Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Menyanyi di Garage 56 Love Lane

$
0
0
Inilah Garage 56. Dan sebelah tu gambar akak yang bertukar dari mak ayam menjadi mak harimau malam itu.


Hello u olls,

Haaaa....dah lama tak menyanyi.  Tapi rasanya,  sejak tahun lepas bila akak duk active balik menyanyi melalui Smule secara tak langsung,  nyanyian akak dah okay balik.  Menyanyi ni macam apa-apa sahaja skill lain yang kita ada dalam diri kita.  Kalau kita lama tak buat,  so skill itu jadi tak best dan kita kena praktis banyak kali balik untuk jadi mahir macam dulu.

So itulah yang jadi pada nyanyian akak.  Dulu akak rajin buat persembahan untuk USM dan jemputan lain (yang akak buat sebagai side income juga).  Nyanyi untuk private function,  majlis perkahwinan,  majlis makan malam.  Pastu since 2015 ka macam mana ka,  akak stop dah tak menyanyi dah.  Dan bila dah stop menyanyi secara otomatik,  anak tekak ni jadi pemalaih macam mana ka.

So bila akak saja-saja nak nyanyi depan orang ramai,  akak jadi nak terbatuk,  kahak rasa gatai dan terus akak tak boleh nyanyi dengan sedapnya.  Semput jangan cakaplah kan?  Terima kasih banyak-banyak kepada SMULE!  HAHAHAh akak rasa lani nyanyian akak dah okay balik.  Setakat lagu Memori Berkasih tu....celah taik gigi la.  HAHAHAH musibat punya riak.

By the way,  kepada hangpa-hangpa yang baru duk baca-baca blog akak dan kenal akak melalui Facebook sahaja,  hangpa tau tak dulu akak pernah masuk Malaysian Idol (top 70),  AF audition tiap-tiap tahun pi dapat final stage sampailah tahun Zahid pastu tak pi dah,  pastu pernah jadi Final 5 masa Mentor Adibah Noor (Tapi Adibah Noor pi amik Thai yang nyanyi ala ponen-ponen tu aku tak tau la pasaipa...) and macam-macam lagi audition dan pertandingan yang akak masuk....tapi itu semua dulu.  Lani ampa nak suruh aku try memang takdak pasai aku nak pi bersusah payah beratur dan buang masa pi audition tu semua lah.

click read more


Thank you Hasrul for supporting!

Actually the reason akak nak cerita pasai nyanyi ni adalah kerana baru-baru ini,  dua kawan baik akak Abang Min dan Abang Imran telah menyewa satu shop lots di Love Lane Penang dan depa buat tempat tu jadi ala-ala cafe tempat bersantai.  Depa serve simple food dan drinks dan sekali sekala,  depa akan panggil la local talents atau sapa-sapa saja mai buat persembahan unplugged kat situ.

Nak jadi cerita,  one day,  akak pi la kat cafe depa (masa tu baru duk renovate tengok kawasan),  tapi PA System duk ada siap (dijual sekali oleh penyewa yang lama).  So akak pun offer....mai nak nyanyi sat.  HAHAHA biasalah makcik-makcik kenduri pantang tengok microphone.  So akak pun bukak Youtube dan connect dengan speaker,  turn on the mic dan start menyanyi.

Abang Min dan Abang Imran tu kita baru baru duk kenai ja,  so depa tak tau la kita boleh nyanyi macam mana ka?  Bila depa dengar suara kita ala-ala kerlas macam mana ka...haruslah depa sembah ratu.  HAHAHA.  Terus depa offer kita mai menyanyi kat tempat depa.


Ini video masa mula-mula test mic kat Garage 56.  Suara Abang Imran bising duk perbetui mic.

Ini video masa betui betui nyanyi malam tu. Sikit ja la kita share...yang lain tu kalau ampa nak tengok ampa kena mai tengok sendiri.  So kena stay tune bila akak tulis kat Facebook!


So kita pun jemputlah kawan-kawan semua mai lepak kat situ.  Sambil dengar akak nyanyi santai,  sambil mencarut secara light-light.  Alhamdulillah,  kawan-kawan semua seronok la mai lepak.  Gelak-gelak dan tempat tu walaupun tak dak hiasan banyak-banyak lagi (sebab baru lagi),  tapi ambiance dia baguih la.  Sesuai sangat untuk private event dan lepak-lepak.

Okay dah jom tengok gambar dan video untuk tatapan hangpa semua.

 
Nenjia mak ayam jadi mak harimau malam ni.





Dekorasi kat Garage 56.

Bahagian dalam Garage 56.

Meja ada kat blah dalam,  ada juga kat luaq.  Tapi kat luar ada sikit ja la.  Lepak kat luar ni best,  boleh tengok orang lalu lalang.


Hangpa boleh tengok depa punya menu,  harga okay tak mengcekik darah.  Bolehlah nak santai santai.


Depa tiga orang ni duk feeling Mamma Mia duk nyanyi.


Bila mak ayam dah tak larat nak nyanyi dah,  mak pun pass lah kat depa-depa ni.  Terkejut yaa...Arafat punya suara kerlas! (Arafat yang kanan dalam gambar)

Deni pelancong dari Filipin.  Dia duk request aku nyanyi macam-macam,  last sekali dia (maybe dah mabuk siki),  dia mai kat aku dia nak nyanyi juga.  Sekali nenjiaaaaaaaaa...suara dia punya sedap.



 
Terima kasih semua anak-anak ayam mak tersayang yang sudi mai memeriahkan malam itu di Garage 56!


Lokasi
Garage 56
56 Love Lane 10200
10200 Penang, Malaysia
Facebook: https://www.facebook.com/cafegarage56/

Tempahan: 04-263 5055

Makan Malam di The Table

$
0
0

Dah lama dah nampak pasai The Tablepenang ni dalam iklan Facebook semua.  Owner kedai ni akak kenal,  Ridhwan photographer yang popular.  Tak sangka lani dia dah kembangkan empayar perniagaan dengan membuka cafe pula.  So masa akak sampai kat The Tablepenang ni,  akak masuk pelan-pelan tak mau bagi dia nampak.  HAHAH segan la tegur-tegur.  Satgi depa ingat kita mai nak makan free pulak.

Lepas dah order makan semua,  last sekali tauke nampak kita juga.  So dia pun belanja la makan Manggo Cheese Attack.  Chilled cheese cake style.  Sedap dan potion yang besaq.  Jenuh nak perabih.  Tapi orang yang gigi manis macam akak,  takda masalah.  Cuma macam biasalah,  sambil duk cedok sikit-sikit duk berlakon la kata "Wehs...besaqnya cheese cake ni...tak habis ni...gila aku nak habis sorang..." HAHAHAHA

Akak dan kawan akak order mixed grilled dengan chicken pop corn.  Memang sedap!  Mixed grilled dia sempoi ada meat balls, kambing dan spaghetti oglio.  Depa bagi sekali dengan sedikit salad dan dia punya sos blackpepper dia memang sedap sangat-sangat.

Sembang-sembang dengan owner...makanan especially the marinate,  sos black pepper dan juga cake semua depa buat sendiri.  Bukan amik dari mana-mana pembekal.  AKU SUKA!

Okay,  jom tengok gambar.

click read more


Lemon and mint untuk Shad.  Pastu untuk akak,  yang blah kiri tu,  ZOMBIE KAMPUNG PISHANG --- banana milk shake!

Mixed grilled yang memang besaq potionnya.  Boleh share dua-tiga orang!


Chicken pop corn.  Depa buat sendiri chicken pop corn ni.

Mango Cheese Attack.  Sangat menarik!


Kiri: Shad haram buat kerja sampai sebek mulut...
Kanan:  JUMIZAH BILA DAPAT MAKANAN.  Sorry muka macam terung sebab tak make up.


Pintu masuk The Table.  Takdak signboard yang atas bangunan tu.  Depa bubuh yang papan tanda berdiri macam tu ja.  Ampa mesti akan nampak.

Kid section!  Mak bapak makan...anak-anak pi main!

Ini ruang makan blah bawah yang akak makan.  Kat ataih pun ada tempat makan juga!


Bar yang meriah!

Owner The Table,  Mr. Ridhwan in da house.

Cake dan Susu!  Sayang tak try "Saya Suka Susu". 


Tempat ni Sesuai untuk?
Family and kawan-kawan.  Akak bubuh family first sebab The Table ada ruang untuk anak-anak main.

Harga?
Kalau dorang makan air,  main dish dan juga dessert lebih kurang RM50-RM70.  Depends on apa ampa order.

Makanan Yang Patut Try?
Apa-apa sahaja yang depa serve dengan sos black pepper tu.  Cake dia pun ampa kena try!!


The Tablepenang
Lokasi: No 27, Carnarvon Street
10100 George Town, Malaysia
Contact: 012-694 5153
Facebook: https://www.facebook.com/thetablepenang/

The Fit District Fitness Studio Penang (Aimy & Syazwan 017-2089756 / 017- 4033017)

$
0
0


Hello u olls!

Berita baik untuk orang USM dan mereka yang berada dalam kawasan yang sama waktu dengannya.  Hari ini akak nak share pasai satu jimnasium (tempat eksesais) yang terletak dekat dengan USM akak sangat rekemen hangpa semua join jim ini.

Nama jim ini adalah The Fit District Fitness Studio Penang.  Baru sahaja beroperasi sejak 7 April 2017 yang lalu oleh pasangan Aimy Azmi dan suaminya Syazwan.

Depa buka jim ini bertujuan untuk bagi kelas senaman yang fun untuk lelaki dan perempuan dan semua orang.  Malah The Fit District Fitness Studio Penang juga provide tempat yang sesuai untuk wanita yang mengandung dan wanita yang baru melahirkan untuk join kelas senaman kat sini.
Sebab selalunya jim yang dok ada untuk orang biasa jer kan?  So orang yang mengandung dan orang yang baru lepas pantang ni macam kadang-kadang tak mampu nak follow dengan jadual kelas yang disediakan.  So di The Fit District Fitness Studio Penang,  depa buat program khas untuk ibu-ibu ini.

click read more



Ini adalah kerana,  pemilik The Fit District Fitness Studio Penang,  Aimy Azmi dulu ada masalah yang sama.  Masa dia mengandung,  dia cari jim yang boleh terima wanita mengandung,  semua takdak.  So dia terpaksa join kelas senaman yang hardcore punya.  Tapi dia tak boleh nak buat semualah sebab tahap kecergasan dia berbeza masa mengandung kan?  So sangatlah rugi.

Yang bestnya kat The Fit District Fitness Studio Penang,  depa juga cater untuk new-new mummy yang baru mengandung.  Trainer pun adalah mereka yang mempunyai kelayakan untuk ajar golongan ibu-ibu.  Untuk kelas-kelas lain juga,  instructor ada sijil u olls.

So u olls semua!  Jom baca lagi pasai The Fit District Fitness Studio Penang.








Lokasi:
79C-2-15University Height Shoplot, Jalan Sungai Dua, Kampung Dua Bukit,
11700 Gelugor, Pulau Pinang
Satu deret dengan Kopitiam Classic,  tingkat 3.  

Waktu Operasi:
9:00 pagi - 9:00 malam

Waktu kelas: 
Bergantung kepada jadual bulanan

Kemudahan dan kelengkapan: 
Tempat solat, toilet, sauna & juice bar.  Untuk makluman,  The Fit District Fitness Studio Penang tak banyak equipment sangat sebab The Fit District Fitness Studio Penang fokus kepada kelas dan personal training sahaja.  gym...focus kelas and personal training ja.  Jadi The Fit District Fitness Studio Penang menydiakan kemudahan seperti yoga mat, dumbbell, TRX,  punching bag dan kettlebell.

Pakej keahlian:
Walk in RM10 per class
2 classes/week RM55/month
3 classes/week RM70/month
4 classes/week RM85/month 

Full access RM99/month 
Sauna 30min: RM25 (non member), RM20 (member) 

Prenatal and postnatal exercise (pregnant and baru habis pantang): 
Personal RM400 untuk 8 sesi
Group (2-4 orang) RM800 untuk 5 sesi 

Studio rental: RM30 sejam 
Kalau 2 jam ke atas boleh dapat murah lagi 



Contact Info
Untuk sebarang pertanyaan lanjut,  sila Whatsapp atau call terus (Aimy & Syazwan 017-2089756 / 017- 4033017) atau follow depa on Instagram:  https://www.instagram.com/fit.district/

Raya Pot Luck Party Kelab Setiausaha USM @ Anjung Jannatun

$
0
0


Hello u olls,

Pada Jumaat yang lalu akak dan gang AJK Kelab Setiausaha USM telah menganjurkan majlis hari raya style kami yang kami panggil "Raya Pot Luck Party".  So kaedahnya,  kami pun buatlah sesi pot luck,  bawaklah makan u olls.  Secara individu ataupun secara berkumpulan ataupun secara berduet.  Share the food share the love,  itulah kaedahnya.

Selain makanan yang sedap-sedap yang dibawa oleh para setiausaha USM,  apa yang best pasai pot luck party kami adalah ..... kami berpeluang untuk buat event kami ni di rumah rasmi Naib Canselor USM.  Woot Woot.....Ni yang akak semangat nak cerita dengan you olls.

Anjung Jannatun merupakan rumah rasmi yang akan didiami oleh Naib Canselor USM yang berkhidmat pada ketika itu.  Sebuah rumah agam peninggalan zaman kolonial British sejak zaman dahulu kala lagi.  Terletak di lokasi yang amat cantek sekali kat dalam Kampus Induk USM,  mengadap padang Minden, laut Selat Melaka dan pemandangan Penang Bridge.  Siapa yang dapat menginap di rumah ini memang beruntung sekali.

Kalau dulu memang takdak chance la nak masuk rumah Naib Canselor melainkan kalau Naib Canselor USM buat kenduri ka apa ka jemput staff mai,  tetapi Datuk Naib Canselor USM yang terkini iaitu Datuk Prof.  Dr. Asma Ismail dia tak duduk kat rumah rasmi ini,  tetapi akan gunakan ruang ini untuk acara rasmi Universiti sekiranya perlu ada keraian untuk orang-orang tertentu.

Alhamdulillah,  kami selaku Kelab Setiausaha USM diberi peluang untuk gunakan ruang meletops ini.  Terima kasih sangat-sangat Datuk NC dan juga seluruh team Pejabat Naib Canselor.  Jom tengok gambar-gambar rumah agam Anjung Jannatun dan juga gambar kami masa majlis Raya Pot Luck!!


click read more


Anjung Jannatun
Ini adalah beberapa gambar yang akak rakam di dalam dan sekeliling halaman Anjung Jannatun.  Rumah agam dua tingkat ini mempunyai 5 buah bilik,  dua ruang tamu,  bilik solat,  dapur,  servant house and halaman yang indah.  Akak tak pusing semua tempat la,  tapi some of the pictures yang akak rakam ni memang dah cukup untuk gambarkan kawasan Anjung Jannatun yang dijaga elok dan masih dalam keadaan yang amat baik.


Bahagian depan dan tepi Anjung Janntun.

Selfie feeling depan Anjung Jannatun.

Ini adalah gambar ruang tamu blah kanan (north wing) dalam Anjung Jannatun.  Ruang ini kami gunakan sebagai ruang makan.



Ini adalah ruan tamu south side yang kami gunakan untuk sajikan semua makanan dan for those yang nak makan sambil menikmati pemandangan taman,  boleh juga makan di sini.



Gambar-gambar potret mantan Naib Canselor menghiasi dinding-dinding Anjung Jannatun.


Ruang dapur yang meletops!! I likeeeeeeeeee....teruih feeling Nigela Lawson bila masuk dapur ni.





Gambar pemandangan halaman taman di tepi Anjung Jannatun.  Memang cantek.  Feeling macam duduk kat rumah orang putih mana ka.  Depa ramai duk posing kat sini.  Mak sempat selfie ja...



The Food & Deco
Kelab order makanan penting like air panas dan air sejuk,  ketupat dan satay.  The rest makanan ni semua gang setiausaha USM yang bawak.  Siries sedap gila.  Tapi akak tak makan sangat sebab feeling jadi president kelab.

AJK Kelab yang bertanggungjawab buat deco iaitu Shila Shibi dan Sarah IPS juga telah menjalankan tugas dengan amat baik.  Kerlas ada tempat photobooth semua!








