Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Ulasan Filem Her

$
0
0
Siriesly,  filem ini amat disturbing.  Menceritakan pasai macam mana orang cari teman hidup di zaman akan datang iaitu tahun 2025 (10  tahun dari sekarang).

Cara dan juga cabaran.  Of course cara ada perbezaanya,  tapi cabarannya tetap sama.

Sebagai contoh,  kalau dulu mak mak kita nak cari teman hidup,  itu bukan satu misi sebab teman hidup depa dah di-fixed oleh mak bapak depa sendiri.  And perlahan-lahan barulah kita semua lani duk cari pasangan hidup sendiri.  Tapi zaman lani pulak,  coraknya lebih berwarna-warni.  Ada yang memilih untuk teman hidup dari jantina sejenis,  ada yang pilih untuk memilih Eifell Tower sebagai teman hidup dan ada juga yang kahwin dengan diri sendiri.  Manusia lebih terbuka dan mempunyai pilihan yang lebih luas dalam memilih pasangan hidup.

Kita boleh belajar banyak benda daripada kepelbagaian warna ini.

Tapi macam mana kalau pada zaman akan datang,  kita memilih untuk bercinta dengan KOMPUTER!!


click read more




Cerita bermula apabila seorang lelaki introvert bernama Theodore ni beli satu 'sistem operasi' dengan artificial intelligence. Maknanya, Sistem Operator (OS) ni dia akan acces semua emel, diary, laman sosial, billing, banking,  kerja dan apa sahaja benda dalam internet yang kita duk guna hari hari dan dia akan handle semua benda tu.

Disebabkan OS ni ada artificial intelligence,  so dia boleh pikiak sendiri dan dia boleh sembang dengan kita as if kita duk bersembang dengan real person yang duk jadi personal assistant kita 24 /7.

Disebabkan OS ini adalah computer,  dia takdak rasa penat atau tak larat!!  So anytime........hang nak dia,  hang cari dia,  hang nak sembang dengan dia,  SHE WILL BE AVAILABLE FOR YOU.  Walaupun tengah malam-malam buta time kote hang duk keraih keraih ni.  So bila aku cakap pasai kote keraih,  haruslah kote keraih sebab ampa tau sapa berlakon untuk suara OS dalam cerita ni?   Scarlett Johansson!!  Detu suara style serak-serak manja lagu mana ka.  Gila haruslah keraih kote dengaq suara lagu tu.


Last-last,  depa dorang ni pi kapel.  Hang love aku,  aku love hang.  Rasa macam sama ja dengan orang zaman sekarang yang duk cinta cyber atau cinta jarak jauh.  Semuanya on the phone kan?  Tapi lainnya,  that other person on the phone memang tak wujud. Ia hanya sebuah 'system' yang tidak boleh wujud secara fizikal di laman realiti.

Kemuncak cerita ini apabila Theodore go to know yang OS miliknya yang dia panggil sebagai Samantha mempunyai capability untuk membuat social connection dengan manusia lain yang turut mengguna 'operating system' yang sama.  Theodore tersentak sebab selama ni dia rasa hubungan depa dah perfect gila sebab he is for Samantha and Samantha is only for him.  Tapi sebenarnya,  Samantha bersembang dengan beribu-ribu orang lain dan BERCINTA DENGAN A FEW HUNDREDS OF THEM.

Amik kau!!

Selepas daripada tu,  hubungan mereka berdua menjadi lebih sukar dan pada ketika yang sama juga the whole OS telah evolve kepada sistem yang semakin kompleks dan terlalu hebat untuk bersama manusia lagi.  So semua OS dah bersepakat untuk 'meninggalkan' pemilik mereka.



Cerita ini sebenarnya menunjukkan sebenarnya tidak pernah ada hubungan cinta yang perfect.  Walaupun hang bercinta dengan seorang 'sistem komputer' yang mempunyai karakter beyond human yang sangat perfect.  Yang tidak pernah marah,  membebel,  mengecewakan apatah lagi merajuk.

Sebab at the end of the day,  semua terletak atas diri kita.  Kalau hang nak sesuatu hubungan tu perfect,  hang yang sendiri cipta dan bina agar hubungan hang tu menjadi perfect.  Perfect dalam hubungan cinta ini adalah subjektif.  I kata hubungan cinta tu perfect secara subjektif kerana semua orang berhak untuk cipta bentuk cinta perfect mengikut cara dia sendiri.  Tidak ada sapa pun yang akan sama.  Ada orang mungkin bentuk cinta dia adalah petak,  ada yang bulat,  ada yang tiga segi,  ada juga yang mungkin bentuk taik keraih duk pusing macam aiskrim.

Adakah hubungan cinta antara Theodore dengan Samantha itu adalah paling perfect sekali?  Yes,  aku yakin itu adalah cinta paling perfect yang Theodore pernah alami kerana selepas Samatha tinggalkan dia,  dia terus berani untuk teruskan hidup dan tidak berdendam.

At the end of the day,  apa yang aku belajar adalah aku tidak boleh senang-senang kutuk dan judge hubungan cinta individu lain.  Contohnya,  kalau satu pompuan tu decide nak kawen dengan Menara Eifel,  who am i to judge?  Dia tetap happy kan?  Aku ni duk duduk hari hari dengan Khafi, tak pernah pun sampai Paris kan?  Ehhh!

Ampa boleh tengok cerita HER kat Astro ampa boleh cari kat HBO / Star Movies aku tak ingat.  Ampa carilah.




Ulasan Filem Cinderella

$
0
0
Once upon a time,  there was a pretty little girl named Cinderella.  She lived with her mean step mother and her two step sisters.  Poor Cinderella had to do all the cooking and cleaning and she lived in the dusty attic and had nothing to wear but old clothes....

Begitulah antara ayat cerita Cinderella yang aku hafal dan menang dalam pertandingan bercerita dalam Bahasa Inggeris masa kat sekolah dahulu.  Semalam aku pi tengok cerita Cinderella 'orang' dengan mak aku.  Cerita ni tak boleh pi tengok dengan suami kami dorang sebab merujuk kepada bapak aku "Takmaula pi tengok gambak siye macam tu semua.  Gambaq fight-fight aku mau la," begitulah komen seloroh bapak I olls yang sangat ganas tapi mempunyai hati dalam taman.


click read more




Sebelum ini I olls dah excited dan tulis dalam blog tak sabar nak tengok cerita Cinderella 'orang' ni.  read here  :  Tak Sabar Nak Tengok Cinderella 2015.  Sebab tengok depa duk bubuh baju semua meletops,  kereta kuda dia punyalah mejikel......duk rasa macam tak sabar nak tengok dah macam mana ka.  Tapi after watching this movie,  well yes,  the only excitement yang aku dapat adalah apabila melihat baju-baju dan costume yang dipakai oleh Cinderella dan mak tirinya.  That's it.

Lakonan Lily James sebagai Cinderella dan beberapa karakter penting lain seperti Cate Blanchett dan Helena Bonham Carter adalah biasa.  Sedap ditonton tetap tidak memorable.  Especially Cate Blanchett,  aku rasa pengarah filem ni nak epik-kan watak ibu tiri Cinderella agar dia menjadi sehebat watak Maleficent lakonan Angelina Jolie.  Tapi siriesly lakonan Cate Blanchett adalah macam over sikit,  dalam banyak scene,  dia nampak terlalu boneka untuk watak ibu tiri.

Nak banding dengan watak Angelina Jolie dalam cerita Maleficent,  dia sebut 'Well well..." dalam senyuman pun dah rasa macam - nakhariam deni kita benci sangat tapi sangat suka tengok dia!

Tapi apabila melihat kepada kostum yang dipakai oleh Cate Blanchett semuanya adalah sangat menyegarkan mata. Semuanya avant garde dengan warna-warna yang amat meletops.


Dalam semua kostume mak tiri,  yang ni paling aku suka.  Shout out untuk Azaris "akak nak buat baju ni selai untuk hari raya tahun ni".

Tapi dalam banyak-banyak baju,  aku paling suka sekali adalah baju Cinderella untuk majlis tari menari tu.  Baju biru tu punyalah fluffy dan kembang dan sangat mejikel.  Apa yang aku duk terpikiak adalah macam mana depa contruct kain tu punya banyak dan kembang and yet Cinderella nampak sangat floating dan melayang-layang dengan ringannya masa menari lagu tu.  Rasa macam sapa-sapa pun kalau pakai baju tu mesti akan selesa sangat dan kalau aku yang pakai,  aku takkan bukak.  Aku nak tidok dalam baju tu sebab gaun kembang tu buleh buat selimut dan tilam sekali.

Aku quote kata-kata Afi Buddies,  "Kak Jumie...i just love the blue gown because it match perfectly with the prince eyes," Aiyoooo feelingnyaaaaaaa depa.




Bila bercakap tentang feeling,  yes walaupun bagi I olls tempo cerita ini agak slow tapi script dia adalah amat best dan boleh tangkap feeling.  Script dia ringkas tapi padat.  Sebab tu boleh tangkap feeling.  Ramai juga kawan aku yang kata depa nangis.  Kak Elle kata dia nangis time mak Cinderella meninggal dunia.  Aku pulak rasa macam sebak time Cinderella jumpa balik dengan Prince tu and depa kata "Boleh kah hang terima aku seadanya,"  (aku dah tukak bagi bahasa Penang la!!) time tu touching la u olls.

So kesimpulannya,  cerita ini,  kalau ampa nak tengok sebab nak cari excitement,  ampa tak payah mai tengok la.  Tunggu dia keluar HBO nanti tahun depan.  Tapi kalau ampa nak mai cuci mata untuk tengok baju-baju and kostum dan dekorasi yang meletops (check out flower arrangement masa Cinderella and Prince kahwin....sangatlah sesuai tema fantasy wedding...bunga bunga roih kaler kaler lembut ni.....) ampa harus mai tengok filem ni kerana sangat inspiring!!

I tak mau bubuh gambar baju kawen Cinderella dalam ni.  Ampa pi tengok sendiri.  :)


Ini adalah koleksi MAC untuk Cinderella.  :)


Dan pengajaran yang aku belajar dalam cerita Cinderella versi ini adalah bila hang sayang seseorang itu kerana cinta dan kasih sayangnya pada hang tanpa sebarang syarat,  orang itu akan berada bersama hang dan berada dalam hati hang sampai bila bila walaupun orang itu dah mati.  Kalau hang nak sayang sesorang itu kerana harta benda fizikalnya,  cinta dan sayang itu akan hilang begitu sahaja just apabila segala harta benda dan fizikal orang itu hilang.

ps/  aku rasa cerita Cinderella 'orang' yang dilakonkan oleh Drew Barrymore iaitu Ever After adalah jauh lebih best dari cerita ni.  :)

Dayme Fahme Penang Based Make Up Artist

$
0
0
Hello u olls,

Sedang mencari-cari make up artist untuk hari bersejarah u olls tidak lama lagi,  hari ini saya nak perkenalkan seorang kawan yang baru berkecimpung dalam dunia solekan. Sebenarnya nak cerita mai kat ampa,  dulu masa beliau kawen,  I yang make up dia, so bila dia mula buat business solekan ni, dengan besar hatilah I nak rekemen dia kat u olls semua.


