Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Chef

$
0
0


Filem ini mengisahkan tentang perjalanan seorang chef yang sangat suka dengan apa yang dia buat iaitu memasak.  Orang selalu kata,  kalau hang nak happy dalam hidup hang,  hang buatlah apa benda yang hang betul-betul enjoy.  Tapi tak jugak.

Jalan cerita filem Chef ini membuktikan,  walaupun hang duk buat kerja yang hang suka,  cabaran dan kesusahan tetap akan datang.  Dan apabila cabaran dan kesusahan ni duk mai,  mesti hang akan rasa macam tak berapa nak enjoy dengan apa yang hang buat.

Kesusahan watak Chef dalam filem ini yang dilakonkan oleh Jon Favreau bermula apabila seorang pengkritik masakan / makanan telah memberikan review yang amat teruk kepada persembahan makanannya.  So,  dia demand kat pemilik restaurant tempat dia bekerja untuk menukar menu masakan kerana dia percaya,  dengan menu baru dia dapat buktikan yang dia mempunyai bakat besar dalam masakan.

Tapi pemilik restoran dia tak setuju.  Depa sampai gaduh-gaduh.  Boss dia macam kata,  ni restoran aku,  aku yang decide nak masak apa.  Hang masak ja apa yang aku suruh.

So keraplahan di tempat kerja membuatkan dia sangat tak happy.  Malah hubungan dia dengan anak lelaki dia yang dibawah jagaan bekas isteri juga terganggu.

Lepas satu pergaduhan besar antara dia dan pengkritik makanan tu berlaku di restoran dengan maha buruknya,  maka dia pun decide untuk berhenti bekerja kat restoran tu.  Bila dah free takdak kerja,  dia ikut bekas bini dia berjalan 'balik kampung' dan kat situ dia dapat inspirasi untuk memasak dalam ruang premis dia sendiri.

So dia start meniaga 'food truck'.

Ingat tak pergaduhan dia dan pengkritik makanan hari tu?  Actually ada orang amik video masa depa bergaduh and bubuh dalam internet and video itu menjadi viral. HAHAHA.  And you know what?  Ini membuatkan beliau jadi popular and perniagaan food truck beliau menjadi hit dengan cepatnya.  Dengan bantuan kawan baik dan anak lelakinya,  depa merantau ke seluruh Amerika untuk memberikan makanan simple yang sedap melalui foodtruck depa.

click read more







Pengajaran dari filem ini  :


  • Takdak kerja yang senang dalam dunia ni.  Walaupun kerja tu hang sangat enjoi.  Cabaran akan tetap mai.  And tipulah hang tak akan merungut kalau cabaran mai :)

  • Hubungan anak dan bapak.  Tak macam movie lain,  selalu hubungan kasih sayang antara anak lelaki dan bapak mesti macam cheesy,  feeling mesra alam macam mana ka.  Tapi tak dalam filem ini.  Watak dia sangat tegas dan dia layan anak dia macam anak jantan.  Ada tiga scene aku rasa touching,  nombor satu masa dia mula mula bagi hadiah pisau chef kat anak dia.  Nombor dua,  dia bagi anak dia taste rasa beer.  And nombor 3,  masa anak ajar anak dia jangan bagi makanan hangus kat pelanggan walaupun makanan itu dibagi secara percuma.

  • Kemahiran internet adalah sangat penting dalam membantu perniagaan pada masa kini.

  • Orang putih kalau berniaga,  satu time depa berniaga 5-6 menu sahaja.  Ampa tengok bila dia tulis menu kat depan food truck dia.  Style 5-6 menu sahaja dia tulis.  Cuba kalau kat Malaysia,  nahariammm gerai burger tepi jalan pun style jual 346 jenis burger dan hotdog.

  • Jangan amik hati dengan penulisan pengkritik.  Aku sangat suka pada akhir cerita,  pengkritik makanan tu mai jumpa dia and offer nak invest dalam restoran barunya.  So dia macam terkejut sebab dia ingat pengkritik makanan tu benci kat dia.  Pengkritik tu kata "We are just having fun," Betui la weh.  Inilah budaya pengkritik di negara Amerika yang aku suka.  Mungkin cara pendidikan mereka sejak di sekolah.  Pelajar dididik agar terbuka kepada pendidikan.  Ini adalah perbandingan yang aku sendiri pelajari daripada hasil pengamatan seorang pelajar seni dari Amerika Syarikat ke USM.

    Dia kata,  dalam kursus seni di USM,  tiada sesi khas dimana pelajar diberi ruang untuk debatkan pendirian hasil kerja seninya.  Yang ada hanyalah kritikan seorang pensyarah and lepas tu student kena buat pembetulan berdasarkan APA YANG PENSYARAH KATA AND SURUH.  Kalau tidak berbuat demikian,  pelajar mungkin akan dapat markah yang rendah.

    Berbanding dengan sesi pembelajaran beliau di universitinya di Amerika Syarikat,  penghasilan kerja seni dianggap abstrak dan hanya boleh difahami oleh pembikin hasil kerja seni itu sendiri.  Perbincangan terbuka antara pensyarah dan para pelajar boleh membawa kepada hasil persefaham yang lebih terbuka and membuatkan pelajar lebih berani dan kaya dan penghasilan seni mereka.

    So in the end,  depa dapat bezakan pendekatan pengkritik yang bersifat profesional (sebagai kerjaya) and peribadi.  Orang Melayu berani ka terima kritikan terbuka?  AHAHAH AKU SENDIRI TAK BOLEH.




Apa yang aku suka tentang movie ini

Aku suka filem ini kerana ianya adalah sebuah FEEL GOOD movie.  Hang akan rasa macam relaks tengok kejayaan,  makanan,  kasih sayang.  So enjoylah.  Skrip dalam cerita ini juga simple.  Lakonan,  okaylah.  Semua nama-nama terkenal.  Kalau ampa perasan,  ada 3 orang watak utama cerita IRON MAN dalam movie ini.  



What i dont like about this movie

Selain membuatkan hang rasa lapar tengok makanan tu semua,  aku tak suka cerita ni lajiuuuuuuuuuuuuuuuu sangat!! Patutnya macam lebih banyak cerita perjalanan dia sampai dia boleh buat restoran.  Tup tup ja dah habis.



Food Truck in Malaysia

Ive stumbled about this write up tentang food trucks in KL.  MELETOPS.  Kat Penang bila kita nak start ada ni?  Hot Wheels: 8 Food Trucks In Klang Valley Worth Chasing Down

Rating 

7/10



Gambar sumber  :  IMDB Chef


Paris à tout prix (Paris or Perish)

$
0
0


Pompuan-pompuan mesti suka tengok cerita ini sebab permulaan cerita sahaja dah tunjuk dah Maya Ben Latif (nama watak utama) bangun tidok,  dah terlambat,  pastu kelangkabut nak pakai baju,  bila dia masok bilik dia nenjia baju semua banyak tersusun,  kasut tersusun macam gila punya banyak.  Semua pompuan-pompuan punya impian hiduplah.  Jadi fashionista.

Samalah dengan Maya ni,  dia adalah pompuan keturunan Maghribi yang bermastautin di Paris.  Dia berkerja sebagai designer di bawah satu syarikat reka fesyen milik pereka ternama.  Kat tempat kerja dia,  ada beberapa lagi junior designer yang duk merebut setiap hari nak buktikan yang depa mempunyai karya dan idea yang boleh membuatkan depa naik pangkat dalam syarikat tu.

Then one day,  boss depa,  pun bagitau,  untuk pertunjukan fesyen akan datang,  sapa yang boleh bagi idea yang meletops akan naik pangkat.  So ini adalah peluang meletops untuk Maya yang dinantikan selama ini.  Dah 20 tahun dia mengejar dan mengatur langkah dalam industri ini.  Dia sure dah lepas ni segalanya penat lelahnya akan membuahkan hasil.

Tapi nak jadi cerita,  Maya ni yang adalah sedikit kelang kabut dan bangang jugak,  telah gagal meng-update VISA dia untuk menetap di Paris.  So like it or not,  dia kena HANTAR BALIK (deported) balik ke negara asalnya iaitu Maghribi.

Mau tak mau,  dia kena balik juga.  Tapi dia tipu kat tempat kerja dia,  dia kata dia sakit dan terlantar kat hospital,  sedangkan sebenarnya dia duk ada kat kampung.


click read more



Dia tak mau bagitau perkara sebenar sebab dia malu tentang asal usulnya.  Inilah intipati utama dalam cerita ini.  Dia ada banyak reason untuk tidak mengakui dan tidak bangga dengan asal usulnya.  Antaranya,  sebab perselisihan faham antara dia dan bapak dia.  Dia memang langsung tak pernah balik ke kampung dah almost 20 tahun.

Bila dia balik kampung,  memang abang dia made fun of her.  Sebab dia ni memang tak mau mengaku langsung yang dia ni orang Maghribi.  Paling celaka sampai dia langsung takmau cakap Arab.  Dia nak cakap French sahaja.

Lip lap lip lap.  Di akhir cerita,  dia berjaya mendekati dan mencintai tempat asal usulnya dan dari situ dia dapat inspirasi untuk buat rekaan pakaian yang amat meletops.  Menggunakan bahan-bahan berasal dari Maghribi,  dia siapkan juga sepasang baju dan dengan menggunakan passport adik ipar perempuannya (muka sama dengan dia) so dia terlepas terbang kembali ke Paris just before the show starts.

Boss dia sangat impressed dengan apa yang dia buat akhirnya dia berjaya dapat jawatan tinggi dalam syarikat itu. Habis cerita.






Pengajaran dari cerita ini

Kisah orang yang malu dan tidak bangga dengan asal usul diri memang dah banyak kali menjadi subjek utama dalam penceritaan fiksyen dan skrip.  Tapi,  manusia-manusia macam ini tetap akan wujud.  Kalau aku tanya kat ampa,  ampa ada tak kawan macam ni?  Yang tak sedar diri,  muka Melayu tok tok tapi tetap feeling wanita barat,  cakap Melayu pun pelat Inggeris macam mana ka.  Mesti ampa ada kan?

Style duduk ulu banat Cerok Tok Kun mana ka tapi bila tanya duduk mana,  tetap mengaku "My family stay kat KL," gitu.  Bila makan kuih bengkang, nahariam boleh tanya "Kak Jumie...what is this?"





Aku jumpa ramai orang macam ni

Actually kita tak boleh buat apa pun kat depa-depa ni selain menggunakan depa sebagai bahan gossip dan menambah dosa mengumpat kita.  Depa tak akan berubah pun.  Depa macam ada dalam dunia depa sendiri.

Orang macam ni sangat perahsia.  Macam watak Maya Ben Latif dalam cerita ini.  Setiap kali nenek dia telefon,  dia berdalih macam-macam sebab dia malu nak bagitau yang tok dia call dari tempat yang jauh dan coverage telefon kat sana adalah teruk.

Kalau ampa buka Facebook orang-orang macam ni,  Facebook depa hanya penuh dengan gambar-gambar traveling dan juga gambar bersama rakan-rakan antarabangsa mereka.  Kawan tempatan?  Erm....kalau tahap ke-style-listo hang adalah sangat up -to -date baru hang layak duduk dalam album Facebook depa.  Kalau hang just feeling pakai tops pasar malam dengan tudung bawal biasa (Takdak pusing-pusing) sorry girls.....Fashion u MALEISSSS sangat.

Takdak gambar keluarga,  rumah,  family,  adik beradik lain dalam Facebook depa.  Depa aturkan elok-elok agar gambar mereka tidak appear sesuka hati dalam album / gambar orang lain yang mengkin menunjukkan asal usul mereka yang mungkin tidaklah sehebat mana.

Ish aku ni punya duk mengata pasai orang macam ni sampai bila pun tak habis.  Banyak lagi boleh aku senaraikan pasai orang yang mempunyai sifat macam ni.  Sebabnya memang aku rimaih dan tak boleh pandang orang macam ni.  Bagi aku,  orang yang tak bangga dan malu dengan asal usulnya adalah orang yang LEMAH.




Ikon Yang Patut Dicontohi

Ada dua ikon yang mempunyai sifat yang 360 darjah terbalik dari sifar orang-orang aku sebutkan di atas iaitu Dato Siti Nurhaliza.  Nama ini sungguh tidak asing di Malaysia malah di mata dunia.

Why?  Sebab depa tak pernah malu dengan asal usul diri depa and the way they carry themself,  sentiasa berpegang kepada cara hidup depa sebagai orang Melayu dan orang Malaysia membuatkan depa berjaya.

Nak malu kena kutuk?  Dato Siti kena kutuk kau kau kot dulu sebab pakaian dia bertutup dan dianggap kampung.  Dia enggan ambil gambar dengan lelaki lain sebab itu adalah tidak manis untuk wanita tidak berkahwin.  Ramai menghemtam beliau.  Wartawan pun hemtam beliau.  Tapi tengoklah apa yang dia capai hari ini?  Dato Siti punya pegangan hidup, tak hidup dek puji. tak mati dek keji.

Kalau kita hidup nak tunggu orang puji ja,  OH KITA COOL SEBAB KITA HANG OUT DENGAN MAT SALLEH,  OH KITA HEBAT SEBAB KAWAN DENGAN ORANG MELETOPS SAHAJA,  sampai bila pun kita hidup dalam kerahsiaan macam tu la.




What i like about this movie

Aku suka gambar ini sebab dia punya gambar CLEAR and HD.  Dia punya sinematografi adalah meletops.  I also like dia punya skrip.  Sangat funny yang mencarut pondan-pondan tapi versi French.  Kau mampu?




What i dont like?

Kan last sekali dia buat baju meletops?  Actually dress tu tak meletops pun.  HAHAH k bye.




Rating

6/10

Berbasikal di Georgetown Heritage Trail

$
0
0
Hello u olls semua,

Sapa yang mempunyai perancangan nak mai Penang dalam tahun ni,  I olls nak suggest ampa semua membuat aktiviti ini.  Iaitu berbasikal di Georgetown Heritage Trail.  Kepada u olls yang menginap di area Georgetown,  ampa boleh mai jalan kaki sahaja ke Armenian Street untuk menyewa basikal dengan harga yang amat murah iaitu RM8 untuk satu hari! Kalau nak sewa trishaw , basikal yang boleh naik 2 orang,  yang tu mahal sikit la.  Dia kira by hour.

Kalau sapa-sapa yang menginap area Bayan Lepas ataupun Batu Feringghi,  ampa boleh datang menaiki Rapid Penang atau naik kenderaan sendiri dan park la kereta u olls di area Armenian Street ataupun kat mana-mana yang sesuai.

I olls cadangkan u olls park di kawasan Masjid Kapitan Keling.  Aktiviti ni kena start seawal 8am.  Mulakan dengan breakfast ringan di area berdekatan,  pastu ampa jalan kaki pi Armenian Street.  Cari kedai yang berdekatan dengan lukisan 3D kucing besar warna oren.  Kat situ murah.  Kat tempat lain,  sewa dia mahal sikit.

Ampa boleh mintak peta kat uncle sewa basikal tu untuk tengok lokasi galeri,  lukisan 3D dan tempat-tempat menarik di sepanjang Georgetown Heritage Trail.  Bila naik basikal ni dia mudah sikit nak berhenti parking dan sebagainya.

Kalau u olls memilih untuk berbasikal pada hari Ahad,  lagi best sebab ada kawasan di Georgetown yang ditutup untuk laluan kenderaan motorkar bagi memberi kesempatan kepada pembawa basikal dan lain-lain untuk beriadah di celah bangunan bersejarah.  Ada juga pertunjukan persembahan seni jalanan dan juga jualan barangan yang menarik.

So in the end,  ampa habis duit tak sampai RM10 pun and i can say,  inilah cara paling best untuk explore Georgetown Penang.  Unless,  ampa masuk galeri apa-apa ka baru ada tambahan bayaran.  :)

Here is some important tips yang I olls nak share dengan ampa semua sebelum buat aktiviti ni  :


  • Aktiviti ini tidak berapa sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecik 7 tahun dan kebawah.  Sebab susah kot nak bawa basikal dengan budak kecil.  Kecuali amik basikal 3 orang tu.