Group Photo
Ini adalah gambar kami photo group dengan semua hadirin yang mai termasuk kami punya guest of honor iaitu Datuk Prof Dr.  Asma Ismail,  Naib Canselor USM.  Dia memang best dan supporting gila.  Banyak gambar yang ada,  tapi akak share yang ni sudah la :)




Mencapap with Datuk NC
Kalau ikut hati,  aku nak nyanyi dan makan sahaja masa event.  Tapi depa suruh duduk sebelah Datuk.  Aku pun duduk lah,  tak tau nak sembang apa sebenarnya.  Segan pun ada.  Tapi I duduk lah sopan macam dayang-dayang macam manaka.  Last sekali,  depa suruh akak nyanyi....mak pun bangun menyanyi terus.  Datuk NC suka,  dia request nyanyi lagu Lelaki Teragung by Dayang Nurfaizah,  akak kata,  "Tak hafal lagi lagu tu Datuk....bagi saya sebulan,  saya nanti dah boleh nyanyi,  saya cari Datuk balik,".  Kerlas....so akak pun nyanyilah lagu "Di Pintu Syurga" seround.  kerlas......


Posing Mak Dara
Sempena event Raya Pot Luck Party Kelab Setiausaha USM akak telah membeli baju baru khas untuk event ini.  Tengoklah gambar akak posing kat bawah,  kerlas kan?  Kepada wanita agam sekalian,  berikut adalah details pakaian akak.

Audrey Mini Kurung warna hitam by Dee Empire.  Harga RM130.  Ada macam-macam colour lagi,  tapi akak beli warna hitam dulu sebab pikiaq baju ni boleh pakai pi kerja juga.  Nampak macam suit macam mana ka.  Next-next month akak cadang nak beli baju ni yang sama tapi colour lain.  Hangpa nak beli juga?  Sila follow Instagram depa:  https://www.instagram.com/dee.empire/ atau Whatsapp to 016-7033184 - Dee.

Tudung pulak kita pakai Allure by Ameera Zaini.  Ini warna kuning light-light macam mana ka.  Akak suka tudung ni sebab dia jenis empat segi tu,  boleh digayakan ala-ala Permaisuri Brunei ataupun boleh lilit-lilit macam shawl macam mana ka.  Kain dia jenis tebal dan berat.  Sapa-sapa nak beli? Mai called / Whatsapp 0164149956 atau FB/Azrina Adam atau  IG @azrinaadam .

Kasut,  ermm...kasut ni kasut lama.  Wedges hitam biasa kita beli kat Zalora.


Sekian sahaja cerita kita untuk hari ini.  Apa pun dikesempatan ini nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada barisan AJK Kelab Setiausaha USM sidang 2017/2019,  hangpa semua memang terbaik.  Walaupun meeting light-light sahaja tetapi semua dapat buat kerja dengan baik.  Inilah bukti Setiausaha USM masih menyengat.

Terima kasih juga kepada semua ahli kelab yang sudi bagi support,  mai ramai-ramai bawak makanan,  nyanyi-nyanyi dan juga jumpa sembang-sembang.  Harap kalian terus bagi support kepada aktiviti yang dibuat oleh kelab kita.

Kesian Pada Isteri Aliff Aziz

$
0
0
Aliff dan Bella.

Ni satu lagi kes sensasi pasai satu pelakon suam suam kuku kaki aku yang dikatakan telah diserang oleh isteri sendiri sebab pi karaoke dengan perempuan lain.  Okay kepada nood dalam dunia artis Malaysia seperti akak,  mai sini akak nak bagi petunjuk siap-siap so senang hangpa nak faham artikel ni.

Aliff Aziz = Pelakon and penyanyi dari Singapura tetapi popular (lah juga) kat Malaysia ni.  Dulu dia pernah ada hubungan dengan Anne Ngasri,  tapi depa berpisah,  lani Anne Ngasri kawen dengan jantan tua mana ka,  dikatakan orang-orang kuat UMNO mana ka.  Tapi Anne Ngasri pun sengap teruih,  rasanya bahagia elok la kot dengan laki dia tu.  Walaupun laki dia tua dan takdak rupa,  tapi boleh bagi kebahagiaan.  Amin.


Afifah Nasir = Pelakon yang juga adik kepada pelakon/model Anzalna Nasir.  Dia lani duk berlakon dengan Aliff Nasir dalam drama TV apaka,  pastu dia pi karaoke dengan Aliff Aziz.  Pastu,  bini Aliff Aziz mai serang depa kat pusat karaoke.  Aliff Aziz pukul bini dia dan baling handphone kat muka bini dia.



click read more



Bella Astillah = Isteri kepada Aliff Aziz.  Muda nak mampuih lagi.  Baru 23 tahun (Aliff pun baru 26 tahun.  Dikatakan pada hari kejadian,  Bella yang ditemani mak dia,  pi tangkap laki dia dengan Afifah Nasir,  baru sahaja 20 lahir lepas melahirkan anak pertama mereka.



Anzalna Nasir = Selepas daripada kejadian ini,  Anzalna yang merupakan kakak kepada Afifah Nasir telah membuat statement di laman sosial untuk back up adik dia.  Dia kata,  Bella ni macam meroyan la sebab pi mengamok-ngamok semua.  Komen tak sensitif ni,  membuatkan orang semua bara dan kutuk Anzalna semua lagi teruk la.



Ameera Khan = Then masuk lah adik Neelofa iaitu Ameera Khan yang menyelar tindakan adik-kakak Nasir ni on Twitter.  Pastu ada sesi balas membalas dalam Twitter yang akhirnya menyebabkan Ameera keluarkan statement meletops iaitu "I Hope I Don’t Grow Up To Be A Whore Like You & Your Sisters" DROP MIC.  Untuk pengetahuan u olls,  Neelofa dan Anzalna dulu pernah bergaduh pasai kes apa ka mak tak ingat,  tapi biasalah pergaduhan pompuan-pompuan feeling cantek yang rasa depa Ratu Elizabeth.


So aku pun minta tolong sorang anak ayam aku untuk memberikan sedikit pandangan mengenai kes ini.  Dia mohon aku rahsiakan nama dia.  Tapi dia suruh aku bubuh nama dia sebagai “Skandal Aliff Aziz”.  HAHAHAHAHAHA BUTOH.  Dia kata,  dia memang memuja Aliff Aziz sejak dulu. So sebagai skandal Aliff Aziz,  dia bagi ringkasan termasuk ulasan mengenai kes yang sedang hangat diperkatakan sekarang di laman social.  Akak share dengan you olls okay!

Aliff Aziz ni dah bnyak kali kantoi ngan bini dia. Tapi bini dia sayang gila kat dia. Sebab tu still boleh maafkan dia.  Walaupun dah kantoi teruk ngan adik Anzalna, tapi dia still boleh maafkan Aliff Aziz dan dia kata masalah rumah tangga dia disebabkan orang ketiga.  Sedangkan dia tau Aliff Aziz ni playboy desperate gila since dulu lagi.  Haha adik Neelofa tweet pasai cerita adik Anzalna tapi ada sorang batu api nie balas komen dia... bla bla bla... lalu adik Anzalna balas balik suh dia dok diam² sebab still bersekolah dan dok menghina sistem pendidikan di Malaysia dan  bla bla bla... But then adik Neelofa balas ayat makan dalam... '“I hope I don’t grow up to be a whore like you and your sisters. Amen to that,”

Rumusannya...
1. Kes ni sepatutnya boleh diselsaikan cara elok tapi si Bella pi serang Aliff Aziz kat pusat karaoke. Tak cukup ngan tu dia pi buat report polis.  So jadi la cerita sensasi...
2. Anzalna tak sepatutnya kluaq statment macam tu.  Walaupun dia tau adik dia tak bsalah,  sepatutnya dia amek jalan berdiam diri ja. Biaq adik dia settle sendiri... sambil support adik dia...

3. As kita semua tau adik Neelofa ni feeling macam baguih² tara mana ka... baru 15 tahun dah dok kata sistem pendidikan kat Malaysia macam apa ja... Dia just nak berjaya macam kakak dia gak. Dan pendapat aku dia nak lari dari bayang² kakak dia. Yalah,  muka depa kan sama... so dia nak lari la dari bayangan kakak dia. So dengan bagi komen pasai kes si Alif Aziz dan adik Anzalna nie... orang akan kenai la dia balik... kan??

4. Aku rasa si Bella patut tinggai ja si Aliff tu... ya la... si Bella tu lawa lagi dari adik Anzalna kot...Lepas tu,  pasni mesti dia akan meletops dengan drama²... ramai akan approach dia untuk blakon la apa la... daripada nak dok ngan Aliff tu... not worth it kot... dia sendri kata  'Dag banyak kali Aliff kantoi' So?? Apa yang dia tunggu lagi? Sila angkat kaki girl... u still young... haha
Sekian...


Kerlas kan pendapat anak ayam akak ni?  Hangpa bersetuju tak dengan apa yang dia kata?  Akak pun setuju juga dengan setiap yang dihujahkan.  

Tapi akak nak tambah satu ja lagi bab isteri Aliff Aziz ni yang nampaknya macam dia seorang perempuan yang cantek dan rupawan,  tetapi sayangnya dia takdak keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri.  Tapi tak boleh nak salahkan juga pasaipa dia takdak keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri (yang menyebabkan dia tak mau blah tinggalkan suami dia) SEBAB DIA MUDA SANGAT!


Wehs....pada usia 23 tahun?  Apa hang tau?  Hang ingat hang dah cukup besaq dah tapi kalau pikiaq balik,  time umur 23 tahun aku duk gigih pi clubbing lagi.  Feeling bercinta dengan lelaki merapu-rapu semua dan duk rasa semua lelaki tu adalah love of my life.  

Mak dia pun,  awat pi bagi anak tu kawen awai sangat?  Awat pasaipa?  Sebab seronok sangat tengok nak dapat menantu artis ka?  Aliff Aziz tu pun baru umur 26 tahun.  Duk panaih seronok nak enjoy-enjoy apa semua lagi. 

Kesian kat Bella.  Sebab tu walaupun laki dia dah banyak kali kantol dengan perempuan lain,  dia tetap memaafkan dan teruskan kehidupan bersama like nothing happen in their life.

Skandal ataupun kisah pasangan kita ‘ter’ ada skandal ni akak rasa macam satu lumrah dalam kehidupan berumah tangga.  Mana-mana kisah rumah tangga pun mesti ada kisah seumpama ini,  tambahan pulak dalam hubungan rumah tangga yang sudah lama.  Cuma kadang-kadang,  hubungan skandal tu jadi series ataupun hanya sekadar satu fasa yang tak lama lepas tu,  lepas tersedar dari kesalahan,  pasangan akan kembali ke pangkuan hubungan macam biasa.


Satu lagi orang suka duk kata, “Wehs…Bella tu cantek semua cukup,  pasai pa Aliff Aziz duk cari pompuan lain juga?’  Wehss mendiang puteri Diana yang cantek macam pari-pari cerita Disneyland pun boleh kena main kayu tiga dengan Putera Charles.  Dan yang terbaru,  sepupu aku Beyonce ratu lebah paling berkuasa dalam dunia muzik tu pun boleh kena main kayu tiga dengan suami dia abang Jay.  Apa lah sangat si Bella ni. 


Tula aku macam kesian kat Bella dalam hal ini.  Dia mesti berusaha setiap hari post dalam laman social macam mana dia bahagia dan kehidupan depa suami isteri macam sungguh indah sangat-sangat,  sebab itulah mungkin satu-satunya cara dia nak ubati hati dia yang setiap hari dilukai suami sendiri.  Orang yang paling dia saying.  At least,  bila orang ramai duk komen komen kat posting laman social tu,  dia pun rasa happy la sikit.  Walaupun hakikat apa yang dia buat tu adalah menipu diri sendiri.


Pasaipa dia tak move on dan biarkan lelaki macam tu hancurkan hidup dia sampai teruk sekali macam tu?  Memang senang kita nak cakap suruh depa blah,  tapi tak semua pompuan ada kekuatan untuk buat macam tu. 


Sebab tula aku nak pesan kat hangpa-hangpa semua yang lani ibu-ibu kepada anak-anak,  ajarlah anak-anak hangpa,  baik lelaki ataupun perempuan,  didik depa dari kecik lagi untuk mempunyai bina keyakinan diri bukan melalui kecantikan luaran tetapi ilmu yang penuh dalam hati dan juga otak.  Kalau pompuan tu cukup ilmu dalam hati dan otak,  dia tak kalut lah kalau setakat laki tinggal pi pompuan karaoke macam ni.  Dia angkat kaki sekali blah,  buat relaks sahaja.


Aku pernah ulas dua artikel dalam blog aku yang boleh nak dikaitkan dengan kes Bella ni.  Aku hantar link kat sini,  ampa free-free bacalah.


Pasai Anzalna dan gang-gang depa lain yang duk back up Afifah Nasir, satu ja mak nak quote kata-kata daripada Taylor Swift "There's a Special Place in Hell for Women Who Don't Help Other Women". Ada tempat istimewa untuk pompuan-pompuan yang tak tolong pompuan lain kat neraka nanti. Hell yeah and amen to that.

Sekian sahaja carutan akak.  Semoga hangpa happy dengan ulasan ini.  

ps/  Macam musibat aku kena buat research pasai gossip bodoh ni.  Tapi aku tau hangpa semua sendu suka duk baca kisah-kisah artis Melayu,  so mak pun terpaksalah berusaha buat juga research.  Barulah kenai depa-depa ni semua sapa.  Kalau mak salah,  maafkan mak ya anak-anak semua.

Dato Aliff Syukri Makan Di Tepi Jalan

$
0
0
Hello u olls, ini rasanya kali pertama aku nak story pasai Dato Aliff Syukri.  Sapa tak kenal jutawan produk terlajak laris yang meletops tu. Actually pandangan ikhlas aku pasai dia ni, satu ja. “Biasalah…pondan noks. Kot mana pun perangai pondan macam tu la.”

“Tapi dia dah kawen, ada anak semua…takkan dia pondan!!” Makcik-makcik heteroseksual sekalian yang hanya tau dunia hangpa saja, sila diam. Ni gang-gang mak ayam sahaja yang nak bersembang.  Dah kalau masih ada organ pembiakan yang sempurna, kak tom yang ada janggut pun boleh mengandung dan melahirkan.


Dato Aliff Syukri sebagai seorang peniaga yang berjaya berusaha bersungguh-sungguh untuk create suatu fenomena dari semasa ke semasa untuk memastikan nama dia ada di atas, juga bertujuan untuk memudahkan promosi produk yang dijual oleh syarikatnya. Daripada dulu ada macam-macam kisah yang dipaparkan oleh Dato Aliff Syukri dalam laman medsosnya yang turut menjadi perhatian dan ikutan umum.

Kalau tak nampak, Dato' Aliff tulis "sedih sy bila bawa gi restoren bawa bekal sbb kat sini makanan halal amat susah nak dpt..baru je cadang nak oder lah air biar cover skit nak tumpang makan..tapi kami kena halau .. jadi kami makan lah di tpi jalan".

Terkini dalam satu paparan kembaranya bersama keluarga ke luar negara, dia duk buat teruk dengan menunjukkan gambar dia dan keluarga makan kat tepi jalan. Niat? Nak tunjuk dia humble dan jenis tak kisah makan kat tepi jalan, lauk pauk masak sendiri sebab dia nak makan makanan halal. Tindakan dia mendapat teguran Datuk Chef Wan.


click read more



KERLASSSSSSSSSSSSSSS!! Hanya mak ayam yang lebih besar darjatnya mampu melahar mak-mak ayam yang baru dapat mahkota. Hangpa boleh pi baca sendiri apa yang Datuk chef Wan duk kata pasai Dato Aliff ni. Aku setuju 5937%.



Kalau ampa tak boleh baca statement Chef Wan,  ampa boleh baca ulasan penuh dia kat sini:

Tergerak pula hati saya nak menegur Dato Aliff when i saw him eating with the family di tepi jalan.
I find that shocking.
First of all as Malaysian kita kena jaga image kita di mana saja kita berada. Pelik saya with all his wealth that he has been flaunting to everyone pi la cari tempat2 yg elok untuk makan.
There load of restaurant to eat yg halal pun boleh di cari. This days melalui phone tu dah mcm2 we have excess to. Being a public figure now like it or not he must learn the do and donts.
Masa pi wedding baru2 ini saya terdengar di meja some of the guests debating among themselves yg juga Kaya Raya tetapi very modest from all the years i have known them. Depa kata by doing all this flaunting of kekayaan kita selain dari riak didalam agama juga tidak baik untuk image2 mereka yg di pandang tak ada class! U might have the money but u cannot buy the class!
Mereka kata bila kita over do things we also subject diri kita menjadi bahan kutukan so unnecessarily sedang kan ordinary rich people pun dont do that as depa nanti akan malu dengan image begitu even sesama org kaya2 ini. Bila memberi pandangan begini mesti la ada kata kita dok dengki dgn harta mereka.
Kita pun duit makan tak habis jugak tapi tak payah la buat perangai mcm tu yg jadi kan lagi kita manusia mencari pasal mengata kan hal kita. Actually itu satu perbuatan yg tidak cerdik dan jangan la di jadi kan contoh tauladan kepada sesiapa pun Ustaz kata as that will create more human brings yg ada sifat phd dan mcm2 lagi.
Bila saya mendengar apa yg di debat kan ada juga betul nasihat Puan Sri Tadi to also all her friends. She said ” Orang Melayu ni sedikit2 kita phd dgn depa yg cakap2 dan sokong itu pun bodoh jadi pak turut dan kaki kipas, no wonder la mereka naik lemak as they thing its ok to behave in such a manner to seek attention.
Bila kita kata perangai mcm orang kampong dan jakun Kaya depa marah kita balik! Said another Datin Seri pulak. Kita dengar saja and i am sure so many of us also hear this thing being debated all the time.


