Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Forti JK Enterprise

$
0
0
Hello semua orang,

Baru baru ini saya telah pergi mendaftar syarikat di SSM Seberang Jaya Penang.  Dah lama dah nak daftar tapi tak pi buat pun sebab pemalaih (kena lintaih jambaktan Pulau Pinang) last sekali akhirnya pi buat jugaklah.  Memang senang nak daftar syarikat ni and tak sampai sejam proses selesai.  Pejabat SSM Seberang Jaya Penang juga selesa dan luas.

So apa nama syarikat yang i olls guna?  I olls memilih untuk menggunakan nama Forti JK Enterprise.  Forti tu dalam bahasa Latin bermaksud kubu.  JK tu...bukan JK Rowling tapi Jumie Khafi la.  Aku nak bubuh KJ tapi satgi ampa duk ingat Khairy Jamaluddin pulak.  Aku dah la taste kat menteri mata kecik sebelah kulit hitam manis Rembau most wanted tu.  Marah Kak Norie satgi kalau tau aku taste kat laki dia.

Kebaikan mempunyai syarikat sendiri adalah banyak especially untuk those yang selama ni duk buat business walaupun secara sampingan macam I.  Bila kita dah ada syarikat,  kita boleh buka akaun syarikat dan income masuk keluar dalam akaun itu boleh jadi supporting document kalau esok lusa nak beli rumah ka apa ka.

Ampa semua mesti lagi pandai bab bab ni dari aku.

So takpalah saja nak share kat ampa aku punya nama syarikat and logo syarikat yang aku dah reka.



Meletops tak aku buat logo? 



click read more



Kalau ampa nak daftar nama syarikat ni,  ampa kena standby nama syarikat tu kat rumah siap siap.  Macam nak daftar nama anak la.  Mesti kat rumah apa dah tulis siap siap nama apa ampa nak bubuh. Tapi untuk nama syarikat ni,  ampa kena standby dua tiga nama sebab takut kalau orang lain dah ambil nama tu.

Untuk ONG / tuah,  kita boleh pilih nama-nama yang menunjukkan kekuatan dan prosperty seperti merah,  emas,  kuat,  megah dan macam-macam lain contoh yang ada.

Jangan jadi macam kakak aku,  dia pi daftar nama syarikat dia.  Dia tak prepare apa.  Pastu kat kaunter,  semua nama yang dia nak bubuh dah ada orang pilih.  Sebab nama yang dia nak bubuh pun macam nama-nama COMMON sahaja.  Last sekali orang kat kaunter tu kata "Kak...nama ni takdak orang pakai lagi,"

"Nama apa?"

Nenjia kakak aku pun setuju dengan nama tu.  Tau nama company dia apa?  Fantasi Indah Enterprise.  Ampa kalau beli Kuih Kacang Mazola by Jumiess ampa boleh tengok tu nama company kakak I.  Gila nama style macam jual produk pepek ketat.

Aku maki kakak aku pastu dia seperti biasa gelak gelak cover.

ps/  masa hari daftar syarikat tu jumpa kawan yang juga pembaca blog I olls.  Dia beratur belakang I,  pastu I olls duk guna handphone,  bukak camera terbalik buat cermin untuk tengok make up....sekali dia berdiri belakang aku...dia nampak muka aku!  Pastu dia tegur "Ni Jumie Samsudin ka" Maliuuuu nakhariam la dia nampak aku duk tengok buku hidung apa.  Thanks Zul.  Salam perkenalan.

Sekian sahaja cerita saya.  Love ampa semua!

Kuih Kacang Mazola by Jumiess ARE BACK!!

$
0
0
Hello u olls semua,

Alhamdulillah bermula 2015,  kami telah memulakan semula operasi perniagaan  Kuih Kacang Mazola by Jumiess.  Penjualan kuih kacang ini baru baru ini terpaksa I olls hentikan sebab takdak support system (pekerja) yang mencukupi,  so now kami dah ada new management so alhamdulillah dah 3 bulan kami jalankan perniagaan ini.




click read more




So lani sapa yang buat Kuih Kacang Mazola by Jumiess?

Kalau dulu I olls dan rakan-rakan bekerjasama membuat Kuih Kacang Mazola by Jumiess,  lani kuih kami di buat oleh kakak saya dan juga saudara saudari kami yang lain.  Tapi still,  cara pembuatan adalah HOME MADE.  Setiap hari sambil depa duduk melepak kat rumah kakak I olls,  depa pun akan membancuh adunan kuih dan menggelintir kuih kacang kami dengan ikhlasnya.

Same resepi,  same harga dan yang paling penting SAME RASA cuma lebih meletops sebab packaging yang lebih cantek sebab kami dah ada STICKER.  hahaha.

Ampa boleh tengok kat sticker Kuih Kacang Mazola by Jumiess ada kami tulis "proudly produced by Fantasi Indah Enterprise".  Tu kira company kakak I olls lah.

I olls pulak ditugaskan sebagai promoter dan duta Kuih Kacang Mazola by Jumiess yang rasmi.  Sebab tu la kalau ampa tanya kat aku nak order kuih semua aku tak boleh nak jawab.  Sama macam ampa call Safiq Rahim nak beli makanan kucing macam mana?  Haruslah dia akan suruh u olls call sapa penjualnya kan?


Yang kiri tu nama dia Khafi,  dialah suami I olls merangkap tukang balas mesej-mesej kalian semua.  Janganla rasa segan sebab nak mesej suami I olls,  kita buat berniaga kan?  No telefon tu puna dalah no khas untuk business ini.  So jangan rasa was-was. (melainkan ampa memang ada niat jahat nak mengorat laki aku!!)


Ini adalah gambar kakak I olls Sanita Samsudin yang mengusahakan proses produksi Kuih Kacang Mazola by Jumiess.  Beliau bergambar dengan anak-anaknya Farihin and Fariha (kembar lelaki pompuan).  Yes,  yes,  kakak i tak berapa segak sikit.  Dalam family...i olls paling segak.  :)



Senarai Produk dan Harga

Selain our famous Kuih Kacang Mazola by Jumiess,  kami juga turut menghasilkan beberapa produk biskut yang memang SEDAP rasanya.  Berikut adalah senarai produk kami dengan butiran  :


Kuih Kacang Mazola by Jumiess
Balang Besar 60 biji RM20
Balang Kecil 30 biji RM11


Biskut Kacang Pis by Jumiess
Balang besar 60 biji RM24
Balang Kecil 30 biji RM12


Chocolate Chips by Jumiess
50 biji RM25


Tart Gulung by Jumiess
50 biji RM25


Tart Nonya by Jumiess
50 biji RM25










Nak order macam mana?

Untuk anda yang berminat untuk mendapatkan produk kami,  berikut adalah cara-cara untuk buat order  :


  1. Sila WhatsApp nama / butiran order / lokasi penghantaran ke +6011-3331 3646.
  2. Mohon tunggu maklumbalas dari pihak kami.  *Kadang-kadang kami akan ambil sedikit masa untuk balas sebab kami tengah proses order-order terdahulu.  Ampa jangan duk MESEJ KAT JUMIE SAMSUDIN.  AMPA TANYA KAT AKU AKU NAK JAWAB APA?  AKU PUN NAK KENA TUNGGU JUGA KALAU AKU NAK ORDER AMPA TAU DAK?  KAWAN OFFICE AKU PUN KENA TUNGGU TURN JUGA NAK DAPAT KUIH KACANG!!
  3. Pembayaran adalah secara COD.  Bila barang dapat baru ampa bayar.  Iaitu secara tunai.  :) Credit card / debit card / Baucer BRIM / cek adalah tidak diterima.
  4. Free delivery adalah untuk 3 balang dan ke atas. 








Boleh posting ke luar Penang dak?

Jawapannya TAK BOLEH.  Kami mintak mahap sangat sebab kami tidak boleh meng-post produk kami melalui post ke mana-maan lokasi seluruh dunia.  Sekiranya anda semua teringin dan terliuar ampa kena mai Penang dan beli kat sini.  Ataupun pesan kat kawan-kawan yang travel datang ke Penang.  Sorry sangat-sangat.

Kami dah pernah try post kuih kami ke KL dan Sabah dan hasilnya amat menghampakan.

Oleh itu kepada u olls yang nak travel ke Penang,  kalau boleh Whatsapp kat kami seminggu awal untuk buat booking kuih!


Kuih Kacang Mazola by Jumiess
Proudly produced by Fantasi Indah Entrprise
Contact info  : Sanita Samsudin +6016-491 6439
Official Facebook :  Facebook.com/KuihKacangJumie
IG : #kuihkacangmazolabyjumiess





Berita Gembira

Sempena Bulan Mac yaitu Bulan Birthday JUMIE SAMSUDIN kami ada spesyel price untuk ampa semua.

Hanya RM55 untuk 3 Balang Besar Kuih Kacang Mazola by Jumiess

Cepat-cepat WhatsApp order ke 011-3331 3646

Tawaran istimewa hanya dari 5 Mac 2015 hingga 31 Mac 2015!!



Apabila Lelaki Seksi Menjual Somtam

$
0
0
I olls dapat post ni dalam WhatsApp katanya ada satu kedai kat Thailand,  apabila ampa mai makan anak ikan akan mai serve ampa makan pakai lagu ni.

Muahahaha.

