Gambar sumber : sarahwbartlett.com
Hello u olls,
Hari ni nak ajak ampa semua untuk bercakap pasai topi-topi dalam hidup. Kita semua kat dunia ini mempunyai banyak topi dalam hidup kita. Topi sebagai pekerja, topi sebagai students, topi sebagai isteri, topi sebagai anak. Topi-topi ini membawa bersama tanggungjawab dan komitmen yang secara tak langsung melibatkan masa dan tenaga.
Contohnya diri I olls, I olls mempunyai banyak topi.
Topi sebagai pekerja USM. Topi sebagai pelakon teater. Topi sebagai make up artist. Topi sebagai penyanyi. Topi sebagai kawan dan sahabat. Topi sebagai adik dan kakak. Topi sebagai anak. Topi sebagai isteri. Topi sebagai penulis blog. Topi sebagai isteri. Yang ini adalah antara topi topi penting yang aku duk teringat setakat ni.
At first aku rasa macam sangat bangga sebab bila sembang dengan teman-teman baru especially, "Oh my God Jumie...u can just do so many things. Ive never met a person who is so talented as you. Just tell me what more can u do?" katanya sambil angkat-angkat kening macam gatai kat aku. Pastu aku pun duk buat lawak lucah kat depan kawan aku tu. Secara otomatik aku baru teringat, oh ya, aku jugak ada pakai topi sebagai seorang pak lawak dan penghibur kepada teman-teman.
Tapi pelan lama, all these topi-topi sebenarnya menenggelamkan aku tanpa disedari. Ingat dak aku pernah cerita dulu macam mana aku punya stress sampai aku tak boleh nak mai kerja? Back in 2013. Aku punya stress sebab aku rasa burn out kat tempat kerja. Lepas aku berpindah office, aku duk rasa lagi all those stress bebanan kerja. So apa masalah aku ni sebenarnya? Sebab tempat kerja aku yang baru ni siriesly adalah jauh lebih best dan happening (kawan-kawan office lama please jangan terasa, tapi kalau ampa kata office ampa best...ampa PENIPU!!) tapi awat aku duk rasa stress dan down ?
Then i realized, (syukur Ya Allah), aku ni sebenarnya exhausted dengan diri sendiri. Terlalu banyak sangat benda yang aku duk buat sampai in the end aku sendiri jadi penat dan takdak masa untuk diri sendiri.
Suami aku yang tak berapa kendu dah lani (sebab dia dah fat) ialah seorang suami yang sangat supporting. DIA TAK PERNAH HALANG AKU NAK PI MANA PUN DAN NAK BUAT APA PUN. Bagi support lagi ada. Tapi sampai satu tahap, dia sendiri pun buat luahan perasaan
"Aku tak mau halang hang sebab hang memang jenis happening. I cannot stop you because this is who you are. Tapi kalau hang dah realized sendiri and decided to be more relax...IM THE HAPPIEST MAN IN THIS WORLD," begitulah lebih kurang kata-kata laki aku. But of course la aku tukar dialog dia ni menjadi lebih orang putih supaya nampak macam dahsyat. Haram laki aku nak cakap English. Detu syle Jawa semua. Kentos!
Macam mana aku boleh realized benda ni? Melalui teman-teman and keluarga yang banyak bagi nasihat. Tapi sudah semestinya, semua tu kena start dari diri sendiri. Kalau 10 orang duk nasihat pun tapi hang tetap maintain dengan attitude kekwat hang, sama macam mencurah air ke daun keladi. Tak akan lekat. Bila kita sendiri yang willing untuk buka hati dan admit kesalahan kita barulah semua ini menjadi terang dan nyata.
Dulu aku rasa aku mampu dan boleh buat segalanya. Namun, kita semua ada limitation dalam hidup. Tak kisahlah siapa pun diri kita, pompuan atau lelaki dan lain-lain. Bayangkan siang aku bekerja, malam-malam aku sibuk practice dan berlakon teater. Hujung minggu aku sibuk make up pengantin, seawal 6 am keluar rumah, 3 pm baru sampai rumah. Ada kalanya di waktu malam, aku attend event dengan para student. Menyanyila apa la. Lepas tu, aku juga selalu active dengan pelbagai program pejabat di hujung minggu. Sat pergi sana. Sat pergi sini. Ampa cuba pikiaq sat masa bila aku duduk rumah? JARANG SEKALI AKU ADA WEEKEND DAN MALAM HARI YANG FREE DI RUMAH.
Ahli keluarga aku tak paham pada mulanya. Depa selalu mengutuk dan mengata aku. Depa kata rumah aku tak bersih dan tak berkemas. Habis tu nak berkemas masa bila? Duduk rumah pun untuk mandi dan tidur sahaja. Depa juga kata macam kesian kat laki aku sebab selalu duduk rumah sorang-sorang. Makan pun sorang-sorang. Sangat sedih bila dengar kata-kata dari orang tersayang ni.
Satu lagi benda negative apabila kita ni macam duk pakai macam-macam topi di dunia ini adalah orang pun tak tau apakah topi utama dalam hidup kita. Sebagai contoh, I say my prime topi is topi sebagai seorang isteri. Tapi sebab I duk pakai macam-macam jenis topi dalam hidup, orang tak pernah dan jarang nampak topi I olls sebagai isteri.
Banyak kali students dan rakan-rakan staf yang baru mengenali berkata "Oh...Kak Jumie dah kawen ka? Tak nampak macam dah kawen pun!!"