Bila saya melihat segala drama minggu ini di pentas kan it is also a lesson to each and everyone of us to be careful with our image on social media. Tersilap langkah habis la!


Betuila wehs! Hang duk buat teruk apa? Yes, hang ada kat negara Eropah yang sah sah bukanlah negara yang didiami oleh majoriti Muslim, so memang susah nak cari makanan halal.  Pastu hang kata, restoran kat sana bodo tak bagi hang bok masuk makanan luar. WEHSSSSSSSSS RESTORAN HALAL KAT MALAYSIA, WAIMA KEDAI MAMAK SEKALI PUN TAK AKAN BAGI PELANGGAN DIA BAWA MAKANAN DARI LUAR!!


Okay dah, aku tak mau dah nak kata banyak-banyak pasai hal dia makan kat tepi jalan tu semua. Aku rasa ni semua adalah publisiti murahan yang cuba direka-reka oleh Dato Aliff sendiri. Sebelum ni pun dia pernah makan durian ka apa kat dalam lapangan terbang kan? Sorry mak malaih nak pi Google balik cerita Melayu baru dapat duit ni semua. Macam bodoh-bodoh sangat.


Kita orang Malaysia, tak kisahlah latar belakang ekonomi macam mana pun, kita mau jaga lah standard kita bila ada diperantauan. Takkan hanya sebab telatah Dato Aliff sorang ni teruih nanti satu Malaysia kena label sama macam pelancong daripa China yang rata-rata memang pelancong yang paling tidak disukai oleh mana-mana negara di dunia ni.


Pelancong dari China bukan sahaja tidak beradap, makan macam babi lapar ditempat orang ramai (ingat tak viral depa berebut makan udang kat sebuah hotel di Thailand?), depa suka kencing dan berak dan buang sampah sesuka hati.  Beberapa kali juga dalam banyak insiden depa merosakkan tempat-tempat suci dan tempat bersejarah di sesuatu tempat. Hangpa pi Google benda ni banyak bukti duk ada aih! 


Aku ada kawan habaq, dia pernah pi melancong kat Paris. Pastu duduk kat satu hotel ni, tiba-tiba esok pagi dia nak pi makan breakfast buffet kat cafe, hotel tu tak bagi. Pihak hotel kata, depa akan pulang balik duit ataupun kalau nak, pihak hotel akan sajikan breakfast di bilik mereka. WHY????? Sebab pada hari tu ada satu group dari China menginap di hotel yang sama so pihak hotel tak mau offend guest hotel yang lain (local people…mat salleh la…), so depa halang semua ASIAN daripada makan kat hotel masa breakfast.


WEHSSS SERRRRRRRRRRRRRRRRRRR!


Sebelum kes makan tepi jalan ni, baru-baru ni time nak raya, Dato’ Aliff juga duk viralkan masa kisah orang gaji dia curi baju, duit dan macam-macam lagi. Duk mengamok dalam live video, duk post gambar-gambar orang gaji dia semua, duk maki caci hamun kat orang-orang gaji dia.


KO RASA?


Ramailah yang duk follow cerita ni, duk komen dan bagi macam-macam pendapat kat social media Dato Aliff. Paling tak boleh baca komen-komen Meleis yang kunon duk story juga pengalaman depa dengan maid depa yang mencuri. Tapi ayat bila baca macam nak kata…….”Mak pun kayaa…mampu ada maid you olls.”


Yes, kejadian pembantu rumah yang mencuri dan membuat kerja-kerja yang tak sepatutnya memang ada. Bukan sahaja pembantu rumah, dalam kerjaya apa pun, dah kalau orang tu memang jahat ataupun terdesak dalam hal-hal tertentu pasti berlaku kes pecah amanah macam ni. Tapi perlu kah nak viral macam tu sekali? Nak buat live video mengamok-ngamok bising macam marah sangat, pastu yang maid pun menanges-nanges. Merayu-rayu.


Mak tengok video tu sekali jaa…..pandangan mak? SEMUA TU PROPAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAa. Silap-silap di belakang tabir? Dato Alif berkata “Neng, kamu nangis-nangis lagi ya…lepas ini aku bagi kamu uwang lebih. Juta-juta juta juta juta rupiah!”


Kan?????


Motif hang nak mengamok teruk-teruk, tunjuk hal rumah tangga semua bagi umum semua tau. Kalau betul salah, bawak pi balai polis, buat report pastu pecat ja pembantu rumah hang. Dia pun manusia dia, jahat pun dia, kita tak boleh nak malukan dia sampai macam tu. Pembunuh ketak kejam pun polis kalau tangkap, polis tak amik video dan viralkan dalam Facebook semua tunjuk macam mana dia dilayan dalam balai polis semua kan?


Sorrylah mak tak boleh nak beli semua cerita-cerita murahan ni. Oleh itu, bagi mak la kan……MULIA LAGI DATO VIDA YANG KELUARKAN DUIT BANYAK-BANYAK SURUH KRU BUAT LAGU KAT DIA PASTU DIA BUAT VIDEO VIRAL SEMUA ORANG PUN SERONOK DENGAR DAN DUK TUMPANG BUAT PARODY BAGAI.


Sekian sahaja. Manusia terlalu mengejar kebendaan, sampai lupa harga hormat yang tak boleh dibeli dengan duit. Kalau diri sendiri pun depa mampu malukan demi duit, apatah lagi memalukan ORANG GAJI sendiri dalam laman social. NOTHING FOR THEM. Orang gaji ja kan?

Akhir kata,  terimalah lagu Dato Vida....I WANT CHUUU!!!

Senarai Wedding Dress Selebriti Yang Termahal

$
0
0

Hello u olls,

Hari ini akak sahaja nak share maklumat pasai gaun-gaun perkahwinan yang dipakai oleh para selebriti barat yang mahal-mahal nak mampus punya.  Akak cari info ni dengan menggodek beberapa laman web yang membuat ulasan tentang baju-baju kawen yang mahal,  so akak buat perbandingan dan akak bubuh dalam list ini.

Akak masukkan baju-baju yang dipakai oleh para selebriti semasa depa kawen dan baju-baju ni semua harga dia USD100k ke atas.  Gila babi bermakna kalau kali dengan harga Ringgit Malaysia yang makin merudum ni,  lebih kurang RM400k dan ke atas.  Boleh beli rumah apartment siap ada jimnasium dan swimming pool u olls.  

Okay lah!  Jom kita tengok!


click read more


Jessica Biel in Giambattista Valli
Pompuan ini adalah isteri kepada Justin Timberlake.  Aku tak pernah tengok pun baju kawen depa sebelum ni.  Depa kawen tahun 2012!  Tak sangka pulak,  Jessica Biel pilih untuk memakai baju kawen yang tidak traditional iaitu warna pink ciptaan Giambattista Valli.  Harga baju ni lebih kurang USD100k.  




Victoria Adams in Vera Wang
Sapa Victoria Adams?  Budak-budak yang baru umur 20 tahun mesti tak tau.  Victoria Adams tu nama asal Victoria Beckham la sebelum dia berkahwin dengan David Beckham pada tahun 1999.  Masa tu,  depa ni punya perkahwinan kira yang paling hangat diperkatakanlah.  Victoria Adams juga boleh dikatakan the first Spice Girls yang kawen kan?  Depa dahlah fashion icon time tu.  Untuk majlis perkahwinan dengan bintang sukan yang sangat hemsem itu,  Victoria memlih gaun rekaan Vera Wang yang dikatakan berharga lebih kurang USD100k.





Diana Frances Spencer in Emmanuel
Siapa Diana Frances Spencer ni? Ha....dialah Lady Diana arwah mak mentua Kate Middleton. Semasa perkahwinan mereka pada tahun 1981 semua orang di dunia ini ternganga apabila melihat gaun kawen dia yang kepok-kepok dan sangat fairy tale macam mana ka. Gaun perkahwinan ini dibuat oleh David and Elizabeth Emmanuel. Sayangnya selepas melahirkan Prince William dan Prince Harry, Lady Diana bercerai dengan suami dia Prince Charles. Sekarang ini, gaun perkahwinan yang menjadi sebahagian daripada sejarah fashion negara Britain ditempat untuk pameran kepada orang awam di kediaman rasmi keluarga Spencer iaitu Althorp House di Northamptonshire, England. Harga gaun ini pada ketika ianya dibuat pada tahun 1981 adalah berjumlah USD115k.






Melania Knauss in Christian Dior
Semasa perkahwinan Melania Knaus dengan zillionaire Donald Trump,  Melania memilih untuk memakai gaun mewah rekaan Christian Dior yang diperbuat daripada kain tulle sepanjang 300 kaki. Dress ini juga memerlukan 1500 biji permata dan mutiara untuk hiasan.  Gaun ni punya besar dan berat sampaikan dia dinasihatkan untuk 'eat well' before the wedding supaya dia mempunyai tenaga yang cukup untuk memakai dress ini.  Harga?  USD125k





Catherine Zeta Jones in Christian Lacroix
OMG!  Masa depa kawen pada tahun 2000 aku punyalah syiok duk tengok baju kawen deni dalam majalah fesyen.  Time tu aku form 3 dan internet pun aku duk rajin main MIRC sahaja.  Website-website tentang berita fashion tak banyak lagi.  Aku sangat suka Catherine sebab dia cantek nak mampus,  muka macam pompuan seksualiti yang mahal.  Perkahwinan dia dengan pelakon Michael Doughlas bukan sahaja diperkatakan sebab kemewahan perkahwinan depa,  tetapi the fact that depa dua orang mempunyai jurang usia yang agak besar iaitu 25 tahun.  Masa Catherine Zeta Jone kawen dengan Michael Douglas.....dia umur 31 tahun.  Oh shit...umur aku tahun masa tahun lepas!  Gaun perkahwinan bentuk klasik ini dibuat oleh Christian Lacroix yang berharga USD140k.





Coleen Mary McLoughlin in Marchesa
Seorang lagi isteri kepada pemain bola sepak terkenal negara Britain iaitu Wayne Rooney telah memilih gaun rekaan rumah fesyen ternama iaitu Marchesa semasa perkahwinan mereka pada tahun 2008.  Harga dress ini dikatakan mencecah USD300k.




Amal Alamuddin in Oscar De La Renta
Semua orang makan hati bila tiba-tiba seorang wanita bangsa British-Lebanese dengan kerjaya sebagai seorang peguam human-rights telah berjaya meragut hati pelakon kacak George Clooney yang telah membuat pengakuan berani tak lama dulu yang dia tidak akan sekali-kali berkahwin.  So bila depa kawen,  mesti something magical happened.  Perkahwinan yang mewah turut dilengkapkan dengan sebuah gaun rekaan Oscar De La Renta.  Masa buat fitting Mr.  Oscar de la Renta sendiri berada di studio rumah fesyen milik dia.  Siap ada photoshoot rasmi daripada majalah Vouge.  Kerlass kau nyah.  Harga gaun ini mencecah USD380k.



Kim Kardashian in Givenchy
Untuk perkahwinan ketiga dalam hidup Kim Kardashian,  kali ini dengan seorang rapper kontroversi Kanye West,  Kim Kardashian pakai gaun perkahwinan jenama Givenchy yang direka khas oleh Riccardo Tisci,  seorang pereka fesyen dari Italy.  Aku sangat suka baju kawen ini berbanding baju kawen dia dengan Kris Humphries.  Baju tu cantek,  tapi sejak dia couple dengan Kanye West,  dia punya pilihan fesyen banyak berubah.  Daripada feeling-feeling Paris Hilton,  dia punya pilihan fesyen lebih berpersonaliti dan bold.  Aku suka! (tapi still ramai tak suka fesyen Kim K).  Baju ini dikatakan berharga USD400k.
Read here: Wedding Dress Kim Kardashian (with Kanye West)





Kate Middleton's Alexander McQueen by Sarah Burton
Kalau mak mentua dah masuk list,  menantu pun kenalah masuk juga.  Kalau masa Lady Diana kawen dulu,  aku tak dilahirkan lagi kat dunia ini untuk menyaksikan baju kawen puteri raja itu tetapi untuk majlis perkahwinan Kate Middleton dan juga Prince William,  kita semua dapat tengok secara live melalui Youtube streaming.  Aku ingat lagi aku gigih tengok live telecast perkahwinan depa ni dari komputer kat rumah aku!  Bila Kate Middleton keluar daripada kereta di hadapan Westminster Abbey,  aku macam "Ahhhhh" nyawa kena tarik u olls.  Terkesima melihat keanggunan dan kecantikan dress ini.  Kate Middleton bekerja secara dekat dengan Sarah Burton di bawah rumah fashion jenama UK iaitu Alexander McQueen untuk menyiapkan gaun ikonik ini.  Sapaaaaaaaaa pun tak tau pasai pereka gaun ini sampailah pada hari perkahwinan depa.  Dahsyat betui depa punya simpan rahsia.  Baju ni ala-ala baju perkahwinan pelakon Hollywood Grace Kelly dengan putera raja dari Monaco.  Klasik u olls!  Harga?  USD400k
Read here:  Royal Wedding 2011 Prince William dan Catherine Middleton : Kesederhanaan Terindah




Victoria Swarovski in Michael Cinco
Akak pernah buat review pasai perkahwinan pompuan kaya ni.  Anak keturunan Swarovski u olls. Dress mewah rekaan Michael Cinco daripada Filipina ini mencecah USD1.3 juta.  Ampa boleh baca lebih banyak kat sini. Read more:   Gaun Perkahwinan Pewaris Kristal Swarovski




Angelbaby in Couture Dior
Sapa Angelbaby ni?  Dia adalah seorang selebriti terkenal daripada negara China.  Semasa dia berkahwin dengan pasangan hatinya Huang Xiaoming,  juga seorang pelakon terkenal,  seluruh perkahwinan mereka menelan belanja lebih kurang USD31 juta.  Gila babi!!! Dan untuk baju dia sahaja,  Angelbaby memakai custom Couture Dior gown yang mengambil masa 5 bulan untuk disiapkan.



My Favorite Game Of Thrones Moments for Season 7 (Episode 1-3)

$
0
0

Hello u olls,

Wehssssssssssssssssssssssss...ingatkan takdak sapa pun yang sokong kalau aku buat ulasan pasai Game of Thrones,  drama TV fantasi yang menjadi kegemaran aku melalui saluran HBO.  Like tahun lepas,  setiap minggu aku buat ulasan macam gila tapi tak banyak pun yang baca dan bagi support.  So aku malaih la nak buat tahun ni,  rupa-rupanya ada jugalah dua tiga orang (tak sampai sepuluh) yang nak aku buat review juga.  Wehsss...terima kasih aku tak la rasa macam duk cakap sorang-sorang.  HAHAHAH

And sorang tu komen kat Facebook aku rupanya,  disebabkan review tahun lepas pasai GoT kat blog aku,  dia pun eksaited dah tengok semua episod dalam 6 buah musim yang telah habis.  SHABAS BETEI!!!

Actually tahun ni aku tak berapa nak eksaited nak buat review pasai GoT bukan sahaja sebab aku tau pembaca blog aku lagi suka nak baca cerita pasai Aliff Aziz (baru-baru ni punya artikel sahaja satu hari hangpa semua mai serbu blog aku baca sampai 17k klik untuk satu hari....toyess..............),  so tak ramai yang berminat nak amik tau pasai drama TV mat salleh yang dahla cakap orang puteh,  pastu style cerita merapu ada zombi salji la,  ada naga la,  ada orang kerdil la dan macam-macam lagi.

Selain daripada tu,  aku sebenarnya macam tak berapa semangat nak review sebab this year,  aku kan dah pindah rumah baru.  Untuk pengetahuan ampa,  rumah baru aku takdak TV lagi.  HAHAHAH.  Ada washer machine ja. Dari mula dia beli washer machine tu,  hari hari aku basuh baju,  "Teeeneee tenee te neee " bunyi washer machine bila dipicit.   Laki aku pun kata, "Awat hang boring ka sebab tak boleh tekan TV hang duk tekan washer machine?" Aku tengok muka laki aku sambil tunjuk #jaritengah.

Sooo bila takdak TV kat rumah,  mana aku ada access to HBO melainkan tengok orang duk review/spoiler kat Youtube.  Pastu tunggu seminggu baru aku download secara haram melalui aplikasi Showbox kat handphone aku.