Tak tau la ini betul ka apa ka?  Ataupun depa duk main main sebab kena prank ka apa ka.

Lepas korek korek dalam Google,  lokasi kedai somtan ini adalah di JJ Market Gate 1 berdekatan dengan Kasikorn Bank.  Sapa yang nak pi Bangkok,  sila pi kedai ni and amik gambar dengan depa.

Kalaulah aku nak ajak husband aku pi ni,  MESTI MAMPUIH DIA TAK MAU MAI....hahahahah...dia nanti takut anak ikan ni semua nanti mai kat dia pulak.

Aku nak email kat Ellen Degeneres,  suruh team dia pi buat review.












Pilihan Hiburan

$
0
0


Ada kawan suruh saya pi tengok dan review drama TV bertajuk "Teman Lelaki Upahan". Saya tengok tajuk pun dah tak berminat. Bukan nak kekwat. HALO!! Saya layan TV Melayu okay, bukan kekwat-kekwat macam mana ka duk feeling Europe padahal muka macam Banjar sahaja.

Tapi seikhlasnya saya tak berminat nak tengok cerita yang melemahkan perasaan. Drama KOREA / INDONESIA / TAMIL / HINDI yang bersifat kisah cinta orang bodoh yang tak tau buat keputusan dalam hidup pun saya malas nak layan.

Siriesly kita kena jadi seorang yang MEMILIH / SELECTIVE walaupun dalam soal-soal hiburan. Kerana apa yang kita pilih untuk tonton ini akan sedikit sebanyak membentuk cara pemikiran kita seharian.

Tajuk cerita yang mengelirukan seperti TEMAN LELAKI UPAHAN ditambah dengan skrip yang melemahkan dan lakonan hambar sebenarnya secara tidak langsung boleh mengubah emosi dan cara kita berfikir dalam kehidupan seharian kita.

Kerapkali saya terima emel / luahan perasaan daripada pembaca blog yang tenggelam punca dengan masalah hidup / perhubungan yang dihadapi setiap hari. Sedangkan secara praktikalnya, segala itu adalah mudah. Mungkin pengaruh dari drama TV yang ditonton, kalian lebih cenderung untuk menjadi sangat MUSHI MUSHI dan FEELING KUAT.

Kalau nak tengok secara suka-suka tak mengapa, tapi bayangkan kalau jalan cerita dan skrip dalam drama ini menjadi KITAB dalam kehidupan seharian?

Harap para wanita Malaysia lebih bijak memilih jenis hiburan yang kalian nak layan setiap hari. 

Rambut Yang Beruban

$
0
0
Stressnya nak cerita bab ni.  Okay fine nak cerita jugak la. I olls dah lama ada masalah ni,  lani dah makin teruk.  Dulu rambut ubat ni tumbuh sikit sahaja and I olls suka cabut.  Pastu hairstylist i kata "U jangan duk cabut dah rambut uban u,  nanti dia punya akar mati,  lagi rambut baru tak akan tumbuh.  Lagi u nanti rambut makin nipis,"

Oooo selama ni tok tok kita duk kata,  jangan cabut rambut ubat,  sebab cabut satu nanti tumbuh dua,  tu semua teori yang tak masuk akal jugak.  Sebab ini bukan masalah sihir ka black magic ka,  ini soal keturunan.

Aku ikut jenetik mak aku iaitu Kak Edeh.  Beliau pada usia 40 an rambut dia semua dah putih.  Bila dia duduk rumah dan tak pakai tudung,  menampakkan rambut dia yang semuanya putih stroberi blonde and mak i pulak potong rambut pendek.  Aku adalah anak paling suka kuat perli mak aku "HAHAHAH mak ni persis M,"

"Sapa M?" tanya mak aku.

"Boss James Bond,"


click read more



Nenjia sebab duk gelak kat mak aku sangat.  Lani aku punya rambut paling banyak uban dalam kalangan semua anak-anak dia.  Lepas aku menikah,  rambut aku makin banyak putih duk naik.  Tapi aku dah tak cabut rambut.  Aku akan meng-colour rambut aku sebulan sekali di rumah.

Bila dah ada suami,  of course la suruh suami aku membubuh dye kat rambut.  Tapi hampa tau la jantan kalau buat kerja amcam mana,  rasa macam nak terkeluaq ubun-ubun rambut aku.  So sesi nak mengkaler rambut akan menjadi sesi pergaduhan suami isteri pulak.

Lepas tu,  I olls duk suruh anak ayam I nama Danny untuk jadi tukang bubuh dye kat rumah.  Tapi dia pun lani dah kerja busy semua.  Susah nak suruh suruh dia.  So last sekali lani,  I olls rajin ka tak rajin,  sebulan sekali kenalah duk pi salon mak ayam Katy Fazura kat BJ Kompleks nak suruh dia colour rambut I olls.  Staff dia yang meletops iaitu Fifi Marshanda yang akan meng-kaler rambut I olls.

Begitulah nasib hidup I olls sekarang.  Rambut putih I olls ini memang semakin teruk dan sampai menjadi bahan ketawa suami I olls.  Celaka betul lah suami I olls ini.  Dia ikut jenetik bapak beliau yang kini walau di usia 60an masih lagi steady rambut hitam dan lebat.  #untunglah

Kadangkan bila dah pakai baju cantek-cantek pun,  orang nanti nampak rambut jugak.  "Jumie apa kat atas rambut hang?" SEEE!!  Hang pakai cantek macam mana pun orang tengok rambut hang jugak.

Kawan office I olls lagi siye,  nama dia Zack.  Bila uban aku semakin banyak and tak pi dye lagi...dia akan sound aku "Hang bila nak pi dye rambut.  Hang pi dye la rambut hang.  Uban duk pelan banyak.  Aku rasa macam cakap orang orang tua," Siye dak?

Sekian lah saja cerita pasai uban saya.  Sebenaqnya nak bagitau nak suruh tutup aurat dah la ni.  Erm.....ermm....erm...takkan tak paham paham lagi kan?


Kalau simpan rambut uban jadi lagu ni...meletops tak?

Rina's Bake With Love

$
0
0
Hello semua kawan-kawan,

Siapa orang Penang area especially yang teringin nak buat tempahan pelbagai jenis kek atau manisan dengan rasa yang sedap dan harga yang berpatutan anda boleh cuba untuk membuat tempahan dengan Rina's Bake With Love.  Rina's sedia menerima tempahan untuk pelbagai jenis majlis dan penghantaran boleh dibuat untuk sekitar Pulau Pinang dengan caj penghantaran yang berpatutan.  Semua manisan disediakan secara home made.  Rasa MEMANG CONFIRM sedap sebab I olls adalah salah seorang pelanggan utama beliau :)



Telephone  / WhatsApp / Telegram  :  
0125275588

Location  : 
Penang

Instagram  :  

Facebook  : 




Chocolaty
Rina's Bake With Love menyediakan pelbagai jenis cake berasaskan perisa kegemaran dunia iaitu chocolate.  Dalam pelbagai jenis perisa dan hiasan. 







Telephone  / WhatsApp / Telegram  :  
0125275588

Location  :  
Penang

Instagram  :  

Facebook  :  

Kids
Rina's Bake With Love menyediakan pelbagai jenis cake customized yang bersesuaian dengan kegemaran si kecil.














Telephone  / WhatsApp / Telegram  :  
0125275588

Location  :  
Penang

Instagram  :  

Facebook  :  

Fruits
Rina's Bake With Love menyediakan pelbagai jenis manisan seperti kek,  mini cake,  cupcakes dan pavlova dengan buah-buahan segar.













Telephone  / WhatsApp / Telegram  :  
0125275588

Location  :  
Penang

Instagram  :  

Facebook  :  
Weddings / Engagement
Untuk hantaran dan juga majlis - majlis istimewa seperti perkahwinan dan juga pertunangan,  Rina's Bake Love juga turut bersedia menerima tempahan untuk pelbagai jenis cake atau cup cakes sesuai dengan tema majlis anda.













Telephone  / WhatsApp / Telegram  :  
0125275588

Location  :  
Penang

Instagram  :  

Facebook  :  

What Colour Is The Dress?

$
0
0


Minggu lepaih sapa duk dapat gambak ni dalam WhatsApp group ampa semua?  Pastu soalannya "Apakah warna baju ni?" Ataupun dalam bahasa orang putih...What Colour is The Dress?

Persoalan yang ditanya ini datang juga dengan sekeping gambar baju perempuan (dress) akhirnya telah perpecahan dalam group berkenaan sebab ada yang nampak colour biru dan hitam,  ada pulak yang mempertahankan bahawa warna yang mereka nampak adalah putih dan gold.

Mampuihlah bergaduh sakan dalam group tu pulak.

Tak sampai seminggu gambar dan spekulasi ini menjadi viral.  Jenuh semua orang duk bergaduh dan pertikaikan gambar ini.  Kalau ampa Google Search,  ampa type dulu "What colour...." teruih keluaq panjiang "What colour is the dress"

Last sekali barulah dikisahkan bahawa gambar ini adalah satu eksperimentasi untuk membezakan cara individu membedakan penafsiran warna dari mata ke otak kita.

click read more




Menurut Jay Neitz penyelidik colour-version dari University of Washington in Seattle" Cara kita menafsir warna berubah dari semasa ke seamasa.  Manusia selalunya lebih sensitif dengan warna biru muda dan semakin meningkat tua tahap sensitiviti itu semakin berkuarangan.  Ini menerangkan mengapa ramai oran muda nampak BIRU DAN HITAM manakala generasi veteren nampak warna PUTIH DAN GOLD.  Namun faktor umur semata-mata tidak menjadi asas kepada perbezaan ini.  Pasti ada faktor-faktor lain juga yang perlu dikaji,"

Sumber  :  The Wired

Mampuihlah satgi semua orang pun duk paranoid bila duk nampak GOLD dan PUTIH padahal umur baru 20an.

