Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Akak, En. Khafi dan Jamban

$
0
0
Hello u olls,

2 September ini adalah tarikh anniversary perkahwinan akak dan En Khafi.  Ya Allah,  tup tup dah 6 tahun kami kawen-kawen.  Rasanya bulan ini,  tahun ini takdak kot fancy-fancy dinner apa semua.  Duit semua duk pakai beli barang baru untuk rumah sewa kami.  Hala....ini first time kami nak duduk sendiri so banyak barang rumah semua duk kena beli and kami banyak beli barang secara tunai tak mau hutang-hutang.  Sebulan beli 1 atau dua barang gitu...

So baru-baru ni kami duk makan sushi (tu ja laaa makan mahai bulan ni),  pastu kami duk cakap pasai annivesary kami pastu kami duk cakap pasai kenangan-kenangan kami kat jamban yang lawak dan kami duk cerita sampai gelak lagi sikit nak tercekik sushi dan kami bersetuju nak share dengan hangpa.  Cerita ni pendek-pendek dan tak senonoh sikit.  Sapa yang IQ rendah duk bayang berak pun boleh muntah,  you can quit now.

Jom baca.


click read more


Kisah 1 - Allah Hu Akbar
Pada satu hujung minggu,  akak dan kawan-kawan pi Thai Food Festival di Padang Kota.  Dalam banyak-banyak makanan yang akak beli dan cuba adalah satu jenis keropok yang diperbuat daripada ketam kecil.  Bukan soft shell crab,  tapi anak ketam kecik yang di goreng sampai rangup dan disadur dengan rempah ratus.  Pedas-pedas dan manis gitu.

So akak pun beli dan makan perabis semua ketam tu.  Tak lama lepas tu akak mengalami kesusahan untuk berak.  Susah yang amat sangat.  Bila pikiaq-pikiaq balik,  dalam banyak-banyak makanan,
apakah benda pelik yang menyebabkan aku tiba-tiba constipation ni?  Then aku terpikiaq,  dalam banyak-banyak ni mesti sebab ketam goreng ni.

So akak pun duk try berak banyak hari tapi tak boleh nak berak u olls.  Akak try minum yogurt,  makan buah semua tapi tak jadi!  Tak boleh nak berak juga.  Tapi sampai hari ketiga rasanya sebab dah banyak pelawas akak makan,  so inilah masanya untuk berak.

Akak pun standby atas mangkuk jamban meneran perut untuk berak,  sakit perut dan lubang pungkok jangan cakaplah.  Sial punya orang Siam yang tipu aku.  Bayangkan all the calcium i ate hasil daripada kulit-kulit ketam tu!  Mother fucker betui.  Last sekali dalam duk mengeras nak berak ni punya tak tahan sakit,  akak pun jerit dalam jamban "Allah hu akhbar!!!!"

Pastu tiba-tiba En Khafi mai dan tendang pintu jamban yang tak berkunci...."Awat hang gila duk sebut nama Allah dalam jamban!!!"

"Hang keluaq la bodo...sakit laaaaaa.....Ya Allah.....sakittt....."

Story cut short.  Kami punya duk gelak bila ingat scene tu sebab lepas tu kami bergaduh mulut sampai akak terberak teruih.  Tapi sakit Ya Allah tak boleh nak bayangkan.  Ampa kalau pi Thai Festival jangan duk beli keropok anak ketam tu semua siye penipu.



Kisah 2 - Flush Dua Kali
Kami duk tengok TV,  pastu Khafi kata "Sat nak berak...." dia pun bangun dan pi berak.  Pastu dia pi berak punyalah lama.  Selalunya berak tak payah lama-lama,  15 min pun paling lama.  Ni sampai dua kali aku tengok iklan,  tapi dia tak habis-habis.

Last sekali dia mai.  "Awat berak lama?"

"Sebab aku kena tunggu,  bagi tong jamban tu penuh ayaq.  Aku kena flush dua kali,"

"Haa?  Pasaipa nak kena flush sampai dua kali?"

"Sebab taik aku besaq...macam cota..."

"AHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHA"



Kisah 3 - Abang dan Angsa
Ini cerita kat rumah baru kami di TTS.  Jamban dan bilik mandi adalah satu bilik.  So,  satu hari,  akak duk berak.  Pastu tiba-tiba hasben akak ketuk pintu dan kata "Awat?"

Akak bukak sikit pintu jamban.  "Awat?"

Khafi kata "Awat hang panggil aku?"

"Bila masa aku panggil hang?"

Tiba-tiba terdengar bunyi angsa yang dibela oleh jiran kami di belakang rumah.  Angsa itu berbunyi "Angg....ang..."

Memang sama dengan suara akak kalau panggil laki akak kat rumah dengan suara garau dan anti-romantik langsung "Abang...abang...."

Pastu kami pecah gelak balik.  HAHAHAHAHHAHAHAHAH


Sekian sahaja,  selamat pengantin baru untuk semua yang bakal berkahwin dan telah berkahwin pada musim mengawan (cuti sekolah) yang lalu dan selamat ulang tahun juga kepada semua teman-teman yang sedang meraikan ulang tahun cinta kamu di bulan September ini.



Game of Thrones Season 7 Finale Review

$
0
0
Hello u olls!

Harap-harap di kala akak buat review untuk Game of Thrones Season 7 Finale yang diberi nama The Dragon and the Wolf. Kalau sapa-sapa yang tak tengok lagi,  sila jangan baca blog akak ni,  pi katop buang,  pi tengok dulu episod ni pastu baru kita sembang,  sebab spoiler berlambak.

Okay lah kepada yang dah tengok awai,  jom kita sama-sama bincangkan beberapa benda best dan tak best pasai episod finale ini da juga kesimpulan season 7 secara keseluruhan.


The Dragon and the Wolf
So episod akhir ini diberi nama The Dragon and the Wolf,  bukan untuk melambangkan Daenerys Targaryen dan Jon Snow yang akhirnya beromen atas boat dalam perjalanan dari Dragon Stone ke Winterfell,  tetapi ini adalah melambangkan percintaa antara Rhaegar Targaryen dan juga Lyana Stark.  Disebabkan percintaan depa dorang ni lah yang menyebabkan Robert Baratheon mengamok dan ajak semua gang-gang dia pi serang King's Landing dulu.  Sebab Rober Baratheon duk syiok kat Lyana,  tiba-tiba Lyana kena culik dengan Rhaegar dan depa duk ingat yang Lyana ni kena rogol apa semua dah.


click read more


Dalam season yang lalu kita tengok Ned Stark masa muda-muda pi fight kat Tower of Joy untuk selamatkan kakak dia Lyana Stark tapi rupanya masa dia sampai,  Lyana dah nak mampuih sebab beranak kat Jon Snow.  Dalam episod ni depa tunjuk scene lepaih Samwell habaq kat Bran kata,  dia ada baca dalam diari Maestor dulu-dulu kata dia bagi kawen Lyana dan Rhaegar.  Pastu teruih cepat-cepat depa tunjuk scene Lyana dan Rhaegar kawen tepi sungai.  Walaupun macam terlalu singkat dan pendek,  tapi mak sempat menitiskan air mata jantan mak.

So episod terakhir ini diberi nama The Dragon and the Wolf sebagai lambang penyatuan dua cinta ni.  Kalaulah depa buat spin off episode,  tunjuk balik macam mana Lyana menyamar jadi Knight of the Laughing Tree untuk fight dalam tourney at Harrenhal untuk balaih dendam atas Howland Reed yang kena buli.  Sebab lepas scene ni la Rhaegar mesti dapat tau rupanya  Knight of the Laughing Tree adalah seorang perempuan cantek bernama Lyana!!


Akhirnya Pakcik Misai Mampuih
YESSSSSS!! Akhirnya deni mampuih dah.  Yaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....aku punya syiok tengok dia menangeh macam budak kecik merayu-rayu depan Sansa.  Tapi apa pun,  kita semua kena puji dan respek kat Sansa.  Walaupun pada season 1 semua dulu dia bermula sebagai watak budak-budak perempuan feeling cantek nak kawen dengan putera raja sahaja,  tapi lepas apa semua kesusahan yang dia lalui dia membesar menjadi seorang wanita yang bertanggungjawab.  Kalau ampa perasan,  masa abang dia Jon Snow pi Dragon Stone untuk cari Danny,  Sansa bukan duduk saja goyang tetek.  Dia duk pi check semua persiapan peralatan perang,  duk kira stok makanan semua untuk rakyat.

Pastu masa dalam banyak scene-scene lain,  dia duk kena serang dengan Arya.  Bila Arya duk tuduh kata dia yang betray family depa,  tuduh kata sebab dia la family depa semua mampuih...tapi dia relaks ja.  Dia balaih elok-elok dan tak gelabah.  Kalau lah adik aku duk mai attack aku macam tu,  mampuih aku nanti mengamok tukar jadi naga dah.

Pastu lebih licik apabila Littlefinger duk mai hasut dia macam-macam,  dia betul-betul dah belajar semua style dan cara Littlefinger yang penipu dan suka hasut orang untuk kesenangan diri sendiri.  Sansa berlakon depan LF menunjukkan dia betul-betul percaya kat LF,  tapi akhirnya pada hari yang ditetapkan,  Sansa bergabung dengan adik dia Arya dan Bran dua-dua menjatuhkan hukum pada LF.

Cuma rasa macam tak puaih hati Arya bunuh kelaq lehiaq macam tu ja.  Mak rasa macam nak tengok dia dibunuh dengan lebih teruk lagi.  HAHAHAHHA



Season 7 Yang Dipendekkan
Fuck aku tak suka season 7.  Mampuihlah walaupun banyak benda dapat ditunjukkan dan diceritakan dalam season ini tetapi kalau ampa tengok,  semua scene-scene penting macam throwback kawen Rhaegar dan Lyana,  perjalanan cerita (masa travel setiap karakter) dipendekkan.  Semua benda macam cut cut short macam siye.  Season yang dulu-dulu semua 10 episod,  kali ni 7 sahaja dan semua episod pun tetap 1 jam dan ada juga yang tak sampai 1 jam pun.  So macam tak puaih u olls.  Mak rasa macam HBO macam nak cut jadi pendek sebab tak mau rugi.

Tapi still,  apa pun aku tetap suka season finale ni sebab aku rasa semua pelakon bagi 100% fucking best punya mutu lakonan.  Cersei especially macam siye la deni dari dulu aku suka cara dia sustain muka firashat tak puaih hati dia.  Tyrion pun berlakon best especially masa dia pi berdepan dengan Cersei dan apa dia kata sampai Cersei patah balik?



Epic Scene
Ada banyak epic scene dalam episod finale ini.  Tapi semua scene pendek-pendek....mak rasa macam tak puas hati.  Patutnya semua scene-scene hebat dalam episod ni boleh pecah jadi dua episod lagi....Aku buat list kat bawah macam ni:

  1. Pertemuan semua karakter penting kat Dragon's Pit di King's Landing.  Sangat epic u olls!

  2. Danny mai dengan naga,  deni musibat la suka duk buat macam dahsyat mana-mana.  Mentang-mentang dia ada naga.  Dah la mai meeting lambat.  Aku rasa scene ni walaupun epic kan?  Tapi agak poyo kalau pikiaq balik.  Macam kita semua kawan-kawan nak meeting kat mamak,  semua orang dah mai meeting.  Tiba-tiba kawan kita ni sorang baru bok keluaq kereta Honda baru pastu dia sorang mai lambat dan pilih untuk parking betul-betul depan meja yang kita duk meeting kat tepi longkang depan Mamak tu.  Kan?

  3. Muka Cersei masa Zombie Antartika tu nak makan dia.  HAHAHAHAH best.

  4. Little Finger kena bunuh! (mak dah cakap kat atas)

  5. Kemunculan Rhaegar Targaryen (mak akan cerita kat bawah)

  6. Boat Sex...(mak akan cerita kat bawah)

  7. Pergaduhan besar antara Cersei dan Jamie. Kesian kat Jamie time ni,  dia baru macam sedaq yang love of his life,  walaupun depa incest tapi depa love kuat dari dulu.  Tapi lani baru dia sedaq yang kakak dia,  Cersei ni gila.  Lebih pentingkan maruah diri,  dendam kesumat dan kebencian tak tentu hala sampai sanggup biar rakyat dan negara hancuq.  So Jamie amik keputusan untuk blah dan tinggalkan Cersei.  Scene yang Cersei macam dah bagi order untuk bunuh Jamie pun kesian juga...tapi tak bunuh sebab depa love kot.  Cersei ni memang celaka.

