Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Jawapan kepada Kisah A B C D E F

$
0
0


Hello u olls,

Ini adalah jawapan kepada kisah Kisah A B C D E F yang dikongsikan seorang pembaca bernama Ms.  Gusarina.  Siriesly cerita tu memang best kot baca,  biarlah panjang berjela-jela tapi kalau dikembangkan menjadi skrip memang best kot.  Never ending story of kisah hati hati yang tak damai dan tidak damai dalam mencari makna dalam epilog cinta.  GIIICHEEEEEWWW.....

Sapa yang tak baca lagi kisah kat atas tu,  ampa pi baca dulu baru ampa akan feel membaca jawapan dari i olls kat sini.

So here is my jawapan.  I olls nak bagi pendapat 2 karakter penting dalam cerita ni,  actually semua watak-watak A- F ni penting,  tapi i just want to say things about A dan F.  And then terus menjawap soalan-soalan penting from Ms.  Gusarina.  Sapa-sapa yang rasa ada komen dan cadangan,  boleh juga share kat ruangan komen kat Facebook / blog.  Insya allah,  Ms.  Gusarina akan membacanya.  


click read more



Manusia Spisyis A
Soalan i olls yang pertama?  Manusia ka?  Yes,  A ni masih lagi manusia berkote.  Tapi sayangnya dia ada kote,  tapi dia takdak akal.  Sapa yang kontrol hidup dia?  Nafsu dia.  Mesti kita semua pernah terjumpa orang spisyis macam A ni.  Siriesly aku habaq kat ampa,  orang macam A ni kesian kot hidup depa,  depa tak akan pernah puas dengan apa yang depa ada dan dapat.  Hidup depa penat mengejar untuk mendapatkan sesuatu.  Tapi once dah dapat benda tu,  depa terus boring dan depa akan tercari-cari cara nak cari yang baru.

Malangnya,  apa yang depa nak cari tu adalah lubang puki.  Kalaulah yang depa nak cari tu adalah lubang duit,  tentunya orang spisyis A ni dah kaya gila babi dan boleh taja TV3 buat AJL 2016 lawan Dato Seri Vida.

Aku pernah tengok movie pasai orang macam A ni tapi aku lupa cerita tu tajuk apa.  Nanti kalau aku jumpa aku share kat ampa semua kat Facebook.

Kesiannya kat orang macam A ni sebab depa tak boleh nak cari damai kat hati.  Sebab tu dari sehari ke sehari dia kena terus mencari.  Kesiannya juga adalah kepada perempuan-perempuan yang dia jumpa along the way ni.  Sebab A tak pernah anggap perempuan-perempuan ni sebagai manusia,  dia anggap sebagai satu alat untuk melepaskan misi nafsu dia.

Takdak apa yang kita boleh buat kat orang macam A ni.

Tapi kalau kata kita come across dengan laki jenis A ni,  siries aku nak habaq kat hang cara yang paling terbaik adalah TAK PAYAH NAK LAYAN LANGSUNG.  Sebab walaupun ampa balaih balik kat dia secara sinis / secara ala-ala malah walaupun secara makian pun,  pastinya bagi orang macam A ni,  maknanya ampa kira layan dia!!!!


Manusia Spisyis E
Orang jenis spisyis E pulak aku panggil sebagai sendu.  Duk feeling cinta kemaruk sampai sanggup menggadaikan maruah diri dan korbankan semangat setia kawan.  Aku rasa A mesti menggunakan ayat manis tahap semut makan pun boleh kena kencing manis, tu yang sampai E boleh blinded by love macam ni.

Perempuan ada banyak soft spot dalam percintaan.  Kesunyian,  perasaan rendah diri,  persaingan,  perasaaan SHIMA TERINGIN....lelaki pun ada perasaan-perasaan ni tetapi perempuan deal dalam cara yang berbeza.  Dan mungkin kerana spot-spot inilah A telah berjaya mengalahkan E.

Tapi yang paling aku sedih kat sini apabila E ni langsung boleh membelakangkan sahabat dan kawan-kawan demi si A yang dia baru kenal sahaja. Bab ni memang aku terpaksa kutuk dia sebab hidup di zaman 4 tahun sebelum Wawasan 2020 ni mana boleh ada ayat "Aku tak boleh hidup tanpanya" dalam kamus hidup seorang wanita.

Kawan aku yang laki dia mati dalam kapal terbang yang kena tembak dengan pengganas pun boleh ja hidup bahagia lani tak kacau hidup orang?  So apa alasan hang E,  hang tak boleh ka hidup tanpa lelaki durjana ni.

Satu benda yang orang sendu takdak adalah keberanian.  Depa takut nak ambil satu keputusan yang depa tau adalah yang terbaik dalam hidup depa,  tapi depa lani apa yang depa nampak adalah depa lebih suka hidup dalam kancah cinta tak kemana tu.  Inilah yang kita panggil sendu.



Soalan From Gusarina
"Patut ka saya dan kawan-kawan confront E lagi? C kata,  biarkan E sebab E dah besar dan ada otak. Ada kawan mintak saya doakan yang terbaik dan support kawan saya ni sebab mana tau kot kot si A dah berubah jadi ustaz.  Depa kata ~U have to support your friend even you don't support their situation."

Pada pendapat I olls,  TAKPAYAH NAK PI CONFRONT dah si sendu ni.

1.  Ampa dah pernah confront dia sekali sebelum ni.  And hello!  Bukan senang kot kita kawan-kawan nak dapat kata sepakat nak hadap dia and berterus terang dengan dia.  The truth is always the hardest.  Walaupun ampa beramai dan dia bersorang,  tapi bukan senang nak lafazkan apa yang ampa nak lafazkan kat dia  walaupun hakikat benda tu adalah untuk kebaikan dia jugak.

And dia langsung tak hargai usaha ampa tu siap tuduh ampa sebagai jahat dan bersangka buruk kat dia.  And sah-sah dia TIPU seketoi kat muka ampa.  Dia kata dia takdak apa - apa dengan A padahal masa tu dah berapa kali dia buat fon sek dengan A ampa tau?

Dia baik macam mana pun,  dia takdak semangat setia kawan.  Buat apa lagi ampa nak tolong kawan macam ni?


2.  And pasaipa ampa nak susah payah untuk buat confrontation part II.  Hangpa ingat kalau kali pertama ampa gagal nak convince dia,  kali ni ampa akan berjaya ka?  Siriesly aku cakap kat ampa,  the only way untuk ajar si sendu ni adalah,  biarlah dia jatuh sendiri dalam tahi tahi yang dia berak,  pastu bila dia dah jatuh dalam lubang taik tu,  and dia nak mintak tolong ampa,  ampa jangan tolong,  ampa baling taik-taik ampa pulak kat dia.  Baru dia ada akai.  Mulai sekarang,  sila berak dalam beg plastik and simpan.  Sebab the day will come bilamana si sendu ni akan mai dalam penuh kekesalan.


3.  Bila kata hang nak biarkan dia,  bukan bermakna hang support hubungan depa.  Aku setuju dengan apa hang emel kat aku,  kalau dah sekali hawaq,  sampai bila pun hang akan hawaq.  Apa bukti si A tu dah berubah jadi ustaz?  Setakat duk posting ayat-ayat Quran and Hadith kat wall Facebook hari hari tidak memberikan hang status alim ulama.

My advice is,  kalau dia sendiri tak mau tolong diri dia,  pasai pa hang pulak nak pecah-pecah kepala nak pikiaq pasai dia?  Dalam kes cerita hangpa ni,  lagi la sah-sah E ni tau semua cerita hang.  Bukan dia baru saja kenal A tu.

Hang pun dah berlaki lani,  why not ampa tumpukan perhatian pada hidup ampa laki bini.  Buat anak,  buat duit,  buat pahala.  Takpayah duk pikiaq pasai si sendu ni boleh dak?

Memanglah hang kawan dia,  hang punya semangat setia kawan pun masih ada untuk dia,  tapi semua benda pun ada limit.  Hang dah buat yang terbaik untuk dia sebagai kawan,  dia?


Sekian sahaja coretan panjang aku untuk Kisah A B C D E ni.  Kepada semua kawan-kawan yang baca blog aku hari ni,  aku doakan kita semua dan anak cucu kita tak jatuh dalam kategori A dan E dan tidak terjatuh dalam kancah cinta A dan E ni.


PS/  Terima kasih Ms  Gusarina.  Semoga pengalaman ini membuatkan hang lebih menghargai kasih sayang hang yang miliki sekarang.  Kim salam kat laki hang yang elok tu.

Kerlas Rumah Dato Seri Vida

$
0
0


Dua malam sudah, aku duk layan nak tidoq, sekali laki aku mai dalam gelap bawak phone. Cahaya terang masuk bilik. Aku ingat dia nak bawak berita apa la saspen makan-makan lagu ni. 
"Sayang...hang tengok ni...." (Cewaaah...laki aku panggil aku sayang. Saja la nak bagitau kan)

"Tengok padia?"

"Ni rancangan ala ala The Crib kat rumah Dato Vida,"

"Errmmmpp....nak tidoq la. Bisok la tengok,". Aku pun tidoq teruih.

Hari ni, dah habis semua waktu office, before aku balik, aku pun teringat video Dato Vida yang laki aku cerita semalam. Aku pun gigih cari video tu dalam YouTube and jumpa.

Selama 15 minit tu aku terlopong like siriesly ternganga. Wanita Marhayam ni memang lain dari yang lain. Dia dah transformed diri dia 100% menjadi " brand" untuk produk dia. Aku harap segala yang dia tunjuk ni, boleh jadi suntikan semangat untuk sapa-sapa yang nak jadi kaya!!

Berikut adalah beberapa point form pendapat aku setelah menonton video dia ni :

1. Mak ayam ni percaya and mengamalkan fengshui untuk berjaya.....kerlass!!

2. Dia ada koleksi crown yang melampau-lampau dan semuanya mempunyai sijil sebab memang diperbuatkan daripada real diamond. Gila.

3. Dalam koleksi beg tangan dia, ada jugak beberapa LV tapi dia tak pakai. Sebab apa? Sebab takdak bling-bling. Kalau takdak bling-bling dia rasa malu nak pakai. Boleh?

4. Kereta LEXUS 4wd hang menjadi idaman ramai orang hanya dipakai oleh beliau untuk pergi ke pasar.

5. Rumah baru dia nanti ada 4 tingkat dan mempunyai panic room.

Sekian sahaja. Aku hope dapat jumpa pompuan ni satu hari and nak mintak dia duit sikit. Tak mau banyak, cukup-cukup buat bayar utang itu ini so that aku boleh berhenti kerja and tulis blog secara full-time!

K bye!!


Sapa tak tengok lagi video tu,  boleh click read more







Depan rumah Dato Seri Vida ada ayaq terjun ala ala Jepun. Dia buat tu sebab percaya kalau nak fengshui elok bubuh ayaq terjun depan rumah maka air mengalir tu symbolizes rezeki yang mengalir tanpa henti. Lani semua orang nak bubuh air terjun depan rumah, yang rumah flat pun akan gigih beli barang-barang kat kedai aquarium bubuh la ayaq terjun kecik pakai elektrik tu depan coridor.

Aku pun bagitau laki aku, "Kita patut buat ayaq terjun depan rumah kita,"

"Hang tak payah nak buat ayaq terjun nak tiru dia. Kita ni lagi meletops. Depan rumah kita ada busut hidup teruih. Kita boleh buat business, sapa-sapa nak mai mintak nombor ekoq kat busut ni. Kita cas......"

Memang betui depan rumah aku ada busut. Kakak aku pernah kata nak hire contractor buang semua busut and pokok kat situ. Kasi clear.

Sekali malam tu, kakak aku mimpi ada tangan hitam penuh bulu mai pegang kaki dia masuk dalam busut tu. Sejak tu, kami tak berani nak 'tegur' busut tu lagi.

Aihh....cerita seram la pulak!!!!

Pakej Pelancongan Ho Chi Minh bersama Glocal Travel & Tours (Penang Branch)

$
0
0
Pakej Pelancongan Ho Chi Minh bersama Glocal Travel & Tours (Penang Branch)
4 Day 3 Night 



Price for Adult MYR1400 per pax 
(11 year old up) 
Package Included 
Meals in program
Hotel accommodation 3 Nights 
Tour Guide 
Ground transportation 
Flight


BOOK NOW
Airidza Abdullah Mansor
Sales Executive,
Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd. (Penang Branch)
www.glocal.com.my
+60193361208
Facebook Page  :  Glocal Penang  


click read more for details



Day 1: Ho Chi Minh
  • Pickup from airport 
  • Check in Hotel 
  • Free and Easy shopping at Ben Thanh Market, Saigon Square. 
  • Dinner at Halal Restaurant
  • Free and easy shopping at night market



Day 2: Ho Chi Minh
  • Breakfast at Hotel (Halal) 
  • Visit Mekong Delta 
  • Lunch at Muslim Mosque Mekong + solat 
  • Shopping at Wholesale Market, China Town
  • Dinner at Halal restaurant
  • Free and easy shopping at night market




Day 3 : Ho Chi Minh
  • Breakfast at Hotel (Halal) 
  • Visit Cu Chi Tunnel 
  • Lunch at Halal restaurant 
  • City tour to Centre Post Office, Notre Dame, Mosque, War Museum, Hard Rock Cafe
  • Dinner at Halal restaurant
  • Free and easy shopping at night market




Day 4 : Ho Chi Minh
  • Breakfast at Hotel (Halal) 
  • Free and easy shopping at Ben Thanh Market, Taka Plaza, Saigon Square, all boutique around Ben Thanh Market, sport centre 
  • Check out Hotel and depart to airport ... Balik KaŵpuŶg





Price for Adult MYR1400 per pax 
(11 year old up) 
Package Included 
Meals in program
Hotel accommodation 3 Nights 
Tour Guide 
Ground transportation 
Flight


BOOK NOW
Airidza Abdullah Mansor
Sales Executive,
Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd. (Penang Branch)
www.glocal.com.my
+60193361208
Facebook Page  :  Glocal Penang  

Victoria Secret Fashion Show 2015 Part 3

$
0
0
ICE ANGELS
This theme is fun sebab dia punya kepak lagi meletops.  Berasaskan bentuk kristal salji yang unik.










click read more



























Wonder Bra
Wonder bra tahun ini di pakai oleh Lily Aldridge yang keluar dalam segmen tema terakhir untuk fashion show ini iaitu tema FireWorks.  Rekabentuk WonderBra tahun ini juga berasakan percikan bunga api yang bersinar dan bewarna warni.  Menggunakan 6,500 butir batu permata berharga yang terdiri daripada 14 jenis permata termasuk red garnet, blue topaz, yellow sapphire, dan pink quartz - dan diikat menggunakan emas 18 karat.  Coli ini mengambil masa lebih daripada 685 jam untuk dihasilkan.







FIREWORKS
Tema ini adalah tema penghabisan dan aku rasa tema ini adalah paling meriah dalam semua semua tema.  Ala-ala percikan bunga api u olls.  And kat sinilah baru nak nampak design kepak yang lebih meleps u olls.  Bunga api rocket ada,  mercun katak ada,  bunga api batang merah ada.....Yang lain-lain tu semua macam dah pernah tengok sebelum ni.


























Victoria Secret Fashion Show 2015 Part 2

$
0
0
EXOTIC BUTTERFLIES
Antara banyak-banyak tema,  aku rasa tema ni yang aku suka for this year.  Like tahun-tahun lepas depa gunakan tema burung,  kali ini depa tukar kepada butterfly pulak.






Click read more






























PINK USA
Tema ni tiap tiap tahun depa buat sebagai sokongan kepada campaign kanser.






















Victoria Secret Fashion Show 2015 Part 1

$
0
0


Hello u olls,


YEAAAHHHH!! Victoria Secret Fashion Show 2015.  Memang eksaited menantikan show untuk tahun ini.  Show ini adalah satu persembahan yang dirakam awal (pre-record) pada 10 November di Lexington Avenue Armory,  New York City dan akan ditayangkan nanti di Astro Star World somewhere Krismas.


Tapi bila dah tengok the real show yang ditayangkan semula on TV pada hari Krismas hari tu,  aku rasa macam hampeh.  Tak best pulak.  Semuanya macam takdak yang special.  Muka-muka,  tetek-tetek dan pungkok-pungkok yang sama (i mean the models....) yang lainnya ada adik Kim K la tahun ni si Kendall meleps tu.  Katanya,  Kriss and Kaitlyn dua dua mai support anak depa tengok show ni.  Kerlas....


Pastu tema-tema wings yang disusun dan direka dan dipakai for me takdak la amazing apa sangat.  Macam pernah tengok semua-semua tu tahun lepas-lepas.  Persembahan pun very the biasa-biasa jer.  Lagu-lagu yang depa nyanyi pun macam tak best untuk show....lagu lagu macam sendu.  Siries!!  Tambah-tambah masa Salena Gomez nyanyi...siries deni tak boleh nyanyi live langsung.


Paling sedih,  Wonder Bra untuk tahun ni. Sangat tak meng-wonderkan.  And Lily Aldridge  sebagai model yang pakai Wonder Bra sangat tak best........macam tak menyerlah pun!!!  For me baik bagi kat Behati Prinsloo sebagai pemakai Wonder Bra.  Baik amik Kaitlyn Jenner u olls....harus kebang bomm...


Terus mak macam tak berapa semangat nak tengok show depa.  Masuk 30 minit terus rasa macam boleh main-main game gitu sambil tengok TV.


Kalau sapa tak tengok,  ampa boleh tengok kat Youtube macam kat bawah ni.




Okaylah jom tengok gambar ja.



BOHO PSYCHEDELIC
This is the opening show.  Lebih kurang sama macam last year.  Ada koleksi yang dipadankan dengan boot tinggi dan ada yang dipadankan dengan straps heels.  Kemunculan pertama Kendall Jenner mendapat tepukan meriah daripada penonton.

































