Assalamualaikum Jumie,
My name is Amran. Sudah berumah tangga selama 4 tahun. Saya malu nak cerita mengenai rumah tangga saya sebab benda ini mengaibkan. Tapi saya tergerak hati untuk just try my luck e mail kat Jumie.
Macam ni la Jumie. Isteri saya lebih tua 5 tahun dari saya. Kami berkawan sejak di universiti. Dari kawan-kawan, last sekali sampai ke jinjang pelamin. Dia yang banyak support me dari segi moral to do well in my study when I was in university.
Untuk pengetahuan Jumie, kami berdua bertugas dalam bidang kerjaya yang sama (pentadbiran kewangan) namun di syarikat yang berbeza. Dari segi gaji of course la dia lebih tinggi gaji from me. In term of wealth juga, dia lagi berharta dari saya (landed property, berkereta mewah, emas permata dan sebagainya). Harta saya hanyalah kereta buatan malaysia, motor 100 cc and rumah apartment yang kini disewakan. Sebab saya duduk rumah dia.
Tapi kan Jumie, my wife seorang queen control. I think sesuai untuk kata yang she is a dominant in our relationship. Dia sangat particular about her career and her look. Mula-mula kawen semua ok. Tapi now dah KO kot. hahahaa..
Kitaorang tido in different room sebab dia kata tak tahan saya berdengkur and dia rasa tak bole tido if ada orang di sebelah (funny but I dunno). Saya penah tanya kenapa she said that? Dia kata, Bratt Pitt and Angelina Jolie do the same thing. (pandai menjawab wife aku ni).
Selain daripada itu, nafkah batin memang dah tak der la. Sebab dia selalu penat and have no time to be with me. Bila saya mintak dia akan kata saya ni tak faham dia la. Just think about sex saja la. Tak respect dia as women la. Macam-macam. Saya malas nak argue, baik aku masturbed lagi senang (jujurnya I am masturbating to satisfy myself).
Selama 4 tahun kawen ni, she never ever congratulate me for my successful. Everything about her. Seriously. Saya jenis malas nak argue. Malas nak bising-bising. Better diam and blah kuar lepak ngan member. Adakah dayus aku ni Jumie sebenarnya?
Mesti you think I contribute nothing to her in term of financially. All the bills paid by me. Dia hanya bayar duit rumah dia, kereta dia and all her personal things. Jujur ye nak cerita, she asked me (husband dia) to pay RM 1000 per month as rental. Selama 4 tahun aku simpan rahsia ni and hari ni aku citer kat ko Jumie.. hahahah...
FYI we have no kids sebab dia tak nak kids cause nak focus on her career. Bagi aku pulak, aku tak kisah ada ke tak sebab aku tak rasa aku mampu jadi ayah yang baik if wife aku sendiri pun tak respect aku. So Jumie, dayuskah aku ni?
Sebenarnya sekarang aku dah tak der sayang langsung kat wife aku. Aku just be her husband (ye ke husband). Rutin harian kami senang je. Pagi breakfast sama. Malam balik keja aku gi gym and lepak dengan member. Dia balik at 11pm. Sampai rumah aku tengok TV dia masuk bilik mandi and supper berdua for a while, she told about her problem and tido.
Weekend lak dia akan busy with her friends. Aku pegi gym, balik makan tido main game kuar jumpa member or jalan sorang2. Aku tak rasa mcm aku ni ada wife pun sebenarnya. hahaha...
Jumie, should aku end this marriage? Apa reason should aku bagi? Aku tak sampai hati nak memalukan wife aku depan family aku or even depan her family. Semua orang ingat we are loving couple. Tapi hakikatnya aku sorang je yang tau..
Jumie, aku tanya hang pun sebab aku tau hang seorang yang pemarah kepada husband hang kan? hahaha. Tapi aku dapat rasa yang hang sayang dia sangat-sangat. betoi tak? (Just recover ur blog for the past 3 weeks and I have read all the entries since the beginning of the day until now.) Macam aku ni aku tak tau la dia sayang aku ka dak. Aku rasa dia tak sayang aku kot. Sebab bila argue dia akan kata "I do not fucking care about what is going on to you. I am tired of everything...'
Jumie, adakah itu hint memang dia tak mau dah kat aku dan dia nak aku ceraikan dia?