  8. Dan of course takkan akak nak tinggalkan iaitu penutup season finale apabila Night King mai attacked dah The Wall dengan askar-askar Zombie Antartika dia semua.  Sekali nenjiaaa...naga dia yang baru sahaja bertukar menjadi zombie mai api warna biru sampai habih semua the wall runtuh teruih.  Ini menunjukkan bahawa api naga tu jadi magic yang boleh menghapuskan kuasa magic kat the wall tu.  Sebab the wall tu ada kuasa magic yang dibubuh oleh Bran the Builder dan Children of the Forest untuk menghalang puak Zombie antartika ni semua masuk ke negara-negara di Selatan.  Mampuih dah lepas ni depa dah boleh masuk.  

Rock The Boat
Takkanlah aku tak mau cakap pasai benda ni.  Aiiiyooo akhirnya Jon Snow dan Daenerys Targaryen pun beromen.  HAHAHAH mesti semua orang pun duk merecik tengok scene ni ka?  Jon Snow punya pungkok cantek ka?  Bulat elok macam mana ka.  HAHAHAH.  Tapi macam jantan la Jon Snow dia nak mai,  dia ketuk pintu minta kebenaran nak masuk.  Depa tak tunjuk macam mana bukak baju,  duduk atas katil,  bagi salam semua...hahaha tunjuk-tunjuk duk romen telanjang dah.

Pastu ada satu part tu tunjuk,  POV ada orang duk perati dari luar pintu bilik depa duk romen.  Mak duk ingat ni mesti POV Ser Jorah yang mesti rasa sedih sentap makan ati semua abih poen dia duk mau dapat kat Jon Snow,  tapi rupa-rupanya itu adalah POV Tyrion Lannister.  Awat muka Tyrion macam sedih sentap?  Ampa rasa Tyrion macam sedih ka sebab dia ada hati kat Danny?  Ataupun dia sebagai Queen's Hand rasa macam ini adalah cabaran baru untuk dia sebab lepas ni Danny mesti akan kawen ka dengan Jon Snow dan nasihat dia sebagai Queen's Hand akan tercabar.  Nak kena baca pasai ni semua kat Quora.  

Tapi apa pun,  semua orang duk macam kutuk-kutuk kat 9GAG kata,  Jon Snow ser duk fuck dengan makcik sendiri.  Tapi Jamie dengan Cersei lagi ser depa adik beradik kembaq teruih duk romen sampai mengandung beranak semua. 


Kemunculan Rhaegar Targaryen
Sedikit kecewa sebab Rhaegar tak la sehemsem yang aku bayangkan dalam otak aku dan daripada lukisan peminat-peminat GoT yang cuba gambarkan macam mana muka Rhaegar Targaryen.  Walaupun depa tunjuk kot tepi ja scene kawen tu,  tapi duk boleh rasa dah Rhaegar tu macam tak berapa hemsem sangat pun,  tapi pelakon yang berlakon jadi watak ni,  dia pelakon yang tak berapa dikenali tapi okay la hemsem la juga.


Mak duk bayang dia hemsem macam mana ka paling kurang pun Legolas dalam cerita Lord of The Ring,  tapi kot tepi tengok macam allaaaaaa...walaupun hakikat scene tu keluar sikit ja.

Macam gay-gay sikit mak tengok dia.  Nama dia Wilf Scolding dan Instagram dia baru 7k followers.



Harapan Akak Untuk Season 8
Harapan akak untuk season 8 adalah janganlah ampa duk delay sebab depa kata akan tayang pada 2019 bukan 2018.  Mampuih nak kena tunggu punya lama.  Akak harap juga season depan janganla duk buat cut cut short sangat. Tak puaih la tengok semua scene cerita dicompressed menjadi cerita yang amat pendek.

Dan season depan adalah season penghabisan,  tak boleh nak bayangkan apakah ending cerita ini.  Tapi aku pasti,  semua orang akan mampuih sebab GRR Martin sendiri telah sahkan bahawa All Men Must Die.  Tapi dia ada juga sahkan bahawa ending ini akan ada bittersweet,  silap hari bulan nanti semua orang mampuih,  yang hidup Samwell Tarly sahaja.  Pastu dia diangkat jadi Maester ataupun Queen's Hand or King's Hand who ever yang hidup lagi untuk jadi raja....pastu Samwell akan siapkan buku dia untuk ceritakan semua sejarah yang berlaku daripada Robert Barotheon punya kes sampai last sekali semua mampuih dan dia namakan buku ini The Tale of Song and Fire.  Kerlas......

Cake Decorating Class with Nora Ghaz

$
0
0

Hello u olls,

Okay hari ni akak nak perkenalkan u olls semua dengan seorang ratu pakar membuat dekorasi kek bernama Puan Norasida a.k.a Nora Ghaz.  Dia kawan baik kakak I.  Memang dari dulu dia minat membuat kek dan duk pi belajar dan berusaha sendiri untuk men-terrorkan skill dekorasi kek dia.


Personal Cake Decorating Class
Sampai lani dia dah otai, dia duk jadi cikgu jemputan untuk mengajar orang ramai semua yang minat bab-bab cake ni.  Beliau menetap di Ipoh so u olls-u olls semua kenalah pi Ipoh untuk sertai kelas beliau untuk personal class.  Tetapi ada juga kelab-kelas yang dibuat diseluruh Malaysia dan luar negara like Filipina,  Indoesia,  Singapore,  Brunei malah Australia.  Kerlass!!  Bukan nak pemohong na,  ada juga permintaan pi mengajar di UK dan Mexico tapi Kak Nora duk buat pertimbangan lagi.

Sekarang ni tengah popular cake painting,  ampa boleh tengok contoh gambar akak share kat bawah.  Cake decorating ni ada musim,  kalau dulu musim duk buat bunga-bunga hidup,  bunga ising dan macam-macam lagi.

Kalau hangpa berminat nak belajar dengan beliau boleh follow dia on Facebook akak letak link kat bawah ataupun boleh Whatsapp dia di talian macam akak bubuh kat bawah.



click read more



Nak Order Cake?
Harga cake antara RM70 dan ke atas mengikut saiz dan flavor.


Contact
Kalau nak tau perkembangan terkini Nora Ghaz ampa follow dia di Facebook atau Whatsapp dia kat sini:
Facebook:  https://www.facebook.com/norasida.ghazali
Whatsapp:  012-8852375













Yang tengah tu la Kak Nora muka macam Chinese look tu.  


Ni cake anak-anak murid dia buat.



Kim Kardashian As First Lady

$
0
0

Masa MTV Awards 2016 kot tak salah Kanye West buat gila masa ucapan dia menang anugerah apa ka,  dia habaq dia nak lawan untuk jadi President of United States of America pada tahun 2020.  So baru-baru ni majalah Interview telah membuat sesi penggambaran dan juga interview bersama Kim Kardashian West isteri kepada Kanye West dimana Kim K make up dan dressed up macam Jackie Kennedy salah seorang first lady yang menjadi kontroversi sebab suami dia John F Kennedy kena tembak masa perarakan bertemu rakyat.

I have to say sesi fotografi dan hasil oleh Steven Klein adalah amat baik sekali.  Gaya,  make up dan hasil gambar yang membuatkan Kim Kardashian nampak macam pompuan-pompuan regal sat.  At some point nampak dia macam Beyonce pun ada juga.  HAHAH mampuih sepupu aku nanti bara kalau aku habaq ni kat dia....

North pun nampak comel dalam gambar ni,  mak rasa kalau dia dah besaq nanti dia segak lagi dari Blu Ivy.  Blu muka very the Jay Z u olls.

Okay dah jom tengok gambar sudehhh...


 click read more





















Sumber:  Dailymail.co.uk

Lata Kekabu, Lenggong Perak

$
0
0

Pada hujung minggu yang lalu berkesempatan untuk explore Air Terjun Lata Kekabu di Lenggong Perak, 30 mins drive dari Bandar Kuala Kangsar.

Kami pergi pukul 2 petang, hujan turun dalam perjalanan. Jalan masuk ke Lata Kekabu sangat sempit,  ada satu lane sahaja masuk dan keluar.  Nasib baik kereta ramai masa kami datang,  kata anak ayam akak Tengku Zaren yang menetap di Kuala Kangsar,  Lata Kekabu ni memang tak ramai sangat orang datang,  orang Kuala lebih suka nak pergi berkelah kat Ulu Kernas.

So bila dah hujan,  nak buat macam mana?  Redah jer la.  Pastu nak habaq mai....pacat punyalah banyak.  Eeee bila ingat balik memang geli seriau u olls.  Jalan dari tempat berkelah nak masuk air,  dua tiga ekor pacat melekat kat kaki.  Pastu,  dah masuk ayaq takdak apa la....

Tapi syiok mai sini sebab tak ramai orang and kami semua beramai-ramai explore jalan kaki sampai ke atas,  untuk tengok air terjun Lata Kekabu ni yang terletak agak jauh ke dalam.  Kena jalan agak jauh pastu kena lalu satu jambatan gantung yang very the scary.  Tapi bagi anak-anak ayam I yang lain yang memang perangai monyet-monyet,  takdak masalah depa nak lalu titi gantung tu.  Siap boleh posing-posing lagi kat tengah jambatan.  

Okay dah la.  Jom tengok gambar sahaja.

click read more


 Perjalanan masuk kena lalu ladang kelapa sawit.

Jalan sangat narrow so sila hati-hati.  Inilah satu-satunya jalan masuk dan keluar ke Lata Kekabu.

Pemandangan berkabus ala-ala nak pi Cameron Highland u olls.  Sejuk memang jangan cakap la.  Akak berapa kali kencing!!


 Ruang parking yang luas.  Tapi nasib baik sebab tak ramai orang.





 Jalan menuju masuk ke Lata Kekabu.


 
Air sungai keruh sikit sebab baru hujan.  Kalau tak...memang jernih.

 
Banyak wakaf yang disediakan untuk berkelah.


Terima kasih Nizal dan Ezal tolong masak lunch untuk kami semua.  Ya Allah memang sedap.



Pokok-pokok kat sini semua macam so scary-ly big.  Gemok dan tinggi.  Im amazed and wonder berapa umur pokok-pokok ni semua.
 







 Pemandangan semasa berjalan menuju ke air terjun.  Kea jalan lebih kurang 500 meter juga.



 The titi gantung.


 Shit pacat ni besaq gila.  Akak jumpa tengah jalan.



Inilah air terjun Lata Kekabu yang kami jumpa akhirnya.  Akak mandi juga kat sini,  tak dalam sangat.  Tapi syiok sebab takdak sapa pun kat sini just us.

Breakfast di Warung Selera Kampung, Kuala Kangsar

$
0
0

Hello u olls,

Ini kali kedua akak mai makan sini.  Wajib mai breakfast kat sini kalau mai Kuala Kangsar.  Pagi2 buta,  anak dara yang bangun awai,  akak angkut mai makan sini.  Pagi tu,  just me,  Nizal,  Kak Danny dan Ezal sahaja.  Yang lain,  masih berlumba motor boat atas katil.


Memang terbaik bersarapan kat sini. Kena mai awal-awal pagi like before 8am baru boleh dapat tempat duduk best kot belah belakang di bawah pokok-pokok getah. Kalau mai lambat sikit, dah la nanti penuh pastu makanan pun banyak yang habis.  Must try items - Roti bakar, mushroom soup, mee curry & mee kicap.

Jangan underestimate dia punya mushroom.  Apa ni?  Warung jer kot mesti mushroom soup rasa tak sedap!  Hangpa salah....mushroom soup dia lebih sedap daripada yang duk jual kat Pizza Hut tu.

