Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Di Langgar Semangat Senja

$
0
0


Cerita ini bukan cerita olok-olok.  Bukan juga untuk menakut-nakutkan hangpa yang rajin stay back kerja sampai lewat malam.  Aku pun bukanlah rajin sangat nak stay back kat office ni,  tapi nak buat macam mana,  hujung bulan ni,  company tempat aku kerja ni ada banyak benda nak kena bagi settle plak.  Aku pun cakap kat boss aku,  takpalah,  aku volunteer untuk stay back buat kerja kat office ni dengan janji,  aku diizinkan mai kerja lambat sikit.  Boss pun lulus!  Yeah.  Kakak-kakak kat office ni pun seronok juga aku dah volounteer untuk stay back buat kerja sebab depa semua makcik-makcik yang busy dengan hal keluarga,  anak-anak semua.  Aku single sooooooo............


So setiap hari aku akan stay back untuk proses kerja-kerja yang akan masuk melalui emel daripada client kami kat luar negara sampai lebih kurang pukul 9 malam.  Kadang-kadang,  tara nak balaih emel,  nak print,  masuk fail,  bla bla bla,  pukul 10.00 malam baru aku balik.  Tapi sepanjang sebulan lebih aku duk stay back malam tu,  takdak apa-apa pun yang mengganggu.


Bangunan tempat aku kerja ni,  dia macam rumah kedai ja.  Dua tingkat,  so office kami atas dan bawah.  Bahagian bawah banyak macam untuk show room dan meeting semua,  kat bahagian atas baru bilik boss dan admin.  Aku kerja kat bahagian atas.  Tapi kawasan tu kira macam baru dibina la....kami antara office yang baru operating kat situ.  Bangunan lain banyak kosong lagi.  Tapi tempat ni takdak la horror sangat pun,  lampu semua memang akan dibuka bila malam sebab design kat kawasan tu memang nampak cerah-cerah dan modern.


click read more


Berdekatan dengan kawasan office kami ni juga terletak sebuah shopping complex yang terkemuka di mana ramai orang lalu lalang dan yes,  kalau hujung minggu akan jammed sikit la office kami ni. Sapa yang kena mai kerja weekend,  memang merungut habis la.

Okay,  so aku nak cerita balik pasai aku duk mai stay back kat office.  Bila semua staf dah balik,  aku akan lock semua pintu.  Pastu aku duduk lah kat cubicle aku diam-diam.  Buat kerja sampai habis,  aku dah balik rumah,  aku akan whatsapp kat group kerja aku habaq kat semua boss dan staff lain pukul berapa aku balik dan sebagainya.  Sajalah nak habaq kat depa,  atas sebab-sebab keselamatan,  halaa...aku dah la duk mai sini sorang-sorang.  At least kalau aku bagi respond kat depa tu maknanya aku selamat la ada kat office ni.  Kalau aku sengap tu,  depa kena la check-check sikit.  Tapi office kami memang ada CCTV dan sebagainya.


Sepanjang aku stay back tu,  memang takdak apa-apa pelik pun yang jadi.  Aku nanti pasang music,  pastu buat kerja,  sampai time aku balik.  Habis dah settle sesi busy-busy tu,  boss aku pun habaq kata lepas ni aku dah boleh mai kerja macam biasa,  tak perlu nak stay back lagi.  Aku macam sedih....hahahah sedih sebab tak boleh nak mai kerja lambat-lambat macam boss.


Tak lama lepas aku mai kerja macam biasa balik,  aku perasan aku selalu sakit-sakit badan.  Macam lenguh gila......................aku pun pikiaq,  maybe sebab aku dah lama tak pi exercise.  Sebab bila dah kerja lewat malam sampai 10.00 pm lebih takkan aku nak gigih pi exercise lagi.  Tapi bila badan dah letih,  aku pun jadi lagi malas nak exercise,  balik rumah,  makan,  terus tidur sampai esok pagi.


Then one day,  aku pi kerja,  ada satu kawan kerja aku ni kata macam ni kat aku,  "Eh Niza,  kenapa muka you macam hitam lah sekarang.  You tak pakai Qu Puteh ke?" Kawan aku tu nama Parames,  dia suka perli aku makan Qu Puteh.  Sebenarnya,  dia yang teringin nak makan Qu Puteh tapi dia tak berani nak try,  dia kata nanti dia jadi putih terus sama taraf dengan Aishwarya Rai.  Haram punya pompuan Tamil ni perasan nak mampus.

"Hah?  Hitam?  Hitam macam mana?"

"Yala....you tengok you punya muka.  Macam takdak nur......." kata Parames lagi.  Aku pun belek-belek muka aku.  Tapi aku tak nampak apa beza pun.  Aku pakai make up semua macam biasa ja.  Pastu aku lupakan bab tu dah macam tak ingat apa dah.

Tapi aku punya badan sakit-sakit memang tak boleh nak kata apa dah,  aku tak pi pun clinic sebab malaih la nak pi check badan sebab sakit.  Aku bukan tua......muda lagi.  Bila aku merungut kat kakak-kakak office aku ni,  semua duk main perli pulak "Ko ni muda lagi tapi badan dah out....tu la exercise lebih sangat...."

TAK PASAI-PASAI duk keluar komen-komen dengki sebab badan aku lagi meletops dari depa semua.  Pastu satu hari,  entah macam mana ka,  kakak aku cakap dia nak jemput kawan dia punya mak dari Perak.  Makcik tu bidan kampung,  dia saja la mai Kolumpo ni untuk teman anak dia.  So alang-alang mai Kolumpo ni,  dia pun macam duk buat side income dengan memberi khidmat urut-urut batin kepada wanita yang memerlukan.  So aku pun volounteer kat akak aku untuk minta makcik tu urut badan aku sekali.

Masa makcik tu urut,  ya Allah punyalah sakit.  Selama ni aku duk pi urut ala-ala Thai geli-geli saja.  Tekan sana tekan sini,  bila sakit,  tukang urut tu pun slow down sebab nak bagi kita relaks ja ka?  Tapi makcik ni,  nenjia dah la pakai minyak panas pastu dia urut dan picit segala celah-celah bedah yang ada kat badan aku ni.  Aku tak jerit dan tak keluar apa suara pun sebab segan,  tapi dalam hati hanya Allah Subhana Wa Taala sahaja yang tahu.

Lepas makcik tu urut,  dia pun sembang-sembang dengan aku.  Dia kata "Sakit ka makcik urut?"

Aku senyum dan angguk-angguk.  "Tapi makcik tekan sikit ja...." kata makcik tu lagi.  Pastu makcik tu takdak la cerita apa-apa pun,  lepas kami jamu air dan kuih sikit kat makcik dan bayar upah sikit kat dia,  dia pun balik dengan anak dia.

Tak lama lepas tu,  tiba-tiba kakak aku called.  Dia habaq satu benda yang membuatkan aku rasa macam eh...betul ka kakak aku ni?  Dia kata lebih kurang macam ni "Adik....makcik yang urut kita hari tu.  Dia ada bagitau anak dia sesuatu dan minta anak dia habaq kat hang.  Dia ada mimpi...mimpi yang tak berapa nak elok sikit la.  Dalam mimpi tu...makcik tu nampak muka hang dan badan hang semua hitam macam kena bakar.  Habis rentung.  Tiga malam makcik tu mimpi hang macam tu....semua ni lepas dia urut hang."

Aku macam blur,  diam tak tau nak balaih apa kat kakak aku ni.

"Makcik tu cadangkan hang pi berubat...pi jumpa mana-mana orang yang boleh tolong tengok-tengokkan badan hang.  Sebab makcik tu kata,  dia tak pandai berubat orang,  tapi bila duk dapat mimpi macam tu, dia tak sedap hati.  Sebab tu dia nak minta tolong habaq jugak kat hang."

Okaylah dipendekkan cerita,  aku dan kakak aku pun pi la jumpa satu orang ni yang dicadangkan oleh family friend kami ni.  Orang ni tak tau la ustaz ka apa ka,  tapi kami yakin lah sebab family friend ni cakap,  pakcik ni memang boleh berubat orang.  Takpalah,  kita cuba-cubalah.  Niat baik,  usaha untuk sihatkan badan.  Bukan nak buat benda-benda tak elok macam letak pelaris ka,  susuk ka,  bagi laku dan dapat kawen dengan tauke produk kecantikan.  Eh.....

So pertemuan dengan pakcik tu,  agak simple.   Aku,  kakak aku dan juga isteri pakcik tu.  Dia takdahla ritual pelik-pelik suruh aku makan sirih ke apa,  lepas sembang-sembang dia minta isteri dia bawakkan satu botol air mineral.  Diletakkan air mineral tu depan dia dengan penutup botol yang dibuka,  dia pun mula membacakan doa.  Dari apa yang aku dengar,  dia baca ayat-ayat Quran basic ja la macam 3 Qul,  ayat Kursi dan beberapa potong ayat yang aku rasa aku ingat daripada surah Al Baqarah.  Dia bagi botol air mineral tu kat aku,  dia suruh minum tiap-tiap malam before tidur dan tiap-tiap pagi sebelum pergi kerja.

Pastu dia pun pesan kat aku,  suruh aku jangan tinggal solat dan minta aku buat sollat hajat tiga hari tiga malam.  Minta Allah lindungi aku daripada sebarang gangguan syaitan.  Aku senyum-senyum kambing kat pakcik tu,  rasa macam malu pulak sebab aku ni sembahyang memang selalu ada rompong.  HEHEHE

Yes,  balik daripada tu,  aku pun rajinkan diri aku untuk sollat.  Usaha juga walaupun syaitan ni dalam badan punyalah banyak dan duk bagi macam-macam kesukaran kat aku bila nak sollat.  Tapi at the same time,  aku pun duk minum la air mineral yang pakcik tu dah baca doa kat aku.  Sampailah satu malam,  aku mimpi sesuatu.

Mimpi ni macam lawak sikit,  aku mimpi aku nak pi piknik dengan makcik yang urut aku tu.  Kalut punya kalut,  hangpa tau la kan?  Mimpi yang kita rasa macam kalut dan tertinggal nak buat sesuatu dalam mimpi yang buat kita jadi macam kelang kabut.  So macam mana tak tau la dalam mimpi tu,  aku dengan makcik urut tu nak pi piknik,  pastu macam-macam jadi,  tertinggal makanan la,  tertinggal beg la,  patah balik la,  last sekali kami sampai kat satu pantai.  Sampai jer kat pantai tu...makcik urut tu tolak aku dalam laut.  Aku pun masuk dalam laut tu,  dalam!  Tapi aku tak tenggelam.  Pastu makcik tu duk gelak kat aku.  Tapi aku duk bara kat makcik tu sebab aku tak dan nak salin baju mandi,  dia dah tolak aku dalam air laut.

Siries....mimpi ni lawak kan?

Dikisahkan,  selepas daripada mimpi tu,  antara perasan dan tak perasan,  yala sebab kita kan sibuk,  dengan kerja dan dengan aktiviti dengan kawan-kawan.  Rupa-rupanya aku dah beransur pulih,  badan aku pun dah tak lenguh lesu dan tak sakit-sakit dan paling penting,  entah macam mana one day,  Parames puji kata muka aku sekarang dah putih berseri-seri tak macam dulu lagi.


Rupa-rupanya,  apa yang berlaku pada aku hari tu adalah aku telah dilanggar semangat senja.  Itulah yang diceritakan oleh pakcik yang bagi air penawar kat aku tu.  Aku tak cerita la masa awal-awal tadi sebab nak bagi suprise kat hangpa semua.  Kan aku duk pergi kerja balik lewat malam,  and yes,  waktu Maghrib lah aku akan keluar office sebentar untuk bekalkan dinner untuk stay back.  Rupa-rupanya time tulah ada macam benda tak elok,  langgar aku dan singgah kat badan aku.  Sebab tu badan aku rasa lesu dan sakit dan sebab itulah Parames nampak muka aku 'hitam' macam takdak nur.

Terpulanglah hangpa nak percaya atau tidak.  Tapi cerita ni memang betul-betul jadi kat aku dan aku cerita ni kat Kak Jumie hoping that dia sudi edit dan bubuh dalam blog dia.   Patutlah dulu masa kecik-kecik mak kita akan marah kalau kita main sampai lewat senja,  sebab takut nanti kena sembunyi dengan hantu tetek.  Tapi hantu tetek takut nak sembunyikan aku sebab tetek aku lagi besar kot dari dia,  so hantu lain yang langgar aku sampai aku yang sakit-sakit badan.

Sekian sahaja.  Terima kasih semua orang.  Nak stay back kat office tu boleh,  tapi janganla keluar time-time senja.  Orderlah food delivery ataupun tapau awal-awal.

Yang benar,

Niza

ps.  Akhir kata,  terimalah gambar saya dan makcik urut duk sunbathing kat tepi pantai.  HAHAHAH.



Disclaimer : Penulisan ini sepenuhnya dikongsikan oleh pembaca blog JUMIESAMSUDIN.COM. Beberapa maklumat dalam cerita ini ditukar untuk memudahkan pemahaman pembaca. Sekiranya anda berminat untuk kongsi kisah anda di blog saya, boleh emel to jumiess@gmail.com.

Vlogger Malaysia Yang Best

$
0
0

Hello u olls,

Tak tau la macam mana aku boleh terjumpa mamat ni punya video blog kat Youtube.  Siriesly mamat ni memang lawak gila,  dia buat macam-macam ulasan secara simple,  jujur tetapi yang paling best dia memang naturally lawak.  Dia cakap Manglish (Malaysian+English) tetapi ada banyak maki-maki.  Tu yang buat lawak tu.

Nama Youtube Channel dia adalah Vikarworld ataupun nama penuh dia (according to Instagram adalah....Vikneswaran Veerasundar)  So panggil Vik or Viknes la kot na?

