin atau apa jenis perhiasan yang lain.

Encik Khafi siap dalam tempoh lebih kurang 1 jam.

Selepas siap sepenuhnya,  Abang Inthiran telah membawa kami ke studio untuk sesi bergambar.  Studio ini terletak di Penang Road,  depan Komtar.  Memang feeling pengantin la kami masuk studio dengan bunga semua and amik gambar guna canvas background semua.  HAHAHA.  Aunty photographer kami tu siap kata kat kami "Congratulation" di akhir photoshoot.  Dia memang duk ingat kami kawen la ni.  HAHAHAH.

Lepas foto session,  barulah I olls dan Encik Khafi bertolak ke Bayview Beach Hotel,  Batu Feringghi.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam.  I olls dah la berat kepala semua ni.  Memang I olls cakap kat Encik Khafi "Abang...Ya nak lelap sat," memang lelap betul la aku.  HAHAHAH kesian laki aku drive sorang-sorang.



Sesi memasang inai.


Hasilnya.






Laki I duk bersiap.


Laki I kata,  dia sangat suka pakai pakaian orang India ni.  Sebab lagi senang daripada pakai sampin dan tengkolok masa kawen dulu.  Kain tu berangin katanya.  Haree.....syiok la angin kena telok.



NAMPAK PEROT!!! Yessssssssssssss!!










Dendan panjang itu adalah rambut palsu.  I rasa kepala I olls sahaja berat lebih kurang 1.5 kilo.  Memang penat dan membawa kepada sakik kepala migrain yang tidak terhingga.  Tapi rasanya effek itu datang selepas dinner.  Bukan masa dinner.  Sebab masa dinner aku duk syiok sangat.  


Bunga ini adalah penggantung di hujung rambut I.  Duk baca benda ni la sana sini.  Anak Dr.  Pitt (my boss),  Ai Chan,  dia kata "Rambut Aunty Jumie macam Avatar" Kerlasssssssssssss




Setiba di hotel,  of course la kawan-kawan semua seronok dan teruja melihat aku dan Encik Khafi yang betul transformed!!  Siriesly kami sangat happy sekali sebab kawan-kawan pun seronok tengok kami.  Objektif aku pakai saree jugak tercapai sebab budak - budak orang Putih tu pun semua rasa seronok kot tengok nenjia the real Indian Bride.  Aku pun muka persis pelakon Tamil,  Meena dah.  Khafi pun dah ala-ala Ajith Kumar dah.

And yes,  aku dapat hadiah BEST DRESS category staff.  Tapi itu bukan sebabnya pun aku nak pakai meletops ni semua.  Bagi aku pengalaman dan peluang ini adalah lebih bernilai.  Bukan hari-hari aku dan Encik Khafi boleh pakai jadi pengantin Tamil tak pasai-pasai. Inilah pengalaman seumur hidup yang kami berdua tak akan lupa sampai bila-bila.

Seorang teman rapat I olls,  Miss Thini Mohan.  Dia Indian la.  Baru-baru ni dia kawen (and i make up dia dalam salah satu reception beliau).  Dia PM I olls di Wassap.

"JUMIE.  Aku literally menangih tengok hang dengan sareee hang semua.  Aku kata kat laki aku,  awat dulu kita kawen kita tak pakai macam ni.  Lepaih tu laki aku jeling kat aku,"

Kennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!


Sekian,  jom tengok gambak.


With anak ayam tersayang,  Mamu.





With Dr.  Pitt and his lovely wife Iryd.  Depa dorang mai as HRH Prince William and Kate Middleton.  Makan ati la.  Depa dorang ni selalu sporting and nak all out.  I suka.




Depa ni sajaa laa nak amik gambak dengan Encik Khafi.  HAHAH muwik muwik dua ni.




With Nurul yang meletops.  Madu I ni.  ;p

  


Untung kawen kali ni teruih dapat anak-anak :)




Keluarga Bahagia Pejabat Antarabangsa USM.  Semua sporting mai pakai baju kawen!!  Meletops okay.



With Miss Syahnaz yang meletops.  Steady BUJIE!!!



With Mr.  Nato Alsany yang sangat hemsem.  :)




Dengan Sammir yang pak lawak nak mampus.  Deni belajar main kompang dengan En Khafi.  





