Assalamualaikum Kak Jumie,
Saya baru je hari tu blog walking dekat blog Kak Jumie dan terbaca satu artikel yang tajuknya
Dilema Dalam Dunia Duality. Email saya ni lebih kepada luahan perasaan sebenarnya.
Baru-baru sahaja lagi, ada satu drama yang maha dahsyat terjadi dekat keluarga saya sendiri. Tapi drama ni memang tak boleh nak tayang kat TV3. Sebab censored dan lucah gila! ( I know you like kelucahan Kak. Dont lie to me..Hehehe ). Mangsa keadaan adalah mak saya sendiri. Dan 'pemangsa' adalah bapa tiri saya. Saya bagi akak background story tentang bapa tiri saya.
Dia ni boleh dikatakan seorang yang berupa paras elok. Kalau tak der jadi macam ni, hujung bulan ni jadi 12 tahun. Dia kategori bujang terlajak. Umur dalam lewat 30 an semasa berkahwin dan mak saya.
Selama mereka berkahwin memang banyaklah kenangan pahit dan manis. Bab pahit lagi banyak dari manis. Nak sesuaikan diri dengan bapa tiri ni tak mudah. Tambahan bila dah besar dan bapa tiri tu memang pemarah dan baran. Kami memang takut dekat dia. Apa dia suruh buat kami akan buat dan iyakan je. Sebab kami kesian kat mak kami. Kalau kami bergaduh dengan dia, mak kami akan kena tengking kaw kaw punyer.
Dulu kami sayang lah juga dekat dia. Tapi itu dulu. Sebelum semua shit berlaku. Dalam kegarangan dan kebaranan dia tu adalah juga sifat caring. Dia dan mak saya tak dikurniakan zuriat sebab mak saya dah ikat lepas lahirkan adik bongsu kami. Masa tu mak masih berkahwin dengan bapa kami.
Kisah fishy mula berlaku sejak zaman saya belajar atau masa awal mereka berkahwin. Saya ulang alik ja dari kelas ke rumah sebab dekat. Saya ni careless dan pelupa. Kadang-kadang bila saya balik rumah nak ambil barang tertinggal, saya akan nampak kasut lelaki kat luar rumah. Bila saya naik atas, bilik mak saya akan bingit dengan musik. Bila saya ketuk pintu bapa tiri saya senyap dan tak buka pintu pun. Saya jenis kenal kasut orang. Sebab saya la tukang susun kasut kat rumah. Berkali-kali juga benda ni jadi. Saya selalu abaikan ja perasaan ragu-ragu kat diri saya. Sebab benda tu adalah tuduhan yang sangat serius.Dan saya tak berani nak beritahu mak saya. Sebab saya rasa mak saya lagi sayang dia dari kami. Mak saya tak kan percayakan kami. Adik saya dua orang pernah kena halau dulu sebab bergaduh dengan dia dan mak saya akur ja. Sebab masa tu dia nak pertahankan perkahwinan dia.Benda yang paling takut adalah kena halau dari rumah dan tak dapat jumpa mak saya. Macam adik2 saya kena selama 8bulan. Mak saya walaupun akur hari-hari dia menangis.
Daripada nampak kasut luar pintu, episod lain bermula. Kisah bawa balik adik-adik angkat. Dan adik-adik angkat ni lelaki. Selalunya budak lepasan U atau tengah belajar. Kami tak da lah macam nak suspek apa-apa. Sebab mereka ni datang waktu rumah ada keramaian. Tapi saya jadi suspicious sebab satu hari tu saya ternampak kereta adik angkat dia kat depan pintu. Saya balik kejap ambil barang masa tu. Naik atas macam biasa lah. Bunyi musik yang sangat bingit. Dia ni memang selalu ada kat rumah. Sebab dia kerja dari rumah. Keluar kejap2 ja jumpa orang. Yang menanggung dia kebanyakkannya memang mak saya.
Duit gaji dia hampir 5 digit ya kak, lebih memang untuk dia sahaja. Dah la taste kasar! Semua benda nak mahal- mahal dan branded! Kami adik beradik dia duk pekin duit belanja. Catu bulan-bulan. Mak kami nak belikan kereta dia tak bagi. Belikan laptop untuk belajar pun tak bagi melainkan laptop tu dah tahap berasap. Sedangkan mak kami memang mampu nak belikan apa yang kami mahu.Kami pun bukan lah demanding sangat.Akak bayangkan bukan sahaja dia pekin kami. Mak kami pun sama! Dia sendiri laptop sampai 3. Macbook 1. HP satu. Lenovo 1. HP memang tiap2 tahun tukar. Mak kami pakailah laptop buruk dengan HP yang dia dah takmau! Tiap kali dia tukar HP, mak kami lah amik HP lama tu walaupun dia lah yang selayaknya dapat HP baru. Ya lah duit dia kan?!