Rupanya mamat ni dah start video blogging since bertahun-tahun yang lampau,  tapi sorry dik non,  hari ini baru akak jumpa video hang.  Memang lawak gila dan kalau ampa perasan,  video iklan Traveloka yang budak budak duk nyanyi JOM PI RAYA....yang mamat pegang gitar ka apa kata "Pergi Bangkok" yang tu dia lah!  Kerlas.....

Okaylah,  aku harap ampa mai tengok Youtube Channel dia,  subscribe,  like Facebook page dia dan also follow dia kat Instagram.  

Okay dah jom tengok video dia!

Vikarworld
Youtube:  https://www.youtube.com/vikarworld
Facebook:  https://www.facebook.com/vikarworld/
Instagram:  https://www.instagram.com/vikarworld/


click read more









Ramadhan Buffet 2017

$
0
0

Ramadhan Buffet 2017 (susunan ikut abjab)
Alhamdulillah!  Sebelum bermulanya Ramadhan lagi saya dan kawan-kawan blogger lain dijemput untuk mengambil gambar,  menikmati dan seterusnya menulis review dalam blog kami mengenai juadah ramadhan buffet untuk hotel-hotel terkemuka di Pulau Pinang.

Sebenarnya,  ada beberapa hotel lagi yang masih menjemput akak,  tetapi masa tidak mengizinkan.  So far berikut adalah hampir 10 buah hotel dan cafe yang menjemput akak untuk memperkenalkan pakej berbuka puasa di hotel mereka.

Setiap gambar di bawah mengandungi 3 juadah yang paling membuatkan akak teringat masa makan kat situ,  dan untuk tahu lebih lanjut,  kalian boleh klik pada link di bawah setiap gambar.  

Harap garapan yang akak persembahkan ini boleh dijadikan rujukan kepada kalian semua,  untuk rancang bersama keluarga dan kawan-kawan.  

Ramadhan buffet dinner adalah sebuah celebration yang seharusnya diraikan dan dinikmati oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Selamat menjalankan ibadah di bulan Ramadhan.


Click Read More


Cara-Cara Nak Pakai Mascara Dengan Betul

$
0
0



Hello u olls,


Hari ini akak nak share tips macam mana nak pakai mascara dengan betul.  Kaedahnya adalah sangat mudah tetapi memerlukan praktis yang berterusan barulah hangpa boleh mencapai tahap expert dan bila dah sampai tahap expert secara tak langsung,  bulu mata ampa yang 'hidup segan mati tak mahu' terus boleh nampak macam bulu mata Che Ta.  Dan tahukah anda?  Hanya dengan cara pemakaian mascara yang betul,  bulu mata akan nampak tebal dan panjang tampa pakai bulu mata pelasu apatah lagi extension false eye lash.


So hari ini akak nak share dengan you olls cara-cara dan tips nak pakai mascara dengan betul supaya bulu mata nampak lebat dan panjang.  Pasaipa akak semangat sangat nak story mascara ni?  Sebabnya baru-baru ini setelah sekian lama,  akak telah berkenalan dengan satu mascara yang betul-betul bagi akak syiok!  Yaitu,  Diameida Fabulous Mascara by Diameida Malaysia.

Mascara ni best sebab applicator dia jenis sikat!  Senang bagi bulu mata melentik!  Pastu senang nak basuh jugak!  Dah-dah jom kita baca tips dan cara-cara nak pakai bulu mata dengan elok.

click read more








Tips Nak Pakai Mascara

1.  Jenis Berus
Ada macam-macam jenis mascara dengan pelbagai jenis berus ataupun applicator.  Ada yang fiber,  ada yang jenis beruih-beruih bergulung yang kita standard duk tengok tu,  ada juga aplicator siap ada vibrator untuk bantu application lebih rata.  Tapi for me,  lagi kecik beruih tu lagi bagus.  Sebab applicator yang kecik menyenangkan proses kita menyapu mascara ke setiap bulu-bulu mata kita atas dan bawah.  Akak sangat suka berus jenis macam sikat tu.  Sama macam applicator Diameida Fabulous Mascara!  Sebab jenis yang sikat ni,  dia macam sikat la!  Sikat atas bawah, boleh kena all bulus dan juga menjimatkan penggunaa krim mascara tu.



Ini adalah close up gambar applicator Diameida Fabulous Mascara.


2.  Cahaya dan Cermin
Adalah amat penting untuk pakai mascara di tempat yang mempunyai pencahayaan yang terang dan cermin yang clear supaya u olls boleh tengok setiap bulu mata yang ada kat kelopak mata hangpa tu.
Cermin tu kecik ka besaq ka tak kisah....janji kena ada cermin.  Memakai mascara tanpa cermin adalah seperti memakai kasut dengan menutup mata,  hang tau lah kat mana,  tapi takut nanti pakai kasut terbalik kiri kanan.


MUA Live Video Nur Lianna pun nenjia duk pakai cermin to make sure dia betui betui nampak masa nak apply mascara kat bulu mata dia.

3.  Mengecat Tiang
Sapulah mascara menggunakan aplicator sebagaimana kita nak cat tiang.  Pasaipa aku kata macam nak cat tiang?  Sebab kalau kita nak cat tiang,  mesti kita nak sapu sampai rata semua bahagian kena pada permukaan tiang kan?  Dari bawah,  hingga atas dan keliling permukaan tiang tu.  Samalah dengan cara pemakaian mascara.  Kita kena make sure mascara itu disapu ke seluruhan bahagian bulu mata.

Ada orang yang pakai mascara blah hujung bulu mata ja,  siap boleh nampak kot kalau cakap dekat-dekat dengan dia,  mascara dia disapu setengah tiang sahaja.

Bayangkan setiap helai bulu mata kita yang halus ini ini adalah sebuah tiang.  So kita kena cat kat keliling permukaan tiang dan juga dari hujung sampai pangkal.  Tapi macam mana nak buat?  Nanti baca kat bawah!

Sajalaaa buh gambar ni sekadar hiasan.  HAHAHA


4.  Double Triple Coating
Kan akak kata,  taukah anda dengan cara pemakaian mascara yang betul,  kita tak perlu nak pakai bulu mata pelasu?  So macam mana cara dia?  Pakailah dua tiga coating!  Lepas coating pertama dah kering elok,  haaaa sapu lagi sekali.  Kalau sapuan kedua pun dah kering...bubuh laaaa kali ketiga!



5.  Practice Makes Perfect
Takdak sapa kat dunia ni dia terror pakai mascara dalam masa sehari.  Aku pun jadi terror sebab seingat-ingat aku duk gila pakai make up sejak umur 16 tahun!  So berapa tahun punya praktis dah tu.  Tangan kena steady,  tak perlu tergopoh gapah,  its okay kalau ada comot untuk kali pertama (make sure ada cotton buds berdekatan so boleh lap smudge),  try try try nanti lama-lama pandai lah.




Cara-Cara Nak Pakai Mascara Dengan Betul

Langkah 1:  Make sure bulu mata sudah bersih.  Maknanya bekas make up dan mascara yang dipakai semalam semuanya dah dibasuh dengan elok.  Kalau bulu mata tak berapa nak bersih lagi,  confirm hangpa pakai mascara lepas tu tak akan cantik.

Okay!  Ini adalah gambar aku dengan bulu mata yang tak berapa nak ada tu.  Tengoklah!!!!

Langkah 2:  Buka mata dan mulakan sapuan ke bulu mata bahagian kelopak mata dari bawah ke atas.  Make sure start dari pangkal bulu mata.  Gerak-gerak sikit applicator dulu di pangkat bulu mata supaya setiap bulu mata kita yang halus masuk ke jejari applicator.  Repeat step ini dua-tiga kali dan pastikan kita buat dari hujung dalam kelopak mata sampai hujung sana.

Proses memakai mascara di bulu mata kat kelopak atas.

Langkah 3:  Buku mata dan tengok ke bawah (anak mata tengok ke arah bawah),  cara ini akan memberi banyak ruang kepada applicator untuk sapu mascara pada kelopak mata dari bahagian atas ke bawah.  Langkah ini adalah untuk memastikan cream mascara yang menebalkan bulu mata kita tersapu di bahagian bawah bulu mata tu.

Yang ni kira bubuh bahagian atas pulak.



Langkah 4:  Ulang langkah 2! Haaaa ini adalah penting sebab bila kita dah buat langkah 3,  bulu mata kita akan jatuh ke bawah sikit.  So kita kena la bok naik balik bulu mata tu.

Tarik balik naik atas!


Langkah 5:  Okay now nak kena bubuh mascara kat bulu-bulu di bawah mata.  Bulu mata kat area sini adalah halus selalunya kecuali hangpa yang dikurniakan genetic jackpot di mata bulu mata ampa panjang bak unta padang pasiaq.  Cara untuk bubuh mascara di bulu bawah mata adalah dengan menyengetkan applicator.  Layangkan perlahan-lahan applicator dari kiri dan ke kanan (perlahannnnnnnn lahannnnnnnnnnnnnnnnnn...jangan gopoh sebab kat area ni la selalu akan smudge) sampai semua bulu mata hangpa akan kena.

Gosok-gosok perlahan kiri ke kanan ya semua. Punya duk posting tengok ataih sampai urat mata semua keluaq.  Haram.


Langkah 6:  Ulanglah langkah 2-5 beberapa kali untuk double atau triple coating!

Sorry ada comot sikit.  Aku takdak cotton bud,  ni gambar shot masa pagi-pagi before start kerja kat office.  Aku make up kat office.  Ini adalah 1 coating ya puan puan sekalian.


Diameida Fabulous Mascara
Haaa cara-cara kat atas ni takkan menjadi jugak kalau tak pakai produk mascara yang bagus.  Aku macam-macam jenama mascara kat luar sana,  jenama mahal,  jenama murah,  berjenama,  jenama pasar malam.....tapi tak semuanya betui-betui bagus dan berbaloi untuk duit.  So akak memang nak rekemen ampa semua pakai Diameida Fabulous Mascara.  Sebab memang mascara ni bagus,  dah ramai MUA dah jatuh hati dengan produk ni.



Kelebihan
 Rekaan berus jenis sikat Diameida Fabulous Mascara amat sesuai untuk sapuan bulu mata atas dan bawah, hitam dan tebal tak perlu sapuan berulang-ulang! Boleh dipakai sahaja atau bersama-sama fake eye lashes ataupun extension eyelashes.

 Mengandungi pati rose dan jojoba oil yang terbukti dapat melebatkan dan memanjangkan bulu mata, menguatkan akar bulu mata dan sekaligus dapat mencegah bulu mata dari luruh.

 Smudge proof!! Tetapi senang dibasuh. Tahan sepanjang hari!

 Cream yang pekat membuatkan bulu mata tampak lebih jelas, panjang, tebal dan yang penting sangat lentik.

  Pemakaian satu stick Diameida Fabulous Mascara boleh tahan sampai 3 bulan!


Ingredient
Antara kandungan terbaik Diameida Fabulous Mascara adalah seperti berikut:

 Ekstrak Rose: Memelihara, melentikkan, melebatkan, memanjangkan dan mengukuhkan bulu mata bermula dari akar hingga ke hujungnya.

 Jojoba: Menjaga agar bulu mata tidak terlalu kering akibat pemakaian maskara.

 Vitamin E: Menambah nutrisi pada bulu mata.

 Beeswax: Lilin semulajadi yang dihasilkan dalam sarang lebah, mengandungi vitamin A dan antibakteria

 Carnauba: Juga lilin dari pokok kelapa sawit di Brazil yang mampu memelihara kelembapan dan kehalusan bulu mata.

Cara Nak Beli
Untuk order hangpa boleh call/Whatsapp founder Diameida Fabulous Mascara iaitu Kak Lisa Isaac yang meletops 60124180090 tapi nak habaq siap -siap kat hangpa!

Agen Diperlukan
Produk ni baru sahaja di-launch baru baru ni.  Oleh itu,  masih tak ramai agen yang menjual Diameida Fabulous Mascara!  Kalau hangpa berminat nak jadi agen di negeri / daerah masing-masing,  sila PM Founder Diameida,  Kak Lisa Isaac yang meletops 60124180090!

Harga
RM60 (postage included)

Contact Info
Whatsapp/Call: 60124180090
Facebook: www.facebook.com/DiameidaHQ

Baju Raya Artis (Raya 2017)

$
0
0


Hello u olls,

Haaaa...hari raya hari yang mulia penuh beerti sesama kita.  Gitu....hari raya sebulan so posting kenalah bertemakan raya-raya lagi.  Hari ini akak nak share beberapa gambar artist TOPS kat Malaysia ni yang bergaya sakan sempena hari raya.  I know,  tak berapa banyak gambar yang dimuat naik sebab 1) tak semua artist posting gambar raya depa #ootd untuk hari raya.  2)  dan kebanyakan pulak baju raya style boring-boring.  Kebarung or kebaya biasa,  baik aku bukak Facebook and Insta kawan-kawan aku sendiri kan?

So these are some of the artist yang bagi saya meletops sebab walaupun ada setengah tu pelik dan over the top tapi depa tetap feeling kuat untuk bergaya sakan,  pastu dengan keyakinan sendiri depa pakai sesuatu yang memang merupakan ciri-ciri gaya peribadi depa sendiri.

Tapi nak habaq mai,  akak amik gambar-gambar baju depa berdasarkan posting hari raya pertama dan kedua dan seterusnya.  Ada artist yang sampai berpasang-pasang baju,  gila babas betui.  Baju cantik-cantik takpalah depa ni pakai bergaya mai salam-salam dengan orang saja.  Bukan kena buat kerja apa pun.

Okay dah tak mau nak berleter,  jom tengok!



Nora Danish
Malam Raya
Dia pakai dress ikat-ikat macam aku review dalam blogpost aku sebelum ni.  Tapi aku suka versi ni sebab dia pakai kain ada corak,  pastu tak nampak macam tersingkat-singkat yang pelik,  Nora pun nampak macam sangat selesa.  Aku suka!


