Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Koleksi Buku Harry Potter Saya

$
0
0
1)  Harry Potter and the Sorcerer's Stone 
2)  Harry Potter and the Chamber of Secrets 
3)  Harry Potter and the Prisoner of Azkaban 
4)  Harry Potter and the Goblet of Fire 
5)  Harry Potter and the Order of the Phoenix 
6)  Harry Potter and the Half-Blood Prince 
7)  Harry Potter and the Deathly Hallows 

Hello u olls,


Some people collect buku sebab ikut penulis kesukaan depa,  setengah orang ikut publisher,  setengah orang ikut trend yang paling popular,  setengah orang ikut genre yang depa suka.  Well for me,  i dont think akak seorang pembaca buku yang tegar.  Satu buku could take me months,  sekarang la sebab dah busy tua banyak tanggungjawab.  Dulu zaman muda kala takdak tanggungjawab,  satu buku boleh habis 4 hari.


Dulu akak pernah share dalam blog akak tentang koleksi buku yang akak ada.  Baca kat sini  :  My Book Collection Kalau hangpa baca kat dalam catatan itu,  aku ada menulis pasai koleksi buku Harry Potter.  Untuk pengetahuan hangpa,  buku pertama dalam siri Harry Potter milik akak telah hilang sebab dipinjam oleh seorang kawan akak zaman dulu dulu,  sampai lani dia tak pulangkan balik.   Biaq pi la kat dia,  akak tuntut nanti di Padang Masyar.  AHAHAH


So back to my book collection,  akak memang sedihlah sebab buku akak tak lengkap.  So akak kan lani dah ada connection dengan kawan-kawan dari Amerika sebab akak duk handle program Gustavus kat office lama akak.  Mereka adalah Ms.  Shirley and Prof Steve yang akan berada di USM tahun depan kerana Prof Steve akan menjalankan cuti sabatikal beliau di sini.


Akak beranikan diri akak,  akak mesej kat Shirley.  Mintak tolong beliau,  boleh tak tolong beli buku Harry Potter nombor 1.  Yang American version.  Sebab buku akak yang hilang tu tajuk dia Harry Potter and The Sorcerer's Stone,  versi Amerika.  Versi asal United Kingdon diberi tajuk Harry Potter and the Philosopher's Stone.


So akak mintak tolong Shirley beli kat US.  Bajet akak dalam USD 50 dan ke bawah.  Tak kisah edisi ke berapa pun,  janji tajuk sama untuk American printing.  Buku Harry Potter kalau yang first edition,  memang mahal gila nak mampus.  Tapi untuk edisi yang lain-lain,  boleh didapati dengan harga yang berpatutan.


Dijadikan cerita,  bila Shirley mai melawat we olls kat USM baru baru ni (depa mai sat saja untuk settle hal rumah depa nak duduk tahun depan),  Shirtley and Prof.  Steve hadiahkan akak satu bungkusan khas.  I know inside it adalah buku yang akak minta dari depa.  Punya lah eksaited,  akak pun bukak beg itu dan didalamnya akak dapati ada sebuah buku yang selama ini akak rasa hilang dari simpanan akak.  Sama macam buku akak yang hilang dulu,  dibalut kemas dengan plastik untuk tujuan melindungi.

click read more

Sorry gambar macam tak berapa cantek sebab cuaca mendug.  From left,  akak,  Ms.  Shirley,  Prof.  Steve,  Kausi and Cik Syahnaz.

Haaaaaaa muka eksaited u olls !!!

"Jumie,  take a look inside," kata Shirley dan menyelak helaian buku tersebut.


Akak membuka perlahan dan membaca tulisan yang ditunjukkan oleh Shirley.


First American Edition 1998.  Akak ternganga,  terdiam,  terpaku.  Tiba-tiba jantung akak bergerak laju.  Akak tau dah akak boleh menangis ni.


"No,  I cannot accept ni," walaupun yes dalam hati akak meronta-ronta untuk menerima buku ini tetapi akak tau buku first edition ini adalah terlalu mahal dan akak tidak boleh nak bayar buku semahal ini.


"Jumie,  please accept this, dont worry,  this is what you want for right?" Shirley memujuk akak dengan suaranya yang lembut.  Akak pandang ke arah Prof.  Steve,  dia menggeleng kepala lembut sambil mataya tertutup,  bermaksud dia hendak akak menerimanya.


"But this is very expensive.  This is first edition." kata akak.


"No its not that expensive.  We got this from one the books store near our place," kata Shirley lagi.  So tak boleh nak kata apa,  akak pun terima buku ini dengan titisan air mata.  Hindustan sangat.


Inilah buku tersebut.  J.K.  Rowling,  Harry Potter and the Sorcerer's Stone (1998)

Balik dari rumah,  akak pun meletakkan buku itu di atas rak buku akak disebelah buku-buku Harry Potter yang lain.  Akak sangatlah happy.


Tapi tiba-tiba akak pun sajalah nak belek buku-buku Harry Potter akak yang lain.  Rupa-rupanya semua buku Harry Potter yang akak miliki,  semuanya adalah first edition !!  Kecuali buku buku yang akak beli soft cover sebab akak tau masa tu akak takdak duit.


Hangpa tau dak,  buku Harry Potter yang pertama boleh jadi harga berapa ?  Akak tak mau bagitau kat sini,  hangpa Google sendiri dan hangpa boleh tengok Google siap bubuh jawapan ni siap siap kat page atas sebab Im sure dah ramai duk cari jawapan ini "harry potter book price"


4 daripada koleksi Harry Potter milik akak yang merupakan First American Edition !!  MAKCIK KAYOOO !!!

Ini pulak adalah satu-satuya buku Harry Potter milik akak terbitan UK dan first edition.

Akak mesej kat Shirley ucapkan terima kasih dan ceritakan tentang semua buku buku yang akak miliki.  Dia pun punya syiok dan dia suruh akak bagitau dua buku HP yang soft cover tu,  dia nak tolong akak carikan buku HP itu di US yang hard cover.  Akak kata,  BOLEH,  tapi this time please let me pay.  Dia kata dia setuju,  akak sanggup keluarkan duit ASB akak untuk bayar pada beliau.




Akak punya syiok tak tau nak kata,  akak cerita kat family dan rakan terdekat.  Dan sapa-sapa saja mai rumah akak lani,  depa akan tanya,  boleh tak nak tengok buku tu ?  Buku mahal yang kalau akak tunggu JK Rowling mati nanti,  buku tu akan jadi lebih mahal dan akak boleh cari pembeli,  jual dan akak boleh beli rumah atau pusing dunia kalau akak mau.  Aiiiyoo berangan macam tong taik.


Yes,  buku ini boleh jadi mahal tetapi nak cari pembeli bukan mudah.  Depa pun mesti nak mai tengok buku itu dengan lebih dekat dan kalau buku akak ini ada cacat cela Im sure depa akan reject atau pun minta discount.


Tak kisahlah,  ini mungkin rezeki akak.  Akak memang nak simpan,  dah tua nanti akak memang nak jual.  Buat apa nak simpan, nanti aku mati,  anak menakan aku amik,  depa jual depa yang jadi kaya.  So baik aku jual dan pakai duit tu untuk buat apa-apa. Retirement plan gitu.  AHAHAHAHHA


Buku ini pulak adalah tulisan JK Rowling jugak yang di buat seolah-olah buku ini milik Harry Potter.  Kerlas.  



Akhir kata,  jom tengok filem terbaru cabang dari misteri magical world of Harry Potter iaitu Fantasic Beasts and Where to Find Them.  IM OUT !!








A Guide to Collecting Harry Potter Books : http://www.abebooks.com

The Wolfpack - Kisah 6 Bersaudara 'Dipenjara' 15 tahun

$
0
0

From left, the brothers of “The Wolfpack”: Mukunda, Bhagavan, Govinda, Narayana, Jagadisa (now Eddie) and Krsna (now Glenn). Credit Christian Hansen for The New York Times



Lately, sejak memakai line U MOBILE dan mendapat data internet yang melimpah ruah akak banyak melayan documentary video dan filem dalam Youtube. Akak harap kalian semua bertukar kepada U MOBILE sebab walaupun Celcom menawarkan harga yang jauh lebih murah dari U MOBILE tapi percayalah sikit demi sedikit depa akan duk bagi kita hidden charges yang sangat celaka.


Dalam banyak-banyak docu film yang akak tonton baru-baru ini adalah mengenai enam bersaudara yang tinggal di dalam apartment di New York bersama ibu dan bapa mereka selama 15 tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk keluar seperti anak-anak lain, hanya setahun sekali pada musim panas dan aktiviti outing itu betul-betul dipantau oleh ibu bapa mereka.


Ibu bapa mereka Oscar & Suzanne Angulo adalah penganut agama Hare Krishna, dan disebabkan itu mereka semua mempunyai nama-nama dalam bahasa Sanskrit. 7 beradik itu adalah Mukunda, Narayana, Govinda, Bhagavan, Krisna ( sekarag dia dah tukar nama dia sebagai Glenn), and Jagadesh ( ikut kembar dia Glenn dan pakai nama Eddie) dan adik perempuan depa bernama Visnu. Vishnu seorang OKU tidak pernah dipaparkan dalam mana-mana media.


Selama 15 tahun ini, semua mereka tinggal di dalam apartment kecil itu. Bapak depa tak bagi depa keluar rumah dengan alasan dunia luar adalah sangat jahat dan kejam. Mereka semua mendapat pendidikan di rumah melalui ibu mereka.


Click read more

Inilah abang sulong depa yang mula-mula breakfree - Mukunda Angulo.

Setelah sekian lama, bila depa semakin membesar, abang sulong depa decided untuk keluar dari rumah itu. Jalan-jalan sampai sesat, pastu orang awam hantar dia pi hospital sebab ingat dia gila. Lepas tu dia balik dan dia ajak semua adik-adik dia keluar rumah sekali. Bila depa dah start belajar untuk keluar dari rumah, depa akan ramai-ramai pakai baju sama dengan meniru aksi watak dalam filem kegemaran depa. Dan kelakuan depa ini diperhatikan oleh seorang penerbit filem pendek iaitu Ms. Crystal Moselle.


Walaupun terkurung dalam apartment sempit itu setelah sekian lama, the only thing yang menghubungkan anak-anak ini dengan dunia luar adalah filem. Bapak depa memang bagi depa tengok filem dan depa bukan sahaja suka tengok, depa tulis balik skrip (dengan tangan), hafal skrip, hafal setiap pergerakan / koreografi dalam perlawanan, buat set-set dan prop filem dan depa buat filem pendek depa sendiri. Tapi the only pelakon adalah depa sendiri.


Sebab tu apabila depa bertemu dengan Crystal Moselle, filem The Wolfpack diterbitkan. Akak tak tengok lagi filem ni, takpalah tunggu akak download nanti.


Akak sangat kagum kerana walaupun depa ni selama ini terkurung dalam rumah itu, tetapi dalam documentary filem yang akak tonton depa ni semua nampak sangat sopan, bijak dan extremely handsome. (Akak rasa turned on dengan mereka kerana akak rasa depa intelligent). Akak rasa ibu mereka yang menjadi penyebab mengapa depa sangat pandai dan baik hati. Bukan bapak depa !


Yang tengah tu adalah mak depa.  Aku tak boleh bayangkan mak depa tinggal bersama suami durjana itu berbelas tahun dan melihat anak-anak hidup dalam penjara.  Kesian kat dia.


Lani, ada antara mereka yang sudah berpindah keluar tinggal sendiri, ada yang masih kembali ke rumah sempit itu dan tinggal bersama the rest of the family. Bapak depa masih berada dalam rumah itu dan sampai hari ini tidak pernah dan tidak mahu bercakap dengan mana-mana pihak berhubung perkara ini. Some of the kids, telah memaafkan bapa mereka dan bercakap dengan bapa mereka macam biasa.


Gambar bapak depa yang dirakam zaman dulu-dulu.

Gambar depa semua masa kecik-kecik.  Dengan video tapes yang banyak.  I think yang paling kiri dalam gambar ini adalah adik perempuan depa Vishnu.


Ini gambar masa depa outing dulu-dulu.



Govinda Angulo
Yang akak paling taste nama dia Govinda.  Elok !  Dia antara yang telah keluar dari rumah itu dan tinggal sendiri.  Dia bekerja sebagai orang bikin filem.  Hangpa boleh follow Instagram dia kat sini  :   @govindaartelle




THE WOLFPACK - 6 BROTHERS HELD CAPTIVE IN THEIR N.Y.C APARTMENT !
Ini adalah video dokumentari untuk tontonan u olls bersama.


THE WOLFPACK - 6 BROTHERS HELD CAPTIVE IN THEIR N.Y.C APARTMENT ! - DOCUMENTARY PT 1 OF 3


THE WOLFPACK - 6 BROTHERS HELD CAPTIVE IN THEIR N.Y.C APARTMENT ! - DOCUMENTARY PT 2 OF 3


THE WOLFPACK - 6 BROTHERS HELD CAPTIVE IN THEIR N.Y.C APARTMENT ! - DOCUMENTARY PT 3 OF 3


Rebut Peluang Iphone 7 & Iphone 6 Idaman Anda Secara Percuma Hanya di PurebySafiyyahOsman

$
0
0
LUCKY DRAW GUNA dan MENANG!
🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎🍎

YEAR END LUCKY DRAW GUNA DAN MENANG START NOW! BACA STATUS INI HINGGA HABIS KALAU ANDA TAK NAK RUGI!

Anda tau tak anda berpeluang memenangi IPHONE 7 dan IPHONE 6???!!



Hye semua orang! Purebysafiyyahosman akan mengadakan lucky draw akhir tahun. GUNA dan MENANG!  Easy to WIN. Pejam mata pun boleh menang babe!!


Step dan syarat utama yang perlu anda follow adalah :-


  1. Anda cuma perlu beli mana-mana product dari Purebysafiyyahosman dengan minimum Rm30 dalam 1resit/1order (tak termasuk postage)!!!!

    **Penyertaan boleh melebihi 1kali. Awak nak join SERIBU kali pun boleh 😁😁 -- step ni sangat digalakkan. Lagi banyak penyertaan, lagi tinggi peluang untuk menang!

    Contoh :
    Awak beli total barang Rm60 (tak termasuk postage), penyertaan anda dikira 2x. Faham? Makin banyak penyertaan anda, makin tinggi peluang untuk menang!!

  2. Setiap pembelian anda, kami akan masukkan nama dan no fon anda ke dalam "LUCKY DRAW BOWL" .

  3. Lucky draw ini akan berlangsung pada HARI INI hingga hujung tahun(tarikh tutup akan diberitahu kemudian).
  4. Lucky draw ini valid sekiranya anda beli melalui HQ, Stokist, Agent, Drosphip dan Vendor yang sah sahaja.

