Quantcast
Channel: JumieSamsudin.Com
Viewing all 1800 articles
Browse latest View live

Aydian Dowling Lelaki Transmen Yang Agak Cute

$
0
0
Gambar sumber Facebook.

Hello u olls semua,

Selalu I olls duk kongsi tentang kisah maknyah dan adik-adik.  Jarang I olls kupas tentang kisah abang tom,  pengkid or lesbian.  Hari ini I olls nak share tentang seorang abang tom yang sudah melalui transisi yang sangat hebat dalam hidupnya bernama Aydian Dowling daripada Amerika Syarikat.

Apa tu abang tom?  Abang tom adalah terma yang I olls guna merujuk kepada tomboy.  Perempuan yang berperwatakan lelaki dan mempunyai kecenderungan kepada perempuan lain.  Lesbian tak semestinya depa pakai lelaki ya.  Lesbian pakai tudung berlambak.  Hope u olls jangan keliru antara lesbian dan tomboy.

Okay jom cerita sikit pasai Aydian Dowling ni.


click read more





Here some of his pictures ciloks from his Facebook page.  Selamat merembeskan diri kalian semua.


Gambar yang difeature dalam FTM Magazine dimana dia tiru gambar kempen kesedaran kanser prostat oleh Adam Lavigne.


Gambar beliau dalam Men's Health voting page.

Anak-anak Ayam JS semua mesti duk menangis tengok gambar ni.






Meletopsnya dia.  




Gambar-gambar yang dikongsikan yang menunjukkan gambar dia masa duk woman lagi.

Nama Aydian mula naik apabila dia tercalon dalam pertandingan online untuk memilih wajah lelaki muka depan untuk majalah Men's Health.  Tak sangka selepas sebuah majalah trans-maskulin bertajuk FTM feature dia sebagai muka depan,  orang teruih start kenai dia dan duk vote dia dalam Men's Health punya voting pole pulak.  Lani dia duk ada pada tangga teratas carta.

Tapi aku rasa,  bukan sahaja sebab dia cute dan elok dan sebab tu kot la macam semua orang nak like dan vote untuk dia.  Tapi sebab apa yang dia dah buat untuk komuniti trans man seperti beliau sendiri.  Selain sebagai seorang vlogger di channel Youtube ALionsFears yang menceritakan kisah transisi hidupnya menjadi siapa dirinya hari ini,  dia juga adalah seorang usahawan fesyen di point5cc yang membawa mesej maruah seorang trans man dalam fesyen dan gaya.

Actually perniagaan ini bermula apabila dia sedang mencari sumbangan dana untuk menanggung kos pembedahan membuang tisu payu dara beliau pada tahun 2012,  tapi setelah pembedahan itu selesai,  dia teruskan juga perniagaan ini dan hasil sumbangan dan keuntungan dari laman web ini disalurkan kepada individu LGBT yang memerlukan bantuan untuk menjalankan pembedahan atau rawatan.

Melalui website ini juga,  dia telah memulakan program sumbangan binder (bengkong) ataupun breast form bra (baju dalam) yang disalurkan kepada semua individu transgender yang memerlukan  secara percuma.  GILA RESPEK!!

Aku rasa orang start voting untuk dia sebab dia adalah seorang yang bekerja kuat untuk capai apa yang dia impikan,  dia seorang berani dan cekal dan paling utama sekali dia sangat baik hati.  Hanya dia tau betapa susahnya transisi yang ditempuhi selama ini dan sebab itu dia nak ringankan bebanan yang ditanggung oleh insan LGBT yang lain.

Aku harap tak lama lagi Ellen Degeneres akan interview dia tak lama lagi. 

Ampa boleh check out dia punya wesbites / social media pages kat sini  :

Facebook  :  Aydian Ethan Dowling

Youtube :  ALionsFears

Website Meniaga Online  :  point5cc

Kalau ampa nak vote dia boleh click sini  :   Menshealth.com




ps/  nantikan Buku Panduan Maknyah by Regina Ibrahim tidak lama lagi :)

Buku Panduan Maknyah by Regina Ibrahim

$
0
0

Tentu u olls dah baca dak pasai kisah Aydian Dowling kat blog I kan?  Seorang transman yang meletops!!

Cerita beliau mengingatkan kita pada kisah fiksyen PERJALANAN yang menceritakan cerita hidup Rozila yang melalui pelbagai kisah suka duka sebagai seorang wanita transgender.  Walaupun watak Rozila itu adalah fiksyen tapi setiap penceritaan dalam novel yang digarapkan oleh Regina Ibrahim adalah realiti kehidupan maknyah di Malaysia.  Kata Mama Regina kepada ku,  kisah Rozila adalah himpunan kisah-kisah benar dari teman-teman transgender yang mama kenali.

click read more




Nak kumpul duit untuk mengubah genetalia bukan satu soal mudah untuk seorang transgender di Malaysia.  Ditipu,  pengorbanan,  kesusahan,  keperitan,  penghinaan dan macam-macam soal lagi yang seringkali berkait rapat dengan soal yang paling besar iaitu soal dengan Tuhan.

Di negara ini,  tidak ada badan sah yang memberikan panduan yang betul untuk anak-anak transgender.  Oleh itu golongan ini sering disisihkan dan ada kalanya terperangkap dalam sangkar penafian ibu bapa.

Adalah satu impian besar Mama Regina untuk terbitkan buku MAK NYAH.


Mama Regina dah lama menulis catatan buku ini.  Buku Panduan Mak Nyah ini bukan untuk mengajar anak-anak lelaki menjadi ponen.  Berpakaian wanita dengan memasang bulu mata pelasu.  Memegang falsafah mudah "Budaya Mak Nyah ini,  disokong jangan,  dihina pun jangan," buku ini sebenarnya adalah sebuah buku bukan akademik yang boleh dirujuk oleh pengamal perubatan,  ibu bapa,  pendidik malah sesiapa sahaja yang selama ini diselubungi pelbagai persoalan misteri tentang dunia mak nyah.

Tak sangka,  Mama Regina bagi aku penghormatan dengan menyerahkan naskah ini dalam tangan aku dan Ezal untuk proses editing awal dan mencari penerbit yang sudi menerbitkan buku ini.  Tak salah aku,  pada awalnya ada lebih dari 50 bab.  Aku baca dan susun semula bab ini agar lebih sesuai untuk pembacaan dan rujukan.  Bermula Oktober 2014,  alhamdulillah buku panduan Mak Nyah by Regina Ibrahim akan diterbitkan bermula 24 April 2015 pertama kalinya di Pesta Buku Antarabangsa PWTC.  Ampa boleh baca kat sini  :  Terfaktab

Terima kasih diucapkan kepada pihak Terfaktab Media yang sudi memberikan peluang besar ini kepada Mama Regina!!  Semoga penulisan ini akan memberikan manfaat kepada lebih ramai orang!  So ampa semua,  jangan lupa untuk beli buku ini nanti secepat mungkin!!  Stay tune kat Facebook I olls and Mama Regina Ibrahim,  kami akan announce untuk link belian online.

Gambar kenangan I olls dan Mama Regina last Oktober di rumah beliau.  Selamat tinggal Oktober

Baju Melayu Hipster by Zery Zamri

$
0
0
Hello u olls semua,

Sekarang ni semua orang sedang memaki hamun dan menyumpah seranah koleksi rekaan fesyen baju Baju Melayu Hipster by pereka tempatan Zery Zamri.  Im sure ampa masuk nak baca blog aku hari ini dengan harapan aku akan memaki beliau jugak.  Sorry u olls,  aku mungkin akan menghampakan kalian semua.


click read more




Actually i have nothing to maki him.  Bagi I olls,  koleksi beliau adalah berani,  funky dan vibrant. Namun,  mungkin rekaan dan potongan koleksi ini adalah terhad untuk bentuk tubuh tertentu sahaja.  Untuk u olls yang bertubuh badan labu kundur adalah tidak sesuai mengenakan koleksi ini.  Mungkin mereka yang berbadan cantek,  buffed,  worked out adalah lebih sesuai untuk potongan seperti ini.

And yes,  saya setuju dengan komen seorang teman I olls,  apa yang ditawarkan dalam koleksi ini bersifat trendy, so trend fashion tidak bersifat kekal.  One day,  trend ini sudah tidak sesuai lagi.  Lepas 5 tahun,  mungkin u olls akan ketawa melihat gambar u olls berposing sakan dengan koleksi Baju Melayu Hipster by Zery Zamry.

Pada I olls,  baju melayu adalah baju kebanggaan dan lambang jantan Melayu.  Potongannya biarlah kekal klasik dengan rona warna lelaki sejati.  Unsur 'fancy' pada fesyen jantan Melayu ini akan terlihat canggung apabila dipakai untuk majlis rasmi seperti masuk istana,  mengadap sultan,  urusan kerajaan dan sebagainya.  Harap ada memberi perhatian kepada pendekatan ini kerana saya pasti selepas langkah berani Zery Zamry,  pasti lebih ramai pereka tempatan yang akan tampil membawakan rekaan pakaian Melayu yang lebih funky dan berani.



Gambar sumber Zalora.




Salute untuk Zery Zamri atas keberanian ini.  Bagi saya apa yang sedang dilalui oleh beliau (komen-komen negatif daripada rakyat Malaysia) lebih kurang sama dengan apa yang dilalui oleh Coco Chanel,  pereka fesyen wanita yang berani menampilkan rekaan fesyen bebas belenggu tetulang bengkung yang menjadi kemestian pada pakaian wanita yang penuh renda pada awal kurun 20.

Cuma saya harap Mr.  Zery tidak meletakkan hashtag senda terhadap pemerhati fesyen tempatan seperti #akuyangjualkoyangpanas #takpaksabelipun #kalausukabeli #taksukadukdiam #barutahuMELAYUmacamana #PHD.  Buang masa layan all those negativity. Classy bangsawan people dont talk trash.  Persetan apa depa nak kata.

Now that Baju Melayu Hipster by Zery Zamri dah keluar Zalora,  tepuk dada tanya selera.  Seperti caption Zery dalam IG beliau "Cutting sebenar tidalak sekecil yang disangka dan anda boleh ke catalog Zalora untuk mengetahui lebih berkenaan size chart.  Tiada masalah untuk dibawa solat,  rukuk mahupun duduk tahiyat.  Jika mahu kecilkan atau sentengkan anda bolehlah alter sendiri.  Fabric yang digunakan pula membuat anda selesa dan tidak panas sesuai dengan cuaca di Malaysia"
Pada harga RM509 dan ke bawah,  bagi saya tawaran ini adalah berpadanan.    Kalau beli kain dan upah,  lebih kurang gitu juga hendaknya.

ps/  sayang sekali laki aku tak reti nak pesyen-pesyen funky ni semua.  Kalau dia suka,  aku pun dah beli selai kat dia.  Baru-baru ni aku tunjuk Jubah Leater Farhad kat dia,  pastu aku kena maki sedaih  "Hang tau kan aku tak reti pakai macam ni semua????  Hang tok sah duk buang duit," #ustanyahsentapdisebelah


Zalora link  :  HIPSTER BY ZERYZAMRY TRADITIONAL WEAR FOR MEN

Testimoni Pengguna Dermalite Comedone Control Essence April 2015

$
0
0
Hello u olls,

Berikut adalah testimoni daripada 3 orang pelanggan yang membeli produk Dermalite Comedone Control Essence dan menggunakan produk ini bermula Jan dan Februari 2015 yang lalu.  After 2-3 months kesan penggunaan produk professional skincare ini memberikan kesan yang amat baik.  


BEFORE
Nurul Iman,  my anak menakan menggunakan produk ini sebab dia mempunyai masalah jerawat batu yang agak teruk.  Tanpa make up,  jerawat batu dengan nanah dan berdarah membuatkan dia kurang keyakinan.



NOW
Nurul now lebih yakin.  Gambar ni kami rakam last weekend (19 April) She is so happy sebab now tak perlu nak make up tebal-tebal untuk tutup cela pada wajah.  Gambar ini tidak diedit ya!!




Ms Fara,  Penang
Gambar testimoni daripada seorang pelanggan yang telah membeli Dermalite Comedone Control Essence pada Februari 2015 yang lalu. Alhamdulillah after 2 months, kesan jerawat mulai hilang dan jerawat pada bahagian sudah terawat dan tiada lagi jerawat baru.




Zul,  Penang

Berikut adalah gambar testimoni seorang pelanggan kami yang memakai produk Dermalite Comedone Control Essence sejak Jan 2015. Jerawat pada pipi kat hidung sudah terawat. Hidung beliau sudah bebas jerawat dan white/black head.  And he is still in his first bottle. Bulan depan baru nak beli second bottle.  Im so happy because produk ini memberikan kesan baik pada pengguna.





Dermalite Comedone Control Essence 
O P E N F O R O R D E R now!

Helps in improving the complexion and texture of the skin with regular use.  Highly recommended for oily and ance prone skin.  