Tapi Jumie, I know she is weak actually. Life dia hari-hari with problems, issues and everything of negative energy. Kawan-kawan dia depan dia je kata suka belakang dia I penah dengar kawan dia kutuk dia. Also, dalam family dia pun adik beradik tak suka dia. I pernah dengar rungutan dia about work, about kawan-kawan dia yang back stabber. I tau dia tak kuat. Yes, depan orang lain she is a devil (Macam Devil Wears Prada tu.. hahaha). Yes, dia memang macam tu sebab I have spoken to one of her previous staff.
Cuma itu la, I tak faham why she should behave like that in front of me. I penah la sound dia, tapi itu la at last I have to beralah because she started to cry. Ayooo.. air mata wanita seriously bole buat lelaki jadi lemah lutut.
Jumie, kalau aku bercerai kan aku nak blah dari sini.. Aku malas nk menjawap soalan dari reporter-reporter kampung. Nak menjawap mak aku, akak-akak aku.. mak cik-makcik aku.. Aku nk blah pi Australia ka mana-mana ka..
Jumie. I just want to settle everything baik-baik. If dah tak der jodoh. Tak der jodoh dah la. I have tried communicate with her. But failed. Also, for your information, I dah buat istikarah semua since last month hope to get some ideas. Rasanya memang dah takder jodoh kot….
However, I still nak tau pandangan you from the eye of women. Ntah la Jumie. I am lost actually. Seriusly, kalau something happened to my marriage I am gonna to take a break for a while. Pi jalan-jalan tenangkan fikiran. My patience dah above the limit Jumie. I can't.
Jumie.. Hang tau betapa aku lonely and stress dengan bini aku, aku selalu call befrienders cakap dengan depa. Tapi yang entertain call semua jantan pastu tak kawen lagi pastu ada hati nak nasihat kat aku.. hahaha…Sekarang ni aku nak tanya hang.. Aku tau hang jenis ikhlas dan berterus terang... Tolong aku Jumie...
Thanks. Aku memang berharap jawapan dari hang..
Ps/ Jumie, thanks sudi baca. Aku doakan kesejahteraan hang dan laki hang and keluarga hang di dunia dan di akhirat. Aku tak mampu nak balas jasa hang if hang reply aku. Tapi kalau hang nak aku belanja makan sedap-sedap punya aku no hal.. Bole je.. Hang habaq ja bila hang nak..
Hello Amran,
First of all terima kasih sebab share this story dengan I olls. Selepas membaca emel u olls ini, I olls punya duk gelak. Haram betuilah aku ni punya garang kat suami, walaupun hanya dalam penceritaan dalam blog, tapi orang memang duk rasa yang aku garang dengan suami aku. Oh Khafi, kalau abiang duk stalk blog Ya hari ni, mintak mahap na, satgi balik kita cium kuat kuat.
But you see, all this talk in your email make me realized that 'aku ni sebenarnya garang kat suami'. Tak tersinggung, tak menafikan, aku realized dan aku mengaku apa yang hang kata pasai aku ni 'garang' adalah betul.
Aku rasa dalam apa sahaja masalah di dunia ini, perkara paling pokok sekali adalah 'realized'. Bila kita 'realized', barulah kita boleh pikiaq cara untuk atasi masalah itu. Dalam kes hang, aku rasa, hang sorang sahaja yang duk 'realized' masalah yang sedang ampa hadapi.
Sorry aku amik masa yang agak lama untuk membalas emel hang ni sebab aku amik peluang untuk tanya pendapat beberapa sahabat tentang hal ini. Untuk pengetahuan hang, aku juga refer dengan suami aku. Semuanya jawapan dan pendapat depa akan cuba aku garapkan seperti dibawah ;
Syahbas Betta!!
Aku nak ucapkan tahniah kepada hang. Sebab after semua yang hang hadapi, hang memang jaga maruah dan aib your wife. Kalau orang lain, mungkin tentunya dah pi tabur semua cerita keburukan isteri kepada teman-teman or keluarga dan lebih teruk menjalinkan hubungan dengan wanita lain dan menceritakan kisah tak elok bini tu. You are not like that, and because of that, for me, hang bukan dayus.
Aku baca-baca banyak kali emel hang ni, aku rasa macam kesian pun ada. Aku selalu cerita dalam blog aku tentang 3 benda asas yang paling penting dalam perkahwinan, 3 benda ni adalah 'kitab' yang aku pegang sendiri. Semua pasangan yang berkahwin perlukan, pertama DUIT, kedua SEX and ketiga HORMAT. Jaga tiga benda ni, alhamdulillah kita aman damai.
