Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Olive Tree Ramadan Buffet 2017

$
0
0
Hello u olls,

Untuk pengetahuan u olls semua,  kami barisan Setiausaha USM sangatlah bertuah sangat pada tahun ini kerana pihak Olive Tree Hotel Penang telah meng-sponsor 60 tempat kepada kami-kami semua gang setiausaha USM untuk mai review bukak posa di hotel depa.  Bukan sahaja dapat makan-makan pre Ramadhan dinner pada 17 Mei yang lalu,  malah kami juga diberi peluang untuk berkumpul dan buat upacara khas untuk kelab kami.  Memang kerlas sangat u olls.

 Ada gaya Michelle Obama tak bila berucap?  Steady lah Presiden.


Haaa...saja la nak tunjuk gambar kami satu gang PA USM. Segak tak semua?

click read more



Minangkabau Flavours
Kami semua para PA-PA USM memang teruja sekali dengan hidangan ala-ala Minangkabau yang disediakan oleh Sukkah Cafe,  Olive Tree Hotel.  Rasa Minangkabau pastinya berlemak tetapi pedas! Tetapi selain rasa-rasa Minangkabau,  kambing golek dan hidangan kesukaan orang Penang tetap ada seperti Pasembur dan popia basah.

You olls boleh tengok gambar makanan yang akak dah ambil dan susun kat bawah.  Sorry this time i tak letak details of menu sebab dah banyak kali duk mintak dengan pihak Olive Tree Hotel untuk dapatkan menu,  tapi masih belum berjaya.

So takpa,  ampa tengok saja dan sila terliur.







Tarikh & Masa
27 Mei hingga 2 Julai 2017
6.30 petang hingga 10.00 malam

Harga
RM120+ for adult
RM60+ for children (5 tahun hingga 12 tahun)
RM80+ for senior citizen (55 tahun dan ke atas)


Contact Info
For reservations and enquiries, kindly contact +604-637 7856.
Alamat:  
Olive Tree Hotel
76, Jalan Mahsuri,
11950 Bayan Lepas,
Penang
Tel : +604 - 637 7777 F
Fax : +604 - 637 7788
Website:  Olive Tree Hotel 
Facebook: Olive Tree Hotel

Appertizer





Side Dish






Main Dish












Kambing Golek


Dessert









Beverages


Tarikh & Masa
27 Mei hingga 2 Julai 2017
6.30 petang hingga 10.00 malam

Harga
RM120+ for adult
RM60+ for children (5 tahun hingga 12 tahun)
RM80+ for senior citizen (55 tahun dan ke atas)


Contact Info
For reservations and enquiries, kindly contact +604-637 7856.
Alamat:  
Olive Tree Hotel
76, Jalan Mahsuri,
11950 Bayan Lepas,
Penang
Tel : +604 - 637 7777 F
Fax : +604 - 637 7788
Website:  Olive Tree Hotel 
Facebook: Olive Tree Hotel




Akhir kata,  terimalah gambar posing cute oleh adik ni nama dia Izz.  Dia one of the PA lelaki dalam USM.  Sapa-sapa nak berkenalan dengan dia boleh follow dia kat sini:  @mhdizdhr


See You In Court

$
0
0

Hello u olls semua,

Haaa macam mana semua duk posa okay ka?  Alhamdulillah,  akak posa okay cuma the first two days to kantoi sebab demam. Wehs....aku rasa memang lani musim demam yang teruk okay.  Tapi last weekend tu lepaih makan ubat dan kelumbong satu badan dengan selimut,  alhamdulillah baru lega.

So lani akak nak habaq kat you olls semua,  tak lama lagi Persatuan kami iaitu Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang akan buat show lagi.  Haaa.....tak lama lagi....bulan 10 nanti.  Haaa....awat nak marah sebab bulan sepuluh tu jauh lagi?  


click read more



Takdak nak jauh mana,  tunggu sat ni duk posa,  pastu raya,  lepas raya nanti masa nanti jalan style laju punya.   Tau tau saja dah bulan sepuluh. Oleh itu kami nak habaq siap-siap dah dengan ampa semua,  stenbai dalam diary semua orang,  28 Oktober hari Sabtu,  kami akan buat show pertama kami di pentas Dewan Sri Pinang.

Hangpa perasan tak poster kali ni macam serius sikit,  background gelap pastu tulis siap siap tagline kami....SEE YOU IN COURT.  Ini adalah kerana skrip kami yang ditulis oleh Encik Abu Musarif a.k.a Abu Mamu,  adalah berkisar kepada kisah yang berlaku dalam kandang mahkamah.  Haaa....kena mai la tengok kan!

Dan juga kepada you olls you olls business man dan business woman,  kalau hangpa nak buat kolaborasi dengan kami,  dengan cara kami membantu ampa untuk promosi kan syarikat hangpa kepada para penonton kami,  mai contact akak melalui FB atau Whatsapp ataupun contact terus kami punya chief iaitu Encik Lanun seperti nombor dalam poster kat atas.

Baiklah itu sahaja dulu!  See you in court.

ps/  Nantikan akak review dalam blog ni pasai macam mana pengalaman akak pi tengok Maharajalawak Mega Final secara live!


Jangan lupa follow kami:


La La Land Movie Review

$
0
0


Hello u olls,

Lately akak tengok banyak filem best best tapi akak busy takdan nak share semua benda.  Nak share kat Facebook pun nanti macam banyak sangat posting,  nanti orang duk kata pulak akak ni takdak kerja ka dalam hidup ini semua benda nak kena share kat Facebook.  Entahlah hidup rasa macam dilema sekarang.  Tapi takpalah,  pelan pelan bila mai kerajinan bertembung dengan perasaan berlapang dada maka dengan ini,  akak akan share dengan you olls juga filem filem best tersebut.

So hari ini akak nak share dengan you olls cerita pasai filem yang baru baru ini mengundang kontroversi iaitu filem La La Land.  Kontroversi bukan kerana ada adegan LGBT,  apatah lagi kerana ada carut-carutan mengutuk agama atau kaum,  tetapi kontroversi semasa Oscar awards dimana dua orang presenter telah tersalah membuat announcement.  Dua orang presenter itu telah mengumumkan La La Land sebagai pemenang filem terbaik walhal hakikat,  pemenang untuk filem terbaik jatuh kepada filem Moonlight.

Akak tak tengok lagi filem Moonlight sebab pernah baca sinopsis cerita ni macam berat,  drama bagi hati sayu punya.  Kisah keperitan hidup sebagai orang kulit hitam di salah sebuah bandar urban di Amerika Syarikat.

Akak pilih untuk tonton La La Land dahulu.  Filem ini pun tidak kurang hebatnya dalam majlis anugerah Oscar dan majlis anugerah lain kerana telah berjaya merangkul,  eh salah,  menyapu banyak anugerah utama.  Syabas pengarah filem ini,  Damien Chazelle yang juga pengarah yang bertanggungjawab untuk membikin sebuah filem yang turut banyak anugerah pada Oscar yang lalu iaitu Whiplash.  Filem tak sampai 2 jam yang amat akak gemari.

La La Land juga sebuah filem muzikal.  Tetapi like siriesly the Bollywood musical film tetapi versi Hollywood.  Siap dengan berlakon,  menyanyi,  menari tengah-tengah jalan dan pakai baju macam-macam colour.  Akak tak letak ekspektasi yang tinggi sebelum tonton filem ini sebab biasalah,  orang selalu akan bagi rating gila gila kata best apa semua,  tapi bila kita tengok sendiri,  sebenarnya taste kita tak sama langsung.  Sebab tu kadang-kadang bila tertengok filem yang betul-betul tahi,  aku boleh jadi bodoh dah untuk beberapa minggu sampai takut nak tengok filem baru yang lain sebab takut effek tertengok filem tahi lagi.


Alhamdulillah,  La La Land bukan sebuah filem tahi.

click read more



Dari awal aku macam agak skeptikel dengan filem ini. Macam mana sebuah filem  muzikal boleh dapat raih banyak pencalonan dan menang anugerah.  Dari barisan pelakon hinggalah mereka di belakang tabir.  Sebab Hollywood tak pernah macam nak letak muzikal sebab genre utama depa dalam pengiktirafan serius.  Its always cerita yang ala ala drama yang berat.

Jadi aku pun download filem ini tapi aku tak tengok cepat-cepat. Aku simpan letak tepi bila aku boring dan dah takdak apa nak tengok baru aku akan tengok La La Land.  Dan bila aku tengok memang best, buat aku rasa macam omaigod bestnya mesej dalam cerita ini. Aku sedih dan menangis.



Sinopsis
Secara ringkasnya,  filem ini mengisahkan dua orang manusia yang bercita-cita tinggi dalam dunia seni.  Dunia seni adalah sebuah dunia kerjaya yang agak sukar.  You will never know,  when you gonna come in,  you never expect when you gonna go out.

Si lelaki dalam filem ini lakonan Ryan Gosling adalah seorang pemuzik yang bercita-cita untuk membuka jazz bar miliknya sendiri dimana otai-otai muzik jazz boleh bermain muzik jazz secara sambarono.

Si wanita lakonan Emma Stone pula adalah sorang gadis biasa yang bekerja di sebuah kedai kopi yang bercita-cita untuk menjadi bintang filem.  Uji bakat demi uji bakat telah dia hadiri namun semuanya masih belum berhasil.

Then one day,  mereka bertemu.  Bercinta.  Sama-sama memberi sokongan dalam dunia yang mereka minat.  Si lelaki cuba untuk buat sesuatu yang diluar impian utamanya semata-mata untuk bagi si wanita bahagia (duit dan steadibillity) tetapi akhirnya,  kedua-dua mereka tidak bahagia dan bergaduh.  Money is not everything.

Sampailah satu hari,  si wanita dapat peluang untuk berlakon dalam sebuah filem.  Untuk menerima watak itu,  dia perlu berhijrah jauh dari bandar itu.  Maka,  si lelaki yang amat menghormati dan percaya pada bakat yang dimiliki oleh si wanita itu,  dia izinkan si wanita ini pergi mencapai cita-citanya.

Tak lama selepas itu,  si wanita sudah berjaya dalam hidupnya.  Begitu juga dengan si lelaki.  Dalam satu adegan,  si wanita dengan suaminya (lelaki baru) berjalan-jalan dan terjumpa sebuah jazz bar.  Meraka masuk ke dalam jazz bar itu,  alangkah terkejutnya apabila si wanita itu mendapati jazz bar itu adalah milik bekas kekasihnya,  si lelaki.

Filem itu habis di situ sahaja.

So u olls,  berikut adalah kenapa akak suka filem ini!

The Building Of Story
10 minit pertama dimulakan dengan muzik. Actually starting punya muzik tu macam cheesy la,  ala ala Musical Highschool atau Glee sahaja.  Tapi pelan-pelan,  semakin lama,  muzik dan juga cerita semakin mendalam.  Pastu last sekali,  bila depa berjumpa balik bila sama-sama berjaya dan dalam kepala otak depa try untuk susun balik babak hidup depa secara lain yang sepatutnya mungkin pada ketika kini,  depa dua boleh hidup bahagia bersama,  part tu sedih gila la.  Aku nangeh kot.  Aku selalu kata banyak kali dalam hidup aku,  kita semua ada jalan hidup dan cerita masing-masing.


Hidup kita tak mungkin akan sama dengan cerita hidup kawan kita.  Tetapi hidup yang kita pilih untuk bersama-sama dengan orang yang kita sayang dan hormati,  pengorbanan yang kita perlu buat bersama,  penat dan sedih,  ketawa dan gembira,  tapi at the end of the day,  kalau sudah tertulis dalam suratan takdir,  bukan lagi untuk kita bersama.  Kita tidak akan bersama.



Lakonan Emma Stone
Memang best puki ni berlakon. Tapi dia kuruih sangat..dia nampak macam kucing. Nyanyian live. Teknik sama macam La Misrable.  Memang patut dia menang pelakon wanita terbaik untuk Oscar.  Mau perati masa dia buat scene ujibakat.  Musibat betui dia boleh berlakon,  macam duk bercakap telefon,  pastu nak menangih,  pastu baru dia nak nangih,  orang interupt dia punya ujibakat,  pastu buka dia confuse,  sebab orang duk kacau dia ujibakat,  pastu dia confuse adakah dia kena terus berlakon ka tak,  pastu tiba-tiba dia kena berhenti berlakon macam tu ja,  terus ekspresi muka dia berubah jadi kecewa.

TABIK SPRING.  Pompuan muka kucing ni memang patut mempunyai ramai peminat.

Lakonan Ryan Goesling
Mainan piano yang dahsyat. John Legend yang turut berlakon dalam filem ini amat mengkagumi Ryan Gosling yang berlatih untuk bermain piano dengan baik.  Walaupun bunyi asal untuk filem ini dimainkan oleh pemain piano profesional tetapi untuk semua scene lakonan,  Ryan Gosling berusaha bersungguh-sungguh untuk hafal setiap ketikan atas papan piano itu tanpa menggunakan teknik CGI apatah lagi 'hands double'.  Lakonan dia bersahaja dan bukan sahaja sebab dia hemsem,  tetapi dia ada karisma dalam menyampaikan dialog untuk setiap babak itu.

Penggunaan Warna
Penggunaan warna warna yang cantik dalam filem. Ini adalah trend baru yang disukai oleh pembikim filem Hollywood sekarang.  Depa belajar banyak dengan filem Hindustan akak rasa. So far antara filem Hollywood yang akak suka sebab dia guna warna-warna yang menarik adalah filem The Grand Budapest Hotel.

Untuk La La Land juga begitu.  Banyak scene di mana warna-warna digunakan dengan begitu cantik gila iaitu koordinasi costume,  background,  props dan set as a whole.  Tetapi my most favorite scene adalah apabila depa dorang menari kat tepi lereng bukit time maghrib.  Langit warna purple,   pastu Emma Stone pakai dress warna kuning.  Memang magical.   

Muzik dan Tarian
Nice dan artistik. Penari semua jadi latar belakang not the main karakter. Tapi Emma dan Ryan pun menari hebat juga na!  Patutlah Emma jadi kuruih kot.