Best for 
∆ Oily skin
∆ Acne / Pimples
∆ Reduce white and black heads

Cara Pakai Yang Sangat Mudah

1. Basuh muka dengan pencuci muka dan pakaikan toner / penyegar kulit. (Produk pilihan peribadi pengguna).

2. Titikkan 2 - 3 titik Dermalite Comedone Control Essencepada tapak tangan yang bersih.

3. Menggunakan jari, sapukan Dermalite Comedone Control Essence pada bahagian bermasalah seperti tepi hidung (kawasan yang sangat banyak white head), kawasan T zone, dagu dan kawasan yang selalu ditumbuhi jerawat.

4. Kalau ada jerawat baru nak tumbuh / pecah, sapu juga kat situ.Biar for 30 seconds to 1 minute untuk pastikan Dermalite Comedone Control Essence menyerap ke dalam kulit.

5. Teruskan dengan pemakaian krim pelembab / pelindung sinaran UV atau BB Cream.Ulang step ini setiap kali u olls basuh muka. Paling bagus pakai 3 kali sehari.

5. Selepas nampak perubahan, boleh kurangkan penggunaan kepada 2 hari sekali, kemudian sehari sekali dan akhirnya sehari sekali hanya pakaikan apabila memerlukan (apabila jerawat tumbuh).

6. Satu botol kecil (15 ml) boleh bertahan hingga 4 - 6 bulan. Bergantung kepada kekerapan penggunaan.



Harga

RM160 untuk size 15 ml
RM269 untuk size 30 ml

(termasuk penghantaran seluruh Malaysia)



Cara Pembelian

1. Watsapp ke +6012-413 0060 (Nama, no telefon dan alamat penghantaran). PLEASE DO NOT CALL.

2. Maklumat no akaun akan diberikan untuk tujuan pembayaran.

3. Hantarkan bukti pembayaran melalui Watsapp untuk tujuan semakan.







Shopping with KANKRISHX Urban Definition of Style

$
0
0


Adakah anda seorang stailista ? Mahu sentiasa kelihatan 'presentable' dan 'up-to-date' dengan fesyen terkini ?

Tetapi pernah kah anda merasa harga yang dibayar itu tidak berpatutan dgn fesyen yg ingin dimiliki ? Usah risau lagi !

Segala permasalahan fesyen boleh selesai dgn adanya Kankrishx : Urban Definition of Style !

Kami menawarkan pelbagai jenis barangan fesyen dari dress / blouse / tops / bags / ear rings / danglers / heels / pumps dan banyak lagi item menarik !


Dress Up, Girls
Every piece of cloth is just RM 30.



Pretty on Ears
Grab any 3 for just RM 10. Every prices are excludes postage charges. PM me for details




Dazzle, Oh Wonder

Variety types of accessories and jewelries with reasonable and valuable prices. Fashionable and trendy ! All the prices and details are mentioned on each photos. All the prices are excluded from postage fees. Happy Shopping !



Walk the Streets

Variety types of foot wears which reasonable and valuable prices. Fashionable and trendy ! All the sizes, prices and details are mentioned on each photos. All the prices are excluded from postage fees. Happy Shopping !~



Carry on Fun

Updated about a month ago
Variety types of bags & wallets with reasonable and valuable prices. Fashionable and trendy ! All the prices and details are mentioned on each photos. All the prices are excluded from postage fees. Happy Shopping !



Dan yang lagi spesial ialah barangan kami semuanya di bawah harga RM50 sesuai dgn bajet anda. Malah kami juga tawarkan tips fesyen dan 'dos and donts' sewaktu memilih sebarang fesyen!

Untuk maklumat lanjut boleh visit page kami spt di bawah:

Instagram (@kankrishx)

Facebook (Kankrishx : Urban Definition of Style)

No tel : 010-7179793

Emel : throughmyperception@gmail.com

KANKRISHX Urban Definition of Style
INSTAGRAM CONTEST


Giveaway to the LUCKY FOLLOWER!


We are rewarding our customer with suprise and exclusive gift.


Just follow our simple steps below.


1.Follow our IG @kankrishx

2.  Print screen / Screenshot out IG page and repost it to your IG and tag us,  @kankrishx

3.  Tag minimun 10 friends of your in the pic

4.  The maximum likes will have higher chances in the winning our exclusively awesome prizes!

Last date of competition  :  15 MAY 2015

Pilihan Pakaian Muslimah di Piece Of Fabric

$
0
0


Buat kaum hawa,  anda masih berT-shirt lengan pendek? Masih mencari T-shirt muslimah dan sopan tetapi mampu milik?  Kami di Piece Of Fabric menyediakan pilihan pakaian muslimah yang sangat sesuai untuk digayakan sama ada secara kasual atau formal.

Piece Of Fabric sudah hampir 2 tahun menjadi reseller baju muslimah HARGA PATUT dan MAMPU MILIK. Dalam tempoh ini juga, ramai sahabat handai serta kenalan kami telah berhijrah untuk tampil berpakaian lebih sopan dan manis. Pakaian muslimah yang ditawarkan adalah dalah lingkungan harga RM32 sehingga RM119.

Fabrik yang digunakan sangat selesa, tidak panas, tidak luntur warna dan tidak memeri selepas dibasuh berkali-kali. Cetakan yang kemas dan tidak terkopek atau merekah walapun setelah 2 tahun memakaianya. Pendek kata, pakaian yang dijual tahan lasak dan tahan lama! Wah berbaloi-baloi kan?


Jom follow kami di Facebook  :



Jom tengok antara produk-produk yang kami tawarkan  :


T-shirt muslimah (biasa)
Material: TC26 180G
Harga: RM32 ~ RM37


Kain tidak jarang dan tidak memeri selepas dibasuh pakai berkali-kali
Corak cetakan dengan tema yang manis dan menarik
Design ‘patch’ yang menggabungkan warna-warna yang sedap mata memandang
Didatangkan dgn design tangan cekak (getah) yang selesa dipakai atau loose


Jom follow kami di Facebook  :






T-shirt muslimah (mesra menyusu/BFF Friendly)
Material: TC26 180G / 100% cotton combed 205
Harga: RM45 ~ RM 59

Rekaan yang ringkas tetapi anggun

Jom follow kami di Facebook  :






Blaus Denim
Material: Denim cotton
Harga: RM69

Sesuai untuk ibu-ibu yang menyusu juga
Rekaan yang ‘down to earth’ dan ringkas
Sesuai dipakai untuk bersantai atau kasual



Jom follow kami di Facebook  :







Blaus labuh (princess cut)
Material: Lycra Korea
Harga: RM59


Potongan ‘princess cut’ sangat sesuai untuk mereka yang plus size atau mempunyai potongan yang besar di bahagian bawah badan
Kain tidak jarang, sejuk dipakai dan tidak perlu digosok
Didatangkan dalam pelbagai warna dan corak


Jom follow kami di Facebook  :





Kurung moden (princess cut)
Material: Lycra Korea
Harga: RM119

Didatangkan sepasang (baju dan kain) dalam perlbagai corak dan warna



Jom follow kami di Facebook  :




T-shirt muslimah (kanak-kanak)
Material: TC26 180G
Harga: RM34 ~ RM36 (bergantung kepada saiz)


Eksklusif design “Princess Humaira” yang menampilkan tuan puteri yang bertudung manis
Padanan warna baju yang pasti buatkan anda rasa rugi jika tidak mendapatkannya.



Jom follow kami di Facebook  :







Hampir setiap minggu akan ada keluaran baru yang menggamit pembeli untuk memiliknya. Jom membeli belah dengan kami! Like dan Follow kami di Facebook Page Piece Of Fabric untuk kemaskini keluaran terbaru, jualan murah serta contest dan giveaway!

GST? Jangan risau, GST 6% kami tanggung! Let’s Grow dan  Share Together!


P/S: Berita Terkini!! Kami kini merupakan Agen Sah dan Berdaftar untuk produk BubblyOrked!



Jom follow kami di Facebook  :


Ulasan Filem Big Eyes

$
0
0


Hello u olls,

Ini adalah filem ketiga yang I olls tengok menceritakan tentang kisah seorang pelukis,  and to be more spesific...pelukis wanita.  Big Eyes menceritakan tentang seorang pelukis wanita bernama Margerat Keane.

Cerita bermula apabila dia melarikan diri daripada perkahwinan pertamanya dengan membawa bersama anak perempuannya.  Depa mai duduk kat San Francisco.  Dia kerja sebagai pelukis perabot di sebuah kilang and pada hujung minggu dia pi la duduk kat flea market dengan mengambil upah melukis potret.

Kat situ,  dia kenal seorang lelaki bernama Walter.  Maybe sebab dia lonely dan mungkin juga desperate,  dia pun kahwin dengan lelaki ini.  Walter juga katanya seorang pelukis.  So depa sama-sama duk berusaha la duk jual lukisan depa kat galeri lukisan dan macam-macam lagi.

click read more


Tuah ayam nampak di kaki,  oleh kerana kebijaksanaan Walter untuk 'sembah deraih' akhirnya dia dapat promote dan jual lukisan depa dorang di sebuah kelab malam.  Tapi sebenarnya,  orang lebih tertarik dengan lukisan potret anaknya yang bersifat unik kerana  lukisan bini dia semuanya style lukih mata besar,  comel tapi sedih dan menakutkan.

So one day,  ada satu columnist nak interview Walter.  Dia duk eksaited la nak cerita pasai lukisan dia,  tapi sebenarnya wartawan tu lebih berminat pasai lukisan 'MATA BESAR'.  Pada saat itulah,  Walter telah membuat satu penipuan!!  Dia mengaku yang lukisan mata besar itu dilukis oleh beliau sendiri.  Dan sejak itu,  dia sendiri yang mengaku semua lukisan MATA BESAR adalah hasil seninya.

Haram jadah punya jantan.  Dia manipulate bini dia kat rumah.  Dia suruh detu kurung diri sendiri untuk melukis dan berkarya.  Anak depa sendiri tak boleh nak tengok sebab depa tak mau rahsia terbongkar.  Satu demi satu hasil lukisan dikeluarkan oleh Margaret yang akhirnya membuatkan nama suaminya terus mekar dan popular.




Di rumah Margaret duk makan hati sorang-sorang.  Dia rasa sedih dan terkilan sebab dia langsung tak dapat credit atas segala kerja dia.  Dan laki dia pulak duk mai jadi macam serr.  Tak bagi dia bercampur dengan kawan-kawan dan over protective.  Jadi paranoid la sebab dia sendiri adalah penipu.




Kemuncak perasaan Margaret adalah apabila dia baru realized yang selama ini laki dia adalah penipu kerana selama ni lukisan yang laki dia duk jual adalah LUKISAN ORANG LAIN atas nama SCENIC dan laki dia hanya cat nama dia sendiri atas lukisan tu.  Kat situlah dia baru tau yang sebenarnya laki dia ni tak tau melukis langsung.

Haram jadah betui la.  Dua kali dah aku sebut haram jadah ni.  Aiii dosa kering tak pasai pasai.  Time nilaa dia berambos dari rumah laki dia and last sekali lepas beberapa tahun dia merantau and duduk dengan anak dia,  dia memberanikan diri untuk bagitau satu dunia yang sebenarnya dialah pelukis BIG EYE dan laki dia adalah penipu.

Pendek cerita,  dia nak saman laki dia sebagai penipu dan dia nak tuntut semua hak dia,  masa dalam court hakim tu suruh depa dua dua orang melukis.  And tengok sapa boleh melukis,  dan of courselah Margerat boleh lukis dan laki dia tak boleh lukis dengan alasan,  tangan dia sakit.



Ampa semua patut tengok cerita ini.  Sebab cerita ini adalah cerita betul dan para pelakon dalam cerita ini adalah hebat-hebat belaka.  Susunan cerita adalah teratur dan tempo adalah biasa.  Tak laju sangat dan tak cepat sangat.  So aku berjaya tengok cerita ni at one go tampa tertidok depan laptop.  Laki aku kata aku dah tua,  sebab tu tengok apa pun lama-lama boleh nak terlena.  Hareem..

Di akhir cerita,  depa bubuh gambar watak sebenar iaitu Margaret Keane yang sampai lani masih melukis dan Walter Keane yang sampai mati dia masih duk mengaku dia adalah pelukis sebenar tapi hakikat lepas daripada court case dia langsung tak produce sebarang lukisan baru.  Dia mati pada tahun 200 manakala Margaret Keane masih hidup dan masih melukis setiap hari sampai hari ini (ikut tarikh aku tulis blog ni la).


The real Margaret dan Walter Keane.  

Tips Alam Kerjaya untuk Adik Adik

$
0
0
Hello u olls,

Lama tak buat penulisan ala-ala tips untuk u olls semua especially untuk golongan pembaca yang always dekat dengan hati I olls iaitu golongan adik-adik.