Tapi takpalah,  kita review juga,  tapi review sekali harung 3 episod sekali gus.  Baiklah,  jom baca my favorite GoT moments untuk Season 7 (Episode 1-3).


click read more



Episode 1 - Dragonstone

Arya Bunuh semua Freys
Pembukaan episod yang memang rancak!!  HAHAHAH Hala kalau kita tengok episod terakhir masa musim keenam kita boleh tengok macam mana Arya bunuh Walder Frey lepas suruh dia makan pie yang dia masak menggunakan badan anak-anak Walder Frey sendiri.  YUCKS.  Steadylah Arya.....deni memang makin lama makin ganas.    Aku tak sabaq nak tunggu dia bunuh orang-orang lain dalam list dia.  Tu pun dah ramai orang dalam list dia yang dah mati (sebab orang lain bunuh dan yang dia bunuh sendiri),  tapi aku sangat mendoakan dia bunuh Littlefingers.  Littlefingers takdak dalam list dia, tapi barua siye tu la bangsat yang Arya patut bunuh.  Ramai habaq kata dalam episod 5,  Arya akan bunuh Littlefingers sebab LF cuba nak api-apikan Arya dan Sansa.  Wrong bitch la wehs.  Cercei ada dalam senarai Arya nak bunuh,  tapi boleh tak kalau aku nak doakan,  bukan Arya yang bunuh Cercei tetapi Jamie sendiri!  OMG...best kan?


Perbincangan dalam Winterfell
Dalam perbincangan di Winterfell,  Jon Sow macam tak mau nak hapuskan keluarga Umber and Karstark yang dah betray Stark dengan menyokong keluarga Bolton.  Semua orang nak hapuskan dua keluarga ni,  minta ahli keluarga yang masih muda dari dua buah keluarga ni keluar dari Istana depa pastu bagi istana tu kepada keluarga North yang telah loyal kepada keluarga Starks.  Semua orang sokong untuk hapuskan dua keluarga ni termasuk Sansa, kecuali Jon Snow.  Kat sini memang tunjuklah Jon Snow hero.

Tapi aku faham pasaipa dia tak mau bagi dua keluarga ni dihapuskan hanya sebab bapak-bapak depa yang buat keputusan yang salah,  aku rasa Jon Snow tak mau budak-budak ni rasa apa yang dia sendiri rasa apabila Winterfell sendiri diambil alih oleh keluarga-keluarga lain.  Baguih Jon Snow ni.  Pastu dia sebagai King of The North telah mensatriakan dua budak kecik daripada dua buah keluarga ni.  

Pastu dalam meeting ni juga depa meeting pasai semua keluarga kena start berlatih jadi askar,  tak kisahlah lelaki ataupun perempuan.  Masa ni Lyana Mormont style duk buat macam ranggi dia kata "
I dont need permission to defend the north,' STEADYYlah Lyana.  Aku suka pompuan ni.



Samwell Tarly dan Tahi
Sam kan lani duk ada kat Citadel.  Ingatkan dia boleh start la jadi pelajar baca buku banyak-banyak semua,  instead antara rutin harian dia adalah mencuci taik-taik para maester yang sakit.  YUCKS!!!


Brienne Loves Tormund
Aksi flirting Tormund the Wilding dengan Brienne masa dia tengok Brienne duk berlatih fight dengan Pod.  Pod duk kena belasah teruk dengan Brienne.  Pastu Tormund kata kat Pod,  "You are one lucky man" HAHAHAH butohhhh...hangpa rasa pepek Brienne berayaq tak dengar ni?  Tapi Brienne macam freak takut tengok Tormund.  HAHAHA



Professor Slughorn!  
Aku syiok apabila pelakon lama dari UK iaitu Jim Broadbent muncul dengan membawakan watak Archmaester Ebrose di Citadel.  Dia yang duk ajar Samwell Tarly.  Dalam cerita Harry Potter,  dia berlakon jadi Professor Slughorn,  cikgu Potion yang menggantikan Profesor Snape dalam buku The Half Blood Prince.

Edd Sheeren
Haaaaa....tiba-tiba dalam perjalanan Arya menuju King's Landing, dia jumpa satu group askar.  Tak taula depa ni askar mana,  askar Lannister kot.  Tapi salah seorang daripada askar tu adalah Edd Sheeren duk nyanyi-nyanyi dengan mata juling itik dia sikit.  Hahahaha.....Why Edd Shereen buat cameo aku tak tau.  Dia request ka apa ka?  Sebab banyak kot artist mintak ak buat cameo sebab GoT memang menjadi kegemaran ramai.



Tanah Tumpah Darahku
Sebab tulah episod ni dinamakan Dragonstone sebab dalam episod ni Daenerys balik ke Dragonstone buat pertama kali setelah beramai-ramai dengan Martell dan gang Tyrell semua mai ke Dragonstone.  Untuk pengetahuan ampa,  dulu masa The Mad King kena bunuh dengan Jamie Lannister kat King's Landing,  mak Daenerys lari mai Dragonstone dan beranakkan Daenerys kat pulau ni la.  Semua orang macam syiok tengok tempat ni,  tapi aku tak berapa impressed sangat sebab dulu kan Dragonstone jadi kubu untuk Stannis Baratheon.  Kalau tak salah,  kat sini lah Melisandre beranak hantu asap disaksikan oleh Ser Davos.  HAHAHAHAHA.  Sorry nak tergelak sebab lawak.  Pastu hantu asap tu pi bunuh adik dia sendiri Renly Baratheon the gay king.  Weeehuuu.




Episod 2 - Stormborn


Varys Dicarut oleh Mother of Dragon
Sangat suka adegan ni apabila Daenerys dengan beraninya confront Varys yang memang dari dulu mempunyai reputasi lidah bercabang.  Well,  lepas kena confront aku rasa Varys telah memberikan jawapan yang agak fair dan berani,  dia kata,  dia buat semua ni selama ni untuk selamatkan diri dia.  Dia cakap benda betul. Tapi hangpa rasa?  Lepas ni Varys boleh menderhaka kepada Daenerys lagi tak?  Sebab lani pun duk nampak dah Daenerys ni style gila kuasa duk claimed semua benda dia punya.

Hang carut mak...mak carut balik.  Kata Varys.  Deni pun kote kena potong juga.  Haii...pasaipa banyak karakter depa kena potong kote.

Perbincangan 4 Bitches
Perbincangan di atas meja peta antara Daenerys, Olenna Tyrell, Yara Greyjoy dan Ellaria Sand.  Depa semuaa terketaq-ketaq nak pi serang King's Landing,  tapi Daenerys tak mau sebab dia tak mau nanti semua orang mati (rakyat jelata) sebab perang dan dia tak mau jadi Queen of the Ashes.  Betui la...kalau semua dah mati hang nak bina balik kerajaan hang susah kan.  Depa semua ni jadi buta sebab dendam!  Last sekali aku suka Daenerys pi slow talk dengan Lady Ollena Tyrell.  Dia style bagi janji yang dia akan tuntut bela atas kematian cucunda Lady Ollena.  Tapi pada masa yang sama Lady Ollena bagi kata-kata nasihat kepada Daenerys yang agak tegas tapi mendalam,  dia kata lebih kurang macam nila aku translate siap-siap dalam Bahasa Penang.  "Hang jangan duk dengar sangat nasihat lelaki-lelaki disekeliling hang.  Hang kena ingat,  depa tu semua kambing.  Hang kambing ka?  Hang naga!  So jadilah naga." Kerlassssssssssss


Aksi Gunting
Wehsssssssssssssssssssssssss akhirnyaa depa dorang ni romen.  Bestnya.  Aku syiok.  Aku rewind dua kali.  HAHAHHAHA.  Semua orang mesti duk pikiaq macam mana Grey Worm nak puaskan Missandei sebab dia takdak kote (askar Unsullied dari kecik-kecik kena potong kote.  Bukan sunnat...tapi potong kote teruih!).  Tapi hangpa semua salah,  nak puaskan seks organ yang paling penting bukan kote ataupun pepek,  tetapi otak!  Haaaa....gituuuuuuuuuuu!  Dah dah aku tak mau tulis lebih-lebih satgi kena banned pulak.  Maklumlah,  blog aku ni professor dan pegawai USM semua pun duk baca kan?

Ini adalah persembangan antara Daenerys dan Missandei masa episod 4.

Samwell ubati Ser Jorah
Scene ini bukan favorite aku sebab mengerikan!!!  Tapi terima kasih Samwell sebab hang telah memberanikan diri untuk mengubati Ser Jorah yang tak lama lagi akan bertukar menjadi batu lesong.


Arya jumpa Meat Pie
Scene ini sangat cool especially bila Arya kata kat Meat Pie (yang tak habis-habis duk ulang dialog dia bagi resepi macam mana nak bagi pie dia sedap).  Pastu Arya kata "Ha...aku tau...aku pun duk masak pie juga".  HAHAH merujuk kepada pie yang dia masak kepada Walder Frey dalam musim yang lalu.  YUCKS.  Tahukah anda? Ben Hawkey yang berlakon jadi hot pie bukak satu bakery diberi nama 'You Know Nothing John Dough'.


Jon Snow Nak Pi Jumpa Mother of Dragon
Perbincangan Jon Snow dengan seluruh keluarga The North. Depa semua tak sokong dia termasuk Lyana Mormont.  Tapi last sekali,  Jon Snow kata,  dia letakkan kuasa North kepada Sansa Starks.  Semua terdiam sebab dia tegas dan dia ada pendirian.  Tapi ...Little Fingers senyum macam suka.  Celaka betui deni.  Aku suka scene ni sebab menunjukkan Jon Snow ni ada pendirian.  Dia buat ni semua sebab tanggungjawab dia sebagai King of the North,  walaupun benda ni memang risiko tinggi.  Tapi dia sanggup ambil sebab dia rasa,  dia lebih rela hilang takhta sebagai raja sebab kalau dia dapat juga benda yang depa perlukan untuk perang (dragonglass) itu lebih peting.


Jon Snow cekik Little Fingers
Right before Jon Snow dan Ser Davos berangkat pi Dragonstone,  dia pi la melawat kubur bapak dia kat bawah tu.  Masa tu Little Fingers mai.  Celaka punya Little Fingers ni aku tak boleh pandang.  Tapi kurang ajaq la dia kata "I love Sansa as much as i love her mother." SHIT memang celaka betui dia berani kata macam tu.  Macam best pulak tengok Jon Snow cekik Little Fingers time ni,  best juga kalau tengok Jon Snow yang last sekali dapat bunuh si jahanam ni.  Tapi kalau diberi pilihan,  aku nak Arya yang bunuh dia.  HAHAHAHA

Depa masih tak dapat buat effect bagi nampak Nymeria nampak betui betui besaq depan Arya. Adakah ini sebabnya pasaipa depa tak berapa nak buat sangat scene direwolf.


Nymeria jumpa Arya
Satu lagi scene yang agak besar iaitu scene dimana Arya jumpa balik dengan Nymeria.  Tapi aku duk feelinglah scene ni akan jadi scene touching macam video kita duk tengok dalam Youtube bila sekoq anjing dah lama tak jumpa tuan depa,  bila jumpa balik,  anjing tu nanti guling-guling gosok badan depa kat tuan depa.  HAHAHAH.  Tapi itu tidak terjadi kepada Arya dan Nymeria. Nymeria dihalau oleh Arya masa season 1 dahulu sebab Arya tak mau Nymeria ditangkap dan dibunuh oleh askar-askar Robert Baratheon.  So Nymeria lari.....lani depa jumpa balik.  Nymeria dah besaq macam kuda punya tinggi.  Pastu dia ada gang!  Kerlas....Nymeria direwolf betina tapi dia ketua.  Dahsyat.  Tapi bila depa jumpa,  Nymeria blah dan tinggalkan Arya.  Aku tau pasaipa!  Sebab Nymeria sama perangai dengan Arya.  Arya pun lone wolf!  Dia merantau sorang-sorang dia sejak dari awal bapak dia kena bunuh.  Sebab tu Nymeria pun perangai sama macam tuan dia,  tapi aku pasti satu time nanti (bila time final nak fight dengan wight walkers),  Nymeria akan mai dengan gang-gang serigala dia dan akan gigik semua wight walkers tu.


Theon Greyjoy Lompat Kapal
Masa Theon Greyjoy lompat dari atas kapal,  semua orang mesti bara kat dia sebab dia sanggup selamatkan diri dia sendiri daripada nak selamatkan kakak dan askar-askar dia yang lain.  Tapi kalau pikiaq balik,  kesian wehs kat deni.  Dia sebenarnya ada PSTD (post-traumatic stress disorder),  trauma lagi daripada seksaan Ramsay Bolton duk buat kat dia dulu.  Ampa tau kan?  Dia pun kena potong kote dengan Ramsay juga.  So tak salah kalau dia lompat blah tinggal gang dia,  memang dia tak dapat selamatkan gag-gang dia,  tetapi dia dapat selamatkan diri dia dulu.




Episod 3- The Queen's Justice

King of The North Meets Mother of Dragon
Jon Snow sampai kat Dragonstone(punyalah cepat....hahahah).  Inilah penantian paling ditunggu-tunggu oleh semua,  setelah hampir 6 tahun kita nantikan pada musim ketujuh ni barulah kita dapat tengok depa dorang ni bertemu.  Ini barulah betul-betul the tale of song and fire.  Apa yang Khaleesi nak?  Bend the Knee...tak habih-habih. Tapi paling lawak adalah semasa Missandei buat announcement punya panjang lebar pasai Daenerys.  Masa ni pun Missandei punya over cakap style suara pun macam teran-teran taik semua.  Nak bagi tunjuk macam suara dia power gitu.  Bila mai turn Jon Snow,  dia ushar belakang kat Ser Davos....Ser Davos macam blur.. "This is Jon Snow...King of the North" HAHAHAH haram.  Takdak effort langsung.  Haa satu lagi part aku suka bila Jon Snow sampai kat Dragonstone adalah apabila naga terbang ataih depa,  Jon Snow meniarap teruih.

Sansa peluk.  Bran....takdak perasaan!

Pertemuan Bran and Sansa Starks
Bila Bran habaq kata dia tengok kakak dia kawen....wooooo...malam tu kan Sansa kena rogol?  Terus Sansa bangun and blah teruih jalan muka keraih.  Kesian kat dia.  Tiba-tiba dia teringat balik semua benda siye yang jadi malam tu. Bran lani kan macam dah jadi tahap-tahap tok bomoh macam mana ka,  (Three Eyed Raven),  so bila dia jumpa balik dengan Sansa,  dia macam takdak perasaa.  Aku lagi suka tengok reunion Jon Snow and Sansa dulu.  Lebih touching aku rasa....menangeh kot.  Pastu aku suka bila Bran kata "I need to speak to him (Jon Snow)" Maknanya, dia nak cakap dengan Jon Snow pasai apa yang berlaku kat Tower of Joy dan finally memberitahu,  siapa mak dan bapak sebenar Jon Snow.  OMG OMG OMG OMG OMG OMG OMG tak sabaaqqqnyaaaaaa.


I know when that hotline bling!

The End of Ollena Tyrell
Depa tak tunjuk panjang-panjang sangat peperangan antara Lannister ke atas Highgarden.  Tau-tau ja,  Tyrell punya askar semua dah kalah.  Lannister punya askar duk angkut emas.  Pastu Jamie naik pi jumpa Ollena Tyrell,  pastu Jamie tuang racun dalam minuman Ollena.  Bila dia tau,  dalam tu ada racun,  Ollena Tyrell teruih minum ayaq racun tu macam minum ayaq Ribbena.  Pastu dengan muka selamba,  dia habaq..."Tell Cersei I wanted her to know its was me," haaa memang betui la orang duk tulis dalam teori semua,  Ollena Tyrel yang bunuh King Joffrey.  Masa Purple Wedding dulu antara King Joffrey dan Margaery Tyrell,  Ollena Tyrel pi dekat Sansa,  dia cabut salah satu batu yang terdapat kat rantai yang Sansa pakai.  Rantai tu sapa yang bagi kat Sansa aku tak ingat,  tapi batu tu adalah batu racun. Kalau sapa minum ayaq batu tu akan mati,  so Lady Ollena yang pi cabut batu tu,  pastu pi letak dalam wine King Joffrey.



Okay dah habis dah cerita aku.  Tunggu la nanti end of the season baru aku akan buat rumusan semua sekali.  Apa pun,  episod 4 aku tak tengok full lagi.  Duk tengok scene-scene pendek dalam Youtube sahaja.  Aku suka scene perang tu.  Puaih hati!  Okay dah..Winter is Coming.