Kesimpulan
Aku bagi cetia ni simple tetapi menyentuh hati dan perasaan.  Ini mungkin kisah benar.  Lakonan sangatlah baik,  dipandankan dengan lagu yang amat memorable.  Akak bagi 8/10.  Sangat rekemen hangpa semua tengok cerita ini.


Gambar adalah copyright of IMDB

Servis Photobooth Murah by Twenty8 Photobooth (Roy & Mira 0173873630 / 0195794477)

$
0
0

Harga tak masuk akal untuk semua rakyat Malaysia. Kami "Twenty8 Photobooth" menyediakan servis photobooth yang satu-satunya menawarkan harga tidak masuk akal untuk semua.


click read more


Pakej Harga
Package A (RM399) : Majlis Aqiqah, Tunang, Birthday, Farewell. 👶🏼🎁🎉🎊🎈
Package B (RM999) : Wedding 👰🏼🤵🏼
Package C (RM1699) : Corporate Event 💃🏼🕺🏼🎭🎬 🕰 .




Kelebihan Photobooth Kami
🕰4hours coverage with unlimited prints
🕶 Fun and updated props
🎇 Stylish Backdrop (Gold Sequin and variety tapestry) ask Mr.Google
💡 Studio Light
💽 Soft copy provided
📒 Exclusive Guest Book (Package B dan Package C)
📸 Professional DSLR Camera
🖼 Instant Print 2"x6" photo strips
🍁 Customize photo layout
💃🏼🕺🏼Friendly gorgeous and handsome assistant



Contoh guestbook yang disediakan.  Cantek tak?  Boleh simpan sebagai kenangan.




Ini meja props!  Macam-macam topeng menarik kami sediakan!


Ini meja tempat tulis guestbook.  Lepas dapat sticker gambar,  lekat dalam buku yang kami sediakan juga!



Contact Details
Meriahkan majlis anda dengan kami Twenty8 Photobooth (Facebook & Instagram)

Any inquiries kindly contact,
Roy : 0173873630
Mira : 0195794477

Facebook:  https://www.facebook.com/Twenty8-Photobooth-1614964268806050/
Instagram:  https://www.instagram.com/twenty8photobooth/


CEPAT CEPAT CEPAT!!! SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!
BOOK DATE DULU APA2 PUN.

Ehhh Tunggu!


Contoh guestbook yang disediakan untuk Package Wedding. Kulit dan halaman buku yang tebal.
.
.
Jangan lupa meriahkan Rumah Terbuka Hari Raya anda dengan kami. Book cepat untuk harga yang awesome and affordable. 🙌🏼🙌🏼
.
.
.
Package A (RM399) : Majlis Aqiqah, Tunang, Birthday, Farewell. 👶🏼🎁🎉🎊🎈
Package B (RM999) : Wedding 👰🏼🤵🏼
Package C (RM1699) : Corporate Event 💃🏼🕺🏼🎭🎬 🕰 . 🕰4hours coverage with unlimited prints
🕶 Fun and updated props
🎇 Stylish Backdrop (Gold/ Silver Sequin and variety tapestry) ask Mr.Google
💡 Studio Light
💽 Soft copy provided
📒 Exclusive Guest Book (Package B dan Package C)
📸 Professional DSLR Camera
🖼 Instant Print 2"x6" photo strips
🍁 Customize photo layout 💃🏼🕺🏼Friendly gorgeous and handsome assistant

Pencerahan, Pigmentasi dan Perawatan

$
0
0

Kulit cerah tanpa cela sangat trending di Asia. Oleh kerana itu, produk kecantikan untuk pencerahan kulit tanpa cela tumbuh bak cendawan selepas hujan. Para peniaga juga berlumba-lumba untuk mempelopori bidang perniagaan ini kerana mereka sedar bahawa keinginan wanita dan lelaki untuk tampil putih dan cerah merupakan satu peluang pemasaran yang besar di negara ini. Namun sayangnya, pengasas-pengasas produk kecantikan pemutih yang tidak bertauliah menjual produk semata-mata keuntungan sahaja dan tiada rasa tanggungjawab terdapat para pengguna yang benar-benar ingin kelihan putih dan cantik.


Dan lebih menyedihkan, kebanyakan pengguna lebih fokus kepada rawatan sahaja akan tetapi sunscreen/pelindung UV diabaikan. Sunscreen/pelindung UV adalah produk terpenting untuk menghalang dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan masalah pigmentasi dan tona kulit. Saya selalu berpesan dalam penulisan sebelum ini, tanpa pemakaian sunscreen maka punahlah segala penat lelah anda untuk membuat pelbagai rawatan kulit. You olls takkan nampak kesan sinar UV pada usia muda tapi apabila umur sudah melangkau 40-an, barulah kalian akan perasan kulit akan jadi tidak sekata, kusam dan berpigmentasi. Masa itu, barulah nak menyesal sebab tak ambik tindakan awal pakai sunscreen.

Baca:  Apa itu Tabir Suria / Sunscreen?

Saya akan kupaskan tentang bagaimana nak cerahkan kulit wajah dan akan terangkan cara-cara untuk merawat pigmentasi dengan cara yang selamat. Tetapi, kalau you olls nak putihkan kulit dari tona kulit Janet Jackson kepada kulit Siti Nurhaliza, yang tu I olls tak boleh nak tolong sebab takder jalan selamat untuk pemutihan melainkan cara yang merbahaya seperti pemakaian campuran bleach rambut & hydroquinone seperti yang berlaku di Jamaica. Kita akan share dokumentari mengenai kegilaan lelaki dan wanita di Jamaica yang memakai produk bleaching untuk memutihkan kulit.


Saya juga akan bercakap mengenai penggunaan produk pencerahan kulit yang mengandungi merkuri (ni dah berlaku berabad lamanya) dan mengenai pengambilan Tranxemic Acid yang berlebihan (this a new trend). Semua kaedah merbahaya ni boleh menyebabkan kanser dan juga beberapa masalah kesihatan yang lain.

click read more

Benarkah Hydroquinone dan Tretinoin merbahaya seperti yang di warwarkan dalam media?

Sesiapa yang baca artikel saya sebelum ini, saya ada rekomen Hydroqunoine dan Tretinoin untuk treatment pigmentasi. Ya, ini adalah gold standard yang dicadangkan oleh doktor kulit untuk perawatan pigmentasi. Tetapi bagaimana boleh keluar di media mengatakan dua bahan kimia ini diharamkan?

Sebenarnya, kebanyakan produk tidak memberikan info dengan terperinci. Tretinoin (0.01% to 0.1%) dan Hydroqunoine (2% to 4%) adalah ubat kawalan di bawah akta farmaseutikal dan tidak boleh dijual over the counter macam produk Loreal, Simple dan sebagainya. Kebanyakan produk tempatan yang diformulasi dengan dua bahan ini selalunya mempunyai peratusan yang terlalu tinggi dan memberi keburukan kepada kulit dan kadang-kadang ianya dicampur dengan merkuri yang boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain. Sekiranya bahan-bahan ini digunakan pada kadar yang dibenarkan dan diformulasi dengan betul oleh syarikat farmaseutikal dan disemak oleh Kementerian Kesihatan, dua bahan ini adalah bahan utama dalam membantu mengurangkan masalah hyperpigmentation selain beberapa bahan lain.


Impak Buruk Produk Pemutih Ke Atas Kulit Gelap

Warna kulit ditentukan oleh jumlah melanin yang dihasilkan, oleh itu kulit tanned dan coklat lebih banyak jumlah melanin-nya berbanding dengan orang kulit cerah. Kebaikan orang kulit gelap ni adalah kadar proses penuaan lebih perlahan dan ketahanan terhadap sinar UV lebih baik berbanding dengan orang kulit cerah. Saya percaya Tuhan tu sangat adil, orang kulit gelap ada kelebihan tersendiri, cuma manusia je yang suka membezakan warna kulit. Namun, walaupun ketahanan terhadap UV dan kanser kulit tu tinggi, tak bermakna orang yang kulit gelap ni tak payah pakai sunscreen, kena pakai juga untuk mendapatkan kulit yang radiant!

Orang yang memiliki kulit gelap juga perlu berjaga-jaga dalam perawatan pigmentasi sebabnya apabila kulit you olls tercedera, kulit you olls akan jadi lebih gelap sebabnya saraf kulit akan menghantar signal kepada sel-sel untuk produce lebih banyak melanin untuk meningkatkan perlindungan dari kecederaan tersebut. Sebab tu sesiapa yang pakai produk pemutih dan pengelupasan akan dapati kulit menjadi lebih gelap selepas beberapa tahun pakai then tak pakai akibat kerosakan kulit. Bagi orang kulit gelap yang nak pakai Hydroquinone boleh, try yang 2% atau rujuk pada doktor untuk dos yang selamat atau kalau takut kita boleh try alternatif lain.


Contoh kulit yang terus menjadi rosak akibat pemakaian produk pigmentasi yang salah.


Skin Brightening

Niacinimide (4% ke atas) dan Vitamin C (10% ke atas) adalah dua ramuan utama yang boleh menolong dalam mencerahkan kulit. Bagi yang mengalami masalah kulit yang tidak sekata bolehlah menggunakan skin booster atau serum yang mengandungi concentrated dua bahan ni bersama-sama dengan exfoliant untuk impak yang lebih bagus. Ini adalah kerana exfoliant membantu dalam penetrasi bahan-bahan dalam produk kecantikan. Selain tu, kalian jugak boleh gunakan night mask dan sheet mask yang mengandungi Tranxemic Acid dan Licorice Extract untuk menggalakkan lagi brightening effect. Peringatan mesra! Elakkan produk yang mengandungi alcohol yang boleh menyebabkan radang dan serta merta memberi impak kepada melanin kulit.


Hyperpigmentasi dan Brown Spot

Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan pigmentasi, seperti:
- Sinar UV
- Hormon yang tidak seimbang (factor umur, stress, pregnant dll)
- Kecederaan kulit akibat pemakaian produk yang mengandungi ramuan yang merbahaya atau overdose of pengelupasan tanpa pemantauan professional.

Seperti yang saya katakana sebelum ini, Tretinoin dan Hydroquinone adalah gold standard bagi perawatan pencerahan kulit di rumah yang selalunya disarankan oleh doktor kulit. Tri-Luma Cream adalah produk gabungan Tretinoin (0.05%), Hydroquinone (4%) dan Flucocinolone Acetonide (sebagai agen anti radang dan pembaikan kulit) yang selalu diberi oleh doktor kulit atau anda boleh tanya dengan ahli farmasi.

You olls yang tak mahu pakai Tri-Luma Cream, you olls boleh cuba gabungan Tretinoin dan Azaleic Acid yang juga bagus untuk kulit gelap tetapi Azeleic Acid mempunyai downside tersendiri iaitu untuk sesetengah individu, Azeleic Acid akan menyebabkan rasa gatal-gatal/merenyam untuk beberapa bulan dalam tempoh pemakaian sebelum kulit kita menyesuaikan keadaannya dengan bahan tersebut. Selalunya, saya rekemen you olls pakai pelembab untuk kurangkan effect tersebut.

Bagi individu yang tak boleh tolerate dengan Tretinoin, you olls boleh guna Hydroquinone (2% to 4%) atau Azeleic Acid sahaja atau gantikan Tretinoin dengan Retinol atau Adapalene (gentler Retinoid, under the brand Differin). You olls boleh beli Retinol di mana-mana pharmacy beauty shops like Sasa dan Watson.

Selain tu, you olls boleh try Kojic Acid dengan gabungan Antioxidant seperti mulberry tapi jarang ada jual di sini dan kalu ada harganya mahal dan tak berbaloi.

Berikut adalah senarai produk kecantikan untuk kulit yang ada masalah pigmentasi bersama-sama dengan penerangan tentang cara pemakaian:

AM
1. Pencuci Muka
2. Toner - Naruko Apple Seed and Tranexamic Acid Blacks Spot and Lines Defying Lotion
3. Exfoliant (optional) – Naruko AM/PM Mandelic Acid 5%, well its good if boleh pakai.
4. Skin Booster (AM) – Niacinimide atau Vitamin C
5. Pelembab
6. Sunscreen

PM
1. Pencuci Muka
2. Toner – Naruko Apple Seed and Tranexamic Acid Blacks Spot and Lines Defying Lotion
3. Exfoliant atau Skin Booster – AHA / BHA atau Tretinoin / Retinol / Adapalene (Differin)
4. Treatment – Hydroquinone atau Azeleic Acid
5. Pelembab
6. Leave On Mask (optional)


Sesiapa yang nak pakai Hydroquinone, jangan pakai direct berbulan especially kulit gelap, maybe pakai 2 to 3 months then stop selama sebulan. Jika pigmentasi diperlukan lagi boleh sambung pemakaiannya, tetapi jika kalian dah puas hati dengan result pigmentasi, boleh terus berhenti. Selalunya, pigmentasi akan memperbaiki kulit lebih kurang pada kadar 50% ke 80% sahaja, jika hendak kesan optimum, saya sarankan buat sesi rawatan ‘in-office treatment’.


In Office Treatment untuk Skin Brightening dan Rawatan Hyperpigmentation

In office treatment atau prosedur yang dilakukan di klinik doktor kulit atau doctor estetika dapat membantu dalam skin brightening dan pada masa yang sama akan merawat pigmentasi yang agak teruk.

Untuk skin brightening, Glycolic Acid Peel / Lunch Time Peel / Light Peel adalah rawatan yang mudah dan singkat bagi you olls yang inginkan meratakan tona kulit, usually mengambil masa kurang dari 30 minit. Mempunyai kesan sampingan yang sedikit malah pada masa yang sama dapat merawat jerawat, parut jerawat dan boost collagen. Selalunya, untuk skin brightening Asid Glykolik pada konsentrasi 20% to 35% digunakan pada pH 2.


Jangan sesekali beli dekat internet dan buat sendiri di rumah kerana kalau salah proses, kesannya amat buruk untuk kulit. Biarlah orang professional, bertauliah dan berpengalaman yang membuat rawatan tersebut untuk anda. Untuk kos peel, kadar caj yang dikenakan adalah dari RM 150 hingga RM 250 bergantung kepada klinik itu sendiri. Saya juga menasihatkan agar anda semua tidak membuat rawatan di spa-spa yang kadang kala tidak menggunakan konsentrasi original Glycolic Acid yang betul. Ada juga beberapa pusat rawatan spa yang hanya ingin mengaut keuntungan.