First Day Raya
Baju raya Nora Danish ni memang mengundang banyak perdebatan sebab first time tengok wrap kebaya yang dipadankan dengan kain jarang macam mana ka.  Yes,  dress kain jarang macam ni memang merupakan trend dress-dress mat salleh semua.  Tapi ini aku rasa for the first time artist Malaysia pakai macam ni untuk hari raya.  Mesti ramai kakak-kakak bertudung yang dengki tak boleh nak ikut trend ni sebab ampa kan dah pakai tudung mana boleh nak pakai kain jarang.
Tak dinyatakan dress ini daripada siapa,  tetapi mesti daripada Owl By Nora Danish Official™ yang merupakan milik Nora Danish sendiri.


Classy in Velvet
Depa anak-anak Dato' Datin semua pakai baju baldu di hari rayaaa boleh lahhhhhhhhhhhhhhhhh pinggan mangkuk semua orang tolong basuh,  ruang tamu seluruh rumah ada aircond sejuk tulang rusuk semua!



Fasha Sandha
Raya Pertama
Memang lani trend pakai baju sedondon dengan anak,  kalau ibu mempunyai anak perempuan la.  Aku suka baju kurung modern dengan kain bercorak warna gelap terang ni.  Sesuai untuk warna kulit Fasha Sandha.


Raya kedua,  dress dari Jelita Gallery
Dress ni cantik tapi macam design ni berlambak kat semua online-online semua.  



Raya keenam by Innai Group.
Baju ni elok siki.  And posing Fasha Sandha pun lebih kerlas.





Siti Sarah Raisuddin
Depa peminat duk komplen kat komen kata baju ni ketat sangat. Kalau tak ketat,  tak cantiklah.  Dress ni memang style dia macam ni.  Tu semua peminat-peminat yang takdak life hidup nak nasihat dan betulkan hidup artist.  




Yuna
Tak taulah Yuna pakai dress sapa buat ni tapi ini memang signature style dia lah.  Tapi tudung tu dalam pose dan gambar ni nampak kerlas,  tapi kalau depan depan mesti sememeh pakai tudung macam ni.



Vivy Yusof
Ini bukan signature look Vivy.  Dia suka pakai baju besar-besar longgar,  corak polos,  takdak line-line sangat.  Tapi tak tau pasaipa dia pakai dress ini.  Tapi dress ni cantiklah,  simple and cantik. Nothing to carut.



Vivy Yusof in aere by Raja Nadia Sabina
Haaaaa yang macam ni baru style Vivy.


Vivy Yusof in Mimpi Kita
Nothing to carut.  Next.



Vivy Yusof in aere by Raja Nadia Sabina
Ini pun signature style dia jugak.  Tapi aku suka ni lagi daripada yang biru dia pakai kat atas tu sbab ni takdak ropol ropol semua.



Vivy Yusof in Khoon Hooi Official baju kurung and tudung by (of courselah kan...) duCk
Macam pelik tengok dia pakai baju ada corak.  Klasik baju kurung yang tak bolehhhhhhhhhhhhh untuk aku kata tak cantik.  Memang cantik,  nampak klas,  nampak kemas dan nampak mahal.



Vivy Yusof in aere by Raja Nadia Sabina
Nak carut apa nya kan?



Aamyra Rosli
Jubah yang sopan dan selesa untuk wanita mengandung.  Manik-manik di dada buat pemanis.




Scha Alyahya
Baju sponsor Jakel ni memang cantik.  Warna warna pastel dan lembut memang kegemaran makcik ini.



Tak tau dress ini dari sapa.  Dia tak habaq.  Tapi santai dan cozy.



Padanan yang sangat comel.  Suka corak kain ini,  putih,  ada nampak macam daun daun pokok.  Potongan dress ni memang trending kat Hollywood red carpet tau.  Pandai Scha Alyahya sebab tak ikut trend kat sini yang duk masih lagi sibuk pakai ketat-ketat,  peplum apa semua.



Rozita Che Wan
Raya pertama in Minaz
Taksahlah ulasan ini tanpa meletakkan gambar baju raya yang digayakan oleh Che Ta.  Semua busana yang dikenakan adalah mengekalkan gaya peribadi Che Wan,  meriah,  meletops,  very the mewah with all the details from jenis kain,  corak dan bentuk.



2nd day Raya in Rizman Ruzaimi
Finally featherrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!



3rd Day Raya in Teh Songket
Comel Che Ta pakai baju kurung lagu ni.




Zizie Ezette
Kerlasss kot tengah ada X macam mana ka.




Nur Fazura

Deni feeling.

Fazura tak habaq dia pakai baju sapa tapi confirm dia pakai baju daripada company fesyen dia sendiri iaitu House of Doll.




Neelofa
Ini gambar baju raya dia post pastu dia penuh dengan gambar dia pi holiday.



Azrinaz Mazhar 
Azrinaz Mazhar in Rizalman couture
Nenjiaa tengah tengah padi dia pakai couture....nahariam la deni membuat.



Baju kurung modern ketat tetek yang nampak lebih santai.


Azrinaz Mazhar in Rizalman
Sangat suka baju kurung ni!!!!!!!!!!!! Pasaipa baju kurung cekak musang macam ni tak popular balik?




Alyah
Datin Alyah in Eighty One
Inilah antara baju raya hari pertama yang paling lojik di pakai oleh artist sebab memang macam duduk-duduk rumah duk kena buat kerja semua.




Datin Alyah in SHAWLPUBLIK
Tudung tu tak sesuai dengan dress ni.  Tak nampak corak dress ni.




Datin Alyah in Eighty One
Kerlassssss.......




Datin Alyah in SHAWLPUBLIK
Yang ni pun cantek juga.



Datin Alyah in @lisaadamofficial
Dia nampak kurus dengan baju kurung ni.  Tapi corak kain ni macam orang selalu pakai untuk buat sofa/langsir. Kan?


Zila Bakarin
Paling gempak!  Zila Bakarin the whole family pakai baju melayu.  Siriesly aku suka trend ini.  Pada sesiapa yang tak pernah pakai baju melayu,  its actually very selesa ya.  Aku dulu masa sekolah suka pakai baju melayu abang aku punya.  Aku suka sebab ada poket.



Dato' Siti Nurhaliza


Tak dinyakan baju kurung Dato Siti daripada siapa tetapi tudung by Ariani.  Sebab dia kan duta Ariani lani.  Tapi baju Dato Siti biasalah la.  Dia punya favorite style yang dia selalu pakai semua.  Takdak menarik sangat.  Macam mak-mak datin kaya.




Nabila Huda

Actually ini bukan baju raya dia.  Tapi dia post untuk hari raya pertama.  Baju ni maybe untuk photo shoot filem apa-apa ka.



Kerlasssss pompuan ni memang stylo.  Deni pakai apa pun,  kat dia aku rasa nampak elok dan mahal.  Adakah kerana badan dia?  Ataupun sebab deni confident.



Keisha Laila kimono by Tym Fatimah
Comei anak dia pun pandai bergaya.

Kimono by Tym Fatimah
Satu gang rupanya!



Tak tau sapa yang buat kebaya wrap ni. Tapi cantik,  biasalah.





Princess Ezurin
Kerlasss mak ayam ni pakai sareeee dress for raya!!!!


Meletops dia posing raya dengan anak-anak dia semua. Anak dia 8 orang ka 6 orang aku tak tau.  Memang meletops la deni!



Haaaaaa nasib baik depa ni raya kat Notting Hill,  kalau depa balik mai beraya kat Kokdiang macam ni mampuih Tok Wan semua nanti teruih bangun jalan laju pi amik ayaq semayang mintak ampun kat tuhan sebab awat cucu cucu aku pakai baju Mc Donald time nak raya.


Okay dah share semua gambar baju raya sekadar hiburan sahaja.  Semua gambar adalah hak milik artist tu akak copy paste daripada Instagram depa semua.  Bye bye.  Selamat hari raya.

Surat Untuk Ton (Langkah-langkak Untuk Wanita Yang Baru Diceraikan)

$
0
0
Salam Ton,

First of all aku nak ucap terima kasih kat hang sebab walaupun kita tak contact hari-hari, tapi dalam keadaan penting macam ini hang mai cari aku untuk mintak tolong kat hang. Ya Allah rezeki untuk aku Ton. Aku bukanlah terror apa pun, takdak kelulusan apa pun. Tapi bila hang cerita kat aku semalam, macam-macam perasaan dan juga benda yang aku duk terpikiaq. Sebab tu aku janji, aku akan tulis nota panjang untuk hang “LANGKAH-LANGKAH YANG HANG KENA BUAT” . Sebab aku tau, kalau aku taip this out, benda ni lebih tersusun dan lengkap.

Aku harap sekarang ni kita tak payah bincang lagi apa yang laki hang dah buat kat hang, apa yang dah berlaku. Like aku cakap semalam, lani kita tengok depan sahaja. So these are the things yang hang kena buat:


click read more



LANGKAH-LANGKAH YANG HANG KENA BUAT

1. DON’T BLAME YOURSELF. Belajar untuk tidak salahkan diri hang. Hang tak salah. Kalau hang tak latih diri hang untuk tidak salahkan diri sendiri, insya Allah hang punya confident level tak akan jatuh. Keyakinan diri amat penting. Sebab keyakinan diri hang yang akan bagi hang keberanian dan kekuatan untuk jaga, lindung dan pimpin anak-anak hang pulak. The king has abdicated, you are the Queen now. Untuk jadi pemimpin yang baik, hang kena ada keyakinan. So kena stop salahkan diri sendiri atas apa yang telah terjadi dalam hidup hang sekarang ni.

2. DON’T BLAME YOUR HUSBAND. Belajar untuk tidak salahkan suami hang atas apa yang telah berlaku. Dia pun tak sangka segala tindakan dia nak main2 boleh melarat sampai macam ini. Manusia tak perfect. Tak lari dari buat salah. Aku pasti laki hang pun lani penuh dengan kekesalan dan keraplahan dalam kepala otak tetapi dia terlalu ego nak tunjuk dia salah. Sebab tu dia point out kesalahan itu pada orang lain iaitu hang. Hang anggaplah dia sekarang ni dalam keadaan hilang pertimbangan, tak tau salah silap, tak tau dosa pahala. Dia buat ikut apa yang dia rasa "betul untuk dia pada ketika itu".

3. MAAFKAN SEMUA ORANG YANG TERLIBAT DALAM HAL INI. Belajar untuk memaafkan semua orang yang terlibat dalam hal ini. Suami hang, pompuan tu, pompuan tu punya suami. Semua! Memang senang ja aku nak tulis macam ni, tapi aku suruh hang maafkan depa bukan sebab aku nak hang letakkan depa di atas satu level yang depa semua tu patut dihormati tetapi kalau hang dapat maafkan diri depa-depa tu semua yang buat naya kat hang dan anak-anak sampai macam ini, HANG YANG SEBENARNYA TELAH BERJAYA MELETAKKAN DIRI HANG KE SATU TAHAP YANG MEMANG TERROR GILA LA!
Secara tak langsung hang tidak akan marah, hang tak akan benci, dendam dan segala benda rasa negatif pun untuk suami hang dan depa-depa yang lain tu semua.

Sebab ramai pompuan bila dah bercerai, depa jadi marah dan membawa kepada simpan dendam. Dendam adalah perasaan yang sangat HITAM, kalau simpan dendam dalam hati hang, perlahan lahan hati hang pun akan jadi HITAM. Bila hati hitam.....hang tak akan bahagia dan orang yang tak bahagia akan jadi manusia yang "bitter". Manusia "bitter" adalah manusia yang tidak akan disenangi oleh sesiapa pun, family dan kawan2 sebab rimas duduk dengan orang "bitter" ni. Depa suka merungut, mengeluh dan salahkan semua benda yang jadi kat dunia ini adalah salah orang lain.

4. GIVE YOURSELF A CHANCE. Belajar untuk bagi peluang kat diri hang sendiri. Maksudnya, kalau hang rasa down tiba-tiba, rasa nak nanges tak tentu pasal, rasa duk terkenang kat bekas suami hang.....ITS OKAY! Bagi peluang pada diri hang untuk pulihkan diri dia sendiri. Benda ni baru jadi kat diri hang, baru jadi kat anak-anak. Takkan hang boleh jadi okay dan normal macam biasa secara tiba-tiba? Itu baru gila. So kalau hang nanges hari hari sekarang....yang tu hang tak gila. Kalau hang tak nanges langsung...itu baru gila. Pendapat popular mengenai kesedihan yang selalu orang cakap adalah “5 stages of grief”. 5 peringkat kesedihan. Hang pi baca sendiri pasai benda ni dan try cope menggunakan teknik ini.

5. LETAK HAD UNTUK KESEDIHAN. Ini adalah amat penting, walaupun hang diizinkan untuk bersedih tetapi tak boleh bersedih selama-lamanya. Bila masa sebelum-sebelum ini aku melalui kesedihan, apa yang aku buat adalah, aku letak satu due date untuk aku bersedih. Dengar macam lawak plak kan? Tetapi itulah yang aku buat. Contohnya masa aku putus cinta kau kau dengan x bf aku dlu, aku putus dengan dia bulan September. Tapi aku cakap kat diri aku..............okay aku akan nangis dan bersedih hanyalah sampai 31 Disember. Lepas tu aku tak mau sedih dah. HAHAHAH yes memang macam lawak sikit, tetapi hang cubalah! Semua ni adalah dalam otak kita, mental kita kena kuat untuk control hati kita. Sebab tu orang tua kata, ikut hati mati. Its all in your head!