Okay dah!  Jom tengok gambar.
click read more




Mee kicap and soup pastu kat tepi dia mee curry.



Yang ni roti bakar dengan mushroom soup yang sedap.



Roti benggali depa lebih lembut dan manis berbanding roti Benggali kat Penang ya.



Jangan underestimate mushroom soup kat sini ya.


Dah makan kenyang segala benda semua,  tiba-tiba order tambahan wantan curry pulak.  Haiwan sangat.


Underneath pokok getah.


Pokok getah yang baru ditoreh.



Lepas makan pagi,  kami jalan-jalan kat keliling istana area Bukit Chandan.  Tengok pemandangan yang mendamaikan.  Pastu rasa nak terberak baru cepat-cepat drive balik. 


 
   




Akak pernah review tempat makan ni sebelum ni,  mai baca lekaih:  Road Trip Kampar: Breakfast at Warung Selera Kampung, Kuala Kangsar


Contact Info
Facebook page:  Selera Kampung
Lokasi: Jalan Sultan Iskandar Shah, 33000 Kuala Kangsar
No telefon: 016-411 4015


Google Maps

Restoran Syiok, Kuala Kangsar

$
0
0

Hello u olls,

Satu lagi tempat makan menarik yang kami makan masa kat Kuala Kangsar adalah Restoran Syiok. Speciality depa nasi ayam goreng dan ayam goreng ala-ala KFC gitu. Harga sangat murah u olls. Satu set tak sampai RM10 pun tapi potion punya banyak.

Wajib try nasi ayam goreng special depa! Western food pun ada macam-macam pilihan. Maybe next time boleh cuba.



Jom tengok gambaq.  Click read more


 Set nasi ayam goreng yang special.

 Ni ayaq ice blended RM4.50 sahaja punya besaq.


Order mushroom soup juga.

 Ayam goreng dia order nanti dapat lambat sikit sebab depa akan perangat.

 Coleslaw dan mashed potato.  Kerlas.


Lokasi
1998, Jalan Daeng Selili, Kampung Penaga, 33000 Kuala Kangsar, Perak 

No tel
016-524 9326

Facebook: Restoran Syiok

Ratu duk posing depan kedai.

NS Romancinta Empire - Butik Pengantin & Wedding Planner Penang

$
0
0


Hello u olls semua,

Hari ini akak nak cerita kat u olls semua mengenai satu butik pelamin yang turut menyediakan khidmat wedding planner yang berlokasi di Bukit Mertajam Pulau Pinang yang bertajuk NS Romancinta.  Depa memberikan macam-macam jenis khidmat bukan sahaja untuk memudahkan u olls semua merancang majlis-majlis u olls like bertunang,  berinai,  pernikahan,  majlis bersanding malah majlis hari jadi,  majlis berendoi dan macam-macam lagi.

Walaupun NS Romancinta ni berlokasi di Bukit Mertajam,  tapi khidmat mereka expand bukan sahaja di negeri Pulau Pinang malah sampai ke negeri berdekatan like Kedah dan Perak.  So u olls-u olls semua yang sedang mencari wedding dan event planner untuk buat segala maknena semua,  apa kata u olls baca dulu butiran lanjut kat bawah ni...pastu yes!! Jangan lupa share okay.


Khidmat
Wedding & Event Planner untuk bertunang,  berinai,  pernikahan,  majlis bersanding malah majlis hari jadi,  majlis berendoi,  baby shower,  majlis rasmi syarikat korporat dan syarikat persendirian seperti majlis makan malam,  perasmian dan macam-macam lagi.  Antara khidmat yang disediakan untuk menjayakan majlis anda,  NS Romancinta Empire menyediakan:
  • katering
  • cake decoration
  • goodie bag
  • balloon deco
  • background decoration
  • decoration dewan
  • pelamin dewan dan rumah
  • mini pelamin
  • buaian deco (majlis berendoi)
  • candy buffet
  • arch and walkway
  • photobooth
  • solekan untuk wanita majlis perkahwinan/dinner
  • baju pengantin dan baju wanita
Anything else yang mungkin kalian tertanya-tanya?  Dont worry just contact NS Romancinta Empire insya Allah mereka boleh bantu mengikut bajet anda.


Pakej
Berikut antara beberapa pakej perkahwinan yang ditawarkan oleh pihak NS Romancinta Empire:

Pakej Dewan Silver
1 x Pelamin 20 feet-30 feet
1 x Meja Makan
1 x Baju L/P
1 x solekan di studio
Red Carpet
Arch
Bunga Tangan
FOC
Full aksesori baju
Payung

Pelamin by  NS Romancinta Empire

click read more


Pakej Rumah Silver
1 x Pelamin 12 feet-15 feet
1 x Meja Makan
1 x Baju L/P
1 x solekan di studio
FOC
Full aksesori baju
Payung
Bunga Tangan

Mini pelamin by NS Romancinta Empire.


Pakej Dewan Diamond
1 x Pelamin 25 feet-35 feet
1 x Meja Makan
1 x photobooth
1 x baju baru L/P
1 x baju sedia ada L/P
2 x solekan di studio
Red carpet
Walkways
Arch
FOC
Meja cake
Kek 3 Tingkat
Full aksesori baju
Payung
Bunga Tangan

Pelamin and meja makan by NS Romancinta Empire.

Pakej Rumah Diamond
1 x pelamin 15-20 kaki
1 xmeja makan
1 x baju baru L/P
1 x baju sedia ada L/P
2 x solekan di studio
FOC
Meja kek
Kek 3 Tingkat 
Full Aksesori Baju
Payung
Bunga Tangan

Mini Pelamin by NS Romancinta Empire


Anything else yang mungkin kalian tertanya-tanya?  Dont worry just contact NS Romancinta Empire insya Allah mereka boleh bantu mengikut bajet anda.



Cara Hubung
Berminat untuk mendapatkan khidmat daripada pihak NS Romancinta Empire ?  Ini adalah contact number mereka:

Nasrol 017-4032179
Syawal 011-12528005

Alamat:  
3 Lorong Sri Kijang 31,
Taman Sri Kijang
14000 Bukit Mertajam 
Pulau Pinang



Hasil kerja
Okay jom beberapa gambar hasil kerja tangan NS Romancinta Empire!

Meja Makan



Mini Pelamin





 



Pelamin






Make up & Baju Pengantin







Cara Hubung
Berminat untuk mendapatkan khidmat daripada pihak NS Romancinta Empire ?  Ini adalah contact number mereka:

Nasrol 017-4032179
Syawal 011-12528005

Alamat:  
3 Lorong Sri Kijang 31,
Taman Sri Kijang
14000 Bukit Mertajam 
Pulau Pinang


Pakcik India Yang Terror Masak - Village Food Factory

$
0
0
Nenjia baguih punya Mamu Arumugan duk balun ayam goreng.


Hello u olls!

What defines you as terror masak?  Terror masak for me it's not,  hang masak untuk kawan-kawan hang makan pastu sepuluh kali perpuluhan tujuh hang duk tanya "Sedap tak I masak?" Terror masak juga bukan bermaksud,  hang masak pastu hang post cantek-cantek kat dalam Instagram.  Gambar mungkin cantek,  rasa belum tentu.  Gitu.  Carut light-light.

Terror masak untuk akak adalah orang yang boleh guna all the simplest ingredient yang terdapat di sekeliling rumah dia pastu dia boleh masak macam-macam benda dan satu lagi dia boleh masak dalam kuantiti yang banyak dan still rasa semua meletops.  Sebab tu,  antara pencapaian hidup akak,  adalah akak berjaya masak 2 kali untuk orang-orang kampung suami akak sempena majlis kenduri tahlil arwah ibu mertua I olls.  Dahla,  orang kampung kat Serom,  Muar, Johor ni semuanya terror masak belaka,  tiba-tiba nenjia mana punya pompuan gemok dari Penang mai handle dapur masak for almost 200 people termasuk memasak nasi ambeng.  Sayang time tu tak amik gambar semua sebagai kenangan.

Okay dah,  sesi menunjuk dah habis akak nak share dengan you olls tentang satu pakcik dari India yang ada Youtube Channel yang memiliki sampai 700k subsribers!  Semua video pakcik ni diambil oleh anak dia,  di mana dia demonstrate cara proses dia memasak macam-macam benda untuk keluarga dia dan juga memasak untuk diberikan sedekah kepada pendudukan kampung disekeliling yang daif.

Macam mana akak terjumpa video pakcik ni?  Kan akak cakap,  akak takdak TV so youtube is my entertainment.  Tengok kot Ipad saja.  So bila akak terjumpa video pakcik ni nenjia almost semua video dia akak tengok (tapi pakcik ni ada banyakkkkkkkkkkk lagi video yang tu kena tengok esok esok la).  Dia goreng telur,  goreng ayam,  masak kari,  buat jus buah-buahan,  buat nasi briyani....semuanya dia buat dengan menggunakan produk yang simple-simple dan paling penting dia masak secara outdoor menggunakan peralatan yang sangat mudah!  Pakcik ni memang terror tahap otai meletops punya


Kerlas pakcik ni!  Jom tengok youtube dia pastu hangpa wajib jadi subscriber.

Pakcik masak macam-macam,  from ikan to ayam, to kambing and all other vegetarian style.


click read more



Pakcik Arumugan memasak Chicken 65

Pakcik Arumugan memasak ayam KFC.  Meletops.

Pakcik Arumugan masak ketam plaks



Nenjia dia masak ikan baracuda teruih!



Membuat jus anggur!




Youtube Channel:  Village Food Factory
Facebook Page:  Village Food Factory


Pelawak Hot Malaysia - Fikry Ibrahim

$
0
0

Hello u olls,

Salam Monday!  Okay marilah kita semua terangkan mata dan minda kita di hari Senayan yang raja bohsan ini dengan bercakap dalam segmen kat blog akak yang jarang-jarang terbit iaitu segmen lelaki elok.  Jom berkenalan dengan Fikry Ibrahim!

Nama penuh beliau adalah Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim atau nama komersial dia,  Fikry Lawak Solo a.k.a Fikry Ibrahim.  Lahir tahun 1994 dan berasal dari Jitra,  Kedah. Patutnya hemsem ala-ala bekas kekasih I,  Abang Remy Ishak.

Fikry mula masuk dalam industri seni tanah air bila dia masuk pertangan lawak di Astro iaitu Lawak Solo.  Dia tak menang,  tetapi dia menang di hati peminat.  Gittttuuu,  mungkin sebab dia hemsem dan mungkin juga sebab dia hemsem.  HAHAH

Tak-tak,  last Februari 2017,  persatuan teater kami iaitu Persatuan Teater Resdong's Pulau Pinang ada jemput dia mai perform sekali dengan kami untuk show Lawak Resdong's 2 - Kepala Timun.  Ada stand up comedy,  ada games...So mula-mula Fikry ni mai,  dia biasalah orang hemsem ni,  secara otomatik kita nampak dia macam "Deni sombong la...." hala...sebab dia hemsem kan?

Aku nak pi tegur-tegur dia pun takdak la....HELLLOOO mak gedik on social media dan blog ja.  Kalau real life mak sopan ala-ala pompuan regalia okay.  Kita pun buat kerja (jual tiket kerja belakang pentas busy noks).  Pastu mak sedar diri noks,  mak dah tua tua ni dia nampak mak pun macam aunty-aunty ja.  Geli la aunty aunty nak buat gatai-gatai kan?

Tapi ada satu time masa kat bilik make up,  masa tu takdak sapa,  dia macam buat effort untuk sembang dengan akak.

"Kak,  macam mana tadi saya?  Okay ka?" akak macam terkedu sebab wah....orang hemsem nak cakap dengan akak.