  • Pastikan semua memakai pakaian sukan / casual yang selesa untuk aktiviti ini sebab nanti berpeluh macam tahi.  Digalakkan memakai kasut sukan dan topi keledar.  Especially kids,  silalah pakai kasut sukan bertutup.

  • Kalau ampa naik basikal secara berkumpulan,  lantik seorang ketua yang duduk di depan dan seorang yang duduk dibelakang untuk pastikan agar tidak ada yang tertinggal / sesat.

  • Saya galakkan aktiviti ini dijalankan pada jam 8 pagi hingga 11 am sahaja.  Sebab bila dah masuk tengahari,  jalan kat Penang akan jam teruk and ini amat membahayakan.

  • Bawa air minuman sendiri untuk minum.  Sebab kalau dahaga,  satgi nak beli air kat kedai-kedai mesti mahai :)

  • Jangan lupa mintak no telefon tempat menyewa basikal sebab takut nanti basikal rosak tengah jalan ka apa ka,  boleh telefon depa,  and depa akan mai tolong.

  • Kenal pasti lokasi klinik (ada satu kat Little India),  in case of emergency,  situ dah dekat :)


Okay that's it yang I olls nak share.  Nanti ampa mai Penang jangan lupa buat aktiviti ni ya.  :)  Jom tengok gambar I olls dan kawan-kawna dan adik beradik bernaik basikal.


Berbasikal
U olls boleh tengok banyak-banyak gambar kat bawah tapi I olls dalam dua baju sebab I olls dah mai main basikal ni dua kali.  Once with friends,  once with my families :)


Pose tetap over.

click read more




Dia ni nama Faridza.  Tengok dia duk bubuh peta dalam raga basikal dia.




Abang and kakak i olls menaiki basikal ala beca.  Susah nak stering basikal macam ni.  Silap haribulan boleh masok parit.  Nampak ja meletops.  



 Ni abang sepupu I olls nama dia Pak Non.  Anak menakan I olls nama Daniel,  tengok Pak Non bawak basikal dia jadi pelik,  dia kata "Mok...awat Pak Non ni tua...tapi boleh bawak basikal?"


 
Fariha and ayah.  Fariha ni anak menakan I olls.  Tengokla pose...macam mok.



Bagus jugak idea ni kan?



Ni Acha and Nurul.  Depa penggelintir kuih kacang.



Ni anak menakan I olls nama dia Hanna Mashitah.



My brother and anak-anaknya.



Art Street
Lukisan-lukisan 3D yang terdapat di sini antaranya dilukis oleh pelukis tempatan dan luar negara.  Ada juga yang dah fades (kabur) sebab lukisan ni dah bertahun kena hujan dan panas terik.  Actually ada banyak lagi lukisan yang I olls tak pergi sebab masa kami pi tu,  ramai orang and ada pulak kami dah kena hujan so kami bergegas balik.  So here are some of the shots saja nak share dengan ampa la.



















Sekian sahaja,  definitely ini adalah antara aktiviti wajib yang ampa kena buat bila ampa mai Penang. 

Catatan Januari 2015

$
0
0
Aku selalu kata kat kawan kawan,  nenjia,  bila habis sahaja bulan Januari maka hari hari lain dan bulan bulan lain akan bersilih ganti dengan pantasnya.  Sedar tak sedar kita dah masok bulan Oktober 2015.  Januari berlalu dengan damainya.  Alhamdulillah tiada cabaran besar.  Yang masok hanyalah rezeki dari Allah. Syukur Alhamdulillah sangat.

Mungkin ramai tidak tahu,  aku sekarang sedang membantu Mama Regina Ibrahim untuk menerbitkan sebuah buku berjudul Buku Panduan Maknyah.  Buku yang ditulis oleh beliau sendiri adalah rujukan bukan akademik yang menceritakan pengalaman beliau yang sudah memindah jantina.  Aku percaya pada kandungan buku ini dan apabila Mama Regina sendiri memberikan kepercayaan kepada aku untuk dijadikan 'pet project' aku amatlah bangga.

sumber Facebook Regina Ibrahim.

Aku sendiri edit penulisan mama (only the paragraphing and penyusunan bab) and of course ejaan di sana sini.  Aku tidak ganggu kandungan buku,  sebab itu adalah hak mama.  Setelah bertanya sana dan sini,  akhirnya Terfaktab Media telah memberikan green light kepada kami untuk menerbitkan buku ini.  Terima kasih kepada seorang rakan pembaca blog yang memberikan idea nama Terfaktab Media dalam ruangan komen.  Sorry I olls duk cari nama u balik dalam ruangan komen tak jumpa.  Tapi apa pun, if you are reading this thank you so much.

click read more



Sekarang pihak Terfaktab Media dalam proses untuk membuat 'proof read' buku penulisan mama.  Doakan semuanya berjalan lancar.


A photo posted by Jumie Kamarulhafiz (@jumiekhafi) on


Satu lagi rezeki yang masok adalah business Kuih Kacang Mazola by Jumiess.  Alhamdulillah,  kakak aku telah sudi menyambung semula legasi kuih kacang kami dan dia janji nak bagi perniagaan ini lebih meletops pada masa hadapan.  Of course my husband pun membantu dalam urusan ini.  I olls tidak boleh membantu banyak selain hal-hal marketing.  Post kat Facebook and IG bagi orang terliur dan mengorder dengan banyaknya,  hehehe.

Tapi bab-bab order meng-order ampa sendiri kena contact dengan nombor khas yang kami beli for this kuih kacang.  Ramai yang contact I olls sendiri,  tapi ampa tanya la I olls macam mana pun,  ampa tetap kena tunggu respon En Khafi.

Ramai yang akan mesej "Jumie...awat kami mesej laki ampa tak balaih?"

Pastu I olls pun check la dengan laki aku.  Tup tup rupanya haree hang pun mesej laki aku pukul 1130 malam.  Takkan la laki aku nak balaih.  Mesti laki aku pun dah tidok.  Pastu ampa duk menggelitis dah mesej kat aku.

So sapa-sapa pun mesej kat I olls,  memang i akan jawab sorry,  ampa kena tunggu respon En Khafi.  Kalau lambat balaih ka apa ka,  ampa tunggu la sat.  kadang-kadang dia duk urusan dengan customer lain dulu.

Lebih lawak apabila pada mulanya I olls announce nombor handphone laki I olls untuk urusan jual beli kuih kacang,  nenjia semua duk komen balik "Tak takut ka bagi nombor phone laki hang untuk berniaga?"

Nahariaamm ampa semua berotak lucah.  Kita profesional,  ampa punya personal macam mana ka kan?  Actually nombor 011 3331 3646 adalah nombor khas yang kami beli untuk urusan perniagaan Kuih Kacang Mazola by Jumiess ni,  so senang kalau lepas ni nak pass kat sapa-sapa pun,  number ni tetap sama.  Bukan nombor personal.  Nombor personal telefon En Khafi tetap asing.

Apa pun,  nak ucap thank you so much kat ampa semua sebab bagi sokongan yang teramat hebat untuk perniagaan home baking kami.


Gambar sumber Facebook Cik Syahnaz Riza. Makcik yang duk buat buat ambil gambar tu aku la.


Akhir Januari ini juga mencatatkan hari terakhir Dr.  Pitt sebagai Koordinator Program Mobiliti Pelajar di Pejabat Antarabangsa USM.  So ramai yang tanya,  habis kalau Dr.  Pitt tak duduk kat IO dia duduk kat mana?  Dia duduk kat school dia lah iaitu Pusat Pengajian Perumahan,  Bangunan dan Perancangan.  Beliau seorang pensyarah bidang artkitek u olls.  So kalau dulu dia kena buat dua job iaitu mengajar dan menjadi koordinator program.  Sekarang dia just kena handle satu benda sahajalah iaitu mengajar.

Kami ada buat majlis farewell kepada beliau.  TNC HEAA pun ada.  Tapi siriesly,  farewell ni rasa hambar sangat sebab kami semua dapat rasakan yang kami akan rindu dia sangat sangat lepas ni.  Selalunya majlis farewell untuk budak budak praktikel ka apa semua,  kami mesti akan ceria and seronok,  bukan sebab seronok depa nak blah,  tapi seronok sebab budak budak tu semua akan berjaya lepas ni.  Tapi dengan Dr.  Pitt siriesly rasa sangat sedih sebab dia dah pergi.

Dah takdak lah orang nak buat gila gila kat office,  buat gangguan seksual kat aku di cubicle,  ajak karaoke dalam bilik seminar after office hour,  semua tu takkan ada lagi la.  Semua orang duk salam and ucap selamat tinggal kat dia.  Tapi not for me,  masa aku pi kat Dr.  Pitt,  aku kata..."Sorry Dr. aku tak mau ucap selamat tinggal kat hang sebab kita mesti akan jumpa lagi,"

Dr.  Pitt,  if you are reading this.  I just wanna say...JANGAN LUPA KAT I and kalau ada lagi banyak idea idea meletops untuk blog I olls,  please share with me.

Sekian sahaja catatan untuk bulan Januari.  Semoga ampa semua mempunyai catatan dan kenangan yang indah juga untuk bulan ni.

Love,

JS

Dermalite Comedone Control Essence - February 2015 OPEN FOR ORDER

$
0
0


Dermalite Comedone Control Essence O P E N F O R O R D E R now!


Produk mengawal kulit berminyak,  jerawat / acne breakout,  white head yang I olls sendiri pakai sejak tahun 2013.  Produk yang amat bagus.  Mai beli investment hebat untuk setiap orang yang mempunyai masalah seperti I olls.  



Cara Pakai Yang Sangat Mudah


1.  Basuh muka dengan pencuci muka dan pakaikan toner / penyegar kulit. (Produk pilihan peribadi pengguna).

2.  Titikkan 2 - 3 titik Dermalite Comedone Control Essencepada tapak tangan yang bersih.  

3.  Menggunakan jari,  sapukan Dermalite Comedone Control Essence pada bahagian bermasalah seperti tepi hidung (kawasan yang sangat banyak white head),  kawasan T zone,  dagu dan kawasan yang selalu ditumbuhi jerawat.  

4.  Kalau ada jerawat baru nak tumbuh / pecah,  sapu juga kat situ.Biar for 30 seconds to 1 minute untuk pastikan Dermalite Comedone Control Essence  menyerap ke dalam kulit. 

5.  Teruskan dengan pemakaian krim pelembab / pelindung sinaran UV atau BB Cream.Ulang step ini setiap kali u olls basuh muka.  Paling bagus pakai 3 kali sehari.  

5.  Selepas nampak perubahan,  boleh kurangkan penggunaan kepada 2 hari sekali,  kemudian sehari sekali dan akhirnya sehari sekali hanya pakaikan apabila memerlukan (apabila jerawat tumbuh).

6.  Satu botol kecil (15 ml) boleh bertahan hingga 4 - 6 bulan.  Bergantung kepada kekerapan penggunaan.




Harga  


RM160 untuk size 15 ml

RM269 untuk size 30 ml 


(termasuk penghantaran seluruh Malaysia)




Cara Pembelian  


1.  Watsapp ke +6012-413 0060 (Nama,  no telefon dan alamat penghantaran).  PLEASE DO NOT CALL.

2.  Maklumat no akaun akan diberikan untuk tujuan pembayaran.  

3.  Hantarkan bukti pembayaran melalui Watsapp untuk tujuan semakan.

Testimoni customer a.k.a sahabat saya Ms Kausi Lingam yang telah menggunakan produk Dermalite Come done Control Essence for almost 1 year.

Beliau memang mempunyai masalah jerawat / acne breakout sejak zaman remaja. Especially time stress and pusingan menstrual. Namun dengan penggunaan Dermalite Come done Control Essence setiap hari, dia dah tak ada masalah itu lagi. Malah kawan-kawan pun duk puji kulit dia Cantik Sekarang.



**Payment by 12 February 2015.

Fruit Punch Meletops by Chef Nizal Ashriff

$
0
0

Hello ampa semua,

Saja nak selit resepi Fruit Punch yang diajar oleh kawan I olls iaitu Chef Nizal Ashriff from A Ghaffoor Martabak Original.  Dah beberapa kali duk rasa dia buat sedap sangat aih.  So bila tanya resepi kat dia,  dia tak kedekut,  dia share dengan I olls.  So baru baru ni,  masa family gathering,  i olls pun buatlah.  Ramai yang puji and suka.  Lepas mintak kelulusan daripada Chef Nizal,  so nak share dengan ampa semua kat blog hari ni.

Baguih laaaa Chef Chef zaman lani tak kedekut ilmu.  Duk kedekut ilmu resepi apa sangat aih.  Tula resepi orang lama-lama semua banyak dah pupuih habih.  Anak cucu tinggai seluak dalam.

Okay,  dah belitiak.  Jom tengok cara nak buat.


click read more



Fruit Punch Meletops by Chef Nizal Ashriff

Bahan-bahan :

Bahan A
1 tin kiub nenas
1 tin buah pic
1 tin tropical fruit
1 bekas nata de coco
1 tin susu pekat manis
2 tin susu sejat

Bahan B
1 pelastik ais cube
Secubit garam

(Bahan-bahan adalah seperti gambar i olls bubuh kat bawah ni.  Boleh guna apa sahaja jenama yang u suka.  And ukuran 1 tin tu mungkin berbeza mengikut jenama.  Tapi tak pa,  janji satu tin :)


 
Cara-caranya  :

1.  Dalam satu mangkuk besar,  masukkan semua bahan yang bahan A and kacau sebati.

2.  Masukkan bahan B.  Pastu biarkan sejuk.

3.  Resepi ini cukup untuk dihidangkan kepada 20 orang.  Sesuai untuk sebagai pencuci mulut untuk BBQ,  makan malam atau meja pengantin.




Cadangan hidangan  :

1.  Kalau tak mau guna ais,  amik fruit punch ni dan masukkan dalam peti ais membeku.  Kacau fruit punch ini pada setiap 30 minit sehingga menjadi sorbet :)

2.  Lagi sejuk lagi sedap :)

3.  Boleh guna daun pandan / daun pudina sebagai hiasan.










Barbeku AJL29 bersama-sama Kawan-kawan (Lengkap dengan Resepi)

$
0
0
Hello u olls,

Seperti tahun tahun yang lalu,  AJL adalah acara tahunan I olls dan kawan-kawan untuk berkumpul,  makan-makan dan menonton rancangan kesukaan kami iaitu Anugerah Juara Lagu.  Tahun ini,  kami buat barbeku party ala-ala keluarga Amerika di hari Ahad yang fana kan?  

Kumpul-kumpul duit,  so inilah makanan yang kami masak.  Saja nak layur gambar and share resepi dengan ampa.  Ada yang I olls masak,  ada yang Ridhuan Shariff masak,  tapi most of it dimasak oleh Chef Ezal Mee Kari Meletops.  Sapa yang pernah try resepi mee kari beliau?  Kalau belum pernah,  sila click sini  :  Resepi Mee Kari Meletops by Chef Eiyzall Eizhann Azami

Lenny and Wawa jadi tukang basuh-basuh and lain lain tu mai tukang makan and bagi meriah.

Seronok buat makan-makan macam.  Kira bajet ni lagi puas hati daripada pi makan luar :)

Sapa yang duk puasa sunnat atau baca artikel ni time bulan posa,  sila CLICK TEKAN artikel len.  Aku tak mau tanggung dosa kering.



Biadap dak makanan BBQ kami?



Kami set meja ala-ala orang putih la kunon.  Siap bubuh bunga kat tengah.  Bunga and pokok tu cabut kat depan-depan rumah I olls.  Tapi untuk gambak ni ja,  bila nak makan kami buang pi tepi.  Menyemak.  Nak sembang tak nampak muka.  HAHAHA

Perasan tak?  Nasi tu sikik ja.  HAHAH.  Kami kata,  'NASIK NI ADALAH SIDE DISH YA...BUKAN MAIN DISH" so dia macam reverse psiko kita akan makan nasik sikik la.  Tapi dah makan protein semua style banyak berminyak kalori lagi ni.  Padiaaaaaaaaaaaaaa!!


click read more




Ni kira potion makan satu pinggan.  Feelingnya sedap makan lagu ni.