6. TARGET UNTUK BAHAGIA. Bila hang dah letak had sampai tarikh bila, due date hang boleh bersedih contohnya sampai bulan Disember 2017. Seolah-olah hang dah ada plan dalam hidup hang. Inilah yang aku cakap semalam kat hang, hang kena ada plan seterusnya. Tapi yang tu aku akan sentuh kat point di bawah. Untuk point, TARGET UNTUK BAHAGIA ni sebenarnya aku nak tekankan betapa pentingnya hang untuk letakkan had untuk bersedih. Sebab bersedih secara berlarutan dan berpanjangan akan bagi effect banyak untuk diri hang dan orang-orang disekeliling hang. Hang kena ingat apa yang jadi kat hang ni bukan effect diri hang dan anak-anak sahaja tau. TETAPI EFFECT KELUARGA HANG, KAWAN-KAWAN HANG. Hang ingat mak hang tak sedih ka benda ni jadi kat hang? Hang ingat kawan baik hang yang saksikan saat saat hang tu tak trauma ka? Hang ingat adik beradik hang boleh tidur lena ka hari hari duk pikiaq apa pulak nak jadi kat hang selepas ni? Semua orang yang sayang hang akan ter-effect dengan apa yang berlaku dalam diri hang. So hang kena letak TARGET UNTUK BAHAGIA sebab kalau hang tak bahagia, kami-kami semua kat keliling hang ni nanti jadi rimaih.

7. PLAN HIDUP. Hang kena start plan hidup hang untuk "rebranding yourself". Sebab lepas ni, status hang dah berubah. Tapi ingat, status hang sahaja yang berubah tetapi hang tetap diri hang! Itu hang kena pegang. Ada seseorang yang aku hormat ajar aku tentang benda ni, bila kita down, bila kita sedih, kita kena merancang hidup kita untuk bagi otak kita bergerak dan berfungsi. So apa kata hang buat perancangan hidup. Tengok hidup hang pada satu perspektif yang berbeza dan luar dari kotak. Jangan tengok diri hang sebagai seorang pompuan janda, takdak laki, keseorangan, anak ramai yang membebankan! Apa kata hang tengok diri hang selepas ni, visualized yourself, tengok diri hang sebagai seorang yang bebas, wanita berdikari, wanita dewasa yang tidak ada sesiapa boleh halang dia. Jangan pikiaq negatif wehs, pikiaq benda yang positif. Amik buku kosong, tulis apa hang mau dalam hidup, apa impian hidup hang, apa pengalaman hidup yang hang teringin nak buat....tulis semua list tu. Tak semestinya kena benda yang besar-besar macam...mendaki gunung Everest. Nakhariam tu idea style besar gila lah sebab kalau nak pi climb Everest kena pi training kecergasan diri semua pastu nanti kena tinggal anak hang semua jauh-jauh. HAHAHA serrr takyah extreme sangat. Benda simple macam sebelum ni hang teringin nak potong rambut pendek macam Puteri Diana, tapi laki hang tak bagi sebab laki hang kata dia suka tengok hang rambut panjang....tulis dalam list tu dan pi POTONG RAMBUT HANG! Hang rasa benda tu kecik ja, potong rambut ja kot, tapi siriesly hang mesti akan terkejut sebab tak sangka hang boleh happy dan seronok gila dengan diri hang hanya sebab hang potong rambut.

Selain buat list, hang buat mind map. Lukis, apakah benda-benda yang hang kena improve kat diri hang. Contohnya, sekarang ni hang kena lebih berjimat sebab hang tak boleh nak harap dah sangat duit dari laki hang. Lani hang sorang yang bertanggungjawab untuk jaga anak-anak hang semua. Memanglah dia nak kena bayar nafkah apa semua jadah yang pejabat agama akan tetapkan, tapi hang tak payah nak harap sangat. Hang jadi STRONG WOMAN. Dia nak bagi, alhamdulillah. Rezeki hang dan anak-anak, laki hang pun tak berdosa. Kalau dia tak bagi, tak payah nak pi meruntun-runtun macam mintak sedekah. Duk jadi macam Rita Rudaini sampai bila bila pun duk ungkit mintak duit nafkah kat laki dia. Memang lah itu HAK, tapi toksahlah duk play-play "victim" card sangat. Laki hang nak bagi, amik, tak bagi, mampuih pi kat dia. Itulah attitude yang hang kena ada.

So hang try buat mind map tu, untuk visualized apa benda yang hang kena ubah pada diri hang. Semua senarai dan tulisan dalam buku tu akan jadi satu kitab dalam hidup hang yang baru, penjenamaan baru diri hang.

Okaylah ini 7 benda penting yang aku nak pesan kat hang dulu. Benda benda lain insya allah hang boleh buat sendiri. Benda yang aku tulis kat atas ni semua adalah macam untuk kuatkan otak hang dulu. Bila otak hang kuat, insya Allah lain-lain semua akan jadi elok. Otak yang tak kuat, akan bagi peluang kepada anasir jahat semua akan masuk dan benda yang sedia kala dah teruk ni akan jadi lebih teruk.

Jangan segan nak contact aku, call atau whatsapp…..kalau aku free aku boleh layan punya. Sorry sebab kita duduk jauh, ‘mental hug’ dari aku untuk hang di sana.

Akhir kata, aku tujukan sebuah lagu kat hang!

Pure by Safiyyah Osman Bagi Hadiah TEFAL

$
0
0
Akak menang motor!

Hello u,

Nenjiaaaa punya lamaaaa duk kata nak pi amik tak pi amik sampai berapa bulan TEFAL yang aku menang ni semua duk terperam kat HQ Pure by Safiyyah Osman.  Aku tak mau pi amik time founder Piyah Osman takdak di HQ,  so its was so hard to find time yang kami dua dua okay.  Tapi selalunya aku lah yang tak available sebab aku kan pompuan paling busy di Melesia selepas Kak Rosmah Mansor.  

Sapa yang tak tau apa cerita,  mungkin ampa terlepas baca berita yang akak menang cabutan bertuah berupa barangan dapur jenama TEFAL berharga almost RM1000.00.  Ampa boleh check it out kat sini:  Akak Menang Motor

Terima kasih banyak-banyak kepada founder Pure by Safiyyah Osman sebab telah sudi memberikan hadiah kepada para pengguna setia produk u olls seperti akak.  Kalau ampa nak tau,  Pure by Safiyyah Osman ni adalah rangkaian produk kecantikan yang dibuat di rumah (home-made based),  bebas bahan kimia,  bebas bahan haiwan,  purely pakai bahan-bahan semulajadi.  So memanglah baguih,  aku sendiri pun duk pakai produk ni daripada mula-mula PSO jemput aku jadi reviewer produk depa sampai lani teruih jadi pengguna setia.

Ampa nak tau lebih lanjut pasai PSO,  ampa bolehlah tengok Facebook depa apa semua.


click read more

Nilah produk TEFAL yang akak dapat.  Seterika,  meshin blender macam mana ka yang pegang macam drill dinding tu,  steamer,  rice cooker,  periuk 1,  pan besaq 2,  pan goreng teloq 1,  2 bekaih pelastik!


So baru-baru ini untuk pi amik barangan hadiah TEFAL aku pun pi lah HQ PSO yang terdapat di Sungai Petani Kedah.  Dulu aku pi,  depa duk renovate-renovate lagi,  tapi lani dah siap hias dah semua.  Memang kerlas....depa ni memang ada taste tau.  Daripada packaging,  branding semua produk PSO sampailah lani depa punya HQ......depa punya produk memang nampak macam mahai-mahai dan kerlas.

Okay dahlah.....tak mau cerita banyak.  Ampa tengok ni gambar-gambar akak masa duk feeling posing kat HQ Pure by Safiyyah Osman.


Duk posing kat kaunter.  Feeling.


Aku suka depa punya lampu.






Kat bawah ni aku bubuh link Facebook page dan link Facebook personal untuk founder PSO sendiri iaitu Piyah Osman.  Sapa-sapa pompuan yang minat meniaga,  nak jadi berjaya,  ampa pi follow Piyah Osman punya personal Facebook.  Dia banyak share pasai apa yang dia buat hari hari,  kerja-kerja business dia semua dan paling penting baru-baru ini,  sifu Azizan Osman pun ada feature Piyah Osman dalam one of depa punya motivational video dalam Facebook menceritakan macam mana dia gagal berniaga online berkali-kali dan akhirnya melalui PSO barulah dia berjaya sampai dapat income sampai 90 k sebulan!!!!!!

Tahniah Piyah.  You deserve it.  AKU BANGGA SEBAB KENAL HANG.


Resepi Simple Creamy Pumpkin Soup

$
0
0

Hello u olls,

Hari itu,  kita dapat labu daripada kawan kita.  Mak dia tanam pokok labu kat rumah punya banyak labu sampai tak tau nak buat apa.  So depa bagi kat aku sebijik.  Masa mula-mula dapat,  labu tu macam duk hijau lagi.  Pastu duk sibuk dengan pindah rumah,  nak raya semua.  Jadi tak masakkkkkkkkkkkkkkkk pun labu ni.  Kebetulan I olls dapat barangan TEFAL semua,  teruih dapat idea nak buat creamy pumpkin soup.

Kami dah beli dapur dan tong gas,  tapi takdak kabinet dapur u olls.  So takkan nak masak bubuh dapur kat lantai,  macam rumah-rumah bujang plak kan?  Tapi antara barang-barang TEFAL yang I olls dapat ada hand food processor and rice cooker!  So boleh la...........

Tapi siriesly,  labu ni memang wangi!  Labu ni macam mana organik la kan,  tanam lagu tu ja belakang rumah takdak bubuh apa-apa baja semua.  Masa mula-mula rebuih tu nak habaq mai.....memang labu ni punya wangi manis.  Memang best la.  Thanks Kak Shimah sebab bagi labu tu.

Okay dah jom tengok macam mana I olls masak Creamy Pumpkin Soup menggunakan perkakas dapur TEFAL.

Ni la labu kuning tu.  Elok dah kuning.  Aku rasa kalau aku nyanyi lagu "shala ke bu...da shili ke bu...Bibbidi-Bobbidi-Boo" nanti labu ni dia nanti kembang la jadi kereta kuda.  Kerlas....



Okay kipaih ni bukan kipaih TEFAL na...hhahaha ni kipaih laki akak beli bubuh kat dapur habuan kalau masak.  Bolehlah bini dia feeling flip hair sambil masak. Gitu.


Resepi Simple Creamy Pumpkin Soup

Bahan-bahan
1 biji labu kuning (lebih kurang 800g)
1 kotak kecil cooking cream (200 ml)
Garam dan lada secukup rasa


Cara-cara
1.  Make sure labu kuning tu dah betui-betui masak.  Kalau tak masak,  simpan la bagi masak.   Akak bungkus dengan surat khabar dan letak di tempat yang tak berapa panas dan tak berapa sejuk.

2.  Kupas semua kulit labu,  bersihkan dan potong dadu.

Masak elok labu ni.  Macam mampelam pulak.


3.  Masukkan labu yang telah didadu dalam Tefal Rice Cooker Microcomputer dan masak menggunakan setting "expert".  Kaedahnya,  rebus jaaaah u olls.

Kerlas!  Aku suka rice cooker ni.  Siap boleh masak cake okay.  Nanti mak try masak cake pakai benda ni tunjuk kat blog jugak keh!


Nenjia labu duk naik panas dah.  Duk menggelegak.  Masa ni aku saja la bukak rice cooker,  nak tengok jadi ka masak?  Satgi aku salah tekan ka apa ka.


Elok dah masak!  Tengok pun tau.

4.  Bila lampu pada Tefal Rice Cooker Microcomputer menunjukkan yang labu sudah siap di masak,  buang sikit air yang digunakan untuk rebus labu tadi.  Sebab kita tak mau banyak sangat air,  nanti sup kita cair.

5.  Masukkan 1 kotak cooking cream,  tabur lada hitam dan juga garam secukup rasa.


Masukkan 1 kotak cooking cream,  tabur lada hitam dan juga garam secukup rasa. 


6.  Menggunakan Tefal's Slimforce,  blend bahan-bahan tadi sampai lumat.  Biarkan sup tadi dalam mode 'keep warm'.


Ni la Tefal's Slimforce,  memang best wehs benda ni.  Ampa semua simpan duit mau beli benda ni.  Boleh blend apa-apa pun tak pakai ayaq banyak pun takpa.






Okay dah siap!


7.  SIAP!!!!!

Nota
Sedap di makan begitu sahaja.  Boleh calit dengan roti bakar.

Kalau kat ruma takdak cooking cream,  ampa masak susu segar pada api perlahan.  Masukkan tepung jagung sikit demi sedikit,  bagi susu tu pekat sikit.  Once susu tu dah pekat,  jadilah cooking cream!  MURAH dan senang.


Selamat mencuba.  Ampa jangan lupa tau tengok juga cerita pasai macam mana akak dapat produk TEFAL ni kat sini.  



ps/  Masa keep warm soup ni,  dia menggelegak sampai habis semua tudung rice cooker aku yang baru ni.  Jenuh nak kena basuh pulak.  Periukkk baruuu wehsss kena jagaaaaaaa...............



Semua Orang Dah Pakai Diameida Fabulous Mascara!

$
0
0

Hello u olls,

SEMUA ORANG DAH PAKAI DIAMEIDA FABULOUS MASCARA!  You olls bila lagi?  Haaaa akak dah 3 kali tulis pasai mascara ni.  Akak sendiri pun dah rekemen produk ni kat kawan-kawan sebab memang best gila.  Hangpa semua kena try beli.

Ni saja nak layur kat ampa semua depa-depa yang duk femes kat Facebook dan FB Live Video semua duk kalut pakai Diameida Fabulous Mascara. Semua orang duk syiok pakai sebab memang mascara ni best!  Dia punya berus style sikat,  senang nak apply,  pastu dia punya cream mengandungi abstract minyak ros dan macam-macam benda baik lagi yang memang bagus untuk bulu mata kita.