PORTRAIT OF AN ANGEL





































Read here : Dailymail.co.uk and www.victoriassecret.com/

Ulasan Fesyen Red Carpet Golden Globe 2016

$
0
0
Hello u olls,

Majlis Anugerah Golden Globe telah berlangsung pada Ahad,  10 Jan 2016 yang lalu di The Beverly Hilton in Beverly Hills, California.  Majlis anugerah ini menjadi pembuka untuk minggu anugerah di Hollywood untuk tahun 2016.  Lepas ni Grammy,  Academy Awards dan segala maknena lain akan menyusul.

Golden Globe bukan sahaja memberi penghargaan kepada pembikin filem malah untuk pembikin rancangan TV di Amerika Syarikat.

Jom kita tengok fesyen-fesyen yang dipakai oleh retis yang menghadiri majlis red carpet untuk acara ini.  Yang mana-mana terlepaih pi after party sahaja I olls tak review kat sini okay.

Meletops
Kategori pertama ini adalah fesyen yang digayakan oleh selebriti di red carpet event ini yang i olls rasa adalah meletops.  Kerana depa berani mencuba sesuatu yang baru pilihan depa boleh mencetus kepada trend terkini tahun 2016.


Cate Blanchett in Givenchy Haute Couture
Sempena Tahun Baru Cina,  Cate Blanchett membawakan gaya yang sungguh eksklusif ala-ala tanglong u olls.  I sangat suka dress ini dan boleh dikatakan paling suka walaupun dalam sesetengah review,  pakaian ini dikatakan antara yang paling huduh.  Dah nama pun couture kan,  haruslah pelik pelik sikit u olls.  I sangat salute kepada pembikin dress ini kerana pandai membuat placing benang-benang menjatuh tu membuatkan bentuk dress ini jadi lebih unik.  Tapi sapa-sapa pembela kucing,  ampa jangan berangan nak pakai dress ni.  Sekali ampa duk ketwok,  kucing ampa nanti duk sibuk nak terkam benang-benang tu.


Click Read More




Lady Gaga in Atelier Versace
Meletops mak ayam ni sebab berjaya menang anugerah untuk persembahan beliau dalam American Horror Story.  Kerlas sangat mak ayam kita jadi vampire macam mana ka.  Sesuai dengan penampilan malam ini,  baldu hitam mewah dipotong ringkas tanpa sebarang maknena labuci ka apa ka yang menyemakkan.  Apa yang menarik pada dress ini adalah potongan dan pemakainya.



Taraji P. Henson in Stella McCartney Couture
Mak ayam ni badan dia meletops!!!  Dia bukan macam badan-badan wanita black yang selalunya terlalu menggiurkan sampai pakai baju apa pun nampak macam 'memanggil'.  Badan dia just nice.  Dia ada tetek,  ada pungkok.  Potongan kemban ini bersih dan membuatkan dia nampak klass.  Katanya masa nama dia diumumkan sebagai pemenang,  dia duk hand-out biskut kat semua orang sebab nama watak yang dia berlakon tu adalah COOKIE.  Aku sangat suka lakonan dia dalam Empire.  Dia lambang wanita kuat.





Kategori Ikut Colour
Okay berikut adalah baju-baju selebriti yang boleh tahan cantek dan akak susun ikut colour.  So senang la ampa nak tengok.


Jennifer Lawrence in Dior
Actually i dah bohsan dengan fesyen - fesyen cut-out ni.  Sangat 2010 u olls.  Kita sekarang dah berlalu jauh dah.  Tak mau dah feeling-feeling cut out ni.  Tapi baju ni memang canteklah.  Labuh,  warna,  potongan.  Kerlas. 




Amber Heard  in Gucci Couture
Colour baju ni agak suram untuk wanita ini.  And potongan kat bahagian pinggang tu aku rasa macam kosong.  Kan?





Olivia Wilde in Michael Kors
Pilihan selamat oleh Olivia.  




Kate Bosworth in Dolce and Gabbana
Satu pilihan yang berani.  Aku tak tau pulak D&G buat baju ala-ala macam ni.  Siries lain dari yang lain.  Tapi why not.  Aku suka Kate mengenakan dress ini dengan gaya rambut sleek dan tanpa aksesori yang memberatkan.




Natalie Dormer in J Mendel
Sorry u olls nampak tua dalam gown ini.   Baik hang pi pakai costume hang dalam GoT lagi cantek mak rasa.





Emmy Rossum in Armani Prive
PIlihan selamat.  Apa pun mak suka rantai tu.  Nak pi tempah kat Habib tahun ni for Hari Raya.






Felicity Huffman in Lorena Sarbu
Aiiiyoo mak ayam ni awat?  Nampak macam bapok pulak sekali pandang.  First of all,  rambut tu,  siriesly u olls tak kena la pakai rambut brunete.  Please blondekan sikit rambut u olls.  And potongan dress ini sangat lah the kampung kerawang apa bagai.  Pi pinjam dress dari butik pengantin Sungai Petani ka apa ni?






Zendaya Coleman in Marchesa
Zendaya ni memang stylo.  Aku suka dia punya dressing.  Dahla badan keding panjang.  Mak suka dress ini jugak ala-ala payung tiga tingkat ala-ala pelamin Bali style.  Warna dia pun magenta gelap yang menawan dan mahal.  Sesuai untuk Zendaya yang lani dah nak masuk ke alam wanita.




Leslie Mann in Monique Lhuillier
Dari pinggang ke atas,  mak tak suka dress ni.  Bahagian pinggang ke bawah dah elok dah.  Dengan embroidery macam mana ka,  gaun kepok-kepok bahasa,  sekali tops ala-ala roti canai perisa stroberi.  And perlu ka rambut macam tu?  Sapa stylist hang? Pi pecat detu lani.  Hang nampak macam orang putih hipster busuk tak mandi.





Brie Larson in Calvin Klein
Dress ini sangat seksi.  But again,  cut out.  Bohsan.



Rosie Huntington-Whiteley in Atelier Versace
Saja la akak bubuh gambar ni dia ni dengan laki dia.  Lama jugak depa dorang couple na.  Baguih la si botak Chin ni mesti pandai jaga hati pompuan ni sebab tu duk couple lama.  Well,  dress adalah sangat classic.  Potongan yang glamer akak rasa kalau orang berbadan curvy pun cantek pakai cut macam ni.  Tapi mungkin effect dia berbeza.  Paling suka potongan kain kat bahagian pinggang tu.  Sangat meletops.  




Eva Green in Elie Saab
Dress ni macam takdak effort.  Macam seketoi amik kain lace beli kat Jackel pastu jahit seketoi takdak potongan ampa ka macam mana ka.  Nampak agak kosong walaupun lace kat dress ini agak sarat.  Colour ni tak sesuai untuk Eva Green. Mungkin jugak sebab aku dah terbiasa dengan imej gothic yang sering digayakan oleh wanita kuruih kedekiang ni.




Malin Akerman in Reem Acra
Classic.  Tapi dah pernah tengok fesyen lagu ni sebelum ni.  NEXT.




Regina King in Krikor Jabotian
Siries noks,  mak tengok dress ni mak teringat kat sarung bantai ala-ala kelopak bunga yang menjadi trendy dalam rekaan interior designing.  Sapa perasan?  Cuma kelopak ni warna gold la.  Dahsyat la mak ayam ni boleh buat baju.  Aku respek kat dia.





Carly Chaikin
Sangat suka motif pada dress ini ala-ala hitam tapi shining macam mana ka macam ikan laga.  I suka.  Duk cari sapa pencipta dress ni tak jumpa.






Portia Doubleday
Kerlass deni buat baju dari kertas timah.  Aku salut.  Kalau pakai baju ni baguih,  sebab bila nak bakaq ikan ka apa ka time nak BBQ tarik kain ni buat balut.  





Rooney Mara in Alexander McQueen
Sangat suka dress ni.  Ala-ala macam rumput rampai tumbuh kat badan.  Sangat suka colour dia yang nude and tenggelam pada warna kulit pemakai.  And stylist pun pandai bagi make up ala-ala gothic.  Teruih naik u olls.  Mak suka.




Alicia Vikander in Louis Vuitton
Deni kalau mami-mami Penang jumpa dia depa nanti kata la "Apa la kain shimis pun depa buat baju...." Sapa ingat shimis tu apa?




Amy Schumer in Prabal Gurung
Dress ini adalah kerlas.  Classic.  Aku suka.



Saoirse Roan in Yves Saint Laurent
Cantek dah dia ni.  Dah besaq.  Well dress ni simple tapi for me terlalu classic pulak.  Nampak dia macam tua sangat dalam dress ni.  Kalau dia tukar dengan something yang simple tapi ada macam unsur fun mesti baguih nampak sesuai untuk usia dia.





Laverne Cox in Elizabeth Kennedy
Kerlas mak ayam kita makin kecik lani......duk pakai dress ala-ala drapping macam mana la tak pec lobs.  Kerlass...



Eva Longoria in Georges Hobeika
Ramaiyang kutuk dress ni.  Tapi mungkin mak ayam ni nak try something different. Bila aku tengok dress ni aku teringat pada sapu tangan yang ada jahitan kerawang yang dulu masa aku kecik-kecik mak aku nanti bagi kat aku untuk pi sekolah.  Dalam sapu tangan tu mak aku nanti bubuh duit sekolah and dia ikat.  Nenjia lani jadi dress terus.  Aku rasa yang menhuduhkan dress ini adalah elemen ala-ala reben kat collar dia and then kat pinggang pun nak bubuh belt ala ala reben jugak.  Banyak sangat details.




Melissa Benoist in Monique Lhuillier
Kerlas cantek walaupun kain ni nampak macam tak sesuai buat dress lagu ni.  Buat baju kurung pesak sesuaila.




Lily James in Marchesa
Miss Sendralela.....woww....awat hangpa tak pakai gaun biru ampa pakai dalam cerita Sendralela tu?




Amanda Peet in Alexander McQueen
Aku rasa baju ni beradik-beradik dengan baju yang Rooney Mara pakai kot ataih tu.  Satu koleksi kot.  Satu macam punya colour and design agar-agar laut duk mai...Tapi aku suka koleksi ni.  Misteri tapi klasik.




Maria Menounos in Roland Mouret
Design ni duk mai ala ala Zac Posen jugak ni.  Polos tapi structure meletss.




Sarah Hay in Marchesa
Lama Marchesa tak buat dress dress lagu macam ni.  Ala ala fantasi macam mana ka.  Aku suka dress Marchesa macam ni.



Kirsten Dunst in Valentino
Simply classic.  Nothing to carut.  




Emilia Clarke in Valentino
Damn!! Wanita yang menjadi simbol seks kepada sekalian lelaki tampil berlitup u olls.  Takdak baju yang lebih menyerlah ka?  Haiiyo.  Hang cantek kot?  Perlu ka pakai baju ala-ala ahli sihir mati laki berkabung macam mana ka.  Akak sangat sedih dengan pemilihan fesyen dan stail oleh wanita ibu naga dalam watak GoT ni. *Tiba-tiba feeling sat scene kena rogol dengan Drogo.





Taylor Schilling in Thakoon
Beliau nampak selekeh dalam suit ni.  Tak tau pasai pa.




Uzo Aduba in Talbot Runhof
I follow pompuan ni kat IG tau.  Walaupun muka pompuan ni ala-ala zaman neolitik macam mana ka,  tapi ampa kena kagum sebab perempuan ini adalah stylo dan sangat fun dalam penggayaan fesyen.  Dia tak pernah tampil dalam fesyen dan gaya yang sama.  Dari segi potongan dress,  gaya rambut,  make up dan sebagainya.  Kali ini dia buat rambut ala-ala penyapu lama dah terbelah dua kan?  Kerlasss....akak suka pompuan ni.  




Julia Louis-Dreyfus in Lanvin
Sila zoom pada detailing pada dress ini.  Lanvin memang pilihan klasik meletops untuk rekaan fesyen red carpet.  Ampa tengok sat macam mana depa susun lace bagi nampak mahai tapi tetap meriah.  Tak perlu nak gigih tabur labuci penuh satu baju,  cukup bubuh ala-ala riben kat pinggang macam mana ka.  Nampak mahal dan klasik.  Dato' Vida tak boleh tengok dress macam ni.  Dia mungkin akan beli sebab cantek,  sebab i suruh,  tapi dia tak akan pakai sebab malu takdak labuci.  Kan Dato' V?



Helen Mirren in Badgley Mischka
Siries akak cakap,  nenek ni punya dressing mengalah 15 supermodel yang gigih nak bergaya kat red carpet dalam acara ni.




Kate Winslet in Ralph Lauren
Kerlas mak ayam ni pakai dress kaler feveret I.  Dress ni simple dan klasik.  Nothing to carut. 





Julianne Moore in Tom Ford
Costume Star Wars mana tak tau dia curi pakai.




Viola Davis in Marchesa
Dress ni kerlas....tapi akak harap dia pakai colour yang lebih cerah agar menampakkan beliau lebih meletops.   Colour ni dull untuk wanita kulit hitam.




Jenna Dewan-Tatum in Zuhair Murad Couture
Aiiiiyooooooooooooooooooooooooooooo.....kelopak klopak kelopak macam mana ka.....................




Calista Flockhart in Andrew Gn gown
Potongan dress ni sangatlah cute membuatkan Calista Flockhart ni nampak muda pulak...walaupun!!



Gina Rodriguez in Zac Posen
Zac Posen classic.  Nothing to carut.





Joanne Froggatt in Reem Acra
Bahagian tetek kat dress ni nampak macam tak di-fitting dengan elok.  So tetek dia nampak selebek.





Jada Pinkett Smith in Versace
Mak ayam ni sangat melampau.  Suka sangat dress ni.  Kepok-kepok ombak rindu macma manaka.  Jada Pinket Smith ni kecik orangnya tapi dia punya keyakinan diri sangat meletops.  Apa sahaja dress dia pakai nampak meletops sebab dia punya keyakinan tu.




Jaimie Alexander in Genny
Kerlas dress ni.  Dia nampak meletops sebab design kain tu.




Bryce Dallas Howard in Jenny Packham
Mat salleh tak suka dress macam ni.  Depa kategorikan dress ini sebagai 'pilihan yang pelik' mungkin sebab terlalu banyak detailing and colour yang terang dan shining macam mana ka.  Bagi kita orang Malaysia,  ktia suka la design-design macam ni....meriah u olls.




Rachel Bloom in Christian Siriano
Kerlas Christian Siriano punya dress.  Ala-ala Zac Posen dah lani.  



Queen Latifah in Badgley Mishka
Meletops mak ayam ni dah bagi kecik tetek nampak steady badan dia.





Maggie Gyllenhaal in Marc Jacobs
Deni pun duk buat baju pakai kain kusyen tok tok kita dulu-dulu.




Rachel McAdams in Lanvin
Woww...jarang tengok Lanvin buat dress macam ni ada corak corak macam mana ka.




Jennifer Lopez in Giambattista Valli
Baju ni kerlassssss.  I suka bila mak ayam ni ala-ala coverina sikit.  Tak payah la nak seksi memanjang.  BTW,  Kak JLO lupa nak pakai deoderent ke sampai boleh jadi ketibas kes.  Aiiiyooo.





Amy Adams in Atelier Versace
Pilihan warna yang menarik oleh Amy Adams.  Nothing to carut.  Dress ni nice.




America Ferrera in Jenny Packham
Kerlas depa dah kuruihh lani.






Angela Bassett in Safiyaa
I just hope mak ayam ni buat style rambut yang berbeza sebab nampak macam wanita-wanita tak mandi sahaja.  





Giuliana Rancic in Alex Perry
Aku tak pernah tengok mak ayam ni pakai dress polos macam ni.  Nampak meletops jugak.  Tapi sekali lagi,  cut out!  Boringlah.




KATEGORI MERAPU
Okay u olls,  ini adalah kategori last punya yang i olls khaskan kepada pesyen-pesyen baju yang tak berapa nak meletops a.k.a merapu.



Jane Fonda in Yves Saint Laurent Couture
Dress ini mendapat kutukan paling kuat di laman sosial sebab efek ropol-ropol pada dress ini.  Ada yang kata nampak macam costume badut,  ada yang kata nampak macam kulit kerang,  ada yang kata nampak macam puding susu.  Haram jadah ampa ni semua duk mengata mak ayam aku.  Bravo kepada mak ayam Aerobick tahun 70 an ni sebab berani menampilkan gaya yang OTT.  Tapi still u olls dah kertu,  terpaksa mengikut undang-undang tertentu apabila bergaya kerana faktor usia.
Akak setuju dress ini nampak macam kulit kerang punya gigi hat ujung tu...



Heidi Klum in Marchesa
Deni nampak macam ayam sakit.   Aiiiiyooo!!  Marchesa buat banyak dress lawa-lawa and cantek-cantek.  Awat hang nak kena amik dress corak ayam sakit ni jugak.





Melissa McCarthy in her own design
Mak ayam ni feeling suka buat baju design dia sendiri.  Ada banyak design dia yang meletop tapi ada banyakkkkkkk yang tak elok langsung.  Tahniah sebab u olls telah berjaya mengurangkan berat badan tapi still,  kenapa nak pilih gaya beg plastik sampah meghelit ini untuk ke upacara red carpet?  Apa pun,  kasut hang meletops.




Kate Hudson in Michael Kors Collection
Ramai duk puji kata dress dia ni lawa and meletops.  Heyy ampa buta ka apa???  Nampak macam dress pelakon filem lucah tahun 70 sahaja.  Nampak cheapos.  Belahan dan cut out yang melampau,  kain menghelit yang nampak murah,  rambut serabai.  Please Kate,  i know u can do something better than this.