Satu lagi explanation pada benda ini adalah sebenarnya semua makhluk yang boleh melihat mempunyai tahap penglihatan yang berbeza.  Ada manusia yang boleh melihat sampai beribu-ribu warna,  ada orang yang boleh tengok beratus-ratus warna sahaja,  ada orang yang boleh lihat 4 warna sahaja.  Orang yang mempunyai sensitiviti warna yang terhad ni la yang kita panggil sebagai rabun warna.

So there's nothing wrong dengan orang yang nampak BIRU HITAM or GOLD PUTIH or GOLD GREY or PURPLE PINK or what so ever.  Kita semua adalah berbeza.

Concetta Antico seorang pelukis yang claimed yang dirinya boleh tengok 99 juta colours (100 kali ganda lebih banyak daripada manusia biasa) nampak dress ini dalam warna LILAC (ungu muda) dan PINK. 



Masa mula-mula aku dapat gambar ini dalam WhatsApp group,  siriesly aku nampak gold dan putih.  Tapi masa tu aku diam tak jawab dalam group sebab aku duk busy.  Then kawan-kawan lain jawab dulu,  rata-rata jawab kata biru dan hitam.  Pastu aku tengok gambar tu lagi sekali baru aku nampak biru dan hitam.

Aku teruih macam pelik.  Instead aku teruih mengamuk dan mempertahankan mengapa aku nampak PUTIH DAN GOLD aku teruih membaca apa yang dibincangkan dalam group WhatsApp kami.  Then baru aku tau benda gambak bodo ni pun boleh jadi viral satu dunia.  Ellen Degeneres pun panggil orang yang rakam gambar ni masuk dalam rancangan TV dia.

Mampuihla lawak.

Pastu ada sorang kawan aku ni,  (dalam group wassap yang lain) dia duk rasa pelik awat semua orang nampak warna biru hitam dan dia sorang nampak putih dan gold.  And then aku explained kat kawan aku duk nama dia Ain,  yang ini adalah mungkin ada kena mengena dengan cara otak kita menerima mesej yang masuk melalui mata.  There's nothing wrong with our eyes cuma perbezaan daripada individu yang lain.

Aku katalah..."Mula-mula I pun nampak GOLD dan PUTIH pastu last sekali dia tukar jadi biru dan hitam,"

"Ekkk??  Macam mana boleh ubah Jumie?  Jumie ada buat apa apa ke?"

Aku pun jawablah...."I suruh suami I baca selawat tiga kali pastu ciup (hembus dalam Bahasa Penang) kat mata I...teruih i nampak biru semua..."

"Ohhh yeke.....nanti Ain nak try jugak la...." HAHAHAHAHAH nahariammmm.  Orang macam ni pun ada ka?

Sekian saja cerita.

So ampa nampak colour apa?


Etika Menziarah Kawan

$
0
0
Sesi minum teh ala-ala pompuan English.  
sumber gambar  :  ih.constantcontact.com


Pernah terbaca penulisan ringkas Mama Regina Ibrahim dalam post Facebook beliau tentang bagaimana dia dianggap kekwat oleh sesetengah kawan kerana dia tidak menerima tetamu secara spontan ke rumah.  Mereka menganggap yang dia feeling orang putih  dan seharusnya kita orang Melayu Muslim kena faham kehendak ajaran agama kita untuk melayan tetamu dengan sebaiknya.

Tapi hari ini aku nak buat catatan ini sebagai peringatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan.  Aku kalau nak pi rumah sapa pun,  aku suka call dan tanya dulu orang tu available ka dak.  Tapi berapa banyak kali hang nak call sampai orang tu jawab pun adalah satu bab jugak.  For me,  hang call 2 hingga 3 kali kalau orang tu tak jawab...PAHAM PAHAMLAH.

click read more



Zaman lani,  laki ka pompuan ka,  dua dua pi kerja.  Rumah ni kadang-kadang untuk mandi tidok sahaja.  Kalau ada masa terlapang memang nak duduk rumah maybe seharian nak tidok (macam aku dan laki aku).  Sabtu Ahad kalau takdak kerja,  dua dua jadi haiwan noctunal.  Duduk rumah tidok,  malam bangun carik makanan.

I think pada zaman modern yang lagi 5 tahun nak sampai wawasan 2020,  kita kena bersedia untuk menerima perubahan.  Yes,  kita orang Melayu dan kita orang Islam,  kita orang Asia yang penuh adab sopan,  sebab itu kena ada sikap toleransi dan memahami ruang peribadi setiap orang.

Hari tu I olls nak pi Taiping,  3 minggu sebelum nak pi sana dah peringat siap siap kat Mak Ayam Tasek I.  I nak mai rumah dia sekian sekian hari,  sekian sekian masa.  So bila sampai sahaja kat area Tasik Taiping,  i called dia.  Tapi 3 kali I called handphone dia tak jawab.

So I olls dengan anak ayam I pun figure out,  takpalah,  kita teruskan perjalanan ke Kuala Kangsar sahaja.

Lepas 30 minit,  Mak Ayam Tasek I called I balik,

"Heyyy sorry I duk berak tadi......tak sempat nak jawab call.  U ada mana?  Mai la rumah I,"

"Apalaaa Kak Wanie ni.  Orang dah nak sampai kilang simen dah.  Takpalah lain kali I mai..."

"La....macam tu pulak......awat tadi tak mai ja rumah I,"

"Dah i called u banyak kali tak jawab.  I tak mau la ganggu.  Kot satgi u duk gaduh dengan laki u ka apa ka...u tak mau orang mai....I memahami,"

"Aiiiyoooooo hang duk buat dah sifat hang.  Hang ingat aku macam hang ka.....takpalah len kali hang mai,"

Inilah sifat orang kita.  Kita sebenarnya dah bagi ruang peribadi dah kat dia.  Last last dia maki kita pulak.  Tapi nasib baik dia tak prepare masak ka apa ka.  Kalau dak mampuih aku nanti kena maki lagi teruk.

I olls puji hari tu kawan I olls Pojie dan isterinya yang datang ke Penang.  Dua bulan before dia nak mai Penang dia dah bagitau kita siap siap dah dia nak mai.  Lepas bincang dan bagi cadangan apa semua nak buat,  dia bagi opsyen kat kami yang amat menyenangkan.

"Kita jumpa dinner sekali dengan semua kawan-kawan sudahlah.  Yang lain-lain tu kami handle sendiri.  Kami tau la nak jalan macam mana," kata Pojie and wife yang memang betul betul memudahkan kami walaupun kami ni kiranya macam tuan rumah.  Ada setengah pulak sifat pukimak,  just because aku ni duduk Penang,  habis setiap hari aku ni mengangkang menanti ketibaan ampa ka?  Aku pun ada laki nak jaga,  ada kerja,  and benda benda lain juga.

Ini tak,  semua nak harap kita aturkan.  And ada juga duk hadap untuk aku jadi tour guide.  Mak tak kisah,  kalau ada kelapangan apa salahnya.  Tapi kenalah plan elok elok.

Sekian sahajalah.  Harap semua orang pun lebih memahami dan menghormati masa dan ruang orang lain pada masa akan datang.


A Malaysian woman with Cerebral Palsy

$
0
0
Hello u olls,

Hari ini i nak perkenalkan u olls kepada sahabat I yang seringkali diceritakan dalam blog dahulu.  Sapa duk godek-godek blog aku dulu-dulu mesti pernah terbaca and tertengok gambar pompuan ni. And kepada pembaca baru,  ini adalah sesi pengenalan untuk ampa.  Actually the reason why i want to re-introduce my friend again in my blog sebab baru-baru ini beliau telah memulakan satu laman sosial Facebook terkini berjudul Chin Chin CP.

Fungsi laman sosial adalah untuk memperkenalkan kehidupan beliau seorang wanita CP (cerebral palsy / sepastik) yang bekerja dan berdikari.  Melalui laman Facebook Page ini juga dia nak mendekatkan dirinya dengan komuniti CP sendiri malah kepada semua masyarakat amnya.

Dah hampir 10 tahun aku mengenali perempuan ini.  Sebagai driver / pemandu beliau setiap hari pergi dan balik kerja,  dah banyak benda yang aku lalui bersama dengan dia.

Apa yang aku nak tulis kat sini adalah apa yang aku lalui sendiri.  Aku tak pernah layan Chin Chin istimewa daripada orang lain.  Aku bercakap,  maki dia sekali sekala,  picit tetek dia dan kadang-kadang prank dia.  Ada orang marah aku depa kata aku macam kurang ajiaq sebab layan Chin Chin macam tu.  Tapi bagi aku pasaipa nak kena layan dia lain?  Apa bezanya Chin Chin dengan aku selain berat badan?