BBQ Daging ala Chef Ezal

Cara-caranya  :

Perapkan 1 kg daging yang dipotong ikut size sederhana dengan daun rosemary segar,  gula,  garam dan lada hitam untuk 1 malam.  

So masa nak bakar,  sapu butter + olive oil pada daging.

Bakar sampai masak / separuh masak.  Ikut selera.

Perapan daging yang disapu butter + olive.



Butter yang dikacau dengan olive oil.






Perapan Ayam Percik Barbeku ala Chef Ezal

Cara-caranya :

Kisar serai,  serbuk kari daging,  garam,  gula,  cili padi,  halia,  bawang putih dan bawang merah.  Kurangkan air ketika blend.  Kalau boleh blend kering lagi bagus.  Perapkan rempah ini pada ayam yang telah dibersihkan untuk semalaman.  

Ketika membakar ayam,  gunakan rempah sebagai sapuan atas ayam.  





Udang Grilled dengan Lemon ala Chef Ezal

*sorry takdak gambar masa bakar udang. PASAI PA TAK TIAU!

Cara-caranya  :

Perahan lemon,  cili padi dicincang,  gula,  garam dan of course parutan kulit lemon (parut lightly,  jangan sampai kena bahagian putih pada kulit lemon kerana bahagian itu pahit).  

Kacau bahan ini,  gaul dan perapkan bersama udang.  Tak perlu perap semalaman seperti daging dan ayam.  Perap untuk beberapa jam sudah memadai.



Gambar perapan lemon untuk udang pun takdak.  Sorry people. 





Sotong Kurita Curry BBQ ala Chef Ezal

* masa mula-mula tengok sotong kurita ni kat market,  rasa INTIMIDATED sangat.  Rupa bentuk sotong kurita ini adalah sesuatu.  Tapi saja la untuk have fun,  me and Ezal pun beli sotong ini.  Dengan cara perapan dan masak yang betul,  sotong ini tidak liat and rasanya sedap :)

Cara-caranya  :

Blend bawang merah,  sedikit halia,  sedikit bawang putih bersama serbuk kari ikan.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.  Gaul bersama sedikit kicap.  And of course jangan lupa,  daun kari!  Perap dengan sotong yang telah dibersihkan.

Sotong kurita ketika di masak,  Chef Ezal tambah lagi rempah kari masa duk bakar.


Bila dah masak,  sotong ni macam terangkat sikit :)







Nasi Butter ala Chef Ezal

* ini adalah side dish.  KONONNYA

Cara-caranya  :

Masak nasi basmathi macam masak nasi biasa.  Dalam kuali berasingan,  tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris bersama butter dan olive oil.  Biarkan hingga bawang menjadi gold.  (JANGAN BURN).  Bila nasi dah masak,  amik minyak dan butter tadi dan tuang pada nasik.  Gaul secukupnya.  Oh ya,  jangan lupa garam secukup rasa.




Saja nak share dengan ampa gambar Chef Ezal masak kat rumah I olls dua 3 tahun yang lalu.  Haree style sama semua.  :)





Nenas Grilled "Who Lived in A Pineapple under The Sea...SPONGE BOB SQUARE PANTS!!" ala Chef Ridhuan Shariff

* tajuk resepi punyalah panjiang

Cara-caranya  :

Kupas nenas,  dan hiris bulat-bulat.  Lepas tu,  sediakan minyak zaiton,  cili padi yang dihiris,  lemon juice dan sedikit garam.  Celup nanas dalam perapan itu seketika (macam dip dip gitu) and terus bakar atas griller.  Sambil bakar,  taburkan sedikit gula untuk caramelized.  Gittuuu!

Sorrylah gambak tak berapa HD.  Macam rabun mata ja tengok ni.



Chef Ridhuan sedang menunjukkan pose seksi dengan baju nampak ketiak sambil membuat kerja.  INI SEMUA POYOOOOOOOOOOOOOOOOOOO






Ayak Iced Lemon Meletops ala Chef Jumie Samsudin Lambang Kecantikan

*Ayak ni best sangat.  Bukan sebab aku yang buat ya!

Cara-caranya  :  

Dalam satu jus berisi ais ketul yang banyak,  perah lemon sebijik,  buah oren sebijik,  masukkkan halia 1 inchi yang telah diketuk.  Pastu masukkan sedikit air gula (jangan banyak sangat nanti manis sangat).  Pastu masukkan air masak.  Before kacau,  masukkan sedikit daun pudina segar.  Kacau sebaiknya.  Air ini sangat menyegarkan dan membuang angin pada masa yang sama.



Bahan-bahannya.


Muka tensyen sebab banyak daun pudina aku layu!!






Salad Salad Hijau Untuk Kesihatan ala Chef Jumie Samsudin Lambang Kecantikan

Cara-caranya  :

Beli set daun salad yang dah siap ada macam-macam jenis daun kat Tesco tu.  Kita boleh tambah cherry tomato,  hirisan buah oren,  capsicum,  cucumber...ikutlah suka hati ampa.  Janji sesuai.

Tapi jangan guna dressing mayonis yang depa bubuh dalam packaging tu.  Kita buat dressing sendiri.

Cara buat dressingnya adalah gaul beberapa sudu makan olive oil,  perah jus lemon,  perah jus oren,  parutan lemon  dan parutan oren.  Tambah garam,  lada hitam dan sedikit serbuk perisa.  

So bila nak start makan baru ampa tuang dressing ni atas salad tadi and gaul dengan tangan (baru JAMIE OLIVER).  Jangan bubuh awai-awai nanti salad ampa jadi soggy.  


Rupa dressing tu.

Posing sebelum menggaul dressing.


Salad ni dah nampak soggy masa gambak ni diambil.  Sorry people.  Tapi takpa...nanti ampa try and bubuh gambar tagged nama i bagi meletops ya.


Sekian sahaja idea makan dan resepi oleh i olls dan rakan-rakan.  Hope menjadi inspirasi kepada ampa di hujung minggu.

Love,

Jumie Samsudin

Tak Mau Jadi Melayu

$
0
0
Bila pagi-pagi alarm phone bunyi, malaihnya nak bangun. Nak kena mandi, subuh, bawak moto hadap jalan jem. Adoihh..FUCK! Pi kerja dengan kereta lagilah, jangan cakap la betapa fucknya jem.

Masuk office pulak, tengok muka boss lagi la nak termuntah dengan kerja yang tak akan habis sampai bila-bila. Dengan nak kejaq due date. Macam siye dari pagi sampai petang. Time sembang-sembang dengan ofismate memang best, time makan dan paling penting time dapat gaji, tu ja HEAVEN. But I still fuck my daily life routine.

Sampailah terpiaq, kenapa sama ja hidup aku. Kenapa kita semua kena hidup dalam system macam tu, ada masalah ka kalau kita twist sikit. Apa rasa kalau tak makan sehari, apa rasa kalau takdak duit. Hidup aku yang sedia ada ini bukanlah susah tera mana. Walaupun gaji aku kecik tapi aku still dapat makan, tempat tinggal dan keperluan asas lain sebab dok dengan family.

Terfikir nak hadapi cabaran, nak lagi adventure life ni.

Tanpa fikir panjang, terus book flight tiket ke Melbourne, Australia. Oh shit! Lagi 2 minggu before fly baru aku bagi surat resign kat boss. Lantak pi lah nak jadi apa pon.

Walaupun dapat tentangan dari keluarga dan kawan-kawan, aku pi jugak. Redha ja apa nak jadik.  Berjaya atau tak, sakit atau tak, makan atau tak, aku hanya serahkan kepada Allah. Memang betul-betul redha.

Masa aku mula-mula sampai,  aku nak pi makan.  So aku tinggal beg aku kat waiting room yang disediakan di stesen kereta api Southern Cross Station.  Aku just bawak dompet,  kamera dan passport sahaja.  Masa tu jam menunjukkan pukul 11 malam.  Lepas aku makan apa semua,  jam dah menunjukkan pukul 2 pagi.  Aku tak tau pulak,  masa tu gate semua dah katop.  So aku tak boleh nak pi amik beg aku kat waiting room.  
click read more



Masa tu cuaca sangat sejuk.  Lebih kurang 8 darjah celcius.  Aku duk ingat mesti beg aku dah hilang.  Aku tak tau nak buat apa.  Tiba-tuba aku nampak seorang lelaki tua ni.  Aku rasa dia homeless yang memang duk tinggal kat area tu.  Aku takdak sapa dah selain dia,  so aku pun sembang dengan dia.  Dia bagitau kat aku nama dia Mick dan dia berasal dari California Amerika Syarikat.  

Bila aku cerita yang beg aku mungkin hilang,  dia pun terus tolong aku dengan bertanya kepada seorang pakguard yang bertugas pada pagi buta itu.  Pak guard orang putih itu pun memaklumkan semua bahagian security yang aku sedang mencari beg,  and within 1 hour aku pun mendapat semula beg aku.  Tapi berdasarkan prosedur depa,  of course depa kena check dulu beg aku.  

Mick adalah kawan pertama aku di Australia.   Malam pertama aku di Australia,  aku tidok sebelah laki ni kat stesyen kereta api.

Seorang hamba Allah yang aku kenai kat Malaysia bagi aku nombor phone sorang contractor di Melbourne. Dari dialah aku mula dapat kerja pertama aku iaitu kutip buah oren.


First two weeks, memang menangis hari-hari. Dah la aku pi sorang-sorang dengan bawak beg galas saiz sederhana ja. Ha! Ingat Tuhan! Jangan tanya pasaipa, takdak tempat nak mengadu selain di atas sejadah bila menghadap Yang Maha Pencipta.



Minggu first tu jugak my life totally changed. Dengan makanan, housemate, bos kat sana, rindu kat mak, rindu kat kawan-kawan, rindu kat kereta ngan moto. Meleleh ayaq mata. Paling serr dalam minggu tu aku tak berak langsung, mungkin sebab makanan dan cuaca kot, aku rasa la.



Housemate aku kebetulan orang Malaysia. Kisahnya, dia keja gomen kat kat negeri Perak. Kalau kita kata orang keja gomen ni dok nganga kat ofis, isap rokok memanjang, meeting dan dok update blog (carut kat jumie sikit, hahaha tapi ampa tak buat macam tu) sampai mata mengantuk. Abang Wan (nama samaran) ni semua dia buat macam tu.


Satu hari, dia tersedaq yang dia mencari rezeki yang kurang berkat kat anak bini dia bagi makan sebab dia selalu pi mengulat time keja. Tanpa pikiaq panjang dia terus book tiket, belah buat tak tau. Dia ada bini satu dengan anak kecik dua orang, untung jugak la Abang Wan ni sebab bini dia seorang yang paham dan sporting. Sabar ja menunggu kepulangan dia.



Abang Wan ni lah banyak nasihat kat aku pasai kehidupan. Dia pesan kat aku, kita hidup bukan bergantung kepada duit semata-mata, ada yang lebih bernilai dari tu. Lepas 2 minggu satu rumah dengan dia, aku decide nak pindah pi tempat lain.



Dapat pulak Pak Indon, macam biasa, lepas keja balik rumah, masak makan tidok. Tapi langit tak selalunya cerah. (Keadaan cuaca di Melbourne tak kena mengena dengan peribahasa yang aku guna. Langit kat Melbourne ni cerah, tapi sejuk sangat. Bila sejuk kami tak boleh kerja.)


Dengan duit takdak, makanan terhad (yang haram memang banyak dan murah). Memang mencabar. Akhirnya aku macam nak give up, bila cerita kat kawan-kawan kat Malaysia (melalui Facebook dan WhatsApp), depa suruh aku balik Malaysia saja. Termasuk hang Jumie.



Aku pikiaq, patot ka aku balik? Aku decide aku untuk stay lagi. Apa nak jadi biak pi lah.



Aku penah call pejabat kedutaan Malaysia di Melbourne. Ada seorang staff kat situ nama Kak Zara yang jawab call aku. Dia sangat baik dan dia banyak bagi nasihat kat aku. Bayangkan aku ALL ALONE di bumi Down Under tu tiba-tiba bila aku dengar suara Kak Zara aku rasa macam terubat segala rindu aku dengan keluarga dan kawan-kawan Malaysia. Sebab dengan dia, aku boleh cakap Penang dengan rambungnya. Sampaikan ke satu tahap, bila stress aku akan call dia. Saja call nak sembang-sembang. Baiknya Kak Zara ni, dia selalu ada untuk layan sembang aku. Kadang-kadang Kak Zara pun akan call aku untuk tanya khabar.


Selain Kak Zara, aku takdak sapa-sapa lain untuk aku sembang dan bercakap. Yes, kita ada phone dan kemudahan internet. Aku boleh mesej and hubungan kawan-kawan aku di Penang at any time. Tapi apa yang aku maksudkan adalah hubungan maknusia dan maknusia. Bayangkan 1 minggu, hidup hang sorang sorang dikelilingi orang putih yang tak cakap Melayu dan sibuk dengan dunia masing-masing.


Kami (aku dan penyewa lain) pernah dihalau dari rumah sewa sebab bos gadoh dengan owner rumah. Kami penah tak kerja selama 1 minggu. Aku ingat aku seorang ja yang ada masalah, rupanya lagi ramai yang aku aku kenai kat sini yang mempunyai lagi banyak masalah. Sebenarnya bukan kita seorang sahaja yang ada masalah, semua orang ada, cuma jalan ceritanya berbeza dengan kita “everybody has their own story”.

Dari dipaksa kawin dengan laki yang tak disukai, dari mencari rezeki lebih kepada keluarga, dari nak cari pasangan hidup, lari dari masalah hutang, nak bukak bisnes sendiri, nak cabaran, nak travel.

Macam-macam ragam dok ada dan depa bukanlah dari Malaysia.


Depa yang aku kenal ni datang dari pelbagai negara. Indonesia, Hong kong, Fiji, Itali, Germany, Pakistan, Afganistan, India. Yang bestnya housemate aku 2 orang dari Indon dan 7 orang dari Italy. Budak-budak Italy ni macam tadak masalah, pi keja pagi, weekend enjoy. On Sunday, kami berjemoq kat halaman belakang rumah.

Sampailah satu masa tu aku terpiaq dan tersedaq, sebenarnya kadang-kadang kita ni lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada dan telah dapat, kita hanya tau nak angkat tangan dan berdoa bila kita susah dan bila kita nak sesuatu dari Tuhan. Kita cari Tuhan bila kita tadak jalan keluaq, tapi bila kita senang, kita lupa Tuhan ada kat mana.

Selama 4 bulan melawan dengan diri sendiri, aku dapat belajar macam-macam benda dan aku yakin aku tak akan dapat benda yang aku belajak tu kalau aku tak buat macam ni. Selama masa tu jugak aku merantau sampai 4 bandar dan 2 wilayah (Victoria dan New South Wales).


Selapas itu, aku mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia. Aku dah rancang, tak mengapa, aku balik dulu dan atur perjalanan seterusnya. Pengalaman dan segala ilmu yang aku dapat dalam trip ini membolehkan aku merancang perjalan yang lebih baik seterusnya. Before aku berlepas pulang ke Malaysia, aku mengambil peluang singkat untuk mencari pakcik homeless di stesyen keretapi.

Aku cari pakcik homeless tu macam gila.  Akhirnya aku jumpa dia kat area yang sama macam hari tu.  Aku bagitau kat dia yang aku dah nak balik Malaysia.  Aku kata aku nak belanja dia coffee.  Tapi dia tak mau.  Jadi,  aku bagi dia duit RM1 kat dia sebagai kenangan.  Aku harap dia ingat aku. 