Ahhh..Panas pulak tiba-tiba...Ok sambung cerita...
click read
Kami jadi semakin ragu-ragu selepas mak kami dapat kerja di Australia. Kerja on project basis. Contract dalam 4 tahun. Bapak tiri kami ada seorang adik angkat, adik angkat lelaki ya. Dan adik angkat ni kita bagi nama Jebon. Jebon ni pada mulanya datang sekejap-sekejap sahaja. Sampai satu masa dia menetap kat bilik adik saya. Dia ulang alik daripada rumah saya ke kolej dia yang ambil masa dalam 1 jam juga lah naik motor scooter Elite tu. Masa cuti semester, Jebon tak balik pun rumah mak dia. Duduk rumah kami. Dan sampai satu masa Jebon ni menetap dalam bilik mak saya sewaktu mak saya tak ada. Daripada duduk bilik tetamu kat bawah, dia pindah masuk bilik adik lelaki saya kat atas dan last sekali pindah dalam bilik mak saya. Adik beradik saya yang masa tu tengah cuti semester memang berbulu sebab depa ni duk berkurung dalam bilik seharian. Tanpa segan dan silu. Mungkin bapak tiri saya ingat adik-adik saya ni naif sangat.
Saya sudah berkahwin dan berpindah keluar. Ada satu haritu saya balik dan tidur di rumah mak saya. Mak saya masih di oversea. Esoknya mak saya akan balik. Dan saya akan ditugaskan untuk ambil mak saya di airport. Kami berbincang adik beradik dalam bilik saya. Bapak tiri saya suruh adik-adik saya keluar dari bilik. Dia kata kalau nak berbincang apa-apa bincang kat bilik TV jangan bincang dalam bilik saya. Esok tu dia buat drama. Nangis-nangis kata kami ni tak endahkan dia dan pulaukan dia dalam perbincangan kami. Gila apa nak bincang dengan dia komplot kami menjatuhkan regim lelaki curang ni!
Fast forward, kami beritahu mak kami apa yang kami nampak. Jebon ni baya adik lelaki saya yang bongsu. Mak kami sungguh tenang dan Alhamdulillah dia percaya pada kami. Mak kami kata, tiap kali dia balik, dia dapat rasa Jebon tu pandang dia semacam dan tak mau cakap sangat ngan dia. Jeles agaknya. Mak kami suruh kami buat cool. Mak kami nak plan sesuatu yang boleh buat dia terduduk dan takda pilihan lain melainkan mengaku.
Sampai satu masa, bapak tiri kami cakap kat mak kami. Jebon ni biasiswa nak kena tarik balik sebab ekonomi teruk. Jadi dia nak pakai duit mak kami untuk bayar duit yuran. Mak kami melenting kaw kaw. Yuran sampai RM7k. Sejak dia tau kewujudan Jebon ni, watak isteri mithali mak kami memang dah tak ada. Mak kami kuat melawan. And I like! Bayangkan, adik saya dua orang tertangguh belajar setahun. Sebab dia suruh usaha masuk IPTA juga. IPTS banyak belanja katanya. Alhamdulillah dapat juga placement di universiti kerajaan. Sekali si Jebon ni nak suruh mak kami bayar! Dah la IPTS! Tak panas ka hati orang tua tu?
Ok. Minum air sat. Overheat sat lagi.....
Gaduh punya gaduh. Mak kami pun cakap yang dia suspek bapak tiri kami dan Jebon ada hubungan sulit. Dia tak mengaku. Di depan mata kami dia buat-buat macam dia halau Jebon. Dia cakap dia sunyi. Anak-anak tiri tak peduli dia. Jebon ja yang peduli. Teman dia kesana sini. Dia salahkan yang saya ni dah kahwin jadi punca dia sunyi. Mak kami pula jauh. Sedangkan mak kami dah offer dia duduk sekali dekat sana dengan dia. Ditanggung semua sebab mak saya kata mak saya mampu. Dia tak mau pula. Pastu nak salah kan mak saya.
Mak saya murah hati ya. Abused hard working women! Masa ni mak kami semakin rebel. Mak kami potong duit bulan-bulan yang bagi kat dia. Lepas tu mak kami dah tak melalui dia lagi untuk bagi duit belanja kat adik-adik saya. Dan keperluan kami, mak saya penuhi tanpa kompromi. Selepas 12 tahun kami bagi chance dekat dia untuk conquer mak kami. Ini bukan masalah duit Kak Jumie. Ini masalah ketidak adilan. Dah la sejak mak kami kahwin dengan dia, kami tak boleh manja-manja sangat dengan mak kami.
Klimaks hampir tiba.Mak kami upah Private Investigator. Jadi kami letak 1 kamera dekat dalam bilik tidur mak kami. Dan 1 menghadap pintu masuk. Dan footage kami jumpa mengejutkan. Bukan sahaja Jebon. Malah Jin, Hantu, Setan dan Toyol semua ada. Modus operandi, Jebon akan datang dulu selalunya petang masa adik saya pegi gym. Dan Jin malam sikit akan datang. Kemudian pula Setan. Rekod dalam video yang terakam adalah 3 orang luar datang dalam satu masa. That's make the total person in that room is 4. Kerlas akak foursome terus !!