Godek-godek gambak tahun 2009.  Me and Chin Chin pi makan Sushi sempena besde dia.  Masa ni aku putih sebab aku selalu minum Clorox. enough said.



click read more



Gambar Chin Chin di tempat kerja beliau.

Sebagai manusia 'normal' (normalkah sangat kah u olls tu?) apabila kita berhadapan dengan kawan-kawan OKU pastinya kita akan jadi okwed bangang seketika.  Dah banyak insiden yang aku jumpa dengan orang yang okwed apabila berhadapan dengan Chin Chin.  Ada antara cara orang-orang ini sebenarnya adalah tanpa disedari adalah biadab dan kurang ajar.  Nak marah tak boleh,  tapi ini semua berlaku kerana setengah orang ni can be very-very ignorant dan sangat bodoh.

Antara insiden yang aku selalu berhadapan apabila dengan Chin Chin.

Aku perkenalkan Chin Chin pada kawan aku  "Ni kawan aku Chin Chin..." Certain clever people akan terus tengok muka Chin Chin dan greet dia "Hai Chin Chin.  Im Sara...nice to meet you,"

Some biadab + bodoh people, instead of tengok muka Chin Chin,  depa  will look at me and asked "Dia duduk mana?"

Ampa rasa apa perasaan Chin  Chin bila berlaku macam ni?  Chin Chin bukan tak paham.  Malah dia lebih paham dan celik daripada kebanyakan orang semua.  Dah banyak kali kami lalui benda ni.

Ada lagi bangang apabila bila depan Chin Chin terus depa ubah dialek dan cakap macam Chin Chin ini adalah budak budak "Hai Chin Chin....kesiannya......." pastu usap usap kepala Chin Chin.  Siriesly aku tak tau la nak respon macam mana kat orang 'normal' macam ni.  Apa perasan hang kalau orang tak pasai pasai mai usap kepala hang padahal hang dah umur nak masok 30 an?

Cerita roadtrip me and Chin Chin ke Pasir Puteh Kelantan tahun 2009  :  The best roadtrip ever featuring Miss Tan Chin Chin 'anak gajah'

Okaylah tak mau berletiak banyak,  aku harap ampa masuk page kawan aku ni and like page dia.  And baca,  like,  and komen gambar-gambar beliau.  Actually Chin Chin nak sangat respon dari komuniti untuk tingkatkan keyakinan diri dia sendiri.

Thank semua!!

Fakta menarik Mengenai Chin Chin  :


  • Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Sains Kemasyarakatan (majoring dalam Antropologi dan Sosiologi) dan beliau juga adalah penerima Anugerah Emas Naib Canselor pada Konvokesyen 2008.
  • Beliau bertugas sebagai Pegawai Penyelidikan N41 di Bahagian Pembangunan Institusi USM sejak tahun 2009.
  • Beliau memiliki rumah sendiri yang terletak di Jelutong Penang.
  • Sangat suka makan SUSHI!! 


Jom Follow Facebook  :  

Miss Bum Bum Parah Akibat 'filler' di Paha

$
0
0

Gambar di atas adalah milik Andressa Urach seorang selebriti dari Brazil berusia 27 tahun.  Kalau ampa semua tak tahan hati dan perasaan,  aku TIDAK MENGGALAKKAN AMPA CLICK READ MORE kerana gambar-gambar kat bawah menunjukkan bagaimana paha Andressa berlubang kerana 'filler' yang dienjek kat badan pada dan punggung dia menjadi TOKSIK dan akhirnya membinasakan tisu otot badannya.

End up dia kena duduk ospital untuk beberapa bulan dan menjalani rawatan dan pembedahan.  

Komen selain dari itu I olls tak berani nak tokok tambah.  Sekadar bersyukur sebab aku dianugerahkan bumper yang meletops tanpa perlu injeksyen.

CLICK READ MORE KALAU AMPA BERANI SAHAJA!














Sumber cerita dan gambar  :  Dailymail.co.uk

Aibkan Jenazah

$
0
0
Sumber : meetville.com


Kemudahan internet / media sosial masa kini memang amat memudahkan pelbagai urusan kerja seharian.  Sekarang ni sapa yang ada channel HITS kat Astro mesti ampa boleh tengok rancangan drama TV dulu dulu seperti X Files kembali disiarkan.

Cerita X Files adalah pasai dua ajen FBI yang menjalankan  siasatan kepada kes-kes jenayah yang misteri.  Drama TV ini sangat popular pada tahun 1990 an. Cerita tu pun berkisar pada era tahun yang sama.

So bila aku tengok balik Ajen Mulder and Scully duk pi siasat orang sana sini,  zaman tu takdak smart phone apatah lagi internet dalam tangan.  Style depa buat catatan pun guna buku nota yang sentiasa disimpan dalam jaket depa.  And bila depa nak tunjuk sesuatu atau explain kat orang yang depa nak siasat nenjia depa duk jenuh kena lukis and cerita satu-satu kat orang tu.

Aku bagitau kat suami aku "Macam susah kan dulu depa takdak Google di dalam tangan.  Lani kita type sahaja,"

Okay ini adalah contoh jurang kemudahan yang disumbangkan dari teknologi ICT kepada masyarakat kita.  Tapi sepatutnya lagi banyak ilmu mudah sampai kat hujung jari kita,  patutnya kita pun menjadilah masyarakat yang lebih peka dan berilmu tinggi.  Namun yang duk jadi adalah semua ilmu tu duk pi sampai hujung jari sahaja,  dia tak pi kat hati dan otak.

Aku nak kaitkan kebodohan-kebodohan yang berlaku kepada masyarakat Malaysia yang bukan baru dalam dunia ICT ini.  Kemudahan ICT ni memudahkan kita menyebarkan bukan sahaja ilmu malah berita dan informasi terkini.  Tapi kita duk mai jadi lagi bengong sebab benda benda yang tak sepatutnya kita sebarkan pun kita duk pi sebar.  WHY!!!!!!!!!!!

Im talking about gambar orang mati.

click read more



Pasai pa orang Malaysia sangat suka forward / memanjangkan gambar orang mati!!!

Tak kisah artist,  selebriti,  menteri,  orang biasa,  ulama.................ATAU SAPA SAPA PUN,  kalau ada saja gambar si polan itu mati sekian sekian cara,  kita dengan cepatnya akan mengforward gambar itu kepada teman-teman especially dalam social message group.

Kes terkini melihat kepada gambar yang menunjukkan Allahyarham Harun Salim Bachik meninggal dunia terjatuh di sebuah hentian rehat lebuhraya.  Cepat sungguh mesej dan gambar itu tersebar.  Yang menyayat hati apabila pihak keluarga Allahyarham bukan sahaja nak kena tanggung perasaan sedih kehilangan orang yang mereka sayang tapi at the same nak kena MERAYU PULAK KAT AMPA-AMPA SUPAYA MENGHENTIKAN MENGHANTAR GAMBAR-GAMBAR SEUMPAMA INI.

Ada banyak lagi contoh yang boleh dijadikan rujukan semula melihatkan kes kes high profile.  Aku tak paham APA YANG BESAQ SANGAT KALAU AMPA DAPAT TENGOK GAMBAR REAL ORANG MATI?????? AMPA DAPAT PAHALA KA?  AMPA JADI TERLEBIH SEMPOI KA BERBANDING ORANG LAIN?  AMPA JADI HEBAT DARI ORANG LAIN YANG TAKDAK GAMBAQ TU KA?

Dua minggu lalu,  dalam salah satu WhatsApp Group kenalan saya,  seorang teman telah memanjangkan beberapa keping gambar yang menunjukkan kejadian kemalangan ngeri dimana kepala kanak-kanak itu berada di riba ibunya dan jasab tubuh kanak-kanak perempuan itu berada dipangkuan ayahnya.

Gambar itu sangat menyedihkan,  mengerikan dan amat mengganggu perasaan aku yang melihatnya.  Aku tidak punya anak,  tapi aku manusia yang ada hati dan perasaan.  Aku terus menegur perbuatan kawan aku yang menghantar gambar itu dengan mengatakan yang gambar ini mungkin boleh mengganggu perasaan ibu ibu dalam group Whatsapp berkenaan.

Tapi aku tak boleh pikiaq the fact that kawan aku MENG-FORWARD GAMBAR itu dalam WhatsApp group berkenaan.  And orang lain pulak sengap.  Aku tak tau la depa enjoi ka tengok gambar macam tu?  Aku memang amat paling sentitip bab gambaq-gambaq mati / eksiden / taik / racist macam ni.  Aku akan mengamok and marah sapa-sapa yang forward tak tentu pasai macam ni.  Tapi in the end aku lah yang kena "Alah Jumie tu...semua tak kena...duk buat baguih,"

So kepada u olls pembaca blog yang aku tersayang,  u olls are the brothers,  sister,  mothers, fathers,  aunties and uncles and friends to maybe somebody yang suka duk forward benda benda macam ni.  Semuanya bermula dari kita.  Tegur dan nasihatlah anak-anak dan family u olls yang terbuat perkara ini.  Perbuatan ini sebenarnya menyakitkan perasaan insan yang tersayang dalam hidup si polan itu.

Just bayangkan gambar ibu kita meninggal dunia dalam mengerikan menjadi viral masyarakat dunia?  Bukankah kita mahu hanya imej dan kenangan terindah yang melakar dalam dunia hayatnya?