Bila aku dah sampai Malaysia, semua pengalaman ini memberikan perspektif kepada semua benda yang aku tengok dalam dunia aku selama ini. Memang dari segi duit, aku tak dapat banyak untung pun kat sana. Tolak mai tolak pi, akaun bank aku sama ja. Tapi aku sangat puas hati sebab kehidupan aku ni lebih dari apa yang aku jangkakan. It is beyond my expectation. Jangan risau, rezeki tu Allah punya, yakinlah kepada Dia.

Aku mintak terutamanya remaja, tak kesah laki ka pompuan ka, laki lembut ka, apa pon ka. Kalau tadak passport, pi buat satu, beli satu begpack, tanpa pikiaq banyak p ja Bangkok, Singapore, Medan, Batam, Kemboja, Laos or mana ampa mampu. ampa pi rasa makanan tempat orang, ampa pi jumpa dengan orang yang lain bahasa, lain warna kulit, lain persepsi depa. Ni asal cakap warna kulit ja, kita akan ingat Melayu, Cina, India.


Bila ampa balik, ampa akan tengok pemerintah negara dengan cara yang berbeza tak kira siapa pun dia. Tiba-tiba ampa akan jadi lebih memahami apabila kawan ampa buat sesuatu keputusan yang walaupun ampa tak setuju. Kadang-kadang ampa sendiri akan rasa terkejut apabila seseorang bertanya pendapat ampa, ampa akan membagi pendapat yang tidak klise dan boring. Cara ampa bagi pendapat adalah lain dari apa yang ampa sendiri tak jangka. Sebabnya ialah ampa dah tengok dunia luar. Kita akan rasa kesakitan, kegembiraan, kepedihan, kesusahan yang orang lain alami. It’s totally different.

Perjalanan ini bagi aku, boleh aku simpulkan dalam satu perbandingan ringkas yang aku nak share dengan ampa. Bayangkan dulu, kita berdiri depan sebuah rumah. Dari depan rumah tu, kita hanya boleh nampak rumah tu, pintu rumah tu, tingkap, ada pagar dan pokok-pokok bunga. Kita rasa rumah tu besak tu sahaja.


Tapi bila kita berjalan dan pusing keliling rumah tu, baru kita nampak, nenjia....kat tepi rumah ni ada garaj. Dia bubuh sebijik kereta. Pastu bila jalan kot belakang baru kita nampak rumah ni panjang ke belakang. Siap ada sumingful kat belakang.


Jadi, rumah kecik satu pintu dua tingkap yang kita duk lalu and tengok selama ni setiap hari, bukanlah rumah kecik after all.


Aku bukan riak ataupun nak show off sebab email ni kepada Jumie, tapi rasa nak berkongsi dengan orang lain. Ramai lagi orang Malaysia yang buat macam ni sebenaqnya, cuma kita yang tak tau. Terpulang kepada individu tersebut nak terima dari segi positif atau negative.

Ada ketika, nilai duit menjadi penentu harganya, ada ketika, duit bukan segala-galanya.

Pergilah dapatkan pengalaman hidup sebab pengalaman tak boleh dibaca di dalam buku, kita kena melalui pengalaman itu sendiri.

Yang benar,
Rahmad (bukan nama sebenar) 

Here are some of my personal photos yang aku nak share dengan ampa semua.





Ni lah rumah yang menjadi rumah sewa aku at one time.  Rumah ini aku panggil rumah THE CONJURING.  Memang sebab dia angker sikik.  









Cerita ini adalah catatan sahabat aku yang mahu namanya dirahsiakan.  Masa dia mula-mula bagitau kat aku yang dia nak pi Australia,  aku rasa macam terkejut jugak sebab stereotype-nya ...ORANG PENANG TAK AKAN KELUAR PENANG. Sapa marah dengan penyataan aku sila maki aku takdak hal punya.  Penang adalah sebuah tempat hidup yang agak cool kalau nak banding dengan KL atau JB.  Orang Penang adalah lebih lay low and relaks.  Tapi kalau pi Ipoh,  teruih takdak apa.  (HAHAHA ORANG IPOH SILA MAKI AKU).

Tapi sapa aku nak halang kawan aku ni.  Dia dah besak panjiang.  Pikiak la sendiri.  And bila dia dah macam nak hampir give up dan tak tau nak balik ka dak.  Dia ada contact aku tanya nak suruh aku balik ka dak.  Selain pressure hidup kat sana,  tekanan dari kehendak keluarga di Penang juga menyesakkan dia.  

Aku pernah perli kat dia "Tulah berok.  Hegeh nak pi petik oren konon.  Tapi pi sana time musim buah dah habih," 

Dengan muka sekupangnya,  dia tak berani nak maki aku balik.  Tapi apa pun sahabat,  thank you sebab sudi garapkan kisah hang untuk aku publish dalam blog aku ni.  Aku harap semua yang duk baca artikel aku ni hari ni sila pikiak la,  sedang ampa duk sibuk feeling awat BF tak balas mesej ampa,  sedang ampa feeling paranoid yang jiran tetangga duk ambil pusing dengan apa yang ampa beli kat market pagi tadi,  sedang ampa duk feeling pasrah kenapa Shiro kalah dalam Maharaja Lawak Mega minggu ini,  i hope perkongsian ini menyedarkan ampa yang what u are doing today sebenarnya hanya membuang karen dan langsung tidak membawa sebarang kebaikan pada diri u olls.

Setiap hari duk post kat Facebook,  pasrah dan pereng dengan semua orang yang kononnya mempunyai percubaan jahat untuk ampa,  dengan bahasa kampung mami kurti,  tapi life hang kat situ sahaja.  Tengoklah sapa-sapa sahaja yang duk like dan komen Facebook hang tu,  orang mundur yang sama macam hang.

Kepada u olls yang kebetulan sedang berkira-kira nak merantau macam sahabat saya ni,  harapan surat beliau membuatkan u olls lebih semangat lagi.  JUST GO AND DO IT U OLLS.  Mak sokong dari belakang.  

Kepada yang lain,  penghijrahan dan kembara fizikal sahabat saya ini mungkin terlalu berat untuk kamu lakukan.  Tapi cuba tengok keliling,  mungkin ada banyak hijrah rohani yang boleh kamu buat yang tidak memerlukan tiket kapal terbang?


ps/  got any story to share?  Tak semestinya masalah u olls.  Mungkin ampa rasa tak pandai nak tulis panjiang-panjiang bagi meletops,  tapi pengalaman yang ampa ceritakan dalam penulisan ini mungkin boleh beri inspirasi kepada orang lain.  U can email to me,  why not?  jumiess@gmail.com.


Love,

Jumie Samsudin

Bunga Kertas dalam USM

$
0
0

Semalam I olls share kat Facebook and IG gambar satu pokok bunga kertas yang sangat besar,  cantik dan meletops.  Bunga dia kepok-kepok berseri macam mana ka.  Setiap hari I olls balik kerja,  dah almost sebulan dah,  duk perasan mak aiiii canteknya pokok bunga kertas ni.  

Tapi nak pi ambil gambar kat pokok ni takdak kesempatan lagi.  

Maka,  pada hari Ahad yang semalam,  akak dan suami memang nak kena mai area USM nak amik kereta kami kat bengkel,  so kami pun mai la amik gambar kat pokok ni.

Pada mulanya,  suami I olls yang merupakan seorang yang sangat 360 darjah terbalik dengan sifat dan sikap I olls punyalah duk buat muka sebab dia tak mau nak kena jadi photographer kat aku tak pasai pasai nak feeling models kat tepi jalan.  

Oh ya,  pokok ini terletak di tepi jalan,  on the way apabila masuk pagar Minden USM.  

Tapi I olls tak hiraukan perasaan suami I olls.  I olls tetap feeling,  "Cepatlah amik gambar aku.  Aku tak kira hang suka ka tak suka ka...hang kena amik juga," so begitulah kisahnya maka laki I olls pun amik la gambar aku di tepi jalan itu.  Sayang jugak dia kat pak gemok ni.

Aku memang suka bunga bunga.  Especially bunga yang duk ada kat pokok-pokok.  Kalau bunga dah petik and then pi susun susun kat pelamin aku tak berapa suka.  In fact pelamin kawen aku dulu pun takdak bunga.  Tapi kalau bunga tu kat pokok,  secara otometik aku akan jadi macam kena rasuk macam mana ka.  Pokok tu macam memanggil untuk aku pi amik gambar dengan dia.

Sapa-sapa yang teringin nak amik gambar kat pokok ni,  ampa masuk USM melalui pintu Minden USM and then naik bukit tu,  ampa terus akan jumpa pokok tu kat tepi pagar.  Besar pokok bunga kertas ni tau.  Cepat-cepat lah,   rasanya bunga dia tak akan kekal lama. 

click to see more photos




Diameter pokok ni aku rasa lebih kurang 5 meter.  Tinggi lebih kurang 2-3 meter.


Aku suka pokok bunga.  Aku rasa saka aku pernah masuk Miss Flora dan Fauna dulu.



Laki aku sempat merakam gambar aku ketika memaki dia.  Tengok mulut aku muncung lagu mana.



Terima kasih suami aku.  Walaupun hang tak pernah beli aku beg LV tapi hang bagi aku amik gambar kat bunga ni .............................PRAISLESS!



DrMZ Brain Formula : Smart Drink for Smarter Generation

$
0
0
“TAHNIAH PUAN..PUAN LAH IBU YANG PERIHATIN”

"Anak puan memang seorang anak yang baik dan cemerlang”

“HEBAT sungguh anak Puan, apa RAHSIANYA ya puan?” memang berbeza saya lihat anak puan dengan murid-murid yang lain.


Dialog seperti inilah yang sering kita dengar bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang cemerlang. Pasti dialog seperti ini sangat menggembirakan kita bukan?

Pasti juga akan terasa hilang semua penat lelah membesarkan mereka. Malah dengan pujian seperti itu, kita akan lebih bersemangat untuk mendidik mereka, aduhhhh terasa kembang juga dengan pujian seperti itu. Bangganya....

*****

Selain didikan yang baik, anak anak juga PERLU dibekalkan dengan vitamin, mineral dan makanan tambahan untuk membantu perkembangan minda, fizikal dan menjadikan tahap kesihatan mereka lebih baik. Antibodi yang tinggi akan menjadikan anak kita kuat untuk melawan penyakit. Tak adalah selalu sakit dan tak bersemangat untuk ke sekolah atau menghadiri kelas mengaji.

DrMZ Brain Formula- minuman sunnah TERBAIK untuk KESIHATAN dan KECERDASAN MINDA

*****

Minuman ini sangat tinggi dengan Serat, vitamin dan mineral serta mengandungi agen antioksidan yang tinggi untuk melawan penyakit. Ia diformulasi khusus untuk meningkatkan fungsi otak dan menambahkan kesihatan anak kita.



DrMZ Brain Formula mengandungi “KANDUNGAN TERBAIK”

  • KURMA
  • KISMIS
  • MADU
  • ZAITUN
  • DELIMA
  • GINKO BILOBA
  • DHA
  • SA
  • ACID FOLIC
  • PREBIOTIC
  • ANONA


Kesemua kandungan ini merupakan makanan sunnah, super fruits dan elemen saintifik yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia. MAKANAN SUNNAH ini juga telah tercatat kebaikannya di dalam Al Quran dan telah terbukti secara SAINTIFIK. Mengamalkan minuman sunnah juga seperti kita telah melaksanakan saranan Rasulullah , sihat dapat pahalapun dapat.


*****


Setiap bahan yang terkandung di dalam DrMZ Brain Formula memiliki kehebatnnya yang tersendiri. DrMZ Brain Formula bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan unggul, malah membantu anak anak kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan amalan Rasulullah dalam kehidupan seharian. DrMZ Brain Formula juga bukan sahaja di formulasi untuk anak-anak tetapi ia boleh diminum oleh seisi keluarga dan yang bestnya bagi ibu ibu yang mengandung ia sangat baik untuk kesihatan ibu dan anak dalam kandungan.


*****

Konsep minuman ini sangat mudah …..otak yang cerdas lahir dari badan yang sihat….sebab itulah setiap kandungannya telah di reka khusus untuk kesihatan secara menyeluruh dan membantu mengaktifkan Neurotrasmitter anak kita. Macam best sangat bukan?

Memang sangat-sangat Best

Rasanya memang terbaik,  PASTI semua orang suka.

Dapatkan SEGERA DrMZ Brain Formula

Cuma RM89 sekotak.  Sekotak ada 20 sachet dan tahan untuk sebulan.

DrMZ Brain Formula dibuat dalam bentuk serbuk bukan kapsul atau Jelly. Di ulang bukan KAPSUL atau JELLY. Ini yg ramai ibu bapa tidak tahu. Jika di buat dalam bentuk KAPSUL atau Jelly bahan aktif didalamnya akan tinggal Cuma 50% sahaja kerana 50% lagi adalan GAM untuk meletakkan ia menjadi kapsul/jelly.


*****



DrMZ Brain Formula 100% bahannya adalah AKTIF kerana dibuat dlm bentuk serbuk, 100% HALAL kerana kami mengamalkan Muslim Manufacturing Practice. Kilang kami juga bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice)


*****


TUNGGUUUUU…rasa agak mahal dengan RM89. sekotak??? Harga promosi pengenalan RM75 sekotak baru sahaja tamat tapi...

ANDA boleh dapatkannya dengan harga yang SUPER DUPER JIMAT

Dengan membeli secara pakej

Jimat sehingga ratusan RM……banyakkkkkk tuuuuu…


*****

TAPI TAPI TAPI.......

HARGA INI HANYA UNTUK MEREKA YANG MEMBELI SECARA pakej seperti dalam gambar dibawah, anda juga boleh membeli secara ONLINE dengan membuat pembelian melalui website kami di www.astanamzr.com atau memberi details anda melalui whatsapp 017-4573469 / 016-4042131


*****


TUNGGU TUNGGU


Ada lagi yang kami nak beri….emmmm..ini mesti ramai orang suka…mana tahu jika anda BERTUAH..


*****


*****ADA HADIAH MISTERI JUGA AKAN DIBERIKAN..EMMMM..MUNGKIN BAGI PELANGGAN YG MEMBUAT PEMBELIAN TERBANYAK...EMMMMM...TENGOKLAH NANTI APA YG MUNGKIN AKAN ANDA DAPAT..*****MANA TAHU ANDALAH YANG BERTUAH ITUKAN…..


ORDER SEKARANG…PM/WHATSAPP


016-4042131

017-4573469

016-4042131

017-4573469




Antara kebaikan DrMZ Brain Formula untuk kanak-kanak;

  • Memberi kecerdasan untuk otak.
  • Meningkatkan Fokus dan Daya Ingatan.
  • Membekalkan tenaga.
  • Meningkatkan tahap kesihatan.
  • Meningkatkan fungsi neurotransmitter.
  • Membantu melawan penyakit.
  • Membantu proses pencernaan.
  • Mencegah eczema
  • Sesuai untuk kanak-kanak seawal 10 bulan dan orang dewasa.
  • Sesuai untuk wanita mengandung, berpantang atau sedang menyusukan bayi.

Antara kebaikan DrMZ Brain Formula untuk orang dewasa  ;

  • Membekalkan nutrisi dan nutriet yang seimbang.
  • Ejen anti oksidan bagi melawan penyakit.
  • Membersihkan usus dan berfungsi sebagai detox.
  • Merawat masalah JANTUNG dan saluran darah.
  • Menghalang penularan sel KANSER.
  • Sumber vitamin, mineral dan asid amino yang terbaik.
  • Mengurangkan tekanan oksidatif dalam otak.
  • Mengelakkan maslah PELUPA.
  • Menghenti dan menghalang penyakit BUASIR.
  • Menyembuhkan penyakit penyakit sedia ada.