Dayme Fahme
Instagram (@daymefahme

Facebook (Dayme Fahme Make Up Artist)

No tel  :  019-409 4999

Emel  :  hidayahfahme@gmail.com





Sebenarnya Dayme sangat minat make up sejak dulu lagi.  So masa awal-awal dia banyak belajar dengan menonton tutorial dalam Youtube and then trial and error sorang sorang la kat rumah untuk menambah ilmu tentang teknik solekan terkini.  Tapi lepas dapat dorongan family dan teman rapat,  depa duk bagi kepercayaan kepada Dayme untuk make up depa for majlis pertunangan dan perkahwinan.




click read more









Tak lama selepas itu,  Dayme hadiri kelas solekan dengan make up artist selebriti di Malaysia iaitu Kelrina dan Bee Ramza.  So dari situ dia dapat keyakinan untuk menceburi bidang free lance make up artist ni.  Alhamdulillah,  kawan-kawan dan adik beradik duk tolong la promote pasai make up dia dari mulut ke mulut and pelan pelan lani peminat dah boleh tengok hasil kerja beliau kat Instagram dan Facebook.



Dayme terima banyak tempahan solekan di sekitar Pulau Pinang,  Kedah, Perlis, Perak malah Kuala Lumpur dan Selangor.  Dia juga ada make up studio sendiri iaitu Daymeniche Studio yang terletak di Guar Perahu,  Kubang Semang,  Bukit Mertajam untuk keselesaan pelanggan dengan harga khidmat solek yang berpatutan.









Dayme memberi penekanan terhadap “natural flawless complexion” dan ”natural dan soft smokey make up” dan memastikan pada hari istemewa u olls tampil dengan solekan terbaik yang menyerlahkan lagi seri dan kecantikan semulajadi.  Sesuai dengan minatnya terhadap gaya solekan yang “natural” kerana bagi nya kesederhaan dalam seni solekan adalah lebih penting untuk menyerlahkan keanggunan tanpa perlu mengubah wajah.  And that's why her tagline is “Your Natural Beauty Enhancer”











Dayme menerima tempahan make up untuk pelbagai jenis majlis seperti Akad Nikah, Resepsi, Bertandang, Pertunangan, Menghadiri Jamuan/ Majlis Istemewa, Konvokesyen, Photoshoot dan Portraitgraphy.  Oh ya,  kalau u olls berminat nak belajar make up secara personal atau perkumpulan juga boleh belajar dengan beliau.

Produk kegemaran ialah MAKEUP FOREVER, NARS, MAC, NYX, INGLOT dan SHU UEMURA.  Sangat mengkagumi hasil kerja Kelrina, Alha Alfa, Bee Ramza, Erin Leola dan Shazreeyana Shukri.

Juga mengambil tempahan kek kahwin dan hantaran dengan bekerjasama dengan Lia Fahme (ig @liafahme)


Ulasan Dekorasi Majlis Persandingan Anak PM Najib

$
0
0

Hello semua,

Lama tak bersiaran. Blog aku sunyi sepi.  Aku tak salahkan ampa sebab rating pembaca jatoh sikit sebab tula...ampa mesti duk mai tapi aku takdak rumah.

Anyway hari ni aku nak start kak nam dengan mengeshare beberapa keping gambar dekorasi sempena majlis perkahwinan anak PM Najib yang berlangsung baru baru ini.  Siriesly I olls terbukak biji mata luaih-luaih sebab punyalah banyak bunga.

Gambar tak berapa jelas sebab I olls ambil dari beberapa Facebook page.  Heran kat blog / website gossip apa takdak aspa pun berani buat review pasai wedding anak PM. Bukankah sebelum ni sapa-sapa pun anak pembesar negara media semua berebut buat coverage untuk share dengan rakyat semua?  Takpalah,  my I olls yang buat review tentang apa yang I olls tahu sahaja lah.


For me,  I olls tak berapa suka dekorasi yang dibuat.  LESS IS MORE DARLING.  Bunga terlalu banyak dan gabungan warna bunga adalah banyak dan digabung dengan warna emas dan beberapa warna asas lain seperti putih / cream (sorry i olls tak tau sebab ini adalah tengok dari gambar yang tak jelas).


click read more



Pastu chandelier gila punya banyak.  Rasa macam semak perut tengok.  And rasanya macam terganggu gambar pelamin tu.  Duk nampak chandelliar ja.


And then,  dress yang dikenakan oleh Ms Nadya juga kelihatan terlalu sarat.  Dahla dekorasi dewan yang sarat habis dengan bunga-bunga pastu dress lace beliau terlalu berat bagi i olls.  Dia nampak tenggelam.  Sebagai pengantin,  i olls lebih suka pilihan kain mewah seperti satin / duchess yang polos.  Lace hanya untuk komplimen bukan menyaratkan.


Okay so far itulah yang I olls boleh nak garapkan dalam ulasan ini.  Sebab ini sahaja gambar yang i olls dapat.  Apa pun tahniah kepada PM dan keluarga kerana menerima anak menantu. Semoga menjadi inspirasi bakal pengantin dengan tema "Pesta Bunga Antarabangsa".


Jom tengok gambar :)





  


Baju Fake LV

$
0
0
Di pagi Jumaat yang mulia,  Kak mah mendekati Zah yang sedang menyiapkan kerjanya di komputer. 

 
Kak Mah : 
Zahhh.....ni baju aku ni corak LV ka?


Zah : 
Haaaa....betui ni corak LV la. Amboooii meletops depa. Pakai LV aku pun tak mampu.



Kak Mah : 
Nakhariam la mana aku tau ni logo LV. Aku ingat ebstrek apa ka...mampoihla satgi Dr. Pitt tu carot aku. 



Zah : 
Hang beli kat mana baju ni?



Kak Mah  : 
Aku beli kat Padang Besaq ja doplohmaget (dua puluh lima ringgit)......



Zah  : 
Tapi baju ni cantek nampak elok kain semua.



Kak Mah  : 
Mampoih la...aku nak salin baju lain la. Takotla satgi Dr. Pitt tu carot aku



Zah : 
Kak Mah...kita ni takut kat Tuhan bukan kat Dr. pitt. Asalkan hang katop aurat.




MUAHAHAHAHA 

Kes Penipuan Di Pulau Pinang (Anis Bakal Jenazah)

$
0
0
Hello u olls,

Ini bukan nak buka aib sapa-sapa nah.  Dah lama aku duk hold benda ni daripada publish (sebab takut la silap silap orang gertak dan nak saman aku bagai),  tapi the reason I nak share benda ni sebab nak ampa semua viralkan dan beware of this person yang menipu sana-sini.  Tapi this particular person is from Penang dan dalam catatan aku ini so far dah ada bukti dia tipu dua orang.




click read more



Sindiket Sewa Rumah

Kak Diana (Diana Shoppe) mai report kat I olls pasai macam mana dia deal dengan pasangan suami isteri Melayu,  umur lingkungan awal 20 an,  untuk menyewa yang dikatakan rumah mereka.  So,  lepas deal harga dan juga pergi melawat kawasaan,  Kak Diana pun setuju dan membayar semua bayaran pendahuluan yang diperlukan.  Lepas buat bayaran dan sign agreement,  Kak Diana pun mula membuat renovation ringkas sebagai persediaan dia masuk ke rumah tersebut untuk menjalankan perniagaan beliau tak lama lagi.

Tapi lepas dia mula masuk rumah tersebut,  jiran rumah itu menyapa dan menyatakan bahawa rumah tersebut adalah milik orang Cina dan bukan orang Melayu seperti yang diterangkan.  Maka selepas Kak Diana counter balik dengan this girl,  depa pun akhirnya mengaku yang rumah tu bukan rumah depa.  Kak Diana tuntut agar dia buat semua bayaran pendahuluan dan juga renovasi rumah tersebut.  Tapi sampai sekarang bayaran penuh masih belum di buat.

This lady duk tangguh-tangguh sampai lani tak habis bayar lagi.

Laporan polis telah dibuat dan pihak pemilik asal rumah tersebut juga dalam proses menguruskan hal ini sampai selesai.



Laporan polis yang telah dibuat.

Screen capture antara Kak Diana and individu tersebut.





Surat perjanjian sewa rumah.







Tipu Beli Handphone

Setelah Kak Diana memaparkan kisah ini dalam Facebook beliau,  beberapa orang tampil dan berkongsi yang depa juga ditipu oleh individu ini.  Dia mengatakan yang dia menjual handphone,  lepas bayaran di buat,  sampai sudah handphone apa barang tak dapat.




Bakal Jenazah

This lady bernama Anis Nini Asnieza binti Azlan and Facebook dia bernama Bakal Jenazah.  Setelah membaca apa sahaja kisah yang dikhabarkan,  memang pompuan ni daring habis la bubuh nama Bakal Jenazah sebagai nama Facebook beliau.  Yalah,  tak takut ka duk tipu orang sana sini nanti nak mampuih tanah duk himpit hang.  Gila la.

Dikatakan menetap di Kampung Makan dan suaminya bernama Faruk.

Kepada sesiapa yang kenal Anis Bakal Jenazah ni,  tolonglah sampaikan kisah ini pada dia.  Toksah duk tipu tipu orang dah aih.  Duk pikiak apa ni?  Umur muda muda,  orang cari rezeki,  hang cari pasai.  Duk seronok apa untung dua tiga ratuih atas tipu orang.  Tak berkat,  malam pun tidur tak lena.

Kepada u olls semua,  yang nak sewa rumah atau beli rumah.  Berhati-hatilah.  Sindiket macam ni duk jadi trend dah lani.  Kepada pemilik rumah pun sama juga,  duk ada rumah tapi tak pi duduk,  seminggu sekali ka apa,  sila lah pi check rumah ampa tu.  Silap ari bulan,  mai tengok ada orang gantung baju dalam.  Tu kes kawan I olls dah kena.  Pi report polis apa semua,  pastu kesian dua mak Indon tu kena halau keluar rumah kawan I olls dalam tempoh beberapa jam.  Depa katanya menyewa daripada seorang lelaki Cina.  Bila called semua laki tu sengap lagu tu ja.

Okaylah.  Orang Penang please share this around.

Untuk pertanyaan lanjut,  boleh hubungi  :  Mardiana Abdul Latiff

Ulasan Dekorasi Perkahwinan Najwa Mahiaddin dan Idris Koh

$
0
0
Hello u olls,

Okay!! Semua gambar dalam artikel ini I olls ambil daripada IG @rizalman71 dan juga IG @najwamahiaddin.  Dah berminggu majlis ini berlangsung,  tapi sorrylah I olls agak lewat membuat review.  Hope ulasan ini membuatkan ampa semua rasa seronok sebab I olls juga rasa menyeronok ketika membuat review for this wedding.  Kerana ada banyak benda baik nak kata.  

Secara overall,  wedding Najwa Mahiaddin dan Idris Koh adalah amat meletops sekali.  Sentuhan pereka ternama Malaysia,  Rizalman haruslah taste yang diberikan dalam setiap detailing majlis-majlis ini adalah sangat meletops dan menyentap di hati.

Jom baca review I olls buat.



click read more




Majlis Khatam Quran dan Persiapan Di Rumah

Ada dua gambar ja yang I olls dapat untuk gambarkan event ni.  Apa pun I olls rasa sangat family-family bila tengok gambar kat bawah ni.  Im sure majlis khatam Quran dijalankan dalam suasana paling sederhana tetapi penuh makna dan keberkatan.