Kebelakangan ini,  kita semua dapat tengok kat mana sahaja golongan adik-adik sangat meningkat naik dan berada dalam pelbagai industri.  Kalau dulu,  golongan adik-adik ni hanya berada dalam industri tertentu sahaja seperti kawen-kawen dan gubahan hantaran,  tapi sekarang haaa.......merata-rata kita boleh tengok adik-adik ni menguasai industri swasta dan kerajaan.  Pensyarah,  doktor,  peguam,  pengurus,  hero drama TV dan macam-macam lagi u olls.  Bak kata sepupu kakak....Who Run The World?  GIRLS NO MORE ya.  Who run the world?  GAYS!!

Penulisan ini adalah bersifat panduan sahaja. I bukan nak tunjuk pandai ka apa,  tapi ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian I olls.  Actually,  apa sahaja orang sempurna nak kata pasai kita is another matter.  Matter yang utama adalah macam mana kita nak uruskan diri kita sendiri.  Kalau kita nak pikiaq pasai golongan manusia sempurna sampai bila pun tak habis.  Biarlah depa dalam dunia penafian depa.

Alhamdulillah lani dunia makin terbuka untuk terima golongan kita.  Maknyah,  adik-adik,  depa tak kisah!! Janji hang buat kerja meletops dan hang boleh perform (bukan perform seks...hariam la otak kuning ampa ni),  boss dan syarikat akan terima kita.  Jadi dalam konteks ini,  adalah pada masa yang sama depa terima kita seadanya?  Tak semestinya u olls.  Depa actually tak amik port pun pasai kehidupan peribadi kita,  asalkan kerja dan tugasan berjalan lancar.  Oleh itu,  menjadi tanggungjawab kita untuk macam mana tampil always profesional agar orang boleh terus respek kita.


Sekadar gambar hiasan untuk letak dalam artikel ini.  Tak ada kena mengena pada sesiapa yang hidup atau mati.


click read more




Coverina
Ampa mesti paham kan apa maksud coverina?  Kepada adik-adik yang baru duk naik,  tak pernah open up siapa diri u olls sebenarnya,  haaa....hang adalah spisyis coverina la.  COVER + Rina!! Pasaipa tambah Rina?  Aku pun tak tau la.  Mungkin ponen pertama yang cipta perkataan ni nama Rina.  Lani dah ada movie bertajuk coverina.  Kiranya coverina ni apabila depan orang ramai semua ampa buat la jantan habis dan straight macam pembaris.

Bukan nak menipu sesiapa atau menjadi seseorang yang bukan diri ampa yang sebenarnya,  tapi dalam sesetengah keadaan contohnya di tempat kerja,  coverina adalah sangat bagus sekali.  Sadly,  orang suka pandang rendah bila depa tau kita ni adik-adik.  Baik lelaki atau pompuan,  tak semua orang open dengan status kita,  silap hari bulan depa akan gunakan status kita untuk jatuhkan kita.

So,  pada pendapat I olls,  kalau boleh maintain coverina,  maintainlah.  Tapi bila dah coverina tak semestinya hang nak kena jadi kekwat macam ponen siye.  Bila hang boleh detect mak-mak ayam besar dan ada mahkota besar dengan batu rubi dan zamrud semua penuh,  at least senyum lah kat mak ayam tu.  Tak payah sampai nak kena buat sembah ratu 48 step zapin,  just senyum dan tegur macam biasa.

Ampa ni selalu,  punya nak in character jantan dalam proses coverina sampaikan jumpa mak-mak ayam ni,  ampa duk buat kekwat serupa ampa paling cantek Miss World.  Aku tengok potongan seluar hang dan cara hang naik tangga aku dah tau hang sapa.  Butoh semua.  Senyum saja la aih.  Bukan kami nak suruh hang bukak seluaq depan aku pun.

Coverina bukan sebab nak jadi what u are not,  tapi bagi I olls ini adalah proses adaptasi dan penyesuaian diri.


Respect To Other

Bila hang jumpa seorang lagi PLU dalam kawasan hang kerja ni,  jangan sekali-kali hang pi address dia depan orang ramai dalam keadaan yang sampai dia boleh jatuh air muka.  Contohnya,  detu dah feeling habis straight pembaris,  sekali nenjia hang pi jumpa dia depan orang ramai hang jerit "Hooiiii pondan!  Amboiiii dah lama ka kerja sini?  Hang toksah duk coverina sangatlah.  Aku tengok hang kepit clutch pi cafe pun aku tau dah hang bottom,"

Kesian dak kat zornen ni?  Tak pasai-pasai pecah lobs.  Kalau hang nak greet dia pun,  tengoklah keadaan.  Kalau dalam situasi yang hanya ampa dorang saja duk ada,  why not nak memondan sedikit.  Ini dah la depan orang ramai,  and kebetulan kawan masjid dia pun duk ada sebelah duk teman beli bihun sekali.  Satgi dia teruih takdak mood nak tegur and bercakap dengan hang balik.  Bukan sebab dia tak mau mengaku dia PLU tapi sebab hang layan dia macam anjing.

This is one of the penyakit yang seringkali ada dalam komuniti PLU.  Why u olls have always be so loud? Tak boleh ka cakap biasa-biasa dan nampak seperti manusia bangsawan sikit?


Taik Dalam Periuk Nasi

Ini adalah pengajaran paling besar yang I selalu pesan kat anak-anak ayam I olls semua.  Apa pun ampa buat,  jangan berak dalam periuk nasik ampa.  Maksud I olls dalam frasa ini adalah apabila u olls cuba untuk taste market cekcur dalam habitat kerjaya u olls.  So what kalau tempat hang penuh jantan,  jantan Nepal,  jantan Malaysia,  jantan kampung,  abah-abah,  adik-adik U,  laki orang......kalau dia kerja sekali dengan hang,  hang kena PANGKAH depa semua!!  Jangan duk serah kat depa walaupun depa duk mai try hang dengan pelbagai cara yang boleh membuatkan hang rasa muwik-muwik (bunyi halus vibration pada organ seksual) macam mana pun.  NO NO NO!

Sebabnya,  apa nak jadi kalau sebenarnya dia tu nak trap hang sahaja?  And apa sahaja mesej antara ampa berdua dia duk pi jaja satu kompeni.  Malu hang wehs.  Tak pasai-pasai PLU dapat nama buruk.  Sedangkan pada mulanya detu yang duk feeling try hang dulu.

Dalam banyak keadaan,  apa yang I olls selalu nampak adalah apabila u olls terperangkap dan bermain cinta dengan salah seorang rakan sekerja dan jantan mulut jahat itu jenis 'kiss and tell'.  Lepas selesai sesi ampa berdua,  dia pun seronok pukul canang "Ni...officer polan polan tu bapok.  Aku dah pernah dapat dah dia," Naya kes u olls.

And please jangan guna kedudukan hang untuk dapatkan kesedapan dunia itu.  Ada yang berani menggunakan kedudukan dia untuk puaskan nafsu.  "Kalau adik nak abang approve projek adik...malam ni mai rumah abang," haaa gituuuu!!!  Berlambak aih suka buat macam tu.  Pastu budak budak yang muda ni yang confused macam mana ka ni terperangkap dalam mainan hang.  Kesian aku tengok kat budak-budak tu.  Gangguan emosi dan kecelaruan hidup.

Kesimpulannya,  kalau hang hebat sangat,  hang pi la buat taik hang kat luaq.  Ni hang bukan saja berak,  hang duk calik-calik taik hang kat dinding.  Serrrr dan low class.  Lama-lama benda dah busuk,  orang dengar nama hang saja,  orang dah cebik mulut.  Malu aih.


Cerita Dalam Kain

Kita ni hidup dalam dunia warna warni.  Orang straight pembaris tak akan faham warna-warna hidup kita.  Oleh itu,  macam mana cantek pun kita duk rasa colour kita tu,  tak payahlah duk pi cerita-cerita sangat.  Hang sedap sorang-sorang sudah lah.  Ada jenis spisyis adik-adik yang tak tau malu,  cerita berapa jantan dia duk main,  duk rembak habih satu office.  Kita kena belajar respect diri kita sendiri.  Apa jenis manusia yang cerita dalam kain depa kat orang ramai?

Beringatlah,  memang ada spisyis manusia straight pembaris yang depan u dia berlakon macam dia sangat interested dengan sex life you.  Dia nak tau serba serbi.  Yang hang pun bodo la duk explain cerita panjang kat dia macam pensyarah sex education?  Last sekali cerita hang dia jaja kat orang ramai and dia siap kutuk hang kot belakang.

So berhati-hati.


Secret Society

Dalam banyak situasi akak perasan there is always this secret society among PLU sekalian.  So dah penat-penat duk coverina jantan pembaris macam mana ka,  so bila sekali sekali berkumpul habis la depa duk memondan dan bercerita pasai jantan.  Bagus juga hang join society macam ni.  Jangan duk buruk sangka atau paranoid tak pasai-pasai.  Treat this group seperti mana hang treat mana-mana orang lain dengan penuh hormat.  Kalau u olls dijemput masuk group mereka,  patutnya hang rasa honored dan terharu.  Jangan duk buat-buat sentap tak mau ngaku dan blah macam tu ja.  Tengok dulu depa macam mana,  kalau depa okay no harm...why not?  


Kalau depa duk berkelaku macam haiwan...yang tu hang patut jauhkan diri la.  Tak payah mintak approval aku.  Supports daripada persatuan sisterhood macam ni amat penting ada kalanya.  Especially bila kita down kerja,  stress dengan due dates,  takkan hang nak pi keriau menangis kat colleague hang apa semua?  Satgi depa terkejut awat hang duk nangis macam pompuan!


Membaca Blog Jumie Samsudin

Haaaa ini adalah point terakhir yang aku tak tau la benar atau tidak,  adalah satu cerita orang kongsi dengan I olls.  Berikut adalah kisah benar  yang dikongsikan oleh anak ayam I olls.  

"Kak Jumie...tengah i duk baca blog u kat office,  tiba-tiba mai la segerombolan gang mak ayam dari department lain.  Depa mai kat cubicle I....teruih depa jerkah kat I "Haaahhhh!! Hang baca blog Mak Ayam Balik Pulau...sah sah hang ni KKK (kakak-kakak coverina),"

HAHAHAHAH nahariam la ampa ni semua.  Jangan duk buat macam tu.  Kesian kat budak tu.  And some more!! Sejak bila aku jadi MAK AYAM BALIK PULAU.  Choi laaa...mampuih satgi Kak Nani mengamok aku amik kawasan dia.  Elok-elok aku duk jaga kawasan USM.  

Okaylah.  Sekian sahaja perkongsian Ustanyah Jumizah untuk hari ini.  Semoga u olls semua always happy and kerja elok-elok na.  Buktikan yang kita mampu buat yang terbaik seperti orang lain juga :)

Perempuan Mengamok Buka Coli

$
0
0
Hello u olls semua,

Masa ampa baca artikel ni, mesti ampa ramai dah tengok video seorang pompuan mengamok dan tunjuk tetek kat khalayak ramai apabila dia dituduh tidak membayar makanan yang telah dimakan. I olls got to know about this apabila pada hujung minggu kawan office I olls telah meng-screen-shot petikan dari Metro Ahad menyatakan “Warga Asing Marah Sampai Buka Coli”. Kawan office yang bermulut pondan itu pun berkata dalam WhatsApp group kami. “Jumizah hang kalau amok jangan buat lagu ni”. Kuajaq betui Dr. Pitt tersebut.



Tak lama lepas tu, salah seorang kawan dalam group kami pun forward video yang merujuk kepada artikel itu.

click read more



I olls pun tengoklah. Video tu started dengan seorang pompuan Cina gemok tapi feeling seksi pakai seluar pendek dengan T Shirt warna pink duk pegang tangan pompuan warga asing. Pompuan warga asing tu duk bergelut sambil berkata la....let me go...let me go. Duk cakap orang putih la. Ada dua lelaki Cina duk kepung kot tepi and belakang perempuan warga asing ni sambil cakap telefon.

Pompuan tu duk suruh tangan dia dilepaskan. Bila tangan dia terlepas tiba-tiba dia bukak jeket dia. Pastu macam mana ka, dia kalih belakang teruih dia bukak baju!! Pastu dia duk keriau keriau, dia bukak baju dalam dia teruih Nampak tetek dia semua tergantung.

Orang sekeliling pun jerit “woooooo” pastu perempuan Cina gemok pakai seluar pendek tu pun teruih tersengap and pompuan warga asing ni pun teruih duk jadi macam naik antu. Duk keriau-keriau macam langsi gila. Lepaih tu video tu berenti.

Pastu ada satu lagi video menunjukkan pompuan warga asing tadi jalan telanjang dari pinggang ke atas, tetek bergantung-gantung, duk catwalk satu Petaling Street. Siap pose-pose macam kawat semua. Video 49 saat ni kira macam sambungan lepaih dia buat gila macam ni la.

Lepaih tengok video pompuan tetek ni dalam kepala otak aku satu ja...DADAH. Ni semua duk mai ting tong perangai macam binatang ni semua sebab unsur dadah la. Kalau hang dah high, bukan sahaja bukak baju dalam, hang suruh dia telanjang pun dia boleh punya. Otak tengah best.

