Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Ulasan Filem Animasi Inside Out

$
0
0
Hello u olls,

Lamaaa tak tengok cartoon best (the last cita cartoon best yang aku tengok adalah How To Train Your Dragon 2, cerita tu best nak mampus...tapi aku malaih nak buat review kat ampa), so baru-baru ni aku tengok satu cerita kartun yang sumpah best dan aku rasa cartoon ni adalah lebih sesuai untuk orang orang besaq berbanding orang kecik.

Cerita itu adalah Inside Out.



Sinopsis

Cerita kartun ini mengisahkan tentang empat ‘perasaan’ penting yang mengatur perjalanan emosi dalam hidup kita dan sekali gus menjadi penyebab utama kepada beberapa tindak tanduk penting dalam hidup kita. Empat perasaan penting ini adalah “Joy”, “Fear”, “Sadness”, “Disgust” dan “Anger”. Depa ni semua duduk kat HEAD-Quaters iaitu kepala kita. So setiap kali apabila kita buat apa-apa atau something terjadi kat kita, depa lima orang ni la yang akan tentukan perasaan kita. Setiap perasaan yang di-projek oleh lima orang ni akhirnya akan tersimpan dalam bola-bola memory dan bola bola memori ini akan mengikut warna perasaan kita. Joy colour cahaya something like kuning bercahaya, fear warna kelabu, disgust warna hijau dan anger of course warna merah.

Sekali sekala bila something penting berlaku, bola memori asas (core memory) akan terhasil dan menjadikan pulau-pulau perasaan utama dalam hati kita.

So perjalanan kisah-kisah perasaan ini adalah berdasarkan seorang budak perempuan bernama Riley yang berasal daripada Minnesota dan terpaksa berpindah ke San Francisco bersama ibu bapanya. So dalam proses perpindahan ini, ‘perasaan-perasaan’ dalam head quaters Riley jugak sedang mengalami konflik sebab Joy macam nak control everything (That’s what i see) dan menyebabkan keadaan menjadi huru hara. Sebab itu, Riley akhirnya jadi sedih, jadi buntu dan akhirnya membuat keputusan untuk lari rumah.





Why I love This Story

I always wonder apa sebenarnya yang duk berlaku dalam kepala otak aku sebab aku sendiri akui aku bukan jenis manusia yang mempunyai peraturan emosi yang stabil. At one point di kala orang bersedih, aku boleh relaks nak mampus. Di kala orang sedang relaks, aku pulak gabra lebih sampai jadi migraine. Di kala orang tengah gabra, aku pulak boleh jadi naik angin sampai apa kerja pun tak boleh buat dan paling tak best apabila orang semua tengah eksaited tentang sesuatu, aku pulak duk rasa down nak mampus sampai tak mau keluar rumah.

Kalaulah aku boleh tengok apa yang sedang berlaku dalam Head Quaters aku kan best. Aku nak tengok sangat sapa yang tengah handle perasaan-perasaan aku ni. Tapi aku rasa yang duk control hidup aku adalah ANGER dan SADNESS and FEAR. Tapi kalau tengok dalam head quaters Fan, mesti yang jadi kepala dalam head quaters dia adalah DISGUST.



Cerita ini membuatkan kita sangatlah senang nak memahami bagaimana perasaan perasaan dalam kepala tak kita berfungsi. Adakah perasaan ini normal? Adakah perasaan ini tidak normal? Apakah perasaan ini tidak penting dan perasaan manakah yang paling penting sekali?

Disamping jalan cerita yang menarik, aku jugak suka skrip dalam filem ini yang of course sangat lawak pandai. Sesuai untuk orang IQ tahap 23892 macam aku.


Fakta Menarik Tentang Filem ini (Diambil dari IMDB)


  • Pada awalnya penulis skrip mengenal pasti 27 perasaan dan emosi tetapi akhirnya depa hanya pilih 5 perasaan utama sahaja.
  • Kalau ampa perasaan dalam HQ Riley, Joy yang mengawal segalanya. Ini menunjukkan sifat utama seorang kanak-kanak sebab nak seronok sahaja sampai tak mau nak dengar perasaan dan kata-kata orang lain. Kalau tengok HQ mak Riley, yang menjadi ketua adalah Sadness. Sadness adalah perasaan yang penting kepada di kala bersedih kita menjadi lebih jelas kepada keadaan sekeliling dan akan membantu kita untuk mencari sesuatu yang menggembirakan dan mencapai jalan penyelesaian. Inilah kematangan.
  • Menurut pengarah filem, Pete Docter. Setiap watak perasaan ini adalah mengikut bentuk tertentu. Joy adalah bentuk bintang. Sadness adalah berbentuk titisan air mata. Anger adalah bentuk batu bata. Fear adalah mengikut bentuk sel saraf dan discust pulak adalah dalam bentuk broccoli sebab Riley tak suka broccoli.
  • Pakar psikologi dijemput khas untuk memberikan penasihatan kepada penulisan skrip dan jalan cerita filem ini untuk memastikan agar jalan cerita ini bertetapan dengan teori psikologi sedia ada.
  • Filem ini mengambil masa 5 tahun dan 6 bulan pembikinan.
  • Antara nama yang dicadangkan untuk filem ini sebelum depa decided to go with Inside Out was Joy, State of Mind, Mind, Joyless, Troubles in Mind, Life of Riley, Out of Our Mind, Down in the Dumps, HQ! and HeadQuaters. Aku rasa HEADQUATERS adalah lebih sesuai untuk tajuk filem ini.




Read more  :  http://www.vox.com/2015/6/25/8840945/inside-out-mind-memory

Foto Perkahwinan Menggunakan Iphone S6

$
0
0


Persoalannya,  ampa berani tak hire photographer untuk ambil gambar wedding ampa dengan hanya menggunakan Iphone?

Iphone,  Samsung,  Lenovo or what so ever.  Janji smart phone.  Dan bukan DSLR.  Ampa berani dak?  Well itulah yang dibuat oleh dua pasangan dari India yang telah berani mempertaruhkan majlis perkahwinan mereka yang maha grandis di Udaipur,  India berlangsung lip lap sepanjang 3 hari 3 malam dengan hanya memberikan hak fotografi kepada sahabat mereka yang juga seorang jurufoto profesional dengan hanya menggunakan smart phone Iphone 6S.

Jurufoto tu bernama Sephi Bergerson seorang jurufoto yang berasal dari __ dan telah menetap di India for quite sometime menyatakan,  pada mulanya bila dia bagitau dia nak cari pengantin yang berani nak buat projek photo kahwin menggunalan Iphone adalah bukan pencarian yang mudah.  Of course pengantin berasa sangsi dan tidak mahu majlis sekali dalam seumur hidup dihantui dengan foto yang tidak cantek.  Akhirnya,  dua sahabatnya bersetuju.




Namun,  katanya bukanlah satu tugasan yang mudah untuk merakamkan majlis perkahwinan ini menggunakan hanya Iphone S6 terutama sekali pada waktu malam.  Tetapi dia tidak menyangkal yang penggunaan smart phone ini memberikan sesuatu yang berbeza yang kamera DSLR tidak dapat berikan.

Pada pendapat aku,  ini adalah satu pendekatan yang berani dan kreatif.  Tapi personally bagi aku,  gambar guna DSLR adalah lebih meletops.













Naah....ampa tengok sendiri.

Follow  :  https://www.instagram.com/sephibergerson/

ps/  tiba-tiba dapat satu idea baru untuk sapa-sapa nak cari duit lebih.  Buatlah business "Camera Man Social Media" untuk majlis istimewa.  Sebab tak dinafikan,  semua orang boleh miliki smart phone tapi tak semua orang pandai amik gambar guna smart phone dengan cantek.  So why not offer service untuk menjadi juru foto untuk social media!  Caranya,  pengantin / client bayar ampa.  So pada hari tu ampa attend the wedding.  Amik gambar sana sini,  ampa edit and terus post masuk account social media milik client ampa.  Sooooooooooooo client tak pening kepalaaaa nak pikiaq gambar nak masuk dalam social media sebab dia nak concerntrate kat event and pada masa yang sama,  gambar yang keluar kat social media milik depa confirm cantek,  meletops dan mengundang banyak likers.  :)

Read more  :  Daily Mail UK

Ulasan Filem The Danish Girl

$
0
0
Hello u olls,

Danish Girl adalah antara filem 2016 yang paling aku nantikan. Dahsyat sungguh Eddie Redmayne tahun ni sahaja aku rasa dia ada dua filem yang paling dinanti-nantikan oleh para peminat, one is Danish Girl dan satu lagi filem adaptasi daripada buku tambahan dari kisah Harry Potter tulisan JK Rowlings yang berjudul “Magical Creature and How to Find them”.

So untuk Danish Girl, tak sangka dah ada versi download yang very the clear. Akak pun download cepat-cepat dan tonton di rumah. Cerita ini mengisahkan tentang kisah benar seorang lelaki yang dikenalpasti sebagai antara pertama di dunia ini menjalani SRS ataupun sex reassignment surgery untuk menukar jantina daripada seorang lelaki kepada seorang wanita. Berlatar belakang pada tahun 1920 an, kisah ini membuka perspektif yang sungguh unik kerana bagi I olls kerana pengkisahan ini berlatar belakang tahun 20 an yang mempunyai latar sosial yang berbeza berbanding sekarang.




Sinopsis

Kisah ini bermula apabila Gerda Wegener yang tidak sabar menantikan model wanita yang dijadualkan untuk datang ke rumah untuk menyiapkan lukisan potretnya, meminta suaminya Einar untuk menjadi model wanita dengan menyarungkan sarung kaki wanita dan memakai kasut wanita. Tanpa disangka, pengalaman intimasi antara Einar dan sarung kaki wanita ini membuka satu pintu tentang kisah sebenar identity hidupnya yang selama ini ditutup dengan penuh rahsia.

Einar sebenarnya memang semenjak kecil adalah seorang wanita yang terperangkap dalam tubuh badan lelaki. Sejak kecil dia menyedari perasaan itu, pernah jatuh hati dan mencium mulut teman sepermainannya dan tetapi apabila menjangkau usia dewasa dia sudah terbiasa dengan menutup segala perasaan itu agar terus dilupakan. Dia akhirnya berkahwin dengan Gerda dan perasaan wanita itu tersimpan erat di bawah perwatakan lelaki / suami seperti mana dia hari ini.

Sejak tragedi sarung kaki itu, Einar menjadi ‘model wanita’ untuk karya-karya portrait isterinya yang lain. Dia jadi ghairah ketika membuat posing-posing meletops di atas couch. Aku suka scene ni, bila dia duk pose ala-ala gedikslina, pastu bini dia kata “Hang over....” pastu dia balaih balik “Hang yang encourage dia...” So suasana transisi lelaki-perempuan ini bermula dalam keadaan ‘JOKES’ or main-main antara Gerda dan suaminya Einar.





Pada satu hari, depa nak pi party kawan depa, and si isteri gatai gedik suruh laki dia drag. Laki dia mula-mula tak yakin, tapi lepas bini dia ajar nak make up apa semua, laki dia pun setuju untuk attend party tu dalam pakaian wanita. Kerlass noks, sapa pun tak perasaan yang laki tu sapa. Bini dia siap introduced kat semua orang yang perempuan ni sebagai Lily iaitu sepupu kepada suaminya.

Pada malam party itu, nak dijadikan cerita, si Gerda terserempak yang Lily (suaminya dalam pakaian wanita) sedang cium molot dengan seorang lelaki yang tidak dikenali di sebuah tempat tersembunyi. Dan sejak itu, barulah bermula kisah luahan perasaan dan juga akhhirnya si isteri ‘bersetuju’ untuk membenarkan suaminya menghidupkan semula watak Lily dalam hidupnya.

Selepas mencari pakar doktor yang bersesuaian yang pada ketika itu sukar dijumpai, perasaan yang dimiliki oleh seorang homoseksual pada ketika itu dikenalpasti sebagai gila. Bukan normal. So banyak kali jugak la dia macam nak kena tangkap dengan doktor gila. Tapi akhirnya di jumpa dengan seorang doktor sakit wanita yang sedang menjalani penyelidikan tentang perkara ini dan memberikan rawatan hormone melalui ubat-ubatan kepada Lily.



Namun hormone menyebabkan dia tidak boleh melukis dengan baik. Mungkin hilang tumpuan, tetapi isterinya on the other hand semakin maju sebab hasil lukisan ‘LILY ‘ yang merupakan hasil lukisan berdasarkan suaminya sebagai model mendapat tempat di hati peminat seni lukis.



Konflik semakin memuncak apabila Lily sudah berani mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Si isteri pulak rasa tak bahagia dengan hubungan perkahwinan mereka. Lily pulak duk makan hormone lebih lebih dengan harapan nak jadi wanita cepat.

Akhir sekali, selepas menjalani SRS akhirnya Lily meninggal dunia sebab ada masalah selepas pembedahan dibuat.



Pendapat I olls 

Well, aku mempunyai ekspektasyen yang agak tinggi untuk filem ini namun apa yang aku boleh bagi dari segi bintang hanyalah 6/10. Bila aku baca balik review-review yang diberikan oleh orang lain dalam internet, ternyata ramai memberikan pendapat yang sama.