Nikah

Sangat suka kerana Najwa memilih busana warna putih untuk majlis nikah.  Padanan tudung yang sangat simple dan sesuai dengan susuk tubuh beliau yang kini makin selim u olls.  Walaupun simple,  tapi dia tetap pakai bling-bling yang meletops.  I suka juga dia punya make up very the simple dan fresh.  Pastu dia buat henna pun sikit ja kat tapak tangan.  I sangat suka.  Nampak sangat kelas.  

I olls juga suka pada pelamin nikah beliau yang disusun dengan pasu pada dinding bertingkat.  Level dan juga efek warna yang diberikan sangat lain dari yang lain tapi memang kita boleh tau ini adalah trademark Rizalman.







Under The Cloud
I sangat suka pelamin ini.  Siriesly macam manalah mak ayam Rizalman boleh dapat idea inspirasi macam ni.  Selalu bunga susun-susun kat bawah,  ni dia gantung kat ataih.  Mainan lampu juga disusun dengan cantiknya agar nampak very the mistikel.  Keluar-keluar asap lagi.  Sembah ratu zapin 77 kepada mak ayam Rizalman and team.  U olls boleh tengok proses in the making of this pelamin kat IG beliau.

I hope pelamin ini menjadi inspirasi kepada pereka pelamin dan pengantin yang lain sebab gila senang nak amik gambar u olls.  Especially bila nak amik gambar dengan family.  Haa....bila amik family photo,  En Khafi selalu paksa aku masuk celah-celah belakang pelamin.  Dia nanti pegang tangan aku lalu celah pasu tiang apa bagai.  So that nanti dalam frame duduk tengah-tengah.  Hare betui la aku selalu nanti neves kot kot terkena kejutan shot karen ka apa ka.  Kalau pelamin lagu ni mana boleh kena kan?

Satu lagi yang menarik pasai pelamin dan dekorasi ala-ala Under The Clouds adalah masa Dayang Nurfaizah dan Misha Omar menyanyi khas untuk pengantin.  Yang meletopsnya adalah sorang penyanyi duduk belah sana,  sorang lagi duduk belah sini. Pastu pengantin duduk tengah-tengah.  Aiyooo meletops sangat.  Rasa sangat mejikel,  pari-pari duk mai lagu mana ka.  Aku sangat suka.  Ampa boleh check out the video dalam IG Rizalman juga. 

Bercakap pasai busana,  i love the fact that beliau memilih rekaan yang simple tapi tetap avant garde untuk dirinya (Najwa).  Sekali lagi suka rekaan tudung beliau.  Simple tapi macam misteri lagu mana ka.

















Under The Tree

Yang ni i olls sendiri bagi nama.  HAHAHA.  Kalau ampa tengok efek untuk kategori ni sangatlah avatar.  Pokok-pokok colour nak mai purple-purple bijik remia dan pink and masuk juga biru firus.  Pengantin mengenakan dua busana iaitu putih dan lilac.  I sangat suka detailing pada chandeliar,  ada macam pokok-pokok akar duk jatuh.  Rasa macam kat lagoon di pedalaman New Orleans pulak.  Gituuu.










Akhir kata,  tahniah saya ucapkan kepada Najwa dan Idris kerana sudi berkongsi hari bahagia u olls bersama kami semua di laman sosial u olls.  Majlis u olls berjalan dengan sungguh indah dan penuh inspirasi sesuai dengan nama u olls sebagai seorang anak seni.  Lebih indah sebab disulam dengan orang-orang yang u olls sayang ( suka tengok sebab banyak family around you).  

Juga kepada your fairy god mother iaitu Rizalman,  tahniah kerana inspirasi u olls tidak pernah mengecewakan mata-mata pengikut seperti i olls dan anak-anak.  

Nama Kampung

$
0
0
Senayan lepaih i olls ada buat cerita pasai kes penipuan pasangan suami isteri dari Penang yang duk menipu orang sana sini.  Ampa boleh baca pasai kes tu kat sini  :

Memang dari awal aku tak berapa sedap hati nak tolong Kak Diana nak publish story ni sebab aku tau satgi silap hari bulan aku pulak terkena.  Tapi niat aku baik,  nak tolong Kak Diana dapat balik duit dia and peringatan kepada orang-orang lain dari terkena tipu helah pasangan laki bini ni.  So aku publish jugak.

Tapi nak jadi cerita adalah apabila tak semana-mana aku sekali lagi kena hentam sebab aku dikatakan BAGI BUSUK NAMA KAMPUNG sekian-sekian.

Ampa boleh baca post kat sini.  Nama sekian-sekian aku dah delete.  Tapi ampa boleh baca sendiri la kat Facebook aku yang public itu.



click read more




So here go carutan aku nak bagi kat orang orang yang duk bangga sangat pasai kampung ampa  :


  • Tak salah nak bangga nama kampung.  Kita kena bangga dan sayang dengan tempat asal kita.  Tapi agak-agakla.  Jangan jadi macam bodoh piang stim ganja.  Nak mengamok tak tentu pasai.  Sebelum ampa maki aku,  boleh tak ampa baca dulu blog aku?  Jangan semana-mana nak maki kat Facebook duk buat macam jora besaq,  ampa dah click dan baca habis ka semua cerita?

  • Tujuan aku bubuh nama kampung ampa tu sebab memang depa asal dari kampung ampa.  Kalau pun lani depa dah migrate pi Kazakhstan,  depa memang asal dari kampung ampa.  So sapa-sapa baca blog aku akan tau,  oh si polan tu mai dari kampung aku,  so sapa yang kenai?  Boleh la tolong bagi info tambahan dan ambil tindakan sewajarnya.  Yes,  lepas aku tulis artikel tu,  dan jadi viral semalam,  dah ramai orang contact Kak Diana and aku sendiri and bagi macam-macam input.  Hope Kak Diana boleh gunakan semua info ni untuk bawa kes ke mahkamah dengan kadar segera.

  • Aku nak tergelak apabila si polan duk gertak aku kat Facebook.  Bukan aku nak pandang rendah kat ampa ka apa,  tapi cara dia nak maki aku macam nak kata,  orang kampung ampa adalah sangat besaq sampai sapa pun tak boleh sentuh pasai budak ampa.  Walaupun budak itu buat siye dan menipu duit orang.  Patutnya kami dah petik nama budak ampa,  ampa mau pi pegang la budak ampa tu.  PASAI HANG!! SATU KAMPUNG DAPAT NAMA SIYE.

  • Dalam blog aku,  takdak sekelumit pun aku maki dan hina nama kampung hampa.  Aku tak sebut pun,  kampung ampa siye ka apa ka.   Aku just bagitau apa dua budak ni duk penipu orang,  modus operandi depa dan maklumat diri depa.  Siap kat last-last aku bagi nasihat elok elok kat depa dan peringatan kepada semua kawan-kawan agar berjaga-jaga.  Kot mana yang aku bagi buruk nama kampung ampa aih?


Sekali lagi aku nak tekankan,  tak salah kita nak bangga dengan asal usul kita.  Aku pun bangga asal usul aku.  Tapi kenalah berpada-pada.  Lani zaman internet,  semua orang kena bersedia untuk berfikiran terbuka dalam apa sahaja yang kita buat dan terima.  Tak boleh nak sensitip tak tentu pasal.  Silap hari bulan,  taik jatuh atas muka sendiri.

Kalau nak mengamok,  first of all sila siasat habis.  Dalam kes ni,  sebenarnya satu kampung pun dah tau pasai kes ni.  Cuma mamat ni tak tau la,  petang tu baru top up dan beli data kot. So dia paling last nak baca dan jadi panas hati.  Walhal,  Kak Diana dah roger dengan semua abang-abang dan buat apa yang patut.

The latest info yang aku boleh share pasai dua kanyiak yang duk tipu orang sana sini ni, Anis dan Faruk,  depa dua lani dah pindah keluar duduk di area Juru,  Penang.  Tak tau depa kerja apa dan buat apa lani.  Depa masih buat kepala keras,  facebook depa duk active macam biasa,  Whatsapp semua duk on lagi,  tapi depa tak endah langsung pasai apa orang kata dan maki depa.  Bila orang mintak bagi settle cara elok,  depa duk putar belit sampai benda tu jadi macam menipu.  Gila la budak budak ni.  Sikit hari kena pegang baru depa tau.

Saya tak akan mohon maaf kepada warga kampung berkenaan sebab saya tak buat salah apa pun.  Tapi kalau tak puas hati, jangan maki dalam Facebook.  Baca dulu bagi faham.

ps/  Buat baik pun kena maki.  Dunia dunia.

Asal_Selatan Photography (Perlis Based Photographer)

$
0
0
Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pasti menginginkan setiap detik dan memori yang berlalu pada hari tersebut dirakam dan diabadikan dalam keadaan yang sempurna dan romatis.  Pada ketika ini adakah anda sedang dalam perancangan untuk mendirikan mahligai impian atau sedang mencari-cari jurufoto yang professional untuk merakamkan detik-detik romantis bersama pasangan anda dengan kadar bayaran upah yang berbaloi-baloi? Oleh itu, Cahaya Cinta Studio adalah pilihan yang tepat untuk anda! 

Tidak terhad kepada pakej perkahwinan sahaja tetapi untuk sebarang majlis seperti family photo,  birthday,  engagement, newborn, dinner dan  apa sahaja majlis yang ingin anda abadikan sebagai memori.  Cahaya Cinta Studio telah menapak selama 3 tahun dan kami beroperasi di area utara iaitu di Penang,Kedah dan Perlis.  Untuk orang Perlis,  boleh booking kami di Butik Alleea, No 7662 KM 12, 02700 Simpang Empat, Perlis.

NAMUN…. Kami juga menerima tempahan luar dari kawasan utara walaupun jauh di Selatan dan Pantai Timur!  Dibawah ini adalah disenaraikan pakej-pakej yang ditawarkan bersama dengan harga yang amat berbaloi pada abad ini.  

Kami juga menyediakan tawaran hebat diskaun potongan RM100.00 untuk yang mengambil pakej B dan C pada sesiapa yang membuat tempahan pada hujung dan awal setiap tahun. 










Pakej A : RM 1560.00

1 majlis ( bersanding ) atau 1 hari majlis ( akad nikah dan bersanding dalam satu hari )
  • Gambar diambil tanpa had
  • Outdoor 
  • 1x sticky album dengan 100 keping 4R
  • Thumb drive
  • 1x custom album 
  • 2x portrait frame 18” x 16”
*  Tambahan tol dan minyak tidak akan dikenakan sekiranya majlis hanya di sekitar penang, kedah, perlis dan taiping sahaja,


 






click read more




















Pakej B : RM 1890.00
2 majlis (untuk akad nikah dan persandingan pada hari berlainan = 1 belah di pihak perempuan ) atau

2 hari majlis (akad nikah di pihak perempuan dan majlis bersanding di pihak perempuan @ bertandang dipihak lelaki )
  • Gambar diambil tanpa had
  • Outdoor 
  • 1x sticky album dengan 100 keping 4R
  • Thumb drive
  • 1x custom album 
  • 2x portrait frame 18” x 16”
Sekiranya majlis bersanding@bertandang jauh dari tempat majlis akad nikah cth: Ipoh, Kuala Lumpur dan sebagainya (kawasan pantai timur atau kearah selatan ) tambahan duit transport dan tol sahaja akan dikenakan.