Think about it STUPID!

Tunang Saya Panas Baran

$
0
0
Salam Kak jumie,

Saya ada nak tanya pendapat kat akak.  Macam nie kak, saya dah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun.  Details pasal tunang saya sikit,  dia nie panas baran kak.  Kadang kadang depan member-member dia pun jadi nak marah saya.  Pantang salah sikit. Berasap lah dia.  Saya cuba untuk terima dia tapi lama lama jadi makan hati sangat. Sebab dia memang tak pandai jaga hati saya kak. Selalu saya kena ikut telunjuk dia je.


1 day nie saya ada kenal sorang laki nie. Dia lain dari tunang saya. Perwatakan yang sebaliknya.  Saya pulak rasa macam ada perasaan sayang tu tapi saya taknak jadi selfish.  Saya fikirkan family saya dan family tunang saya. Nak bincang dengan family saya takut saya yang kena marah sebab dulu saya yang beria sangat. Tapi sekarang saya pulak tengah perang dengan perasaan sendiri sebab tunang saya tak habis habis nk control saya. Ini tak boleh itu tak boleh. Saya berfikir balik sebab nie keputusan hidup mati. Sebelum terlambat baik saya bertindak.

Hurm.. ape patot saya buat kak?  Saya jujurlah stress dengan perasaan saya sendiri.  Bila tunang saya perangai camtuh saya macam nak menumpang kasih orang lain je. Rasa cam menyesal tunang pun ada haa sebab kenal baru setahun tapi macam terburu buru plak sekarang. Apa yang patut saya buat kak?? Tolong saya… saya sangat-sangat perlukan advice dari seseorang. Tak larat nak pikul sorang dah sebab majlis sume makin dekat. Preparation da 50% jadi saya takut kalau tiba-tiba saya cancel tengah jalan.  Mak ayah saya sedih.  Tak sanggup saya kak.

Yang benar,

Pentunang Yang Raplah


Gambar sumber  :  http://www.johnbarrettblog.com/

click read more


Dear Pentunang Yang Raplah,

Thanks sebab sudi berkongsi kisah hang dengan i olls.  Harap perkongsian ini dapat membantu u olls dan sesiapa yang membaca.  I olls sendiri adalah seorang yang pemarah,  kaki naik angin dan suka mengamok.  Membaca emel u olls ini secara tak langsung aku terpikiak "Ya Allah kesiannya kat laki aku selama 4 tahun kawen 1 tahun kapel dengan aku.  Inikah perasaan dia?" Teruih mai otak paranoid kot kot laki aku ada menaruh hati kat perempuan / maknyah cantek lain yang berhati lembut dan tidak reti nak marah.  Dah la laki aku ni ELOK!

One thing pasai orang pemarah ini adalah KALAU TAKDAK ANGIN POKOK TAK AKAN BERGOYANG.  So aku bet,  tunang hang tak akan mengamok and naik angin tak pasai pasai kalau takdak sebab.  

So ini membawa kepada point pertama iaitu "If You Want Somebody to Change,  You Have To Be Willing To Change Yourself First".  Kadang-kadang hang sendiri tak perasan apa sifat merepek,  mengada-ngada,  feeling kuat hang yang sebenarnya menyebabkan tunang hang marah.  

Sekali lagi diingatkan bahawa tempoh pertunangan yang dijalinkan antara ampa berdua ini adalah tempoh yang sesuai untuk berkenal-kenalan.  So time ni la ampa nak discover perangai buruk baik masing-masing,  selain menerima semua kebaikan yang pasangan,  at the same time inilah masanya nak terima ke-tidak-baikan pasangan ampa secara positive.

Contohnya,  sikap panas baran beliau!!

So ini membawa kepada point kedua iaitu komunikasi yang berkesan.  Ampa berdua ada berbincang tak pasai issue ini?  Ataupun duk bergaduh,  hang maki aku,  aku maki hang,  pastu hang merajuk,  pastu hang pujuk,  PASTU LUPA HABIS BUANG SEMUA.  

Sepatutnya apabila benda ni dah jadi berulang kali ampa kena berbincang tentang perkara ini dengan mendalam.  Itu yang I olls tekan komunikasi berkesan.  Bukan setakat cakap cakap,  tapi tiada hasil yang baik kepada perhubungan ampa.  So hang pun tak tau apa salah hang,  dia pun tak tau apa salah dia.  Ampa duk lagu ni la.

So ini membawa kepada point ketiga iaitu 'escapism'.  Di alam masa kini yang sungguh mudah bab bab media sosial dan perhubungan internet ni,  kita sebagai lelaki atau pompuan mempunyai pilihan yang luas.  Kalau dulu-dulu nak cari pasangan pun nak kena pi studio,  ambil gambar,  pastu hantar kat URTV pastu gambar kita akan terpampang "Fatimah Minat Abang Askar,".  Keji sangat cara mencari teman zaman dulu dulu.  Sangat kinky.  Zaman lani,  nenjia hang goncang phone hang saja,  teruih keluar dah ID budak lelaki yang ELOK MACAM ZAC EFRON yang duk makan kat meja sebelah.

Gila babi dak?

Actually tindakan hang untuk 'menumpang kasih' pada orang lain adalah tidak baik sekali.  Sepatutnya hang kena resolve dengan your pasangan (tunang) dahulu.  Sekali lagi I olls ulang,  tanpa komunikasi berkesan,  hang pun tak tau apa salah hang and dia pun tak tau apa salah dia.

Kalau hang nak meloncat terus pergi kepada lelaki yang kononya 'lebih memahami' ini,  tanpa hang sedar kesilapan dan kekurangan yang sebenarnya dah menjadi sifat dan peribadi diri,  siriesly aku cakap,  perhubungan hang dengan sesiapa pun tidak akan berpanjangan.  Tidak lestari.

So ini membawa kepada point ke empat iaitu "Why Hang Nak Kahwin Dengan Dia In The First Place?".  Hang pikiak balik pasaipa hang nak kawen dengan dia?  Tergesa-gesa bukan faktor yang menunjukkan hang membuat pilihan yang salah,  mungkin dulu hang menggesa-gesakan hubungan ini kerana hang tau he is the right man for you.  So why you dont want to fight for it now?  Awat lani hang nak give up?

Ampa kena make this out!  How ever and what ever it is.  Ampa dua dua dah besar dan keputusan untuk bernikah pun ampa dorang yang buat bukan parents ampa yang paksa.  Tak semestinya kena libatkan keluarga.  So ampa dorang kenalah menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab untuk settlekan hal ini.  Takkan semua benda nak bagitau kat mak bapak.  

So ini membawa kepada point ke lima iaitu 'buat list'.  Aku menganjurkan ampa berdua berbincang mengenai perkara ini dan buat list "10 things i hate and love about you".  Hang tulis pasai dia,  dia pun tulis pasai hang.  Pastu ampa tukar list tu.  

So ini membawa kepada point terakhir,  "Jangan Menyesal Di Kemudian Hari".  Dalami kata-kata akak ini.  Jangan sebab ikut nafsu,  esok lusa hang menangis dan menyesal.  Nak bahagia sampai tua,  bukan syiok syiok sahaja.  Tapi kalau tiada jalan penyudah,  selesaikan kisah ini dengan cara yang baik.  Jangan calitkan benda hitam dalam hubungan dua pihak termasuk keluarga.

ps/  Orang yang panas baran sebenarnya adalah orang yang sangat sensitif.  Depa jadi lagu ni sebab depa nak protect hati depa.

Love.

Jumie Samsudin

Bi- Curios atau Lelaki Apom

$
0
0
Ini adalah terma baru yang I olls pelajari dari 9GAG. Menarik juga macam-macam yang aku belajar daripada 9GAG iaitu sebuah aplikasi komik hiburan yang membincangkan hal hal politik, isu semasa dan macam-macam lagi secara funny tapi sinis. And so, aku stumble across dengan perkataan bi-curious.


Lepas aku membaca laman komen dan juga Google perkataan itu aku macam TETT!! Loceng buzzer berbunyi dalam kepala otak aku. Dalam novel Perjalanan tulisan Regina Ibrahim, watak bi-curious ini wujud dengan nama ‘lelaki apom’.


Lelaki apom ni bukan merujuk kepada lelaki yang suka makan apom lenggang apatah lagi apom telur, tetapi merujuk kepada lelaki yang suka layan puki but at the same time bila bersama dengan maknyah / pondan depa lebih suka juburi mereka ditutuh.


Mamak dalam gambar ini tidak kena mengena dengan topik artikel ini. Sekadar gambar hiasan. Sumber gambar : Reena's lifeisabigcanvas.blogspot.com

click read more


Sejak dulu lagi, apabila aku melepak bersama gang mak ayam dan rakan handai PLU ku, bila kami tengok ja jantan elok elok secara otomatik kalau scan berbunyi kami akan kata “Erm...boleh makan ni.....boleh layan,” ini merujuk kepada jantan-jantan walaupun sedang berkepit dengan gofren ataupun bini masing-masing tapi masih mampu mengerling dan memberikan anak mata menggoda kepada kami sekalian.


Ini bukan nak menakut-nakutkan kalian semua especially girls and mak gigirls.