1) Lakonan Eddie Redmayne macam terlalu over. Siriesly aku rimaih tengok dia duk buat -lembut-lembut. Duk buat kepala senget-senget dan bagi kecik mata dia. Harammmm.... Ada kalanya nampak tak natural dan terlalu membuat-buat. Aku rasa the only REAL LAKONAN yang dia buat adalah ketika dia menyelitkan peliaq dia di celah kelangkang ketika di depan cermin. Itulah antara babak yang aku rasa memang real dia nak tunjuk emosi dia yang sedang berkecamuk. Yang lain-lain tu, aku rasa dia macam over sangat nak jadi woman.

2) Jalan cerita ini sebernanya terlalu diromantikkan oleh penulis skrip. Hakikat dalam kisah sebenar, selepas si suami bertransisi kepada seorang wanita, depa dah tak duduk bersama lagi. Itu baru reality u olls. No woman in this world, nak duduk dengan suaminya yang kini menjadi WANITA LAIN tak kiralah berapa tinggi pun tahap cintanya terhadap lelaki dan suami itu. Realiti. Hang tanya mana-mana pondan pun, kalau laki depa tiba-tiba nak jadi woman, dia dah perambat dah jantan tu keluar.

3) Terlalu banyak konflik naik dan turun dan macam tak tersusun dengan baik. Aku rasa kat sini adalah kelemahan dan kesalahan pengarah. Tom Hooper mungkin terlalu eksaited dengan idea transgender yang sekarang ni duk jadi trending.

4) Watak isteri yang dipikul oleh sepatutnya boleh diberatkan lagi untuk betul-betul menunjukkan macam macam sebenarnya dia kat sini yang sedang suffer. Dia rasa bersalah sebab boleh dikatakan sebagai punca macam mana laki dia boleh menjadi LILY dan at the same time dia terlalu sayang kepada suami dia, sampai dia sanggup buat apa sahaja bagi suami dia rasa happy. Tapi banyak focus adalah keada pelakon lelaki.

Sekian sahaja, aku rekemen ampa semua tengok cerita ni sebab ini adalah satu topic yang menarik. Be open dengan konflik jiwa yang bukan sengaja direka-reka oleh manusia. Ada sebab mengapa Tuhan kita semua tengok dan rasa ni semua. Semoga dengan hati yang terbuka, kalian lebih boleh memahami apa yang sedang berlaku dalam hati hati seperti ini.

Watak Hans yang dilakonkan oleh seorang pelakon Belgium.  At first aku tengok muka deni macam pernah tengok.  Tapi tak ingat kat mana.  Last sekali baru aku pasan,  muka dia macam Putin,  Presiden Rusia.  HAHAH k BYE.

Formation (Dirty) by Beyonce

$
0
0


Hello mak ayam semua,

Baru minggu lepas aku post kat blog aku pasai lagu terbaru sepupu ku Beyonce dengan Coldplay bertajuk Hymm.  Lagu tu actually feat Beyonce saja nyanyi light-light kat ujung lagu.  Tak sangka minggu ni,  Beyonce dengan celakanya mengeluarkan single terbaru bertajuk Formation siap dengan video clip,  seiring dekat website dia dah boleh beli merchandise dengan design yang bertemakan lagu Formation ni,  announce dia akan buat world tour and paling celaka,  mencuri pemandangan dalam persembahan Coldplay untuk Superbowl Halftime Show.

Hari hari aku bukak IG dia takdak pung update,  sekali keluar nenjia dengan lagu baru apa semua.

Susah nak cari video clip ni kat Youtube sebab dia dikategorikan sebagai UNLISTED.  Video macam ni selalunya disebabkan oleh kandungan dalam video yang keterlaluan yang mungkin tidak sesuai untuk tontonan umum.  So aku pun share the direct link kat sini and hope ampa sudi menontonnya.



My pendapat

Why people always love + hate bitch ini adalah kerana dia adalah unik,  berani dan always menerajui trend masa kini.  Yes,  memanglah ada kalanya apa yang dia buat seperti fesyen dan make up adalah apa yang pernah dibuat oleh artist pada zaman dulu tapi ternyata untuk zaman kini,  dia yang akan mula mengulangnya dan selepas itu menjadi trending.  Inilah juga yang berlaku dalam video music Formation.

Lagu ini adalah berkisar kepada semangat jati diri sebagai wanita kulit hitam yang berasal daripada selatan Amerika.  Well,  kalau ikutkan orang Amerika selalu memang pandang rendah dengan those yang mai dari south sebab depa ni dikatakan miskin dan kerajaan tempatan tidak pandai mengaturkan wang untuk kebaikan rakyat tempatan.

Aku rasa aku lagi suka lagu dan video clip ini kerana inilah sebenarnya Beyonce kulit hitam yang sentiasa pegang imej kuat dan teguh and yet,  still seksi yang mengghairahkan.  Aku tetap suka video-video clip dalam album 2014 tu tapi ampa mesti setuju kalau aku kata video klip dan lagi-lagu dalam album tu semua feeling macam WHITE.  (Donch y'all be talking bout my race --- diucap dengan nada wanita black).

And yes,  video ini menampilkan Blue Ivy yang kini sudah besar sikit.  :)


Muka Jay Z sangat.


Jom tengok video,  click read more.










[Intro: Messy Mya]
What happened at the New Wil’ins?
Bitch, I'm back by popular demand

[Refrain: Beyoncé]
Y'all haters corny with that illuminati mess
Paparazzi, catch my fly, and my cocky fresh
I'm so reckless when I rock my Givenchy dress (stylin')
I'm so possessive so I rock his Roc necklaces
My daddy Alabama, Momma Louisiana
You mix that negro with that Creole make a Texas bama
I like my baby hair with baby hair and afros
I like my negro nose with Jackson Five nostrils
Earned all this money but they never take the country out me
I got a hot sauce in my bag, swag

[Interlude: Messy Mya + Big Freedia]
Oh yeah, baby, oh yeah I, ohhhhh, oh, yes, I like that
I did not come to play with you hoes, haha
I came to slay, bitch
I like cornbreads and collard greens, bitch
Oh, yes, you besta believe it

[Refrain: Beyoncé]
Y'all haters corny with that illuminati mess
Paparazzi, catch my fly, and my cocky fresh
I'm so reckless when I rock my Givenchy dress (stylin')
I'm so possessive so I rock his Roc necklaces
My daddy Alabama, Momma Louisiana
You mix that negro with that Creole make a Texas bama
I like my baby hair with baby hair and afros
I like my negro nose with Jackson Five nostrils
Earned all this money but they never take the country out me
I got a hot sauce in my bag, swag

[Chorus: Beyoncé]
I see it, I want it, I stunt, yellow-bone it
I dream it, I work hard, I grind 'til I own it
I twirl on them haters, albino alligators
El Camino with the seat low, sippin' Cuervo with no chaser
Sometimes I go off (I go off), I go hard (I go hard)
Get what's mine (take what's mine), I'm a star (I'm a star)
Cause I slay (slay), I slay (hey), I slay (okay), I slay (okay)
All day (okay), I slay (okay), I slay (okay), I slay (okay)
We gon' slay (slay), gon' slay (okay), we slay (okay), I slay (okay)
I slay (okay), okay (okay), I slay (okay), okay, okay, okay, okay
Okay, okay, ladies, now let's get in formation, cause I slay
Okay, ladies, now let's get in formation, cause I slay
Prove to me you got some coordination, cause I slay
Slay trick, or you get eliminated

[Verse: Beyoncé]
When he fuck me good I take his ass to Red Lobster, cause I slay
When he fuck me good I take his ass to Red Lobster, cause I slay
If he hit it right, I might take him on a flight on my chopper, cause I slay
Drop him off at the mall, let him buy some J's, let him shop up, cause I slay
I might get your song played on the radio station, cause I slay
I might get your song played on the radio station, cause I slay
You just might be a black Bill Gates in the making, cause I slay
I just might be a black Bill Gates in the making

[Chorus: Beyoncé]
I see it, I want it, I stunt, yellow-bone it
I dream it, I work hard, I grind 'til I own it
I twirl on them haters, albino alligators
El Camino with the seat low, sippin' Cuervo with no chaser
Sometimes I go off (I go off), I go hard (I go hard)
Get what's mine (take what's mine), I'm a star (I'm a star)
Cause I slay (slay), I slay (hey), I slay (okay), I slay (okay)
All day (okay), I slay (okay), I slay (okay), I slay (okay)
We gon' slay (slay), gon' slay (okay), we slay (okay), I slay (okay)
I slay (okay), okay (okay), I slay (okay), okay, okay, okay, okay
Okay, okay, ladies, now let's get in formation, cause I slay
Okay, ladies, now let's get in formation, cause I slay
Prove to me you got some coordination, cause I slay
Slay trick, or you get eliminated

[Bridge: Beyoncé]
Okay, ladies, now let's get in formation, I slay
Okay, ladies, now let's get in formation
You know you that bitch when you cause all this conversation
Always stay gracious, best revenge is your paper

[Outro]
Girl, I hear some thunder
Golly, look at that water, boy, oh lord

Lady Gaga - National Anthem - Super Bowl 2016 (HD 1080p) Full Video

$
0
0
Kerlasss Lady Gaga performed Star Spangled Banner (Lagu Kebangsaan Amerika Syarikat) kat pembukaan perlawanan Super Bowl 2016.  Ini adalah tradisi Amerika untuk menyanyikan lagu kebangsaan depa di awal permainan sukan dengan cara solo ala-ala penyanyi gereja gitu.  Kat Malaysia pun ada jugak yang feeling nak ikut,  katanya nyanyi Negara Ku ala-ala RNB pastu kena hentam noks.  Toksahlah kita ni nak tiru sangat orang.  Kalau dah tak pernah buat,  tak payah buat.  Kalau nak buat pun,  tak yah feeling nak tukar melodi apa bagai.

Anyway,  tak mau bebel banyak,  jom tengok persembahan nyanyian Lady Gaga yang super ohsem dan mak rasa bangga sebab walaupun pondan ni kulit putih tapi nyanyian dia feeling penuh soul ala-ala kakak-kakak black.

Mak suka!

Donch y'all be talking bout my race.










Too Short Semua Tak Sempat (The Ipoh Getaway)

$
0
0
Hello u olls,


Kalau ampa nak tau masa Cuti Raya Cina baru baru ni akak dan orang tua akak telah mengepi ke Ipoh untuk meraikan majlis perkahwinan anak buah I olls (anak kepada sepupu) di sana. Memang look forward nak datang ke kenduri ni sebab last 2015, I olls terlepas untuk menghadiri majlis kenduri kahwin kepada anak buah I olls di sana juga. I memang suka la kenduri kenduri kawen ni u olls, berjumpa adik beradik, buat ramai, gelak-gelak, selfie and paling penting karaoke. Tambahan pulaks sekarang ni, I olls dah bebaskan diri daripada kerjaya sebagai Make Up Artist oleh itu boleh dikatakan every weekend I olls adalah FREE dan boleh spend time dengan family dan kawan-kawan tersayang. Kalau dulu, time family kenduri, time tu la jugak aku akan busy duk contiang muka orang.


Tapi tula u olls, bila eksaited sangat kan? Harapan we olls memang tinggi especially nak lepak bersama-sama adik beradik dan sanak saudara. Tapi malangnya, apa yang kita rancang Tuhan yang menentukan. Walaupun kami semua duduk satu hotel, tapi tak tau pasaipa waktu yang kami lepak bersama-sama sangatlah sedikit dan boleh dikira minitnya dengan jari. Dipendekkan cerita, bila semua orang dah balik ke negeri masing-masing maka meraung-raunglah kat WhatsApp group.  Tak puas gathering katanya.


Oleh itu, berikutlah beberapa keping gambar yang I olls ingin layurkan kepada kalian semua dengan selitan cerita-cerita ketot untuk bacaan u olls.


Tak Habis Menyusahkan Penduduk Kampung Pisang Ni
Kami bertolak dari Penang pada hari Jumaat,  5 Feb sebaik selesai solat Maghrib.  Alhamdulillah highway menuju ke selatan tanah air tidaklah jem so kami 3 buah kereta bolehlah membawa kereta dengan selesa.  Laki akak kerja hujung minggu itu tak dapat nak cuti oleh itu akak terpaksalah mengedrive pada malam itu.  Bapak I olls bukan nak nampak sangat kan?  So dah setengah perjalanan,  kami berhenti kat RnR Bukit Merah.  Nak dijadikan cerita,  masa kami semua duk makan,  aku perasan ada satu mamat duk duduk kat meja bertentang dengan kami.  Dia duduk sorang.  Muka macam familiar.

Aku denagn konfidentnya pergi menegur dia.  "Assalamualaikum...abang ni berlakon Man Laksa kan?" hahahah konfident dak aku tup tup terus tegur pelakon.

"Ehkk...bukan kot..." abang tu macam menafikan.  Dia menggelengkan kepala dia.  Aku dah mulai cuak.  Tapi aku pun sambung bertanya;

"Okay okay...silap...Hantu Kak Limah Balik Rumah?" aku tanya lagi sekali sambil membeliakkan mata aku.

"Ye...betul la tu..." Hahahah pastu aku pun senyum senyum and bye bye macam gatai dan menjauhkan diri dari meja dia.  Mesti abang tu macam pelik tengok makcik-makcik berbadan gemok ni tiba-tiba duk mai macam tu.