Dah!  Jom tengok gambar-gambar depa-depa pakai Diameida Fabulous Mascara dan pasaipa depa habaq depa suka pakai Diameida Fabulous Mascara!

 
 

click read more




Mak ayam ni nama dia Sofiya Musa, dia MUA from Penang. Tengok ni apa dia habaq pasai produk ni.
Woww~!! Woww~!! Woww~!!😱😱😱.  Diameida Mascara by Lisa Isaac mmg meletopsss!!💥💥 1st time try effect so2 saja tp bila apply Diameida Mascara nie mmg t'kedu satt.. Dh mcm2 brand try sbb bulu mata kami haluih sgt.. So far dh try smua brand smp b'tuka ke mascara drugstore.. Mascara nie sgt hebat u'olls.. Seriously, I'm not lying..❤️❤️  . Korang cepat2 p grab mascara letopss from kak lisa atau agent2 diameida.. Ampa Xkan menyesal...😚😚. Makeup look raya sepantas kilat without foundation, false eyelash & lens..💋💋



 

Ini mak ayam make up artist efek-efek ni.  Ampa kalau follow FB dia memang dia duk post gambar muka dia make up macam hantu semua.  Dia pun suka pakai Diameida Fabulous Mascara.  Dia habaq ""Love gilak ni mascara....first pkai keluar carutan d mulut..tetiba I tercakap oh sh*t sb mabeles sangat!" - Athilla D'hun (TAS Theaterical Makeup).  



Senyorita Bia Mansur


Frampun ni nama dia Senyorita Bia Mansur. Dia MUA and duk active jual macam-macam produk make up.  Dia sendiri adalah agen rasmi Diameida Fabulous Mascara.  Ampa boleh follow dia kat Facebook dia.  Aku memang kenal dia personally,  cantek tau frampun ni.  Bulu mata punya panjang,  pelik aku tk tau macam mana dia boleh dapat bulu mata panjang macam tu.  Masa mengandung,  mak dia makan daging unta banyak kot.  Bila pakai Diameida Fabulous Mascara lagi laaa panjang kan bulu mata kat atas tu semua bukan fake eye lash (extension) okay!! Natural!




Eairyn Flower

Okay ni pun make up artist juga.  Nama dia Eairyn Flower.  Ampa boleh follow dia.  Dia habaq dalam Facebook dia "Best katanye pakai mascara ni..lentik dan panjang bulu mata rs xperlu pakai bulu mata palsu lg heheh..👍👍" 





Ini famous FB Live Video MUA nama Nur Lianna.  Dia duk buat review make up pakai Diameida Fabulous Mascara dah berlambak kali dah.  Ampa boleh follow Facebook dia.  Best!  By the way,  pompuan ni cantek kan?  Tak surelah mak ayam ni pakai bulu mata palsu ka tak,  tapi dia tak pakai bulu mata pun, dia tetap elok.  Tapi dia tetap gigih pakai Diameida Fabulous Mascara sebab nak bagi elok,  kita yang muka biasa-biasa ni,  haaa....tok sah duk feeling natural beauty sangat.  Semua orang nak kena invest beli lekaih Diameida Fabulous Mascara!!


Kelebihan
 Rekaan berus jenis sikat Diameida Fabulous Mascara amat sesuai untuk sapuan bulu mata atas dan bawah, hitam dan tebal tak perlu sapuan berulang-ulang! Boleh dipakai sahaja atau bersama-sama fake eye lashes ataupun extension eyelashes.

 Mengandungi pati rose dan jojoba oil yang terbukti dapat melebatkan dan memanjangkan bulu mata, menguatkan akar bulu mata dan sekaligus dapat mencegah bulu mata dari luruh.

 Smudge proof!! Tetapi senang dibasuh. Tahan sepanjang hari!

 Cream yang pekat membuatkan bulu mata tampak lebih jelas, panjang, tebal dan yang penting sangat lentik.

  Pemakaian satu stick Diameida Fabulous Mascara boleh tahan sampai 3 bulan!


Ingredient
Antara kandungan terbaik Diameida Fabulous Mascara adalah seperti berikut:

 Ekstrak Rose: Memelihara, melentikkan, melebatkan, memanjangkan dan mengukuhkan bulu mata bermula dari akar hingga ke hujungnya.

 Jojoba: Menjaga agar bulu mata tidak terlalu kering akibat pemakaian maskara.

 Vitamin E: Menambah nutrisi pada bulu mata.

 Beeswax: Lilin semulajadi yang dihasilkan dalam sarang lebah, mengandungi vitamin A dan antibakteria

 Carnauba: Juga lilin dari pokok kelapa sawit di Brazil yang mampu memelihara kelembapan dan kehalusan bulu mata.

Cara Nak Beli
Untuk order hangpa boleh call/Whatsapp founder Diameida Fabulous Mascara iaitu Kak Lisa Isaac yang meletops 60124180090 tapi nak habaq siap -siap kat hangpa!

Agen Diperlukan
Produk ni baru sahaja di-launch baru baru ni.  Oleh itu,  masih tak ramai agen yang menjual Diameida Fabulous Mascara!  Kalau hangpa berminat nak jadi agen di negeri / daerah masing-masing,  sila PM Founder Diameida,  Kak Lisa Isaac yang meletops 60124180090!

Harga
RM60 (postage included)

Contact Info
Whatsapp/Call: 60124180090
Facebook: www.facebook.com/DiameidaHQ

Siti Shower a.k.a Rudy Suara Macam Tok Ti

$
0
0


Ampa dah tengok ka video budak ni nyanyi suara macam Dato' Siti?  Dia kena interview dengan budak budak dalam Thinker Studios.  Haaa bukan ja nyanyi macam Tok Ti,  tetapi suara dia cakap pun macam Tok Ti.  Kerlass....

Nah...tengok video dia.

Dah jom tengok video dia kena interview.










Akak tak nak cakap aper....akak nak letak gambar ni jer


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


How Was Your Raya?

$
0
0

Ini adalah catatan sembang-sembang.  So how was your raya?  Akak punya raya biasa-biasa sahaja.  As you olls know,  akak dan suami duk busy pindah-pindah rumah.  Okay mai nak story sikittttttttt la pasai rumah baru ni.  Tak tau macam mana masa hujung bulan empat,  kawan akak habaq yang kat atas rumah dia, ada rumah kosong!  Kalau akak berminat,  akak boleh contact tuan rumah tu,  bincang-bincang dan kalau nak tengok rumah any time boleh pi sebab kawan akak sendiri yang pegang kunci rumah tu.


Confirm lah dapat kan!


Untuk pengetahuan ampa,  akak dah 6 tahun menikah dengan En Khafi dan sebelum ni kami duduk di rumah milik keluarga akak tapi memang kami berdua yang duduk kat rumah tu.  Rumah kampung di Ayer Itam,  kami tak payah siap apa,  semua pun dah ada.  Tapi starting last,  Kak Edeh dan Abang Manap (my parents) mai duduk dengan kami sebab rumah depa di Kebun Lama (area Dato' Kramat,  Georgetown),  dipecahkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk projek pembesaran sungai.  Yes,  depa dapat duit pampasan dan juga rumah ganti.  Tapi depa mai duduk kat rumah depa yang paling depa suka la iaitu rumah kat Ayer Itam yang akak duduk ni.


For one year,  kami duduk bersama empat beranak.  Akak okay,  cumaaaaaaaaaaaaaaa satu ja akak rasa tak best,  akak dah hilang 'dapur'.  Siries habaq hang,  weekend time aku nak bermasak-masak,  mak aku kongker dapur.  Pastu takkan aku nak masak kot,  dia masak dah la sedap. Rugi la kalau aku tak bagi mak aku masak kan?

click read more




So masa kami dapat rumah ni starting bulan Mei,  memang agak susahla nak habaq kat depa dorang tu macam mana.  Kami simpan rahsia ni lama,  takut depa kecik hati pulak.  Takut nanti depa ingat kami pindah sebab kami tak suka kat depa.  Tapi nyah,  mak dah menikah nyah.  Bukan orang putih macam mana ka,  tak kawen duduk live in kat mana-mana.


Mak memang longing to live on my own,  ada ruang tamu sendiri,  ada bilik sendiri,  ada pancoq sendiri,  paling penting ada dapur sendiri.  SOoooooooooo mak boleh hias macam mana pun mak nak!  Akhirnya rezeki mak sampai.


Rumah sewa kami kat Taman Tun Sardon sahaja.  7 minit daripada office.  Ya Allah memang heaven jangan habaq la.  Pukul 7am bangun pi kerja pun dan lagi!  Rumah kami tingkat dua,  ada dua bilik,  1 ruang tamu,  ada 1 toilet,  1 ruang tamu dan 1 dapur.  Dari first time kami dapat kunci,  kami habaq kat tuan rumah,  bagi kami sendiri yang cuci dan bagi settle rumah ni.  Daripada kemas,  buang sampah,  cat,  pindah barang...semua kami buat sendiri.

Ini pintu rumah.


This is my dapur.  Not much.  But it's my dapur. :)


Alhamdulillah semua dah selesai.  Seminggu before raya,  kami dah mai tidoq sini dah.  Walaupun penat,  raya pun rasa macam tahi sebab penat.  Tapi finally,  kami ada tempat sendiri yang kami boleh panggil 'rumah kami'.  Walaupun sewa,  mampuih pi la.  Janji,  ada la juga rasa berdikari.

Dan kami masuk rumah ni kira like baru menikahlah.  Barang apa semua takdak lagi.  Duk bawak mai sebuah katil sahaja daripada rumah lama.  Tu pun katil dah ngok ngek aku habaq laki aku,  lagi dua tiga bulan kita mau lego buang.  Washer machine,  almari,  peti ais...semua nak kena beli baru.  Dan kena beli sebulan satu.

Doakan semuanya berjalan lancar.  Ampa tok sah duk suruh aku offer TAK BUAT OPEN HOUSE KA....kalau aku buat house warming party ka...and hang nak mai sekadar bagi aku set pinggan mangkuk sahaja untuk hadiah,  baik tak payah.  Hang duduk sengap-sengap buang.

Doakan semuanya berjalan lancar.

ps/  Yes,  we are very very very very very very happy duduk rumah baru.  Nanti pelan-pelan kami nak hias rumah kami akak akan share kat blog.

Tunku Aminah Maimunah Iskandariah Nikahi Dennis Verbaas 14 Ogos 2017

$
0
0

Hello u olls,

Semalam seluruh Malaysia bergembira apabila satu-satunya puteri Sultan Ibrahim Ismail, Sultan Johor iaitu Tunku Aminah Maimunah Iskandariah bakal bernikah pada 14 Ogos ini dengan lelaki biasa keturunan Belanda bernama Dennis Verbaas .


Dennis memeluk Islam pada 31 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru dan dipimpin oleh pegawai agama bagi mempelajari Islam termasuk solat, berpuasa Ramadan, pengajianal-Quran, akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika serta protokol istana.  Nama barunya sebagai seorang Muslim adalah Dennis Muhammad Abdullah.


Dilahirkan pada 1 Mei 1989 di Lisse, sebuah bandar berdekatan dengan Amsterdam, Belanda dan merupakan anak kedua dari tiga beradik kepada pasangan Martin dan Henriette Varbaas.  Menerima pendidikan di Floretti College Hilego The Netherlands dan kemudian meneruskan pembelajaran di ROC Leiden, The Netherlands dalam bidang kejuruteraan mekanikal.

Dennis pernah bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store dan Cafe. Dia kemudiannya bekerja sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers di Singapura.

Jom tengok beberapa gambar Dennis yang akak jumpa dalam Google.


 click read more








Sarah Baartman - Hottentot Venus

$
0
0
Gambar sumber:  www.bbc.com

Tak tau macam mana ka,  aku terbuka satu Youtube gossip pasai Beyonce menolak tawaran berlakon satu filem biografi tentang seorang wanita kulit hitam bernama Sarah Baartman.  Pasaipa Beyonce tolak tak tau la tapi ramai yang suka bila Beyonce tolak tawaran tu sebab depa kata,  Beyonce tak sesuai berlakon watak wanita bernama Sara Bartmaan ni.

Sapa Sara Bartmaan ni?

Mak pun google-google,  rupanya pompuan ni adalah seorang wanita kulit hitam daripada Afrika Selatan yang berhijrah ke Eropah pada awal kurun ke 19 untuk mencari kekayaan.  Dia mempunyai tubuh badan yang ekzotik pada ketika itu (pungkok maha besar),  so ada mat salleh ni tipu dia kata,  kalau hang ikut kami pi Eropah kami akan bagi hang buat show semua,  hang akan jadi kaya dan popular.

click read more


Zaman tu,  orang Eropah semua mana pernah tengok pompuan style badan pungkok besar macam tu kan?  So bagi depa,  bila tengok pungkoq besar macam tu kita ekzotik la.


Tapi bila Sara Bartmaan ikut depa pi Eropah,  dari London ke Paris.  Dia dijadikan bahan untuk pertunjukan manusia pelik atau freak show.  Tuan dia panggil dia "Hottentot Venus",  so setiap hari dia akan buat show macam kunonnya dia ni manusia ganas ala-ala binatang.  Duduk dalam sangkar,  dipakai rantai leher dan ditakut-takutkan menggunakan cemeti.  Penonton akan ditakut-takutkan,  kunonnya Hottentot Venus boleh mengamok,  pastu di akhir persembahan,  penonton akan dibenarkan untuk memegang pungkok dia.  Ada yang raba,  ada yang cubit,  ada yang pukul.  Kesian kat Sara Baartmaan,  sebenarnya dia tak suka langsung buat persembahan tu sebab dia bukan binatang noks!