So akak pun balas la,  profesional.  "Okay dik....hang macam diam ja masa taklimat semua.  Tapi masa atas pentas hang mangkak na..."

click read more



Gituuuu.....lepas lepas show kami tu (masa tu dia pun baru habis pertandingan Lawak Solo),  ada satu gossip pasai dia orang duk bubuh,  depa kata "Fikry Lawak Solo dibela oleh lelaki lembut,"

Aiiiiyooooo....mak baca tu terus rasa macam ...."Erm patutlah haritu hang bersuara dengan mak... hang tau aku mak ayam.   Hanya jauhari mengenal manikam katanya,"

Tu semua gossip.  Tapi aku suka cara dia balas gossip itu,  dia tidak menidakkan.  Dia kata,  dia kawan dengan semua orang.  Lembut ke,  tak lembut ke,  pastu kawan-kawan biasalah bagi hadiah.  Kerlass!  Aku sukaaaaa....macam ni la jantan top sejati yang menjadi dambaan.  Bukan macam sorang artis jantan yang dikatakan very the gangster suka maki-maki hamun orang dalam Twitter tu,  dia pun baru-baru ni buat statement kata dia rimas sebab banyak jantan bapuk duk bua live video make up.  Aiiiyooo homofobik nya.

Pastu lani,  dia duk buat statement kata,  dia dah tak dapat offer job berlakon!  Mesti lah takdak.......dah pengarah,  penulis skrip,  semua semua tu sapa?  Semua tu cik-cik gayah,  mak ayam besaq.  Dah hang kutuk kaum kami,  takkan kami nak offer hang kerja.




Tengok macam Fikry Ibrahim,  bersikap universal.  Baru setahun jagung dalam dunia seni dah boleh jadi cover majalah GLAM LELAKI.  Kalau hang tak baik dengan bapuk,  hang ingat hang leh dapat peluang ni?

Dah...jom tengok gambar-gambar beliau.










Follow him on Instagram:  @fikryibrahim

Hana Vs Watie Elite

$
0
0


Hello u olls,

Hari ini akak nak rebiu sikit pasai kes dua orang artis bekas kumpulan Elite ni.  Im sure u olls semua pun dah baca dan tau sedikit sebanyak mengenai kes depa dua ni.  Secara ringkasnya,  depa dulu kawan baik kan?  Yelah,  girls group u olls.  Kisahnya,  Watie Elite sundel ni pakai nama Hana untuk buat loan apa bagai untuk dia beli kereta dan sebagainya,  pastu last-last kereta dia tak bayar,  pastu nama Hana kena blacklist dan dideclare bankrap apa semua.  So Hana pun buatlah saman di peringkat mahkamah.  So sekarang ni,  Watie sundel kena saman dan diminta untuk bayar ganti rugi up too RM700k.  HAMEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEKKKKKKK kauuuuu!!

click read more


Tahniah Untuk Hana
Akak nak ucapkan tahniah untuk Hana sebab setelah semua yang jadi kat dia,  dia keraskan hati,  berusaha bersungguh-sungguh untuk make sure kes dia ni diselesaikan dengan cara yang adil.  Ya,  mungkin dia amik peguam yang berpengalaman dan bagus,  tapi nak habaq mai,  kalau tanpa kecekalan dan juga kepandaian dia ni untuk bantu peguam dia,  kes ni tak akan menang.


And I'm sure, dia dah merana punya lama.  Mesti dia dah larat menangis apa semua,  haaa....akhirnya berkat kesabaran dia selama ni, dia berjaya tuntut bela atas segala benda yang dibuat oleh so-called-kawan baik dia sendiri.


Kita,  kalau dah berkawan dengan kawan kita ni,  makan sama-sama,  buat show sama-sama nyah.  Mesti kita duk rasa macam sisters dah.  So kita pun percayalah bila dia kata,  nak pakai nama kita sebagai penjamin untuk dia buat pinjaman beli kereta dan sebagainya.  Tapi mungkin Watie sundel ni mulut manis macam manaka,  Hana bukan sahaja jadi penjamin,  siap buat pinjaman atas nama dia terus!


Last last.....haaaaa....terkangkanglah hang sorang sorang bila so-called kawan baik hang sendiri buat naya case macam ni.


Watie Sundel
Orang macam Watie sundels ni banyak kot dalam masyarakat kita.  Baguih juga depa cerita benda ni kepada pihak umum,  bagila rakyat jelata yang sundel-sundel macam Watie ni semua boleh rasa macam takut sikit,  sebab hangpa tak boleh nak lari senang-senang macam tu sahaja.  Nak bergaya sakan mengebat kata hangpa kaya mampu pakai kereta besaq semua,  tapi kisahnya?  Hangpa berhutang tak reti nak bayar,  malah tipu kawan sendiri sampai macam ni.


Akak pernah ja dengar kisah-kisah kawan akak sendiri,  bekas suami macam ni kat depa,  masa kawen beli semua barang pakai nama bini.   Esok suami ceraikan isteri,  amik lori angkut semua perabot dan barangan elektrik pi rumah mana tak tau.  Esok esok,  hutang tak habis bayar,  Along mai baling cat depan rumah bekas isteri.  Naya case u olls.


Watie Elite ni mungkin dah terbiasa hidup mewah sebab dulu dia pun ada jadi isteri kedua kepada Dato' mana ka,  pastu sampai anak dia sendiri jatuh dari bangunan tinggi kan?  Ingat tak?  So dia dah biasa hidup mewah mungkin.  Lepas berpisah dengan suami yang duit kepok-kepok,  hidup rasa tak lengkap kalau pakai dan guna barang yang biasa-biasa sahaja.


Jadilah kes ini.  Daripada nak berusaha bersungguh-sungguh untuk capai apa yang diimpikan,  depa amik pendekatan mudah.


Sapa Peguam tu?
Sekarang ni,  ampa yang ampa nak kena find out adalah,  sapakah peguam yang berjaya tolong Hana untuk menang kes ni.  Memang meletops peguam ni!!! Akak harap pasni peguam ni dapat call yang bertalu-talu daripada orang awam yang nak minta tolong untuk bantu kes mereka lebih kurang yang sama.

Akhir kata,  I wonder,  macam mana Watie nak bayar hutang sebanyak ini?

Bacaan penuh:  http://www.mstar.com.my/

Iklan Perfume Terkini (Fall 2017)

$
0
0
Hello u olls,

Saja la nak share dengan u olls beberapa iklan perfume terkini yang dilancarkan oleh rumah-rumah fesyen ternama antarabangsa.  Iklan-iklan di dibuat dalam bentuk filem pendek yang mempunyai cerita tersendiri yang sesuai dengan haruman parfum masing-masing.

Ada lapan video terkini yang akak share kat sini.  Semua-semua depa ni amik artis meletops untuk jadi duta fesyen mereka.  Paling meletops sekali of course la Dolce & Gabbana yang telah berjaya mengambil Kit Harington a.k.a Jon Snow dan juga Emilia Clarke a.k.a Khaleesi.

Tapi video iklan depa asing!  Depa macam duk jalan tengah-tengah pekan kat Italy....tapi sampai last depa tak jumpa pun.  Haram betui...ingat kan depa jumpa pastu cium-cium.  HAHAHA


Okaylah!  Jom tengok ja video-video iklan kat bawah ni.


click read more



The One for Men by Dolce & Gabbana
Meletops Kit Harington dalam ni.  Dia nampak sangat seksi u olls dan rasa macam ada part dia menari dengan pompuan gulung2 rambut tu...mak duk rasa mak la pompuan rambut gulung tu.  Deni hemsem sangat lah mak rasa mungkin sebab lakonan dia dalam Jon Snow yang very the macho dan berkarisma gitu.  Tu yang membuatkan akak tertarik pada beliau.  Filem pendek ini dirakam di Naples,  Italy dan lagu background tu adalah lagu 
 “Tu vuò fa’ l’americano” (“You want to be an American”).  



The One for Her by Dolce & Gabbana
Banyak benda yang tak best untuk iklan ni!  Bukan sebab aku tak suka dia.....tapi rasa macam make up dia macam terlalu over,  pastu some how,  Amelia Clarke yang dikenali sebagai seorang yang sangatlah pak lawak dan selamba badak kalau di belakang kamera.  Tapi dalam video ni,  deni duk feeling macam control-control cantek.  Sapa setuju dengan aku angkat tangan!


Natalie Portman for Dior
Natalie Portman adalah duta untuk jenama dior.  So dia dipanggil Miss Dior.  Filem pendek ini menampilkan Natalie Portman dalam banyak keadaan,  seronok,  gembira,  sedih,  intimate.  Aku suka video ni sebab macam sempoi depa pakai lagu Sia. Natalie pun nampak confident,  happy and free!  Lepaih tengok iklan ni,  yes,  rasa macam nak beli perfume Miss Dior.






Bella Hadid for Bvlgari Goldea Roman Night
Kerlasss Bella Hadid jadi model untuk iklan ni,  walaupun cerita dia macam biasa-biasa dan tapi dia nampak so seksi,  elegen dan santai.  Mungkin,  apa yang cuba digambarkan oleh iklan ini adalah perempuan yang memakai Bvlgari Goldea Roman Night ni,  adalah wanita yang elegen tapi at the same time berani dan suka cabaran.  Dalam sebuah interview lain yang akak baca,  Bella Hadid sangatlah berasa bangga sebab dipilih oleh pihak Bvlgari untuk iklan ini sebab dia kata,  bapak dia dulu pun first hadiah dia bagi kat mak dia adalah gelang tangan Bvlgari.  Kerlass.....






Kristen Stewart for Gabrielle by Coco Chanel
Kerlas filem pendek ni pakai lagu sepupu akak bertajuk Runnin' (Lose it All).  Bersifat artistik,  so  olls kalau tengok iklan ini akan rasa terpana dengan kecantikan Kristen Stewart yang ploles tapi pada masa yang sama dapat merasai macam dia duk struggle untuk cuba bebas dari sesuatu.  Tapi satu gambaran seni yang meleps la mak suka.


Obsessed by Calvin Klein
Video ni bohsan.  Duk tunjuk Kate Moss feeling-feeling pastu latar belakang suara sapa ka duk cakap puji Kate Moss.  Haram aku tak paham pasaipa depa ni obsessed dengan Kate Moss.  HAHAHAH (Objektif iklan ni tercapai).



Lily James for My Burberry Blush
Okay la video ni menunjukkan kecantikan Lily James our Sendralela versi orang.






Julia Robert for La Vie est Belle L'eclat by Lancôme
Terkejut aku tiba tiba Julia Robert keluaq.  Haaaa dah lama kan dia tak keluaq jadi jadi model semua.  Video ni biasa biasa ja.....tapi meletops sebab ada Julia Roberts.

Kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

$
0
0
Gambar Astro Awani.

Hello u olls,

Minggu lepas kita semua dikhabarkan dengan sebuah berita yang amat-amatlah menyedihkan iaitu sebuah kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terletak di Kuala Lumpur hingga meragut nyawa berpuluh-puluh orang.  Kalau tak salah,  masa tu hari Selasa,  we olls semua kat office duk ada dalam meeting.  Sambil meeting,  akak duk bukak Ipad.  Tiba-tiba banyak mesej notififikasi masuk melalui apps Astro Awani,  duk habaq kata ada ada kes kebakaran yang meragut ramai nyawa di sebuah sekolah hafazan Quran.  Tapi actually berita awal mengenai kejadian kebakaran ni akak mula-mula dapat melalui sebuah Whatsapp Group yang akak join,  mesej yang dipanjangkan itu menerangkan secara ringkas kes kebakaran yang baru terjadi,  takdak gambar,  takdak video apa-apa.  So bila keluar berita melalui Astro Awani,  makanya kes ini dah memang sah la.

Habis daripada meeting,  masa nak dekat masuk waktu rehat lunch time.  Akak terus pakukan buntut akak ke kerusi computer dan terus membelek-belek laman web internet dan membacakan berita-berita yang dipaparkan mengenai kes kebakaran ini.  Dan disusul pula dengan berita-berita tidak rasmi melalui teman dan saudara mara melalui Whatsap Group (whatsapp kan dah boleh baca melalui computer? Hangpa dah pernah cuba?)


click read more



Paling menyayat hati sekali apabila aku tertengok….video yang menunjukkan ketika api sedang marak membakar bahagian paling atas rumah itu.  Sapa yang tak tengok lagi,  dan mempunyai hati yang tidak kuat,  please do not watch it.  Akak tengok video itu dan menyebabkan akak jadi bodoh untuk beberapa jam seterusnya.