Untuk masalah pigmentasi yang teruk, adalah lebih selamat sekiranya kalian mendapatkan rawatan dengan pakar kulit, antaranya ialah:-

Chemical peel

Depends pada klinik, sesetengah klinik offer light peel dan medium peel.

Light peel - Light peel ialah penggunaan Glycolic Acid pada koncentrasi 20% hingga 75%. Apa yang saya suka pasal light peel adalah ianya mudah untuk dijaga dan kadar healing time yang cepat dan boleh dilakukan beberapa kali mengikut jadual yang ditetapkan untuk kesan yang optimum.

Medium peel – Proses ini kebiasaannya dilakukan oleh doktor kulit sahaja, bukan spa dan salon kecantikan kerana takut pada risiko yang ditanggung oleh pengguna. Medium peel selalunya menggunaka TCA (Trichloracetic Acid). Tempoh healing time lebih panjang dan penjagaan lepas perawatan juga mengambil masa yang lebih lama dan sedikit sakit berbanding dengan light peel. Namun, hasilnya lebih optimum berbanding dengan light peel. Saya rasa di Malaysia masih jarang ada doktor kulit yang menawarkan rawatan medium peel mungkin kerana susah untuk memberikan rawatan sepenuhnya kepada pesakit (before and after treatment).

Untuk orang kulit gelap, saya suggest start la dengan light peel pada concentrasi 20% dahulu sebabnya kulit gelap bila tercedera maka jadilah lebih gelap, ini adalah berdasarkan pengalaman yang saya tengok sendiri.

Microdermabrasion/Dermapeel

Microdermabrasion sangat popular di US dan UK, rasanya kat sini pun ada tapi hanya a few clinics yang offer. Aluminum Oxide digunakan kemudiannya disedut seperti vakum dan proses exfoliation terjadi. Proses ini meninggalkan kesan yang lebih kurang sama atau lebih bagus dari light peel. Ia jugak dipanggil Lunch Time Treatment sebabnya tidak mengambil masa yang lama. Ianya seperti Glycolic peel, perlu dilakukan beberapa kali depends pada masalah kulit untuk kesan optimum dan harganya lebih mahal sedikit berbanding Glycolic Acid Peel.


Laser
Laser adalah salah satu kaedah yang sangat efektif dalam merawat hyperpigmentation. Laser ada banyak jenis dan harga bergantung kepada klinik tertentu selalunya bermula dari RM 500 dan ke atas untuk satu sesi rawatan. Ya, kesan rawatan laser lebih baik berbanding peel dan microdermabrasion akan tetapi kosnya lebih tinggi sebab memerlukan doktor yang sangat berpengalaman untuk mengendalikan mesin laser tersebut dan mesin tu sendiri adalah amat mahal u olls.

Laser range from IPL to Fraxel, if nak buat yang ni kena discuss dengan doctor tapi Fraxel memang the best dan healing time dia jugak amat panjang dalam masa 2 weeks hingga sebulan bergantung kepada individu. Kebiasaannya orang akan buat Fraxel sekali dalam masa beberapa tahun. IPL lebih light dari Fraxel, untuk pigmentasi yang kronik I think Fraxel works better untuk semua jenis kulit. Cuma ikut bajet masing-masing, tak semua orang ada duit nak spend beribu untuk one time treatment. Laser jugak memberi kesan kepada kedutan, parut jerawat, jerawat dll.


Drip dan injection untuk mencerahkan kulit, sejauh mana keberkesanannya ?

Di Malaysia dan Thailand sudah menjadi trend bagi drip dan injection untuk pemutihan. Yes, injection dan drip memang boleh bagi impak pemutihan (tapi takla dari kulit Nicki Minaj jadi kulit Adele) tapi ada risiko if overdose dan kosnya amatlah tinggi (beribu-ribu tau you olls, bazir je kadang-kadang!). Sebab nak kena maintain inject dan drip dari semasa ke semasa dan kesannya bukan selamanya, selagi kita buat, selagi tulah kita dapat kesan pemutihan tu.

Saya pernah la inject Vitamin C dan Gluthathione memuda dulu (ikut jadual yer) tapi kesannya taklah seberapa, just kulit more softer and moist. Dari segi tona kulit takder impak maybe I olls dah cerah kot tapi saya stop selepas empat bulan pemakaian sebab rasanya takder benefit sangat. Seterusnya, saya concentrate kepada rawatan jerawat. Well, saya bukanlah tidak menggalakkan untuk membuat drip and injection ni tapi kalau ada budget besar, why not? Untuk kepuasan peribadi dan saya nasihatkan untuk love the color of your skin, sebab Tuhan tak pernah salah bagi warna kulit tu kat kita, gitew.

Tapi kita perlu selalu berhati-hati kerana jika kita overdose drip dan inject ni, bahan-bahan tersebut boleh effect kesihatan dari segi kerosakan buah pinggang, blood clot dan lain-lain. Never go overdoses sebab nak cantik, takder maknanya. But injection ada dua cara, satu inject melalui urat di tangan (IV) atau direct dekat tempat yang ada masalah tapi kat Malaysia susah kot nak jumpa yang inject direct as spot treatment. Kaedah ni kita panggil Mesotherapy. Drip (IV) usually depa guna antioxidant macam Vitamin C, Gluthathione, Placenta dan ada jugak Tranexamic Acid. Tranexamic Acid ni kalu pakai kat muka boleh bagi brightening effect tapi if drip a bit dangerous sebab side effect dia ialah blood clot. If nak buat, please consult doktor yang betul-betul berpengalaman.


Supplement/pil untuk perawatan pigmentasi?

Actually Gluthatione, Vitamin C dan Tranexamic Acid juga dijual dalam bentuk pil tapi untuk menampakkan keberkesannya, you olls kena ambik untuk tempoh at least sebulan untuk nampak effect dia dan tak secepat dan sehebat drip dan injection.

Ada research di Thailand menunjukkan pengambilan 250 – 500mg Gluthathione bersama Vitamin C (at least 1 to 2g) dapat membantu dalam proses perawatan pigmentasi dan membantu dalam kesihatan melanin. If ambik Vitamin C je, takder kesan untuk pigmentasi yer, just kulit soft and moist, itu pun kena ambik at least 3g per day.

Tranexamic Acid jugak di jual dalam bentuk pil untuk kesan pemutihan, sejauh mana effect dia tu I olls tak brape nak tau sebab tak pernah ambik tapi I olls nasihatkan dapatkan khidmat pakar sebelum ambik.


Pil, Drip & Injection vs Produk kecantikan & In Office Treatment

I olls dah experience injection tapi bagi saya produk kecantikan dan in office treatment adalah yang terbaik dari segi perawatan kulit yang ada pigmentasi sebab result dia kekal, cuma kena rajin pakai sunblock and maintain kat umah.

Pil, drip dan injection pulak you olls kena buat forever untuk dapatkan hasilnya dari segi pemutihan kulit badan tapi dari segi perawatan pigmentasi kesannya tak sehebat in office treatment. Bagi sesetengah orang ada budget besar, sanggup labur beribu-ribu boleh la buat tapi pada saya tak berbaloi and as I said love your skin tone. Maybe boleh la if nak maintain dengan pil sebab not too high kosnya.

Nota kaki:  Perkongsian ini adalah berdasarkan research oleh pakar-pakar kulit dan juga dari pengalaman saya yang suka akan kecantikkan kulit. So if anything, you olls consult lah dengan pakar sebabnya setiap individu itu berbeza!

Jika anda ada persoalan atau cadangan mengenai tajuk/topik kecantikan dan kesihatan kulit, jangan lupa komen pada artikel ini atau emel ke jumiess@gmail.com.

Ramadhan Buffet Dinner at G Hotel Penang

$
0
0
Terima kasih G Hotel Penang yang telah menjemput saya untuk review ini.

Hello u olls,

Baru-baru ini akak pergi try buka posa di Taste Cafe, G Hotel Gurney. Ada macam-macam juadah istimewa, citarasa antarabangsa dan tradisional Melayu. Tetapi yang menarik adalah BBQ yang menggunakan batu lava dari gunung berapi (WAJIB CUBA DEPA PUNYA SMOKED DUCK) dan paling akak suka adalah depa punya dessert semua yang to die for. No wonder, chef depa selalu menang anugerah untuk pertandingan pastry di peringkat antarabangsa.


Tahukah anda G Hotel ada dua cawangan di Penang.  Yang pertama dipanggil G Hotel Gurney dan satu lagi adalah G Hotel Kelawai.  Di kedua-dua hotel ini menyediakan cafe yang terkenal dengan keenakan juadahnya dan untuk bulan puasa barakhah ini,  kedua-dua cafe ini menyediakan pakej berbuka puasa.  Kalian boleh check it out harga seperti berikut:




The Taste Cafe,  G Hotel Gurney
RAMADHAN BUFFET DINNER
24 Mei hingga 24 Jun 2017
6.30 pm - 10.30 pm

Harga
Ahad - Khamis
Dewasa RM120
Kanak-kanak (6-12yrs old) RM60
Warga Emas (60 ke atas) RM60

Jumaat - Sabtu
Dewasa RM155
Kanak-kanak (6-12yrs old) RM78
Warga Emas (60 ke atas) RM78



click read more




Taste Cafe boleh menempatkan hingga lebih kurang 207 tetamu pada satu-satu masa. 

The Spoon,  G Hotel Kelawai
RAMADHAN BUFFET DINNER
27 Mei hingga 24 Jun 2017
6.30 pm - 10.30 pm

Harga
Ahad - Khamis
Dewasa RM75
Kanak-kanak (6-12yrs old) RM60
Warga Emas (60 ke atas) RM60

Jumaat - Sabtu
Dewasa RM99
Kanak-kanak (6-12yrs old) RM78
Warga Emas (60 ke atas) RM78






Ramadhan Meeting Package
Yang menariknya lagi di G Hotel adalah,  selain kalian berpeluang untuk berbuka puasa di Taste atau di Spoon Cafe,  untuk badan-badan korporat ataupun badan persendirian,  G Hotel menawarkan pakej Ramadhan Meeting Package.

Minimum untuk 30 orang,  kalian boleh nikmati private Buffet Dinner for buka puasa.  Kalau nak tau lebih lanjut,  contact pihak hotel segera.


Booking:
Make your reservation now at 04-2380000.
Email:  g4u@ghotel.com.my

Contact info
Laman web: https://www.ghotel.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/ghotelgurney.penang/


Juadah Sihat dan Sedap
Jom tengok hidangan berbuka puasa yang kami nikmati di The Taste Cafe,  G Hotel Gurney.  Jika kalian mementingkan hidangan berkualiti menggunakan bahan-bahan yang baik dan sihat,  G Hotel adalah pilihan utama!  Seperti yang dinyatakan oleh pihak chef, semua hidangan adalah berasaskan bahan-bahan semula jadi tanpa pengawet atau perisa tambahan.  Sebagai contoh,  daripada menggunakan gula,  chef akan menggunakan jus buah-buahan asli untuk menambah perisa pada juadah.  Memang terbaik la!

Starter
Enam jenis ulam-ulaman beserta Sambal Belacan,  Air Asam,  Acar Limau,  Cincaluk,  Budu & Kicap Manis


Shashimi Bar & Cheese Bar


Cheese & Salad Bar



Kiri atas, Mediterraean Lamb Salad.
Kiri bawah,  Chicken Salad
Kanan atas,  Kacang Panjang Salad
Kanan bawah,  jelatah nenas.






Soup
Hot & Sour Soup dan Sup Kambing Rempah




Main Dish

Nasi Briyani Udang


Maggie Goreng


Seafood on Ice



Szechuan Style Stewed Zucchini


Udang Tiga Rasa


Mac N Cheese


Ayam Curry Kerisik




Daging Kerutup


Stir-Fried Potatoes with Cockles Curry Leave


Sotong Goreng Berempah


Ikan Pedas Asam


Side
Cucur Udang & Pisang Goreng

Chef sedang menyediakan roti jala di action stall.



Hidangan yang terdapat di Action Stall.

Chef sedang membakar satay.


Kuah satay ini nampak menarik.


Rojak Buah


Dia tulis Mixed Malay Salad with Peanut Sauce.  But we call it...PASEMBOR!~~


Tiga jenis ikan masin, digoreng bersama bawang dan cili kering.


Prime Rib.  Pencinta daging akan meraung.


BBQ


Malay Feast Panggang yang menampilkan pilihan ayam,  sotong,  udang dan macam-macam lagi yang disajikan bersama-sama pelbagai jenis sos seperti air assam,  sambal dip,  sos BBQ dan sos black pepper.

Yang uniknya,  BBQ di Taste Cafe menggunakan batu lava (Lava Stone) yang diimport khas dari Indonesia.  Kelebihan membakar menggunakan batu lava adalah bahang daripada batu ini sudah memadai untuk memasak makanan disamping mengekalkan rasa semula jadi,  jus dan zat! 

Kambing golek istimewa!


Hasil tangkapan.  


Dessert
Chocolate Fondue



Citarasa buah-buahan tempatan yang segar.


Antara dosa-dosa yang akak buat hari itu.

House Specialty Dessert - Durian Mousse
Menggunakan durian tempatan yang terbaik!  Masa makan ni boleh rasa dia punya gas!  Fuh.  


Dates Pudding (Sedap gila aku suka!)

Franzipane Tart & Chocolate Marquise

Dragonfruit Mousse dan Bread & Butter Pudding with Vanilla Sauce



Paling atas kiri Mango Panna Cotta,  Linzer Tart and Agar-agar Chendol.  
Kanan atas Marble Cheese Cake (sedap gilaaaaaa nak mati.....) & Dates Pudding

Assorted Malay Kuih.  Kuih abuk-abuk memang sedap!