Ampa mesti pelik kan?  Depa dua ni pakai baju apa ni?  Kahwin apa lagu ni?  Ampa tau depa kata apa "Ooooh...we are the Malay flower girls," HAHAHAH NAHARIAMMMM




Yang ni la Daniel,  cikgu bahasa German yang I olls pernah letak kat Facebook.  Pastu nenjia mampuih semua orang duk like punya banyak.  Pastu,  baru-baru ini bapa dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Penang semasa beliau melawat Daniel di sini.  Alhamdulillah bapak dia dah selamat balik German and jalani pembedahan di sana.  And now bapak dia okay sangat.

Daniel ucap terima kasih kat ampa semua yang tolong derma darah kat bapak dia.  Dia kata dia sangat terharu dengan bantuan dari semua orang Malaysia yang sudi tolong dia walaupun tidak kenal dia.

Dia mai amik gambar dengan akak dalam pakaian "OCTOBER FEST" of course la i pun pelok dia nenjia sampai melekat.  Habih tuuu???

* Suami i izinkan i ambil gambar macam ni.  Lagipun suami I yang amik gambar ni #statementIfaRaziah









Akhir kata,  terimalah gambar kami photoshoot kat studio.  Kenangan yang terindah untuk I olls dan suami.  Thanks untuk Dr.  Pitt and Buddies sebab buat majlis makan malam yang meletops sangat-sangat.





Miss Malaysia for Miss Universe 2015

$
0
0
Hello  u olls semua,

Hari ini nak share dengan u olls and nak kita semua ramai-ramai SOKONG wakil Malaysia untuk pertandingan Miss Universe 2015 yang akan berlangsung pada 25 Januari 2014 ini di Miami,  Amerika Syarikat.  Beliau yang saya maksudkan ialah Miss Sabrina Beneett.



Beliau telah terbang ke NY beberapa hari lalu sebagai persediaan menjelang pertandingan meletops ini.  Harap u olls semua lawat page dia and lepas ni kita ramai-ramai sokong beliau.

Sabrina Beneett ini adalah sangat meletops.  She is young, cantik and muka beliau sangat meletops.  Dia takdak mix dengan apa-apa darah Eropah pun.  Dia adalah 100 % Malaysian Indian.  Berasal dari Bagan Serai Perak u olls.  Dekat sangat dengan Nibong Tebal.


Click Read More















Kebetulan,  beliau adalah satu sekolah dengan anak ayam I olls iaitu Ezal Ezham Azami.  Dah lama Ezal duk cerita kat I olls tentang Miss Sabrina.  Sejak mula-mula beliau duk masok pertandingan rat kebaya dan sebagainya.  Dia ada suruh I olls interview Sabrina and tulis dalam blog I olls.  And Sabrina pun dah setuju nak buat interview sesi emel.  Tapi I olls yang menyenyapkan diri.

Menurut Ezal yang juga ada pelatih public speaking and English debater kepada Sabrina Beneett "Beliau memang seorang yang sangat meletops kakak.  Semasa di sekolah dahulu,  dia seorang speaker and debator yang sangat inspiring.  Saya sokong dia dari dulu sampai sekarang,"






I sangat suka tengok gambar-gambar beliau kerana nampaknya macam beliau ini sangatlah jenis rendah diri and very relaks person.  Most of the gambar beliau adalah bersama rakan-rakan dan keluarga.  Takdaklah dia duk feeling tunjuk gambar photoshoot and gambar duk pi jumpa kawan-kawan models sahaja.

I hope sangat ampa semua pi sokong and like dia ramai-ramai.  I olls tengok FB dia hanya 4k likes sahaja.  Dia takdak agent yang handle benda ni ka semua?  Takpalah,  jom kita ramai-ramai tolong support dia punya career.  At least sokongan kita dari laman sosial boleh bagi suntikan semangat kepada beliau semasa berada di negara Uncle Sam.

Good luck Sabrina Beneett.

Jom follow beliau


IG  :  @sabby_bee

Sampai Hati Hang Duduk Sahaja?

$
0
0
Hello u olls semua,


Sajala malam ni nak ajak sembang pasai kejadian banjir di Pantai Timur.  Walaupun banyak tempat telah pulih (dari banjir) tapi banyak lagi tempat yang masih lagi ditenggelami air sebab hujan masih turun dari semasa ke semasa.


Kalau banjir dah surut pun,  kesan yang tertinggal pada kawasan yang terlibat itu adalah amat dahsyat.