Video itu memaparkan keadaan yang masih gelap (rasanya sebelum subuh) sebab kebakaran mula berlaku jam 5 pagi (lebih kurang).  Bahagian atas rumah itu sedang terbakar,  sebuah surau yang terletak di sebelah rumah itu sedang melaungkan azan.  Mengikut amalan orang Islam,  sekiranya berlaku kebakaran,  angin kencang ataupun rebut taufan yang terlalu kuat dan menakutkan,  laungan azan dapat diperlahanakan,  angin yang kencang sedikit tenang.  Banyak bukti bukti yang kalian boleh cari dalam Youtube yang menunjukkan keajaiban dan kekuasaan Allah.

Dalam luangan azan daripada surau itu,  kalau u olls pay attention,  I say if you listen to the video using earphone,  kita boleh dengar suara orang menjerit dari dalam rumah itu.  “Arhhhhhhhh….aaahhhhhh.”  Itulah suara mangsa-mangsa yang sedang dibakar hidup-hidup.  Sejurus selepas itu,  ada bunyi benda-benda jatuh dari dalam rumah.  Mungkin perabot-perabot yang jatuh dan pecah ataupun sebagainya.
Video itu membuatkan akak jadi bodoh beberapa jam.  Bayangkan perasaan saksi-saksi yang berada di tepi rumah tersebut.  I think u olls semua pun dah baca dengan lebih lanjut kisah ini dengan terperinci.  Berapa orang yang menjadi mangsa,  kenyataan daripada saksi-saksi dan sebagainya.  Tak perlu akak nak ulang cerita itu di sini.

Tun Dr.  Siti Hasmah dan Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dalam banyak-banyak kenyataan yang dikeluarkan daripada orang politik,  akak suka dua kenyataan.  Pertama daripada Tun Dr.  Siti Hasmah yang datang menziarah tempat kejadian,  dengan harapan untuk menemui waris-waris mangsa tetapi dia difahamkan waris kebanyakannya sudah berada di hospital.  Jadi dalam temubual dia bersama pihak media,  Tun Dr.  Siti Hasmah menegaskan bahawa,  perkara seperti ini kita tidak boleh sebulat-bulatnya meletakkan kepada qada dan qadar.  Aku sangat suka sekali bila dia kata “Allah tak pernah mau benda benda yang buruk jadi kepada kita.”  Beliau juga berpendapat,  pengusaha pusat tahfiz perlu dikenakan tindakan tegas kerana gagal untuk menyediakan tempat yang konsusif dan selamat untuk para penghuni. Link ada kat bawah,  aku share.  pi baca.


Satu pendapat yang bagi aku memang betul sekali.  Kita sebagai masyarakat yang memerhati tak berani nak kata lebih-lebih berkenaan kes begini sebab kalau kita duk salahan pihak sekolah, secara tak langsung kita ni macam nak attack agama kita sendiri pulak? Sebab depa ni semua berselindung di sebalik cap-cap agama dan tuhan!


Mufti negeri Perlis iaitu Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga memberikan pendapat yang sama.  Dia kata,  nak buka sekolah tahfiz tak cukup dengan hanya sebuah keikhlasan tetapi seorang pengusaha perlu lebih daripada itu.  Maksudnya,  dia nak pengusaha semua lebih bertanggungjawab bukan sahaja untuk memberikan pendidikan yang sempurna untuk para pelajar,  tempat pembelajaran yang selesa dan kondusif,  malah juga dari segi keselamatan para penghuninya.


Tapi kita ni sampai bila nak belajar daripada kesalahan kita?  Sampai bila kita akan terus takut kerana like akak cakap kat atas,  sesiapa yang berani nak amik tindakan kepada pihak sekolah-sekolah agama ini akan dianggap sebagai tidak cukup ISLAM,  liberal dan mencabar institusi ketuhanan. 


"Kerja Allah"
Cerita sekolah-sekolah agama duk terbakar ni bukan dua tiga kali kita duk dengar,  tetapi sejarah hitam seperti ini dah berulang-ulang sejak kejadian Pondok Pak Ya di Kedah sekitar tahun 80 an.  Jangan salahkan mana-mana kerajaan yang memerintah ataupun,  pihak pentadbir (badan kerajaan yang berkuat kuasa),  sebab like aku cakap kat atas,  kena ulang lagi,  satgi kalau depa pi arah untuk tutup ataupun nak saman sekolah agama yang tidak beroperasi mengikut spesifikasi yang ditetapkan,  kita akan dipersalahkan seolah-olah kita cuba menghalang “kerja Allah”.  Sebenarnya kita semua ahli masyarakat kena ubah sikap kita.  Macam mana dan bila kita nak berubah?  Cerita kedai kopi…


Little Monster
Sehari lepas kejadian,  kawan baik akak,  saja nak sebut nama dia kat blog ni sebab dia suka tumpang glamer nama dia Fansuri.  Dia the first one yang mai habaq kat akak,  kata….ada unsur-unsur khianat pada kes yang berlaku di sekolah tahfiz tu.

Tapi akak macam skeptikel malas nak amik port apa dia kata sebab akak tau deni macam bodo-bodo sikit kadang-kadang.  Suka baca news yang tak dapat disahihkan dalam whatsapp dan tanpa usul periksa dia akan percaya berita tu macam dapat agama baru.  HAHAHA.  Tapi nenjia,  hari ini pada hari Ahad,  berita bahawa punca kebakaran itu sebenarnya berlaku kerana ada budak-budak daripada taman berdekatan yang bergaduh mulut dengan pelajar sekolah agama ini telah memulakan kebakaran itu.

Melalui satu mesej whatsapp group akak yang akak terima,  cerita dia lebih kurang macam ni.  Budak-budak lelaki yang berumur antara darjah 5 hingga 18 tahun ni,  depa duk bara lah kat budak budak sekolah tahfiz ni.  So malam tu depa berkumpul kat sebuah kedai tomyam untuk discuss tentang modus operandi depa. 

Esok pagi seawal 4 pagi,  depa berkumpul di padang di belakang sekolah tahfiz tu.  Sorang bawak minyak petrol yang depa beli,  bubuh dalam botol mineral sahaja.  Pastu,  dua ekoq lagi pi pecah masuk sebuah pejabat berdekatan dengan sekolah,  dan curi dua tong gas.  Seterusnya,  depa pun masuk kawasan sekolah.  Depa pecah masuk tingkat dua dan curi tilam.  Tilam tu depa sandarkan pada pintu utama masuk ke tingkat 3 (tingkat ni yang terbakar hangus).  Tong gas diletakkan di depan tilam,  ditidurkan. Dan gas dibebaskan dari tong dengan menyucuk pili tong itu dengan lidi.  Pastu dia corak petroleum dari tilam hingga ke tangga bawah,  lalu depa bakar petrol tu yang menyambar naik ke atas.


PATUTLAH PARA PELAJAR SEKOLAH TAHFIZ TAK BOLEH NAK LARI KELUAR SEBAB PUNCA KEBAKARAN YANG PALING MARAK ADALAH DI PINTU DAN TAK BOLEH KELUAR KOT TINGKAP SEBAB TINGKAP SEMUA GRILL MATI.  DAN PADA KAWASAN BERDEKATAN,  TAKDAK PILI BOMBA ATAUPUN PEMADAM API (mungkin ada ……..tak tau la……)


Okaylah,  habis dah cerita ni.  Aku akan tunggu berita-berita selanjutnya mengenai apa yang bakal jadi kepada budak-budak yang menyebabkan kes ini berlaku.  Kalau diberikan kesempatan,  aku teringin nak pi interview budak-budak ni,  nak sembang apa yang berlaku dalam hidup depa sampai depa takdak pedoman langsung untuk buat kes yang besar celaka macam ini.  Sama juga macam kes pembunuhan budak lelaki nama Naveen kat Penang dulu,  kawan-kawan yang lebih kurang umur sama dengan kes ini,  depa buli Naveen sampai menyebabkan kematian.


Dapat interview depa ni semua,  mau buat satu buku,  bagi semua baca!  Kisah daripada sudut mata penjenayah ni sangat penting untuk kita fahami dan pelajari kat mana kita sebagai ahli masyarakat dah buat salah sampai kita boleh lahirkan “monster”  macam depa-depa ni.


 Read more:  



Special Gift untuk Bakal Pengantin NS Romancinta Empire

$
0
0


SPECIAL GIFT UNTUK BAKAL PENGANTIN

Assalamualaikum,  sempena anniversary NS Romancinta yang ke 2, kami akan memberi

  • VOUCHER SHOOPING 
  • BANNER TUNJUK ARAH
  • HAMPER 
  • VOUCER MAKAN MALAM 
ISTIMEWA pada bakal pengantin.

Syaratnya sangat mudah.
Anda cuma perlu:
1-LIKE POST INI :  ‼️SPECIAL GIFT UNTUK BAKAL PENGANTIN
2- Booking (Booking date September 2017).

Ianya sangat berbaloi.
Hanya untuk 20 pasangan sahaja.
SAPA CEPAT DIA DAPAT!!

Promosi Butik Pengantin #NSRomancinta Empire datang lagi, kepada yang berhajat boleh book package awal-awal sebelum habis.Perbagai package yang disediakan sesuai dengan bajet anda dan pasti puas hati.

PROMOSI..
PROMOSI..
PROMOSI..
click read more


Cepat📢📢📢
Cepat📢📢📢
Cepat📢📢📢


Sebelum Slot Penuh..
*Tertakluk kepada Terma &Syarat
FB Page kami #NSRomancintaempire

Sila hubungi kami, Call/Whatshapp :

https://www.wasap.my/601112528005
https://www.wasap.my/60174032179

✅Wedding Planner
Wassap kami SEKARANG📲📲📲
#weddingplanner#ballondeco#Berendoi#dewanpackage#pakejkahwin#Pelamincantik#pelaminmurah#hanyadiNSRomancintaimpare#butikpengantin2017
#candybuffet#pelaminexclusive#penang#kedah#perak

Jangan lupa like FB Page NS Romancinta Empire








Ubati Masalah Kulit Berjerawat Dan Berminyak dengan Pure by Safiyyah Osman

$
0
0
Hello u olls,

Okay hari ini mak nak cerita kat u olls pasai satu produk ni.  Actually dah banyak kali dah duk cerita dalam blog dan Facebook tapi nak cerita lagi sekali juga.  Hangpa nak tau tak?  Dulu akak mempunyai masalah jerawat yang amat teruk,  sejak anak dara lagi.  Jerawat ni nanti tumbuh macam nanah-nanah kecik,  jerawat batu dan pelbagai lagi bentuk jerawat.  Dah macam perkara biasa.  Dah macam-macam produk yang pakai tapi tak pernah nak okay.

Then bila dah tua bangka,  barulah akak jumpa satu produk ni,  nama Dermalite.  Produk ni daripada USA dan akak pun pakai dia punya serum yang mahal nak mampus tu,  dan alhamdulillah jadi elok.  Bila review kat dalam blog akak,  ramai nak try,  tapi kisahnya kat Malaysia yang meletops ini,  hanya dua kedai yang jual produk Dermalite ni.  Satu di Penang,  satu di Kuala Lumpur.  So akak approach aunty yang jual Dermalite kat Penang ni,  akak kata,  kalau akak tolong jual kat hang?  Hang boleh bagi aku haga komisyen?  So akak pun dapatlah sedikit komisyen lepas duit minyak dan posting kepada customer.  Ramai jugak yang try produk tu,  akak rasa dah sampai meletops rasanya.

Tiba-tiba Dermalite Malaysia bukak laman web dia sendiri,  kerlasss kau nyah saja nak sabotaj business mak kan?? Soo start dari situ akak pun malas nak pakai produk ni dan sapa-sapa yang nak continue pakai produk Dermalite ni,  akak suruh depa beli terus kat website Dermalite tu.