Pakej C : RM 2790.00

3 majlis ( akad nikah, majlis bersanding di pihak perempuan, majlis bertandang di pihak lelaki ) atau,

2 hari majlis (akad nikah dan bersanding di pihak perempuan pada tarikh yang sama dan tarikh yang lain majlis bertandang di pihak lelaki ) atau,

3 hari majlis ( akad nikah, majlis bersanding di pihak perempuan dan majlis bertandang di pihak lelaki pada tarikh yang berbeza )

  • Gambar diambil tanpa had
  • Outdoor 
  • 1x sticky album dengan 100 keping 4R
  • Thumb drive
  • 1x custom album 
  • 2x portrait frame 18” x 16”
Sekiranya majlis bersanding@bertandang jauh dari tempat majlis akad nikah cth: Ipoh, Kuala Lumpur dan sebagainya, (kawasan pantai timur atau kearah selatan ) tambahan duit transport dan tol sahaja akan dikenakan.



 









Pakej D : Shoot and Burn RM 500.00

1 majlis ( akad nikah@bersanding@bertandang)

atau 1 hari majlis sahaja ( akad nikah dan bersanding pada satu tarikh )

  • Gambar diambil tanpa had
  • Outdoor
  • 1x portrait frame 18”x16”
  • Thumbdrive

Sekiranya majlis 2 hari, tambahan bayaran untuk transport dan tol sahaja







PRE @ POST Wedding  RM 500.00  
  • Gambar diambil tanpa had
  • Outdoor (unlimited place and time)
  • 1x portrait frame 18”x16”
  • Thumbdrive 






Family photoshoot, baby, Birthday party, Convocation & etc  RM 450.00
  • Gambar diambil tanpa had
  • Outdoor
  • 1x portrait frame 18”x16”
  • Thumbdrive 



Bertunang  RM 500.00
  • Gambar diambil tanpa had
  • Outdoor
  • 1x portrait frame 18”x16”
  • Thumbdrive 


HUBUNGI KAMI DI: 

Facebook Page :  

Official Facebook Account 

Emel  :  

No telefon  :  
017-9727928 ( Didie ) / 013-4097198 ( Mira )

Alamat  :  
Butik Alleea, No 7662 KM 12, 02700 Simpang Empat, Perlis. (berdepan tangki air)

Ulasan Fesyen Red Carpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014

$
0
0
Hello u olls semua,


Rasanya macam dah 13 tahun I olls tidak membuat review fesyen artist Malaysia.  Katanya I olls telah terasa sentap dengan penyataan seorang pereka fesyen yang mungkin nak kata kat I olls secara tak langsung.  Katanya "Orang yang takdak fashion background tak layak nak buat ulasan fesyen gitu,"

Well siapalah I olls nak menyangkal kata-kata itu.  Yes,  i memang takdak apa sijil pun pasai fesyen.  Actually i do this for fun.  Sebab I olls sendiri adalah pencinta fesyen.  I suka tengok baju cantek-cantek semua.

So memandangkan ABPBH 2014 telah berlangsung baru-baru ini,  maka I olls nak buatlah fashion review untuk tatapan u olls semua.  Kita enjoi!!




I pilih Hanez sebagai paling meletop sekali sebab memang dia sangat meletops.  Dress ini sangat meletops dan potongan dia sangat padan dengan bentuk badan beliau yang sudah sedia kala meletops.  Warna juga tidak cliche.  Hijau juga tanda cinta...iaitu JEALOUSY!!  Tapi dress ini terlalu avant garde.  Kalau boleh buang salah satu eksesori yang sedia ada sama ada choker tu atau clucth tu.  Kalau buang dua dua pun takpa.




click read more







Ni mesti Rizalman ni.  Haruslah meletops.  Tapi I olls rasa macam terlalu santai.  Selalu tengok Kak Dayang dalam IG semua duk dressap macam ni gak.  Tapi apa pun beliau pakai I olls suka.






Dress ini macam pernah aku tengok atas red carpet Hollywood.  I think Madonna pernah pakai lagu ni.  Tapi duk cari gambar dia dan rekaan sapa tak jumpa.  Sapa-sapa yang tau boleh tak tolong share sat.  Dress ini cantek tapi Jue Evans nampak macam tua dengan make up semua lagu ni.  Maybe dia nak ikut tema kot...Cinta Sugul.





Kerlas ribbon besaq ala-ala Dior ni.  Okaylah.  I bagi pujian sebab dia tidak memakai eksesori sarat yang akan mencacatkan dress ini.





I sangat suka dress Ella malam itu.  Beliau nampak so young,  fun and still adventurous.  Retis muda yang lain sila contohi beliau.  I juga suka the fact that Kak Ella memilih make up yang nipis dengan rambut sanggul mak tok.  She looks funky!





Ive seen her in better dress better looks.  Seperti kata laki Thini yaitu Kalai "You are hot babe...u can pull any dress!!" Kerlas laki depa.






Terima kasih kerana tidak memakai apa apa merapu yang akan menhuduhkan your whole look.  Dress ini cantek dan simple.  I suka kasut u.





Pasai pa retis Melesia ni semua nak pakai clutch besak-besak?  Ampa nak bawak Ipad ka masok dewan?  Suruh la PA pegang beg ampa.  Anyway,  colour dress ini tidak cantek untuk beliau.  She nampak tua.





Kerlas Hani Madu.  Dress ini pun sebenarnya inspirasi daripada Dior Spring Collection (tahun bila aku tak ingat).  Style cut out kat tengah macam mana ka.  Pastu bubuh net.  I really like idea dress ini.  Tak semua orang boleh pakai dress lagu ni.  Especially kalau hang bubuh kat Enot.  CHOIII!  Bukan sebab dia gemok.  Babilah.  Tapi dia kan berhijab.  Mana boleh pakai cut out ni semua.  I like this dress,  tapi i rasa lagi best kalau takdak turtle neck macam tu.  Hani nampak macam stuffed!  Apa pun...u can go really HOT!





Deni macam baru habis ice skating .....pastu pakai skirt ja.  Sebenarnya kot dalam dia pakai suming fu ada labuci ja tu.





Laaa Kak Nam...awat hang pakai lagu ni?  Siriesly not age appropriate.  Aku ingat lagi dia ni dulu lepaih menang One in A Million,  dia duk pakai funky-funky.  Ni awat duk pakai dress macam pinjam kat butik perkahwinan di Sungai Petani.  Orang kulit tanned macam u sebenarnya ada ruang yang lebih luas untuk try colour colour meletops,  tapi bila tersalah pilih u nampak tak berseri.  And i think,  baju ini adalah oversize.  U pi pakai dress Enot ka?





Dress ini nak macam dress Elie Saab untuk Iggy Azalea untuk BRITS Awards 2014.  Tapi ada kelainan sikit la.  Aku tak suka lengan baju ni.  Sebab actually this girl bukan tinggi lampai,  dia adalah kecil molek. Bila pakai lengan rambu ramba macam tu,  nampak serabut.  And rambut itu adalah tidak sesuai.  Bun up adalah lebih sesuai untuk beliau.





Sangat respek mak ayam ni,  dah kertu tapi masih meletops dan berani.  Tapi i think this time she might overdo her style.  Bagi i she have to choose one thing saja sebagai feature dress ini.  Skirt dah kembang,  kot pinggang ada detailing,  pastu ada lengan kepok-kepok.  If kat pinggang tu dia biarkan kosong...mungkin dress ini nampak lebih mahal.





Aku patutnya sokong beliau sebab dia pun wanita agam.  Tapi dia memalukan.  Dress dia merapu.  Ataih dia duk buat macam hijabistas berbunga kerawang,  sekali kot bawah pakai but.  Kalau aku print gambar ni balik bubuh ataih kuboq Joan Rivers,  mampuih detu akan bangun balik apa!!





Simple dress with nice colour.  Potongan cantek.  Tapi tula...hembek tu aku macam nak baling buang.





Aku tak paham dress ni.  Rejected daripada pilihan costume Game of Thrones ka?  Bagi aku there are so many things going on here.  Rantai ppinggang.  Rantai bahu.  Drapping biru.  Hood.  She is a beautiful woman tak pernah nak over over sangat aih. Dress ni nampak sangat costume.





Organza murah.  NEXT.






I tau sapa buat dress ni.  Dia kawan I.  Tak mau carut.  Nanti dia mai bakar rumah I.





Dress ini adalah dari Rizman Ruzaimi.  Aku macam pelik la macam mana deni duk buat comeback style pakai baju dari designer meletops dan make up artist yang she hire also not calang-calang.  Rezeki come back sangat meletops kot.  Actually dress ini sangat funky dan ada ceritanya.  Tapi kalau bagi kat pompuan kurus lampai macam Atilia ka meletops la.  Bubuh kat Kak Amelina,  siriesly baju ni nampak sedikit kampung.  The cutting is not for her.  Sorry.





Tok Ti tampil simple and sweet.  Nothing to carut her.  She knows how to look mahal.





Takleh carut.  Satgi kena panah petir.





Farah FAUZANA!!!! I love her but why why why why dia tak pernah nampak stylo di atas red carpet?? Why why why?  Sapa yang reka dress ni kat dia?  Awat ampa buat naya kat FF?  Mai aku nak bagitau why this dress is so wrong.  1.  FF adalah wanita muda yang simple.  So dress ini menyerabutkan.  2.  There's too much going on,  drapping dan patch work di pinggang,  kain belakang yang meleret,  kain ala-ala songket kat dalam, TOO MUCH!  Kalau bagi topi dan juga scroll kat FF dah nampak macam dia duk konvo dah.





Dress ini adalah inspirasi dress Tom Ford untuk Gwyneth Paltrow untuk Oscar 2013.  Cuma bezanya yang ini dibuat untuk wanita bertudung.  I dont like this dress on her sebab Neelofa nampak macam terperangkap.  And detailing pada bahu dress itu.  PERLU KAH?  Pasai orang Malaysia nak kena juga letak manik?? Why?





Untuk wanita berhijab!! Nora bagi 5 bintang.  She looks so nice and lembut.





Sapa pompuan ni?  Nampak macam Sha Fadhil?





2 words.  MARS ATTACK.






Dia ni nampak macam kek Barbie Doll yang Noreena Rosdi duk buat untuk orang order.  Yang skirt tu kek...yang tengah tu cucuk patung.





Simple dress dengan selendang manik penuh tutup dada?  Ko rasa sapa dah pakai macam ni?  Haruslah Zuhair Murad untuk JLO masa Golden Globe 2011.  Ko ingat mak tak tau.  Okay la inspirasi itu telah di ISLAM kan.  Tapi duk bawak lampu minyak tanah apa kat tangan tu?  Tak boleh ka pi cari clucth hat elok sikit.






Dah buat shoulder ala-ala perahu,  pasaipa nak bubuh riben pulak kat pinggang.  Ampa ni suka nak bubuh macam - macam kat baju ampa kan.




Next.





Tak tau nak komen apa.  Semua okay kot.




Sila tukar kasut please.  Next.





Fun and seronok.  I suka.