Lelaki ini yang kami gelar sebagai ‘boleh makan...” ataupun, ‘lelaki apom’ bak kata Regina Ibrahim ataupun bi-curious dalam 9Gag adalah sejenis lelaki yang amat membahayakan. Because depa hidup dalam kepalsuan dan kecelaruan sebenar dan akhirnya dalam masa yang sama memusnahkan hidup para wanita yang pasrah inginkan mencapai tahap wanita sempurna.


Susah nak detect siapa mereka-mereka ini kerana mereka pandai berahsia. Kadang-kadang kamu mungkin dah nikahi dia berbelas tahun yang lalu.


Apa yang nak buat kalau ada laki bi-curious?


I dont think ini adalah soalan yang betul. Takdak apa yang kita boleh buat untuk lelaki seperti ini. Ingat senang ka nak pi ubah diri orang tak pasai-pasai? I think sebagai ibu bapa, sebagai kakak, abang, sebagai isteri,  seorang kawan dan yang paling penting sebagai seorang guru. Kita kena berfikiran terbuka tentang fenomena ini.


Kalau selama ini perkara sedemikian menjadi taboo yang akhirnya menjadi racun dalam sosio masyarakat, saya fikir pada masa ini dengan fikiran yang terbuka dan pendekatan yang berbeza kita boleh tackle perkara ini dengan cara positif.


Perbincangan dengan penuh rasa hormat dan kasih sayang adalah amat perlu. Dedahkan tentang bahaya STD dan penyakit kelamin yang lain dari seks rambang. Dan yang paling penting, didikan hati agar si dia yang anda sayangi lebih tahu menghargai hati dan perasaan orang lain.


Hidup ini adalah lebih dari nafsu serakah di ranjang gelap.

Bee Ramza Bridal Make Up Class 29 Mac 2015 @ Stylista Vendor Concept, KULIM

$
0
0
Salam to all yang minat make up work,

I ingin introduce u olls semua untuk menghadiri kelas make up bridal yang diconduct oleh seorang make up artist selebriti iaitu Ms Bee Ramza. Dia ni duk pegang ramai selebriti negara antaranya Raisha Rania a.k.a Felixia Yeap.

Bridal Make Up Class ini terbuka kepada semua individu yang berminat untuk mendalami ilmu solekan. For me, this is the time ampa nak belajar hal hal berkenaan jenis-jenis produk, aplikasi yang betul dan sebagainya. Im sure zaman sekarang produk solekan dah bercambah dengan banyaknya and ramai antara u olls sangat suka spend a lot of money investing on make up products tapi sayangnya ampa tak tau nak pakai.


Inilah masanya untuk pelajari ilmu-ilmu ini dari orang yang berpengalaman seperti Bee Ramza. She is not only berpengalaman, tapi cantik and comels sangat, baik hati dan sangat humble. I know her personally. And bila aku kata ampa rugi kalau tak join memang ampa akan rugi besaq.


Butiran Bee Ramza Bridal Make Up Class adalah seperti berikut :


Tarikh :
 29 Mac 2015 (Ahad)


Masa : 
10 pagi hingga 4 petang

Lokasi :

Stylista Vendor Concept
House of vendor

No.11 First Floor,
Jalan KLC 1,
Kulim Landmark Central,
09000 Kulim Kedah.



Perlu bawa : 
Alatan make up sendiri. Model untuk praktikal (Model datang pukul 1.30petang. Tidak dibenarkan masuk kelas semasa demo)


Harga Yuran : 
RM350 (RM100 sebagai pendahuluan. Pembayaran baki pada hari kelas)


Notes  :
Peserta akan diberikan sijil dan doorgift :)

Tempat adalah terhad kepada maksima 15orang sahaja.


Sila hubungi Lyana untuk pendaftaran di Whatsapp 0174644925 atau IG @lyanalorenza

Ulasan Filem The Immitation Game

$
0
0
** SPOILER ALERT


Ampa semua kena tengok gambar ni sebab epik sangat. I tengok cerita ini tanpa sebarang expectati SPOILER ALERTon.  Yang I tahu,  filem ini adalah biografi tentang seorang lelaki bernama Alan Turing yang telah mencipta komputer dan dilakonkan oleh seorang pelakon yang mempunyai muka yang pelik iaitu muka jahat tapi somehow seksi iaitu Benedict Cumberbatch.

Saya tidak memilih untuk membaca WIKI ataupun maklumat trivia dalam IMBD sebelum menonton filem ini.  So ruang ekspektasi dalam rongga otak aku adalah kosong ketika menonton filem ini.

click read more




Namun apabila aku masok ke peringkat 80% sebelum penghabisan filem ini baru aku rasa macam terkesima seketika.  Rupanya filem biografi ini membawakan kisah tentang seorang lelaki yang bukan sahaja bertanggungjawab membawa kejayaan kepada pihak British dalam perang dunia bersama Jerman namun,  bukan sahaja kerana ideanya mencipta mesin yang menjadi kepada 'bapa kepada komputer masa kini', tapi ada cerita lebih besar disebalik cerita - cerita ini.

Selepas Perang Dunia tamat,  semua hasil penyelidikan dan fail pemincangan mesin Enigma ditutup oleh pihak kerajaan British.  Alan Turing hidup macam manusia biasa yang lain.  Hidup sebagai seorang lelaki gay,  Alan Turing beberapa kali ditangkap oleh pihak berkuasa kerana kelakuan 'sumbang'nya.  Setelah beberapa kali dihadapkan ke mahkamah,  dia dijatuh hukuman bersalah kerana seorang 'homoseksual'.







Dia merayu untuk tidak dihumban ke penjara atas kesalahan 'menjadi homoseksual'nya itu.  Dia menerima pilihan untuk mengambil preskripsi ubat oleh pihak hospital kerajaan untuk 'membetulkan' kehendak seksualnya.

In the end oleh kerana depresi yang mungkin datang daripada ubat-ubatan yang dia makan,  akhirnya Alan Turing membunuh diri.  Dia mati pada tahun 1954 sebagai Alan Turing,  lelaki homoseksual yang sedang menerima rawatan daripada pihak hospital.

Di akhir filem ini,  dipaparkan bahawa pada tahun 2014,  Queen Elizabeth telah mengurniakan 'Royal Pardon' kepada beliau dan tarikh itu juga dipilih oleh pihak produksi filem untuk meng-release filem ini.



Filem ini membuka satu lembaran baru.  Kejayaan seseorang itu adalah dari apa yang dia boleh buat dan apa yang dia boleh sumbangkan,  bukan tentang siapa diri dia dan dari mana dia datang!  Selain dari itu,  hanyalah manusia manusia hati jahat yang mempunyai niat jahat untuk menegakkan kebenaran 'katanya'.  Oleh sebab manusia manusia berhati jahat seperti inilah yang membuatkan orang yang mempunyai bakat besar macam Alan Turing akhirnya mati di tangan sendiri.

Aku sangat suka lakonan Cumberbatch dalam cerita ini.  Riak muka dia yang naturally musibat memang berjaya menunjukkan sifat perahsia dan misteri seorang lelaki homoseksual yang hidup dalam dunia sendiri (pada era itu).  Lakonan Keira Knigtley,  kadang-kadang okay,  kadang-kadang macam terlalu cliche.  Skrip agak bosan pada sesetengah ketika.  Tapi overall,  penceritaan kisah ini sedikit mendatar sebab bila nak masok kat akhir cerita baru nak sampai klimaks.


All pictures sources :  IMBD




The Englishman Who Went Up a Hill But Came Down a Mountain

$
0
0
Ulasan filem dengan tajuk paling panjang aku pernah buat dalam blog aku. HAHAHHA.  Dah lama aku tengok filem ini dalam Sundance Channel kat Astro.  Aku record filem ini dan bila masa aku rasa down dan boring,  aku pasti akan tengok balik record filem ini.

Filem ini diterbitkan pada tahun 1995 namun berlatar belakang era awal kurun ke 20.  Mengisahkan dua lelaki Inggeris yang ditugaskan oleh pihak kerajaan British untuk membuat pemetaan. So bila depa sampai kat satu ceruk kampung kat Wales ni, depa kenalah ukur satu bukit kat situ bernama "Ffynnon Garw" (bunyi fe-nan-ga-ru).


click read more




Sebenarnya orang kampung situ amatlah bangga dengan Ffynnon Garw.  Depa gelarnya sebagai 'First mountain of Wales".  Tapi berdasarkan amatan kasar dua pegawai Inggeris ini,  depa kata,  Ffynnon Garw bukan GUNUNG (mountain) pun,  tetapi hanyalah bukit (hill).

So orang kampung duk mai jadi paranoid dan isu Ffynnon Garw adalah bukit atau gunung menjadi isu prima diseluruh pelusuk kampung. Pada hari dua orang pegawai Inggeris ini membuat ukuran,  orang kampung berkumpul di sebuah bar tempatan dan beramai-ramai meletakkan taruhan berapa tinggi Ffynnon Garw.  Yang lawaknya,  sapa yang letak 'bet' ketinggian 1000 kaki ke bawah tidak diterima!!  HAHAHAH.

Untuk pengetahuan ampa,  kalau Ffynnon Garw mempunyai ketinggian lebih dari 1000 kaki barulah ia layak digelar sebagai gunung dalam peta British!