Seorang teman saya,  staf USM yang berkesempatan untuk menjadi sukarela ke Kelantan menceritakan pengalaman beliau kepada saya "Jumie.  Kak Shuk tengok keadaan tu dah macam tsunami kecik dah.  Memang teruk sangat susah nak bayang.  Kalau Jumie pikiak balik,  ini pun serambi Mekkah tau.  Dulu Acheh pun tsunami Mekkah.  Allah nak uji kita semua Jumie,"


Yes,  Allah sebenarnya menduga kita semua.  Bukan sahaja kepada u olls yang terlibat dalam tragedi banjir malah kita yang berada di sekeliling turut diuji.  Diuji iman kita kerana masa ni Allah nak tengok,  time kita senang dan bahagia,  kita ni ingat dak kat sahabat dan saudara kita di sana yang sekarang ni nak berak pun belum tentu dapat berak di tempat yang selamat,  bersih dan sesuai.


Boss I olls,  seorang wanita berbangsa Punjabi berkongsi satu video yang betul-betul membuatkan bulu roma I olls meremang.  Video itu dipanjangkan kepada beliau melalui Wassap.  Sorry I olls dah cari dalam Youtube semua memang takder.  Video itu dipanjangkan oleh community United Sikhs yang berpusat di Subang Jaya KL yang beramai-ramai sedang bekerja membuat packaging makanan dan barangan keperluan untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan.


Kesemua barangan dan makanan ini akan dihantar kepada mangsa banjir di Kelantan especially kepada orang-orang Asli yang tinggal di kawasan terpencil dan pedalaman.  Makanan dan barangan keperluan yang disalurkan ini adalah hasil dari sumbangan orang ramai dan dari kutipan duit mereka sendiri.  Bungkusan ini dibawa terus melalui helikopter yang ongkos minyaknya turut ditanggung oleh kumpulan ini.


Tapi apa yang membuatkan I olls meremang bulu roma adalah,  orang Cina,  orang India,  orang Melayu,  orang Punjabi semua beramai-ramai bekerja di gurdwara itu.  Perakaman video yang mengulas apa yang berlaku dalam video itu menceritakan tentang apa yang mereka sedang buat and at the same time dia duk bagitau berulang kali "We are inviting everyone Malay,  Chinese,  Indian,  Punjabi dan lain-lain to come and help us here.  We are doing this for one race.  Human race," gila meremang bulu roma akak.


Sebagai cerita tambahan,  dikatakan pada satu hari,  satu pasangan berbangsa Cina datang ke Gurdwara.  Depa tau yang kat sini sedang ada kutipan barangan keperluan bantuan mangsa banjir.  So pasangan ini ajak beberapa ahli kumpulan ini dan bawa ke sebuah pasaraya.  Depa kata "You all please get what ever things needed.  Do not see the price tag and do not count the ammount.  We will settle everything,"


Siriesly u olls.  Aku rasa nak menangis dengar keikhlasan dua insan ini.  Aku tak kenal depa sapa and takdak pun pampang besar-besar di mana-mana laman sosial.  Tapi apa yang I olls ceritakan ini adalah benda betul dan sangat menyentuh jiwa.


Kita orang Malaysia pastinya mempunyai kepelbagaian dan perbezaan.  Ada kala kita bertelingkah kerana perbezaan pendapat.  Tapi dalam situasi ini,  aku sangat tersentuh sebab tengok macam mana kita semua boleh bersatu dan bekerjasama untuk tujuan yang satu iaitu membantu sesama manusia.  Inilah kekuatan kita sebenarnya.


Tapi sayang,  kadangkala ahli politik menggunakan perbedaan ini untuk memecah belahkan kita semua.


Banyak lagi cerita yang betul betul inspiring yang harus kita contohi.  Tapi dalam kita duk seronok dan bergembira dan berselesa kat sini,  sedang sahabat dan saudara kita di sana nak tidur pun tak lena,  sampai hati ka kita duduk sahaja?


At least kita buatlah something okay.


Love ampa semua.

Gambar sumber  :  UNITEDSIKHS

Creme Caramel and Dadih by MILK

$
0
0
Pada satu hari,  office I olls buat jamuan makan untuk delegasi luar negara yang mengadakan lawatan kerja ke USM.  So of course kami pun meng-order catering yang sedap dari sebuah pembekal catering yang terkenal di Penang kerana mutu makanannya yang tidak dapat disangkal sedapnya.  Jamuan makan tengahari itu diakhiri dengan creme caramel sebagai pencuci mulut.  