I pun postlah satu status kat Facebook pasai video ni, rupa-rupanya pompuan yang dikatakan warga asing itu sebenarnya adalah orang Malaysia. Lebih meng-tekejutkan aku adalah pompuan ni dah ada nama juga dalam industry seni kat Malaysia. Ampa pi google sendirila nama dia Shanna Avril. (Click sini  :  jurgita.com)

Aku terkesima sat. So adik-adik semua, yang duk baca blog I olls ni, satu ja aku nak pesan kat ampa, jangan sekali-kali duk try benda dadah ni semua. Walaupun hanya untuk suka-suka. Memang la nak enjoi. Tapi kalau hang silap berkawan, duduk dengan gang-gang duk ajak hang amik barang ni semua, nenjia last-last hang jadi la binatang macam ni.

Kadang-kadang kawan yang duk ajaq hang amik barang ni semua, depa kata la saja nak ajaq hang enjoi, tapi alkisahnya depa adalah pusher dan nak jual barang kat hang. Lama-lama hang jadi taik, harta habis, hutang merata, kerja pun kena buang........kawan hang yang duk ajak isap tu pi mana? Hang jadi binatang??

Sorrylah berletiak pasai dadah pulak. Dah banyak kali duk tengok benda taik ni jadi kat kawan-kawan depan mata. Dadah....walau jenis apa pun. JANGAN SEKALI PUN TRY!!


Haramla sapa yang duk amik gambar ni semua.  Kalau aku yang jadi pompuan baju pink tu mampuih aku nanti pukul ampa semua sekali.  


Bila tengok balik video tu kan, Ya Allah geramnya aku tengok pompuan ni macam binatang ni duk keriau macam dia paling kuat kat dunia. Orang yang amik barang ni, depa memang boleh jadi ranggi tapi sebenarnya depa kosong. Hang jentik sekali ja dia boleh jatuh macam tikuih.

Aku pernah gaduh dengan jantan yang tengah high. Aku ulang lagi sekali JANTAN.  Bukan perempuan.  Jantan tu amik metamaphine (ais). Aku keriau muka dia, dia keriau balik. Padahal badan dia kecik saja. Dia tak takut pun kat aku walaupun kelaku aku YANG TAK AMIK DADAH NI KALAU MENGAMOK NAIK HANTU dah memang macam pompuan HULK EVENGER + Ursula Sotong Kurita dalam cerita The Little Mermaid. Last sekali, memang betui, aku cekak sekali teruih jantan tu jadi kecut macam daun kangkung masuk kuali. Haram jadah betui la.

Kalau lah aku menjadi pompuan Cina gemok yang feeling pakai seluar pendek tu, aiyooooo memang pompuan ni akan mendapat la. Time hang kalih belakang sambil lompat terkinja-kinja bukak tetek tu, time tu aku nanti tendang kat belikat dia sampai dia jatuh terperosok kat celah-celah timba tu semua. Bila dah jatuh aku tau la apa nak buat. Aku nanti sugun kepala dia and heret pi Balai Polis teruih. Biaq time tu kalau Polis nak bubuh aku sekali dalam lokap pun takpa. Aku puaih ati. Malam aku minum teh o panaih tebuk pelastik takdak straw.

Haram jadah betui la perempuan ni. Geram tengok gambar dia.

Akhir kata, kawan I olls ada carut I olls dengan mengata “Jumie hang toksah duk pi Rokwok mengamok macam ni. Tak bayar roti teloq Anak Mami pastu bara sampai bukak baju dalam semua...hahahah,”

Aku pun jawab kat kawan aku. “Butuh hiang la....aku lani pondan berhijab hang tau dak? Paling teruk lani aku boleh bukak tudung ja depan orang!!” Gicciiu.

Ps/ So kepada adik-adik sekalian. JANGAN SEKALI KALI AMIK DADAH.



Dewi Remaja Bongok

$
0
0


Nahariamla ampa semua dah tengok ka video-video dalam Astro Gempak yang menunjukkan tiga calon Dewi Remaja kena interview secara one-cut oleh pengacara HLive. One cut maksudnya, hang tak boleh buat salah langsung. Camera akan terus shoot hang punya wawancara.

Masa tunggu laki akak amik akak balik kerja, akak pun luangkan masa untuk tengok video-video ini. Ya Allah I rasa macam nak korek tanah and sembunyi kepala aku dalam tanah lani jugak. Siriesly aku malu yang teramat bagi pihak pompuan-pompuan bodoh ni.

Aku tak pernah follow pertandingan Dewi Remaja so aku tak tau macam mana system pemilihan. So persoalan aku adalah, macam mana depa ni boleh terpilih masuk Dewi Remaja? Takdak system saringan secara verbal ka? Takkan tengok rupa semata-mata!!

Yang budak budak pompuan ni pun aku tak tau la apa impian hidup depa. Setiap hari macam mana depa boleh tidok? Umur depa mungkin muda kelenyiak, tapi jangan gunakan factor usia yang muda sebagai alasan untuk kata depa tak matang dan tak tau apa-apa. Dah ampa sendiri yang feeling nak masok pertandingan ni, ampa kena get ready betul betul la.


click read more



Takkan takdak inisiatif langsung nak pi amik tahu pasai isu semasa. Anak menakan aku yang nak pi interview study program kat UiTM last minute (sabtu interview...Jumaat baru dapat surat), dia boleh gigih malam tu mesej kat aku semua and bincang macam-macam tentang soalan dan persediaan ilmu semasa apa semua. Dia sendiri mengaku dia tak minat pasai GST (biasalah budak budak mana nak minat pasai benda ni) tapi dia kata dia nak tau dan faham jugak pasai benda ni so that esok kalau depa Tanya soalan GST she can goreng dengan selesa. Alhamdulillah, bisok lepaih interview anak menakan aku pun post kat Facebook status and tagged kata thanks kat aku. Interview went well la tu.

Okay fine kalau hang tak tau pasai isu semasa, tapi apa yang membuatkan aku rasa depa ni memang terlampau bodoh dan mempunyai IQ yang jauh lebih rendah berbanding IQ ibu jari kaki aku adalah soalan tentang diri sendiri dan general knowledge pun depa jawab macam bangang bin robah.

Detu tanya kat Kate Davis, seronok tak jadi mixed blood? Dia boleh pi kata tak seronok sebab orang Melayu tak mau berkawan dengan dia. Apakah bodohnya jawapan ini. Sah sah jawapan cliché pompuan bimbo yang duk rasa semua planet dan matahari berpusing keliling dia. Butuh betui la. Memang bagus pun la Melayu tak berkawan dengan hang sebab orang Melayu pun bukan nak pandai sangat. Kawan dengan hang satgi nanti jadi lagi teruk bodohnya.

Pastu pengacara tu suruh dia berlakon jadi bimbo...pastu dia duk berlakon semua salah. Last-last baru dia mengaku dia tak paham apa tu bimbo. Nakhariam betuila. Hey bodo...hang tak payah berlakon jadi bimbo aih. HANG JADI DIRI HANG CUKUP.

Yang lagi sorang pulak dapat soalan pasai kecantikan. Hang rasa hang cantek tak? Actually senang saja nak jawab benda ni. Cuba kalau dia Tanya kat aku, siriesly aku tau la nak jawab lagu mana. Aku nanti feeling buat macam gelak-gelak pelasu tengok ke tepi, pebetul crown sat pastu terus jawab dengan senyuman.  Soalan ni bukan susah.  Berapa ratus kali duk prektis soalan ratu cantik depan cermin kan?  Aku akan goreng tentang macam mana nak lengkapkan lagi kecantikan ini dengan memperindahkan lagi peribadi dalaman dan paling penting ilmu pengetahuan di kepala otak supaya tidak kelihatan seperti pompuan-pompuan feeling cantek nak masuk Dewi Remaja.

Kepada u olls yang ada anak-anak duk mai nak masuk alam remaja, umur 10 tahun ni semua. Ampa mau nak kena pantau dah perkembangan dia. Jangan duk layan dia macam budak budak lagi. Bukan nak jadi mak-mak kejam, tapi kadang-kadang mak bapak zaman lani, anak dah nak masuk tingkatan 1 lagi tapi duk cakap serupa macam budak darjah 3.

Anak menakan aku kalau, mampuih la nanti kena carut. Cara cakap, cara jawab soalan, cara dia bagi opinion, cara dia interact and cara dia berkelaku depan orang tua semuanya aku perhati. Kalau tak sedap di mata, time time tu jugak akan akan maki anak menakan aku. Mampuihla mak or bapak hang ada sebelah ka. Kita marah sebab sayang sebab tak mau anak-anak kita duk jadi lagu ni la. Pakai cantek dah semua macam bunga roih kembang elok, bila bukak mulut teruih Nampak macam bunga taik ayam.

Okaylah itu sahaja leteran I olls.

Sebelum ini terimalah kata-kata laharan Rudy Imran Shamsudin yang meletops.








Teater Antara 7 dan 8 Mei 2015 8.30 pm di Pelenggang Cahaya USM

$
0
0

Hello semua kawan-kawan!

Pelajar tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan USM mempersembahkan teater ANTARA. Tentang seorang wanita krekko yang tensyen sampai rumahtangga porak peranda.

Lakonan hebat oleh Yasmin Jamil, Kayrol Unwar, Yuslina Yusoff dan Syazrin Syahira.

Arahan oleh Nor Faezah Khalid bersama penyelia artistik Prof Madya Dr Abdul Samat Salleh.

Oleh itu jom beramai-ramai saksikan persembahan teater ini ada 7 dan 8 Mei 2015 di Pelenggang Cahaya USM jam 830pm.

Sapa yang mai pada malam ini, ampa semua boleh beli KUIH KACANG MAZOLA BY JUMIESS dan produk lain kami dengan harga yang amat berpatutan!! Khas untuk supporters yang sudi bagi sokongan kepada projek teater ini.

Sapa-sapa nak booking ticket teater boleh hubungi 0124496439 [Sing], 0194071086 [Hafiz] atau 0175788056 [Annaty].

Jom support local art and talent!!

‪#‎usm‬‪#‎TeaterANTARA‬‪#‎localact‬‪#‎localtalent‬‪#‎support‬‪#‎Rintis‬‪#‎SchoolOfARTuSN‬‪#‎pelenggangCahaya‬‪#‎gila‬‪#‎script‬‪#‎play‬‪#‎teater‬‪#‎theater‬‪#‎kuihkacangmazolabyjumiess‬






Buat janji temu bersama team produksi teater Antara pada 7 dan 8 Mei 2015. Jam 830pm di Pelenggang Cahaya USM!!Sapa yang mai pada malam ini,  ampa semua boleh beli KUIH KACANG MAZOLA BY JUMIESS dan produk lain kami dengan harga yang amat berpatutan!! Khas untuk supporters yang sudi bagi sokongan kepada projek teater ini.Sapa-sapa nak booking ticket teater boleh hubungi 0124496439 [Sing],  0194071086 [Hafiz] atau 0175788056 [Annaty].Jom support local art and talent!!#usm #TeaterANTARA #localact #localtalent #support #Rintis #SchoolOfARTuSN #pelenggangCahaya #gila #script #play #teater #theater #kuihkacangmazolabyjumiess
Posted by Kuih Kacang Mazola by Jumiess on Monday, 4 May 2015




Facebook event  :  TEATER ANTARA

Tun Dr. M Datang Ke USM

$
0
0




Hello u olls,

Sampai ja office terus bertoktek dengan kasut merah aku menuju ke Dewan Tunku Syed Putra.  Pagi ini ada talk Cakna Ilmu "Mendepani Permikiran Tun M".  Tapi sayangnya program ini hanya dibuka untuk pelajar dan juga kakitangan USM tercinta.  Seawal 8.40 pagi,  orang ramai telah memenuhi ruang foyer DTSP untuk mengimbas kad matrik dan masuk ke dalam dewan.

Aku ingat lebih kurang sepuluh tahun yang lalu,  Tun M datang ke USM.  Ketika itu dia baru sahaja letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.  Sesi syarahan umum itu diadakan di Dewan Budaya USM.  Aku dan mantan boss,  Dr.  Normee Che Sab bertok-tek ke Dewan Budaya seawal 8.00 pagi sebab nak pastikan untuk dapat tempat duduk yang paling strategik.

Sama macam sesi di Dewan Budaya yang lalu,  kali ini juga aku masih berkesempatan untuk duduk di barisan paling hadapan dan paling tepi sekali.  Memang aku jangka tangga yang aku duduk ni adalah tempat Tun M akan lalu masa nak ke pentas nanti.


click read more



Suasana dalam dewan kian meriah pada jam 9.00 pagi.  DTSP yang berkapasiti 2500 orang sudah sesak.  Siapa yang datang lewat kena berdiri di luar dahulu.  Tapi kelibat Tun M masih belum kelihatan.  Pengacara majlis berulang kali memberikan peringatan kepada para tetamu untuk mematikan telefon atau meletakkan dalam mod senyap untuk mengelakkan daripada gangguan sepanjang majlis. Dia juga berulang kali memberikan peringatan kepada para tetamu agar tenang dan bersabar sementara menantikan Tun M datang.