Sekian sahaja perkongsian akak tentang fesyen red carpet depa ni semua.  Berikut adalah senarai pemenang anugerah 2016 GOLDEN GLOBE AWARDS WINNERS  :


MOVIES
Best Motion Picture - Drama: The Revenant
Best Motion Picture - Comedy or Musical: The Martian
Best Actress In A Drama: Brie Larson - Room
Best Actor In A Drama: Leonardo DiCaprio - The Revenant
Best Actress In A Musical Or Comedy: Jennifer Lawrence - Joy
Best Actor In A Musical Or Comedy: Matt Damon - The Martian
Best Supporting Actress: Kate Winslet - Steve Jobs
Best Supporting Actor: Sylvester Stallone - Creed
Best Director:  Alejandro G. Iñárritu - The Revenant
Best Screenplay: Aaron Sorkin - Steve Jobs
Best Animated Film: Inside Out
Best Foreign Language Film: Son of Saul - Hungary
Best Original Score: Ennio Morricone - The Hateful Eight
Best Original Song: Sam Smith Writing’s on the Wall from Spectre
Cecil B DeMille Award: Denzel Washington


 TV
Best Series - Drama: Mr Robot
Best Series - Musical or Comedy: Mozart in the Jungle
Best TV Movie Or Limited Series: Wolf Hall
Best Actress In A Drama: Taraji P. Henson – Empire
Best Actor In A Drama: Jon Hamm - Mad Men
Best Actress In Musical or Comedy: Rachel Bloom – Crazy Ex-Girlfriend
Best Actor In A Musical or Comedy: Gael García Bernal – Mozart in the Jungle
Best Actress In A Limited Series or TV Movie: Lady Gaga – American Horror Story
Best Actor In A Limited Series or TV Movie: Oscar Isaac – Show Me a Hero
Best Supporting Actress: Maura Tierney – The Affair
Best Supporting Actor: Christian Slater – Mr. Robot


Read more: Daily Mail UK &  USmagazine

We Are Expanding - Sabrina Fashion Studio and Cinonet Kids Fashion Studio

$
0
0
Hello u olls semua,


Ampa ingat dak hari tu aku pernah share dengan ampa pasai satu butik pakaian wanita muslimah kat Sungai Dua, Butterworth Penang iaitu Sabrina Fashion Studio , alhamdulillah u olls business depa lani makin meletops. Yang mai kedai pun ramai, yang duk beli online pun sama gagah jugak.




Cinonet Kids Fashion Studio
And now, they are expanding!! Dah meletops baju mak-mak lani depa nak jual baju untuk anak-anak mak pulak. Maka lahirlah Cinonet Kids Fashion Studio.


Baru sahaja dibuka sejak 16 Jan 2016 yang lalu, so far koleksi pakaian yang ada kat sini sesuai untuk anak-anak from 1-8 years old. Harga sangat berpatutan contohnya t shirt only RM8 selai. Jenama and design yang lain semuanya antara RM15-RM40.


Lokasi
Cinonet Kids Fashion Studio terletak selang dua kedai dengan Sabrina Fashion House.  Boleh kata sebelah la jugak u olls.  So habis dah shopping untuk mak,  shopping la untuk anak pulak!







click read more



Koleksi Pakaian
Setakat ni depa ada koleksi macam-macam jenis pakaian dari pelbagai jenama dan yang design kartun-kartun.  Dan semuanya adalah dari fabrik yang baik dan berkualiti.  











Pengunjung
Sebagai menghargai para pengunjung, sapa yang mai shopping Lani akan dapat free gift mainan untuk anak-anak.











Sabrina Fashion Studio
Macam dulu depa ada koleksi tudung Terbaik Dari Ladang and Naelofar, lani depa dah bawak masuk Owl by Nora Danish dah. Insat I olls akan share info kat bawah.


Selain tu, depa juga dah buat perkhidmatan free alteration kepada customer yang membeli di butik mereka. Contohnya kalau Kak Nab beli jubah size semua dah elok, tapi labuh la pulak. So daripada u olls duk baziaq duit pi kedai tailor mana ka untuk alter, lani takpayah dah...ampa bagi ja kat depa. Depa boleh buat teruih kat ampa. Free u olls!!




Yang depan tu, staff depa nama Suffian. Meletops anak ayam ni mesra and pandai buat sales. Siap ajar tips cara nak lilit tudung and nak serika tudung dengan senang.

Kak Zah Window Shopping Sampai Tak Katop Mulut!!


Free alteration if required.


Sabrina Fashion Studio & Cinonet Kids Fashion Studio

Address :
518, Kampung Telok
Sungai Dua
13800 Butterworth
Penang
Landmark : Sebelah Petron Sungai Dua



Waktu Operasi :

Selasa hingga Ahad (Isnin TUTUP)
11.30 pagi - 10.30 malam


Emel : sabrina5099@gmail.com

No Telefon : 012 426 0151

Facebook :
Facebook.com/SabrinaFashionStudio


Facebook/Cinonetkidsfashionstudio


Instagram :@SabrinaFashionStudio


Jom Bela Cendawan with KIT GYOMI

$
0
0


Hello u olls,


Akak ni tangan tak pernah nak menjadi tanam apa pun tak pernah nak tumbuh. Tangan panas orang tua kata. Cubalah suruh aku tumbuk sambal belacan pun, sumpah pedas sambal tu. Memang adik beradik and kawan-kawan pun tau, kalau aku tumbuk cabai akan jadi pedaih. Dulu aku duk feeling nak tanam macam-macam pokok, buat garden depan rumah katanya. Tapi semuanya tak menjadi.


Tanam bunga melor, bunga cempaka and macam-macam bunga lagi duk tumbuh daun ja. Tanam sayur tomato and bakchoi...duk jadi serupa rumput. Akhirnya akak akur dengan ketentuan Allah yang tangan akak ni sesuai untuk pegang suami dan keyboard laptop sahaja. GITTUHH.


So baru baru ini, akak diperkenalkan oleh seorang kawan yang meniaga kit untuk menanam kulat a.k.a cendawan di rumah. Kaedahnya mudah sahaja, bila dapat kotak tu, kotak di tempat yang diarahkan, pastu biar untuk 3-5 days. Bila kulat mula menumbuh, kita spray air guna botol spray yang untuk serika baju tu pagi, tengahari, petang and malam before tidur.






Here are notes about Kit Cendawan Gyomi


1. Cendawan / kulat ni adalah sama dengan jenis cendawan yang tumbuh kat pokok getah. Kalau sapa duduk kat kampong memang familiar dengan kulat jenis ni. Dulu aku duduk dengan mak angkat aku kat Pahang, aku selalu tengok kulat ni depa jual kat pasar.


2. Cendawan ni rasa dia versatail. Boleh buat goreng dalam tepung ala ala tempura, boleh goreng dengan sayur and boleh dimasak dalam lauk pauk seperti masak lemak cili padi.


3. Kit cendawan ini adalah hasil penyelidikan oleh Universiti Malaysia Terengganu dan dikomersialkan oleh Fatisha Agro Farm.


4. Ampa buleh tanam kat dalam rumah / office, asalkan ada pencahayaan yang cukup dan boss ampa memberikan kebenaran.


5. Bila start cendawan bertunas baru spray air. Ramai cus lupa. Bukak terus spray air. So medium kayu boleh rosak.


6.  Satu kit ni boleh menumbuhkan cendawan matang up to 6 times dalam tempoh 3 bulan. Value for money u olls.


7. Harga satu kit adalah RM24.90 tidak termasuk penghantaran. Untuk penghantaran ke seluruh Malaysia harga RM32 dan untuk Sabah dan Sarawak RM37.


8.  Ada jaminan 100% pulangan wang atau ganti baru jika kit x tumbuh cendawan dalam masa 1 bulan.


For more info, ampa jangan lupa visit IG AGEN SAH KIT GYOMI PENANG  and untuk pertanyaan, ampa boleh call / Whatsapp to  :


AGEN SAH KIT GYOMI PENANG 
Produk ORIGINAL dari Fatisha Agro Farm
COD USM (kampus induk) & Balik Pulau. 
Pos ke seluruh MALAYSIA. 
- Ready Stock - 
Whatsapp : 011-36247576
Instagram  :  @eva_kit_cendawan_gyomi


Ini cendawan yang goreng guna Tepung Goreng Sotong by Jumiess.  Yang tu kalau nak order ampa kena follow Facebook akak la :)

Dokumentari Sosial di VICE YouTube

$
0
0
Hello u olls,  akak selalu pada hari Jumaat, lunch time panjang,  JARANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG JARANGGGGGGGGGGGGGG sekali akak keluar berjimba di supermarket and enjoying long lunch dengan kawan-kawan.


1) I malas nak perabis duit. 
2) PANAS!!


So selalunya bila lunch time Jumaat, I akan spend time kat office, kalau ada kerja, akak buat kerja, kalau takdak kerja, akak akan tulis blog (of course...) and kalau takdak mood nak tulis blog. Akak pun akan melayari internet.


So satu hari, akak terjumpa satu channel Youtube yang bertajuk Vice. Aiiiyoo akak sangat suka sekali channel ini kerana ia memaparkan hasil dokumentari tentang budaya, masyarat atau agama yang terdapat di seluruh dunia.


Link  :  Vice YouTube



Dokumentari ini dihasilkan oleh journalist bebas. Depa bukan kerja under mana-mana syarikat media yang mungkin mempunyai kepentingan politik yang tertentu. So dari beberapa dokumentari yang akak dah tengok ni, semua style story benda yang real duk berlaku sekarang, tidak berat sebelah (bagi akak la) and cara penyampaian dia sangat santai, berani dan betul.


Seperti yang I olls cakapkan tadi, journalist yang menyampaikan dokumentari ini adalah freelance. Depa pun terdiri daripada orang-orang muda. Ada Asian, ada mat salleh. Depa ni style sempoi. Ada yang aku tengok nampak macam bag packers / hippies sahaja. Kesimpulannya adalah jenis yang tak takut, tak malu, tak rasa geli pun untuk betul-betul bersama dengan masyarakat yang depa kaji.







Antara dokumentari yang menarik perhatian aku adalah


1) Prostitute of God; yang menceritakan pasai satu golongan masyarakat kat India yang percaya mereka menjadi sex worker sebagai memenuhi kehendak agama mereka. So dokumentari ni cerita tentang cara hidup depa, sejarah dan cerita disebalik kerjaya dan status depa ni. Its very interesting sebab depa dipandang sebagai satu kasta yang dihormati dalam masyarakat setempat.




2) Jesus di Russia; journalist ni pi masuk satu perkampungan di pedalaman Russia di mana seorang lelaki dianggap sebagai nabi. Siries aku impress tengok dokumentari ni sebab masyarakat yang masuk ke agama ni duduk kat kampong tu and depa semua sangat devoted dengan ajaran yang agama depa ajar. And last sekali, journalist ni got to meet and interview the Nabi.




3) Taman Tema Orang Kerdil di China; Ada satu taman tema kat China yang dioperate oleh orang-orang kerdil. Daripada pekerja tukang cuci, management sampailah kepada yang duk buat persembahan. Semuanya orang kerdil. Depa duduk bersama as one big family and setiap hari depa akan menerima pelancong untuk mai tengok depa buat show. Ada banyak NGO daripada dalam dan luar Negara yang menganggap taman tema ini adalah satu eksploitasi terhadap golongan kerdil yang juga kita anggap sebagai OKU. Tapi bila journalist ni pi duduk depan depa, aku tengok sendiri yang orang-orang kerdil ni sangat happy dengan life depa kat dalam tu. So pasai pa nak pi bother?






4) Pusat Pelacuran di Bangladesh; Yang ni aku paling horror. Ada satu tempat kat Bangladesh, dia macam slum, menjadi pusat pelacuran terbesar kat Bangladesh. Journalist ni style berani pi masuk kawasan tu, style sambil dia duk jalan dengan kamera, ada orang duk jerit maki-maki dia sebab dia duk buat dokumentari. Dalam dokumentari ni style dia cerita tentang masalah kesihatan para pekerja seks, masalah keselamatan depa juga, pengunjung yang datang pun depa ambil dadah jenis apa? Ampa tau dak, pelanggan kat situ suka seks worker yang gemok-gemok. So kalau hang kuruih, mak ayam tu akan bagi hang makan pil hormone lembu untuk menggemokkkan hang. HORROR! Ps/ kalau aku kat situ, mesti aku curr jadi paling LAKU sekali!! HAHAHAHA




So far tula antara dokumentari yang aku teringat nak cerita kat hangpa sambil tulis artikel ini. Ampa pi la check it out sendiri channel tu. Satu-satu dokumentari lebih kurang 1 jam 30 minit. Sapa-sapa yang duk belajar pasai sains kemasyarakatan memang baguih layan channel ni.

Ps/ Macam-macam benda best kita boleh belajar kat internet ni, bukan duk nganga tengok video viral sahaja.

Menjadi Heroin Buat Pertama Kali

$
0
0
Wehss u olls. Sejak berkecimpung dalam seni lakonan teater, akhirnya setelah akak memilih untuk berhijab dan menge-rest-kan diri daripada aktiviti lakonan selama setahun (2015) akhirnya akak di-offer untuk berlakon sebagai heroin!!! Siries bak hang hati punya la syiok masa dapat offer. Tengok calendar semua clear i say why not.


Pihak yang mengoffer akak berlakon adalah Persatuan Teater Resdong Pulau Pinang. Ini bukan kali pertama akak berlakon dengan depa.




Patutnya hari tu I berlakon dengan depa semua juga bersama-sama Allahyarham Pak Yus Jambu pada bulan Disember. Teater Lawak Utagha The Musical II, tapi apabila Allah dah jemput Pak Yus pergi, maka kami pun ingin menukarkan pementasan itu kepada satu pementasan khas yang diberi judul “Tribute to Pak Yus” yang akan menceritakan tentang kisah hidup Pak Yus sejak dulu lagi yang struggle a lot as anak seni merempat di sana sini tunggu dapat projek baru dapat makan. Penggiat seni teater utara semua termasuk gang Resdongs ni memang kenal rapat la dengan Pak Yus, depa tau la cerita dia semua macam mana. So depa nak buat la something for kawan depa. Tapi belum sempat kami nak buat pementasan tu, sekali Astro Warna pun minggu Tribute to Pak Yus masa konsert mingguan Raja Parody. Konsert tribute itu mendapat kutukan dan hinaan daripada rakyat Malaysia melalui laman social dan internet kerana persembahan tribute itu penuh dengan nyanyian-nyanyian yang more kepada budaya orang Barat bila berlaku kematian.




Tak semena-mena, pihak Resdong pun mendapat tempiasnya apabila orang ramai mulai tahu yang kami juga akan mementaskan sebuah persembahan teater untuk Pak Yus. Tapi orang tak tau, memang pada tarikh tu kami memang dah plan nak berlakon dengan Pak Yus, orang tak tau yang persediaan untuk buat pementasan tu kami dah sedia lama, orang tak tau yang kami memang dah plan nak buat benda ni semua.


Yang orang tau hanya kutuk dan menuduh kami sebagai MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS APA YANG BERLAKU KEPADA PAK YUS DAN HANYA INGIN MENDAPAT KEUNTUNGAN ATAS TRAGEDI INI.


Team Resdong kena hentam teruk di laman social. Tak cukup itu, ada pulak yang sampai sanggup call nombor hotline Persatuan Teater Resdong (yang dikhaskan untuk jualan tiket) dengan memaki hamun dengan loghat Penang yang sangat garang dan kakaih. Akhirnya, untuk mengelakkan lebih banyak anasir negative yang akan dikait rapat dengan nama Persatuan Teater Resdong, maka akhirnya depa membatalkan niat untuk membuat persembahan tribute itu.


Fuck you people. Inilah yang berlaku apabila rakyat Malaysia dipenuhi oleh bangsa internet yang malas membaca dan tiada sikap ingin tahu.


Okaylah.....aku nak cerita pasai aku nak jadi heroin kan? Sekali mai cerita ni pulak punya panjang. Haram J.




Jadi sebagai pembukaan 2016, Persatuan Teater Resdong’s nak buatlah persembahan yang diberi judul “Rumah Welfare I’ntobaq”. Adaptasi daripada karya asal oleh anak Cikgu Mat a.k.a Seni Bayan iaitu Ms. Aina Nabila Ahmad bertajuk “Ini Rumah Kita”. Skrip ini pernah menjadi johan sayembara penulis drama pentas Dewan Budaya dan Pustaka pada tahun 2011 dan mengungguli anugerah Hadiah Saster Perdana Malaysia 2012 dalam kategori drama.


Cerita dia pasai kisah orang-orang tua yang menghuni kat rumah welfare ni. Persahabatan dan persaudaraan yang depa bina setelah dibuang dan dilupakan oleh anak-anak kandung sendiri. Macam mana depa punya susah, depa punya sedih, depa punya seronok, depa punya gembira, depa punya lawak, depa punya loqlak akan dikisahkan dalam pentas Dewan Budaya pada 13 dan 14 Feb 2016 ini.


Watak akak adalah sebagai Syareepah Juairiah. Akak jadi tukang cuci jer kat rumah welfare tu, pastu gatai garek duk bercinta dengan salah seorang penghuni dalam rumah tu pulak. Watak akak kecik ja, bak kata orang saja bagi tambah rasa.


Antara pelakon lain yang akan membintangi pentas teater Rumah Welfare I’ntobaq adalah Mamak Puteh Chinese Look, Abu Mamu, Shazli Ekzos, Lanun Resdong’s, Acan, Awie, Fairul Niezam, Rizz dan ramai lagi.


Okaylah, itu sahaja lah yang akak nak share dengan u olls semua hari ini. Ampa yang duduk Penang and ampa-ampa yang akan berada di Penang pada minggu Valentine’s Day ini, mai la tengok akak berlakon dalam Teater Rumah Welfare I’ntobaq ni.


'RUMAH WELFARE I'N TOBAQ'

13 & 14 Februari 2016
8.30 malam
Dewan Budaya USM
Tiket RM15

Hubungi talian hotline 019-4587813/ 012-5618434 untuk sebarang pertanyaan

Like Facebook page Persatuan Teater Resdong's

Dan sertai channel Persatuan Teater Resdong's di Telegram Messenger untuk lebih banyak maklumat
https://telegram.me/Resdongs

‪#‎resdongs‬ ‪#‎penang‬ ‪#‎teater‬ ‪#‎hoohooi‬ ‪#‎kamitakdakdegree‬ ‪#‎kamiadasasli‬ ‪#‎henggg‬ ‪#‎blur‬ ‪#‎hmmmmasyiam‬ ‪#‎akukecewa‬ ‪#‎jamboree‬ ‪#‎asriasri‬ ‪#‎kasihawietilljannah‬

Ulasan Filem-Filem Aku Tengok Recently (Part I)

$
0
0
Hello people,


Dah lama aku tak buat film review. Aku akan buat review secara pukal dalam artikel ni. Mungkin artikel ni akan ada part II. The reason aku buat review secara pukal sebab semua story yang aku tengok recently in movie theatre, yang aku download or yang aku tengok kat TV, semuanya ni baguih tapi everage sahaja. Takdak lagi yang aku rasa macam betui-betui worth it aku nak cerita sampai satu artikel khas untuk cerita tu sahaja. Lagipun aku malaih.....hahahah dah banyak sangat aku tangguh nak tulis, sekali tengok dalam catatan, dah banyak pulak aku hutang.