Social Media Player Yang Aku suka

$
0
0


Hello u olls,

Okay hari ini akak nak share dengan u olls pasai beberapa social media player yang akak suka.  Ini bukan kerja stalking okay!  Ini akak memang follow sebab depa depa yang akak nak sebut kat bawah ni boleh juga dikatakan sebagai penulis yang memang nakkan kita sebagai pembaca untuk baca.  Lani zaman dah modern u olls,  tak semestinya nak kena ada buku baru jadi penulis ataupun kena publish artikel dalam surat khabar baru orang boleh respect hang sebagai penulis,  blogger pun penulis!  And zaman sekarang dengan adanya laman-laman sosial like reddit,  Facebook dan jadah-jadah yang lain,  hang pun dah boleh panggil diri hang penulis.

So nama-nama kat bawah ini adalah penulis!  Dan aku follow depa apabila aku boring-boring dan nak relax-relax,  aku akan bukak social media depa dan tengok apa posting terkini depa.  Hangpa nampak tak aku pakai terma social media player?  Pemain media sosial...terma ni aku yang reka.  HAHAH.  Yala,  depa pemain sebab depa yang duk reka apa sahaja gambar,  penulisan (posting) atau video yang lawak dan best untuk kita tengok iaitu penonton.

Okay dah jom tengok sapa social media player yang aku follow and mana nak tau pasni hangpa boleh follow juga!

click read more




Regina Ibrahim
Sapa yang tak kenal Mama Regina mesti duk ingat mama ni pompuan-pompuan Melayu feeling kawen dengan mat salleh sebab tu gaya pakaian dia very modern,  tak berhijab,  pakai pengilat kuku apa semua.  Tapi kalau hang betul-betul follow posting dan baca buku-buku yang dia tulis (dia terbit banyak buku already,  pi Google sendiri),  dia punya pendirian dan cara actually PALING MELAYU daripada hangpa semua.  Daripada cara dia makan,  masak,  cara dan gaya hidup apa semua.  Kot mana pun dia akan balik kepada asas-asas orang Melayu yang penuh dengan kesederhanaan dan prasangka baik.  Sapa-sapa yang suka baca posting yang membuka mata menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang simple, tapi mempunyai essence yang makan dalam,  silalah follow posting beliau.

Kalau hangpa kawan dengan dia kot Facebook (kalau bernasib baik dapat approve friends la...) hati-hati ya,  dia akan perati dan kalau hangpa okay,  dia akan komen-komen kat like hangpa punya posting juga.  Tapi kadang-kadang dia akan mai komen yang makan dalam kat ampa punya,  orang macam paranoid macam akak...akak jadi takut sat.  HAHAHAH.  Tapi bila tanya kat dia (melalui PM),  ada apa-apa benda ka kita buat salah kat mak ayam kan sebab duk kena carut dalam komen?  Mama nanti kata takdak apa aih,  semua melawak-melawak.  Hang pun akan terboje sat.....sebab betui la melawak orang pandai-pandai ni kita kena hati-hati juga noks.  Satgi salah faham,  kita duk ingat apa pulak salah kita.  Tapi sebenarnya,  mama duk perati okay!

Dia banyak share pasai masakan,  kisah-kisah yang berlaku di media setiap hari,  pasai negeri tanah tumpah darahnya Pulau Pinang,  lukisan-lukisannya dan juga kerja-kerja seni lain yang dia buat.   Paling best,  seminggu sekali ka macam tu,  dia akan buat listing pasai rentetan apa kes yang berlaku di sosial media.  So kalau kita terlepas apa-apa,  kita boleh check kat situ.  Penting untuk tahu apa yang berlaku di sekeliling kita okay.

Facebook:  https://www.facebook.com/regina.ibrahim.9


Antara kerja yang dihasilkan oleh Mama Regina iaitu penulisan dan juga lukisan.




Aminudin Kadir
Aku terjumpa profile mamat ni sebab aku selalu nampak dia duk komen-komen di Facebook Kiru Muniandi (one of the social media player yang aku akan mentioned kat bawah juga).  So aku tengok komen dia macam lawak-lawak tapi best,  so aku pun add dia.  Tak sangka tak lama lepas tu,  dia approved!  Aku macam bangga terus PM dia kata terima kasih.  Mungkin sebab dia tengok aku cun,  so dia pun approve lah aku.  HAHAHAHA.  Kalau dia tak approve hangpa janganla kecik hati pulak okay.  Next,  dia punya profile picture ada gambar lelaki macam ellloooq.  Jangan duk terjatuh hati pulak dengan kekacakan lelaki dalam tu,  tu bukan dia.  HAHAHA.  Tu gambar pelakon mana ka yang dia minat.  Dia tak pernah show gambar dia dalam social media dia (mungkin dia pernah show tapi aku tak perasan).

Dia post macam-macam,  antaranya tentang ulasan filem yang dia tonton.  Tapi most of the time,  dia suka buat posting mengenai sosial.  Not only politik (tu cabang kecil sahaja dalam isu kemasyarakatan),  dia akan tulis juga bab kutuk-kutuk gang agama Islam yang over-over dan suka memeningkan kepala orang lain.  HAHAHA yang aku suka,  sebab dia berani nak kata macam-macam dan cara dia kata tu agak lawak babi sikit.  Tapi orang lain kalau baca mesti akan rasa offended.

Hangpa wajib baca satu penulisan dia tentang macam mana dia bandingkan kita orang Islam yang duk benci teruk-teruk kepada Yahudi atas apa yang berlaku kepada bangsa Palestin, dengan orang Jepun yang ramai mampuih dulu sebab kena bom dengan Amerika Syarikat selepas Perang Dunia II dan seterusnya dia bandingkan juga dengan Yahudi yang dulu semua mampuih kena gas beracun dengan Jerman di Polland. Ramai yang sakit dubur (butthurt) dengan penulisan beliau tu, tapi bacaan tu bacaan berat. Jangan faham bahagian atas sahaja, baca secara mendalam. Orang Islam ni suka sangat butthurt sampai jadi sesat jauh. Sapa yang takdak IQ untuk baca dan fahami penulisan beliau, takpa, sila jauhkan. Takut nanti hangpa baca-baca ni semua hangpa dapat deppression pulak. Link asal penulisan tu kat sini: Hiroshima & Nagasaki vs Mati Keluar Air Mani By Dean Kadeer
Facebook: https://www.facebook.com/DeanKadeer


Hemsem,  tapi ini bukan beliau.

Antara posting beliau yang mencuit hati.


Muhsin Latheef
Mamu ni aku kenai melalui kawan aku nama Shad.  Shad kata,  sebagai seorang usahawan di Penang dia berkenalan dengan seorang pelanggan yang bukan sahaja mai makan kat kedai dia,  tapi siap bagi nasihat ikhlas apa nak kena buat,  apa tak kena buat,  siap tolong beli iklan FB untuk promote page kedai kawan aku tu.  Aku macam tertarik,  sapa mamat ni?

So aku pun add dia kat Facebook!  Sekali lagi sebab aku cun,  dia pun approve FB request aku.  HAHAHA.  Bila dah follow dia baru aku tau,  dia seorang penyokong sebuah parti politik.  Tak kisahlah dia sokong mana-mana parti pun,  tapi apa yang aku nampak Mamu ni rajin duk tolong share all the happenings around Penang especially berita-berita terkini apabila berlaku salah laku dalam pemerintahan dan juga kerja-kerja penyelenggaraan oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyebabkan kesusahan orang ramai.  

Rakyat kena naya,  peniaga kena naya dan macam-macam lagi.  Dia nanti buat live video,  ada Facebook page,  bubuh gambar apa semua sekali.  So dia ni boleh kata macam lebih meletops daripada pemberita lah.  Semua nanti dia duk post.  Sapa-sapa yang berminat nak tau tentang perjuangan Encik Muhsin Latheef a.k.a Mamu Parpu,  hang boleh support dia dengan mengfollow beliau di Facebook dia.

Ni aku suruh hangpa follow dia jangan duk

Facebook account: https://www.facebook.com/muhsin.abdul.latheef
Facebook Page: https://www.facebook.com/mamuparpuu/

Tak tau la pasaipa dia peluk pokok ni.

Bukti dia sokong sapa.  Tak kisahlah.   



Kiru Muniandi
Kiru ni akak follow dan add dah lamaaaaaa dah.  Kenal melalui FB Mama Regina Ibrahim.  Tapi dulu dia tak berapa nak post-post sangat pasai politik ni semua,  dulu dia selalu post pasai kerja lukisan (painting) yang dia buat.  Tapi rasanya beberapa tahun yang lampau,  dia banyak tulis pasai politik.  AKU SUKA BACA APA DIA TULIS sebab sebagai seorang lelaki India,  banyak teguran yang dia buat untuk betulkan pemikiran kita orang Melayu yang seringkali (YANG SELALUNYA KOT...) duk rasa macam Malaysia ni bangsa Melayu sorang sahaja yang punya.  Sedangkan,  India,  Cina dan kaum-kaum lain pun sama-sama sayangkan negara ini dan sama-sama nak negara kita maju dan sukses.  Penulisan dia dalam perspektif India ditulis dalam bahasa Melayu dan seringkali dalam loghat Penang.   Ps/  Wife dia cantek gila.......
Facebook:  https://www.facebook.com/kiru.muniandiportraitartist



Antara posting terbaru En Kiru pasai lukisan yang beliau hasilkan.


Kak Senduk
Kak Senduk ni adalah seorang blogger lawak yang aku kenal sejak tahun 2008.  Tapi dulu dia kekwat,  dia ada blog sahaja.  Dia takdak Facebook dan apa-apa social media yang lain.  Bila blogger lain semua dah ada Facebook page,  Twitter dan sebagainya,  dia sorang takdak apa lagi.  Aku ingat lagi,  dulu-dulu pengikut tegar Kak Senduk siap ada Facebook Group yang akan post link-link terkini penulisan beliau. Tapi tak lama lepas tu,  Kak Senduk buat Facebook bertajuk Reez Sham Yasin.  Aku pun add dia kat Facebook,  tapi mungkin dia kenal kami sama jantina dia pun approve aku.  Then kami pun jadi kawan melalui FB pula.  Pastu tak tau pasaipa,  Kak Senduk lama tak menulis di blog.  Tapi kat Facebook sekali-sekali dia post benda-benda sosial tetapi kerapkali dia duk post pasai dia meniaga barang-barang rumah secara online.  Tapi tahun ni,  2017,  Kak Senduk dah active menulis balik.  HANGPA WAJIB BACA BLOG DIA HARI HARI dan follow dia juga on Facebook and support perniagaan online dia.
Blog: http://meriahuoll.blogspot.my/
Facebook: https://www.facebook.com/reezsham.yasin




Mabelo Si Pengilat Kuku Ajaib (Mabelo Yana 019-4527526)

$
0
0


Hello u olls, hari itu akak ada buat live video cara-cara nak pakai MABELO GLASS NAIL SHINER tapi haram tak jadi bukan sebab produk ni tak bagus, tapi akak terlalu bangang. So esok-esoknya, bawak mai opis, kami semua menerai nenjia hasilnya!

About This Produk
MABELO GLASS NAIL SHINER ni adalah satu PRODUK yang BERKESAN dalam MENENTUKAN BENTUK kuku dan MENGILATKAN permukaan KUKU menggunakan KAEDAH GOSOKAN sahaja.  Diperbuat daripada 100% TEMPERED GLOSS GLASS (KACA) yang berkualiti tinggi dan tahan lasak.

❌ BUKAN NAIL POLISH
❌ BUKAN VITAMIN KUKU
❌ BUKAN SUPLEMEN KUKU
✔ 100% GLOSS GLASS (KACA)
✔ HANYA GOSOK-GOSOK JER
✔ T@HAN KILAT KILAU 3-4MINGGU
✔ TIADA BAHAN KIMIA
✔ MESRA SOLAT
✔ MUDAH DIBAWA KEMANA SAJA
✔ LELAKI PEREMPUAN BOLEH GUNA





click read more



Terima kasih Kak Suhana sudi jadi saya punya model kuku.



Cara Pakai
Mabelo ni ada dua permukaan,  tapi kita gosok kuku kita pada permukaan Mabelo yang kasar tu saja.  Tak perlu gosok kuat-kuat macam nak keluarkan jin dari lampu ajaib,  just layang-layangkan.  Mula-mula kuku dia akan terhakis (sebab dia nak ratakan permukaan) tapi lama-lama permukaan yang dah rata tu akan otomatik jadi licin macam pakai kiuteks!

Senang nak pakai, gosok pada permukaan kuku (guna bahagian kasar) secara 180 darjah, sampai kuku jadi berkilat. MACAM PAKAI KIUTEKS!  Kilat tahan hampir 2 minggu. Boleh makan nasik, buat kerja, memasak semua takdak masalah!

Cara nak bersihkan batang Mabelo ni?  Basuh dengan air saja!  Tak perlu nak bubuh apa-apa dah.






Harga
💋 RM69 (Sem Malaysia)
💋 RM79 (Sabah Sarawak)
Walaupun harga dia agak mahal, tapi MABELO GLASS NAIL SHINER ni boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau beli nail buffer kat farmasi daripada plastik tu (sebatang mungkin RM8-RM10), sekali dua kali pakai ja dah lembik/haus kan?

Nak Beli?
PM admin www.facebook.com/MabeloYana
Istagram:  https://www.instagram.com/baybeeyna.mabelo/
@ Whatsapp : 019-4527526

🍭 AGENT & DROPSHIP yang KOMITED sangat sangat dialu-alukan dengan rasa rendah hati sambil melonjak keriangan seperti kekanak rianggg makan lolipop perisa stroberi cokelet. 😂


Ini video akak buat live FB hari tu.  Kunon nak tunjuk cara nak pakai tapi akak tak cuba dulu...dah buat live baru sedaq yang kata tak jadi.  HAHAHAHAH so macam bangang sikit kan?  Tapi takpalah,  janji lepas tu sampai sekarang kuku akak masih elok cantek berkilat sebab Mabelo ni.


Kepada u olls semua,  especially wanita-wanita yang banyak berurusan dengan orang ramai,  yang suka jaga penampilan diri akak amat rekemen u olls invest duit sikit untuk beli Mabelo ni.  Yelah,  muka semua tudung pakai semua elok,  sekali bila salam,  kuku dah macam kerja kontrek basuh simen.  Tak kisahlah walaupun kuku kita bentuk pendek-pendek dan tak cantek macam orang duk pakai kuku palsu,  janji kuku kita bersih dan berkilat nampak meletops dengan Mabelo!


Jom beli lekaih! 


Gambar Pernikahan YAM Tunku Tun Aminah Maimunah dan Dennis Muhammad Abdullah

$
0
0
Hello u olls,

Jom tengok gambar sekitar majlis perkahwinan YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dengan Encik Dennis Muhammad Abdullah yang berlangsung semalam 14 Ogos 2017 di Istana Bukit Serene.

Meletops puteri raja nikah pakai baju kurung moden kain polos sahaja. Takdak peplum 60 tingkat apatah lagi renda panjang 44 kaki. Love the simplicity of the outfit, cuma kalau nak komen pun, rambut tu...........Dia punya curl macam tak berapa nak kepuk dan maybe mungkin kena tarik half ikat kat belakang. Itu sahaja.  Tapi sapa yang buat baju kurung Tunku,  tidak dapat dipastikan.

Selain kaum kerabat keluarga Sultan Johor,  keluarga Dennis juga kelihatan.  Segak-segak kakak dia semua.  



click read more

TUNKU TUN AMINAH KINI BERGELAR ISTERI DENNIS MUHAMMAD
Puteri tunggal DYMM Sultan Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim sah bergelar isteri kepada Encik Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz dalam Bahasa Melayu di Istiadat Akad Nikah yang berlangsung di Istana Bukit Serene di sini, hari ini (14 Ogos).
Pasangan DiRaja itu kelihatan anggun dan tampan mengenakan busana tradisional Johor, Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Melayu Teluk Belanga serba putih dinikahkan oleh Mufti Negeri Johor, Dato' Haji Mohd Tahrir Dato Kiyai Haji Samsudin yang diperkenankan oleh Sultan Johor menjadi wakil rasmi baginda di majlis berkenan.
Istiadat pernikahan yang menyusul sejurus selepas istiadat pertunangan dan majlis hantaran itu disaksikan DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, serta ahli keluarga dan rakan terdekat.
Hadir sama, ibu bapa pengantin lelaki, Martin dan Henriette Verbaas, ahli keluarga dan rakan terdekat dari Belanda. Sumber - The Royal Johor













PUTERI JOHOR SEDIA MULA KEHIDUPAN SEBAGAI SUAMI ISTERI
Tanggal 14 Ogos (esok) menjadi hari cukup bersejarah buat YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan Encik Dennis Muhammad Abdullah.
Istiadat pertunangan Tunku Tun Aminah akan diadakan di Istana Bukit Serene disebelah pagi, diikuti dengan Istiadat Akad Nikah. Manakala, disebelah malam pula, pengantin DiRaja itu akan diraikan dalam Istiadat Persandingan di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru.
“Selepas berkahwin, kami akan berpindah ke rumah sendiri dan memulakan kehidupan sebagai pasangan suami isteri,” kata YAM Tunku Tun Aminah.
Kesemua istiadat itu akan dijalankan dengan penuh adat istiadat dan budaya Diraja Johor, di mana pengantin perempuan akan mengenakan Baju Kurung Teluk Belanga, manakala pengantin lelaki mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga.
Kira-kira 1,200 tetamu akan menghadiri majlis ringkas tapi penuh bermakna itu yang akan turut dipancarkan secara langsung kepada orang ramai menerusi skrin digital gergasi, ditempatkan di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru. - Sumber The Royal Johor


































Istiadat Persandingan YAM Tunku Tun Aminah Maimunah dan Dennis Muhammad Abdullah

$
0
0

Hello u olls,

Jom tengok pula gambar sekitar Istiadat Persandingan antara YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dengan suaminya Dennis Muhammad Abdullah yang telah berlangsung di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru pada malam 14 Ogos 2017.