Jadi, semua sex tape dia ada ditangan mak saya sekarang. Masa dia ada kursus kat luar, mak saya hantar 1 Whatsapp kat dia.
"Hebat awak ye. 4some terus."
Lepas tu hantar video yang terakam dalam bilik dia. Video satu, n one sahaja lah sebab kamera tu mengadap katil. Malangnya seks beramai dia tak buat atas katil. Jadi kamera tak rekod. Cuma ada bunyi saja. Yang paling sedih, port dia buat beramai-ramai dekat tempat mak saya solat. Mak saya cakap, patut lah dia selalu tukar carpet kat situ. Kapet yang tebal dan lembut. Lepas tu bila mak saya tegur, dia cakap tak nak bagi mak saya sakit lutut. Hariammm sungguh.
Dia memang tak tercakap apa sebab terang jelas dan nyata. Berkali-kali dia minta maaf. Mak saya dah nekad kali ni. Masa dia dah samapi kursus tu, kami ramai2 bawa keluar barang-barang mak saya dan punggah masuk rumah saya. Yang menyedihkan, bagi dia benda tu no big deal. Sebab kes nya, dia rasa yang benda tu HANYA SEKS. Dia kata dia sayang mak saya sorang ja.
Masa kami punggah barang mak kami tu, kami jumpa lah HP lama dia. Tuuu diaaaaaa. Memang lubuk bukti. Banyak gila dick photos! Dan video lucah! Jebon antara pelakon utama dalam video tu. WhatsApp toksah ceritalah. Dan ada apps untuk hook-up. Jadi Jebon ni macam anak ikan dia. Yang lain-lain dijemput sebagai pelakon tambahan penyedap rasa. Mak saya jadi paranoid sampai pergi buat HIV test. Jadi dalam masa setiap 6 bulan dia kena pergi buat. Buat masa ni dia clear. Alhamdulillah. Doakan lah mak saya sentiasa clear sebab penyakit ni dia tak terus timbul.
Whatsapp untuk hookup dengan perempuan pun ada. Tapi mungkin dia tak mau bawa balik perempuan. Obvious sangat. Dari WhatsApp, perempuan dia jumpa dekat luar. Tapi kebanyakannya hookup dia memang lelaki.
Kak Jumie, penyudah cerita ni, dia masih merayu dekat mak saya. Sebab bagi dia perasaan tu dia tak boleh control. Macam fitrah dia katanya. Kalau dia nak jadi permicuous/jalang/kote tak sekolah dipersilakan. Tetapi kenapa dia nak hancurkan dan buang masa seorang perempuan? Yang menyakitkan hati, bagi dia benda tu kecik. Macam mak saya ni kejam sangat sebab tak nak maafkan dia. Kepala bana dia!
Saya ada kawan gay Kak Jumie. Dan kawan saya memang seorang yang sangat setia dengan pasangannya. Saya juga ada kawan mat saleh bi. Dia bercinta dengan 1 orang dan aktif dengan satu orang sahaja dalam satu masa. Kadang-kadang pening. Kejap dengan lelaki. Kejap dengan perempuan. Tetapi dia setia. Keyword is loyalty. Kamu nak mulakan hidup berkeluarga, pastikan isteri atau suami kamu tu boleh terima keadaan kamu yang bi dan suka merenyam tu.
MAK SAYA TAK BOLEH TERIMA. DIA RASA TERTIPU DAN RASA JIJIK DEKAT DIRI SENDIRI. DIA MARAHKAN DIRI DIA SENDIRI.
Alhamdulillah sekarang semua dah OK. Lepas jumpa peguam Syariah dan dah dapat semangat daripada family. Mak saya boleh tuntut fasakh. Dan dia akan cuba sedaya upaya untuk tuntut hak penjualan rumah 100%. Mak saya dah girl power sekarang.
Mesej saya kepada semua, lantak korang la nak gay ke, bi ke, lesbian ke apa ke. Dari segi agama aku malas nak komen panjang. Memang dalam surah nabi Luth dah kata tak boleh. Tapi siapa aku nak hukum korang kan? Tapi dari segi moral, tolonglah jujur dengan pasangan dan hanya bersama dengan 1 pasangan dalam 1 masa. Kalau korang nak hidup fucking around, sila la cari partner yg boleh terima korang macam mana Jebon boleh terima bapak tiri aku yg ada isteri dan ada ramai gila 'chill buddy'. Jangan lukakan orang macam mak aku!
Doakanlah proses ni berjalan lancar dan mak saya akan diberi ketetapan hati untuk meneruskan proses fasakh ni. Amin.
Yang Benar,
Acah-acah confession.
Disclaimer : Penulisan ini sepenuhnya dikongsikan oleh pembaca blog JUMIESAMSUDIN.COM. Beberapa maklumat dalam cerita ini ditukar untuk memudahkan pemahaman pembaca. Sekiranya anda berminat untuk kongsi kisah anda di blog saya, boleh emel to jumiess@gmail.com.