So here goes my review pendek untuk semua filem-filem yang aku baru tengok recently.



Enemy at the Gates - Cerita ni tahun 2001. Masa ni Jude Law pun masih muda laksana. Cerita pasai satu askar Russia, sharp shooter yang menewaskan ramai askar Jerman. Jude Law la askar tu. Cerita ni diasaskan berdasarkan kisah benar tapi of course diromantikkan oleh Hollywood. Aku suka cerita ni sebab walaupun cerita ni agak slow, banyak sembang-sembang, tapi setiap kali hero tembak kepala-kepala askar Jerman tu aku rasa macam HOOOOOO!! Teruja ka macam mana ka. Dahsyat sungguh bakat seorang sharp shooter. Cerita ni ada kat FX. Aku bagi 7/10 bintang.


click read more





Fury - Cerita ni dilakonkan oleh bekas-bekas kekasih akak iaitu Brad Pitt, Shea Le Bouf dan seorang anak ikan bernama Logan Lerman. Cerita perang jugak and berdasarkan cerita betul. Brad Pitt ni ala-ala captain untuk satu team askar Amerika yang kerja depa pi bunuh askar-askar Nazi yang duk invade banyak tempat Jerman. Depa naik kereta kebal and akan pi la satu-satu tempat tu and bunuh semua askar Jerman kat situ. And then satu hari, sedang depa dalam perjalanan ke satu tempat untuk battle, kereta kebal depa rosak and tiba-tiba askar Jerman satu battalion nak lalu jalan tu. Depa kena seranglah..........the whole night depa kena serang. Last sekali semua mati and tinggal Logan sorang ja. Aku bagi cerita ni 7/10 bintang.





Star Wars:The Force Awakens– Aku bukanlah peminat Star Wars sangat tapi dah ramai orang suka nak pi tengok cerita ni, aku pun pi layan la. Before pi tengok, aku pun menggigihkan diri membaca Wikipedia pasai semua cerita-cerita dalam Star Wars. So masa aku tengok The Force Awakens ni aku boleh fahamla. Bagi aku, aku seronok tengok cerita ni sebab sepanjang tengok cerita ni aku tak tidur sebab aksi dan elemen suprise dan lawak dalam cerita ni membuatkan jiwa aku enjoy untuk tonton. Cerita Harry Potter yang aku minat gila pun aku boleh tertidur bila Harry and Lord Voldermort duk lawan lama-lama sampai terbang semua. Tapi bila aku tanya abang ipar aku yang betul betul follow Star Wars sejak zaman dia sekolah lagi dia kata The Force Awakens ni dah tak best sebab lani cerita ni dah dibeli oleh Disneyland. So dia punya presentation adalah more to HIBURAN and bukan lagi elemen-elemen ganas dan epic hitam dalam legasi Star Wars. Well i dunno. I bagi 8/10 bintang untuk cerita ni.



The Angriest Man in Brooklyn– Cerita ni adalah filem terakhir lakonan Robin Williams sebelum dia mati. Cerita ini tentang seorang lelaki yang sangat pemarah. Dia marah dengan semua orang. Dengan adik beradik dia, dengan isteri dia, dengan anak lelaki dia, dengan siapa-siapa yang cari pasal dengan dia, and sampaikan dengan doktor yang rawat dia pun dia nak marah. Like the only thing yang ada dalam hati dia hanya marah. Sebab dia duk marah doktor dia, doktor dia ‘tipu’ kata dia hanya ada 90 minit untuk hidup sebab dia ada ketumbuhan otak. So dia frust, dia nak pi bunuh diri dah tapi nasib baik doktor tu usaha bersungguh-sungguh untuk cari dia and explained kat dia elok elok yang dia ada more than 90 minutes to live and pujuk dia agar tidak bunuh diri. In the end, dia mati dengan elok atas katil bersama keluarga yang di sayang. Moral of the story sangat baik, pasai orang yang PEMARAH selalu rugi (oh shit macam kata kat aku sahaja), tapi kan lakonan Robin Williams sangat tahi dalam cerita ni. Dia nampak macam ‘BERLAKON’ in the whole story. Tak macam lakonan dia dalam Mrs Doubtfire dan filem-filem lain yang pernah dia bintangi. And akhirnya, in real life, memang Robin Williams mati bunuh diri juga. Aku bagi 6/10 bintang untuk filem ni. Ampa boleh tengok cerita ni kat Diva.





St Vincent– Aku tak expect apa-apa dari cerita ni. Aku ingatkan cerita lawak bodo-bodo sahaja sebab Melissa McCartney berlakon. Detu kan selalu berlakon lawak. Tapi i found the story is very the touching. Cerita ni pasai seorang ibu tunggal dan anak lelaki dia yang baru berpindah ke kejiranan baru. Sebelah rumah depa, ada satu laki nama Vincent. Tua celaka and suka cari pasai. Tpai satu hari macam mana ka, sebab takdak orang nak baby sit anak laki dia balik sekolah, pompuan ni terpaksa bagi jiran tua ni jaga anak dia. Pakcik ni style caj kau-kau kat perempuan tu. Siye betui. Tapi akhirnya, terjalin satu perhubungan yang unik antara lelaki tu and keluarga kecik ini. Untuk projek sekolah dimana semua pelajar kena cari seorang tokoh yang patut dicontoh sebagai hasil pembentangan, budak lelaki ni pilih pakcik tua ni sebagai tokoh pilihan. Memang pakcik ni baik rupanya, dia banyak memberi pertolongan kepada kawan-kawan dan orang yang memerlukan Cuma kualiti hidup dia yang serba kekurangan yang menyebabkan dia kadang-kadang terpaksa bersifat seperti ASS HOLE. Moral of the story, sayangilah jiran anda. Aku bagi 7/10 bintang.

Ulasan Filem-Filem Aku Tengok Recently (Part II)

$
0
0
Hello people,


Kan aku kata, aku mungkin akan buat ulasan filem secara pukal part II. HAHAHAHA. Memang dah banyak filem yang aku dah tengok recently. Cuma aku yang pemalas nak buat review. HEY JUMIEZAH, silalah bergigihkan diri untuk mengaktifkan semula blog hang ni. Dulu kalau Google apa sahaja kat mesti akan keluar link blog aku kat pencarian page I, lani takdak teruih. Memanglah aku akui tahun 2015 aku banyak pemalaih tulis blog. Tahun ni aku kena rajin balik. Ampa semua sila bagi aku semangat. Pemalas itu adalah kawan kepada syaitan.


Okay hari ni aku sambung cerita pasai filem-filem yang aku dah tonton. Tapi yang aku list ni so far adalah yang worth watching tau!! Ada banyak juga yang bagi aku very the biasa and tak layak nak masuk dalam list ni. Sebab aku ikut saranan Abang Lee a.k.a Razali Ridzuan, dia kata kalau tengok movie, first 10 minutes dah rasa tak best, TAK PAYAH tengok teruih. Aku pegang kata-kata Abang Lee tu. Or maybe nanti aku buat jugak list cerita tak best yang aku tengok recently...so that ampa tak payah buang masa.


So here goes cerita yang aku dah tengok recently ;


Interstellar – Sapa yang IQ tak sampai 387 macam aku jangan tengok cerita ni sebab cerita ni memang untuk orang IQ tinggi. Orang yang IQ rendah macam kakak aku tauke Kuih Kacang Mazola by Jumiess tu kalau tengok cerita macam ni dia akan migraine or kalau nasib baik dia tertidur sahaja. Cerita ni complicated gila kalau aku cerita, aku takut ampa semua tak faham sebab aku tau ampa pun ramai bukan cerdik sangat...hahahahaha......(puki dak penyataan aku?) So aku bagi synopsis paling simple punya. Cerita sains fiksyen ini dihiasi dengan kisah drama anak dan bapak yang membuatkan aku menitiskan air mata. Menceritakan tentang angkawasan yang terbang jauh ke alam semesta untuk mencari satu planet baru untuk dihuni oleh manusia sebab Bumi dah makin lemah. Tapi dah sampai kat planet tu rupa-rupanya planet baru tu pun takdak apa. So on the way nak patah balik, angkasawan tu terperangkap dalam satu ‘cube masa’. Masa dia terperangkap tu la baru dia paham yang selama ini semua tanda-tanda misteri yang dia dan anak dia terima kat rumah bukanlah daripada ‘alien’ yang nak depa cari planet baru tetapi adalah dari dia sendiri. Ini semua adalah fiksyen yang diambil daripada teori-teori ahli fizik dan matematik pasai masa. Teori pasai back to the future la apa semua tu. Tak lama lepas tu, angkasawan ni terselamat dan dapat kembali ke sebuah stesen kehidupan yang dicipta oleh anak dia sendiri. Dia dapat jumpa dengan anak dia balik, tetapi anak dia dah jadi tua sangat-sangat sebab selama ni anak dia duduk di bumi, dan dia masih lagi muda macam tu sahaja sebab selama ni dia terperangkap dalam cube masa. Time ni aku menangis sebab sedih tengok macam mana hubungan anak dan bapak yang penuh dengan kasih sayang. Aku kena perli teruk dengan Khafi.  Aku duk cover mula-mula tak mau nangis depan dia.  Pastu dia duk perli "Ishin...ishin duk nangis ka?" (Ishin nama rekaan bila kami duk perli buat manja-manja)  

Ampa paham dak cerita aku ni? HAAAAAAAAAAAAA KAN AKU KATA CERITA NI UNTUK ORANG CERDIK PANDAI JA...sapa –sapa yang rasa diri dia bodo jangan duk pi buat pandai nak tengok cerita ni. Aku bagi 8/10 bintang untuk cerita ni.


click read more




The Riot Club– Cerita ni cerita celaka. Pasai budak-budak anak orang kaya yang belajar kat Oxford and depa ada satu group nama The Riot Club. Ala-ala frat boys kat kolej Amerika yang ada undang-undang dan peraturan ‘brotherhood’. Satu malam depa pi dinner yang menjadi ritual dalam club depa. Depa punya mabuk macam Yahudi sampai last sekali depa pukul pemilik restoran sampai setengah mampus. Akhirnya pakcik restoran tu masuk ospital dan depa semua dalam soal siasat polis. Tapi celaka sapa berpakat kata depa yang kena serang dengan pemilik restoran tu and untuk mengelakkan semua orang masuk jail, depa mengambil keputusan untuk letakkan semua blame kepada the newest member in their club untuk menyerah diri atas alasan menjaga maruah club depa. BUTOH pak hang. Ampa akan rasa meluat gila babi dengan perangai anak orang kaya yang takdak life dan tak tau nak respect life sendiri so macam mana depa nak respect life orang? Aku bagi 7/10 untuk filem ni. Ps/ Tapi ampa mesti syiok sebab pelakon dalam cerita ni semua elok elok.





Catch Me If You Can – Cerita ni adalah cerita betul pasai seorang lelaki penipu besaq kat Amerika. Dia punya pandai menipu sampai last sekali lepas kena tangkap, FBI ambil dia jadi tukang check semua fail-fail yang berkait tentang penipuan check dan dokumen. HAHAH gila dahsyat pakcik ni. And sekarang ni, dia masih hidup dan dia menjadi CEO untuk satu syarikat yang member penasihatan tentang soal keselamatan dan perlindungan. HAHAHAH kerlas. Dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio sebagai penipu tu and Tom Hanks sebagai ejen FBI yang duk pi hambat untuk tangkap penipu ni. Dia start daripada menipu jadi pilot, kerja pusing satu dunia dapat layanan first class kat mana sahaja, pastu dia tipu kata dia doktor sampai dilantik jadi ketua kat bahagian emergency hall pastu last sekali dia tipu kata dia lawyer pulak. Gila betui la. Tapi cerita ni berlaku masa zaman 60 an, zaman internet tak wujud lagi. Aku bagi 8/10 bintang.





Boyhood - Cerita ni dapat banyak pencalonan dalam Academy Award. Tapi haram jadah cerita ni takdak apa pun. Cerita pasai budak laki ni dari dia kecik sampai dia dah dewasa. Kisah seorang budak lelaki dalam tempoh 12 tahun hidupnya. Dari dia kecik sampai dia dah nak masuk kolek. Macam mana mak bapak dia berpisah, and dia kena pindah. Dia duduk dengan mak dia, mak dia sambung belajar dan kerja jadi pensyarah. Macam mana hubungan dia dengan bapak dia, dengan kakak dia. Hidup depa susah. Tapi bagusnya budak ni tak end up jadi loser. Sebab at the end of the day, budak ni memang dia sendiri pun jenis baik dan dia focus dengan apa yang dia nak dalam hidup dia. Cerita ni sumpah boring sebab bagi aku sangat mendatar. Tapi satulah yang amazed pasai cerita ni adalah cerita ni memang ambil masa 12 tahun untuk difilemkan!!! Sebab depa tak tukar pelakon pun, memang budak laki ni berlakon dari dia kecik sampai dia besaq!! Aku bagi 7/10 untuk cerita ni.





Birdman or (The Unexpected Virtue of Ignorance)– Cerita ni pasai seorang pelakon yang dulu pernah popular pada zaman mudanya kerana lakonan dalam sebuah filem superhero BIRDMAN. So lani dia dah tua dia just jadi pelakon teater sahaja. Dia ada show teater yang bakal dipentaskan tapi pada masa yang sama dia duk dapat macam-macam tekanan dalam hidup semuanya sebab dia macam tak boleh nak terima yang dia lani tak popular dan hot muda macam dulu. Boleh jugak dikatakan sebagai mid life crisis. Tapi last sekali, bila dia tekad nak buang bayang-bayang Birdman dalam hidup dia, dia Berjaya membuat satu persembahan yang betul-betul mencuri hati para penonton. Tapi di akhir scene cerita ni, anak dia keluar kot tingkap and tengok bapak dia dah hilang. Aku tak paham!! Bapak dia bunuh diri? Or imej bapak dia yang tak stabil itu dah hilang? Sebab tu anak dia tersenyum kat tingkap? Cerita ni simple tapi diceritakan dalam kontek yang berbeza sebab dari sudut camera dia fast moving image dan dalam prospektif point-of-view. Kadang-kadang dia punya sudut camera macam music video. Cerita ni menang Best Film di Academy Awards last year. Mungkin sebab kelainan cara filem ini diedit. Tak tau ampa tengok la sendiri and nilai macam mana. Filem ni mengalahkan filem-filem hebat lain antaranya The Theory of Everything, Whiplash, Selma, The Imitation Game, Boyhood, The Grand Budapest Hotel and American Sniper. Aku bagi rating 7/10 bintang. Ps/ Edward Norton punya lakonan sangat best dalam filem ni. I wonder, awat laki ni tak pernah menang Oscar?





Wild - Cerita ni aku tengok sat ja pastu aku tidok. So aku bagi 5/10. Cerita pasai satu pompuan lakonan Reese Witherspoon yang tekad nak mengembara kat padang pasir untuk melupakan tragedy sedih dalam hidup dia iaitu kematian ibu dan penceraian dengan suami. Dalam review-review lain dalam cerita ni duk buat macam hebat la pompuan ni style bagpack sorang-sorang, tapi aku tengok dia lagi banyak duk tumpang naik kereta, pi tumpang mandi rumah orang apa semua lagi banyak dari dia duk mengembara. Pastu banyak flashback pasai kisah mak and laki dia. Pastu aku tertidur. Bagi aku cerita ni bohsan.

Ulasan AJL 30 - The Worst AJL everrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

$
0
0
Hello u olls,


Seperti yang kalian tahu pada hujung minggu yang lalu telah berlalunya Anugerah Juara Lagu ke 30 di TV3. Saban tahun, apabila datangnya majlis gilang gemilang ini, akak dan anak-anak ayam akak dengan eksaitednya akan membuat party berlepak beramai-ramai di rumah akak, sambil makan-makan bersama kami akan of course tonton majlis anugerah ini sambil memberikan ulasan tanpa henti secara live. Nyatanya, apa sahaja yang diperkatakan oleh anak-anak ayam akak akan menjadi inspirasi dalam penulisan review akak esoknya.


Tahun ini, entah mengapa, akak sendiri macam terlupa langsung tentang tarikh event besar dalam calendar muzik tanah air ini hingga ke saat akhir akak sendiri pun tak berapa bersedia untuk membuat party AJL kat rumah. And nak dijadikan cerita, pada hari kejadian pun, akak jadi tak sihat u olls. Ingatkan nak masak la pasta ke apa ke, so set-set anak ayam akak yang dekat-dekat mana boleh singgah datang ke rumah boleh la datang tengok AJL bersama akak, tapi malangnya malam itu, akak sendiri tak sihat. Tonsil akak buat hal lagi. Makanya, akak pun pesan kat depa semua, jangan datang rumah akak malam ni, menyemak je dek non.


Okay panjang jugak intro akak. Marilah kita membaca ulasan panjang lebar akak tentang majlis Anugerah Juara Lagu 30 yang sendu ini.


Persembahan pembukaan

Nyanyian pembukaan oleh Dato CT, Dato Jamal and Yassin memang amat dinanti-nantikan especially Dato CT. Beliau tampil dengan busana songket ala-ala pengantin tahun 90 an hasil karya Zery Zambry siap dengan mahkota diperbuat daripada songket jugak yang agak vasss akak rasa. Ini mesti nak lawan dengan Dato Vida. Tapi make up Dato CT malam tu memang class, masa camera focus kat beliau ketika menuruni tangga, akak rasa macam Masya Allah, canteknya mak ayam ni.