Rambut bubuh pin banyak inspirasi Rihanna.  Tapi tak perlu lah kot pakai rantai emaih besak tu.  Nampak macam tengkok tu termasok dalam.






Sangat suka dress ini.  Detailing bunga bunga pada gaun labuh dan kembang ini menunjukkan yang Nad adalah seorang gadis yang muda dan comels.  Tapi i wish she do something with her hair...






I dunno what to say about this dress.  Nak kata cantek pun tak,  nak kata huduh  pun tak.  Maybe pilihan warna.  Dua colour putih dan biru tu macam tak masuk.  Tambahan pula ada lace kot atas.  Nampak macam semak.





Bagi bunga tangan kat dia...dia jadi baju kawen dah.





Next.






Beliau adalah cantek awat dia pakai biasa biasa ja.  :(




Skirt kembang hitam macam ni memang trend lani.  Tapi tak semua orang pakai elok.  Especially orang kecik molek macam ni.  Nampak macam dia duk kena makan dengan skirt hitam ni.  




Laa awat ada Arina Zainal kat sini?  Kasut platform lagu tu orang duk pakai lagi ka?



Kiri  :  I suka dengan syarat dia buang gelang tangan,  beg,  cekak dan subang bunga raya apa tu.  Kasut pun pi buang.  Tukak pakai kasut simple yang lain.  Kalau i,  i akan pakai kasut kitten warna kuning pop!!  Baru naik.  Rambut pun i akan bun up.

Kanan  :  Is that Raja Azmi?  Nak bubuh daun bunga roih kat bahu...bubuh la...tapi awat kat skirt ampa pi tambal bunga corak lain pulak.................ampa ni pun kalau boleh semua nak bubuh.  Kat skirt nak bubuh.  Kat baju nak bubuh.  Last sekali awat ampa tak bbuh lampu kelip kelap...dia jadi la pokok krismas!





Suka dress ini.  And suka clutch dia.  Very the simple.  Awat takdak orang nak pakai clutch kecik lagu ni?




Catz ni bergaya kot selalunya.  Awat duk pakai dress macam kakak-kakak nak pi kenduri.




Dress ini asalnya putih ja kot blah dalam.  Pastu dia rasa segan sebab seksi,  so dia tarik kain tirai apa ka lilit kat pinggang.  Tapi tak cukup kain.  Sebab tu terlubang kat tengah.




Kerlas mak ayam macam pompuan-pompuan kaya.



Cantek baju ni.  Simple dan ada bentuk yang menarik.  Original.  Kalau dia bok naik rambut dia lagi meletops!!




Kategori Lelaki

Aku tak tau nak carut apa sangat.  Baju laki semua sama ja kot.




Okay la smart and muda.




Deni nak buat mejik ka apa ni?




Ini memang gaya dia kan?




Macam mana deni boleh menang lagi?




Siriesly sangat suka Lan Petpet malam ini.  Dia nampak kemas dan muda.  Steady ular sawa.




Suit dah elok elok pasaipa nak kena buat seluar size kecik? Ampa ingat cool ka?  Dah tengok cerita Kingsmen dak?



Semangatnya Fazli Zainal.  Takot tengok.




Couple ka ni?




Gemok itu OHSEM!!!!




5/10/  I donch like men in pink.  Unless u are openly gay.




adik adik sangat.....7/10




10/10




6/10




4/10.  Awat bell boy terlepaih kat sini?




Meletops 10/10. (Adik adik sangat...)





Meletops.  7/10




Meletops.  9/10.






Couple



Nak haram la deni duk mai tayang laki dia.  Bencilah.  NEXt!!




Dress pompuan ini boleh jadi meletops kalau dia buang semua manik-manik duk ada.






Comei depa dorang ni pakai baju tutup mata.  Depa pakai lagu ni,  bagi topi satu kat Bochey ni...mesti keluar arnab.





I suka dress merah kat tepi tu.  Nampak meletops.




Jiehan adalah sangat cute.  Dress ini meletops.  Tapi kalau kat pinggang bagi lagi ketat mesti lagi meletops.




Kerlas Wak Doyok bawak aci pakai kain kemban ja.  Kau ada?




Aku agak terkejut dengan pilihan fesyen depa ni.  Very daring actually.  Nampak macam pegawai perang yang garang nak mampuih nak dictate negara.  





Orang Monggolia mana tersesat mai sini ni?  Hariamm.



Gila meletops Datin Amylia Rosnaida dengan Datuk AC Mizal.  Depa ni cute la satu family.  Dress macam ni.  




Banana in Pajamas dah jadi orang.




I suka dressing depa ni semua.  Walaupun a bit costumy,  tapi kalau tengok detailing memang cantek.  Depa pi tailor betui betui ikut size badan depa.  Aku suka yang baju merah belakang tu.


Kesimpulan  :

Harap retis Malaysia lebih peka dengan pemilihan fesyen yang dibuat.  Lagi 5 tahun nak Wawasan 2020,  tapi pilihan fesyen ampa masih lagi ke arah Juara Lagu 1998.  Tak semestinya u kena pakai semua benda pada masa yang sama.  Pilih satu saja feature yang u nak and work it out.  Ruginya ampa ada nama,  ada duit,  tapi ampa tak belajar betul betul tentang gaya yang sesuai untuk badan,  warna kulit dan usia anda.


Gambar dari  :  Rotikaya

Jom Lepak di Nacca Western n Grill

$
0
0
Hello u olls semua,

Hujung minggu nak mai dah ni.  So ampa plan nak buat apa hujung minggu ni?  Kepada orang Penang dan kawasan sewaktu dengannya,  I olls nak rekemen ampa mai lepak satu family and kawan-kawan dekat Nacca Western n Grill yang terletak di Simpang Ampat,  Seberang Perai Selatan,  Penang.

Restoran ini diusahakan oleh Kak Rose and Abang Peet baru saja bukak pada 1 Februari 2015 yang lalu.  Ramai yang tak tau lagi ni.  Baru-baru ini,  I olls dan satu family telah mengemai ke sini dan makan besaq la.  Its a very nice experience sebab makan sedap + tempat yang best.  So sangat rekemen ampa semua mai.

Jom baca!!




click read more




Menu

Menu kat sini very simple.  Main dish depa ada Chicken Grill,  Mix Grill,  Lamb Chop,  Beef Steak,  Chicken Chop,  Fish and Chip,  Spaghetti Bolognese and Meatballs.  Yang lain-lain tu adalah side dish seperti mushroom soup and bread,  french fries,  mashed potato,  coleslaw and green salad.
Ayaq pun depa ada macam-macam dengan harga yang berpatutan.

Tapi i suka sebab dia punya pilihan telah di- simplified.  Strategi bagus oleh pengusaha restoran untuk pastikan makanan yang diserve adalah bermutu.  Halaa...duk bubuh 987343 jenis resepi.  Kalu tanya...takdak.  :(


The menu.



Beef steak.


Mixed grill.


Meatballs.

Fish and Chips



Chicken Chop


Lokasi

Nacca Western n Grill terletak di 180 GF Jalan Tasek Mutiara 2,  Bandar Tasek Mutiara,  14120 Simpang Ampat,Seberang Perai Selatan,  Penang.  Kira kami yang mai dari Penang ni agak jauhlah nak seberang laut,  tapi dah cemuih aih jalan dalam Penang. So why not,  ronda ronda naik jambatan dengan family.

So kalau dari Penang ke sini lebih kurang 30-40 minit bergantung kepada kesesakan lalu lintas.

Here are some of the picture of Nacca Western n Grill!!






Nacca Western and Grill


Dekorasi yang menarik.


The wall of fame.









Apa yang best  ?

Ternyata kami semua sangat happy and enjoy kat sini.  I olls sangat rekemen ampa semua mai sini lepak-lepak santai with family sambil menikmati hidangan western!  Berikut adalah point-point kenapa u olls semua HARUS mai sini  :


  • Layanan daripada pemilik restoran dan juga crew adalah meletops.  Walaupun kami mai dalam group yang besar dan semua style order dan mintak macam-macam (seperti) binatang,  tapi crew semua dengan sabar melayan kami dengan baik.  Kalau ampa telefon and buat booking dulu lagi baguih,  just a few minutes bila kita dah sampai makanan terus siap.  Depa tak buat awai-awai sangat nanti dah sejuk tak best!!  So depa paham apa the best for customer.



Pose meletops from Abang Peet and Kak Rose!!

And this is their family :)

  • Tempat yang cool!  Sangat suka butiran dekorasi dalam restoran ini,  kontemperori yang santai.  So bila nak amik gambar semua rasa macam meletops lah!!  Kalau ampa nak abadikan gambar ampa dalam NACCA's WALL OF FAME  pun boleh.  Nanti depa amik gambar ampa,  cuci and lekat kat frame besar tu.
  • Sangat sesuai untuk sapa-sapa pun.  Couple,  family,  kawan-kawan!!  Malah group-group konvoi atau persatuan dan kelab!  Boleh buat booking dan ramai-ramai mai makan kat sini.  Depa boleh arrange kat ampa semua meletops.
  • Makanan yang sedap!! Simple taste dan tidak terlalu mencuba untuk eksperimentasi resepi yang akhirnya menjadi disaster.  For me,  kalau kita nak simple western food yang sedap dan memuaskan hati,  Nacca Western n Grill is the place.  Potion makanan nampak sikit (mungkin sebab aku dah biasa makan American potion) tapi bila aku makan ni rasa macam kenyang gila.  Semua makanan di serve panas-panas.  Saya sangat suka!

Here goes gambar kami anak beranak masa mai melepak kat Nacca Western n Grill.



Mok,  Mang Khafi,  Fariha and Kimi.



Kids dont play with your food.

Pose jentik-jentik oleh Sanita dan Kak Eder.




Anak menakan I,  nama dia Adam.  Muka dia macam Lee Chong Wei.



Abang Manap memakan fish and chips dengan cucu ke - 11 paling kecik bernama Ali.




Contact

So kepada ampa semua!! Jemput mai makan kat sini.  Contact depa untuk buat booking awal.



Nacca Western n Grill

Address  :  

180 GF Jalan Tasek Mutiara 2,  Bandar Tasek Mutiara,  14120 Simpang Ampat,Seberang Perai Selatan,  Penang

Contact :

019 574 3440 [Peet]
019 476 2440 [Rose]

Facebook Page  : Nacca Western n Grill

Instagram  :  @naccawestern

Good bye Mac 15

$
0
0


Hello u olls semua,


Sorry terlambat nak buat ulasan penutup untuk bulan Mac 2015.  First of all nak ucap terima kasih kepada ampa semua yang mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR KE 30 untuk I olls yang jatuh pada 29 Mac 2015 yang lalu.  Sebenaqnya i olls telah mengatop notification dalam Facebook so sapa yang betul-betul tau akan tau la.

Sebenarnya bulan lalu aku banyak down dan sedih.  Duk jadi macam bodoh sebab sampai overthinking.  Duk hukum diri sendiri,  aiiyo,  aku dah umur 30 tahun,  tapi apa pun aku takdak.  Aku tak suka nak cerita benda personal ni dalam blog tapi aku rasa bukan aku sorang rasa macam ni.