Ini contoh muka akak time jerawat tumbuh yang teruk punya.  Zaman ni memang duk buat apa pun tak jadi apa.  Hangpa tengok la sendiri.  Aku dapat cari ini lah antara gambar yang teruk sekali la,  lain-lain gambar semua duk make up tebal so tak berapa nak nampak jerawat semua.


click read more


Haa ni gambar yang terkini la ampa tengok sendiri.  Gambar kiri tu memang la ada sikit filter bagi gambar nampak elok,  yang tu amik pakai phone punya camera.  Yang kanan tu amik pakai digital camera aku takdak filter-filter noks.  What u see is what u get.  Bukan kata,  kot dalam gambar nampak meletops,  jumpa depan nenjia muka bintik hitam/dark spot apa semua penuh.  

Alhamdulillah sangat-sangat.  Terima kasih PSO bagi aku keyakinan.

BERKENALAN DENGAN PSO
Then one day,  di ambang penceraian akak dengan Dermalite,  sorang budak pompuan Sungai Petani ni mai approach akak.  Dia memang duk iklan meniaga kat blog akak,  dulu dia meniaga detox imported tea from UK,  tapi lani dia habaq dia buat produk sendiri nama Pure by Saffiyah Osman.  Dia buat salt for foot soak, body scrub,  lip scrub dan beberapa benda lain, akak pun try ya Allah teruih akak jatuh cinta.

Nak habaq mai kat ampa,  produk Pure by Saffiyah Osman ni menggunakan bahan-bahan semula jadi like garam,  gula,  madu,  minyak-minyak semula jadi dan lain-lain lagi.  Depa bancuh sendiri menggunakan mixer industry yang buat kek tu pastu bubuh dalam bekas.  SOOOOOOOOOOOOOOOOOOO produk ni semua memang sesuai lah untuk orang kulit teruk macam akak sebab orang yang kulit berminyak dan juga jerawat suka tumbuh macam cendewan selepas hujan turun ni.

Alhamdulillah,  lepas akak stop pakai produk Dermalite akak terus pakai Pure by Safiyyah Osman secara istiqamah.  Memang produk ni menjadi u olls.  Jerawat kecik-keci dah tak boleh nak tumbuh over-over kat muka akak dah.  Cuma sekali sekala sahaja depa tumbuh tu pun ada ubat yang PSO baru keluarkan iaitu stik Kick-IT.  Produk ni,  kalau jerawat tumbuh, hang sapu ja kat jerawat tu.   Insya Allah jerawat akan mampuih dan kulit akan dirawat tanpa kesan parut dan lubang besaq!

Memang sejak itu,  akak menjadi pengguna tetap PSO,  daripada zaman depa duk buat packaging dalam botol-botol kaca,  lani dah tukaq pakai packaging putih kerlas nampak macam produk ekslusif u olls.  Kalau tak salah lah,  dah lebih kurang 2-3 tahun dah la!  Memang aku tak mau tukar pakai produk lain dah.

Akak ada promote produk ni kepada kawan-kawan lain yang ada masalah yang sama,  ada yang tak istiqamah,  sebab mula-mula pakai,  orang kata tera muka nak serasi dengan produk,  jerawat masih tumbuh....depa dah stop sebab give up.  Pastu ada pulak yang simply bangang,  depa kata instead of pakai produk yang merawat kulit berminyak dan berjerawat depa lebih pilih nak pakai jenama-jenama yang popular untuk memutihkan kulit wajah.  Mampus lah.


TESTIMONI
Okay dah,  hari ini akak nak share dengan u olls beberapa gambar testimoni customer PSO yang telah menunjukkan hasil yang baik lepas pakai produk ni.



















Hangpa pi la check it out page dia!  Pure by Saffiyah Osman,  dah berpuluh-puluh ribu orang like page ni.  Ampa kena pi sokong juga.

https://www.facebook.com/purebysafiyyahosman/

Sesi Spa Di Rumah bersama Sima's House of Beauty

$
0
0

Hello u olls,


Semalam akak ada show kat u olls on Facebook pasai beberapa gambar akak membuat rawatan spa tradisional di rumah bersama Sima's House of Beauty.  Actually Kak Sima ni senior I olls di sekolah dulu iaitu St.  George Girl School,  dia habaq kata dia duk buat business home spa di rumah and dia tanya akak nak cuba tak?  Pucuk dicita ulam mendatanglah u olls.


Yes,  akak suka spa menyepa ni.  Tapi lately tak berkesempatan nak pi sebab busy u olls.  Bila ada offer nak buat dirumah,  of courselah akak nak try.  Akak pun set time,  on the weekend from 9 am.  Akak nak buat awal-awal sebab lepas tu kita dah sibuk buat kerja-kerja lain kan?  According to Kak Sima,  the rawatan will takes about 1 hour to 1 hour and a half only.





Rempah Ratus Melayu
So dah banyak kali akak duk buat spa treatment,  orang putih style,  Bali style,  Thai style,  ini buat pertama kali akak buat Melayu style okay.  So Kak Sima mai rumah akak tepat-tepat jam 9.00 pagi,  dia dah pesan kot whatsapp jangan duk mandi apa semua.  Sebab satgidah habis buat rawatan baru akak boleh mandi.  So akak just diminta untuk sediakan kain batik dan tuala sahaja.  Yes,  akak tak mandi tapi akak gosok gigi dan basuh muka la u olls.  Pastu akak breakfast light-light,  takut satgi duk sedap-sedap buat treatment rasa lapaq pulak kan?


So lepas Kak Sima sampai rumah,  dia terus minta kebenaran nak guna dapur untuk masak ramuan-ramuan spa dia.  Hangpa jangan risau,  semua peralatan Kak Sima bawa sendiri.  So I dont have to use all my TEFAL apa semua,  gitttuuu.  Kotak kayu untuk sesi bertangas,  periuk nak masak rempah ratus mandi wap,  periuk nak masak air bertangas,  bangku kecik,  timba,  baldi semua dia bawak.

Sambil Kak Sima duk siap-siap masak dia punya ramuan semua,  akak pun kepo-kepoci duk tanyalah macam-macam pasai produk yang dia pakai.  Semua produk yang digunakan adalah menggunakan ramuan rempah ratus seperti pulut,  dan daun-daun herba yang terdapat di sekitar kita.  Organik lah u olls semestinya.


Yang dalam botol kaca tu dia punya rempah ratus untuk bertangas dan yang dalam plastik pulak adalah herba kering yang akan dimasak untuk mandi wap dan mandi herba.
click read more


Herba tradisional yang dimasak untuk sesi mandi wap dan mandi herba.

Why I like Home Spa with Sima's House of Beauty

Harga yang amat berpatutan.  RM120 termasuk caj pengangkutan.  Dapat macam-macam treatment, iaitu bertangas,  lulur,  mandi wap dan mandi herba.  Tempoh rawatan pun tak lama,  kami starts 9am,  10.30 am dah habis.  Harga ni adalah untuk we olls yang stay di area Penang,  Seberang,  Kulim dan kawasan yang sama waktu dengannya.


Lulur ini diperbuat daripada pulut dan juga rempah ratus.  Tapi bau dia wangi macam nestum.


Tak payah kelang kabut nak bersiap keluar rumah,  pastu nak drive,  nak parking,  semua dah siap dia mai kat rumah saja.



Bahan-bahan rempah ratus Melayu, like I said kat atas,  produk buatan sendiri ni dia punya ramuan sah-sah takdak tambahan bahan kimia atau pengawet.  Selain bau dia wangi,  aroma yang lain dari lain,  akak rasa dia punya feel pun lain.






Rempah tangas.



Kotak tangas u olls.  Hangpa tau la kan nak kena buat macam mana kan?



Comels tak akak?


Rempah bertangas dia memang kerlass wangi.
 Dia guna cara tradisi iaitu masak air panas dan diletakkan di bawah kotak khas.  Bukan jenis rice cooker.  So cara ini,  dia punya heat daripada panas perlahan-lahan dia sooth jadi tak berapa panas.  Berbanding menggunakan rice cooker,  perlahan semakin lama,  tangas tu jadi lagi panas.  Tapi kaedah lama menggunakan periuk biasa ni,  heat dia semakin lama semakin mengurang.  So bahagian vajeje kita pun takdak la terseksa sangat.


Teknik mandi wap yang sangat tradisional.  U olls akan duduk dalam kain guni yang besar ni,  pastu air mandian herba yang telah dipanaskan tadi dituang dalam sebuah baldi yang diletakkan di bawah kain guni yang kita pakai tu.  Perlahan-lahan menggunakan tangan Kak Sima akan kocakkan air panas dalam baldi tu,  dan wap tu akan naik menyelubungi kain guni kita.  Seluruh badan akan rasa berpeluh dan sedap.


Sesi mandi wap pulak.

Lulur dia pun best.
 Diperbuat daripada serbuk pulut dan juga rempah ratus rahsia.  Bau dia macam nestum tapi macam rempah-rempah sikit.  Pastu Kak Sima akan bantu untuk gosokkan ke seluruh bahagian badan kita.  Termasuk ketiak u olls.  Meletops,  kalau pi spa pun tak dapat rawatan sampai ke celah tu.  Satu ja syarat,  jangan malu.  


Mandi herba yang best!! Last but not least,  air herba yang tadi digunakan untuk mandi wap,  akan dicampurkan dengan air supaya jadi air mandian yang suam-suam.  Lepas sesi lulur dan akak pun basuh-basuh badan akak dengan sabun (yang ni akak buat sendiri) so akak pun mandilah dengan air herba tu.  Kalau nak ikutkan Kak Sima nak tolong buat semua kat akak,  tapi sebab bilik mandi kat rumah akak ni 'luas' sangat,  so akak kata kat Kak Sima,  takperlah akak buat sendiri!


Okay itu sahajalah akak nak kongsi dengan u olls.  Kalau u olls berminat nak tau lebih lanjut mengenai khidmat oleh Sima's House of Beauty,  sila baca kat bawah.


Terima kasih kak Sima.  Bulan depan kena panggil lagi.

Jom Bertangas + Mandi Wap + Lulur di rumah bersama Sima's House of Beauty

Pakej home spa yang affordable
✔ Malay traditional method
✔ Menggunakan bahan-bahan semulajadi dan organik
✔ Adunan rempah ratus bertangas dan lulur menggunakan ramuan rahsia turun temurun

BAGUS UNTUK
👍🏾 Wanita dalam pantang
👍🏾 Wanita bekerjaya yang selalu bekerja dalam air cond
👍🏾 Wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan dalaman
👍🏾 Ibu-ibu yang sukar untuk keluar untuk mendapatkan rawatan spa di salon kecantikan


KEBAIKAN
✅ Menyegarkan tubuh badan
✅ Membuang angin dalam badan
✅ Membuang daki dan membuang sel kulit
✅ Membuang lemak-lemak jahat


HARGA
💰RM120 per session
[Inclusive transportation charges]

💰💰💰RM300 for 3 session
[Inclusive transportation charges]
[Sessions will be arrange accordingly]


📱 UNTUK BOOKING 📱
We cover Penang, Kulim dan area yang berdekatan
Whatsapp to -- +60 17-453 1422

#perkhidmatanspakerumahanda #simahouseofbeauty #homespa #spaathome #homespapenang #homespakulim

Red Carpet Fashion Review for 69th Emmy Awards Part I

$
0
0
Hello u olls,

Ujung tahun ni musim award show pun bermula.  Akak akan buat macam-macam review awards ni semua sampailah tahun depan Academy Awards,  pastu masuk sekali acara tahunan kita?  Apa lagi kalau tak bukan,  Victoria Secret Fashion Show sempena hari raya Krismas every year kan!  Seronok kakak-kakak semua.

Baiklah,  jom kita tengok apakah yang dipakai oleh para retis mat salleh sempena red carpet 69th Emmy Awards yang telah berlangsung pada minggu lepas di Microsoft Theater, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.

ps/  Akak susun ikut colour ya....




click read more



Cream Pink


Thandie Newton In Jason Wu 
Daripada dia duk pakai baju yang nanti design pelik-pelik ada bentuk api la apa semua dulu dia duk pakai,  akak suka pilihan ini.  Walaupun pilihan selamat dan sedikit boring.  Make up yang tak menyundal? Ini memang signature look dia.  Tak boleh buat apa.  Terimalah.