Tidak dinafikan jugak kemantapan vocal Dato CT and of course Dato Jamal and Yassin. Tapi sayangnya, Dato Jamal and Yassin kerap kali tersalah lirik dan tersalah masuk line. So membuatkan persembahan mereka beberapa kali nampak okwed.


Mungkin kerana mereka berdua tu rasa kaget untuk digandingkan bersama Dato CT ataupun kedua mereka itu berasa darah gemuruh kerana terpaksa duduk di atas cube besar berwarna emas yang dipusing-pusingkan secara rawak oleh para penari zornen. Akak musykil u olls, lagi 4 tahun kita nak menjelang wawasan tahun 2020, perlu ke cube emas tu ditolak-tolak oleh para penari? Patutnya, kotak-kotak macam tu dah boleh terapung ala-ala skate board terapung dalam filem Back To The Future u olls. Paling hina pun, bagi akak la, engko latih la orang-orang pendek untuk tolak kotak tu dari dalam. Haaa...kan senang? Nampak la elok sikit noks ala-ala kotak bergerak sendiri.


Akak sebagai bekas ratu cantek 2003 yang dulu bila masuk miss gigih praktis menari dan ketwok di atas pentas menjelang malam pertandingan berasa amat kecewa melihat persembahan pembukaan AJL 30 yang disemakkan dengan koreografi yang terlalu ramai dan tidak tersusun.

Untuk persembahan pembukaan akak bagi 3/10.




POV penonton di rumah

Dari point-of-vie akak yang menonton di rumah akak rasa sangat kecewa kerana pergerakan focus camera adalah tidak dikoreograf dengan elok. Ala-ala macam menonton berita TV3 yang membuat kupasan di majlis mencemar duli Kak Mah di Parlimen Pekan. Berceramok u olls. Patutnya TV3 kena koreograf betul-betul camera nak focus kat mana, time bila, macam mana? Ehk...akak ke yang nak kena ajar korang buat ni semua? Sapa yang ada degree penyiaran kat sini?

Kerap kali ternampak ada macam budak-budak stage manager duk memberi arahan kepada penyokong-penyokong retis di dalam stadium Melawati Shah Alam tu untuk duduk, untuk diam, untuk tepuk. Aiiyoo...very the tak professional u olls.

Untuk ini akak bagi 1/10.



Pentas AJL

Akak malas nak cakap banyak tentang pentas AJL ni. Akak nak cakap satu jerrr........Lagi 6 tahun menjelang wawasan 2020 ni masih boleh nampak lagi ka wayar tak extension dari keyboard Edry ke bawah pentas??

Akak bagi 1/10 untuk pentas.



Pengacara

Haiiiyooooooooooooo. Bagi akak, pasangan AG dan Farah Fauzana adalah pasangan yang paling bosan di dunia. Ampa dah dengar depa hari hari kat Hot FM, boleh pulak ampa dengar depa kat pentas ini? Patutnya untuk 30 tahun AJL menampilkan satu gabungan yang baru, segar dan menarik. Ataupun gabungan antara si formal dan si coleteh gila-gila. Ini tidak, yang lelaki feeling terhegeh-hegeh, sendiri buat lawak, sendiri gelak. Pastu acap kali nak ketawakan / perli pihak penganjur. SO NOT PROFESIONNAL. Tahun lepas aku dah komen bab ni dalam blog aku. Hey ampa tak reti buat research ka?

Sorry Farah Fauzana, bab ini adalah bab untuk mengata hang. Dari awal lagi hang dah banyak kali cakap benda yang salah, antaranya yang ketara apabila hang kata Jerat Percintaan menang pada tahun 1986. Sayang sekali hang digandingkan dengan AG yang bohsan itu, maka terlahirkan pasangan pengacaraan yang menggunakan bahasa skrip yang tiada pembaharuan, bahasa haprak, banyak elemen hang perli aku-aku perli hang, buat lawak nyanyian? What is this? Ada satu point ketika para peminat Stacy sedang excited menjerit di depan pentas apabila Stacy sudah bersedia di pentas, masa tu AG dan Fafau sedang menemu ramah Fauziah Latif, AG dengan selamba membuat aksi seolah-olah nak sesah penonton agar suruh mereka diam. Oh mai god?? What is that??? Gimik apa tu?? Tak dilupakan, gimik makan satay? Sebab dua-dua terlalu lapar? What is that?????

Keseluruhannya apa yang aku lihat adalah ampa langsung tidak membuat persediaan yang rapi untuk menjadi master of ceremony untuk majlis yang mempunyai jutaan peminat muzik tanah air yang bukan sahaja menonton di stadium, malah di kaca TV , ruang udara dan laman sesawang yang berjuta-juta jumlahnya dari seluruh pelusuk dunia. Ampa tak boleh respek kah pada hakikat itu? U think that every morning, ampa duk hegeh bercakap pre-record dalam radio, ampa dah cukup hebat?

Oh....aku belum cakap lagi pasai baju Fafau. Sejak dulu lagi, aku sebagai pemerhati fesyen, bagi aku tak pernah sekali pun aku tengok Fafau ni pakai baju kena dengan personality dia. Baju pertama yang dia pakai untuk AJL ala-ala koleksi fesyen 2014 dalam website shopping Lazada dan baju kedua persis ayam belanda. Rizalman selaku mak ayam besar dalam dunia fesyen memberikan komen paling sendu dengan mengatakan bahawa Fafau ambil baju dia at last minute, just datang kedai dan ambil baju apa yang ada kat butik.

Ini menunjukkan kalian berdua tidak bersedia. Aku tak salahkan Rizalman. Aku ada satu pendapat, orang elok, pakai apa pun elok. Hang faham nok? So kalau hang dah tau hang tak berapa nak elok? Motif hang sehari sebelum event baru hang nak mai rembat je baju apa yang ada kat butik orang? Pleasela hire stylist yang berlambak lani kat Malaysia ni untuk susun wardrobe hang, from your baju, to kasut, to make up, to tudung, to eksesori.

Macam mana JLO menjadi pengacara dalam American Music Award baru-baru ini, biarlah pengacaraan beliau so-so sahaja, tapi orang tak ingat hat tu...orang ingat 14 pasang baju yang beliau pakai nok!!!!

To marhayam Rizalman, lepas ni toksah duk bagi chance dah kat retis-retis sendu ni mai amik baju kat butik u sesuka hati tanpa pengawasan ketat oleh u sendiri.

Untuk pengacaraan, akak bagi -357 / 100.





Anugerah

Baguslah TV3 buat majlis anugerah di awal show sebab masa ini orang betul-betul focus kepada kedua-dua penerima anugerah. And seterusnya, Anugerah Qu Puteh Diva dimenenangi oleh CINDAI. Akak sentap sebab bagi akak paling berhantu adalah lagu Kau Kunci Cinta Ku Di Dalam Hati Mu.






Persembahan Selingan 

Persembahan Jack and Hafiz diselang selikan i think somewhere setelah selesai 6 finalist membuat persembahan. Suara Jacklyn Victor punyalah best dan class tahap gila babi terus aku rasa macam persembahan yang duk ada dari tadi semuanya tahap sampah.




click read more



Persembahan (mengikut turn persembahan)


No 1- Malam Ini Kita Punyaby Bunkface 

Lagu ini memang catchy. Ramai anak-anak yang suka and menjadi lagu tema yang sesuai untuk banyak rancangan TV dan event. Persembahan Bunkface adalah mantap for me. Selingan mainan drum tu adalah menarik. Ala-ala Imagine Dragons dalam 2015 Grammy Awards u olls. Tapi aku tak paham at the end of the show tiba-tiba muncul Firaun, badut, spiderman dan segala jenis manusia tampil naik pentas pakai costume merepek-repek buat barisan pegang huruf BUNK FACE. Motip? Mungkin nak buat ala-ala effek orang ramai berparti. Tapi tak menjadi. Apa pun, drummer Bunk Face ellll.



No 2 – Angin Kencangby Noh Salleh 

Sejak menjadi suami kepada anak jutawan, mak tengok Noh pun lani dah ala-ala lelaki kaya yang hemsem. Imej bersih. Akak tak pernah dengar lagu ini. First time dengar lagu ini adalah masa kat AJL ni la. Actually akak punya busy sampai akak tak sempat nak menghayati lagu-lagu yang masuk final AJL 30. Bagi akak, lagu ini mendamaikan. Bak kata Kanda Zaren, kekuatan lagu ini adalah pada lirik. Persembahan clean tak semak. Tapi gimik beliau untuk membuat effek ala-ala dari back stage hingga ke depan menggunakan camera gerak. Ala-ala persembahan Grammy jugak, tapi akak tak ingat retis mana. Tapi tu la....camera AJL malam ni macam kimak. Gimik dari backstage to main stage to tak nampak gempak. Apa pun, suara Noh matang walaupun soundsystem adalah kimak kuasa 2.



No 3 - Knock- Knock by Elizabeth Tan

Starting persembahan ala-ala akustik. Kerlas.....menyerlahkan suara serak-serak itik milik penyanyi berbangsa Tiong Hwa ini. Tapi I wished dia pakai body suit yang bukan hitam. Maybe gold, or silver. Sebab dia tenggelam dalam persembahan. Pilihan koreografi untuk lagu ini adalah okay, simple tapi akak sedih sebab walaupun pergerakan simple macam ni Elizabeth Tan macam tak berapa yakin dengan persembahan dia. Aiiiiiiyooooooo amoiii.....akak kalau dapat body macam hang.............habislah Stacy makan hati dengan pergerakan tubuh badan akak. Feeling JLO habis okay!




No 4 - Bukan Hal Akuby Kaka Azraff dan Aliff 

Aku suka gila lagu ni. For me kan, inilah kali pertama aku dengar lagu orang Malaysia yang ala-ala David Guetta gitu. Aku selalu layan lagu ni dalam kereta dan nyanyi feeling-feeling “nak buat macam mana....itu bukan hal aku...bukan hal aku.....”and Khafi akan gelak kat aku. Sayangnya, suara Kaka tak konsisten. Acapkali kat pic yang tinggi, Kaka tak boleh control vocal dia. Menyentuh kepada pilihan fesyen Kaka, I think jump-suit pendek yang dipakai oleh Kaka membuatkan dia nampak lebih pendek dan bulky. But still, I love her hair do.



No 5 - Sampai Mati by Hazama 

Aku dari dulu tak berapa minat dia ni sebab duk terdengar kisah-kisah belakang pentas tentang dia oleh rakan-rakan make up artist yang mengecop beliau sebagai kewat. Ehkkk muka lahanat macam ni pun nak kekwat ke? Sedihnya hidup di Kuala Lumpur. Asal hang retis sahaja hang layak membaut kekwat. Cuba kalau hang buat kekwat kat Penang, mampuih hang akan kena baling batu. Dua tahun lalu, Hazam telah mengecewakan kita di pentas AJL untuk lagu Penglipur Lara apabila belum apa-apa lagi dia dah mula semput di pentas. Sama la jugak dengan persembahan ini, dekat part tinggi Hazama gagal mengawal vocalnya lalu terpeleot. Dan bila sekali dia terpelot, teruslah banyak part lagi yang dia terpeleot. Mungkin sebab over confident? Lagu ini adalah lagu balada yang I selalu dengar di corong radio. Satu muzik yang indah. Tapi akak tak boleh nak focus tengok persembahan ini dengan membuka mata kerana rimas melihat misai si Hazama yang ala-ala tak banyak tapi nak jugak...........................And ampa perasan tak dia pasang lighter? Nak tiru persembahan Sudirman ka? Motipppppppppppppppp???



No 6 – Hanya Namamu by Caliph Buskers 

Kemunculan Caliph Busker amat dinanti-nantikan. Penampilan bersih ala-ala navy u olls membuatkan ramai eksaited menonton. Pembukaan persembahaan dengan taranum ala-ala headtone oleh vocalist utama Caliph Busker, Azmi Saat amatlah mendayu-dayu. Persis arwah Ustaz Azri Rabbani. Tapi aku tak faham why ada antara anak-anak ayam aku dalam group whatsapp kami berkata, taranum yang dinyanyikan oleh Azmi seolah-olah tidak mengena. Aku cuba dapatkan penjelasan tapi Yuss kembali mendiamkan diri. Tapi setelah masuk persembahan ke-enam, aku rasa setakat ini nyanyian beliau ini yang terkesan di hati kerana dia menyanyi dari hati dan bukan feeling semata-mata. Kekuatan lagu ini adalah pada vocal dan susunan muziknya yang unik, sama macam ciptaan lagu-lagu KRU untuk kumpulan nasyid Rabbani yang dahulu tetapi sentuhan dalam Hanya Namamu ini lebih sesuai dengan jiwa pemain muzik buskers seperti mereka. Aa pun, Abang Edry dengan jubah hitam nampak lazat sekali.



No 7 - Assalamualaikum by Faizal Tahir 

Aku rasa lagu ini adalah sangat berentak universal dan dinamik. Boleh digubah untuk rentak pantas yang catchy and sesuai juga digubah dalam rentak perlahan yang menghayatkan perasaan. Tambahan pula kelebihan kerana Faizal Tahir adalah seorang penghibur yang boleh dikatakan ‘orang lama’ dalam industry muzik kita. So he knows what he is doing!! Aku sangat suka pada paparan visual yang digunakan atas pentas ini. Nampaknya, Faizal Tahir menggunakan 100% kelebihan yang sedia ada untuk membuatkan persembahan dia lebih menarik. Tak salah kalau aku cakap, dalam semua-semua persembahan, dia sorang sahaja yang betul-betul koreograf pergerakan camera untuk persembahan dia. Focus dari belakang, ke depan, silang pentas dan sebagainya. We olls yang tengok di rumah pun rasa puas. Hasilnya persembahan beliau dah macam persembahan khas untuk mengingati sesuatu kat pentas Grammy. Dia Berjaya membawakan mesej yang clear untuk lagunya. Tapi, akhirnya, aku kecewa sebab pada akhir persembahan Faizal Tahir nyanyi pecah.....babilah....



No 8 - Biarkanlahby Drama Band 

Lagu ni sangat sedap. Memang patutlah lagu ini menjadi pilihan untuk menjadi OST untuk drama TV. Aku baru tau, penyanyi utama Drama Band adalah suami kepada Leez AF. Patutlah macam pernah tengok. Tapi tak dinafikan, suara dia sedap. Ala ala gabungan suara Lan Meet Uncle Hussein dengan Ajai. Bak kata anak-anak ayam JS, lagu ni adalah lagu merengkam jiwa. Korbankan cinta untuk kebahagian yang tersayang katanya. Aku pergi demi bahagia mu. Tapi nak komen sikit kepada para ahli Drama Band yang lain, haiiiyooo u ollls, kenapa u olls pun drama-drama sendu malam tu masa show? Semuanya pun akak nampak macam sendu sendu longlai teratai layu di tasik madu? Patutnya u olls lebih agresif untuk menunjukkan keyakinan u olls di pentas. Seiring dengan persembahan vocalist u olls yang meletops.




No 9 - Not For Sale by Stacy 

Lagu ini menarik. Aku rasa memang dah menjadi kemestian pencipta lagu di Malaysia, kalau ada lagu rancak yang sedap, let’s give it to Stacy. Tapi aku rasa cabaran untuk Stacy adalah pada part awal lagu ini menggunakan key yang amat rendah. Secara keseluruhan, persembahan ini menarik tetapi tidak begitu tertarik. Ada banyak benda yang menyiksa mata aku ketika menonton persembahan ini. Satu, pergerakan Stacy nampak kekok adakah kerana beliau sudah menambah berat badan dan koreografi itu tidak sesuai untuk bentuk badannya? Kedua, body suit ala-ala wedding gaun yang dijadikan dalam bentuk baju tidur itu. Its a BIG NO NO. Dengan skirt tutu yang terlalu pendek, sarat dengan batu permata dan manik jigna yang lain, akak rasa Stacy nampak lebih montok sekali (in a bad way) dalam busana itu. Akak harap kalau Stacy masuk lagi tahun depan, dia membuat lebih banyak study tentang seni pergerakan atas pentas. Ampa perasan tak semua penari Stacy sama tinggi dan semuanya lebih kurang size badan dia. So semuanya macam blended kat situ.





No 10 – Mana Mungkin by Black

Kerlassss u ollls. Dalam banyak-banyak persembahan dia sorang yang dimulakan dengan play video montaj ala-ala main piano menggunakan lukisan kat pantai. Bak kata Nok Zoey, ini adalah mungkin daripada kesan dadah u olls. Tekan-tekan pasir pantai boleh keluar bunyi piano. Lagu ni sedap, ada nilai merengkam untuk layan time time sendu. Kekuatan adalah pada vocal Black. Aku tengok dia nyanyi ala-ala Usher dah. Tapi aku memetik kata kata Yuss Zulk tentang kelematan Black yang gagal menangka first note persembahan dengan betul. Akak record persembahan ini dan yes, bila akak tengok balik, memang Black teragak-agak pada sebutan/ nyanyian pertama. Aiiiyoooo......



No 11 – Potret by Akim & The Majistret

Kerlas.....depa buat konsep ala-ala mahkamah. Aku sangat suka konsep yang dibawakan mungkin agak pelik tapi boleh dikaitkan dengan kata-kata dalam lirik lagu ini. Tentang jiwa seorang hati yang seolah-olah hilang, hanyut apabila seseorang yang amat mereka kasihi ‘hilang’. Mungkin ini adalah antara perasaan yang dirasai oleh orang yang disabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman, mana pergi muka-muka yang mereka sayangi dan kasihi? Persembahan Akim dan The Majistret dari awal memang penuh dengan keyakinan. Susunan muzik dari awal yang feeling ala-ala okestra tu memang meletops. Ampa boleh nampak penampilan gaya yang sangat yakin kalau nak dibandingkan antara band Majistret dan Drama Band? Caliph Busker tak boleh la nak banding, depa kategori lain. Apa pun, satu ja aku tak suka..........kandang tu pun kena tolak ala-ala cube emas Dato CT. 
 