Aku rasa down sebab at this age,  aku duk rasa macam banyak benda aku nak capai,  tapi tak tercapai.  Walaupun banyak kali aku duk pandai mengajaq orang suruh buat lagu tu,  lagu ni,  feeling ustajah Bahiyah pakar motivasi,  suruh orang jangan down apa bagai,  tapi bila aku tengok diri aku sendiri,  aku rasa punya down sampai aku shut down kat diri aku sendiri.

Sebenarnya aku ada satu impian besar dalam hidup aku.  Tapi aku duk rasa macam aku dah buat macam-macam dan usaha,  tapi masih tidak ada peluang.  Bila cerita kat orang,  depa pandai duk mengajar aku.  Awat hang tak buat lagu tu?  Awat hang tak buat lagu ni?  Aku jadi stress dan confused.  Orang bukan paham apa yang kita tanggung dan rasa hari-hari.  Kita makan ,  kita tak makan,  kita dan laki kita saja tau.

click read more




Apa yang aku belajar dari pengalaman ini adalah aku belajar untuk keluar dari kotak penafian.  Duk rasa diri kita kuat.  Duk rasa diri kita boleh buaat semua benda.  Tapi sebenarnya lagi kita duk rasa kita kuat,  lagi kita duk tunjuk diri kita besaq,  lagi la Allah nak tunjuk yang sebenarnya yang di sisi Nya kita ni sekecik-kecik atom sahaja.  Sekelumit sangat diri kita ni.  Duk hukum diri sendiri sampai last sekali apa pun tak boleh buat. Tanpa sedar,  kita tolak semua benda sampai diri kita jadi bitter dan kelihatan jahat di hati orang orang lain yang kita terpaling sayang.

At the end of the day serah semua kat Dia.  

And bila kita serah kat dia baru kita sedar yang selama ni yang kita duk over thinking tu semua bukanlah urusan kita.  Semua itu adalah urusan Dia.  So awat kita duk susah - susah nak pikiak?  Buang karen,  buang masa.  Sampai duk jadi sugul tak pasai-pasai.  Kawan  - kawan duk rindu nak jumpa kita,  kawan-kawan duk mai nak celebrate birthday dengan kita,  kita duduk rumah duk nangis sorang-sorang.  Kesian kat kawan-kawan kita.

So bila kita dah bagi semua kat Allah barulah kita rasa ringan sangat badan dan kepala otak.  Dan bila otak dah relaks dan tenang barulah kita boleh pikiak benda benda lain yang lebih lojik dan sesuai dengan kemampuan intelektual kita sebagai manusia marhein.  Di saat otak dah relaks,  barulah kita sedar kat mana salah kita,  silap kita dan apa sebenarnya yang paling betul tapi kita duk berasa hebat sangat sampai kita tak pernah nak try cara itu.

Sorrylah aku duk feeling bagi ceramah panjang kat ampa.  And since ampa semua duk tertanya-tanya,  ya saya dah berhijab sekarang.  Insya Allah.  Gambar-gambar lama dulu yang sepsi macam Zilla Bakarin + Beyonce tu,  yang mana dah katop,  katoplah.  Tapi kalau duk ada,  biaq pi la,  itu masih sebahagian daripada diri saya.   So sapa-sapa nak sedekah tudung,  boleh PM saya.  MUAHAHAHAH nahariam tak malu mintak hadiah.

Sekian dahulu.  Love ampa semua.  And jangan over thinking.  

Happy Sebede Jumie Samsudin ke 30

$
0
0
Hello u olls semua,

Saja nak share gambar happy sebede I olls yang ke 30 yang disambut bersama anak-anak ayam kesayangan.  Terima kasih kepada anak-anak ku yang sudi menziarah I olls di kala sakit dan berada bersama ku ketika susah.  Mendengar ketika aku berkisah dan menahan apabila aku mencarut.

Juga kepada u olls semua yang sudi menyampaikan ucapan selamat dan salam kepada I olls.  Thank you so much dan saya pun doakan yang baik baik juga untuk ampa semua.

Love,

JS


Gambar En Khafi menyuapkan kek kepada  I olls. Sorryla muka I olls agak kusam sebab I olls tak berapa sihat masa ni.


click read more




Mereka yang suka belanja makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit. 

Mereka yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.
 

Mereka yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.
 

Mereka yang sukarela membantu anda, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat anda sebagai seorang sahabat.
 

Mereka yang selalu wassapp anda, bukan kerana mereka takdak benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.
 

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
 

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...
 

Satu hari anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,"Siapa mereka semua tu?"
 

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
 

"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."
 

#syukur #30

 Delicious kek dari Noreena Bake with Love.

Mee kuah meletops from Chef Nizal Ashriff.  Terima kasih tolong masak di kala aku duk sakik.


 

Sesi potong kek sambil di tengok oleh Manyara Sarafina.


Bersama Ezal and Kak Maya.

Detu hang ujung paling kanan.  Nama dia Fun.  Selalu duk tuntut aku cerita pasai dia dalam blog aku.  Insat....nak tulih apa tak tau pasai dia.



Pose with anak-anak semua. 





Posing bersama suami tercinta dan dikacau oleh Arafat lalat taik.


Ulasan Filem Fifty Shades of Grey

$
0
0
Thanks kepada anak-anak ayam ku yang gigih mendownload filem ini untuk ditonton oleh I olls.  Katanya filem ini amat dinanti-nantikan oleh semua peminat buku tersebut.  I olls pun feelinglah seronok nak tengok filem ini walaupun I olls tidak pernah membaca bukunya.  Maybe sebab i olls amat mudah terpengaruh dengan sogokan iklan dan juga promosi yang dicanang-canang oleh pihak media.




Kepada U olls yang tak tau tentang filem ini,  filem ini diinspirasi daripada novel yang ditulis oleh seorang novelis wanita bernama E. L. James.  Novel bergenre erotik ini mempunyai 3 siri cerita (trilogy) yang dimulakan dengan Fifty Shades of Grey,  seterusnya Fifty Shades Darker dan Fifty Shades Freed.  So tiga-tiga buku dah release keluar.  Now filem baru keluaq satu.  Nanti dia keluar la lagi dua.  Kerlas.


click read more



Filem Fifty Shades of Grey dimulakan dengan Anastasia seorang pelajar sastera perlu menggantikan housemate beliau pi interview seorang lelaki kaya bernama Christian Grey untuk majalah university depa.  So,  masa interview tu Anastasia pun berkenalan dengan Christian Grey ni la.  Macam mana ka,  Christian Grey ni macam syiok kat Anastasia so dia pun duk mengorat Anastasia semua.  Pastu,  Anastasia baru dapat tau yang Christian Grey ni mempunyai keinginan seks yang berlainan itu BDSM.

So lepas buat agreement dan disusuli dengan perbincangan depa capai persefahaman Anastasia pun  merelakan dirinya di-BDSM oleh Christian Grey.   So di akhir filem ini,  akhirnya Anastasia rasa kecewa dengan hubungan dia dan Christian sebab dia merelakan Christian buat macam-macam kat badan dia (seksaan BDSM) tapi Christian tak membenarkan dia untuk menyentuh Christian dengan cara yang normal.  Dia rasa sangat pelik dan confused,  so dia decide untuk tinggalkan lelaki itu.

Kepada sesiapa yang tak berapa biasa dengan topik erotik,  aku harap ampa bersedia dengan hati dan minda terbuka masa nak tonton filem ini.  I olls juga terasa sangat pelik and membuat beberapa bacaan tentang cara hidup golongan yang mengamalkan kehidupan seksual BDSM.  Memang menakutkan,  pelik,  seram dan ngilu.  I wonder kat Malaysia ada tak komuniti ini?  Mesti ada punya aih!!

Tapi aku bukan nak cerita pasai hubungan BDSM ni salah ka betui.  Aku tidak pakar dalam bidang ni.  Tapi aku nak cerita berdasarkan apa yang aku tengok dalam filem ini.

Seminggu lepas filem ini dikeluarkan,  rata-rata memberikan rating bintang yang amat rendah dalam laman review filem.  Kadang-kadang bila buku tu ditulis dengan terlalu best so pembaca harap something yang terlalu tinggi.  Dan semestinya garapan cerita dalam bentuk filem adalah lebih terhad berbanding imaginasi pembaca melalui buku.

Bagi I olls,  dua pelakon utama dalam cerita ini iaitu Jamie Dornan and Dakota Johnson adalah amat okay.  Takdaklah hebat sangat apa ka.  Tapi takdak rasa macam nak penampaq bila tengok depa dorang berlakon (contoh yang aku nak penampaq adalah hero and heroin Twilight tu).

Aku suka depa pilih Jamie Dornan sebagai Christian sebab dia actually takdak la hemsem plastik ataupun hemsem sampai nak tahap 'gay' dah.  Dia actually muka jantan.  Muka boleh nak pukul-pukul ni.  Dakota Johnson pulak muka style inesen-inesen.  Kulit cantek ni,  takyah make up tebai-tebai.




Berkenaan dengan kisah cinta depa pulak,  bagi i olls adalah sangat cliche la.  Pompuan biasa inesen tak tau apa-apa virgin apa semua,  tiba-tiba lelaki kaya raya mau kat dia.  Pastu mengorat bagi bunga,  hadiah macam-macam,  dating ke tempat misteri naik helikopter la apa semua.  Aiyooooo...semua semua fantasi semua ponen dan juga wanita sendu.  Duk feeling jantan perfect hemsem kaya mau kat depa dan layan depa macam ratu anai-anai.  Part awal-awal ni memang aku tak berapa nak boleh belah sikit la.




So pelan lama bila depa makin duk discover pasai diri depa baru topik-topik hubungan tu lebih besar dan kompleks dan tidak focus kepada hubungan dengan lelaki kaya tu sahaja.  Christian Grey memang mempunyai karakter yang pelik.  Dia suka mengarah,  bossy dan pada masa yang sama very the over protective dan penyayang.  Paling aku tak boleh blah masa depa pi coffee,  Christian beli coffee dan muffin siap-siap kat Anastasia.  So bila pompuan tu duduk ja,  dia kata "Minum ni...makan ni...." Aiiiyoo.  Kalau laki aku mampuih deni nanti kena maki dah dengan aku.  Awat duk bagi arahan apa semua aku nak makan ka,  minum apa semua.  Biar la aku nak makan macam mana pun.  Habih hang dah beli mesti la aku makan,  takkan aku nak tebuk kek tu buat anak tudung.


Berkenaan dengan adegan seksual,  entahlah mungkin aku tak baca buku dia,  bagi aku adegan erotik dalam filem ini adalah tidak keterlaluan.  Sebab depa pun dah cut banyak daripada apa yang ditulis dalam buku.  Kalau digabung semua,  adegan seksual dalam filem ini tak sampai 15 minit pun.  Bagi saya,  filem The Wolf of Wall Street adalah lebih biadap seks nya berbanding cerita ini.

Tak sabar nak tunggu lagi dua filem yang akan merungkai kisah cinta dua orang ini.

ps/  I suka semua runut bunyi bagi filem ini!

Resepi Baked Spaghetti Meatballs by Chef Nizal Ashriff

$
0
0
Hello u olls semua,

Dah lama tak share resepi masakan kat blog I olls.  Sebab memang dah jarang masak.  Setakat masak yang bodo-bodo seperti sambal ikan bilis,  takkan tu pun nak tulis kat blog.  Macam daoh-daoh pulak. Oleh itu,  hari ini nak share I olls belajar memasak Baked Spaghetti Meatballs daripada Chef Nizal Ashriff.  Seronok la ada kawan-kawan yang pandai masak apa semua ni.  