Produk DrMZ Brain Formula sangat hebat (dengan izin Allah), terbukti berkesan dan berkhasiat, anda boleh melihat kesannya seawal 1 minggu.

telah ramai testimony dari pengguna DrMZ Brain Formula dan semua sangat berpuas hati setelah menggunakan DrMZ Brain Formula. Anda boleh lawati page kami di Facebook Astana MZ Resources utk melihat testimony kami. Produk ini sepatutnya diamalkan demi memartabatkan amalan sunnah. Jadi jangan memperjudikan nasib atau masa depan anak kita kerana sayangkan duit untuk membeli produk yg murah dengan formulasi hebat ini.


Promosi Terhebat :

1 kotak Rm89

2 kotak Rm160

3 kotak Rm230

4 kotak Rm300

5 Kotak Rm400 (Percuma 1 kotak)





Stokis/Pengedar/Dropship DrMZ Brain Formula diperlukan. 

Margin keuntungan yang tinggi dari 20-45%.

Stokis seluruh Negara 

(Terhad kepada 3 orang setiap negeri)





DAPATKAN SEGERA

Hubungi kami  atau layari website kami www.astanamzr.com untuk harga yg super duper hebat. Sekali membeli dan mendaftar dengan kami, anda akan terus mendapat harga istimewa dari kami.

BERTINDAK SEGERA YA

017-4573469

016-4042131

019-3802805




Testimoni oleh Puan Yus




Testimoni dari Cgu Faridah



Testimoni oleh Puan Nooraini RM





Testimoni dari Kak Ros Ex UKM



Testimoni oleh Puan Bib Zaid




Testimoni daripada Puan Masitah 





Testimoni dari Dr.  Jannah


Ulasan Final Maharajalawak Mega 2014

$
0
0

Ulasan ini saya buat sebab mulai hari ini saya ingin memberikan sokongan yang lebih kepada industri hiburan tanah air.  Aku tak mau nak kekwat-kekwat dah kata takdak kualiti ka apa ka.  Aku akan cuba untuk tengok semua and bagi komen seikhlasnya.  Harap penulisan aku tidak menyakitkan juburi sesiapa.

Bukan senang nak jadi pengkritik.  Ampa ingat,  senang-senang ka nak kutuk orang dan cari gaduh dengan orang tak pasai-pasai?  For you olls reading this ampa mungkin anggap ini sebagai satu hiburan sebab tengok orang lain bertelagah dan mencari kekurangan orang lain.  Tapi niat kita bukan nak ketawakan sesiapa.

Tapi setiap hasil seni kena ada keberanian untuk digilap dalam satu platform perbincangan,  kritikan yang menjurus kepada kebaikan pada masa depan.

Oh siriesnya muka depan aku.  Aku actually nak cerita pada Final Maharajalawak Mega yang berlangsung pada hari Jumaat yang lalu.

Penganjuran event yang aku tunggu-tunggu  kerana setiap minggu aku dan suami memang nak tunggu apa la lawak yang depa nak present kat kita.  And yes,  aku dengan laki aku memang suka gelak.  So ini adalah hiburan yang kami suka.

Berikut adalah beberapa komen yang aku ingin kongsikan berkenaan dengan event ini  :




  • #ZeroToHero.  Dari hot seat,  pasukan "Pantang Mundur Kecuali Operasi" ini memang menarik perhatian aku.  Penyampaian depa bagi aku adalah lebih humble dan aku rasa dekat dengan hati.  Bukan sebab kesian pada status underdog tapi aku juga dah bohsan dengan muka muka lama seperti Zizan,  Nabil,  Pak Yus dan muka-muka lain yang siriesly dah takdak orang lain ka?  Walaupun persembahan depa tak konsisten kadang-kadang,  tapi alhamdulillah depa dapat pi akhir dan depa menang :)  Tahniah untuk depa.


  • Pembukaan Final Maharajalawak Mega 2014 adalah amat gempaq.  Tiba-tiba da Gandalf versi Melayu siap baca sajak.  And then masuklah semua juri-juri meletops.  Aku sangat menantikan appearance Nur Fazura yang semestinya tampil amat meletops bergaya.  Siap posing keribaih skirt macam mana ka.  Very the DIVA.  Seterusnya,  para peserta pun masuk dengan gaya kemas bersuit bagai.  Segak dan kelas!  Tapi sayangnya,  awat masa time penyampaian hadiah,  semua peserta pakai baju macam nak pi pasar malam kat atas pentas?

    Datuk Jamali Shadat dah elok mai pakai suit nak bagi hadiah kat ampa,  ampa pakai macam kampung-kampung.  Ini adalah butiran kecil yang mungkin produser perlu ambil pusing.  Bila depa pakai suit time amik hadiah,  baru nampak macam meletops sikit.


  • Penganjuran ini tidak dikaburi dengan kilaian mahkota dan baju baju blink Dato Vida.  Tapi yes,  she was there at the event.  Kerlas Dato bagi penghormatan.  Tapi saja la aku nak highlight maybe ampa perasan ka dak,  hadiah kepada pemenang dalam pertandingan ini MELAMPAU BANYAKNYA.  Setengah juta untuk juara.  Padahal untuk AJL hari tu takdaklah meriah macam ni.  Ini actually adalah bergantung kepada penganjur.  Kalau dapat sponsor besar,  hadiah pun besar la kot.  Tapi mungkin now,  ASTRO mempunyai bajet yang lebih maha besar la kalau nak banding dengan stesen TV percuma macam TV3.


  • Persembahan peserta?  Saya sedih why semua punch Bocey tak menjadi malam itu.  Padahal sebelum ni lawak depa best jugak kot.  Sebab tu la depa tercorot dapat nombor lima.  Yalah,  persembahan tak best,  orang pun tak SMS sokong.  Maybe juga depa dah bok keluar semua idea...so bila masok final depa dah tak tau nak buat lawak apa.


  • Rasa macam terseksa sikit masa tengok persembahan Nabil.  Actually beliau adalah dah tak lawak sangat.  Tapi orang ramai dalam dewan tetap gelak and bagi sokongan sebab suka atau tidak Nabil mempunyai ramai penyokong yang kuat.  Aku rasa dia yang paling seronok malam tu sebab rasanya kalau banding orang lain dia yang menang paling besar sebab tak perlu share / bahagi dengan sapa-sapa.

Sekian sahaja perkongsian lawak dari I olls.  Tahniah kepada semua dan terima kasih sebab duk bagi aku gelak saban minggu.

Ulasan Fesyen Red Carpet Grammy Awards 2015

$
0
0
Hello u olls,

Berlalu sudah majlis anugerah muzik paling berprestij iaitu Grammy Awards 2015.  Rasanya tahun ini,  fesyen red carpet adalah sedikit boring.  Kebanyakan retis memilih untuk memilih warna berkabung.  Satu lagi style yang menjadi kesukaan semua orang kali ini adalah adegan eksposi klivej dan tetek yang terlampau.  HAHAH i tak mampu.

So jom tengok ulasan dari I olls.




This is definitely a long post.  Jemput baca la :)



MELETOPS

Here are senarai baju baju meletops yang I olls suka.



Rihanna In Giambattista Valli Couture

Walaupun ramai duk perli kata baju beliau nampak seperti span mandi warna pink tapi bagi i olls,  I LOVE THIS DRESS.  Rihanna memang seorang yang berani buat kegilaan di red carpet.  Masa tengok award show,  bila depa focus camera kat ataih,  memang nampak skirt deni ja seketoi dari ataih warna pink. I olls really like the fact that she keep a simple make up and effortless hair bun.  Memang membuatkan orang focus kat dress beliau!  I teringin nak buat baju macam ni selai untuk hari raya tapi pikiak satgi susah pulak nak pi beraya rumah orang,  aku dah la pakai kereta Viva ja.  Sekali aku masuk kereta ni penuh dengan ropol-ropol satu kereta.  Macam mana En.  Khafi nak bawak kereta?






Taylor Swift In Elie Saab 

I loveeeeeeeeeeeeeeeeeee this dress juga u olls.  Taylor jarang pakai colour colour macam ni.  Aku sangat suka.  Orang tinggi lampai dan kuruih macam dia sangat cantek pakai baju depan pendek and belakang jadi gown labuh macam mana ka?  Kalau hang pendek takpayah la nak feeling.  Hang nampak macam akak kerja pejabat pakai skirt pendek pastu ada kain apa ka tersangkut kat belakang.






Nicki Minaj In Tom Ford

Ramai yang kata beliau nampak boring sebab depa lebih suka Nicki Minaj duk pakai merepek repek macam dulu.  Aku tak suka dia pakai merepek repek macam dulu.  Sebab dulu aku rasa dia hanya nak attention sebab masa tu Lady Gaga pun duk buat gila.  Aku suka dia macam ni.  Dia nampak clean walaupun,  TETEK DIA SELAMBAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK. Clean padia..




Gwen Stefani In Atelier Versace

Sangat suka fesyen ini kerana beliau tetap ROCK POMPUAN yang meletops.  Suka the fact dia tak pakai lisptick merah yang sering menjadi signature look beliau instead dia pakai kuku warna merah.






Katy Perry In Zuhair Murad Couture

Aku suka pompuan  ni macam gemok gemok sikit.  Badan dia macam sihat sangat.  Dress ini actually simple and dah ramai orang dah try pakai macam ni.  Tapi yang membuatkan dia nampak meletops adalah rambut beliau yang berwarna ungu.





Kat Graham in Yanina Couture

Aku sangat suka dress ini.  Actually dress lace nampak dalam macam ni menjadi ikutan since Beyonce pakai untuk red carpet apa ka beberapa tahun yang lalu.  Aku teringin nak pakai macam ni,  tinggai nak beli kain jarang ja la.  Baju mandi hitam dah ada.  Hat aku pakai pi swimming tu.  HAHAHA





Ciara In Alexandre Vauthier Couture

Kerlas baju ni.  Nampak macam ada puting beliau duk berpusing kat badan dia macam mana ka?  Baju ini adalah meletops.  Kalau depa buat inovasi,  kain itu ada elemen bauan serai yang boleh menghapus nyamuk,  aku teringin nak beli satu.







Jessie J In Ralph and Russo Couture

Simple tapi kerlas.  Meletops mak ayam.






Miley Cyrus In Alexandre Vauthier Couture

Selalu dress ada cut out kat pinggang sahaja,  nenjia deni punya cut out sampai ke paha.  Kerlas kau Miley.  Baju ini kerlas membuatkan beliau nampak lebih seksi.







Giuliana Rancic

Tak tau sapa buat baju ni.  Jumpsuit ni beliau pakai masa dia duk handle red carpet.  Guliana Rancic sangat obses dengan dress yang ada details kat tepi.  So jumpsuit ini pasti kesukaannya.  Aku suka look ini,  dia nampak kemas tapi tetap couture macam mana ka.  Sesuai dengan fungsi dia sebagai host red carpet.  Tapi sedihnya,  dia terlalu kuruih.  The fact that dia nampak sangat kuruih dalam baju ini mendapat kutukan hebat di media sosial.  Siriesly nampak macam lukisan lidi sahaja.  Dah la baju ni warna hitam.  Harap dia bagi gemok sikit badan dia.  Sebab kalau hang dah tua,  hang kuruih sangat semua nampak kecut.  Bila hang gemok sikit baru nampak macam kulit hang semua firm.






Anna Kendrick In Band of Outsiders

Pompuan ini kecik sahaja tapi potongan suit ini adalah sangat cantek untuk badan beliau.  Aku suka cara make up yang nude and rambut yang simple itu.  Dia nampak sangat gojes and seksi.







Jennifer Hudson

Meletops mak ayam i ni pakai simple ja putih tapi padanan kasut dan rambut membuatkan beliau nampak kerlas meletops i suka.






Tak cantek
Ini adalah contoh baju baju merepek atau tak merepek tapi I olls simply tak suka.





Kim Kardashian In Jean Paul Gaultier Couture

Siriesly dress ini langsung tidak meng-komplimen bentuk badan the bomb beliau ini.  At first sight bila tengok pompuan ni kat red carpet,  aku macam nahariam ni bathrob Arab Kaya Raya mana dia pakai?  Orang Arab kan kaya-kaya,  bathrob depa mesti dibuat dari emaih.  So Kim K pun pinjamlah.  Satgi kalau tak bagi pinjam,  Pak Arab tu nanti kena taboh dengan Kanye.  Mampuih.





Zendaya Coleman In Vivienne Westwood


Zendaya ni macam dah banyak kali duk buat percubaan nak menonjol kat redcarpet tapi aku rasa semua percubaan dia masih tidak membawa hasil.  Potongan rambut tu sangat tak sesuai dengan dress dia pakai.  And dress itu,  siriesly nampak macam kain tingkap gelap yang orang kaya pakai untuk bilik bilik besak depa untuk tak mau bagi cahaya masok. Warna and bentuk kain tu sangat tak elok.






Jhene Aiko In Alberta Ferretti

Pompuan ni muka macam Shiela Majid.  Aku tak suka dress ini sebab satu colour dia tak sesuai dengan warna kulit beliau.  Kalau dia pakai something lebih bright pasti nampak kulit dia lagi cantek.  And i dont like this style because its too 2012!!





Paris Hilton

Nenjia deni hidup lagi na.  Dress ini boring sebenarnya.  Nampak macam nak masok Dance with The Stars sahaja u olls.




Ariana Grande In Versace

Deni kuruih and kecik macam tikuih so dia nak pakai apa pun dia kena hati hati.  Aku suka carutan Mak Ayam Kathy Griffin dalam Fashion Police,  beliau kata,  part silver kat baju tu nampak macam fancy napkin dijahit kat baju dia yang terkoyak sebab kalau tak jahit nanti nampak tetek.  Bagi I olls bukan sahaja sebab kain silver tu,  semua baju ni memang tak elok.  Dia nampak lagi kecik and tiba tiba kepala dia besak.  Aku kasut dia pakai tu?  Awat dia pakai kasut warna putih,  nampak kasut Minnie Mouse!




Rita Ora In Prada

Siriesly masa aku tengok Red Carpet Live (aku record la) masa sapa ka duk tengah interview pastu nampak deni duk jalan kot belakang.  Aku rasa macam nahariam,  awat ada ALIEN mai sini?  Memang colour dress ini sangat menyerlah.  Meghelit macam mana ka,  tapi ada banyak yang tak kena.  Satu sleeve dia terlalu labuh sampai nak tutup pergelangan tangan,  sangat and kain dia labuh sangat merelek.  Pastu turtle neck macam mana ka?  Ni jubah muslimah sapa ni?  Sapa ka dalam FP kata,  dia nampak macam bola disko.  Nahariam.  Itu adalah lawak.







Meghan Trainor

Tahniah kerana wanita agam ini adalah berani pakai baju feeling feeling macam mana ka walaupun badan dia agam macam kita semua.  Tapi aku still tak suka dress ini sebab lace yang melekap kat dress ni semua adalah terlalu besar dan membuatkan beliau nampak serabut.  And bahagian dalam dress ini juga nampak macam tebai sangat.  And ropol kat bawah tu juga terlalu banyak and semak.





Kelly Osbourne

Beliau nampak macam ayam hitam kena tercalit dengan cat cat putih.





Iggy Azalea In Giorgio Armani

Deni kena kutuk teruk.  Bukan sebab dress dia tapi sebab rambut dia.  Sapa la stylist dia punya bodo pi suruh dia buat rambut macam ni?  Ampa pi Google ada satu gambar yang orang edit yang aku rasa paling kuang ajiak iaitu depa bubuh telur warna biru dalam rambut dia.  Bagi nampak macam sarang.  HAHAH kojiaaak.






I Dont Give A F
Kategori ini untuk diva diva meletops yang depa tak kisah pun.  Depa pakai apa depa suka.


Lady Gaga In Brandon Maxwell

Aku suka lani Lady Gaga duk feeling macam pakaian diva diva penyanyi tahun 90 an.  Kena meghelit,  rambut besak.  Sebab dia lani duk buat album dengan Tony Bennet kan?  Aku suka dia nyanyi.  Dia sangat meletops.






Charli XCX In Moschino

Deni relaks ja mai pakai baju uniform Bulan Sabit Merah.  Cuma tukak bubuh bow and pakai bulu bulu ja.  Kerlas.