Ada kakak kat belakang tempat duduk aku duk kata "Kita ni macam tunggu pengantin na...." aku macam nak tergelak sikit.  Betul kata kakak tu.  Rasanya macam tunggu pengantin.  Semua orang tak henti-henti berpaling ke arah pintu masuk di belakang dewan.  Menantikan kehadiran orang yang ditunggu-tunggu.

"Siapa jadi moderator talk kali ini?" tanya aku kepada Mamu.

"Depa rahsiakan....entahla siapa agaknya," aku terdiam.  Dalam hati mesti duk agak yang moderator mestilah dalam kalangan MPP.  Dalam majlis syarahan umum yang aku hadiri dahulu,  moderator untuk sesi bersama Tun M adalah Profesor Jamaludin Sulaiman,  mantan pensyarah Perancangan dan Pengurusan Pembangunan di PP Sains Kemasyarakatan.

Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi.  Tiba-tiba tepukan memeriahkan dewan,  lengkap dengan siulan dan pekikan.  Tun M masuk dewan.  Aku pun turut sama menjerit "OOOOO oOOOOOOO".  Rasa macam ketibaan bintang pop Korea.  Semua orang duk mengangkat gajet dan telefon bimbit masing-masing dengan harapan untuk merakam gambar Tun M yang walau hakikat nampak sekecil semut sahaja pada skrin telefon kita.  Imej beliau ditenggelami oleh lautan manusia disekeliling beliau.

Ucapan dari YDP MPP seperti tidak diendahkan oleh para tetamu.  Aku mengerling ke arah Tun M.  Dia duk tengok ke atas. Tengok pada siling dewan.  Aku terpikiaq apalah yang ada dalam fikiran beliau masa menengok siling dewan.  Tun M mungkin tertarik dengan reka bentuk siling dalam DTSP.  Siapa tahu?  Insan hebat ini minat dalam banyak hal.  Penglibatan beliau dalam rekabentuk menara berkembar KLCC adalah bukti.

Moderator untuk program bual bicara ini tampil ke pentas.  To my suprise,  it was Azhar Jalil.  Alumni USM,  pemenang anugerah Ikon Belia Pulau Pinang untuk tahun 2014,  my sifu!!  Gila aku menjerit eksaited.  Deni suka buat kejutan macam ni.

Bicara bermula.  Azhar memulakan dengan soalan mudah iaitu tentang latar belakang Tun M.  Bila Tun M mula nak jawab pun,  dia angkat bahu dan muka sengih (senyum gatai).  Satu dewan gelak tengok telatah Tun M yang amat selambe dan cool.  Soalan yang seterusnya diarahkan kepada politik dan isu semasa.

Pada ketika ini,  Tun M tidak menjawap.  Soalan yang diajukan dipusingkan kepada jawapan yang hanya memberikan kesimpulan berlapik.  Pasaipa deni tak mau jawab soalan panas?  Aku ada dua sebab,  1 - dia menghormati platform universiti.  Sebuah institusi akademik.  Pasai pa dia nak kena cemarkan majlis ini dengan jawapan beransur panas.  2 - topik yang diberikan adalah mendepani permikiran Tun M.  Oleh itu stick to the point.  Tak payah nak masuk isu isu GST dan Ahmad Maslan.  Yang tu,  u olls boleh tengok dalam Youtube dan sebagainya.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa perkongsian ini kurang berempah.  Bagi saya,  itu adalah bergantung kepada cara kita menerimanya.  Dalam kiasan berlapik ini,  kalau kita dengar dengan mata hati dan akal yang tajam,  kita pasti boleh tangkap beberapa teguran dan pandangan pedas beliau.

Contohnya,  dalam isu universiti APEX dan kuasa autonomi.  Beliau berpendapat bahawa sebenarnya tidak ada maknanya pada kuasa autonomi yang diwarwarkan kerana pihak universiti masih perlu buat laporan kepada pihak tertentu tentang bagaimana perbelanjaan itu digunakan.  Dalam loghat Kedah dia menyambung "Saya dah pernah lihat banyak sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.  Semua sekolah mendapat peruntukan yang sama setiap tahun.  Tapi ada sekolah yang bagus dan ada sekolah yang tidak bagus.  Ini adalah bergantung kepada kepimpinan.  Kalau pemimpin di sekolah itu cemerlang maka baguslah sekolah itu,"

Kalau kau faham,  kau boleh makan dalam.

Cuma ada satu point yang dinyatakan oleh Tun M yang saya tak berapa suka.  Tentang pelajaran aliran sains dan sastera.  Dia berpendapat bahawa orang yang nak senang,  dia akan amik aliran sastera.  Zaman sekarang lebih pentingkan sains sebab sains dan teknologi yang boleh memajukan negara.  Saya lebih suka pendapat mantan Naib Canselor USM,  Tan Sri Dzul bahawa ilmu Sains dan Sastera harus bergerak seiring supaya manusia tidak terputus dengan alam.  Kalau aku salah,  please betulkan quotation aku.

Tun M lebih berminat untuk bercakap isu akademik dan ilmu.  Banyak kali dia tekankan betapa pentingnya ilmu sebelum menghadapi apa juga cabaran hidup.  Pemerhatian dari hati dan akal yang tajam untuk lahirkan idea dan visi yang jauh ke depan.  Bukan fikir untuk hari ini sahaja.

Tiada sesi soal jawab yang dibuka kepada para tetamu.  Sesi perkongsian ini seolah-olah terlalu pantas berlalu.  Secara keseluruhan,  perkongsian ini adalah satu usaha yang amat baik.  Tahniah MPP USM.  Kepada Azhar Jalil,  tahniah sebab menjadi moderator yang berjaya memberikan momentum yang baik dari awal sampai akhir sesi perkongsian cuma kalau boleh ulang tayang,  aku macam nak naik atas pentas dan lempaq handphone hang pi tepi.

Sekian sahaja.  Love you Tun M!!



Gambar sekitar Majlis yang saya rakam.

I olls berposing bersama Kak Anom Mokhtar.  Beliau adalah peminat Tun M yang jitu.  Gambar Fb profile pun gambar Tun M katanya.  Thanks for this picture.  :)




Deni (Haja Mydin) bising dalam DTSP. Panggil Jabatan Keselamatan mai angkat keluaq baru tau.... #TunDr.MinUSM #happening












Gelagat tetamu ketika ketibaan Tun M.  Just imagine after 12 years impact beliau terhadap rakyat jelata masih tertanam kuat. Sesuatu yang Hebat.







Tun Dr. Mahathir mai USM. Masa dia duk turun tangga tepi kami, Fan duk panggil "Tun.. Tun..." Pastu bila Tun tengok kat dia...dia bye bye kat Tun. And Tun pun bye bye balik.

Fan punya seronok. Duk urut Dada sebab star struck. Hahaha Lawak la anak aku sorang ni. I should have took video la.

PS/ Ulasan tentang bual bicara bersama Tun Dr. Mahathir akan menyusul dalam my blog soon.



Selfie with Azhar Jalil.

Selfie bersama Norazura Mohd Noh.  Ada Encik Mohd Jaya di belakang.  :)


With Haja Mydin,  Duta USM.

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Fairuz Nizam Husain

$
0
0
Assalamualaikum semua,

First of all nak ucap takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Fairuz Nizam Hussain yang terlibat dalam kemalangan jalanraya yang berlaku baru-baru ini di Lebuhraya DUKE. Allahyarham meninggal duniadi tempat kejadian bersama-sama dengan isterinya Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi perempuan Nur Firuza Annisa berusia 6 bulan.

Keluarga ini meninggalkan dua orang anak perempuan yang masih kecil.



click read more


Bila baca perkongsian dalam laman sosial Siakap Keli,  aku pun jadi meremang bulu roma.  Membaca penafian oleh ahli kelab kereta tu semua aku rasa macam nak pi sekeh depa sekor-sekor.  Depa bajet kenal polis,  orang dalam,  etc.  Ini adalah typical Malaysian la u olls.  Tak takut apa pun jadi sebab depa claimed depa kenal orang dalam.  Dalam apa?  Depa sebenarnya mau tau 'orang dalam' yang paling kuat sekali.  Kalau tak kenal,  aku boleh bagi kenal.

Dalam mana?  DALAM NERAKA!!

Takmau ulas panjang nanti menyakitkan hati pihak pihak yang berkenaan.  Tapi aku harap agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

Pengajaran dalam cerita ini adalah  :

1.  Carilah hobi lain yang membuahkan pahala dan tidak menganjurkan keganasan seperti Kelab Cuci Masjid / Surau ka,  ataupun Kelab Bagi Makan kat gang gelandangan,  ataupun Kelab Belajar Menjahit Langsir ka.  Daripada duk masuk geng kereta-kereta ni semua.  Sorry to say ya,  u olls yang masok gang kereta ni selalunya poyo ja.  Baik dari Kelab Kereta Kancil apatah lagi Kereta Ferari.  Rimaih aku tengok ampa kalau bawak kereta ramai-ramai.

2.  Belilah dash cam untuk bubuh dalam kereta masing-masing.  Harga tak mahal dan boleh connect masuk dalam account internet.  Saya bercadang nak beli dan letak kat kereta juga.  Boleh rakam gelagat pemandu di Pulau Pinang yang tak reti nak ikut lane macam siye nakharam semuanya.



Anak perempuan Allahyarham Fairuz Nizam Husain

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang bantuan kewangan kepada dua beradik yatim piatu anak mangsa kemalangan di atas lebuhraya DUKE boleh la salurkan sumbangan anda ke  :

MUHAMMAD FAIZZNUR
164799190478 MAYBANK

Kepada sesiapa yang ingin melawat boleh berbuat demikian di  : 

No 19,  Jalan Batu Muda 18
Taman Batu Muda
Batu Caves
68100 Kuala Lumpur

012-6413320 [Faizz]

LRT dan Sky Cap di Pulau Pinang

$
0
0

Hello u olls,

Pada bulan lalu,  kerajaan Pulau Pinang di bawah pemerintahan parti DAP mengumumkan tentang beberapa projek sistem pengangkutan di Pulau Pinang yang akan melibatkan berbillion-billion ringgit dan dijangka bermula pada tahun hadapan.  Ada banyak projek yang diannounce,  tapi kalau ampa nak tau the latest info,  boleh google about it.  Search for LRT Penang or SKY Cap.  Ada yang masih dalam proses menunggu kelulusan dan juga pertimbangan daripada rakyat Pulau Pinang.

Untuk projek SKY Cap,  iaitu sebuah pengangkutan berbentuk gondola dari Penang ke tanah besar Butterworth ada yang membangkang kerana proses tanah tambatan akan menyebabkan ekosistem laut di kawasan berkenaan tercemar.  Dan beberapa kesan negatif kepada alam sekitar di kawasan tersebut.

click read more







Pada pendapat I olls,  apa juga projek yang depa nak buat ni.  Nak sokong atau tak sokong,  I olls terpaksa kata sokong jugak sebab maksalahnya kat Pulau Pinang ni bila mai saja musim cuti sekolah atau cuti umum,  makanya orang ramai akan memenuhi Penang macam apa sahaja.  Bukan saja yang nak mai makan angin,  yang mai turun Penang sempena kenduri kendara pun bersepah rendah.  Katanya,  dari rumah I olls (Ayer Itam) nak ke Gurney Drive pun amik masa 2 jam sebab jalan jem yang tak tentu hala.

Walaupun sudah ada pengangkutan Bus Rapid yang memberikan service yang lebih berkualiti,  tapi I olls rasa kalau ada LRT ni bolehla I olls pun feeling-feeling pi kerja naik LRT jer.  Kepada u olls yang tidak ada pengangkutan sendiri,  bila ada LRT ni lebih mudah dan selesa la u olls.

Apa pendapat u olls semua?







Apabila Nur Fazura menyanyi

$
0
0

Hello u olls,

Thanks to Sharizal sebab contact I olls dan mintak I buat review nyanyian dan video clip pelakon jelitawan Malaysia iaitu Fazura.  Single terbaru beliau berjudul Sayangi Dirimu.  Lirikal menceritakan bagaimana beliau mengharungi hidup sebagai seorang public figure.  Penuh dengan cacian dan haters,  tapi selagi kita tau macam mana nak hargai diri kita,  kita boleh terus maju.  Gitulah kaedahnya.

So apa pendapat I olls tentang nyanyian dan video muzik beliau?