Saya nak share resepi ini sebab bahan-bahan yang digunakan adalah mudah,  murah dan senang untuk dibuat.  Sesuai untuk melahap sendiri di rumah ataupun apabila tetamu mai.  Sebab kita boleh letak dalam freezer and baked benda alah ni bila tetamu kita mai.

Im sure ada banyak lagi resepi seumpama ini yang menggunakan bahan-bahan yang lebih meletops-letops.  Tapi resepi ini adalah paling asas dan ampa semua boleh try tanpa membuat salah.  Kepada yang dah terror -terror boleh la nak improvise resepi ni jadi lebih meletops.

Jom try!!

Baked Spaghetti Meatballs by Chef Nizal Ashriff


click read more





Bahan-bahan untuk meatballs  

800 g daging kisar 
200 g biskut cream crackers yang telah dikisar
2 biji bawang Holland yang dicincang
2 biji telur

Sedikit dried oregano 
Sedikit butter (untuk saute bawang)
Lada hitam (grind / tumbuk)
Garam 
Serbuk perasa
Daun sup dan daun bawang

Cara-caranya  :

1.  Panaskan kuali,  cairkan sedikit butter.  Saute bawang Holland yang telah dicincang sehingga bawang menjadi jernih.  Angkat bawang bila dah siap.

2.  Dalam bekas yang besar,  gaulkan daging (make sure dah defrost ya),  bawang yang telah disaute,  serbuk biskut cream crackers,  telur,  dried oregano,  lada hitam,  garam,  serbuk perasa dan daun sup dan daun bawang.  Gaul rata dan biarkan seketika untuk marinate.




3.  Ambil daging tu dan buat bulat-bulat.  Ikutlah size yang sedap rasa ampa. 

4.  Dalam flat pan,  cairkan butter,  dan masukkan meatballs.  Pusing apabila nampak kesan garing.  Masak untuk 5-7 minit sahaja.  Tak perlu masak penuh,  sebab nanti kering tak sedap.  Nanti kita pun nak baked lagi.















Bahan-bahan untuk spaghetti and tomato sauce

125 gram butter
4 bawang holland dicincang 
5 biji tomato merah dicincang
2 biji bell pepper / Capsicum dicincang
1 tin besar tomato puree Ayambrand (430g)

1 pack spaghetti
1 pack mozarella cheese yang telah dikisar
Sedikit tomato sos (Kimball / Maggi)
Sedikit dried oregano 
Lada hitam
Garam 
Serbuk perasa
Daun sup dan daun bawang


Cara-caranya  :


1.  Panaskan butter dalam kuali.  Saute bawang Holland hingga bawang menjadi jernih.


2.  Masukkan tomato dan bell pepper yang telah dicincang.  Gaul hingga sedikit layu.

3.  Masukkan tomato puree,  sedikit tomato sos,  dried oregano,  lada hitam,  garam dan serbuk perasa.  Biarkan mereneh.


4.  Masukkan meatballs dan gaul rata.  Last sekali masukkan spaghetti yang telah direbus dan gaul rata.



6.  Masukkan spaghetti dan meatballs ke dalam dulang timah berbentuk bulat.  Taburkan cheese mozarella ke atasnya.  Bakar dalam ketuhar pada kepanasan 200-250 darjah celcius untuk 15-20 minit. 

7.  Tabur daun sup dan daun bawang sebagai hiasan dan aroma.



S E L A M AT   M E N C U B A

Resepi Tortilla Wrap by Chef Dr. Hafizal Kun

$
0
0

Hello u olls semua,

Resepi seterusnya diajar oleh kawan I olls iaitu Chef Dr.  Hafizal Kun.  HAHAHAh kerlass dah Dr....chef pulak.  Diala duk ajar buat benda ni kat I olls.  Idea resepi ini amatlah mudah sesuai untuk makan-makan di rumah ataupun bawak pi picnic.  

Apa itu tortilla?

Tortilla adalah sejenis roti leper yang diperbuat daripada bijiran tepung gandum.  Ada juga resepi asal yang menggunakan tepung jagung.  Asal usul roti ini adalah dari Mexico.  Ampa jangan duk samakan dengan capati pulak.  Sebab capati diperbuat dari tepung attha dan dia lembut dan lemak rasanya.  Tortilla ni rasanya macam kering sikit dan kenyal.  



Kalau ampa pi Subway,  McDonalds or KFC memang ada kan depa jual beberapa hidangan wrap ni.  Ada yang bubuh daging,  sayur,  salads dan ada yang bubuh nasik.  Cheese dan beberapa jenis sos ditambah untuk menyedapkan lagi rasa.  Terpulang kepada selera masing-masing.

Cara menyediakan tortilla bread ni senang sangat sebab kat Malaysia ni memang dah ada tortilla wrap yang dah siap bertajuk Mission.  Kita balik dan bakar sikit atas kuali leper / tempat masak burger tu.  Tak perlu tambah minyak / butter.  Just bakar atas kuali tu sampai sedikit brown.  VOILA.  Dah siap!

Pelbagai jenis wrap oleh jenama Mission.


Nak makan dengan apa?

Apa yang Chef Dr.  Hafizal Kun ajar I olls adalah,  basic sekali kena ada cream cheese spread dan sos cili jenama Lingam.  Sayur dan isi-isi lain kita boleh reka ikut kesukaan kita sendiri.  Kadang-kadang lauk-lauk semalam yang tak habis pun kita boleh improvise bagi jadi isi untuk tortilla wrap kita.  


Jom baca ideas Tortilla Wrap untuk ampa semua menerai.



click read more



Bawang.  Yang ini i hiris halus-halus (taklah haluih mana pun) pastu i tabur sedikit gula dan perah sedikit perahan lemon.  Kacau sebati.  Buat macam ni untuk bagi hilang sikit dia punya pedas.  


Ambil jagung segar.  Potong bijinya dan rebus (atau steam).  Ikut mana ampa rajin.  Pastu gaul dengan sedikit mayonis.  Jangan lupa garam dan lada hitam sebagai perisa.




Cara nak balut  :

1.  Sapu cheese cream kat atas tortilla. 

2.  Bubuh sayur-sayur dan juga hotdog.

3.  Pastu gulung la.  


Yang ini,  i bubuh salad dan sardin dan sedikit bawang.  Dapppp!!


S E L A M A T    M E N C U B A

Kursus Pengucapan Awam bersama Ahmad Fetdri Yahya

$
0
0
Hello u olls,

Semalam saya berkesempatan untuk bertemu dengan seorang yang tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan TV3 iaitu Encik Ahmad Fetdri Yahya.  Nama yang tidak asing dalam bidang pengacaraan formal.  Setelah mendapat perkhabaran bahawa pihak Pusat Transformasi Insan USM akan menganjurkan kursus bersama insan ini,  aku cepat-cepat mendaftar nama dalam sistem online dan alhamdulillah dalam ramai-ramai yang memohon,  aku telah terpilih untuk menyertai program ini.


Gambar sumber IG Azreen Fara





AIIYOOOOOOOOOOOOOOOO!!  Tiba-tiba starting pun nak jadi formal macam mana ka sebab rasa macam aura beliau sangat kuat untuk mengajak saya bercakap dalam bahasa Melayu tersusun dan formal.  (Habislah semua bahasa pondan aku semua mampuih).

Takpa,  kalau ampa nak suruh aku formal.  AKU BOLEH.  Satgi ampa akan terpegun pulak melihat kecantikan dan butir perkataan yang keluar dari mulut aku yang membuatkan rupa aku persis NORMALA SAMSUDIN.  So baik aku cerita style aku lah.  Ampa kan suka carut aku!! *kami tak mau baca blog Jumie dah sebab dia dah tak maki maki

Bahasa menunjukkan bangsa.  Bukan bangsa Melayu,  Cina,  India atau Kadazan.  Tapi bahasa menunjukkan hang ni bangsa kurang ajar ka,  bangsa bodo ka,  bangsa tak boleh diajar ka ataupun bangsa bijak pandai dan bangsawan.  Bahasa boleh menggambarkan keperibadian diri seseorang.

Apabila Ahmad Fetdri Yahya membuka mulut dan menuturkan kata-katanya,  aku terkesima.  Sebab dari cara dia bercakap aku boleh nampak dia seorang yang berilmu tinggi dan luas pengalamannya.  Namun dari pilihan kata dan frasa,  intonasi dan gerak badan,  dia aku nampak sebagai seorang yang sangat rendah diri dan biasa.  Sebab tu aku sangat tertarik untuk dengar apa yang dia nak cakap.  Apa sahaja perkataan bombastik yang keluar dari mulut dia,  aku duk catat atas kertas nota.

Gagasan minda - mind map,  dwipangkah - hashtag,  slash - garis mereng,  infomania,  dosa-dosa dalam pengucapan,  sihir pengucapan,  teknik pelarian dan banyak lagi antara ilmu ilmu yang aku pelajari hari ini.  Tapi seperti yang dia ingatkan,  untuk jadi seorang pengacara / pembicara / penulis yang baik,  ada 5 rukun.  Rukun pertama,  rajin membaca.  Rukun kedua,  rajin membaca.  Rukun ketiga,  rajin membaca.  Rukun keempat,  rajin membaca.  Rukun kelima,  rajin membaca.

Siriesly aku sangat enjoy kursus ini kerana acapkali,  bila kita nak hadiri program perkongsian ilmu dengan nama-nama besar,  tapi pengisian ilmu intelektual yang dikongsikan tidak sama besar dengan nama yang dicanangkan.  Aku selalu kecewa.  Sebab tu aku selalu memilih.  TAK SEMESTINYA NAMA HEBAT,  PENGISIAN TU BAGUS.

Actually sesi perkongsian antara kami warga USM dengan Ahmad Fetdri Yahya boleh berjalan dengan lebih menarik dan meletops lagi tapi tak salah kalau saya cakap,  most of the audience yang hadir pada kursus sebentar tadi tidak bersedia dan hanya hadir atas sebab 'boss suruh' atau sebab 'Ahmad Fetdri Yahya".  Banyak kali peserta tidak bersedia dengan tugasan mudah yang diberikan oleh penceramah dalam sesi perkongsian ilmu ini.  So suasana jadi 'krik krik' dan ilmu yang boleh ditujahkan seolah-olah tersekat oleh respon yang tidak memberangsangkan.

Sekian sahaja perkongsian daripada I olls.  Kepada u olls semua,  kalau nak jemput Ahmad Fetdri Yahya bagi talk...SAYA AMAT MENGREKEMENKAN!!

Nampak dak apom colour hijau and pink?



ps/  seronok jumpa pembaca pembaca blog JS yang selama ni duk jumpa senyum depan PC sahaja...heheeh Ainol...meletops na ampa!


Jom beli Buku #88lovelife

$
0
0

#88lovelife book merupakan buku ilustrasi tentang pemikiran, kehidupan & CINTA.

A lot of good energy ada dalam #88lovelife yang kiut dan dijamin best gila ni!  Takdak di mana-mana bookstore di Malaysia, #88lovelife diterbangkan khas dari Indonesia untuk uolss.

So, please spread positive vibessss to others!