Lepas I olls memakan creme caramel itu ke dalam mulut.  Masya Allah.  Sedapnya!!! Siriesly sangat sedap.  I olls memanggil waiter yang menjaga meja VIP kami.




"Bro....ada lagi tak dessert ni?  I nak tambah," 


"Ada-ada....." waiter itu pun membawakan aku sebuah mangkuk berisi creme caramel yang baru.  End up,  untuk makan tengahari itu.  Aku makan tiga bijik creme caramel.


Seminggu selepas kejadian,  aku keluar lunch bersama Aishah Aljuned,  kawan baik aku yang kini bekerja di PSDC.  Sesi makan tengahari itu sebagai ucapan tahniah kerana beliau kini telah menjadi makcik kerja kerajaan macam aku.  Lepas catching up kisah suami and anak,  tiba-tiba Aishah menambah.


"Jumie...aku lani duk buat meniaga tau,"


"Baguihlah....meniaga tambah pendapatan  u olls.  Ak sokong.  Hang meniaga apa?"


"Aku meniaga buat sri kaya sagap,"


Sri kaya sagap adalah panggilan orang Penang untuk creme caramel.  Dia menceritakan yang resepi yang diturunkan oleh tok-tok beliau telah membuatkan business dia yang baru tak sampai beberapa bulan ini mendapat kepercayaan daripada syarikat catering ternama di Penang yang membuat order kepada beliau untuk sajian pencuci mulut.  Kira macam source out kat dia la.


Dan bila duk korek-korek rupanya,  creme caramel sedaplazoh yang I olls balon sampai 3 bijik itu adalah produk dari Aishah Aljuned iaitu Creme Caramel and Dadih by MILK.


So today,  i olls nak kongsi dengan ampa semua untuk bersama-sama menikmati kesedapan sri kaya sagap a.k.a creme caramel dari MILK.



Creme caramel by MILK

&

Dadih by MILK




Saiz dan Berat

Kedua-dua product MILK datang dalam dua size iaitu  ;

Kecil  : Lebih kurang 120ml
Besar  : Lebih kurang 150ml.  Bekas besar tu cantik dan sesuai diberikan doorgift ataupun disajikan di meja VIP.




Cadangan hidangan 

Lebih best dihidang sejuk, kalau nak nampak meletops,  boleh telangkupkan dan letak atas dessert bowl ka cup ka. Untuk feeeling2 bangsawan, boleh la boh la whipped cream dan stroberi kat atas.
Sesuai untuk semua majlis.  Kenduri kawen especially.   Sebab dia individual packaging,  dia convenient.  Kalau takmau makan masa kenduri boleh boh dalam beg nak bawak balik.  Kiranya kalau nak buat doorgift untuk majlis2 pun boleh.


Additional Info

Fresh ingredient.  Resipi tok-tok.  Tok saya panggil creme caramel ni sri kaya sagap. Sampai la ni masih misteri sagap tu sapa.  Produk halalan toyyiban.  Homemade.  Telur original dan telur ayam dibasuh.





How to Order  


Phone / SMS / Whatsapp: 0175005574 / 0125790293






Harga


Creme Caramel


Small RM 1.30
Big RM 1.50

Dadih

Small RM 1.20
Big RM 1.40


Notes  :

  • Harga tidak termasuk cost delivery. Selalunya MILK lebih prefer depa mai amik sendiri.
  • Provide sudu kecik mengikut kuantiti order
  • Kotak polisterin di-charge RM10 per box and is refundable. Kiranya, bila depa mai hantaq balik, RM10 dipulangkan.
  • Minimum order 50pcs. DISKAUN diberikan kepada mereka yang order kuantiti 200 ke atas.
  • Mengalu-alukan caterers dan Event Companies untuk business deals at attractive packages.
  • Waktu minimum order adalah SATU MINGGU.



Penghargaan
Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi pernghargaan kepada adik saya yang banyak memberi inspirasi dan jugak leteran tok-tok yang membina. Jugak kepada makbapak dan keluarga dan kawan-kawan.  Juga kepada  kawan saya Jumie Samsudin,  wanita blogger agam yang juga lambang kecantikan.  Saya harap ampa semua yang rajin membaca blog Jumie setiap hari sudi memberikan sokongan kepada perniagaan saya.  Sesungguhnya saya beruntung kerana mempunyai sahabat yang cantek dan blogger macam Jumie Samsudin.







Follow us on
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>