Madonna In Givenchy

Aku tak paham pasai deni nak mencuba sangat untuk jadi MADONNA.  Dia memang Madonna.  Dia Madonna yang sangat icon.  Tak pakai pakai teruk teruk macam ni untuk buktikan hang Madonna.  Hang pakai kain telekong pun kami tau hang Madonna and hang diva.  Sangat ackward tengok dia kat red carpet,  bayangkan orang muda muda style relaks pakai meletops nak pi kenduri,  sekali nenjia tok chik ni mai pakai kostum bull fighter macam mana ka?  Hang tak rasa krik krik ka?  Ni tok chik ni makan ubat ka dak tak tau.  





Jane Fonda In Balmain

Kau mampu???????????????????????? Kalau bagi dia tongkat and pelekat stiker tanda soal dia dah boleh jadi watak orang jahat Batman dah.  Tapi siriesly,  beliau tetap nampak hebat meletops.  Tok Chak ni kalau mai kat kita di kenduri,  kita akan kagum and rasa nak sembah ratu kat dia.  Sebab dia memang nampak meletops.





Pharrell Williams and Helen Lasichanh

Depa baru balik Tesco,  teruih mai Grammy.  Kau mampu?






Sia

Sia selalu macam nak anonymous tak mau orang tengok dia sapa.  Maybe dia nak orang tengok dia punya kreasi muzik instead.  Tapi hang tak mau orang tengok hang,  tapi hang pakai lagu ni,  LAGI LA ORANG NAK TENGOK HANG SAPA.  Aik...macam jinies plak idea ni.






Boring
Kategori ini adalah untuk baju baju yang boring sebab aku takdak apa nak dicarut.  And takdak apa untuk dipuji.  Depa macam tak mencuba langsung sebab untuk sesetengah dalam kategori ini kita memang tau depa sangat fashionista macam mana ka!  Aku bubuh ja gambar depa and aku tak akan kata apa apa...NEXT!!!



Nicole Kidman In Mugler





Chrissy Teigen In Emilio Pucci






Miranda Lambert In Gabriela Cadena







Beyonce Knowles In Proenza Schouler








Katharine McPhee In Emilio Pucci




Mary J Blige In J. Mendel






Best Dress for JUMIESAMSUDIN.COM






WORST Dress for JUMIESAMSUDIN.COM



Anak Angkat Jepun

$
0
0
Pejabat Antarabangsa USM selain menerima pelawat dari institusi antarabangsa yang ingin berkunjung ke USM kami juga menguruskan pelbagai hal ehwal pelajar dan kakitangan antarabangsa di USM.  Selain itu,  kami juga bertanggungjawab untuk handle beberapa program-program akademik dan program jangka pendek oleh Universiti antarabangsa di USM.

Antara program yang telah lama dimurnikan di Pejabat Antarabangsa USM adalah program jangka pendek dengan salah sebuah universiti dari Jepun.  Saban tahun,  pihak universiti berkenaan akan menghantar pelajar mereka ke USM selama seminggu untuk menghadiri pelbagai aktiviti seperti kuliah,  seminar,  aktiviti lawatan ilmiah dan lain-lain.  Kami juga menyelitkan aktiviti 'keluarga angkat' untuk memberikan eksposi budaya Malaysia kepada pelajar berkenaan.

Selepas dipujuk dan didorong oleh para boss dan rakan-rakan,  maka I olls bersetuju untuk mengambil seorang anak angkat Jepun untuk program kali ini.  At first Khafi macam tak berapa setuju sebab dia tu memang pasif sangat bertentangan dengan aku yang overseksaited optimistikel unicorn melampau.  So lepas pujuk-pujuk Khafi,  maka dia pun bersetuju.  Kebetulan hujung minggu ini,  I olls tidak punya sebarang aktiviti.

So lepas isi borang apa bagai semua,  I olls pun saja la nak buat gedik kat family.  So i olls membuat satu pengumuman tergempar dalam WhatsApp group adik beradik I olls.

"Assalamualaikum semua adik,  kakak and abang ku.  Nak bagitau yang saya dan Khafi dah bersetuju untuk terima seorang anak angkat berbangsa Jepun.  Kami akan dapat anak tu minggu depan.  Doakanlah semua berjalan lancar.  Kalau salah silap apa,  ampa tolonglah kami,"

MUAHAHAHHAHAHAHA  tak pasai pasai amik anak angkat kan? Statement I olls tak boleh blah dak?

Maka berterabuqlah soalan soalan cepu emas daripada kakak dan abang and adik I olls semua.

"Baby mana?"

"Sapa kira kat hang baby tu?"

"Nanti hang nak bagi susu tetek sapa?"

Aku duk gelak kuki kuki baca WhatsApp depa semua.

Aku pun balaih;

"Kami harap agar ampa adik beradik bagi la tunjuk ajar dan support kami dorang.  Kami tau anak adalah satu tanggungjawab yang amat besar,"

Pastu abang aku pun duk buat macho dan hantar soalan jugak.

"Hangpa dah bagitau mak dan bapak dak pasai ni?"

Pastu belum sempat aku balas apa-apa sebab depa yang lain duk hantar soalan style rungsing kau kau,  Abang aku hantar voicenote.

Dengan suara yang amat garang dia pun berkata

"AKU TANYA AMPA DAH TANYA MAK DAN BAPAK BELUM?  AKU TANYA TU SAJA.  AWAT SUSAH NAK JAWAB?"

HAHAHAHAH abang aku sudah bara dan rungsing tahap gila babis.  So sebelum keadaan menjadi lebih keruh.  Aku pun teruih bagitau kat depa semua...

"Hahahah relaks relaks Abang Budie.  Saya saja nak buat gempar sikit.  Bukan anak angkat baby kecil.  Tapi anak angkat dah besar.  Pelajar UNIVERSITI dari Jepun.  Depa mai program anak angkat di USM.  So kami staff boleh bawak balik rumah and bawak depa jalan-jalan semua.  Culture exposure"


Selepas tu,  dan dan abang aku pun cool down dan kata "Okay la nanti hang bawak pi Rokwok boleh tengok macam-macam barang,"

HAHAHA terboje la tu.  Begitulah kisah TROLL oleh Jumie Samsudin kepada adik beradik.  Sekian.  Wish me luck people.

Saja bubuh gambar ni.  Kira feeling aku la nanti kan?  Belakang kira En.  Khafi.  MUAHAHAH  (Gambar sumber www.eonline.com)

Asamko

$
0
0
Sumber Flickr @Lyrical Lemongrass

Tajuk cerita hari ini adalah ASAMKO.  Sapa tau asamko tu apa?  Orang Penang rata-rata panggil asam ko,  ampa bukan orang Penang panggil asam boi.  Sejenis asam yang kerdut yang menjadi kudapan kesukaan rakyat Malaysia ketika bersantai,  buat minuman,  buat jeruk buah mampelam yang menjadi viral baru baru ini dan macam-macam lagi.

So apa aku nak cerita hari ni tak kena mengena pun dengan asamko yang ampa duk makan tu.

Baru-baru ini,  my husband kena masok hospital atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  HAHAHA.  Sapa yang tau,  taulah.  En Khafi kena duduk hospital satu malam.  So katanya I olls pun kenalah menengok-nengok beliau kat hospital.  Bawak makanan dan apa apa keperluan just like any traditional wife would do.

On the second day,  my brother came and visit us.  Saja la abang I olls pun sembang-sembang buat lawak apa bagai menghiburkan hati Khafi.

Pastu dah nak habis waktu melawat,  Abang I olls pun mohon mengundurkan diri.  So masa dia nak blah,  dia salam dengan Khafi pastu abang I olls tengok muka I olls dan kata,

"Hang nak tengok asamko?"

I olls membuat muka pelik kepada beliau.  Apa dia asamko?

"Hang tengok belakang!," kata Abang I olls sambil gelak.  Badan dia bergetaq sebab nak tahan gelak.

I olls pun kalih belakang dan melihat kepada seorang apek yang menduduk di katil sebelah dengan Khafi.  Apek itu sedang mengangkat sebelah kakinya mungkin sebab lenguh dan dicelah kakinya itu ternampaklah ASAMKO.

HAHAHAHHAHAHAHAHAHAH  nahariammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm abang aku kojiak.

"Asamko 80 tahun" kata abang aku.

Aku dan Khafi duk tahan gelak sampai nak nangih.  Sekian sahaja cerita kami yang bertajuk asamko.

Sentosa Villa Taiping

$
0
0
Sumber laman web :  www.sentosa-villa.com

Hello u olls,

Seperti yang dijanjikan I olls nak bagi review pasai Sentosa Villa Taiping yang pertama kali I olls discover thanks to Ms.  Ekin Tajuddin yang telah mengrekemen tempat ini kepada I olls.  Actually pada minggu yang i olls nak kena pergi ke Taiping itu,  bukan sahaja sebab nak bawak anak angkat Jepun I olls jalan-jalan,  I olls juga mendapat jemputan untuk memake up seorang pengantin untuk majlis nikah dan persandingan beliau.

So bila I olls check out website Sentosa Villa Taiping first of all i olls tengok of course teruja sebab tengok WOW ada jugak tempat ala-ala spa dalam hutan kat Taiping ni.  Untuk pengetahuan u olls,  me and Khafi sangat suka Taiping.  Whenever kami free and tak tau nak pi mana ka,  kami akan pi Taiping,  amik hotel mana-mana kat sana satu malam,  Khafi akan tidok...............aku akan tulis blog.  Pastu malam kami akan keluar makan dengan kawan-kawan.

Now that I know this place,  rasanya lepas ni kami akan mai sini saja la.



Lokasi

Sentosa Villa Taiping terletak di kaki Bukit Maxwell.  Tidak jauh daripada Taman Tasik Taiping,  ampa akan pass by Burmese Pool (Air Terjun Batu Hampar).  Melalui kawasan perumahan and suddenly,  ampa akan jumpa sebuah rumah yang mempunyai tembok yang tinggi.  Macam rumah orang kaya yang sombong mahukan privacy kan?  Apabila masuk kawasan Villa ini ampa terus akan terpegun melihat kawasan sekitar yang menghijau dan tenang.


Why I Like About This Place?

Sebab tempat ini adalah di Taiping which sangat dekat dengan Penang.  Harga dia pun taklah melampau mahai samapi beribu dollar Amerika.  Dengan harga serendah RM128** kita boleh dapat menginap di sebuah lokasi yang sangat terpencil,  aman,  cantek dan sangat mendamaikan.  Sesuai untuk pasangan kekasih ataupun orang-orang kota yang nak lari dari kesibukan kerja.  Tak macam bilik hotel dimana kita akan rasa stucky kat sini ampa akan rasa nyaman sahaja.


Pemandangan cantik dari balkoni loteng.




Pemandangan dari balkoni bilik.  Sangat cantek dan mendamaikan.



Bilik Penginapan

Terdapat beberapa jenis bilik penginapan di Sentosa Villa Taiping yang bersesuaian dengan keperluan tetamu,  saya dan kawan-kawan memilih bilik family yang mempunyai dua katil single dan sebuah katil king size.  Sebuah bilik mandi lengkap dengan bath tub dan shower dan mempunyai loteng yang membolehkan kita melepak dan menghirup udara yang segar.  Teruja me and kawan-kawan naik loteng itu.


Tangga menuju ke loteng.



Lanskap Yang Indah

Sayangnya disebabkan masa yang singkat,  I olls sendiri tidak berkesempatan untuk meronda-ronda sekeliling kawasan Sentosa Villa Taiping ini.  Memang amat rugi sekali.  Kerana villa ini mempunyai sebuah tasik buatan manusia,  anak sungai dan denai hutan menuju ke Bukit Maxwell.  Pagi-pagi u olls dan keluarga boleh berjalan merentasi denai hutan ini sambil menghirup udara segar hutan khatulistiwa.  Cuci paru-paru yang selama ni duk kena asap beracun yang memenuhi ruang udara kota.  Untuk pasangan bercinta,  jangan lupa tengok-tengok pakej Honeymoon Suite.  Bayangkan bangun pagi,  dengar suara air sungai mengalir di bawah bilik mu.

Overlooking honeymoon suite dari balkoni bilik kami.





Kemudahan Lain

Sentosa Villa Taiping mempunyai cafe yang beroperasi dari 8 pagi hingga 11 malam.  Boleh order makan ke bilik atau tidak aku tak sure sebab aku sendiri lupa nak tanya.  Depa takdak swimming pool tapi depa ada sungai yang cantek.  Selamat untuk keluarga bermandi manda.  Setiap bilik mempunyai kemudahan asas toileteri yang lengkap dan bersih.






I'm so sorry kalau gambar dan review saya tidak begitu memberangsangkan sebab seikhlasnya aku sendiri tidak begitu sempat meng-explore tempat yang cantek ni.  Mengejar masa between nak pi make up pengantin dan nak bawak anak Jepun aku jalan-jalan,  upon checking out pun,  aku mengeluh kat receptionist;

"Rugi la i tak sempat nak jalan-jalan keliling villa ni,"

"Akak pusing-pusing la dulu ni sebelum berangkat," kata adik tu dengan sopan.  Tak sempat la dik.  Takpalah next time akak mai lagi.  Kepada u olls,  saya amat mengalu-alukan ampa bawak family mai lepak kat sini.  Tapi jangan duk buat perangai Melayu kampung ya,  mai sini orang nak relaks jangan duk terjerit jerit buat bising.  Mengacau guest yang lain.

Sekian.

Sentosa Villa Taiping  

Laman web :  http://www.sentosa-villa.com/

Lokasi :  Jalan 8, Taman Sentosa, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Tel no : + 605 – 805 1000 / + 6013 – 593 1000


Membawa Anak Angkat Jepun Ku Beronda di Taiping

$
0
0
Seperti yang kalian tahu,  beberapa minggu yang lalu I olls telah menggatalkan diri untuk menjadi ibu angkat dalam program akademik pelajar dari Nihon Fukushi University,  Japan ke Universiti Sains Malaysia.  Dalam program selama dua minggu ini,  para pelajar diberi kesempatan untuk tinggal bersama keluarga angkat selama 3 hari 2 malam dan selaku host family,  we olls bolehlah membawa beliau berjalan-jalan ataupun just duduk rumah.  Bagi culture exposure kepada beliau.

Asalnya,  i olls memang nak duduk di Penang sahaja dan bawa dia pergi market,  belajar memasak di rumah and melawat sanak saudara I olls.  Tapi alhamdulillah,  I olls dapat jemputan untuk memake up pengantin di Kamunting Perak.  So why not?  Terus booking Sentosa Villa Taiping and susun atur perjalanan di sana.  Ada macam-macam lokasi cantek di Taiping yang boleh I olls bawa dia tengok.  Tapi sayangnya dalam perjalanan singkat ini,  suami I olls tidak dapat nak join sekali sebab keadaan kesihatan beliau yang masih tidak mengizinkan.



click read more





Wataru Eumoto

Anak angkat I olls ni sangat introvert orangnya.  Dia lebih suka melihat dan memerhati daripada bercakap.  Mungkin juga sebab kemahiran bahasa Inggeris beliau yang agak lemah menyukarkan perhubungan kami berdua.  Nasib baik I olls download Google Translator,  habih nak cakap apa,  mak type je dalam tu,  pastu tekan play,  terus ada suara pompuan Jepun cakap kat Wataru.  Dia pun angguk-angguk faham.

Actually I olls ada berasa sedikit kecewa jugala dalam bab ni.  Sebab I olls rasa macam ada banyak benda I olls nak share and cerita kat dia sepanjang perjalanan kami,  tapi disebabkan masalah bahasa ini menjadi satu tembok yang mengekang jurang komunikasi kami.

Tapi nasib baik I olls membawa dua sahabat iaitu Fans dan juga Azren bersama I olls so masa duk sibuk-sibuk duk make up pengantin,  dia boleh la ada teman nak sembang apa bagai.