    Order melalui HQ : +60194163319 / PM / DM
    Order melalui Stokist dan Agent : @stokist.purebysafiyyahosman
    Offline order : @vendor.purebysafiyyahosman
  5. Jika order melalui stokist, agent, dropship -- stokist, agent, dropship yang akan submit nama, no fon anda ke HQ utk join lucky draw ini.
  6. Jika anda beli di vendor butik, sila whatsapp resit pembelian anda ke +60194163319 sebelum tamat lucky draw.
  7. Cabutan lucky draw ini akan dibuat secara live feed di FB page HQ Purebysafiyyahosman.
  8. Hanya 2 orang pemenang utama akan dipilih!
  9. IPHONE 7 untuk pemenang pertama, Dan IPHONE 6 untuk pemenang kedua!!


Syarat kecil yang anda wajib patut patuhi :-


  1. LIKE page Purebysafiyyahosman dan follow Facebook founder Safiyyah Binti Osman.
  2. LIKE status ini. (tengok original post di bawah blog)
  3. KOMEN " saya nak " dan TAG 3 rakan anda.
  4. SHARE post ini di wall anda.


REBUT PELUANG IPHONE 7 dan IPHONE 6 IDAMAN ANDA SECARA PERCUMA HANYA DI PUREBYSAFIYYAHOSMAN.







Filipina Seratus Hari Selepas Rodrigo Duterte

$
0
0
Majalah Time menggelar beliau sebagai The Punisher.

Hari tu akak keluar pi urut kat Kaki-Kaki dengan kawan akak,  sorang tu Aida and sorang lagi Chona.  Akak and Aida baguih punya duk layan tutup mata sambil kaki kami ditekan-tekan oleh tukang urut.  Tapi kawan kami yang Chona ni,  dari tadi asyik duk tengok video Youtube.  Muka dia nampak siries.


"Hang duk tengok apa?" akak tanya kat kawan akak tu.  Dia orang Filipina ya dik.


"Im watching news about out president.  I love him so much" jawab Chona ringkas.


Kepada u olls yang tidak tahu apa yang sedang berlaku di negara jiran kita Filipina.  Mereka telah melantik seorang president baru bernama Rodrigo Duterte.  Baru-baru ni dia telah membuat headlines yang besar dengan memaki Barrack Obama dengan memanggil beliau anak pelacur dalam bahasa orang putih.  AHAHAH. Kesian Abang Bama.  Secara tidak rasmi,  perbuatan beliau ini telah menamatkan hubungan baik antara negara Filipina dengan Amerika Syarikat.  Oih...depa dua ni duk kawan baik sejak zaman Imelda Marcos lagi.

Click read more



Beberapa aktiviti penangkapan dan pembunuhan yang dirakam.  Those yang kena tangkap ni tak kena perbicaraan ya,  terus kena tembak beramai-ramai.



So let's sembang about President Rodrigo Duterte,  setelah genap 100 hari pelantikan beliau dikatakan 3700 rakyat Filipina telah mati dibunuh dalam satu operasi membanteras jenayah dadah di negara tersebut yang sangat parah.  Macam mana angka pembunuhan itu menjadi terlalu tinggi ?



President Rodrigo Duterte telah memberikan kuasa penuh kepada satu skuat khas,  pihak polis malah orang awam yang mengetahui tetang sesiapa sahaja rakyat Filipina yang terlibat dalam jenayah dadah,  depa boleh bunuh orang itu tanpa perlu ditangkap,  di soal siasat dan apatah lagi untuk dibawa ke muka penghakiman.  Dalam erti kata lain,  depa buat macam 'purge'.


Tengok muka dia pun macam gangster dah.


Purge adalah aktiviti pembuangan sekumpulan masyarakat yang tidak diingini dalam sesuatu organisasi.   Perkara ini dilakukan dalam sejarah politik dunia sejak dahulu lagi.  Malah ada filem yang dibuat oleh Hollywood membayangkan tentang aktiviti purge.


Ramai rakyat Filipina yang menyukai tindakan drastik dan berani yang dilakukan oleh President Rodrigo Duterte walaupun telah mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak.  Hala u olls,  dah hang dapat kebenaran untuk bunuh sesiapa sahaja yang hang saspek memang mengedar dadah,  mestilah benda-benda tak best seperti tersalah bunuh ka apa semua akan berlaku.


Di luar negara pulak,  ramai yang mengecam perbuatan ini yang dikatakan terlalu gasar.  Amerika Syarikat,  European Union, Roman Catholic Church and PBB semua duk bagi tohmahan bertalu-talu kepada perkara ini.


Tapi butohlah PBB tu semua,  yang pembunuhan teruk di Palestin,  Syria,  Rohingya semua awat ampa sengap tak mau nak bagi komen pulak.


Setelah sembang dengan Chona,  dia kata,  rakyat Filipina sangat menyokong perkara ini kerana tahap jenayah dan rasuah di negara itu dah terlampau kronik.  Bak kata pepatah Melayu,  kalau tak pecahkan ruyung,  masakan dapat sagunya.



President Rodrigo Duterte mempunyai peminat wanita yang ramai.  Kerlas depa boleh cium cium president macam ni.  Kalau kat Malaysia,  memang 'depa' duk buat macam ni pun cuma tak bubuh la di khalayak ramai.  Ken !



Wanita dalam gambar ini adalah isteri beliau.


Wanita skin head ini adalah bekas isterinya yang turut berkempen dalam pelantikan beliau sebagai presiden.


Read more: www.dailymail.co.uk/

Article 0

Video Sentuhan Selamat dan Tidak Selamat by Mothers Againts Pornograohy

$
0
0


Hello u olls,


Rakyat Malaysia sekarang ni dah pandai.  Semua orang dah sedarinya kecuali para pemimpin kita yang masih nampak kita seperti manusia zaman batu mungkin.  Seperti kita semua sedia maklum,  tak lama dulu ada banyak kes-kes yang dibangkitkan mengenai kanak-kanak yang telah mendapat gangguan seksual daripada para guru agama dan cikgu.  Cerita macam itu amat menyeram bulu roma kalian kan ?  Macam akak yang dah bergelumang dengan teman-teman LGBT,  kisah dinodai abang-abang senior dan guru di sekolah agama dan pondok bukanlah perkara baru.


Berkenaan daripada kes-kes itu,  akak menerima satu perkongsian daripada rakan-rakan akak di laman Whatsapp berkenaan satu group ibu bapa yang bertanggungjawab dan peka tentang keselamatan anak-anak kita daripada gangguan seksual di mana depa dah buat satu Facebook page yang dipanggil Mothers against Pornography.


Melalui page ini,  ibu bapa dan guru boleh bersama berkongsi maklumat dan juga informasi tentang bagaimana melindungi anak-anak daripada gangguan si pedofilia yang seharusnya direjam dengan batu sampai mampus.


So kepada semua ibu-ibu dan bapa bapa yang membaca blog akak hari ini,  let's visit this page.  Depa ada juga post satu video lakaran kartun yang boleh mengajar anak-anak kita tentang bagaimana melindungi diri apabila diganggu dalam keadaan yang tidak sepatutnya.  Sorry akak tak share embedded video kat sini sebab page admin tak izinkan kita buat macam tu.  Tapi hangpa boleh check it out kat page depa.  

Sebab tu akak kata,  rakyat Malaysia dah pandai.  Let's share this around people !!!

Click read more.  





Kami mengalu-alukan ibu-bapa dan guru-guru untuk berkongsi video ini dengan anak-anak serta murid-murid agar mereka tahu batasan tubuh badan mereka yang boleh dan tidak boleh disentuh oleh orang lain. Video ini juga menerangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh anak-anak sekiranya hak mereka dicabuli. Video yang diilhamkan oleh team MAP ini sangat menarik dan mudah untuk difahami oleh kanak-kanak seawal umur 4 tahun.

Kami juga menggesa kepada para ibu khususnya untuk tidak mengambil ringan sekiranya anak anda ada mengadu atau bercerita tentang perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Jangan biarkan sehingga terlambat! Selamatkan anak-anak kita. Mereka merupakan tanggungjawab dan amanah buat kita.
#saynoto2P
#saynotochildgrooming
#tubuhsayamaruahsaya
#annur3031



Click Link Mothers Against Pornography  Facebook untuk tonton video :  https://www.facebook.com/mapikram/

Minyak Herba Asmak Wajib Ada Di Setiap Rumah ( Contact Butik Ohsem 0169340901 )

$
0
0

Assalamualaikum u olls !!


Hari ini akak nak rekemen hangpa semua dua produk meletops.  Ada kawan yang rekemen akak pakai dua benda alah ni.  Memang ternyata produk ni bermutu dan berkualiti.  From packaging hinggalah kesannya selepas penggunaan.


Akak amat rekemen hangpa semua beli MINYAK HERBA ASMAK.  At least satu rumah ada satu botol.  Akak dah dapatkan produk ini.  Standby kat rumah dan juga kat office.  Produk ini diperbuat daripada ramuan yang baik tapi yang best sekali dia rasa berangin-angin sikit dan mempunyai bau yang wangi !!  Tak macam bau minyak angin yang kita selalu pakai.

BEDAK ASMA' pulak memang best sebab diperbuat daripada tanah liat putih yang sangat sesuai untuk orang yang kulit berminyak macam akak.  Tapi nanti ampa baca kat bawah ada macam-macam kelebihan BEDAK ASMA' ni.

Dua produk itu adalah MINYAK HERBA ASMAK dan BEDAK ASMA'. Kat bawah ni akak akan explain panjang pasai produk-produk ini cuma akak harap sangat hangpa semua jangan tanya soalan sama ada produk - produk ini berkait rapat dengan kawan baik akak Asmaa Aljuned.  Beliau tidak kena mengena langsung dengan pembikinan produk ini cuma akak nanti nak rekemen suruh dia pakai !

Okay jom baca.





MINYAK HERBA ASMAK




Manfaat Minyak Herba Asmak

✅BATUK DAN ASMA
✅ SELSEMA
✅ DEMAM
✅ SAKIT GIGI 
✅ KEMBUNG PERUT, SEMBELIT
✅ LUKA BERSALIN CEASEREAN ( caesar ) 
✅ SENGATAN 
✅MIGRAIN
✅BISUL
✅ SAKIT PINGGANG dan LENGUH-LENGUH
✅ CIRIT-BIRIT
✅ SEMBELIT
✅SENGGUGUT

Juga sesuai untuk semua peringkat umur !!



Bahan-bahan
MINYAK HERBA ASMAK diperbuat daripada bahan-bahan seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara, haubautus sauda, gamat.


Testimoni Pengguna

" Seronok tengok abang Aisy,  anak sulung ibu dapat melakukan aktiviti kesukaan dia. Abang Aisy 10 tahun sangat sukakan laut dan selalu berhasrat untuk melakukan aktiviti laut seperti snorkeling dan diving. 
Tapi ibu selalu tak bagi abang Aisy mandi laut lama-lama. Risau melihat bibir abang Aisy kebiruan, badan terketar-ketar menahan kesejukkan. Paling risau kalau dia selsema. Biasanya bila selsema mudahla berkahak dan batuk-batuk, lepas tu mulalah dia asma.
Sedih hati ibu melihat abang Aisy diserang Asma. Longlai tak bermaya kemudian dada berombak turun naik, bunyi nafas bersiul kuat. Bila batuk tu, bunyi keras berdengkang dengkang, tekak seperti tersangat kering. Kecewa bila abang Aisy tak mampu bercakap apa, sekadar mengalir air mata untuk beritahu betapa dia menahan kesakitan. Rasa kecewa sangat bila Abang Aisy jadi macamni. Seperti ibu ni gagal menjaga Abang Aisy dengan baik. 
Bayangkan seawal 7 bulan abang Aisy dah diberikan Neb. Doktor kata paru-paru abang Aisy tak kuat. Sehinggalah usia dia 10 tahun, kami berulang alik ke hospital hampir 2 minggu sekali untuk Neb. Bila abang Aisy diserang Asma, tak tidur malam adalah hal biasa.

Macam-macam usaha ibu ikhtiarkan supaya Abang Aisy sihat. Macam-macam petua ibu amalkan. Segala makanan ibu pantau, bimbang jadi alahan pada Abang Aisy. Apa saja pesanan dan larangan doktor semua ibu ikut. Asalkan abang Aisy sihat. 
Suatu hari, ibu terjumpa minyak Herba Asmak ni. Ramai yang kata bagus untuk selsema, batuk, dan lelah. Apa salahnya ibu cuba, untuk kesihatan anak ibu jugakan. Paling best katanya Minyak Herba Asmak ni mampu mencairkan kahak. 
Alhamdulillah Abang Aisy serasi dan sangat sukakan minyak Herba Asmak ni. Dia sendiri jaga diri dia, tiap kali dia berasa selsema dia akan sapu sedikit di kening, batang hidung dan calit kedalam hidung. Bila dia rasa nak batuk, dia sapu di batang hidung, leher dan dada depan dan belakang. Bila rasa penat dia akan minta ibu urutkan di dada depan dan belakang serta labu betis. Dah 5 bulan guna minyak ni kesihatan bang Aisy bertambah baik. Tiada lagi episod duka berulang alik ke hospital untuk Neb.

Ibu-ibu sekalian jom simpan satu Minyak Herba Asmak. Boleh guna tika kecemasan. Tak salah kita mencuba untuk yang tersayang. Nak beli tapi tak tahu kat mana, boleh pm saya, nanti saya bantu dapatkan egent COD terdekat. "








BEDAK ASMAK

RAHSIA TANAH LIAT PUTIH KINI TERBONGKAR.  Tahukah anda? Bedak Asma' diperbuat dari bahan semulajadi 100% iaitu bedak tanah liat putih berkualiti tinggi.  Selamat digunakan untuk semua peringkat umur.  Bedak dari tanah liat telah digunakan sejak zaman -berzaman lagi dan menepati saranan Rasulullah saw berkenaan penawar dari tanah untuk masalah kulit.

Merawat ruam pada bayi,  ekzema,  psoriasis,  kudis buta,  kurap,  panau,  kayap,  gatal,  cacar air,  luka dan lain-lain



Apa keistimewaan Bedak Asma' ?

🌸  Selain merawat masalah kulit di atas,  mengawal kulit berminyak,  ia juga mampu mengecutkan jerawat,  mencantikkan dan mencerahkan kulit jika diguna selalu.  Boleh dipakai setiap malam sebelum tidur.