No 12 – Tak Pernah Menyerah by Dayang Nurfaizah

Siriesly..............bagi aku. Lagu ini adalah bising. Bising sebab nak tiru susunan muzik RNB ala-ala penyanyi kulit hitam kat gereja. Especially kat part hujung-hujung yang digoreng oleh Dayang. Adakah aku sorang sahaja yang berasakan pembawakan alunan vocal RNB dalam susunan lagu ini agak keterlaluan untuk pendengar muzik tanah macam kita ni semua? Tak keterlaluan kalau mak cakap, nyanyian Dayang ala-ala kakak Negro yang feeling kat gereja. Tapi aku tak sangkal, kekuatan vocal dia. Ajai pun boleh geleng kepala. Bercakap pasai style beliau, aku tak suka her whole look. Baju rambu ramba itu keterlaluan untuk wanita genit macam dia. Kalau hang feeling Tina Turner nyanyi goyang-goyang mak boleh terima lagi rasanya. Rambut Dayang pun tak cun.





Kemenangan :


My prediction

Tempat Ketiga  Biarkanlah Drama Band

Naib Juara Angin Kencang by Noh

Juara Assalamualaikum by Faizal Tahir



Keputusan

Tempat Ketiga Hanya Namamu Caliph Busker

Naib Juara  Assalamualaikum  by Faizal Tahir

Juara  Potret by Hakim and the Majistret


Persembahan Terbaik

My Prediction  I don’t bet anyone sebab for me semuanya tahi.

Keputusan Potret by Hakim and the Majistret


Vocal Terbaik

My Prediction  I don’t bet anyone sebab for me semuanya tahi.

Keputusan Dayang Nur Faizah Tak Pernah Menyerah

Ulasan Filem Dirty Picture

$
0
0
Filem ini telah diterbitkan pada tahun 2011.  I stumbled across pengetahuan tentang movie ini ketika meng-scroll movie-movie dalam senarai dalam IMDB.  Penggila movie macam aku haruslah mempunyai account dalam IMDB (tapi sorry okay website ini tidak disupport oleh server USM maka u olls kena bukak dengan data sendiri).  Melalui laman IMDB,  kita boleh log in menggunakan Facebook account / atau akaun ciptaan sendiri dan kita boleh senaraikan filem-filem yang ingin kita tonton dan bila kita dah tonton,  boleh kita masukkkan rating filem itu dalam senarai peribadi kita.  And of course,  melalui page-page ini kita boleh tau lebih banyak tentang penerbitan sesuatu filem itu.

Filem yang tersenarai dalam IMDB adalah antarabangsa.  Ada Hollywood,  Bollywood,  Hong Kong.  Malaysian movie tak banyak sebab orang Malaysia sendiri tak rajin nak pi update pasai movie depa kat dalam laman website ni.  Tengok sendiri laman WIKIPEDIA (yang free tu pun) pengusaha filem kita tak rajin nak pi update pasai butiran filem depa.  Rugi sungguh.

So i stumbled across DIRTY PICTURE.  Sebuah filem Bollywood dengan poster yang sensasi.  Baca sahaja sinopsis,  tentang pelakon filem yang menjadi simbol seks kat India.  Akak terus download filem ni.  HAHAHAH.  Seks seks dan tema erotika memang kegemaran aku.

Nak dijadikan cerita,  esoknya aku jumpa kawan aku nama Haleesa.  Katanya Haleesa dah tengok Dirty Picture kat panggung wayang Malaysia tak lama dulu.  And bila aku tanya kat dia,  best dak gambaq ni?  Dia jawab "Geli.....aku geli tengok cerita ni,"

And because of Haleesa punya short comment,  aku simpan cerita ni dalam laptop aku bertahun.




Last 2 week,  aku tengok Mamaji Anilkumar Shaik Ghulam telah mengupload satu video kat Facebook tentang seorang penari / pelakon Bollywood zaman 70 an yang menarik very the daring siap lompat atas paha pelakon lelaki.  Gilaaa meletops skill tarian beliau. Mak rasa,  JLO and Beyonce kalau tengok video clip tu terus puasa sunnat 40 hari.  Sentap dengan ke-terror-an simbol seks ini.  Nama pelakon/penari dalam video itu adalah Silk Smitha.

"Mamaji,  Silk Smita ni yang depa buat filem pasai dia kan?"

"Yes darling...Dirty Picture!!"

And just like that,  because of that tarian lompat atas paha,  aku terus gigih tonton filem Dirty Picture dalam laptop aku malam itu jugak.  And so hari ni aku nak review filem Dirty Picture untuk tatapan ampa semua.





Sinopsis
Cerita ini mengisahkan seorang gadis kampung yang hidup susah bernama Reshma.  Duit takdak ni,  sampai tiap tiap hari makan gula sahaja untuk tahan lapar.  Dia mempunyai impian hidup untuk menjadi pelakon filem.  Dia pun gigihla pi odisyen menjadi pelakon / penari tambahan.  Tapi nasib dia tak baik sebab dia takdak rupa kulit pun gelap.

Tapi entah macam mana satu hari,  ada satu scene tarian yang memerlukan penari tu kena beraksi dengan tali cemeti.  Semua penari extra lain tak berani nak amik job tu sebab mampuih kulit hang nanti kena siap dengan tali cemeti tu,  tapi berbekalkan semangat nak masuk dalam industri perfileman ini,  pompuan ni amik job menari dengan tali cemeti ni.  Kerlasss gigih!

Dipendekkan cerita,  aksi tarian erotik perempuan Reshma mendapat perhatian pengusaha filem.  Sebabnya,  orang ramai mai tengok filem bukan sebab nak tengok cerita or pelakon dalam filem tu,  tetapi semata-mata nak tengok Reshma menari dalam satu babak muzik dalam filem tu.  Habis bab dia menari,  semua keluar panggung.  Gilaaaaaa noks!!

Sejak itu,  nama Reshma meningkat naik dalam persada seni perfileman di negara India.  Boleh dikatakan semua filem yang ingin berjaya kena amik dia sebagai pelakon / penari barulah filem hang boleh laku.  Walaupun dia dihina oleh segelintrir masyarakat yang menganggap dia sebagai menjatuhkan maruah tapi dia tak heran,  sebab apa sahaja yang dia buat,  dia buat dengan sungguh hati dan dia buat apa yang dia suka.

Walaupun dia duk berjaya meletops dalam kerjaya dia,  tapi ada satu part yang tak best tentang hidup Reshma yang kini telah popular dengan nama artistnya Silk.  Silk mempunyai hubungan gelap dengan seorang pelakon lelaki yang amat dia minati.  Pelakon lelaki tu adalah lubang dubur (ass whole).  Ada satu malam,  tengah dia duk romen dengan Silk,  bini dia ketuk pintu nak masuk.  So pelakon tu paksa Silk masuk sembunyi kat bilik ayaq.  And dari dalam bilik ayaq tu,  Silk nampak laki tu duk romen pulak dengan bini dia.  Silk kena duduk dalam bilik ayaq sampai pagi.........shit betui.

Aku pendekkan lagi cerita yang kalau aku cerita akan jadi 45 mukasurat ni (ampa tau la kan cerita hindustan punya panjang lagu mana kan?)  akhir sekali,  Silk mati bunuh diri!  Dia bunuh diri bukan sahaja sebab dia rasa down dengan life dia yang kini keseorangan,  dikecewa cinta,  dibuang oleh ibu sendiri,  terperangkap dalam kancah hutang......tapi aku rasa at the end of the day dia bunuh diri sebab diri dia sendiri dah kosong sebab dia dah bagi KESEMUNYA kepada semua orang.



Kenapa Aku Suka Pasai Filem Ni
Aku suka filem ni sebab  :

1)  Ini adalah filem Hindustan yang meletakkan watak heroin sebagai watak utama dalam jalan cerita.  Selalunya dalam filem Hindustan,  hero (watak pelakon utama lelaki) yang mendominasikan cerita kan?  But not this one.

2)  Watak Reshma / Silk adalah amat berani.  Ala ala mak ayam berani mati yang tak heran dengan apa yang ampa nak kata pasai dia.  Aku paling suka ada satu part dia keluar kereta pastu ada ramai pompuan-pompuan duk pegang sepanduk kutuk dia,  dia bagi flying kiss satu!! Pastu pada malam dia nak balas dendam kat seorang wartawan yang menang anugerah journalist terbaik sebab selalu buat cerita pasai Silk,  dia pi menarik free show kat tengah jalan sampai jalan semua sesak jammed sampai orang tak boleh nak pi party kat rumah wartawan tu.  HAHAHAH sial noks.

3)  Filem ni bukan filem cliche Hindustan pasai cinta terhalang,  cinta feeling dan yang sama waktu dengannya.


Fakta
1) Pembikinan filem in menelan belanja sebanyak lebih kurang USD 2.7 juta,  tetapi mendapat pulangan sebanyak USD 17 juta so far.

2)  Ada yang mengatakan bintang filem yang mempunyai hubungan gelap dengan watak Silk adalah Kamal Hassan,  dan ada juga yang mengatakan bahawa dia mempunyai hubungan gelap dengan seorang producer filem.

3)  Pelakon wanita yang melakonkan watak Silk bernama Vidya Balan adalah terlalu cantek untuk watak Silk Smitha.  Sehinggakan,  apabila aku tengok balik video - video Silk Smitha dalam youtube secara close up,  aku terkejut.  HAHAHAHAH

4)  Keluarga Silk Smitha membuat tentangan terhadap penerbitan filem ini sehinggakan akhirnya pihak produksi terpaksa menarik balik penyataan bahawa filem ini adalah 100% kisah sebenarnya Silk Smitha.  Depa claimed bahawa filem ini adalah based on kisah hidup penari/pelakon yang menjadi simbol seks dalam era yang sama seperti Nylon Nalini and Disco Shanti.


Scene Dia Menarik Dengan Tali Cemeti


Video menari atas paha.  
Sorry aku tak boleh embed masuk dalam blog ni,  ampa kena click link ni  :  Sagalakala Vallavan - Nethu Rathiri Yamma Song; Kamal, Silk Smitha


The Dirty Picture (HD) (2011) 
Hindi Full Movie - Vidya Balan - Emraan Hashmi- Tusshar Kapoor
Tapi sorry no English Subtitle




Gay Yang Ingin Berumahtangga

$
0
0
Hai Kak Jumie,


Saya nak tanya pendapat atas sebab keterbukaan pemikiran Kak Jumie. Saya salah seorang yang sedang diuji. Paham dak apa maksud diuji? Ujian saya adalah, saya sebagai lelaki mempunyai nafsu terhadap lelaki.


Dah lama saya mempunyai perasaan ini. Bukan dua tiga hari lalu. Bukan dua tiga minggu lalu. Seingat saya, perasaan saya yang suka pada lelaki lain ni adalah sejak di zaman sekolah rendah lagi. Mimpi basah? Mimpi basah pon dengan lelaki.


Hidup Berselindung

Family dan kawan-kawan semua tidak tahu langsung tentang perasaan saya ni. Kecuali kawan-kawan PLU (people like us) yang pernah communicate dan jumpa jer yang tahu saya macam ni. Saya bukan jenis sissy kak, nampak straight. Pada usia ini orang sekeliling mula bertanya-tanya, bila nak kawen? Dah bermacam-macam andaian yang dibuat oleh teman dan rakan. Ada juga yang sudah memberikan andaian yang tepat iaitu saya lelaki songsang. Tapi tak semudah itu saya mengaku. Saya menepis dan berlagak seperti lelaki tulen. Cuma dengan alasan klishe, takdak ada jodoh lagi.


Perasaan kepada perempuan

Kat perempuan memang macam takdak nafsu langsung. Setakat bagi kasih sayang, jalankan tanggungjawab lain-lain sebagai suami, bagi makan pakai, mendidik, saya rasa saya mampu kak, tapi untuk memberikan nafkah batin untuk 'bersama' saya rasa tak mampu. And saya rasa memang macam tak boleh.


Saya tak pernah ada rasa bercouple dengan mana mana perempuan. Tapi saya pernah bertunang dengan seorang wanita, masa tu saya rasa nak cuba untuk suka pada perempuan tapi tunangan saya tak tahu pun saya jenis lelaki songsang.


Saya dengan berat hati dan rasa simpati dan kebetulan beberapa bulan sebelum kami menikah, tunangan saya mengaku yang dia sudah terlanjur dengan seorang teman lelakinya. Saya pun amik peluang ni untuk putuskan hubungan kami. Sebenarnya, memang hati syaitan membuak-buak mengatakan "JANGAN KAWEN JANGAN KAWEN JANGAN KAWEN". Itulah pengalaman pendek saya tentang hubungan intimasi dengan seorang perempuan.


Hubungan dengan lelaki

Sebelum ini saya pernah mencuba open relationship dengan lelaki-lelaki PLU lain yang saya kenali dari laman sosial gay. Sekarang ni saya ada seorang teman lelaki yang steady. Kami jalin hubungan sudah setahun lebih. Pernah sekali dua di awal perhubungan kami, kami melakukan perbuatan terkutuk itu, tapi lepas 'bersama' kami berdua macam menyesal sebab tak ready, sebab tak boleh menerima, dan sehingga sekarang kami langsung tak ulang perbuatan terkutuk itu. Saya dan dia sama-sama faham keadaan itu hanya untuk sama-sama menjalinkan rasa sayang, hanya itu sahaja. Dan kini saya sayang dia sama seperti saya sayang adik beradik saya sendiri.


Teringin nak kawen

Dah umur macam ni, now I am 34 (achi ke panggil u Kak Jumie? hehehe) tengok kawan-kawan dah ada anak bini, ada keluarga masing-masing, saya pun mempunyai perasaan yang sama. teringin nak rasa untuk mempunyai isteri dan keluar sendiri. Tetapi selalu saya pikir balik masalah-masalah yang saya sebut kat atas tu....saya pendam perasaan teringin saya ni.


Soalan

Soalan saya kak, wujud ke perempuan kat dunia ni yang boleh terima lelaki macam ni yang mana tak dapat seks takpa asalkan dapat kasih sayang ikhlas dari saya? Bolehkan dia menerima keadaan hubungan suami isteri tanpa seks? Memang benar orang kata, perkahwinan bukan seks semata, tetapi adakah perempuan yang sanggup terima syarat perkahwinan tanpa seks?


Bukan saya tidak mahu mencuba, memang tak ada langsung rasa keinginan pada perempuan untuk bab seks, pandang perempuan langsung tak stim walaupun perempuan seksi die berdiri tanpa seurat benang mengoda saya, lainlah kalau lelaki kacak dengan berbaju lengkap pon sudah membuatkan saya terangsang.


Kalau refer hukum Islam sendiri, nampak dah jatuh hukum haram kan? Sebab 1 tanggungjawab yang tak dapat bagi tu. So secara lojik akal dan pemikiran akak yang selalu dekat dengan golongan ni, apa kata akak? Akak faham bagaimana perasaan saya? Nafkah zahir dan batin memang saya boleh berikan, kasih sayang dan keperluan asas dalam perkahwinan memang saya yakin saya boleh berikan pada sesiapa yang menjadi isteri saya.


Memang orang cakap senang, berubahlah. Sekadar ungkapan di mulut. Sesiapa pun boleh mengeluarkan ayat seangkatan dengannya.


Saya dah buat sedikit reading about bisexuality and more detail lagi about homosexuality. After that I have come to the fact that I am born a bisexual because I agree that homosexuality is not something we can choose or a lifestyle choice. It is imprinted in your DNA and you are born with it. Kita tak boleh help it if kita dilahirkan begini. So, from that day on, I accepted my fate, dari saya seksa diri nak be who I am not.


Sekian sahaja. Please help.

Yang benar,
Lelaki Ini


sajiaaa la bubuh gambaq ni

click read more untuk jawapan


Hello u olls,


Wow. Terima kasih Lelaki Ini kerana menghantar satu kisah benar yang percaya atau tidak, you are not the only person in this world yang merasai perasaan ini. I berani potong jari, ada ramai lagi lelaki homoseksual di luar sana yang mempunyai perasaan yang sama. Iaitu perasaan untuk let go of all this thing dan menjalani hidup baru sebagai seorang ‘normal’.


Sorry saya terpaksa correct pemahaman u olls tentang orientasi seksual u, u are not bisexual. U are actually a homosexual. Why? Sebab homoseksual dia hanya boleh terangsang dengan pasangan sama jantina sahaja. Where else, bisexual boleh terangsang untuk bersama kedua-dua jenis jantina iaitu lelaki ataupun wanita. Terang-terang anda hanya mempunyai nafsu untuk lelaki sahaja dan perasaan untuk perempuan sahaja perasaan sayang dan kasihan, tapi bukan berahi? So that doesn’t count.


Contoh lelaki bisexual adalah lelaki-lelaki yang selama ini menjalani hidup sebagai seorang gay tetapi at one point, the wanted to stop and start a new life as ‘so-called-normal-man”.  So depa pun mengahwini seorang wanita.  Alhamdulillah apabila bersama isteri, organ seksual mereka boleh berfungsi dengan baik dan mereka merasakan keseronokkan dan nikmat apabila bersenggama dengan isteri.  Walaupun hakikat pada ketika mereka menjalani hidup sebagai gay yang bottom / sissy / patah / sotong....tapi itu tidak dikira. Yang penting sekarang terbukti mereka boleh memberikan atau menerima untuk lelaki mahupun wanita. So depa adalah biseksual.


Ada banyak-banyak lagi terma seksualiti yang telah dikenalpasti oleh pengkaji psikologi dan sosiologi, aseksual, triseksual dan macam-macam lagi. Kalau rajin boleh baca, tapi takut hang pun boleh jadi pening.


Let’s go straight to your soalan.


Ada tak perempuan yang boleh terima hang seadanya?