Dates Juice,  Honeydew Juice,  Rosselle Juice



Ice Cream & Ice Kacang


Gellato flavored ice cream


Teh Tarik
Teh Tarik

Booking:
Make your reservation now at 04-2380000.
Email:  g4u@ghotel.com.my

Contact info
Laman web: https://www.ghotel.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/ghotelgurney.penang/

KichaTube HD - Youtube Channel Chef Kicha

$
0
0

Hello u olls,

Akak suka tegok rancangan masak-masak.  HAHAH.  Aku rasa ramai pompuan pun sama perangai macam aku walaupun natijahnya kita ni at the end of the day bia laki kita tanya,  "Masak apa hari ni?" Kita pun jawab "Masak nasik goreng bodo-bodo ja...",  "Goreng sayur bodo-bodo ja....",  "Goreng mee bodo-bodo ja.." Tu yang kadang-kadang laki kita boleh bara sebab dia pun rasa diperbodohkan sebab tengok bini tengok rancangan masak bukan main punya dahsyat resepi gila-gila semua.  Tapi bila masak......duk masak hat lagu tu ja.

HAHAHAHA

Okay,  now.  Akak nak story kat ampa pasai satu Youtube masak.  Nama dia KichaTube HD.  Dikendalikan oleh chef cilik bernama Chef Kicha.  Chef Kicha first appeared dalam Ellen Degeneres dan Elle suka sangat kat dia sebab dia cute dan pandai masak.  Ellen tu bukan tau masak pun,  dia selalu jemput orang mai masak kat rancangan dia tapi dia haram tak reti masak.  Selalunya dia panggil real chef yang memang selebriti chef terkenal.  Tapi bila dia introduced budak ni,  akak pun follow da subsribe dia kat Youtube sebab dia sangatlah cute.


click read more



Kicha bersama ahli keluarganya.


Budak 6 tahun ini berasal dari India so dia cakap dengan pelat Indian yang sangat comels. Dan disebabkan dia ni sangatlah muda lagi,  so dia tak bolehlah nak masak benda-benda complicated pakai bahan-bahan yang teruk,  tapi aku rasa resepi dia tetap unik dan senang untuk dicuba.  Insya Allah kalau aku duduk rumah baru ni,  aku tak sabar nak try resepi-resepi dia.

Okay dah,  ampa jom follow dan subscribe dia jugak.

Youtube: KichaTube HD - Nihal Raj
Facebook: Kicha The Indian Little Chef
Instagram:  @kichatube

ps/  Sapa kawan SKDK dengan aku,  Kicha ni muka macam Muizz Daud kan?  Comels sangat.


Ini video masa dia keluar kat Ellen!


Resepi ni macam senang aku nak cuba!  Sihat dan sedap.


Yang ni pulak video masa dia buat birthday cake sendiri!

Ramadhan Nostalgia at Lagenda Cafe

$
0
0

Kami order dua set.  So ampa boleh tengok ada dua beda pada gambar kat atas akak post dan dengan yang ini.  Satu set dulang macam ni RM69.90*. 


Hello u olls,

Baru-baru ini kawan akak mai jauh-jauh dari Amerika Syarikat.  Haa...nama dia Joey dan dulu dia pernah mai Malaysia untuk jalani program akademik di USM.  Dia punya jatuh cinta dengan Malaysia,  dia sign up satu program usahama Jabatan Pendidikan Malaysia dengan kerajaan US melalaui Embassy di Kuala Lumpur untuk jadi cikgu Bahasa Inggeris di kawasan pedalaman di Malaysia.  Awal-awal akak suruh dia sign up dekat Penang/Kedah,  dan dia dapat jadi cikgu kat KOKDIANG!  HAHAH kerlassss Joey ni.

So baru-baru ni, sempena dia duk ada kat Malaysia,  mak dia mai visit dia kat sini sebab sebagai cikgu dia pun duk cuti sekolah kan?  Masa kat Penang haruslah akak ajak depa berbuka puasa sekali.  Kami pi berbuka puasa di Lagenda Cafe Penang.

Akak pernah cerita pasai Lagenda Cafe dulu dan tempat ini menjadi cafe kegemaran akak.  SAPA SAJA KAWAN-KAWAN YANG MAI DARI LUAR PENANG,  kak mesti bawak mai makan kat sini!  


click read more





Ramadhan Nostalgia 
Pakej menikmati juadah berbuka puasa atas dulang klasik menyingkap nostalgia Ramadhan yang sebenar. 

Main Dish
Satu pakej boleh pilih 2 main dish daripada senarai berikut:
  • Ayam Percik
  • Ayam Rendang
  • Beef Rendang
  • Beef Bakar
  • Ikan Bakar
  • Ikan Bawal Goreng
  • Ayam Penyet
  • Ayam Masak Merah
  • Prawn Lemak
  • Sotong Masak Ink

Yang ni memang sedap gila.  Udang masak lemak.

Sotong masak ink!  Siries sedap wehs...........aku kata kat chef,  kalau pekena dengan nasi putih lagi surr ni!


Nasi kuning dan nasi biru.  Special resepi from Lagenda Cafe.


Ayam masak merah!



Hot Dessert
Dapat 1 pilihan hot dessert:
  • Bubur Hitam
  • Pengat Pisang
The ever delicious pengat pisang.


Special Adds Up
Juga dalam dulang ini akan disediakan bersama Acar,  Ulam-ulaman,  Kuih-Muih,  Fresh fruits,  Kurma dan Sago Gula Melaka.


Traditional Malay Kuih



Pudding custard dan sago gula Melaka.



Acar dan ulam-ulaman.


Buah-buahan & Kurma.  Sorry kat pisang tu ada kuah sambal sikit sebab Khafi dah terpegang before kami amik gambar.


Harga 
RM69.90** untuk 2 orang
1 pakej dulang ni boleh dimakan oleh dua orang.  Tapi bagi akak,  nak share tiga orang pun boleh sebab banyak juga potions dia.  Cuma kalau you olls nak tambah selera,  tambah la apa-apa order ala carte yang terdapat di sini.


Menu Ala Carte
Sekiranya hangpa nak tambah apa-apa menu sampingan di samping try depa punya Nostalgia Ramadhan pakej ni,  akak sangat rekemen!!!!  Hangpa boleh order macam-macam pilihan local favorites ataupun western fusion yang amat terkenal kat Lagenda Cafe ni.  Berikut adalah beberapa contoh hidangan ala-carte yang hangpa patut try (highly recommended by me!)  Semua makanan yang akak post kat bawah ni akak cilok gambar dari Facebook page depa...tapi siries wehs semua ni aku dah pernah makan dan memang sedap gilos! 

Deep Fried Mozarella RM21



Gado - Gado RM22



Asian Prawn Oglio RM28


Counter Hall Beef Burger RM24

Chicken Chop RM22


Suasana Yang Damai
Cafe Lagenda ni memang relaks santai sebab bangunan lama yang dulunya adalah sebuah kedai menjual aksesori emas,  tetapi lani diubah menjadi cafe di bahagian bawah dan hotel di bahagian atas.  Sebab tu akak sukaaaaaaaaaa sangat lepak kat sini.  Relaks dan santai!



Posing with Joey and his family from Minnesota,  USA.

Contact Info
Alamat : Lagenda Cafe. 43 Campbell Street, Penang MY (Look for Shanghai Hotel)
Reservation required : CALL 04-261 2293 / WHATSAPP 012-437 5449 (Tempat depa kecik,  so sangat-sangatlah perlu buat reservation dulu sebab takut penuh)
Facebook: https://www.facebook.com/cafelagenda/
Instagram:https://www.instagram.com/lagendacafepenang/

Trang Thailand 🔆 Seize The Day Part II

$
0
0

Hello u olls,

Hangpa mesti ingat kan?  Awai tahun lalu akak dah pi Trang,  Thailand sebuah daerah di Selatan Thailand yang terletak lebih kurang 1 jam sahaja dari Hatyai.  Ampa boleh baca artikel yang lepas-lepas pada link yang akak akan share kat bawah sekali.


Tapi masa tu,  hanya akak dan 3 orang kawan baik akak sahaja yang pergi ke trip itu.  Yaitu,  Yan India,  Kak Maya & Nizal Ghaffoor.  Selainnya adalah budak-budak koko'ot yang kami kenal along the way,  kalau ampa baca dalam catatan akak yang lalu,  akak ada complain pasai budak budak koko-ot ni yang jugak akak panggil gang New Boyz sebab duk feeling dressing macam nak pi Queensbay masa jalan-jalan kat tengok town.


So kali ini,  akak dan 11 ekor anak ayam akak semuanya terlepas ke Trang!  Taufiq Noor,  Danny Armizie,  Yuss Zulk,  Kak Maya,  Tengku Zaren,  Kak Pah,  Mijan,  Nizal & Shada and Abang Polis.  Memang meriah sangat-sangatlah apabila semua kepala zornen gila bergabung.


Kami plan untuk mai Trang sejurus selepas trip pertama berjaya.  Bajet untuk sewa hotel,  sewa van,  pemandu dan insurance hanya RM480 seorang.  Kami boleh bayar ansuran.  Semuanya untuk tiga hari dua malam.


Perjalanan dari Penang ke Trang bukanlah jauh sangat,  tapi kami stop banyak kali juga sebab ada sekor dalam team kami ni mempunyai masalah besiaq orang Penang kata,  setiap 2 jam dia kena kosongkan pundi kencing dia.


Actually gang kami ramai lagi,  tapi bukan semua boleh bagi komitmen.  Paham-pahamlah,  ada yang kena kerja,  ada yang plan dengan keluarga.  Tapi yang penting,  kami semua understanding,  tagline group kami "Semua dah dewasa kan....?"

click read more



Tapi akak terpaksa mengaku lah yang akak telah membuat dajal pada Taufiq Noor.  Apabila dia PM akak dan bagitau kemungkinan besar dia tak boleh pergi kerana komitmen kewangan yang mendesak,  untuk pecahan awal tahun 2017 dia sudah ada banyak perancangan untuk bercuti sendiri dan bersama keluarga.  Akak bagi jawapan simple sahaja kat dia "Takpalah Taufiq,  aku faham kalau hang tak mau pi.  Tapi biasalah,  group kita kan ramai pondan.  So hang tahan telinga sudahlah," begitulah ayat psikologi yang akak berikan padanya.  Dua hari lepas tu,  Yan India dah update Taufiq Noor dah bayar deposit RM200.  HAHAHAHAHAH Ya Allah deni takdak pendirian hidup sungguh.


Beberapa minggu sebelum percutian menjelang,  hati jadi berdebar-debar.  Tak sabar nak pi menggila-gila ni.  Tapi akak buat cool jer,  banyak kali akak sarankan dalam Whatsapp Group kami.  "Jangan eksaited sangat,  buat relaks jer," pastu akak pun ada juga habaq kat laki akak.  "Aku nak buat busy sampai datangnya minggu percutian tu,   lepas tu aku nak enjoy puas-puas," sekali nenjia aku betui-betui jadi busy before percutian bermula.  PS,  time tu hotel-hotel dah start jemput akak untuk mai review depa punya pakej buka puasa.  So bayangkan?


Sepanjang perjalanan memang meriah,  kami menyanyi-menyanyi dan menyanyi,  ada kalanya kami makan kudapan tapi ada juga pada kelapangan yang lain kami adakan sesi carut mencarut.  Mampuihlah panaslah telinga-telinga yang mendengar.  Tukang carut?  Tak lain tak bukan Kak Danny Armizi Manyara Sarafina dan of course Mak Ayam JS a.k.a Achi Keriau.  Terlena,  makan,  nyanyi,  carut pastu terlena balik.  Nizal tak mencarut,  dia kira Yang Dipertua Speaker Dewan,  duk buka topik dan rencana cerita.


Tapi alhamdulillah perjalanan kami semua selamat takdak sangkak!  Semuanya damai dan berjalan lancar.  Mungkin sebab kami semua pun jenis kepala otak sporting dan cool.  Perjalanan kami lebih kurang macam ini:

Sabtu,  13 Mei
4 pagi - Bertolak dari Pulau Pinang.  Ada 3 tempat berkumpul yang rasmi,  Kg Melayu, Paya Terubong dan Seberang Jaya.  Tetapi entah macam mana,  ada satu terbabas bangun lambat dan kami terpaksa amik dia di rumah dia.  Jari tengah betui.  Dia kata,  alasan dia makan banyak empat ketul daging burger semalam.  Haaaaaaaaa....sedap sangat burger depa.

7 pagi - Tiba di Petronas Changlun.

8 pagi - Selamat cop keluar border Malaysia dan Thailand.

10 pagi - Tiba di Hatyai.  Makan di gerai makan bernama Malek (pastu tulisan-tulisan Siam).  Makanan dan minuman dia lambat nak siap,  semuanya dia buat satu-satu.  Macam makan kat fine dining restaurants plaks.  Tapi rasa dia memang puas hatilah!  Standard makan kat Thailand kan,  pernah ka tak sedap?  Kat gerai makan Malek ni,  semua orang sibuk nak check in time ni,  sebab kat cafe ni ada Wifi.  Biasalah semua tempat pelancongan di Thailand ada wifi kan?

11 pagi - Aktiviti berurut.  Kan akak kata,  for the past two weeks badan memang dah lembik dah sebab banyak aktiviti dan kerja akak kena buat.  Punya simpan badan sebab nak urut di Thailand.  Kami pi kat sebuah kedai urutan yang terdapat di Hatyai.  Ada yang amik private room sebab segan nak urut depan kawan-kawan lain (duk buat macam badan elok macam mana ka),  ada yang amik bilik secara berjemaah.  Tapi yang lawaknya,  semua orang yang nak urut aku,  bila masuk bilik,  depa keluar balik sebab takut kot tengok saiz aku punya besaq pastu depa confused,  deni lelaki ka perempuan.  Last sekali mak dapat tukang urut anak ikan elok dia pun urut amatlah sedap sekali.  Lepas kena urut,  terus rasa macam nak boleh buat tarian ballet.

Lepas berurut terus boleh pose macam Ariana Grande kan?


2 petang - Bertolak ke Trang.  

4 petang - Singgah di kedai kek apa ka.  Van mula jadi panas sebab gas aircond macam dah kurang macam mana ka.  Aku duk mai rasa berlengaih dah sebab berpeluh sebab berkuap.  Ditambah pulak sepatutnya dulu lebih kurang pukul 11 am waktu tempatan kami dah sampai kat Trang,  tapi this time sebab berhenti lama di Hatyai untuk berurut bagai.  Haaaaa dah petang tak sampai Trang lagi.