Aku pun gelak-gelak gatai. Tapi sebenarnya orang kata nampak aku macam tak kawen lagi bukan sebab aku ni kuruih macam anak dara tapi sebab aku ni bebas dan free willy sangat. Hala....nak ajak jumpa siang ka, malam ka, always available. And aku pi mana pun, aku selalu solo. Tak usung lak pun. So.............bila pikiaq balik, aku jadi down.
Dan apabila kita dah lama pakai topi-topi ni, orang dah terbiasa dah dengan gaya kita. So bila kita start nak membuang all these topi topi dalam hidup ni, of course ramai yang tak paham dan berasa hati dengan kita. Orang akan anggap kita kekwat dan menyusahkan. Tapi bila kita dah buat satu-satu keputusan untuk mengubah ke arah cara hidup yang lebih meletops, so we have to do what ever it takes to make it work. Sekali lagi, aku nak ucapkan terima kasih kepada suami aku yang fat ini.
There are times apabila aku sendiri tak sampai hati nak kata NO kepada orang-orang yang membuat permintaan dalam hidup aku. "Kak Jumie...please...tolonglah...." MACAM MANALAAAAAAAAAAAAAA AKU NAK KATA NO KAT RAYUAN-RAYUAN TU. Kadang-kadang kesian ampa tau dak. Aku faham ampa kadang-kadang bukan nak sangat aku menyanyi tapi sebab aku duk bagi service perrrr dan aku suka berkelakuan macam haiwan so majelis ampa pun jadi meriah. HAHAHAH kan???
Contohnya, pada awal tahun ni lebih kurang bulan Mac I olls dijemput untuk ke Korea Selatan bersama team USM. Macam beberapa tahun lepas I olls pi Australia. Tapi lepas banyak perubahan (part persembahan teater dibatalkan) I olls pun bercadang untuk tarik diri. So i olls pun cakaplah dengan penjemput ke event ni iaitu Azhar Jalil, dia pun dengan berat hati nak kata no kat I olls. Tambahan pulak bila dia kata bayaran deposit untuk I olls telah dibuat. I olls jadi serba salah pulak. Tapi kalau I nak pi pun rasa tak seronok, nak tinggalkan rumah dan kerja for one week.
Yes, memang sapa tak teringin nak pi berjalan Korea secara PERCUMA tapi buat masa ni otak pun duk serabut. Semua benda rasa tak kena. Akhir cerita, my husband take charge, dia sendiri yang call dan cakap dengan Azhar dan explained segalanya. And alhamdulillah, Azhar pun memahami dan bersetuju.
And lepas tu perlahan-lahan banyak event dan program I olls dah tarik diri siap-siap dan now secara perlahan-lahan i dah boleh rasa different. Bukanlah nak kata aku freee sangat sangat tapi Ya Allah rasa macam so happy sebab bila hujung minggu me and En Khafi dah boleh buat satu routine baru iaitu Sunday Breakfast. Kami akan pi mana-mana, Rokwok ka, Taman Tun Sardon ka untuk breakfast. Siriesly, ini menjadi highlight hujung minggu I olls. Macam dulu duk ternanti-nanti malam Jumaat saja, lani duk ternanti-nanti malam Jumaat dan pagi Ahad. AHAHAHAHAH naharrrr.
And bila adik-beradik jemput pi kenduri ka apa ka, Im always available. Ada jugak la duk terlepaih kenduri, tu pun sebab double invitation.
Dan yang lebih meletops adalah apabila kakak I olls bernama Sanita (tauke Kuih Kacang Mazola by Jumiess) membuat announcement dalam WhatsApp group family kami "Wehss...jom pi rumah Jumie lani dia punya rumah dah bersih. Lantai dah kilat," Nahaarrrr la kakak aku. Family kami memang dah biasa lahar melahar. Tapi laharan ini membuatkan aku rasa gembira sebab orang pun perasan perubahannya.
In term of kesihatan pulak, apabila aku dah banyak masa berehat di rumah, aku dah kurangggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg banyak migraine. Bila migraine pun kurang, hasil mutu kerja lebih baik dan EL dan MC pun berkurang la.
At the end of the day, aku belajar dua benda kat sini.
Pertamanya yaitu "The first step on the road to recovery is realizing you have a problem". Alhamdulillah syukur aku sedar masalah aku dan aku bertindak mengikut apa yang sebaiknya. Kalau duk tak sedar-sedar diri sampai bila nak berubah kan? Duk ulang salah yang sama la.
Keduanya, "Jack of all trades, master of none". Maksudnya, orang yang duk rasa dia terror buat macam-macam sebenarnya tak terror buat apa pun. Sembang saja deraih, tapi hasil tak ke mana. Aku meluat dengan orang orang jenis macam ni. Takkan aku nak jadi macam ni. Antara jack of all trades yang aku meluat (dan mesti ampa pun setuju dengan aku) adalah Dato Fazley Yaakob.
Semua benda dia nak jadi!!! Mula-mula penyanyi, pastu pelakon, motivator, lepaih tu master Chef, lani jadi chef dan restaurateur pulaks. Aku berasa perkembangan career dia adalah mengikut trend dan bukan mengikut passion sebenar. Orang jadi penyanyi, dia nak jadi penyanyi. Orang nak jadi motivator, dia pun nak jadi motivator. Orang nak jadi pemasak, dia pun nak jadi pemasak. At the end of the day, orang tetap panggil dia FAZLEY ASMARA INI sahaja.
Sekian sahaja perkongsian I olls pada hari ini. Bukan menjual nilai. Aku sekadar berkongsi apa yang aku lalui.
Love ampa semua!