Sapa-sapa peminat terutama Fazura please jangan marah I olls selepas membaca komentar ini.  Kita ikhlas bagi komen.  Kiter pun peminat Fazura tau tak!!  Sejak beliau menjadi model untuk Optic White Colgate terus kita dah tak beli lagi ubat gigi Sensodyne.  Begitulah efeknya meletakkan seorang yang meletops sebagai duta produk.  Bayangkan setiap kali aku menggosok gigi,  aku membayangkan muka aku menjadi Fazura.  


click read more



Tapi macam mana meletops pun gigi u olls selepas menggunakan ubat gigi  Optic White Colgate, tapi hakikat ini tidak akan membuatkan mutu nyanyian u olls bertambah baik.  No doubt she can sing.  Everybody can sing.  Tapi not everybody can sing-sing!

I olls selalu cakap kat kawan-kawan,  orang yang suka menyanyi dan orang yang BOLEH menyanyi ada besar bezanya.  Im not saying suara Fazura langsung tak sedap,  sebagai permulaan beliau tidaklah menyakitkan telinga aku.  Kalau suruh aku beli MP3 beliau,  yes i will beli.  Tapi apabila mendengar nyanyian live beliau (boleh rujuk pada video-video di bawah),  ternyata beliau adalah sedikit terseksa dan tidak selesa dengan nyanyian pic tinggi itu.  

Kembali kepada era tahun 90 an,  Erra Pazira pun depa paksa suruh nyanyi buat album bagai.  Lagu dia semua bernada rendah dan bermelodi sendu.  Sesuai dengan filem-filem cinta feeling yang dilakonkan oleh beliau.  Lama kelamaan,  Erra masuk juga Anugerah Juara Lagu dan buat kongset bagai.  Kau ada?  Kesimpulannya,  kalau dia berusaha dan penyokong masih support why not?

Jangan duk feeling pakai mesin auto-tune sahaja.  Katanya sekarang,  mesin auto tune untuk persembahan live pun dah wujud. Tak semestinya untuk mutu recording sahaja.  Dahsyat sungguh la teknologi kini.

Apa pun,  semoga u olls semua membeli ubat gigi  Optic White Colgate untuk mendapatkan gigi yang lebih putih dan bersinar bak permata.








Ulasan Fesyen METGala Ball 2015 Part 5

$
0
0

Part 5
Untuk FESYEN yang paling DIZASTER



click read more




Jenna Lyons
Aku harap trend memakai kain jala di atas suit putih ini tidak menjadi trend.




Coco Brandolini D'Adda
Beliau memang suka pada corak corak bold dan terang.  Sejak dulu lagi bila kat MET Gala.  Tapi yang ni macam dah mati akai macam mana tak tau.  Idea yang dia nak akai is everywear.  Aku tak paham apa China-nya pada look beliau. Macam Eropah kampung pun ada.




Julie Macklowe
Warna sangat kampung.  Pastu potongan kain sangat amatur.  Style boleh nampak line line semua.  Pastu pasai pa kena buat rambut macam tu.  Pelik aih.  Macam costume untuk filem China lawan lawan.




Ruth Wilson in Oscar de la Renta
Siriesly boring la riben besaq-besaq ni.  Oscar de la Renta tahun ni sangat ser.







Olivia Wilde in Prada
Dress ni merepek.  Style bubuh baju manik petak segi penuh sebadan.  Dengan sarung tangan semua.  Nampak macam orang jahat dalam cerita James Bond.  





Jennifer Connelly in Louis Vuitton
Deni pakai dress macam untuk costume orang mati saja.







Lisa Bonet in Valentino
Orang Penang akan panggil deni mak bu gila.  






Zoe Kravitz in Alexander Wang
Kesan daripada filem 50 Shades of Grey.







Donatella Versace in Versace
Haramlah deni.  Muka dia macam kucing pastu pakai dress macam ni.  Dia ingat orang akan samakan dia dengan cat woman ka.  Siap dengan chocker warna merah.  Kalau aku jumpa deni malam-malam,  aku nanti lari dulu.









Sarah Jessica Parker Dress by H&M and headgear by Philip Treacy
Kesian SJP this year.  Aku mesti agak dia meletakkan harapan tinggi pada pakaiannya.  Tapi bila dia tengok semua orang meletops,  mesti dia rasa menyesal dengan apa yang dia pilih untuk pakai tahun ni.  Berbanding tahun tahun lepaih,  she always funky,  berani dan meletops.  Kali ni dia hanya akan menjadi bahan dalam meme 9Gag sahaja.  Sorry makcik berwajah kuda.  U olls tak cantek this year.






Tabitha Simmons in Dolce & Gabbana dress and headdress by Francesco Borromini
Kat mana China nya???





Grace Coddington in Michael Kors
Ampa mungkin akan gelak tengok makcik ni.  Rambut dia macam shok karen dan dia takdak kening.  Tapi makcik ini adalah bekas editor untuk majalah Vouge.  Tapi haram dia mai pakai pjamas saja.





Mary Kate Olsen in vintage Dior 
Ashley Olsen in John Galliano
Gila wehs depa dorang ni dari dulu suka pakai dress yang lebih besar dari badan depa.  Aku tak tau apa yang depa cuba buktikan kat dunia ni?  Atau depa ni memang ada masalah skizo yang selalu mengatakan yang depa adalah besaq dan tinggi lampai macam models.  Bukan saja suka pakai baju besaq,  depa ni juga sangat suka memakai dress warna hitam ala-ala gothic.  Gila horror.






Grimes in Louis Vuitton
Kacukan manusia,  anjing dan harimau bintang.  Pelik aihhh.  Dah la mai bawak beg make up.






Anne Hathaway in Ralph Lauren
Aku tak paham awat semua orang duk puji kata dress dia cantek.  Gila.  Deni pakai macam Queen Amidala nak menyamar jumpa marka dia dalam cerita Star Wars.







Anna Wintour in Chanel
Aku tak boleh blah Tok Chik ni pakai dress macam baju Kedah sleeveless.  Corak style nampak murah saja.  Aku aku kecik kecik mak aku pernah beli kain macam ni buat baju kurung pi mengaji.  Macammana la dia boleh nak pilih dress ni?






FKA Twigs in Christopher Kane
Sapa perasan ada bentuk kote kat dress ni?  









Zendaya Coleman in Fausto Puglisi
Adik.  Adik silap perayaan ni.  Carnival Brazil kat tempat lain.  Sini kami buat untuk China China punya.








Karen Elson in Dolce & Gabbana
Yang ni bukan China!! Ini macam pertunjukkan tarian Siam saja.  Serr la depa ni tak tau buat research betul betul.




Chloe Sevigny in JW Anderson
Pelacur zaman maharaja China dulu-dulu ni.  Siriesly tak elok dress ni.  Pelik.

Ulasan Fesyen METGala Ball 2015 Part 4

$
0
0

Part 4
Untuk warna Red,  Purple dan Warna Warni



click read more






Bee Shaffer in Alexander McQueen
Dress beliau sangat meletops.  Warna merah hati ni tak semua orang sesuai pakai.  Tapi looks good on her.  Tapi corak bunga ni bukan bunga sakura Jepun ka? Ataupun China pun ada bunga sakura macam ni.  Aku juga juga ada corak burung bangau kat belakang merelek.  Meletops u olls.








Amal Alamuddin Clooney in John Galliano for Masion Margiela
At first aku tak berapa faham apakah Chinanya pada dress ini tapi lepas baca beberapa explanation dalam blog fesyen depa kata lapisan atas pada dress ini adalah menunjukkan baju kebal pahlawan China.  Aiyoo.  Kerlas sangat idea yang ditonjolkan.  Betul la u oll.  I love this dress.










Jennifer Lopez in Versace
Marhayam ni pun sama macam Sofea Vergara pi mana pun dress dia bentuk nak dekat sama saja bentuk.  Menunjukkan bentuk badan,  lace over over dan ada jigna (meghelit).  Tapi kali ni,  untuk design manik dan lace tu dia susun bagi jadi bentuk naga sikit.  Kerlas dak?








Jourdan Dunn in Burberry
Baju ni macam diperbuat daripada kain kait yang digunakan oleh tok tok kita untuk tutup atas TV.  Pastu awat seluar dalam dia colour merah lain.  Nampak sangat u olls. 






Rose Byrne in Calvin Klein
Sangat suka dress ini sebab diperbuat daripada kulit yang dicut-out bulat bulat.  Siriesly something yang lain daripada yang lain.  Pilihan yang meletops.  Mesti susah nak buat dress ni.  




Reese Witherspoon in Jason Wu 
Hariamla...mana China nya?






Gigi Hadid in Diane von Furstenberg
Ni pun dress feeling cantek sorang sorang saja.  







Kerry Washington in Prada
Deni suka pakai merepek-repek.  Memang taste dia macam ni kot.  Aku tak suka dress ni sebab macam merapu.  Potongan kat bahagian pinggang nampak keras dan besar.  Nampak macam oversize.  Pastu kasut warna hijau?  Jangan bagi alasan colour blocking.







Kris Jenner in Balmain 
Haram lah deni pakai baju apa ni.  Nampak besaq menggelebeh.  Pastu dia nampak lagi gemok sebab drapping penuh sebadan.  Ada slit up pulak.  Kaki u olls tak cantek dah.




Vanessa Hudgens in H&M
The only thing i suka adalah kasut beliau. 





Adriana Lima in Marc Jacobs
Dress ni nampak macam jubah-jubah yang depa duk jual kat Jalan Masjid India.  Ramai sangat dah makcik kat Malaysia duk pakai dress macam ni.  Deni baru nak pakai.  Kat mana China nya?  Again soalan itu terkeluar dari mulut aku.  I just love her make up sangat gothic.  Aku tak perasan dia Adriana Lima.







Jaime King in Jason Wu
She just keeping it simple sebab dia duk mengandung kot.  Walaupun tak ikut tema aku sangat suka pada potongan kain dress ini.  jatuh terletak elok.  Aku suka.






Carolina Kurkova in Tommy Hilfiger
Depa kata dress ni cantek untuk kategori models yang attend the MET Gala.  Tapi bagi i olls dress ini tak elok dan nampak sangat costume.  Sangat suka kasut beliau.





Dame Helen Mirren in Dolce & Gabbana
Meletops Tok Caq ni selalu tidak mengecewakan para peminat beliau di red carpet.  I suka.







Rita Ora in Tom Ford
I dont like this dress sebab nampak macam Little Red Riding Hood.




Hailee Steinfeld in Michael Kors
next.





Poppy Delevingne in Marchesa
Kalau ampa tak kenal,  deni adalah kakak kepada model Cara Delevigne.  Meletops sangat dress ni walaupun tak nampak ke-China-an.  Aku suka dress ni sebab labuh dress merelet tu sangat diva lishes and disusun pula bunga bunga lace kat bahagian atas gown.  I sangat suka.





Linda Evangelista in Prabal Gurung
Gila deni macam mana boleh pakai dress ni?  Style tak kena tema langsung and tak cantek pulak tu.



Gong Li in Roberto Cavalli
Kerlas Roberto Cavalli buat dress cheongsam.





Allison Williams in Giambattista Valli
Giambattista tiru skirt tingkat Rizman Ruzaimi.  Sila bergaduh dalam Tweet sekarang.






Jessica Hart in Valentino
Kerlas.......haaa macam nila aku suka.  Walaupun dress ala barat tapi effort pada corak menunjukkan ke-China-an.  Sangat suka dress ini sebab pemakainya pun ada karakter divalishes yang meletops.






Lizzie Tisch in Erdem
Cantek sangat corak dress ni.  Tapi im sure tak semua orang boleh pakai dan nampak cantek dalam corak ini.  




Sienna Miller in Thakoon
Seluar capri dengan jacket dengan gap yang besar.  Ala-ala matador Sepanyol.  Deni salah tema ni.  




Alba Rohrwacher in Valentino
Aku ingat takdak dah.  Ada juga orang pakai dress diperbuat daripada kain kushen.  









Josephine De La Baume in custom Topshop
Apakah China nya?






Shu Pei Qin in Tommy Hilfiger
Dress yang meletops.  Nothing to carut.





Blair Clarke in Khristine Catacutan 
Headdress by  James Coviello and L’Olivier Floral Atelier
Walaupun nampak sangat costume tapi i have to give credit kepada pembuat head gear ini sebab dia menggunakan bunga fresh dengan susunan yang sangat cantek.  Dress mungkin nampak plain dan simple tapi aku suka headdress yang beliau pakai.  






Alexa Chung in Erdem
Dress ini adalah pelik.  Kain jenis ini adalah tebal dan sarat dengan sulaman pastu dipotong-potong dan dibuat dress labuh tapi tak cukup labuh.  



Georgia May Jagger in custom Gucci
Kerlas anak Mick Jagger.  Dia pakai bathrobe corak China teruih.





Joan Smalls in Roberto Cavalli
Meletops sangat dress ni.  Aku tak nampak ke-China-annya tapi tak apa aku suka dress ni sebab nampak sangat diva.






Gabrielle Union in Zac Posen
Simple dress by Zac Posen.  Ini baru Zac Posen.  Simple tapi mewah.  






Dylan Lauren
Deni mai pakai tema Madi Gras.  Gila.  