Dalam hal hang, aku rasa hampa dorang hanya ada yang pertama sahaja. Yang kedua dan ketiga tu takdak. Sebab tu hang rasa tak balance.
So hang jangan duk rasa down and rasa macam diri hang jahat sangat semata-mata sebab hang dah onani (hare macam perkataan majalah Variasi) ka apa ka. Siriesly, daripada hang duk pi buang ayaq hang kat cara-cara tak elok (ada skendel ka apa ka), baik lagi hang 'cekcap' sendiri.
Aku jugak suka the fact that hang boleh gelak-gelak dalam penceritaan hang. Walaupun hanya melalui penulisan, tapi aku dapat rasa yang hang masih mampu tersenyum dalam menghadapi cabaran ini. Aku tak tau la hang sedar ka dak? Sebenarnya hang sedang teraniya dalam perkahwinan hang sendiri hang tau dak?
Yes hang memilih untuk berdiam, tak mau bising-bising. Tapi sampai bila u olls? U have to move on. Bukan hanya untuk diri you, tapi untuk isteri u olls juga.
Trouble With The Queen
Seperti yang aku cakap di atas tentang realization. One thing yang wife hang tak realize lagi adalah dia sekarang hidup sebagai isteri bukan sebagai seorang individu. Macam mana nak dapatkan realization tu? Jawapannya apabila kita tengah susah. Bila kita susah, baru kita nak cari jawapan dan berusaha untuk atasi kesusahan ini.
Dalam kes ni aku tengok, hang sorang saja yang susah. Sebab tu hang yang sampai sanggup emel kat aku bagai. Wife hang tak rasa susah lagi. Maybe kesenangan yang Allah kurniakan pada dia, dia jadi 'buta'. Maybe lani, isteri hang ada segalanya, status, harta dan kecantikan. Sebab tu dia duk 'buta' sat.
Tiba-tiba aku rasa macam bersyukur pulak sebab aku mampu pakai kereta Viva sahaja.
Dalam kes-kes lain, selalunya orang luar yang akan memberikan tanggapan kepada si isteri bila tengok si suami terlalu sayang dan taat pada isterinya. "Detu serr wehs...style takut bini gila-gila babi. Queen control la tu," kata teman-teman sekeliling. Padahal, si suami memang baik hati sayang gila kat wife sampai apa benda semua dia nak tolong buat untuk bini dia.
Sorry sangat aku nak lari topik, tapi mungkin apa yang aku nak cerita ni boleh dikaitkan dengan apa yang kita duk sembang ni. Banyak kali orang tanya kat aku "Pasai pa hang suka kawan dengan Ponen?" "Kawan Jumie memang semua ponen...ada ka dia kawan dengan pompuan?" Ini adalah merujuk kepada diri aku yang biologically sangat senang nak rapat dengan golongan LGBT.
Selalunya aku akan memberikan jawapan cliche "Aku suka kawan dengan depa sebab depa meriah dan seronok." Sebenarnya aku sangat suka berkawan dengan golongan maknyah dan gays kerana depa semua adalah insan yang jujur. Mungkin kerana kesusahan dan desakan masyarakat yang sering depa hadapi membuatkan depa tampil lebih berani dan jujur. Depa tidak memuji semata-mata untuk menyedapkan hati kita. Depa tak mengutuk semata-mata dengki. Dalam erti kata lain, semua pengalaman aku bersama teman-teman maknyah dan gays telah menjadikan warna hidup aku lebih bermakna.
Tidak semua wanita mempunyai peluang dan kesempatan yang aku miliki. Sebab itu, ramai wanita hidup dalam angan 'puteri' yang depa cipta sendiri dalam kepala otak depa. Depa dah set dalam kepala otak depa yang depa selayak-layaknya berhak mendapat semua layanan terbaik daripada semua orang tanpa memikirkan perasaan orang-orang yang sayang kat depa dan yang paling serr depa suka feeling suci. Nakharam semua ni.
Contohnya, baru-baru ini dalam bicara bersama teman-teman POMPUAN aku, tiba-tiba sorang ni menceritakan tentang masalah rumahtangganya. Bila kami bagi cadangan dan juga ideas untuk dia 'panaskan' kembali hubungan depa, haram dia buat muka tak puas hati kat kami seolah-olah dia terlalu suci untuk terima all this 'nasty kinky' ideas. Nakharam la aku masih ingat muka dia lagu mana. Tapi kesimpulannya, kawan pompuan I olls ini sebenarnya dia hanya nak....HUSBAND DIA BUAT SEMUA BENDA KAT DIA. Dia tak perlu usaha apa-apa. Dia juga masih lagi dalam berpegang kepada idea kolotnya iaitu "kalau aku yang beli apa untuk suami aku...its like aku yang tanggung hidup dia".