Daripada persembahan freak show,  dia masuk ke arena persembahan erotik.  Yang ni agak ngeri la tengok golongan bangsawan Perancis,  style sebelum buat seks secara beramai-ramai,  depa akan tengok persembahan tubuh badan Hottentot Venus pulak.  Dan akhirnya,  oleh kerana persembahan erotik itu tidak memberikan pembaharuan,  Sara Baartman dipujuk masuk ke kancah pelacuran dan akhirnya dia meninggal dunia sebab penyakit bawaan seksual bebas. Masa tu umur dia baru 25 tahun.


Setelah kematian,  alat sulit Sara Bartman dipotong dan badannya diawetkan dan dijadikan pertunjukan umum di sebuah muzium di Paris.  Sehingga tahun 1970an barulah tubuh badannya di bawa balik ke negara asalnya iaitu Afrika Selatan untuk disemadikan setelah mendapat bantahan daripada orang awam kerana pertunjukan tersebut menjatuhkan martabat seorang wanita. Ya,  wanita yang bernama manusia.

Badan Sarah Baartman yang diawetkan. Sumber:http://www.ralf-heiser.info

Godek-godek dalam Youtube jumpa sebuah filem bahasa Perancis  dan sedikit dalam bahasa Inggeris dan Afrikaan yang menceritakan tentang biografi wanita ini.  Filem ini diberi judul Black Venus arahan Abdellatif Kechiche dan dilakonkan oleh Yahima Torres.  Filem ini agak savage bagi akak yang sopan santun dan berbudi bahasa ni,  hangpa kalau tengok melalui Youtube,  make sure ampa sign in menggunakan Google account untuk pastikan ampa more than 18 years old sebab filem ini adalah 18sx dan mempunyai adegan seksual yang agak melampau.

Filem ini menceritakan kisah bagaimana vagina dan tubuh badan Sarah Baartman disemadikan oleh seorang ahli saintis Perancis.  Filem ini tidak hebat,  lembat dan perlahan,  skrip pun santai sahaja.  Tidak memberikan kedalaman pada penceritaan kisah hidup Sarah Baartman,  pasaipa dia bawa diri ke Eropah,  dia ni siapa?  Macam mana dia hidup di Afrika dulu.

Kisah hidup Sarah Baartman patut diceritakan semula dan aku sendiri pun tak setuju kalau watak ini diberikan kepada Beyonce.  Aiyooo tak kena langsung.  Carilah pendatang baru yang betul-betul ada bakat berlakon dan mempunyai tubuh badan yang sesuai dengan watak ini.  Yes,  Beyonce adalah sepupu aku,  tapi dia tak boleh berlakon wehs.  Dua tiga kali cubaan dia masuk layar perak menemui kegagalan.

Yahima Torres pelakon berasal dari Cuba yang melakonkan watak Sarah Baartman dalam filmem Black Noir.

Okay akak layurkan dua video Youtube filem itu.  Ampa tengoklah bila free nanti.




Welcome Sir Carter and Rumi

$
0
0

Kerlas sepupu akak dah sebulan selamat melahirkan bayi kedua dan ketiga mereka,  kembar.  Tahniah Beyonce dan abang Jay.  Macam dulu kakak sulong Blue Ivy beranak-beranak ja teruih upload dah gambar Kak Beyons duk dukung baby atas katil hospital dengan rambut kepok-kepok,  this time tak.  Depa biar tunggu sebulan lebih baru depa bubuh gambar baby depa,  not on any paid magazine,  not on any paid website,  but it was drop on their Instagram.

So akak nak share dengan ampa,  gambar sepupu akak dengan baby baru dia,  Sir Carter and Rumi.  Kerlas nama Rumi,  sempena nama makcik sepupu depa la,  Jumie.  Kan........

Beyonce,  Abang Jay dan anak sulong depa Blu Ivy and baby baby kembar depa lani duk rehat kat sebuah rumah agam di Malibu.  Kerlas.....rehat kakak sampai habis pantang na.


click read more


Kerlas Kak Beyons posing baju kepok-kepok semua....


Make Up Tutorial with Diameida Fabulous Mascara by Nur Lianna

$
0
0
 

Hello u olls!

Dah lama akak lama tak buat live video kat Facebook.  HAHAHAH mula-mula macam nak cuba jugak merapu-rapu,  tapi macam tak best pulak.  Aku duk maki saja orang.  Baik aku tulis blog sahaja.  Let me just stick to my writing,  maki juga,  tapi at least keluar kot mulut ampa bila baca tulisan aku. HAHAHAH bukan sebab keluar dari mulut aku.

So hari ini akak nak share video yang dirakam oleh make up make up artist yang pakai Diameida Fabulous Mascara untuk make up live session depa.  Nama dia Nur Lianna,  sapa yang tak kenal dia lagi,  ampa patut follow dia.

1,  dia cantek!  2,  dia pandai make up.  3,  dia tak maki-maki.  Cakap Utara style juga tapi lembut.  4,  ada orang 'habaq' dia ni approachable!  Bukan jenis kekwat-kekwat ni.

Aku tertarik dengan dia. Okay lah malaih nak story.  Jom kita tengok video-video dia duk share macam mana dia buat live make up class kat Facebook.


click read more




Nur Lianna
Frampun ni buat banyak video live pakai Diameida,  akak susun satu-satu kat ampa nah.

Makeup nak p Hi-tea.
simple jer chuollssss yang penting hari ni tak pakai bulu mata pelesuuuu.. natural2 jaaaaa (natural la sgt kannnn!!)

Liana pakai 👉🏻
foundation Glemerez Hq
RCMA loose powder dari Blossom Belle
mascara letopppsss dari Diameida Malaysia
lipsmatte dari Ella Arshad


OFFICE MAKEUP STYLE

PRODUCT USED 👇🏻
YOUTH foundation Irina Makeup

follow ig @youth.cosmeticshq untuk pembelian foundation (rm85 tidak termasuk postage)
berminat nak agent YOUTH foundation boleh. contact +60 17-305 0027 Ismarina Ismail



GIVEAWAY ALERT!!!
SHARE LIVE VIDEO UNTUK UNTUK MENANG GIVEAWAY!! 
Ahlan wa sahlan.. Arabic makeup looks pulak malam ni 💃🏻

product used 👉🏻

foundation Glemerez Hq
JSD LIPSMATTE from Ella Arshad
Honey bee serum/ blusher stick from Nafura/Lina Nafura Ahmad
Wangi World Malaysia solid perfume SWEETHEART




Hii Hampaaaaaa.. 😘 MAI TENGOK MAKEUP NAK P OPEN HOUSE BERAYA.. 
product used 👉🏻
solid perfume Wangi World Malaysia (chanel no'5)
Irina Makeup (YOUTH FOUNDATION)
Face touch stick (stick blusher code 04) Nafura /Lina Nafura Ahmad



makeup glam hollywood gitchewww 😘

product used 👉🏻
foundation Glemerez Hq


Look mak2 budak nak pi beraya.. mai2 tengok lekaih.. 

product used
- Instalips liquid lipstick
- Glemerez Hq foundation
- RCMA translucent powder from Blossom Belle


Makeup bohong2 jaa ft purple eyeshadow

- YOUTH FOUNDATION from Irina Makeup


Look memikat hati suami.. cewahhhhh! 🙈
nak buat peachy brown makeup.. recreate balik makeup pagi tadi sebab ramai tak dapat tengok kannnnn..
main star
- Glemerez Hq foundation


makeup hari raya je chuollsss
kami nak pakai foundation letopssss dari akk Irina Makeup / Ismarina Ismail
- YOUTH foundation
- Diameida HQ mascara


makeup untuk naikkan seri wajah.. (half face makeover)

p/s : kami tau b4 makeup muka kami tak elok mana pun.. so sapa2 yg mulut ringan2 nak mengata sila tutup live ni k 😘 kami sedar kami ni tak flawless 

share2 uollssss!

main product
- Glemerez Hq foundation



makeup hentam ja la weyyyy!

kami pakai product dari

- YOUTH FOUNDATION from Irina Makeup/Ismarina Ismail
- Honey bee venom serum from Nafura/Lina Nafura Ahmad
- mascara Diameida HQ / Lisa Isaac (sila pre-order)

kalau suka share tauuuu!!



test2.. dah tidoq ka ampaaaaaaa

- Glemerez Hq foundation
- Ferrarossa Beauty eyeshadow code sorbet
- Diameida Malaysia mascara

sweet2 makeup ja petang ni..

share2 uolls!

- Glemerez Hq foundation
- Amoura Cosmetics waterproof lipmatte



Hari pertama beraya di rumah mertua 
brown nude makeup ft Glemerez Hq foundation ❤️

- I Flawless Minyak Argan Emas (pelembab/primer skin)
- Ferrarossa Beauty eyeshadow code sorbet


Warm sultry eyes look

main star
- mascara Diameida / Lisa Isaac
- LA girl foundation/concealer from Blossom Belle


Diameida Fabulous Mascara
Haaa cara-cara kat atas ni takkan menjadi jugak kalau tak pakai produk mascara yang bagus.  Aku macam-macam jenama mascara kat luar sana,  jenama mahal,  jenama murah,  berjenama,  jenama pasar malam.....tapi tak semuanya betui-betui bagus dan berbaloi untuk duit.  So akak memang nak rekemen ampa semua pakai Diameida Fabulous Mascara.  Sebab memang mascara ni bagus,  dah ramai MUA dah jatuh hati dengan produk ni.



Kelebihan
 Rekaan berus jenis sikat Diameida Fabulous Mascara amat sesuai untuk sapuan bulu mata atas dan bawah, hitam dan tebal tak perlu sapuan berulang-ulang! Boleh dipakai sahaja atau bersama-sama fake eye lashes ataupun extension eyelashes.

 Mengandungi pati rose dan jojoba oil yang terbukti dapat melebatkan dan memanjangkan bulu mata, menguatkan akar bulu mata dan sekaligus dapat mencegah bulu mata dari luruh.

 Smudge proof!! Tetapi senang dibasuh. Tahan sepanjang hari!

 Cream yang pekat membuatkan bulu mata tampak lebih jelas, panjang, tebal dan yang penting sangat lentik.

  Pemakaian satu stick Diameida Fabulous Mascara boleh tahan sampai 3 bulan!


Ingredient
Antara kandungan terbaik Diameida Fabulous Mascara adalah seperti berikut:

 Ekstrak Rose: Memelihara, melentikkan, melebatkan, memanjangkan dan mengukuhkan bulu mata bermula dari akar hingga ke hujungnya.

 Jojoba: Menjaga agar bulu mata tidak terlalu kering akibat pemakaian maskara.

 Vitamin E: Menambah nutrisi pada bulu mata.

 Beeswax: Lilin semulajadi yang dihasilkan dalam sarang lebah, mengandungi vitamin A dan antibakteria

 Carnauba: Juga lilin dari pokok kelapa sawit di Brazil yang mampu memelihara kelembapan dan kehalusan bulu mata.

Cara Nak Beli
Untuk order hangpa boleh call/Whatsapp founder Diameida Fabulous Mascara iaitu Kak Lisa Isaac yang meletops 60124180090 tapi nak habaq siap -siap kat hangpa!

Agen Diperlukan
Produk ni baru sahaja di-launch baru baru ni.  Oleh itu,  masih tak ramai agen yang menjual Diameida Fabulous Mascara!  Kalau hangpa berminat nak jadi agen di negeri / daerah masing-masing,  sila PM Founder Diameida,  Kak Lisa Isaac yang meletops 60124180090!

Harga
RM60 (postage included)

Contact Info
Whatsapp/Call: 60124180090
Facebook: www.facebook.com/DiameidaHQ







❤️




KECEWA HABIS

$
0
0

Aku baru tau Abang Remy Ishak dah bertunang................



FRUSTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT WEHSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS................................

Catatan Kembara Ridhwan Shariff ke Iran & Azerbaijan (Part I)

$
0
0

Kalau tak salah ini adalah tahun kedua anak ayam aku sorang ni nama Ridhwan Shariff berhari raya di perantauan.  Dia memang seorang pengembara bagpack,  bukan jenis Melayu-Melayu yang feeling pakai bagpack tapi travel still macam pelancong biasa (tak mau tidur kat dorm yang campur dengan orang bukan Islam pun,  nak sembahyang pun kena make sure betul-betul ada surau proper,),  deni adalah hardcore bag packers.  

Aku bara budak-budak baru nak up,  duk feeling travel pi Turki la,  Jepun la,  Korea la (negara-ngera cliche),  just because hang travel pakai Deuters (jenama bag pack terkemuka),  teruih hang nak claim diri hang sebagai bagpackers.  Padahal,  nak tidur motel jenis dorm campur dengan pengembara lain yang bukan Islam pun hang tak mau.  Memilih bukan main macam mana tak tau.  

Okay dah tak mau mencarut lagi.  So nak habaq mai,  kali ini Ridhwan Shariff pi beraya kat mana pulak?  Bila dia habaq kat aku yang dia akan beraya di Iran dan Azerbaijan aku terus maki dia dalam Whatsapp,  "Awat hang dah habih pikiaq ka?  Satgi pi sana hang kena bomb semua macam mana?" Tapi adakah dia kena bomb di negara yang selama ni kita semua duk takut sebab perang sesama saudara Islam iaitu Syiah-Sunni?

Dahla jom kita baca catatan beliau,  ada part I dan part II.  

click read more




Hai semua. Kali ni nak story pasai trip aku ke negara Iran dan Azerbaijan pada hari raya yang lepas. Jadi kalau hangpa ada berniat nak pi sana, boleh gunakan perkongsian ini sebagai panduan. Untuk memudahkan pemahaman, aku ceritakan mengikut turutan hari perjalanan aku di dua negara itu lebih kurang 11 sehari. Aku buat secara ringkas sajalah, sebab ni bukan blog aku ya, kita tumpang ja Jumie yang sedia popular ni (MUSIBAT……haa yang dalam kurungan ni tuan punya blog yang tambah). Ok jom menggembara.