Kalau ampa nak tau sapa pelakon tu ?  Dia adalah pelakon yang memegang watak pemandu ambulans yang selalu merungut masa amik pesakit kat Kampung Pisang.  "Tak habis-habis menyusahkan penduduk Kampung Pisang ni....saya ada kursus esok,"

HAHAHAHA



The Wedding
Perkahwinan berlangsung di Ritz Garden Hotel pada keesokan harinya.  Kami yang tiba di hotel yang sama pada hari Jumaat sangat puas hati dengan bilik yang kami tempah.  Dah la cantek nak mampus,  murah pulak tu.  Satu apartment yang ada 5 bilik baru RM500 lebih kurang macam tu.  Including breakfast for 10 pax.  Ampa kalau nak mai jalan-jalan Ipoh aku rekemen duduk hotel ni  :  Ritz Garden Hotel

Ada swimming pool dan ada tempat urut yang sumpah best dan murah.  Pokoknya hotel ni adalah mesra keluarga walaupun pada waktu malam banyak pulak ayam-ayam berkeliaran di hadapan hotel.  Tak kisah la.....depa pun nak hidup u olls.  Mencari sesuap nasik.  



Farah and Farouk.  Anak menakan I olls adalah pengantin perempuan.  Nice songket attire.  Suka the fact that beliau tidak memakai veil dengan busana ini.



Akak,  anak buah I named Kakak Ya and mak dia,  Sanita (Tauke Kuih Kacang Mazola by Jumiess).


Gambar ni candid!!! Tau dak pasaipa aku buat mulut macam tu?  Sebab masa ni aku duk pereng tiba-tiba DJ announce yang selepas ni JUMIE SAMSUDIN akan mengambil tugas sebagai EMCEE majlis.  Aiiiiiiyooo takmauuu mak.  Aku nak feeling seronok-seronok dengan family ja.


Akak yang sedang berkelakuan seperti makcik makcik sedang memanggil para sepupu dan anak menakan untuk bergambar.  


Inilah kisahnya para kakak-kakak sepupu I olls semua bersama isteri-isteri kepada abang-abang sepupu u olls.


Bersama pengantin.


Bersama anak menakan bernama Akmal.


Bersama anak menakan bernama Nurul Faezah.  Dia ni make up artist.  Ampa kalau nak tengok hasil kerja make up dia boleh follow Instagram ini  :  @nurulfaezahzainul




Yang ni pulak adalah mak kepada Nurul Faezah make up artist tu.  Nama dia Kak Iken.  Dia seorang tukang urut yang mahir.  Ramai USM staff duk booking dia untuk mengurut.


Ini pulak cucu,  nama dia Lily.  :)






Suprise Perkahwinan ke 45 tahun
Haaa...nak dijadikan cerita kami adik beradik juga sempat membuat sesi SEPRAIS kepada ibu bapak we olls iaitu Kak Edeh dan Abang Manap yang menyambut ulang tahun perkahwinan depa yang ke 45 tahun.  Macam mana kami buat?  Bila wedding dah nak habis,  tetamu pun dah mulai pulang,  dan yang tinggal hanyalah sanak saudara terdekat,  maka kami pun membuat announcement kat depa dorang ni.  Pastu cepat-cepat kami pi pasang mahkota dan bagi hand bouquet kat mak kami,  nak pasang tanjak dan sampin kat bapak aku macam tak sesuai pulak sebab dia memilih untuk berpakaian fesyen ala-ala Hawaiian style.

Depa punya syiok la feeling pengantin pokok kek dikelilingi anak-anak dan anak menakan dan cucu-cucu semua.



Kek meletops ini dibuat oleh family friend kami iaitu kak Nora Ghaz.  Ampa kalau nak order cake customize meletop - letop ampa boleh contact dia kat Facebook dia.







Gambar pi makan kat Shell-A-Bration @ Kedai Makan Tok Mat
Malam tu kami semua lapar nak makan dinner.  Makan kenduri tak puas katanya.  Tak tau nak pi makan mana?  So I olls jadi kepala,  secara tak semana-mana aku pun meng-Google kedai makan dalam Waze.  And tak tau macam mana terkeluar Kedai Makan Tok Mat yang juga menawarkan SHELL - OUT style menu.  Gila best la.  Kami pun beramai-ramai konvoi ke sana.

We didnt make any reservation but depa managed to set up extra table for 20 of us and that's wonderful. Baguih sungguh pengusaha kedai ni kerana menye-pare kerusi dan meja untuk situasi macam ni.  

Walaupun kena tunggu sedikit and ada antara kami yang dapat a bit lewat,  tapi tak mengapa sebab kami tau all the staff have been working very hard. 

The Shell-a-Bration adalah sedap, adunan rempah yang sedap dan tidak menganggu rasa asli seafood. I love the fact that sayur-sayur direbus asing dan tidak dimasak bersama rempah.   

Walaupun 1 potion tu nampak sikit......................adalah mengenyangkan dan boleh mendapat food coma dan boleh dikongsi up to 4 person. And yes, SANGAT MURAH!!!

Contact info  :

Kedai Makan Tok Mat
Alamat  :  24, Jalan Koperasi 1, Taman Perpaduan Koperasi Ipoh, Perak
No phone : 011-2404 7660
Waktu operasi :
Isnin - Khamis  :  3.00 pm - 11.00 pm
Sabtu - Ahad :  5.00 pm - 12.00 pm
Jumaat - OFF






Membeli Machete di Kuala Kangsar
Hari ketiga di Ipoh,  patutnya hari tu aku nak ja relaks-relaks lepak lagi sehari di Ipoh bersama para sepupu.  Sambil bergossip riang dan memakan apa benda sisa sisa kenduri kendara.  Tapi bapak aku duk buat kalut nak balik.  Dah la masa makan tengahari tu terpisah dengan sepupu aku semua.  Yang depa pi makan Nasi Vangge,  yang kami pulak pi makan kat Mee Kicap Haji Yahya.  Itu yang agak tensyen tu.  Kami macam takdak official good bye tu.

Masa tu tengahari benderang,  elok-elok time nak Zohor.  Aku bagitau la bapak aku jom la pi relak rumah sepupu aku dulu.  Petang ka apa baru gerak balik.  Tapi dia duk bising kata buat apa nak buang masa,  balik la slow slow.  AIYOOO bapak aku ni.  Tengah rembang bawak kereta gila mengantok kot.  Dah la takdak Khafi!! Aku nak kena drive sorang-sorang.  

So aku pun stop kat satu McD drive-thru before keluar simpang menuju ke highway,  akak pun membeli air kopi dan coke.  Haaaa.....lantak la noks.  Mak minum dua benda jahanam kafin ni mesti tak mengantuk.  Alhamdulillah la akak dapat drive dengan elok. 

Selepas Terowong Menora,  akak saja-saja la tanya kat dua orang ni "Nak singgah Kuala Kangsar dak?"







"Haaaaa nak...nak...." ehkkkk...tadi eksaited sangat nak balik Penang.  Ini eksaited pulak nak singgah Kuala Kangsar.  So akak pun mengona ke Kuala Kangsar dan membawa mereka berjalan di sekitar tepian sungai di mana Abang Manap telah membeli sebilah parang. Selepas tu akak pun bawak depa pusing-pusing kat keliling Bukit Chandan tengok istana katanya.  And lastly akak pusing ke Sayong,  kat situ,  Abang Manap dah tak larat so dia tak turun dari kereta,  hanya Kak Edeh yang feeling duk tengok proses pembuatan labu sayong dan akhirnya membeli beberapa souvenir. 






Okayla itulah sahaja catatan aku pi Ipoh.  Sorryla kalau tak best.  Buang masa ampa baca.  :(

Menyaksikan Belon Udara Panas di Penang

$
0
0
Hello u olls,

Baru-baru ini jugak seperti ampa tau maka berlangsunglah pertunjukan belon udara panas di Penang. Ini adalah penganjuran yang kedua. Walaupun banyak komen negative daripada orang ramai tentang lokasi yang tak sesuai (sebab tempat tu naharom depan Hospital Besar Pulau Pinang – orang tak mau jem nanti menyusahkan ambulance) and jangan lupa kejadian belon yang terjatuh di kawasan jerat Cina yang menggemparkan, so tahun ni depa buat lagi di tempat yang sama.



Siriesly, kalau tak buat kat Padang Polo nak buat kat mana lagi? Padang Brown? Padang USM? Ermm...tak tau la Penang ni bukan besaq u olls. Alih-alih buat kat mana pun akan jadi jem jugak u olls.


So tahun lepas katanya I olls tak berkesempatan nak pi tengok belon udara panas ni, tak tau la pasaipa. Mungkin sebab aku duk feeling plan macam-macam last sekali semuanya tak jadi. Tapi kali ni aku buat relaks ja, buat macam tak tau pun. Tup tup pada hari kejadian, aku bukak website Penang Hot Air Balloon, tengok aturcara program and teruih call kawan aku Haleesa. “Wehss.....jom pi tengok belon udara panaih?”





“Jom...nak pi bila?”


“Malam ni....”


“Nak pi macam mana?”


“Kita naik motor la......satgi aku naik motor Khafi pi kat hang....pastu kita rempit la pi Padang Polo,”


Malam tu, aku suruh Khafi pi kerja pakai kereta. Lepas tu aku pun rempitla naik motor scooter daripada Ayer Itam pi rumah kawan aku Haleesa kat Jalan P Ramlee yang dulu pernah terbakar dan aku bubuh dalam Facebook dan blog aku. Alhamdulillah, untuk pengetahuan ampa, depa dah bina rumah baru dah atas tapak asal rumah mereka yang habis dijilat api. Thank you so much kepada orang ramai yang banyak membantu. Rumah baru depa adalah jauh lebih cantek dan selesa. Nanti dah siap, Mak Yam buat kenduri, aku amik gambar dan share dengan ampa semua k.


So apabila aku sampai kat depan rumah Haleesa, dari jauh duk nampak dah macam mana punya almari duk bawak scooter. And dari jauh aku duk nampak dah Haleesa duk siye gelak kat aku. Babi betui. Kuang ajaq punya kawan. Lepas beberapa minit, kami pun berempit pergi ke Padang Polo. Haleesa rempit dengan motor dia, aku dengan motor aku.


Dari rumah Haleesa, Jalan P Ramlee nak pi Padang Polo dekat sangat la aih. Kami lalu jalan kampong, lalu Kebun Lama, belakang Sekolah Munshi, choih depan Jalan Ayer Itam, potong kot York Road and then terus kami sampai kat area Hospital Pulau Pinang.


Masa tu jam dah menunjukkan pukul 8.30pm, jalan agak jem. Yes memang betul apa yang dikomplenkan, macam mana kalau ada kes ambulan nak masuk. Kami pusing kat area depan Blok A kat hospital and decided untuk park motor kami kat situ. Betul betul kat bawah menara yang duk tunjuk berapa banyak darah ada kat tabung darah.


Kami lintas jalan dan menuju ke Padang Polo. Masa tu, belon semua tak berapa nak up lagi. Sebab memang dalam program, pertunjukan belon udara panas pada waktu malam akan bermula jam 9 malam. So kami mulakan dengan berjalan menengok penjual-penjual meniaga di kawasan vendor yang disediakan. Wow...tak sangka time ni la aku tengok banyak peniaga yang menggunakan van-van dan lori pick up ala-ala food truck America tu. Ada yang jual minuman, makanan, dan macam-macam lagi.


Aku stop kat satu amoi ni dia jual jus buah pala yang disejukkan. Harga sebotol RM3. Siriess wehsss sedap gila. Lepas tu kami pun jalan-jalan lagi sampai ke hujung. Aku duk nampak macam ada lampu kecik-kecik perhiasan kat hujung padang, bila kami sampai kat sana memang betul la ada tanglung bentuk belon udara panas banyak-banyak yang diperbuat daripada kertas. Aku rasa tanglung ni semua adalah hasil lukisan budak-budak yang mungkin masuk pertandingan mewarna pada waktu siang. Cantek pulak tengok lampu tu banyak-banyak tapi tula u olls, masa tu ada pulak kereta VVIP mana ka pi parking kat tengah. Douche bag sangat!! Pi la parking kat tempat lain. Orang nak bergambar pun susah.


Lepas bergambar semua habis kat area tanglung tu, kami pun berjalan semula ke tengah padang. Masa tu belon-belon udara panas pun dah mulai naik. Ada 11 buah belon udara yang besar-besar dan berasal daripada pelbagai negara.  Ampa boleh check it out profile pembelon seperti di link ini  :  Balloonist


Tapi siriesly untuk wanita perak buih macam aku yang tak pernah tengok belon udara panas depan bijik mata aku sebelum ni,  well...belon takdak la besaq sangat.  Aku duk gambarkan satu satu belon ni besar macam bangunan 30 tingkat.  Tapi sebenarnya kecik sahaja.  Lebih kurang bangunan 5-7 tingkat sahaja.


Kat tengah-tengah belon banyak-banyak tu ada stage dan nak dijadikan cerita, malam tu CM Lim Guan Eng mai rasmi. Lepas dia bagi ucapan apa semua, depa duk buat la macam-macam pertunjukan kat atas stage kat tengah tu. Ada la tarian api la, tarian bubuh lampu klip klap kat baju la, tarian gendang Cina la dan macam-macam lagi. And setiap kali persembahan tu habis, kita semua akan tepuk tangan, yang belon-belon udara panas ni pun akan bukak api depa kuat-kuat seolah-olah depa pun tepuk tangan kat persembahan tu.


Tapi rakyat jelata tak dapat nak tengok sangat pun persembahan tu sebab stage tu bangang depa buat atas platform atas tanah sahaja.  Kalau depa buat stage tinggi ka apa ka,  boleh la orang tengok.