🌸  Mempunyai kadar UVA ratio yang tertinggi iaitu 0.88 di dalam Boot Star Rating untuk perlindungan UVA,  jadi ia mempunyai kadar perlindungan MAKSIMUM terhadap UVA yang mengelakkan kedutan.  Tidak menyumbat liang pori dan mampu merawat masalah kulit.

🌸  Penggunaan berterusan mampu merawat masalah kulit,  mengelakkan kedutan,  menghilangkan jerawat,  melicinkan dan menjadikan kulit wajah lebih halus.

🌸  Bedak ini telah terbukti merawat ekzema,  psoriasis,  ruam,  kudis buta,  kurap,  panau dan lain-lain.

🌸  Boleh dimakan untuk masalah cirit-birit dan gout.  Selamat dan suci.

🌸  Teksturnya lebih halus,  mudah serap dan sejuk bila dipakai.

🌸  Mesti dimiliki oleh setiap keluarga.






Cara Pakai untuk Masalah Kulit

Ambil sedikit BEDAK ASMA' dan sapukan ke wajah atau bahagian badan seperti memakai bedak sejuk.  Tidak perlu letak terlalu banyak kerana tekstur BEDAK ASMA' yang halus sudah memadai untuk sapuan yang tipis.  




Harga
MINYAK HERBA ASMAK satu botol RM39
BEDAK ASMA'sebekas RM38


Bermula November dengan setiap pembelian MHAM akan dapat kotak tabung !!



TO ORDER
Hubungi HOTLINE 0169340901
Hubungi HOTLINE 0169340901
Hubungi HOTLINE 0169340901
Hubungi HOTLINE 0169340901

Social Media  :
Instagram  :  @butik_ohsem
Facebook  :  Hidup Awesome


Sunk Into The Womb (2013)

$
0
0


Ini semua Mama Regina punya pasal.   Dia la suruh kita semua tengok filem ini (dia tulis kat Faebook dia).  Filem bertajuk Sunk Into The Womb atau tajuk asal dalam bahasa Jepun iaitu Shikyu ni Shizumeru adalah sebuah filem yang diarahkan oleh  Takaomi Ogata mengisahkan tentang kisah benar  yang berlaku di Osaka Jepun apabila seorang wanita bernama Sanae Shimomura,  ibu kepada 2 orang anak perampuan  Sakurako Hagi (3 tahun) dan Kaede Hagi (1 tahun) meninggalkan anak-anaknya sendirian di rumah selama lebih daripada sebulan sehingga mati kelaparan.

Pengarah filem,  Takaomi Ogata.

Filem ini mendapat pujian dan rating tinggi di IMDB ramai blogger dan pengkritik filem menyatakan yang filem ini terlalu realistik,  hanya orang yang mempunyai hati yang betul betul kuat sahaja mampu menontonnya.  Oleh itu,  akak dengan ini mengaku yang akak tidak mampu menonton filem ini.  Hangpa pi tengoklah (kat bawah ada embedded full movie),  pastu ampa komen kat sini.  Akak tak sanggup.


Menerusi penulisan review oleh Andrew Heskins/easternkicks.com menyatakan yang pengarahan yang dibawakan oleh pengarah filem ini dibuat secara natural, tiada paksaan dan telah berjaya memberikan gambaran kepada para penonton tentang kepayahan emosi-emosi yang ditanggung oleh wanita dan anak-anak ini.


Sanae Shimomura ibu jahat dalam kisah ini telah dijatuhkan hukuman,  tapi akak wonder apa pula jadi kat suami yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dia in the first place ?  Dia pun sama jahat dan bertanggungjawab jugak dalam semua hal ini.  Dia tak mai jenguk anak dia langsung ka ?  Dia pun mau kena masuk penjara jugak.
 
Mak tak sanggup la nak tengok...ampa pi tengok laaa pastu cerita kat mak okay !!!!

Antara babak babak cemas.

Click read more





Sunk Into The Womb, filem adaptasi dari kisah benar ini mula muncul di newsfeed Facebook netizen di Malaysia.

Ramai yang memberi reaksi bahawa mereka tidak sanggup menonton filem yang terlalu menyayatkan hati ini. Ada pula yang hanya menonton separuh jalan sahaja, kerana hati sudah terusik dan bimbang filem itu akan tinggalkan kesan di minda.


Sunk Into The Womb atau tajuk asalnya Shikyu ni Shizumeru, filem arahan Takaomi Ogata pada tahun 2013, mendapat rating tinggi di laman IMDB, 8.2/10.


Filem ini mengisahkan kehidupan seorang ibu dan dua orang anaknya yang tidak terurus selepas ditinggal oleh suaminya.


Sakurako Hagi, 3, dan Kaede, 1

 
Menurut laporan Japan Today pada tahun 2013, seorang wanita berusia 25 tahun didakwa telah membiarkan dua anak kecilnya hidup dalam rumah yang dikelilingi sampah, mengalami kebuluran sehingga mati.


Sanae Shimomura, meninggalkan anak perempuannya, Sakurako Hagi, 3, dan Kaede, 1, dalam rumah yang dikunci di barat Osaka, sementara dia menghabiskan masa di rumah teman lelakinya.


Sanae mula meninggalkan dua anaknya bersendirian sejak Mac 2010. Pada Jun tahun yang sama, Sanae dikatakan tidak pulang ke rumah untuk sekian lamanya. Namun, sebulan kemudian ketika Sanae pulang ke rumah, dia mendapati dua anaknya itu telah meninggal dunia. 

Laporan autopsi mendedahkan bahawa, mangsa adik beradik itu mati akibat kebuluran, bagaimanapun punca sebenar kematian tidak dapat dipastikan.


Lapor Phunu Online, jiran yang tinggal berhampiran pernah terdengar dua beradik berkenaan menangis. Namun tidak pernah cuba untuk memasuki rumah tersebut mahupun melaporkan kejadian itu kepada polis.


Polis menemui mayat Sakurako Hagi dan Kaede dalam keadaan tidak berpakaian, mereput dan tinggal tulang, dipercayai telah mati sebulan atau dua bulan yang lalu.

Menurut seorang jiran yang tidak didedahkan identitinya, dia telah melaporkan kejadian itu kepada pihak kebajikan sebanyak tiga kali, kerana mereka kerap menangis hampir setiap malam.


Panggilan telefon pertama dibuat pada jam 9 pagi, 30 Mac 2010 di mana jiran terbabit memaklumkan dua kanak-kanak terbabit menjerit, "Mama! Mama!" sehingga lewat malam.


Dua pegawai kebajikan datang melawat rumah berkenaan pada jam 3 petang pada hari laporan dibuat, jam 10 pagi keesokkan hari 1 April dan jam 6 petang pada 2 April. Namun tiada sebarang respon dari penghuni rumah berkenaan.


Jiran itu sekali lagi menghubungi pihak kebajikan untuk kali kedua pada jam 7 pagi, 8 April. Namun apabila pegawai kebajikan datang ke rumah tersebut pada jam 2 petang dan keesokkan harinya, hasilnya masih sama, tiada respon yang diberikan.


Laporan ketiga dibuat pada jam 5.30 pagi, 18 Mei 2010. Sekali lagi pegawai kebajikan datang melawat pada jam 3 petang. Namun hasilnya tetap sama.


Berdasarkan garis panduan Kementerian Kebajikan di negara itu, pegawainya perlu memastikan kanak-kanak yang dilaporkan itu selamat dalam tempoh 48 setelah menerima aduan.


Bagaimanapun, pegawai kebajikan berkenaan gagal mencari jalan masuk ke kediaman tersebut. Malah mereka juga tidak dapat menghubungi saudara mara penghuninya kerana mereka tidak tahu siapa yang tinggal di kediaman itu. Ekoran itu, tiada sebarang laporan polis yang dibuat.


Menurut kenyataan media pihak berkenaan, situasi pada ketika itu tidak menampakkan kes tersebut penting kerana tiada sebarang jeritn meminta tolong dan tiada laporan kanak-kanak didera. Malah, pegawai berkenaan tidak menyoalsiasat jiran-jiran berhampiran kerana bimbang ia akan mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak.


Menurut pengadu, kanak-kanak malang itu sudah berhenti menangis sudah hampir sebulan sebelum jiran sebelah rumah mangsa terhidu bau busuk yang datang dari rumah mereka pada bulan Julai.


Beberapa pakar berpendapat, jika pegawai kebajikan bertindak pantas, nyawa kedua-dua mangsa mungkin dapat diselamatkan. Di bawah undang-undang, pihak kebajikan boleh mendapatkan waran untuk memasuk rumah tanpa memerlukan keizinan pemiliknya bagi melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.


Ekoran kejadian itu, Sanae Shimomura ditahan pada lewat Jun 2010 selepas rakannya yang dihubungi oleh penjaga pangsapuri berkenaan berhubung penemuan mayat dua beradik itu. Sanae didakwa atas tuduhan sengaja meninggalkan dua anaknya tanpa sebarang makanan sehingga kedua-dua mangsa mati kebuluran.

Gambar Sanae Shimomura yang akak jumpa dalam laman forum The Dreamin' Demon.  Dia telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman.  Tapi akak wonder apa pula jadi kat suami yang mengambil keputusan untuk meninggalkan dia in the first place ?  Dia pun sama jahat dan bertanggungjawab jugak dalam semua hal ini.  Dia tak mai jenguk anak dia langsung ka ?

Ketika ditahan, Sanae berkata, "Saya ingatkan mereka akan mati selepas ditinggalkan selama seminggu. Saya tak rasa saya sepatutnya pulang ke rumah untuk menyelamatkan mereka," katanya.


Ekoran itu, Sanae dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun.


Tontonlah filem ini jika anda mempunyai kekuatan untuk menontonnya. Jika sebaliknya, abaikan saja. - The Reporter

Laporan asal  :  www.thereporter.my
IMDB  :  Sunk Into The Womb (2013)
Good review  :  www.easternkicks.com


James Charles Coverboy Pertama

$
0
0

Semua ponen dan adik-adik sekalian sila makan hati masing-masing.  Akak nak perkenalkan u olls kepada James Charles,  make up artist lelaki pertama yang telah dilantik sebagai duta lelaki untuk jenama produk solekan Covergirl.  So i guess kita boleh la panggil dia sebagai Coverboy.


Sebelum dilantik sebagai Coverboy,  James Charles adalah seorang make up artist yang sudah mempunyai ribuan follower dalam Instagram dan Twitter kerana seringkali mempamerkan hasil kerja seni solekannya yang amat meletops.


Cantek tau akak tegok James Charles ni.  Umur baru 17 tahun (lahir tahun 1999).  Haaa muda elok duk maneeehhhh.  Muka dah elok woman dah.  Sebab tu la dia pakai make up semua kena terletak.  Okaylah ampa mai tegok gambar-gambar dia.


Katy Perry,  duta Covergirl terkini telah membuat announcement di laman Instagram beliau baru baru ini tentang lantikan ini.



click read more







Follow  :  https://www.instagram.com/JCharlesBeauty/

Read more  :  http://www.bbc.co.uk

Feral Child / Kanak-Kanak Liar

$
0
0
Baru - bru ini akak dah share dengan hangpa semua pasai movie berjudul "Sunk Into The Womb" tentang kisah anak-anak yang mati kebuluran kerana ditinggalkan ibu bapa yang sial babi.  Dalam kisah itu,  anak-anak tersebut bernasib malang sebab mati terus bila lapar.  So apa pula yang akan jadi kalau si anak itu ditinggalkan oleh ibu bapa mereka,  dibiarkan sendiri,  dibuang,  dipencilkan,  tanpa makanan,  perlindungan dan hubungan sosial yang mencukupi,  dan anak-anak itu terus hidup ?

Ya,  anak itu akan terus hidup tetapi mereka depa akan jadi berbeza.  Merekalah dalam terma psikologi dipanggil sebagai 'feral child' atau dalam bahasa kita anak liar.  Hari ini akak nak u olls semua belajar tentang feral child / kanak-kanal liar.

Takrifan seorang kanak-kanak liar adalah anak manusia yang tinggal terpencil daripada hubungan manusia dari usia yang sangat muda, dan mempunyai sedikit atau tiada pengalaman penjagaan manusia, tingkah laku, bahasa manusia.

Genie Wiley,  seorang feral child kategori dikurung.



Dibesarkan oleh Haiwan
Kategori pertama yang akak nak share dengan hangpa semua adalah kategori kanak-kanak liar yang dibesarkan oleh haiwan.  Sebagai contoh daripada kes-kes yang pernah direkodkan adalah monkey boys, wolf girls, gazelle boys dan ostrich boy.  Kisah-kisah feral child seperti ini seringkali diadaptasi dalam kisah fiksyen seperti Mowgli dalam The Jungle Book.


Kanak-kanak ini hilang atau diambil oleh haiwan dan dikembalikan kepada manusia,  ataupun ditemui dan diselamatkan oleh manusia.  Kanak-kanak ini cenderung untuk berkelakuan seperti keluarga angkat iaitu haiwan yang menjaga mereka.  Contohnya berjalan dengan keempat kaki,  membuat bunyi-bunyi sama seperti anjing,  serigala atau lain-lain,  dan boleh menggigit dan menjadi agresif.   Malah corak pemakanan mereka juga mengikut keluarga angkat/ haiwan yang menjaga mereka,  contohnya jika mereka dibesarkan oleh anjing / serigala maka makanan yang diterima oleh perut mereka adalah daging mentah sahaja.  Apabila diberikan makanan manusia lain,  sama ada mereka tidak mahu ataupun menjadi sakit setelah memakan makanan tersebut.


Contoh kes kanak-kanak liar yang dibesarkan oleh haiwan adalah seperti berikut  :


  • Oxana Malaya
    Seorang budak perempuan yang dibesarkan oleh anjing.  Tapi sekarang dia dah besar dan menerusi artikel dan juga temuramah yang beliau jalani,  ada part yang dia kata dia langsung tak ingat tentang kehidupan dia semasa kecil.  Dan ada part pulak dia mengaku yang segala perbuatan seperti anjing itu adalah selepas disuruh-suruh.  Ini menimbulkan pelbagai persoalan tentang kebenaran kes ini.  Tapi ampa boleh tengok video tentang dia kat sini  :  https://www.youtube.com/watch?v=PR-cWZ4CChI







  • Lobo Wolf Girl, Mexico, 1845-1852
    Pada awal tahun 1845,  penduduk kampung di Devil River,  Mexico ternampak kelibat budak perempuan berlari dengan keempat-empat kaki bersama sekumpulan serigala yang sedang menyerang kambing.  Penampakan ini telah menimbulkan misteri dalam kalangan penduduk setempat.  Lepas setahun,  depa nampak lagi kelibat budak perempuan ini.  So depa pun ramai-ramai pi cari dia dan akhirnya depa dapat tangkap budak perempuan ini.  Walaupun telah diselamatkan,  tetapi malam-malam dia akan meraung macam serigala.  Salakan itu menyebabkan kawan-kawan serigalanya masuk kampung dengan tujuan nak selamatkan dia dari kawasan manusia tu. Kerlas cerita ni.  Akak tak reka okay,  akak baca daripada website-website pasai dia okay.