Yes ada!! Ive met a lot of woman yang menerima pasangan mereka seadanya gay. Depa open untuk terima sejarah-sejarah hitam yang pernah dilalui oleh pasangan mereka dengan beberapa syarat mudah, once u are married, u are married. Married to a woman is not like an open relationship yang selalu dimiliki oleh pasangan gay. Maknanya, walaupun hang couple dengan boyfriend hang, hang boleh fuck dengan lelaki lain atas alasan suka-suka. Ini adalah satu syarat mudah. Malah kalau lelaki straight pun, tidak diizinkan untuk menduakan isterinya dan kalau tidak ada ikatan perkahwinan dengan pasangan kedua itu, di anggap zina / skandal. Sama juga perempuan yang pernah terlanjur sebelum bernikah, pernah mengandung dan menggugurkan kandungan, pernah menjalani hidup sebagai perempuan simpanan, etc etc etc, but once dia bernikah, dia kena tutup buku dan hanya setia pada suami. That’s it. So, yes ada perempuan yang sudi menerima hang sebagai gay. As long as you remain jujur dan ikhlas. No one is perfect in this world, and bukan senang nak cari lelaki baik zaman sekarang ni.


Ada tak perempuan yang boleh terima perkahwinan tanpa seks?


Aku pernah baca satu cerita dalam blog “Dalam Darah Aku Ada HIV” menceritakan tentang satu pasangan suami isteri yang mana suaminya seorang gay tegar dan ingin ke pangkal jalan dan bernikah dengan seorang wanita.  Malangnya, lelaki itu adalah homoseksual dan bukan biseksual. So every night mereka perlu berusaha sebaik mungkin untuk memastikan organ seksual si lelaki terangsang dan si perempuan dapat menikmati hubungan seksual dengan puas. This is a true story. Insat aku cari link untuk cerita itu.


So what im saying is that, susah nak jumpa perkahwinan tanpa seks. Yes, mungkin kehendak seks adalah berbeza mengikut individu tapi permintaan itu tetap ada. Sikit-sikit kita boleh tolerate, tapi kalau lama-lama? Empangan air pun boleh pecah u olls kalau tidak dibuka sekali sekala.


Aku pernah karang sebuah cerita dalam cerpen aku bertajuk Haru dalam buku Antologi Cerpen Chabai tentang bagaimana seorang suami gay yang bernikah dengan seorang perempuan semata-mata untuk menjaga maruah tetapi in the end, isteri punya permintaan tidak terbayar dan akhirnya si isteri buat seks dengan “anak ikan suami”. Sorry iklan sikit, kalau nak beli buku tu, boleh PM aku.


This Is Just A Phase

Aku dah rujuk kisah ni dengan seorang penyelidik dalam bidang psikologi, hang tau la kan aku kerja dalam USM dan bukan susah aku nak dapatkan informasi macam ni. So apa yang disampaikan oleh penyelidik ini mungkin benar dan mungkin tidak, tapi yang penting apa yang dia kongsikan adalah berdasarkan apa yang dia kaji dan baca, langsung tidak cuba menyelebahi mana-mana pihak. Dia pun tak kenal hang.


Dia kata, actually berdasarkan jangka umur hang sekarang iaitu 30 an hang mungkin sedang mengalami fasa mid-life-crisis.  Sebagai seorang lelaki gay, cara hang hadap mid – life –crisis adalah at one point,  hang rasa bosan dengan life yang hang ada sekarang dan hang nak cuba sesuatu yang baru.  So in your case, hang lani tak mau jadi gay dah, hang nak kawen dan mulakan hidup baru sebagai seorang lelaki ‘so-called-normal’ have kids and family.


Dia kata its good to have that. Its normal. Ini adalah fasa-fasa yang dilalui oleh semua manusia berbeza. Cuma yang takutnya adalah, ini hanya satu fasa. At one point, hang mungkin akan menyesali dan paling teruk sekali hang nak balik ke cara hidup yang hang lalui sekarang.


Sebab siriesly aku cakap kat hang, aku dah kawen, aku sendiri mengakui nak kawen bukan senang. Kawen bukan semata-mata ada kenduri, pakai baju pengantin, photo session, romen, dapat anak, amik gambar and share beautiful moments on Facebook. NO!! Kawen is like 360 degree turn over dalam hidup hang.   Ini aku yang straight......hang?


Luckylah hidup kalau hang jumpa pasangan yang boleh senang bersama dan susah bersama dan paling penting terima hang buruk dan baik. Seikhlasnya dan bukan semata dalam sajak cinta.


So im gonna leave this to you now. Kesimpulannya, ini hanya satu fasa. Kuatkan hati. Banyak sollat dan berdoa kat Allah. Kalau hati hang penuh dengan Dia, hang senang jumpa jawapan. Tapi kalau sebaliknya hang mungkin akan membuat keputusan yang bukan sahaja akan MENGHARUKAN hidup hang malah hidup hidup orang yang hang sayang.


Ps/ PLEASE STOP USING NORMAL MAN TERM!! SAPA NORMAL KAT DUNIA NI?


Love,
Jumie Samsudin

Disisih Teman Kesayangan

$
0
0
Hai Kak Jumiess,


Tujuan saya melayangkan email ni nak cerita/luahkan perasaan dan mintak pendapat. Pasai saya tak tau dah nak cerita /luah kat sapa. Setakat cerita kat kawan-kawan paling dak pon depa bagi nasihat cliche jelaa. Saya tulis sebab saya nak juga tau pendapat dari pihak neutral iaitu Kak Jumiess. Saya ringkaskan cerita supaya tak berjela pula. Harap Kak Jumie memahami.


Ceritanya begini, saya ada ramai kawan sepanjang saya belajar di kolej. Tak kira bangsa agama dan jantina. Nak jadikan cerita saya rapat dengan beberapa orang dan salah seorangnya si Faisal. Yang lain tu mcm kawan-kawan biasa jela. Dah rapat selalu pi mana pon sama-sama ofkos akan timbul rasa sayang, rasa suka, rasa cinta dan macam-macam rasa lagi lah. Cuma saya sendiri tak pasti sejauh mana rasa sayang tu, lebih dari seorang kawan atau setakat adik beradik je. Masa tengah happy2 tu memang banyak benda yang kami lakukan bersama dengan kawan2 lain. Buat aktiviti sama-sama.


Selama kami kawan rapat ni bukan tak dak krisis memang ada la gaduh-gaduh masam muka siap tak bertegur sapa pon pernah. Saya ni hati batu keras serupa berlian lah kalau dah merajuk tu. Memang tak mau tengok or pandang dia kalau tengah marah padahal kes kecik ja. Kalau saya yang bersalah saya yang akan minta maaf dulu. Dia memang lambat nak minta maaf, ego katanya. Saya kenal sangat.


Dia selalu kata layanan dia terhadap semua orang sama, tapi hakikatnya tak. Saya selalu rasa dia layan saya lain, ada saja tak kena, cakap pun kadang-kadang main lepas sedangkan dengan kawan kami yang lain dia tak macam tu. Saya perhati je perangai dia. Saya observe. Kalau jenis yang mulut main lepas tu saya paham la jugak, tapi dia bukan mcm tu. Dia jenis soft spoken, lembut je. Sebab tu saya selesa berkawan dengan dia dan saya sendiri rasa selamat sebab saya percaya dia. Ya TRUST.


Sampai satu tahap dimana hari yang saya akan ingat sampai bila-bila iaitu apabila saya hantar mesej meminta maaf atas kelakuan saya yang mungkin membuatkan dia tidak selesa sehingga saya dapat layanan yang teruk tetapi apa yang saya dapat? Mesej yang penuh kata-kata yang menyakitkan hati saya.


Ya saya akui rindu nak bersembang macam selalu, biasalah dah lama tak jumpa mesti banyak cerita nak diceritakan tapi bila saya buka mulut dia suruh saya diam. Baik saya diam. Tapi dengan kawan yang lain dia bercerita bagai nak rak. Bagitahu saya hati mana yang tak rasa disisihkan oleh kawan sendiri?


Sepanjang hari saya diam. Sambil cuba berfikiran positif. Saya gagahkan diri hantar mesej kepada kawan-kawan minta maaf kalau terasa dengan saya. Dia balas mengatakan hubungan kami takkan kemana-mana kerana kami hanya kawan. Sedangkan saya tak sentuh langsung mengenai hati dan perasaan, saya tak perlu pun rindu dekat dia. Apakah satu kesalahan kita merindui kawan? Kalaulah rindu itu satu kesalahan dah ramai orang masuk penjara.


Dan akhir sekali dia suruh saya mencari orang lain dan jangan bazirkan airmata saya.


Kak Jumie dia juga suruh saya berubah kalau nak keadaan kembali seperti biasa. berubah mcm mana lagi Kak Jumie? Sungguh saya miserable gila hari tu, sampai kawan saya paksa saya keluar supaya tak nak saya sorang-sorang. Saya buat kerja gila. Saya hilang selera makan 2 3 hari, saya hilang fokus ketika memandu dan macam-macam lagi.


Setiap kali saya cuba cerita saya menangis. Saya sendiri tak pasti kenapa saya senang sangat menangis. Sedangkan hati saya kuat selama ni. Saya sedih mungkin kehilangan seorang 'kawan'. Lama-lama saya berjaya divert perasaan saya, saya habiskan masa dengan kawan-kawan yang lain, saya buat aktiviti berfaedah semata-mata nak lupa. Tapi dalam masa yang sama saya masih lagi amik kisah pasal dia.


Saya masih lagi likes post dia. Saya nak tunjuk yang saya sebenarnya tak dak masalah dengan dia. Saya nak tunjuk yang saya happy, saya boleh menjalani kehidupan dengan normal.


Saya tak pasti apa yang perlu saya buat sekarang ni Kak Jumie. Macam mana saya nak meneruskan kehidupan? Dunia ni kecik pusing-pusing akan jumpa jugak. Saya malu nak berhadapan dengan dia. Saya tak tau sama ada nak teruskan persahabatan ini atau tidak.


Yang benar,
Sahabat Yang Menanti





Hello Sahabat yang menanti,


Aiyooo...berkali-kali aku baca cerita hang ni. Aku cuba nak tengok aku ni memang salah anggap ka apa. Aku amik masa untuk balas, sebab aku nak tengok aku ketika baca emel hang ni berubah, adakah perasaan aku terhadap cerita hang ni sama atau berbeza apabila aku baca dalam keadaan yang berbeza? Hakikatnya tidak, aku confirm dan kunci kata-kata hati aku bila setiap kali baca cerita hang ni, aku dapat rasa yang sebenarnya hang memang ada hati dengan sahabat hang tu.


And aku tau, mesti ada lagi part-part yang hang tak cerita habis kat aku. Contohnya, mungkin hang ada terbuat confession kat kawan-kawan lain yang menyatakan hang sayang dia lebih dari kawan, ataupun hang sendiri dah terbagi hint yang menunjukkan hang ready untuk terima dia lebih dari kawan.


Mungkin sangkaan aku betul, mungkin salah. Tapi saka aku mengesahkan ada benda yang hang tak cerita habis.


Tapi dipendekkan cerita, sekarang ni kita focus kat hang. Bukan kawan hang.


Aku simpulkan dua benda kat sini yang menjadi persoalan besar dalam hidup hang sekarang.


1) Hang tanya macam mana hang nak teruskan hidup?

2) Hang tanya macam mana hang nak jadikan hubungan ampa macam biasa balik?


Okay untuk jawapan kepada perkara pertama. Macam mana hang nak teruskan hidup? Wellllllllllllllllllllllllllllllllllllll............................... come on babe!!! Aku nak tanya hang satu soalan, what for? Buat apa hang nak melukut di tepi gantang demi persahabatan yang tak dihargai ni?


Aku pernah dinasihatkan oleh seorang bijak pandai yang aku anggap seperti bapak aku sendiri, nama dia Prof Amir. Dulu masa aku muda-muda baru masuk kerja USM, aku selalu lepak bersembang dengan dia. Aku juga selalu cerita pasai masalah marka dan kawan-kawan yang aku hadapi kat dia. Yalah, time tu umur muda trang tang-tang bak hang. 20 – 21 tahun.


Dia pernah kata kat aku “Jumie, Tuhan pun tak boleh nak ubah hati kita. Apatah lagi manusia? The only person yang boleh ubah hati seseorang tu adalah diri dia sendiri,” mendalam falsafah dia tu and aku pikiak dalam – dalam sampai lani.


Betul jugak dia kata. So kat sini, hang tak boleh nak ubah hati kawan hang tu. Dah kalau lani dia sendiri dah seolah-olah tolak hang tepi, anggap hang macam, sorry to say, macam hang duk terhegeh-hegeh sangat kat dia, wehhhh sila blah la.


Aku ada satu pegangan hidup yang aku pegang dari dulu, takdak sapa pun boleh jaga hati hang selain diri hang sendiri. So hang lani duk pi bagi hati hang senang-senang kat orang, bagi hati tak semestinya bagi kat marka, kat kawan-kawan, kat adik beradik pun boleh bagi jugak. Sebab kita ni especially perempuan, cepat kesian, cepat simpati. Kepala hotak!!! Dah kalau hang sendiri bagi hati hang senang-senang kat orang, and orang tak jaga hati hang baik-baik, pasaipa hang nak salahkan orang?


So memang dari dulu aku style memang keraih hati sikit. Tapi kalau aku betui betui percaya and sayang satu-satu orang tu, aku ikhlas bagi hati aku kat dia. Tapi once dia sudah buat tahi, yes, aku boleh maafkan tapi pinggan yang retak hang boleh gam, tapi hang masih boleh nampak retaknya?


Aku pernah tulis satu artikel bertajuk, Audit Kawan-Kawan. Satu pendekatan yang sangat radikal tapi aku rasa bagus untuk hang praktikkan. Hang pi baca artikel tu. Pelan-pelan, semua ini akan mendewasakan hang.


Berbalik kepada kawan hang tu, hang kena ingat, ada lelaki yang memang feeling depa lebih kuat dari kita pompuan. Depa bukan macam kita, kalau suka atau tak suka, kita terus tunjuk emosi dan reaksi kita. Tapi most lelaki, depa suka pendam dan kadang-kadang sebab terlalu pendam, depa sampai nak lari dari keadaan. Kat sini aku nampak dua benda, pertama sama ada dia memang takut kalau-kalau hang ada hati kat dia dan dia tak ready nak komit, and kedua dia sebenarnya gay dan dia tak mau nak kecewakan hati perempuan. Jangan terkejut ya. Kita dah tahun 2016 dek non. Benda ni adalah biasa.


Okay untuk jawapan kepada perkara nombor 2. Macam mana nak jadikan hubungan ampa macam biasa balik macam dulu?


Jawapan dia....................... biarlah masa yang menentukan.


Aku nak kongsi kat hang pengalaman aku sendiri. Aku pernah ada satu mak ayam. Dulu aku rapat dengan dia. Dari dulu aku pi mana pun dengan dia. Satu Penang tau cerita dan kisah kami. Kami memang rapat gila babi. Aku banyak belajar dari dia.


Sampai satu tahap, tiba-tiba dia mendiamkan diri dari aku. Dia tak balas mesej, tak jawab call, tak ajak aku jumpa lagi, and last sekali aku tengok dia unfriend aku kat Facebook and Instagram. Siriesly, aku sangat terkejut sebab aku sangat hormati dia dan aku tau benda-benda unfriend ni semua kerja budak budak sahaja.


Tapi aku tak pernah give up untuk contact dia, aku selalu mesej dia waluapun dia tak balas. Masa bapak dia meninggal, aku wish dia takziah and tanyala ada apa-apa ka yang aku boleh tolong. Yang tu dia balas mesej aku. Tapi lepas tu, mak mentua aku meninggal dunia, sehari sebelum raya!!! Dia takdak mesej aku langsung, apatah lagi call ucap takziah.


Aku tanya pada kawan-kawan sekeliling, yang mana rapat dengan kami. Semua tutup mulut dan tak mau buka cerita. Tapi aku tau dalam hati, depa semua tau apa yang berlaku Cuma depa mungkin tak mau panjangkan cerita dan tak mau masuk campur.


So aku give up. Sebab at one point in our life, ini bukan sebab kita nak jaga maruah, kita tak mau nampak macam kita ni takdak harga diri duk pi sondol kat dia, no...bukan macam tu. Tapi kita kena hormat orang punya ruang!!! Mungkin setiap kali kita mesej, or even LIKE Facebook dia adalah satu tindakan yang betul betul membuatkan dia tak selesa. Hang pernah terpikiak macam tu?


Aku tak pernah tau sampai lani why dia terus buang aku macam tu sahaja. Mungkin dia ada explanation dia sendiri. Mungkin ada benda yang aku buat betul-betul mengguris perasaan dia sehinggakan dia sendiri tak sampai hati nak cakap kat aku. Sebab kami terlalu rapat, mungkin kalau orang lain, dia dah boleh maki aku sampai keluar darah kat telinga.


4 tahun berlalu. Tiba-tiba baru-baru ini aku jumpa dia kat kedai makan, terserempak, and dia sendiri mai tegur and said hi kat aku. Dalam hati, aku happpppppppppppppppppyyyy sangat. Tapi aku pun kenalah maintain relaks dan tak mau nampak macam awkward. Aku pun said hi balik kat dia.


And that’s it.


Nak kata kami teruih nak calling-calling and lepak sekali takdak la pulak. Sebab terlalu ackward kot kalau hang tiba-tiba nak jadi baik macam tu.


So kesimpulannya, let time heal everything. Masa yang akan mengubati segalanya. Hang tau sapa yang ajar aku benda tu? Mak ayam aku tu la.


Sekian sahaja. Persahabatan adalah satu perkara yang amat aku hormati. Tapi kadang-kadang kita ni ada macam-macam cabaran dan halangan. Pendapat peribadi, pendirian dan cara hidup, nilai-nilai kita semuanya berbeza mengikut individu. Bukan senang nak maintain persahabatan.


Tapi aku tengok kat sini, hang langsung tak ego. Hang dah cuba segalanya. So, sampai masa untuk hang berhenti dan hormatilah ruang kawan hang tu.


Sekian sahaja coretan aku. Jangan menyesal dengan apa yang dia buat kat hang ni, semua ni akan mendewasakan hang.


Love,
Jumie Samsudin

Beyonce in Coldplay - Hymn For The Weekend (Official video)

$
0
0
Lama sepupu aku mendiamkan diri.  Tup tup buat video clip and lagu dengan Coldplay.  Kerlasssssssss....



Antara Boyfriend Ku dan Skandal Gelap Ku

$
0
0
Warning : Cerita ni agak celaka sikit. Harap Kak Jumie bersabar dalam menjawab.