Visa
Berikut adalah butiran ringkas tentang persiapan visa ke dua negara ini.
  • Iran = Free visa untuk 15 hari untuk warganegara Malaysia
  • Iran travel Insurance (beli masa kat airport) = 16USD 
  • Azerbaijan = 24USD – single entry (buat online, then print), valid untuk 30 hari 

Matawang
RM1 = 4.29 USD
RM1 = 2.5 Manat (matawang Azerbaijan)
RM1 = 7590 Rial (matawang Iran)
  • Contoh: Kalau beli barang harga 300,000 rial, juga akan disebut 30,000 toman, kena tambah extra “0” sendiri ya. Konpius kan?

Metro
(Tak kisah berapa kali nak tukar line atau jauh mana pun stesen)
Iran 8000 Rial sekali naik
Azerbaijan 0.20 Manat sekali naik


Bahasa
Iran = Persian, English sebagai bahasa kedua
Azerbaijan = Azerbaijani, Russian dan English sebagai bahasa kedua


Hari pertama - Kuala Lumpur ke Tehran
Aku amik tiket flight AirAsia KL–Tehran– KL. Depa dah ada direct flight ya, tak payah nak transit dah. Flight ke Tehran malam, selama 8 jam, dan Iran time depa lebih lewat 3 jam dari Malaysia. Jadi aku berlepas dari KLIA jam 7.00 malam (waktu tempatan) akhirnya tiba di Tehran lebih kurang jam 1:00 pagi waktu Iran.

Bawak USD ya, tukaq kat airport. Rate boleh la tahan (no choice), sebab dekat town aku tak jumpa pengurup wang. Simcard pon beli kat airport, paling murah 5USD untuk 1.5GB

Set burger di Imam Kohmeni Airport. Mahai! Dekat-dekat RM30. Tapi disebabkan untuk bersahur, aku makan ja.



Hari kedua – Tehran ke Astara Iran
Aku naik Metro/LRT (lagi senang beli kad Metro tapi orang kaunter tu tak bagi, so kena la guna cash tiap kali nk naik). Turun di stesen Azadi untuk beli tiket bas di Tehran Southern Bus Station (Terminal-e-jonoob), bas dari Tehran ke Astara Iran. Astara ialah bandar yang bersempadan dengan Azerbaijan. Dan jangan konfius ya, Astara pulak ada dua, iaitu di sebelah Iran dan satu lagi di sebelah Azerbaijan. Ibu negara Azerbaijan ialah Baku, manakala Iran pulak Tehran.

Shahed Station. Station Metro paling hampir dengan Imam Kohmeni Airport. Station Metro dalam airport tengah dalam pembinaan.


Landasan Metro depa. Maju ya sana.

Dalam bas aku dapat kawan, Simo dari Finland. Kami sampai di border jam 6:30pm (8 jam perjalanan, harga 300,000 Rial), malangnya dah tak boleh masuk sebab depa kata dah katop. Terpaksa kami amik hotel. 10USD sorang. 

Masa ni kami kena kencing dengan pekerja hotel, dia amik duit kami dalam RM4 macam tu sebab kata nak bagi makanan. Last last dia tipu, babi betoi.

Pemandangan sepanjang perjalanan.

Bukit depa tak macam kita, sana berpasiaq dan berbatu ja.

Bas elok, ada movie semua. Tapi bahasa Parsi.


Bersama Simo dari Finland dan maskot apa ka.


Macam sandwich. Takdak daging ya, tapi depa mesin kacang parpu kaler kuning tu, campok dengan tepung dan rempah sikit, pastu goring bulat-bulat. Sedap gak.

Hotel Farin Poor

Pekan Astara ni best bagi aku sebab tak ramai tourist, dan tak maju sangat. Relax jer, hotel kami pun dekat laut. Sejuk jaaa… And ramai orang tepi pantai time malam yang melepak. Macam pesta kat sini malam-malam.

Sepanjang persisiran pantai Astara.

Ni bukan peti pos surat tapi tabung untuk menderma. Memang banyak ada kat tepi-tepi jalan kat Iran ni.


Hari ketiga – Astara Iran ke Astara Azerbaijan
Kami jalan kaki pi border dari hotel. Dari Astara Azerbaijan ke Baku kami naik bas ja. Simo ni boleh cakap 5 bahasa termasuk Russian, maka senanglah aku bergerak dengan dia. 

Pemandangan waktu pagi di Pantai Astara.

Masa keluaq dari imigresen ni, gila ramai mai serang kami tanya nak tukaq duit, teksi dan hotel. Aku diam ja sebab Simo setel semua. Bahagia sat hidop aku time ni, rasa macam travel orang-orang kaya yang ada body guard dok buat kerja. Kalaulah aku sorang masa tu, konfem depa akan rogol aku dari pagi sampai pagi besoknya. Loboih habeh.


Besaq pishang depaaa, takot tengok.


Laluan di immigresen, rasa macam keluaq penjara.


Bas ke Baku (6 manat, 8 jam perjalanan). Aku bergambar dengan geng pekerja bas, depa seronok sebab first time jumpa orang Malaysia.

Teh depa tak boh gula. So hang amik gula batu tu, boh kat gusi, pastu minum pelan-pelan.



Makan dalam.  Masa dalam bas dari sempadan Iran nak ke town Azerbaijan hari tu, aku dok baca novel sebab bosan. Mamat ni pun mai dok sebelah aku.  Yaver nama dia. Dia bagi Al Quran suruh baca (naseb baik lancar yaa). Dia pun terkejut aku boleh baca, aku lagi lah terkejut aku boleh baca 😂. Dia teroih bagi hadiah Al Quran ni (kira macam Iqra' kita la), dia kata.. Baca Al Quran lagi bagoih dari novel. 😂 Naseb aku tak terbakaq dalam bas tu 😂 Bagoih deni, sampai lani dok mesej aku lagi.


Sampai Baku aku naik Metro (LRT) pi rumah kawan aku, Elnur. Nama stesen Qara Qarayev (diambil sempena nama composer terkenal di Azerbaijan dulu). Elnur ni orang Azerbaijan, masa Januari hari tu dia mai rumah aku, so kali ni kau pi rumah dia pulak. 

Metro line Baku.

Malangnya dia pi Georgia sebab ada kerja, jadi aku dok sorang malam tu. Simo pulak stay di hostel (harga biasa dalam 15USD semalam).

Girlfriend Elnur ni nama Rafiga, dia bawak aku berjalan kat town Baku (station Metro Sahil). Memang best kat sini. Kebetulan pulak ada Formula1 racing, ramailah orang dari pelbagai negara. Formula1 kat sini depa race dalam town ya, lalu kot rumah orang semua. Sempoi! Kiranya tak macam kat Sepang lah. Memang syok cuci mata. Bangunan kat sini aku rasa macam kat Italy, walaupun tak pernah sampai Italy, aku agak ja lah.

Bersama Rafiga.

Di pekan Baku.

Roti ni sedap, selalu depa cicah dengan apa-apa atau makan saja.


Full set of meal.

Town Baku. Stesen nama Sahil. Ingat taw!

Hari keempat – Jalan-jalan di Baku
Si Simo ajak aku berjalan hari ni, dia bosan jalan sorang. Kami pi Old City iaitu kawasan yang menempatkan Maiden Tower dan jugak Istana Shirvanshahs. Sebuah pekan kecik yang terletak di tengah-tengah bandar Baku ni. Cantikla depa punya building semua. Old City ini telah dianugerahkan World Heritage Site oleh UNESCO pada tahun 2000. Dalam kawasan ni ada restoren, kedai, hotel dan jugak rumah orang. 


Jalan raya sini kecik-kecik. Rimaih aih.

Susu mana susu ? Nizal tau laaa ni....


Benda ni sedap. Demm.. aku rindu.. Roti dia tebai tapi rangup di luar. Lepaih tu daging ada kat dalam.


Bangunan dalam old city. Lawa pulak aku snap candid pic deni.


Jalan dalam ni sempit-sempit, lepaih tu rumah semua dekat-dekat. Mampoih kalau berijimak laki bini mesti boleh dengaq.

Ellok wey bangunan sini. Tapi hangat sikit lah tengah hari. Mau tahan ya.


Aku gunakan platform Couchsurfing, iaitu website yang digunakan oleh ramai kaki travel. Cara paling cepat untuk kita adapt cultural, environment, society tempat yang kita travel. Tapi awas ya, jangan gunakan ni sebagai jalan untuk hangpa churrrrr… big NO NO !


Hat ni sedap. Macam capati tapi lembut lagi, dalamnya inti vege, cicah sos pedaih. Orang belanja. Hehe


Lawak wey depa ni dan yang pasti depa dok ajak aku cakap kotq-kotoq dalam bahasa depa. Haraammm betoi.. hahaha. Aku pun ajak balik depa maki. Which is tak bagoih lah kan, hahaha. Depa terkejut taw aku boleh nyanyi lagu Russia sikit. Muka Bangla tapi nyanyi lagu Russian, sapa tak terkejut, luruh habeh balls depa dengak.


Inilah depa dua orang, bawak kami pi makan pastu lepak bar adik dia. Beer RM2.50, jus RM5.00, nakharam mahai….aku minum ayaq kosong ja, senang.



Hari kelima – Hari Raya
Hari ni hari raya, lewat sehari dari Malaysia. Aku terlewat sikit sampai, dah rakaat kedua. Aku dok konpius nak semayang ka tak, makanya aku decide tak mau semayang raya…hahaha. Tapi aku tengok lah sampai habis cara depa. Hat sunni, lepaih tahiyat Akhir, depa bagi salam then bangun teroih keluaq dari saf, hat syiah depa sambung lagi sujud beberapa kali sambil angkat takbir masa tengah duduk tu. Sampai ada lah menageh-nageh lah masa sujud.

Ni signboard masjid aku pi. Kat Azerbaijan banyak ja masjid sebab depa pon negara Islam.

Aku ushar jalah, tapi takdaklah macam peraq boih duk tengok, sebab ni bukan first time aku satu masjid dengan golongan ni, masa kat Aussie dulu banyak jugak. 

Elnur pun pun baru sampai rumah, maka berpeloklah kami, lama tak jumpa kan? Tapi sat jalah sebab aku terpaksa pack barang dan akan naik train malam ke Astara balik.


Ni lah Elnur kawan aku. Ensem kan.. haha. Tapi dia dah ada gepren. Sila menangeh.

Simo dengan Teymur hantaq aku pi station kereta api and aku habaq kat depa “There is always a place for you guys if you come to my city “, hujung tahun ini Insyaalah akan jumpa depa balik.

Heydar Aliyev Centre-Complex designed by Iraq-British Zaha Hadid. Kat dalam ni ada auditorium, gallery dengan muzium. Sempoi kan.


Disclaimer : Penulisan ini termasuk caption gambar sepenuhnya oleh Ridhwan Shariff yang mengembara ke Iran dan Azerbaijan pada Julai 2017 (semasa cuti panjang sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri). Sekiranya anda berminat untuk kongsi kisah anda di blog saya, boleh emel to jumiess@gmail.com.

Jangan ketinggalan untuk membaca Part II di sini: Catatan Kembara Ridhwan Shariff ke Iran & Azerbaijan (Part II)

Antara catatan lain oleh Ridhwan Shariff :
Tak Mau Jadi Melayu
Catatan Kembara : Darjeeling, India by Ridhwan Shariff
Beraya Di China dan Vietnam

    Catatan Kembara Ridhwan Shariff ke Iran & Azerbaijan (Part II)

    $
    0
    0
    Hari ke-enam – Astara Azerbaijan ke Tehran
    Dalam train aku berkenalan dengan sorang laki dalam lingkungan umur 40an bersama anak perempuan dia. Laki ni ajak aku pi rumah dia dulu sebelum kami sama-sama masok Iran petangnya, show dia di Iran.

    Dari kiri : Yashar, anak perempuan dia, jiran depa yang kebetulan satu train. Ni kami share teksi untuk balik rumah.

    Gulai kambing, sedap betoi. Depa kat sini style cicah roti dengan kuah ja. Nasik ada tapi jarang. Bini dia tak bagi boh picture. Jadi aku hormati.

    Nama benda ni aku lupa, tapi macam Baklava lah. Ada banyak lapisan, setiap lapisan depa tabok dengan kelapa dan madu. Makan ni dengan teh o panaih tanpa gula.


    click read more



    Hari ketujuh – Tehran
    Hostel yang aku stay kat Tehran ni untuk orang local sahaja iaitu student dengan pekerja. Aku terlepaih masok sebab kawan Iran aku rekemen kat kawan dia. RM40 satu malam berbanding RM80 di hostel biasa untuk pelancong. Jimat!

    Aku lepak pulak dengan budak budak Iran melalui Couchsurfing jugak. Depa ni sangat up to date dan open minded. Kalau hangpa nak taw, kat Iran ni pun, terutamanya negeri Tehran ni, masalah social sama sahaja contohnya minum alcohol (ada secara delivery ja, sebab kat public tak ada juai), couple dok merendek, perempuan dok isap rokok, LGBT. Hahaha. Betoi taw!

    Yang aku perasan kat sini, tak kira laki atau perempuan semua ellooooooqqqq-ellooooqqq. Memang bangsa Parsi baka bagoih.

    Azadi Tower – Lambang mercu Tehran.

    Ni kawan aku punya kawan. Bagoih depa walaupun busy still ada masa jumpa aku. Yang penting, dia belanja makan. Ya Allah, sedap. Hangpa layan gambak makanan kat bawah ni.

    Ayam bakaq. Sedap nak mampoih.


    Ayam marah merah. Masa makan ni aku teringat kat Nizal, tauke kedai A Gaffor kat Sungai Pinang tu.

    Ni semua makanan depa order kat aku. Hat kuning tu nasik. Aku tak minat nasik tu sebab aku tekak nasik puteh, kicap ngan telok goreng.