So all Im trying to say is that, yes some woman can be very BITCH sometimes. Including your wife. Sorry.
Niat Nak Berkahwin
Aku petik kata-katak kawan aku, nama dia Kak Mah. Dia ni kawan baik aku. Baik kakak ni, orang Sungai Petani.
"Kita sebagai orang Islam, haruslah hidup berlandaskan Islam (Al Quran dan Sunnah). Jangan lupa, perkahwinan itu adalah Sunnah. Takkan kita nak mensia-siakan perkara sunnah yang telah kita dirikan. Sesungguhnya seindah-insah hiasan itu adalah wanita solehah. Wanita solehah itu tidaklah semestinya pakai purdah dan pakai jubah meredam. Antara usaha untuk menjadi wanita solehah itu adalah dengan mentaati suami nya dan melayani suaminya sebaik mungkin. Wanita itu dicipta dari tulang rusuk kiri seorang lelaki. Ia tidak dicipta dari tulang kepala untuk disanjung-sanjung. Tidak pulak dari tulang kak untuk dipijak-pijak. Tapi tulang rusuk kiri, untuk didekati dan dijadikan pasangan (kawan). Tapi kalau dia tidak boleh menjadi seorang kawan kepada kita juga tidak mahu menjadi seorang ibu kepada zuriat kita, untuk apa beliau menjadi seorang isteri?"
Kerlas dak kata-kata Kak Mah ni? Hang cuba bayangkan dia cakap macam ni depan hang dengan gaya Ustazah Bahiyyah. Haaa....kerlas sangat.
So dalam konteks ini, hang tanya balik diri hang? Pasai pa hang nak kawen dengan bini hang ni? Kalau apa yang hang dah pasang dalam niat untuk kawen tu, hang tak boleh dapat / capai apabila hidup bersama dengan isteri hang, mungkin perpisahan adalah jalan yang terbaik. Bukan nak menggalakkan penceraian, matlamat kita di dunia ini adalah mati. Bila kita mati, sebagai orang Islam, of courselah kita nak mati dalam keadaan yang dirahmati oleh Allah. The rest hang rungkaikan sendiri.
Last Kopek
Baguihlah hang dah buat sembahyang istiqarah semua. Nak bercerai bukan benda senang wehsssssssss?? Banyak benda hang nak kena prepare. Secara fizikal dan rohani. Aku harap selain solat istiqarah, solat yang hat wajib hang jangan lupa. Lagi banyak hang doa kat Dia, lagi mudah dan ringan hang akan rasa. Insya Allah.
Tapi sebelum hang nak ambil apa-apa langkah seterusnya, aku nak cadang satu benda kat hang. Apa kata hang ajak dia pi bercuti. Just ampa dorang sahaja. And last kopek punya hang bagi layanan yang terbaik kat dia and at the same time, hang ingatkan dia balik dengan semua benda benda romantis yang ampa dulu duk buat macam bercinta. Mana nak pi tau, tiba-tiba ampa tak jadi nak berpisah sebab ampa dah jumpa cara jalan yang terbaik untuk pulih perkahwinan ampa. Or maybe, kalau betul ampa pun jumpa kata sepakat untuk berpisah, mungkin percutian terakhir ampa berdua ini akan menjadikan perpisahan yang baik tanpa perasaan dendam dan benci.
Penutup
Sekian sahaja sedikit SEBANYAK yang aku boleh kongsi dengan hang. Kesimpulannya, aku tak suka hang berpisah sebab keindahan sesebuah perkahwinan adalah sangat abstrak tapi kalau rumah tangga ampa berdua ini tidak memberi ruang kepada hang untuk grow menjadi lelaki yang lebih baik, Muslim yang lebih baik, just move on bro.
ps/ Amboii nak belanja makan? Nanti nak balik Penang sila roger aku. Pastu aku bawak la 'anak-anak dara' aku jumpa hang. 'Anak dara' aku manih...manih. HAHAHAHAHA mana tau kot ada yang hang berkenan. #anakayamJS
Love,
Jumie Samsudin