Saya ni seorang wanita berkerjaya, masih muda, boleh kata cantik juga lah. Dah ada teman lelaki yang serius, tapi lately ada problem. Sebab dalam kerjaya saya memerlukan saya untuk selalu jumpa clients.


Nak dibuat cerita, tersangkut dengan seorang client ni. Mula mula dia pursue bagai nak gila. Lepas tu macam nak taknak. He's a nice guy (I thought he was), smart, intelligent, kaya, charismatic, tapi masalahnya dia 15 tahun lagi tua dari saya. And the worst part is....he's married with kids.


Mula-mula cuak juga, tapi lama-lama macam cuba nak go with the flow. Dalam hati tahu bukannya nak serius dengan dia pun. Dia pun cakap dah dia taknak serius, taknak komitmen, bla bla. Tapi lama-lama rasa macam dah tersangkut dengan dia.


Tak tahu kenapa hati ni bodoh sangat taknak terima. Sampai sanggup buat semua untuk dia. Sampai sanggup curang dengan boyfriend yang bertahun-tahun ni. And by the word 'curang' tu, I did lots of things with this client that I will never forget myself for doing so. Maybe harapan dia boleh berubah.


Sekarang my current boyfriend dah tahu dan dia call client saya tu. God knows what they talked about. Dah bergaduh-gaduh, tapi my current boyfriend still maafkan saya. Bila dia dapat tahu, dia menangis, dia dah nak tinggalkan saya, tapi dia cakap 'Kalau I tinggalkan you, you takkan ada siapa-siapa dah. I taknak you jatuh. You are at the peak of your career. I tau you boleh berjaya, and I will be there for you. Lets do this together and forget this incident'.


Lepas tu client tu terus block my whatsapp. After a while, dengan perasaan tak serik, I made a drastic move. I asked the client to call me and settle this issue. Saya nak tahu penghujungnya, taknak benda tergantung. Dia call, tapi cara dia call tu bukan sesuatu yang pleasant. Dia tinggikan suara, dia cakap semua ni membuang masa dia. Like a total waste of his time.


Saya dah berminggu minggu menangis nak lupakan masalah ni. My boyfriend lately hari hari jumpa saya sebab dia tahu saya perlukan support. Now, I am asking for advice.


1.    Saya sayang boyfriend saya. Dia adalah manusia yang paling sempurna pernah saya jumpa. Tapi tak tahu kenapa saya dah tawar hati dengan dia. Saya tahu kalau saya hilang dia, confirm saya takkan dapat balik lelaki macam ni. Handsome, kacukan juga, sayangkan keluarga dia, sangat ambil berat, romantik, lembut tutur kata, tak pandang wanita mahupun lelaki lain. Macam mana nak sayangkan dia balik? Saya tahu saya still sayangkan dia. Cuma saya distracted dengan semua yang berlaku.


Dan kak, bila saya cakap boyfriend saya baik, memang dia baik kak. Saya pernah cuba suruh ramai orang tackle dia. Memang tak lut. Dia takkan reply. Bila ada perempuan nak jumpa, dia akan bawa saya. Dia takkan sorok saya dekat siapa-siapa pun. Banyak kali dah test, memang tak ada. Yang test tu pun bukan calang-calang orang. Ada yang lagi cantik, lagi kaya dari saya. Memang tak layan. Saya mula-mula ingat dia gay, tapi lepas test dengan lelaki pun tak jalan juga. Tolong bagi saya idea macam mana lagi nak test dia. Teringin juga nak tengok muka dia kalau kantoi. Tapi tu yang takut tu. Takut kalau dah kahwin dia buat hal.


Concern dia sekarang nak cari kerja yang baik untuk support saya. Sekarang ni saya lagi atas dari dia dari segi karier, tapi saya tau dia boleh berjaya in future. Dia datang dari family yang kaya dan berpengaruh, so saya tak rasa dia menempel dengan saya sebab kerjaya saya. Bila saya lapar pukul 2-3 pagi, saya call je dia dan dia akan datang beli makanan. Yang ni sumpah tak tipu. Bila saya cakap saya sedih, dia akan immediately datang dan teman saya kat rumah. Bila saya nak makan pulut mangga, dia akan carikan sampai dapat. Kalau tak sedap, dia akan cari kat tempat lain pula THE SAME DAY. Bila saya nak shopping, dia akan bawa saya pergi mana pun saya nak. Nak kata bagi nasi kangkang, tak pun.


Dia ingat semua makanan yang saya suka. Setiap hari dia cuba impress saya. Nak dekat 5 tahun tapi dia still tak jemu nak impress saya. Saya pula yang statik, dah stop nak impress dia. Bila saya tanya kenapa dia baik sangat dengan saya, dia jawab;
'Kalau satu hari nanti kita tak ada jodoh, I taknak ada sikit pun sesal dalam diri I. You know, the feeling of 'if I have done the best, would it turn out like this'. I boleh walk away without having any sense of regret whatsoever, and I will be able to move on easily cause I know we're no longer together because we are not meant for each other, not because I have stopped trying."

Memang ayat novel kak, tapi memang dari mata dia. Saya boleh nampak keikhlasan tu.


It hurts to betray this man's trust. It hurts so much having to see his face everyday knowing that I have once betrayed him and he chose to forgive me instead of leaving me at my lowest peak.


2. Rasa macam client ni pandang saya rendah sangat. Rasa hina sebab diri ni senang sangat nak dapat walaupun saya tahu saya bukan jenis senang nak didekati. Dengan dia ni saya jadi naive. Banyak lelaki saya boleh tolak tapi dengan dia, jadi terlajak gear. Macam mana nak redeem myself dan nak tunjuk kat dia yang saya ni masih ada harga diri dan nak dia datang balik kat saya. Datang BUKAN SEBAB NAK DIA BALIK, CUMA NAK DIA SEDAR APA YANG DIA RUGI.


Banyak benda yang jadi kat saya dari kecil. Sampai satu tahap dulu saya cuba tackle sebanyak mana lelaki yang boleh then tinggalkan je diorang (not up to having sex. Cuma flirt and buat diorang jatuh cinta then terus tinggalkan). Rasa macam ada power and control over guys. Tu yang saya cuba nak buat dekat client saya. Ingat nak buat dia jatuh cinta dan lepas tu saya tinggalkan dia. Tapi dia lagi cekap dan lagi syaiton dari saya. So saya dah termasuk perangkap dia. Sekarang instead of me dumping him, he dumped me. He even degraded me to a certain degree. Sakit dia, nauzubillah. I'm playing with fire, and it burns deep to the core.


Untuk pengetahuan akak, client ni ada cakap kat saya 'Kalau you dah okay, dah stable, contact me back.' What does that mean?


Saya bukan manusia yang baik kak, and I admit that. Tapi saya tau sejahat-jahat saya, saya takkan rendahkan maruah saya dan kacau rumah tangga orang. But things happened. Fikiran dah celaru sangat. Rasa bodoh sangat bila benda ni jadi. Rasa macam perempuan tak ada maruah. I want to gain back self respect, and also respect from him. I won't get back to him but I just want him to know what he has lost.

Yang benar,

Bunga Raya





Dear Bunga Raya,


Senang sahaja cerita hang ni. Lani benda ni duk jadi complicated bukan sebab orang-orang sekeliling hang, tapi hang sendiri.


Dari cara penceritaan hang pun aku dah boleh nampak karakter hang macam mana, hang style selfish, perasan bagus dan ego. Berapa kali hang nak kena ulang, hang wanita bekerjaya and hang punya tahap lagi tinggi dari boyfriend hang, and macam mana hang dah boleh nampak kalau ampa kawen, laki hang tu tak akan menempel hidup kat hang.  Sebab tu hang lani terlalu ego sampai hang tak boleh terima hakikat yang hang dah kalah dalam permainan cinta dengan skandal asshole tu (sebab dia sah sah dah checkmate hang) and sebenarnya hang tak nampak lagi bahawasanya boyfriend dont deserve u at all !!!  Sebab tu aku ada kata hang ego.


Come on girl? Is that all that u can see in your life? Pencapaian materialistic.


Okay sebelum kita sambung cerita ni jadi lebih panjang, aku nak petik satu pesanan daripada seorang sahabat aku. Nama dia Siti Mariam, seorang pompuan yang aku respek gila sebab hidup dia memang penuh dengan cabaran yang Allah bagi kau-kau kat dia. Dia kahwin, baru ja kawen, dia mengandung, dapat anak kembar, tapi anak mati dalam kandungan, dia kena telan ubat agar baby tu beranak macam normal...walaupun dah mati. Pastu dia kena kebumikan anak dia tu dua-dua kembar. Pastu tak lama lepas tu, suami dia pulak meninggal dunia akibat kuman dalam otak. Gilaaa sadis hidup dia. (Sorry sub plot cerita punya panjang).


Actually pesanan Siti Mariam tu kat aku dulu adalah “Kalau kita rasa kita cantek, ada 10 orang lagi cantek dari kita. Kalau kita rasa diri kita buruk, ada 10 orang lagi buruk dari kita,” hang paham dak Bunga Raya?


So tolak cerita drama cinta Korea hang dengan boyfriend and cinta skandal hang dengan client lubang dubur tu. Let’s talk about you.


Lani, the only person yang boleh letak harga nilai diri hang adalah diri hang sendiri bukan orang lain!!!! Bila aku cakap macam tu bukan bermakna hang boleh jadi terlalu yakin sampai hang berlagak dan anggap orang lain adalah lebih rendah tahapnya kalau nak banding dengan hang punya kerjaya dan ketinggian gaji hang. Come on girl...................hidup ini lebih daripada itu.


Semua orang pun buat dosa, semua orang pun pernah buat salah, semua orang pun rasa diri dia jahat. Tapi macam aku kata tadi, kalau kita duk rasa kita jahat........ada 10 orang lagi jahat dari kita. So selagi hang tak boleh terima dosa-dosa hang, kisah-kisah hitam hang, kenangan pahit yang menghantui hang....sampai bila pun hang akan hidup dalam satu bulatan hitam yang tertulis “Aku Jahat and Aku Deserve Ni semua.....”


And perasaan tu secara tak langsung membawa hang kepada anasir gelap yang lain seperti, hang keep on buat benda jahat, hang keep on buat dosa, sebab hang dah anggap diri hang memang penjahat dan pendosa ...so tak dak beza kalau hang tak buat benda-benda tu semua.


Lani, sebelum hang pi jauh untuk pikiaq macam mana hang nak make sure hati hang dah kembali kat boyfriend hang ataupun macam mana nak buat agar skandal asshole tu rasa menyesal sebab buat hang macam tu......lani hang pikiaq macam mana hang nak clear off hati hang dulu!


Soalan-soalan maut aku kat hang!


1) Hang pikiaq lani betul betul, apa hang nak dalam hidup? Wang? Pangkat? Duit? Ataupun simply...hati yang tenang? (Tengok video clip sepupu aku Beyonce “Pretty Hurt” masa dia masuk ratu cantek, detu tanya...what do you want if life?)


2) Hang pikiaq balik when was the last time hang betul-betul pikiaq orang yang lebih susah dari hang, yang takdak masa langsung nak pikiaq pasai cinta sebab hidup depa kais pagi makan pagi, kais petang terpaksa berlapar?
 

3) Hang pikiar balik, sampai bila hang nak macam ni? Duk layan semua jantan di dunia sebab dengan ini hang rasa hang hot dan meletops. So kalau takdak laki mau dan tergoda dengan hang, hang tak rasa diri hang hot dan meletops?
 

4) And last sekali, bila last sekali hang sembahyang yang hang betul betul dapat rasa ehsan as if hang tengah tengok Allah dan Allah tengah tengok hang?



Aku berani cakap benda ni sebab aku sendiri pernah lalui apa hang rasa. Aku pun dulu bukan perempuan yang baik dan aku cakap sekarang pun aku bukanlah perempuan yang baik sangat, tapi yang penting, aku happy dengan hidup aku. Hati aku tenang (kadang-kadang raplah la juga....ala benda kecik-kecik...mana ada hidup yang tak raplah, dalam kubur pun kita duk kena keribas dengan Malaikat). Hati aku tenang sebab walaupun aku tak kerja hebat dan gaji aku tak besar tapi cukup la makan tak payah berhutang (sekali sekali ada la hutang...hehehe..duk bayar sikit sikit) dan yang paling penting, walaupun laki aku bukanlah kerja engineer, pilot apatah majistret, tapi bersungguh-sungguh untuk jadikan rumah tangga kami berjaya. And dia tak layan aku macam asshole.


So berbalik kepada kisah hang, lepas hang dah betulkan kiblat hang (arah tuju hang), aku rasa apa yang terbaik kat sini, hang buanglah segala-galanya. Kalau dah kata hang takdak hati kat boyfriend hang tu, hang minta putus kat dia dengan cara elok, hang nyanyi lagu Boys II Men kat dia “Every body needs a little time away...i heard they say....from each other....”


Mungkin bila hang dah takdak dia.......baru hang akan hargai apa yang dia dah buat kat hang selama ni. Mungkin itu cara terbaik untuk ajar hati yang ego macam hang. Sebab memang fitrah manusia, selagi dia duk ada benda tu, dia tak appreciate langsung. Tapi bila dia dah kehilangan, baru dia nak menyesal.


Ini adalah satu risiko yang paling hebat dan aku cabar hang buat sebab bagi aku inilah satu reset button yang hang kena buat dalam hidup hang. Ada satu kata-kata yang kawan aku selalu sebut, if you want to change, change the environment. So selagi hang duk bersama boyfriend hang, environment tu masih sama.


And once hang dah belajar dari kesilapan hang, and hang betul betul hati dah kosong, dan dalam keadaan kosong dan tenang tu baru hang rasa hang betul betul perlukan boyfriend hang balik, and if he is still there waiting for you.............he really is for you. Kalau dia dah belah dan tak tunggu hang lagi, hang jangan menyesal tapi hang kena anggap ini adalah satu fasa pembelajaran yang akan menjadikan hang lebih kuat ada masa akan datang.


Bercakap pasai skandal asshole hang tu, pasaipa hang nak kena prove diri hang kat dia? Dah sah-sah dia anggap hang bitch, hang nak pi prove apa lagi? Bitch is bitch. Takyah hang nak feeling-feeling nak pikiaq teruk yang satu hari dia nak bagi kat hang crown dan anggap hang ratu pari-pari dalam hidup dia. Dan dia pun akan forever jadi asshole jugak and God knows sampai bila dia nak jadi asshole. Dah kawen, ada anak, pastu skandal, pastu dah kena maki dengan boyfriend hang, pissed off, maki hang and hina hang, tapi ada hati pulak kata “Kalau semua dah okay baru u datang cari I”


Siriesly wahai wanita bekerjaya dan kunonnya berjaya dalam hidup...........inikah lelaki yang hang nak kena buktikan hidup hang kat dia? And plus, hang tak rasa ka you are not the only choice yang dia ada dalam list dia? So at the end of the day, hang duk rasa diri hang hebat gila....tapi untuk asshole ni, hang hanyalah choices dalam hidup dia? COME ON!!


Sekian dahulu leteran dan carutan ikhlas dari aku untuk hang. Im sure takdak sapa yang akan bagi hang pendapat ikhlas macam ni. Tapi kalau benda simple ni hang tak boleh nak telan, hang tak payah nak gelabah cari jawapan daripada orang lain pulak sebab at the end of the day, kalau hang nak dengar jawapan yang sedap untuk hati hang.....u are not going anyway darl.


Love,

Jumie Samsudin
Perempuan Jalang Jugak sebab Life Memang Bitch!!

Pinata Party KL

$
0
0
Diyana Yang dan pinata-pinatanya.

Hello u olls,

Oleh kerana pengaruh Amerika yang amat kuat dalam kalangan masyarakat Malaysia, sekarang ni kalau nak birthday kita mesti nak kena ada PINATA (bunyi dia pin-ya-da. Sebut betul betul ya....jangan duk kampong sangat bunyi PI-NA-TA). Apa benda alah piñata ni?

Pinata ni adalah sejenis hiasan yang diperbuat daripada kotak / kertas yang dihias dalam bentuk haiwan selalunya kuda yang di dalamnya berisi gula-gula. So masa hari birthday, birthday boy/girl akan dikatop matanya dan diberikan kayu. So dalam keadaan mata tertutup, birthday boy/ girl tu kenalah pukul piñata tu sampailah semua gula-gula keluar daripada piñata tu. And dikutip oleh kawan-kawan yang mai birthday party dia.

Dulu masa birthday anak menakan aku, nama dia Iffan aku buat la piñata ni. Tapi aku style tak creative langsung, aku hanya balut kotak bentuk petak dengan keras pastu gantung kat pokok. Pastu aku bagi cota (cota betul yang laki aku simpan dalam kereta – KANTOL kereta ada senjata) kat anak menakan aku untuk dia pukul piñata tu. Itulah satu-satunya pengalaman aku dengan piñata.

Okay ampa dah tau kan piñata tu apa?

Hari ni aku nak share dengan ampa satu kakak meletops ni from KL yang membuat perniagaan mereka bentuk piñata customized yang sangat cantek dan meletops. Aku sangat suka dia update macam-macam kat Facebook beliau kerana hasil kerja piñata beliau sangatlah cantek, bewarna-warni yang terang dan hasil kerjanya bagi aku adalah kemas dan halus. Tak hairan apabila banyak syarikat korporat yang menempah piñata daripada beliau untuk majlis-majlis rasmi depa. Antaranya IKEA dan juga TM.




Menurut Kak Diyana Yang, yang juga blogger di www.diyanaazman.com , harga sebijik piñata adalah daripada RM100 dan ke atas mengikut saiz dan design. Kalau u olls nak tempah, selewat-lewatnya kena tempah 2 minggu lebih awal.

Okay tak mau cerita panjang dah. Ampa tengok gambar-gambar piñata from Pinata Party KL.




















Piñata Party KL
1st Designer Piñata crafter in Malaysia! Make your party amazing! We custom made your piñata for any occasion. You think it! We make it!
Contact : 012-230 0107
Facebook : Pinata Party KL
Instagram :  @pinatapartykl
Website : http://www.pinata.my/
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>