Confirm lepas ni!!!!  Baju kurung moden macam ni akan popular balik!!!!

ps/  Satu ja mak nak komen pasai pemilihan salinan perkahwinan Tun Aminah Maimunah,  dia menunjukkan yang dia betul-betul seorang puteri raja.  Dia bezakan diri dia daripada kita-kita,  selebriti apa semua.  Sebagai seorang puteri,  dia tak perlu nak fancy-fancy masa majlis perkahwinanya kerana hari besar ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai seorang puteri raja kerajaan Johor.

SELAMAT PENGANTIN BARU TUNKU TUN AMINAH DAN DENNIS MUHAMMAD
Pasangan Pengantin Diraja Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah selepas selesai Istiadat Persandingan DiRaja di Bilik Singgahsana Istana Besar Johor Bahru malam ini (14 Ogos).
Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad turut meluangkan masa bersalaman dengan tetamu jemputan yang hadir.
#theroyaljohor#royalpressoffice
click read more








SULTAN BRUNEI DAHULUI ISTIADAT MERENJIS DAN TEPUNG TAWAR PASANGAN DIRAJA JOHOR
KDYMM Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah memulakan Istiadat Merenjis dan Tepung Tawar Pengantin DiRaja Johor, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru malam ini (14 Ogos).
Ia diikuti dengan isterinya, KYDMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; KDYMM Pemangku Raja Pahang TengkuMahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Ahmad Shah dan KDYMM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar; DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah; dan ibu bapa Dennis Muhammad, Martin dan Henriette Verbaas.










Istiadat Persandingan DiRaja di Istana Besar malam ini berlangsung dengan penuh tradisi dan adat istiadat budaya Diraja Johor.
Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, serta Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teoh Chee Hean dan isteri.
#theroyaljohor#royalpressoffice





YAM TUNKU TUN AMINAH, DENNIS MUHAMMAD TIBA DI ISTANA BESAR
Pasangan Pengantin DiRaja, YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Dennis Muhammad Abdullah tiba di perkarangan Istana Besar Johor Bahru menaiki kereta vintaj Mercedes Limousine Covertible, sambil diiringi pengiring bermotosikal dari Polis Diraja Malaysia dan juga anggota Askar Timbalan Setia Negeri.
Mereka berangkat tiba di Istana Besar dan disambut dengan paluan kompang dan bunga manggar.

Kira-kira 1,200 tetamu menghadiri Istiadat Persandingan yang akan disaksikan oleh sekalian anggota kerabat diraja, orang kenamaan, dan ditonton oleh rakyat jelata menerusi dua skrin gergasi di Dataran Bandaraya dan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bharu.

Sumber gambar dan maklumat dari FB The Royal Johor

Berhentilah Menjadi Stalker

$
0
0

Hello u olls!

Okay ini adalah post berletiaq.  Sebenarnya,  penulisan ni apart of my previous article yang bertajuk "Social Media Player Yang Aku suka" mengenai beberapa orang yang akak selalu duk follow depa punya Facebook dan Insta apa semua.  Pastu terbeletiaq ni sekali,  mak tengok,  ehhh macam nice ja carutan ilmiah ni.  So mak copy paste dan buat artikel asing.  So,  artikel ni,  aku akan berletiaq ja kat hangpa.  Hangpa baca,  telan.


Akak nak cakap pasai stalker.  Stalker ni aku tak payah la nak habaq panjiang-panjiang apa benda.  Zaman lani,  stalker tak semestinya kena mai duduk dalam kereta,  bawak motor,  sembunyi-sembunyi mengendap orang yang depa nak stalk tu,  stalker tak payah mai dekat pun dia dah boleh jadi stalker dah.  Semuanya melalui handphone sahaja!  Sebab melalui handphone,  hang boleh tengok macam-macam pasai semua orang yang hangpa suka,  tak suka,  tak puas hati ka apa semua.

Sapa yang boleh jadi stalker?
Semua orang ada tendency nak jadi stalker.  Tapi rasanya,  orang yang paling mempunyai risiko tinggi nak jadi stalker ni adalah orang-orang yang terlalu sedih dengan hidup sendiri.  Terlalu sedih ataupun terlalu bohsan,  atau dua-dua sekali.  Pandai-pandailah hangpa kenali diri sendiri kan?  Jangan kata hang suri rumah tak tau nak buat apa kat rumah selain jaga anak-anak dan suami,  so bila time sendu-sendu,  hang pun stalk orang.  Wanita bekerjaya pun ada tendency nak jadi stalker juga.  Time boss duk sibuk membebel dalam mesyuarat,  dia duk sibuk tengok handphone dia,  check out sosmed milik orang yang dia minat tu.  Raplah nyah!!


click read more



Jangan kata perempuan ja....niiiii laki pun samaaaa!  Dalam kes ni,  aku bagi contoh suami aku.  Wehsss....laki aku stalker besaq na.  Aku selalu nanti maki dia sebab dia ada Facebook tapi kalau ampa tengok Facebook,  tak pernah post apa-apa,  tak pernah nak share apa-apa pun.  Dia pun tak pernah nak like sapa-sapa,  tak pernah nak komen kat sapa-sapa.  Walaupun like dan komen untuk Facebook bini dia sendiri yang meletops ni!

Tapi setiap kali dia bukak Facebook,  dia la raja nanti stalk semua adik beradik aku punya Facebook,  kawan-kawan baik aku,  orang office dan sapa-sapa yang kami kenal sama dalam Facebook.

"Sayang...sayang...Hasnah dengan laki dia pi makan dinner kat hotel.  Depa selebrate anivesary apa ka.  Duk amik gambar macam manja-manja semua.  Duk buat macam sempoi," kata laki akak.

"Macam mana hang tau?" tanya akak.

"Aku tengok FB depa.  Depa post semalam,"

Muka aku dah kerdot dah.  "Hang awat macam serr abang duk bukak Facebook kawan aku semua.  Serrr.....bekpi la depa ada duit nak pi makan hotel.  Pastu laki depa baguih,  sayang bini,  appreciate bini,  bawak pi makan hotel semua.  Harap hang?  Aku duk dapat nasi kandar ayam goreng pukul 3 pagi la dengan teh ais."

Bila aku berletiaq,  laki aku akan bara.  Aku dah berapa kali tegur dia.  Tak baik kita duk stalk orang,  kalau kita nak tengok takpa,  tapi like like dan komen la sikit.  Doakan depa bahagia.  Kita tumpang gembira.  Kan?  Ni duk tengok sengap-sengap pastu duk kutuk kot belakang saipa?

Sebab tu,  LAKI AKU CUKUP PANTANG KALAU AKU NAK AMIK GAMBAQ DIA ATAUPUN NAK SELFIE DENGAN DIA.  Dia nanti paranoid duk tanya lebih-lebih,  "Hang nak antaq kat sapa?  Hang nak post Facebook ka?" Pendek cerita memang dia tak bagi aku post kat social media semua.  Sekali sekala takpa.  Dia jadi paranoid la sebab selama ni dia duk kutuk orang yang duk post gambar-gambar manja laki bini,  so bila dia nak buat,  dia takut la orang kutuk dia.

Stalk Artis vs Stalk Rakan Sebaya
Stalk artis tak pa lagi,  mak paham la (tapi tak boleh lah jugak banyak-banyak nanti jadi penyakit,  sebab kebanyakan artist dia pun duk post semua gambar-gambar posing dengan harapan palsu.  Takdak isi mampan pun),  lagi sedih kalau hangpa duk stalk kawan-kawan hangpa punya social media,  kawan-kawan sekolah,  kawan-kawan Universiti.  Yang in real life,  hangpa tak pernah bertegur sapa,  kalau terjumpa kat pasar malam ataupun Queensbay pun hangpa buat macam-macam tak nampak,  dan lagi sedih rupa-rupanya anak hangpa pi nursery yang sama....hang terserempak pun hang buat-buat tak nampak!  Tapi........dalam social media...hang punya stalk setiap gambar dan setiap komen semua sekali hang akan amik tau.  Dahsyat betui.  Pastu lebih hina,  macam mana hang punya duk stalk semua gambar depa and komen-komen sekali....tapi sekali pun HANG TAK PERNAH KOMEN WAIMA MENGELIKE posting orang tu.

Memang serrr wehs.  Aku cakap macam ni sebab memang ada dan aku pernah jumpa.  Sebab tu aku nak highlight kat sini siap-siap sebab bukan aku nak berdengki ka apa ka,  mampuih pila dah hang yang pilih nak hidup cara miserable macam tu.  Tapi aku nak tegur-tegur jugalah,  tak elok kita duk amalkan tabiat tu.  Satu benda yang tak elok duk stalk hidup orang yang tak pernah kacau langsung hidup kita.

Social media ni untuk memudahkan hubungan manusia,  bukan untuk kita ambil kesempatan sampai macam tu sekali.

Okay u olls itu sahaja mak nak habaq kat hangpa.  Bye.

Lagenda Express @ USM

$
0
0

Hello u olls,

Hari ini akak nak share dengan u olls tentang sebuah cafe yang baru dibuka dalam USM.  Cawangan daripada Lagenda Cafe di Campbell Street yang akak pernah share kat blog akak banyak kali dulu.  So cawangan baru ni dinamakan,  Lagenda Express.  

Depa serve breakfast, lunch and afternoon tea.  Tak banyak pilihan macam kat Lagenda Cafe.  Tapi yang bestnya,  depa ada set. Set dia RM13.90 ja!   Setiap set ada main dish, air sirap selasih and sagu gula melaka as dessert.  Ada macam-macam pilihan main dish like blue rice with rendang, chicken chop, fish and chips and lain-lain untuk set-set tu.  Tapi potion dia dan plating dia lain sikitla daripada Lagenda Cafe sebab kat sini lebih murah noks.

Rasa memang tetap meletops, lokasi pun nice dan cozy. (Cuma yang tak best, sana punya internet reception very poor...so kalau mai makan dengan kawan2 we can really pay attention to the conversation.

Menu
Akak dapat soft copy menu daripada tauker depa.  Kerlas.....so akak bubuh kat sini.  Hangpa kalau nak booking awal ka,  reserve meja,  boleh contact tauke dia teruih Shad,  +60 12-437 5449 (whatsapp atau call).  

click read more




Lokasi
Ground floor Eureka Building (depan Masjid USM), cari cafeteria.


Tempat ni best untuk?
Selain mai makan-makan lunch ka apa semua,  tempat ni sebab dia nampak macam klass dan  meletops.  So macam nice la kalau kita ada pelawat dari mana-mana,  so boleh la kita bawak mai makan kat sini,  sambil sembang-sembang relaks.  And depa terima juga tempahan untuk catering dan juga nak buat private function.  Apa-apa contact la tauke depa na.


Waktu Operasi
8:00 pagi hingga 5:00 petang
Isnin - Jumaat sahaja.


Contact
Shad Kamarulzaman +60 12-437 5449 
Facebook:  Lagenda Express

Okay dah tak mau cakap banyak,  akak share gambar kat ampa!









Ini set nasi dengan rendang daging. Siries sedap!  Nampak macam sikit tapi untuk wanita agam macam akak.....sangat cukup!


Ini set western yang kawan akak order.  Chicken chop dengan fries.  Takdak sayoq.  Tapi potion ni besaq wehs!!! Memang okay sangatlah dengan harga RM13.90 ja pon!!


Okay hangpa dah tengok gambaq semua kan.  Jangan lupa untuk pi check it out tempat ni.  And follow depa on Facebook:  Lagenda Express


Ulasan Filem The Lobster

$
0
0


Hello u olls,

Filem ni akak dah tengok lama dah.  Filem-filem macam The Lobster ni adalah salah satu sebab pasaipa,  akak kadang-kadang rasa macam trauma nak tengok filem baru.  Especially cerita yang kita tau,  dia macam falsafah macam mana ka,  teori pelik-pelik yang akan cuba mencungkil otak dan perasaan kita to the core,  pastu bila dah dapat korek sampai dalam,  otak dan hati kita akan berlubang sekejab untuk beberapa ketika.  Not ketika,  tapi kadang-kadang sampai berhari-hari dan berminggu.

The Lobster cerita yang diterbitkan tahun 2015 arahan Yorgos Lanthimos,  seorang pengarah filem dari Greece dan dilakonkan oleh beberapa pelakon utama yang amat meletops iaitu  Colin Farrell, Rachel Weisz, Jessica Barden dan ramai lagi.

Cerita ni punya pelik,  mangkak,  serr tapi still membuatkan aku rasa macam berlubang kepala otak dan hati sampai aku jadi trauma nak tengok filem-filem lain.  Jom baca review akak pasai cerita ni.


Plot Summary
Cerita ni bukan macam macam straight forward kisah kehidupan manusia yang kita boleh senang-senang paham.  Semua benda yang berlaku dalam perjalanan cerita ini ada makna yang tersembunyi. Kena tengok,  pikiaq,  kaji pastu sapa yang nak makan dalam makanlah.  Dia cerita latar belakang zaman yang kita tak kenali.  Bukan masa depan,  bukan masa lampau.  Bagi akak,  akak rasa macam ini adalah satu dunia yang penulis cipta sendiri.

Dia menceritakan tentang satu dunia di mana undang-undang telah menetapkan,  semua orang kena hidup berpasangan.  Kena kawen!  Pastu dah kawen,  wajib ada ada.  Kalau hang didapati hidup bersendirian,  kena cerai,  kena tinggal dengan pasangan,  adalah mandatori untuk hang berdaftar di sebuah hotel.

click read more


#hidungberdarah


Kat hotel ni,  hang kena register diri hang sebagai peserta.  Dalam tempoh tertentu semasa menginap kat hotel tu,  hang perlu cari pasangan!  Sebab orang-orang lain yang takdak pasangan pun akan menginap kat hotel tu.  Macam mana hang nak kawen dengan pasangan hang?  Tak semestinya hang jatuh cinta,  tetapi hangpa berdua kena ada 'something in common'.  Memang macam bangang.  Contohnya,  ada satu laki ni punya desperate nak ada pasangan,  dia tipu kat satu perempuan yang mempunyai masalah hidung berdarah (penyakit yang menyebabkan orang tak pilih untuk berpasangan dengan dia),  so laki ni pun akan ketuk kepala dia atau tumbuk muka sendiri supaya dia boleh dapat hidung berdarah yang sama dengan perempuan tu.


Sepanjang duduk kat hotel tu,  ada program-program khas dibuat yang hang kena buat.  Benda pelik-pelik antaranya,  setiap hari ada pembantu hotel yang akan masuk bilik hang akan 'dry hump' kat hang.  Tau tak dry hump tu apa?  Baca sini : Urbandictionary.  Kalau hang didapati terangsang semasa proses dry hump mandatory tu,  hang akan didenda.  Tak ingat denda apa tetapi something bad la.

#dryhump


Tapi ada juga benda-benda yang hang dilarang untuk buat.  Contohnya,  hang dilarang untuk melancap/beronani.  Kalau hang didapati melancap,  tangan hang akan dimasukkan dalam bread toaster!  HAHAHAH aku tak tipu wehs,  memang depa berlakon tunjuk macam tu.


Deni la pi onani.

Dan setiap hari,  hangpa akan dimandatori untuk pi buru dan bunuh "The Loner" dalam hutan.  The Loner ini adalah manusia yang jadi pelarian dalam hutan sebab depa tak mau ikut undang-undang di mana setiap orang kena kawen.  Kalau dapat bunuh sorang Loner,  hang punya tempoh penginapan di hotel akan ditambah.


Sebab tempoh hang duduk di hotel untuk mencari pasangan ada had.  Kalau hang tak dapat cari pasangan dalam tempoh yang telah ditetapkan,  hang akan ditukarkan menjadi binatang.  Sebab tu,  masa lelaki pelakon utama dalam filem ni,  nama dia David.  Dia sorang yang ada nama dalam cerita ni. Masa dia nak check in hotel,  dia kena pilih siap-siap dia nak jadi binatang apa kalau dia tak dapat cari pasangan nanti,  dan dia pilih nak jadi lobster.