    Eventually dia berjaya lari semula ke hutan bersama rakan-rakan serigalanya.  Pada tahun 1852,  ada penduduk membuat laporan ternampak budak perempuan ini sekali lagi berdekatan kawasan yang sama dan itulah kali terakhir dia dilihat.  Sorry takdak gambar untuk kes ini sebab kes ini kurun ke 19 kot.



  • Wolf Boy, Shamdeo, India, 1972Shamdeo ataupun Bhalu dijumpai oleh Narsingh Bahadur Singh yang tinggal di Sultanpur,  India ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari hutan.  Narsingh terkejut melihat budak lelaki ini yang berlari dengan keempat-empat kaki dan tangannya.  Dia nekad menangkap dan membawa budak ini balik ke rumahnya walaupun budak ini ternyata bertindak ganas,  mencakar dan menggigit dan menyalak.  Dia try untuk jaga budak ini tapi susah sebab dia tak makan makanan macam manusia.  Dikatakan,  darah dan daging sahaja yang membuatkan dia teruja.  So Abang Narsingh pun dah give up tak tau nak buat apa dah,  barulah dia serahkan Bhaloo ke rumah perlindugan milik Mother Teresa.

    Shamdeo bersama Mother Teresa semasa berada di rumah pelindungannya pada tahun 1980.  Dia tidak boleh belajar bercakap walaupun diberikan pelbagai ubat dan bantuan.  Namun dikatakan dia sangat suka dan teruja apabila melihat darah dan daging mentah.  Budak ini meninggal dunia pada 18 Feb 1985.








  • Prava (The Bird Boy), Russia 2008
    Pada tahun 2008 seorang budak lelaki Russia berusia 7 tahun telah menjadi mangsa apabila dia ditinggalkan ibunya dalam salah sebuah bilik di apartment mereka.  Bilik tersebut adalah sangat kecik dan mempunyai sangkar-sangkar burung peliharaan ibunya.  So mak dia layan dia macam dia salah seekor burung yang mak dia bela.  Walaupun mak dia tak pernah dera dia secara fizikal tetapi mak dia tak pernah bercakap dengan dia langsung.  Hanya burung-burung itu yang 'berkomunikasi' dengannya.  So selepas dia diselamatkan oleh pekerja sosial,  bila depa cakap dengan dia,  dia akan 'chirp' balik dan mengibaskan tanganya as if dia adalah seekor burung.
    Read here  :  First pictures of the 'bird boy' who was raised as a pet and can only communicate by chirping



    Prava the bird boy.



  • Marina Chapman, Columbia,  1959
    Marina Chapman adalah seorang wanita yang menyatakan dia pernah hidup bersama sekumpulan monyet.  Tapi perlahan-lahan apabila dia dah besar,  dia lari dan hidup bersama manusia,  dijual di rumah pelacuran,  dan akhirnya berjumpa dengan suaminya dan mempunyai keluarga macam orang lain.  Dia tulis buku tentang pengalamanya yang pernah hidup sebagai anak buangan dan pernah tinggal bersama sekumpulan monyet.  Tetapi tetapi pengkritik buku tak mau beli buku dia sebab depa kata deni mungkin penipu.  Ampa boleh baca more about her in this artikel  :  www.theguardian.com

    Gambar Marina Chapman masa muda.  Lani dia dah almost 60 dah.

  • Dog Girl, Madina, Russia, 2013
    Cerita ni macam sedih gila wehs.  Mak budak ni adalah seorang alkoholic,  setelah ditinggalkan suami,  dia pun terus abaikan aak dia Madina yang berusia 3 tahun sendirian di rumah.   So budak kecik ini dijaga oleh anjing-anjing.  Semasa pekerja sosial menemui budak ini di rumah maknya,  Madina telanjang,  berjalan dengan empat kaki,  menggigit tulang dan memeluk anjing-anjing yang membelanya dalam kesejukan.  Bila orang mai dekat dengan dia,  dia akan buat bunyi macam anjing GRRRR.  Ampa boleh tengok gambar dia akak share kat sini,  dia comel gila kot.  Tapi mak dia muka macam anjing gemok.  Aku tak tau lani sapa yang kena bela dengan anjing kat sini.

    Read more: Girl, 3, raised by dogs in her home after her alcoholic mother neglected her

    Madina,  comel sangat.

    Ini mak budak tu,  nama dia Anna.  Siye punya manusia.  Boleh la pulak Tuhan bagi anak senang-senang kat binatang macam ni.


  • Leopard Boy, India, 1912
    Pada tahun 1912 seorag budak lelaki telah ditangkap dan dilarikan oleh seekor harimau bintang.  Lepas tiga tahun,  seorang pembru telah membunuh seekor harimau kumbang yang meninggalkan 3 ekor anak harimau.  Bersama anak - anak harimau ini,  adalah budak lelaki yang dahulu dilarikan oleh harimau bintang itu.  Budak itu sekarang sudah pun berusia lebih kurang 5 tahun.  Dia telah dikembalikan kepada keluarganya.  Macam kes-kes anak liar yang dibesarkan oleh binatang yang lain,  dia berlari dengan ke empat anggota tangan dan kakinya,  tak boleh bercakap hanya mendengus dan mengaum.  Bentuk tangan dan kakinya juga berubah akibat daripada pergerakannya yang menyerupai 'ibu angkatnya'.  Yang best,  akak baca dalam report-report ni menyatakan dia punya berlari sangatlah laju,  lebih laju daripada orang yang lari dengan kedua-dua kaki.  Halaaa u olllss...dah dilatih oleh harimau bintang u olls.

    Dilaporkan selepas itu dia belajar untuk bercakap dan berjalan macam manusia lain.  Tetapi sedihnya dia menjadi buta kerana serangan katarak.


  • Sujit Kumar Chicken Boy,  Fiji,  1978
    Cerita ini pun sangat menarik.  Hang bayangkan budak dibesarkan oleh ayam ?  AHAHAHAHAH.  Binatang macam anjing,  harimau,  serigala aku boleh terima lagi.  Macam mana kalau dibela oleh ayam?  Yes,  gelaklah bersama aku.  Tapi ini cerita betul.  Kalau ampa tengok video yang aku share kat bawah ni,  boleh menitik ayaq mata.  4 tahun dibesarkan bersama ayam,  20 tahun hidup diikat atas katil di rumah orang-orang tua.  Macam mana lah ibu bapa dia boleh abaikan dia dan biarkan dia hidup dalam reban ayam.  Sekarag Sujit tinggal bersama seorang janda bernama Elizabeth yang mengabdikan dirinya untuk menjaga dan memulihari Sujit.  Dia juga menubuhkan sebuah yayasan mengumpul dana untuk Sujit.  Ampa boleh visit website tu kat sini  :  http://www.thehappyhometrust.com/sujit-kumar/





  • Kamala and Amala, India, 1920
    Dua budak bernama Kamala (8 tahun) dan Amala (1 tahun lebih) ditemui bersama-sama di sebuah gua yang dipercayai adalah sarang sekumpulan serigala.  Dipercayai mereka berdua bukan adik beradik tetapi diambil oleh serigala-serigala itu pada masa-masa yang berbeza.  Mereka ditemui oleh seorang mubaligh Kristian,  Reverend Joseph Singh yang bertugas di Utara India.  Apabila dia terdengar kisah-kisah orang kampung yang selalu nampak dua kelibat seakan-akan manusia bersama-sama sekumpulan serigala di hutan,  dia nak siasat pasai benda ni.  Oleh itu, Reverend Joseph Singh telah membina sebuah tempat khas di atas pokok untuk dia bersembunyi dan mengamati aktiviti serigala - serigala itu keluar dan masuk gua tersebut,  ketika itulah dia ternampak Kamala dan Amala.  Ampa baca lebih lanjut kat sini  :  10 Feral Human Children Raised by Animals

Antara gambar Kamala yang akak dapat dalam internet.



Kanak-kanak yang Tinggal Terpencil di Hutan Bersendirian
Kategori seterusnya adalah kanak-kanak liar yang melarikan diri akibat daripada kejadian traumatik seperti tindakan ganas, kematian salah seorang atau kedua-dua ibu bapa, peperangan, kekacauan
awam atau keganasan rumah tangga.  Kadangkala,  kanak-kanak mampu hidup bersendirian di dalam hutan, tempoh yang singkat atau tempoh yang lama.

Pemakanan kanak-kanak terpencil berlainan daripada mereka yang dibesarkan oleh haiwan.  Mereka makan akar, daun, buah beri, buah-buahan dan sebagainya.

Contoh kes kanak-kanak adalah seperti kes kanak-kanak orang asli yang lari bersembunyi ke dalam hutan selama lebih kurang 46 hari kerana takut dengan cikgu kena denda sebab mandi kat sungai tanpa kebenaran.  Ada antara kanak-kanak itu yang mati dan pula yang ditemui semula dalam keadaan kurus kering.

Read :  Kronologi: Misteri 7 pelajar Orang Asli hilang di Pos Tohoi, Gua Musang

Budak budak orang asli yang selamat.



Kanak-kanak Dikurung
Kanak-kanak yang didera oleh ibu bapa atau penjaga,  dikurung dalam tempat khas seperti bilik,  kandang atau sangkar hingga tidak boleh berjumpa dengan manusia lain juga dikategorikan sebagai kanak-kanak liar.

Gif menunjukkan cara Genie Wiley bergerak.

Kanak-kanak yang dikurung ini tidak dapat mengalami kehidupan sebenar ketika zaman perkembangan.  Ini menyebabkan kanak-kanak ini mempunyai kesukaran yang ekstrem untuk adaptasi diri sendiri dengan keadaan sekeliling seperti cahaya,  suasana,  orang ramai,  belajar perkara baru dan sebagainya.

Contoh kes kanak-kanak liar kategori yang dikurung yang sering menjadi topik utama ujikaji topik ini adalah kes Genie Wiley.

Kisah Genie Wiley memang sedih ampa boleh tengok video dokumentari yang akak share kat sini.  Tapi briefly,  bapak dia adalah si celaka.  Masa dia kecik,  dia ada macam masalah sikit kat kaki dia.  So bapak dia anggap dia anak cacat.  So bapak dia letak dia dalam bilik,  ikat kat kerusi yang ada lubang untuk berak.  Pintu tingkap semua ditutup.  The whole family termasuk si ibu tidak dibenarkan untuk bercakap apatah lagi bermain dengan Genie.  Ketika dalam kurungan itu,  si bapak akan memukul Genie kalau dia membuat bunyi atau menangis.  Selepas beberapa tahun,  si ibu telah memberanikan diri untuk membawa Genie keluar dan membawa dia ke balai polis berdekatan.

Genie diselamatkan,  bapak dia bunuh diri.  Tetapi hidup Genie menjadi lebih sukar,  dia tidak boleh adapt dengan kehidupan lain.  Lebih teruk apabila dia diberikan kepada keluarga angkat,  keluarga angkat itu juga mendera dia.  So dia jadi lagi trauma.  Genie tidak pulih sampai lah sudah dewasa sekarang.




Filem yang dibuat berdasarkan kisah Genie.

Kat Malaysia pun ada kes seumpama ini.  Siapa ingat ? Kes Muhammad Firdaus Dullah,  remaja OKU yang ditinggalkan sampai kurus kering oleh ibunya.  So itu adalah contoh kanak-kanak liar yang dikurung.  Hangpa boleh pi baca lebih lanjut tentang kes itu walaupun selepas diselamatkan dia mempunyai pelbagai cabaran untuk teruskan hidup dan akhirnya dia pun telah meninggal dunia kerana serangan sawan.



Perkongsian ini adalah daripada kawan I olls Faiz Fansuri,  pelajar Kerja Sosial USM.  

Perkongsian Pengalaman HT Hadi dan HT Hasni from Hari Hari Tutor

$
0
0


Zaman dah berubah. Kemajuan teknologi dalam pelbagai aspek kehidupan kita kalau digunakan dalam cara yang baik,  kita dapat manfaat bersama.  Hari ini akak nak share dengan you olls tentang satu benda bagus tentang bagaimana kemajuan ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dapat membantu anak-anak kita untuk lebih berminat dengan pelajaran dan meningkatkan prestasi pembelajaran mereka di sekolah dan di rumah.  

Macam ampa tengok gambar kat atas tu,  menunjukkan akak dengan muka ceria dan bangga menunjukkan akak berjaya dapat skor A untuk subjek Bahasa Melayu tahap Darjah 4.  Kah kah kah kah.  Aku pun dah eksaited apatah lagi anak-anak kita yang dapat belajar menggunakan kemajuan teknologi macam ni.  Sesuai dengan trend zaman sekarang,  everything smart phone dan juga tab.  

Mai baca sini lebih lanjut pengalaman by Cikgu HT Hadi.


Click Read More


DULU vs SEKARANG

Back to 2005, 10 years ago

When we start our Home Tuition (HT) bawak buku menimbun (nak kata rajin dan banyak ilmu lah) waktu ni masa buat kawasan sekitar Minden memang tak banyak orang buat. Tapi disebabkan rasa ingin mula kehidupan yang baharu (bajet nak kahwin lepas graduate 2010), kami mula-mula buat bisnes HT gunakan cara offline. Hantar flyers rumah ke rumah. Hadi ada kelas kat USM, so kena ikut timing dia la bila takda kelas baru kami sama-sama pi hantaq flyers.



Kalau setakat momokan anjing-anjing dalam rumah tu, kami tak heran sangat. Tapi bila dari jauh nampak kelibat haiwan berkaki empat tu dah start mai ligan kami, hanya Tuhan ja tau. Flyers kat tangan punya pegang kuat-kuat (takut jatuh, kalau hilang rugi pulak) sambil berlari pergi kat tempat awal kami start hantaq flyers menjerit “B, ni anjing mai”..hahaha.. Kiranya 5 tahun tempuh perkara yang sama pada hujung tahun dan pertengahan tahun masa untuk kami marathon dengan hantaq iklan pada “targetted parent”.