Akak mula mengamok-ngamok dan memaki hamun.  Semua anak-anak ayam mula menjauhkan diri secara senyap.  Paling ketara,  bila aku pi duduk dekat Yan India,  nak komplen sebab panas dan pasai pa tak sampai kat Trang lagi?  Secara perlahan-lahan Yan India pun berlalu pergi meninggalkan akak mengomel kesorangan.  Celaka betul penakot ni,  tak guna hang berkawan lama dengan pondan tapi penakot dan takdak confident,  tak boleh nak handle kena carut dengan marhayam JS.  

5 petang - Selamat tiba di My Friend Hotel,  Trang.  Kami semua check in di bilik masing-masing.  Akak duduk sebilik dengan Shada adik Nizal.  Kami mandi pastu terus bersiap untuk pergi beli makan di Chan Chala Night Market yang terletak di depan hotel kami.   Macam pi buka beli juadah berbuka puasa,  semua orang pun membeli belah.

Akak belajar dari pengalaman dulu,  akak bawak 300 baht sahaja duit dalam tangan.  Tetapi boleh beli macam-macam!  Itu pun,  Marhayam Danny Armizi dah sibuk tarik lengan akak "Sudah sudah nyah.  Hang bukan nak beli kenduri mohreh kat mesejid."

Malam itu,  kami semua duduk santai makan di perkarangan lobby hotel di mana mereka memang sediakan meja-meja kayu jati yang selesa.  Kami makan dan makan.  Lepas makan,  apa lagi..........SEMUA LENA!!  Hahahahaa....

Ahad,  14 Mei 2017
2 pagi - Akak terjaga dari tidur,  berjalan masuk ke connecting room di mana Nizal dan Yuss Zulk tidur.  Akak terkejut sebab tengok Nizal dah bangun,  bila dia nampak akak dia kata "Pi tidur balik mak ayam...awai lagi...." HAHAHAHAHAH disebabkan kami semua tidur sangat awal semalam.  Tiba-tiba 2 pagi akak dah boleh bangun dan mata jadi segar.

7 pagi - Semua siap dan pergi pekena kopi di sebuah kedai kopi yang terletak dekat dengan hotel kami.  Kami pekena kopi dan cream caramel cake dia yang sangatlah sedap.

9 pagi - 5 petang - ISLAND TOUR!  Time ni kami buat balik aktiviti macam hari tu lah.  Naik boat ke pulau-pulau untuk snorkeling dan paling menarik kami ke Morakot Cave di mana kami berenang masuk ke dalam sebuah pulau dan di dalamnya kami terjumpa sebuah pantai tersembunyi.  Kali ini LEBIH BEST sebab hanya group kami sahaja yang ada kat secret beach tu.  Ya Allah memang best sangat enjoy berenang dengan damai tanpa orang terlanggar kepala hang pastu kami semua sakan duk posing.  Paling sakan posing adalah Marhayam Danny Armizi la....gila hang dengan bikini H&M semua.

Pintu masuk ke Morakot Cave,  ampa boleh baca artikel penuh dalam artikel yang akak share link kat bawah.

6 petang - Selepas selesai island tour,  kami dicadangkan oleh pak supir dan pemandu pelancong kami dari Thailand untuk melawati satu lagi pasar malam yang terletak di bandar Trang.  Kami pun okay jer!  Nama Pasar Malam ni adalah Centrepoint Nightmarket.  Tapi siriesly,  Chan Chala Night Market lebih bestttttttttttttttttttttttttt.......in term of rasa-rasa makanan yang ditawarkan dan juga pilihan makanan halal.  Masa jalan ni,  Nizal ada tanya kat aku "Pasaipa semua orang duk tengok aku?" Aku pun kata "Gila takkan orang tak tengok hang sikit punya besaq ka........tengok la orang kat sini ketot ketot macam mana!"

8 malam - Kami berpecah kepada beberapa tim.  Ada yang duduk dalam bilik lepak bersembang pillow talk,  ada yang duduk lepak tengok TV Siam yang menawarkan semua rancangan filem Siam dengan translasi Bahasa Siam (pening noks tengok Guardian Galaxy bahasa Siam).  Mula-mula akak join group yang buat pillow talk,  tapi macam mana ka Mijan panggil akak untuk join group yang duk seronok main game gelak-gelak kat lobby.  Game yang depa main adalah song roulette.

Cara dia macam ni,  seorang akan pilih satu topik.  Pastu semua orang kena nyanyi apa sahaja lagu yang mengikut topik yang diberikan.  Jika gagal untuk nyanyi lagu ikut topik yang ditetapkan,  hang kena makan satu suap seafood salad yang super duper pedaih gila!  Mula-mula hang makan boleh la tahan,  tapi makan lama,  mulut hang pedih kot!  Aku makan seafood salad tu banyak la malam tu aku pi masuk jamban sampai berapa kali......Memang lawak main game ni,  ampa kena try.

Tapi last-last seafood salad ni kami tak boleh bagi habis juga,  bagi kat Kak Ren dia makan siap hirup soup pedaih tu macam biasa.  Celaka punya Kak Ren lidah tahap takdak sensory pedas.


7 pagi - Kami semua bertolak balik ke Penang.  Tapi sekali lagi kali ini,  kami singgah di Hatyai.  Kami kembali ke beauty spa yang kami pi hari itu. Tapi kali ini,  ramai yang buat facial treatment pulak.  Akak pun buat juga u olls,  sambil urut kaki.

3 petang - Tiba di Danuk,  sempadan Malaysia Thailand. Ada yang amik kesempatan pi ronda-ronda beli buah tangan tetapi kami yang berat-berat juburi ni semua,  terus cari spot meletops di sebuah gerai daging bakar yang sumpah sedap gila babi wehs!  Sapa yang masuk Thailand dengan drive sendiri,  akak sangatlah rekemen u olls semua untuk berhenti pekena set nasi putih,  daging bakar,  sambal belacan,  ulam-ulaman pastu order tambah soup daging.  Ya Allah sedap gila.  Kenapalah aku kena tulis artikel ni time bulan puasa?  Tahi!

WHY! WHY!  Hangpa kalau masuk Danuk,  cari gerai-gerai bawah payung yang terletak seberang jalan dari The Vista Hotel.


8 malam - Alhamdulillah,  akak sampai rumah dengan selamatnya.  Yang lain-lain di Penang semuanya kembali ke rumah masing-masing.  Fadzli dan Mijan,  terus naik bas ke Kuala Lumpur sebab mereka tinggal di sana.  Yuss dan Azren drive balik ke Kuala Kangsar dan Kampar pula.  Ya Allah terima kasih kawan-kawan yang terpaksa go extra miles semata-mata untuk bersama-sama dengan kami semua.

Itu sahajalah yang akak nak share dengan kalian semua.  Kalau nak tengok gambar secara terperinci semasa trip kali ini,  kalian boleh tengok kat sini  :  Facebook Photo Album


Untuk rujukan untuk tempat-tempat yang kami pergi kali ini,  boleh rujuk pada artikel yang akak dah buat sebelum ini (trip pertama) sebab kami pi semua tempat yang sama ja u olls!

Catatan Kembara ke Trang, Thailand
Chan Chala Night Market, Trang Thailand
My Friend Hotel, Trang Thailand
Jelajah Gua Morakot Semasa Island Hoping di Trang, Thailand


ps/  Ini adalah trip percutian bersama kawan-kawan yang paling besttttttttttttttttttt sekali dalam hidup akak!  Terima kasih kawan-kawan semua sebab bagi satu pengalaman yang tak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Ulasan Fesyen Raya 2017 #fesyenraya2017

$
0
0

Hello u olls,


Masa awal Ramadhan time orang duk busy ada la sorang anak ayam ni nama Haneem duk sibuk whatsapp I olls, dia duk PM bagi gambar baju-baju raya pelik yang dia jumpa dalam Instagram semasa dia duk browsing cari inspirasi nak beli fesyen baju raya macam mana. Bila aku tengok masya allah, ni baju raya ka costume Halloween?


Untuk orang yang gila nak ikut trend fesyen dan make sure dia pakai baju raya yang paling meletops sekali,  tapi sayang depa punya taste fesyen tercipta melalui trend-trend fesyen yang disajikan oleh pengusaha fesyen di Malaysia,  Singapura dan Indonesia ni,  akan ikut sahaja secara memkhinzir buta dan secara tak langsung,  dia terperangkap dalam lokap fashion police.


Tapi itu adalah hak masing-masing.  Artikel ni bukan semata-mata nak fire mana-mana rumah fesyen yang menjual mahupun si pemakai itu sendiri.  Akak tulis ini adalah berdasarkan pemerhatian dan semoga perkongsian ini akan memberikan pandangan yang berbeza kepada pengikut dan penggemar fesyen sekalian.  Tak salah nak ikut trend,  tapi sejauh mana?


Setiap tahun akan ada trend-trend tertentu yang menjadi ikutan. Seperti biasa, orang Malaysia dia akan ikut artis. Dari zaman dulu lagi, apa yang artis pakai, semua ibu ibu dan kakak-kakak berebut nak pakai. Yang nenek-nenek sekarang pun, jangan duk nak mengata sangat wanita zaman kini, you olls pun dulu-dulu apa Saadiah atau Sarimah pakai, kebaya lipat depan, lipat tepi, semua ampa ikut jugak kan?


Baiklah jom tengok apakah trend-trend yang menjadi ikutan 2017!

click read more




Feather
Haaaaa tak pasai-pasai semua orang duk gila pakai feather.  Depa nak bubuh kat tudung,  bubuh kat baju,  bubuh kat area peplum.  Siriesly!!!!!!!  Kalau kat Eropah,  bulu-bulu ni akan keluar time Winter sahaja.  Ni kita yang duk panaih lit lit, duk feeling bulu macam mana pulak?  Aku rasa yang duk start bulu-bulu ni adalah apabila di pakai oleh para retis untuk gaya fesyen mereka di pentas ataupun red carpet,  macam mana boleh masuk ke gaya hari raya ni?

Pastu yang aku duk pelik,  macam mana hangpa gigih nak basuh baju-baju dengan feather tu semua?  Hangpa sanggup pi dry cleaning la?  So for those yang sangkak-sangkak ni,  boleh la pakai baju kurung feather tu dua tiga kali,  baru pi dry cleaning.  Pastu barulah hangpa pi basuh kan?  Aiiyer.

So for me,  big no no of feather.  Unless,  hangpa pakai untuk buat persembahan di atas pentas bersama Hail Amir sambil mendendangkan lagu-lagu raya kepada tetamu.





Luna Maya Exclusive
Tiba-tiba nama Luna Maya yang popular kerana video lucahnya kini menjadi ikutan para hijabis di Malaysia?  WTF.  So lani aku nak tanya,  ampa pakai tudung,  feeling sisters in Islam,  pastu pakai baju kebaya tema Luna Maya Exclusive?  Soalan akak,  so nanti ampa masuk syurga ka neraka?

Ada dua tiga macam fesyen yang diberi nama Luna Maya Exclusive ni.  Tapi semua style kain polos,  peplum macam mana ka,  kain duyung.  Ada sesetengah tu yang ada bulu-bulu sikit.  

Tapi semua pilihan dalam koleksi Luna Mata Exclusive ni aku tengok duk mai pelik-pelik.  Warna pun duk mai pastel semata,  takdak kepelbagaian.  Pastu kot situ peplum.  kot sini duyung,  kot sini rambu ramba....ampa ni sah sah time raya ampa duk nganga pi beraya rumah orang ja.  Takdak nak buat kerja tolong-tolong basuh pinggan apa semua.



Jubah Kemban a.k.a Rope Dress
Kalau dulu,  trend jubah ala ala Arab.  Semua orang duk gila beli aku pun ada dua tiga pasang dalam lemari haram ada yang pakai dua tiga kali sahaja,  sekarang ni duk mai satu trend aku panggil sebagai Jubah Kemban.  Jubah kemban ni dia kira macam jubah,  tapi kalau nak pakai hang kena ikat kot sana,  kot sini,  ala-ala wrap dress + jubah.  Kalau Diane von Furstenberg tengok dia akan menangis!  Menangis,  pastu dia akan baling asid kat ampa semua.  

DVF adalah fashion designer pertama yang memperkenalkan gaya fesyen wrap dress kepada dunia.  Jadi sekarang ni dah ada macam-macam ikutan dan juga olahan yang dibuat.

Pada akak,  konsep ni sangat urban.  Sebab si pemakai akan nampak santai dan cool,  tetapi ada beberapa rules yang perlu dipatuhi.

Pertama,  tak semua bentuk badan sesuai pakai jubah kemban ni.  Sapa yang kuruih kedekiah yang jenis pungkuk pun takdak,  tetek pun harap baju dalam sponge,  yes,  engkau adalah manusia lidi yang paling sesuai memakai jubah kemban.  Ini adalah kerana,  wrapping pada dress ini akan mewujudkan layer pada tubuh badan you olls.  Kalau memang jubah yang u olls beli tu propotion kain dan ikatan dia betul,  secara tak langsung badan you olls yang kurus keding akan tiba-tiba nampak macam body voluptuous secara serta merta.

Kedua,  kepada you olls yang memakai tudung.  Make sure jubah kemban ini mempunyai panjang dan labuh yang mengikut kehendak syariah.  AHAHAHA.  Ada aku pernah jumpa dia feeling pakai jubah kemban,  pastu duk terselak sana sini,  so dia kena pakai inner,  pastu kain dia ikat punya singkat sampai setengah betis.  Apakah?






Peplum
Gaya peplum ni orang tak jemu-jemu lagi nak pakai.  Tapi macam yang i olls duk habaq dari dulu,  kalau nak pakai peplum kena lah sesuai dengan gaya.  Sapa yang badan agam macam akak,  lagilah kalau boleh elakkan memakai peplum yang terlebih alunannya sebab badan kita sudah cukup banyak volume tak perlu kita nak tambah lagi.