Colin Farrell yang sangat hemsem dan hot tiba-tiba membawa imej lelaki middle age ada misai yang nampak bosan.  Tapi lakonan beliau meletops! Aku suka.

Maksud di sebalik filem ini?
Macam serr kan baca rumusan cerita yang aku tulis kat atas ni kan?  Ini aku tulis sikit sahaja,  hangpa kena tengok sendiri banyak lagi benda yang berlaku dalam filem ni yang betul-betul membuat hangpa terganggu.  Cerita ini luar lojik tapi hangpa kena pikiaqlah apa yang cuba disampaikan.

Pada pendapat aku,  rumusannya cerita ini memberikan peluang kepada kita untuk berfikir tentang konsep cinta,  hubungan suami isteri,  kehidupan kita yang secara keseluruhannya dibentuk dan ditetapkan oleh norma-norma budaya,  agama dan juga pendapat peribadi orang-orang sekeliling.

Tapi at the end of the day,  walaupun kita dah bersusah payah untuk langgar semua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh 'manusia lain',  kita still tak bahagia dalam relationship kita?  Kenapa?

Aku tak mau berletiaq panjang,  sebab lagi aku cuba nak pikiaq pasai teori dalam cerita ini aku lagi depressed.  HAHAH siries weh filem ni bagi aku tekanan besaq. Entahlah rasa tak selesa sebab semua benda yang cuba disampaikan.......yes! Adalah betul.

ps/  Untuk u olls yang sedang mencari sumber nak tengok movie secara online,  akak cadangkan u olls tengok kat sini.  https://gomovies.sc/ Thanks to Ezanee for sharing this with me! No registration required.  No download required.

Sumber gambar:  IMDB

Dessert Murah dan Sedap by MamaHezra Pastry

$
0
0

Hello u olls,

Ni akak nak share dengan u olls pasai kawan akak dia buat dessert diberi nama MamaHezra Pastry.  Facebook depa dah ribu-ribu orang like sebab memang sedap sangat dan memang membuktikan peniaga suami isteri sekeluarga ni bekerja keras untuk perniagaan yang depa jalankan.  Sesuai dengan tagline depa #BersihNikmatBerkat.

MamaHezra Pastry adalah sempena nama anak bongsu pasangan Hadi dan Hasni yang selain daripada mengusahakan perniagaan pastry dan desserts ni,  depa juga adalah cikgu home tuition sepenuh masa.

Akak kawan rapat dengan Hadi sebab dia dari dulu adalah student Soc Sc USM.  Memang budak ni,  hari hari duk mai mengadap akak kat office.  Tanya itulah,  tanya inilah.  Last-last sampai dia dah beranak pinak,  bekerja,  berniaga semua pun....dia duk mai cari akak juga.  Baguih budak ni,  ingat orang-orang tua.


Ini gambar keluarga Hadi and Hasni yang hangpa patut pi check it out kat page Mama Hezra Pastry.  Akak pernah share kat Facebook status akak,  hangpa pi check it out.

So baru-baru ni dia mai lagi,  dia share dengan akak beberapa dessert yang dibuat oleh syarikat beliau iaitu cake,  pudding caramel dan dia bok mai juga red shell.  Masya Allah,  memang sedap wehs aku tak tipu kat hangpa.  Kalau bukan sebab aku dapat produk tu kat office pastu kakak-kakak staff lain pun ramai tengok produk ni,  mesti aku buat video dah tunjuk macam mana muka aku masa makan pudding caramel dia.  Ataupun ini bermakna aku kena order lagi dan pasni aku akan buat video tunjuk kat ampa semua.

Okay dah!  Hangpa mai tengok gambar pastu details semua akak dah tulis kat bawah.

click read more



Harga
RM 5
Choc Melt Antu (Favourite)
Red Velvet Melt
Orange Melt
Vanilla cheesy
Strawberry cheesy
Pandan cheesy

RM 12.90 (Promo)
Mocha Shell
Red Shell


RM 2.50/pcs
Puding Caramel 🍮 (eggless)


RM 17.90 (25pcs)
Tart


RM 7 (10pcs)
Cream Puff


Order terus kepada Mama Hezra Pastry
http://wasap.my/60194735715
Whatsapp: 019-473 5715
Facebook: MAMA Hezra Pastry
Instagram: @mamahezra

#BersihNikmatBerkat



Ini adalah red shell.  Biskut ni rangup dan sedap u olls.  Inti dia very chocolatey and biskut pun rasa strawberry sangat.



Yang ini adalah Pudding Caramel.  Depa habaq kata produk ni eggless okay!  Tapi rasa dia sangat meletops.  Siriesly kami satu office duk syiok rasa Pudding Caramel.  Ampa tengok sendirilah gambiaq yang akak share kat sini.


Ini pula adalah depa punya cake.  Kami dapat rasa Red Velvet Melt,  Vanilla Cheesy dan Choc Melt Antu.

SEA Games Kuala Lumpur 2017 Official Opening Ceremony Review

$
0
0

Hello u olls,

Last Jumaat akak kena demam panas jangkit daripada En.  Khafi yang sebelumnya demam panas juga.  Ya Allah bulan ni sahaja akak kena sakit dua kali.  Hari tu migraine teruk,  ini kena demam pulak.  Rasa macam nak mengamok-ngamok kat rumah sebab nak buat apa pun tak boleh u olls.
So from Jumaat sampai Ahad akak macam paralyzed kat rumah bersama ubat-ubat dan tissue untuk buang hingus,  so bila mai minggu ini barulah akak sempat nak tengok balik apa benda-benda semua nak update kat blog.

SOOOOOO!  SEA Games is here.  Kepada u olls-u olls yang pi tengok majlis pembukaan SEA GAMES Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil memang beruntung sangat sebab hangpa berkesempatan untuk menyaksikan satu persembahan warna-warni yang melakar sejarah negara kita.  Kak Senduk blogger meletops pi tengok acara ni secara live,  katanya dia beli tiket RM21 sahaja.  Not bad la harga tiket ni.

Kepada kita-kita semua tengoklah dalam TV,  tak kurang hebatnya kita tengok melalui TV.  Kepada yang terlepas macam akak,  masih boleh tengok juga.  Hang boleh tengok kat Youtube,  melalui channel khas Kuala Lumpur 2017.  Akak ada letak link kat bawah,  don't  worry.

So jom cerita sikit apa yang best masa majlis pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017!!

click read more



Pengarah Meletops
Semua orang memuji majlis pembukaan SEA Games Kuala Lumpur 2017 (kecuali beberapa komentar dari gang kita di Indonesia....depa tu sampai bila pun tak akan puas hati dengan kita.  Tapi tak semua,  aku rasa orang Indonesia tak semua perangai pelik-pelik ni.  Yang duk komen benci-benci Malaysia ni mesti mai daripada kampung-kampung yang terlebih makan tempe masa kecik...tu otak depa pun jadi fermented sikit).  So sapa yang mengarahkan persembahan pembukaan yang gilang gemilang ini?  Thanks Mama Regina yang meletakkan info bahawa pengarah artistik majlis pembukaan ini adalah tak lain tak bukan Encik Saw Teong Hin!  Beliau merupakan pengarah filem tersohor Malaysia antara filem epik hasil karya beliau adalah Puteri Gunung Ledang.

Sangat suka majlis pembukaan SEA Games Kuala Lumpur 2017 kali ini kerana tersusun,  kemas dan setiap butiran yang diletakkan dalam majlis ini adalah hasil penyelidikan dan juga pemikiran yang telah dibuat secara teliti dan halus.  Tahniah Encik Saw dan seluruh tim beliau.

Tahniah Encik Saw,  bila nak dapat Datuk ni?  Come on!  AC Mizal pun dah dapat datuk...


Dayang Nur Faizah vs Mia Palencia
Selain beberapa penyanyi tersohor yang muncul bernyanyi semasa majlis pembukaan ini,  dua DIVA ini yang menarik perhatian kita.  Pertama,  of course Dayang Nur Faizah.  Kak Senduk dan teman-teman mesti seronok melihat kemunculan penyanyi kebanggaan dan kesayangan 'hakak-hakak' dan 'zornenida' seantero Malaysia iaitu Dayang Nurfaizah.  Tapi bagi akak,  make up beliau macam tak kena lah.  Sorry sangat-sangat sapa yang buat make up Dayang malam itu.  I know you want to make it so dramatic,  tapi dari jauh duk nampak highlight putih atas wanita kulit gelap ini...nampak sangat salah.  Tapi dress jumpsuit dan juga kalung-kalung diamond tu memang kerlas laaa....


Kerlas Kak Dayang.

Pastu pengakhiran majlis pembukaan ini muncul pulak seorang wanita agam di celah-celah bunga manggar.  Suara dia memang familiar sebab duk nyanyi lagu iklan Sukan SEA yang selalu keluar kot Youtube.  Mak tengok-tengok muka pompuan ni,  "OMG!  Andy Siti Nurhidayah ka?  Tapi awat ni suara sedap!!!!!!" 

So kepada u olls yang tak kenal siapa Mia Palencia,  akak pun baru kenal dia siapa,  Mia Palencia adalah seorang wanita Borneo yang kini menetap di Australia dan banyak menghasilkan single dan membuat persembahan lagu-lagu jazz.  Gila memang sedap suara dia aku nak beli lagu dia kat Spotify!!!  Aku suka make up dan dress yang dipakai oleh Mia........DIVA sangat noks.  Duduk tengah-tengah padang tu kalau kena tiup angin pun tak terbang okay.

Kerlas wanita agam!



Perakanan Kontijen Didahulukan!!
Aku pasan status Facebook Jijieninie Bakh,  dia kata bohsan tengok Majlis Pembukaan SEA Games Kuala Lumpur 2017 ni. Too soon to judge! Mungkin rasa bohsan sebab mula-mula dah ada ucapan,  pastu perarakan kontijen semua.  Aku pun tengok mula-mula macam laaaaaa ini sahaja ka?  

Rupa-rupanya apa yang dibuat oleh Saw Teong Hin adalah dia bagi acara boring iaitu ucapan,  perasmian,  perarakan apa semua dulu,  pastu dia bagi semua kontinjen duduk di tempat duduk khas sama macam penonton lain...pastu barulah persembahan majlis pembukaan bermula.  Sangat menarik!

Aku rasa antara banyak-banyak kontinjen yang keluar berarak (kecuali Malaysia...of course) adalah kontinjen daripada Brunei.  Of courselah sebab Putera Raja Brunei duk ada kat dalam kontinjen tu.  Kerlassssssssss.....

Dari kiri kelihatan HRH Prince 'Abdul Mateen,  HRH Prince Haji Sufri Bolkiah, President of the Brunei Darussalam National Olympic Council dan HRH Princess 'Azemah Ni'matul Bolkiah.


Kakak yang pegang banner Indo ni pakai dress kepok-kepok tapi tak reti nak catwalk...




Too Many Epic Moments
Yes!  Terlalu banyak epic moment dalam upacara ini.  Aku tengok balik duk gelak sorang-sorang depan Ipad.  HAHAHA.  Antara epik moment yang aku suka adalah,  of course apabila Abiaaaanngg KJ dijemput untuk memberikan ucapan.  Aiyoooo dia duk mai jalan pastu dengan mata kecik sebelah duk bagi ucapan semagat apa semua.  Merembes u olls.

Pastu antara episod epic lain apabila dalam satu soroton video montaj,  duk tunjuk all the atlit kebangsaan Malaysia duk buat latihan pastu depa kata "Saya sudah bersedia...." pastu duk ada satu pakcik botak duk jalan-jalan dalam stadium,  duk berdiri tengah padang....aku duk pikiaq,  sapa orang tua ni?  Sekali kaleh-kaleh kot tepi rupanya PM Najib................satu stadium bersorak memberi sokongan bila muka PM keluar kat skrin.

Mula-mula tengok ni...sapa la??


Sekali PM Najib u olls!  Cayalah.

Tahniah wahai rakyat Malaysia sekalian,  tak kisahlah apa juga masalah politik yang berlaku di negara kita,  tapi dalam keadaan ini semua positif dan letak masalah politik itu ditepi.  Kita semua bagi sokongan kepada PM Najib dan ini menunjukkan orang Malaysia lani dah matang dan boleh pikiaq tak bangang.  Yalah...takkan nak boo PM Najib kita depan orang-orang luar negara semua.  

Pastu,  camera pun tak segan-segan duk focus kat PM Najib lagi duk sembang dengan Agong,  pastu orang pun bersorak,  pastu PM Najib pun syiok duk senyum-senyum kuntum.  Seronoklah tuuu!

Antara epic scene lain yang akak suka adalah kemunculan M Nasir!! OMG my crush okay!  HAHAHA ampa jangan duk pelik-pelik awat aku crush kat orang tua.  Bekpilah kat aku.  And of course,  how can we left out the moment when Nur Dhabitah Sabri diangkat naik ke udara untuk membakar api simbolik SEA Games Kuala Lumpur 2017!!



MALAYSIA Truly Asia
Yes,  Malaysia is Truly Asia.  Tapi sekali lagi akak nak puji puji puji melambong kat tuan pengarah kita.  Untuk menunjukkan yang Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang berbilang kaum,  dia tak focus kat India,  Malay and Chinese only,  tapi mula-mula show sahaja dia dah masukkan persembahan orang Asli, pastu...............orang Bajau masuk naik kuda!  (Yang ni pun epic).  Pastu kapal-kapal orang Bugis,  portugis di Melaka & Baba Nyonya.  Bila tengok semua seni-seni kebangsaan negara kita ini dipersembahkan sebegini,  alangkah sayangnya kalau semua ini pupus begitu sahaja.  




Satu lagi elemen gabungan kaum yang dipersembahkan dalam segmen ini adalah semasa segmen gabungan empat jenis gendang tradisional yang dipermainkan oleh empat buah kaum.  Melayu,  Cina,  India dan juga Punjadi.  Tapi gandang Punjadi 'Dol' yang tu paling epic la.  Masa dol dipalu,  satu stadium jerit macam nak menari bhangra sekali.   Masa segmen gendang ni juga,  akak suka yang depa buat persembahan silat,  wushu dan silambam menggunakan lampu light saber.  Kerlas!!!






Okay dah ini sahaja ulasan ikhlas dari akak.  Tahniah Abiang KJ dan seluruh team SEA Games Kuala Lumpur 2017!  Kepada semua pasukan atlit kebangsaan Malaysia,  selamat berjuang!


My Favorite Game Of Thrones Moments for Season 7 (Episode 4-6)

$
0
0

Hello u olls,

Nenjiaaa!  Sebelum berakhirnya episod terakhir Game of Throne season 7,  lebih baik aku perabih buat review episod 4-6 yang dah terkeluaq setakat ni.  Gila babi betui kali ni punya season,  sampai dua kali episod terbocoq.  Sekali tu sebab hackers masuk dalam sistem HBO,  sekali tu yang ke-6 punya episod depa kata HBO sendiri yang leaked.  Aku tak paham.

Tapi untuk episod ke-enam aku dapat PM daripada Naim Isa budak Bangladesh yang kerja dengan syarikat pelancongan di Kuala Lumpur.  Dia PM aku suruh aku tengok episod enam (masa tu aku dah tengok episod 5 la...),  mula-mula macam berat hati tak mau tengok,  sebab masa episod 4 leaked,  aku tahan tak tengok.  Tapi Naim Isa telah menghasut aku dengan mengatakan "Hang toksah duk sokonga HBO Yahudi,  tengok jaa episod ni..."

So disebabkan aku tengok awal episod 6,  maka untuk tunggu episod finale aku kena tunggu 11 hari daripada sepatutnya 7 hari penantian.  Shit betui la tu la aku bara sebab pi tengok awai.  Spoilers pun berlambaq-lambaq kat Youtube dan blog lain.  Aku rasa tak tau pasaipa kali ni semua orang macam terlampau lampau eksaited macam terlebih makan dadah sampai skrip setiap episod pun depa duk dedah kat internet.

Sapa-sapa yang gila hantu tengok Game of Throne macam kami mampuih la nak tahan daulat lagu mana?  Okay dah jom tengok beberapa scene kegemaran akak untuk episod GoT 4-6 dan apakah ekspektasi akak untuk season finale.

click read more




Episod 4 - The Spoils of War
Episod ini menceritakan rentetan kekalahan askar-askar Danny di negeri-negeri lain.  Semua askar yang dia hantar untuk perang, semua kena makan balik dengan team daripada Lannister.  Essense of this episode adalah bagi akak apabila Danny tanya kat Jon Snow,  apa dia patut buat sebab lani dia duk makin kalah?  (Lepaih depa keluaq dari gua),  Jon Snow kata...."Kalau nak serang....serang tapi jangan serang sampai mampuih semua rakyat jelata," Jon Snow macam try to be fair la.  So sebab tu,  Danny ikut juga nasihat Jon Snow and pi serang Lannister army yang baru selesai menyerang Highgarden.