So itu sahajalah aktiviti kami malam tu. Lepaih tengok belon-belon tu semua, kami pun balik la. Kesimpulannya memang boring la u olls. Sebab aku pi dengan kawan aku dorang ja, kalau pi ramai-ramai, pastu beli makanan banyak-banyak, duduk tengah padang, sambil scan jantan menjerit gelak kuat-kuat macam bitch sialll.....yess...akan jadi syiok.


Sebelum balik, aku pau Haleesa untuk belanja aku ice cream and kebab. Thank you Haleesa. Nanti kita rempit lagi.


Jom tengok gambaq yang aku amik guna camera phone pekak aku sahaja.  Sorry gais.  Aku dalam usaha nak beli camera baru untuk memastikan kualiti gambar dalam blog aku lebih elok.


Belon Udara Panas
Tapi siriesly untuk wanita perak buih macam aku yang tak pernah tengok belon udara panas depan bijik mata aku sebelum ni,  well...belon takdak la besaq sangat.  Aku duk gambarkan satu satu belon ni besar macam bangunan 30 tingkat.  Tapi sebenarnya kecik sahaja.  Lebih kurang bangunan 5-7 tingkat sahaja. 






Tanglung bentuk Belon Udara Panas
 Aku duk nampak macam ada lampu kecik-kecik perhiasan kat hujung padang, bila kami sampai kat sana memang betul la ada tanglung bentuk belon udara panas banyak-banyak yang diperbuat daripada kertas. Aku rasa tanglung ni semua adalah hasil lukisan budak-budak yang mungkin masuk pertandingan mewarna pada waktu siang. Cantek pulak tengok lampu tu banyak-banyak tapi tula u olls, masa tu ada pulak kereta VVIP mana ka pi parking kat tengah. Douche bag sangat!! Pi la parking kat tempat lain. Orang nak bergambar pun susah.







Caravan Malaysia Pertama
Okay salah satu benda yang menarik perhatian aku adalah pameran tentang kereta caravan Malaysia yang pertama yang dikeluarkan oleh syarikat Sendok Group.  Baguih juga caravan ni,  kot depan hang boleh drive kot belakang ada bilik kecik ada katil,  ruang makan sikit and pancuk untuk berak dan kencing i guess!  Aku tak masuk sangat dalam caravan tu sebab aku tengok macam ramai budak budak duk masuk duduk dalam tu.  Satgi depa tengok makcik gemok ni naik....depa seriau pulak.  Ampa nak tau lebih lanjut boleh pi follow IG and Facebook depa macam dalam poster kat bawah.






Ice Cream Caravan
Salah satu vendor yang berniaga masa fiesta ni adalah @theicecreamcaravan .  Ice cream sedap harga pun morah. Oh yeah depa jugak terima undangan untuk any event and also private function / party like wedding or birthday. Apa-apa sila follow IG depa @theicecreamcaravan 



Nota kaki  :

Impresario 2.0 : Hikayat Adikarma

$
0
0
Mari! Mari! Dengar ini cerita, Kisah Hang Tuah lima saudara, Berjuang kasih sang putri jawa, Pengarang jantung pengikat sukma.

Titah raja mengundang sengketa, Dendam rakyat dan darahnya raja, Korbannya cinta kerana negara, Terlerai segala hilanglah derita.


Impresario 2.0 : Hikayat Adikarma 
Tarikh  : 5 & 6 Mac 2016 
Tempat : Auditorium Dewan Budaya, USM 
Harga tiket : 
RM 15.00 *RM 10.00 bagi ahli adikarma




 


Cincin Pertunangan Paling Ikonik Di Dunia

$
0
0
Sebuah syarikat barang kemas terkemuka dari United Kingdom iaitu George Pragnell telah menerbitkan sebuah infografik di laman rasmi syarikat mereka tentang 6 buah cincin pertunangan paling ikonik di dunia setakat ini.  Daripada cincin pertunangan Queen Elizabeth II dengan Prince Phillip hinggalah kepada cincin pertunangan anaknya Prince Charles dan mendiang Princess Diana yang kini menjadi tanda percintaan antara cucundanya Prince William dan Kate Middleton.

Infografik ini adalah sangat menarik kerana dilengkapkan dengan lukisan yang mempunyai maklumat lengkap tentang berat batu permata,  jenis-jenis batu permata dan logam mewah yang digunakan untuk membentuk cincin tersebut.


Jom kita tengok infografik yang menarik ini.

1.  Cincin pertunangan antara Queen Elizabeth II bersama Prince Philip
Tahukah anda bapa Queen Elizabeth II adalah King George yang digambarkan dalam filem King Speech sebagai seorang raja yang struggle dengan masalah gagapnya.  Sorrylah tersasar sikit fakta tambahan yang aku bagi ni.  Cincin yang diberikan oleh Prince Philip ini ditempah khas untuk Queen Elizabeth daripada batu berlian yang diambil daripada tiara milik mendiang ibunya Princess Andrew of Greece and Denmark.  Batu batu berlian daripada tiara itu juga digunakan untuk membuat hadiah perkahwinan kepada isterinya Queen Elizabeth yang berupa gelang tangan yang diperbuat daripada emas putih.  Mesti sebab tiara tu dah lama dan mungkin rosak,  sebab tu la kot anak dia amik buat cincin kat bakal menantu.



click read more








2.  Cincin pertunangan antara Audrey Hepburn bersama Mel Ferrer
Menyedari yang dia bakal menikahi seorang ikon fesyen untuk abad ini,  Mel Ferrer tidak mengikat cintanya bersama wanita idaman hati ini dengan satu cincin berbentuk tradisional berupa batu berlian yang diikat dengan emas.  Dia persembahkan 3 bentuk cincin dari emas kuning,  emas ros dan emas putih (bezel rings) yang jika dilengkapkan menjadi sebentuk cincin yang sangat trendy.  Idea cincin ini adalah untuk memberikan kebebasan kepada Audrey untuk menggayakan cincinnya mengikut style fesyen yang bersesuaian.  Tetapi dikatakan dalam banyak keadaan,  Audrey akan mengenakan ketiga-tiga cincin ini serantak.  Cincin berungkai ini menjadi ikon dan ikutan trendy sehingga sekarang.








3.  Cincin pertunangan antara Jacqueline Kennedy bersama John F Kennedy
Cincin ini dipilih oleh bapak John F Kennedy sendiri.  Dan batu zamrud hijau ini dipilih adalah kerana Jacky sendiri adalah peminat batu zamrud.  So classy woman.  Sangat suka cincin ini kerana design dia walaupun agak over the top,  tetapi hanya wanita berani sahaja yang tahu menggayakan cincin meletops macam ni.



 



4.  Cincin Pertunangan antara Grace Kelly bersama and Prince Raineir III of Monaco
Tahukah anda pada mulanya Prince Rainer hanya mempersembahkan sebentuk cincin yang berbentuk biasa sebagai tanda pertunangannya dengan Grace Kelly tetapi bila dia perasan wanita ikon Hollywood yang ternama di kerap kali pada cincin yang jauh lebih meletops canteknya maka dia pun meng-upgrade cincin pertunangan depa dengan mempersembahkan cincin berlian 10.47 karat ni.  Gila bapak punya besar.  Masa Nicole Kidman nak berlakon filem biopic Grace of Monaco yang menceritakan tentang kisah hidup aktress yang menjadi bintang hati raja Monaco ini,  pihak produksi perlu mendapatkan kebenaran khas daripada Sovereign House of Monaco untuk membuat replika untuk cincin ikonik ini.



 





5.  Cincin Pertunangan antara Elizabeth Taylor dan Richard Burton
Asalnya berlian pada cincin ini diberi nama The Krupp Diamond kerana sempena nama pemilik pertama permata itu iaitu the Krupp family dari Jerman.  Cincin ini dijual sebagai salah satu harta milik keluarga dalam satu majlis lelongan di New York City.  Masa tu Richard Burton terus beli cincin ini dan diberikan kepada Taylor sebagai tanda pertunangan depa dorang.  Dan sejak itu cincin itu diberi nama "The Elizabeth Taylor Diamond".  Cincin ini adalah lebih berat daripada batu berlian pada cincin Grace Kelly.












6.  Cincin Pertunangan antara Kate Middleton dengan Prince William
Semasa Prince Charles nak melamar Princes Diana,  dia tak tau nak bagi cincin apa kat Diana so dia bawak macam-macam cincin untuk Diana pilih,  and Diana seorang wanita yang pandai,  pilih cincin yang paling besar dan menyerlah sekali iaitu cincin dengan batu safir biru bertatahkan dengan 14 butir batu berlian putih.  Kerlass.....Now cincin ini menjadi milik Kate Middleton atas tanda pertunangannya dengan Prince William iaitu anak lelaki kepada mendiang Princess Diana.  Aku baca banyak benda lagi pasai cincin ini.  And untuk pengetahuan ampa,  aku punya cincin pertunangan dengan Khafi pun aku mintak cincin dalam bentuk ini juga.  Tapi kami tak mampulah nak beli cincin batu safir seketoi mencecah puluhan ribu,  cincin kami hanyalah berlian Russia yang diikat dengan emas kuning.  Ampa boleh cari dalam blog aku artikel pasai aku bertunang ada gambar cincin aku tu.  Anyway,  apa yang aku nak cerita lagi pasai cincin ini adalah dikatakan cincin ini adalah satu harta besar yang sangat berharga untuk keluarga diraja Britain sampai depa terpaksa bagi cincin replika sahaja kat Kate Middleton pakai sebab depa takut dia bagi hilang.  Tak tau la fakta ni betul atau auta.  








Sumber  :  http://www.dailymail.co.uk
Sumber  :  http://www.pragnell.co.uk/

Waktu Rehat di Sebuah Sekolah Rendah di Saitama Jepun

$
0
0
Hello u olls,


Hari ni akak nak share dengan u olls semua tentang sebuah dokumentari ringkas tentang apa yang berlaku di sebuah sekolah rendah yang terletak di Saitama Jepun ketika waktu rehat. Kalau kita kat Malaysia, waktu rehat adalah sesuatu yang menyeronokkan tetapi tidak dinafikan pada masa yang sama adalah satu kekecohan.


Akak ingat lagi masa akak sekolah rendah, akak pengawas so bolehlah turun rehat awal untuk membeli makanan dan sebagainya. Sekolah rendah akak adalah sekolah yang kecil. And waktu rehat masa sekolah rendah adalah sesuatu yang menyeronokkkan sebab time tu juga kita boleh main dengan kawan-kawan. Masa kecik-kecik, ingat nak main saja kan?


Bila masuk sekolah menengah pulak, akak sangat suka rehat sebab ini adalah waktu makan!!!! Inilah satu-satunya subjek yang kalau ada peperiksaan akak akan mendapat markah paling tinggi. Kami mempunyai pakcik kantin yang best iaitu Pak Ali dan setiap hari Selasa, Pak Ali akan membuat nasi ayam. Dan setiap hari Selasa juga adalah hari dimana semua pelajar Senjojes akan berlumba-lumba untuk pergi beratur beli nasik ayam from Pak Ali. Oh ya, tak sambung lagi cerita pasai akak dan gang-gang akak yang akan makan kat parit belakang blok H?




So sesi rehat untuk pelajar sekolah kat Malaysia akak rasa lebih kurang sama macam akak la. Nak beli makan kena beratur, habis waktu rehat, semua orang kena berbaris pulak untuk masuk ke kelas masing-masing.


Haaa.....ini akak nak share video clip ni dengan u olls ni. Video clip sepanjang 10 minit ini menceritakan kisah hidup pelajar sekolah rendah ini. Panjang jugak video clip ni, so akak cerita dulu dengan u olls. Nanti ampa free ampa tengok sendiri video ini.


Nak cerita start macam mana noh?


Okay...macam ni! Waktu rehat kat sekolah ini tidak macam waktu rehat kita semua. First of all, aku nak start daripada aktiviti depa berkebun di sekolah. Walaupun tidak ditunjukkan dalam video tetapi untuk pengetahuan u olls, para pelajar sekolah ini berkebun untuk bahan-bahan asas makanan seperti ubi, bawang dan sebagainya. Sayur-sayuran ini ditanam dan dipetik oleh pelajar sendiri.


Setelah sayuran dipetik dan diberikan kepada makcik kantin, makcik kantin pun akan memasak makanan berkenaan bersama dengan bahan-bahan masakan yang lain. Yang pastinya makcik kantin depa beroperasi dalam dapur yang very the professional. Alatan-alatan masak yang menjamin kebersihan dan dimasak dengan sempurna, and makcik-makcik kantin pun berpakaian secara bersih dan mengikut standard piwaian yang sepatutnya. Siap glove, sarung kepala dan boot. And yes, depa tak pakai bahan-bahan yang telah diproses seperti naget atau sosej. Semua makanan dibuat secara home-made maknanya dimasak!


Setelah makanan dimasak, makanan tersebut diagihkan mengikut kelas-kelas.


Okay, lepas tu, kita pi pulak dalam kelas. Bila masuk waktu rehat, pelajar yang bertugas untuk serve makanan untuk hari tu akan berkumpul, buat inspection pulak u olls. Si ketua akan tanya kepada petugas lain, sapa-sapa yang ada sakit hari ini atau sepanjang minggu ini? Kerlass nokss....


Lepas buat sesi perbincangan kecil tu, depa semua berjalan pergi ke kantin dan sebelum amik makanan untuk kelas mereka, mereka akan ucap terima kasih kepada makcik kantin yang menyediakan makanan kepada mereka pada hari tu.