    Teh o panas tanpa gula. So depa akan sediakan cube gula ataupun gula lidi macam ni, hangpa kena kacau pelan-pelan, nanti maneh la teh tu. Hahaha.. pasaipa kena buat banyak kerja untuk minum teh ? hahaha.


    Ni nasik arab. Harga dalam RM7. Depa biasa tak boh garam bila masak, garam depa boh sachet, so hangpa taboq lah sendiri. Ayat yang sama sekali lagi, pasaipa macam banyak kerja bila nak makan.

    Ni Tehran Railway Station, sangat lah systematic. Aku beli tiket dari Tehran ke Isfahan kat sini lah.



    Hari kelapan – Melepak di Hostel

    Hari ni aku tak rushing sangat, melepak dengan budak-budak hostel. Kami bersembang sampai terlena, bangun makan pastu lena balik. Malam aku naik train ke Isfahan (RM50 dalam 8 jam perjalanan).

    Dibina pada 1524 hingga 1576 dan paling terakhir diubahsuai pada 1856 oleh Haji Abo l Hassan Mimar Navai.

    Ni pulak picture kat Golestan Palace. Takdak pulak picture yang aku amik dari jauh. Besaq jugak palace ni. Tapi mahai nak masuk, almost RM100 untuk semua sekali, yang free cuma di kawasan taman sahaja. Gambak ni aku rasa macam kawan aku Arafat yang suka pi kenduri pakai baju kebangsaan.

    Depa main trompet beramai-ramai. Lagu Despacito.

    Aku suka amik pic close up, kalau hangpa tak suka sila tekan skip.

    Ni lah budak hostel aku. Bagoih lah depa ni. Serius rindu kat depa. Kami hanya makan, gelak, lena.



    Hari kesembilan – Isfahan
    Isfahan – Half of the world (pepatah depa lah, punya nak bagi orang pi kan..tapi sumpah memang betoi cantek). Aku direct ke Naghsh-e Jahan Square. Besaq kawasan ni, ya ampun nak berjalan dan dikelilingi oleh The Imperial Bazaar. Selain Naghsh-e Jahan Square, ada jugak Maidan-The Royal Square, Masjed- e Shah, The Lotfollah Mosque, Ali Qapu Palace.

    Dulu Isfahan nilah digelar ibu kota Iran, sebelum bertukar ke Tehran. Dengan hangatnya dan tak mandinya, maka aku demam dan terpaksa lena tepi-tepi bangunan sini. Tapi sumpah, memang lawa architecture depa. Merembes tengok.



    Ni jumpa kat Shah Mosque. Suruh aku amik picture pakai fon aku, pastu suruh aku send balik. Kejadah apa aku pun tak taw.


    Tengoklah building depa. Tapi masa ni aku dah kurang ambik gambaq sebab dah tak larat, demam kan. Masa ni aku teringin nak makan nasik kandaq lepaih tu dok depan TV kat rumah sambil pakai boxer dengn singlet, nak tidok ja dari pagi sampai petang.


    Ni gambar dari Google picture. Dapat bayangkan tak betapa besarnya kawasan ni. Ni baru satu, ada lagi beberapa masjid serta bazaar dalam kawasan ni.


    Isfahan City Centre
    Shopping mall terbesaq di Iran, biasalah..tempat orang kaya. Banyak barang branded. Kat sini dapat la tengok spesis Arab-Arab yang kaya duit melimpah ruah macam ayaq terjun. Selain kedai-kedai pakaian, ada jugak food court dan muzium.

    Lama jugak aku buang masa kat sini sementara nak patah balik ke Tehran malamnya. Sebab aku tak mau stay 1 malam di Isfahan ialah, kat sini macam cekik darah terutamanya teksi. Ditambah pulak aku demam, lagi la tak dak mood nak berjalan. Lemau ja macam agar-agar masam. Jadi aku lena dalam mall. What a shame!

    Kalau hangpa nak taw, aku ni spesis senang lena. Kelopak mata kalau tak bukak balik selepas 7 saat aku kedipkan mata bermaksud memang aku lena teroih, kadang tu siap boleh mimpi. Mengantok atau tak tu soal kedua. Senang kan?

    Terpaksa jalan kaki dari Isfahan City Centre ke Railway Station. Ada dalam 4km. Serius panaih dengan kereta pon tak lalu jalan ni, nak tumpang pon tak boleh.


    Jalan kaki punya jauh dari Isfahan City Centre ke Isfahan Railway Station


    Hari kesepuluh – Tehran
    Awai pagi sampai di train station, tapi Metro hanya dibuka jam 6 pagi ya, maka sila merempat.

    Aku sengaja tak habaq kat Navid dan kawan-kawan dia yang aku sampai hostel pagi ni. Sekali tadaaa, punyalah depa terkejut. Tapi depa lagi terkejut tengok aku yang dok sakit. Hidung dengan berdarah pastu tekak memang sakit, nak telan ayaq liyok pon susah.

    Depa ni la tolong aku pi cari ubat, bancoh ayaq, masak bagi makan lagi, tolong buat delivery makanan. Sampaikan aku rasa nak mintak tolong depa jiruskan aku mandi sekali, punyalah manja kan? Biaq pi lah sesekali nak bermanja dengan puak Syiah. Hahaha


    Tukang masak nama Omid, abang kepada Navid. Ni cendawan, campok telok. Makan ni cicah dengan roti. Hat ni aku suka, sedap.


    Ni lah Omid. Yang aku ingat pasai deni ialah dia rabun warna. Hahaha.

    Ramai pulak mai dapoq time ni, maka bersembanglah kami sambil mengunyah makanan.



    Hari kesebelas – Tehran ke Kuala Lumpur
    Hari last. Sedih nak tinggaikan depa. Ada ka depa suh aku delay balik Malaysia, kalaulah aku kerja company bapak aku, memang aku balik hujung bulan teroih.

    Aku saja lah pibazaar hari last ni nak ushar apa yang patot. Banyak barang macam karpet, bauh, kacang, perfume ja. Lagi pun aku hanya bawak hand luggage 7kg ja boleh, apa nak beli kan. Beg aku bawak ni besaq sikit ja dari beg sekolah budak sekolah rendah. Hahaha


    Benda ni rasa masam, masin dengan manis sikit. Susah nak explain aihh. Tapi depa akan taboq benda ni ataih nasik Arab tu. Aku tak minat. Lol


    Buah paling aku suka, peach… sedap baq hang. Merembes segala air kalau makan ni. Buah ceri pulak rasa tak sama macam kat Malaysia, sini punya maneh macam mana ka.


    Info tambahan

    Safety
    Iran dan Azerbaijan sangatlah selamat untuk travel. Apa yang kita baca kat media tu semua hanyalah propaganda sahaja. Dan masyarakat depa sangat suka kat traveller, tambah-tambah dari Malaysia. Kalau malam nak berjalan pun okay ja. No big deal ! Tapi still kena hati hati la kan.


    Makanan
    Jangan khuatir ya, kat dua dua Negara ni semua makanan halal, tak payah takot kot kot termakan pork atau daging anjing. Baca Bismillah ja teroih boleh makan.


    Public transport
    Ya Allah, sangatlah mudah nak bergerak. Tak kira Metro, teksi, bas atau train. Cakap ja nak pi mana


    Toilet
    Sini banyak toilet cangkong. Hat sapa yang gemuk tu, kena pi lah tahan sat kaki hangpa tu. Hahaha. Dan semua ada paip ya, tak payah bawak tisu semua.


    Adab pakaian
    Bagi perempuan kena pakai scarf ya, walaupun rambut terjurai-jurai..Tak pa, janji ada (Bukan Islam pun wajib). Pilot pon akan remind kat semua orang sebelum flight landing. Dan untuk laki, NO seluaq pendek di tempat awam.


    Solat
    Depa sebenaqnya tak kesah apa agama hangpa. Sunni ka, Syiah ka, Kristian ka.. who cares. Solat ja kat masjid tu. Kalau agak musykil sikit, hangpa solat lah sendiri. Kalau nak buat Thaipusam kat sana pun depa tak heran aihh, cuma nanti depa tengok pelik ja la kot. Hahaha


    Perbelanjaan
    Secara keseluruhan aku telah habis dalam RM850 untuk ground sahaja, dan untuk tiket flight RM540 (return), so big total ialah RM1390. Pasai tiket flight pulak, aku beli dari kawan aku iaitu penjual tiket AirAsia. Depa akan juai dengan menggunakan point depa. Hangpa boleh check facebook Imran Idris.


    Akhir kata, aku menyeru sapa yang single terutamanya tu, melaburlah sikit untuk travel. Travel ni akan penuhkan jiwa hangpa. Success is a journey, not a destination. Dari hangpa dok perebeh duit pi kedai hipster minum kopi RM15, why not kumpul duit tu. Aku dah lama stop pi kedai hipster dan berlagak macam orang kaya di Facebook dan Insta.


    Sometimes it’s the journey that teaches you a lot about your destination.


    Ini lah route yang aku buat, perancangan awai nak masok Iraq dari Iran, tapi last minit tukaq plan sebab kawan aku kat Iraq cakap situation kat border selalu tegang. Maybe one day, aku nak try jugak.




    Disclaimer : Penulisan ini termasuk caption gambar sepenuhnya oleh Ridhwan Shariff yang mengembara ke Iran dan Azerbaijan pada Julai 2017 (semasa cuti panjang sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri). Sekiranya anda berminat untuk kongsi kisah anda di blog saya, boleh emel to jumiess@gmail.com.

    Jangan ketinggalan untuk membaca Part I di sini: Catatan Kembara Ridhwan Shariff ke Iran & Azerbaijan (Part I)


    Antara catatan lain oleh Ridhwan Shariff :

    Kambing Bakaq Ketagih!

    $
    0
    0

    Hello u olls! 


    Kalau hangpa nak cari tauke yang boleh cater kambing grilled akak nak rekemen ampa order dari Kambing Bakaq Ketagih Page. Sekilo kambing, siap marinate harga RM45/sekilo. Kalau nak suruh depa mai bakar kat tempat kita kena order more than 10 kilo.

    Perapan memang sedap! Black pepper tetapi ada manis-manis macam mana ka. Kambing punya betul-betul isi, bukan tulang dan lemak semata.

    Sangat rekemen depa kepada hangpa semua yang berhasrat nak buat open house kat office/rumah/kenduri.


    click read more


    Kalau nak tempah boleh Whatsapp +60 12-404 0467(Farhan)

    ps/ Depa juga meniaga kat Pasar Malam TTS setiap Rabu.

    Facebook:  Kambing Bakaq Ketagih Page








    #grilledmutton #kambingbakar #mutton #kambing #dagingkambingbakarpenang #kambingbakarpenang #bbqpenang

    Lepak di Wheeler's Coffee

    $
    0
    0
    Wheeler's Coffee - Pencahayaan dan dekorasi membuatkan tempat ni stands out daripada cafe lain di Love Lane!

    Wheeler's Coffee bukan semata-mata air kopi.  Itulah aku boleh habaq kat hangpa.  Selalunya,  kalau lepak di Love Lane,  aku akan tersadai di cafe-cafe yang sarat dengan mat salleh, bunyi bising muzik dan orang ramai bersembang dalam keadaan yang santai dan ya,  sedikit selekeh (sebab area Love Lane kan kawasan bag packers,  so what do you expect?).

    Tapi Wheeler's Coffee macam stand out sikit berbanding cafe lain di Love Lane sebab dia punya dekorasi memang meletops.  Sesuai dengan tajuk kedai ni Wheeler's Coffee,  so hiasan dekorasi penuhlah dengan roda-roda.

    Kreatif depa buat hiasan ni semua aku rasa menggunakan barangan terpakai,  tapi kalau hang takdak taste (citarasa) yang tinggi,  tak semestinya hiasan ni semua akan nampak mahal dan meletops kan?

    Tissue dengan cop mohor.


    click read more



    Lampu-lampu siling yang meletops.

    Kerusi pun daripada roda.  Tapi tak boleh kayuh na...bubuh kaki ja.


    Comel cawan kertas kecik kecik depa duk lukis.


    Lukisan-lukisan di dinding.

    Tapi siriesly,  tempat ni bukan sahaja cantek.  Tapi makanan dia adalah exceptionally sedap.  We olls try chocolate drink (sejuk) rasa macam ayaq koko mak kita duk bancuh dengan serbuk Chocolate Van Houtten dulu yang sedap tu,  pastu Americano for Kak Azie and kami order sandwhich,  nachos dan for me.......spaghetti carbonara.

    Bar utama untuk order.

    Americano for Kak Azie and ayaq ais koko for Kak Nina.

    Sandwich yang dihias dengan cantek dan sedap.

     
    Nacho dengan 4 jenis dip.  Cream cheese,  salsa,  buah aprikot and chicken bolognese.  Seronok macam cicah-cicah macam ni dengan kengkawan.


    Yang ni memang sungguh sedap! Spaghetti carbonara.

    Spaghetti carbonara dia memang sedap noks.  Mak tak tipu,  depa bubuh soft boil egg yolks atas carbonara tu macam mana ka punya sedap jadi berlemak lagu mana ka.  Aku definitely memang akan mai lagi for the carbonara.

    Tempat ni best untuk?
    Dating ataupun lepak-lepak dengan kawan (small groups) sebab tempat ni tak besaq.  Dating memang sesuai sangat.  Sebab tempat ni cantek dan macam romantik gitu.

    Lokasi?
    Masuk ja Love Lane Penang from Seven E tu,  jalan sikit tengok blah kanan.  Nanti jumpa lah.

    Harga?
    Lebih kurang dalam RM30-50 untuk satu orang.  Ini adalah everage kalau sorang order 1 air dan 1 makanan.

    Facebook:  https://www.facebook.com/wheelers67/
    Viewing all 1800 articles
    Browse latest View live


    <script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>