Padma Lakshmi  in Christian Siriano
Kerlas mak ayam pemasak seksi ni.  Potongan dress klasik dari CS.  Nama Christian Siriano semakin naik sekarang.  Tapi dia punya style tak berapa nak lari dengan style Zac Posen mak duk nampak.  Biasalah,  designer ponen-ponen ni,  kes tiru mentiru ni biasalah sis.  Terima sahaja.  Walaupun dress ini cantek,  tapi mak tak suka pilihan colour baju ni nampak murahan.  



Kiernan Shipka in Miu Miu 
Pilihan yang baik untuk anak muda.



Anika Noni Rose in Thai Nguyen Atelier
Sapa yang lupa kak nam ni,  dialah salah seorang pompuan yang berlakon dengan sepupu akak Beyonce dan Jennifer Hudson dalam filem Dream Girls.  Pilihan dress gaun kembang yang selamat.  Pattern kat kain gaun nampak macam orang duk tontiang kan?


Yara Shahidi in Prada
Ampa ingat tak cerita Salt,  yang masa Angelina Jolie lari daripada orang nak tangkap dia,  dia pi masuk rumah jiran dia dan bagi dia punya kucing ka anjing ka bagi kat satu budak perempuan suruh jaga.  Budak kecik tu deni la....haa dah besaq dah.  Pilihan dress yang comel dan meletops.  Walaupun Prada selalu dress dia mak tak berapa paham,  tapi mak paham dress ni.  Style rambut pun kelas......lani style rambut macam ni duk mai popular.  Style rambut ini dipangil,  "Rambut basah lepaih mandi lap dengan tuala sahaja".



Millie Bobby Brown In Calvin Klein By Appointment
Meletops tau Millie lani.  Pandaiiiii dia bergaya!! Dah la cantek.


Jane Fonda In Brandon Maxwell
Kelas mak tok Ponda pakai dress pink teghang ni!!  Takutla kita tengok.



Kristin Cavallari In Kaufmanfranco 
Tetek kecik boleh la pakai dress macam ni.  Tapi kan!!! Mak tengok secara mendalam,  rupanya dress ni macam kemban kosong macam tu ja,  rupanya daripada bahagian tetek sampai bahu, ada kain jarang nipis.  So nampak macam dress kemban ni terletak elok laa...



Elisabeth Moss in Atelier Prabal Gurung
Sebab tu la dress ni ala-ala Michelle Obama sat,  Prabal Gurung buat. Tapi walaupun bagaimana pun,  akak tak suka colour ni kat dia.  Nampak sangat dull.



Vanessa Kirby in Marchesa 
Sekali lagi rambut style macam akak kata kat atas iaitu "Rambut basah lepaih mandi lap dengan tuala sahaja".



Alessandra Mastronardi in Chanel Couture
Standard dress Chanel,  mak tak paham.  Couture pulak kan....Kita ni pompuan biasa biasa,  duk pakai baju kurung mak mentua sahaja mai kerja.  Duk nampak dress bentuk macam lapik lemari TV ni kita tak berapa nak paham sat.




Blue and Purple
Rashida Jones in J. Mendel
Kemaih tengok Rashida Jones macam ni.





Felicity Huffman in Tony Ward Couture 
Meletops kak Felicity.  Potongan dress yang stunning! Nampak mahal.



Ellie Kemper in Jenny Packham 
Tak tau la nak suka atau tak suka.  Okaylah suka.




Reese Witherspoon in Stella McCartney
Straight answer,  tak elok!  Tak suka.  Sebab macam pelik la pakai suit dress macam ni untuk Emmy Awards.  Tapi make up and rambut ploless!



Kiri:  Jessica Lange In Gucci
Kanan:  Susan Sarandon In Zac Posen
Depa dorang berlakon drama bersiri Fued.  Akak tak tengok lagi.  Ramai duk kata best,  nak kena tengoklah lepas ni.  By the way,  baju depa biasa la simple and nice untuk tok tok.  


Hitam dan Putih

Uzo Aduba in Sally LaPointe
Baju ni nampak slimming tapi still tak cover tang lengan tu.  Tetek selambaq ni tak cover juga.



Mandy Moore in Carolina Herrera 
Comels dress ni.


Michelle Pfeiffer in Oscar de la Renta 
Meletops mak ayam ni pilih dress singkat macam mana ka,  nampak sangat fresh and young 20 tahun daripada usia sebenar.



Sofia Vergara in Mark Zunino
Kembali kepada gaya signature Sofia Vergara.  Nothing to carut.  Mak suka dia pakai macam ni.  Bila dia cuba ubah lain lain rasa macam tak kena.



Louise Roe in ADEAM
Dress ni cantek tau sebenarnya.  Walaupun dia mengandung,  tapi still nampak elegen dan tidak memilih gaya selamat iaitu princess cut.  Maybe sebab dia mengandung pun badan light-light ja,  bukan membuyung seperti sesetengah ibu lain.



Tatiana Maslany in Reem Acra
Potongan klasik oleh Reem Acra yag akak suka.



Priyanka Chopra in Balmain
Pasaipa rekaan Balmain ni nampak macam rekaan Rizman Ruzaimi sahaja?  Siriesly Balmain kan very the edgy macam mana ka tapi dress ni nampak macam biasa-biasa saja.  Fitting pun macam lain.  By the way,  Priyanka Chopra dah beberapa kali bagi akak gagal di red carpet Hollywood.  Dia macam masih tak tau lagi apakah dia punya gaya peribadi yang sesuai.  Mak rasa dia kena tukar stylist mulai sekarang! (Itu pun kalau dia ada)



Jane Krakowski in Badgley Mischka
First time mak tengok deni pakai nampak macam meletops dan klass sikit.  Dia selalu nampak macam pakai biasa biasa ja.



Gabrielle Union in Zuhair Murad
Walaupun dress nampak-nampak dalam ni orang dah tak berapa nak pakai dah,  tapi sebab dia baru nak pakai,  mak izinkan.  By the way,  cardigan ka apa ka cape macam tu?  Ganggu dress ni.



Leslie Jones in Christian Siriano
Deni badan macam pahlawan ni!!



Laura Dern in Proenza Schouler
Terlalu santai dan nampak macam pi majlis biasa biasa ja.  Padahal ni Emmy kot...



Samira Wiley & Lauren Morelli in Christian Siriano 
Kerlas couple ni dua dua pakai CS.  Tapi Samira Wiley nampak tak cantek la baju ni nampak besaq untuk dia dan rambut and subang nampak tenggelam.  Maybe potongan ni macam tak berapa sesuai untuk orang badan tomboyish macam ni.


Mary Elizabeth Winstead in  Armani Prive
Motip kepok sebelah macam baju clown sebalah lagi pi mana?  Rambut pun macam tak kena dengan style ni. Rogi beli baju jenama mahai.



Allison Janney
Macam baju pengantin-pengantin la pulak.



Robin Wright
Aku suka style dia ni,  rock,  sempoi tapi meletops.



Evan Rachel Wood In Jeremy Scott for Moschino
Deni plak tak habis-habis duk pakai pant suit.



Jaimie Alexander in Naeem Khan
Okay laa...nothing tu carut.



Sandra Lee
Tak tau sapa buat baju dia.  Deni celebrity chef,  tak popular pun.  Pakai baju apa ni tak tau diperbuat daripada kain meghelit nampak mor mor.



Julianne Hough in Marchesa
Nice tapi bagi akak kalau dia make up dia over sikit macam colour terang-terang ka mak lagi suka.  Style rambut macam bohsan.



Ajiona Alexus
Dia tak boleh decide nak pakai seluar ka skirt,  so dia pakai dua dua.



Giuliana Rancic in MONSOORI
Rambut sedih,  make up sedih,  baju pun sedih.  Kesimpulannya,  mak sedih pasaipa kali ni dressing dia tak meletops.  Deni selalu fesyen dia semua yang paling class kot.



Emmy Rossum in Zac Posen
Potongan Zac Posen yang meletops klasik.  Suka.



Claire Foy in Oscar de la Renta
Queen Elizabeth ni macam duk pakai seluaq pulak.  Deni dia punya pilihan fesyen mesti macam lain dari lain.  Baguih la dia 


Julie Bowen In Alberta Ferretti Couture 
Nenjiaaaa dresss gamat duk mai dah.  Lama dah tak tengok orang pakai ropol-ropol kelentit gamat duk mai kot tepi macam ni.  Please please make this come back again.  HAHAHAH



Hijau dan Kuning

Shailene Woodley In Ralph Lauren Collection 
Aku suka personal style pompuan ni,  sempoi dan rock.  Tapi sometimes,  macam boring jugak kalau pikiaq balik.  Sebab dia pun kalau berlakon cerita apa pun,  boleh nampak dia pun jenis budak budak selekeh dan sempoi.  Cuba bersiap sikit buh bedak dan liptid terang sikit,  mak nak tengok sat?



Natalia Dyer in Vera Wang
Baju ni elok tapi deni kena bagi gemok sikit.


Shannon Purser
Pelik aih bentuk baju ni tak tau nak kata macam mana.

Angela Sarafyan in Elizabeth Kennedy
Kerlas colour kuning ni lama tak nampak dah orang pakai.  Mak suka.  Potongan dress ni pun sangat cantek especially kat bahagian dada,  pastu sleeve yang puffy pastu long down dress.  Memang meletopslah.  Nak tempah la macam ni satu untuk hari raya haji tahun depan.




Chrissy Metz
Tak tau sapa buat baju ni,  pilihan lace yang meletops,  ada tekstur tapi elok.  Nak buat macam mana lagi? Dia memang dah gemok sangat dah pun,  nak cover macam mana pun tak boleh dah.  Janji dia nampak kemaih.  Alhamdulillah dah tu.



Kiri:  Mackenzie Davis in Delpozo
Kanan:  Gugu Mbatha-Raw in BOSS
Depa dorang ni personal style yang macam klass klasss tapi pelik sikit ni.  Mak tak paham ni semua.  Yang Mackenzie lagi sempoi,  baju kaler hijau pokok pisang,  kasut kaler biji remia macam mana ka.  Tapi sat,  depa dorang ni couple ka?



Jennifer Nettles in Pamella Roland 
Baju ni macam nak masuk miss-miss.


Click read more:  http://www.dailymail.co.uk/

Red Carpet Fashion Review for 69th Emmy Awards Part II

$
0
0
Hello u olls,

Okay ini adalah part II pulak.  Ada colour-colour lain kat sini.  Jom baca.

Untuk pengetahuan u olls semua,  ulasan ini adalah sempena dengan 69th Emmy Awards yang telah berlangsung pada minggu lepas di Microsoft Theater, Los Angeles, California, Amerika Syarikat.  Jangan lupa untuk baca part I kat sini ya:  Red Carpet Fashion Review for 69th Emmy Awards Part I


click read more




Orange,  Merah  Burgundy

Sarah Hyland in Zac Posen
Corak kain ni macam kain kain tingkap murah tu,  so walaupun dibuat oleh Zac Posen kesukaan mak...tapi mak still tak suka baju ni.



Yvonne Strahovski in Julien Macdonald 
Terkejut kat kasut dia...ingat dia tak pakai kasut.  Minimalis yang meletops.




Gina Rodriguez in Naeem Khan
Gina lani makin lama makin meletops,  aku suka look ini.  Tapi seriau tengok dia punya V neck,  nahariam turun sampai nak pi pusat teruih.  Seriau la kalau tek dia terkeluaq kot tepi.  HAHAHAH


Viola Davis in Zac Posen
Forrr the first time mak tak suka apa yang Kakak Viola pakai,  colour ni macam masam maam mana ka pastu tekstur kain ni ampak macam murah murah.  Tak mewah.  Hangpa suka ka?




Raini Rodriguez
Deknon,  awak takdak tetek,  badan awak walaupun agam,  awak terimlah hakikat awak takdak tetek.  Oleh itu,  silalah pakai dress yang bentuk dia boleh accentuate sikit u olls punya body.  I olls tak suka bentuk dress ni kat belah atas,  dia nampak macam bulat keraih.  Patutnya potongan tu kena bagi sesuai dengan dia punya bentuk badan.