Pastu di dalam kelas, pelajar-pelajar lain akan bertugas menyusun atur meja dan kerusi untuk keselesaan waktu makan. And untuk pengetahuan ampa, semua pelajar dikehendaki membawa lapik meja, sapu tangan, topi (untuk tutup kepala), berus gigi dan cawan untuk berus gigi selepas waktu makan.


So kawan-kawan pun akan mencedok makanan dan memberikan kepada semua rakan-rakan dalam kelas.


Selesai waktu makan, mereka beramai-ramai akan bekerjasama untuk mengasingkan sisa makanan, membersihkan kotak susu untuk dikitar semula (nakhariammmmmmmmmmmmm wehsss depa style basuh kotak susu tu dan dikeringkan before masuk dalam tempat kitar semula......gila wehs...aku kat rumah masak apa semua style buang sampah macam tu ja...takdak amalan kitar semula langsung!! Aku rasa malu sekarang). Lepas tu, depa juga akan bergotong royong membersihkan lantai kelas dan sekolah untuk pastikan semuanya bersih selepas sesi waktu rehat.


Aku harap ampa semua tonton dokumentari ini dan menjadikan rancangan ini sebagai suatu inspirasi. Ada beberapa pihak di Amerika yang sedang belajar tentang amalan ini untuk diterapkan di sekolah mereka.


Tamparan hebat untuk makcik-makcik kantin di seluruh Malaysia especially kepada pengusaha kantin di USM, Universiti APEX. Wehs....................status APEX tapi masih ada kucing yang boleh panjat dan makan sisa makanan dalam bekas meletak pinggan kotor? Aku tak mau kata apa satgi dapat surat tunjuk sebab pulak.


Marilah pikirkan bersama.



Sumber  :  Damnbored.tv

Tyra Banks Kini Bergelar Ibu

$
0
0
Hello u olls,

Okay!! Akak tak tau pun pompuan ni sebenarnya duk kapel dengan photographer yang selalu buat photoshoot dalam ANTM iaitu Eric Alsa.  Kisahnya,  pada hari Valentine's yang lalu kedua-dua mereka telah mengisytiharkan kehadiran anak mereka berdua yang berdua bernama York Banks Asla. melalui Instagrammnya.


Tyra Banks and Eric Asla




Mesti ampa pelik kan?  Sebab tak pernah tengok pun Tyra Banks mengandung ke apa,  tiba-tiba ada anak.  Yes,  memang pelik tapi actually takdak la pelik apa pun.  Anak ini dilahirkan melalui ibu tumpang (surrogate mother) kerana setelah sekian lama Tyra Banks mempunyai kesukaran untuk mengandung.  Orang ada duit noks apa pun boleh buat.  Mak kalau ada duit sekarang pun mak terus enjek anak kembar lapan dalam rahim mak sekarang ala-ala octopus mom tu.

Yang bestnya,  Tyra and Eric memang menyimpan rahsia ini hingga baby ni selamat diselamatkan.  Even family depa sendiri pun tak tau.

Apa pun,  tahniah kepada Tyra Banks dan boifren.







A photo posted by Tyra Banks (@tyrabanks) on






Dilema Seorang Gadis Yang Enggan Kongsi Gambar Bogel Dengan Kekasih

$
0
0
Dear Kak Jumie,


I am not happy with my relationship. It used to be sugar sweet but not anymore. I don’t know where to start because I am partially to be blamed but I am certain this is not what I want in life.


Kami bercinta dah lama, bertahun-tahun. Dia ni baik, soft-spoken, penyabar. Kontra dengan saya. Saya jenis baran and out-spoken, kalau tak puas hati saya cakap terus terang je tak kira dengan siapa. Mungkin sebab tu orang nampak saya rude tapi saya memang tak boleh cakap belakang, kalau tak puas hati cakap direct masa tu and setel masa tu jugak. (saje je nak gtau kita perangai sama huhuhu)


Picture from Google Image.

I admit my mistake, I was young and naïve and buta kerana so-called love. Saya tak reti bercinta, jadi saya give all out. Saya sayang dia sangat-sangat sebab dia sentiasa ada untuk saya dan a very good listener. Saya dengan family tak rapat, and ayah saya pernah benci saya jadi bila ada orang luar like him duk mai kata sayang tunjuk affection bla bla bla, I fell for it.


At first, it was so amazing to be in love with someone like him. My friends envy me for having such a loyal guy like him. But they don’t know what I have to do in order to keep him loyal.


Saya terpaksa puaskan nafsu dia. Not directly but through the media, dia keep asking for my nude, duk video call sambil mengeluarkan ayaq dia. Salah saya sebab bagi. Saya nak dia stay dengan saya. Tapi one day, saya rasa macam, sampai bila aku nak hidup lagu ni? Saya ni bertudung tapi duk bugil depan laki asing. This is so wrong. Saya bukanlah perempuan lindungan Kaabah ke apa, but saya fikir kami ni bukan nak kawen esok lusa, maybe years, maybe not.


So last year saya try slow talk. Saya cakap elok-elok, saya dah tamau buat lagu ni. Tak elok. Kalau awak sayang saya pun awak tak buat lagu ni. Tapi dia tak boleh terima. Dia merajuk, berhari-hari dingin dengan saya. Lepas tu bila dah kami dah okay, dia akan minta lagi benda yang sama. Bila benda ni duk jadi berulangkali saya pun jadi upset dan saya mengalah dengan kehendak dia. But after that I will cry, saya rasa jijik dengan diri sendiri. Benda ni duk jadi repeatedly.


Point dia bila saya bangkitkan benda ni, dia akan fire saya by saying kalau tamau awat dulu-dulu bagi? Kalau betul-betul nak berubah jadi baik awat duk ada insta lagi? Dia kata apa salahnya buat untuk dia ja. Kami kan saling menyayangi.


Kami memang duk gaduh pasai ni ja. Lama-lama bila kita duk buat benda kita tak suka saya jadi tawar hati. Bila saya duk ugut nak break up dia tamau and dia insaf sat. Duk kata jangan tinggal solat semua tapi malam-malam bila ayaq naik kepala duk nak tengok saya sambil melampiaskan serakah.


Ulang balik, benda ni happen for many years already since saya kata tamau buat. Saya akui memang saya ada silap tapi saya dah taknak bergelumang dosa. Duk solat, pakai tudung, puasa cukup tapi jadi pelampias nafsu orang melalui gambar bugil.


Jadi selaku orang yang sangat shallow in love and life, saya nak tanya betui ka apa kami buat? Semua ni salah saya ka? Kalau tak betui am I being selfish if I were to break this bond?


Please write back Kak Jumie.

Yang benar,
Si Gadis



Dear Si Gadis,


Thank you for sharing this story. Kisah u olls ni aiyo sangat. First of all, akak pun akui akak sendiri bukanlah gadis lindungan Kaabah juga. So mungkin jawapan dan respon akak ini adalah tidak sesuai dengan nilai hidup bagi sesetengah pihak. Tapi yang pasti, akak akan memberikan jawapan dan respon yang paling ikhlas di dunia.


Akak pasti u olls adalah wanita yang sudah besar dan sudah mempunyai bulu di pepek. Sama juga dengan BF you olls itu, sudah berbulu kotenya. Dalam erti kata lain, kalian berdua sudah sama dewasa dan boleh fikir dan memilih apakah yang terbaik dalam hidup kalian.


Apabila sudah dewasa, of course keinginan antara dua jantina ini akan hadir tanpa perlu paksaan dan diajar. Ini adalah normal. Maksudnya kalau u olls mempunyai keinginan itu, tidak semestinya u olls terus jatuh pada label wanita jalang. Binatang pun ada nafsu, apatah lagi manusia berbulu di genetelia.


Oleh itu, pada pendapat I olls, what ever that u are doing is actually normal sebagai manusia bernafsu. Im not going to say itu adalah betul atau salah, tapi akak kata benda ni adalah normal. Tetapi dengan syarat kedua-dua pihak mempunyai pemahaman dan tahap keselesaan yang sama untuk ‘perkongsian’ ini.


Namun, apabila u olls pada tahap ini berasa tidak selesa dan bersalah untuk meneruskan aktiviti ‘perkongsian’ ini pada pendapat akak, lelaki ini perlu hormati dan tidak memaksa. Manusia berubah mengikut masa dan keadaan. Baguslah you olls sudah menyedari kesalahan dan ingin move on dalam hidup u olls. Manusia memang buat salah dan silap, once dah tahu salah, akui kesalahan dan move on. Bukan terus hidup dalam kancah tidak bahagia yang akhirnya akan membawa kanser.


Tetapi lelaki ini menggunakan serangan emosi terhadap u olls dan I olls rasa ini adalah sesuatu yang tidak patut sekali. Aku bet lelaki ni mesti jenis kat Facebook dan laman social miliknya penuh dengan posting agama-agama untuk menutup kehendak haiwan dia ni, tetapi malam-malam duk menggunakan reverse psychology untuk dapatkan gambar bugil dari u olls.


Kalau dia betul-betul gentleman, dia tak patut letakkan u olls dalam tekanan emosi macam ni. Dia dah tahap bully dah ni.


What should you do?

Tinggalkan laki ni dan move on ja dik. Aku bet hang seorang yang cantek. Sebab tu dia tergila-gila kat hang. Sayangnya walaupun hang cantek, hang tidak mempunyai hati yang kuat. Hang tak buleh letak blame kat sapa-sapa kecuali diri hang sendiri. Tapi takpa, like aku cakap tadi, mana ada manusia yang tidak pernah tidak buat salah dalam dunia ini? Kesalahan-kesalahan ini yang menjadikan kita manusia.


Memang mudah sahaja untuk aku suruh hang buat apa yang aku nak hang buat macam dalam article ni tetapi percayalah kalau hang rancang betul-betul apa yang hang nak buat untuk settlekan masalah ni im sure hang akan mendapat banyak keuntungan dalam hidup hang untuk hari esok dan hari hari yang mendatang kelak.


First thing first, hang kena selidik apa kesalahan hang? Jangan duk pi cari kesalahan laki tu dah. Mampuih pi kat dia. Hang tengok diri hang dulu. Bila hang dah nampak kesalahan hang, terus plan apakah tindakan yang hang boleh buat untuk settlekan kesalahan hang tu.


Contohnya, kesalahan hang adalah hang ni cepat cayaq apabila kena pujuk. So macam mana nak settlekan daripada cepat cayaq bila kena pujuk? 1) Jadi tegas. 2) Cari support system yang akan tune kepala otak hang jadi tegas balik whenever hang dah jadi longlai. Kawan baik is a good way. 3) Putuskan hubungan dengan lelaki ini secara total. 4) Bila masa hang dah makin longlai dengan dia, cepat-cepat hang ingat benda-benda tak elok yang akan jadi kat hang.  The list can go on and on.


Girl, you can do it!!


Apa sahaja yang sedang berlaku kat hang sekarang ni bukan sahaja menyusahkan hang sekarang tetapi boleh memberikan kesan yang tak elok pada masa-masa akan datang. Walaupun ampa tidak mempunyai hubungan fizikal, tetapi hubungan emosi ini sama juga beratnya.

Untuk cara hidup orang barat, kisah awak ni sama juga dengan nasib-nasib perempuan/lelaki yang menjadi mangsa ‘bootie call’. Jenis hubungan ini adalah dimana, si pemangsa ini akan call lelaki/perempuan ini pada waktu malam, tanya sama ada depa free, nak buat seks tak? Dan bila lelaki/perempuan ni kata “Yes, I’m on”, si pemangsa akan cepat-cepat datang ke lokasi lelaki/perempuan untuk buat quick sex. After the sex, pemangsa akan terus diam dan tidak berhubung langsung. Dan apabila mereka bertemu pada ruang yang lain, kat restorant ke, kat mana-mana ke, pemangsa ni akan buat dek ja macam dia tak kenal dan tak pernah buat apa-apa pun dengan lelaki/perempuan tu.


Kesannya adalah kepada lelaki/perempuan yang kena bootie call ni sebab sebenarnya pemangsa sedang mengambil kesempatan kepada kesunyian yang sedang mereka miliki. So hang boleh nampak tak kat sini? Satu lagi kelemahan hang kat sini adalah kesunyian! So macam mana hang nak pastikan yang hidup hang tak sunyi lagi? Sila cari jawapan. Kalau hang tanya aku, senang ja.....bila kita tak isi hati kita dengan Dia, ruang-ruang kosong tu akan dipenuhi dengan benda benda macam ni la.


Kesimpulannya, aku boleh tulis 7 mukasurat punya jawapan untuk hang tapi tak guna kalau aku tulis panjang-panjang tapi hang sendiri tak boleh nak cari kekuatan diri untuk selesaikan masalah ini. Bangkit sekarang, pi buat plan, dan stick to your plan. Kena ada displin dan cari kekuatan untuk pastikan hang keluar daripada kancah ni.


Jangan duk bagi aku alasan novel yang hang boleh lagi terima dia dalam hidup hang sebab hang kena ingat, hang tak boleh ubah BF hang tu jadi insaf dan berhenti daripada gian dengan gambar-gambar bogel ni, tapi one thing for sure hang boleh ubah hidup hang dulu. Benda ni lama-lama boleh jadi kanser, and laki tu pun kena pi get some help. He definitely has issue dengan ketagihan dia tu. Suruh la dia pi tengok porn ka apa ka, tok sah duk kacau hidup orang macam ni.