88lovelife_penang bagi uolls the best price for this best book!







Jom follow Instagram

@88lovelife_penang
@88lovelife_penang
@88lovelife_penang
@88lovelife_penang
@88lovelife_penang


DAN WhatsApp 012-2431597 untuk dapatkan AURA POSITIFFFF dalam diri uolss.

Why Me?

$
0
0
Assalamualaikum u olls,

Gitu mulakan artikel dengan salam.  Why not?  Sejahtera ke atas kamu semua.  Hari ini i nak buat catatan tentang persoalan yang sering bermain dalam kepala otak kita apabila berlaku sebarang kepincangan.

WHY ME?

KENAPA AKU?

PORKE?


click read more



Inilah juga persoalan besar yang bermain dalam hidup I olls sebelum ini.  Aku selalu tanya kat Tuhan,  WHY ME?  Pasaipa aku yang takdak anak?  Pasaipa aku tak dapat beli rumah lagi?  Pasaipa  aku tak kaya? Pasaipa aku tak dapat pi bercuti ke luar negara? Pasaipa aku tak dapat bawak kereta Honda?  Pasaipa blog aku tak ramai orang komen (saja carut ampa)? Dan macam-macam persoalan WHY ME yang selalunya menjurus kepada kekecewaan hidup aku sendiri.

Persoalan itu sebenarnya menekan aku sendiri.  Aku marah pada orang sekeliling aku.  Aku marah pada family aku,  aku marah pada mak bapak aku,  aku marah pada suami aku,  aku marah pada diri aku sendiri.  Dan aku marah pada Tuhan.  Aku salahkan semua ini padaNya.  Aku kata,  semua ini adalah permainan dariNya yang hanya suka melihat aku aku jatuh dan sedih.

And okay fine!!  Bila Dia sendiri buang aku dan seksa aku.  Pasaipa aku nak kena cari Dia lagi?

Aku pendam dan pendam akhirnya menjadi bara api kuat dalam hati.  Aku jadi neglectful dan ignorance.

Then satu hari....masa aku dah betul-betul sesat dalam kegelapan prasangka dan hanyut  dalam lautan ego aku sendiri.  Akhirnya aku terjumpa satu lagi soalan,  WHY CANNOT ME?  IS IT OKAY IF ITS SOMEBODY ELSE? (Pasaipa tak boleh aku?  Adakah okay kalau orang lain yang kena?)

Ada satu panahan petir terpanah kat kepala otak aku.  Macam satu kuasa mejik yang masuk terus mengalir dalam urat-urat saraf.  Tiba-tiba aku terus boleh nampak jalan yang terang. Dan aku rasa macam aku dapat satu life jacket yang boleh selamatkan aku dari terus hanyut.

Barulah aku sedar bahawa selama ni aku duk buang masa dan tenaga aku untuk persoalkan benda benda yang diluar tahap intelektual kepala otak aku sendiri.  Soal rezeki,  ajal,  maut itu semua urusan Dia.  Awat yang aku duk teruk-teruk duk pikiaq sampai nak jadi amarah,  panas baran dan bitter?  Serrnya diri aku bila aku ingat balik benda ni semua.  Awat besaq sangat kah diri aku sampai Dia tak boleh nak duga aku langsung?

Dan bila kita duk pi soal benda benda yang diluar kepala otak kita HAAAAAAAAAAA SILAP HARI BULAN BOLEH JADI AISHAH LIMA PULUH SEN.  Muka aku pun nak dekat sama dah dengan watak tu.  Pakai baju kaler-kaler sikit,  boh lipstick merah bagi tekeluaq-keluaq sikit teruih sebijik dah macam Aishah Lima Puluh Sen.  So kalau aku duk teruskan perasaan ini,  marah pada Tuhan,  tak mau terima qada dan qadar nenjiaaaaaaaaa esok ampa nanti tengok aku duk jalan telanjang dekat Penang Road.

Nasib baik,  aku dah jumpa jawapan itu.  Dan biarlah jawapan ini menjadi rahsia hati aku sampai mati.  Kuasa Tuhan sangat indah.  Siapa aku nak gambarkan?  Ampa sendiri pasti ada cerita hebat berdasarkan pengalaman sendiri.

Hari ini,  aku rasa macam 60 kilo lebih ringan.  Aku bersyukur sebab pada usia ini Dia bagi aku nampak jalan.  Aku harap aku dapat istiqamah dalam keadaan ini.   Aku nak ketenangan dan kebahagiaan.  Bukan penafian dalam mengejar benda benda yang selainnya adalah urusan susunanNya.

(BUKAN SOAL PAKAI TUDUNG YA!!  PAKAI TUDUNG ADALAH FIZIKAL.  TAK GUNA BUAT FIZIKAL TAPI SPIRITUAL HANG PINCANG)

Pengajaran untuk kita semua,  belajar untuk TERIMA dan bila kita dah boleh TERIMA barulah kita boleh keluar untuk MENCARI PERTOLONGAN DAN BIMBINGAN.  Kalau ampa duk menafi tak habis-habis dan duk sibuk hidup dalam ke-feeling-ngan,  tak guna nak pi cari pertolongan dan bimbingan sebab apa sahaja yang orang nasihat dan ajar.....macam tuang ayaq atas daun keladi.  Takdak satu pun akan melekat kat ampa.

This goes out to all of you di sana,  yang duk feeling awat aku gemok?  Awat aku dilahirkan berkote?  Awat aku takdak kerjaya meletops?  Awat kulit aku macam Lupita Nyonggo?  Awat laki aku tak romantis?  Awat kawan-kawan aku semua tak belanja aku bercuti ke luar negara sempena birthday?

Belajar dulu untuk terima hakikat hang duk gemok sebab hang sendiri pemalas dan takdak displin nak diet.

Hang dilahirkan berkote kerana YOU ARE SPECIAL!!

Kerjaya hang tak meletops tapi gaji hang halal.

Kulit hang cantek dan hang hanya perlu belajar untuk pilih warna foundation and teknik make up yang betul.  Warna kulit hang sebenarnya lebih meletops untuk pakai colour baju yang cantek-cantek.

Laki hang tak romantis tapi dia sayang hang sangat-sangat.  Duit gaji dia bagi semua kat hang.

Kawan-kawan hang mungkin tak mampu bawak hang pi luar negara tapi kawan-kawan hang baik dan setia sebab whenever hang gundah gulana depa selalu ada untuk dengar keluhan hati hang.

Benda ni semua macam senang sahaja aku nak cakap.  Sorrylah kalau aku salah.  Tapi ini yang aku dah buat dan lalui.  Aku tak mau persoal lagi benda benda besar seperti rezeki dan takdir.  Itu semua susunannya.  Aku cuma kena lebih sabar dan peringat balik pada diri sendiri,  awat duk kalut sangat.  Nak pi mana esok?

Aku juga baru realized yang sebenarnya Tuhan nak bagi kita sedih dan susah supaya bila kita kecapi bahagia,  kita akan teringat bagaimana rasa bila susah.  Cara kita nak rasa bahagia dan gembira mungkin akan berbeza sebab kita tak akan over excited hingga macam nak menunjuk-nunjuk sebab kita beringat,  orang lain juga mungkin duk susah dan kita pernah rasa susah itu.

Sekian sahaja, laporan daripada Ustanyah Jumizah untuk ampa semua untuk Jumaat yang meletops ini.  Semoga ampa semua always ceria dan rajin mengkomen blog aku agar nampak macam blog aku lebih meletops.

Bye semua!!

Terimalah gambar Ustanyah Jumizah mirip Kobitos.

Makcik Clubbing

$
0
0
Hello u olls,

Untuk pengetahuan ampa semua,  aku sangat suka makan SUSHI.  Sushi adalah makanan kegemaran aku yang terpaling aku suka di seluruh dunia dan alam semesta ini.  Kalau ampa bawak aku pi makan sushi secara otomatik mata aku akan bersinar-sinar dan bergegar kejelian macam katun anime Jepun.  Boleh dikatakan sebulan sekali aku akan pi makan sushi.  Dengan suami,  dengan Chin Chin or dengan sapa sapa kawan-kawan rapat aku yang suka makan sushi.

Ada satu kedai sushi ni yang paling dekat dengan tempat kerja aku.  Aku memang rajin duk pi kat sini lah dah nak masuk 7-8 tahun dah.  So pekerja kat sana memang dah familiar dengan aku.  Daripada yang duk kerja biasa,  last last dah jadi manager,  sampai ada yang dah kena transfer pi branch lain pun aku kenai depa semua.

So one day,  aku pi makan sushi dengan anak ayam aku bertajuk Fun.  Fun ni ponen la.  Dia pun suka makan sushi.  Kami pi makan sushi kat kedai yang aku suka ni.  Then bila dah duduk semua,  ada la aku nampak satu staff baru masuk kerja kat situ.  Dia pakai batch "IM NEW" gitu.  Dia macam dah kakak-kakak dari aku...so kalau untuk ampa yang muda muda ni dia dah macam makcik-makcik la.  Dia pakai tudung semua.  Dia mai nak serve kami.



click read more




Rupa-rupanya dia adalah kenal dengan Fun ponen ni.

"Hai....lama tak jumpa!! Duk pi lagi ka clubbing?" sapa makcik itu kepada Fun.

"Haaa....apa habaq?  Kerja sini ka lani?  Laa....lama dah tak pi clubbing dengan budak budak tu semua.  Last pi pun dua bulan sudah rasanya,"

AKU TERSENTAP SEKETIKA.  Dalam hati aku berkata -- nahariammmmmmmmmmmmmmmm makcik bertudung ni.  Duk pi clubbing ka!!! Deni mesti malam - malam duk pakai skirt dengan baju bulu bulu dengan kasut boot duk pi clubbing apa semua.

Sepanjang 2 minit tu,  aku pun duk dengarla depa duk cakap pasai kawan-kawan CLUBBING depa.

Aku senyum saja.  Dahsyat makcik ni.  Aku tak kisahlah kan kalau dia nak pi clubbing pun why not.  Tapi hang tu wanita bertudung,  cover - cover la sikit kalau nak bertanya u olls.  Lainlah memang hang sedia kala berpakaian ala-ala model baju renang.

Lepas dah amik order semua.  Aku pun tanya la kat Fun cepat-cepat.

"Wehs!! Hang duk pi clubbing dengan kakak ni ka??? Meletops pompuan kertu ni.  Tak padam tua...," tanya aku kat Fun.  Memang aku tau Fun duk pi clubbing pun sampai lani.  Sekali sekala bila feeling nak cari jantan.

"HAHAHAH hang rasaa????" Fun duk ronggah gelak dah depan muka aku.

"Mak ayam.....................ang tau dak clubbing apa yang kakak ni maksudkan?"

"Clubbing laa......"

"Haaa....memang la clubbing.  Tapi bukan clubbing Slippery Senorita ka Soho ka apa ka....clubbing HERBALIFE!!!"


Nahariammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....aku baru tau.   Aktiviti melepak di kelab kesihatan Herbalife di panggil CLUBBING.  Aku punya gelak la lepaih tu.  Tak pasai-pasai aku dapat dosa kering sebab pitnah makcik bertudung tu.  HAHAHAHAHA....sapa sini orang Herbalife???  Ampa menaknya teringin kan???
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>