Cerita dalam kelas pada awal kami buat kelas tuisyen, masih ingat lagi, anak staff USM juga. Puan A dan Tuan R. Ya Allah, mereka ni idol husband and wife. Tuan R dan Puan A baru balik Malaysia dan kebetulan depa baru sahaja stay di kawasan perumahan tersebut. Nak dijadikan cerita, Tuan R dan Puan A menjemput untuk kami hadir ke rumah untuk bertanyakan tentang tuisyen anak depa la.



Perbezaan pendidikan di Amerika dan Malaysia nampaknya beri kesan yang besar pada dua orang anak depa yang last. Abang dengan Kakak dua beradik (yang akan ambil kelas dengan kami) ni dah memang pandai dan cerdik suai diri depa dengan SPM. Dua-dua anak Tuan R dan Puan A ni belajaq kat Australia. Rezeki anak pandai. Berbalik dengan Amin (Abang) SPM 2008 dan Naim (Adik) Tingkatan 2 2008. Boleh katakan Amin dan Naim kemahiran Bahasa Malaysia untuk mengarang dan mengikut skema memang tak dapat diselamatkan. Bak kata Puan A, “Cikgu tolonglah bantu Amin untuk subjek Bahasa Malaysia. Amin memang tak pandai mengarang BM apatah lagi BM gagal, SPM pun GAGAL”.


A photo posted by HariHariTutor (@hari_hari_tutor) on


Cabaran
Tulisan Amin, MasyaAllah. Cursive. American style kan. Aiyo. Mula-mula buat klinik rawat tulisan lebih kemas kemudian cuba buat karangan terus. Amin tak dapat bina satu karangan pun. Walaupun sama level dengan UPSR, karangan Amin lebih teruk. Saya tetap optimis, walaupun Puan A selalu dok tanya, “Boleh ka cikgu?” InsyaAllah boleh.



Masa SPM dok mai rapat, tapi improvement buat karangan takda langsung. Walaupun begitu, saya suka bersembang dengan Amin tentang minat dia berkenaan dengan kereta dalam masa yang sama saya selit nilai nilai kemasyarakatan. Amin tetap macam tu, sampai pertengahan tahun, result Amin dapat 25% sahaja. Puan A langsung tidak marahkan saya, tapi dia panggil Amin dengan saya untuk berbincang apakah solusi yang patut kami lakukan bersama untuk membantu Amin.



Saya gunakan teknik Cikgu Fakharul Razi Ahamed Khatidin (kini Guru Besar Sekolah Kebangsaan Adika Raja, Gerik), menyalin karangan berulang kali. Kami gunakan teknik ini dalam masa 3 minggu untuk Amin salin karangan. Minggu pertama hanya 3 karangan, kemudian minggu kedua dan ketiga, secara paksaan tanpa sedar, Amin dah salin hampir 30 karangan.



Semakin banyak dia menulis, semakin elok tulisan dan juga semakin bertambah kosa kata. Saya kata, “Alhamdulillah Amin, nampak tak, Allah tak akan sia-siakan usaha kamu kalau kamu kekal istiqamah mencari ilmu keranaNya”. Ujian percubaan Amin dapat 45%. Waktu saya sampai di depan rumah, Amin dah siap tunggu dengan senyuman, tak sabaq nak bagitau cikgu dia yang dia lulus percubaan.



Ya Allah, saya cukup gembira dan saya kekalkan pesanan saya, kekalkan istiqamah dengan teknik cikgu saya tu. SPM lepas, Amin lulus kredit atau C. Walaupun kredit, sehingga ke hari ini bila berjumpa dengan Tuan R dan Puan A , depa masih dok sebut-sebut teknik salin karangan.






Tahun 2016

Ada lagi kisah terkini. Student UPSR 2017. Saya ajar abang dia dulu, UPSR 2015. Dapat 5A then masuk MRSM Beseri, Perlis. Zaman abang dia memang kena buat banyak buku sebab nak buat banyak latihan. Ayah dan mak dia langsung tak komen apa-apa tentng beli buku yang banyak. Beratus juga la. Abang dia rajin sedikit, berbeza dengan adik. Adik bila tengok buku dia kurang minat sedikit.



Lepas dapat iLearnAce, sikap adik ni pun mula dah berubah. Sikap apa? Sikap banyak bertanya dalam kelas. Itu ini semua tentang sains dan matematik. Irfan ni dia ada sikap pemalu sikit, kurang keyakinan. Rasa pelik mengiringi seronok selepas Irfan mula rajin buat kerja yang saya beri. Ye la, kalau boleh buat kerja dimana sahaja mana tak seronok. Kemajuan dalam peperikasaan ada peningkatan yang ketara.



Tak sampai beberapa bulan, prestasi keseluruhan meningkat. Kenapa? Kerana latihan yang banyak. Sasbadi iLearnAce ni bukan sahaja mempunyai sebanyak 70, 000 soalan, malahan kemudahan untuk menjawab soalan mengikut tahap kesukaran pun ada. Boleh laras. Itu yang buat Irfan suka. Mula-mula ‘easy’ dah terer ‘difficult’ la pulak.



Cikgu macam saya pun ada akaun kami sendiri, akaun cikgu punya ‘function’ boleh bagi kerja online. Irfan berupaya buat latihan sebanyak 200 soalan dalam masa 2 hari. 200! Kalau buat ikut buku, 3-4 buku dah lena. Itu pun kalau dia rajin nak semak sendiri. Baru-baru ni saya nak buat video testimoni mind map pelajar. Irfan tawarkan diri untuk turut serta jadi pelakon. Pelakon real. Saya bangga sebab Irfan dah bina keyakinan diri sampai dah berani jadi pelakon !!



Fungsi mind map dalam iLearnAce boleh beri ruang murid-murid macam Irfan serlahkan bakat dalam penulisan dan gambaran idea. Mana tidaknya, satu Malaysia pengguna iLearnAce boleh tengok hasil kerja dan ‘rate’ depa punya artwork. Template semua dah ada. Bahan daripada nota dan internet pun banyak.



Sekolah Kebangsaan Minden, kelas pertama darjah 5, student saya, Sachvir Singh, pernah balik meminta saya bantu untuk susun maklumat i-think yang akan dipersembahkan di hadapan kelas sama seperti pelajar universiti membuat persembahan.



Dengan gaya penceramah, dengan pegang ‘Tab’ sambil berhadapan dengan murid dalam kelas yang lain. Nasiblah dia ada cikgu tuisyen, boleh juga saya ajar teknik gaya bercakap di khalayak dengan ‘device’, bagi ibu ayah yang tiada cikgu mai rumah mengajaq ni macamna? Boleh ajar, tapi bila masa?







Platform untuk guna macamna? Dalam iLearnAce ni juga boleh buat murid-murid bersaing satu Malaysia. Boleh tengok Irfan mula dengan 2 A, di tempat 608 dalam Malaysia kini di tempat 29 dengan 92 A. Apakah A jadi ukuran kepandaian? Tidak. Untuk dapatan A, Irfan kena buat sungguh-sungguh dalam latihan dia. Bukan main hentam sahaja. Hanya salah satu atau dua soalan untuk dapat A. Latih tubi yang banyak, insyaAllah akan dapat bantu murid saya mudah faham dan semakin minat untuk belajar. Tanpa paksaan Irfan suka untuk buat latihan dan paling penting, keyakinan diri dia semakin meningkat dan terus meningkat Alhamdulillah.


Contact Info  
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pembelajaran Online dan Offline daripada Cikgu Hadi boleh terus menghubungi Cikgu Hadi di talian 0194735715 atau 0194735715.
Location Cikgu Hadi :  Pulau Pinang

Social Media
Facebook  :  https://www.facebook.com/tutorhadi

Filem SPLIT (2016) Mengenai Split Personaliti

$
0
0
Wehhsss goose bumps aku tengok trailer ni. Dahla lakonan hero yang aku suka iaitu James McAvoy. Aku taste kat deni wehs, dia style nerd tapi macam best. Ganas. Lakonan dia pun memang tak pernah mengecewakan pulak.


Ditambah pulak filem ini diarah oleh sutradara M. Night Shyamalan yang sangat famous dengan creation filem-filem seram macam pundeknya seperti The Sixth Sense, Signs and my favorite The Village. Akak rasa filem ini pasti akan jadi epic. Tarikh release kat Malaysia adalah tahun depan iaitu pada 19 Januari 2017. So kita semua kena tunggu sat, tapi check out kat IMDB, rating dah 8.10/10.

James McAvoy yang akak taste.


Click read more

Sutradara M. Night Shyamalan.

Filem SPLIT adalah mengenai seorang lelaki yang mempunyai 23 personaliti.  Macam-mana personaliti-personaliti dalam diri dia ini telah merancang penculikan terhadap tiga orang remaja.


Cerita ini berdasarkan kes sebenar di Amerika Syarikat iaitu William Stanley Milligan atau Billy Milligan (Orang Amerika,  kalau nama William depa akan panggil Bill,  kalau Robert,  depa panggil Bob,  Richard depa akan panggil Dick).  So Billy Milligan ni ada 24 persoaliti.  Dia buat macam macam jenayah sampai kena tangkap dan dimasukkan dalam hospital sakit jiwa.  

Ini adalah senarai personaliti dalam diri Billy Milligan according to Wikipedia.  Siap ada tiga kategori,  The Ten,  The Undesirables dan The Teacher.

Billy Milligan.  Ada banyak documentary pasai dia kat Youtube.  Nanti kita pi tengok okay.

Billy Milligan had a number of personalities: 

The TenThese ten are the alters whom personalities "Ragen" and "Arthur" decided were not "undesirable." They freely shared consciousness, and doctors quickly learned of their existences.
1.Billy Milligan (William Stanley Milligan) is the core personality.
2.Arthur is an extremely sophisticated and educated Englishman. An expert in science and medicine, with a focus on hematology. He is in "the spot"– that is, in charge of the shared body – during times that required intellectual thinking. Arthur is one of only two personalities who could classify a person in the group as an undesirable.
3.Ragen Vadascovinich is the "keeper of hate". His name comes from the words "rage again". Ragen describes himself as Yugoslavian, has a Slavic accent, can write and speak in Serbian and is extraordinarily strong. He controls the spot in dangerous times and can designate group members as "undesirable". He admitted committing robbery in order to support "the family", but had no knowledge of the rapes.
4.Allen is a con man and a manipulator. He is the most common person to talk to the outside world. He plays the drums and paints portraits. Also the only right-handed self. He is the only personality that smokes cigarettes.
5.Tommy is the escape artist; he is often confused with Allen. He plays the tenor sax and is an electronics expert. He is also a painter, specializing in landscapes.
6.Danny is afraid of people, especially men. He only paints still lifes and never paints landscapes. He says this was because Chalmer made him dig his own grave and buried him in it.
7.David, age eight, is the "keeper of pain". He comes to the spot to take the pain of the others.
8.Christene, age three, was the one who would stand in the corner in school when "Billy" would get in trouble. She has dyslexia, but Arthur taught her to read and write. Ragen has a special bond with her.
9.Christopher, Christene's brother, plays the harmonica.
10.Adalana, a lesbian, cooks and cleans house for the others, and writes poetry. Milligan's attorney claimed that Adalana had admitted to committing the rapes without the knowledge of Milligan or the other alters.

The UndesirablesThese people were labeled "undesirable" after breaking the rules laid down by Ragen and Arthur. These alters were no longer allowed "on the spot" (that is, to hold consciousness) and only revealed themselves after Milligan was sent to the hospital.
11.Phil is a thug and took part in planning some small time crimes. Has a Brooklyn accent. Marked due to him being a criminal.
12.Kevin is a criminal planner; he helped devise a plan to rob a drug store. Labeled also because he is a criminal.
13.Walter is Australian. He calls himself a big-game hunter and has an excellent sense of direction. Was often used as a spotter. He was labeled because he shot and killed a crow.
14.April only has thoughts about destroying Billy's stepfather. Declared an Undesirable when she convinced Ragen to kill Chalmer. Luckily though Arthur was able to talk him out of it at the last second.
15.Samuel is a Jewish person and the only one who believes in God. Was marked because he sold some of the other people's personal paintings.
16.Mark is the workhorse. He is often referred to as the zombie because he does nothing unless he is told, and will stare at walls when bored.
17.Steve is the impostor, he uses imitations for comedy. Steve never accepted that he was an MP. He was made to be undesirable because his comedy caused the family problems.
18.Lee is the prankster and his practical jokes normally get the family into trouble. He does not care about consequences for his actions. He was made an undesirable because one of his jokes put them into solitary confinement.
19.Jason is the pressure valve. He was used at the beginning to release tension for the family, but he caused them to get into too much trouble and was marked as an undesirable.
20.Bobby always dreams of leading some adventure or fixing some global crisis, but he has no ambitions and was labeled due to that fact.
21.Shawn, who is four and deaf, makes buzzing sounds so he can feel the vibration in his head. He was labeled an undesirable because there was no benefit from being deaf later on in life. (Even though he is an undesirable he was never cast into the shadows beyond the spot; he was just never allowed to take the spot.)
22.Martin is a snob, from New York. He wants things just handed over to him without earning them.
23.Timothy worked in a florist shop until he encountered a gay man who flirted with him. He went into his own world after that.

(Not an Undesirable)
24.The Teacher, was by far the greatest milestone to helping Billy achieve fusion. He is the sum of all 24 people put together, and has almost total recall of all the other people's actions and thoughts.







IMBD  :  Split (2016)

Ini Kisah Aku Sebagai Lelaki Gay

$
0
0

Salam buat Jumie yang dikasihi,


Malam ni aku terpanggil untuk menulis kat blog hang. Harap hang sudi publish. Amin. Since dalam blog hang dengan secara terbuka hang akan bercerita pasai isu gay / pondan ni semua. Malam ni aku terpanggil nak menceritakan kisah aku. Very simple, very easy to read.


Aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, cukup serba serbi tapi taklah kaya mana. Biasalah cukup makan pakai. Bapaku seorang mekanik, ibuku seorang surirumah yang biasa. Aku anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Satu lelaki dan dua perempuan.


Walaupun aku lelaki, aku lebih suka mengemas rumah, membersihkan dapur. Pendek kata kerja-kerja perempuan ni aku lebih cekap berbanding kerja lelaki. Masa kecik pon aku suka main batu tujuh, galah panjang, kawan semua dengan pompuan dan kurang kawan laki.

Click read more



Sifat aku yang begitu memudahkan aku rapat dengan perempuan, hatta dari makcik-makcik aku, sampaila ke kawan-kawan perempuan. Yes! Aku rasa selesa dengan perempuan.