He loves food.  Just like me!  I olls ingatkan budak Jepun takut la nak makan pedas tak tentu hala ka apa ka.  Tapi nenjia,  mak bubuh laksa semangkok habis semua kuah dihirupnya.  Pandai anak mak.  Kami bawak dia makan Yong Tau Foo,  nasik lemak Bukit Doraemon,  bawak dia ke Pasar Malam Kamunting,  popia Market Taiping dan macam-macam lagi.  Tapi sayangnya kami tak sempat nak bagi dia rasa mee udang yang meletops itu.  Masa tak sempat u olls.





Pusat Karaoke Kampung

Malam pertama we olls di Taiping, I membawa beliau dan kawan-kawan pergi tengok pusat karaoke kampung yang terletak di kawasan Batu Kurau.  Seronok Wataru duk layan orang-orang tua dan makcik-makcik feeling menyanyi karaoke walaupun dia haram tak faham lagu apa depa duk nyanyi.  Aku beli mee goreng untuk Wataru,  seperti biasa dia makan dengan lahapnya.  Aku pun sempat menyanyi beberapa buah lagu untuk para pengunjung malam itu.  Saja la lepas gian.  Tapi kami pulang agak awal juga sebab I olls pun tak berapa nak larat dah.  Esok nak make up orang pagi-pagi buta.  Actually ini adalah kali pertama I olls melawat ke pusat karaoke kampung macam ni.  Rupanya lokasi macam ni menjadi tumpuan kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik malah anak muda setempat.  Meriah depa.








Kenduri Kahwin di Laman Safira Farm

Terima kasih kepada pasangan pengantin yang I olls make up kan hari itu dapatlah I olls membawa Wataru untuk melihat upacara perkahwinan orang Melayu.  Terletak di tengah ladang jambu di Kamunting,  majlis perkahwinan ini diadakan dengan meriahnya.  Tapi aku explain kat dia,  wedding ni dah kira modern dah.  Orang Malaysia lani lebih suka design dan juga cara modern sebab lebih mudah dan ada kepelbagaian.  Dia tanya kat aku pasaipa dapat telur rebus?  Aku kata,  sebab nanti hang kenalah doa depa beranak baby banyak-banyak.  Wataru pun gelak dengan mata keciknya.







Muzium Taiping dan Muzium Ngah Ibrahim

Dia sangat eksaited masa mai kat muzium sebab kat sini semua yang ditunjukkan lengkap dengan display bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.  Wataru duk amik gambar banyak dan duk buat catatan dalam buku keciknya.  Tapi masa kat Muzium Ngah Ibrahim,  dia macam terkejut apabila dia baca pasai Jepun.  Masa tu aku pun cerita la sikit kat dia pasai Jepun di Malaysia.  Dia muka terkejut lagi.  Tapi later that i know sebenarnya anak-anak Jepun masa kini,  depa tak belajar langsung kat sekolah pasai tok nenek depa duk menakluk dunia dulu.  So depa duk ingat tok tok depa ni semua baik sahaja.  Fans ada mencelah dalam Bahasa Penang "Hang mau bawak dia pi War Musuem baru dia tau lagi apa tok nenek dia duk buat kat kita," HAHAHA nahariam hang Fans.












Hutan Paya Bakau dan Kilang Arang

Tak sah kalau datang ke Taiping tapi tak singgah ke Matang untuk melihat hutan paya bakau dan kilang arang.  Dengan bayaran yang agak menarik,  kami pun menyewa boat dan tour guide untuk bagi penerangan tentang Hutan Paya Bakau.  Seronok Wataru apabila kami ada di tengah laut dan tour guide suruh kami meniup wisel yang terlekat di baju keselamatan kami.  Sekonyong-konyong datanglah berpuluh-puluh ekor burung helang dari hutan paya bakau mendekati boat kami.  Mereka terpanggil apabila mendengar bunyi siulan wisel kami.  Ya Allah menarik sungguh pengalaman ini.  Dari jauh,  aku sendiri nampak macam mana burung helang mai terbang mendekati kami.  Siries rasa macam GANDALF!












Kami juga mengambil kesempatan untuk melawat sebuah kelong di tengah muara Kuala Sepetang itu.  Seronok apabila kami diberikan dua mangkuk makanan ikan untuk ditaburkan dalam sangkar.  Tapi tak banyak ikan menarik yang ada dalam kelong ini.  Ada tilapia dan kerapu.  Mungkin sebab kelong ini kecil.  tapi yang bestnya kami berpeluang untuk pegang belangkas,  ikan kembung beracun dan juga lobster.

Melawat kilang arang juga adalah pengalaman yang menarik.  Tour guide kami bernama Aris sangatlah baik hati bagi penerangan dengan bersungguh-sungguh.  I olls duk explained jugak kat Wataru tak tau la dia faham ka dak. Sebab masa tu aku tak dapat internet coverage yang elok,  so Google Translate tak berfungsi.








Sekian sahaja cerita I olls berjalan-jalan di Taiping.  At the end of the day,  bila dah sampai rumah we olls,  me and Khafi menghantar beliau ke hotel.  Aku tulis dalam Google Translate "I hope u really enjoy this trip and sorry if i made u tired," Wataru dengan mata keciknya berkata kepada kami "No tired. I really enjoy.  Ermmm,"

Pastu aku kata "Please write a good report," and dia mengangguk-angguk. "And dont write about the drag queen you met," ya,  aku ada bawak Wataru jumpa kawan-kawan maknyah ku di Taiping.  Dia sangat suka sekali berkenalan dengan depa semua.

"Noo...nooo...SECRET," kata Wataru sambil ketawa.

Kami hadiahkan dia macam-macam benda T Shirt,  key chain,  fridge magnet dan buah-buahan untuk dia makan di hotel.  Kami juga memberikan 3 helai kain batik.  Encik Khafi pesan kat dia "This is for your mother,  your sister and your girlfriend,"

I really hope Wataru had a good time dan membuat report yang baik tentang pengalaman ini.



Gillard Gourmet

$
0
0
Hello u olls,

Hari ini saya nak perkenalkan satu kompeni Bumiputera yang diasaskan oleh kawan baik I olls iaitu Mr.  Arafat.  Kompeni ini menjual beberapa produk makanan yang bukan sahaja sedap dan berkualiti malah datang dalam packaging yang amat cantek sesuai untuk dijadikan cenderahati untuk tetamu  atau sanak saudara yang berkunjung ke rumah atau pejabat kita.

I olls sendiri dah beli produk beliau beberapa kali bukan sahaja untuk I olls di kat rumah,  tapi juga bagi kepada teman-teman yang berkunjung ke Penang sebagai buah tangan.  Especially produk "CHAI – PENANG MAMAK’s TEH TARIK" pakej 150g,  i olls rasa sangat ideal untuk dijadikan buah tangan sebab packaging yang meletops malah dalam tu siap ada resepi untuk dijadikan panduan kepada pembancuh.  And of course,  rasanya sangat sedap.

Lagi meletops,  resepi itu dalam bahasa orang putih,  so kita bagi kat kawan-kawan orang putih pun rasa macam meletops u olls!




Berikut adalah beberapa produk dari Gillard Gourmet ;




DRIED FRUITS 
– NET WEIGHT 200GRAM PER PACK RM12.00

  • Assorted Dried Fruits (campuran buah-buahan kering)
  • Dried Guava
  • Dried Mango
  • Dried Papaya
  • Dried Kiwi **coming soon

WHAT MAKE OUR "Gillard Gourmet's DRIED FRUITS" DIFFERENT?

Gillard Gourmet's DRIED FRUITS, selain menjadi kudapan yang sihat di pejabat, boleh juga dijadikan snack ketika menonton tv, semasa memandu dan sebagainya. Gillard Gourmet's DRIED FRUITS boleh juga di jadikan sebagai side dish or dish complement, contoh, boleh di campur bersama oat, being packed in a zip bag, so that you can open and close untuk mengelakkan dried fruits masuk angin, zip bag is environmental friendly, because it can be recycle! Dried Fruits adalah SNACK kesihatan!






HOMEMADE CHOCOLATE – DARK CHOCOLATE


Comes in three different sizes iaitu ;

SMALL (9 pieces of choc) RM10 

REGULAR (18 pieces of choc) RM16

LARGE (27 Pieces of choc) RM25


Available choices
  • Roasted Almond
  • Raisins
  • Pure Dark Chocolate
  • Assorted Chocolate

WHAT MAKE OUR "Gillard Gourmet's HOMEMADE CHOCOLATE – DARK CHOCOLATE" DIFFERENT?

Homemade chocolate, FULLY HANDMADE and FULLY HOMEMADE! Dihasilkan dengan menggunakan koko buatan Malaysia, kandungan gula yang sangat minima dan kandungan dark chocolate yang tidak keterlaluan.  Ramai pengguna menyifatkan produk kami THE BEST TASTE EVER! Sebab tak terlampau manis dan tak terlampau pahit dek kerana dark chocolate. It is one of our hot selling item!

White chocolate bakal diperkenalkan pada pertengahan tahun 2015, berikutan permintaan yang amat menggalakkan dari pelanggan.

Our chocolate sesuai untuk diberi sebagai cenderamata or hadiah kepada seseorang sempena perayaan dan sebagainya. Special request utk jenis packaging bole nego.










CHAI – PENANG MAMAK’s TEH TARIK


Mempunyai 3 jenis pack yang berbeza mengikut citarasa anda

150gram RM12 
100gram –refill pack RM10 
1kilogram RM26


WHAT MAKE OUR "Gillard Gourmet's CHAI – PENANG MAMAK’s TEH TARIK" DIFFERENT?

Diadun menggunakan resepi original Teh Tarik Penang Mamak’s family.  Kalau kebiasaanya,  adunan serbuk teh tarik di kedai mamak menggunakan dua jenis daun teh tetapi untuk Gillard Gourmet's CHAI – PENANG MAMAK’s TEH TARIK kami mengadun 5 jenis daun teh.  

Setiap jenis daun teh yang diadunkan dalam resepi istimewa kami mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri dalam menghasilkan rasa Teh Tarik yang sangat istimewa dari aroma,  warna dan rasa.  

Majority customer produk Gillard Gourmet's CHAI – PENANG MAMAK’s TEH TARIK kami terdiri daripada golongan veteran kerana berdasarkan testimoni mereka,  perisa Gillard Gourmet's CHAI – PENANG MAMAK’s TEH TARIK ini membawa nostalgia kepada rasa the real TEH TARIK yang pernah depa minum time depa kecik-kecik dulu.  And depa sangat bersyukur dan berterima kasih kerana kami telah berjaya membawa memori aroma,  warna dan rasa yang istimewa ini.

Selain dijadikan produk untuk digunakan dirumah,  oleh kerana packaging kami yang berkualiti,  produk kami ini juga sesuai dijadikan buah tangan untuk sanak saudara dan keluarga malah corporate gift.  

Untuk  packaging 150gram kami dilengkapkan dengan resepi untuk membuat bancuhan teh tarik sebagai panduan anda.  Walaupun ramuan Gillard Gourmet's CHAI – PENANG MAMAK’s TEH TARIK kami adalah dikhaskan untuk teh tarik namun ada juga pelanggan yang menyatakan bahawa ramuan serbuk teh kami juga sesuai dijadikan bancuhan teh O panas.  Malah lebih enak jika dimasukkan halia untuk dijadikan teh halia ataupun bunga cengkih sebagai rasa tambahan.

Kalau dulu,  kalian kena berkunjung ke Penang untuk merasa the original Penang Mamak's Teh Tarik,  sekarang tidak lagi!  Anda sendiri boleh buat Penang Mamak's Teh Tarik di rumah anda.

Have a cup of CHAI!


For more info,  please contact us!  Terima kasih kepada semua atas support yang diberikan.



FACEBOOK



INSTAGRAM

hashtag #GillardGourmet



EMAIL 
– for inquiry or order and etc




PHONE / WHATSAPP
+6012 545 0145


Regards,

AHMAD ARAFAT BIN MOHAMED ESAH

Jom Beli T Shirt "I Olls Pembaca Blog JumieSamsudin.Com"

$
0
0


Hello u olls semua,

Dah lama dah nak buat projek T SHIRT ni tapi punya duk cari the best company untuk print sampai lani nenjia barulah berhasil.  

Harap ampa semua memberi support kepada projek ini kerana sebahagian daripada penjualan ini akan disalurkan kepada aktiviti kebajikan yang akan diberitahu kelak. 


Apa pun,  I olls just nak ucap thanks kepada ampa semua sebab support I olls selama ini.  Semoga lepas lepas ini,  I olls akan membuat merchandise yang lebih gempak-gempak untuk ampa semua :)


Design

T Shirt ini simple sahaja and comes in 3 colours yang I olls rasa disukai oleh orang ramai  iaitu putih,  hitam dan pink.  Jenis kain adalah 100% cotton preshrunk so sangat selesa dan berkualiti.  Print design adalah pada bahagian depan dan bahagian belakang t shirt adalah kosong.







Size







Harga

RM25 (tidak termasuk kos penghantaran)




Cara Order  

Isi form ini dan hantar ke :
WhatsApp +6012-413 0060atau 
PM ke FB JUMIE SAMSUDINatau 
emel ke jumiess@gmail.com



Order Form  :

Subjek  :  Order T Shirt Blog JUMIESAMSUDIN.COM

Nama  :
Emel  :
No telefon  :
Warna :
Size  :
Jumlah Order :
Alamat Penghantaran  :
Jenis Penghantaran :  Post laju /  Self Pick (Rumah I olls di Ayer Itam.)



Bila boleh dapat?

Untuk pengetahuan ampa,  T Shirt ini bukan ready stock.  I olls akan kumpul order dahulu dan baru I olls akan membuat order.  So once dah dapat,  baru I olls akan buat pemberitahuan dan penghantaran.  Ampa kena stay tune kat BLOG / facebook.




Terms & Conditions :

i) Order melalui komen pada gambr laman sosial adalah TIDAK AKAN DILAYAN.  Sila hubungi melalui cara yang dicadangkan.

ii) Posting method is ONLY via postlaju.  Untuk u olls yang nak buat self pick up,  sila nyatakan dalam pesanan.  

iii) Please send order form first BEFORE making payment to avoid masalah.  Ampa jangan pandai-pandai bank in duit terus kat aku.

iv) Sila pastikan anda meng-order mengikut size yang betul.  Kalau ampa beli dengan size M,  tapi sebab ampa makan banyak so bila t-shirt dah sampai ampa dah gemok,  SO KAMI TIDAK AKAN MELAYAN UNTUK MENUKAR SIZE T SHIRT.

v)  No refund untuk pembeli yang ingin membatalkan pembelian.

vi) Masa urusniaga adalah dari seperti berikut  :
Isnin - Jumaat  jam 5.00 petang hingga 10.00 malam 
Sabtu dan Ahad dan cuti umum 8.00 am hingga 10.00 malam

Jumie Samsudin Menyanyi Lagu Madah Berhelah dan Semput

$
0
0

Assalamualaikum,

Sorry last weekend duk sibuk kenduri and travelling ke Putrajaya and KL so tak sempat nak update blog apa sangat.  So i olls bagi dulu video ini harap ampa enjois.

Video ini dirakaman masa I olls duk feeling menyanyi lagu MADAH BERHELAH oleh Ziana Zain di majlis kenduri kahwin anak menakan I olls di Putrajaya.  SIRIESLY...i olls semput dan tak tau la (bukan penafian) tapi i think abang DJ tu sudah tuning silap kat lagu tu,  dia maybe bagi key lagu ni macam tinggi sikit.  So i nyanyi jadi tinggi!!  This is not the original key.

Tapi tak kisahla...yang penting aku memang dah semput and nak kena training balik menyanyi bagi elok.  Susah la macam ni!!!

ps/  ampa tengok la adik beradik kami semua gilaaa...orang duk nyanyi depa duk mai salam la...amik gambak la...hahahaha


Selamat enjois....


Post by Radzif Ajib.