Dalam hubungan, kena ada kebebasan. Kalau paksaan dan tekenan wujud untuk pastikan hubungan itu berjalan lancar, ini bukan hubungan yang sihat. Move on girl!! You are more worth than this shit.


Love,
Jumie Samsudin

Dinner in The Sky Penang 25 Feb to 25 Mac 2016

$
0
0
Hello u olls orang Penang sekalian,


Ampa tau dak bermula hari ni 25 Feb hingga 25 Mac ni akan berlangsung event Dinner in The Sky Penang.  Apa benda alah event ni?   Kalau ampa tak tau apa benda alah ni nampak sangat ampa ni style tak pernah nak keluar rumah and the only thing ampa tau kat dunia ni adalah drama cinta Melayu kat TV.  Haram jadah betui la.....



Dinner in The Sky ni adalah satu event ala-ala roadshow gitu dimana depa akan gantung you olls menggunakan kren setinggi 4-5 tingkat (lebih kurang) dan u olls boleh la makan (fine dinning ya) kat atas tu dengan guest lain.  Nak dapat experience ni bukan free-free ya,  of course kena beli tiket dan sah-sah satu- satu tiket adalah mahal nak mampus.  Satu tiket (akak dah pi check) berharga RM599.99 seorang.  Boleh beli online.

click read more



Untuk pengetahuan u olls,  untuk event kat Penang ni depa buat kat perkarangan kawasan parkir restoran ThirtyTwo Mansion yang terletak di 32, Jalan Ahmad Shah,  Penang, 10050 George Town, Penang, Malaysia.  Akak macam terpikir jugak la depa buat kat lokasi ni,  dekat dengan laut,  pemandangan cantek,  tapi aiiiyooo sebelah tu ada Kubur Captain Francis Light kot.......Tapi im sure bila naik tingkat tinggi sikit pemandangan memang cantek.

Kalau u olls yang gaji beribu riban sampai tak tau nak buat apa dengan duit u olls tu,  why nott!!!!   Beli tiket RM600 tu adalah celah gigi u olls sahaja.  Boleh la nak pi try.  Kalau setakat gaji cinonet macam aku ni,  aku cadangkan ampa pi la cari kawan-kawan mana-mana yang duduk flat tingkat 20 ke atas,  pi bungkus nasik pastu duduk bersila makan kat balkoni dia.  Sambil makan,  sekali-sekali hang buat la macam duk tengok bawah.....dinner in the sky la u olls.  Kalau nak rasa lebih real,  kalau balkoni depa tu boleh bok keluar kaki kot celah besi pagar tu...haaaa apa lagi...u olls bok keluar la kaki u olls.  Rasa angin-angin kan?  Haaa dinner in the sky la tu.

Sekian sahaja.  Sapa-sapa yang mampu merasai experience ini di kala - kala gawat dan demam GST ni,  akak ucapkan tahniah dan sumpah akak memang jeles dengan kelayakan u olls membayar tiket semahal itu.  





Some of Dinner In The Sky Malaysia guests so far:

1. Dato’ Siti Nurhaliza
2. Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa
3. Amber Chia
4. Dato’ Lee Chong Wei
5. Miss Malaysia Universe 2015, Ms. Vanessa Thevi
6. Chef Sherson Lian
7. Dato’ Ruby Khong
8. Erra Fazira
9. Edry KRU
10. William One fm
Artist-artist ni semua depa takyah bayar tiket pun noks...sah sah depa ni dapat percuma.








Ini chef-chef yang akan masak untuk event ni.





Mai tengok video promo Dinner In The Sky Malaysia - Penang


sdsds

Facebook  :  Dinner in The Sky Malaysia 
Ticketing Info  :  http://www.dinnerinthesky.my/booking.php
Blog lain  :  http://jacyntacsy.blogspot.my/2015/09/dinner-in-sky-malaysia-review_3.html

Ulasan Majlis Anugerah Grammy Awards 2016

$
0
0
Hello u olls,


Ampa dah tengok ka Grammy Awards yang berlangsung baru baru ini? Grammy Awards adalah Academy Awards untuk penggiat seni muzik la u olls. Depa punya anugerah berprestij macam ni takdak nak pakai tema-tema tertentu u olls. Depa ada class tersendiri u olls. Focus utama adalah memberikan anugerah kepada mereka-mereka yang terbaik dalam bidang seni muzik untuk tahun berkenaan dan sebelum-sebelum ini pada masa yang sama, sebagai sebuah majlis anugerah muzik, of course persembahan muzik semuanya adalah meletos berlaka.


Ramai artist hebat yang membuat persembahan pada malam itu, daripada balada, pop, hip hop rap, country hinggalah persembahan teater Broadway yang di bawa live daripada NY. Kesemuanya 19 persembahan!






Persembahan Yang Best
Berikut adalah beberapa persembahan yang bagi akak adalah meletops sangat dan betul betul menusuk kalbu.


Andra Day & Ellie Goulding
Persembahan mash up song ini adalah sangat meletops. Ini adalah first time I olls mengenali Andra Day. Gilaaaa kerlasss suara dia. Sejak persembahan ini akak terus mencari-cari siapa Andra Day dalam Youtube. Suara dia power gila. Kalau tengok video dia nyanyi terus rasa macam asyik. Macam mana suara dahsyat ni boleh keluar daripada mulut pompuan ni.



Adele
Walaupun ada masalah audio, microphone jatuh macam mana ka, ada 5-6 saat dimana suara Adele tidak kedengaran.....tapi bagi akak persembahan ini adalah antara yang berhantu untuk malam itu. Wanita ini, setelah menjalani operation operation tonsil, rasanya suara dia jadi lebih power. Dalam interview beliau bersama Ellen Degeneres, dia kata, dia mengaku yang dia a bit terlari pitch dalam nyanyiannya sebab dia kata, biasalah sebab emosi kan? HAHAHA pompuan ni memang selamba jaaa....




Alabama Shakes
First time jugak tengok kumpulan ni. Lead singer depa adalah wanita agam. Katanya depa start off band ni sebagai hobi sahaja. Tak sangka sekarang album depa diiktiraf oleh Grammy. Tapi siries aku sangat suka muzik depa. Suara perempuan ni memang gila power.





Lionel Richie Tribute by John Legend, Demi Lovato, Meghan Trainor, Luke Bryan, Tyrese &  Richie
Baguih depa buat tribute tanpa mengubah over-over lagu asal dan akhir sekali depa panggil penyanyi asal untuk naik dan perform terus dengan depa. Aku tak tau pun Tyrese boleh nyanyi. HAHAHAHA.



Persembahan - persembahan lain
Ada banyak lagi performances.19 buah persembahan altogether.  Semuanya bagus-bagus, tapi berikut ada beberapa lagi persembahan yang menjadi bualan ramai.



Kendrick Lamar
Aku suka hip hop muzik tapi aku tak pernah expose diri aku dengan muzik Kendrick Lamar. Malam ni kira macam first time aku tengok persembahan dia secara live. Semua orang duk puji dia gila-gila, tapi bagi aku adalah sangat overated.




Lady Gaga's David Bowie Tribute
Deni kalau perform mesti over. Sebelum Grammy started, Gaga posted satu video dalam Insta dia duk nangis nangis time make up. Aku rasa dia duk amik feel untuk David Bowie, yang baru sahaja meninggal dunia akibat kanser. Tapi sorry aku tak pernah suka persembahan ini kerana bagi aku untuk contribute kepada insan hebat macam tu tidak semestinya Lady Gaga kena jadi David Bowie. Aku rasa macam dia totally tukar diri dia, untuk menjadikan diri dia seolah-olah dirasuk oleh David Bowie.




Justin Bieber, Skrillex & Diplo
Rimaih tengok deni duk feeling bela janggut dan misai tapi ala-ala bulu ketiak aku sahaja..jarang-jarang. Pastu depa langsung tak tunjuk camera focus kat Salena and Taylor yang selalunya kalau lagu lagu macam ni akan menari over depan pentas.


Taylor Swift
Deni nyanyi bukan best pun. Tak pernah pun dia nyanyi best. Feeling-feeling nyanyi depan peminat dia sendiri lainlah. Untuk pembuka Grammy? Macam tak sesuai langsung. Lepas persembahan lain masuk...persembahan Into The Woods ni terus dilupakan. Takdak impak kepada penonton.






Grammy Moments
Selain persembahan muzik, antara Grammy Moments yang menarik perhatian I olls adalah seperti berikut : 



Stevie Wonder baca brail
Gilaaa aku respek gila Stevie Wonder diberikan kad keputusan Grammy dalam bentuk Brail. Dia kata "You can't read it! You can't read Braille," sambil gelak-gelak. Pastu dengan nada serious dia kata "We need to make every single thing accessible to every person with disability." Tall respect kepada penulis skrip dan producer majlis Grammy!!


Rihanna tak boleh nyanyi
Sumber menyatakan yang Rihanna tarik diri pada saat-saat akhir dan tidak membuat persembahan pada malam anugerah ini atas sebab kesihatan. Katanya semasa rehearsal berlangsung, Rihanna mengamok gila di belakang pentas. Aiiiyooo...tersalah pill hormone ka nyah? Selain Rihanna, dikatakan penyanyi RNB soul hebat era 90an, Lauryn Hill jugak dijangka untuk membuat penampilan khas dipentas namun menarik diri pada saat-saat akhir. Tak sure rumors ini betul atau tidak. I totally love this lady. Dulu aku ada CD dia, dia mendiamkan diri daripada dunia seni sebab dia frust cinta dengan Wyclef Jean.


Taylor Swift carut Kanye West
Setelah menang Album of the Year, Taylor Swift yang sememang-memangnya terkejut nak mampus, dia tak sangka kot nak menang sebab calon-calon lain adalah hebat-hebat belaka dan selalunya pemenang Album of the Year selalunya diberikan kepada artist-artist yang bukan mainstream sangat macam dia. So dalam ucapannya, dia ada bagi satu peringatan kepada semua perempuan-perempuan. Dia kata, ada kalanya dalam mencapai kejayaan akan ada orang yang mencelah dan sengaja menjatuhkan u olls. Tetapi kalau u olls sabar dan teruskan usaha, kejayaan ini akan menjadi satu perasaan yang hebat sekali. Lebih kurang macam tu la. At first aku tak perasan apa pun dengan ucapan itu, tapi lepas baca apa yang diulas oleh laman-laman sesawang hiburan yang lain, aku setuju dengan pendapat bahawa apa yang dikatakan oleh beliau adalah sejenis carutan kepada Kanye West. Oh, ampa tau dak? Kanye West ada lagu baru yang dikatakan mempunyai lirik jelas mengutuk Taylor Swift. Aiiiyooooooooooooooooooooooo...macam mana la deni nak jadi President US.


Cikgu Sekolah Dapat Anugerah Khas
Tahukah anda dalam Grammy Awards ada satu anugerah yang bertajuk "Music Educator Award" dan depa ada wesbite khas untuk anugerah ini dimana orang ramai, guru-guru muzik dari seluruh tanah air Amerika boleh menghantar pencalonan ataupun memohon untuk mencalonkan diri sendiri bagi anugerah ini. Dan untuk tahun ini, seorang guru muzik daripada North Carolina School of Science and Mathematics in Durham North Carolina, Phillip Riggs telah berjaya mendapat anugerah ini. For more info ampa baca kat sini : http://www.grammyintheschools.com/features/phillip-riggs-selected-2016-music-educator-award-recipient



Budak 12 Tahun antara termuda dalam pencalonan anugerah grammy
Joey Alexander adalah antara pencalonan termuda dalam sejarah Grammy Awards. Walaupun tidak menang, tetapi dia diberi penghormatan untuk membuat persembahan solo dipentas Grammy secara singkat dan of course kehebatan dia bermain piano telah memukau para penonton. Dia dicalonkan untuk Anugerah Best Jazz Instrumental Album and Best Improvised Jazz Solo. Dan tahukah anda, Joey Alexander adalah bangsa Indonesia. Kerlasss!!




Beyonce dengan Dress Longgar
Last but not least, penampilan sepupu ku sebagai penyampai anugerah Record of the Year. I olls agak kecewa sebab Beyonce punya baju sangat pelik u olls. Warna putih, covered up semua, pastu nampak macam longgar. Tidak Beyonce langsung.


Read more here : Billboard.com
Pictures courtesy  :  The Guardian

Ulasan Red Carpet Grammy 2016

$
0
0
Hello u olls,

Red carpet untuk Grammy Awards 2016 kali ini adalah langsung tidak best.  Siriesly.  Majlis yang berlangsung pada 15 February yang lalu menjadi hambar maybe because takdak banyak artist hot hot dan fashionista yang attend the red carpet like Rihanna,  Katy Perry,  Beyonce dan lain-lain and Lady Gaga ada pun tapi pakai baju tak best langsung.
Tapi takpalah,  jom kita tengok apa ja baju yang depa pakai untuk red carpet Grammy 2016 ini.









Adele in Givenchy
Siriesly dress ini nampak sangatlah comfortable.  Aku perasan Adele dia ni jenis yang pentingkan keselesaan berbanding trend.  Dia punya bentuk dress lebih kurang sama semuanya.  Cuma kadang-kadang dia tukar warna dan juga jenis tekstil.  Walaupun nak ikutkan sekarang ni Adele tidaklah seagam dahulu.  



Tove Lo
Deni lupa pakai dress betui dia.  Dia just pakai baju dalam dengan kain simis ja.  Ini adalah pilihan fesyen yang pelik.  