Selepas dua hari mengukur,  akhirnya dua pegawai Inggeris itu membawa perkhabaran yang ditunggu - tunggu oleh semua orang kampung.  Namun penduduk kampung menjadi duka cita apabila dikhabarkan bahawa Ffynnon Garw hanyalah 815 kaki sahaja.

Malam itu,  semua penduduk kampung berkumpul.  Depa semua berbincang tentang isu ketinggian Ffynnon Garw.  Rata-rata tidak setuju dan kecewa kalau Ffynnon Garw itu hanyalah dikategorikan sebagai bukit.  Salah seorang penduduk kampung memberikan cadangan untuk membuat petisyen kepada Raja British untuk menganugerahkan panggilan GUNUNG kepada Ffynnon Garw yang mereka sayangi.

Tapi seorang lelaki kampung itu berdiri dan memberikan ucapan ringkas yang akhirnya menaikkan semangat penduduk kampung.




Katanya (aku dah translate ke pada Bahasa Penang) "Aku tak mau Ffynnon Garw aku di panggil gunung hanya sebab kita semua MERAYU untuk mendapatkan title gunung.  Kita sayang Ffynnon Garw dan kita mau dia jadi gunung.  So jomlah kita jadikan dia gunung!  Kita usaha dia jadi gunung!!"

Atas sebab kata-kata semangat beliau itu,  seluruh kampung bersekongkol untuk jadikan Ffynnon Garw sebagai GUNUNG.  Depa bagi pancit tayar kereta dua pegawai Inggeris tu,  buat macam-macam bagi depa tak boleh kaluar kampung and in the mean time,  SATU KAMPUNG korek tanah and depa daki Ffynnon Garw and tambah tanah kat atas puncak bukit itu.



Akhir cerita,  seorang Paderi kat kampung tu,  dia yang paling semangat duk buat plan bagi jadi gunung ni,  dia mati sebab satu hari tu dah 4 kali dia turun naik bukit angkat tanah.  Dia ditanam di atas puncak bukit itu.  Esok pagi,  pegawai Inggeris itu mengukur semula Ffynnon Garw dan mendapat hasil yang menggembirakan seluruh kampung iaitu 1021 kaki.

Moral of the story,  aku sangat suka semangat orang kampung ini.  Bagi depa,  depa lebih muliakan sesuatu yang depa dapat berdasarkan apa yang depa usaha dan berhak untuk dapat.  Mereka tahu letaknya maruah dan tidak akan merayu atau meminta-meminta seolah-olah seluruh dunia berhutang dengan mereka.

Inilah satu sifat yang selalunya dimilik oleh satu kaum yang ada di Malaysia ini.  Depa nak claim semua benda di dunia ini milik mereka.  Mereka pegang pada janji orang dulu dulu yang menyatakan hak itu adalah hak mereka.  Tapi hakikat,  depa duduk goyang telur dan kaki sahaja.  Takdak usaha dan keinginan untuk rebut peluang yang ada.  Ampa tau la kan kaum apa?

Aku sangat suka cerita ni sebab pemandangan dia sangat best iaitu latar belakang perkampungan Wales yang damai.  Feeling-feeling English lagu mana ka.  Aku juga suka tengok cara depa bercakap,  Wales cakap memang lain daripada English ya.  Depa bunyi macam pelik sikit.  Kira samalah macam Bahasa Melayu tapi orang KL cakap lain,  orang Kokdiang cakap lain.  Depa juga ada perkataan dan slang tersendiri.

Kita Semua Penjaga Amanah Nama Baik USM

$
0
0
Terpanggil untuk tulis catatan ini setelah membaca tentang satu lagi berita yang boleh mencemar nama baik USM.

Ikut hati aku tidak mahu kongsi capaian ini dan menjadikan perkara ini lebih viral.  Tapi pada masa yang sama aku tidak mahu jadi orang yang takut dan cuba berselindung pada tangan yang sudah terpalit tahi busuk dan kotor.  Salah tetap salah.  Tapi tahi boleh dicuci.

Pada sesiapa yang belum tahu,  kisahnya adalah tentang pengakuan seorang pelajar dalam USM LOVE CONFESSION yang mengaku dia telah melakukan oral seks dengan kekasihnya sebab nak buktikan cinta.  Selepas beberapa jam,  'confession' itu telah dibuang dari laman page USM LOVE CONFESSION.  Namun,  banyak pihak telah membuat screen shot dan perkara ini menjadi perbualan panas.  Boleh baca kat sini  :  http://mynewshub.cc

Sekali lagi nama baik USM tercabar.


click read more




USM Love Confession

Laman Facebook Page ini adalah satu medium komunikasi yang dibangunkan oleh para pelajar USM.   Ini adalah satu platform luahan perasaan secara anonymous.  Tujuannya saya rasa adalah santai dan suka-suka.  Sesiapa sahaja (tapi mostly pelajar la...) akan post mesej kepada admin dan buat 'love confession' depa.  And then,  admin akan repost 'love confession' itu di wall dan identiti penulis 'love confession' itu dibuang dan dirahsiakan.

Selain USM Love Confession,  ada banyak lagi Facebook Page / Group yang dibangunkan oleh para pelajar USM dan digunakan oleh semua warga USM dengan aktifnya.  Antaranya,  USM Info Sharing.  Facebook group USM Info Sharing ini digunakan untuk berkongsi apa sahaja maklumat untuk benefits seluruh warga USM sebagai contoh kad matrik hilang,  handphone hilang,  jual buku,  beli buku,  promote program / aktiviti.  Banyak cerita positif yang saya dengar daripada Facebook group ini antaranya bagaimana seorang pelajar tercicir IPHONE dalam shuttle bus USM,  cepat-cepat dia ambil gambar dan post dalam USM Info Sharing.  Tak sampai beberapa jam,  pemilik telefon itu dapat balik Iphone miliknya.

Ini menunjukkan walaupun ada macam-macam cerita tak best dan menakutkan di dunia ini,  tapi at least dalam USM kami masih dapat jumpa orang-orang baik yang ikhlas dan jujur.

Sama macam USM Love Confession,  page ini tidak ada salahnya.  Saya selalu baca posting dalam USM Love Confession. Ada banyak posting yang bersifat memberi semangat positive.

Tengah duk tensyen-tensyen study,  siap thesis,  siap projek,  buat report......amik 5 minit baca posting dalam USM Love Confession...tiba tiba hang boleh rasa macam "Oh my god,  im not alone.  Thank God ada orang yang rasa sama macam ni kat dunia ni," Kadang-kadang kita hanya perlukan 'suntikan percuma' ini untuk teruskan ikhtiar hidup.


Kesalahan Admin

Saya dah baca penjelasan panjang oleh pihak admin dalam USM Love Confession berkenaan perkara ini.  Tahniah sebab kalian mengaku kesilapan.  Depa mengaku depa terlepas pandang tentang post lucah ni.

Saya harap kalian belajar dari kesilapan ini,  jangan duk kata sahaja.  Kesalahan kalian adalah kecik tapi membawa kepada impak yang besar.  Saya tak terkejut kesalahan ini berlaku.  Zaman media sosial ni,  ampa semua bukan nak pikiak apa pun.  Baca sekali,  tak pikiak,  terus forward!  Sebab tu dulu Kak Asmaa dapat called dari seluruh dunia masa kejadian MH17 sebab ada staff MAS yang bodoh pi amik gambar senarai nama kabin crew dengan catatan nombor telefon!!

Kesalahan ini jadi pengajaran untuk admin dan juga kita semua.  Apa sahaja yang kita dapat melalui Whatsapp,  SMS,  direct message,  emel,  SEBELUM AMPA FORWARD sesuka hati.  Baca dulu contain,  fahami kandungan dan SILA GUNA OTAK!  Jangan duk forward sahaja tanpa pikiak apa-apa.

Sebab TERLEPAS PANDANG DAN TAK BACA HABIS,  ampa telah terbitkan satu perbualan yang amat taboo dalam masyarakat kita.  Menambah perahan limau purut kat luka yang sedang berdarah,  you guys bawa USM!!

Nama Baik USM

Kejadian ini adalah 'a big slap in the face' untuk semua keluarga besar USM.  Nama baik USM bukan terletak atas batu jemala Naib Canselor sahaja,  bukan terletak atas nama Dekan-Dekan,  bukan terletak atas pikul para pensyarah dan staf pentadbiran dan tidak boleh seratus peratus diletak atas para pelajar yang dicintai.  KITA SEMUA KENA PEGANG NAMA BAIK USM YANG KITA SAYANG NI.  Tak kisahlah sapa hang pun,  hang kena ingat atas dahi hang ada cop invinsible tulis USM besaq-besaq.  And lani satu dunia duk perati kita,  depa duk tunggu anytime untuk attack kita.

Bukan nak jadi paranoid tapi inilah hakikat.  Manusia tak boleh lari dari kesilapan,  yes itu betul. Tapi kita jangan melenting kalau orang cepat-cepat kaitkan kesalahan dengan nama baik USM yang kita sayangi.

So kita tutup cerita ini,  kita move on.  Tapi once its on the internet,  its GOING TO BE ON THE INTERNET.  Tak boleh nak padam dah.  Dan kalau kita ada kuasa nak delete semua posting dalam semua website dan blog di dunia ini,  persoalan besar aku adalah,  adakah kita mampu untuk delete semua isu sosial mahasiswa kita?