Lea Michele in Elie Saab
Kain meghelit mana niiiii tak elokkkk aihhhhh.  Dah la colour kusam macam mana.  NEXT!



Heidi Klum in Peter Dundas
Deni pernah ka elok kat red carpet!  Selalu selekehhhhh....




Margaret Atwood
Norlia Ghani,  tengok mak tok ni dressing macam mana pi red carpet?  Sila belajar dari beliau.




Debra Messing In Romona Keveza
Aiiiiyoooo macam diperbuat daripada plastik.  Macam nak suka tapi macam tak berapa nak suka.  Nampak berat dan bulky sebab bentuk kain ni.



Nicole Kidman in Calvin Klein by Appointment
Okay...cantek tapi takdak la wowww sangat. Nothing to carut.



 
Gillian Anderson in Sophia Kah 
Gittu very the gothic style.  Bukan semua orang pandai dan cantek dalam baldu.  Rambut pun mak suka macam kena cuma make up tu,  mak rasa kena dramatic sikit lagi.  Depa mat salleh ni suka duk muka simple sangat,  toyes betui.


Meghelit

Amanda Crew in Michael Cinco Couture
Kerlasss pakai Michael Cico....deni kayaaaaaaaaaaaaa




 
Tessa Thompson in Rosie Assoulin 
Satu pilihan yang berani dan lain daripada yang lain.



Laverne Cox in Naeem Khan
Pasaipa dari dulu pun mak tak suka dressing dia sebab dia suka over over dramatic,  yes hang trans woman tapi tak semestinya always hang nak cuba dressing macam drag queen.  Mak teringin nak tengok beliau pakai macam something yang very the nice,  lembut dan polished supaya dia nampak lebih mewah dan tidak murah.



 
Jessica Biel in Ralph & Russo
Mak sukaaaaaaa dress dia nampak macam puteri-puteri kayangan duk turun macam mana ka.....



Shailene Woodley in Ralph Lauren Collection 
Okay laaa depa ja la paham baju ni.  Mak tak mau cuba paham.  



Susan Kelechi Watson
Cantek tapi tak meletops,  nothing to carut.



Lilliana Vazquez in Galia Lahav
Fitting tak elok.  Baju ni hang kena pakai bagi betui betui ikut bentuk badan hang.



Tracee Ellis Ross in Chanel Couture
Perhati Chanel punya bentuk dress,  macam pelik kan?  Sapa nak paham nyah?  Mak tak pahammm...







Corak Colour Maler
 
Zoe Kravitz in Christian Dior Couture
Baju deni buat karpet lap lap kaki mesti sedap kan.



Regina King in Galia Lahav Couture 
Okayy dia nak cuba couture tapi mak tak suka bahagian pelipat kat pinggang tu.  Nampak semak. Kasut,  make up,  subang...mak suka.



Maria Dolores Diequez
Nahariam kain buruk style dah kena kotor banyak kali bubuh clorox tak keluar kaler pun dia boleh amik buat dress.




Ariel Winter in Steven Khalil
Ariel dah bagi kecik tetek diaaaaaaaa teruih nampak tak cantek dan nampak biasa.  Baju ni nampak macam murahan la.  Apa duk terbelah-belah nampak paha macam ni.  Tak sejuk ka kaki?


Bila Fathia Latiff Separa Bogel di Bigo

$
0
0
Hello u olls,

Okay okay dah.  Seperti biasa,  bila gossip ni boleh dikatakan hampir-hampir reda baru mak akan membuat ulasan.  Yes,  satu sebab i busy mengalahkan Kak Ros,  secondly,  baguih juga bagi lama sikit sebab kita boleh tengok apa kisah penghabisannya.

Hari ini kita nak sembang pasai Fathia Latiff yang baru-baru ni heboh sebab viral video dia separa bogel.  Okay mai sini akak bagi kronologi cerita secara mudah dan simple.


Tiba-tiba viral satu video live menggunakan aplikasi Bigo yang menunjukkan dua budak perempuan,  sorang tu duk menari seksi-seksi pastu sorang lagi duk mai menari tayang body light-light siap tunjuk tetek dia blah bawah.  Nampak la sikit layutan tetek tu.  Basically,  these girls are just having fun in a hotel room or something.  Tak tunjuk pun depa amik dadah ka,  minum arak ka,  buat seks rambang ka.  Just budak budak perempuan bangang duk buat benda bodo bila duduk bersama.  Sapa tak buat macam tu kan?


Sekali video live Bigo tu direkod oleh sapa ka,  dan diviralkan.  Dan depa kata,  perempuan yang tunjuk tetek tu adalah Fathia Latiff.  Kisah ni jadi hangatlah sis!! Sebab  Fathia Latiff ni pompuan bertudung.  HAAAAAAAAAAAA.....


So Fathia Latiff pun nangeh-nangeh la kat sosmed semua kata janganlah fitnah dia,  dalam video nangeh-nangeh tu dia tampil lah dengan imej komersial dia iaitu bertudung.  Then,  macam-macam spekulasi berlaku.  Micheal Ang pun tampil la bising-bising,  biasalah pondan tu pun kan?  Gugurkan nama Fathia Latiff daripada berlakon drama apa ka semua.



Last sekali lani,  Fathia Latiff pun akhirnya mengaku yang dalam video tu diri dia dan dia merayu agar semua peminat memaafkan dia dan kawan dia.  And from there on,  tiba-tiba nama Fathia Latiff pun meletops tip tip top top top tip top tip top sekarang kat mana-mana sebab semua orang pun tiba-tiba duk tengok la dia tutup aurat macam mana.  Pakai tudung nampak lehiaq la,  nampak rambut oren la.....


Okay itulah kesudahannya.


click read more




Pendapat Akak
Haaaa....di sini akak akan memulakan carutan akak.  Bersedia semua?  One two three...Bismillah hirrohma nirrohim.  Hang nak have fun with girls,  no problem,  hang nak sewa hotel dengan kawan-kawan,  no problem,  hang nak bukak tudung,  no problem,  hang nak menari telanjang,  no problem......TAPI AWAT HANG BODO PI REKOD DIRI HANG KAT VIDEO?  Tak kisahlah video live ka,  video tak live ka,  tapi record diri hang menari gatai-gatai dan tunjuk tetek memang satu perbuatan yang bodo.

Tak kiralah hang artis ka tak?  Tapi the fact hang buat video menari-menari bogel memang bodo.   Nak amik video lawak-lawak,  korek hidung,  cakap merepek ka,  makan ka...takpa....tapi ni pi menari bogel-bogel apa ni?

Ini memang Fathia Latiff punya bodo la.  Sebab sendiri cari nahas.  Tapi,  adakah dia saja-saja buat bodoh?

Pada pendapat akak,  ni semua adalah propaganda.  Silap haribulan noks,  semua ni dah dirancang.  Termasuk la dengan Michael Ang tu semua.  Depa ni saja  cipta spekulasi ni semua noks!  Untuk apa?  Untukkkkkk menaikkan nama-nama depa semua.

Aiiiyoooooo.......depa nak heran apa?  Satu benda kesalahan semua Melayu Melesia,  hangpa anggap semua orang inesen.  Hakikat?  Mak confirm depa semua propa.  Tiba-tiba nama Fathia naik letosss,  pastu Michael Ang pun letos,  pastu kawan Fathia dalam video pun tiba-tiba letos.....Pastu Tiz Zaqyah yang duk carut carut pun tiba tiba letosss...hahahahah kan?  Padahal apa pencapaian dan sumbangan depa dalam dunia seni selain letoss-letoss ni semua?

Sedangkan anak seni lain,  ada yang sampai berlapar dan dahaga sebab depa cuba perjuangkan minat dan jiwa depa dalam seni.  Nak berlakon,  nak berkarya,  susah cari makan sebab depa tak bermuka "jambu" dan karya depa yang bermutu tidak mahu dibeli oleh TV3 ataupun Astro sebab --- cerita-cerita macam ni orang tak suka tengok.

Dan all this sampah shit,  nama depa diangkat-angkat sebab depa menari tunjuk layutan tetek light-light.

Itu sahaja pendapat mak mengenai perkara ini.  Nak salah siapa?  Salahkan diri kita semua bodo kalau kita 'beli' tahi ini.


ps/  Sapa tak have fun bila duduk dengan girls kan?

Facial Di Rumah bersama Kak Muna

$
0
0
Hello u olls,

Haaaa bak kata Ayuni,  hari tu dah spa hari ni facial pulak?  Macam-macam duk mai kawasan perumahan TTS kebelakangan ni.  Kerlas!!  Sajala kita manja-manjakan diri,  kalau kita tak manjakan diri kita,  tak cukup kasih sayang,  pastu nanti duk bising meratuih dan memaki orang sana sini di laman sosial.  Tu semua orang tak cukup kasih sayang la tu.

Hah! Sudah!  Hari ini kita nak sembang pasai satu kakak ni nama dia Kak Muna,  dia ni kawan I olls sejak dulu lagi.  Macam family friends gitu.  Dari dulu duk tau dia buat facial tapi tak pernah try dan tak pernah macam nak terbuat,  sebab mak ayam ni jarang nak post-post kat FB dia pasai service yang dia buat. 

Rupanya,  Kak Mun ni style dia punya customer semua regular customer.  Dia siap buat list,  sebulan sekali ka apa,  dia akan follow up dengan depa...nak buat treatment ka tak?  Saja peringat la kadang-kadang duk sibuk sampai terlupa.  Baguih inisiatif Kak Mun ni,  sebab tu dia tak payah nak promote pun takpa dah.  Dia pandai jaga customer dan business dia.

Tapi hari ni mak nak tolong promote jugak business mak ayam ni.  Haaa u olls semua yang wanita busy busy tak dan nak keluaq pi salon kecantikan ni semua,  anak ramai pulak susah nak keluar.  Akak nak rekemen u olls try buat facial treatment dengan beliau.



click read more


Pasaipa Best?
This is why I really like dia punya treatment:

💋Dia punya urut memang meletops!!!! Tangan dia memang sedap hang.  Pastu dia akan urut lama memang betul-betul ikut teknik yang beliau belajar dulu.

Apa diaaa duk beletiaq Kak Mun.......
💋Kak Muna ni pak lawak,  so dia akan sembang dengan hang kalau hang tak mau tidur.  (haahaha Kak Mun,  next treatment aku janji aku akan tidoq)



Astagfirullah ni orang ka apa ni?

💋Treatment dia lama and puaih!  Mak amik full set treatment duk mai sampai 2 jam lebih (patutnya dua jam ...tapi lebih tu sebab kami duk sembang)

💋Harga yang amat berpatutan consider dia mai rumah kita.  RM50 basic facial.  RM60 facial resdong.  RM70 untuk facial Vit C ampoule.  RM90 Vit C ampoule + Resdung set.  Semua ni termasuk dengan kos pengangkutan.


Semua barang dia bawak lengkap,  sponge dia terlupa mak ayam ni!


💋  Produk dia pakai semua produk betui untuk facial tu,  dan dia akan try dulu tengok orang okay ka tak okay,  dan so far semua produk dia memang meletops.  Aku suka dia punya Vitamin C dan juga cool mask tu,  mak rasa sebab dua produk tu la muka aku jadi lincin elok after the treatment.  Sebab bulan lepas kan mak sakit lama,  pastu muka banyak duk naik macam rashes dan jerawat kecik-kecik.  Tak teruk sangat,  tapi after treatment dengan Kak Mun...alhamdulillah muka teruih jadi macam pompuan suci-suci ni.


Only In Penang Island!
Hangpa wajib try buat facial dengan kakak ni.  Tapi nak habaq siap-siap na,  dia hanya mai area PENANG ISLAND sahaja,  sapa-sapa yang nak jemput ke Seberang,  kalau boleh ampa amik 3 orang nak buat treatment.


Harga
RM50 Basic Facial
RM60 Facial Resdong
RM90 Full Facial with Vit C ampoule + Resdung set
(inclusive transportation)


How to Book
Sila PM @Qissrai Kasim atau Whatsapp to 017 4795159

Posing dua wanita meletops.  Sorang baju KFC sorang baju kelawaq.
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>