Tapi peplum kali ini duk mai lagi agresif!  Akak perasan dalam beberapa koleksi,  ada penjual fesyen yang meletakkan some sort of tetulang pada hujung peplum membuatkan peplum tu macam naik elok macam mana ka.  





Ruffles
Ruffles ni adalah gaya fesyen Beyonce sekitar tahun 2008.  Tapi lani baru kita nak pakai balik.  Kalau kena pada gaya,  ruffles boleh membuatkan sesuatu pakaian itu nampak seksi dan menarik.  Tetapi macam mana bila ruffles cuba dimasukkan dalam gaya baju muslimah memang pelik sebab ampa pi buat design ruffles yang longgar-longgar macammana ka.  Tak ka nampak macam kain langsir duk beralun kat tepi tingkap?  


This is what happen when you trying to immitate Beyonce but you want to remain Muslimah.  Intripitasi ruffles yang akhirnya menjadi macam kain lapik-lapik macam mana ka.


Macam kostume boria pun ada kan?


Peplum + Ruffles
Peplum pun dia nak bubuh ruffles pun dia nak bubuh.  Sapa yang pilih baju ni,  hang baik tak payah beli baju raya,  hang pi beli skirting makcik katering duk pakai bubuh kat meja makan kenduri kawen tu.  


Kebaya Klasik
Trend ni akak suka!  Potongan klasik yang banyak juga dijual.  Basically style ini adalah kebaya labuh yang ada pleated kat depan tu.  Cantik kalau dibuat dari kain warna polos dan dipakai dengan kerongsang besar / dokoh.  Sapa yang nak invest kebaya potongan klasik ni,  akak sokong.


Antara contoh yang baik.

Kesimpulan
At the end of the day,  tolong lah jangan jadi mangsa fesyen.  Punya nak ikut trend,  nak ikut sangat pakai baju jenama mewah yang dijual oleh pereka fesyen terkenal sampai nak layan tetamu di hari raya pun jadi sukar.  Sudahlah hang sendiri terseksa,  kami-kami tetamu yang memerhati pun rasa macam nak pi bakar baju hang kat situ juga.

Selalunya orang-orang macam ni sama ada memang depa dah biasa pakai pakaian mewah,  ataupun depa duk berlumba-lumba nak prove kat adik beradik dan sedara-mara di hari raya yang depa tu kira habih bergaya la dan paling KEYEELLL sekali dalam semua.  Akak kesian tengok orang-orang macam ni,  tapi nak buat macam mana,  at the end of the,  tepuk dada tanya selera.

Ada banyak rumah fesyen yang menampilkan gaya hari raya yang kekal klasik dan mewah!  Go for that,  berapa pun duit hang perabih untuk gaya baju macam tu,  baju tu akan kekal relevan dan cantik sampai bila-bila.

Dikongsikan gambar baju raya tahun lepas.  Feeling buat baju salwa khamees (a.k.a Punjabi suit) menggunakan kain saree yang kawan akak beli from India.  Walaupun akak sangat suka baju ini,  selesa dan senang buat kerja,  tetapi akak dikecam oleh sedara mara dan kawan baik akak sendiri "Ni hari raya ka Deepavali?" Susah betul nak jadi rakyat Malaysia yang sejati macam akak ni.
Tahun ini,  baju kurung biasa sahaja.  Nanti kita posing ya.

Review Film Baahubali: The Beginning & The Conclusion

$
0
0

Hello u olls,


Okay hari ini akak nak cerita pasai filem Tamil.  Dah lama akak tak buat review filem Tamil.  Filem ini bertajuk Baahubali,  the one with strong arms.  Actually cerita yang dikisahkan dalam filem ini bukanlah epic agama Hindu ataupun tertulis dalam mana-mana catatan sastera lama,  tetapi merupakan kisah rakyat yang diceritakan oleh orang-orang tua.  Cerita ini ditulis dalam bentuk skrip hasil daripada cerita yang dipeturunkan oleh datuk pengarah filem ini sendiri iaitu sutradara S. S. Rajamouli.


S. S. Rajamouli adalah seorang pengarah yang disegani dengan keberaniaanya mengadaptasi hikayat dan kisah rakyat ke layar perak.  Antaranya Eega,  sebuah filem tentang seorang lelaki hensem yang meninggal dunia di usia muda tapi nyawa dia dimasukkan ke dalam jasad seekor lalat.  Interesting right?  Akak tak pernah tengok lagi filem tu,  nanti nak kena cari.


Filem Baahubali ni akak boleh kata lebih kurang macam Lord of The Rings versi Tamil la sebab dia ada dua siri dalam cerita ni.  Mula-mula dia keluar yang The Beginning,  lepas dua tahun baru dia keluarkan filem kedua.  Susunan cerita yang menarik (sebab dia letak suprise di belakang),  lakonan yang baik,  costume yang cantik,  sinematografi dan efek yang meletops menyebabkan filem ini diperkatakan dengan hebat dan mendapat sambutan hebat di seluruh dunia.  Cuma lagu jaa akak rasa kalau bagi kat AR Rahman,  mesti lagi hit.


Macam mana akak tau filem ni?  Ini adalah lawak,  akak perasan,  kawan akak Nizal Ashriff penah komen kat Facebook akak pakai sticker komen.  Selalu sticker komen kat Facebook kan ada macam-macam kita boleh download,  yang popular adalah seperti kucing warna grey tu,  pastu gambar-gambar pompuan bagi semangat macammana ka,  pastu tiba-tiba kawan aku bubuh sticker komen gambar kartun wanita India klasik.  Macam comel!  Pastu aku pun pi carila stiker tu apa,  dan aku pun baru tau sticker tu sebenarnya inspirasi filem Baahubali ni.



Bila akak tau pasai filem ni,  kedua-dua siri filem ini telah dikeluarkan di layar perak.  So review yang akak bagi adalah berdasarkan kedua-dua filem sekali gus.
So jom baca pasai movie ni!

click read more



Sinopsis
Bahagian satu bermula dengan menunjukkan seorang perempuan yang kena panah kat belikat,  tapi duk gagah berlari dukung seorang bayi.  Dia kena hambat dengan orang jahat,  tapi dia boleh fight dengan orang jahat tu and bunuh depa.  Pastu dia nampak kampung di kejauhan,  dia nak lari pi kat kampung tu,  dia terjatuh dalam sungai.  Dia macam nak hanyut dah,  tapi dia mintak doa kat Tuhan Parameswara,  dia kata "Hang kena selamatkan baby ni.....untuk kesejahteraan bangsa dan negara," aku pandai-pandai translate bagi senang faham la.

So last last dia mati ditenggelami ayaq sungai yang deraih tu!  Tapi Tuhan bagi badan dia straight keraih dan tangan dia pegang bayi tu tak tenggelam duk ada atas ayaq!  Bab ni memang macam tak lojik sikit tapi kita sebagai penonton kena pikiaq beyond lojik.  Ini adalah cerita fiksyen,  mungkin ada fahaman simbolik yang kita kena kaji di situ.  Pas tu,  orang kampung nampak baby duk terapung atas air sungai,  depa pun mai selamatkan dia.  Pastu depa bela dia sampai dia besar.

Inilah scene macam mana budak tu dipegang atas ayaq.

Dipendekkan cerita,  bila dia dah besaq dia diberi nama Shiva dan dia pun membesar menjadi seorang pemuda yang gagah.  Tetapi dia bercita-cita nak panjat gunung dan tengok dunia yang ada di atas puncak air terjun yang jatuh dari puncak gunung tu.  Hari-hari dia akan cuba untuk daki gunung tu,  sampai mak dia pening pasai pa dia suka sangat kat gunung tu.

Last-last dia dapat naik ke puncak,  dan dia jumpa dengan satu puak yang hidup dalam hutan dan seluruh kaum dalam puak tu sanjung dan menghormati dia!  Dia pun pelik,  pasaipa semua orang sokong dan sanjung dia!  Siapa dia sebenarnya?  Pasaipa orang hormat dia?

So bab tu akak tak mau sambung dah.  Hangpa kena pi cari sendiri dua cerita ni,  ada kat youtube bahagian satu dan bahagian dua.  Bahagian satu adalah cerita yang akak cerita secara ringkas di atas,  bahagian dua akan menceritakan kenapa dia dihormati dan disanjungi dan siapa sebenarnya budak yang diselamatkan atas permukaan air sungai ini.

Pasaipa Aku Suka Filem ni

  • Sebab aku memang peminat filem-filem epic fictions macam Lord of the Rings & Harry Potter tu semua.
  • Sebab NEELAMBARI AUNTY berlakon dalam filem ni.  HAAAAA......sapa yang peminat filem Tamil akan kenal sapa Neelambari Aunty watak yang dilakonkan oleh pelakon veteren Ramya Krishnan.  Watak Neelambari ni adalah seorang pompuan jahat yang cuba goda Padaiyaapa tapi dia kalah dengan orang gaji dia sendiri.  18 tahun dia simpan dendam kat Padaiyappa sebab tolak cinta dia.  Aku sukaaaaaaaaaaaa lakonan Ramya Krishnan ni.  Dia cantik tapi muka dia macam pompuam pirasyat.



    Ramya as Neelambari aunty.  Masa ni nyanyi lagi Minsara Poove.  Gila aku suka kot lagu ni siap hafal lirik.



    Ramya as Queen Sivagami.  Still cantik meletops.  Aku amik gambar ni sebab aku suka macam mana dia as woman take charge duduk atas takhta untuk jaga dua dua budak atas riba dia.

  • Selain Ramya Krishnan,  sorang lagi hero lama yang berlakon sebagai Kattapa seorang hamba dalam filem ini adalah Sathyaraj.  Mula-mula aku takperasan,  tapi bila tengok lama-lama baru perasan.  Dah tua dah dia ni pun!  Dulu dia hero laaa...


    Sathyaraj time muda.  Ampa mesti perasan muka di dia hero dulu-dulu.


    Sathyaraj as Kattapa.  Lakonan yang sangat baik sekali!
  • Effect yang cantik dan kualiti filem yang sangat clear dan real.  Puas hati la!



Fakta Menarik Mengenai Filem Ini


  • Industri filem di negara India sangatlah besar dan membangun dengan pesat kerana mereka mempunyai banyak bangsa dan orang India sendiri support industri mereka.  Tetapi dalam banyak-banyak bahasa,  bahasa Tamil dan Hindi yang selalunya mendapat tempat di hati peminat filem India.  Tetapi ini adalah pertama kali filem dari bahasa Telegu mendapat tempat yang istimewa di hati peminat India sampai meresap kepada seluruh dunia.
  • Pelakon utama yang memegang watak Baahubali ni bernama Prabhas memberikan komitment penuh selama 5 tahun untuk focus kepada filem Baahubali ini sahaja.  Dia tak amik mana-mana offer berlakon dalam filem lain!  Bukan ja tolak untuk buat projek lain,  depa habaq,  dia nak kawen pun dia tangguh sebab nak bagi settle project filem ini.
  • Visual effect yang digunakan dalam filem ini memang kau kau punya meletops setanding dengan kualiti yang dibuat oleh filem Hollywood. Sebab tu depa duk dapat banyak anugerah.  Semua kerja-kerja CGI dibuat oleh syarikat komputer tempatan India.  Tetapi untuk perfectkan bahagian effect sungai tu sahaja mengambil masa lebih kurang dua tahun.  Dahsyat betui.
  • Ada satu plot di mana kerajaan baik akan fight dengan satu kaum barbaric iaitu
    kaum Kalakeyas.  Kaum ni macam ada bahasa sendiri.  Style ada bunyi-bunyi 'klik' macam bahasa Khoisan yang digunakan di Namibia.  Bahasa kaum Kalakeyas dalam filem ini dicipta oleh Madhan Karky khas untuk penulisan skrip filem ini.  Ini adalah pertama kali dalam sejarah filem India,  bahasa baru dicipta! Macam bahasa kaum Navi dalam filem Avatar.




    Kaum Kalakeyas yang cakap bahasa baru tu.
  • Antara filem yang menelan belanja yang amat besar sekali dalam sejarah pembikinan filem di India.  Aku duk try convert dari Indian Rupees ke USD ke MYR,  rasa macam salah ja,  tapi ampa pi check it out sendiri lah.  Berjuta-juta USD.
  • Filem ni tak cerita banyak pasai isteri kepada datuk Shiva.  So mungkin,  ini akan diceritakan secara lanjut dalam filem ketiga.  Yes,  telah diconfirmkan akan ada filem ketiga.
  • Untuk memastikan filem kedua tidak terbocor dalam internet,  pengarah filem ini dengan gigihnya pi shoot dan edit scene lain untuk mengaburi mata peminat.  HAHAHA gigih.

Okay kat bawah ni akak bagi kat ampa filem Baahubali part II.  Yang ni yang cun dan ada subtitle sekali.  Untuk yang begining tu ampa kena pandai pandai cari sendiri.

Baahubali (The Conclusion)

Perasmian Butik Lynn Andres Scarf Penang

$
0
0
Akak dan founder Lynn Andres Scarf,  Noor Azlin Razali.  Akak pun pakai tudung jenama Lynn Andres Scarf.

Hello u olls,

Baru-baru ini akak telah dijemput oleh Lynn Andres Scarf untuk majlis perasmian fizikal butik di Penang.  Memang kagum sekali dengan founder jenama tudung Lynn Andres Scarf ni,  Noor Azlin Razali adalah anak kelahiran Pulau Pinang yang memang sangatlah berbangga dengan asal usulnya siap dekat website rasmi dan beberapa diskripsi produk Lynn Andres Scarf  diterapkan elemen-elemen Pulau Mutiara ni.  Respek!


What I like?
What I like about collection Lynn Andres Scarf adalah setiap satu koleksi adalah daripada hasil pilihan kain,  corak dan gaya yang teliti.  Bukan semata-mata beli kain banyak-banyak dan letak label.  You olls yang memiliki tudung Lynn Andres Scarf memang boleh nampak dan rasai ke-ekslusifan setiap koleksi.

Antara koleksi yang sudah dihasilkan adalah Ammara Semi-Instant,  Ana Maria,  Andrea Lace,  Beatriz,  Denim,  J'adore,  Dolce Vita,  Senorita & Thalia.  Tak lama lagi depa akan keluarkan beberapa koleksi lagi.