Anna Kendrick in Emanuel Ungaro
Potongan klasik.  Love it.  Nothing to carut.






Jazmine Sullivan in Michael Costello
Dress elok!  Tapi sayangnya dia pi straighten rambut dia.  Kalau rambut dia kepok kepok laksana i rasa dia akan nampak lagi diva.



Zendaya Coleman in DSquared2
Deni nampak macam katun anime Jepun tetapi watak lelaki.




Mya
Kerlasss dress ni.  Simple ja.  Nothing to carut.



Kendrick Lamar and Whitney Alford
Sangat suka jumpsuit yang dipakai oleh Whitney.  Sangat seksi dan unik.  I dah try google sehabis boleh untuk mendapatkan nama pereka jumpsuit ini namun maaf tidak berjaya.  Sangat suka apabila beliau menggandingkan jumpsuit ini dengan simple stiletto dan stail rambut yang kemas.  




Demi Lavato in Norisol Ferrari
Pompuan ni macam masih mencari-cari apakah identiti gaya fesyen dia.  Kerapkali berubah.  Ini nak feeling macam mak-mak pulak.  




Carrie Underwood in Nicolas Jebran 
Potongan classic.  Nothing to carut.




Alessandra Ambrosio in Versace
Sangat suka kasut itu!!!!!!!!!!!!!




Janelle Monae in Jean Paul Gaultier
Baguih baju ni.  Multi tasking.  Skirt dia boleh buat untuk hidang ayaq at the same time boleh buat meja laptop.  Haa...kerlasss....



Skylar Grey
Akak rasa dia ni pakai lace Armani ciplak ni.  Sebab nampak sangat tak cantek.  




Zuri Hall 
Hello....Kelly Rowland dah lama dah pakai dress ni.  hang baru nak pakai balik.  Next.





Bella Hadid in Alexandre Vauthier Paris
Pondan sangat Bella Hadid ni.  Aiiiyooo.  




Meghan Trainor in Michael Costello 
Dress cantek.  Michael Costello product Project Runaway dah ada style dia tersendiri.  Tapi mak tak suka make up Meghan.  Macam lupa pakai lipstick macam mana ka?





Ciara in Alexandre Vauthier
Baju deni paling tak masuk akai.  Nampak macam dia amik kain belen-belen buat baju kurung pastu dia katop pi la buang sebahagian daripada badan dia.  Pastu buat ala-ala macam hot.  Tak elok aih.  Aku rasa dulu aku jahit baju kat patung Barbie aku guna kain belen mak aku bagi lagi elok.



Vanessa Lachey
Pompuan ni meletops lani.  Tapi skirt ni,  disebabkan dia buat effeck lace tu,  akak rasa terlalu singkat,  kalau effect lace tu dilabuhkan sikit nampak macam lebih appropriate.  Ni salah silang panggung boleh nampak faraj.  





Taylor Swift in Atelier Versace
Ramai yang kutuk kata dress ni tak elok.  Tapi siriesly akak rasa akak suka dress ni sebab nampak macam lain daripada yang lain dan still fun.  I love the colour and macam mana ka effect terbelah kat depan boleh nampak suaq dalam.  HAHAHA.  Bayangkan retis Malaysia buat macam ni......kena kecam u olls.  




Selena Gomez in Calvin Klein
Goooooooorrrrrrjeeeeeeeeessssssss.  Beliau nampak dewasa.




Vanessa Simmons
Nampak macam kain selimut aku ja.  


Lianne La Havas 
Ni pulak nampak macam kain tingkap.



Cam by Georges Chakra
Ini membuktikan bahawa walaupun skirt anda sudah ropol-ropol,  anda tidak semestinya membuat rambut yang beropol jugak.  Rambut dia buruk.  


Angelique Kidjo
Piala tu bukan sebahagian daripada costume dia.  Dia sahaja bubuh atas kepala.  Sangat suka keaslian corak pada baju ini.  Sangat etnik.





Tori Kelly in Gauri And Nainika
Gorrrrrrrrrjeeeeeeeeeeesss..aku suka dress ni.  Yes,  dress ni lagi elok daripada dress tayang suaq dalam yang dipakai oleh Taylor Swift.



Elle Varner
Dress bentuk selungai macam ni tak sesuai untuk wanita agam.  U olls nampak flabby.  



Kacey Musgraves in Armani Prive
Nenjiaa deni la baguih,  last year masa Pesta Pulau Pinang dia angkut habis carpet bulu kat Pakistan pastu dia buat dress.  



Ariana Grande in Romona Keveza
Gorjesss dress.  Lebih elok daripada dia duk pakai skirt pendek ala-ala cheer leader dengan boot tinggi tu.  Serr.



Beyonce in Inbal Dror
Ni la dress longgar putih yang akak maksudkan tu.  Siriess tak cantek kan?  Kalau ampa tengok masa di berjalan menyampaikan hadiah tu lagi boleh nampak macam mana longgarnya dress ni.





Ellie Goulding in Stella McCartney
Hangpa teliti tengok dress ni,  potongan kain dan macam mana depa jahit dan cantum kain sampai tak nampak bekaih tu.  Gila patutnya dress depa beribu riban.  Tengoklah hasil kerja depa. Stella McCartney punya dress ni memang meletops.  Aku memang suka kerja sebab simple tapi still elegen.





Florence Welch of Florance + The Machine in Gucci 
Comei dress ni.  Inspirasi baju tidok nenek sapa tak tau.







Chrissy Teigen in Yousef Al-Jasmi 
Pandai pompuan ni cari dress yang still membuatkan dia elok walaupun tengah sarat mengandung.






Serayah McNeil in Vera Wang Collection
Sukaaaaaaaaaa dressss ni jugak.  Kalau tak salah colour dress ini adalah taupe (bunyi tup).  I olls ada satu tudung colour macam ni.  Cantek tau colour ni.




Kaley Cuoco in Naeem Khan
Cantekla...nothing tu carut.




Diana Gloster
Aiiiyoooo tiru dress Katy Perry ka???



Faith Evans
AHLI PETA..............sila baling cat merah kat pompuan ni dia pakai bulu binatang!!!




Giuliana Rancic in Jani Khosla
Aku tak dapat menghayati dress ini sebab terganggu dengan kekurusan perempuan ini yang melampau.  Harap tidak ada kipas angin Nasi Kandar Subaidah kat tepi red carpet ni sebab aku takut dia akan terbang.


Nicole Trunfio in Zuhair Murad
Bagi helmet kat dia,  dia boleh buat show loncat dalam gelung api menggunakan motorsikal.



 MERAPU
Ini adalah himpunan stail dan penampilan red carpet Grammy 2016 yang akak rasa sangatlah sedih.



Lady Gaga in Marc Jacobs
Akak tau perempuan ni suka meng-inovasikan penampilan beliau.  Tapi once dia dah turned menjadi lady-lady classy sejak kebelakangan ni so akak rasa macam tak kena pulak bila tengok dia berpakaian merepek.  Tapi before this ada sahaja gaya merepek dia yang akak rasa macam sesuai dengan jiwa seni akak yang melampau ni,  tapi this time sorry akak have to say NO.  Dress ni nampak macam ahli sihir nak buat aksi payung terjun.




Pharrell William and Helen Lasichnach
Depa dorang ni selalu selekeh semacam kalau mai event.  Bini dia ni tak tau nak make up ka?  Pastu Pharrell pi pakai tweed jacket Channel nenek mana la tu!!



Jes Brieden
Nak merapu sangat sampai nampak  macam sampah.  



Megan Nicole
Barbie aku dulu dulu pakai baju guna kain meghelit macam ni.



Z LaLa
Motttipppppppppppp pakai bra putih?????????????



Jacqueline Van Bierk
Burung gagak tengok deni burung gagak nanti mai dekat...dia kata...nenjia mak ayam aku.




Manika
Pompuan berpakaian murah ni adalah seorang penyanyi. Lepas bukak Wiki page dia, tertulis ""part Filipino, part Japanese, part Chinese, part Malaysian and part Spanish". Aiiyooo oleh kerana pilihan fesyen yang murah ni akak sebagai rakyat Malaysia rasa tempeliasnya.




Elle King in Christian Siriano
Seriau tengok dia pakai dress ni,  kalau terpijak renda ni boleh jatuh okay.




Diamond White
Hurm...................





Dencia
Sekali iras tengok macam Beyonce.  Kasut dia nampak macam lumut and binatang kat laut duk melekat kat batu-batu.  Geli kan?  Deni terlalu mencuba untuk mendapat perhatian ni.





Andra Day
Siriesly aku addicted dengan pompuan ni suara dia sedap.  Tapi dress ni membuatkan dia nampak tua dan gemok.




Joy Villa
Fesyen ini diberi nama tercekik tulang.  Merapu.  Merepek.  Siries.

Read more  :  DailyMail UK

This Is Not My Real Face Soooo.....

$
0
0
Hello u olls,

Ingat tak hari tu aku pernah share satu video kat Facebook page aku tentang budak sekolah duk bergaduh sebab terkutuk guru besar depa.  Pastu dia buat cacat-cacat and dia kata "This is not my real face so...."

Video tu adalah lawak sangat sebab budak tu sendiri pandai berlakon.  Pastu satu hari,  kawan aku kata "Jumie hang pi cari video pasai budak Afrika tu.  Ada banyak lagi video pasai dia,"

Korek punya korek aku pun jumpa Youtube Channel yang dibuat oleh pakcik budak ni bernama Mark Angel.  Haram nama macam porn star.  So jom tengok video-video budak ni.  Pastu ampa jangan lupa tau follow dia punya laman sosial semua.





click for more video








ghghg




xcxcx



dfdfd


TWITTER: @markangelcomedy

FACEBOOK: markangelcomedy

YOUTUBE: markangelcomedy

INSTAGRAM: @markangelcomedy

WEBSITE  : http://markangelcomedy.com/


SINOPSIS IMPRESARIO ADIKARMA 2.0

$
0
0


Kumpulan Kesenian Adikarma USM akan mempersembahkan Malam Impresario 2.0 pada tahun ini yang bertemakan Hikayat Adikarma. Produksi Drama Tari ini merupakan sebuah adaptasi daripada karya agung Sulalatus Salatin Sejarah Melayu (SSSM) serta filem epik Puteri Gunung Ledang (2002).

Menggabungkan unsur tarian tradisional dan artistik moden dalam persembahannya bakal menjadi salah satu tarikan pada Malam Impresario Adikarma kali ini. Drama Tari ini bakal mengangkat Hikayat Sejarah Melayu, kisah Hang Tuah Lima Bersaudara (Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi), Tun Teja, Peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Mahmud, dan lain-lain dalam konsep produksi dan elemen penyampaian persembahan yang kreatif dan tersendiri.




Adikarma USM merupakan kumpulan kesenian di bawah Unit Kebudayaan dan Kesukarelawan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM. Mula bertapak pada tahun 2008, kumpulan kesenian ini terdiri daripada pelajar USM yang berpendidikan ijazah luar daripada bidang kesenian.

Lebih gemar digelar sebagai penggiat seni, mereka telah berjaya melakar nama di pentas universiti, kebangsaan, antarabangsa & juga ASEAN. Antaranya di pentas Akar Kita Zapin (AKZ), MAKUM, ASEAN Youth Cultural Forum (AYCF), Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) dan banyak lagi.



Pengarah Projek : Nadhir Rusli Bin Badaruddin (Fizik, Tahun 3)

Pengarah Artistik : Encik Muhammad Al Hafiz Bin Md Sani (Pegawai)

Lakon Layar : Ahmad Khairul Bin Kamaruzzaman (Seni, Tahun 3)

Harga Tiket : RM15.00 (RM10.00 bagi ahli Adikarma)

Tarikh : 5 & 6 Mac 2016

Masa: 8:30PM – 10:30PM

Penjualan tiket melalui :
Talian Telefon / Whatsapp : 011-12864752 (Myka) & 017-4604566 (Farhan)


Untuk maklumat terkini:

FB : Adikarma USM

Intagram : @adikarma_usm

Twitter : @adikarmaUSM

Jumie Mengutuk Pondan

$
0
0
Hello u olls,

Okay ini artikel ala-ala catatan diari yang lama mak tak buat.  Tahun 2015 ingat feeling nak banyakkan update diari secara mingguan tapi tiap tiap minggu cerita semua sedih,  migraine dan stress.  Nak cerita apa nyah.  Alhamdulillah mak rasa tahun 2016 ni membawa sinar bahagia yang lebih bermakna.  Seminggu sekali akan mimpi ayaq,  contohnya mimpi pi beli rumah ada air terjun,  pi mandi air laut,  mimpi banjir....semua tu orang tua-tua kata mimpi rezeki.  Alhamdulillah.  Rezeki ni mai dari macam-macam.  Tak semestinya duit.  Kawan-kawan yang selalu membawa bahagia pun adalah rezeki.

Okay hari ni aku nak cerita pasai satu benda yang aku terperasan semenjak dua menjak ni.  Alkisahnya,  ini bukan kali pertama,  tapi dah masuk macam kali kedua dah,  apabila kawan-kawan nyah Penang yang aku kenali,  yang aku kenal-kenal,  depa tanya aku satu soalan yang mencurigakan.