HighGarden
Daripada dulu duk gambarkan Highgarden ni style satu kota yang indah berseri style pokok banyak tingkat-tingkat ada ayaq terjun semua.  Sebab memang dari dulu Highgarden digambarkan sebagai sebuah istana yang indah dipenuhi tumbuhan yang subur.  Tapi bila depa bubuh kat dalam episod ni,  tak berapa elok la sangat daripada apa yang digambarkan.  Pastu Bron yang korang ajiaq tu,  dia kan macam tak puas hati dia dapat bayaran sikit daripada Lannister,  pastu dengan rasa cofidentnya dia minta kat Jamie agar Highgarden diberikan kepada dia sebagai reward.  HAHAHAHA deni over confident.

Chaos is the Ladder
Little Finger duk buat pandai nak pi berbaik dengan Bran.  Dia underestimate budak OKU ni.  Dia kunon ingat dia nak buat baik dengan Bran sebab Bran kan anak jantan Stark dan mungkin satu hari akan jadi ketua kat Winterfell.  Sebab tu dia buat baik!  Tapi dia silap,  Bran is three eyed raven,  dia tau semuaaaaaaaaaaaaa....so bila dia sebut chaos is the ladder,  teruih dia macam tercirit sikit.  Pasaipa?  Sebab dulu masa kelang kabut duk jadi lepas King Robert Baratheon mampuih,  Little Finger ada kata kat Varys,  Chaos is Ladder..maknanya kekecohan ini akan menjadi peluang kepada depa untuk naik atas.  Shitlah bila Pakcik Misai ni nak mampuih!


Pertemuan Arya & Sansa
Depa sama membenci dulu.  Membenci yang sangat sangat pembenci kot.  Tengok balik season 1,  aku kalau jadi Arya pun aku akan bara kat Sansa perangai macam kakak-kakak bitchy yang perasan cantek yang semua orang sayang dan suka kat dia.  And masa depa last berpisah pun,  depa dalam keadaan yang sangat tension,  Sansa duk feeling nak jadi bini Joffrey,  Arya pulak duk sibuk nak main perang-perang.  And after almost 2-3 season baru depa jumpa balik.  So pertemuan depa tak lah se-sentimental macam mana yang kita tak sepatutnya expect.


Arya Fight dengan Brienne
Nahariam Arya style pendek tapi boleh fight terror dengan Brienne.  Paling menakotkan time Brienne tendang Arya sampai terpelanting.  Weeeuiihhhh bahayaa!  Bila Brienne tanya "Hang belajaq dengan sapa?" Arya balaih...."No one" Kerlas.  No one bermaksud,  takdak sapa ajaq dia,  tapi merujuk kepada Jaqen H'ghar,  the man with no face.


Danaerys Mai Serang Lannister
Of courselah scene ni paling best sekali.  Paling epic aku rasa time dari jauh Jamie nampak naga terbang mai,  muka Jamie memang sungguh bernilai tak terhingga.  HAHAHAHHA.  Aku suka berapa kali aku ulang scene perang ni.  Danny memang bad ass dia mai dengan askar-askar Dothraki dia yang dari jauh mai naik kuda dengan sabit dan jerit "lululululuul" macam Arab mabuk tuak tu kan?  Tapi dalam banyak-banyak,  kita kena respek kat Bronn sebab dua kali dia telah membuktikan yang Lannister family kena bayar dia lebih daripada 1 buah beg berisi emas.  Pertama,  dia berani pi panah Drogon dengan anak panah besaq tu,  and one more part apabila Jamie duk buat hero nak pi bunuh Danny dengan lembing dan Bronn cepat-cepat tolak Jamie masuk sungai kalau tak mampuih dua dua kena semboh dengan api naga.


Episode 5 - Eastwatch
Kesimpulan episod ini adalah macam mana Tyrion dan Jon Snow nak convince agar tiga raja dan queen bertemu mata dengan mata untuk membincangkan sesuatu yang lebih besar daripada nak tawan 7th Kingdom iaitu nak fight dengan Zombie Kutub Utara tu. Jon Snow kena bawak gang dia untuk tangkap sekoq zombie kutub utara dan tunjuk kat Danny dan Cersei.


Arwah Dickon Tarly & Randyll Tarly
Dictatorship gila babi punya Danny.  Dia suruh semua orang sembah ratu kat dia.  Pastu sapa tak mau sembah ratu kat dia,  dia suruh anak dia bakaq hidup-hidup.  Bapak dan adik lelaki Samwell Tarly adalah dua orang contoh yang tak mau tunduk kat Danny,  bukan sebab depa setia kat Cersei tapi Randyll Tarly kan jeih tak suka orang yang kunonnya bukan daripada bangsa yang betul like Danny.  Apa pun,  aku kesian kat Tyrion time ni.  Muka dia macam macam sedih gila...


Tell Cersei, It Was Me
Aku sangat suka muka Cersei bila Jamie habaq kata Olenna yang bunuh anak depa Joffrey.  Seketoi!!  Jamie kata..."Kalau hang Ollena...hang nak tengok anak hang kawen dengan Joffrey ka Tommen?  Mana hang senang nak handle?" Kerlassssss.


Jon Snow Pegang Drogon
Wehsssssssssss scene ni aku sukaaaaaaaaaaaaaaa....................Danny style duk buat dahshat mai turun tepi laut dengan naga.  Naga dia pun duk buat macam kakaih la lompat macam nak serang macam mana ka,  sekali nenjia, Drogon turun turun jaa...tunduk kepala bagi kat Jon Snow.  Bila Jon Sow pegang dia,  teruih Drogon syiok macam kucing kalau kita urut nanti dia syiok siap tutup tutup mata....aku suka scene ni wehs. Danny tak tau lagi,  sebenarnya Jon Snow pun dragon blood jugak!



Gilly Drop The Bomb
Gilly ni kira macam marka Samwell la.  Dia kan ikut Samwell pi belajaq kat Universiti berak berak tu kan?  So lani Gilly dah pandai membaca,  dia suka duk baca baca depan Samwell macam budak budak kecik duk lawan sapa punya fakta lagi sempoih.  Pastu at one point, masa Samwell duk sibuk pikiaq pasai pakcik-pakcik maestor yang tak layan dia kat Universiti tu,  Gilly terbaca satu catatan oleh High Septon Maynard yang menyatakan dia mendaftarkan "Annulment" untuk seorang lelaki bernama "Ragal".  Kalau ampa nak tau apa tu Annulment?  Annulment ni dia tak macam divorce tau,  kalau cerai,  maknanya orang tu masih anggap bekas pasangan dia tu adalah orang yang dia pernah kawen.  Tapi annulment ni dia teruih mohon agar perkahwinan tu macam tak pernah berlaku dan dihapuskan terus.  So ini menandakan,  Rhaegar Targaryen dan Lyana Starks kawen secara sah!!!!  Dan Jon Snow bukan anak haram.  Dia adalah Jon Targaryen.



Episod 6 - Beyond the Wall
Episod ini secara keseluruhannya menceritakan ekspidisi Jon Snow dan kawan-kawan pi beyond of the wall untuk menangkap seekor zombie kutup utara.

Arya Serang Sansa
Arya baca surat yang Little Finger saja umpan untuk bagi Arya baca.  Surat tu adalah surat yang ditulis secara paksa oleh Sansa untuk suruh Rob apa semua mai Kings Landing untuk jumpa Cersei apa semua.  Masa tu Sansa style bodo-bodo feeling princess duk love kat Joffrey.  Bila Arya baca surat tu,  Arya terbakaq pastu dia pi fight mulut dengan Sansa.  Tapi Sansa baguih dia cool dan tak melenting,  memang kalau ampa pasan,  Sansa pun dah belajaq banyak benda dah sebab tu lani dia tak akan buat keputusan yang bodo-bodo dan menyebabkan dia terperangkap lagi.  Arya yang tak paham apa yang kakak dia dah lalui,  Arya duk nampak hanyalah Sansa yang dia kenal dulu,  yang duk feeling nak jadi princess princess ni.  Tapi ada dalam satu babak,  aku macam nak paham,  tak paham,  pasaipa last last,  Arya bagi pisau dia kat Sansa?  Aku tak paham betui apa Arya ni macam mana sebenarnya.

Gendry Masuk Merentas Desa
Banyak sangat scene tak lojik akal dalam season 7 ni.  Mungkin juga penulisan skrip dan jalan cerita dikompressed ke tahap melampau sebab depa buat season ni 7 episod sahaja.  Banyak sangat contoh-contoh scene tak lojik yang kalau aku list aku boleh buat satu artikel lain,  tapi paling tak boleh blah dalam episod 6 apabila Gendry masuk acara merentas desa.  Dia lari daripada puak kena kepong dengan gang Zombie Kutub Utara sampai patah balik kat The Wall.   Gilaaa dahsyat dia lariiiiiiiiii menang teruih.

Danny Mai Serang
Ya Allah of course lah mak kena pilih scene ini paling terbaik.  Rasa macam nak menangeh dah bila The Hound bodo-bodo pi baling batu kat Zombie pastu tak kena kat kepala Zombie tapi kena kat lantai.  Teruihla Zombie tu semua tau,  lantai dah keraih...boleh jalan ataih dia.  Depa semua kena serang.  Scene last-last penat nak fight tu depa buat hampir sama macam masa Jon Snow kena serang dalam Battle of Bastards dulu.  Pastu Danny mai....selamatkan depa semua (tak semua ...ada juga yang mampuih), dengan tiga ekoq naga dia.  Pastu sekoq naga dia kena panah relaks ja pakai tangan dengan Night King,  pastu kita semua pun tau kan?  Naga tu pulak jadi Zombie.  Wehss Night King ni sebenarnya nak apaaaa???? Selepas terlerai misteri Jon Snow anak sapa,  lani aku nak tau satu ja....Night King ni nak apa?



Okay guys!  Ini sahaja ulasan tak berapa ringkas akak mengenai episod 4-6.  

Season Finale Game of Thrones Season 7

$
0
0
Hello u olls,

Finale episode untuk GoT season 7 akan disiarkan pada 28 Ogos ini.  Pastu kita kena tunggu pulak episod-episod seterusnya dalam season 8 yang dikatakan sebagai final season juga.  Tapi season 8 nak keluaq bila kita tak tau.....sama ada tahun 2018 ataupun delay sampai tahun 2019.  Mampuih lamanya nak kena tunggu,  lagi setahun ja pastu tu dah Wawasan 2020. Shit betui.

So untuk Season Finale ni akak  ada beberapa benda yang akak expect,  episod ni dikira sebagai 1 jam 21 minit mesti banyak aksi dan juga scene yang boleh membuatkan akak rasa nak terkancing gigi.  Tapi yes,  sebenarnya akak ada dah baca leaked script dan garapan orang-orang dalam Youtube.  Tapi baca dan dengar orang punya reaksi tak sama macam mana tengok betul -betul benda ni dah tukar jadi cerita.

Tapi dalam banyak-banyak,  akak nak tengok satu ja!!  Pakcik Misai kena bunuh.  Tu jaa...sapa pakcik misai?  Little Finger la.

Okay dah jom tengok video preview.


click read more







Sakitnya Tuh Di Sini

$
0
0


Hello u olls,

Ini artikel sesi sembang-sembang sahaja.  Bulan 8 sepatutnya bulan yang ong,  dia nombor lapan pusing sampai bila tak habis,  infiniti katanya.  Orang Cina suka nombor lapan sebab nombor di bawa ong,  tapi untuk akak for bulan Ogos ni akak punya ong tak berapa baik sebab akak sakit u olls banyak kali sampai naik penat dan takdak mood.

Awal-awal bulan masa minggu pertama,  mak kena migraine teruk Ya Allah sakit kepala sampai rasa nak bagi pecah semua dinding kat rumah dengan menghentukkan kepala ke dinding.  Tapi rumah tu rumah sewa tak boleh nak bagi pecah la sangat rumah orang kan?

Pas seminggu dah habis sakit kepala MC sampai dua hari semua,  baru nak elok sat,  kita duk kena demam pulak.  Ni semua virus jangkit kat laki akak dia demam panas.  Habis kita duk suap dia makan semua (1 suap masuk mulut dia,  2 suap masuk mulut kita),  last-last kita pun kena demam sekali.

Dah kena lagi cuti apa semua,  yang celaka demam ni,  kita pun duk pakai sweater dua lapih,  stokin semua selimut dua labih,  duk balut badan terketaq sebab sejuk.  Makan la panadol apa ada rumah,  bila badan okay sikit,  pi la klinik,  amik ubat,  tapi doktor tak bagi MC sebab dia check tempreture kita 36.80 sahaja.  Tak demam katanya.

Musibat betui la....habih kita mai la pula kerja macam biasa balik.  Tapi badan jadi lemau macam celaka la.  Nak buat kerja takdak mood,  baca emel pun boleh salah faham semua.  Balik rumah,  kita gagahkan diri juga mengemas rumah teruk-teruk macam ammah kan?  Saja nak bagi berpeluh.  Bagi okay sikit badan.




Masa sakit ni la akak tak boleh mai support kawan akak bukak cafe Lagenda Express dalam USM.  Akak dah buat artikel pasai dia dalam post lain.  Ampa pi check it out.


click read more


Nasib baik bunga dah siap-siap from Ummie Karim,  staf USM yang amik tempahan flower delivery ni.  No phone dia Whatsapp +60 17-593 1343.  Dia la hantar bunga siap-siap pengganti diri masa hari opening Lagenda Express.


Pastu tak sampai berapa hari,  tengah duk tidur malam-malam,  tiba-tiba at 3am kita terbangun sebab sakit dalam telinga kiri yang terlampau sakit.  Teruih tak boleh tidur,  7 am siap pi hospital.  Kita pi jumpa pakar sakit telinga yang dulu kita dulu pi.  Bukan apa?  Dulu 3 - 4 tahun sudah kita pernah jumpa pakar ENT sebab kita korek telinga kuat sangat,  sampai luka dalam lubang telinga,  pastu kena infection,  pastu kulat tumbuh dalam lubang telinga kita sampai tutup lubang telinga.  Sakit bengkak semua jangan cakap la,  sampai angin tiup kat cuping telinga pun kita dah keriau sebab sakit.  Tapi.......................yang paling sedih,  sebulan kita jadi pekak!  Jawab phone,  amik ganggang bubuh telinga blah kanan ja.

Aiiiyooo kita tak mau la jadi lagu tu....tu yang kita pi hospital teruih.

Kisahnya,  bila jumpa doktor (doktor mat salleh ya...).  Masuk-masuk bilik dia,  dia kata "Can you speak English?" Aiiiyoooooo dia tak tau ka kita sepupu Beyonce.  Takkan kita tak tau nak cakap bahasa ibunda kita semua?  Pastu mak pun sembang-sembang dengan doktor habaq kita sakit macam mana semua.

Dia pun bok masuk camera dalam telinga,  cek-cek semua takdak apa.  Dia pun pegang telinga mak semua takdak apa.  Rupa-rupanya dia habaq,  apa yang jadi kat akak adalah,  selama ni akak duk sakit banyak,  demam panas semua,  disebabkan itu,  saraf badan akak semua macam celaru especially kat bahagian kepala.  Dia hantar wrong message kata gusi sakit (yes a little bit),  telinga pun sakit.
Dalam bahasa lain....akak macam hay wire la.  Wire shot semua.  Tapi mujur la takdak tumbuhan kulat semua kan?  Dia bagi ubat kurangkan sakit,  itu sahaja.

Itulah cerita akak duk sakit-sakit bulan ni. Sedih u olls!  Sakit banyak kali ni semua masa mak duk sembang dengan Nizal Tomato,  "Nyah ...mak rasa ni semua kena mata.  Haritu orang duk tanya,  mak okay ka lani?  Mak duk habaq depa dengan sombong kata life mak okay...seronok...takdak masalah...penyakit pun takdak....pastu mak kena la mata...sebab tu mak sakit...."

"Kena mata" tu kepercayaan orang tua-tua la kalau ada baby cantek comel jangan tunjuk kat orang sangat sebab kalau orang duk puji baby kita comel cantek,  nanti baby kita jatuh sakit.  Mak pun kira macam baby-baby la kan?

Okay itu sahaja mak punya kisah perkongsian kali ini.  Love u olls semua.  Take care,  jaga diri.  Jaga kesihatan,  lepas ni mak nak beli vitamin la bagi sihat tubuh badan balik.

Kongset Jumie's Voice of Soul pun terpaksa tangguh sebab sakit.  Kita tangguh ke tarikh baru iaitu Rabu ini,  30th Ogos 2017.
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live