Yang tu kita kena sembang dalam artikel lain.

ps/  lepaih ni issue apa pulak duk mai?

Ulasan Filem Villa Nabila

$
0
0
Filem ini adalah rentetan daripada sebuah kisah yang menjadi isu hangat Malaysia tidak berapa lama yang lalu apabila seorang remaja lelaki didapati hilang setelah masuk ke dalam Villa Nabila yang terletak di Danga Bay, Johor Bahru.  Ada yang mengatakan remaja lelaki itu sebenarnya lari rumah dan pergi tinggal bersama kekasihnya,  suatu tindakan nakal yang sering dilakukan oleh anak-anak yang memberontak.




click read more


Filem arahan anak Datuk Yusof Haslam,  Shafiq Yusof disampaikan dalam konsep POV (point of view).  Aku suka jalan cerita yang disampaikan iaitu nak convincekan bahawa Villa Nabila memang mempunyai misteri yang tersendiri dan sebab itu sampai lani,  banglo tu tak dirobohkan oleh pihak yang berkenaan.  Dibiarkan begitu sahaja. 

Efek seram yang dibawakan agak menakutkan,  tapi tak begitu mengerikan bagi I olls yang maha penakut ini.  Ada beberapa kekurangan yang membawa kepada kelemahan penyampaian.  Nombor satu,  isu dubbing.  Apahal suara pakcik kontraktor tu sama dengan suara lelaki yang ampa interview and tutup muka dia tu?  Aku dah mai jadi confuse sat!!



Seterusnya,  aku rasa filem ini sangat pendek.  Tak sampai 1 jam 30 minit pun.  So masa aku beli filem ini dari Astro First aku rasa macam agak tidak puas sikit.

Gambar hantu Melayu masa kini yang aku rasa paling takut sampai lani aku duk teringat-ingat adalah Jangan Pandang Belakang.

Okay thanks bye!

The Theory of Everything

$
0
0
Sebuah filem yang diadaptasi dari buku yang ditulis sendiri oleh bekas isteri Stephen Hawking, seorang saintis yang amat terkenal seantero dunia berjudul Travelling to Infinity: My Life with Stephen. Dikhabarkan, sudah bertahun pihak peroduk merisik wanita penulis buku ini untuk diterbitkan dalam bentuk filem. Akhirnya persetujuan yang menguntungkan banyak pihak, terutama pihak-pihak macam aku yang memang lebih suka tengok FILEM daripada baca buku.



click read more

Kisah cinta yang tidak cliche.  Ini bukan cerita cinta pompuan cantek tapi miskin jatuh cinta dengan lelaki anak dato.  Pastu depa kawen,  pastu ada masalah lepas kawen sebab tak sama taraf.  Apatah lagi cerita kisah wanita yang terperangkap dalam konflik suaminya terlalu perfek.  Dah kalau perfek apa pulak masalah paling perfek yang boleh termuncul?

Kisah cinta antara Jane dan Stephen digarapkan dalam pengkisahan ini sejak pertama kali mereka bertemu di sebuah parti di Universiti.  Cinta mereka mekar,  tapi tidak kondisi kesihatan Stephen.  Perlahan-lahan dia mengalami pelbagai kesukaran untuk bergerak.  Tapi sebab cinta kuat,  Jane sendiri bersemuka dengan bapa Stepen dan menyatakan "I know u might think im weak and not strong,  but i love him and i want to live with him forever," sorry kalau aku transkrip dialog tu salah.  Tapi lebih kurang macam tu la.

Seorang perempuan yang boleh defend lelaki yang dia cintai dalam kesukaran adalah wanita yang paling kuat sekali!!  

Depa terus berkahwin dan mendapat anak.  Pelbagai cabaran yang depa lalui.  Tambahan pulak keadaan fizikal Stephen semakin sukar.  Paling getir sekali adalah apabila Stephen sudah tidak boleh bercakap langsung dan Jane perlu menggunakan papan huruf/warna yang direka khas untuk memastikan mereka boleh terus berkomunikasi.  Bagi aku,  time ni,  adalah tahap yang paling susah sekali bagi seorang isteri untuk pegang board and menahan menanggis dan mengajar suaminya untuk menggunakan board ejaan itu,  kerana itulah satu satunya cara yang ada untuk mereka terus berhubung.



Cabaran lain yang muncul dalam kisah cinta mereka apabila mak mentua Jane mempertikaikan bagaimana Jane boleh mengandung dan dapat anak sedangkan Stephen sudah mengerekok atas kerusi roda?  Aku nak tergelak sebab kalau aku jadi mak depa pun aku akan pertikai benda ni.  Tapi betul kata seorang teman ku,  Dr.  Latiff "Jumie...when its on!  Its on JUMIE!!"

Kisah cinta mereka berterusan tetapi bukan sebagai suami isteri.  Mereka akhirnya berpisah secara baik dan kedua dua mempunyai haluan hidup masing-masing.  Apa yang paling manis sekali adalah,  ketika Stephen Hawking dijemput oleh Queen untuk menerima anugerah khas,  dia menulis surat kepada bekas isterinya Jane untuk menemani beliau ke Istana.

Dia bukan jenis lelaki yang masa muda mudi susah payah dengan bini kerja kuat untuk cari duit dan keperluan dunia,  sekali dah tua,  dah kaya rumah besaq,  duit EPF nak keluar,  habis semua untuk bini muda yang baru kenal 3-4 tahun.

Ini yang paling aku touching sekali sebab gila wehs...lelaki ini menghargai dan mengingat segala pengorbanan dan penat susah yang dilalui oleh wanita yang pernah bergelar isteri beliau.   Depa berdua bertemu dengan Queen.  Pada akhir filem,  Jane dan Stephen sedang menghirup udara nyaman di taman Istana.  Jane bertanya "Apa yang kita dah buat?"

Stepen menulis pada skrin automatik beliau "We created this..." sambil memandang kepada anak-anak mereka yang sedang bermain dengan taman.  

Dan aku menangis keluar air hingus.




Perkahwinan adalah amat sukar.  Berapa kali hang terpikiak dalam kepala otak hang that u just want to step out of it because u think u just cannot handle it.  Kepada pasangan yang sampai ke tahap ini,  aku salute kalian.  Bukan satu perjalanan yang mudah.  Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan yang sama berat dan besarnya.

Aku hormat cara Stephen dan Jane berpisah dengan cara yang baik.  Tidak semua orang mampu buat macam ni.  Ada juga orang yang lebih rela hidup dengan hati tidak damai,  walaupun telah bernikah dengan suami baru,  ada anak yang comel dan beli rumah baru yang cantek,  tapi dendam dan amarah masih pada bekas suami.  Bila ditegur,  depa kata "Ampa tak faham perasaan aku?" Yes,  memang aku tak paham.  Tapi melihat hang dengan perasaan amarah pada bekas suami itu adalah amat menyengsakan sekali.

Satu lagi yang aku belajar dalam cerita ini adalah tak kisahlah hang ni ada degree ka,  ada master ka,  ada PhD ka ataupun saintis terpaling hebat di dunia seperti Stephen Hawking sekali pun,  hang tetap manusia.  Dan by mean bila kata hang manusia,  hang pasti tidak dapat lari dengan sifat sifat manusia yang tidak sempurna serba serbi.  Sapa yang tengok filem ini akan faham,  perihal Dr.  Stephen Hawking melanggan majalah porno?

Tahniah kepada Eddie Redmayne yang berjaya mendapat anugerah pelakon terbaik dalam Oscar melalui lakonan beliau dalam filem ini.  Ya,  selayaknya u olls patut menang.  Aku sendiri rasa macam tengok Stephen Hawking sendiri yang duk berlakon dalam memoir ini.
Felicity Jones juga adalah brilliant.  Wajah manja tapi mata yang tajam itu membuatkan lakonan Eddie semakin kuat.  Sapa yang pernah berlakon pasti tau,  u really need a strong counter partner untuk keluarkan lakonan yang sama kuatnya.

Kepada pompuan sekalian,  masih bermimpi dalam skrip SUAMI KU ENCIK PERFEK?



Kiri gambar sebenar pada hari perkahwinan Stephen Hawking dan Jane.  Dan kanan adalah gambar lakonan Eddie dan Felicity.

Kawan Yang Keliru

$
0
0
* ini adalah mesej persembangan antara aku dan seorang sahabat,  dia seorang lelaki.  Aku tak expect nak dapat mesej ni.  Roslan bukan nama sebenar.



Roslan  :

Jadi pondan lg bahagia dari jadi lelaki keliru,kawin jugak...



click read more


Jumie :

hahah
hang keliru kaa????


Roslan :

Kdng2


Jumie :


siriesly kaa hang jangan prank aku babi


Roslan :

Betoi laaa.aku baru pas baca buku ni..besalah,dok feelinggggg...


Jumie :

hang pernah suka kat laki ka???
kaaa feeling feeling jaaa
hang taste kat sapa???? LAKI AKU? hahahaha


Roslan :

Penah kapel ngan laki dulu....
Ak x taste kt kwn2 laaaa


Jumie :

yakaaa
siriesss
hang virgin dak???


Roslan :

Dh la.jgn tnyaaa..hg suka korek2..
Bye


Jumie :

hahaha
sapa suruh hang open up kat aku
hang dah lobos kan???
hahahaha
awat hang diam!


Roslan :
.....
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live