Aku masa sekolah rendah macam budak lelaki biasa yang slow-slow. Berbadan agak besar, so aktiviti sekolah yang berat-berat memang aku tak main. Tak dinafikan aku dikategorikan sebagai anak yang agak pandai dalam keluarga, so parents aku agak menyayangi aku dan menuruti apa sahaja kehendak aku.


Sampai ke sekolah menengah, bila aku mula mengenal internet, aku mula merasakan yang aku lebih suka tengok gambar bogel lelaki berbanding perempuan. Yes, aku mengaku start tingkatan 3 aku mula melancap bila melihat gambar bogel lelaki.



Aktiviti itu tidak terhenti disitu, aku lebih aktif apabila memasuki IPTA terkemuka di tanahair, aku mula mengenali aktiviti gay yang songsang ini. Aku bersekolah di SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama), di sekolah aku seorang betul – betul anak dan pelajar yang baik, memang menurut sahaja kata ibubapa dan guruku.



Namun, bila menjejakkan kaki di kolej, aku dikelilingi oleh kawan-kawan yang open minded. Aku bagaikan terkeluar dari kepompong bila berada di sini. Aku tak berani nak melakukan apa-apa perkara di luar tabii sebab takut / paranoid akan gagal di dalam pelajaran dan kasihan dengan ibu bapa aku yang menanggung segala perbelanjaan aku selama ini. Tambahan pula setelah masuk ke IPT yang menelan belanja yang besar.



Sepanjang aku belajar, aku cuba menolak jauh perasaan yang aku anggap sebagai tak betoi ni, tapi lagi kuat aku menolak, lagi kuat Allah menguji aku. Bayangkanlah aku ada di kolej lelaki dan semua yang berada di keliling aku elok-elok dan smart. Aku suka lelaki yang berpakaian kemas, dan smart. Putih-putih dan tinggi lampai. Dan kalau mereka pada waktu malam memakai kain pelikat dan singlet, perggh... bayangkanlah hati aku bila berada di masjid. Nak sujud pon tak khusyuk.



Sesudah habis belajar, aku mula ligat dalam kegiatan ini. Dengan pelbagai aplikasi sosial yang ada dalam internet, aku mula mengenali dunia gay / PLU ini. Hati aku mula tersangkut dengan seorang mamat bangsa Cina. Asal Penang tetapi bekerja di Singapura. Apabila dia pulang ke tanah air,  kami akan berhubung sama satu yang lain. Steve namanya. Steve seorang yang penyayang dan sangat caring dengan aku. Aku betul-betul jatuh cinta dengan dia, time tu memang angau habis habaq hang. Dan nak habaq mai aku pecah teruna kat sini la. Hahaha.



Tapi hubungan jarak jauh ni memang tak selalu lama. Dia ingin memutuskan hubungan ini kerana merasakan dia tak mampu nak menipu aku, sebenarnya dia takut dengan komitmen, ok done kami putus.


Bekerja sementara, dapat pula rezeki menyambung pelajaran ke peringkat degree di salah sebuah universiti awam yang tersohor ni. Lagilah dahsyat aku tengok perlakuan budak-budak kat Universiti ini. Aku terkejut. Tapi aku menerima mereka dengan baik seperti mana mereka semua menerima aku dengan baik, semua yang aku kenal menjadi sahabat rapat aku.



Sekarang aku bekerja, dengan gaji yang setimpal aku mula rancak balik kehidupan aku sebagai PLU. Pada mulanya aku bekerja, aku selalu berdoa agar pintu hati aku terbuka untuk meminati perempuan, sampai satu masa ada orang kirakan aku dengan satu perempuan nie. Kami mula couple dalam setahun.



Perempuan ini baik orangnya, aku namakan dia Aisyah. Aisyah tidaklah secantik mana, tapi perangai dia sangat baik dan sopan, asal family pon dari keturunan bagus. Aku cuba untuk mengubah hidup aku tapi lagi kuat ujian yang aku terima.



Cukup setahun aku kenal Aisyah, aku mintak untuk putuskan. Bukan apa, aku tak nak tipu diri sendiri. Lagi lama aku berkawan dengan dia, lagi banyak masalah mendatang.



Sekarang aku single, dan kehidupan seks aku macam PLU yang lain. Yes bertukar-tukar pasangan. Tak cukup dengan yang satu. Yes ada cuba untuk couple dengan beberapa orang tapi nampaknya spisyis anak-anak ikan ini semua bagaikan nak menipu aku dengan suruh support aku support mereka. Aku tak suka and aku tak bodoh nak layan semua tu. Cukuplah romen sekali dan belah. Touch n Go.



Aplikasi mudah alih memudahkan hubungan seks aku. Cukup suka apabila one night stand, orang datang dari negeri lain dan menginap di hotel. Dan jangan terkejut kalau aku kata aku pernah tidur dengan seorang pengacara TV terkenal di stesyen tanahair kita. Haaa...kerlas.



Kisah aku simple, tapi dah mai 30-an ni aku mula memikirkan adakah betul haluan hidup aku? Betul kah arah tuju nie? Mengapa aku tidak meminati perempuan sebagaimana kawan-kawan lain? Mengapa hidup aku tak sesenang hidup kawan aku straight yang lain? Kenapa aku tak dapat anak yang comel-comel macam hidup kawan-kawan aku? Soalan-soalan ni selalu bermain di fikiran aku.



Sebenarnya banyak perkara jadik ni banyak jugak tekanannya. Allah bagi ni semua ada hikmahnya. Kita tak nampak. Sabarlah wahai hati. Hidupmu tak sesenang orang lain.



Sekarang aku lebih suka untuk menyibukkan diri bersama kawan-kawan. Daripada memikirkan hal ini yang lebih penting ialah untuk membina karier, dan menjaga famili. Balas jasa baik ibu dan bapa aku. Kalau aku menikah pun, mungkin tumpuan aku kepada ibu bapa aku akan berkurang.



Lagipun, seikhlasnya aku sering terfikir. Baiklah aku tidak bernikah. Buat apa kalau aku bernikah dan beristeri tetapi masih dok chekchur? How? Lagi kesian anak bini cheq oii. Dah kawen anak dua pon muka separuh masih dok appear dalam Grindr lagu mana? Haaaaa…..At least aku buat jahat tak mengganggu emosi anak bini.



Nak diceritakan aku mengenali seorang mamat ni yang bekerja dalam badan beruniform. Dia handsome, bertubuh tegap dan sasa. Aku ONS dengan dia. Usai aktiviti kami, kami pun mula bersembang-sembang bercerita tentang kisah masing-masing. Aku mulakan dulu dengan kisah aku yang tak seberapa ni. Lepas habis semua, dia pula menceritakan tentang kisahnya. Orang hadsome dan mempunyai tubuh badan yang sempurna, aku tak terkejut bila dia nyatakan yang dia ada sugar daddy, seorang pakcik yang sponsor serba serbi keperluan hidupnya. Tetapi yang mengejutkan aku adalah apabila dia nyatakan yang oleh kerana pakcik itu takut dia lari ke Jantan lain, pakcik itu sanggup kahwinkan dia dengan adik perempuan pakcik itu sediri. So setiap weekend dia akan lari dari isterinya, si adik untuk pergi beromen dengan pakcik ni, si abang, si sugar daddy. Dalam keadaan lari pi lari mai tu, anak dah dua ya deknon !!


Isk! Takmau aku hidup macam aku. Lagi kasihan. Ko rasa dia menipu siapa ? Menipu orang-orang disekelilingnya atau menipu diri dia sendiri ?



Sekian sahaja cerita hidup aku, moga menjadi pedoman buat semua. Apa yang penting aku nak cerita kat sini ialah jangan menipu diri sendiri, tapi kalau boleh jangan la open sangat, sebab yes negara kita, agama kita tidak boleh menerima hubungan songsang kita ni. Teringin nak berubah, ampa doakan aku berubah ya! Amin.


Disclaimer : Penulisan ini sepenuhnya dikongsikan oleh pembaca blog JUMIESAMSUDIN.COM. Beberapa maklumat dalam cerita ini ditukar untuk menjaga kerahsiaan dan memudahkan pemahaman pembaca. Sekiranya anda berminat untuk kongsi kisah anda di blog saya, boleh emel to jumiess@gmail.com.

Noxford  :
Chekchur  -  Melacur
ONS – One Night Stand
PLU  -  People Like Us,  usually digunakan oleh golongan LGBT untuk merujuk kepada LGBT lain.

Khoudia Diop Model Kulit Hitam

$
0
0
Picture from Facebook/Khoudia Diop

Hari tu ternampak satu artikel dalam Daily Mail UK tentang seorang model berkulit hitam yang bukan ala-ala koko ataupun cokelat,  tapi ini memang betul-betul hitam.  Akak sangat kagum dengan kejelitaan beliau dan warna kulit beliau sangatlah amazingly beautiful.

Nama dia ialah Khoudia Diop tapi dalam Instagram akaun,  dia kenalkan diri dia sebagai @melaniin.goddess.  Memang kerlas sekali.  She's promoting keindahan warna kulitnya yang ohsem ini untuk memberikan semangat kepada semua orang yang memiliki warna kulit sepertinya untuk tampil lebih yakin dan membuktikan bahawa as long as kita tahu macam mana nak hargai diri kita,  takdak sapa pun kat dunia ini boleh judge kita. Ini lah juga moto hidup akak sebagai seorang wanita agam dan lambang kecantikan.

Actually among bangsa kulit hitam juga,  depa sangat memilih ya.  Oprah Winfrey pernah discuss dalam one of the talk show dahulu bahawa wanita kulit hitam yang mempunyai tona warna kulit yang lebih cerah mempunyai peluang yang lebih banyak berbanding mereka yang mempunyai tona warna kulit yang lebih gelap.  This is sick.

Khoudia Diop berusia 19 tahun,  dilahirkan di Senegal.  Pada usia 15 tahun dia berhijrah ke Perancis dan kemudian sekarang dia menetap di Amerika Syarikat untuk teruskan kerjaya sebagai seorang model.

Click read more



All the best untuk Ms.  Khoudia Diop.  Hangpa boleh follow dia on social media seperti berikut  :

Instagram  :  @melaniin.goddess
Facebook :  www.facebook.com/blackshouuw.swaagfref=ts

Sumber  :  www.dailymail.co.uk


Picture from Facebook/Khoudia Diop

Picture from Facebook/Khoudia Diop

Picture from Facebook/Khoudia Diop

Picture from Facebook/Khoudia Diop

Picture from Facebook/Khoudia Diop



Picture from Facebook/Khoudia Diop

Picture from Facebook/Khoudia Diop

Picture from Facebook/Khoudia Diop

Picture from Facebook/Khoudia Diop






A photo posted by Khoudia diop (@melaniin.goddess) on

Layan Nasi Bubur Berlauk di DeHappy Seafood Restaurant

$
0
0
Terliur kah anda melihat ini ?


Hello u olls,

Sapa sini suka nasi bubuq ?  Orang Penang panggil moi.  Tapi bukan Thailand style, bubuh sup apa semua.  Akak suka Chinese style.  Kalau kat KL,  area Kampung Baru ada banyak cafe dan gerai yang jual moi style macam ni.  Baru-baru ini kawan akak iaitu Ridhwan Shariff telah mengajak we olls semua kawan-kawan mai lepak makan kat sini.


Menu
Kedai ni obviously kedai Cina.  Kalau ampa mai setiap hari pada waktu biasa,  depa jual seafood.  Macam-macam seafood ada !  Lobster pun ada.  Akak sempat la jugak selak-selak menu depa,  erm...boleh tahan mahal juga.  Tapi kalau makan kat seafood kedai Cina memang confirm sedap berkualiti.

So hidangan moi berlauk beroperasi setiap hari,  starting pukul 10 malam sampai kedai depa tutup.  Akak punyalah excited makan moi kat sini apabila tengok lauk pauk yang dihidangkan,  gila syiokkkk !! Semua lauk pauk diletakkan dalam mangkuk-mangkuk kecil yang disusun dalam kotak kayu dan diletakkan pada kaunter yang dicipta khas agar lauk pauk tu semua kekal panas !


Click read more



Macam makan kat Sushi King,  lauk pauk ini diberikan label warna,  dan setiap warna mewakili harga tertentu.  Ada banyak pilihan dari poultry,  seafood dan sayur sayuran.  Teknik masakan lauk pauk tu pun pelbagai juga,  ada yang direbus,  di steam,  dimasak dengan pelbagai jenis rasa dan perisa,  ada yang digoreng sahaja.


Lihatlah semua lauk pauk yang terdapat di sini !!!!   Rambang mata tak tau nak pilih yang mana !

Ini pula sos sos yang disediakan.





Harga
Bagi aku harga yang ditawarkan kat sini adalah agak MAHAL.  Satu lauk tu antara RM2 ke atas,  tapi potion dia sikit.  Untuk jin jin macam kami,  terpaksa lah ambil satu lauk tu,  dua tiga mangkuk baru puas makan.

Tapi standard la kedai Cina memang selalu mahal sikit sebab depa selalu jaga kualiti.  Sayur semua fresh dan rasa semua style sedap.  Tak dinafikan makanan depa sedap,  kedai besaq dan selesa,  bersih,  staff semua buat kerja laju dan tak blur,  siap ada sorang aunty tu duk sondol sondol sebab berkenan kat Syed Amir.

Estimation seorang kena spend lebih kurang RM20 ke RM30.




Rasa
SIRIESSSS sedapppppppppp !! Yang ni memang puas hati.  Biaq la mahal sikit pun mak tak kisah.  Lauk pauk yang akak suka adalah ayam masak kicap.  Siries sedap gila kicap yang depa pakai.  Akak amik 3 mangkok kot benda ni,  duk share dengan Wan.

Lagi satu yang best adalah akak suka iaitu ikan yang diperap dengan kacang soya sampai dia jadi hitam rapuh,  kalau tengok gambar kat bawah ni,  lauk tu yang dari kiri dia no 3.  Akak tak tau apa tajuk ikan masin tu,  selalu kalau pergi hotel yang 4 star dan ke atas sahaja mampu serve ikan perap tu sebab ikan tu adalah ikan imported dari China yang agak mahal !!  Sapa yang tau tajuk lauk tu,  sila share !!

Ayam masak halia dia pun sedap !! Cendawan cincang masak dengan sos cendawan pun sedap jugak.  Heyyyy !!!! Apa ni.....tak mau tulih la.  Semua sedap.  Pastu mulut duk terlioq.  Lapaaqqq !

Ini yang akak makan u olls.  Starting.  Pastu tambah tambahla.

Astaghfirullah hal azim.

Deni duk feeling model kat sini.