Kat bawah ni akak ada amik gambar koleksi tudung depa atas display,  tapi ampa nak tengok lebih dekat,  pi tengok kat website depa teruih:  https://lynnandres.com/





Click read more












Koleksi Denim
Buat masa ni akak dapat try selesai tudung dalam koleksi Denim.  Siries aku suka!  Dia panjang juga dan sangat lebar,  nampak macam kain jeans tetapi lembut dan jenis cotton yang tak panas,  senang nak bentuk dan very the versatail.  Sebab sesuai pakai pi office dan santai.  Hangpa boleh tengok beberapa gambar akak duk pakai tudung Denim warna Iron Blue oleh Lynn Andres Scarf.  Harga RM89.00 sehelai.

Memang lepas ni duk taram nak beli Dolce Vita tapi kena sabar sat sebab lani kan duk bajet nak pindah.  No more shopping sesuka hati.

Kotak dia cun warna terang! Pink dan biru.

Nasi kandar!


Ini gambar akak pakai tudung Denim tu.  Memang selesa.  

57 Sri Bahari
Okay, let's talk about fizikal store Lynn Andres Scarf yang terletak di Jalan Sri Bahari betui betui di tengah bandar Georgetown. Bangunan khazanah ni memang sangat strategik dan yes!, butik depa sangat cantik dan comels u olls. Hangpa boleh tengok hasil dekorasi dalaman yang dibuat sendiri oleh founder yang santai,  relaks tetapi urban.  Sesuai dengan koleksi tudung yang ditampilkan oleh Lynn Andres Scarf.

Noor Azlin dan suami a.k.a Abang Sado.

Semasa perasmian.  Meriah depan kedai sebab masa ni kan hari launching.

 


Eh....basikal!



 
Baguih kan?  Kayu katil pun boleh buat tempat gantung baju.  IDEA BERNAS!



Idea kerusi tu memang meletops.  Pastu yang telephone booth tu,  depa tempah khas tau untuk kedai!  Menarik.


Yang ni pun akak suka juga.  Lukisan mural P Ramlee dan Saloma.



Media Indonesia
Haaaaa lagi yang membuatkan akak bangga adalah,  jenama tudung Lynn Andres Scarf dah berjaya masuk pasaran Indonesia u olls.  Dah beberapa kali tudung milik Lynn Andres Scarf telah dipaparkan dalam majalah fesyen Muslimah yang terkenal di Indonesia iaitu Noor.

Sebab tulah founder Lynn Andres Scarf  duk habaq kat akak,  dia punya customer banyak orang antarabangsa.  Macam mana nak galakkan orang lokal pulak tau dan beli produk dia?  Haa..sebab tu nak kena share benda ni kat hangpa.








Meletops
So u olls semua dah tengok kan kedai dan juga akak pun dah cerita sedikit sebanyak mengenai koleksi Lynn Andres Scarf ni kan?  So lani ampa pi check it out website dan Facebook depa semua!


Contact info
Call 04-261 0455
Whatsapp +60174138808

Alamat
57 Sri Bahari Rd, Georgetown, Penang. Malaysia

Social Media


AR Rahman vs Will I Am

$
0
0
Saja la nak share lagu Will I Am yang diinspirasikan daripada lagu runut bunyi untuk filem Tamil hasil karya AR Rahman.  Meletops!


Versi WIll I Am

Versi Asal

Ulasan Gossip Artis Terkini

$
0
0

Hello u olls,

Blog gossip artis paling popular apa dia?  Mestilah Beautifulnara.  Aku paling suka ni sebab dalam banyak-banyak blog gossip dia punya lay out paling tersusun,  kemaih dan senang nak scroll.  Walaupun tak bukak selalu-selalu tapi sekali-sekali tu kena bukak juga barulah kita tau apa duk jadi dengan industri seni tanah air kan?  HAHAH jari tengah la Kak Yuss hang tok sah duk buat macam hang bagus sangat nak kata hang paling support industri seni tanah air kalau contribution hang semata-mata tak pernah miss tengok rancangan Mentor.  HAHAHAH

Baiklah,  hari ini akak dengan rajinnya nak buat ulasan ringkas mengenai gossip terkini yang akak baca dalam website Beautifulnara untuk 30 page terkini yang baru sahaja akak khatamka.

Okay jom baca ulasan ringkas akak.

Julia Perez Meninggal Dunia
Terkejut noks mak tengok ratu seksi ni dah meninggal dunia.  Innalillah hi wainnailai hirojiun.  Semoga dia tenang di sana.


Marka baru Hans Isaac 
Haa elok marka baru Dato' Hans Isaac nama Gabriella.  Nama macam akaun Tagged aku dulu-dulu,  ehhh!  By the way happy la Dato' Hans ni akhirnya dapat kawen juga.  Dah berapa kali duk kena dump dengan pompuan-pompuan impian Malaya.  Erra Pazira,  Neelofa.....


click read more




Shahir kawen Erra Pazira
Akhirnya nak kawen juga.  Manusia taste macam-macam,  ada yang memang taste depa kat MILF.  Shahir mengikut jejak langkah Zain Che Ta.  Why not?

Jep Sepahtu kawen Sari Yanti
Aku baru tau Jep Sepahtu kawen dengan Sari Yanti.  HAHAHAHA Baguih pastu duk bangga la lani bini dia pakai tudung sepenuhnya.  Dahsyat la depa ni duk kawen dengan artist semua meletops.  Shuib pun dapat Siti Sarah.  Halaaa.....pak lawak style kaya mewah semua.  Sayang Emma Maembong ja tak sempat nak kawen dengan Zizan.


Yuna nak Tunang
Kerlas Yuna tak lama lagi akan bertunang dan bernikah. Cayalah. Tahniah juga Yuna sebab dicalonkan dalam anugerah Centric Awards melalui BET Awards (Black Entertainment Television) award - Awards ni kira untuk adik-adik beradik akak semua la. In fact Yuna akan berentap dengan Solange yaitu adik sepupu akak ya...kerlas.....Kalau Yuna menang anugerah ni, confirm dia balik ja dia bukan dapat Dato'ship, dia akan dapat Tun terus.

Zara Zya Dikecam Kerana Iklan Mati Pucuk
Hello!  Taukah anda antara produk yang paling laku kalau jual secara online adalah ubat-ubat kuat!  Tak caya ampa pi tanya semua peniaga-peniaga online.  Ada yang memang income sampai 10k sebulan hanya jual ubat-ubat dan alatan untuk hubungan kelamin dan yang sama waktu dengannya.  Aku tak boleh habaq la sapa-sapa yang duk jual tu,  kawan-kawan aku juga nanti bukak tong depa.  Sebab ramai kawan aku yang jual ni jantan tapi depa menyamar jadi pompuan.  HAHAH janji masyuk!


Boyfriend Ainul Aishah  Ellll
Haaaa elok boyfriend baru depa.  Nampak macam abang-abang yang meleps bukan anak-anak ikan.


Redza Rosli muka macam Zayn Malik
Satu lagi artis Melayu yang elok ni nama Redza Rosli haram macam Zayn Malik ni....aiiiyo sangat.


Maria Farida Elak Terlalu Seksi Dan Menggoda kerana Akui Mertua Tonton Drama Lakonannya
Haram.....takut nak berlakon seksi goda-goda semua bukan sebab takut kat Tuhan tapi sebab takut kat mak mentua.


Pendedahan Shukri Yahaya Goda Pompuan Nama Sarah Danielle
Alaaaaaa.....macam mana nak nafi pun.  Confirmlah betul.  Ampa ingat artist-artist ni semua malaikat ka?  Depa pun binatang juga macam kita-kita ni semua.  Perangai kut belakang semua macam gila huru hara juga,  kot depan saja duk buat serupa baik post-post Alhamdulillah,  post hadith Quran semua kat Facebook.  Haram kot belakang duk mengurat pompuan semua. Hello this is not the first time kan?


Fattzura
Aiiiyooo yang ni paling tak boleh blah. Haritu demam Lofattah dah habis, tiba-tiba masuk pulak demam Fattzura. Yang paling tak boleh blah adalah gang-gang peminat fanatik para artis ni yang memang pathetic nak mampus sanggup gaduh-gaduh dan maki hamun semata-mata nak pertahankan kisah artist pujaan depa dan paling tak boleh blah ada pulak yang sanggup pi buat editing bubuh gambar Fazura dan Fattah Amin kat London kononnya sama macam David dan Victoria Beckham duk kena hambat dengan paparazzi. Haram betui la aku tengok tu aku daripada letih posa terus rasa macam semangat, semangat nak maki hamun yang bodo-bodo takdak kerja duk pi edit gambar tu semua. Jauh panggang daripada daging babi dik non. David & Victoria tu memang sungguh-sungguh paparazzi duk hambat depa amik gambar dan jual kat majalah apa semua, artis kita? Gambar anak sendiri pun duk sibuk buat instagram asing untuk dapat income iklan?

Oh yes,  apa yang aku nak habaq kat ampa adalah aku tak rasa Neelofa ataupun Fazura ni akan betui betui end up dengan who-the-hell-is-this-new-actor-nobody-pun-nanti-orang-akan-lupakan-hang.  Aku rasa depa layan jaaaa geli geli sebab tengok tiba-tiba populariti depa mencanak sebab peminat ramai suka bila tiba-tiba ada couple macam ni.

Aku rasa Neeloda dan Fazura ni paling kurang pun depa akan kawen anak raja tak pun mana-mana punya Dato' Tan Sri yang duit kepok-kepok yang boleh beli kat depa banglo secara cash secara dua hari sekali dan sampai depa punya property punya banyak sampai depa tak tau nak buat apa dengan property banyak-banyak kat dunia ni.

Sekian sahaja ulasan akak.  Okay bye.  Akhir kata,  sapa boleh tengok Youtube,  dengarlah rakaman seorang budak bermain recorder lagu Harry Potter.


Pengalaman Menyaksikan Final Maharajalawak Mega 2017 di Dewan Wawasan Jitra Kedah

$
0
0

Hello u olls,

Beberapa bulan yang lalu akak berkesempatan untuk menonton rancangan Final Maharajalawak Mega 2017 secara live di Dewan Wawasan Jitra, Kedah.  Akak dan kawan-kawan Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang telah mendapat pas masuk istimewa daripada Mamak Puteh yang juga salah seorang ahli persatuan kami.


Memang teruja sebab ini adalah kali pertama akak dapat pi tengok rancangan ini secara live.  Kalau ampa nak tau,  antara rancangan Astro yang akak suka tengok adalah Raja Lawak sebab boleh gelak kau-kau lepas tension.  So peluang ini haruslah akak seronok sangat nak join.


Jadi pada hari Jumaat itu,  akak dan kawan-kawan bertolak dari Penang ke Jitra.  Kami semua lebih kurang 3 buah kereta,  tapi akak seorang frampuan,  yang lain semua lelaki-lelaki.  Sampai ja kat sana,  hujan turun punyalah lebat pastu depa pun bengong,  tapak letak kereta depa buat tapak jual-jualan manakala orang ramai yang mai naik kereta terpaksa parking di tepi highway.  Keadaan menjadi amat bahaya sekali terutama sekali apabila hari hujan lebat macam tu,  dah la gelap,  parking jauh tepi highway,  ya Allah.


Last sekali kami dapat jugak parking dekat dengan entrance dengan mengubah beberapa kon VLC Player milik abang-abang Sukarela.  Takpalah,  janji terlepas masuk dalam dewan.




Berikut adalah beberapa benda yang akak amati sepanjang event:

click read more



1.  Lighting dan sound system memang best.  Siries bak hang,  sound system memang ditune khas untuk didengari oleh kita di dalam dewan,  aku rasa ampa yang dengar kat TV pun tak boleh nak dapat dengar suara depa macam tu.  Especially pada team Zero,  abang depa yang kepala botak tu suara sedap wehs!~ Mungkin sebab inilah ada orang seronok dan tergila-gila nak pi tengok rancangan macam ini secara live.

Lighting yang over-over.
2.  Apa yang jadi bila iklan?  Masa ampa duk tengok iklan,  kami kat depan dewan tengok iklan juga ka?  Tak,  time ni la floor manager akan buat aktiviti main game,  bagi hadiah kepada penonton secara random ataupun Dato AC Mizal pun duk ácah-acah kacau penonton semua.

3.  Nampak clear ka?  TAK!!! Haram nampak macam semut ja pun dari jauh walaupun hakikat kami punya seat ni boleh dikatakan antara seat yang depan.  Kalau tak ginjat dan tak pandai-pandai pusing,  hang memang tak nampak la.

Inilah contoh cara pemandangan yang akak nampak dari tempat akak duduk.


4.  Apa yang paling akak suka sekali adalah menjerit dan keriau bagi sokongan pada team yang kita sokong.  Kami sokong Puteh.  Of courselah kami akan keriau gila-gila time ni,  tapi Bocey dan Shiro punya penyokong memang gila-gila la.  Siap bawak hurup BOCEY punya besar potong papan  plewud,  kami yang bawak belon kecik tulih PUTEH tu terus rasa macam semut kerengga ja.  Paling tak boleh blah,  penyokong Dato' AC Mizal.  Depa dapat seat yang best kat depan-depan,  pastu duk seronok bersorak.  Time orang duk tengok show,  depa style berdiri dan duk angkat banner semua sampai orang belakang tak nampak.

Aku tak heran!!! IC aku 02 (IC Kedah)!!! Aku keriau kat depa semua "Wehs ****mak duduk la ingat ampa ja ka tengok!  Kami pun mai nak tengok....." Pastu suara halilintar akak disahut oleh jantan-jantan yang lain yang turut menyokong suruh depa tu semua duduk.  Haram betui depa ni semua.



Yang gang baju kuning ni semua gang AC Mizal fans la.

5.  Haa pastu....ampa semua duk kalut bagitau dalam Facebook kata ampa nampak akak takdak maknanya wanita agam yang terpampang dalam kaca TV baju putih dan tudung hitam tu bukan akak.  Akak dah ulang tayang habis dah,  nampak jari akak sikit ja duk pegang lampu.  Tak caya?  Nah tengok sendiri.