Alison Brie in Prabal Gurung
Dress meletops tapi takdak ke-China-an.









Olivia Munn in J Mendel
Aiiiyooooo ada juga orang duk pakai dress turun warna macam ni.  Berapa kali aku cakap,  kalau nak basuh dress putih jangan campur dengan dress colour lain.




Irina Shayk in Atelier Versace
Deni selalu pakai macam dress pompuan murahan style seksi macam taik.

Ulasan Fesyen METGala Ball 2015 Part 3

$
0
0

Part 3
Untuk warna Gold,  Yellow,  Green dan Blue


click read more





Kate Hudson in Michael Kors
Kerlas mak ayam ni.  Pompuan ni kalau tak pakai putih dia akan pakai gold.  Dua colour ni dia akan nampak meletops.  Aku suka jenis kain  yang di pakai ni.  Nampak macam pelekat kertas gold kat badan dia.  Aku suka jugak rambut dia buat macam messy messy macam ni.  Hanya pompuan cantek stylo macam ni ja boleh buat rambut macam ni.  Cuba kalau aku yang buat mampuih orang nanti kata aku serongoih.







Rosie Huntington-Whiteley in Atelier Versace
Potongan dress Versace yang sangat cantek.  Deni nampak macam alien yang cantek.






Jessica Chastain Givenchy Haute Couture by Riccardo Tisci
Kerlas mak ayam ni pakai warna gold.  Tak pernah tengok dia pakai warna ni.







Candice Swanepoel in Michael Kors
Canteknya dress.  I nak buat macam ni satu untuk hari raya.  Very simple u olls.  






Kate Beckinsale  in Diane von Furstenberg
DVF ni tiru Michael Kors ka?







Ellie Goulding in Marchesa
Kerlas Kak Ellie pakai dress ala-ala Ramlah Ram.  Anyway design dress rambu ramba dah lama dah orang tak pakai kan?






Fei Fei Sun in Michael Kors
Deni muka macam perempuan jahat-jahat ni.  Dress ni cantek tapi rambut dan make up mata menampakkan beliau seperti semut.  HAHAHA







Courtney Eaton in Dolce and Gabbana Alta Moda
Tak paham la koleksi D&G Alta Moda ni semua duk mai macam tema apa ja ni aku tak paham la.







Lizzy Caplan in Donna Karan Atelier
Deni silap tema la.  Orang pakai tema China dia duk feeling Greek Goddess.  







Kristen Wiig in Prabal Gurung
Deni pun aku tak tau kat mana China nya.  Tapi dress ini cantek dengan warna yang lembut.  Aku suka colour macam ni.










Ni Ni in Ralph Lauren
The one thing yang Chinakan dress ini adalah pemakainya sahaja. Tapi dress ini tetap cantek.  Walaupun hakikat design ni dua tiga tahun dulu dah ramai orang pakai.





Kendall Jenner in Calvin Klein
Meletops deni mai MET pakai dress macam ni.  Aku suka dia pilih warna hijau sebab orang selalu duk ingat kalau China kena pakai Merah sahaja.  Hijau pun banyak sebab orang China suka jade.






Naomi Campbell in Burberry
Kerlas mak ayam ni pakai baju bulu bulu sesuai dengan status dia.  







Emma Roberts in Ralph Lauren
Awat tetek dia tajam?  Deni tak pakai baju dalam kot.  Haram betul la.  Puting style naik atas ni.






Claire Danes in Valentino
Dress ni cantek tapi dua tiga tahun lepas dah lama orang pakai.  Awat hang baru nak pakai ka?






Sophie Turner in Burberry
Dress ini memang cantek dan sesuai untuk beliau yang berkulit pucat ini.  Tapi sorry baju ni takdak kena mengena dengan tema.  I wish dia pakai dress lain yang menunjukkan lebih banyak effort untuk tema.






Keri Russel in Altuzarra
Dress ini nampak sangat mewah.  Bulu-bulu yang dijahit cantek pada dress ini macam sesuai sangat dipakai oleh watak bangau jahat dalam Swan Princess.  Tak tau la apa kena mengena dengan tema China.  Tapi aku tetap suka dress ini.







Wendi Murdoch in Oscar de la Renta
Aku terkejut dress ini dibuat oleh Oscara de la Renta sebab nampak macam biasa sangat dress ni.  Kalau pi Perangin Mall tingkat dua pun ada satu kedai duk jual dress dress macam ni.  Cut out kat pinggang tu macam tak sesuai ditambah dengan corak bunga warna gold.  Sungguh tak kena.  Eksesori dan gaya rambut jugak nampak kampung.






Emily Blunt in Prada
Deni duk senyum seronok padahal dress dia tak elok.  Potongan kain adalah sangat merepek dan menampakkan beliau sangat keras.  Ampa tengok kat tepi skirt ada potongan kain yang berjahit,  siriesly?!!  Potongan pada pinggang dan dada juga tak cantek nampak sangat amatur.





Lily Aldridge in Carolina Herrera
Ermmm what can i carut about this baju?  I like the ropol ropol.  Tapi awat kot bawah dia tak biar ropol tapi dia biar straight macam tu?  Nampak macam pelik kan?  I like the clutch.  Kerlas sangat anak ikan.







Hailey Baldwin in Topshop
Sama dengan koleksi yang di pakai oleh salah seorang model dalam red carpet ni juga.  Tapi i lagi suka Emily Ratajkowski punya dress.  Warna untuk yang ni nampak tak sesuai dengan warna kulit dan rambut pemakai.






Ivanka Trump in Prabal Gurung
Dress ini nampak meletops sebab potongan dia yang meleret belakang.  Tapi i duk rasa macam dia amik bendera negara apa ka punya besaq pastu dia buat dress.  Sebab warna biru tu terlalu patriotik.  Tak nampak kerlas.






Lorde in Calvin Klein
Dress ni cantek tapi tak ikut tema.  Kalau dia pakai liptid merah lagi meletops.






Elizabeth Banks in Michael Kors
Deni pinjam dress Iggy Azelia.






Alicia Keys in Jean Paul Gaultier
Sedihlah dress ni pakai kain net saja.  Dah la merambu dengan jeket-jeket semua.  Bohsan aih takdak elemen China pun.  

Ulasan Fesyen METGala Ball 2015 Part 2

$
0
0



Part 2
Untuk they olls yang mengenakan rona Hitam,  Putih dan juga lelaki lelaki di Red Carpet.


click read more







Lady Gaga dress by Alexander Wang for Balenciaga

Im a big fan of Lady Gaga tapi I olls tak suka dress beliau kali ini.  Nampak terlalu costume.  She took the themed too literally.  Warna hitam juga adalah tidak menarik untuk Lady Gaga.  Dia nampak macam satu karakter jahat dalam anime.  Ampa cuba bagi pedang dan kuda kat dia.







Jamie Bochert in Marc Jacobs

Haram la deni tak pakai make up langsung ni.  Confident tahap tuhan.  Kat mana China nya u olls?  Pelacur lorong-lorong di Hong Kong ka?  Okay kalau sapa-sapa confuse,  beliau adalah perempuan androgyny ya sebab kalau dia hitam aku nampak dia macam Danie Harmizi dah.  I love her tas tangan.








Jennifer Lawrence in Dior

Gila takdak inspirasi langsung ka deni?  Baju ni tak elok.  Nampak biasa saja.  Macam diperbuat daripada kain kain berbaki sahaja.  Sedih.  Yang colour macam warna silver tu apa tu?????  Headlights ka???








Karlie Kloss in Atelier Versace

Simple sahaja.  Tak ada yang boleh dicarut.  Tapi dia nampak cantek dengan pilihan selamat ini.









Miley Cyrus in Alexander Wang

Deni macam apa ja.  Tak elok baju ni.  Nampak macam keras. sebab dia ni dahla kurus macam sakik pastu pakaihitam gothic macam ni.  Kalau nak kata dia ikut tema,  aku pun tak tau kat mana China nya?









Katie Holmes in Zac Posen

Siriesly sentap tau bila tau baju hodoh ni Zac Posen yang buat.  Siriesly.  Aku sangat suka Zac Posen.  Dia selalu utamakan ciri ciri potongan haute couture yang elegen dan mahal.  Tapi awat duk buat design awan larat macam ni.  Nampak murah la u olls.  Tak kisahla kalau dia kata ni semua inspirasi kartun Mulan,  I DONCH care.  Dress ini tak elok.   Boring.







Caroline Trentini in Atelier Versace

Cantek dress ini.  So meriah dan mewah.  Kepada para retis Malaysia yang membaca blog I olls today secara sembunyi-sembunyi,  tolong tengok ni clutch dia pakai?  Kecik mana sahaja.  Ampa semua duk pakai clutch besaq macam kampung sangat pi red carpet.






Chrissy Teigen in St John

Dress deni sangat simple.  I love her clutch.







Dakota Johnson in Chanel

Bodohnya deni.  This is your first MET GALA and hang pakai dress pendek mengelit ni.  Dress macam ni pelacur Hong Kong dah pakai lama dah?  Awat hang lani baru nak pakai ka?  Sedihla.








Chloe Moretz in Coach

Deni nampak keraih dalam dress ini.  Memang dia jenis tomboyish pun.  Corak petak kat dress ni nampak macam corak kat belakang daun pakau.  And i dont like the kasut and the coker hitam tu.  WHY WHY WHY?  Kalau buat dress ni colour merah and bagi dia lembing,  aku mesti ingat dia adalah inspirasi dari askar Red Queen dalam cerita Alice in the Wonderland.








Miranda Kerr in custom Louis Vuitton

Hariammm boring.  Sebab nama ja baju LV,  kalau baju ni di gantung kat market Chow Rasta aku pun tak tengok nak beli.






Jessica Alba in Kenzo

Dress ni simple sangat.  Yang China nya,  ada imej pokok buluh and harimau kat kain tu?  Nampak dak?  Colour ni macam tak sesuai kat pompuan kulit tanned ni.






Julianne Moore in Givenchy

Dress ni pun bohsan.  Aiyooo pasaipa kategori hitam ni semua orang duk pakai baju boring boring ni.







Carey Mulligan in Balenciaga

Siriesly aku tengok deni pakai baju ni,  aku nampak macam umbrella bird dalam Alice in The Wonderland.  Kalau kat dunia nyata macam burung botak.  Style kat collar tu adalah bulu burung tu.  Kepala takdak bulu.






Behati Prinsloo in Tommy Hilfiger 

Simple dress.  NEXT!!







Rachel Weisz in Chanel couture

Haram la baju style boring.  Kain pun corak macam tok tok aku duk jahit buat kain tingkap raya.  Haram betui la depa ni bodo bodo duk pakai baju boring ni.  Takdak inspirasi langsung.  Amiklah peluang tema dah meletops.







Imogen Poots in Alberta Ferretti

Baju dalam untuk wanita wanita bangsawan pada kurun ke 14.  Deni lani pakai untuk red carpet.  Haram.








Li Yu Chun in Givenchy Couture
Haaa ni baru meletops sikit.  Lain dari yang lain.  I olls sangat suka seluar beliau ini dipadankan dengan tops ala-ala ganas sikit.  I suka.  Tapi kalau deni berdiri kat luar,  mesti orang akan bagi kunci kereta kat dia,  sebab orang ingat dia jaga parking.






Dree Hemingway in Coach

Deni silap event kot dan silap tema sangat.  Duk nampak macam nak pi rock kongset apa tak tiau.  Bodohlah depa depa ni kan.  Duk stick dengan fesyen style boring sahaja.







Janelle Monae in H & M

Hitam adalah tema hidup Janelle Monae ni.  Tapi dia buat jugak effort untuk buat collar Cheong Sam tu.  Kira okay la.  Tapi selendang kat belakang tu macam over dan berat sangat.  Dia nampak macam gemok pendek dah aku tengok.







Cher in Tom Ford

Meletops Tok Nab ni mai pakai very simple and elegen.  Bila makin tua hang kena pakai macam nila,  relaks dan elegen.  Sat duk pakai merabu rapa orang lagi duk kutuk hang. Aku sangat suka Tok Nab ni pakai lagu ni.  In fact dia nampak lagi muda!!







Selena Gomez in Vera Wang

Deni macam pengantin dah dengan bunga orkid kat kepala apa semua.







Uma Thurman in Atelier Versace

Aiiiyo sangat suka pompuan ni dengan dress putih macam ni.  Dia dah la besaq tinggi.  Sangat sukalah nampak macam angels ni duk turun bok keluaq sayap.  Potongan dress yang cantek.  Suka pada sleeve kiri dress ini yang ala-ala permaisuri China zaman dulu dulu.  She keep it simple dengan sumbang jade hijau.