Sebelah akak tu la Ridhwan Shariff.  Dia yang selalu share artikel pi jalan jalan bagpack.  Dia la yang rekemen kami mai makan kat sini.  SIRIES BEST !


Lokasi dan Waktu Operasi
Alamat : 62, Jalan Macalister, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Landmark  :  Depan BSN Macalister Road
Contact : Call 04-227 7809
Facebook Messenger : @dehappyrestaurant
Waktu operasi  :
SEAFOOD & CHINESE FOOD  10am - 12am daily
PORRIDGE  9.30pm-3.00am daily


Mesra kerusi roda !!!!

Kot dinding ataih depa bubuh gambar artist Hong Kong yang pernah mai makan sini.

Nenjiaaa kaunter depaa !!


Nota Kecik  :
Aku tau mesti beribu yang akan tanya "Halal ka restoran ni ?" Jawapan aku adalah,  "Kalau hang nak betul betul halal,  hang balik masak sendiri kat ru,"
  
Quoted from their Facebook Page "We serve authentic cuisine, alcohol free and with halal practice. Our seafood are guaranteed fresh."

Laman sosial
Facebook  :  DeHappy Seafood Restaurant

Roti Jala Cafe Belimbing

$
0
0

Hello u olls,

Laki akak adalah seorang peminat roti jala.  Dia memang suka sangat roti jala,  tetapi sayangnya bini dia yang mempunyai taste taste barat seperti Italian style,  American style ni memang takdak maknanya nak memasak pulak benda benda alah makanan Melayu ni.  So entah macam mana,  laki akak terjumpa satu video ROTI JALA TELUK BAHANG yang menjadi viral.  Video ini menjadi viral kerana pakcik pembuat roti jala itu membuat roti jala sebesar-besar periuk leper yang selalunya digunakan untuk pekedai membuat roti canai.

So hang bayangkan,  periuk leper tu besaq mana?  The whole periuk leper tu ditebarkan jala-jalaan roti jala itu.  Dia pun share la video tu dengan akak,  dan boleh dikatakan setiap dua hari dia akan kata,  "Nanti kita pi makan kat sini ya?"

Maka pada hari hujung minggu yang lepas,  kami dan Kak Edeh pun pergilah ke Teluk Bahang Penang untuk mencari Cafe Belimbing yang rupanya sudah tersedia terkenal kerana roti jalanya yang sempoi mempoi.  Akak ni saja yang daoh baru nak tau pasai tempat ni.




Lokasi Kedai
Senang gila nak cari Cafe Belimbing ni.  Bila kita dah sampai Teluk Bahang,  dekat roundabout Teluk Bahang tu.  Kita dah boleh nampak sign board Cafe Belimbing di simpang menuju ke Taman Rimba / Balik Pulau.

Alamat  : No 570 MK 2,  Telok Bahang 11500 Penang
Untuk Tempahan :  012-597 8739 / 017 - 495 2045

Kami sampai makan kat sini agak awal juga,  lebih kurang 9 am.  Tapi kedai dah penuh.  Daripada sembang-sembang yang duduk meja sebelah,  rata-rata orang luar Penang pun ramai juga.  Depa mesti tengok video viral tu juga.  PS/  Jin depan kedai tu,  laki akak la u olls.

Signboard besaq kot tepi jalan ampa boleh nampak ni !!


Menu
Cafe ini ala-ala gerai minum kampung style.  Menjadi kegemaran penduduk sekitar tak kira bangsa dan agama.  Cina,  Melayu,  India duduk semeja dan makan.  No problem.  Kalau ampa mai sini,  of coursela ampa nak try Roti Jala kan?

Set biasa adalah 1 keping roti jala dengan kuah kari kosong.  Ada juga set set special seperti roti jala dengan ayam atau daging.  Malah ada juga roti jala yang diletakkan telur ditengah-tengah macam roti telur.

Selain roti jala,  ada juga disajikan nasi campur.  Haruslah try nasi putih gulai ikan kat sini,  ikan sini fresh u olls !! Dah nama pun Teluk Bahang kan ?  Kawasan nelayan.

Nenjia roti jala apa punya besaq ni.  Aku rasa roti ni kalau buat jala ikan betul betul boleh jugak ni.  Ikan dugong besaq Nizal pun boleh.

Nasik orang teringin semua benda nak makan !!!


Lauk tak banyak lagi sebab pagi lagi woiii !

Harga
Satu set roti jala biasa RM 1 sahaja !!  Pada hari tu,  kami makan 3 set roti jala biasa,  2 kopi o,  1 nescafe o ais,  1 nasi lemak bungkus,  pastu akak amik nasi putih letak ikan gulai,  udang sikit and salad serta sambal belacan (sajiaaaa nak rasa) and 1 roti jala biasa bungkus,  1 roti telur bungkus,  ampa teka berapa?????? RM12.40 saja.  Okay ampa pikiaq la sendiri berapa harga semua.

Inilah tauke depa,  nama Pak Non.  Siries beliau sangatlah peramah.  Akak sengaja makan kat meja paling depan dengan tempat duk tebaq roti jala ni.  Duk sembang la dengan dia.  Memang peramah.

Rasa
Akak tak berapa favorite sangat roti jala ni.  So bagi akak biasa ja la.  Tapi bagi Kak Edeh and Khafi depa kata roti jala ni sedap,  lembut.  Yang bestnya,  dia besaq !! So bila kita tengok orang duk buat roti jala besaq macam tu,  kita pun jadi syiok la kan ?  Silap la akak tak amik roti jala yang ada telur tu.  Next time lah !!
Laki aku tak berapa elok sikit dalam gambaq ni.  Sebab sembunyi sembunyi ambil selfie ni.  Dia tak suka amik gambaq dia.

Comels mak aku duk makan.  Berapa kali duk suruh dia pose elok elok,  dia buat tak tau,  dia duk makan juga.  ps/  Kak Edeh tak pakai contact lense ya,  mata dia memang greyish.  Aku kata aku ada darah mat salleh ampa tak percaya.

Tengok kami duk layan sembang dengan Pak Non seronok ja.


Video Roti Jala Besar
Mai tengok video demonstration Pak Non membuat roti jalanya.


Akhir kata,  terimalah selfie akak di dalam kereta setelah puas dapat makan.  OKAY BYE !!

Wanita agam dan lambang kecantikan.

Charity Baju Sekolah Project @ USM

$
0
0
Sekretariat Sukarelawan USM dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Barat Daya sedang melancarkan Program Baju Sekolah Project @ USM.  Matlamat program ini adalah untuk membuat kutipan dana dan wakaf buku ilmiah bagi membantu keperluan sekolah 120 orang asnaf di Balik Pulau, Pinang. Setiap sumbangan boleh dilakukan di booth DK Foyer atau bank in ke akaun tertera di poster.


Sila hubungi  :
Amirul 017- 482 7195
Azira 017 - 486 2289

Facebook : https://www.facebook.com/brigedsukarelawanUSM/
Twitter :  https://twitter.com/volunteerUSM
Instagram :  https://www.instagram.com/brigedsukarelawan_usm/

Hello Mr President Trump

$
0
0
Hello u olls,

Minggu lepas dunia digemparkan apabila USA telah memilik Donald Trump sebagai President America yang terbaharu.  Setelah memenangi pilihanraya ini,  dia akan dilantik secara rasmi pada bulan Januari 2017.  I wonder siapa yang akan menyanyi untuk dia masa majlis lantikan itu,  tradisinya President and First Lady akan menari bersama.


Okay let's talk about him.  Seikhlasnya akak tak suka kat dia,  Trump ni adalah sejenis manusia yang walaupun kita tak kenal dia,  dia pun tak kenal kita,  kita tak pernah sembang dengan dia,  tak pernah buat apa apa,  tapi kita tengok dia,  kita rasa meluat.  Ada ka orang macam tu dalam hidup kita ?  Ha ! Itulah yang akak rasa kat pakcik muka colour oren ni.  Mungkin sebab dia punya rambut tanam tu.


Tapi memang kalau tengok cara dia bercakap,  mimik muka dia,  bergerakan badan dia pun,  bagi akak dia seorang yang nampak sangat ego,  sombong dan orang Penang kata,  jora.  Suka duk buat bagus.



Click read more

Sedikit Tentang Diri Dia
Sapa tak kenal Donald Trump dia memang bangang yang tahap ajaib.  Nama Donald Trump memang tidak asing lagi dalam dunia korporat kerana beliau adalah salah seorang billionaire yang peuh dengan kontroversi di Amerika Syarikat.  Malah kegemaran dia untuk muncul dalam layar perak dan penerbitan rancangan TV menyebabkan nama beliau seringkali disebut-sebut walaupun dah beberapa kali diisytihar sebagai bankrap.  Antara rancangan Tv paling sinonim dengan nama ini adalah The Apprentice dan quote "You're fired !!" menjadi kesukaan ramai.  Tetapi selain itu,  Donald Trump juga adalah 'owner' pertandingan ratu cantik yang tersohor iaitu Miss Universe.


The family.

Sebab itulah isteri dan bekas-bekas isteri Donald Trump semuanya adalah bekas model dan pelakon.  Isteri pertama Donald Trump ialah Ivana Trump,  seorang bekas model berbangda Czech.  Bersama wanita ini dia mempunyai 3 orang anak iaitu Donald Jr,  the famous Ivanka dan Eric Trump.  Ketiga-tiga nama ini menjadi orang penting dalam syarikat korporat milik Donald Trump.

Kemudiannya,  Donald Trump bercerai degan Ivana sebab dia ada affair dengan seorang pelakon bernama Marla Maples.  Bersama Marla dia mempunyai seorang anak perempuan bernama Tifanny.  Lepas berkahwin dengan Marla,  depa pun bercerai juga pada tahun 1999.

Lepas tu barulah dia bertunang dan seterusya berkahwin dengan seorang model dari Slovenia iaitu Melania Knauss.  Bersama Melania,  depa mempunyai seorang anak lelaki bernama Barron dan Melania ni la sekarang menjadi First Lady of United States.





Kesian kat Acik Hillary
Siriesly kesian gila kat makcik ini.  Aku rasa sejak suami dia turun dari jawatan POTUS,  dan sejak itulah Hillary telah mempersiapkan dirinya untuk menjadi POTUS.  Kempen demi kempen,  tapi aku terkejut gila masa sesi pilihanraya berlangsung,  ternyata Acik Hillary kena tinggal jauh dengan Donald Trump.

Serata dunia boleh tengok secara live dalam pelbagai portal berita antaranya Bloomberg Politics yang mempaparkan data keputusan melalui nombor dan peta.

Memang terkejut gila macam mana Acik Hillary ni tetap boleh kalah di tangan Donald Trump walaupun Ellen Degeneres sokong dia,  semua artist Amerika Syarikat yang ternama seperti Lady Gaga,  Katy Perry malah sepupu aku Beyonce dan Abang Jay Z pun sokong beliau.  Media massa dan media cetak juga menyebelahi Hillary,  malah Barrack Obama sendiri pun sokong Hillary!!  Tetapi still Donald Trump menjadi President - elect.





Terkejut Dengan Keputusan
Terkejut dengan keputusan ini,  media massa dan media cetak pun aku rasa jadi bodo sat tak tau nak report apa.  Bursa saham Dow Jones jatuh teruk.  Para penyokong Hillary menangis teresak-esak,  dan dikala inilah kita boleh tengok semua penyokong Donald Trump yang selama ini mendiam diri dan buat sengap tiba-tiba muncul dengan beraninya dalam laman-laman sosial dan portal berita dengan memberikan komen sokogan padu kepada Donald Trump.  Aku tak bara,  tapi aku kagum juga dengan orang-orang ini.  Selama ni ampa sengap,  tiba-tiba orang yang ampa sokong dah menang,  ampa pun emerge menunjukkan kepandaian dan ke-jora-an masing-masing.


Kawan-kawan kat Amerika
Kesian gila kat kawan-kawan akak di Amerika,  ada yang tulis status minta maaf "I'm sorry this is not what America is about." Of course depa rasa malu dan minta maaf siap-siap kerana dengan terpilihnya Trump maka terbuktilah rata-rata rakyat Amerika adalah pro Anti- Minority,  Anti-LGBT,  Sexist dan pelbagi lagi bentuk kenegativitian yang boleh dilambangkan kepada lelaki ini.

Ada juga kawan akak yang PM akak dan bagitau,  ini adalah kali pertama depa vote,  dan bila tengok Donald Trump menang,  dia menangis macam gila.  Kesiannya.


Trump zaman muda mudi.


Akak Rasa
Kesian memanglah kesian kat kawan-kawan akak tu.  Tapi secretly,  akak macam nak kata ja kat depa,  relaksla,  kami kat Malaysia ni lagi lama dah duk kena pebodo dengan pemimpin-peminpin haprak.  Tapi kami semua duk relaks okay ja lagi.  Boleh hidup macam orang lain.  AHAHAH hangpa rasa aku kena buang dari kerja USM dak sebab tulis lagu ni?

One thing for sure,  macam mana pun kita duk takut Donald Trump naik jadi POTUS,  kita kena ingat bahawa POTUS hanyalah boneka yang dijadikan lambang dan simbol suatu kepimpinan.  Kot mana pun,  semua keputusan adalah terletak dibawah kuasa mutlak orang-orang di belakang jawatan besar itu.

Contohnya,  dia kata dia nak banned kemasukan semua orang Islam ke United States.  Tapi mesti lepas ni depa punya barisan kabinet ( Aku tak tau la depa panggil kabinet ka apa?  Sorry aku tak paham sikit depa ni punya perlembagaan,  nanti aku belajar lain) akan bantah dan tak bagi Donald Trump sahkan undang-undang baru itu sebab memikirkan kemasukan bangsa Arab Saudi yang kaya raya masuk ke negara depa untuk shopping dan sebagainya !! Semua tu duit kot.  Bangsa Arab Saudi dah la kaya raya gila babi style nanti import bawak masuk kereta Ferarri gold plated masuk suka suka hati ja.

Dengar kata,  resolusi untuk banned kemasukan orang Islam ke US telah pun dinyahkan daripada laman web rasmi Donald Trump secara sengap-sengap lepas dia dilantik naik sebagai President-Elect.
AHAHAAH

Okaylah tak mau dah beranalisa panjang pasai Pakcik Donald Trump ni.  Hangpa semua tok sah duk buat risau sangat macam tok - tok hangpa semua mai dari Minnesota dan New York.  Pi sambung buat kerja kat office ampa tu lagi baguih.

ps/  Bagi chance la dulu kat Pakcik Trump,  kot-kot la satgi dah cukup penggal dia,  semua orang nanti duk sayang lebih pulak kat pakcik ni. Sama macam Obama.