Pertama,  aku jumpa satu nyah ni.  Wanita agam juga macam aku.  Mulut banyak sembang rambong semua macam aku.  Habis dah sembang punya lama,  baru aku kenalkan diri aku apa semua.  Bila aku dah bagitau nama aku terus dia kata "Ooooo...you la Jumie Samsudin..........blogger tu.....ooooooo......ishhh tak sangka la u lain sungguh daripada apa yang orang duk cerita kat I pasai you,"

Akak melopongkan mulut.  Aiiiyum soo first time aku rasa macam something negative akan keluar daripada mulut mak ayam ni.

"Awat nyah...u pernah dengar ka cerita pasai I?"

Mak ayam tu jeling kat I.  "Ishhh...kalau i jumpa orang tu....i nak carut dia balik,"

Bertambah musykil aku apabila mendengar kata-kata mak ayam ni.

click read more



"I cerita kat you ni,  bukan nak suruh you bergaduh ka apa la.  Ada la orang pernah mai bercerita kat I,  jangan duk pi kenal dengan satu puki nama Jumie Samsudin.  Dia tu blogger.  Dia suka nak berkawan dengan nyah.  Dia korek semua cerita hang,  pastu dia akan tulis dan blog and kutuk-kutuk pondan,"

Astaghfirullah hal azim........................................ mak istighfar panjang.  Siriesly u olls,  first rasa terkejut.  Tapi 10 % sahaja terkejut. 90 % selebihnya aku rasa macam kagum sangat pondan manalah yang feeling duk buat cerita macam ni pasai aku.  Setelah sekian lama aku berkecimpung dalam dunia blogging ni semua,  bila mana pulak aku punya tulisan mengutuk pondan!!

"You nak tau ka sapa yang kata pasai you ni.......u mesti kenai dia...dia rapat dengan you,"

"Ohhh maii gooodd mak ayam...tak payah.  U tak payah cerita kat I.  I tak mau la nak tau.  I rasa macam lawak la cerita tu,"

Perbincangan kami pasai benda tu terhenti kat situ.  Aku pun terus divert persembangan kami terhadap isu-isu semasa seperti tayangan filem Dilwale yang hanya untuk orang low IQ dan sebagainya.  Pastu akak pun dah lupa dah cerita tu buat sekian lama.

And then one day,  I pi makan.  Pastu time nak balik tu I jumpa satu mak ayam besar ni jugak la.  Mutual friend la kita.  Sama-sama mak nyah kena saling bertegur sapa untuk menguatkan support system.  Habis bila kita dah nak balik dah,  mak ayam ni tarik tangan I.

"Nyah...aku nak tanya kat hang ni...."

"Hapa?"

"Hang ada ka duk cerita cerita pasai pondan kat blog hang?"

"Ada....belambak...................awat?"

"Dak laaa...aku saja tanya..."

Itu sahaja.  Aku malaih nak tanya apa dah.  Tapi memang aku duk terpikiaq dalam kepala otak aku.  Ini mesti lebih kurang kes sama macam kejadian dengan mak ayam yang aku kenal sebelum ni.  Kesimpulannya,  aku tak tau la sapa duk jadi tukang cerita ni.  Tapi kalau ada sapa-sapa yang rajin selak blog aku yang mempunyai lebih daripada 2000 posting ni boleh cari satu ayat,  satu artikel yang aku kutuk pondan,  sila tampil kehadapan and tunjuk kat aku lani.

Dan kepada pembuat cerita tu,  aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak untuk hang sebab secara tak langsung telah memberikan satu publisiti untuk aku.  Kalau boleh,  hang bagi jugak siap siap alamat surat menyurat hang sebab once buku terbaru aku diterbitkan,  aku nak post kat hang satu buku.  Himpunan Cerita Marhayam

ps/  Pi Facebook aku and tengok sapa aku signed as aku punya MOTHER.

Love,
Jumie Samsudin

Video Adik Neelofa - Jangan Kutuk Dia, Amati Isu Sebenar

$
0
0
Hello u olls,

Aku nak ucapkan terima kasih kepada adik Neelofa sebab memberikan satu issue untuk aku tulis pada minggu ini.  Actually dah lama jugak aku tidak membuat ulasan tentang isu isu panas masa kini yang menarik perhatian aku.

So hangpa semua dah tengok ka apa yang dikatakan oleh beliau dalam video tersebut.  Kalau dah tengok,  bagus,  ampa boleh teruskan membaca artikel ni,  kalau belum,  aku harap hangpa pi tengok dulu video tu sebelum ampa nak cakap deraih.




Aku perasaan sejak video ini diviralkan point  yang diketengahkan adalah "adik Nelopa kutuk cikgu sekolah" dan disusuli dengan komen-komen nista daripada netizen bahawa beliau ni bercakap atas hujah dia tu kira feeling kaya and baru sehari dua hari belajar kat sekolah international dan beliau juga dituduh sebagai berlagak.  

Akak pun mengambil kesempatan untuk menonton video ni.  First impression akak,  ehk....cantek nya budak ni.  Pastu akak terus terpikir, dia ni buat video macam duk praktis untuk public speaking  atau debate untuk sekolah sahaja.  Mungkin benar sangkaan akak,  mungkin salah.  

Topik yang dia ketengahkan dalam Bahasa Melayu adalah kelebihan bersekolah di sekolah kebangsaan dan sekolah antarabangsa.  Bincangkan.  Gituuu!

Topik kita zaman sekolah-sekolah dah buat dah.  Akak pun dulu masa sekolah menengah adalah wakil sekolah untuk team debat bahasa Melayu so benda benda macam ni memang akak pernah la duk diskas dengan kawan-kawan dalam latihan persediaan kami.  And apa sahaja hujah yang beliau ketengahkan dalam video tu,  adalah lebih kurang sama dengan apa yang kami fikirkan hampir 20 tahun dahulu.

Ala,  u olls yang tak pernah masuk team debat pun takkan la dulu-dulu u olls tak pernah buat esei untuk topik yang sama ni?  Ataupun terbaca dalam contoh-contoh karangan PMR / SPM.

Tapi apabila hujah ini divideokan dan disampaikan dalam Bahasa Inggeris,  secara tak langsung,  semangat-semangat Melayu Takkan Hilang Didunia ni pun tiba-tiba muncul secara membuak-buak dalam hati hati u olls semua.  Daripada mengamati hujah yang disampaikan ini dari sudut akademik,  u olls semua terus fokus kepada kredibiliti adik Neelofa dalam video ini dan terus attack dia personally dengan mengatakan yang dia ni baru ja feeling belajar kat sekolah antarabangsa,  secondly u olls kata dia ni belagak and sampai ada yang kata "Apa sumbangan ko untuk negara esok?" (Yang ni Lily Sofia tu kata...over!!)

Semua orang sila ambil pil penenang dan tenangkan puting tetek masing-masing.  

Aku pelik pasaipa semua orang nak rasa offended gila nak mampus dengan apa yang dia kata,  padahal secara lojiknya kita ni semua memang 10000 % setuju kah yang sistem pendidikan dan guru-guru di Malaysia sudah bersedia dan sesuai untuk diantarabangsakan.  Aku bukanlah nak kata yang sistem persekolahan di Malaysia ni langsung teruk sampai tak boleh nak pakai langsung sebab aku sendiri adalah produk sekolah kebangsaan Malaysia. Tapi apa yang aku cuba sampaikan di sini adalah,  semua sistem sekolah di mana-mana sahaja di dunia ini ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri dan ITS OKAY untuk kita point out apakah kelemahan itu dan seperti yang adik Neelofa tu sendiri kata "Tidak semestinya kita kena tukar sistem persekolah di Malaysia secara total tetapi mungkin ada banyak cara yang boleh kita tambahkan untuk menjadikan sistem ini lebih baik pada masa akan datang," (Akak dah translate siap-siap kat ampa semua).

Yes,  kita kena berlapang dada untuk tengok persekitaran kita yang sedang berubah dan terus berubah dengan cepat dan pesat.  Latar belakang ekonomi,  pendidikan,   sosial budaya dan nilai penduduk Malaysia yang sentiasa berubah especially sejak zaman internet dan zaman SEMUA MAK BAPAK ADA DEGREE ni.  So takkan baru kena carut secara light-light oleh budak 15 tahun kita dah nak melenting.

Aku tak mau nak hujah panjang tentang apa kelemahan dan kelebihan sistem persekolah yang sedia ada,  apa pi search kat Google scholar dan carilah banyak journal yang ditulis oleh para penyelidik yang sedia ada ni.  

Tapi saranan aku kepada kita semua pengamal media sosial,  blogger,  pencinta Facebook,  pencinta Insta dan apa segala maknena lain,  aku nasihatkan yang lepas ni apa sahaja yang menjadi viral kat laman sosial please take a moment untuk baca,  faham dan pikiaq 983747 kali sebelum ampa tulis dan share kat media sosial.  Sebab bila ampa tak buat 3 langkah simple ni aku secara langsung dapat kategorikan ampa sebagai pengamal media sosial yang amatur.  

ps/  Jangan duk tunjuk sangat bodoh tu kat semua orang.  Simpan la jangan duk tunjuk kat orang.  

Belasungkawa Hanizar Abdul Hamid a.k.a Tok Moh

$
0
0
Assalamualaikum u olls semua,

Sekarang umur aku (tahun ini) 31 tahun.  Setiap kali aku kalau bagitau kat kawan-kawan (yang tua dari aku) tentang umur aku,  pasti depa akan berkata "Ohhhh hang muda lagi...."

Maksud mereka mungkin,  takpayah la aku nak pening kepala susah-susah pikiaq pasai bila aku nak beli rumah?  Bila aku nak dapat anak?  Bila aku nak cukupkan simpanan duit aku? Bila aku nak pi umrah?  Bila aku nak insaf?  Bila bila bila......

So apabila kawan-kawan kata,  "Ohh hang muda lagi..." aku rasa lega sedikit.  

Semalam,  sedang aku duk berseronok gelak-gelak dengan kawan-kawan kat kedai kopi.  Tiba-tiba one of us dapat SMS.  "Wehs....betul ka Tok Moh dah meninggal dunia?" masa menunjukkan jam 10 malam.  Tok Moh ialah kawan kami,  penggiat seni macam kami.

Aku tersentak.  Terus aku cakap phone dan call Jah,  stage manager untuk pentas teater Dalam Kehadiran Sofea pada tahun 2014 di Pelenggang Cahaya USM.  Aku berkongsi pentas dengan Tok Moh dalam teater itu.  Jah tak jawab phone.  

Aku terus buka FB Tok Moh,  tapi takdak apa-apa posting yang mengesahkan persoalaan tadi.  

Tak lama selepas itu,  Fathin dari team Rumah Welfare Intobaq menghantar khabar berita berat ini melalui Whatsapp.  

"Ya Allah betul kah apa yang aku dengar ni?"

"Ya...memang betul"





Maka tamatlah alkisah Tok Moh yang sebenarnya bernama Hanizar Abdul Hamid.  Beliau dan isteri terlibat dalam kemalangan maut dalam perjalanan menaiki motorsikal ke Alor Star untuk mengambil cat.  Mereka meninggalkan 4 orang anak yang masih bersekolah.  

Berita ini benar-benar menyentak hati-hati kami semua.  Untuk mereka yang betul-betul rapat dengan arwah,  masa sesi pengebumian tadi di Masjid Maqbul Teluk Kumbar aku lihat ramai yang bercucuran air mata.  Ada juga yang masih mampu tenang,  tahniah kawan-kawan,  ketenangan ampa memudahkan dan meringankan urusan keluarga arwah.

Kegelisan ini kembali menyelabungi hati aku.  Adakah aku masih muda lagi? Sedangkan kita tidak tahu entah esok entah lusa kita pulak akan dijemput oleh Nya.

Sebagai orang Islam kita kena beriman dan percaya dengan segala ketentuan yang Allah dah tetapkan untuk kita.  Dalam erti kata lain,  kita tidak boleh terlalu relaks dan yakin dengan apa yang kita buat kat dunia ni dan pada masa yang sama kita tak perlu risau sangat dengan apa yang akan jadi kat kita esok sebab semua itu kita boleh sandarkan pada Dia.

Takziah kepada seluruh keluarga Tok Moh dan isteri.  


Memang kuat janji cinta kalian,  hidup mati bersama.  

Empat orang anak -anak Allahyarham.




KUTIPAN DERMA KILAT

Tanggal 1 March 2016

Seorang pelawak  ( Tok Moh  = nama FB dan gelaran ) Penang yang juga penggiat Teater dan boria di Penang telah kemalangan yang meragut nyawa beliau.  Kemalangan itu juga telah meragut nyawa isteri beliau.  Beliau pernah berlakon dalam banyak drama TV seperti Anak mami menantu mamak dan banyak lagi.

Beliau juga banyak terlibat dengan show-show teater Resdong's.  Sehubungan itu,  Persatuan Teater Resdong's sebagai sahabat kepada beliau ingin membuat kutipan derma kilat untuk membantu anak-anaknya yang masih kecil dan masih bersekolah.  Seramai 4 orang anak beliau.  Masih di bangku sekolah.

Oleh itu saya menyeru adik-beradik. Sahabat-sahabat bantu lah anak-anak arwah.  Walaupn RM10 bermakna bagi mereka bagi meneruskan hidup tanpa ibu dan bapa lagi buat selama lamanya.  Bantu lah mereka.  Jika ingin membantu boleh PM/Whatsapp kepada Mantaro di 0174571837.

Penyerahan wang derma kepada anak beliau akan diberikan sendiri oleh saya kepada waris yang akan menjaga anak-anaknya..

Tolonglah bantu mereka.  Sama2 kita ringankan beban mereka.
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>