Good Bye 2015

$
0
0
Nenjia sat saja dah masok bulan Mac.  Seperti biasa,  aku akan membuat review untuk bulan Februari.  Macam-macam jugak yang jadi kat bulan Februari.  Perayaan,  wedding,  anak angkat,  laki masok ospitel dan macam-macam lagi.

Mai sini aku nak share stori kat ampa. Selamat membaca.










Gambar dari Facebook Pojiepooh Abdullah dengan caption "Tu diah jumpa mak hayam besaq Penang sama anak2 hayam bawa pi makan kat Gurney Drive..."



Pojie Pooh Hanya Satu

Pada awal bulan Feb,  seorang penulis blog yang I olls kenal sejak tahun 2008 datang ke Penang bersama isteri beliau yang juga seorang blogger.  Link blog beliau  :  http://pojiepooh.blogspot.com/.

Giler noks,  berapa tahun kenal ini lah kali pertama kami berjumpa.  Walaupun setiap hari gigih berwassap dan mesej.  Rasa macam nak peluk Pojie masa first jumpa dia!!  Tapi segan kat wife dia.  HAHAHAH over dak aku?  Habis jumpa malam tu Pojie mesej..."Awat hang duk skema tadi?" hahahaha

But it is very nice to finally meet him.  Beliau sejak dulu selalu bagi tips nak tulis blog dan bagi naik rating pembaca semua.  Tapi lani dia pulak yang bertanya dengan I olls.  Tapi I olls selalu lambattttttttttttttttttttttttt nak balaih kat dia dan dia akan memaki hamun I olls dengan mengatakan I olls kekwat.  Sabiaq ja la.

Hope Pojie and wife enjois berjalan-jalan di Penang :)  I olls nak share dengan ampa semua email i sent to him apabila dia mintak I tolong plan trip dia di Penang.  Kot-kot la ampa boleh gunakan sebagai panduan.

Hi there Pojie, 
Welcome to Penang. So here is my suggestion. I assume yang u punya kenduri adalah pada hari Sabtu 7 Feb 2015. 
Sabtu 7 Feb 2015 
1455 - Arrive in Penang International Airport
- Shoot to Kulim Kedah (approx time 45 mins - 1 hr )
1600 - Kenduri kendara di Kulim
1830 - Shoot to Penang
1930 - Check in hotel. I wanna suggest u duduk area Georgetown sebab senang nak pi mana-mana. U can also tengok mana-mana hotel lain yang u suka, tapi i cadangkan u cari tempat yang lokasi Muntri Street, Chulia Street dan berdekatan. Sebab itu memang tengah-tengah Georgetown. So these are some of the cool budget hotels yang u boleh try :
Chulia Heritage HotelMalabar Inn
Guest Inn Muntri
100 Cintra Street
2100 - Lepas u rehat and mandi apa semua. I ingat malam ni nak dinner dengan U. Me and the others will arrange everything for u. We will come and pick you up. Maybe lepas makan, kita terus pergi Night Market Batu Feringgi, Straits Quay,


Ahad, 8 Februari 2015 
0800 - Wakey Wakey. Bangun awal untuk breakfast and brisk walk for Penang Heritage Trail. Kalau u duduk area Muntri Street tu dah memang dekat sangat nak explore Penang Heritage Trail. U boleh dapatkan brosure / map dari hotel. U boleh jalan kaki pi jalan-jalan amik gambar kat bangunan cantek-cantek. U boleh sewa basikal / motor juga. Motor i tak sure berapa harga sewa, tapi sewa basikal is only RM8 sebuah. Boleh sewa sampai malam. I tak suggest u naik beca. Sebab beca (or we called it lanca) bukanlah best pun. Melaka punya lagi best.  So time ni la u boleh tengok Penang Street Art, Masjid Kapitan Keling, Muzium 3 D, Muzium Attractive, Chendol Penang Road, Chowrasta Market, Jeruk Madu Pak Ali (di Chow Rasta), Little India dan amcam-macam lagi. I juga cadang u masuk Peranakan Mansion or Cheong Fat Sze Mansion.
Nanti lunch time, i suggest u pekena BANANA LEAF RICE dekat Ananndha Bhavan dalam Little India.  I guess, u akan spend the whole siang day la pusing Georgetown.
1600 - Balik hotel and rehat.
1900 - Amik Rapid Penang / any public transport ke Persiaran Gurney. Makan di hawkers stalls. Must try Pasembor, CHEE CHEONG FUN, Bubur Cha Cha, Otak otak, Rojak Buah, Asam Laksa, Cendol. Dah sampai sini, u boleh jalan kaki kat tepi tu ada Gurney Plaza, Paragon. Situ bolehlah u nak pi tengok wayang ke. Ada laut juga :)
Kalau u nak plan something nice and sweet for you beloved wife, I suggest jugak ampa dorang pi nice dinner for two. :) Yang makan-makan gurney drive tu, kita boleh pi pada hari Sabtu. So kalau u nak makan kat tempat yang nice for u and wife, i suggest ampa pi makan kat sini :
Il Bacaro : Yang ni bajet around RM150 two person memang boleh!
Suffolk House, Penang - I sangat rekemen kat sini. U mai la sini. Boleh la u amik dinner package untuk Valentine sekali. Why not!!!! Tapi for me agak mahai la jugak. :( But the fine dining experience dengan rumah yang bapak cantek nak mampussss sanagt berbaloiii! Rumah ini adalah rumah asal yang didiami oleh Captain Francis Light, Penang founder.
 
Monday, 9 Februari 2015
0800 - Ampa pi makan Roti Canai Transfer Road!!! Kalau dari Muntri St., ampa boleh jalan kaki sahaja.
0900 - Ampa amik Penang Hop-On-Hop (City Rout) Tiket dia sorang RM19. Valid 24 jam. So dia akan bawak pusing macam-macam tempat menarik kat Penang. So ampa bolehlah naik bus tu pusing Georgetown and then terus pi Bukit Bendera and Kek Lok Si Temple.
1000 - Naik Bukit BENDERA. U boleh spend time around 3-4 hours kat sini. So petang dah settle.

So itulah contoh perjalanan yang i boleh suggest kat u. Semoga panduan ini boleh memudahkan perancangan u nak mai sini. Pasai time untuk dinner dengan kami tu pun, kalau u nak tukar hari lain pun takpa. Nanti kami arrange lain. 
Love,
Jumie



Suami Masuk Hospital

Yes,  laki i masok ospital.  I tak cerita macam mana dia masok semua sebelum ni.  Malaih la nak cerita benda sakit-sakit ni semua kat Facebook ka apa.  Sapa yang tau,  tau la.  Bukan takmau bubuh kat Facebook,  satgi kalau aku bubuh kat Facebook,  NENJIAAAAAAAAAAAAAAAA...semua nanti dok komen...so lani nak jaga laki aku ka ataupun nak main Facebook.

Kisahnya bermula apabila I olls,  Ezal and Mamu feeling nak buat program meng-detoks-kan diri.  Kami ada plan dah apa makanan nak makan untuk seminggu tu untuk mengurangkan kolestrol dan lemak dalam badan.  Untuk diet hari pertama,  kami telah menjadualkan diri untuk memakan buah-buahan dan air masak sahaja.  Paling direkemen adalah buah tembikai atau tembikai susu.

Maka malam sebelum mulanya diet detoks,  i olls dan suami pun pergi ke pasar untuk membeli buah-buahan.  Nak potong dan simpan dalam peti ais siap siap,  so nanti bawak ja pi office.  Takpayahla bila nak makan baru nak pi kedai beli buah...nanti hilang rasa semangat nak diet.  Silap aribulan,  biskut mayat kat sebelah pun hang sapu sebab dah lapiaq.

So i olls pun malam tu pi la beli buah tembikai dua bijik.  Malam tu potong semua siap siap.  Dapat tiga bekas,  1 bekas untuk bawa pi office,  satu lagi untuk dinner and satu lagi i kata kat laki I "Abiang...hat ni abiang punya....satgi bila abiang nak makan...amik hat ni..."

Pastu maka hari pertama diet aku berjalan dengan lancar,  memang rasa lapar tapi i duk sesah makan tembikai tu satu tupperware.  Memang bagus sebab kita dah potong buah siap siap.  Kalau nak tunggu pi beli la apa lagi...memang takdak maknanya aku nak keluar naik kereta panas-panas pi cari buah tak pasai-pasai kan?

So petang tu,  aku pun balik kerja macam biasa.  Dalam perjalanan balik,  menempuh jam yang durjana sekali aku dapat phone call dari laki aku.  Aku pun jawab la......

"Sayang..........hahhh...(bunyi nafas) hahhh.....telefon....ambulan....hah.....abang....semput..." kata laki aku.  Tersekat-sekat sebab tak boleh bernafas.  Deni memang ada asthma.  Ampa ingat tak trejedi hampir maut di Pulau Perhentian?????

"APARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!," haaa aku pun mulala pereng.  Ni kalau dah tak boleh cakap ni mesti dia duk sakit dari pagi.  Tapi awat dia tak bagitau aku apa pun.  Kalau dari pagi dah tau sakit dada,  kena pi ospital siap siap.  Tak boleh macam ni.

Aku pun terus telefon ambulance.  Sampai sahaja di rumah aku pun kelang kabut memberikan bantuan yang sepatutnya untuk laki aku yang semput ni.  Lebih kurang 30 minit lepas tu baru ambulan mai dan bawak dia pergi ke ospital.  Lambat sedikit sebab jalan jem.  Tapi takpa...alhamdulillah selamat semuanya.  Untuk pengetahuan ampa,  dah masuk 2 kali aku call ambulance amik laki aku kat rumah.

Biasanya kalau dah dibawa oleh ambulance,  depa akan masukkan laki aku dalam ward khas untuk amik gas.  Untuk sejam atau dua jam.  And then,  laki aku dah boleh balik la.  So aku pun mandi apa semua dulu and called Lenny untuk teman aku pi ospital untuk amik Khafi balik.  Sebab aku rasa macam tak payahla nak parking apa bagai.  Jemput ja pakcik ni satni.

Sekali nenjia....aku dah sampai kat ospitel...rupa-rupanya laki aku kena tahan kat ward sakit dada.  HAHAHAH kena tidok satu malam kat sana.  Aku punya gelak kat dia.  Celaka dak aku?  Tulaa sapa suruh tak tau jaga diri.

Sebenarnya ampa tau pasaipa dia boleh kena serangan asthma kali ni?  SEBAB DIA MAKAN BUAH TEMBIKAI AKU SEMUA DALAM PETI AIS SAMPAI HABIS!!!  SEJAK MALAM BUTA BILA AKU DAH TIDOK DIA DUK PI BUKAK PETI AIS FEELING NIGELLA LAWSON PASTU PAGI PAGI BILA DIA DAH START SEMPUT DIA DUK PEKENA JUGAK BUAH TEMBIKAI TU MACAM GILA.

Baru ada akaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!

Ni la puncaaaaaaaaaaa..................


Esok harinya aku amik satu hari cuti sebab nak pi tengok laki aku kat ospital.  Tu yang boleh jadi cerita ASAMKO.  HAHAHAHA.  Macam-macam lagi kenangan apabila laki aku masok ospitel.  Dan aku rasa sangat best sebab kami masok Hospital Pulau Pinang sebab rasa macam semua orang dalam ward laki aku duduk tu adalah ramah macam astu family pulak.  Duk lepak ramai-ramai kat ospital macam kenduri.

Nasib baik,  kira petang tu .......laki aku dah boleh keluar ospital.

Itulah kisah laki aku masok ospitel.  Okay,  ini aku nak share kat ampa jadual diet detoks yang Mamu buat untuk kami.  Sapa nak cuba,  boleh la buat!!

Day 1
- 3L of water
- Any fruits except banana (any amount, any quantity)
- Recommended fruits: watermelon & cantaloupe 
Day 2
- 3L of water
- Any vegetables (any amount, any quantity)
- Large boiled potato for breakfast.  
Day 3
- 3L of water
- Mixtures of fruits and vegetables (any amount, any quantity)
- No banana & potato 
Day 4
- 3L of water
- 8 bananas
- 3 glasses of milk
- 1 bowl of vegetables soup 
Day 5
- 3.5L of water
- 1 cup of rice
- 6 whole tomatoes 
Day 6
- 3L of water
- 1 cup of rice
- Any vegetables (any amount, any quantity) 
Day 7
- 3L of water
- 1 cup of rice
- Fruit juice
- Any vegetables (any amount, any quantity)


Anak Angkat Jepun dan Make Up di Villa Tengah Ladang Jambu

Ampa mesti dah baca catatan anak angkat Jepun I olls tu.  Tapi actually the reason I olls pergi ke Taiping juga adalah kerana I olls ada make up job.  So ini adalah gambar hasil make up I olls.  Simple sahaja.  Thanks kepada Ms.  Ella sebab sudi menempah kami.


Gambar i olls make up Ella.  Kalau nak enquire about harga make up service,  please WhatsApp me at +6012-4130060.




Bunga Api CNY

pada hari raya Cina yang ketiga, sebuah majlis makan malam besar diadakan di padang Sekolah Chung Ling yang terletak di sebelah rumah I.  Tudia dari pukul 6.30 pm depa duk pasang speaker kongset meletops.  Depa duk menyanyi la menari la.  Lagu disko sepanjang malam.  Tapi kan,  siriesly i olls bukan nak reka cerita,  5 minit before laungan azan Isya iaitu lebih kurang pukul 8.45pm depa berenti pasang lagu semua.  Depa katop semua lagu,  pastu azan pun berkumandang.  Lepas habis laungan azan,  depa pun sambung kongset.

Siriesly aku rasa nak menitik ayak mata.  Tahniah kepada pihak penganjur majlis makan malam itu!!

Malam tu sebelum depa menutup majlis makan malam depa,  depa pun pasanglah bunga api.  Nenjiaaaaaaaaaaaa 15 minit punya bunga api meletops style kaler maler semua.  Bunga api itu meletus betul betul atas bumbung rumah we olls.  So i dan En Khafi pun spend time kat luar rumah sambil menengok bunga api berkaler-kaler itu.  Siriesly cantek sangat and I rasa inilah kali pertama tengok bunga api punya dekat duk meletops atas kepala.

Tapi kali ni I olls tak tergedik nak lari pi amik camera handphone and rakam bunga api tu...sebab rasa macam i just wanna enjoi the bunga api yang sangat cantek malam itu.  Sometime u just have to enjoi the moment.  Jangan baziaq masa duk nak pi amik gambar and nak pi share dengan sapa-sapa pun sebab THAT MOMENT HAPPENED just for you.  Kalau kita duk bagi kat semua orang pun,  last sekali kita ada apa?

Sorry takdak gambak bunga api so I olls share video ni  :


Belon Udara Panas Penang

Punya eksaited nak pi tengok benda ni,  tapi last sekali KEMALASAN melanda diri yang teramat dahsyat,  last last sekali I olls tak pi pun.  Lagipun masa tu duk baca kat Facebook apa semua ramai duk kata macam boring sebab pi sana takdak apa sangat nak buat.  Takpalah,  tahun depan la I olls pergi.  So takdak gambak kat ampa.  Pi Google sendiri.




Putrajaya #ainikmal Wedding

So penutup bulan Februari aku dan Khafi membawa my parents pergi ke Putrajaya sempena majlis perkahwinan anak menakan we olls.  Meriah sungguh majlis perkahwinan they olls yang berlangsung di Dewan Melati berhadapan dengan Istana Kehakiman.  Tempat pulak beraircond,  seronoklah anak-anak dan mak mak dan bapak semua.  Menari dan berkaraoke sakan.  Walaupun sedikit jauh tapi dewan adalah selesa and plus,  pemandangan Putrajaya yang mencantikkan.  Ive posted some of the pictures in my IG,  ampa dah like dak????


A photo posted by Jumie Kamarulhafiz (@jumiekhafi) on


Sekian sahaja laporan untuk bulan Februari.  Doakan kesihatan ampa semua sihat walafiat sekeluarga.

Love,

Jumie Samsudin


Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>