Sekian.

Tudung Bercorak yang Comels from Pretty Peeps

$
0
0



Hello u olls,

Sapa sini suka shopping online sila angkat kedua-dua belah tangan anda depan PC sekarang !!! AHAHAHA.  Okay hari ini akak nak introduced kat ampa satu kompeni online shopping yang focus kepada busiess clothing dan hijab iaitu Pretty Peeps.  Yang menarik perhatian akak kepada Pretty Peeps adalah, tudung-tudung depa spisyis printed shawl yang dimeriahkan dengan koleksi warna-warna lembut !!  Hangpa semua pun mesti akan suka tengok koleksi Pretty Peeps ni.  Sekarang depa baru launch koleksi baru 'Blossom Premium'. Ada 20 corak lawa gila.   


HARGA  :
RM39 sehelai.  
RM110 untuk 3 helai

HARGA SHAWL INSTANT
RM43 sehelai
RM120 untuk 3 helai 









click read more







Gambar-gambar dari pemakai Pretty Peeps !





Clothing by Pretty Peeps
Selain shawl Pretty Peeps jugak paling banyak jual palazzo.  Ada banyak testimoni-testimoni yang kata palazzo Pretty Peeps juai ni best.







Blouse and skirts pun ada. And mostly semua yang Pretty Peeps juai harga sangat berpatutan tak payah tunggu gaji. Mostly Semua bawah RM50. Memang semua orang la boleh shopping student ka cikgu ka,  surirumah ka keja swasta ka semua boleh shopping tak kira gaji.










How to Order
Nak order barang dekat Pretty Peeps senang ja. Boleh guna either Whatsapp atau PM dekat Facebook.   Hantaq ja gambaq yang mana bekenan lepas tu kami akan provides details.

Whatsapp 013-4491347
PM Facebook @beprettypeeps



🔺🔺 NOTES 🔺🔺

Sapa bagi code 'Jumie Gorgeous' dapat free postage 1 Malaysia.



Contact Info
Jangan lupa mai cuci mata kat social media kami !!  And yes,  WAJIB follow kami tau.

Facebook  : Facebook.com/beprettypeeps
Instagram  :  @pretty_peeps_

18 Model Luar Biasa Cantik

$
0
0
Hello u olls semua,

Semua orang feeling nak jadi model.  Akak pun sebagai bekas model,  akak faham perasaan u olls semua yang terigin nak jadi macam akak.  Tapi tak semestinya u olls kena cantek jelita tinggi lampai,  hidung bak seludang,  kulit cantek floles,  rambut kepok-kepok ...barulah u olls sesuai jadi model.  NOPE.

Akak pernah jumpa pompuan yang cantek semua seadanya tetapi bila depan camera dia lebih keras daripada tongkol kayu yang kalau kita kapak pun tak lut kapak tu.  Betapa kerasnya.  Its about what's inside.  Personaliti dalaman yang membuatkan seseorang itu dapat keluarkan sinar dalam diri dia yang membuat ramai orang suka nak tengok.

So akak merajinkan diri,  search sana sini dan ini adalah 18 model yang luar biasa cantik untuk tatapan kalian !



1.  Winnie Harlow
Who can forget this girl ?  Pompuan ini adalah salah seorang peserta dalam rancangan ANTM. Tapi dia terkeluar awal sebab perangai dia macam bitch,  duk bergaduh dengan semua orang,  tak focus pastu dia terkeluar.  Namun,  suka atau tidak,  dia antara model hasil ANTM yang menyerlah sampai lani berbanding yang lain-lain sama batch dengan dia.  Selain menjadi 'duta' tak rasmi untuk semua orang yang mempuyai masalah penyakit kulit yang sama iaitu vitiligo ataupun dalam Bahasa Melayu kita panggil sopak,  dia juga berjaya mendapat banyak tempahan untuk brand-brand yang ternama seperti Diesel.

Tapi i wonder,  how depa make up muka dia ?  Sorry kalau soalan aku macam kurang ajar.  I dont mean to be quote-rude-unquote,  tapi memang aku curious nak tau macam mana.  Sebab aku duk cari video make up muka dia,  tapi takdak pun.  Aku rasa dia memang pakai dua jenis foundation,  untuk dua jenis rona warna kulit yang berbeza.

Follow her on Instagram  :  @winnieharlow






click read more

2.  Ranya Mordanova
Sapa pernah tengok filem The Girl with Dragon Tattoo yang dilakonkan oleh Rooney Mara.  Well,  pelakon tu kena make up special effect sikit baru boleh dapat mistikal gothic look macam karakter tu,  but not this girl.  Dalam keadaan santai pun,  Ranya Mordanova memang muka dah macam pari-pari laut kawen dengan jin sungai.  Style mistik gila.  Gadis yang berasal dari Russia ni of course menjadi kegemaran label high fashion sebab rupanya yang ekzotik.


Her 'biasa' look.




3.  Madeline Stuart
Gadis ini menggemparkan New York Fashion Week kerana beliau menjadi model down syndrome pertama yang berjalan di litar pentas peragaan.  Selepas itu,  dia dapat job sebagai duta jenama make up @glossigirlcosmetics dan pernah muncul dalam TeenVouge.  Berasal dari Australia,  dan sering mendapat tugas untuk menggayakan pakaian pengantin.  Kerlass !!  Kesempatan ini Madeline gunakan untuk memberikan suntikan semangat kepada remaja kelainan upaya sepertinya untuk menjadi lebih yakin dalam hidup !

Instagram  :  @madelinesmodelling_
Facebook  :  https://www.facebook.com/madelinesmodelling








4.  Shaun Ross
Shaun Ross adalah model lelaki kulit hitam yang mempunyai kulit albino.  So masa dia kecik-kecik semua orang perli dia 'powder'.  AHAHAH aku pun tergelak jugak sikit.  Tapi kalau aku duduk dekat dengan dia masa kecik-kecik aku pun mesti menjadi orang yang paling kuat nak perli dia.  Dia dijumpai dalam Youtube oleh seorang pencari bakat.  Tak lama lepas tu,  oleh kerana rupanya yang unik,  dia dijemput menjadi model dan pelakon untuk pelbagai lembaran fesyen,  berjalan di pentas peragaan pereka fesyen ternama seperti Alexander McQueen and Givenchy dan of course dalam video clip penyanyi terkenal seperti Beyonce dan Katy Pery.  Akak pun pernah tulis tentang dia dalam blog akak  :  Shaun Ross Model Lelaki Albino Pertama

Instagram  :  https://www.instagram.com/shaundross/?hl=en







5.  Casey Legler
Hemsem tak mamat ni ?  Haaa korang jangan terkejut,  beliau adalah seorang wanita.  Gitu.  Casey Legler bermula sebagai seorang perenang dan pernah mewakili negara Perancis untuk Olympics 1996.  Beliau adalah wanita pertama yang menandatangani kontrak sebagai model lelaki dengan syarikat Ford Model.  Jawline dia sangat maskulin u olls.

Instagram  : https://www.instagram.com/leglercasey/?hl=en
Facebook  : https://www.facebook.com/caseyleglerartist/







6.  Andreja Pejić
Akak pernah tulis pasai dia dalam blog akak.  Berasal dari Bosnia dan membawa diri ke Australia sebagai pelarian perang.  Kerjaya modelingnya bermula sebagai model androgynous,  lelaki pun boleh,  perempuan pun boleh.  Dialah yang 'mengajar' akak pasai androgynous ni.  Tapi sekarang dia telah mengesahkan bahawa dia telah jalani SRS dan dia kini dikenali sebagai model 'wanita'.
Artikel dalam blog Jumie Samsudin  :  Andrej Pejic, Adik-adik Yang Sangat Cantek

Instagram :  https://www.instagram.com/andrejapejic/?hl=en






7.  Tess Holliday
Tak sah kalau list ini tidak ada wanita agam kan ?  Kenapa akak pilih dia berbanding model wanita agam yang lain.  Berbanding model wanita agam yang lain,  dia adalah antara yang betul-betul agam.  Back in 2015,  Vouge Italia named her as one of the top plus size model in the world.  She is now married with two kids !! Kerlas...... sapa kata gemok tak boleh mengandung ?  Mak ang !! Ini semua ikut rezeki la tuhan nak bagi lagu mana.

Instagram  :  @tessholliday









8.  Erika Ervin
Dulu pernah tengok satu gambar yang menjadi viral tentang seorang pompuan punya tinggi besar dan dibandingkan dengan perempuan lain tinggi tahap ketiak dia saja.  Akak ingat itu adalah gambar yang diedit saja nak penipu orang.  Rupanya,  wanita luar biasa tinggi ini memang betul-betul tinggi.  Dan setelah akak membuat pencarian maklumat,  Erika Ervin sebenarnya dilahirkan sebagai seorang lelaki dan setelah menjalani rawatan,  kini dia sepenuhnya seorang wanita.  Selain modelling,  Erika juga pernah membintangi salah satu watak Amazon Eve dalam drama TV bersiri American Horror Story: Freak Show.



Sebagai Amazon Eve dalam rancangan American Horror Story: Freak Show.




9.  Rick Genest
Ini juga satu nama popular.  Muncul dalam banyak video muzik artist ternama antaranya Lady Gaga.  Juga dikenali sebagai Zombie Boy.  Mamat ni sama umur dengan akak ya,  lahir tahun 1985.  Sebelum terkenal,  Rick pernah disahkan mempunyai ketumbuhan pada otaknya.  Selepas pembedahan,  dia telah mengalami komplikasi dan selepas itu dia hidup sendiri.  Kadang-kadang atas bumbung,  kadang-kadang gelandangan,  seringkali bekerja dengan 'freakshow' di sekitar Kanada kerana tattoo yang dimilikinya. Lepas laman sosial Facebooknya menjadi popular,  barulah dia mendapat tugasan besar di Hollywood.

Facebook : https://www.facebook.com/RicoTheZombie/



Dalam video muzik Lady Gaga.

Dalam salah satu kempen produk make up,  depa cover badan dia dengan consealer da kita boleh la tegok wajah Rick yag sebenarya.




10.  Molly Bair
Nama Molly Blair meningkat naik apabila dia berjalan di atas pentas peragaan sekitar tahun 2014.  Kalau kita lihat kepada fizikal gadis ini,  keunikannya jelas,  terlalu kurus tetapi mempunyai rupa paras seorang alien yang cantik.  Muka-muka macam ni sangat digemari pereka fashion ternama.  Teka umur dia ?  Lahir tahun 1997.

Instagram  :  https://www.instagram.com/molllsbair/?hl=en







11.  Moffy
Okay pompuan ni bukan buat-buat ya.  Mata dia memang sparrow sikit.  Tapi muka dia yang cantek menyebabkan kejulingan itu menjadi keunikan yang dicari-cari.  Ampa tengok profile dia kat sini dan sila makan hati  :  http://www.stormmanagement.com/models/moffy/









12.  Jilian Mercado
Gadis ini adalah professional model pertama yang menggunakan kerusi roda. Wajahnya yang catik menjadikan banyak jenama pakaian dan kasut memilih beliau sebagai model dan membiarkan dia bergaya atas kerusi rodanya.  Kerlas !!

Instagram  :  https://www.instagram.com/jilly_peppa/?hl=en








13.  Diandra Forrest
Kalau Shaun Ross adalah model lelaki kulit hitam yang albino,  Diandra pula adalah model wanita kulit hitam yang albino.  Juga berasal daripada Amerika Syarikat.  Dia dan Shaun Ross muncul dalam muzik video Beyonce 'Pretty Hurts'.  Cuma kemunculan Shaun Ross lebih mendapat perhatian,  sebab akak ingatkan Diandra (masa menang pertandingan miss tu) memang betul-betul wanita bangsa Caucasian.

Instagram  :  https://www.instagram.com/diandraforrest/?hl=en


Dalam salah persembahan di pentas peragaan,  Diandra berjalan dengan mendukung anaknya bersama.

Dalam muzik video sepupu akak Beyonce.






14.  Masha Tyelna
Gila tengok mata deni rasa macam lukisan mata besar oleh Margaret Keane.  Tapi ini memang betul-betul mata milik Masha Tyelna.  Gadis berbangsa Ukraine ini sekarang menetap di London untuk fokus kepada kerjaya modelingnya.  Kalau ampa google nama dia secara automatik akan keluar "Masha Tyelna Eyes".

Instagram  :  https://www.instagram.com/mashatyelna/



Tudia punya duk terbeliak.  Mata deni mesti senang masuk habuk.

Gambar ni pernah difasmouskan dalam  9GAG.  HAHAHAh ampa rasa pasaipa?




15.  Omahyra Mota
Seorang lagi model androgynous yang ingin akak perkenalkan.  Berasal dari Dominican Republic dan kemudiannya berhijrah bersama keluarga ke Amerika Syarikat.  Gaya androgynous sering menjadi kesukaan pereka fesyen ternama.  Mai baca sini  :  10 Times Omahyra Mota Ruled the Runway

Instagram  :  https://www.instagram.com/omahyramotaofficial/?hl=en







16.  Yasmina Rossi
Akak pernah ceritakan tentang wanita ini dalam blog akak.  I hope that one day rambut akak yang semakin hari semakin banyak uban ini akan menjadi cantek seperti rambut beliau.  Akak follow Instagram beliau,  macam best juga sebab dia tak feeling.  Baca sini  :  Model Tua Yang Cantik

Instagram  :  https://www.instagram.com/yazemeenah/?hl=en










17.  Wang Deshun
Kerlas pakcik tua ini.  Sejak awal usia,  beliau aktif dalam pementasan teater dan lakonan.  Namun di lewat usia baru dia belajar masuk gym dan muka membina badan.  Selepas itu barulah dia mendapat tawaran untuk berjalan di pentas peragaan.







18.  Melanie Gaydos
Gadis jurusan seni di Pratt Institute,  New York City ini mempunyai ectodermal dysplasia iaitu sejenis gangguan jenetik yang akan membantutkan pertumbuhan gigi,  bulu roma,  saraf,  kuku dan juga tulang.  Hangpa boleh pi belajar lebih lanjut mengenai perkara ini.  Dia menjinakkan dirinya dalam bidang modeling apabila dia memberi respon kepada permintaan 'unique models' dalam Craiglist.  Orang Amerika sangat suka Craiglist.  So from there dia telah membina portfolionya sendiri dan kini telah membintangi beberapa video seni dan video muzik terbitan seniman Eropah.

Facebook  :  https://www.facebook.com/melanie.gaydos.model/
Instagram  :  https://www.instagram.com/melaniegaydos/








Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>