Amanda Seyfried in Givenchy

Sorry Amanda dress hang ni tak elok.  Nampak serabot.  Layering kat kain tu over sangat.  Melainkan hang nak buat persembahan tarian ketuk-ketuk kaki perempuan Spanish tu takpa.  Aku benarkan hang pakai dress ini,  provide hang bubuh bunga rose kat telinga.  HEHEHE





Dianna Agron in Tory Burch

Satu idea yang meletops meletakkan imej lukisan burung bangau kat dress.  Tapi kan?  Lukisan burung bangau ni bukan selalu seni Jepun ka?  Bukan China?





Liya Kebede in 3.1 Phillip Lim

Aku tak paham apakah tema baju ni?  Baju penjaga kedai sen seh?  






Kate Mara in custom Diane von Furstenberg

Boring la....ni design pokok Cina apa ni?  Tak nampak China langsung.  Buatlah design daun daun buluh ka.





Maggie Gyllenhaal in Roland Mouret 

Haram baju deni merepek. Aku pun tau buat baju macam ni.






Lily Collins in Chanel couture

Deni amik costume dalam filem Mirror mai pakai kot sini pun takpa.  Lagi elok.  Ni pakai macam ni,  macam nak pi Queensbay saja.





Emily Ratajkowski in Topshop
Kerlas.  Dress Topshop yang kelas dan kena dengan tema.  Tak over dan tak terlalu simple.






Nicola Peltz in Jason Wu for Hugo Boss
Haram style langsung tak ikut tema.  Pakai nak feeling cantek saja.






Maggie Q in Tory Burch
Deni baru duk feeling buat dress side boobs ka?  Orang dah tak pakai dah side boobs ni semua.  Orang duk feeling pakai dress bentuk corak lain dah lani.





Brie Larson in Dolce & Gabbana
Tak pahamlah macam mana yang ini nak menampakkan ke-China-an.  Dress ni dah sarat dengan lace tebal semua pastu perlu ka pakai cekak and rantai dengan manik manik dongga semua.  I tak suka.






Zhang Ziyi in Carolina Herrera
Tak semua orang boleh pakai dress putih Colgate macam ni.  Mungkin orang yang kulit pucat macam dia ni sesuai nak pakai colour macam ni.  Kalau orang Melayu pakai aku selalu nampak macam pakai uniform sekolah.  Dress ini adalah kemaih dan simple.  Aku suka.





Diane Kruger in Chanel Haute Couture
Siriesly tak paham baju beliau.  Nampak macam diperbuat daripada kain perca yang sudah tidak dimahukan lagi.





Taraji P Henson in Balenciaga

Ini adalah penampilan beliau yang pertama untuk MET Gala 2015.  Meletops beliau mengenakan dress Balenciaga ni.  Nampak mahal dan meletops.  Selari dengan perawatakan beliau sebagai mak ayam besar Cookie dalam siri TV Empire.  I love that show.





Sofia Vergara in Marchesa

Haram deni semua red carpet dia punya style macam ni sajaa.  Feeling cantek sorang sorang dengan Marchesa.







Jejantans

Untuk kategori ini,  I olls himpunkan semua pakaian selebriti lelaki di red carpet.  I olls nak u olls semua kaji dan tengok betul betul cara potongan,  pilihan warna dan eksosori yang dipakai oleh jejantans ini.  Walaupun ada antara depa adalah ponen,  tapi untuk red carpet,  pakaian jantan tetap kena jadi jantan.

Kalau kat Malaysia,  yang jantan straigh pun ampa bagi pakai kerongsang apa bagai.  Jantan mana pakai kerongsang?  Kecuali hang SULTAN atau raja.  Tu pun pakai masa pertabalan saja.  Yang duk feeling pakai blazer dengan kerongsang tu semua adalah ponen.

So here goes some of the jejantans on the red carpet.




Miguel in Michael Kors





Dwayne Wade in Versace






Usher





Ansel Elgort






John Boyega in Burberry






Neil Patrick Harris and Davis Burtka





Larry David







Dave Franco in Dior Homme





Justin Bieber in Olivier Rousteing for Balmain






Common





Adrien Brody in Dolce and Gabbana Alta Sartoria

Ulasan Fesyen METGala Ball 2015 Part 1

$
0
0
Hello u olls,

First of all nak say sorry kepada ampa semua sebab tahun lepas I olls terlepas dari buat ulasan fesyen bagi BIGGEST NIGHT IN FASHION iaitu MET GALA.  Kepada u olls yang tak tiau apa itu MET Gala secara ringkasnya nak bagitau adalah satu majlis makan malam amal yang dianjurkan oleh Majalah Vouge dan hasil jualan tiket yang mencecah harga USD 25000 untuk satu tiket ini akan didermakan kepada Metropolitan Museum of Art's Costume Institute,  New York.

Seperti biasa Tok Cik Anna Wintour will control everything.  Sapa boleh pi,  sapa tak boleh pi.  Ampa tau dak ini adalah tahun ketiga keluarga Kardashian boleh jejak kaki ke MET GALA.  Before this kena banned ya!!  Katanya Kanye West yang mempunyai hubungan baik dengan Tok Cik Anna telah mempujuk beliau untuk memberikan kebenaran ini.  Dia juga berkuasa untuk buat apa juga jenis peraturan kepada para tetamu yang nak mai.  Antaranya tidak dibenarkan upload gambar dalam social media,  tapi haramlah takkan la all this retis retas nak ikut kan?  Malam tu penuh semua duk upload gambar sendiri dalam IG.  Sapa pernah tengok Devil's Wear Prada?  Haa katanya novel itu ditulis berdasarkan tok cik kita ni la.  Nak baca lebih lanjut boleh baca kat sini  :  NYtimes.com

Tema untuk tahun ini adalah China: Through The Looking Glass.  So pakaian semuanya berunsur ke-China-an.  Satu tema yang amat menarik.  Lepaih ni Dr.  Pitt tu pun mesti sibuk nak suruh buat dinner office tema China.  And akulah satu-satunya staff yang akan mai pakai costume tarian naga and menang best costume.  Khafi pegang biji geliga...hahahah.

OKAY dah.  Jom baca sedikit point penting tentang review i olls kali ini  :


  • Aku amik masa 6 hari untuk kumpul all gambar,  susun dan kategorikan,  baca artikel dan juga tengok video-video yang berkenaan so that aku tidak memberikan komen yang merapu tak tentu hala.  U can say im membuang masa.  Tapi for me semua ini adalah ilmu pengetahuan sebab I olls memang sangat minat.
  • Ada 5 part untuk review kali ini.  Kategorian adalah seperti berikut  :

    Part 1  -  Untuk FESYEN yang paling kebabom dan meletops!!
    Part 2 -  Untuk warna Black,  White dan Jantan.
    Part 3 - Untuk warna Gold,  Yellow,  Green dan Blue
    Part 4  -  Untuk warna Red,  Purple dan Warna Warni
    Part 5 - Untuk FESYEN yang paling DIZASTER tapi still meletops!!

  • Actually i olls nak masukkan satu lagi kategori khas iaitu untuk para fashion designer yang hadir ke MET GALA ini tetapi akhirnya i olls drop that kategori sebab most (noo noo...ALL OF THEM) pakai veryla simple gila.  So macam takdak point aku nak carutan depa sangat pun.
  • Keseluruhannya,  persembahan fesyen red carpet kali ini actually adalah meriah sebab tema yang meletops.  Tapi ramai yang langsung tidak mengambil endah dan selesa memakai apa yang depa rasa selesa dan tidak memberikan sebarang effort pada tema yang dicadangkan.  




Part 1 
Untuk FESYEN yang paling kebabom dan meletops!! 



click read more













Beyonce in Givenchy

Over dak sepupu I olls ni?  I rasa Beyonce macam saja nak buat over over for this year sebab nak tarik crowd kot.  Sebab tahun tahun sebelum ini dia tidak pernah nak jadi hit pun di red carpet.  Baju baju dia tak diletakkan sebagai hit list pun.  So dia pun feelinglah pakai baju seksi nak mampus ni.  I  tak tau la macam mana dia nak duduk dengan baju ni?  Bijik bijik manik kat pungkok dia tu mesti sakit kan?  HHAHAHAHA nanti duk tercucuk kat badan.

Satu lagi ke-kekwatan sepupu I olls ini adalah katanya dia refuse untuk masuk red carpet with the rest of the tetamu.  Dia tunggu sampai semua orang dah blah from the red carpet and the red carpet almost nak tutup,  baru dia keluar.  Memang kekwat kan?

Okaylah,  lets rate.  I just wanna five 5/10 untuk baju beliau penuh manik ini kerana biasa saja pun.  Pastu kat mana dia nak kata macam China ya??  Make up dia pun sangatlah nipis and nampak macam tak siap sahaja. Tapi sebab she is my Beyonce oleh itu I olls masukkan dia dalam my first list.  OF COURSE,













Kim Kardashian in Roberto Cavalli

I suka baju Kim K.  Ada yang kata beliau menyamai dress yang dipakai oleh Beyonce pada MET 2012.  Ampa boleh click pada gambar kat bawah.  Tapi bagi i olls,  sama atau tidak,  Kim K version adalah better.  Warna putih ini memang amat sesuai untuk warna kulit Kim K yang ala - ala peach palsu ini.  I olls juga suka pada design di tengah dress yang menampakkan corak petak petak oriental.  Penampilan ketiga Kim Kardashian ke MET Gala yang membuahkan hasil yang baik.  Tapi masa tengok video dia dalam Vouge nampak sangat lah muka deni baru kena injeksyen ni.  Teruk dah muka dia very plastik.


Gambar Beyonce MET Gala 2012

My rating for Kim K 9/10.















Rihanna in Guo Peo

I totally love her whole look.  Pompuan ini adalah berani,  pencetus inspirasi.  Walaupun orang boleh gelak dan kata macam-macam kat beliau tapi I olls suka perempuan ini kerana pilihan pakaian beliau ke red carpet has always been very original and tidak tiru sapa-sapa.  At first bila i olls tengok baju penuh sulaman emas dengan baldu kuning terang ini,  aku ingat dia pakai macam ni sempena pertabalan Sultan Perak.  Mampuih satgi ramai orang maki aku kata lagu ini.  HAHAH.  Ampun Tuanku.

Anyway,  she told Andre Leon Tale,  katanya bila dia tau sahaja tema tahun ini dia terus google Chinese Couture dan dia juga pereka fesyen China bernama Guo Peo (bunyi Go-pe).  So dia teruslah nak pakai baju perempuan ini.  Katanya dress kuning ini ambil masa 2 tahun untuk disiapkan!! Dan dijahit oleh seorang perempuan sahaja.  U olls pun boleh google pasai fashion designer wanita yang hebat ini.

I give u olls 10/10.













Fan Bingbing in Christopher Bu

I almost tertinggal this amazing look u olls.  Nasib baik duk research sana sini bagi perabih.  Fan Bingbing adalah pelakon China yang amat popular di US.  Saban tahun dia akan mai MET Gala dengan pelbagai fesyen yang meletops.  Terkesima melihat karya fesyen ini.  Sapa kata nak jadi China nak kena pakai merah sahaja!  She proved persepsi semua orang lain salah.

Sangat suka cape beliau yang besar dan penuh dengan corak-corak lukisan mural yang terbiasa dilihat dalam Burmese Buddha Temple.  Warna yang terang dan garisan besar. 

Sangat suka juga tas tangan kotak dari LV warna emas yang beliau pakai siap dengan rantai jatuh seolah sama dengan hiasan yang biasa di lihat pada tanglung China. 

I give her 9/10/










Solange Knowles in Giles Deacon

Aku sangat suka pompuan ni.  Dressing beliau saban tahun adalah ternyata lebih funky and meletops berbanding kakak beliau di red carpet.  Dalam erti kata lain,  she is more stylo dari Beyonce.  Fesyen ini katanya inspirasi dari kipas orang China.  Gituuu.   Aku rasa dia terlupa nak bagitau kat kita,  baju dia ni boleh jana kuasa solar untuk charge I Phone dia ni.  Gitu...But anyway,  i really like her whole look,  dress,  rambut,  make up and kasut.  Semua masok.  I olls bagi beliau 9/10.










Cara Delevingne in Stella McCartney

Satu lagi ikon fesyen yang menjadi kegemaran I olls di red carpet MET GALA 2015 adalah pompuan kening lebat ni.  Beliau sangat simple actually tapi I sangat suka pada lukisan tattoo sementara yang dihiaskan pada almost seluruh badan beliau.  Eksesori yang amat meletops.  Im sure lepas ini akan menjadi trend yang menjadi ikutan ramai.  I olls bagi beliau 8/10.










Katy Perry and Madonna in Moschino

Maybe ramai yang suka fesyen ini tapi I OLLS SANGAT SUKA.  So funky dan fresh,  mungkin keluar dari tema tapi I sangat suka pada idea yang dibawakan.  Dress polos hitam dengan contengan grafiti.  Creation Moshino ini membawakan dua diva pop ini bersama.  I sangat suka pada tas tangan Spray Paint tu.  Nampak sangat unik.  Kalau boleh aku nak beli satu!!  Saya bagi 8/10 kat depa ni.


Viewing all 1800 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>