Kiri:  Yang pegang huruf U tulah akak.  
Kanan:  Pompuan agam ni bukan akak ya....

Kerlas tak lipstick Audrey dari FAME yang elok.  



Gambaq
Jom tengok beberapa gambar yang akak rakam masa show.  Semua gambar depa-depa ni la banyak.  Gambar aku pun takdak.  Segan la nak masuk sekali.  Okay bye.

Sebelum Masuk Dewan

Pasangan adik abang jangan duk tanya lebih-lebih dua dua dah kawen anak ramai. 

Pintu masuk Dewan Wawasan yang dijaga ketat.



Keadaan dalam Dewan


 


Show Show
 

 
Sorry kecik-kecik jer...sebab ini jer pun yang akak boleh amik guna Digital Camera akak tu.


Tahniah untuk Puteh
At the end of the day,  Mamak dapat tempat kelima.  Alhamdulilillah.  Tapi yang mengejutkan macam mana Zero dapat tempat keempat.  Mungkin persaingan amat susah malam itu.  Lepas show,  kami ramai-ramai pi masuk Alor Star dengan harapan nak makan supper.  Lapik perut lapaq wehs.....tapi Alor Star malam-malam takdak apa wehs....gilaaaa kedai tomyam ada satu ja yang bukak nasib baik jumpa.  Kami pun makan dan lepas tu balik.

Terima kasih Mamak and team Resdong's atas peluang ini.  Kalau offer untuk pi tengok lagi secara LIVE akak nak tak?  NAK!!!!!

 



Tempah Kasut Saiz Besar dengan Tageoronnie Shoe Maker

$
0
0
Ini signature design depa.  Memang kerlas.  Nampak pun selesa.  Aku nak tempah ni tak lama lagi!


Hello u olls,

Haaaa...sapa sini kaki besar macam model-model macam mana ka sampai susah nak cari size kasut?  Haa...sila angkat tangan you olls semua tergolong dalam kategori kaki model macam akak.  My shoe size is 10 1/2.  Kerlassss....memang susah nak beli kasut kat kedai-kedai convensional ni.


Baru-baru ni akak ternampak posting seorang kawan Facebook akak ni,  dia merupakan bekas graduan USM yang kini sudah memulakan perniagaan membuat kasut customized bersama suaminya diberi nama Tageoronnie Shoe Maker.  Tapi simply depa dikenali dengan nama TAG's.


Based di Kulai,  Johor...so sapa yang duduk area sana untunglah u olls boleh terus ke fizikal shope mereka.  Manakala kita-kita yang duduk jauh-jauh ni semua,  u olls boleh terus contact mereka dan membuat tempahan secara dalam talian ataupun Whatsapp.


Harga kasut antara RM60 dan ke atas, ikut design dan saiz. Sais antara 4 - 13 (Wedges Art) dan size : 4 - 12 (Selain Dari Wedges Art). Design jangan risau, akak dah stalk habis memang depa punya design adalah design asas yang menarik. Loafer ada, kasut lelaki ada, tumit tinggi, wedges dan kasut kanak-kanak pun ada. Selain ready stock punya kasut, u olls boleh PM mereka dan minta depa sediakan kasut ikut citarasa u olls.

click read more






Kasut Jenama Sendiri
Disamping itu TAG's juga menerima tempahan khas kasut untuk menjual dan membekal kepada sesiapa sahaja yang berminat mengeluarkan 'KASUT jenama Sendiri' (ingin berniaga).  Kerlas....tak payah nak susah susah nak bukak kilang kasut,  hangpa tempah dengan TAG's sahaja.
Diorang sudi berkongsi ILMU dan pengalaman kepada sesiapa yang berminat menceburi bidang ini.  Kalau u olls nak jadi ajen kasut jenama mereka pun boleh!  Contact depa untuk maklumat lanjut.





Contact Info
Whatsapp /  Call 0199123476 (AIZAT AHMAD)
Website: www.tageoronnie.com
Facebook:  Tageoronnie Shoe Maker
Alamat:
Tageoronnie Shoe Maker Sdn Bhd
1637 A , Jln Sri Putri,
4/2 Taman Putri,
81000 Kulai Jaya
Johor

Pada 16 April 2017 yang lalu,  they olls dah masuk Nona TV3.  
Kerlas!  Jom tengok rakaman kat sini.


Okay dah!  Jom tengok gambar-gambar kasut depa yang akak cilok from depa punya Facebook.



Flats!

Pointed flats for ladies.

Wedges untuk ladies!


Loafers untuk couple.


Kasut untuk kanak-kanak.  Ada macam-macam design lagi.  Pi tengok kat Facebook depa!

Tageoronnie Shoe Maker

Lunch at Paper Lobster

$
0
0
Ready sedia mula!

Hello u olls,

Sorry time-time posa nak share jugak pengalaman I olls dan teman-teman office pergi makan tengahari di sebuah restoran yang diberi nama Paper Lobster.  Dia berkonsepkan shell-out iaitu makan atas meja.  Tetapi yang bestnya kat sini depa serve lobster.

Cara Order
Bila kita pi duduk dah semua,  depa akan bagi menu.  Menu dia bentuk macam papan macam mana ka.  Dia nanti ada macam-macam set,  ikutlah bajet macammana.  Kalau bajet besar,  amiklah set yang ada lobster terus.  Kalau bajet biasa-biasa boleh amik set yang basic udang,  scallops dan sebagainya.  Pastu kita boleh pilih nak cara masak macam mana.  Ada cara masak Louisiana Boil,  Garlic Butter,  Paper Cheese,  Malaysian Style Curry dan Korean Spice.  Pastu kita kena pilih pulak nak pedas macam mana?  Mild,  medium ataupun OMG!



click read more





Rasa
Kami amik Garlic Butter dan Paper Cheese dan tahap pedas medium ja.  Memang sedap puas hati! Kita boleh minta nak makan dengan nasi ka,  mantao ka,  ada tambahan harga sikit la.  Tapi dia punya roti goreng a.k.a mantao tu memang ampa patut try,  sangat menarik.


Harga
Malaih nak salin,  ampa tengok ja gambar kat bawah ni.  Set 1 RM68 manakala set paling gempak iaitu Set 5 berharga RM388!  Each set sesuai untuk 2 orang,  tapi sebenarnya,  3 orang boleh makan!




Lokasi:
66G, Olive Tree Commercial Lots, Persiaran Mahsuri 2,
Penang, Malaysia
Facebook:  https://www.facebook.com/paperlobster/
Contact:  012-427 0113 (Vincent Tang)


Okay dah,  jom tengok gambar pulak!

Gambar Kedai
Pintu depan dia nampak macam kosong sikit.


Counter yang meriah.


Ruang dalam yang sedikit malap dan ala-ala makan kat bar gitu.  Dia punya concept macam hiasan santai dan ala-ala tepi pantai macam mana ka. Tapi ada banyak meja.  Orang ramai,  orang sikit,  semua ada.



Makan Time
Depa ni duk get ready dah nak pakai glove dah.
Yang paling depan blah kiri tu la boss I olls,  En Akhiar Salleh.  Yang lain-lain tu semua kami team pentadbiran.  Sorang lagi tak mai nama dia Shahrizal,  detu gondu tak mau ikut.

Muka aku jadi kelabu dalam kedai ni bila amik gambar dengan flash.  Haram nampak macam aku salah pakai foundation.



The food
Inilah mantoi yang akak maksudkan.  Memang best roti goreng macam mana ka.



Tuang elok-elok ya adik...

Ili muka serius ja!






Hasilnya!


Lokasi:
66G, Olive Tree Commercial Lots, Persiaran Mahsuri 2,
Penang, Malaysia
Facebook:  https://www.facebook.com/paperlobster/
Contact:  012-427 0113 (Vincent Tang)


Jom Try Diameida Fabulous Mascara

$
0
0

Hello u olls!

Hari ini I olls nak share pasai satu product make up yang best!!! Yaitu Diameida Fabulous Mascara. Kita selalu duk focus kat lip colour a.k.a liptid ja,  tapi sebenarnya u olls semua,  tak lengkap lah make up kita kalau tak pakai mascara.  Mascara adalah amat penting dalam proses make up wajah,  simple atau nak glam-glam.

Oleh itu,  hari ini akak nak rekemen u olls semua invest Diameida Fabulous Mascara sebab akak dah try memang best,  dia punya cream dalam mascara tu memang jenis hitam dan pekat membuatkan bulu mata yang hidup segan mati tak mahu macam akak ni tiba-tiba boleh nampak tebal macam Rozita Che Wan.

Jom kita baca about this product!


click read more



Brush jenis  sikat yang senang nak bagi kena semua bulu-bulu mata!

Kelebihan
 Rekaan berus jenis sikat Diameida Fabulous Mascara amat sesuai untuk sapuan bulu mata atas dan bawah, hitam dan tebal tak perlu sapuan berulang-ulang! Boleh dipakai sahaja atau bersama-sama fake eye lashes ataupun extension eyelashes.


 Mengandungi pati rose dan jojoba oil yang terbukti dapat melebatkan dan memanjangkan bulu mata, menguatkan akar bulu mata dan sekaligus dapat mencegah bulu mata dari luruh.


 Smudge proof!! Tetapi senang dibasuh. Tahan sepanjang hari!


 Cream yang pekat membuatkan bulu mata tampak lebih jelas, panjang, tebal dan yang penting sangat lentik.

  Pemakaian satu stick Diameida Fabulous Mascara boleh tahan sampai 3 bulan!




Ingredient
Antara kandungan terbaik Diameida Fabulous Mascara adalah seperti berikut:

 Ekstrak Rose: Memelihara, melentikkan, melebatkan, memanjangkan dan mengukuhkan bulu mata bermula dari akar hingga ke hujungnya.

 Jojoba: Menjaga agar bulu mata tidak terlalu kering akibat pemakaian maskara.

 Vitamin E: Menambah nutrisi pada bulu mata.

 Beeswax: Lilin semulajadi yang dihasilkan dalam sarang lebah, mengandungi vitamin A dan antibakteria

 Carnauba: Juga lilin dari pokok kelapa sawit di Brazil yang mampu memelihara kelembapan dan kehalusan bulu mata.


Nenjia depa-depa yang dah pakai Diameida Fabulous Mascara!  Hangpa tak mau pakai ka?


Cara Nak Beli
Untuk order hangpa boleh call/Whatsapp founder Diameida Fabulous Mascara iaitu Kak Lisa Isaac yang meletops 60124180090 tapi nak habaq siap -siap kat hangpa!

LAST POSTAGE UNTUK MASCARA ADALAH PADA 21 JUNE 17 (RABU) PUKUL 3PM UNTUK SERAHAN SEBELUM RAYA.

Daaaann...

COD AREA PENANG (pulau) SEHINGGA MALAM RAYA!!!


Agen Diperlukan
Produk ni baru sahaja di-launch baru baru ni.  Oleh itu,  masih tak ramai agen yang menjual Diameida Fabulous Mascara!  Kalau hangpa berminat nak jadi agen di negeri / daerah masing-masing,  sila PM Founder Diameida,  Kak Lisa Isaac yang meletops 60124180090!


Harga
RM60 sahaja
(postage excluded)

Contact Info
Whatsapp/Call: 60124180090
Facebook: www.facebook.com/DiameidaHQ



Jangan lupa like depa on Facebook!


Gaun Perkahwinan Pewaris Kristal Swarovski

$
0
0


Hello u olls,  

Hari ini akak nak tunjuk gambar-gambar gaun perkahwinan yang dipakai oleh waris syarikat kristal mewah Swarovski  iaitu Victoria Swarovski  yang bernikah dengan seorang lelaki bernama Werner Mürz yang berusia 42 tahun.  Seperti yang kalian tau,  Swarovski adalah syarikat yang bertempat di Austria tetapi untuk majlis perkahwinan gilang gemilang ni depa buat kat Trieste, Italy.  

Victoria Swarovski mengenakan sebuah gaun ciptaan Michael Cinco berharga 700 ribu pound sterling (lebih kurang 3.8 juta ringgit).  Dress ini dikatakan seberat 46 kilo (lebih kurang berat badan akak le tu...) yang dipercantikkan dengan paillete (mami Penang panggil jigna),  laser-cut flowers dan  kristal Swarovski.  Kerlasss depa pakai Michael Cinco memang baju yang dibuat oleh fashion designer yang berasal daripada Philippines ni memang mahal nak mampus sebab tu dia based in Dubai dan baju dia kalau tak royals,  billionaire ataupun artist meletops ala-ala Beyonce dan JLO dan ke  atas sahaja yang mampu pakai.


Victoria Swarovski juga memakai sebuah veil panjang berjela yang bertatahkan setengah juta butir batu kristal jenama Swarovski.  GILA!!!!  Pengantin perempuan juga memakai sepasang kasut jenama Jimmy Choo yang turut bertatahkan kristal Swarovski.


Majlis perkahwinan tiga hari ni juga diadakan dengan penuh gilang gemilang tapi yang paling akak suka adalah depa guna bunga baby's breath untuk buat hiasan kat majlis dan juga dalam gereja.  Siriesly,  hiasan ni macam sangat simple dan kerlas tetapi at the same time bagi kita focus tengok pada pengantin dan bajunya yang grandis!



Jom tengok gambar dresses.  Click read more




Punya haluih dia punya kristal tak nampak kat dress ni.











Victoria Swarovski mengenakan sebuah gaun ciptaan Michael Cinco berharga 700 ribu pound sterling (lebih kurang 3.8 juta ringgit).



Dress ini dikatakan seberat 46 kilo (lebih kurang berat badan akak le tu...)


Dekorasi
Majlis perkahwinan tiga hari ni juga diadakan dengan penuh gilang gemilang tapi yang paling akak suka adalah depa guna bunga baby's breath untuk buat hiasan kat majlis dan juga dalam gereja. 


Sumber:  Dailymail.co.uk

Iklan Raya 2017

$
0
0
Hello u olls,

Jom tengok semua iklan-iklan raya 2017.


click read more



THE BEST





TAK PAHAM/ TAK BEST







LAWAK












BIASA




INDI



TOUCHING






































Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>